Ahad, 17 Mac 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Qi Razali Selesa Berkawan Dengan Nelydia Rose

Posted: 15 Mar 2013 07:43 PM PDT

Qi mengakui selesa berkawan dengan Nelydia.
PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Qi Razali tidak menolak sekiranya hubungan kawan yang terjalin di antara dirinya dengan pelakon Nelydia Rose akan bertambah serius pada masa hadapan kerana selesa bergaul dengan wanita itu.
Qi atau nama sebenanrnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia membuatkan dia senang berkawan baik dengan pelakon itu.
"Andai kata dia adalah jodoh saya, saya akan terima dengan terbuka. Bagaimanapun buat masa ini saya dan Nelydia hanya rapat sebagai sahabat kerana selesa berkawan dengannya yang cukup matang dalam pelbagai perkara selain kelakar," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Qi berkata, dia berharap peminat dan masyarakat tidak terlalu cepat membuat andaian mengenai hubungan mereka kerana mahu menjaga hubungan baik di antara mereka.
Kata Qi, pada usianya sekarang dia tidak tergesa-gesa untuk memulakan hubungan baru dan mahu melalui proses yang betul.
"Perlahan-lahan dan tidak perlu tergesa-gesa dan biarlah ia berlaku dengan cara yang betul tambahan pula dia masih muda," katanya.
Bercakap mengenai perkembangan terbaru dirinya, Qi berkata dia kini sedang sibuk dengan penggambaran musim terbaru program Jalan-Jalan Cari Makan selain beberapa projek lain.
Malah katanya, dia akan muncul dalam dua buah filem tahun ini berjudul Bencinta dan Anak Jantan selain beberapa projek drama.

'Maskara' Bukan Tiru 'Desperate Housewife'

Posted: 15 Mar 2013 07:42 PM PDT

'Maskara' mengangkat kehidupan wanita masa kini.
KUALA LUMPUR: Penerbitan drama bersiri terbaharu terbitan KRU Studios berjudul Maskara tidak mencedok idea daripada siri popular Amerika Syarikat, Desperate Housewife.
Pengarahnya, Nizam Zakaria berkata, persamaan tema yang mengangkat tentang kehidupan wanita adalah perkara biasa dan drama arahannya itu tampil dengan konsep berbeza.
"Kita mengangkat tentang kehidupan sekumpulan wanita kerana memang ingin menfokuskan kepada golongan itu serta masalah harian yang dihadapi mereka.
"Drama ini tampil berbeza kerana kami menggunakan konsep 'mockumentary' yang pastinya lebih segar berbanding drama-drama bersiri sedia ada," jelasnya pada sidang media drama rantaian itu di Red Box Plus, Pavillion di sini, Jumaat.
Maskara dibintangi oleh Nasha Aziz, Lisa Surihani, Anzalna Nasir dan Adrea Abdullah.
'Maskara' dibintangi oleh Anzalna, Lisa Surihani, Adrea Abdullah. dan nasha Aziz.
Ia bakal bersiaran setiap Khamis, pukul 10 malam bermula April di TV1.
Dalam pada itu, Nizam berkata, beliau mengambil masa setahun memikirkan konsep dan jalan cerita selain mengolah skrip supaya dapat memberikan hasil terbaik kepada penonton.
Malah kata Nizam, beliau juga memandang berat tentang aspek lokasi, pakaian yang digunakan pelakon supaya ia dapat beri kesan berbeza kepada penonton.
"Semua aspek terutamanya arah seni drama ini berada di landasan betul dan dapat memuaskan hati penonton," katanya.
Tambah Nizam, kisah yang dipaparkan akan lebih tertumpu dengan masyarakat di Malaysia dengan jalan cerita menarik.
Sementara itu, Nizam berkata, selain disiarkan di RTM, Maskara turut boleh dilanggan secara digital melalui portal Tonton, laman web KRU TV dan menerusi telefon pintar iPhone.
Kata Nizam, siaran melalui langganan digital akan bermula dua minggu lebih awal daripada siaran di RTM.
"KRU Studios mahu meneroka bidang penyiaran dengan menerbitkan lebih banyak kandungan program secara 360 darjah dan memaksimumkan penggunaan teknologi secara digital," jelasnya.

5 Lagenda Masih Menyengat Di Konsert Gegar

Posted: 15 Mar 2013 07:41 PM PDT

Vokal Ali, Aris, Rahmad, Zamani dan Saleem cukup membuatkan para penonton terpukau.
KUALA LUMPUR: Lima penyanyi rock yang masih lagi menjadi pujaan ramai iaitu Rahmad (Mega), Zamani, Ali (Terra Rossa), Aris Ariwatan dan Saleem berjaya menyampaikan persembahan yang memukau pada Konsert Gegar 5 Lagenda.
Konsert yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 15 hingga 17 Mac 2013 diadakan di Istana Budaya (IB) di sini.
Penonton diberi tarikan pertama apabila konsert yang dianjurkan oleh pihak IB sendiri dihiasi dengan pencahayaan LED yang membawa suasana era 80-an.
Tirai persembahan bagi segmen pertama dimulakan dengan nyanyian medley Rahmad menyampaikan lagu Mega Cinta, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, Suara Cinta dan Nina Karina.
Zamani
Keceriaan Rahmad yang bersahaja ketika membuat persembahan ternyata memberi suntikan buat adrenalin penonton untuk menyaksikan persembahan-persembahan seterusnya.
Menyusul ke penyanyi seterusnya, Zamani, penyanyi itu membawakan lagu Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu dan Jika Kau Rasa Getarnya. Ketiga-tiga lagu tersebut digubah dengan susunan yang lebih segar.
Konsert Gegar terus mengikat tumpuan dengan sambungan permbahan mantap Ali pula dengan lagu Teman, Semangat Yang Hilang dan Sakinah.
Aris pula dengan gaya segaknya menampilkan lagu Pertama dan Selamanya, Nyanyian Rebah, Korban Cinta dan Di Kala Asmara.
Saleem
Diikuti pula dengan Saleem dengan lagu Satu Kesan Abadi, Hakikat Sebuah Cinta, Gerhana Cinta Luka dan Blues Terengganu Kita.
Ternyata kelima-lima lagenda ini masih menyengat dan cukup profesional dalam melayan para penonton dengan persembahan masing-masing yang bersahaja.
Malah ditambah dengan paparan visual dan pencahayaan yang berwarna-warni, konsert itu cukup menghiburkan.
Penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem juga sentiasa menceriakan suasana dengan lawak spontannya
Untuk segmen kedua, Aris memulakan persembahan membawakan lagu 1234, Permaidani, Ngajat Vs Tango dan Lamunan Terhenti manakala Ali cukup memukau dengan persembahan lagu Kasihku, Gering, Kehendakmu dan Bunga Angkasa.
Ali (Terra Rossa)
Rahmad pula membawa lagu Pasti, Takdir Dan Waktu serta Bayangan Gurauan sementara Zamani membawakan lagu Nur Kasih, Syarir Si Pari-Pari dan Gerimis Mengundang.
Saleem pula menghiburkan penonton dengan lagu Benarkan Kerana Cinta, Seribu Kali Sayang, Trilogi Cinta dan Suci Dalam Debu.
Kelima-lima penyanyi hebat itu melabuhkan tirai persembahan selama dua jam setangah dengan membawakan lagu daripada kumpulan Sweet Charity iaitu Kamelia dan Musibah.
Ternyata berbaloi dengan pakej konsert yang lengkap hampir pada setiap aspek termasuk vokal, susunan muzik, rekaan pentas dan pencahayaan.
Rahmad, Aris, Ali, Saleem dan Zamani bukan hanya menghiburkan dengan rangkaian lagu mengasyikkan, malah punya nilai tersendiri yang akan diabadikan para pencinta penyanyi-penyanyi ini
Tiket-tiket dijual pada harga RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250.
Tempahan tiket boleh dibuat dengan menghubungi 03-4026 5508 atau 03-4026 5558 atau layari www.ticket2u.biz.

Penyanyi Jepun, May'n Mahu Bikin Konsert Di Malaysia

Posted: 15 Mar 2013 07:39 PM PDT

May'n sanggup buat apa sahaja demi peminat-peminat yang sentiasa menyokongnya.
PETALING JAYA: Penyanyi Jepun, May'n berhasrat untuk mengadakan sebuah konsert di negara ini sekiranya para peminat di Malaysia meminta dia untuk berbuat demikian.
May'n atau nama sebenarnya May Nakabayashi berkata, dia sanggup membuat apa sahaja termasuklah terbang dari Jepun ke negara lain semata-mata untuk menghiburkan para peminat yang tidak pernah putus menyokongnya.
"Jika ada peminat yang meminta saya buat konsert, saya akan cuba laksanakannya, termasuklah di negara ini.
"Saya mahu para peminat terhibur dengan muzik-muzik yang saya tampilkan," katanya yang ditemui di Hotel Sunway Resort dan Spa dekat sini, Jumaat.
May'n bakal mengadakan persembahan pada Karnival Animax Malaysia 2013 yang akan berlangsung pada Sabtu (hari ini) dan Ahad (esok) di Blue Concourse, pusat membeli belah Sunway Pyramid.
Tambah penyanyi berusia 23 tahun itu, dia tidak sabar menemui para peminatnya di Malaysia dan pada masa sama ingin mengenali mereka dengan lebih mendalam.
"Setiap kali mengadakan persembahan di luar negara, saya dapat lihat wajah kegembiraan mereka sama sahaja di mana-mana.
"Yang membezakan mereka adalah kulit wajah. Cuma peminat-peminat di luar negara lebih aktif kerana mereka berjoget mengikut rentak lagu berbanding di jepun, mereka lebih senang berdiri dan menghayati sesebuah lagu itu," selorohnya.
Bagi yang belum mengenali May'n, penyanyi kelahiran Nagoya ini terkenal dengan nyanyiannya menerusi siri anime Macross Frontier.
Pada karnival tesebut, May'n akan membawakan lagu hit terbaru berjudul Chase The World daripada siri anime Accel World, Heat Of The Moment dan Kimi Shinitamo Koto Nakare (daripada siri Shangri-La).
Dalam pada itu, Karnival Animax Malaysia 2013 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik sebagai tanda penghargaan kepada penonton-penonton anime di bawah saluran Animax, Astro (saluran 715).

Zizan mahu kahwin tahun depan

Posted: 15 Mar 2013 07:31 PM PDT

IBU Zizan mengakui akan menerima sesiapa sahaja gadis yang menjadi pilihan anak kesayangannya ini untuk dijadikan isteri.


SETAKAT ini pencapaian pelakon dan pelawak Mohd. Razizan Abdul Razak atau Zizan dalam bidang seni cukup membanggakan dengan pelbagai rentetan kejayaan yang telah diraihnya.
Bakal mencecah usia 29 tahun pada 15 April ini, pastinya ramai peminat yang tertanya-tanya bilakah artis kegemaran mereka ini bakal menamatkan zaman bujang setelah pernah digosipkan dengan beberapa artis seperti Juliana Evans dan Nora Danish.
Ikuti temu bual bersama Zizan yang ditemui pada majlis bertemu peminat yang diadakan Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Seorang wanita yang sungguh istimewa di hati Zizan menemaninya pada majlis tersebut – tidak lain dan tidak bukan ibunya, Anai Ibrahim.
Kosmo!: Tidak lama lagi usia Zizan sudah menjangkau 29 tahun. Adakah anda tidak pernah terfikir mahu mendirikan rumah tangga?
ZIZAN: Bukan tidak pernah terfikir ke arah itu, cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan sepenuh masa kepada kerjaya. Apatah lagi dengan jadual yang agak padat membuatkan saya kurang mengambil berat tentang perkahwinan.
Adakah Zizan meletakkan sebarang sasaran untuk berkahwin dalam tempoh tertentu?
Secara terus terang saya mahu berkahwin pada tahun hadapan apabila usia saya menjangkau 30 tahun. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum jumpa gadis yang sesuai untuk menjadi teman hidup saya.
Adakah Zizan meletakkan sebarang kriteria tertentu untuk memilih calon isteri?
Biarpun saya pernah digosipkan bercinta dengan beberapa pelakon cantik, tidak semestinya kecantikan menjadi pilihan utama saya memilih seseorang gadis sebagai isteri.
Saya tidak kisah sangat tentang paras rupa kerana kriteria yang paling penting adalah keserasian. Selain itu, gadis berkenaan perlu menghormati keluarga dan memahami kerjaya saya.
Apakah perkembangan kerjaya terbaharu Zizan?
Buat masa ini, saya sedang menjalani penggambaran filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof berjudul, Abang Long Fadil bergandingan dengan pelakon hebat seperti Aaron Aziz dan Soffi Jikan.
KOSMO! juga tidak ketinggalan menemubual ibu Zizan. Berikut sedutan temu ramah bersamanya.
Kosmo!: Bagaimanakah dengan harapan puan setelah melihat kejayaan Zizan sekarang?
ANAI: Sebagai ibu, sudah tentu saya sangat gembira dan berbangga dengan kejayaannya. Sebelum ini saya memang tidak menjangka sama sekali dia akan bergelar seorang artis.
Dengan kejayaannya itu, kini saya cuma amat berharap agar dia segera mendirikan rumah tangga. Tentang calon isteri pula saya serah semua kepada Zizan dan saya akan bersetuju dengan sesiapa sahaja pilihannya.
Adakah puan pernah mendesak Zizan supaya dia cepat-cepat berkahwin?
Saya tidaklah terlalu mendesaknya sangat, cuma saya ada bertanya bila lagi dia mahu berkahwin. Namun begitu, dia cuma menjelaskan mahu memberi tumpuan kepada kerjaya terlebih dulu.
Apakah pandangan puan terhadap hubungan Zizan dan Juliana Evans?
Setahu saya mereka berdua tidak lebih daripada teman biasa, malah Zizan menyatakan bahawa Juliana merupakan seorang teman yang baik.

Yuka percaya pada rezeki

Posted: 15 Mar 2013 07:30 PM PDT

YUKA menggunakan masa selama lima tahun untuk mempersiapkan diri menjadi penyanyi.


SEJAK terkeluar daripada program realiti Indonesian Idol musim kelima pada tahun 2008, semangat Yuka Kharisma tidak pernah luntur untuk mengecapi kejayaan dalam bidang nyanyian.
'Percutian' hampir lima tahun yang dilalui oleh Yuka digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri.
Beritahu wanita berusia 25 tahun ini, dia menganggap dirinya belum punya rezeki dalam bidang seni, akan tetapi ingin terus berusaha sebaik mungkin.
"Ramai juga peminat yang bertanya kepada saya bila mahu lancarkan single mahupun album. Bagaimanapun, ketika itu saya rasa belum lagi punya rezeki.
"Saya manfaatkan waktu cuti saya itu untuk menjalani latihan vokal bagi memantapkan lagi kualiti vokal saya.
"Selain itu, saya juga sempat menghasilkan sendiri empat buah lagu. Antara judulnya ialah Jatuh Cinta, Pulang, Bukan Dia serta Mati Rasa dan ia bakal dimuatkan dalam album saya kelak," jelas Yuka yang ditemui ketika mengadakan sesi bergambar yang bertempat di Cosry Couture, Bangsar, Kuala Lumpur.
Akan tetapi, sebelum melancarkan album, Yuka bagaimanapun telah memilih langkah selamat dengan mempromosikan dua buah single di Malaysia dan negara kelahirannya, Indonesia.
Apa yang boleh dibanggakan, dua buah single Yuka yang berjudul Kita Harus Percaya serta Ku Bersedia tersebut telah digubah oleh dua orang komposer terkenal iaitu Pay dan Dewiq.
Yuka bukan sahaja berkolaborasi dengan komposer Indonesia, malah, dia juga telah mendapat kepercayaan untuk membawakan lagu yang digubah oleh komposer tempatan iaitu Azlan Abu Hassan.
"Saya juga ingin mengambil peluang untuk berkolaborasi dengan komposer Malaysia. Antara banyak lagu yang dihantar, pihak Mentari Management merasakan komposer Azlan Abu Hassan mempunyai lagu yang sesuai dengan diri dan suara saya.
"Saya telah pun habis rakaman bersamanya beberapa hari lepas di mana judul single yang dihasilkan itu berjudul Dengan Tiada Luka," bicara Yuka teruja ingin menantikan respon daripada peminat Malaysia terhadapnya.
Apapun, beritahu Yuka, dia berharap peminat di Malaysia akan memberikan peluang kepadanya.
Apa yang boleh dikatakan, ternyata Yuka mempunyai alunan vokal yang baik yang mana ia mampu untuk membawa anak kelahiran Aceh ini ke tahap yang lebih tinggi dalam industri muzik kelak.

Tarikan pada ramai aktres

Posted: 15 Mar 2013 07:29 PM PDT

BUTLER telah dikaitkan dengan banyak wanita, dan semua wanita tersebut menganggap dia mempunyai tarikan tersendiri.


BARU-BARU ini, termometer Hollywood panas dengan pengakuan seorang bintang The Real Housewives of Beverly Hills, Brandi Glanville, yang mendakwa ditiduri oleh aktor terkenal Gerard Butler.
Menerusi rancangan televisyen Watch What Happens Live, Brandi mendedahkan, hero filem The Ugly Truth itu merupakan satu-satunya aktor paling terkenal pernah menidurinya.
Brandi juga mengakui kehebatan Butler di ranjang dan memberitahu, prestasi aktor kelahiran Scotland itu adalah menjangkaui 11 daripada 10 markah.
Apabila paparazi bertanya akan hal itu (pendedahan Brandi) kepada Gerard, dia hanya menunjukkan reaksi terkejut dengan mengatakan: "Siapa itu Brandi Glanville?".
Akur dia perlu memberi kenyataan berhubung pendedahan Brandi itu, akhirnya Gerard mengakui melalui satu malam bersama aktres tersebut tetapi tidak mengenali wanita itu sebenarnya seorang pelakon ketika ditemubual oleh penyampai radio, Howard Stern.
"Saya mengenalinya (Brandi) di sebuah pesta pantai dan melalui saat-saat yang menyeronokkan bersamanya," jelasnya.
Mengulas mengenai kenyataannya kepada paparazi yang mendakwa dia tidak mengenali Brandi, ujar Butler, dia sebenarnya tidak mengetahui nama terakhir aktres itu malah tidak tahu Brandi itu sebenarnya seorang pelakon.
Ungkapnya dengan perasaan sedikit marah kepada Howard lagi: "Saya tidak sangka dia akan memberitahu semua orang mengenai perkara ini! (tidur bersama)".
Sebelum ini, Butler banyak dikaitkan mempunyai hubungan dengan aktres-aktres popular termasuk Jennifer Aniston, Jessica Biel, Reese Witherspoon, Cameron Diaz dan Naomi Campbell.
Dia kini didakwa menjalin hubungan dengan aktres dan juga model, Madalina Ghenea. Hubungannya bersama Madalina dikatakan sudah berlangsung selama lapan bulan dan khabarnya pasangan itu akan bertunang tidak lama lagi.
Sering tercedera
Di luar kehidupan peribadinya, aktor tersebut merupakan seorang pelakon yang tahan lasak.
Aktor yang sering berlakon dalam filem aksi itu mengakui, melakukan kesemua lagak ngeri yang diminta pengarah dalam filem lakonannya.
"Saya gembira kerana dapat melakukan aksi lagak ngeri sendiri. Ia rasa berbeza dan puas apabila kita dapat melakukan lagak ngeri sendiri tanpa bantuan daripada pelakon lagak ngeri," jelasnya yang turut melakukan lagak ngeri untuk filem terbaharunya iaitu Olympus Has Fallen.
Biarpun, dia seorang pelakon yang sering membawa peranan lasak seperti wataknya dalam filem 300 sebelum ini sebagai King Leonidas, tetapi dia tidak kebal.
Butler pernah ditimpa kemalangan ketika menjayakan watak peluncur air legenda, Frosty Hesson dalam filem Chasing Mavericks pada tahun 2011.
Ketika menjalani satu babak meluncur dalam filem itu, dia tidak bernasib baik apabila dipukul ombak besar dan mengalami kecederaan. Akibatnya, dia terpaksa dikejarkan ke hospital.
"Saya tiada pengalaman langsung dalam aktiviti meluncur air. Selepas kejadian itu saya rasa ombak agak menakutkan," luahnya.
Ujar Butler lagi: "Saya sedar bila perkara itu berlaku (kecederaan padanya), ramai orang yang berkata, Oh dia dipukul ombak dan lututnya tercedera, tetapi sebenarnya kecederaan yang saya alami agak serius," jelasnya.
Butler memberitahu, peluncur profesional iaitu Zach Wormhoudt, yang turut meluncur pada hari yang sama dia jalani penggambaran, juga dipukul ombak yang sama.
Sebenarnya, kecederaan Butler bukan hanya berlaku ketika penggambaran filem itu sebaliknya aktor itu sering mengalami kecederaan di set-set penggambarannya. Begitupun, Butler mengakui, insiden di set penggambaran filem tersebut adalah yang paling mengerikannya.
"Saya pernah mengalami kemalangan kereta, saya juga pernah tercedera sewaktu merempuh atap rumah, pernah juga tercedera dihentak oleh pelbagai peralatan dan saya hampir pernah kehilangan mata kerana tercedera dalam penggambaran," kongsinya.

SELAIN berbakat sebagai pelakon, Butler juga mampu menyanyi dengan baik.


Belajar guaman
Mengenalinya, anak bongsu daripada tiga beradik itu dilahirkan di Paisley, Scotland.
Merupakan anak kepada pasangan Margaret dan Edward, ketika berusia 18 bulan, kedua ibu bapanya bercerai. Butler kemudian tinggal bersama ibunya dan mendaftar di sekolah tinggi di Paisley.
Di sekolah, Butler merupakan pelajar yang bijak dan sering memperoleh pencapaian cemerlang. Dia juga seorang yang aktif dan pernah menyandang jawatan pengawas dan ketua pengawas di sekolahnya.
Tidak hanya cemerlang dalam pelajaran, Butler juga aktif di bidang teater sekolahnya.
Butler kemudiannya mendapat tempat belajar jurusan undang-undang di Universiti Glasgow.
Setelah berpisah dengan bapanya dan tinggal bersama ibunya selama 16 tahun, akhirnya dia bertemu semula dengan bapanya di sebuah restoran di Glasgow.
Semasa pertemuan itu, kerana tidak dapat membendung rasa sedih dan rindu terhadap bapanya, dia menangis sehingga beberapa jam.
Jelasnya: "Emosi itu memberitahu berapa lama ia sudah tersimpan di dalam hati saya. Kesakitan dan kesedihan yang anda tidak tahu sehingga ia dilepaskan".
Butler kemudiannya menjadi rapat dengan bapanya dan dalam masa yang sama dia meneruskan pengajiannya di Universiti Glasgow serta menyandang jawatan sebagai Presiden Persatuan Undang-Undang. Dia juga menyanyi untuk sebuah band rock di universitinya yang diberi nama Speed.
Ketika usianya 22 tahun, bapanya menderita sakit kanser dan akhirnya meninggal dunia. Tidak dapat menerima hakikat itu, hidup Butler menjadi tidak terkawal.
Setelah tamat pengajian, Butler telah mendapat tawaran sebagai peguam pelatih di sebuah firma undang-undang di Edinburgh. Walau bagaimanapun, gaya hidupnya yang kekal tidak terkawal dan dia sering datang lewat akibat suka berpesta menyebabkan dia dipecat.
Semasa berusia 25 tahun, Butler berpindah ke London untuk mencuba nasib menjadi bintang filem.
"Apabila saya berhijrah, saya tidak tahu tujuan utama saya tetapi apa yang pasti saya ingin menjadi terkenal," ujarnya yang kini merupakan salah seorang aktor terkenal Hollywood termasuk Tom Cruise, Brad Pitt, Johnny depp, Bradley Cooper dan Leonardo Dicaprio.

Caj lesen memandu OKU mansuh

Posted: 15 Mar 2013 07:11 PM PDT


CHO HA (kiri) beramah mesra dengan tiga penerima lesen kategori orang kelainan upaya di Seri Manjung semalam.


MANJUNG - Berkuat kuasa semalam, orang kelainan upaya (OKU) di seluruh negara yang memiliki lesen motosikal tidak lagi dikenakan bayaran pembaharuan, sebaliknya hanya dikenakan caj nominal RM2.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, sebelum ini, OKU perlu membayar kadar bayaran yang sama seperti pemilik lesen memandu lain iaitu RM20 bagi motosikal dan RM30 untuk kereta.
Bagaimanapun jelas beliau, pemansuhan bayaran pembaharuan lesen memandu kereta untuk OKU hanya berkuat kuasa pada 1 Mei depan bagi membolehkan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dinaik taraf.
"Selain itu, OKU yang ingin mengambil ujian memandu (Lesen L), bayaran RM10 yang dikenakan (JPJ) sebelum ini dimansuhkan dan mereka boleh (menduduki) ujian secara percuma.

Samsung perkenal telefon S4

Posted: 15 Mar 2013 07:07 PM PDT


SEORANG pengguna memegang telefon bimbit S4 di Dewan Radio City Music, New York kelmarin.


NEW YORK - Samsung memperkenalkan Galaxy S4 yang nipis dan canggih kelmarin sebagai gajet terbaharu untuk menyaingi Apple dalam segmen telefon pintar.
Gergasi kepenggunaan elektronik itu memperkenalkan Galaxy S4 di pentas Dewan Radio City MUsic di sini.
Menurut firma Korea Selatan tersebut, S4 akan dipasarkan di 155 buah negara April depan tetapi harganya belum didedahkan.
"Bagi setiap manusia, hidup ini satu perjalanan," kata Ketua Divisyen Komunikasi Samsung, JK Shin.
Antara ciri-ciri S4 termasuk skrin definisi tinggi 12.7 sentimeter, keupayaan rakaman gambar dipertingkatkan dan fungsi penterjemahan melibatkan sembilan bahasa.
Selain itu, pengguna juga boleh memuat naik kandungan klip video S4 ke dalam televisyen Samsung.
Samsung merupakan pembuat telefon pintar yang dijana perisian Android terbesar dan paling berjaya di dunia. Perisian Android dikeluarkan oleh Google dan boleh dimuat turun secara percuma.
Sebelum ini, Samsung telah menjual model telefon pintar Galaxy S3 lebih 40 juta unit di seluruh dunia sejak gajet itu dilancarkan pada Mei tahun lalu.
Telefon S4 dilengkapi kamera belakang dan hadapan yang boleh beroperasi serentak untuk rakaman gambar serta klip video bagi menggabungkan imej subjek serta jurugambar.
Fungsi Main Berkumpulan S4 pula membolehkan beberapa gajet tersebut berkongsi muzik, gambar, dokumen atau permainan video.
Klip video yang disiarkan pada gajet itu akan terhenti jika penggunanya menoleh ke arah lain.
Rakaman video itu akan disambung semula apabila mata penonton kembali tertumpu pada skrin S4.
Gajet seberat 130 gram itu juga dapat digunakan untuk merekodkan senaman, pemakanan, kadar degupan jantung dan beberapa faktor kesihatan lain.
Telefon bimbit itu juga boleh mengesan suhu dan kelembapan bagi membantu pemiliknya mendapat maklumat persekitaran mereka.
"Terus terang, Samsung Galaxy S4 amat bagus tetapi gajet ini adalah evolusi kepada S3 dan bukan revolusi," kata penganalisis teknologi, Jeff Kagan.

Tiga maut di selatan Thai

Posted: 15 Mar 2013 07:07 PM PDT

SEBUAH kren digunakan untuk mengangkat trak yang musnah akibat letupan bom di daerah Ruso, Narathiwat semalam.


NARATHIWAT - Satu letupan kuat bom tepi jalan meragut nyawa tiga anggota polis di selatan Thailand semalam, kata seorang jurucakap tentera.
Serangan terbaharu itu berlaku dua minggu menjelang rundingan damai pihak berkuasa Thai dengan gerila Barisan Revolusi Nasional (BRN) berlangsung di Malaysia.
Bom seberat 90 kilogram yang disembunyikan di kaki sebuah jambatan di daerah Ruso, di Narathiwat.
Ia kemudian diletupkan ketika trak yang membawa anggota-anggota peronda polis melalui jambatan tersebut.
Letupan kuat menyebabkan tiga anggota polis itu terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas terjun ke dalam sungai manakala trak berkenaan musnah.
Mengesahkan kematian mereka, jurucakap tentera selatan negara ini, Kolonel Pramote Promin berkata, serangan dipercayai dilakukan oleh gerila-gerila yang menentang dialog damai yang akan diadakan di Malaysia pada 28 Mac ini.
"Terdapat anggota-anggota pemisah yang tidak bersetuju ketua mereka menyertai proses damai itu. Justeru, mereka cuba mencetuskan lebih banyak kekacauan," katanya.
Penentangan kerana menuntut autonomi lebih besar meletus di beberapa wilayah di selatan Thailand yang bersempadan dengan Malaysia sejak sembilan tahun lalu.
Kejadian tembakan dan pengeboman berlaku hampir setiap hari di selatan negara ini.

Polis Indonesia tembak mati tiga militan

Posted: 15 Mar 2013 07:06 PM PDT


SEJUMLAH penduduk mengerumuni lokasi sebuah pondok yang mengandungi bahan letupan dan senjata di Bekasi semalam.


JAKARTA - Polis Indonesia menembak dan membunuh tiga suspek militan dan menangkap empat yang lain dekat sini, kata pihak berkuasa semalam.
Pihak berkuasa turut merampas 12 butir bom buatan sendiri dan sejumlah senjata lain daripada sebuah kumpulan tersebut yang disyaki merancang melakukan keganasan di sebuah pondok di Bekasi.
Dua lelaki berkenaan melawan apabila polis cuba menangkap mereka di barat bandar raya ini berhubung kes rompakan sebuah kedai barangan kemas.
Jurucakap Polis Nasional, Brigedier Jeneral Boy Rafli Amar berkata, pihak berkuasa menembak mati seorang lelaki berkenaan.
Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek kedua menyebabkan maklumat diperolehi bahawa tujuan itu adalah untuk membiayai aktiviti keganasan.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, polis menyerbu lima lagi anggota kumpulan itu kelmarin.
Menurut Rafli, dua lelaki itu ditembak mati selepas mereka mengacukan senjata api ke arah polis manakala tiga yang lain telah ditangkap.
Dalam serbuan tersebut, polis merampas lebih satu kilogram barangan kemas diperbuat daripada emas, lima senjata api buatan sendiri dan 14 bom paip.
Polis kini menyiasat sama ada kumpulan tersebut terlibat dengan aktiviti keganasan.

Tulang gajah purba ditemui

Posted: 15 Mar 2013 07:05 PM PDT


DUA pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador berdiri dekat rangka tulang gajah purba di Sungai Tomayate, Apopa kelmarin.


APOPA, El Salvador - Sekumpulan pekerja Muzium Sejarah Semula Jadi El Salvador menemui rangka tulang seekor gajah purba di Sungai Tomayate, di sini pada Februari lalu.
Haiwan itu dipercayai pupus kira-kira 12,000 tahun lalu.
Sekumpulan pekerja muzium itu membersihkan tulang-tulang tersebut daripada debu dan tanah.
Tulang-tulang itu ditemui selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di kawasan tersebut.
Beberapa pegawai berkata, pakar-pakar hidupan purba kini meneruskan usaha untuk mencari fosil-fosil kehidupan haiwan lain di kawasan itu.

Wanita berusia 106 tahun terima sijil sekolah tinggi

Posted: 15 Mar 2013 07:04 PM PDT


SHORT (kiri) menyampaikan sijil sekolah tinggi kepada Reba di apartmennya di Columbus kelmarin.


COLUMBUS - Seorang wanita berusia 106 tahun, Reba Williams menerima sijil sekolah tinggi daripada seorang ketua pentadbiran sekolah di sini kelmarin.
Reba berkata, dia berjaya menamatkan persekolahan di sebuah sekolah tinggi di Ohio selepas belajar selama 12 tahun.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak diberikan sijil kerana keengganannya membaca sebuah buku yang diarahkan oleh seorang guru.
Seorang anak perempuannya, Lavata Williams yang berusia 78 tahun memberitahu, semasa menjadi pelajar, seorang guru ibunya itu memintanya membawa buku tersebut ke rumah untuk dibaca.
Lavata berkata, ibunya diminta menulis satu laporan mengenai buku berkenaan jika dia mahu mendapatkan sijil.
Bagaimanapun, ibunya menyatakan, dia tidak menyukai buku tersebut dan ia tidak bernilai untuk dibaca.
Seorang bekas guru bahasa Inggeris kemudian meminta Lembaga Pendidikan Mount Vernon memberikan sijil tamat sekolah tinggi kepada wanita tersebut selepas membaca tentang kisahnya.
Seorang pegawai pentadbiran sekolah AS, Steve Short kemudian datang ke apartmen Reba dan menyampaikan sijil sekolah tinggi itu.
Reba memakai topi untuk lulusan pelajar sekolah tinggi semasa dia menerima sijil tersebut.
Wanita itu yang pernah bekerja sebagai seorang tukang masak lahir pada tahun 23 Januari 1907.

Traktor tempatan popular di Veitnam

Posted: 15 Mar 2013 07:02 PM PDT


SEORANG lelaki memandu sebuah traktor buatan tempatan yang membawa batang kayu dan pekerja di wilayah Gia Lai pada Selasa lalu.


HANOI - Traktor buatan sendiri amat popular dalam kalangan penduduk kampung yang bekerja sebagai petani di wilayah Gia Lai, Veitnam.
Penduduk kampung menggunakan traktor itu untuk pelbagai tujuan seperti membawa barang, hasil perladangan dan pekerja.
Harga traktor buatan tempatan di kawasan berbukit yang dibeli para petani itu ialah kira-kira AS$1,000 (RM3,121).

Topeng semangat nenek moyang

Posted: 15 Mar 2013 07:01 PM PDT

PELBAGAI jenis bentuk dan saiz topeng Mah Meri yang diukir mengikut rupa nenek moyang mereka dipamerkan di Pameran Topeng Sedunia di Muzium Negara baru-baru ini.


RUTIN harian Kemi Khamis, 41, tampak serupa dengan kebanyakan masyarakat suku kaum Orang Asli Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey, Kuala Langat, Selangor,
Aktiviti turun ke laut pada setiap awal pagi untuk menangkap ikan dan mencari ketam nipah di hutan paya bakau merupakan sumber mata pencarian utama masyarakat Orang Asli yang tinggal di Kampung Sungai Bumbun iaitu salah sebuah kampung di pulau itu.
Walaupun melalui rutin harian yang sama pada setiap hari, bagi Kemi, dia amat menyukai pekerjaan itu yang diwarisi oleh bapanya.
Namun, mendiang ayahnya tidak hanya meninggalkan pekerjaan sebagai nelayan kepadanya, malah turut mewariskan kemahiran yang menjadi kebanggaan seluruh suku kaum Mah Meri di kampung tersebut iaitu ukiran topeng.
Topeng suku kaum Mah Meri terbahagi kepada dua iaitu topeng perhiasan dan topeng tarian Jo'oh. Mengikut cerita-cerita masyarakat lama, topeng suku kaum Orang Asli itu mempunyai semangat kerana setiap topeng yang dihasilkan itu dihasilkan mengikut gambaran rupa nenek moyang mereka.
Dia mula meminati cara pembuatan dan ukiran topeng nenek moyangnya itu sejak berumur 15 tahun lagi. Dengan berpandukan buku gambaran wajah nenek moyang milik bapanya, Kemi mula mengukir topeng dan patung kecil untuk dijual bagi menambah pendapatan keluarga.
"Ketika itu, saya ingin mengikut jejak langkah bapa kerana tidak mahu warisan pembuatan topeng ini hilang ditelan zaman," ujarnya yang menganggap kebanyakan orang muda di daerah itu kurang minat terhadap tradisi itu.

TOPENG masyarakat Thailand turut dipamerkan di Muzium Negara.


Teknik pembuatan
Menurut Kemi, dia mengagumi serta mendapat tunjuk ajar daripada bapa saudaranya iaitu Pak Pion dalam hal ukiran topeng. Dia dan Pak Pion sering keluar bersama untuk mencari kayu di kawasan paya bakau di Pulau Carey.
Mesin gergaji merupakan peralatan utama yang dibawa oleh mereka untuk mendapatkan kayu yang sesuai bagi ukiran topeng.
"Kayu yang digunakan dalam ukiran topeng Mah Meri ialah nerih batu untuk mengukir topeng perhiasan manakala kayu pulai pula bagi ukiran topeng tarian Jo'oh.
"Pokok nerih batu perlu mencapai ketinggian sembilan meter sebelum ditebang dan dibawa pulang. Selepas pokok ditebang, saya dan Pak Pion akan membelah pokok itu kepada dua bahagian sebelum ia dibawa pulang," ujarnya ketika ditemui di Muzium Negara baru-baru ini.
Pokok nerih batu merupakan pokok yang sesuai untuk dijadikan perhiasan kerana urat pada pokok itu halus dan ia mudah diukir serta akan bertukar daripada warna merah kepada warna gelap setelah topeng siap.
Lakaran topeng nenek moyang yang terdapat dalam buku mendiang bapanya menjadi sumber rujukannya pada awal pembabitannya dalam ukiran topeng.
Antara nama nenek moyang suku kaum Mah Meri yang sering diadaptasi kepada bentuk topeng secara turun temurun ialah Moyang Katak Kala, Moyang Melor, Moyang Hidung Cabang, Moyang Pengkol dan Moyang Bojos.
Pokok nerih batu akan dipotong secara bongkah. Daripada bongkah tersebut, topeng akan diukir mengikut rupa nenek moyang mereka.
Jelas Kemi, setiap topeng mengambil masa selama dua minggu untuk diukir sempurna sebelum ia dijual kepada pelancong asing atau untuk tarian Jo'oh.
"Kebiasaannya jangka masa untuk menyiapkan topeng ini bergantung kepada saiznya. Jika topeng yang bersaiz muka manusia, ia pasti mengambil masa dua minggu. Untuk saiz yang sesuai untuk hiasan meja pula, ia mengambil masa seminggu untuk siap," ujarnya yang pernah mengikuti demonstrasi ukiran topeng suku kaum Mah Meri yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis tahun lalu.

DIAMAN (kiri) memakai topeng moyang Bojos ketika persembahan tarian Jo'oh di Muzium Negara baru-baru ini.


Kepercayaan nenek moyang
Walaupun permintaan untuk topeng perhiasan ukiran suku kaum Mah Meri mendapat permintaan yang tinggi daripada pelancong dalam mahupun luar negara, tetapi tidak ramai suku kaum Orang Asli itu berminat untuk menghasilkan ukiran topeng nenek moyang mereka.
"Adik saya mempunyai kemahiran untuk mengukir topeng dengan baik. Tetapi selepas dia mendapat pekerjaan dalam sektor pembinaan, dia tidak lagi mengukir topeng. Tinggal saya sahaja yang meneruskan legasi tradisi suku kaum kaum," tambah Kemi.
Sementara itu, seorang lagi pengukir topeng suku kaum Orang Asli Mah Meri, Samri Abdul Rahman memberitahu, nasihat orang tua sering menjadi pegangan untuk menghasilkan topeng.
Menurut Samri yang juga sahabat baik kepada Kemi, dia percaya bahawa setiap topeng yang dihasilkan itu mempunyai semangat yang tersendiri dan mengikut keperibadian nenek moyang.
"Topeng yang digunakan untuk tarian Jo'oh tidak boleh dipakai oleh sebarangan orang kerana topeng itu telah ditepung tawar serta di asap dengan kemenyan untuk menyeru roh nenek moyang.
"Mengikut cerita bapa saya, pernah berlaku kejadian roh nenek moyang tidak mahu keluar daripada tubuh penari tarian kerana ada dalam kalangan mereka tidak meminta izin daripada roh untuk membuat persembahan," ujarnya yang mula meminati ukiran topeng setelah melihat gambar topeng watak Knight Rider yang diambil oleh bapa saudaranya di Australia ketika usia remaja.
Tambah Samri, sebelum topeng digunakan dalam tarian Jo'oh, orang dahulu menggunakan upih pinang sebagai penutup muka semasa tarian dalam kenduri atau keramaian menyambut pelancong.
"Melihat kepada penerimaan pelancong terhadap tarian Jo'oh, orang dahulu mendapat idea untuk menghasilkan topeng yang mewakili setiap nenek moyang kami," ujarnya.
Suku kaum Mah Meri mengamalkan kepercayaan animisme iaitu percaya kepada kekuasaan alam semula jadi dan menghormati roh nenek moyang mereka.
Moyang Bojos
Setiap topeng nenek moyang suku kaum Mah Meri mempunyai simbolik dalam setiap ukiran topeng yang telah dihasilkan oleh mereka.
Moyang Bojos merupakan moyang yang sentiasa menjadi kebanggaan suku kaum Mah Meri. Bagi mereka, Bojos merupakan penyelamat hutan suatu ketika dahulu.
Kini, topeng Bojos merupakan kelengkapan rasmi dalam tarian Jo'oh yang kebiasaannya dipersembahkan ketika musim pokok buah-buah berbunga dan sempena majlis kesyukuran atau perkahwinan.
Tarian yang dianggotai oleh 15 orang dengan empat lelaki dan 11 wanita itu diketuai oleh seorang ketua yang memakai topeng serta pakaian ala-ala moyang Bojos.
Ketua penari tarian Jo'oh, Diaman Kisah berkongsi cerita, setiap kali dia melakukan persembahan, dia dapat merasakan roh Bojos meresap ke dalam dirinya.
"Apabila paluan gendang, gong, tuntung buluh serta gesekan biola memainkan alunan muzik Jabos (tarian topeng) serta Pau Kunteng (tarian tangan melambai), saya semakin teruja untuk membuat persembahan yang terbaik di hadapan para penonton.
"Topeng Bojos milik saya tiada pantang larang. Orang ramai boleh memakainya kerana saya tidak mengamalkan amalan tepung tawar dan asap kemenyan pada topeng itu," ujarnya yang juga mempunyai kemahiran dalam ukiran topeng.

Pesta sebelum Nyepi

Posted: 15 Mar 2013 07:00 PM PDT


RUPA bengis salah satu patung syaitan yang dipanggil ogoh-ogoh.


PERAYAAN Nyepi merupakan salah satu daripada perayaan terbesar dalam kalangan penganut Hindu di Indonesia selain Hari Raya Galungan.
Nyepi yang bermaksud sunyi memerlukan penganut agama Hindu di Indonesia menghabiskan masa pada hari itu dengan duduk di rumah bermeditasi atau sekadar berehat.
Mereka disuruh meninggalkan kesibukan kerja serta aktiviti duniawi seperti bersukan dan berhibur. Bagaimanapun, beberapa hari sebelum Nyepi yang biasanya disambut pada bulan Mac, pelbagai ritual dan upacara dijalankan sempena menyambut perayaan tersebut.
Ketika inilah, penganut agama Hindu terutamanya di Bali serta beberapa bandar lain termasuk Jakarta akan berpakaian cantik, berarak, membuat patung gergasi syaitan dan dewi, membawa penyembahan ke tepi laut serta banyak lagi.
Pendek kata beberapa hari sebelum mereka 'mengunci' diri di rumah masing-masing, mereka akan berpesta.
Lantaran keunikan pesta dan ritual itulah, perayaan menyambut Hari Nyepi sering menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia.
Tiga hari sebelum Nyepi, upacara dipanggil Melasti diadakan dengan kebanyakan penganut Hindu akan berjalan ke tepi laut atau sungai sambil membawa buah-buahan, barang penyembahan dan bermain alat muzik. Selain untuk persembahan dan berdoa, upacara itu dikatakan bertujuan menyucikan kekotoran dalam hati penganutnya.
Satu lagi upacara menarik sehari kemudian dipanggil pengerupukan. Ketika inilah penganut agama Hindu akan keluar ke jalan raya sambil berarak membawa patung gergasi yang dipanggil ogoh-ogoh menyerupai syaitan dan Dewi Kali.
Patung-patung dibuat sendiri menggunakan buluh, kayu dan dawai itu biasanya mewakili sesebuah kampung. Semasa perarakan yang diiringi muzik tradisional itu, ada yang akan menari dan membawa andang api.
Sebahagian besar ogoh-ogoh syaitan kemudiannya akan dibakar sebagai simbolik untuk menghalau syaitan agar tidak lagi mengganggu keamanan penduduk.

Model penting Honda Malaysia

Posted: 15 Mar 2013 06:59 PM PDT

JENTERA lima tempat duduk ini berupaya menawarkan kuasa setinggi 155PS.


AWAL Febuari lalu, Honda Malaysia telah mengumumkan hasrat syarikat untuk menjual 64,000 unit kenderaan bagi tahun ini.
Peneraju segmen hibrid tempatan itu kelihatan agresif untuk meletakkan sasaran sedemikian memandangkan angka jualan tahun lalu sekadar 34,947 unit.
Terjemahan mudah, syarikat automotif jenama Jepun itu mahu menggandakan jualan hampir 90 peratus.
Strategi menuju impian itu sudah digariskan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.
Honda Malaysia akan memperkenalkan lima model kereta baharu yang juga merangkumi tiga produk pemasangan tempatan (CKD).
Langkah pertama sudah dilakukan. Model naik taraf CR-Z 2013 sudah dimasukkan dalam pasaran. Selang beberapa minggu kemudiannya, Honda CR-V generasi keempat pula dilancarkan untuk pengguna tempatan.
CR-V terbaharu itu merupakan produk CKD keluaran kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka.
Kilang yang memulakan operasi pada tahun 2002 turut menghasilkan model Civic, City, Jazz hibrid dan Accord.
Untuk makluman, CR-V merupakan jentera pertama keluaran kilang Honda Malaysia. Pada ketika itu, ia merupakan model generasi kedua. Generasi ketiga CR-V menemui peminat tempatan pada 2007.
Dalam tempoh empat bulan selepas pelancaran generasi ketiga itu, CR-V sudah menerima tempahan sebanyak 3,900 unit yang melepasi sasaran Honda Malaysia untuk setahun.
Unjuran jualan Honda Malaysia pada masa itu adalah 3,600 unit. Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sememangnya popular.
Ueno menyatakan sehingga kini terdapat sebanyak 34,000 unit model CR-V berada di atas jalan raya tempatan. Statistik itu membabitkan produk sehingga generasi ketiga sahaja.
"Model CR-V serba baharu ini bakal meningkatkan penanda aras SUV ke peringkat yang lebih tinggi menerusi reka bentuk, ruang dalaman, praktikaliti, penjimatan bahan api dan keselesaan," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan di ibu negara baru-baru ini.

GARISAN pada badan CR-V generasi keempat membuatnya kelihatan lebih mantap dan moden.


Tempahan 1,000 unit
Percaya atau tidak, Honda Malaysia menyatakan, pihaknya sudah menerima tempahan awal bagi model CR-V generasi keempat itu hampir 1,000 unit.
Itu tempahan diterima sebelum hari pelancaran. Sasaran jualan ditetapkan bagi tahun ini adalah sebanyak 7,000 unit.
Angka itu masih realistik bagi model CR-V memandangkan segmen SUV kini memiliki lebih banyak pesaing berbanding senarionya sebelum ini.
Reka bentuk model generasi keempat itu nyata mencerminkan kemodenan pada keseluruhan badannya. Lampu hadapan jenis projektor dan gril tiga jalur mendatar menyerlahkan lagi imejnya.
Bahagian belakang semakin menarik apabila mengadun set lampu yang kelihatan seperti produk Volvo. Tidak ketinggalan penggunaan antena berbentuk sirip pada bahagian atas bumbungnya.
Buka sahaja pintu, dua perkara pertama yang boleh diterjemahkan menerusi pandangan mata adalah keselesaan dan kemewahannya. Keselesaan penumpang belakang diberi perhatian menerusi pemasangan corong pendingin hawa.
Papan pemuka CR-V turut menerima pembaharuan. Pertama, butang ECON berwarna hijau ditempatkan pada sebelah kanan stereng. Jika ditekan, ia membantu mengoptimumkan penggunaan bahan api secara automatik.
Perkara itu dibantu dengan adanya sistem Eco Assist. Ciri ini mengubah gegelang pencahayaan pada kluster meter. Warna putih menandakan anda tidak efisien. Matlamat pemanduan adalah pencahayaan berwarna hijau.
Buat masa ini, Honda Malaysia hanya menawarkan satu varian enjin kepada orang ramai iaitu petrol 2.0L i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik. Gabungan itu menghasilkan kuasa 155PS pada 6,500rpm.

SISTEM pacuan empat roda CR-V berupaya menyalurkan kuasa pada roda belakang apabila diperlukan.


Ia merupakan tambahan kuasa sebanyak 5PS jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya. Kuasa kilasnya setinggi 190Nm pada 4,300rpm.
CR-V menggunakan sistem pacuan empat roda (4WD). Perkara itu dibuat memandangkan Honda Malaysia mendapati majoriti pelanggan tempatan lebih gemarkan sistem pacuan sebegitu.
Berhubung ruang kargo pula, jentera lima tempat duduk itu menawarkan keluasan ruang 589 liter. Kapasiti tersebut boleh ditingkatkan kepada 1,156 liter sebaik sahaja tempat duduk barisan kedua dilipat.
Untuk melipat kerusi belakang, anda hanya perlu menarik tuli yang disediakan. Sekali tarik, tempat duduk kerusi akan dilipat secara sistematik. Cukup mudah.
CR-V ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu biru, putih, perak, hitam dan kelabu. Harga jualan atas jalan termasuk insurans adalah RM148,800 seunit. Jaminan diberikan adalah selama lima tahun tanpa had perbatuan.
Tidak lama lagi, Honda Malaysia akan memperkenalkan CR-V 2.4L dengan harga anggaran sebanyak RM190,000 sebuah. Sama-sama kita nantikannya.

Suzuki SX4: Penjelajah urban

Posted: 15 Mar 2013 06:58 PM PDT


MODEL terbaharu ini bakal menerusikan legasi model-model sebelumnya.


SUZUKI Motor Corporation baru-baru ini mempamerkan kepada umum model baharu SX4 Crossover. Model tersebut merupakan gantian kepada model sedia ada yang turut dipasarkan oleh Suzuki Malaysia Automobile. SX4 ialah sebuah crossover, mungkin jenis kenderaan yang asing buat rakyat Malaysia.
Saya pernah memandu uji SX4 beberapa tahun yang lalu dan kereta itu sebenarnya begitu praktikal. Kelegaan jarak buminya tinggi. Tetapi tidak tinggi sangat, elok-elok sahaja. Cerminnya luas, kedudukan kerusi juga tinggi, breknya bagus, output enjin mencukupi dan penggunaan minyak agak ekonomikal.
Reka bentuknya pula cantik dengan pengaruh Eropah. Paling penting, harganya yang berpatutan iaitu sekitar RM90,000 untuk sebuah kereta yang dikilangkan di Jepun. Senang kata, SX4 mempunyai pakej yang lengkap.
SX4 baharu dilihat sebagai penerus legasi model sedia ada dengan beberapa pembaharuan. Dengan sasaran untuk memenuhi kehendak pelanggan, pereka dan jurutera model itu sedar mereka memerlukan set pemikiran baharu.
Suzuki membangunkan SX4 dengan memberi fokus kepada gayaan, ruang yang luas untuk penumpang dan barangan, selain juga emisi rendah. Ia merupakan model yang memberikan keseronokan pemanduan, praktikal untuk kegunaan keluarga dan sesuai untuk pelbagai keadaan.
Reka bentuk SX4 dipengaruhi oleh tiga elemen iaitu emosi, kualiti dan aerodinamik. Apa yang dimaksudkan dengan emosi adalah garisan badan pada sisi kereta bermula dari bampar depan hingga ke lampu belakang.
Bonet enjin yang bulat pula memberi visual kekuatan dan keteguhan. Aerodinamik kereta diserlahkan melalui beberapa gayaan seperti garisan bumbung yang condong ke bawah pada bahagian belakang, kontur yang diperhalusi pada bahagian sisi dan garisan fleksi dari depan hingga belakang dan roda seretan rendah.
Pada bahagian dalaman pula, panel instrumennya ringkas dan cantik dengan rekaan yang menampakkan ia lebar dan dinamik. Kontur panel instrumen dipanjangkan hingga ke pintu dan material pembalut yang lembut pula sedap untuk dipegang. Kerusinya dibentuk untuk rasa yang sofistikated, manakala dekorasi berwarna perak pula nampak sporty dan kontra kepada ruang kabin berwarna hitam.
Bahagian belakang kerusi depan direka untuk memberi kelegaan pada penumpang belakang. Jarak antara penumpang depan dan belakang ialah 814 milimeter.
Jarak kelegaan kaki yang selesa sememangnya suatu yang penting untuk perjalanan jauh. Terutama untuk keluarga yang kampungnya di Kota Bharu, Kelantan ketika pulang sewaktu musim cuti. Sudahlah jauh, tiada kemudahan lebuh raya, jalan pula sesak seperti parkir kereta bergerak.
Bahagian bagasinya walaupun dari luar nampak kecil, tetapi dengan keadaan kerusi yang menegak saiznya adalah 430 liter. Kerusi belakang dan komponen but boleh diubah suai untuk memuatkan pelbagai jenis bagasi.
Enjin 1.6 liter

RUANG simpanan barang adalah seluas 430 liter.


Menggerakkan SX4 baharu ialah dua jenis enjin iaitu 1.6 liter petrol dan diesel. Enjin petrol sebenarnya diasaskan oleh inventori sedia ada iaitu M16A.
Dengan semakan seperti penurunan geseran dan berat yang dikurangkan, enjin tersebut kini lebih menjimatkan tanpa menjejaskan kuasa dan tork.
Enjin diesel SX4 pula menggunakan teknologi pengecas turbo geometri yang memastikan kuasa tork dibekalkan dari kelajuan enjin rendah supaya pemandu dapat menikmati kuasa pada setiap kelajuan.
Penebat pada penutup enjin pula direka semula untuk mengurangkan gegaran dan bunyi yang sinonim dengan karakter enjin diesel.
Dipadankan dengan enjin petrol ialah transmisi lima kelajuan manual. Nisbah gear pula dioptimumkan untuk prestasi dan penjimatan minyak.
'Bekas' transmisi pula diubah supaya lebih tegar untuk meredakan bunyi dan gegaran untuk pemanduan yang lebih relaks. Lagi menarik, enjin diesel dibekalkan dengan transmisi enam kelajuan manual.
Untuk mereka yang malas menukar gear, Suzuki turut membekalkan transmisi CVT yang julat gearnya dipadankan untuk pecutan, dakian dan penjimatan minyak. Normal untuk CVT ialah mod manual tujuh kelajuan dengan kawalan pedal anjakan (paddle shift).
Suzuki SX4 baharu hadir pada zaman industri automotif sedang agresif. Jika dahulu senang sahaja untuk Suzuki menjual kenderaan mereka. Tetapi roda sedang berputar dan harus tahu pada penghujung tahun lepas Suzuki mengumumkan yang mereka akan keluar dari bisnes kereta di Amerika Syarikat.
Dengan model-model menarik dari Korea Selatan serta kebangkitan semula abang besar dari Jepun seperti Nissan, keadaan semakin sukar. Lihat sahaja penerimaan model-model Suzuki di pasaran tempatan.
Mujur mereka mempunyai Swift yang merupakan nadi utama perolehan syarikat. Apa pun, Suzuki mempunyai deposit yang selamat iaitu di India. Pernah dengar Maruti Suzuki?

BMW X5 Performance Edition

Posted: 15 Mar 2013 06:58 PM PDT


JENTERA ini bakal berada di bilik pameran BMW di seluruh negara mulai hujung bulan ini.


BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) baru-baru ini mengumumkan kemasukan versi terbaharu kenderaan aktiviti sukannya (SAV) iaitu BMW X5 Performance Edition ke pasaran tempatan.
Varian taruhan syarikat automotif Jerman itu dikatakan menawarkan pengalaman pemanduan baharu kepada para pengguna, khasnya kepada mereka yang mahukan lebih prestasi pada sesebuah model SAV.
Model X5 mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada tahun 2007. Sejak itu, sebanyak 665 unit BMW X5 telah menemui pemilik-pemilik baharu di seluruh negara. Pencapaian itu disifatkan sebagai percapaian terbaik oleh Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Dr. Gerhard Pils.
Secara amnya, BMW X5 Performance Edition mewarisi reka bentuk maskular yang terdapat pada siri BMW X. Pembaharuan luaran pada model itu jelas kelihatan menerusi pengenaan pakej aerodinamik BMW M yang meliputi bampar hadapan dan belakang.
Tambahan lain pada SAV tujuh tempat duduk itu ialah set lampu Bi-Xenon Adaptive dengan LED Corona Rings, rail bumbung dan rim aloi berukuran 20 inci. Bahagian dalaman pula menyaksikan stereng disalut material kulit, paddle shifter dan kemasan tona hitam.
Jentera itu dilengkapi enjin petrol enam silinder sebaris BMW TwinPower Turbo berserta teknologi Double Vanos, Valvetronic dan sistem suntikan bahan api BMW High Precision Injection. Ia berupaya menghamburkan kuasa setinggi 320hp iaitu tambahan 14hp jika dibandingkan dengan varian BMW X5 xDrive35i. Tork pula mencecah 450Nm.
Pecutan dari titik pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 6.6 saat. Ia 0.2 saat lebih pantas berbanding varian X5 xDrive35i. Kadar purata penggunaan bahan api adalah sebanyak 10.1 liter bagi setiap 100km, manakala emisi karbon direkodkan sebanyak 236 gram setiap km.
Model baharu itu sudah ditingkatkan pemanduan dinamiknya menerusi agihan kuasa kilas iaitu sebanyak 40 peratus pada gandar hadapan dan bakinya disalurkan kepada roda belakang. Selain itu, sistem pemanduan xDrive juga meningkatkan prestasi optimum untuk semua jenis pemanduan.
BMW X5 Performance Edition yang didatangkan dalam pilihan warna putih dan hitam boleh didapati menerusi 16 buah pengedar sah BMW Malaysia mulai 30 Mac ini. Harga atas jalan tanpa insurans adalah RM588,800 seunit.
Model itu didatangkan bersama program BMW Service+ Repair Inclusive. Ia meliputi penyelenggaraan, penggantian, servis dan baik pulih komponen kereta. Tempoh jaminan adalah selama tiga tahun atau jarak perbatuan 60,000km (yang mana tiba dulu).

Menjenguk kepelbagaian Banting

Posted: 15 Mar 2013 06:56 PM PDT



KEHIDUPAN sebagai nelayan di Pengkalan Jeti Kelanang, Banting, Kuala Langat, Selangor, merupakan pekerjaan harian bagi Salim Mat, 48, untuk menyara keluarganya.
Jeti yang terletak kira-kira 13 kilometer dari bandar Banting itu merupakan kawasan pelabuhan bagi bot atau dipanggil kotak jaring oleh masyarakat di situ meredah Laut Kelanang setiap hari.
Laut yang terletak kira-kira lima batu nautika dari jeti tersebut merupakan lubuk baginya untuk menangkap ikan tenggiri dan parang.
Kemudian, hasil tangkapan itu dijual kepada pemborong dan pembeli yang pasti akan tiba seawal pukul 7 pagi setiap hari di jeti itu.
"Biasanya saya akan ditemani anak saya. Kami turun ke laut pada pukul 5 petang dan pulang pula pukul 3 pagi keesokan harinya. Sebelum turun ke laut, persediaan utama saya adalah menjahit jaring pukat hanyut yang putus," ujarnya.
Senario harian yang dilalui oleh Salim merupakan secebis kisah yang dilalui oleh kebanyakan masyarakat di daerah Kuala Langat itu.
Berdekatan dengan jeti Pengkalan Kelanang, sebuah pantai yang menjadi menjadi tarikan dengan rimbunan pokok rhu dan kayu bakau iaitu Pantai Kelanang.
Pantai yang berada tujuh kilometer dari pesisiran Pantai Morib itu menjadi lokasi wajib dikunjungi oleh orang ramai untuk beriadah selain mencari ketenangan jauh daripada hiruk-pikuk kota.
Pengunjung juga dapat melihat penduduk sekitar datang untuk menangkap siput di gigi pantai ketika air mulai surut terutamanya pada waktu petang.

PANGKALAN Jeti Kelanang merupakan destinasi utama penduduk sekitar Banting mendapatkan hasil laut yang segar.


Istana Bandar
Banting merupakan salah satu daerah daripada sembilan daerah yang terdapat di negeri Selangor.
Bandar itu juga sarat dengan kisah sejarah yang berada dalam lipatan historiografi negeri Selangor. Dahulunya, Jugra atau dikenali sebagai Bandar Temasya dalam daerah Kuala Langat menjadi pusat pemerintahan negeri Selangor sebelum ia berpindah ke Klang.
Istana Bandar merupakan tempat yang menyimpan seribu satu kisah di Selangor. Terletak dalam kawasan Jugra, istana itu dibina oleh Sultan Selangor kelima pada tahun 1905 iaitu Sultan Alaeddin Suleiman Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa.
Pengunjung boleh melihat ciri-ciri seni bina Islam dari India dan Timur Tengah daripada kayu cengal dan batu marmar. Baginda Sultan juga bersemayam di istana itu selama 33 tahun sehingga baginda mangkat pada tahun 1938.

KEDIAMAN Othman Johari antara 30 homestay yang menjadi tumpuan pelancong di Kampung Lang Tengah.


Istana tersebut sedang dalam proses baik pulih dan dijangka akan dibuka kepada umum pada penghujung tahun ini.
Tidak berapa jauh daripada istana itu, pengunjung boleh singgah di Masjid Bandar yang juga dibina pada tahun yang sama dengan pembinaan Istana Bandar.
Dengan pengaruh daripada kerajaan Deli, Medan, mimbar kayu di dalam masjid itu merupakan tempat Sultan Alaeddin menyampaikan khutbah kepada sekalian rakyat.
Industri kerepek
Di dalam kawasan Jugra juga, terdapat Muzium Insitu Jugra yang mendokumentasikan segala maklumat di daerah Kuala Langat.
Muzium yang dahulunya dikenali sebagai rumah pasung atau balai polis lama itu menyediakan tiga seksyen untuk informasi pengunjung mengenai Kuala Langat khususnya Banting.
"Seksyen A menceritakan mengenai hal ehwal salasilah Sultan Selangor. Seksyen B mengenai arkeologi rumah pasung ini suatu ketika dahulu, manakala seksyen C pula mencatatkan kisah-kisah sejarah di daerah Kuala Langat," ujar Pembantu Muzium Insitu Jugra, Mohd. Jangi Zaimin.
Tambahnya, Istana Bandar, Masjid Bandar, Makam Al-Marhum Sultan Selangor keempat, Sultan Abdul Samad dan bangunan bersejarah di sekitar Jugra telah dipelihara dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara.
Kegiatan ekonomi penduduk di Banting tertumpu di sepanjang Jalan Sultan Abdul Samad dengan pelbagai deretan kedai dan perniagaan di tepi jalan tersebut.
Selain itu, penduduk sekitar Banting turut menjalankan perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), malah tidak sah sekiranya anda ke daerah tersebut tanpa membawa pulang kudapan yang popular iaitu kerepek.
CENDOL Banting menjadi pilihan ketika cuaca terik sewaktu bercuti di sana.


Seorang pengunjung dari Gombak, Azman Shah, 36, memberitahu, dia yang amat menggemari kerepek pisang tanduk yang dijual syarikat Ros Kerepek di Kanchong Darat sebagai destinasi utama apabila ke Banting.
Menurutnya, sebulan sekali dia akan berkunjung ke rumah kakaknya di Banting dan pasti akan memborong kerepek pelbagai perasa dalam kuantiti yang banyak untuk hidangan keluarga serta rakan-rakan di pejabat.
"Harga kerepek yang ditawarkan jauh lebih murah jika dibandingkan dengan di ibu kota. Rasanya juga garing kerana ia diproses segar," ujar penjawat di sektor swasta itu.
Sementara itu, Pengurus Ros Kerepek, Muhammad Fauzi Roslan, 24, memberitahu, selain kerepek kedainya juga menjual rempeyek, baulu dan kuih-kuih tradisional.
Tambahnya, keistimewaan Ros Kerepek yang mula beroperasi sejak tahun 1989 itu juga terletak kepada kepelbagaian perasa dan rempah dalam setiap hidangan kerepek seperti lada hitam dan barbeku.
Penginapan
Bagi menghilangkan dahaga, pelancong boleh mencuba cendol yang terkenal di Banting iaitu Restoran Cendol Ibrahim Banting yang mula dibuka pada waktu tengah hari.
Terletak di Jalan Sultan Abdul Samad, restoran yang menghidangkan cendol dan rojak itu mula beroperasi di Banting sejak lebih 50 tahun lalu.
Rasa lemak santan, gula merah dan kacang merah dalam semangkuk hidangan cendol pasti menggamit selera pengunjung.
Bagi pelancong yang ingin merancang percutian di Banting, kemudahan penginapan tidak menjadi masalah utama dalam percutian anda.
Dengan hanya RM60 semalam, pelancong boleh memilih untuk tinggal di homestay Kampung Sungai Lang Tengah yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Bandar Banting.
Terdapat 30 buah rumah penduduk tempatan yang turut dijadikan homestay untuk pelancong yang berkunjung ke kampung yang menerima pengiktirafan Anugerah Desa Cemerlang menerusi kategori Desa Harapan 2010 itu.
Penyelaras homestay kampung, Silim Dasman, 72, memberitahu, setiap pemilik homestay menyediakan bilik dan tandas khas untuk kegunaan pelancong.
"Di kampung ini, terdapat lapan zon. Setiap zon mempunyai homestay. Kemudahan yang disediakan juga selesa untuk pelancong.
"Sekiranya pelancong menginap di sini selama tiga hari dua malam, pelbagai aktiviti akan dirancang untuk mereka seperti membuat kuih-muih tradisional, rendang dan melawat sekitar Banting," ujarnya yang juga memperuntukkan sebuah rumah untuk dijadikan homestay di laman rumahnya.

Tunisia permata Afrika Utara

Posted: 15 Mar 2013 06:55 PM PDT


KAMI berpeluang berpakaian masyarakat Arab Badwi sebelum menunggang unta di Gurun Sahara.


MELALUI perjalanan selama hampir 20 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk transit di Dubai dan terus ke Afrika Utara langsung tidak memenatkan.
Menjejak kaki di bumi Tunisia menjadikan saya sedikit gementar. Tunisia sebuah negara yang terletak di hujung utara benua Afrika, baru setahun reda daripada ketegangan politik akibat daripada demonstrasi jalanan secara besar-besaran rakyatnya yang menuntut pembaharuan pemerintah.
Mempunyai penduduk seramai hampir 12 juta dengan bahasa pertuturan Arab, Tunisia dikenali sebagai permata Afrika Utara.
Ini kerana ia mempunyai banyak estetika sejarah yang boleh diterokai sejak zaman pemerintahan Rom lagi. Secara tidak langsung menjadikan ia sebuah negara yang begitu tinggi nilainya dalam sektor pelancongan.
Meneroka setiap hamparan bumi Tunisia, seolah-olah saya seperti Marty Mcfly iaitu watak dalam filem Back to the Future yang mampu pergi ke masa silam.
Hampir setiap tempat yang dikunjungi mempunyai bangunan-bangunan tinggalan sejarah silam bermula sejak zaman pemerintahan Rom.
Tinggalan bangunan yang dibina masih kekal hingga kini melangkaui beberapa tamadun ribuan tahun dahulu. Berdiri dikelilingi tinggalan purba ini sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa serta memaksa minda saya untuk mengagumi, betapa hebatnya teknologi yang digunakan oleh masyarakat dahulu.
Jika diselusuri sejarah Tunisia, ia mempunyai rantaian kisah yang panjang hasil taklukan beberapa buah kerajaan. Terletak di pantai Mediterranean, Tunisia yang membawa maksud Tanjung Tinggi pernah ditakluk oleh kerajaan Rom sebelum kedatangan Islam pada abad ketujuh Masihi.
DESERT Rose terbentuk daripada air laut dan pasir di Laut Garam.


Dalam era ini beberapa dinasti Islam silih berganti seperti Dinasti Aghlabid, Dinasti Zirid, Muwahhidun, Dinasti Hafsid hinggalah ke zaman Empayar Turki Uthmaniyah.
Hanya pada 20 Mac 1956 barulah Tunisia mendapat kemerdekaan sepenuhnya apabila Perancis melepaskan penguasaannya dan memansuhkan perjanjian Bardo.
Kemerdekaan yang dicapai itu merupakan hasil usaha yang dilakukan oleh Parti Destour yang dipimpin oleh Habib Bourgiba, Dr. Mahmoud Materi, Tahar Sfar dan Bahri Guiga. Habib Bourgiba telah dilantik menjadi Perdana Menteri dan setahun kemudian menjadi Presiden Pertama bagi Republik Tunisia.
Tempat menarik
Gurun Sahara sebagaimana kata orang adalah neraka dunia kerana cuacanya yang panas mencapai 38 hingga 44 darjah Celcius, manakala pada waktu malamnya pula kira-kira 10 Darjah Celcius.
Di situ, saya berpeluang menikmati perjalanan merentas Gurun Sahara dengan menunggang unta dan berpakaian seperti Arab Badwi.
Walaupun tidak jauh perjalanan tersebut, namun ia memberikan pengalaman yang begitu bermakna. Di kelilingi lautan pasir halus, seolah-olah saya berada di atas timbunan emas yang begitu luas. Alangkah bahagianya saya jika ia benar adalah emas.
Perjalanan merentas Gurun Sahara juga bukanlah mudah kerana ketika saya berkunjung ke sana pada Disember tahun lalu suhunya agak sejuk.

BANGUNAN Ampitheatre atau dikenali sebagai Colosseum Rom yang merupakan kawasan bagi pahlawan gladiator menunjukkan kehandalan suatu ketika dahulu.


Angin sejuk dapat dirasai terutama sekali apabila angin bertiup. Saat itu menjadikan diri saya begitu kerdil apabila melihat keagungan Allah. Subhanallah, begitu hebat sekali ciptaan-Nya.
Saya dapat membayangkan bagaimana susah dan peritnya orang Arab terdahulu terutamanya para sahabat Rasulullah S.A.W berdakwah mengembangkan agama Islam.
Hanya mereka yang hebat dan memiliki iman kukuh sahaja mampu melakukan perjalanan merentas padang pasir yang luas sebegitu.
Melancong ke Tunisia juga menjadi kerugian jika tidak mengunjungi Sidi Bou Said iaitu kawasan pelancongan yang sangat unik terletak di bahagian utara Tunisia lebih kurang 20 kilometer dari pusat bandar Tunisia. Di sini anda dapat menikmati pemandangan indah panorama putih biru.
Tempat ini mendapat nama daripada seorang muslim yang tinggal di situ iaitu Abaou Said Ibnu Khalef Ibnu Yahia Ettamini el Beji pada abad ke-12 Masihi.
Sebelum kedatangannya, tempat tersebut dinamakan Bukit el-Minar. Beliau meninggal dunia pada 1231 Masihi dan ditanam di situ. Kemudian pada abad ke-18 Masihi, kerajaan Turki di Tunisia menjadikan kawasan tersebut sebagai kediaman rakyat.
Jika menurut sejarahnya, pada 1920-an Rodolphe d'Erlanger seorang pelukis dan pemuzik yang tinggal di situ telah menimbulkan idea untuk menjadikan kawasan tersebut dengan tema warna tersendiri iaitu putih dan biru.

SEPANJANG perjalanan dari Tozeur ke Douz, sempat juga kami singgah di Chott El-Jerid iaitu tasik garam yang terbesar di dunia.


Disebabkan itu, saya dapat melihat kesemua dinding bangunan dicat dengan warna putih dan pintu serta tingkapnya pula berwarna biru.
Menurut kepercayaan orang yang tinggal di situ, putih melambangkan hati yang bersih dan suci, manakala biru pula merujuk kepada warna langit dan air laut. Suasana itu semakin terasa apatah lagi ia berdekatan dengan laut.
Sepanjang sembilan hari menjelajah bumi Tunisia, beberapa tempat menarik juga dapat saya kunjungi antaranya Muzium Bardo, tapak tinggalan kota purba zaman Rom di atas Bukit Byrsa, Masjid Uqba bin Nafiq, Hamam Antonin dan Colosseum.
Sememangnya Tunisia merupakan sebuah negara yang kaya dengan estetika sejarahnya yang tersendiri.
Jutaan ucapan terima kasih kepada Safirgo Travel yang menaja perjalanan saya untuk mengembara di bumi Tunisia.

Ekspedisi bantu Orang Asli

Posted: 15 Mar 2013 06:54 PM PDT


SETIAP kali berdepan dengan situasi kenderaan yang rosak, masalah tersebut diselesaikan secara bersama.


SEAWAL pukul 8.30 pagi, sebanyak 30 buah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kira-kira 100 orang peserta Kembara Jalinan Kasih Dan Kenali Jiran Kita sudah bersiap sedia di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, Kelantan.
Dalam acara yang dijalankan pada 10 Februari lalu itu, kenderaan-kenderaan itu dimuatkan dengan makanan seperti beras dan bahan bacaan.
Ternyata, para peserta kembara yang terdiri daripada kakitangan Jabatan Penerangan Malaysia, sukarelawan Komuniti 1Malaysia (K1M) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak sabar untuk memulakan ekspedisi murni itu.
Tepat pukul 9 pagi, peserta kembara memulakan perjalanan ke destinasi yang dituju iaitu perkampungan Orang Asli di Kampung Gawin dan Pos Gob.
Walaupun sedar rintangan jalan balak dan perjalanan jauh itu mengambil masa hingga enam jam untuk ditempuh, peserta tetap bersemangat demi mencurah kasih dan bakti kepada Orang Asli yang jauh di pedalaman.
Jelajah Kembara Jalinan Kasih Dan Kenali Jiran Kita bersama masyarakat Orang Asli di Gua Musang itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia dengan turut disertai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pertubuhan bukan kerajaan dalam merealisasikan slogan Janji Ditepati.
Ia mengagihkan bantuan kepada seramai 310 orang Asli dari suku Temiar di Kampung Gawin dan Pos Gob.
Cabaran pertama bermula sebelum memasuki jalan balak lagi apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Ibrahim Abdul Rahman mengalami kerosakan.
Hampir setengah jam diperlukan oleh seorang mekanik dalam kalangan peserta untuk memperbaiki kerosakan enjin tersebut.
Sejurus diperbaiki, para peserta memulakan kembali perjalanan menyusuri jalan balak yang amat mencabar.

ANTARA laluan yang disusuri dalam perjalanan menujuke kampung Orang Asli.


Mendaki bukit
Memasuki laluan balak menyebabkan kenderaan-kenderaan tersebut terpaksa mendaki bukit yang tinggi di atas permukaan tanah merah yang berdebu.
Selepas tiga jam merentas laluan berliku, mendaki dan menuruni bukit dengan kelajuan antara 40 hingga 80 kilometer sejam, terdapat juga kenderaan peserta yang terjarak sejauh dua hingga tiga kilometer.
Beberapa kali juga, ekpedisi itu terhenti di tengah-tengah belantara dan bukit-bukau akibat daripada beberapa kenderaan yang rosak.
Alat perhubungan atau komunikasi cumalah menerusi radio amatur yang dibawa sendiri oleh peserta konvoi.
Dengan adanya alat perhubungan tersebut, sekurang-kurangnya semua peserta boleh sedikit menarik nafas lega.
"Walaupun jauh dan jalan yang berisiko, tetapi pasukan konvoi tetap meneruskan misi," kata Ibrahim.
Perkampungan Orang Asli pertama yang disinggah untuk memberi beras ialah Kampung Gawin yang mempunyai penduduk seramai 250 orang.
"Para kakitangan jabatan dan peserta dibawa mengenali rakyat orang Asli daripada kampung tersebut untuk mengetahui lebih dekat cara hidup masyarakat itu di tengah-tengah bukit bukau," ujar beliau.
Tinjau perkembangan
"Di samping bertanyakan masalah mereka, kita juga meninjau penggunaan Astro NJOI dalam kalangan mereka yang telah diberikan secara percuma dalam ekspedisi sebelum ini," katanya.
Selesai perkampungan Orang Asli pertama, para peserta bertolak ke Pos Gob yang mengambil masa dua jam perjalanan.
Bagi menghilangkan rasa letih dalam perjalanan jauh itu, peserta konvoi berhenti menjamu selera di sebatang sungai berhampiran. Nasi berlauk daging dan ayam goreng segera menjadi habuan bagi mengisi perut yang sudah berkeroncong.

PESERTA ekspedisi beramah mesra dengan penduduk kampung Orang Asli.


Setelah selesai makan dan mandi di situ, peserta meneruskan perjalanan ke Pos Gob yang menempatkan seramai 60 penduduk Orang Asli.
Para peserta tiba di Pos Gob kira-kira pukul 5 petang dan terus menyertai acara perlawanan bola sepak antara penduduk Orang Asli di kampung berkenaan dan peserta konvoi.
Malam itu juga, peserta-peserta terpaksa melupakan tilam empuk di rumah untuk tidur bermalam di khemah atau di dalam dewan.
Keesokan harinya, sebelum kembara bertolak pulang, sumbangan beras disampaikan kepada penduduk-penduduk Pos Gob.
Seorang penduduk Orang Asli, Mat Diah Fatin, 45, berkata, masyarakat Orang Asli tidak melupakan bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan.
"Kita berterima kasih. Kita juga kasihan mereka sanggup masuk dalam bukit dan tidur di bawah khemah yang sejuk untuk membantu kita. Dengan pemberian seperti televisyen dan perkhidmatan Astro NJOI, kita juga boleh merasai kehidupan seperti masyarakat di luar sana.
"Apa yang penduduk bandar ada, di sini pun ada. Walaupun telefon bimbit tidak berfungsi di sini, kita juga boleh berhubung dengan rakan kita dengan alat radio amatur," katanya sambil memberitahu kemudahan itu juga disumbangkan kerajaan.

Kraf tangan kayu dari Temerloh

Posted: 15 Mar 2013 06:52 PM PDT

TERDAPAT pelbagai jenis motif ukiran moden dihasilkan antaranya bunga pekan, paku pakis dan ketumbit.


KEASLIAN serta keunikan seni kraf tangan kayu yang diwarisi sejak turun-temurun adalah aset negara yang tidak ternilai harganya. Warisan seni itu mencabar kreativiti pembuatnya daripada pemilihan kayu, memotong dan mengukir sehingga menjadi kraf seni yang serba indah.
Hasil rimba berasaskan kayu tersebut mempunyai pelbagai kegunaan daripada perabot, produk hiasan sehinggalah hadiah cenderamata.
Usahawan kraf
Warisan Craft Wood merupakan salah sebuah bengkel usahawan kraf di bawah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) Pahang.
Menerima sambutan yang menggalakkan, bengkel kraf tangan terletak di Kampung Darat Sanggang, Temerloh itu menghasilkan pelbagai jenis ukiran yang eksklusif dan menarik.
Pemilik Warisan Craft Wood, Rohani Md. Piah yang juga penolong pengurus bengkel berkenaan berjaya menjalankan perniagaan kraf tangan berasaskan kayu rimba itu sejak 13 tahun lalu.
Bersama suaminya Mohamad Mat Nor, yang juga pengurus bengkel itu, mereka mengendalikan operasi harian bengkel berkenaan bersama-sama enam pekerja.
Malah, menariknya pasangan itu dipilih oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan hasil ukiran congkak sempena pameran kraf tangan di Gedung Harrods, London, United Kingdom pada tahun 2006.
Bukan mudah menceburi bidang ukiran itu kerana ia memerlukan minat dan semangat yang tinggi di samping kemahiran si pengukir, jelas Rohani yang amat menitikberat ketelitian dalam setiap rekaan mengikut gaya dan penataan.
Bagi Rohani, kerjaya dalam bidang pendidikan menjadi impiannya sejak di bangku sekolah. Setelah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia cawangan Pahang, sejak itulah minatnya dalam bidang kraf kayu mula bercambah.
Pada peringkat awal, Rohani menggunakan kemahirannya dengan menerima tempahan membuat kerusi dan meja sekolah.
Berbekalkan semangat dan kesungguhan, beliau kemudian berjaya membuka bengkel sendiri pada tahun 2001 dengan modal sebanyak RM1,500 di samping bantuan mesin dari Kraftangan Malaysia.
Kekayaan hutan rimba negeri Pahang, tidak menyukarkan Rohani mendapat bekalan kayu daripada pembekal di sekitar kawasan berhampiran.
Antara jenis kayu yang diperlukan untuk membuat ukiran di bengkelnya ialah cengal, balau, merbau, mempisang dan nyatoh.

ROHANI memulakan perniagaan bengkelnya dari bawah dan kini mendapat tempahan dari seluruh negara.


Motif tradisional dan moden
Motif tradisional menjadi pilihan utama Rohani dalam mengekalkan ciri-ciri eksklusif di bengkel antaranya motif bunga pekan, matahari, kenanga, ketam guri, ketumbit dan paku pakis.
Produk ukiran yang dihasilkan adalah hiasan seni bina rumah, hiasan taman, set kerusi kayu, panel, ukiran mimbar, gazebo, rostrum, pergola, pagar dan sebagainya berdasarkan permintaan pelanggan serta inisiatif sendiri.
Sementara itu motif kontemporari yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan era moden seperti motif harlicornia, daun buluh dan tangkai padi.
Ukiran berasaskan motif moden itu sering dibuat pada panel ukiran, set kerusi kayu, pemidang dan hiasan dinding mengikut tempahan yang diterima.
Pameran produk
Bagi mengelak pembaziran kayu lebihan, Rohani menggunakannya untuk menghasilkan kraf tangan bersaiz kecil seperti rantai kunci, penanda buku, pelbagai cenderamata dan ukiran ayat-ayat bentuk kaligrafi.
Rohani turut menyertai pameran yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Kraftangan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dalam memperkenalkan kraf tangan berasaskan kayu dari bengkelnya.
Hasil ukiran beliau turut mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dalam kalangan penggemar kraf tangan dari Singapura yang menggemari ukiran bekas telur untuk majlis perkahwinan, rehal al-Quran, dulang hantaran dan bakul hamper.
Hari Kraf Kebangsaan yang berlangsung mulai 27 Februari hingga 11 Mac lalu juga memberi peluang kepada Rohani untuk mempamer dan menjual hasil krafnya kepada orang ramai.
Dalam usahanya memartabatkan warisan seni ukiran kayu hingga ke peringkat global, Rohani turut menjadi tenaga pengajar kraf tangan di Kraftangan Malaysia cawangan Pahang dan Lembaga Perkayuan Malaysia (MTIB) bagi melahirkan tenaga mahir generasi akan datang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines