Rabu, 29 Mei 2013

Kekecohan di Stadium Darul Makmur




35,000 jumlah penonton dan 32,000 tiket dijual adalah punca dua pintu pecah.

Komisioner Perlawanan, Datuk Ahmad Fuad turut menafikan akan diadakan perlawanan semula malam ini.

Perlawanan semula akan hanya diketahui selepas FAM memutuskannya petang ini.

Bagaimanpun tarikh perlawanan akhir Piala FA pada 26 Jun tidak berubah dan akan tetap diteruskan.

Sementara itu polis menegaskan semua faktor keselamatan telah diambil kira namun jumlah penonton yang hadir dalam bilangan besar menyukarkan keadaan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata pada peringkat awal situasi terkawal dan dapat mengawal mereka dari masuk.

Selain pintu stadium yang dipecahkan sikap penyokong yang tidak bertanggungjawab turut merosakkan bas pasukan dan penyokong Johor Darul Takzim.

Akibat balingan objek dalam beberapa penonton turut dilaporkan cedera.

Jumlah penyokong yang ditahan masih belum dipastikan.



KUANTAN: Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata pihaknya menerima lima laporan polis berhubung perbuatan khianat ke atas kenderaan yang berlaku di Stadium Darul Makmur, di sini malam semalam.

Katanya laporan tersebut diterima selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dan Johor Darul Takzim dibatalkan, ekoran tindakan agresif penyokong kedua-dua pasukan.
Mengulas insiden itu kepada Bernama di sini hari ini, Sharifuddin mengakui kejadian berpunca daripada jumlah penonton melebihi kapasiti akibat tiga pintu masuk ke stadium dipecahkan penyokong.

Katanya polis masih dapat mengawal keadaan walaupun berlaku sedikit kekecohan akibat tindakan agresif penyokong.


"Polis masih menjalankan siasatan berkenaan insiden malam tadi, selain siasatan kes khianat ke atas kenderaan seperti yang dilaporkan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.


Menurutnya polis bagaimanapun tidak menerima laporan berhubung kecederaan membabitkan penonton dalam insiden itu. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines