Rabu, 8 Mei 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Tomok Ketika PRU

Posted: 07 May 2013 10:42 PM PDT

Kecil-kecil lagi dah diberikan petunjuk daripada ayahnya, Tomok mengenai PRU. Baju yang dikenakan oleh Arrianshah Akid juga sememangnya baju orang dewasa, jari berwarna biru itu adalah jari Tomok dan Arrianshah Akid juga ikut bersama dengan mengangkat jari telunjuknya, wah dah pandai lah anak Tomok ikut gaya ayahnya.



Neelofa, Fahrin Ahmad Skuba di Pulau Redang!

Posted: 07 May 2013 10:00 PM PDT

Baru-baru ini pelakon cantik dan seksi, Neelofa dan beberapa rakan artis seperti Fahrin Ahmad dan Remy Ishak turut berada di Pulau Redang untuk membuat aktiviti skuba. Ini bukanlah cuti-cuti biasa diantara mereka namun untuk sebuah babak dalam filem Pilot Cafe. Beberapa keping gambar dan sebuah video telah dimuatnaik oleh Neelofa ke dalam laman sosialnya.








Belum Bercerai Lagi, Noniswara Dirisik Orang Lain

Posted: 07 May 2013 09:00 PM PDT

Hebat betul aura Nonis Wara Baharudin yang dikhabarkan melalui portal Utusan semalam, sudah ada orang cuba nak merisik dia sebagai isteri walaupun Nonis kini masih lagi sebagai samar-samar walaupun fakta mengatakan dia masih lagi isteri orang, mungkin cuma persepsi orang melihat dia bakal bercerai kerana sering turun naik mahkamah menguruskan rumahtangganya itu.

Tapi sudah menjadi kebiasaan orang yang sudah bercerai, agak sukar nak memilih penganti dan mula rasa takut atau trauma untuk bercinta semula. Jadi hanya memberi fokus kepada kerjaya dan anak-anak sahaja adalah menjadi jalan kehidupan seterusnya.

"Saya fikir mereka yang cuba merisik itu masih belum jelas dengan status saya, sebab itu mereka meluahkan hasrat. Mereka ada merisik walaupun sebenarnya saya masih lagi isteri orang.

"Tentang laporan yang mengatakan saya menarik balik permohonan cerai itu tidak benar. Saya masih meneruskannya dengan proses permohonan fasakh selepas suami saya gagal berkerjasama,

"Memang saya serik, tetapi sampai bila rasa serik itu, saya juga tidak tahu.

"Namun buat masa ini fokus saya hanya untuk memberi tumpuan buat anak-anak dan kerjaya sebagai pelakon sahaja," katanya

Video Elly Mazlein Buat Gwiyomi tahap Comel!

Posted: 07 May 2013 08:00 PM PDT

Arghh.. Gwiyomi lagi.. Kali ini tidak ketinngalan Elly Mazlein dengan gaya super cute nya dia membuat aksi Gwiyomi di slot Suria FM yang dimuatnaik dalam laman Youtube. Agaknya Elly dah macam pandai atau terbiasa dah buat aksi Gwiyomi, lihat sahaja aksinya yang tiada silap. Tapi memang tahap comel melihat Elly di sini.




Gambar Abby Abadi Pergi Mengundi

Posted: 07 May 2013 06:21 PM PDT


Episod mengundi rasanya cukup sampai dikesempatan ini melabuhkan tirainya dengan selebriti yang sangat-sangat aktif dalam berpolitik, Abby Abadi. Gambar Abby Abadi pergi mengundi pada PRU13 yang lalu telah dimuatnaik ke dalam laman Twitternya dengan jarinya mempunyai dakwat ink biru.

Dan memperlihatkan dia cukup gembira dengan proses pengundian dengan terdapat ink biru berkenaan pada mukanya, tak tahulah dia ada hentam SPR bagai lepas tu. Haha.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines