Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Adi Putra Cadang Tambah Seorang Lagi Anak Angkat
- China Menang Projek Dokumentari Terbaik Asia di ASD2013
- Aqasha Bersikap Profesional Dengan Umie Aida
- Luna Maya Rujuk Zed Zaidi Untuk Berlakon Produksi Tempatan
- Konsert Jelajah Backstreet Boys Di Malaysia Tahun Depan
- Van bawa RM12 juta terbalik
- Termakan ulat dalam coklat
- Lisa hanya percaya ibu
- Sheila gesa karyawan mendaftar
- Hetty gesa minta dibayar
- Dua wanita dicari
- Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal
- Ninja wanita seluruh dunia berhimpun di Jepun
- Anak dah enam, baru Brad Pitt, Angelina nak kahwin
- Yoko Ono tunjuk cermin mata John Lennon
- Pameran penjara Alcatraz
- Mangkuk dinasti China dilelong pada harga RM6.84 juta
- Layang-layang bawa Fadzil jelajah dunia
- Bufet untuk gajah
- Miliki semua teknologi terbaik SKYACTIV
- Kereta berprestasi untuk semua!
- Peugeot 308 Griffe
- Aplikasi Shell untuk peranti pintar
- Mengembara seorang diri di negara orang
- Kembara bermotor rentas sempadan
Adi Putra Cadang Tambah Seorang Lagi Anak Angkat Posted: 23 Mar 2013 06:35 AM PDT Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 32, berkata, walaupun masih mengharap untuk mempunyai anak sendiri namun mempunyai anak angkat adalah salah satu usaha untuk membina keluarga bahagia. "Sebagai manusia kita tidak boleh mengharap kepada sesuatu perkara sahaja kerana terdapat pelbagai cara dan usaha boleh digunakan. "Kemungkinan untuk mengambil seorang lagi anak angkat itu ada, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online. Adi dan isterinya, Zuhaida Yusof, 38, bernikah pada 14 April 2006. Dalam pada itu, Adi berkata, dia seronok dapat bergelar ayah kepada Zara yang kini berusia lima bulan kerana kanak-kanak itu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir roboh pada tahun lepas. Jelasnya, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni namun dia sentiasa memastikan akan meluangkan masa bersama anaknya itu. "Kehadiran Zara benar-benar telah mengubah kehidupan kami dan sebagai lelaki saya seronok bergelar seorang ayah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Adi berkata, selain bakal muncul dengan filem Langgar arahan Sein (Ruffedge) dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian berjudul Teduhan Kasih di samping Nabila Huda. | |
China Menang Projek Dokumentari Terbaik Asia di ASD2013 Posted: 23 Mar 2013 06:34 AM PDT Manakala Projek Dokumentari Terbaik Antarabangsa diterima oleh Thomas Ellis dari United Kingdom bertajuk Love Is Not Crime. Sementara itu, dua peserta dari Malaysia iaitu Hana Nadira dengan projek bertajuk Borneo Punk Rock dan Ahmad Fuad Ahmad Yazid, 'The Gold Detective' masing-masing memenangi kategori Projek Dokumentari Terbaik Malaysia dan Anugerah Dokumentari Melangkawi Sempadan. ASD 2013 ini merupakan sebuah program pembangunan industri dokumentari yang berlangsung selama empat hari bermula Selasa lalu di Royale Chulan. Ia merupakan anjuran KPKK melalui Finas dengan kerjasama Bang Singapura, Sunny Side of The Doc dan Persatuan Dokumentari Malaysia. Ketua Pengarah, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Raja Rozaimie Dalnish Shah, berkata, pihaknya sedang cuba mengangkat filem-filem dokumentari setaraf dengan filem cereka agar negara ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan pelbagai filem genre tersebut seperti negara-negara luar. "Antara pengisian ASD 2013 seperti persidangan, cara pemasaran, 'masterclass' dan jaringan perniagaan. "Saya harap menerusi program ini, ia sebagai sebuah strategi bagi pembangunan industri dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa," ujarnya. Berikut adalah senarai penuh pemenang Anugerah Side Of The Doc 2013. 1. Projek Dokumentari Terbaik Asia - Please Remember Me (China) 2. Projek Terbaik Antarabangsa - Love Is Not A Crime (United Kingdom) 3. Dokumentari Terbaik - Okhwan (Yugoslovia) 4. Anugerah Istimewa Juri - Like Ants For Suger (India) 5. Projek Dokumentari Terbaik Malaysia - Borneo Punk Rock (Malaysia) 6. Anugerah Tanpa Sempadan - The Gold Detective (Malaysia) | |
Aqasha Bersikap Profesional Dengan Umie Aida Posted: 23 Mar 2013 06:34 AM PDT Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 31, menjelaskan, dia langsung tidak berasa kekok digandingkan dengan Umie di set penggambaran kerana dia sudah maklum terhadap tanggungjawab yang diberikan. "Saya dan Umie sentiasa bersikap profesional ketika berada di set penggambaran dan kami langsung tiada masalah bergandingan bersama. "Tambahan pula beliau adalah antara pelakon yang saya kagumi," jelasnya kepada mStar Online. Sebelum ini, Aqasha dan Umie pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta semasa zaman bujang sewaktu bergandingan dalam filem Embun pada tahun 2002. Dalam pada itu, Aqasha berkata, dia kini lebih memilih watak yang ditawarkan kerana ingin menjaga hati isterinya, Noor Baizura Mohd Sabri, 30. "Saya ingin menjadi seorang suami yang bertimbang rasa terhadap isteri kerana tidak mahu salah faham timbul walaupun dia tidak pernah cakap apa-apa. "Sebab itu saya ingin mengurangkan watak-watak lelaki romantik atau pun menjadi kekasih dalam sesebuah drama," ujarnya. Sementara itu, Aqasha berkata, selain lakonan, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada syarikat produksi bersama rakan kongsinya iaitu Sein dan Zain daripada kumpulan Ruffedge yang ditubuhkan hampir dua tahun lalu. Selain menumpukan kepada penerbitan video korporat dan pasca penerbitan, mereka sedang dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah filem dalam tahun ini. "Insya-Allah jika tiada halangan kami akan memulakan projek filem itu selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini dan kini ia masih dalam peringkat perbincangan," katanya. | |
Luna Maya Rujuk Zed Zaidi Untuk Berlakon Produksi Tempatan Posted: 23 Mar 2013 06:33 AM PDT Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,33, berkata pelakon itu menghubunginya baru-baru ini bagi bertanyakan prosedur rakyat luar untuk berlakon di Malaysia. "Selepas sebulan isu dengan Julia Perez, seorang pelakon Indonesia, yang memperkenalkan dirinya Luna Maya ada hubungi saya untuk bertanyakan berhubung proses produser untuk berlakon di negara kita. "Luna memberitahu saya untuk berlakon dengan sebuah produksi tempatan dalam masa terdekat ini dan dia tidak mahu kehadirannya menimbulkan sebarang masalah dengan pihak kerajaan Malaysia," katanya kepada mStar Online. Tambah Zed, dia gembira usahanya memperjuangkan langkah memperketat kemasukan artis luar untuk berlakon di negara ini di pandang serius. "Saya tidak mahu mereka sewenang-wenangnya masuk bekerja di negara kita tetapi pelakon kita terpaksa melalui banyak halangan untuk berlakon di sana. "Saya diberitahu persatuan artis di Indonesia turut mengenakan bayaran yang agak tinggi kepada pelakon luar untuk mendapatkan lesen kebenaran berlakon di negara itu," katanya. Bermula Januari 2013, artis luar yang ingin berlakon di Malaysia membuat permohonan melalui tiga persatuan seni berdaftar mengikut bidang tugas masing-masing. Tiga persatuan tersebut adalah Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN). | |
Konsert Jelajah Backstreet Boys Di Malaysia Tahun Depan Posted: 23 Mar 2013 06:32 AM PDT Salah seorang anggotanya, Brian Littrell berkata, perancangan itu dibuat bersempena kemunculan album terbaharu mereka yang dijangka akan berada di pasaran penghujung tahun ini. "Kedatangan kami ke Malaysia sebelum ini hanya untuk masa singkat dan tidak berpeluang untuk mendekati peminat dalam sebuah konsert besar. "Sudah tentu pada jelajah konsert kami seterusnya, Malaysia akan tersenarai dalam jadual kami," jelasnya semasa sidang media bersempena persembahan Twin Towers @Live 2013 di Hotel Hilton di sini, Jumaat. Selain Brian, BSB turut dianggotai oleh AJ McLean, Howie Dorough, Kevin Richardson dan Nick Carter. Kumpulan yang terkenal dengan lagu As Long As You Love Me itu bakal membuat persembahan untuk acara itu pada malam Sabtu di Menara Berkembar Petronas (KLCC) di samping artis seperti 2NE1, Mizz Nina, Caprice dan K-Town Clan. Dalam pada itu, Brian berkata, pada persembahan selama satu jam itu mereka akan menyampaikan semua lagu terbaik BSB buat peminat mereka. "Kami akan cuba sampaikan semua lagu terbaik kami sepanjang 20 tahun menjadi rakaman dan tidak sabar untuk bertemu dengan peminat," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Nick memberitahu mereka teruja apabila bakal dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame pada 22 April depan di Los Angeles. Menurut Nick, ia adalah penghargaan terbesar buat mereka sepanjang 20 tahun terlibat dalam industri hiburan. "Kami sangat teruja dengan penganugerahan itu kerana nama-nama besar seperti Micheal Jackson, The Beatles, Elvis Presley antara yang pernah dianugerahkan dengan bintang di situ dan kami akan terpahat bersama nama-nama besar itu," ujarnya. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:29 AM PDT Pemandu, Mohd Azrul Hamid, 26, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika dia bersama pengawal keselamatan dan dua pengendali wang pemindahan (CIT) dalam perjalanan ke sebuah bank di Batang Kali. Katanya, sebaik membelok di persimpangan itu, dia gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik kerana jalan berpasir. "Jalan berpasir, jadi masa membelok menghala ke Rasa, van terbabas ke kanan dan terbalik sebelum melanggar pembahagi jalan. "Tapi, saya bersama tiga yang lain bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di tempat kejadian. Mohd Azrul berkata, terdapat 13 beg besar dan enam beg kecil mengandungi wang tunai dianggarkan lebih RM12 juta untuk kegunaan mesin juruwang automatik (ATM) serta deposit tunai, tersimpan dalam peti simpanan keselamatan van itu. Menurutnya, jumlah berkenaan dinilai berdasarkan bilangan bil yang ada dengan setiap satu bil tertera jumlah RM500,000 dan ia tidak termasuk enam beg kecil berisi simpanan wang tunai. "Kami baru selesai urusan di bank sekitar Rawang, Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Sepatutnya wang ini dibawa ke Batang Kali sebelum berakhir di Tanjung Malim. "Tapi disebabkan kemalangan, kami perlu tunggu van keselamatan lain untuk membawanya," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati, wang itu berjaya dipindahkan ke van lain tepat jam 2 petang dengan kawalan ketat polis bersenjata. Penduduk sekitar turut berkumpul menyaksikan pemindahan wang melebihi RM12 juta itu. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:26 AM PDT Lebih menjijikkan, ulat itu ditemui masih hidup di dalam coklat berjenama berkenaan. Kakitangan sebuah pertubuhan kebajikan yang hanya mahu dikenali sebagai Su, 35, berkata, beliau dan anaknya sempat makan kepingan pertama coklat itu sebelum menyedari coklat berkenaan berulat. "Mulanya saya ternampak garis-garis pada kepingan coklat itu, saya ingat biasa sahaja dan saya makan. Tapi apabila berasa pelik, saya koyakkan semua kertas pembungkus dan terkejut mendapati banyak ulat di dalamnya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam. Menurutnya, menyedari coklat yang dimakan hanya akan luput lima bulan lagi iaitu pada Ogos 2013, beliau kemudian membawa semula coklat tersebut ke pasar raya berkenaan. "Mereka bersetuju untuk menukarkan coklat itu dengan makanan lain. Namun, saya kesal apabila mereka hanya memberi alasan bahawa coklat itu berulat sebab dari pertukaran suhu semasa proses penghantaran," katanya. Tidak cukup dengan coklat berulat, susu kultur yang digantikan dengan coklat itu juga rosak apabila anaknya yang berusia tiga tahun disahkan doktor mengalami keracunan makanan selepas susu itu diminum. "Walaupun susu itu hanya akan luput pada 29 Mac 2013, anak saya muntah serta-merta menyebabkan saya membawanya ke klinik. "Semua ini disahkan doktor dan saya begitu kesal dan kecewa dengan kecuaian pihak pasar raya berkenaan dan akan membuat laporan kepada pihak berwajib," katanya. Penolong Pegawai Tadbir Unit Aduan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Rozihan Abd Ghani berkata, sebarang masalah pengguna yang bersabit dengan masalah makanan seperti harga mahal dan luput tarikh (termasuk berulat) boleh dirujuk di Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu. "Pengguna boleh membawa makanan terbabit ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu untuk siasatan dan tindakan seterusnya," katanya. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:23 AM PDT SELEPAS memilih haluan untuk menguruskan kerjayanya bersendirian tanpa bernaung dengan sebarang syarikat pengurusan, Lisa Surihani mengakui lebih selesa dan membantunya mempelajari selok-belok dunia hiburan. Lisa meninggalkan syarikat pengurusannya sebelum ini, Metrowealth Sdn. Bhd. selepas bersama syarikat gergasi milih David Teo itu selama lima tahun. "Saya melayan individu sekeliling saya dengan lebih berhati-hati dan perlu memilih prioriti apabila berurusan dengan pelanggan. "Kini sudah tiada lagi orang ketiga yang akan menguruskan kerja saya seperti sebelum ini melainkan ibu saya yang saya sifatkan momager (mom & manager)," kata Lisa yang ditemui ketika sidang akhbar pelancaran drama bersiri Maskara di Red Box Plus, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini. Lisa bagaimanapun enggan bernaung di bawah syarikat produksi milik suaminya Yusri Abdul Halim iaitu KRU Studios kerana bimbang akan timbul isu pilih kasih. "Conflict of interest adalah faktor utama kenapa saya tidak mahu bernaung di bawah pengurusan KRU Studios, selain itu saya tidak mahu timbul salah faham memandangkan saya isteri kepada Yusri yang juga salah seorang pemilik syarikat itu. Lagipun, Yusri sependapat dengan saya akan hal ini dan menyokong keputusan saya," ujarnya. Biarpun menguruskan sendiri kariernya, Lisa tetap mendapatkan pandangan daripada Yusri dan berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. "Dia mempercayai saya sepenuhnya dan kami akan berbincang semua perkara yang baik dan buruk sebelum membuat keputusan," tambah Lisa. Dalam perkembangan lain, Lisa memberitahu, dia bakal membintangi sebuah filem yang diarahkan oleh suaminya sendiri tidak lama lagi. Biarpun pernah berlakon bersama Yusri dalam filem Ular yang masih menunggu tarikh tayangan sebelum mereka mendirikan rumah tangga, Lisa mengakui terdetik perasaan takut untuk bekerja di bawah arahan suaminya nanti. "Kalau sebelum ini kami pernah berlakon bersama tapi kali ini dia akan mengarah lakonan saya pula. Saya sendiri sebenarnya tidak begitu pasti untuk bekerja di bawahnya sebab saya seorang yang manja. "Yusri pula tegas waktu bekerja. Kalau di rumah pun ketika dia sedang bekerja, muka dia tidak pernah tidak serius. Saya tidak dapat bayangkan situasi di set penggambaran filem itu nanti. "Kami juga ada bertanya sesama sendiri, apabila berada dalam set bagaimana kami mahu panggil nama masing-masing?" kata Lisa yang sebelum ini pernah menjadi pembantu peribadi Yusri ketika penggambaran filem Vikingdom. Lisa juga akan muncul dalam dua buah telefilem berjudul Jawa Taiko dan Mama Mama Mia bersama pelakon muda Hanis Zalikha. Dalam pada itu, berkongsi pengalaman berlakon bersama tiga aktres berbakat besar menerusi drama Maskara iaitu Nasha Aziz, Anzalna dan Andrea Abdullah, kata Lisa, hubungan yang terbentuk berterusan hingga ke luar set penggambaran. "Nasha, Anzalna dan Andrea ibaratnya sudah menjadi kawan yang sangat rapat sekarang. Bekerja bersama Nasha sebenarnya memberikan perasaan dan pengalaman berbeza berbanding sebelum ini kerana sikap profesionalnya yang membuka mata saya sebagai orang baharu dalam industri," katanya. Maskara merupakan drama bersiri arahan Nizam Zakaria yang mengetengahkan kekuatan wanita dan bakal bersiaran di TV1 pada setiap Khamis pukul 10 malam bermula April ini. | |
Sheila gesa karyawan mendaftar Posted: 23 Mar 2013 06:22 AM PDT PADA bulan Mac 2012 kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah meminda Akta Hak Cipta 1987, salah satunya berhubung dengan kutipan royalti dalam kalangan artis. Antara pindaan yang dibuat, kerajaan telah memberi syarat agar setiap badan pengutip royalti perlu berdaftar dengan kementerian terlebih dulu serta mendapatkan lesen dan sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000. Ternyata dengan syarat yang ditetapkan itu telah menjejaskan pengurusan beberapa badan pengutip royalti seperti Music Authors' Copyright Protection Bhd. (MACP), Public Performance Malaysia Sdn. Bhd. (PPM), Recording Performers Malaysia Bhd. (RPM) dan Prism Berhad (Prism) Bagaimanapun, tiga buah badan iaitu MACP, PPM dan RPM kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi pengiktirafan dengan pemberian lesen menerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kepada ketiga-tiga badan pengutip royalti berkenaan. Pengerusi RPM, Datuk Sheila Majid menyatakan, dengan lesen yang dimiliki sejak awal Mac ini akan memudahkan lagi pihaknya mengutip royalti yang sememangnya menjadi hak penyanyi dan pemuzik. "Sehingga kini RPM sudah memiliki seramai 250 orang ahli yang sudah berdaftar dan menerusi lesen yang telah diberikan ini menyeru supaya lebih ramai lagi yang berdaftar dengan kami. "Biarpun RPM dilihat sebagai sebuah badan pengutip royalti yang baharu, kami berazam untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan supaya nasib para ahli terbela," ujarnya dalam satu sidang akhbar di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Pengerusi MACP, Habsah Hassan dan Pengerusi PPM, Adrian Lim iaitu dua buah badan pengutip royalti yang turut diberi lesen oleh kerajaan. Menurut Sheila, memandangkan, RPM baru sahaja dua tahun ditubuhkan masih lagi banyak perkara yang perlu dipelajari dan antara langkah yang telah diambil adalah dengan menerangkan kepada para penyanyi dan pemuzik tentang hak sebenar mereka apabila mendaftar sebagai ahli. Jelasnya, dengan keadaan industri muzik sekarang yang tidak menentu serta penjualan album yang semakin merosot, sudah tentu royalti boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan kepada mereka. "Saya sendiri seorang penyanyi dan sudah tentu saya tahu keadaan sebenar yang berlaku dalam industri sekarang. Sebelum ini saya kurang ambil tahu mengenai royalti, tetapi kini ia merupakan satu perkara yang perlu diambil serius agar hak masing-masing terjamin. "Selain itu, kami bertekad untuk menjalankan pengagihan royalti yang lebih telus. Kami akan menerangkan kepada para ahli tentang cara pengagihan supaya mereka mendapat maklumat yang lebih jelas lagi," jelasnya. Ujar Sheila, dia sangat berharap agar tiada lagi sebarang masalah kontroversi yang timbul pada masa akan datang memandangkan RPM kini sudah pun mendapat pengiktirafan kerajaan. Ejen pengutip royalti Memandangkan RPM masih lagi baru beroperasi sebagai sebuah badan pengutip royalti, mereka telah mengambil keputusan untuk melantik PPM sebagai ejen pengutip royalti bagi pihak mereka. Pengerusi PPM, Adrian Lim pula menjelaskan, pihaknya sedia bekerjasama dengan RPM secara rasmi sekarang setelah kontraknya sebagai ejen kepada Prism Sdn. Bhd. sudah berakhir dua tahun lalu. "Baru-baru ini RPM ada menyatakan hasrat mereka tentang kerjasama ini dan kami sudah memulakan tugas mengutip royalti bagi pihak mereka pada bulan ini. "Dengan pengiktirafan yang telah diperoleh oleh ketiga-tiga badan ini, sudah tentu kami sepakat untuk berganding bahu dan berharap agar kutipan royalti akan meningkat selepas ini," ujarnya. Sementara itu, Sheila menjelaskan, pihaknya terpaksa melantik PPM sebagai ejen pengutip royalti memandangkan mereka lebih berpengalaman dan sudah ditubuhkan selama 24 tahun. "Buat masa ini kami akan menyerahkan tugas mengutip royalti kepada mereka terlebih dulu, tetapi bukanlah buat selama-lamanya kerana kami akan mengutip sendiri royalti setelah RPM mampu berbuat demikian," ujarnya. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:21 AM PDT PENYANYI tersohor Indonesia, Hetty Koes Endang, menggemparkan sidang akhbar majlis Sepetang Di Kuala Lumpur Bersama Hetty Koes Endang yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra), Kuala Lumpur semalam. Dia bertindak untuk tidak mahu menghadirkan diri ke sidang akhbar tersebut. Tindakan Hetty itu berpunca daripada salah faham dengan pihak penganjur iaitu Niqas Resorces. Syarikat itu dikatakan gagal membayar wang pendahuluan sebanyak 50 peratus seperti yang dijanjikan sebelum dia membuat persembahan pada minggu setiausaha yang bakal berlangsung di PWTC pada 25 April ini. Menurut Pengarah Niqas Resorces, Iman Aristone, pihaknya tidak dapat membayar wang pendahuluan kepada Hetty kerana mengalami masalah urusan pengeluaran wang pada hari itu. "Ini adalah pertama kali syarikat saya mengadakan minggu setiausaha. Kami tiada pengalaman. "Walau bagaimanapun, jumlah wang yang dimahukan Hetty itu sudah disediakan. Cuma ada masalah yang tidak dapat kami elakkan untuk membayar Hetty seperti yang telah dipersetujui. "Disebabkan perkara itu, Hetty tidak mahu menghadirkan diri pada majlis sidang akhbar hari itu "Maafkan saya kerana pihak media terpaksa menunggu lama dan akhirnya sidang akhbar ini terpaksa dibatalkan," jelasnya yang mengejutkan pihak media pada hari itu dan memaksa mereka menunggu hampir dua jam lamanya. Begitu pun, atas campur tangan Ketua Pegawai Eksekutif PWTC, Datuk Maxson Abdullah H. Jaafar, akhirnya permasalahan Hetty itu berjaya diselesaikan dengan sidang akhbar tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Hetty. Kosmo!: Boleh Hetty jelaskan apakah sebenarnya yang berlaku sehingga anda tidak mahu hadir ke sidang akhbar ini? HETTY: Maaf kerana lambat. Dalam dunia seni perkara sebegini sudah biasa. Ada lagi perkara besar yang pernah berlaku kepada saya selama 38 tahun saya berada dalam dunia nyanyian. Apakah yang menyebabkan Hetty mengubah fikiran untuk hadir pada sidang akhbar ini dan seterusnya menjayakan minggu setiausaha pada 25 April ini? Setiap permasalahan perlu ditangani dengan profesional. Jadi, saya bersikap profesional. Alhamdulillah ramai yang berada dengan (menyokong) saya tadi terutamanya, Datuk Ramli MS dan membantu menyelesaikan masalah ini. Boleh ceritakan bagaimanakah persembahan yang bakal anda persembahkan pada majlis minggu setiausaha nanti? Bakal ada kejutan yang akan saya lakukan pada persembahan saya nanti. Apakah persediaan yang Hetty akan lakukan sebelum mengadakan persembahan nanti? Saya sudah menyanyi selama 38 tahun. Kalau untuk latihan tidak perlu lagi. Menyanyi sudah seperti darah daging saya, kecuali jika saya bertanding atau menyanyi pada festival sudah tentu ia memerlukan latihan. Berapa buah lagukah yang akan Hetty persembahkan nanti? Terserah kepada penonton untuk saya menyanyi berapa buah lagu. Mungkin 12 buah lagu dan mungkin lebih lagi. Apakah rahsia yang menyebabkan vokal Hetty masih hebat seperti dahulu? Tiga benda penting yang harus dipraktikkan iaitu cukup rehat, tidak minum alkohol dan tidak merokok. Jika tidak ada jemputan menyanyi apakah yang dilakukan oleh Hetty? Rutin saya jika tidak menyanyi adalah memasak dan menjaga anak. Ketika di rumah saya bukan penyanyi bernama Hetty Koes Endang tetapi hanya suri rumah yang bernama Hetty Koes Madewy. Jika anak-anak berkaraoke, saya akan turut sama. Dua orang anak saya iaitu Ameer Mahmed dan Afifah Qamariah juga pandai menyanyi. Adakah Hetty mahukan anak-anak turut menjadi penyanyi? Afifah sememangnya mempunyai guru vokal dan dia pernah turut menyanyi pada Festival Java Jazz. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:19 AM PDT BATU GAJAH – Polis mencari dua wanita dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian barangan berharga termasuk wang hantaran RM8,000 yang dilaporkan hilang pada satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Permai di sini, 17 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, imej kedua-dua wanita terbabit yang tidak dikenali keluarga pengantin kelihatan pada rakaman video ketika upacara persandingan pengantin berkenaan berlangsung. "Kebanyakan tetamu yang hadir memeriahkan kenduri perkahwinan tersebut dapat dicam oleh keluarga pengantin, kecuali dua wanita berkenaan. "Sehubungan itu, mereka diminta tampil ke balai polis terdekat untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Shaharon berkata, orang ramai yang mengenali dan mengetahui identiti dua wanita itu turut diminta membantu menyalurkan maklumat kepada polis. | |
Pokok ceri di Jepun mekar lebih awal Posted: 23 Mar 2013 06:18 AM PDT TOKYO - Pokok-pokok ceri di Tokyo mula kembang dan mekar semalam, sekali gus mencatat rekod mekar lebih awal untuk kali kedua, kata agensi cuaca Jepun semalam. Musim bunga pokok ceri biasanya tiba setahun sekali pada bulan April setiap tahun selama dua minggu sahaja. Perkhidmatan cuaca kebangsaan Jepun menggunakan tokong Yasukuni di bandar Tokyo sebagai satu barometer untuk menilai kemuncak musim bunga pokok ceri di negara berkenaan. Ketika musim itu tiba, suasana bunga mekar dengan warna merah jambu yang indah mula menyelubungi kawasan taman, tokong, sekolah dan jalan raya. Senario tersebut menandakan kedatangan musim bunga pokok ceri. Ia turut menarik minat orang ramai berkumpul bersama rakan, keluarga dan sahabat baik untuk berkelah di bawah pohon tersebut. "Suhu yang tinggi pada awal bulan Mac menjadi faktor utama di sebalik fenomena pengembangan bunga pokok ceri lebih awal daripada sepatutnya di Tokyo pada tahun ini," kata seorang pegawai agensi berkenaan. Pada Sabtu lalu, agensi cuaca Jepun yang telah memantau pengembangan bunga pokok ceri sejak tahun 1953 mengumumkan bahawa waktu permulaan musim tersebut akan bermula lebih awal. | |
Ninja wanita seluruh dunia berhimpun di Jepun Posted: 23 Mar 2013 06:17 AM PDT TOKYO - Seramai lebih 200 ninja dari seluruh dunia telah berkumpul di Tokyo semalam bagi menjalani satu sesi seminar latihan selama dua hari yang khusus untuk wanita sahaja. Seorang guru seni mempertahankan diri itu, Masaaki Hatsumi telah menghimpun semua pengamal ilmu seni mempertahankan diri tersebut dari 17 buah negara di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan di Tokyo. Perhimpunan itu dilakukan bagi menajamkan lagi kemahiran seni pertahanan diri semua ahli yang terlibat. Hatsumi juga merupakan seorang pengasas sekolah seni mempertahankan diri Bujinkan. Katanya, zaman ejen-ejen perisikan bertopeng beraksi menjalankan tugas pengintipan terhadap musuh dengan memakai topeng sudah berlalu. Pada zaman sekarang, ninja merupakan orang biasa yang mengamalkan kemahiran seni mempertahankan diri ninjutsu. Ninjutsu menekankan kepentingan keseimbangan dan ruang yang ada untuk menjatuhkan lawan. Seorang tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), Sheila Haddad berkata, imej ninja pada masa silam mungkin menarik minat ramai orang untuk turut serta. Namun mereka akhirnya akan mengetahui kepentingan budaya dan falsafah yang ada dalam ilmu seni mempertahankan diri tersebut. "Seni ini sangat sesuai untuk wanita kerana ia tidak bergantung sepenuhnya kepada tkekuatan," katanya. Tambahnya, kebanyakan peserta merupakan mereka yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan di negara masing-masing. | |
Anak dah enam, baru Brad Pitt, Angelina nak kahwin Posted: 23 Mar 2013 06:16 AM PDT CORRENS, Perancis - Pasangan pelakon terkenal, Brad Pitt dan Angelina Jolie didakwa bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah pulau di Caribbean pada April depan, lapor portal hiburan Entertainmentwise kelmarin. Majalah hiburan Now pula melaporkan, Pitt, 49, dan Jolie, 37, sudah mengeluarkan belanja perkahwinan sebanyak AS$2.3 juta (RM7.1 juta). Majalah itu turut mendakwa, aktor Hollywood tersebut telah mengambil dokumen perkahwinan mereka pada Februari lalu. "Pitt dan Jolie menempah sebuah resort di Caribbean bernilai AS$760,000 (RM2.4 juta) semalam dan majlis akan berlangsung secara tertutup," kata satu sumber memberitahu majalah Now. Majlis berkenaan dilaporkan hanya mampu memuatkan 120 tetamu dan lokasinya mengadap laut. Pada Ogos tahun lalu, khabar angin bertiup kencang bahawa pasangan tersebut bakal melangsungkan perkahwinan di kediaman mereka yang bernilai AS$60 juta (RM186.8 juta) di selatan Perancis. | |
Yoko Ono tunjuk cermin mata John Lennon Posted: 23 Mar 2013 06:15 AM PDT NEW YORK - Balu penyanyi John Lennon, Yoko Ono memuat naik gambar cermin mata yang mempunyai kesan darah milik Lennon di laman Twitter, lapor akhbar New York Daily News kelmarin. Gambar lama itu dimuat naik oleh Ono, 80, untuk tatapan lebih 3.6 juta pengikut Twitternya pada Rabu lalu sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-44. Cermin mata tersebut pernah dipakai Lennon yang juga penyanyi legenda Britain dan bekas anggota kumpulan The Beatles pada malam dia ditembak mati. Bahagian kiri cermin mata berkenaan mempunyai kesan darah dan sebelah kanan cermin juga terdapat sedikit percikan darah. "Kematian orang disayangi adalah pengalaman menyedihkan. Selepas 33 tahun, saya dan anak lelaki kami, Sean masih merinduinya," kata Ono di Twitternya. Pasangan tersebut berkahwin pada 20 Mac 1969. Lennon yang berusia 40 tahun mati ditembak bekas pengawal keselamatan, Mark David Chapman dengan menggunakan sepucuk pistol di depan bangunan apartmen mereka di sini pada 8 Disember 1980. Chapman kemudian dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh Lennon. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:14 AM PDT SAN FRANCISCO - Sempena 50 tahun Alcatraz ditutup, satu pameran menampilkan gambar-gambar penjara berkenaan yang belum pernah disiarkan sebelum ini, telah diadakan. Terletak di Teluk San Francisco, di sini, dalam negeri California, Alcatraz merupakan penjara paling dikawal ketat di samping menjadi simbol keadilan di negara Amerika Syarikat (AS). Pameran terbaharu di Alcatraz memperlihatkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh seorang jurugambar bebas untuk majalah Life yang berpengkalan di Los Angeles, Leigh Wiener. Ia akan berlangsung selama tiga bulan. Bermula dengan kubu dan berek tentera, Pulau Alcatraz diambil alih oleh Biro Penjara AS pada 1934 untuk dijadikan sebuah penjara. Peguam Negara AS Robert Kennedy kemudian mengeluarkan arahan untuk menutup penjara Alcatraz pada tahun 1962 ekoran kos pengurusannya yang mahal dan kedudukan penjara itu di atas pulau. Sembilan tahun kemudian Alcatraz diubah menjadi salah satu pusat pelancongan paling popular di AS dengan jumlah pelancong mencecah 1.5 juta setahun. | |
Mangkuk dinasti China dilelong pada harga RM6.84 juta Posted: 23 Mar 2013 06:13 AM PDT NEW YORK - Sebiji mangkuk berusia 1,000 tahun dari China yang dibeli pada harga AS$3 (RM9.33) di jualan garaj di sini telah dijual semula dengan harga lebih AS$2.2 juta (RM6.84 juta) di sebuah pusat lelongan. Firma lelongan Sotheby menyatakan, sebuah keluarga di New York telah membeli mangkuk yang berasal dari Dinasti Song Utara itu dengan harga kira-kira AS$3 (RM9.33) pada 2007. Namun selepas dinasihati beberapa orang pakar, pemiliknya telah menyerahkan mangkuk berkenaan untuk dilelong. Firma lelongan itu menjangkakan mangkuk tersebut akan dijual pada harga AS$200,000 (RM622,579) hingga AS$300,000 (RM933,894). Tetapi seorang peniaga dari London Giuseppe Eskenazi telah membeli mangkuk itu pada harga AS$2.2 juta termasuk bayaran komisen. Firma lelongan itu memberitahu, mangkuk yang sama dari segi rupa, saiz dan bentuk telah menjadi koleksi Muzium Britain di London sejak 60 tahun lalu. | |
Layang-layang bawa Fadzil jelajah dunia Posted: 23 Mar 2013 06:12 AM PDT
PERNAH suatu ketika dahulu, Deputi Superitendan Mohd. Fadzil Ali beranggapan bahawa bermain layang-layang hanya sekadar hobi picisan atau sekadar permainan tradisi anak kampung. Namun, Mohd. Fadzil terkesima seketika apabila mendapati sesetengah pelayang antarabangsa menjadikan ia sebagai kerjaya profesional mereka. "Berkenalan dengan pelayang dari seluruh dunia menerusi beberapa festival, telah menepis persepsi saya bahawa bermain layang-layang bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng. "Saya mengambil contoh di Shenzen, China, mereka menjadikan layang-layang sebagai satu industri. Di situ juga terdapat kilang khas untuk membuat dan mereka cipta teknologi layang-layang," kata anak kelahiran Merlimau, Melaka ketika ditemui di Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Ke-18 di Bukit Layang-Layang Pasir Gudang baru-baru ini. Pegawai Polis di Bahagian Pentadbiran Bahagian Agama dan Kaunseling, Bukit Aman itu leka bercerita. Ujarnya, senario di India lebih menakjubkan. Pada setiap 14 Januari, negara itu diisytiharkan cuti umum. Seluruh penduduk di pelosok India termasuk penggemar layang-layang dari seluruh dunia akan menerbangkan layang-layang ke angkasa biru. Sesetengah penganut agama juga, menjadikan festival itu sebagai acara spiritual dalam memuja semangat angin. Berterbangan di udara "Namun yang paling signifikan dan mencuri tumpuan saya, majoriti daripada pelayang akan bermain atas bumbung rumah dan akan berlawan sesama sendiri dengan memutuskan layang-layang masing-masing. "Ketika itu, kita akan menyaksikan berjuta layang-layang yang berwarna-warni akan melayang di ruang udara dan hal ini juga menarik perhatian menteri di sana untuk merasakan kehangatan festival itu," katanya penuh teruja. Mohd. Fadzil sendiri sedang mengorak langkah untuk menjadi pelayang profesional. Beliau mula aktif bermain layang-layang sejak tahun 2004. Kini dia bernaung di bawah Persatuan Pelayang Johor yang kini terdapat kira-kira 50 pelayang. Sejak itu, dia sudah mengembara jauh ke Perancis, India, China, Vietnam, Kemboja dan banyak lagi negara untuk melayangkan layang-layang jenama Malaysia. "Sampai sekarang saya tak percaya yang layang-layang telah membawa saya merantau ke serata dunia," ujarnya. Sambil merenung layang-layang yang berterbangan di awan, pegawai polis itu bercerita tentang perbezaan layang-layang tempatan dan antarabangsa. "Layang-layang ada banyak jenis dan Malaysia punya yang paling unik kerana kita masih mengekalkan ciri-ciri pembuatan tradisional. "Kita masih menggunakan kertas, buluh dan masih mengamalkan proses meracik buluh dengan pisau dan ia sama sekali berlainan dengan buatan antarabangsa," jelasnya. Bagi menonjolkan identiti Malaysia, lelaki ini berkata, lazimnya para pelayang tempatan akan menerbangkan layang-layang imej orang utan, buaya, harimau, petai mahu pun keris. Sambung Mohd. Fadzil, layang-layang negara Barat diklasifikasikan sebagai layang-layang moden. "Dalam pembuatan layang-layang seperti itu mereka menggunakan bahan-bahan seperti karbon, spa, kain ripstop, kain nilon dan kain payung. "Mengapa mereka tak menggunakan kertas seperti kita? Jawapannya kerana kadar tiupan angin di sana sangat kuat, jika gunakan kertas, layang-layang akan koyak," katanya yang mempertaruhkan layang-layangnya yang dinamakan Polis Trafik Naik Motosikal Kejar Mat Rempit pada pertandingan kali ini. Kikis stigma Mohd. Fadzil cuba mengikis stigma masyarakat yang memandang sebelah mata permainan tradisi kebanggaan Melayu ini. Anak kelahiran Melaka ini memberitahu, untuk menjayakan hobi bermain layang-layang kosnya agak tinggi. "Untuk menyertai festival bertaraf dunia, saya terpaksa membeli layang-layang dari New Zealand sebelum mengubah suainya mengikut cita rasa tempatan dan harganya berjumlah RM20,000. "Malaysia masih belum mampu menghasilkan teknologi layang-layang mengikut piawaian antarabangsa lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini. Seni pembuatan layang-layang sebenarnya tidak mudah. Hal itu diakui sendiri oleh seorang lagi pelayang tempatan, Syed Nurfaizal Syed Mokhtar, 36, dari Perlis. Ujarnya, persiapan dan penyediaan layang-layangnya yang diberi nama Paul Perlis agak rumit dan mengambil masa dua bulan untuk disiapkan. "Kain yang digunakan adalah daripada jenis ripstop yang ditempah dari China," katanya. Beritahu Syed Nurfaizal, Paul Perlis yang berbentuk jejari sotong berukuran 50 meter panjang dan berat 16 kilogram memerlukan angin yang kuat untuk diterbangkan. "Faktor angin dan cuaca merupakan faktor penting untuk menerbangkan layang-layang selain kehebatan teknologinya," ujarnya yang berpengalaman luas dalam membuat persembahan layang-layang di Indonesia dan Thailand selain pernah menyertai pertandingan di Berk, Perancis dua tahun lalu. Sebenarnya minat terhadap layang-layang setara dengan mereka yang minat memancing, kata seorang pelayang tempatan, Mohd. Zain Abd Hamid, 43. Ujarnya, masa yang agak lama untuk menghasilkan sebuah layang-layang adakalanya menguji kesabaran diri, namun beliau tidak patah semangat. "Saya dan rakan-rakan bersengkang mata untuk menyiapkannya kerana kami hadir ke sini bukan untuk bertanding atau membuat persembahan, tetapi mahu menonjolkan kreativiti untuk menjamu mata pengunjung," katanya sambil membetulkan kain layangnya. Sebanyak 836 pelayang dari 36 negara menyertai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang anjuran kerajaan negeri Johor dengan kerjasama MPPG, Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Malaysia. Masing-masing dari negara China, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, Jepun, Indonesia, Brunei serta empat negara peserta baharu iaitu Colombia, Rusia, Ukraine dan Zambia. Seorang peserta dari Jerman, Oliver W. Matt, 50, menggambarkan dia sudah sinonim dengan festival ini. Tonjolkan identiti "Saya sudah tiga kali menyertainya, menang atau kalah bukan soal utama. Selain suka bermain layang-layang, di sinilah saya dapat melihat keunikan yang dibawa peserta yang menunjukkan kemahiran mereka mencipta layang-layang yang kreatif dengan budaya masing-masing. "Dalam banyak-banyak negara, saya kagum dengan Malaysia kerana mereka menjadikan layang-layang untuk menonjolkan seni dan identiti negara mereka," ujar W. Matt sambil memberitahu layang-layang juga digemari oleh rakyat di negaranya. Pelayang dari Austria, Helmut. C. Georgi, 61, pula terpesona dengan pembuatan layang-layang dari Jepun. "Pelayang Jepun sangat bijak, mereka menonjolkan motif bunga sakura yang sangat cantik dan cara itu sekali gus berjaya mempromosikan budaya mereka," katanya. Helmut merupakan antara pelayang yang paling senior dalam festival kali ini. "Saya sudah menyertai festival layang-layang ini sebanyak 15 kali. Setiap tahun peserta melakukan pembaharuan dan menunjukkan kepakaran mereka mencipta layang-layang yang bersaiz kecil sehinggalah besar, itulah yang dinamakan kreatif dan dinamik," katanya. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:11 AM PDT MEJA makan bersaiz besar disediakan khas di tengah-tengah sebuah kawasan terbuka di Mae Sa, Chiang Mai. Di atas meja itu, limpahan buah-buahan dihidangkan dengan konsep bufet atau makan sehingga kenyang. Namakan apa sahaja pisang, tebu, betik, nanas, jambu, buah naga, tembikai, jagung dan banyak lagi tersusun rapi. Sekali pandang, makanan tersebut mungkin memerlukan lebih 400 hingga 500 orang untuk menghabiskannya. "Tambah lagi! Tambah lagi! kita perlukan lebih banyak buah-buahan. Di meja tengah, tetamu istimewa kita sudah kehabisan tebu, tolong isi lagi tebu di mejanya," jerit seorang lelaki, Kiol Chanarong mengarahkan beberapa petugas di situ mengangkat lebih banyak makanan. Berbeza daripada bufet makan biasa, namun hari itu sajian yang dihidangkan bukanlah untuk orang sebaliknya 52 ekor gajah. Menjadi salah satu simbol utama negara Thailand, gajah sememangnya mempunyai tempat istimewa di hati rakyat negara itu. Disebabkan itulah, negara berkenaan mengisytiharkan 13 Mac setiap tahun sebagai Hari Gajah Kebangsaan. Pada hari tersebut, gajah diberi layanan istimewa bak raja apabila dimandikan, dihias cantik, dibawa berarak dan sudah tentunya dilimpahkan dengan berkilogram makanan. Hari Gajah Kebangsaan disambut di seluruh Thailand, malah tahun ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra turut menyambutnya di Ayutthaya. Selain menunjukkan betapa eratnya hubungan penduduk Thailand dengan gajah, Hari Gajah Kebangsaan juga diadakan untuk menyebarkan kesedaran ramai tentang ancaman kepupusan haiwan itu. "Hari ini, di seluruh dunia gajah diburu atas pelbagai sebab komersial. Disebabkan itu, anak-anak kita perlu dididik tentang kesedaran untuk mencintai haiwan ini," ujar Pengarah Zoo Kao Kaew, Suriya Sangpong yang turut meraikan sembilan ekor gajah di zoo berkenaan. | |
Miliki semua teknologi terbaik SKYACTIV Posted: 23 Mar 2013 06:10 AM PDT
MAZDA6 dibina berdasarkan kepada gayaan KODO - Soul of Motion Design yang banyak dipengaruhi oleh kereta konsep Mazda TAKERI dan Mazda SHINARI. Ia bukan sekadar mengagumkan dari segi visual, malah rekaan tersebut menitikberatkan aspek aerodinamik, penjimatan bahan api dan kestabilan ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Sedan eksekutif itu dilihat sebagai model utama untuk produk generasi baharu Mazda. Maka, tidak hairanlah jika pasukan jurutera dan pereka bentuk Mazda menggunakan sepenuhnya kepakaran teknikal dan keterampilan yang mereka ada sewaktu membangunkan Mazda6. Ini melibatkan aspek prestasi, dinamik pemanduan, reka bentuk, mesra alam sekitar dan keselamatan yang sememangnya sudah menjadi DNA kenderaan Mazda. Penampilan Mazda6 memang cukup sporty. Ia seolah-olah lari daripada rekaan yang biasa diterapkan pada model sedan segmen D. Ketika hendak melancarkan Mazda6, Mazda perlu memastikan mesej yang sebelum ini disampaikan dengan jayanya oleh model CX-5 terus difahami oleh orang ramai. Usaha itu dilakukan dengan serius di pasaran Eropah terutama di United Kingdom. Impak besar Selain aplikasi pada peranti pintar yang menerangkan secara terperinci mengenai Mazda6, bilik-bilik pameran di sana turut dilengkapi komputer tablet bagi menjelaskan bagaimana sistem i-ELOOP, enjin dan ciri-ciri SKYACTIV yang lain berfungsi. Teknologi itu jugalah yang bertanggungjawab membuatkan nilai jualan semula produk Mazda semakin baik. SKYACTIV memberi impak yang sangat besar terhadap jenama Mazda sama ada di peringkat global mahu pun di Malaysia. Malah, teknologi inovatif tersebut menjadi buah mulut dalam kalangan industri ketika pengeluar kenderaan yang lebih berpengaruh seperti BMW dan Volkswagen sibuk melobi teknologi Efficient Dynamics serta BlueMotion Technologies masing-masing. Malam Rabu lalu, pengedar tunggal kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor Sdn. Bhd. (Bermaz Motor) dan pemegang francaisnya, Prima Merdu Sdn. Bhd. (Prima Merdu) mengakhiri penantian orang ramai apabila melancarkan Mazda6 secara rasmi. Tiga varian Mazda6 disediakan iaitu SKYACTIV-G 2.0 liter, SKYACTIV-G 2.5 liter dan SKYACTIV- G 2.5 liter wagon atau nama lebih glamor, Hatch Touring. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, SKYACTIV-DRIVE. Hasil kerja keras Bermaz Motor mencanang kehadiran Mazda6 ke pasaran tempatan, lebih 500 unit sedan itu sudah ditempah. Jumlah itu dijangka terus meningkat, memandangkan orang ramai kini boleh memandu uji Mazda6 di mana-mana bilik pameran Mazda di seluruh negara. Ada banyak sebab kenapa anda perlu memasukkan Mazda6 dalam senarai jika mahu memiliki sebuah sedan segmen D. Sebab utamanya, Mazda6 dibangunkan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi teknologi SKYACTIV. Sedia maklum bahawa Mazda6 merupakan model kedua dipasarkan di Malaysia yang berpaksikan kepada teknologi SKYACTIV selepas SUV CX-5. Maka, tidak hairanlah jika kebanyakan teknologi yang ada pada CX-5 boleh didapati pada Mazda6 generasi ketiga ini. Malah, ia menjadi jentera yang lebih dinamik berikutan titik graviti rendah, ringan dan olengan tubuh minimum. Selain enjin berkuasa serta menjimatkan iaitu SKYACTIV-G 2.0 liter dan SKYACTIV-G 2.5 liter, Mazda6 turut digerakkan oleh transmisi yang menawarkan pemanduan lancar, SKYACTIV-DRIVE. Pedal pendikitnya juga disertakan dengan Kickdown Switch bagi meningkatkan lagi keseronokan pemandu mengawal jentera tersebut. Mengikuti rapat trend penghasilan kenderaan kontemporari yang memberi penekanan terhadap penjimatan bahan api, Mazda6 (varian 2.5 liter) menjadi model pertama dilengkapi teknologi brek janaan semula tenaga atau i-ELOOP. Bagaimana i-ELOOP berfungsi? Dalam kenderaan biasa, kira-kira 10 peratus output enjin digunakan untuk menggerakkan alternator dan menjana tenaga elektrik yang kemudiannya disimpan di dalam bateri. Kaedah itu nyata tidak efisien. Justeru, jurutera Mazda membangunkan sistem i-ELOOP yang bertanggungjawab 'memerangkap' tenaga yang hilang sewaktu nyahpecutan. Tenaga itu kemudian disimpan dalam bentuk kuasa elektrik di dalam Electric Double Layer Capasitor (EDLC) berkapasiti tinggi. Tenaga elektrik di dalam EDLC yang boleh dicaj penuh dalam tempoh cuma tujuh hingga sepuluh saat itu akan digunakan untuk menjana komponen elektrikal kenderaan. Kombinasi i-ELOOP dengan sistem melahu i-Stop serta teknologi SKYACTIV yang terdiri daripada rangkaian kuasa, casis dan kerangka membolehkan penggunaan bahan api sedan itu dijimatkan dalam jumlah yang signifikan. Menyentuh tentang aspek ciri dan aksesori pula, perbezaan di antara varian 2.0 liter dan 2.5 liter agak ketara. Versi 2.5 liter dilengkapi sistem navigasi pada skrin sentuh TFT, bumbung suria serta sistem bunyi BOSE dengan 11 pembesar suara (enam unit pembesar suara untuk model 2.0 liter). Bukan itu sahaja, varian tersebut juga lebih selamat menerusi beberapa sistem keselamatan yang diletakkan di bawah i-ACTIVSENSE. Ia terdiri daripada sistem Smart City Brake Support (SCBS) yang memantau jarak kenderaan di hadapan ketika dalam kesesakan lalu lintas. Menggunakan teknologi infra merah, SCBS yang berfungsi pada kelajuan di antara 4 hingga 30km/j akan memberhentikan sepenuhnya kenderaan jika mengesan ia mungkin melanggar objek di hadapan. Sementara Smart Brake Support (SBS) pula menggunakan radar miliwave untuk mengesan dan mengukur jarak kenderaan di hadapan. Sekiranya Mazda6 didapati berada terlalu rapat, SBS akan memberi amaran kepada pemandu. Apabila tiada tindakan diambil, SBS akan memperlahankan kenderaan. Ia berfungsi pada kelajuan antara 15 hingga 145 kilometer sejam (km/j). Rear Vehicle Monitoring memantau titik buta kenderaan ketika hendak menukar laluan. Aspek keselamatan terus ditingkatkan menerusi aplikasi sistem Lane Departure Warning, Adaptive Front Lighting dan High Beam Control (HBC). HBC berfungsi merendahkan lampu utama secara automatik apabila mengesan cahaya lampu dari arah bertentangan. Mazda6 didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Sebab itulah apabila ditanya mengenai sasaran jualan Mazda6, Pengarah Urusan Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh menyatakan pihaknya ingin menjual sebanyak mungkin sedan tersebut. Namun ia tetap bergantung terhadap permit import (AP) yang mampu diperoleh Bermaz Motor. Apa pun, Mazda6 nampaknya tidak sukar untuk mencipta gelombang populariti di Malaysia tidak lama lagi. | |
Kereta berprestasi untuk semua! Posted: 23 Mar 2013 06:09 AM PDT VOLKSWAGEN (VW) Golf ialah sebuah kereta yang hebat dan menjadi idaman ramai. Mencapai taraf kereta idaman adalah suatu yang hebat ketika rata-rata orang membeli kereta kerana keperluan. Jenama VW sebenarnya masih baharu di negara kita, tetapi entah bagaimana senang-senang sahaja ia mampu menarik banyak perhatian. Hendak kata harganya murah jauh sekali, jika dibandingkan dengan produk Jepun atau Korea. VW Golf 1.4 TSI misalnya dijual sekitar RM160,000 manakala Polo 1.2 TSI pula ditawarkan pada harga RM108,000. Jika dibandingkan dari segi saiz ternyata lebih kurang sahaja dengan model pesaing dari Jepun atau Korea. Lebih menarik, kecuali Scirocco, reka bentuk kereta VW biasa-biasa sahaja. Boleh jadi persepsi bahawa buatan berkualiti tinggi adalah antara faktor penarik jualan. Antara model VW yang popular dalam negara ialah Polo dan Golf. Kedua-dua model itu mempunyai peminat yang tersendiri. Menariknya, Polo dan Golf mempunyai varian sport dengan pangkal nama GTI. Polo dan Golf GTI adalah untuk mereka yang mahukan kuasa dan eksklusiviti daripada model normal. Bijaknya VW dalam perancangan produk adalah dengan menawarkan pelbagai varian untuk pasaran. Jika anda mahukan Golf atau Polo untuk kegunaan asas anda boleh beli model standard. Bagi pasaran luar negara, pengguna boleh membeli varian BlueMotion yang menjimatkan minyak. Jadi pilihan ramai Untuk mereka yang mahukan prestasi pula, anda boleh membayar model GTI. Lebih menarik apabila pemilik varian GTI terdiri daripada pelbagai peringkat usia dan gender. Ada yang muda, berusia dan kaum hawa. Masalah dengan rata-rata varian sporty, ia hanya mampu menarik mata golongan muda, tetapi tidak untuk versi GTI. Inilah yang dipanggil genius apabila VW berjaya menjadikan varian sporty sebagai pilihan arus perdana. VW Golf generasi ketujuh baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Bonus untuk VW ialah Golf memenangi Car of the Year Award pada awal bulan Mac lepas. Lebih menyeronokkan, Golf mencatat skor 414 poin jauh meninggalkan pesaing lain seperti Toyota GT86/Subaru BR-Z dan Volvo V40 dengan masing-masing memperolehi 202 dan 189 poin. Dengan pelancaran Golf 1.4 TSI di pasaran tempatan, VW Eropah sudah bersiap sedia untuk melancarkan Golf GTI. Buat pertama kali, model itu didatangkan dengan dua output kuasa iaitu standard 220PS GTI dan GTI Performance dengan 230PS yang turut dilengkapi cakera brek lebih besar dan limited-slip differential (VAQ). GTI baharu dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus (TSI) dengan kedua-dua versi mempunyai tork maksimum 350Nm. Versi GTI Performance mengambil masa 6.4 saat untuk mencecah kelajuan 99.78 kilometer sejam (km/j) dengan kelajuan maksimum 249.5km/j. Kedua-dua versi dipasang dengan sistem Start/Stop dan memenuhi standard emisi EU-6 yang akan mula berkuatkuasa pada 2014. Memberi pilihan kepada pemandu, VW menawarkan transmisi enam kelajuan manual dan automatik (DSG). Karakter sporty Golf GTI ditonjolkan lagi dengan angkup brek berwarna merah, tip ekzos krom berkembar dan suspensi sport. Pada luarannya dipasangkan rim aloi Brooklyn dengan tayar bersaiz 225/45. Aksesori lain ialah peresap angin pada bampar belakang, lampu belakang LED yang digelapkan dan lampu utama bi-xenon dengan lampu LED siang hari. Perincian dalaman pula terdiri daripada kerusi sport dengan corak klasik tartan yang merupakan identiti GTI. Berdasarkan varian GTI sedia ada yang dijual, saya yakin model baharu ini turut akan dijual di Malaysia. Seingat saya, tidak ada lagi model sporty yang berjaya dijual dengan banyak berbanding produk VW ini. Angka jualan yang memberangsangkan telah membuatkan pengeluar lain ingin tumpang sekaki. Ford sudah menawarkan Focus ST dan tidak lama lagi Mercedes akan membawa masuk A Class baharu. Jika A Class ditawarkan pada harga kompetitif, permainan selamat VW akan berubah. Selain A-Class, Volvo pula didakwa bakal membawa masuk V40. Tidak sabar rasanya hendak tunggu VW menawarkan Golf GTI. Bukan apa, saja mahu lihat bagaimana pemain industri bersaing terutama sekali pengeluar Eropah. Satu input baharu selepas bertahun-tahun melihat persaingan pengeluar Jepun. | |
Posted: 23 Mar 2013 06:09 AM PDT NASIM Sdn. Bhd. (Nasim) baru-baru ini memperkenalkan model edisi terhad Peugeot 308 Griffe ke pasaran tempatan. Jentera itu dilengkapi pelbagai komponen khas untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan lebih sporty. Set lampu utama bi-xenon yang boleh dilaras secara automatik itu kini diletak dalam perumah berwarna gelap. Gril hadapannya berwarna krom. Sementara lampu DRL LED ditempatkan pada bahagian perumah lampu kabus. Pembaharuan lain melibatkan kit badan gentian karbon. Bumbung panoramik yang didatangkan bersama spoiler Peugeot GTi menjadikannya semakin eksklusif. Tambahan baharu turut melibatkan rim aloi berukuran 17 inci. Buka sahaja pintu, perkara pertama yang dikesan ialah kerusi jenis semi bucket. Stereng sport 308 Griffe kini dibalut kulit berserta jahitan benang merah. Kemasan sama dilakukan pada tombol gear, brek dan perehat tangan. Lantai kereta itu juga dilapik dengan karpet khas. Pencahayaan putih menerangi instrumen meter dan butang dail kenderaan. Bagi meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang, Griffe dipasang pendingin hawa automatik dua zon. Selain corong pendingin hawa untuk tempat duduk belakang. Jentera ity dikuasakan oleh enjin petrol 1.6 liter turbo tekanan tinggi bersama transmisi automatik enam kelajuan tiptronik. Bahan api disalurkan menerusi sistem pancitan terus membolehkan kereta itu mencatat kuasa sehingga 156hp dan tork setinggi 240Nm. Ciri keselamatan yang ada pada Griffe ialah enam beg udara, ESP, ABS, EBD, EBA dan DCS. Ia didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu putih, kelabu dan merah. Griffe ditawarkan pada harga atas jalan RM132,888 seunit dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. | |
Aplikasi Shell untuk peranti pintar Posted: 23 Mar 2013 06:08 AM PDT PEMBEKAL minyak pelincir nombor satu di dunia, Shell telah mengumumkan pelancaran aplikasi Minyak Pelincir Shell (Shell Lubricants) untuk peranti pintar. Aplikasi percuma untuk telefon pintar iPhone dan peranti Android itu boleh dimuat turun menerusi ITunes dan Google Play. Menurut Shell, aplikasi berkenaan membolehkan pengguna kenderaan memilih minyak pelincir Shell dengan tepat untuk kenderaan dan tujuan perindustrian. Para pengguna juga boleh menyimpan pilihan yang dibuat ke dalam ciri Favourites dan mengakses berita-berita terkini serta promosi Shell. Ketua Digital Global untuk Minyak Pelincir Shell, Oliver van Bilsen berkata, kandungan mudah alih menjadi platform penting di seluruh dunia pada ketika ini. "Shell mahu menawarkan sesuatu yang lebih bermanfaat kepada para pelanggan daripada hanya satu lagi pemainan video berkaitan pemanduan," katanya. | |
Mengembara seorang diri di negara orang Posted: 23 Mar 2013 06:07 AM PDT
PASTI ramai masyarakat di negara ini yang gemar melancong ke luar negara bagi melihat sendiri keindahan negara orang. Tidak kurang juga yang melancong atas tujuan ingin berbelanja besar di negara-negara yang terkenal dengan jolokan syurga beli-belah. Tetapi berapa ramai pelancong dari Malaysia yang boleh digelar sebagai seorang pengembara? Menjelajah ke negara asing secara backpacker seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pelancong Eropah. Mungkin tiada apa yang perlu dihairankan jika individu yang melancong secara bersendirian itu merupakan seorang lelaki. Namun, lain pula halnya jika aktiviti tersebut dilakukan oleh kaum wanita yang mampu membuktikan mereka mampu mengembara bersendirian. Berbekalkan keberanian dan minat mendalam terhadap dunia pengembaraan telah membawa dua figura wanita yang terkenal dalam dunia travelog Malaysia untuk menjelajah negara asing secara solo. Menariknya, kedua-dua mereka merupakan wanita yang berani membawa diri ke tempat asing tanpa ditemani sesiapa. Ternyata apa yang dilakukan mereka memberi inspirasi kepada kaum wanita di luar sana yang masih berasa ragu-ragu dengan kemampuan berkelana seorang diri keluar dari negara masing-masing. Mahu kenal budaya Seorang pegawai teknologi maklumat, Siti Noridah Ab. Rahman, 29, mula mengembara secara solo sejak dua tahun lalu ke Thailand sebelum meneruskan penjelajahannya ke beberapa negara di Asia Tenggara antaranya Indonesia, Vietnam dan Kemboja. "Saya gemar melancong secara solo untuk memgajar saya lebih berdikari dan berani berinteraksi dengan masyarakat setempat. "Memandangkan minat utama saya ketika melancong adalah mempelajari perkara baharu di negara orang, saya berjaya menggunakan wang yang ada sebaiknya, tanpa perlu membazir dengan membeli-belah," ujarnya yang mesra disapa Et. Menurutnya, pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan adalah ketika mengembara secara solo sejauh 2,500 kilometer merentasi tiga buah negara selama 14 hari menggunakan jalan darat. Pengembaraan tersebut bermula dengan penerbangan tambang murah dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh di Vietnam dan seterusnya melewati bandar Phnom Penh, Siem Reap dan Battambang di Kemboja. Kemudian, Et meneruskan perjalanan ke Bangkok dan Hatyai di Thailand sebelum pulang ke Kuala Lumpur menaiki bas. "Walaupun berjaya menempuh perjalanan secara bersendirian, saya masih berasa gementar apabila berada di tempat baharu kerana bimbangkan keselamatan diri. "Namun, setakat ini kebanyakan orang yang ditemui tidak menimbulkan sebarang keadaan mencemaskan," jelas wanita yang berasal dari Batu Pahat, Johor itu. Meskipun jarang berdepan dengan situasi buruk, Et mengakui tidak dapat melupakan kenangan ketika seorang pelancong asing cuba mengambil kesempatan secara seksual ke atasnya sewaktu bercuti di Phnom Penh. "Pelancong asing itu kelihatan mabuk dan cuba meraba, tetapi saya sempat mengelak. Sejak peristiwa itu, ketika bercuti saya lebih berhati-hati dengan orang yang mabuk," ujarnya. Berkongsi tentang tip keselamatan pula, sebagai seorang backpacker wanita dia selalu membawa wisel dan tali besi halus untuk mengikat beg yang dibawa bagi mengelak berlaku kecurian atau apa-apa kejadian yang tidak diingini. Pada mulanya, minat Et mendapat tentangan ibu bapanya kerana bimbang aspek keselamatan gadis berkenaan memandangkan dia seorang perempuan yang berada jauh daripada pengawasan keluarga. "Lama-kelamaan kedua-duanya orang tua saya akur dan selalu mendoakan keselamatan saya sepanjang bercuti ke luar negara," katanya yang bercadang untuk mendaki Gunung Rinjani, Lombok di Indonesia pada bulan depan. Tawan gunung di Indonesia Berlainan pula dengan seorang peguam muda, Farah Nadiah Zainudin, 27, yang memberanikan diri mengembara secara solo ke Kemboja ketika masih berusia 23 tahun iaitu pada 2009. "Semasa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah, saya kerap ketinggalan aktiviti percutian yang dirancang oleh rakan sekelas kerana duit yang ada hanya cukup-cukup untuk kos sara hidup sebagai seorang mahasiswa. "Saya berazam untuk mengembara secara solo bila sudah bekerja selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara pada tahun 2008," katanya. Farah Nadiah memberitahu, dia gemar melawat negara yang mempunyai tarikan aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan tidak kisah berhabis duit untuk membeli peralatan pendakian. Beberapa kawasan tumpuan pendaki seluruh dunia yang berjaya ditawan gadis dari Kulim, Kedah itu ialah Gunung Semeru, Jawa Timur dan Gunung Rinjani, Lombok di Indonesia serta Gunung Mulu di Miri, Sarawak. Berkongsi tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakannya pula, Farah Nadiah memberitahu, dia pernah melalui saat mencemaskan ketika melawat New Delhi, India pada Februari 2011 kerana ketika itu berlangsungnya perhimpunan Hari Asyura oleh puak Syiah di sana. "Terus-terang saya bimbangkan keselamatan diri pada ketika itu kerana saya telah ditolak ke kiri dan ke kanan sewaktu terperangkap dalam ribuan peserta perhimpunan tersebut. Syukur tidak terjadi apa-apa. Saya hanya mengikut perarakan mereka yang rata-rata berpakaian hitam sempena sambutan tersebut," ujarnya. Tambah Farah Nadiah, pengalaman mendapatkan sebuah beca auto di India adalah sangat mencabar kerana kebanyakan pemandunya biadap dan sukar untuk tawar-menawar. "Saya baru hendak mencuba tawar-menawar dengan pemandu beca auto untuk mengetahui tentang kadar perjalanan, tiba-tiba mereka berlalu begitu sahaja. Selepas tiga kali mencuba, saya membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja berpandukan arah yang diberikan oleh masyarakat setempat," jelas Farah Nadiah. Menurutnya, pengalaman bercuti secara solo sangat berharga kerana dia berpeluang memupuk nilai survival dalam diri meskipun ketika berada di negara orang. "Jika saya tidak mulakan langkah pertama untuk bercuti secara seorang diri, sampai bila-bila saya tidak akan tahu kemampuan diri sendiri. Tidak dinafikan memang berasa takut ketika mula-mula mencubanya. Rupa-rupanya, ia (bahaya) tidaklah seperti yang digambarkan, malah menyeronokkan," jelasnya. Adakalanya gadis genit itu turut mengembara bersama beberapa orang rakan yang berkongsi minat sama bagi mengurangkan kos perjalanan dan bersesuaian dengan aktiviti lasak yang disukainya. "Kadang-kadang memang tidak mampu untuk pergi semua destinasi impian secara berseorangan dan lebih baik untuk bercuti secara berkumpulan. "Bagi percutian dalam negara pula, saya selalu mengikuti aktiviti anjuran Tourism Selangor yang aktif mengadakan lawatan ke lokasi menarik di negeri itu," katanya yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Blog Eko-pelancongan Antarabangsa Malaysia baru-baru ini. Beberapa negara yang telah dilawati Farah Nadiah secara solo ialah Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar dan India. Maklumat lanjut berkenaan kisah menarik tentang perjalanan kedua-dua gadis itu boleh dilayari di www.derubirusiti.blogspot.com dan www.thatsofarah.com. | |
Kembara bermotor rentas sempadan Posted: 23 Mar 2013 06:07 AM PDT KATA orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Berpeluang berkelana sejauh kira-kira 500 kilometer (km) menunggang motosikal berkuasa tinggi ke Sadao, selatan Thailand baru-baru ini sememangnya mengujakan sebahagian ahli Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM). Mula ditubuhkan pertengahan tahun lalu, ia merupakan kembara sulung KKBUM sebagai persediaan mental dan fizikal menjelang acara utama kelab iaitu Kembara Queen Street menuju Singapura yang dijangka berlangsung pada Jun depan. Percaya atau tidak, ia sememangnya tidak semudah yang digambarkan dengan kata-kata. Apa tidaknya, majoriti ahli KKBUM rata-ratanya sudah lama tidak menempuh perjalanan jauh. Kami berkumpul di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 7.30 pagi pada 9 Mac lalu. Sebelum bertolak, kami melakukan pemeriksaan rapi terhadap jentera masing-masing termasuk petrol, tayar dan rantai. Empat perhentian Memulakan perjalanan awal pagi hari itu memang satu keputusan yang tepat kerana cuaca baik serta tidak terlalu banyak kenderaan di lebuh raya. Selepas hampir sejam menunggang, kami tiba di perhentian pertama iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, Perak untuk bersarapan. Kami berhenti tidak lama memandangkan masih ada tiga perhentian R&R yang perlu kami singgah iaitu di Gunung Semanggol, Perak selain Gurun dan Changlun, Kedah sebelum tiba di Sadao. Sepanjang perjalanan itu, beberapa ahli ditugas melaksanakan tanggungjawab sebagai marshal bagi memastikan kembara kami tidak tertangguh. Di R&R Gunung Semanggol, kami berehat sekitar 10 minit untuk mengisi petrol sebelum memakan masa lebih lama di R&R Gurun bagi urusan insurans kenderaan sepanjang berada di sempadan. Bagi mereka yang berhasrat berkonvoi ke Thailand, jangan sesekali menghilangkan insurans berkenaan sepanjang berada di sana jika tidak mahu motosikal anda 'gagal' pulang bersama anda ke Malaysia. Bukan apa, boleh 'menangis tidak berlagu' mengenangkan nasib badan gara-gara kecuaian diri sendiri. Kira-kira pukul 2 petang, kami akhirnya tiba di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam, Kedah sebelum bermalam di Sadao dan bertolak pulang keesokan paginya. Syurga makanan Keletihan menunggang seolah-olah tidak dirasai apabila berpeluang menikmati pelbagai juadah enak di Sadao terutamanya menjelang waktu malam. Di Sadao, kami tidak bimbang mencari makanan halal memandangkan majoriti peniaga di sana beragama Islam. Selain comel bertudung, peniaga di sana juga cukup ramah meskipun ada antara mereka yang kurang fasih berbahasa Melayu mahupun Inggeris. Dianggap seolah-olah 'syurga' makanan, segenap pelosok gerai dan restoran telah kami jelajah untuk mengetahui sendiri kelazatan makanan tradisional di sana berbanding hanya mendengar cakap-cakap orang sebelum ini. Juadah wajib pastilah pulut ayam goreng, pulut mangga dan pulut durian yang enak dimakan bersama santan pekat. Seorang peniaga tempatan yang hanya mahu dikenali sebagai Kun Mon, 33, memberitahu, juadah berkenaan sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia yang melancong ke Sadao. Dia yang merupakan generasi ketiga keluarganya berniaga pulut ayam sejak puluhan tahun dahulu memberitahu, juadah itu bagaikan 'duta pelancongan' bagi mempromosikan pekan Sadao kerana rasanya yang lazat dan dijual pada harga berpatutan. Satu lagi juadah istimewa yang tidak wajar dilepaskan ketika berada di Sadao ialah daging salai. Rasanya masam-masam manis, selain dagingnya juga telah direbus empuk. Selain itu, kami juga tidak melepaskan peluang menjamah hidangan masakan Thailand yang biasa didapati di Malaysia seperti ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur, sayur kailan ikan masin dan pelbagai lagi menu sampingan dengan kos kira-kira RM100 untuk lapan orang. Berbaloi bukan? Bukan sekadar kembara Dalam pada itu, Pengarah Projek Kembara Queen Street, Asmaruddin Jamaluddin menyifatkan kembara sulung KKBUM itu berjaya mencapai objektif dan ia berjalan dengan lancar. Menurutnya, kembara itu merupakan prakonvoi bagi mengetahui sejauh mana kemampuan ahli KKBUM mengharungi perjalanan jarak jauh sebelum Kembara Queen Street. "Kembara itu dijangka memakan masa selama tiga hari dua malam itu bertujuan mengimbau semula sejarah penubuhan akhbar Utusan Malaysia yang mula diterbitkan pada 29 Mei 1939 di Queen Street, Singapura. "Ia bukan sekadar satu kembara. Antara tentatif program Kembara Queen Street termasuklah melawat dan memberikan sumbangan amal kepada bekas kakitangan Utusan yang telah bersara di sekitar Melaka dan Johor," katanya. Jelas Asmaruddin, KKBUM yang diketuai presiden kelab, Mohd. Hazli Hassan kini memiliki lebih 30 ahli terdiri daripada wartawan, jurufoto serta pihak pengurusan Utusan dan Kosmo!. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |