Khamis, 7 Mac 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

Posted: 06 Mar 2013 03:13 AM PST

Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.
PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Penyanyi Nouri

Posted: 06 Mar 2013 03:13 AM PST

Nouri pernah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Terbaik pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999.
PETALING JAYA: Seorang suspek iaitu penyanyi tahun 1990-an Nouri Ramli telah ditahan polis berhubung kematian suaminya yang dipercayai mati selepas bergelut dalam kejadian di kondominium Ampang Utama, dekat sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.
"Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman.
"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Akhbar pada Rabu melaporkan seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya sehingga mati kerana tidak mahu suaminya itu bertemu dengan anak perempuan mereka yang berusia setahun.
Gambar kenangan Nouri bersama suaminya.
Mangsa, Khairul Azmi Jaafar, 39, mati dipercayai selepas dibelasah dalam keadaan kaki dan tangan terikat.
Kejadian ini dipercayai terjadi sekitar pukul 5 petang Selasa apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak.
Dalam kejadian, Nouri, 39, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.
Penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung dengan mangsa sejak setahun lalu dan mereka juga dalam proses perceraian.
Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

Remy Ishak Bangga Adik Berjuang Hapus Penceroboh Sulu

Posted: 05 Mar 2013 07:31 PM PST

Remy Ishak
PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah.
Remy, 31, berkata, sebagai abang dia telah memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.
"Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini," katanya kepada mStar Online.
Remy berkata, dia tidak menyangka keadaan di Lahat Datu, itu semakin serius sehingga meragut nyawa anggota keselamatan negara dan juga pihak penceroboh.
Bagaimanapun kata Remy, biarpun agak bimbang dengan keselamatan adiknya, namun dia sedar bahawa Mohammad Fairul Azmi mengalas tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada dicerobohi.
"Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.
Mohammad Fairul Azmi Ishak
"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat," katanya.
Kata Remy, biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.
"Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri," katanya.
Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.
Katanya, dia sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.
Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.
Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bantu selesai masalah kewangan

Posted: 05 Mar 2013 07:30 PM PST


Bantu selesai masalah kewangan
Salim (dua, kiri) bersama tulang belakang Rosza Resources.
KURANG pengetahuan mengenai pengurusan kewangan, pinjaman peribadi, kenderaan dan penggunaan kad kredit secara berlebihan antara punca sering kali berlakunya masalah kewangan sehingga menyebabkan pengguna disenarai hitam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan agensi seperti CTOS Sdn Bhd (CTOS) serta diisytiharkan muflis.

Kerunsingan dan tekanan yang dihadapi golongan ini kadang kala menyebabkan mereka berfikir dan bertindak di luar kewarasan fikiran yang juga mampu menyumbang kepada masalah jenayah seperti keruntuhan institusi keluarga, perceraian, bunuh diri, samun, rompak, ragut dan sebagainya.

Gejala ini turut menyebabkan kegelisahan kepada masyarakat dan memburukkan lagi imej negara di mata dunia.

Apabila menghadapi masalah kewangan tersebut, pengguna yang tiada tempat mengadu seakan buntu untuk menanganinya. Mereka cenderung memilih jalan mudah seperti melakukan pinjaman daripada peminjam wang haram atau lebih dikenali sebagai ah long. Nyata, ia bukan jalan penyelesaian terbaik, tetapi hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Ketengah konsep simpanan

Di atas kesedaran dan tanggungjawab itu, Koperasi Wawasan Selangor Berhad (KWSB) dengan kerjasama Rosza Resources terpanggil untuk membantu memberi jalan alternatif bagi menyelesaikan masalah CCRIS, CTOS dan muflis kepada mereka yang amat memerlukan tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Dengan objektif utama untuk membantu menyelesaikan masalah pengguna, aktiviti Bantu Ummah diperkenalkan dengan menggunakan konsep simpanan atau tabungan di kalangan ahli bagi membantu ahli lain serta mereka mereka  yang menghadapi masalah.

Selain menyediakan bantuan penyelesaian CCRIS, CTOS dan muflis, KWSB juga menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan yang komprehensif dengan skop yang luas kepada sesiapa yang layak.

Pengasas Rosza Resources, Datuk Salim Rohani berkata, pihaknya berperanan membantu mencari jalan penyelesaian dengan kaedah fleksibel dan tidak membebankan. Malah, setiap perkhidmatan perundingan yang diberi tidak dikenakan sebarang bayaran.

"Kami cuba membantu dengan konsep simpanan, di mana dalam tempoh enam bulan hingga setahun, pihak KWSB akan menyelesaikan masalah kewangan anda tanpa bayaran, Insya-ALLAH.

"Konsep baru pertama seumpamanya yang diperkenalkan di Malaysia ini secara tidak langsung bertujuan mengelakkan lebih ramai individu yang menghadapi masalah kewangan agar tidak terus dipinggirkan atau terlibat dengan masalah jenayah," katanya.

Menurutnya, Program Bantu Ummah dapat menjana pendapatan berterusan dan bantuan maksimum RM200,000 disediakan kepada ahlinya.

Keahlian terbuka kepada sesiapa yang berminat dengan lima pakej yuran keahlian seumur hidup iaitu RM350, RM570, RM 790, RM1,010 dan RM1,230.

Sejak diperkenalkan Disember tahun lalu, aktiviti Bantu Ummah mendapat sambutan menggalakkan di mana lebih 500 ahli dan lebih 1,200 akaun telah didaftarkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan.

Bagi memberi lebih penerangan mengenai program itu, Rosza Resources turut mengadakan jelajah ke seluruh negara sebanyak empat kali seminggu, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Turut tawar peluang perniagaan

Di samping membantu menyelesaikan masalah kewangan, KWSB turut menawarkan pelbagai faedah lain kepada ahlinya termasuk saham koperasi, dividen tahunan saham, memberi peluang perniagaan, pembiayaan untuk usahawan dan  pelaburan.

KWSB juga mengadakan usaha sama bersama rakan kongsi mereka, Saza Gemilang Sdn Bhd untuk memberi peluang perniagaan kepada ahlinya serta individu yang ingin menjalankan perniagaan atau menjadi ejen serta dan stokis dalam memasarkan produk kesihatan melalui kaedah rangkaian dagangan atau trading network di seluruh Malaysia.

Produk kesihatan tersebut akan mula diperkenalkan bulan ini dan akan meluaskan pasaran ke Brunei, Bangladesh, dan Dubai sedikit masa lagi.

Selain itu, KWSB juga menjalankan kerjasama bersama sebuah syarikat untuk membekalkan minyak masak di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sementara itu, menyentuh mengenai projek terbarunya, KWSB mengumumkan koperasi itu akan membangunkan kampung budaya di Kedah dengan konsep homestay di atas tanah seluas lima ekar dengan kerjasama Koperasi Bina Usahawan Utara Berhad.

Beego anggap diri bukan duda

Posted: 05 Mar 2013 07:25 PM PST


BEEGO dan Linda kini teruja untuk menjadi pasangan suami isteri.


TINGGAL lebih kurang tiga bulan sahaja lagi bagi pasangan pelakon, Beego serta Linda Hashim bakal mengakhiri zaman solo mereka. Mereka kelihatan sangat gembira ketika ditanya tentang persiapan bagi majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 7 Jun ini.
Ia merupakan perkahwinan pertama buat Linda Hashim, namun perkahwinan kedua buat, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah. Tidak kisah dengan apa yang berlaku, Linda kelihatan teruja apabila bercerita tentang persiapan bagi majlis tersebut kelak.
Bagaimanapun, ketika ditanya tentang perasaan berkahwin buat kali kedua, Linda tidak merasakan dirinya telah berkahwin sebelum ini. Justeru, dia menganggap ini merupakan perkahwinan pertama buatnya.
Ikuti temuramah Kosmo! bersama Beego dan Linda selepas majlis Anugerah Festival Filem Malaysia ke -25 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Kosmo!: Bagaimanakah persiapan perkahwinan anda berdua?
BEEGO: Kami sudah pun membuat persiapan untuk majlis pada bulan Jun ini. Ia merupakan dua majlis yang sederhana iaitu pernikahan di masjid berdekatan rumah Linda dan sebuah majlis untuk resepsi.
Boleh ceritakan bagaimana detik perkenalan Beego dan Linda. Bilakah kalian mengambil keputusan untuk berkahwin?
Saya jumpa Linda ketika penggambaran drama dan ketika itu memang saya sudah lama minat dengan Linda. Jika saya nampak dia berlakon, pasti saya tidak akan tukar saluran televisyen. Selepas menaruh minat selama dua tahun lebih, saya pernah menyuarakan perasaan saya kepadanya. Namun, ketika itu, dia ingat saya main-main dan tidak serius. Tapi selepas itu, kami mula berkawan rapat.
Bilakah mula berbicara secara serius dengan Linda?
Ada satu hari, secara tiba-tiba saya bermimpi tentangnya tapi tidak ingat pula apa mimpinya. Saya terbangun dari tidur dan terus menghubungi Linda yang ketika itu berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Dengan serius saya memintanya supaya mendoakan jodoh kami berdua di sana dan mengharapkan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Jika benar kami punya jodoh, pasti akan bersama jua.
Mengapakah sebelum ini seperti ingin merahsiakan pertunangan dan perhubungan anda berdua?
Bukan niat ingin merahsiakan perkara gembira ini, namun, ketika itu kami belum bincang apa-apa lagi tentang perkahwinan. Takut juga jika ingin beritahu awal-awal mungkin ia tidak menjadi. Tapi, selepas majlis pertunangan dan kedua belah pihak telah berbincang, baru kami mengaku hubungan kami berdua. Saya juga menyahut cabaran untuk mengahwini Linda dalam tempoh setahun.
Bagi Linda, ia perkahwinan pertama, namun bagi Beego ia merupakan perkahwinan kedua. Perkahwinan Beego juga dilihat tidak berjaya sebelum ini. Boleh komen?
Saya tidak rasa seperti pernah berkahwin sebelum ini. Bagi saya, ini merupakan perkahwinan pertama saya iaitu bersama Linda. Ini kerana dalam perkahwinan sebelum ini, saya hanya sempat menjadi suami selama 10 hari. Tempoh 10 hari tidak memberi saya kesempatan untuk menjadi seorang suami. Jadi, sebelum ini saya memang tidak pernah berkahwin dan ini kali pertama.
Kosmo! juga menemuramah Linda yang ternyata sangat teruja menceritakan kisah cinta dan persiapan perkahwinan mereka yang bakal diadakan kelak.

Sabri Yunus Pernah Niat Tinggalkan Dunia Lawak

Posted: 05 Mar 2013 07:23 PM PST

Sabri Yunus
SUBANG: Pelawak Sabri Yunus, 52, pernah berniat untuk meninggalkan bidang lawak sejak 10 tahun lalu kerana kecewa dengan industri hiburan yang dilihat meminggirkan cabang seni ini.
Bagaimanapun dia tidak boleh berhenti secara mendadak sebaliknya memilih untuk memperlahankan aktiviti dalam bidang tersebut.
"Saya pernah tekad untuk berhenti dari sebarang aktiviti lawak ini pada umur 40 tahun keran ketika itu saya anggap bidang ini semakin diketepikan masyarakat.
"Tapi disebabkan sifat humor yang ada dalam diri, saya tidak boleh berhenti mendadak namun cuba mengurangkannya sahaja," katanya ketika ditemui, di sini, pada Selasa.
Sabri berkata, dia kesal kerana sebelum ini pelawak pernah dianggap sebagai artis yang hanya akan muncul bagi segmen selingan untuk acara-acara hiburan tanah air.
"Saya rasa kesal suatu masa dulu pelawak hanya digunakan sebagai penyendal bagi mengisi masa-masa kosong sesebuah acara terutamanya ketika iklan" ujarnya.
Namun, melihat situasi semasa, dia bangga apabila bidang lawak kembali diangkat dan menjadi pilihan utama di stesen televisyen.
Masyarakat kini menerima cabang seni ini seperti mana zaman kegemilangannya sekitar 1980an.
"Saya lihat pelawak kini lebih senang cari makan, apa sahaja majlis, program televisyen dan pengacaraan program banyak menggunakan khidmat pelawak.
"Sekarang martabat pelawak sudah kembali diangkat seperti tahun 1980an dahulu," katanya.
Bagaimanapun, Sabri tidak menyangkal lambakan pelawak melalui program-program pencarian bakat sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada industri.
"Jika kita tidak kawal kualiti lawak ia akan mengundang masalah juga. Dengan lambakan pelawak akan keluar cerita-cerita atau filem komedi yang tidak berkualiti," katanya.

Zamani Enggan Ambil RisikoTerbit Album Baharu

Posted: 05 Mar 2013 07:22 PM PST

Zamani tunggu masa sesuai untuk tampil dengan album baru.
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Slam, iaitu Zamani tidak mahu mengambil risiko menerbitkan album baru ekoran keadaan pasaran yang tidak menentu ketika ini.
Zamani, 42, berkata, walaupun peminat sentiasa bertanyakan tentang perkara itu, namun dia sedang menunggu masa sesuai untuk tampil dengan karya terbaharu.
"Saya masih belum merancang untuk tampil dengan album atau single terbaharu kerana keadaan industri muzik yang tidak menentu sekarang tambahan pula dengan kemunculan artis-artis baru," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zamani berkata, walaupun kelihatan sepi daripada sebarang publisiti tentang diri dan kerjayanya, dia bersyukur apabila masih menerima dengan pelbagai undangan nyanyian.
Malah kata Zamani, dia juga banyak menerima tawaran persembahan di luar negara seperti Singapura dan Brunei.
"Saya sejujurnya memang tidak berapa selesa apabila cerita peribadi menjadi tumpuan dan walaupun kurang publisiti syukur undangan nyanyian masih tidak putus," jelasnya.
Bagaimanapun kata Zamani, dia sentiasa mengemaskan laman Facebook miliknya tentang aktiviti seni untuk perhatian peminat.
Sementara itu, Zamani berkata, selain bakal terlibat dalam persembahan Minggu Setiausaha Kelab Darul Ehsan (KDE) pada 9 April depan, dia juga akan menjayakan tiga persembahan di Singapura pada 15 hingga 17 Mac ini.
Untuk tempahan dan pertanyaan tiket mengenai persembahan Zamani di KDE boleh melayari www.ilassotickets.com atau hubungi 03-41441330, 012-3770579 dan 017-2332243.

Adibah Noor Tidak Lagi Merajuk Selepas Jadi Deejay

Posted: 05 Mar 2013 07:22 PM PST

Adibah Noor.
PETALING JAYA: Penyanyi Adibah Noor yang pernah merajuk gara-gara lagunya tidak mendapat perhatian stesen radio akhirnya memahami bagaimanakah sesebuah lagu itu disiarkan selepas dia bergelar deejay Suria FM.
Kata Adibah, 42, sesebuah stesen radio tidak boleh dipersalahkan kerana lagu seseorang artis itu hanya akan disiarkan selepas mendapat respons daripada pendengar.
"Selepas bergelar penyampai radio baru saya faham bagaimana sistem pemilihan itu dibuat dan sejujurnya stesen radio tidak boleh dipersalahkan jika tidak memainkan sesebuah lagu.
"Jadi saya tak perlulah nak merajuk.
"Ini kerana mereka sendiri mengikut sistem yang telah ditetapkan dan ia terpulang kepada respons pendengar," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Adibah berkata, tugasnya sebagai penyampai radio segmen Ceria Pagi di stesen radio tersebut tidak memberikan kelebihan kepadanya untuk memutarkan lagu sendiri.
Katanya, layanan yang diberikan kepadanya adil seperti penyanyi lain dan dia tidak mempunyai masalah tentang perkara itu.
"Saya tidak mainkan lagu sendiri pada segmen sendiri dan kerjaya ini tidak memberi kelebihan kepada saya sebagai penyanyi sebaliknya dilayan dengan sama rata," jelasnya.
Sementara itu, Adibah berkata, dia ada merancang untuk menghasilkan sebuah lagu baharu namun tidak mahu mengambil risiko menerbitkan sebuah album penuh.
Jelas Adibah, dia perlu mengikut peredaran industri muzik tempatan yang kini lebih tertumpu kepada pengeluaran single sahaja.
"Saya akan tumpukan kepada pengeluaran single dan akan kumpulkan dalam sebuah album kerana tidak mahu mengambil risiko album tidak dapat dijual," jelasnya.
Adibah bergandingan dengan Halim Othman menerusi Slot Ceria Pagi @ Suria pada setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi.

TV3 Kenalkan 12 Peserta 'Bintang Mencari Bintang'

Posted: 05 Mar 2013 07:20 PM PST

Inilah para peserta Bintang Mencari Bintang.
SUBANG: Seramai 12 peserta bakal bersaing dalam program realiti terbaharu Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3.
Ia disiarkan setiap Ahad, pukul 9 malam sejak Ahad lalu.
Program yang mengetengahkan bakat sketsa dan nyanyian ini membariskan enam nama besar dalam industri hiburan tanah air sebagai tenaga pengajar atau 'sifu' bagi membimbing peserta.
Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa, seramai sepuluh peserta berkumpulan dan dua peserta solo yang telah dipilih merupakan calon terbaik daripada lebih seribu calon yang hadir pada uji bakat.
"Kesemua peserta mempunyai keunikan dan kriteria tersendiri. Setiap dua peserta akan dibimbing oleh seorang 'sifu'.
"Mereka akan memulakan sesi latihan dan persiapan bersama 'sifu' masing-masing bagi mempamerkan persembahan terbaik," katanya pada sidang media selepas majlis memperkenalkan peserta Bintang Mencari Bintang, di Hotel Empire di sini, Selasa.
Antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pengajar dalam program realiti ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario, Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail.
Program 15 episod ini turut menampilkan Adibah Noor sebagai pengacara, manakala pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai pengacara belakang pentas.
Barisan tenaga pengajar Bintang Mencari Bintang. Dari kiri; Adibah Noor, Ogy dan AR Badul.
Sementara itu, dua nama besar iaitu Fauziah Ahmad Daud dan A.R Badul sebagai juri tetap program ini.
Bagi musim pertama, format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 20 peratus lagi daripada juri awam.
Juara akan membawa peluang hadiah utama berupa wang tunai RM200,000.
Dalam pada itu, Faizal Ismail yang merupakan salah seorang daripada tenaga pengajar yang bertanggungjawab membimbing dua peserta berkumpulan menyifatkan tanggungjawab ini sebagai satu cabaran besar buatnya kerana terpaksa bersaing dengan artis-artis yang jauh berpengalaman dalam bidang komedi.
"Saya akui mereka jauh lebih berpengalaman dalam bidang lawak ini namun saya anggap ia sebagai satu cabaran.
"Saya yakin kemampuan peserta saya dan bakat yang mereka ada mampu menjadikan mereka sebagai bintang," katanya.
Berikut Senarai Peserta Bintang Mencari Bintang:
1. Sifu: Sabri Yunus
Kumpulan
Titan: Azizul Ammar Abu Hassan & Fazlisham Mat Hussin
Bog Too: Nor Alif Mohd Mokhtar & Mohamad Shafiq Raside
2. Sifu: Raja Azura
Kumpulan:
Kelawak: Syed Atiq Wan Long & Muhd Maaruf Zamani
Awok: Filzah Azmi & Nurul Ain Othman
3. Sifu: Afdlin Shauki
Kumpulan:
Bowl: Mohd Danial Lee & Syed Ali Mubarak
Bocik: Mohd Fadlie Mohd Nizam & Syed Umar Mokhtar
4. Sifu: Faizal Ismail
Kumpulan:
Ajo: Wan Azrul Azizan
Tapaw: Mohd Shahrizal Sulaiman & Khairul Faiz Sulaiman
5. Sifu: Harun Salim Bachik
Kumpulan:
Achey: Mohd Nasir Hamzah
Xoxo: Mohd Hazwan Azani & Hazmeer Hassan
6. Sifu: Kumpulan Senario
Kumpulan:
Gegau: Mohd Saffuan Samsuddin & Faizal Ibrahim
Tocai: Mohamad Tarmizi Mustafa & Mohd Faizal Mat Saat

Norish Karman tak ambil peduli kata orang

Posted: 05 Mar 2013 07:15 PM PST


Norish Karman
Norish Karman
PELAKON drama Spa Q, Norish Karman tidak mengambil peduli fitnah dilemparkan terhadap dirinya kerana mempunyai cara sendiri merawat diri.

Akibat sering terpalit kontroversi dan khabar angin negatif, Norish dikatakan tidak menerima tawaran berlakon selama hampir enam bulan.

Terbaru, dia dituduh pula meruntuhkan rumah tangga kawan baiknya sendiri.

"Pada saya lebih banyak kita bercakap tentang kehidupan, kita akan mengingatkan diri kita juga untuk lebih terus kuat.

"Apabila kita berdakwah, sebenarnya kita merawat diri kita juga. Berdakwah itu tak semestinya tentang agama. Itu cara saya. Daripada menangis di rumah mengenangkan perbuatan manusia, nak buat apa," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menolak dikatakan terganggu dek tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya, pelakon berusia 39 tahun ini tidak pernah menganggap perkara itu sebagai masalah.

"Jika orang potong tangan kanan, masih ada tangan kiri kan? Saya boleh melukis, menyanyi, memasak dan beri motivasi.  Jadi tak ada masalah. Ia menjadi masalah jika kita anggap ia masalah.

"Biasalah ini industri. Bukannya industri yang bersih. Itulah liku-likunya. Tak ada masalah. Saya hanya bersuara kerana orang nak saya bersuara. Tetapi kalau orang nak tutup periuk nasi saya, itu tidak menjadi masalah besar sebab rezeki di tangan Tuhan," katanya.

Dalam pada itu, statusnya sebagai ibu tunggal turut menjadikan pelakon kelahiran Singapura ini kuat menghadapi dugaan.

"Alhamdulillah saya dipilih ALLAH untuk menjadi mangsa, bukan saya yang buat orang. Cuma, sebagai ibu tunggal, kita nak kena bertungkus-lumus jugalah.

"Itu yang buat saya kuat. Menjadikan saya contoh kepada ibu-ibu lain, sama ada ibu tunggal atau tidak, saya adalah contoh, saya mesti kuat. Peminat saya teramat ramai untuk saya berhenti atau mengalah begitu saja," katanya.

Tidak menolak ketika dikatakan tidak menerima tawaran sejak kebelakangan ini, namun Norish tetap berpegang pada aturan rezeki dari ALLAH.

"Banyak tawaran, cuma mungkin apabila sampai pada satu tahap itu, orang itu terganggu dengan berita-berita ini kan.

"Tapi tak apalah sebab ada juga banyak yang bertembung dengan jadual katering saya. Kalau ada insya-ALLAH. Kalau ada rezeki tak ke mana," katanya yang berhasrat untuk berlakon dalam filem lasak.

Bercakap soal rumah tangga, Norish akui dua kali mengalami kehidupan rumah tangga sudah cukup baginya.

"Dah dua kali mendirikan rumah tangga cukup. Dah ada empat orang anak, dua pun dah meninggal, kira dah enam kali mengandung dan melahirkan," katanya.

Norish kini bahagia bersama empat anaknya, Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, Puteri Hany Amanda, 9 dan Haq Lutfie Alexander, 2.

Masih semangat tabur bakti didik pelapis baru

Posted: 05 Mar 2013 07:12 PM PST


Raja Azura
Raja Azura
PENGALAMAN mereka dalam dunia hiburan usah dipertikaikan kerana jasa mereka telah membentuk ramai pelapis anak seni untuk digilap bakat mereka.

Walaupun mereka terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan halangan ketika memulakan kerjaya masing-masing namun, tiga selebriti yang dianggap otai iaitu Raja Azura, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar tetap berhati waja.

Ketika ditemui dalam majlis Pelancaran Kilauan Emas 3 baru-baru ini, Zass sempat bertanya mengenai perkembangan kerjaya mereka untuk dikongsi bersama peminat.

Menelusuri perjalanan hidup mereka yang bermula dengan minat mendalam terhadap dunia seni, tidak semuanya semanis yang disangkakan.

Dunia penuh glamor itu sebenarnya penuh dengan risiko jatuh naik dalam kehidupan mereka.

Namun, kegagalan tidak bermakna mereka tidak mampu bangun untuk terus memperjuangkan nasib mereka, bahkan kini mereka berbangga dengan apa yang dikecapi.

Kini, mereka masih teguh bertapak dalam dunia seni, malah khidmat mereka sering menjadi buruan bagi membentuk generasi artis yang boleh menjadikan hiburan lebih bersinar.

Jom intai perkembangan terkini mereka!

Fokus radio, pengacara

Siapa tidak mengenali Raja Azura atau Kak Engku yang sangat petah berbicara sama ada sebagai pengacara atau deejay di konti radio.

Kepetahannya berbicara di Radio Sinar FM sering mengundang kelucuan kepada pendengar dengan telatah ceria dan lelucon yang mencuit hati.

Namun, ramai yang bertanya-tanya adakah Kak Engku tidak merindui dunia lakonan yang suatu ketika dahulu menjulang namanya di persada seni.

Malah, kemunculannya dalam siri drama Pendekar di TV3 suatu ketika dahulu mendapat perhatian ramai walau ramai yang mengkritik lakonan kakunya.

Tetapi, bijak menyesuaikan diri dan memperbaiki mutu lakonannya menyebabkan drama bercorak seni mempertahankan diri itu berjaya menambat hati penonton.

Bermula dengan itu, Kak Engku telah mencipta identitinya sendiri sebagai pelakon aksi seni kerana ketangkasannya bersilat.

Setelah berjaya mencipta nama menerusi televisyen, namun Kak Engku mula berjinak dengan lakonan teater yang dianggapnya sangat mencabar.

Kini, semuanya tinggal sejarah apabila Kak Engku mengundur diri dalam dunia lakonan kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya pengacara dan deejay.

"Saya bukan demand bayaran tinggi, tapi hakikatnya bayaran untuk lakonan adalah rendah dan ia merupakan salah satu sebab saya meninggalkan dunia lakonan.

"Lagipun saya ingin fokus sebagai kerjaya tetap sebagai penyampai radio kerana jadual lebih teratur," kata Raja Azura.

Cari pelawak wanita

Seperti yang kita ketahui, selain mengacara program Kilauan Emas 3 dan rancangan Primadona, Kak Engku turut terlibat dalam progran Bintang Mencari Bintang yang bakal disiarkan di TV3 nanti.

Katanya, dunia hiburan sekarang ketandusan pelawak wanita yang berbakat kerana kurang pendedahan atau tiada platform mereka mengembangkan bakat.

"Dengan adanya program seperti ini, wanita di luar sana lebih berani untuk tampilkan diri mereka kerana mereka akan diberi didikan untuk berlawak.

"Sebenarnya ada di antara mereka kurang yakin dengan kemampuan mereka sehingga takut untuk menghadiri pencarian bakat seperti ini," tutur Raja Azura.

Menurutnya, zaman 80-an dahulu, ramai pelawak wanita muncul seperti Wan Maimunah, Didie Alias atau Khatijah Tan.

"Namun kali ini, saya mahu empat pelawak yang bakal menjadi pelajar saya berkebolehan untuk berkomedi dan menyanyi.

"Kesemuanya harus wanita dalam lingkungan umur 20 hingga 28 tahun yang tahan maki dan bebelan saya," katanya dalam nada bergurau.

Perjuangkan industri muzik

Jika Raja Azura terkenal dengan mulut kepohnya, personaliti kedua amat dikenali dalam dunia muzik kerana ciptaan lagu-lagunya yang sangat merdu.

Antara lagu ciptaan Adnan Abu Hassan yang dianggap berhantu seperti Jerat Percintaan, Bunga-bunga Cinta, Hitam Putih Kehidupan atau Puncak Kasih yang pernah memenangi Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu.

Beliau yang boleh dianggap sifu merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik yang sangat berpengaruh di Malaysia.

Malah kejayaan itu berjaya menobatkannya untuk memenangi Anugerah Wirama pada 2010 di  Anugerah Industri Muzik ke-17 mengenang jasanya dalam bidang rakaman.

"Bakat dan minat perlu seiring jika mahu berjaya, malah ketika berusia enam tahun lagi saya sudah boleh bermain gitar dan piano.

"Selain itu, hasil dari kerja keras berlatih bermain muzik saya berjaya mendapat pelbagai anugerah sejak kecil lagi," katanya.

Kagum semangat veteran

Berbicara penglibatan Adnan dalam program Kilauan Emas 3, yang kembali menemui orang ramai nanti, beliau seronok dengan semangat warga emas yang datang untuk uji bakat.

"Walaupun penat, tetapi saya rasa puas dan seronok kerana mereka sangat berbakat dan komited dalam uji bakat ini.

" Malah saya berhadapan dengan pelbagai kerenah yang hadir, ada yang bertongkat atau berkerusi roda untuk menghadiri sesi pemilihan," kata Adnan.

Katanya, antara pengalaman yang tidak mungkin dilupainya apabila seorang peserta yang berusia 60-an menyanyi lagu Jazz dengan penuh perasaan.

Kagum dengan semangat yang ditunjukkan golongan warga emas itu kerana mereka mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian walau ia sekadar mengisi masa luang sahaja.

"Ramai yang berbakat dan boleh menyanyi. Malah saya kagum dengan bakat yang dimiliki mereka," katanya.

Pengalaman pertama

Sementara itu, bagi personaliti ketiga yang lebih banyak terlibat di belakang tabir dengan mengajar vokal peserta merupakan pertama kali terlibat dengan program Kilauan Emas.

Menurut Siti Hajar, golongan veteran mungkin sukar untuk dibentuk semula kerana ada di antara mereka mempunyai pengalaman dalam nyanyian lebih lama darinya.

Namun, baginya, ia merupakan satu cabaran baru dan tidak sabar untuk melihat sendiri sepanjang proses tersebut berlangsung.

Dalam program itu, Siti Hajar memikul tanggungjawab sebagai guru vokal, mungkin berhadapan dengan sedikit masalah.

"Dari pemerhatian saya, mereka mempunyai pengalaman malah ada identiti tersendiri mungkin memberi sedikit kesukaran.

"Namun, saya tidak menganggap ia satu beban kerana sebagai guru vokal kita boleh membantu mereka agar memenuhi apa yang program ini mahukan," katanya.

Katanya, antara Akademi Fantasia dengan Kilauan Emas, lebih mudah untuk saya memberi tunjuk ajar kepada pelajar lebih muda.

"Mereka yang lebih tua sudah mempunyai identiti sendiri jadi agak sukar untuk perbaiki atau membentuk kembali acuan tersebut," kata Siti Hajar.

Terpaksa lupakan nyanyian

Mengimbau kembali perjalanan seni Siti Hajar, minatnya terhadap muzik mendorong beliau terjun ke dunia hiburan.

Berbekalkan pelajaran dan ilmu dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Muzik (1984-1988) dan Ijazah Sarjana Muda Muzik (Vokal), pada mulanya Siti Hajar ingin bergelar penyanyi.

"Tetapi pensyarah saya menyarankan agar saya menjadi guru vokal kerana kecenderungan saya mencari kelemahan orang.

"Mungkin ia bakat saya dan lama kelamaan saya menerima cadangan tersebut," katanya.

Ketika itu, ramai rakan kelasnya memilih untuk bergelar penyanyi dan ia merupakan pencetus untuk Siti Hajar bergelar guru vokal.

Kini, beliau dipertanggungjawab untuk membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan.

Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar

Posted: 05 Mar 2013 07:06 PM PST


Helmi Gimik nyaris maut kereta terbakar
Kereta Mercedes Benz E240 yang dipandu Helmi Gimik terbakar di Jalan Bukit Tangga, Jelebu– Seremban, semalam.
SEREMBAN – Pelawak, Helmi Gimik nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terbakar secara tiba-tiba dalam satu kejadian di Jalan Bukit Tangga, Jelebu–Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, Helmi bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Mercedes Benz E240 dalam perjalanan pulang ke Nilai selepas membuat persembahan di majlis yang dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Felda Pasoh 4, Simpang Pertang, Jelebu, di sini.

Menurut Helmi, dia bersama pembantu peribadi dan salah seorang pemuzik terhidu bau hangit ketika dalam perjalanan pulang.

"Ketika memandu, saya melihat kepulan asap keluar daripada pendingin hawa kereta dan berbau hangit.

"Saya terus berhentikan kereta dan keluar memeriksa bonet. Sebaik sahaja dibuka, asap tebal memenuhi keseluruhan enjin kereta," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Helmi berkata, dia bersama rakannya bergegas menyelamatkan barang-barang penting dalam kenderaan sejurus melihat asap tebal itu.

"Selepas selesai meletakkan barang di tepi jalan, kereta saya tiba-tiba meletup dan terbakar.

"Kejadian berlaku sekelip mata dan saya tergamam melihat kereta sendiri dijilat api yang marak," katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka keretanya terbakar kerana sejak dibeli lima tahun lalu, ia tidak mempunyai masalah.

"Saya bersyukur kami semua selamat dan tidak cedera,"katanya.

Dua beradik dijel sehari

Posted: 05 Mar 2013 07:05 PM PST


Dua beradik dijel sehari
Radzuan (kiri) dan adiknya Abdul Hafiz diiringi seorang anggota polis ke lokap mahkamah selepas kedua-dua mereka dihukum penjara sehari serta denda RM1,200.
KUANTAN - Seorang pelayan restoran bersama adiknya yang mempunyai masalah penglihatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mencederakan seorang pelanggan ketika cuba membantu majikan mereka membelasah lelaki itu gara-gara semangkuk tomyam yang tertumpah.

Radzuan Yusof, 33 dan adiknya, Abdul Hafiz Yusof , 24 dari Jalan Tun Ismail di sini  mengaku bersalah sebelum dijatuhkan hukuman penjara  sehari dan denda RM1,200 atau tiga minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari, Radzuan bekerja sebagai pelayan manakala adiknya seorang pencuci pinggan di restoran masakan Thai di Balok, Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam, 28 Oktober tahun lalu, mangsa yang juga pengadu dalam kes itu singgah makan di restoran tersebut bersama anak dan isterinya.
Pengadu berusia 28 tahun membuat pesanan semangkuk tomyam dan sewaktu pesanan itu dihantar, makanan tersebut tumpah dan terkena pelanggan lain.
Pelayan terlibat terus beredar dan pengadu minta pemilik restoran menggantikan tomyam baru kerana makanan yang dihantar itu tinggal separuh setelah tertumpah.

Pemilik kedai naik angin dengan permintaan pengadu lalu menarik mangkuk tomyam hingga tumpah dan terkena anak mangsa.

Mangsa cuba menarik anaknya sehingga terlanggar meja lalu terbalik dan ketika itu, pemilik restoran terus menyerangnya dengan memukul menggunakan kerusi, meja serta cawan.

Dua beradik (tertuduh) itu yang berada di bahagian belakang keluar lalu membantu majikan mereka menyerang pelanggan itu menggunakan tangan dan kaki.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami gegaran otak, luka di kepala sehingga terpaksa menerima lima jahitan, lebam di belakang serta cedera di kedua-dua belah tangan.

Mangsa meminta bantuan orang ramai dan membuat laporan di Balai Polis Beserah berhubung kejadian.
Susulan kejadian, pemilik restoran dan dua beradik itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum mereka  didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan mangsa,  semalam.

Sebelum itu, Radzuan dan Abdul Hafiz merayu supaya hanya dikenakan denda bagaimana pun Majistret Jesicca Diamis memaklumkan, kedua-dua mereka boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000 memandangkan  kesalahan yang dilakukan serius dan  melibatkan kecederaan kepada mangsa.
Radzuan sekali lagi membuat rayuan tambahan bagi pihak adiknya supaya mahkamah mempertimbangkan hukuman paling ringan memandangkan

Abdul Hafiz mengalami masalah saraf sehingga menyebabkan gangguan pada penglihatan.

"Kami hanya berpendapatan RM400 hingga RM500 sebulan dan tidak mampu untuk menjelaskan denda yang tinggi," katanya.

"Mempertimbangkan kes ini kesalahan pertama kamu, rayuan dan hujah pihak pendakwaan, saya mengarahkan kamu di penjara selama sehari dan denda RM1,200.

"Selain itu saya harap kamu insaf dan tidak mengulangi kesalahan itu pada masa akan datang," tegur Jessica.

Farahah dalam hujahnya berkata, dua beradik itu wajar dihukum dengan hukuman berat sebagai pengajaran kerana perbuatan yang dilakukan menyebabkan kecederaan serius pada mangsa yang juga pelanggan restoran.

Bella Awards iktiraf wanita

Posted: 05 Mar 2013 06:58 PM PST


PENYANYI antarabangsa Ronan Keating menerima kejutan ulang tahunnya dengan sebiji kek yang disediakan oleh pihak penganjur Bella Awards.


PENGANJURAN anugerah yang julung-julung kali diadakan oleh ntv7, Bella Awards dilihat berjaya dari segi menghargai sumbangan dan kejayaan wanita tempatan kepada masyarakat.
Daripada 10 anugerah yang ditawarkan dan satu kategori untuk lelaki iaitu Bella Mars Award, acara yang berlangsung gilang-gemilang di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur itu turut menampilkan wajah antarabangsa antaranya Ronan Keating, Rossa, Gary Chaw, Marcel Siahaan dan Maliq & D'Essentials sebagai penyeri majlis.
Menariknya pada malam yang turut sama meraikan Hari Wanita Sedunia itu, pengiktirafan bukan hanya merangkumi wanita yang aktif di persada seni bahkan juga bidang-bidang lain seperti kecantikan, fesyen, kesihatan, bisnes, kebajikan dan sukan.
Fara Fauzana barangkali nama yang tidak asing lagi dalam industri radio dan selama berkecimpung sebagai penyampai radio selama lebih lapan tahun, Fara melihat pengiktirafan yang diterimanya menerusi Bella Radio Award membuka lembaran baharu untuk audiens berbeza dan lebih meluas.
"Sebelum ini saya banyak menang anugerah berdasarkan pilihan orang ramai dan penghargaan kali ini berbeza kerana lebih urban dan audiens yang lebih besar. Saya rasa lebih diterima oleh orang sekeliling dan ini merupakan anugerah individual urban yang pertama saya," katanya yang tidak menduga akan kejayaan yang diterimanya pada malam Sabtu lalu.
Fara yang sebenarnya menjangkakan kejayaan itu bakal diraih oleh penyampai radio Fly FM, Hunny Madu memandangkan anugerah Bella sendiri yang bersifat hip, moden dan lebih antarabangsa.
Daripada 10 calon awal dalam kategori itu, lima calon terbaik diumumkan sebagai pesaing Fara Fauzana iaitu Dilly, Sara-Jane Lo, Serena C dan Yoon Ng.
Bella Radio Award dipilih berdasarkan undian orang ramai menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan undian dalam talian di laman rasmi Bella Awards sejak awal bulan Februari lalu.

DATUK SITI NURHALIZA bersama anugerah yang dimenanginya, Bella On-Stage Award.


Tidak ketinggalan, anugerah Bella On-stage Award yang membuktikan Datuk Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan ramai berdasarkan kaedah undian sama seperti Bella Radio Award.
Malam bersejarah itu turut menyaksikan Datuk Ruby Khong merangkul anugerah tertinggi Bella Awards atas sumbangan dan minatnya yang mendalam berbakti kepada masyarakat.
Melihatkan kejayaan yang diraih pada penganjuran sulung ntv7 kali ini, ujar Pengurus Besar Kumpulan ntv7 dan 8TV, Airil Zainul memberitahu anugerah ini akan diteruskan pada tahun akan datang.
"Saya sekarang sudah tidak sabar-sabar untuk membeli pakaian baharu untuk tahun depan apabila melihat kejayaan Bella Awards tahun ini dan acara ini akan bertambah meriah pada tahun mendatang," tambahnya.
Kehangatan malam Bella Awards turut diserikan oleh persembahan artis tempatan antaranya Mizz Nina, Joe Flizzow, Darren Ashley dan The Impatient Sisters selain diacarakan oleh Hans Isaac diapit oleh Elaine Daly, Daphne Iking dan Vanessa Chong.

Zamani masih laku

Posted: 05 Mar 2013 06:58 PM PST

SELAIN menyanyi secara solo, Zamani masih aktif bersama kumpulannya, Slam.


PADA zaman kegemilangannya, vokalis utama kumpulan Slam, Zamani pernah menjadi kegilaan peminat khususnya para wanita. Kejayaan Slam ketika itu menyebabkan jadual Zamani penuh dengan jemputan dan tawaran mengadakan persembahan di seluruh negara. Ia akhirnya membuatkan dirinya tidak menang tangan.
Setelah beberapa dekad mewarnai dunia muzik tempatan, kewujudan ramai penyanyi dan kumpulan baharu dalam industri seperti melenyapkan nama Slam mahupun Zamani buat seketika.
Namun begitu, alunan vokal Zamani yang tidak pernah berubah membuatkan peminat masih menghargai bakatnya dalam arena muzik Malaysia. Lagu-lagu milik Slam seperti Jika Kau Rasa Getarnya, Tak Mungkin Berpaling, Cindai Asmara dan Bukan Niat Membalas Derita masih segar didengari hingga kini.
Tidak pernah berputus asa dan berhenti daripada bidang nyanyian, pemilik nama sebenar, Zamani Ibrahim ini sebenarnya masih aktif memenuhi jadual karier nyanyiannya.
Bertemu figura ini di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor ketika majlis sidang akhbar Minggu Setiausaha bersama Zamani, ternyata beliau seorang yang peramah serta tidak keberatan untuk menjawab segala persoalan yang diajukan kepadanya.
Selain tentang karier penyanyi berusia 42 tahun ini secara terbuka memberitahu dia masih menunggu cinta buat dirinya.

Saya mahu dia menerima bukan sahaja kebaikan, malah keburukan yang wujud dalam diri saya- ZAMANI


Pertama kali
Walaupun kumpulan Slam mahupun Zamani telah wujud dalam industri muzik sejak tahun 90-an lagi, akui Zamani sendiri, ini merupakan kali pertama dia dijemput untuk memeriahkan minggu setiausaha yang begitu popular pada setiap tahun.
"Sepanjang karier bergelar penyanyi, ini pertama kali saya dijemput untuk mengadakan persembahan bagi majlis minggu setiausaha. Saya tahu kewujudan minggu setiausaha tapi saya kurang ambil tahu kerana tidak pernah mendapat tawaran.
"Namun, kadang kala terdetik juga rasa teringin untuk membuat persembahan bagi menghiburkan para setiausaha. Jadi, saya rasa berterima kasih di atas peluang yang diberikan oleh Tripple Network Solution (M) Sdn. Bhd. kerana memberi kepercayaan kepada saya," tutur Zamani ketika ditanya kekerapan menerima tawaran mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha.
Tambahnya, oleh kerana tidak pernah terlibat dengan program seumpama ini, pada mulanya, dia kurang berkeyakinan untuk menghiburkan para tetamu kelak. Akan tetapi, setelah berbincang dengan pengurus peribadinya, Johan, keyakinan itu hadir dalam diri. Harapan Zamani agar dia dapat melakukan sehabis baik pada majlis itu.
Selain bakal menghiburkan setiausaha, Zamani juga terlibat dalam konsert mega iaitu Konsert Gegar Lima Lagenda bersama Saleem, Ali XPDC, Rahmat Mega dan Aris Ariwatan yang bakal berlangsung pada 15 hingga 17 Mac ini di Istana Budaya.
Ditanya bagaimana dengan perkembangannya bersama Slam, jelas Zamani, mereka masih aktif menerima undangan persembahan termasuk di negara jiran, Singapura.
"Alhamdulillah, tahun lepas merupakan rezeki buat Slam di Singapura. Tiga kali kami dijemput untuk mengadakan persembahan dan ada satu persembahan solo saya bersama Saleem.
"Selain itu, ada juga saya buat beberapa persembahan lain di sini seperti di Melaka dan Sabah. Mungkin peminat lihat saya tidak banyak tampil di Kuala Lumpur. Namun, sebenarnya, saya banyak mengambil tawaran di luar Kuala Lumpur," jelasnya sambil bersyukur kerana masih mendapat tawaran menyanyi biar tidak sibuk seperti dahulu.
Sementara itu, saat ditanya tentang kemunculan single atau album baharu, tutur Zamani, buat masa ini, dia masih tidak punya perancangan untuk sebarang penghasilan album mahupun single terbaharu.
Jelasnya, mungkin dengan percambahan artis baharu dalam industri muzik, kini bukanlah masa yang sesuai untuk melancarkan single atau album. Buat masa ini, single bersama Sharifah Zarina yang berjudul Tak Keruan yang dilancarkan pada tahun lepas, merupakan single baharu daripada penyanyi ini.

ZAMANI mengaku kurang menerima publisiti daripada pihak media, bagaimanapun kariernya tetap berjalan lancar.


Cerita cinta
Pasti pelik jika seorang lelaki yang mempunyai nama besar dalam industri muzik, namun belum punya kekasih hati. Hal itu diakui oleh penyanyi yang telah mencecah usia 42 tahun ini.
Tanpa berselindung, dia mengaku pernah mengalami beberapa kali episod putus cinta dan sehingga kini masih belum mempunyai kekasih yang mahu disunting menjadi suri hatinya.
Ujarnya, dia masih belum bertemu wanita yang bakal dijadikan suri hati bagi menguruskan dirinya.
"Saya belum lagi mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo buat masa ini. Sejujurnya, saya tidak menolak jika memang benar ditakdirkan untuk berkahwin kelak.
"Namun hakikatnya, saya rasa jodoh belum lagi sampai dan saya perlu terima. Jika ada yang sudi, apa salahnya untuk saya mencuba juga," tutur Zamani tidak menyembunyikan keinginannya untuk membina rumah tangga.
Tambahnya, dia tidak pernah menolak atau berasa serik untuk mendekati atau didekati mana-mana wanita yang ingin mengenali dirinya. Namun, jika dia telah bertemu dengan seorang wanita yang layak menjadi calon isterinya, pasti dia akan berkongsi cerita dengan khalayak.
Zamani menambah: "Mungkin dahulu, ketika umur masih muda, saya juga pernah impikan wanita yang punya ciri-ciri yang diiinginkan. Bagaimanapun kini, memandangkan umur saya semakin berusia, saya hanya mahukan wanita yang memahami diri saya."
Ditanya bagaimana seseorang wanita itu mampu menawan hatinya, Zamani memberitahu bakal suri hatinya itu perlu benar-benar memahami siapa Zamani yang sebenar dan bukan Zamani yang dikenali ramai dan popular.
"Ini kerana, saya mahu dia menerima bukan sahaja kebaikan, malah keburukan yang wujud dalam diri saya. Buat masa ini, itulah wanita yang ingin saya cari dan untuk punya ciri-ciri, mungkin tidak lagi."
Walaupun mungkin agak sukar untuk menemui cinta hati, namun tegas Zamani, dia tidak pernah pasrah dengan apa yang berlaku terhadap dirinya.

Polis tak umum jumpa mayat

Posted: 05 Mar 2013 06:55 PM PST

KERETA perisai Condor keluar dari Kampung Tanduo selepas melakukan serangan di kawasan yang ditawan pengganas Sultan Sulu semalam.


KUALA LUMPUR - Drama pencerobohan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah mencapai kemuncak semalam apabila pasukan keselamatan melancarkan serangan melalui Ops Daulat secara besar-besaran di kawasan yang ditawan sejak 22 hari lalu.
Gerakan pukul 7 pagi itu bermula dengan serangan bom MK81 seberat 113 kilogram sebutir itu berlangsung hampir 30 minit membabitkan lapan jet pejuang masing-masing tiga buah F/A-18D Hornet dan lima buah Hawk 208.
Sebaik serangan udara yang dibuat dalam lingkungan empat kilometer di kampung itu tamat, pasukan infantri Rejimen Askar Melayu Diraja pula melepaskan tembakan mortar untuk melumpuhkan saki-baki musuh.
Selepas itu, anggota komando Tentera Darat dan polis bersama kenderaan perisai Condor memasuki lokasi serangan untuk operasi penggeledahan kawasan yang diserang.
Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi, polis mahupun pihak tentera tidak mengumumkan mengenai penemuan mayat atau senjata api puak pengganas.

Pengarah Hospital Taiping parah ditetak staf sendiri

Posted: 05 Mar 2013 06:28 PM PST


MOHD. YASSIM menerima rawatan selepas cedera parah akibat ditetak di Hospital Taiping semalam.


TAIPING – Gara-gara perbalahan mengenai masalah di tempat kerja, Pengarah Hospital Taiping, Dr. Mohd. Yassim Abdul Rahman cedera parah ditetak dengan parang oleh kakitangannya sendiri di ruang legar hospital itu di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, Mohd. Yassim, 50-an, mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, kepala dan tangan akibat ditetak oleh kakitangan Jabatan Pengimejan dan Diagnostik terbabit.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, sebelum kejadian, mangsa telah mengarahkan suspek yang berusia 53 tahun berpindah ke unit lain.
"Pada pagi tadi (semalam), mangsa telah menemui kakitangan tersebut dan meminta dia mengosongkan pejabatnya dengan segera.
"Suspek yang tidak berpuas hati telah meninggalkan pejabatnya namun kembali semula dengan sebilah parang lalu menetak mangsa yang sedang berjalan di ruang legar hospital," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Peniaga, model jadi pelajar cemerlang

Posted: 05 Mar 2013 06:21 PM PST


SHAZREENEE (dua dari kanan), Jesveer (dua dari kiri), How Hieng (kiri) dan Vishnu bersama ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Kolej Twintech di Putrajaya kelmarin.


PUTRAJAYA – Kesibukan menjalankan perniagaan online tidak menghalang Shazreenee Suhaimi, 27, mencapai cita-cita menjadi pelajar cemerlang Twintech International University College of Technology (Twintech).
Anak kelahiran Kelantan yang juga pemegang Ijazah Perniagaan Antarabangsa itu berkata, kejayaannya adalah hasil disiplin diri.
"Saya berpegang kepada falsafah jadilah pengikut yang baik namun jika kita lebih baik, berani ke depan untuk menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen ke-10 Twintech di sini kelmarin.
Memiliki sebuah pusat tuisyen di Kota Bharu, dia juga turut menjalankan beberapa perniagaan online lain seperti memasarkan hasil kraftangan, fesyen, jualan langsung dan insurans.
Menurut Shazreenee, dorongan ibu bapanya menguatkan lagi semangatnya untuk belajar sehingga menamatkan pembelajarannya dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.95.
Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang program Diploma Kejururawatan, Jesveer Sundhy, 24, pula memberitahu, kesibukannya sebagai model juga tidak mengganggu pelajaran.

Pesawat terhempas belakang rumah

Posted: 05 Mar 2013 06:18 PM PST


BEBERAPA orang menyaksikan serpihan pesawat Compagnie Africaine d'Aviation yang terhempas di belakang sebuah rumah di Goma kelmarin.


GOMA, Congo - Sebuah pesawat penumpang terhempas dekat sebuah rumah menyebabkan tujuh orang terbunuh dan tiga orang lagi cedera, kata beberapa pegawai Congo semalam.
Juruterbang pesawat syarikat Compagnie Africaine d'Aviation itu berjaya mengelak pesawat berkenaan terhempas di kawasan perumahan di bandar ini kelmarin.
Pesawat itu berlepas dari bandar Kananga di barat daya negara ini dan berhenti di Lodja.
Ia terhempas semasa dalam penerbangan ke sini.
"Terdapat ribut petir dan kami mendengar bunyi yang kuat.
"Kami keluar dan melihat sebuah pesawat di kawasan belakang rumah," kata seorang penduduk, Lauren Welsh.
Beberapa pegawai syarikat penerbangan itu dan pihak berkuasa menyatakan sebanyak sepuluh orang menaiki pesawat tersebut.
Juruterbang pesawat itu turut maut.
Seorang pegawai syarikat berkenaan menyatakan lima kru pesawat tersebut turut mati.
Datuk bandar Goma, Naasson Kubuya menyatakan, pesawat berkenaan terhempas ketika cuaca buruk.

Bashar dakwa tewaskan konspirasi

Posted: 05 Mar 2013 06:17 PM PST


PATUNG bapa Bashar, Hafez ditumbangkan oleh anggota-anggota kumpulan penentang di Raqqa, Syria kelmarin.


DAMSYIK - Presiden Syria, Bashar al-Assad semalam menyatakan pihaknya telah berjaya menewaskan konspirasi di tanah airnya walaupun kumpulan penentang berjaya menawan bandar Raqqa.
Komen Bashar yang disiarkan di dalam akhbar Lebanon, Al-Akhbar turut berkata, lawannya yang disokong kuasa-kuasa asing itu kini bergelut untuk terus hidup.
Keadaan itu memberi kelebihan kepada tentera beliau di medan perang.
"Konspirasi terhadap Syria hampir tamat.
"Banyak kejayaan penting telah dicapai dan kepentingan strategik yang amat jelas walaupun pihak-pihak di rantau ini dan di dunia merancang sesuatu yang buruk terhadap keselamatan Syria," kata Bashar.
Rakyat Syria bangkit menentang pemerintahan Bashar pada Mac 2011 untuk menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi ekoran kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan Libya.
Lebih 70,000 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Bashar dengan kumpulan penentangnya.
Kumpulan Pemantau Hak Asasi Untuk Syria semalam turut menyiarkan rakaman video amatur yang menunjukkan Gabenor wilayah Raqa, Hassan Jalili dan Setiausaha Agung Parti Baath yang memerintah, Suleiman Suleiman ditawan oleh kumpulan penentang.
Patung bapa Bashar, Hafez Assad yang juga bekas Presiden Syria telah ditumbangkan oleh kumpulan penentang di Raqqa kelmarin.

Lamborghini Veneno dijual pada harga RM14.10 juta

Posted: 05 Mar 2013 06:16 PM PST


BENTUK depan kereta itu.


GENEVA - Kereta baharu Lamborghini Veneno dipamerkan sehari sebelum Pertunjukan Kereta Geneva di sini berlangsung.
Ketua Pegawai Eksekutif Lamborghini S.p.A., Stephan Winkelmann menunjukkan kereta tersebut kepada para tetamu dan wartawan kelmarin.
Bagaimanapun, hanya tiga buah kereta berkenaan yang akan dikeluarkan.
Ketiga-tiga kereta tersebut sudah pun mempunyai pembeli.
Ia dikeluarkan bagi meraikan ulang tahun ke-50 syarikat pengeluar kereta dari Itali itu.
Kereta sport itu boleh mencecah kelajuan sehingga 354 kilometer sejam.
Harga setiap sebuah Lamborghini Veneno itu ialah £3 juta (RM14.10 juta).
Kereta dua tempat duduk itu dijana dengan enjin petrol 12 silinder yang mempunyai 750 kuasa kuda.

Biola ditemui di Bulgaria mungkin bernilai RM5.58 juta

Posted: 05 Mar 2013 06:15 PM PST


GAMBAR yang dikeluarkan pada 28 Februari lalu menunjukkan seorang pegawai polis Bulgaria memegang biola yang dipercayai dicuri di London pada tahun 2010.


SOFIA - Sebuah biola yang berharga AS$1.8 juta (RM5.58 juta) dan dicuri di London, England sebelum ini mungkin telah ditemui di Bulgaria.
Para detektif Britain kini menyiasat sama ada biola tersebut yang berusia 300 tahun merupakan biola yang dicuri dari sebuah stesen tren di London dua tahun lalu.
Biola itu ditinggalkan oleh seorang anggota Orkestra Filharmonik Diraja di sebuah restoran di stesen tersebut untuk membeli sandwic pada November 2010.
Ketika kejadian, dia meletakkan biola itu di atas lantai dan berbual dengan kekasih lelakinya.
Seorang pengembara Ireland, John Maughan telah didapati bersalah kerana menjual biola tersebut.
Maughan dihukum penjara empat tahun enam bulan oleh hakim sebuah mahkamah pada tahun 2011 kerana perbuatannya itu.
Biola itu kemudian ditemui dalam satu operasi polis di Bulgaria.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Bulgaria, biola itu mempunyai tanda nama Antonio Stradivarius yang merupakan pencipta alat permainan muzik itu.
Stradivarius dari Itali turut mencipta beberapa peralatan muzik lain seperti gitar dan hap.

Puluhan ribu pelajar AS bercuti di Cancun

Posted: 05 Mar 2013 06:13 PM PST


SEJUMLAH pengunjung menari di sebuah kelab malam di Cancun kelmarin.


CANCUN, Mexico - Berpuluh-puluh ribu pelajar kolej dari Amerika Utara membanjiri bandar ini sehingga menyebabkan rondaan marin, tentera dan polis pelancong ditingkat di kawasan yang padat dengan hotel dan bar, lapor akhbar Vancouver Sun semalam.
Beberapa pegawai bandar berkata, mereka menjangkakan lebih daripada 25,000 pengunjung akan datang ke resort-resort di sepanjang pantai Caribbean pada musim panas ini.
Mereka berkata, peningkatan itu mungkin disebabkan orang ramai menghindari resort-resort di pesisiran pantai Pasifik seperti Acapulco yang dilaporkan berlaku beberapa kes jenayah berprofil tinggi sejak kebelakangan ini.
Pengarah Pelancongan Cancun, Maximo Garcia Rocha berkata, beberapa agensi pelancongan meramalkan seramai 43,000 pengunjung akan datang ke sini.
Sementara itu, Persatuan Hotel Cancun berkata, kadar penginapan kini pada paras 90 peratus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines