Selasa, 14 Mei 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Ingin hadir perkahwinan Che Ta

Posted: 12 May 2013 10:55 PM PDT



BIARPUN umum sudah mengetahui Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal berkahwin tidak lama lagi, pelakon Singapura, Shah Iskandar masih dikaitkan dengan pasangan popular itu.
Ini kerana baru-baru ini timbul cerita apabila Shah dikatakan berasa kecil hati dengan sikap dingin dan acuh tak acuh Rozita ketika mereka digandingkan sebagai penyampai di sebuah majlis anugerah.
Sumber itu memberitahu, Shah sedih dan berasa kecil hati kerana sebelum naik ke pentas, Rozita yang pernah digosipkan bercinta dengannya itu begitu ramah melayannya.
Sebaliknya, sebaik berada di atas pentas pelakon Kiah Pekasam itu bersikap dingin dan acuh tak acuh pula dengannya.
Menurut sumber itu lagi, sikap dingin Rozita itu disebabkan dia risau kekasih hatinya, Zain, yang duduk di bawah pentas cemburu melihat dia bersama Shah.
Malah, ada khabar mengatakan sememangnya Zain tidak selesa bakal isterinya itu digandingkan bersama Shah.
Pemilik nama penuh Shah Iskandar Mahfuz yang ditemui pada majlis pratonton filem Oh Mak Kau di Cathay Cineplex Cineleisure, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, nyata terkejut dengan perkara tersebut.
Dia sebaliknya menafikan pernah berkecil hati dengan Rozita.
Bahkan, ujar Shah, dia sendiri tidak tahu menahu bahawa Zain berasa tidak selesa dirinya digandingkan dengan Rozita.
"Saya tidak dengar ceritapun mengenai Zain tidak selesa saya digandingkan dengan Che Ta. Saya juga tidak berasa kecil hati seperti yang didakwa," ujarnya yang memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan Zain.
Mengulas lanjut mengenai Rozita dan Zain, luah Shah, dia berasa kasihan terhadap pasangan itu kerana sering dilanda kontroversi.
"Kadangkala saya kasihan dengan hubungan mereka yang sering dilanda kontroversi terutama di laman sosial. Saya gembira dengan berita perkahwinan mereka dan akan hadir sekiranya mendapat jemputan," ujarnya yang turut mendoakan yang terbaik kepada Zain dan Rozita.
ROZITA dan Zain dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.


Tidak kisah kekasih janda
Dalam pada itu, Shah berharap selepas perkahwinan pasangan itu, gosip cinta yang pernah mengaitkan dirinya dengan Rozita akan terus terpadam.
Ungkapnya: "Cukuplah satu gosip itu sahaja kerana saya mahu menjadi pelakon yang bersih daripada sebarang kontroversi mahupun gosip liar."
Mengakui dirinya dengan Rozita sebelum ini tidak mempunyai sebarang hubungan, dedah Shah, sehingga kini dia masih solo tanpa kekasih.
Begitupun, dia yang kini sudah berusia 31 tahun mempunyai sasaran untuk berkahwin dalam masa empat tahun lagi iaitu ketika usianya mencecah 35 tahun.
"Saya masih solo. Buat masa ini saya masih mencari dan cuba mengenali ramai wanita. Mengenai gadis pilihan, kalau boleh saya mahukan gadis yang memahami kerjaya lakonan saya," ujarnya yang turut mengakui menyukai gadis cantik.
Ditebak bagaimana sekiranya wanita yang ditemui berstatus janda, akui Shah, dia tidak kisah mengenai perkara itu asalkan berasa selesa ketika bersamanya.
Tidak kecewa
Mula berlakon di Malaysia sejak tahun 2009, walaubagaimanapun nama Shah tidak begitu menyerlah berbanding rakan senegaranya iaitu Aaron Aziz dan Adi Putra.
Ditebak sama ada dia kecewa dengan nasibnya, ungkap pelakon berusia 31 tahun itu, dia tidak berasa kecewa biarpun namanya belum setanding dengan Aaron Aziz dan Adi Putra.
Baginya, Aaron Aziz dan Adi Putra sudah lebih 10 tahun berada dalam industri berbanding dirinya yang masih hijau dan masih mencari identiti dalam membina kerjaya sebagai pelakon.
Begitupun, Shah mengakui pencalonannya sebagai Artis Baru Lelaki Popular untuk Anugerah Bintang Popular baru-baru ini sedikit sebanyak membuka ruang dan keyakinan kepadanya untuk terus mencipta nama.
"Saya tidak berasa kecewa biarpun nama saya idak begitu popular di sini jika dibandingkan dengan Aaron Aziz dan Adi Putra. Mereka juga mengambil masa yang agak lama untuk bertapak di sini. Saya rasa graf kerjaya saya di peringkat okey dan naik secara perlahan-lahan," akuinya yang meminati bidang pengacaraan.
Berkongsi mengenai minatnya terhadap bidang pengacaraan, jelas Shah, dia mula bertapak dalam bidang seni sebagai pengacara di Singapura.
JIKA mengikut perancangan dirinya, Shah bakal bergelar seorang suami dalam tempoh empat tahun lagi.


"Ketika di Singapura saya banyak terlibat dengan beberapa program di sana. Peluang di bidang pengacaraan adalah lebih menyerlah berbanding lakonan ketika di Singapura. Tetapi, di Malaysia terbalik pula kerana peluang berlakon lebih banyak diperoleh daripada mengacara," ujarnya yang mengakui rindu untuk mengacara dan tidak tolak sekiranya ditawarkan.
Mengulas mengenai kerjaya lakonannya pula, ujar Shah, buat masa ini dia sering ditawarkan watak antagonis. Terbaharu, Shah bakal muncul membawakan watak antagonis dalam sebuah drama yang diadaptasi daripada novel berjudul Teduhan Kasih. Selain Shah, drama yang bakal ditayangkan di TV3 itu juga dibintangi oleh Adi Putra dan Sherry Ibrahim.
Mengakui teruja dan selesa membawakan watak antagonis, ungkap Shah, dia tidak takut penampilannya bakal mendapat kritikan pedas daripada penonton.
Taraf penduduk tetap
Mengakui peluang berlakon lebih cerah di Malaysia berbanding di Singapura, Shah bertekad untuk terus mengembangkan bakat lakonannya di sini.
Begitupun, dia tidak merancang untuk memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) dalam masa terdekat ini.
"Memang ada rancangan nak mohon PR tapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya juga faham, ia bukan mudah kerana ada prosedur dan syarat-syaratnya.
"Saya sebenarnya tidak terlalu mengharap PR kerana masih bujang. Jadi saya tidak perlu risau tentang apa-apa kerana cukup dengan hanya visa lulus saya boleh cari makan di sini tanpa sebarang masalah. Lainlah seperti Aaron Aziz, dia ada keluarga malah, anak-anaknya juga bersekolah di sini. Jadi, dia sangat memerlukan kerakyatan," katanya yang pulang ke kota singa, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Miliki Syarikat Sendiri, Ain Nordin Nafi Ditaja

Posted: 12 May 2013 10:53 PM PDT

Ain Nordin.
PETALING JAYA: Pengarah filem baharu Ain Nordin berharap tidak ada mana-mana pihak yang mempertikaikan kewujudan syarikat produksi miliknya iaitu Star Scope Production Sdn. Bhd. yang kononnya mendapat tajaan oleh individu daripada kalangan VVIP.
Ain atau nama sebenarnya Nurul Ain Nordin, 25, turut menafikan dia diberi sejumlah wang sebagai dana menerbitkan filem Oh Mak kau (OMK) yang bakal akan ditayangkan pada 16 Mei.
"Rasanya di zaman sekarang ini usia muda bukan penghalang untuk memiliki sebuah syarikat dan kemudiannya boleh menerbitkan sebuah filem.
"Sejak dahulu lagi saya sudah bekerja keras menyimpan duit untuk membuka sebuah syarikat produksi. Memang benar saya tidak membuat sebarang pinjaman untuk terbitkan OMK, tetapi saya memiliki tiga orang rakan kongsi.
"Jadi tiada istilah saya ditaja VVIP atau tidak. Semua itu mengarut," katanya kepada mStar Online.
Tambah Ain lagi, seandainya masih lagi orang cuba mempertikaikannya lagi, dia tidak kisah asalkan kariernya tidak diganggu dengan kerja-kerja seninya yang juga sebagai pengarah dan pelakon.
Dalam pada itu, Ain juga sudah bersedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang bakal diterima selepas ini dan menganggap ia sebagai satu cabaran untuknya terus berjaya.
"Ketika awal kemunculan saya dalam industri filem, saya sudah menerima kritikan yang sangat teruk gara-gara penyebaran foto yang menampakkan sebahagian tubuh di bahagian belakang bagi poster filem Suatu Malam Kubur Berasap sekitar tahun 2011.
"Kemudian tidak lama selepas itu kontroversi kononnya saya dan Syamsul Yusof pula bercinta. Semua itu telah mengajar saya untuk jadi lebih kuat dan bersedia menghadapi segala cabaran.
"Insya-Allah setiap kritikan itu juga akan memberikan saya pengajaran agar menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang nanti.
Filem OMK berkisarkan tentang dua beradik, Sam (Jepp) dan Mun (Shuib) dengan kata simbol mereka, 'kemas balik selepas mencuri' sering mencetuskan kemarahan ibu mereka.
Segalanya berubah dengan kedatangan Que (Ain), seorang wanita yang berjaya mencuri hati mereka berdua.
Kehadiran Que juga membuatkan Embun (Didie) terasa tergugat kerana menganggap Que cuba menentang dan merampas kawasan miliknya.

Star Radio Group Lancar Kempen 'Kamilah Malaysia'

Posted: 12 May 2013 10:52 PM PDT

Adibah Nor, Lil Kev, JJ dan beberapa penyampai melancarkan kempen Kamilah Malaysia.
PETALING JAYA: Stesen radio milik Star Radio Group hari ini melancarkan kempen 'Kamilah Malaysia' melalui segmen pagi dengan memberi inspirasi kepada pendengar.
Melalui segmen Breakfast Red WTF Breakfast Show di Red FM, pendengar ditanya tentang perpaduan dan kepelbagaian negara ini serta perkara yang mengingatkan mereka tentang Malaysia.
Seorang pemanggil Azril memberitahu semangat 'Kamilah Malaysia' dapat dilihat apabila pasukan negara yang digelar 'Harimau Malaya' beraksi di padang.
"Biarpun penyokong bola sepak Malaysia memberi sokongan kepada pelbagai kelab, namun mereka tetap memberi sokongan dan berdiri teguh apabila pasukan negara turun padang, katanya.
Adibah Nor, Lil Kev dan JJ sedang melayan penggilan pendengar.
Seorang pemanggil, John pula mendedikasi sebuah lagu daripada Bob Marley berjudul One Love kepada semua pendengar, manakala Aileen berkata Malaysia disifatkan sebagai sebuah rumah.
DJ Suria FM, Adibah Noor turut meminta pendengar untuk membayangkan deejay Red FM Lil Kev memakai baju tradisional kebaya.
Komen yang mencetuskan gelak tawa itu terjadi apabila Lil Kev mengambarkan baju kebaya apabila ditanya tentang Malaysia.
Program pagi di Red FM, 98.8 FM, Suria FM dan Capital FM bermula pada pukul 6 pagi sehingga 10 pagi.

Adi Putra Belum Sedia Kembali Belakon Di Singapura

Posted: 12 May 2013 10:52 PM PDT

Adi Putra
PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra belum bersedia kembali negara kelahirannya, Singapura bagi mengembangkan lagi karier lakonannya di sana.
Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 31, berkata, dia melihat industri seni di negara itu agak terhad memandangkan tidak banyak saluran televisyen berbahasa Melayu di situ manakala Malaysia pula memberi peluang rezeki lakonan yang lebih.
"Setakat ini saya melihat negara ini (Malaysia) adalah sumber pencarian rezeki buat saya dan keluarga.
"Dan saya belum bersedia untuk berlakon di Singapura. Lagipun isteri dan anak saya menetap di sini, jadi agak sukar untuk saya berulang alik dari Malaysia ke Singapura.
"Bagaimanapun, jangan pula ingat saya lupa pada negara kelahiran saya," selorohnya.
Tambah Adi, dia juga sudah serasi bekerja di Malaysia, namun tetap pulang ke Singapura sekiranya tidak mempunyai sebarang kerja-kerja lakonan.
Terbaharu, Adi kini sibuk dengan kerja bidang pengarahan pula bersama pengarah Ghaz Abu Bakar dalam filem sulung terbitan syarikatnya sendiri, Nur ADP Sdn. Bhd berjudul Suami Aku Ustaz.
Ini merupakan kali pertama Adi membabitkan diri di bidang pengarahan dan menyifatkan ia sebuah kerja yang agak sukar dilaksanakan.
"Saya memberanikan diri untuk mengarah filem ini kerana ia berunsur Islamik. Bekerjasama dengan Ghaz juga memudahkan saya dalah pengarahan kerana saya masih lagi baharu.
"Jadi Ghaz akan menekankan daripada segi perjalanan cerita manakala saya fokus pada watak dan tempo sesebuah lakonan itu.
"Penggambaran filem ini baru sahaja dimulakan dan akan mengambil masa dalam 30 hari," katanya.
Sementara itu, Adi bakal muncul dalam drama Teduhan Kasih yang turut menampilkan pelakon Sherry Ibrahim dan Shah Iskandar.
Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Marissa ini bakal disiarkan bermula 15 Mei ini, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam di TV3.

Larang Bercinta, MIG Mahu Artis Naungan Jadi Jutawan

Posted: 12 May 2013 10:51 PM PDT

David Teo
PETALING JAYA: Perasaan cinta di kalangan artis yang baharu menceburi bidang seni dikhuatiri boleh merosakkan karier mereka sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), David Teo berkata, kerana perkara itu, pihak syarikatnya menetapkan syarat tidak membenarkan mana-mana individu yang bernaung di bawah pengurusan syarikatnya bercinta.
"Ramai yang tidak sedar bahawa cinta boleh menggugat kerja-kerja kita terutamanya bagi yang baharu ingin membina nama dalam industri seni tempatan.
"Tetapi ramai yang tidak faham dan menganggap pihak kami kejam. Sedangkan kami ingin membina karier mereka sehingga berjaya dan boleh bergelar jutawan.
"Lihatlah mana-mana artis yang telah melanggar perjanjian kami. Di mana tahap kedudukan karier mereka berada sekarang ini? Semuanya tidak terurus," katanya kepada mStar Online.
Tambah David, bagi selebriti yang benar-benar mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, kebanyakan mereka telah berjaya dan selepas itu barulah artis tersebut diberi kelonggaran dalam perancangan membina rumah tangga pula.
"Apabila sudah sampai di satu tahap, mereka (artis naungan MIG) sudah boleh dibenarkan bercinta kerana ketika itu mereka sudah matang dan bijak memilih pasangan yang terbaik untuk dijadikan sebagai teman hidup," tegas David.
Dalam pada itu, dia berasa pelik apabila kebanyakan artis muda sanggup bersetuju mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sebelum menandatangani perjanjian, namun selepas itu, perjanjian yang ditetapkan dilanggar pula.
"Memang sebelum menandatangani perjanjian bernaung di bawah MIG, sudah tertulis bahawa artis-artis tidak dibenarkan bercinta bagi satu-satu tempoh yang tertentu.
"Dan biasanya mereka akan bersetuju dengan segala syarat yang diberi semata-mata ingin peluang berlakon.
"Ada juga yang mahu jadikan MIG sebagai batu loncatan untuk mereka dikenali dengan lebih mudah, jadi mereka iakan sahaja segala perjanjian dan kemudian melanggar semua syarat-syarat itu," ujarnya.
Bagaimanapun keadaan itu tidak pernah membuatkan David serik untuk mengambil bakat-bakat muda sebagai artis naungan syarikatnya.
Katanya, dia percaya, hanya artis yang terbaik sahaja yang akan kekal dalam MIG dan tidak berasa rugi jika ada artis yang mahu keluar daripada naungan MIG.
Antara artis-artis popular di bawah naungan MIG ialah Yana Samsudin, Wawa Zainal, Farid Kamil, Angah (Raja Lawak), Along Cham, Nora Danish dan Shaheizy Sam.
Sebelum ini Lisa Surihani dan Maya Karin juga antara artis naungan MIG.

Bintang Mencari Bintang: Bocik juara lagi

Posted: 12 May 2013 10:49 PM PDT


Bocik
Afdlin (tengah) bersama anak didiknya, Bocik berada di kedudukan selesa pada konsert BMB Kumpulan B. 
ANAK didik Afdlin Shauki, Bocik terus menunjukkan taring apabila sekali lagi diumumkan juara bagi kumpulan B dalam konsert ketiga, Bintang Mencari Bintang yang berlangsung, malam tadi.

Menampilkan pelakon veteran tanah air, Ruminah Sidek (Mak Mah) nyata memberi impak kepada persembahan mereka apabila juri, sifu dan penonton memberikan 'standing ovation'.

Malah idea mereka disifatkan hebat dan menyentuh perasaan serta mendapat pujian daripada juri profesional, Fauziah Ahmad Daud.

"Wow! Idea dan konsep ini sangat menarik. Tahniah atas konsep animasi yang 'wonderful and beautiful' ini.

"Secara keseluruhan ia menyentuh emosi kita dengan kemunculan Mak Mah," katanya.

Sementara itu, juri jemputan, Tomok turut akui persembahan Bocik menyentuh perasaan.

"Persembahan ini menyentuh, terutama sekali lagu terakhir. Itu menunjukkan bahawa menjadi pelawak tak semestinya kena melawak saja. Tahniah," katanya.

Sementara A.R Badul menolak untuk memberi sebarang komen memandangkan Mak Mah adalah ibunya.

Sempena sambutan Hari Ibu semalam, beliau sempat naik ke pentas untuk bersalaman dan memeluk Mak Mah.

"Saya tak boleh komen....apa pun okey," katanya.

Bocik yang dianggotai Muhamad Fadzlie Nizam dan Syed Umar Mokhtar Ridzuan mengangkat kisah tentang dua ekor lalat.

Mereka kemudiannya, menyampaikan lagu Beginilah Nasib, Bukan Superstar dan Lagenda.

Selesai menyampaikan lagu Lagenda yang ditujukan khas buat Mak Mah, penonton bangkit dari tempat duduk dan memberi tepukan gemuruh buat pelakon veteran itu.

Menerima markah penuh dari juri dan penonton di rumah, Bocik diumumkan juara sekali lagi dengan markah 74.5 peratus.

Kedudukan Bocik diikuti rapat oleh anak didik Sabri Yunus, Titan dengan markah 73 peratus.

Kemudian, tempat ketiga milik peserta solo, Ajo yang menampilkan penyampai radio terkenal, Fara Fauzana dengan 70.8 peratus dan anak didik Raja Azura, Awok dengan 58.9 peratus.

Anak didik Senario masih dikedudukan dua terendah dengan 55.5 peratus manakala anak didik Harun Salim Bachik, XOXO di tempat terakhir dengan 48.4 peratus.

Minggu depan, semua peserta bakal bersaing untuk proses penyingkiran sebelum berjaya ke peringkat separuh akhir.

Siti Saleha jadi lesbian?

Posted: 12 May 2013 10:48 PM PDT


Siti Saleha
Siti Saleha
KEPELBAGAIAN  watak dalam lakonan tidak dinafikan mampu memberi impak yang positif terhadap karier seseorang anak seni yang bergelar pelakon.

Buat aktres cantik, Siti Saleha, dia bersetuju untuk memegang watak 'lesbian' dalam filem terbaru berjudul Tujuh arahan Raja Mukhriz adalah disebabkan untuk mencabar diri sendiri dalam menjayakan watak tersebut.

"Untuk menjadi pelakon yang lebih versatil, saya mahu cuba lakukan pelbagai watak supaya mutu lakonan saya dapat ditingkatkan. Lagi pun ini peluang baik untuk saya buktikan bakat lakonan saya kerana watak seperti ini memang jarang ada.

"Mungkin watak ini bakal menimbulkan isu tapi saya tidak kisah dan bagi saya inilah tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon," jelasnya.

Saleha memberitahu, dia bakal menjalani penggambaran filem itu bermula pada 20 Mei ini dan memberitahu pasangan lesbian dalam filem itu akan dilakonkan oleh pelakon Marsha Milan Londoh.

Jamal Abdillah bakal berkahwin

Posted: 12 May 2013 10:47 PM PDT


Jamal Abdillah
Jamal Abdillah
KEGAGALAN rumah tangga yang dibina sebelum ini bukanlah penghalang utama buat raja pop, Jamal Abdillah untuk kembali mendirikan sebuah keluarga dengan wanita pilihannya.

Jamal memberitahu dia berhasrat untuk menamatkan zaman duda selewat-lewatnya sehingga tahun hadapan memandangkan usianya yang semakin meningkat.

"Semua manusia tidak lari daripada membuat kesilapan, dan kegagalan saya sebelum ini tidak bermakna ia menjadi penghalang untuk saya kembali berkeluarga.

"Sama seperti orang lain, saya juga berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia bersama wanita yang sesuai," katanya yang bakal beraksi pada konsert Ekstravaganza dengan menyanyikan sebanyak 35 lagu-lagu popular Allahyarham Tan Sri P Ramlee bertempat di Istana Budaya dari 31 Mei sehingga 2 Jun ini.

Jangan gedik!

Posted: 12 May 2013 10:47 PM PDT


Bekas pengacara 3R
Bekas pengacara 3R
3R
Antara orang kuat yang hadir pada majlis pelancaran 3R musim ke-14.
3R
Gimik pelancaran 3R musim baru.
PASTI masih ramai yang mengingat program 3R (Respek, Relaks, Respon), iaitu sebuah program yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka yang diperkenalkan sekitar 2000.

Menariknya, program ini wujud sebelum laman sosial seperti Facebook dan Twitter hadir dalam kehidupan harian kita.

Dihoskan tiga gadis ketika itu, program tersebut didefinisikan antara tempat kita mencari penyelesaian kerana rata-rata hal yang dibawa berkait rapat dengan masyarakat sekeliling.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos.

Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakonkan semula isu atau masalah sosial berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Apa yang pasti untuk musim terbaru, 3R kembali dengan konsep yang lebih terkini serta matang bersama barisan hos yang baru.

Berkongsi mengenai hos baru program ini, baik Azah, Yuen, Rafidah dan Tini bagaimanapun, meletakkan syarat dalam memastikan hos terbaik menggantikan tempat mereka.

"Kami sangat sayangkan program ini dan kami telah bekerja keras untuk meletakkannya di satu tahap yang tinggi.
"Jadi kami minta kepada mereka yang mahu menjadi hos tidak mensia-siakan peluang yang ada.
"Bukan kami demand tetapi ia demi kepentingan hos itu dan program ini sendiri," kata mereka.

Mengulas lanjut mengenai ciri-ciri hos pilihan mereka, masing-masing berpendapat hos tersebut bukanlah hanya bergantung kepada rupa semata-mata.

"Kami tidak mahu yang cantik atau yang gedik, yang penting menarik dan pandai membawa diri.

"Mereka juga harus bijak dan pantas lebih-lebih lagi sekarang semuanya berlaku dalam sekelip mata dan yang paling penting, boleh bercakap dengan baik, banyak idea dan prihatin dengan apa
berlaku di sekeliling mereka," kata mereka.

Bakal disiarkan menerusi TV3 bermula Ogos 2013, 3R meneruskan usahanya untuk memperkasakan wanita muda dengan pelbagai mesej positif dan progresif.

Kongsi rasa teruja

Dalam pada itu, akui Azah, Yuen, Tini dan Rafidah, mereka bangga kerana 3R kembali setelah hampir tiga tahun perancangan untuk menayangkan semula program tersebut tertangguh.
Jelas mereka, bukan mudah membawa kembali program ini sementelah pelbagai program telah disajikan kepada penonton.

"Dulu ketika kami remaja, program ini boleh dikatakan berjaya menepati cita rasa masyarakat waktu itu.

"Apa kami nampak, 3R satu program yang kaya dengan pengisian menarik ditambah pelbagai info dan pengetahuan, jadi tidak sukar ia mendapat sambutan," katanya.

Berkongsi keterujaan mereka, bekas hos 3R ini juga akan muncul dalam musim ke-14 ini mengikut kesesuaian.

"Memang akan ada slot-slot tertentu yang menyelitkan kami, pun begitu ia bergantung kepada apa dibincangkan.

"Lagipun, kami masing-masing sudah berpangkat 'makcik'," kata mereka sambil ketawa dan berharap kewujudan kembali 3R membuktikan program tersebut akan terus diminati.

Masih relevan

Berbicara mengenai kewujudan semula 3R di zaman teknologi ini, Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, 3R tiada had waktunya dan ia tetap relevan meskipun zaman sudah berubah.

"Walaupun kaum wanita merupakan 50 peratus daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik.

"Masih ada segelintir wanita Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka," katanya pada  majlis pelancaran program itu di Sri Pentas, baru-baru ini.
Jelas Marina lagi, meskipun rancangan ini sudah lama menyepi namun baginya ia akan menjadi tumpuan para gadis dan remaja kerana kekurangan program sebegini dalam industri tempatan.

"Lagipun program ini akan membawa pelbagai isu sosial yang cenderung kepada permasalahan masa kini.
"Bagaimanapun, pendekatannya masih berbeza memandangkan jika dibandingkan dahulu dan kini, terdapat banyak perbezaan khususnya dari segi kewujudan teknologi yang moden dan canggih," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut menyediakan ruang di laman sosial bagi memudahkan penonton atau masyarakat berkongsi masalah atau sesuatu yang mereka ingin tahu.

"Ini adalah kesempatan bagi kami mendapat idea baru yang mana sekali gus dapat membantu mereka, sementelah kami juga perlu mengikut trend golongan masa kini," ulasnya.

Platform bagi gadis, wanita

Mengulas lanjut mengenai penyiaran semula program ini, Penerbit Eksekutif Bersama 3R, Lina Tan berkata, sudah lama dia menunggu saat-saat ini.

"13 tahun adalah masa yang sangat lama, 3R sudah bersiaran sebanyak 13 episod dan kami nekad menyambungnya kerana yakin dengan program yang sangat dekat dengan masyarakat ini.

"Meskipun pelbagai program baru wujud namun ia tidak sama dengan 3R yang pernah melekat di hati penonton satu masa dahulu," katanya.

Tambah Lina, 3R juga berevolusi dan menyediakan platform paling sesuai kepada golongan remaja dan muda terutamanya kaum wanita untuk bertukar pendapat tentang isu-isu yang dipaparkan supaya tidak berlakunya diskriminasi.

"3R sering membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan remaja dan wanita muda secara terbuka dan tanpa selindung yang mencabar piawaian penapisan TV di Malaysia.

"Dengan kemudahan akses teknologi maklumat pada zaman sekarang, semua orang lebih cenderung meluahkan pendapat dalam laman sosial.
"Justeru, wanita dan remaja adalah ejen perubahan dan 3R akan menyediakan ruang untuk mereka mencapai potensi mereka sambil mengambil berat tentang isu sosial dalam usaha mencipta sebuah masyarakat progresif yang akan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia," tegasnya dan memberitahu program 3R turut menampilkan kelainan dengan menyelitkan isu-isu mengenai lelaki.
Punya faktor X
Sementara itu, Lina menjelaskan, program pencarian hos baru itu diberikan nama Projek 3R yang mendapat kerjasama 3R Media selaku penerbit dan TV3.
"Projek 3R akan memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013.
"Ia bertujuan menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, yang mana mereka mestilah di kalangan wanita muda berumur antara 21 hingga 26 tahun," katanya dan menjelaskan tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton selama ini.
Mengulas mengenai perkara itu, akui Lina, mereka perlu mencari hos baru yang sama taraf atau lebih hebat dan bijak daripada bekas hos 3R.

"Hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari," katanya.

Bercerita tentang kriteria hos baru 3R, jelas Lina, pihaknya mahukan gadis yang mempunyai personaliti tersendiri.

"Mereka haruslah mempunyai pendirian, sentiasa melontarkan idea baru, mengambil berat dan peka tentang isu-isu sosial atau semasa.
"Lagipun, sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negara, mereka juga perlu berani menyahut cabaran, memperbaiki kelemahan diri dan berusaha ke arah yang lebih sempurna. Justeru, pencarian hos baru bukan sekadar rupa paras semata-mata," katanya.

Sedikit mengenai musim terbaru program ini, ia akan bersiaran sebanyak 13 episod bermula 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30 malam.
Manakala bagi mereka yang berminat menyertai pencarian hos 3R yang sedang rancak dijalankan sehingga Jun ini, bolehlah melayari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my, dan ikuti perkembangan terkini 3R menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia.

Dayah Bakar mahu cipta nama dalam industri muzik

Posted: 12 May 2013 10:46 PM PDT


Dayah Bakar
Dayah turut aktif dalam dunia fesyen dan nyanyian. 
NAMA Dayah Bakar mungkin belum setanding nama-nama besar seperti Ajai, Kunci Demak, Yuna, Aizat mahupun Awi Rafael, namun, salah satu karyanya sudah pernah dinyanyikan Lena AF9, iaitu Sisa Kisah Kita.

Dayah yang masih baru bertapak dalam industri akui sukar baginya untuk terus berkarya ekoran masih belum dikenali.

"Sebelum ini, Dayah pernah buat lirik untuk Sisa Kisah Kita bersama Kunci Demak dan lagu Teman untuk Caprice feat Hayad.

"Tapi, secara jujurnya, Dayah cakap...susah. Memang susah nak mulakan dalam industri muzik ini sebab kita tak ada nama," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sidang media Hijabista TV, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut soal penciptaan lagu, Dayah berkata, beliau mempunyai impian agar lagu ciptaannya dapat dinyanyikan Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.

"Ada lagu yang Dayah buat nak bagi pada Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza. Dayah dah boleh bayangkan Amy Search nyanyi tapi Dayah masih tak ada nama dalam industri, jadi, insya-ALLAH satu hari nanti.

"Lagu untuk Datuk Siti...itu memang impian Dayah, tak payah bayar pun tak apa sebab Dayah mahu beliau menyanyikan lagu itu," katanya yang mengambil contoh lagu hebat Siti Nurhaliza seperti Percayalah dan Bukan Cinta Biasa.

Menegaskan mahu menjadi pencipta lagu yang boleh memberi sesuatu kepada industri, Dayah yakin lagu ciptaannya lain daripada yang lain.

"Dayah betul-betul nak jadi pencipta lagu yang boleh memberikan sesuatu...yang ada kelainan pada industri muzik tanah air.

"Sebab Dayah percaya, lagu Dayah bukan macam lagu yang biasa kita dengar di radio. Di Malaysia, Dayah lihat kita banyak nak tiru lagu dari luar. Sekarang, asal ada muzik kemudian lirik berulang-ulang pun dah jadi," katanya.

Bercakap soal perancangannya pula, Dayah merancang untuk mengeluarkan single selepas tamat mengacarakan program Hijabista di Astro Ria.

Dayah bakal bergandingan bersama tiga pengacara baru, Syakirin Husnal, Yasmin Mathhews dan Faatin Bakar dalam program terbitan Kumpulan Media Karangkraf, Hijabista yang mula bersiaran, malam ini.

"Sebelum ini saya tidak lagi diberi peluang untuk 'keluar', jadi, insya-ALLAH, Hijabista ini bakal menjadi permulaan kepada Dayah. Mungkin Dayah akan keluarkan single. Ada satu lagu yang sesuai untuk wanita bertudung.

"Lagu itu sudah siap tapi belum dirakam lagi. Tapi sebenarnya Dayah sedang fikir sama ada nak bagi penyanyi lain atau nak nyanyi sendiri lagu itu," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Dayah mencipta lagu bagi duo vokal, Hayad menerusi album pertama mereka, Cinta Pertama.

Mawi akui zaman popularitinya sudah berlalu

Posted: 12 May 2013 10:45 PM PDT


Mawi
Mawi dan Nurul menjadi juri tetap bagi program terbaru, Popstar yang dinaungi, Datuk Aznil Nawawi. 
NAMA Mawi pernah menjadi satu kegilaan sekitar tahun 2005 apabila penyanyi berasal dari Kulai, Johor ini menjuarai rancangan realiti, Akademi Fantasia Musim Ketiga dan turut digelar Raja SMS sebaik memenangi rancangan realiti itu.

Seiring dengan beredarnya waktu, namanya semakin pudar dari industri namun tidak hilang.

Berpeluang menemuinya baru-baru ini, Sinar Harian Online sempat menemu bual penyanyi berusia 32 tahun itu.

Akur dengan perubahan zaman, Mawi tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang seni ekoran meminatinya.

"Okey, popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman tetapi, saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen.

"Memanglah... saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini tetapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mawi selamat bernikah dengan pelakon, Nor Asikin Rahmat atau Ekin pada 2008 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama, Cahaya Malaika.

Berkongsi tentang pengalaman pertamanya bergelar bapa, Mawi melahirkan keterujaannya melihat si kecil semakin membesar.

"Saya suka jadi bapa. Apabila kita melihat anak kita berubah dari hari ke hari, itu perkara paling seronok. Esok nak tengok dia pandai cakap apa pula.

"Sekarang, sudah setahun dua bulan tapi belum pandai berjalan lagi. Merangkak lagi tapi yang saya nampak, dia bercakap dulu. Dalam umur macam itu, banyak juga perkataan yang disebut agak jelas," katanya.

Cahaya Malaika dijaga sendiri oleh Mawi dan Ekin dengan dibantu ibu mertuanya, Fatimah Saad.

"Kami jaga sendiri tapi dibantu oleh ibu mertua saya. Dia tinggal dengan saya.

Alhamdulillah, dia banyak membantu saya. Kalau tak, kelam kabut juga.

"Tak cukup tidur itu biasa. Tapi sekarang anak saya dah tidur ikut waktu. Awal-awal dulu memang pukul 3 atau 4 pagi baru tidur. Sekarang, Alhamdulillah, pukul 11 malam dah tidur," katanya.

Ditanya tentang perjalanan seninya, Mawi memberitahu selepas mengeluarkan album Asma Ul Husna tahun lalu, tahun ini dia merancang untuk membuat muzik video bagi lagu Asma Ul Husna versi baru.

"Selepas keluarkan album tahun lepas, saya buat Asma Ul Husna versi baru yang dimasukkan rap dalam bahasa Melayu tetapi, itu belum keluar lagi. Insya-ALLAH akan keluar dan lagu itu sudah siap dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.

"Saya buat pembaharuan dalam Asmaulhusna sebab Asmaulhusna ini dalam bahasa Arab. Orang baca tapi kebanyakan orang tak faham apa yang disebut. Jadi, saya masukkan rap bahasa Melayu. Saya bergabung dengan Jeff A to Z. Sekarang dalam perancangan untuk membuat muzik video Asmaulhusna," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mawi bakal menjadi juri tetap bagi program realiti terbaru, Popstar bersama penyanyi, Nurul Wahab.

Mawi: Saya masih dalam industri

Posted: 12 May 2013 10:44 PM PDT


Mawi, Ekin Rahmat
Mawi, Ekin Rahmat
MAWI yang mendapat gelaran Tsumawi selepas menjuarai rancangan realiti, Akademi Fantasia Musim Ketiga dilihat menyepi dari industri seni tanah air. Penyanyi yang berasal dari Kulai, Johor menafikan kerjaya seninya sudah berkubur.

Ikuti temu bual Sinar Harian Online bersama penyanyi Aduh Saliha yang sudah bergelar bapa ini mengupas mengenai perkembangan terkini dalam karier seninya.



SINAR HARIAN ONLINE: Apa perkembangan terkini Mawi?

MAWI:
Sekarang saya fokus pada perniagaan produk kesihatan dan kecantikan, UnieQuein yang saya usahakan bersama isteri saya, Ekin yang baru dimulakan tiga bulan lalu. Perniagaan ini kami jalankan sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa.
Jadi, saya boleh susun sendiri jadual saya.

Selain itu, saya ada mengeluarkan single terbaru bersama komposer, M.Nasir dan lirik ditulis oleh Ad Samad berjudul Termolek. Lagu ini sudah masuk dalam pencalonan baru Muzik Muzik, minggu lalu.

Manakala untuk produksi, insya-ALLAH hujung Mei ini saya akan mulakan penggambaran untuk drama hari raya.


SINAR HARIAN ONLINE: Lagu Termolek menceritakan apa?

MAWI
: Termolek ini ada macam-macam maksud. Boleh untuk seorang lelaki melihat seorang perempuan yang cantik molek, dia jatuh cinta atau dari seorang bapa yang melihat anaknya.

Tetapi saya selalu fikirkan lagu itu untuk anak saya dan sebab itulah, klip videonya pun menceritakan tentang seorang bapa dengan anak.


SINAR HARIAN ONLINE: Selepas berkahwin dan mempunyai anak, Mawi dilihat 'senyap' dari industri seni.

MAWI:
Saya tak senyap. Saya buat macam-macam. Macam untuk buat perniagaan ini, saya fikir selama dua tahun. Saya fikir, produk apa saya nak buat. Saya 'study', kaji. Produk ini dikeluarkan dari kilang kami sendiri. Kami bukan jenama semula produk orang.

Kami ada makmal sendiri, R&D sendiri. selepas dua tahun, saya minta nasihat daripada pakar-pakar dalam bidang ini, baru saya berani keluar. Mula-mula saya cuba pada mak saya dulu.

Nampak perubahan mak saya. Mak saya pakai tongkat, sekarang dah tak pakai tongkat. Saya lebih yakin dan berani nak keluarkan produk ini di pasaran.


SINAR HARIAN ONLINE: Lepas kahwin, orang kata Mawi tak popular. Apa komen Mawi?

MAWI
: Okey, popular saya dah rasa (berseloroh). Ia ada zaman. Tapi saya masih ada dalam industri...tak hilang dalam industri. Alhamdulillah masih ada orang panggil saya menyanyi. Lagi-lagi sekarang musim kempen. Memanglah...saya mengaku, saya tak sepopular lima, enam tahun lalu.

Tapi, zaman itu apabila kita dapat rasa daripada awal kemunculan hingga tiga, empat tahun selepas itu. Mungkin sudah tertulis, setakat ini. Tapi saya teruskan...masih teruskan sebab saya suka dengan apa yang saya buat sekarang.


SINAR HARIAN ONLINE: Bagaimana kehidupan setelah bergelar bapa?

MAWI
: Saya suka jadi bapa. Tak cukup tidur itu biasa. Tapi sekarang anak saya dah tidur ikut waktu. Awal-awal dulu memang pukul 3 atau 4 pagi baru tidur. Sekarang, Alhamdulillah sebab pukul 11 malam dah tidur.

Itu pun masa kita tidur juga kan. Kami jaga sendiri tapi dibantu oleh ibu mertua saya. Dia tinggal dengan saya. Alhamdulillah, dia banyak membantu saya. Kalau tak, kelam kabut juga saya.

Apabila kita melihat anak kita berubah dari hari ke hari, itu perkara paling seronok. Esok nak tengok dia pandai cakap apa pula. sekarang sudah setahun dua bulan tapi belum pandai berjalan lagi.

Merangkak lagi tapi yang saya nampak, dia bercakap dulu. Dalam umur macam itu, banyak juga perkataan yang disebut agak jelas. Orang kata kalau bayi cakap dulu, akan berjalan lambat.


SINAR HARIAN ONLINE: Baru-baru ini, rumah Mawi sekali lagi dimasuki orang. Mawi akan tingkatkan keselamatan selepas ini?

MAWI:
Okey begini. Selepas kejadian dulu, yang dimasuki perompak, saya ambil pengawal keselamatan untuk berjaga di rumah saya sahaja. Sebelum ini, hanya ada pengawal keselamatan berjaga di jalan masuk tapi itu tidak menjamin kerana ada banyak lorong tikus.

Jadi, saya ambil pengawal keselamatan untuk berjaga di kawasan rumah. Saya upah untuk berjaga pada waktu malam saja. Jadi, apabila terjadi insiden terbaru ini pada waktu siang, saya terfikir nak upah pengawal keselamatan pada waktu siang kerana pada waktu siang pun tak selamat kerana tempat itu sunyi.

Tapi yang berlaku baru-baru ini bukanlah merompak. Katanya, orang bunian masuk ke rumah saya. Dia memecahkan rumah saya kerana mahu menghalau orang bunian itu.

Dia bekerja buat rumah di sebelah rumah saya. Orang normal melihat dia mungkin mental tapi mungkin dia nampak betul, kita tak tahu. Dia kata, yang lelaki dah keluar, yang perempuan belum keluar lagi dari rumah saya.

Ganti rugi semua sudah selesai. Sekarang saya tengah cari pengawal keselamatan untuk siang.


SINAR HARIAN ONLINE: Selepas keluarkan album tahun lepas, tahun ini apa perancangan Mawi?

MAWI:
Tahun lepas saya keluarkan album, Asma Ul Husna pecahkan kepada 10 trek. Setiap satu trek menjadi 11 nama. Jadi, sembilan trek ada 99 nama. Trek ke-10 saya buat penuh.

Kemudian, saya buat Asma Ul Husna versi baru yang dimasukkan rap dalam bahasa Melayu tetapi, itu belum keluar lagi. Insya-ALLAH akan keluar. Lagu itu sudah siap dan hanya tunggu masa untuk dilancarkan.

Saya buat pembaharuan dalam Asma Ul Husna sebab Asma Ul Husna ini dalam bahasa Arab. Orang baca tapi kebanyakan orang tak faham apa yang disebut.

Jadi, saya fikir, kenapa Asma Ul Husna tak dibuat dalam bahasa Melayu tapi ia terlalu...sebab ia terlalu besar, makna dalam bahasa Arab ini. Jadi, saya masukkan rap bahasa Melayu sajalah.

Saya bergabung dengan Jeff A to Z. Sekarang dalam perancangan untuk membuat muzik video Asma Ul Husna.

Mawi lebar bisnes ke peringkat global

Posted: 12 May 2013 10:42 PM PDT


Mawi Ekin
Ekin - Cahaya Malaika - Ekin 
KUALA LUMPUR - Pengasas produk kesihatan dan kecantikan Unequein, Asmawi Ani atau Mawi menyasarkan untuk menembusi pasaran global selepas produk tersebut bertapak beberapa bulan di Malaysia.

Setelah lebih empat bulan mengorak langkah dalam dunia perniagaan, akhirnya Mawi bersama isterinya, Nor Asikin Rahmat atau Ekin melancarkan produk kesihatan dan kecantikan pertama mereka itu.

"Saya harap produk ini diterima di Malaysia dan mampu menembusi pasaran dunia.

"Pihak kami masih merancang untuk memasarkan produk ini ke peringkat global," katanya ketika memberi ucapan pada majlis pelancaran produk Unequein.

Sepuluh produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan ramuan al-sunnah serta bahan-bahan semulajadi itu sudah berada di pasaran sejak tiga bulan lalu.

Setakat ini, Uniquein sudah melantik 37 stokis dan 20 agen di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan United Kingdom (UK).

Mawi memberitahu idea menghasilkan produk ini datang daripada Ekin kira-kira dua tahun lalu.

"Idea datang daripada Ekin. Dia mahu mengeluarkan produk kecantikan dan dia juga mahu saya mengeluarkan produk atas nama saya sendiri.

"Jadi, saya kaji satu per satu buahan-buahan botani dan sunnah seperti delima, zaitun, habbatus sauda' dan sebagainya sehingga tercetus Multijuice Liquid Health Supplements," katanya.

Multijuice merupakan minuman berkhasiat yang membantu mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh baik luar dan dalam.

Beliau memberitahu, pihaknya mengambil masa dua tahun sebelum benar-benar yakin untuk mengeluarkan produk tersebut.

"Kami ambil masa dua tahun untuk mengeluarkan produk ini. Kami kaji dan buat ujian klinikal dengan bantuan pakar produk ini.

"Alhamdulillah, semua produk ini sudah mendapat kelulusan dari KKM, Jakim dan GMP. Malah kilang kami di Kulim, Kedah telah diiktiraf Islamic Manufacturing Practice (IMP)," katanya.

Selain Multijuice, beberapa produk lain ialah Collagen, Cleanser, Serum, Cream Lotion, Eye Gel, Acnes Serum, Pimple Lotion, Facial Scrub dan Skincare 4 in 1.

Secret Garden kukuhkan jenama

Posted: 12 May 2013 10:41 PM PDT


Secret Garden
Mahmud menunjukkan rangkaian produk Secret Garden yang semakin mendapat sambutan ramai.
POTENSI dan permintaan terhadap barangan halal dalam segmen penjagaan peribadi dilihat semakin meningkat.
Kini ia bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Muslim, bahkan turut memikat hati pelbagai kaum.
Jenama produk seperti Secret Garden adalah satu daripada ribuan jenama yang semakin mencipta nama sebaris dengan beberapa produk terkemuka.
Bersandarkan pada pengalaman dan keistimewaan penerajunya, Mahmud Saidoo selaku Pengurus Besar, jenama yang dikeluarkan oleh The Secret of Secret Garden Sdn Bhd milik seratus peratus Bumiputera ini mampu mencuri tumpuan umum lebihlebih dengan kehadiran dramatis terkenal, Izara Aisyah sebagai duta produk.
"Kami kini dalam proses mengukuhkan jenama dan semestinya pasaran tempatan menjadi fokus penting setelah kami memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penstrukturan semula," katanya.
Secret Garden dilancarkan pada 2006 dengan objektif, menawarkan pengguna pelbagai produk berkualiti tinggi seisi keluarga dengan harga yang berpatutan dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Kami juga menawarkan pengguna penyelesaian penjagaan peribadi yang efektif berasal daripada kebaikan bahan semula jadi yang terbaik," katanya.
Menggunakan bahan semula jadi

Rangkaian Produk Secret Garden terdiri daripada syampu, skrub badan, krim mandian, perapi rambut, anti serum dan produk kebersihan lelaki.
Menggunakan kelebihan yang ada, permintaan terhadap jenama ini kini semakin meluas dan ianya diedar ke pasar raya terpilih, Negara Brunei dan dalam perancangan ke Singapura hujung tahun ini.

Jenama ini juga telah mendapat permintaan di Sri Lanka. Dalam pasaran tempatan, Secret Garden diedar dan dipasarkan QSR Trading (dahulunya KFC Marketing Sdn Bhd).
"Medan pemasaran kami adalah 20 peratus di pasaraya besar dan selebihnya terus kepada pengguna, produk seperti antiseptik pula edarkan di rangkaian KFC dan Pizza Hut," katanya.
Menyentuh soal persaingan, Mahmud berkata, walaupun terdapat pelbagai jenama dalam kategori ini, Secret Garden mampu bertahan kerana mempunyai kekuatan dari seri penggunaan ramuan semula jadi, harga yang mampu milik, dan halal.
"Kami memang menyasarkan golongan Muslim sebagai pengguna utama, dan atas strategi itulah, produk ini diterima baik oleh masyarakat di Brunei," katanya.
Kini kira-kira lebih satu kontena produk dibawa masuk ke nagara tersebut dan krim mandian adalah produk paling mendapat sambutan.
Prestasi jualan
Menurut Mahmud, walaupun jenama ini tidak mempunyai kilang pengeluaran sendiri tetapi syarikat begitu peka dalam pembangunan sesebuah produk.
"Proses penghasilan sesebuah produk memakan masa yang agak lama dan kami sedaya-upaya memastikan setiap produk yang dikeluarkan menepati kehendak pengguna, tambahan pula ia melibatkan pelaburan yang cukup besar sehingga mencecah RM3 juta," katanya.
Menurut Mahmud, memandangkan produk ini baru sahaja tampil dengan penjenamaan semula pada tahun lalu, maka prestasi jualannya semakin menunjukkan pertumbuhan yang positif.
"Kami kini semakin melipat gandakan usaha untuk menggandakan prestasi jualan agar menepati sasaran dan akan lebih fokus kepada produk sedia ada serta menangguhkan dahulu untuk mengeluarkan produk baru," katanya.
Katanya, jika permintaan semakin stabil, beberapa produk baru yang dalam perancangan bakal diperkenalkan antaranya minyak wangi.

Bapa rayu anak gadis pulang

Posted: 12 May 2013 10:39 PM PDT


Bapa rayu anak gadis pulang
Shahrin menunjukkan gambar anaknya dan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Kampung Raja.
BESUT - Seorang bapa merayu anak gadisnya yang keluar meninggalkan rumah di Persiaran Limbongan, Kampung Limbongan dekat Kampung Raja pada 6 Mei lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Shahrin Man, 45, berkata, dia amat bimbang keselamatan anaknya, Nuraqilah, 18, yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan, dipercayai mengikut teman lelakinya.

Menurutnya, pada jam 7 petang hari kejadian, anaknya itu ada menghubunginya memaklumkan telah pulang daripada kerja.

"Bagaimanapun selepas saya pulang daripada berniaga pada jam 8 malam, saya dapati Nuraqilah tiada di rumah.

"Usaha menghubunginya melalui telefon bimbitnya juga tidak berhasil," katanya.

Shahrin berkata, pada jam 9.30 pagi, 6 Mei lalu dia menghantar anaknya bekerja di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Keluang sebelum dia dan isterinya pergi berniaga di Gong Kedak.
Menurutnya, lazimnya dia yang akan menjemput Nuraqilah pulang kerja namun pada hari tersebut, anaknya itu menghubunginya memaklumkan pulang awal ke rumah.

"Majikan Nuraqilah beritahu dia menghantar anak saya pulang ke rumah kerana mempunyai kunci rumah.

"Bagaimanapun selepas dia tiada di rumah dan tidak pulang sehingga keesokannya (7 Mei), saya segera membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja," katanya.

Shahrin berkata, dia mengesyaki anaknya lari mengikut teman lelakinya tetapi dia tidak mengenali lelaki tersebut dan tidak tahu di mana dia tinggal.

"Usaha mencari Nuraqilah di merata tempat buntu sehingga sekarang dan pada masa sama, saya bimbang  keadaan kesihatan isteri yang terlalu bersedih dengan kejadian ini.

"Saya merayu sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anak perempuan saya agar memaklumkan kepada mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi saya menerusi talian 01129332940," katanya.

Kantoi ketika curi pisang

Posted: 12 May 2013 10:38 PM PDT


Kantoi ketika curi pisang
Seorang pemuda ditangkap ketika mencuri seguni pisang di Kampung Pohon Gelugor, semalam.
CHETOK – Gara-gara mahu mendapatkan wang lebih, seorang pemuda ditangkap ketika mencuri seguni pisang di Kampung Pohon Gelugor, semalam.

Saksi yang mahu dikenali sebagai Abdullah, 43, berkata, dia bersama beberapa pemuda lain, terkejut apabila dipanggil oleh Pok Mat untuk menyiasat kehadiran seorang lelaki di dalam kebunnya.
"Mereka ternampak lelaki berkenaan sedang memikul guni manakala seorang lagi rakan subahatnya, menunggu di motosikal.

"Kami berjaya menangkap suspek namun rakannya berjaya melarikan diri. Telahan kami benar apabila mendapati guni berkenaan berisi pisang," katanya, semalam.

Abdullah berkata, ini bukan kejadian pertama berlaku di kawasan ini, sebaliknya semua petani sudah menjadi mangsa, apabila hasil pertanian seperti pisang dan getah sering hilang.

Katanya, penduduk mengesyaki penjenayah mencuri di waktu subuh atau awal pagi, bagi mengelak daripada ditangkap.

Menurutnya, suspek yang juga penduduk tempatan, ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis pada jam 11.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan berhubung perkara terbabit.

Sambut Hari Ibu di katil hospital

Posted: 12 May 2013 10:37 PM PDT


Sambut Hari Ibu di katil hospital
Siti Aswad (tiga, kiri) mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Saudah sambil memberikan sekuntum bunga ros tanda menghargai jasanya membesarkan lapan anak.
KUANTAN –  Ketika insan lain menyambut Hari Ibu dengan penuh kemeriahan di samping anak-anak sambil menjamu pelbagai hidangan istimewa dan bersiar-siar, seorang ibu hanya mampu terbaring di atas katil hospital akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Saudah Nayan, 57, terpaksa menghabiskan masa di hospital dan mujur ada anak-anak yang sanggup berkorban meluangkan masa dan menjaganya secara bergilir-gilir.

Setakat ini katanya, sudah hampir 20 hari dia terpaksa tinggal di hospital dan hanya berpeluang melepaskan rindu pada beberapa orang anak yang jauh dan cucu melalui panggilan telefon.

"Tahun ini, saya menyambut Hari Ibu dengan hanya terlantar di katil, namun saya amat terharu apabila lapan anak saya begitu sepakat datang menjaga secara bergilir-gilir.

"Bagi yang tidak dapat menjaga dengan sepenuhnya, masih tidak melupakan saya dengan menelefon sekerap yang boleh," katanya selepas lawatan dan pemberian bunga ros sempena Hari Ibu daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negara (LPPKN) Pahang, semalam.

Turut hadir, Pemangku Pengarah LPPKN Pahang, Siti Aswad Zakaria di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Saudah berkata, hasrat hatinya memang ingin melihat mereka anak beranak berkumpul bagi melepaskan rindu, namun keadaan tidak mengizinkan.

Dalam pada itu, kata Saudah, dia begitu terharu dengan lawatan dan sumbangan bunga ros daripada LPPKN bagi menghargai golongan ibu yang terlantar sakit.

"Ini kali pertama saya mendapat kejutan seumpama ini, sekurang-kurangnya ia menggembirakan kami yang terlantar di hospital ini," katanya.

Ternyata perasaan Saudah tidak dapat dibendung apabila dia dan anaknya, Siti Rokiyah Arshad, 24, menitiskan air mata ketika menerima bunga itu.

Sementara itu, Siti Aswad berkata, langkah LPPKN mengedarkan 300 kuntum bunga ros kepada pesakit wanita tanda menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini kepada anak bangsa.

"Walaupun pendekatan ini kali pertama dilakukan, ternyata mendapat sambutan terutama daripada HTAA untuk meraikan dan menghargai golongan ibu," katanya.

Dicekup ketika tidur lena

Posted: 12 May 2013 10:36 PM PDT


Dicekup ketika tidur lena
Sebahagian penagih yang ditahan di Balai Polis Bandar Tun Razak dibawa ke IPD Rompin selepas didapati positif dadah.
ROMPIN – Dua wanita dan seorang lelaki dicekup sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin yang menjalankan 'Ops Tapis Bersepadu' di sebuah rumah di Felda Keratong 7, Chanis, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, operasi dijalankan kira-kira jam 1 pagi itu diketuai Inspektor Hairuddin Hassan bersama polis bantuan Felda dan Rela Keratong.

Ketika serbuan itu katanya, kedua-dua wanita tersebut sedang lena tidur di dalam sebuah bilik, manakala lelaki yang dipercayai adik kepada seorang daripada wanita terbabit pula tidur di ruang tamu.

"Polis terpaksa mengetuk pintu beberapa kali sebelum dibuka lelaki berkenaan. Setelah masuk ke dalam rumah, polis menuju ke bilik dan mengejutkan kedua-dua wanita terbabit," katanya.

Johari berkata, mereka dibawa ke Balai Polis Bandar Tun Razak dan mendapati ketiga-tiganya positif dadah jenis morfin serta methamphetamine.

Dalam serbuan berasingan, Johari berkata, seorang lelaki warga asing dan seorang lelaki Orang Asli ditahan di Ladang Kelapa Sawit Felda Keratong 2 selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, lelaki warga asing itu dipercayai tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, malah mereka juga didapati positif dadah jenis morfin.

Selain itu, beliau berkata, seramai lapan lelaki berusia antara 16 hingga 30 tahun ditahan di rumah masing-masing dalam serbuan dijalankan di Felda Chanis.

Katanya, hasil ujian air kencing di Balai Polis Bandar Tun Razak mendapati, mereka positif dadah dan dibawa ke IPD Rompin untuk ditahan reman.

16 pasangan pengantin lama dirai

Posted: 12 May 2013 10:34 PM PDT


16 pasangan pengantin lama dirai
Pasangan suami isteri bekas pelajar SMSAH bergambar bersama rakan dan warga SMSAH selepas berakhirnya acara persandingan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas SMSAH.
JITRA - Seramai 16 pasangan suami isteri bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH), bagaikan bermimpi selepas bersanding sekali lagi sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas sekolah mereka.

Mengembalikan nostalgia zaman persekolahan serta sejarah perkenalan antara pasangan berkenaan, Persatuan Alumni SMSAH menganjurkan acara itu bagi memeriahkan lagi sambutan itu.

Penganjur acara persandingan, Ku Ramlah Ku Edar, berkata, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan acara itu bagi memberi kelainan pengisian sambutan ulang tahun berkenaan.

Menurutnya, usaha mengenalpasti pasangan suami isteri bekas pelajar SMSAH berjaya dilakukan melalui laman Facebook Persatuan Alumni SMSAH.

"Walaupun kita tidak dapat mengumpulkan semua pasangan untuk acara ini, namun jumlah pasangan yang ada ini sudah cukup membanggakan kami sebagai warga SMSAH.

"Idea mengadakan acara ini timbul selepas kami mendapati ramai bekas pelajar SMSAH yang menjadi pasangan suami isteri. Jadi kami ambil peluang sempena sambutan ulang tahun ke-50 untuk mengumpulkan pasangan masing-masing," katanya yang turut menjadi antara pasangan itu.

Pengarah Eksekutif MESB Berhad, Datuk Suhairi Saad, 50, dan isterinya Datin Mashitoah Din, 48, berkata, bagaikan tidak percaya mereka dapat bersanding semula lebih-lebih lagi di sekolah lama mereka.

"Kami sangat gembira kerana banyak memori tercipta di sini walaupun bukanlah pasangan bercinta semasa di sekolah dan sekadar saling mengenali satu sama lain.

"Kami berkahwin pun bila saling rapat sewaktu masing-masing pulang dari luar negara selepas tamat belajar, ini bukan kisah cinta masa sekolah dan inilah jodoh," kata mereka yang masing-masing bersekolah di SMSAH pada 1980 dan 1982.

Bagi Pasangan muda, Mohammad Hafiz Abdul Rahim, 31, dan Nur Iryani Mohd Noor, 27, pertemuan mereka di laman Facebook menjadi titik tolak hubungan hingga ke jinjang pelamin.

Menurut Hafiz, dia dan isterinya tidak pernah rapat pada zaman persekolahan kerana perbezaan umur.

"Saya dan isteri mengambil peluang menyertai acara ini bagi mengimbau kembali zaman persekolahan dan memberi sokongan kepada penganjuran. Lebih-lebih lagi kami masih dalam tempoh berbulan madu," katanya yang berkahwin pada hujung Mac lalu.

Sementara itu, bagi pasangan sama umur, Shahidan Yahaya, 49, dan Dr Noor Asmawati Mohd Zabidi, 49, mula berkenalan sejak tingkatan satu pada 1981.

Walaupun saling kenal sejak zaman sekolah, jodoh pertemuan mereka dijalinkan selepas berkahwin pada 2007.

"Alhamdulillah, ini semua jodoh yang sudah ditentukan ALLAH, walaupun tanpa hubungan cinta di bangku sekolah hingga belajar ke luar negara kami bersatu juga akhirnya," kata mereka.

Selain acara itu, sambutan ulang tahun ke-50 SMSAH juga dimeriahkan dengan acara 'countdown' ke jubli emas, majlis bankuet diraja, bicara tokoh, forum perdana, pembinaan "Walk of Fame", buku bergambar, pameran dan hari terbuka, karnival kokurikulum, kejohanan golf dan

kejohanan futsal membabitkan semua pihak yang sedang atau pernah menjadi warga SMSAH.

Dua pencuri tak sempat lolos diri

Posted: 12 May 2013 10:33 PM PDT


Dua pencuri tak sempat lolos diri
Seorang daripada dua suspek yang berjaya ditahan dengan bantuan jiran mangsa.
KAJANG - Tindakan nekad dua penjenayah melarikan barangan berharga dari sebuah rumah yang dipecah masuk ketika penghuninya keluar makan tidak berhasil apabila mereka dicekup ketika cuba meloloskan diri dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kegiatan suspek disedari sejurus pemilik bersama keluarganya tiba ke rumah kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, mangsa yang juga seorang pensyarah berusia 60 tahun, terkejut apabila terdengar sesuatu di belakang rumah sebelum melakukan pemeriksaan dan terserempak dua lelaki tidak dikenali sedang memanjat pagar belakang kediamannya dipercayai cuba melarikan diri.

"Jeritan mangsa didengari beberapa jiran yang kemudiannya bertindak pantas mengejar suspek yang cuba meloloskan melalui lorong belakang.

"Dua suspek itu berjaya dipintas dan terjadi pergelutan sebelum berjaya ditahan untuk diserahkan kepada polis," katanya.

Beliau berkata, barangan seperti jam tangan dan komputer riba milik mangsa yang dilarikan ditemui semula dalam longkang berhampiran.
Jelasnya, siasatan lanjut mendapati suspek warga Myanmar berusia 39 dan 29 tahun terbabit mengumpil pintu belakang untuk masuk ke rumah mangsa.

"Suspek hanya sempat menggeledah beberapa bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat itu berdasarkan kepada keadaan barangan yang berselerak.

"Suspek direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah rumah," katanya.

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

Posted: 12 May 2013 10:30 PM PDT

LISDAWATI mengakui dia mengubah penampilan dirinya secara perlahan-lahan tetapi sepenuhnya berhijab bermula Sabtu kelmarin.


SETIAP manusia boleh berubah, sama ada seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan selebriti wanita berubah ke arah kebaikan, khususnya dengan berhijab.
Terbaharu, tidak ketinggalan aktres dan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati.
Pada satu majlis pelancaran produk Selebriti Cosway di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam, Lisdawati kelihatan anggun mengenakan hijab berwarna jingga.
Kosmo! segera mendapatkan pelakon filem KL Menjerit ini. Ikuti temu bual bersama Lisdawati yang bercerita tentang perubahan penampilan dirinya ini.
Kosmo!: Sejak bilakah Lisdawati berubah (dengan berhijab)?
LISDAWATI: Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.
Apa kata Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini berubah penampilan?
Dia terkejut dan tak sangka bahawa saya akan berubah (penampilan ) secepat ini. Bagaimanapun, dia sentiasa beri saya semangat dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.
Kenapakah Lisdawati tiba-tiba ingin berubah penampilan?
Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian. Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.
Bagaimanakah pula dengan karier Lisdawati sebagai seorang pelakon selepas sudah mula berubah penampilan ini?
Saya tetap berlakon kerana ia adalah punca rezeki saya selama ini untuk saya sekeluarga. Jadi, tidak menjadi satu masalah apabila berubah penampilan dan meneruskan karier lakonan. Malah, kebanyakan watak-watak yang saya raih adalah watak ibu dan yang seumpama dengannya. Saya hanya fikir positif, saya cari rezeki untuk anak-anak dan nawaitu saya adalah untuk mencari rezeki. Jadi, saya tak kisah sebab itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada saya.
Apakah perancangan Lisdawati selepas ini?
Saya teringin sangat mahu buka perniagaan sendiri.
Perkembangan terbaharu Lisdawati?
Saya sudah berehat daripada aktiviti seni selama dua bulan dan mulai minggu hadapan saya akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah telemovie. Selama dua bulan ini, saya sibuk jaga anak-anak, suami dan uruskan rumah.

Kekecewaan Bunkface

Posted: 12 May 2013 10:29 PM PDT


BUNKFACE enggan mengambil risiko dengan terus menerbitkan album tetapi terlebih dahulu mengeluarkan beberapa single dan klip video baharu.


ALBUM kedua Bunkface yang mula dipasarkan sekitar penghujung tahun 2012 berjudul Punk Not Dead barangkali dilihat sepi dalam industri hiburan tempatan.
Mana tidaknya, masih ada peminat band muzik pop punk itu masih belum jelas akan perkembangan Bunkface sehingga ada yang meluahkan kekesalan terhadap perjuangan band itu yang prestasinya kian merosot sejak akhir-akhir ini.
Bersetuju dengan dakwaan tersebut, ujar vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya Shamsul Anuar, perjuangan muzik dan band-band tempatan sepertinya tidak serancak dua tahun lalu.
"Sambutan album pertama (Phobia Phoney) tiga tahun lalu lebih progresif jika dibandingkan dengan Punk Not Dead yang sangat perlahan.
"Penerimaan peminat mungkin tidak agresif seperti dulu, permintaan pun tidak banyak. Begitu juga tawaran membuat persembahan.
"Saya sedikit kecewa apabila peminat sudah semakin berkurang tapi saya akur, industri muzik kita seperti ombak. Ada naik turun," luah Sam yang ditemui ketika majlis pelancaran album kompilasi Baik Punya di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sam muncul pada majlis tersebut bersama seorang lagi anggota Bunkface iaitu Paan sementara anggota ketiga kumpulan itu, Youk tidak dapat hadir.
Album kompilasi Baik Punya terbitan Indigital Sdn. Bhd. dengan kerjasama Tropic Jaya mengandungi 14 buah lagu antaranya Cinta Bersatu (Liyana Jasmay), Jerrypah (Aizat), Memandang Awan (Sharifah Zarina), Aku Permata (Salma) dan lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza berjudul Falling In Love yang dinyanyikan semula oleh Bunkface.
Mengakui kini band yang ditubuhnya sejak tahun 2005 itu perlu berusaha lebih keras, Sam menelan hakikat bahawa monopoli industri muzik semasa dimiliki penyanyi solo, remaja dan muzik akustik.
"Kami tidak tahu apa salah kami, mungkin peminat sudah tidak nampak muzik kami. Semua ada zaman masing-masing dan zaman muzik Bunkface sudah pun berlalu.
"Sekarang peluang kepada generasi baharu dengan penerokaan muzik yang lebih santai dan mesej yang senang dicerna," ujar Sam.
Biar risau akan hala tuju bandnya suatu masa nanti, Sam akur akan kehendak pasaran dan enggan memaksa peminat mengagumi hasil muziknya.
Malah kata Sam, dia akan 'melembutkan' aliran muzik Bunkface selepas ini agar lebih senang didekati generasi sekarang dan kemungkinan besar akan berkolaborasi dengan beberapa penyanyi popular sekarang.
Selain itu, Bunkface akan menggunakan resipi asas dunia muzik iaitu membuat satu persatu single dan klip video sebelum mengambil risiko mengeluarkan album.
"Muzik kami akan kekal dan Bunkface tidak akan sesekali menukarkan stail kami. Kami tidak akan berputus asa dan sebagai sebuah band kami tidak boleh terlalu tamak," jelas Sam.
Bunkface baru habis membuat persembahan di Festival Midem 2013 di Cannes, Perancis sekitar pertengahan bulan Februari lalu bersama beberapa penyanyi tempatan lain antaranya Hujan, Jaclyn Victor dan Amanda Imani.
Dalam perkembangan lain, Bunkface akan memulakan siri konsert jelajah seluruh Malaysia iaitu Punk Not Dead Tour Malaysia bermula 1 Jun depan.
Band yang terkenal dengan lagu Ekstravaganza itu akan beraksi bersama beberapa buah band tempatan di lapan buah negeri sekitar Semenanjung Malaysia sepanjang siri konsert jelajah itu.

Kementerian siar dokumentari 'Perak Man'

Posted: 12 May 2013 10:27 PM PDT

PAMERAN kehidupan Perak Man yang dipamerkan di Muzium Negara. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menyiarkan filem dokumentari 'Perak Man', mengenai penemuan prasejarah paling penting di Malaysia yang memenangi anugerah dalam dua kategori pada Festival Arkeologi Video dan Filem Antarabangsa.
Bekas menterinya, Datuk Seri Rais Yatim berkata, selain disiarkan di televisyen dan pawagam, salinan filem bertajuk Unburying The Past dalam bentuk cakera video digital (DVD) akan diedarkan kepada universiti dan sekolah.
Filem dokumentari selama 46 minit arahan Harun Rahman itu diterbitkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Filem tersebut memenangi kategori Jalan Cerita Terbaik dan Pendidikan Terbaik selepas muncul antara tiga filem teratas untuk anugerah Filem Terbaik dalam kalangan 80 filem dari 20 buah negara.

Cucu derhaka direman seminggu

Posted: 12 May 2013 10:25 PM PDT


SUSPEK dipercayai meninju muka neneknya sehingga mati direman seminggu oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang pemuda berusia 35 tahun yang disyaki meninju muka neneknya sampai mati manakala ibunya turut dicederakan sehingga terlantar di hospital direman selama seminggu bermula semalam.
Perintah tahanan reman ke atasnya dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Aimi Mat Jahari di sini pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Pemangku Superintendan Zaharudin Rasip berkata, suspek direman selama tujuh hari iaitu sehingga 18 Mei ini.
"Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki membunuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
"Tiada perkembangan baharu setakat ini dan punca suspek bertindak ganas masih disiasat," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, seorang warga emas berusia 84 tahun mati dalam keadaan menyayat hati selepas ditumbuk beberapa kali di muka oleh cucunya di Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat.

Jari kaki, tangan berubah hitam

Posted: 12 May 2013 10:24 PM PDT


UYUB menunjukkan jari kaki isterinya, Jamilah berubah hitam dipercayai diberi salah ubat oleh doktor di Taman Seria Jasa, Temerloh semalam.


TEMERLOH – Seorang wanita kini menderita kesakitan apabila jari kaki dan tangannya berubah menjadi hitam ketika dia mengalami koma selama sembilan hari selepas menerima rawatan bagi demam biasa di sebuah hospital kerajaan di sini pada 22 Mac lalu.
Jamilah Kasim, 52, mendakwa, keadaannya itu dipercayai akibat tersalah diberi ubat oleh doktor.
Ceritanya, dia dan suaminya, Uyub Seman, 57, pergi ke hospital terbabit bagi mendapatkan rawatan untuk demam biasa.
Katanya, selepas diberi makan ubat oleh doktor bertugas dan dilakukan imbasan sinar X, dia tidak sedarkan diri.
"Saya koma ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi di hospital tersebut dan seterusnya mendapat rawatan lanjut di sebuah hospital di Kuantan.
"Jari tangan dan kaki saya pula berubah menjadi hitam selepas tiga hari koma dan ia dikesan oleh suami dan anak-anak," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Justeru, Jamilah yang bertugas di Felda Wilayah Mempaga dan menetap di Taman Seria Jasa, di sini kesal dengan kecuaian dilakukan pihak hospital hingga menyebabkan jari tangan dan kakinya berubah hitam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines