Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Remy Ishak Tidak Tolak Hubungan Serius Dengan Maya Karin
- Elly Mazlein Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang
- Gaduh Dengan Fathia Satu Tohmahan - Marsha
- Shiro Teruja Berlakon Disamping Ustaz Azhar Idrus
- Suara Latar Selebriti Hidupkan 'Bola Kampung The Movie'
- Hasrat Hijjaz bantu Gaza tercapai
- Anna Raffali tak putus berdoa
- Gempar penemuan bangkai ikan paus
- Sanggup jual diri, mahu hidup mewah
- Pekin, Fezrul rebut cinta Yana
- Marsha mahu jumpa Fathia
- Anugerah memperingati P. Ramlee
- 4 disyaki pengganas dicekup
- Parti bola HyppTV capai objektif
- Penyanyi Nouri direman kes kematian suami
- Ahli perniagaan ternak ikan sturgeon gergasi
- Kereta Koenigsegg RM4.96j
- Kiram marah digelar pengganas
- Ramai suami isteri bercerai kerana mahu jual rumah di Shanghai
- Mahu setaraf antarabangsa
- Kuasa blogger makanan
- Kampung Sungai Peroh kini bercahaya
- Tikus belanda sumber protein
- Variasi fungsi HTC One
- Oscar Diggs yang bestari
Remy Ishak Tidak Tolak Hubungan Serius Dengan Maya Karin Posted: 06 Mar 2013 09:10 PM PST Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak, 31, bagaimanapun berkata, buat masa ini hubungan itu hanya sekadar kawan rapat disebabkan keserasian yang wujud di antara mereka berdua. "Saya dan Maya memang berkawan rapat sekarang namun sebagai kawan sahaja sebab kami mempunyai minat yang sama iaitu suka aktiviti lasak. "Namun saya tidak tahu masa depan nanti macam mana?" katanya ditemui selepas sidang media, pratonton drama bersiri Cinta Jangan Pergi, di sini pada Rabu. Remy diminta mengulas tentang gambar-gambar percutiannya bersama Maya Karin yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya, baru-baru ini. Gambar-gambar yang dirakam di Sabah itu telah menimbulkan spekulasi tentang hubungan kedua-dua pelakon yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta. "Aktiviti meredah hutan itu adalah undangan dari Yayasan Sabah iaitu selama empat hari. "Kita diiringi renjer hutan dan pakar ekologi, di mana kami menambah pengetahuan tentang hidupan di dalam hutan itu," katanya. Remy berkata, minat terhadap aktiviti lasak dan alam semula jadi menjadikan mereka lebih akrab dan sering bertukar pendapat. Ditanya tentang keserasian bersama, katanya, dia selesa dan senang berkawan dengan aktres itu. Remy turut menyifatkan Maya seorang wanita yang bijak, cantik dan mempunyai karakter tersendiri. Dalam pada itu, menjawab tentang tindakannya yang sering merahsiakan hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk bercerita tentang kisah cinta dan perasaan. "Saya bukan mengelak tapi saya memang seorang yang pendiam dan tidak banyak cakap. "Saya sebenarnya tidak tahu untuk bercerita hal peribadi terutamanya melibatkan kisah percintaan," ujarnya. Dia juga lebih suka memilih untuk berdiam diri jika berlaku sesuatu kontroversi. | ||
Elly Mazlein Terus Kunci Mulut Kisah Putus Tunang Posted: 06 Mar 2013 09:10 PM PST Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 33, berkata, buat masa ini biarlah soal tersebut menjadi rahsianya buat sementara waktu dan hanya akan berbicara apabila tiba masanya nanti. "Biarlah perkara itu menjadi rahsia dan apabila tiba masanya saya akan beritahu nanti," ujarnya ringkas. Elly ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Awan Dania The Movie yang diadakan di Pavillion di sini, Rabu. Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. Dalam pada itu, Elly turut menolak dakwaan kemunculan lagu terbaharunya, Sabarlah Hati, yang dijangka keluar dalam masa terdekat berkaitan dengan hubungan cintanya. "Lagu itu adalah kerjasama saya dengan KRU Music dan ia dijangka akan berada di pasaran dalam masa terdekat. "Single terbaharu itu sebagai tanda kerinduan saya pada bidang nyanyian," ujarnya. Sementara itu, mengulas mengenai filem Awan Dania The Movie, Elly memberitahu, wataknya dalam karya arahan Rashid Sibir itu berbeza dengan peranan yang pernah dipegang sebelum ini. "Walaupun peminat suka apabila saya membawa peranan wanita baik tetapi menerusi filem ini watak gedik yang ditampilkan berbeza dan saya cukup seronok menjayakannya," jelas Elly. Selain Elly, filem ini turut menampilkan Scha Al-Yahya dan Rusdi Ramli sebagai peneraju utama. | ||
Gaduh Dengan Fathia Satu Tohmahan - Marsha Posted: 06 Mar 2013 09:09 PM PST Marsha, 28, berkata, dia tidak pernah mengenali pelakon drama Stanza Cinta itu secara rapat, apatah lagi dikatakan telah bergaduh. "Saya tidak kenal Fathia ataupun pernah berkawan baik dengan dia, jadi macam mana pula dikatakan kami bermasam muka? Namun saya tidak nafikan kami ada bertemu ketika menghadiri majlis yang besar dan ramai artis. "Saya tidak ada apa-apa masalah dengan dia. Tuduhan ini memang tidak masuk akal," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pratonton filem animasi Bola Kampung The Movie, di Mid Valley, di sini pada Rabu. Marsha diminta mengulas dakwaan hubungannya dengan pelakon wanita tersebut renggang selain kedua-dua mereka telah bermasam muka kerana berebut seorang lelaki. "Saya mengaku saya pilih orang untuk berkawan rapat, sebagai artis saya sentiasa berhati-hati dalam soal berkawan. "Saya lebih selesa berkawan dengan orang biasa berbanding dari kalangan selebriti," ujarnya. Bagaimanapun, katanya, perkara seperti ini adalah lumrah dalam dunia seni yang harus dilalui seorang artis. "Saya sebenarnya cuba lari dengan perkara kontroversi seperti ini. Kalau boleh saya mahu fokus dengan kerja yang saya lakukan sekarang," katanya. Bercakap tentang teman lelaki, Marsha mengakui dia kini sudah setahun hidup bersendiri dan menganggap kehidupannya lebih tenang selain memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya. Marsha yang turut menyumbang suara untuk watak Puteri Amanda dalam Bola Kampung The Movie tersebut mengakui menimba pengalaman berharga dalam pembikinan filem animasi ini. Dia turut menyanyikan lagu tema bertajuk Rindu dalam filem yang bakal ditayangkan pada 21 Mac depan ini. | ||
Shiro Teruja Berlakon Disamping Ustaz Azhar Idrus Posted: 06 Mar 2013 09:08 PM PST Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi. "Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu. Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak). Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam. Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai. Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti. Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro - Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti, Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro. | ||
Suara Latar Selebriti Hidupkan 'Bola Kampung The Movie' Posted: 06 Mar 2013 09:08 PM PST Pengarah Urusan Animasia Studio Sdn Bhd, Edmund Chan berkata penglibatan selebriti tanah air adalah sesuatu yang menakjubkan apatah lagi filem tersebut dihasilkan dalam bentuk imej janaan komputer (CGI). "Projek ini telah disertai oleh lebih 100 bakat tempatan dan akan dipersembahkan dalam format imej Janaan Komputer (CGI) yang terbaru dan menakjubkan. "Lebih istimewa lagi, setiap karakter dalam filem ini diberikan 'nyawa' melalui suara-suara yang dipinjamkan oleh pelakon, penyanyi, pengacara TV dan komposer popular tempatan," katanya pada sidang media selepas Pratonton Filem Animasi Bola Kampung The Movie, di The Garden, Mid Valley, di sini, Rabu. Antara barisan artis yang terlibat adalah Datuk Aznil Nawawi, Ezlynn, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Aizat Amdan, Marsha, Harris Alif, Baki Zainal, Noh (Hujan), Deanna Yusoff dan Douglas Lim. Tambah Edmund, pemilihan mereka adalah melalui uji bakat suara yang dibuat mengikut kesesuaian karakter yang terdapat dalam filem itu. "Kita adakan uji bakat untuk mengenal pasti suara-suara yang layak mengikut karakter yang ada dalam filem ini. "Kesemua mereka yang dipilih memang dapat melakukannya dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah," katanya. Filem terbitan Animasia Studio ini menelan belanja hampir RM6 juta dan mengambil masa lebih empat tahun untuk proses pembikinannya bagi mendapatkan hasil yang berkualiti. "Kami ambil masa yang agak lama bagi memastikan kualiti filem ini bertaraf antarabangsa kerana kami akan membawa filem ini ke Indonesia, Kemboja dan Rusia. Sementara itu, Noh yang berperanan sebagai Dino mengakui pengalaman pertamanya dalam bidang animasi ini sangat memberi kepuasan kepadanya. "Saya seorang peminat cerita animasi, peluang ini saya gunakan untuk melihat lebih dekat lagi proses pembikinannya dan secara tidak langsung ia dapat beri kepuasan dalam diri saya," katanya. Bagi Ezlynn, niat hanya untuk mencuba nasib datang uji bakat itu memberi pengalaman baru baginya. "Saya tidak sangka terpilih kerana niat saya hanya untuk cuba-cuba sahaja, lagi pula watak itu adalah karakter budak lelaki dan cabarannya ialah saya perlu ambil 'mood' untuk keluarkan suara budak lelaki itu," ujar Ezlynn. Filem animasi Bola Kampung The Movie ini mengisahkan Amanda, seorang puteri dari dunia maya "Kingdom Hill" yang telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan King Dom Hill yang diserang virus. Amanda bertemu dengan wira-wira bola kampung iaitu Iwan, Azizul, Sabok, Kumar dan kawan-kawan yang membantunya menghapuskan virus tersebut. Iwan, Sabok dan Azizul kemudian memasuki dunia maya, Kingdom Hill dalam usahakan menyelamatkan negara tersebut yang ditakluki Lord Vilus. Filem animasi ini akan mula ditayangkan di pawagam bermula 21 Mac ini. | ||
Hasrat Hijjaz bantu Gaza tercapai Posted: 06 Mar 2013 09:07 PM PST Terbaru, kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz berpeluang menziarahi saudara Islam di sana pada Februari lalu, bersama wakil Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan wakil Persatuan Persaudaraan Muslimah Negeri Kedah (SALIMAH). Turut serta dalam rombongan tersebut adalah wakil kelab motosikal Alternative Riding Club (ARC), media dari Sinar Harian dan team produksi KIYAI yang merakamkan perjalanan dan sepanjang mereka berada di sana, untuk siaran dokumentari 13 episod. Menceritakan detik penglibatan Hijjaz dalam rombongan tersebut, Munif Ahmad selaku wakil kumpulan berkata, keinginan mereka menjejakkan kaki ke bumi Gaza mula terasa selepas sering mendengar cerita daripada Husni Zaim. "Sekitar Disember 2012, kami sering mengikuti Ustaz Husni yang berdakwah di sekitar pedalaman Sabah. Menerusi ceramah-ceramah yang disampaikan ustaz sering banyak menceritakan pengalaman beliau ketika berada di bumi Gaza. Kemudian terlintas di hati kami untuk turut serta mengikuti rombongannya. "Alhamdulillah, sebaik menyatakan hasrat kami, ustaz berbesar hati untuk melibatkan Hijjaz dalam misi tersebut," ujarnya kepada Zass. Tidak terhenti di situ sahaja, Munif berkata, Husni seterusnya memaklumkan perkara tersebut kepada pihak atasan Mapim dan pihak Mapim bersetuju untuk membawa Hijjaz dan turut dilantik sebagai duta anak-anak yatim syuhada Gaza di bawah Mapim. Terharu dengan sambutan Bercerita dengan lebih lanjut pengalaman sepanjang berada di sana, Munif berkata, 1001 telahan bermain di fikiran sebelum bertolak ke Gaza. "Ramai yang membayangkan bila ke Gaza, kita akan ditembak dan dibom, kehidupan di sana daif, ramai yang meminta-minta, rumahnya berlubang-lubang ditembak, hotel-hotel mungkin ala kadar sahaja dan lain-lain. "Tapi sebaik menjejakkan kaki di sana, Masya-ALLAH, ia ternyata berbeza dari apa yang kami bayangkan. Masuk sahaja di kastam Gaza kami dilayan seperti tetamu kenamaan, terus dibawa ke hotel yang sangat cantik, disambut di hotel oleh menteri," ujarnya yang turut kagum dengan akhlak penduduk Gaza. Munif berkata, selain menyampaikan sumbangan dan melakukan ziarah, Hijjaz juga telah membuat persembahan buat julung-julung kalinya di dalam dewan parlimen dan mendapat pujian daripada anak saudara as-syahid Ahmad Yassin (pengasas Hamas). Tidak sekadar melalui pengalaman yang menggembirakan, Munif berkata, mereka juga berpeluang mendengar cerita pilu dari penduduk di sana. Antaranya kisah bagaimana pemimpin tertinggi Hamas dibunuh oleh seorang tali barut di kalangan orang kanan yang sangat dipercayai oleh gerakan Hamas. Selain itu, mengenai kisah seorang ibu yang redha dengan kematian empat orang anak lelaki dan suaminya yang gugur di medan perang. Kumpul sumbangan Munif berkata, mereka kini sedang giat melakukan kerja kutipan dana secara berterusan ke mana sahaja lokasi yang mereka lawati dan sumbangan setakat ini sangat memberangsangkan. Selain itu, Hijjaz dengan kerjasama Mapim akan menerbitkan sebuah album nasyid Hijjaz yang bertemakan perjuangan. "Keuntungannya akan diberikan untuk tabung bantuan Mapim. Pembeli juga dapat dengar hiburan yang beri semangat perjuangan dan kesedaran kepada perjuangan Islam. "Selain itu, bagi mereka yang ingin menyumbang untuk tabung Stand Up For Gaza boleh berbuat demikian menerusi akaun Dana Kompleks Al-Itisam menerusi akaun Bank Islam 12038010108647 atau Tabung Gaza Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) melalui Bank Islam 08013010075820. Insya-ALLAH kami akan ke sana semula pada Mei ini untuk menyampaikan sumbangan," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Munif berkata, Hijjaz akan tampil dengan album terbaru, Janji, yang merupakan album yang ke-16 Hijjaz. | ||
Posted: 06 Mar 2013 09:06 PM PST Bagi penyanyi dan komposer berbakat Ana Raffali, ikatan perkahwinan yang dijalinkan bersama Ahmad Aznaim Abdullah, 31, Februari tahun lalu memberi kebahagiaan yang tidak ternilai buat dirinya. Ana Nur Hidayah Mohd Razali, 27, atau lebih mesra di sapa Ana berkata, kegembiraan yang menghiasi kehidupannya kini membolehkan dia lebih fokus terhadap kerjaya seni. "Alhamdulillah, setelah hampir setahun bergelar isteri saya memang gembira dan bahagia bersamanya. Bagi saya ini adalah satu anugerah yang tidak ternilai sepanjang kehidupan saya. "Jika saya menghadapi situasi yang sukar untuk mencipta lagu, suami sentiasa ada untuk menemani saya. Walaupun dia hanya duduk di sebelah saya, namun kehadirannya memberi inspirasi dan memudahkan saya untuk mendapat idea yang baik," katanya sambil tersenyum. Menyentuh mengenai kehadiran cahaya mata, Ana bagaimanapun memberitahu dia dan suaminya sentiasa menunggu masa untuk menimang anak. "Kami tidak merancang dan ALLAH lebih tahu. Mungkin belum ada rezeki kami berdua untuk menimang cahaya mata. "Saya dan suami hanya berdoa dan berserah mengenai perkara itu dan hanya mampu menantikan yang terbaik," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Kali Pertama daripada penyanyi Asmidar yang dijalankan di Black Box, Publika, kelmarin. Cipta lagu untuk Asmidar Bercerita mengenai lagu Sepasang Sudu yang disumbangkan dalam pembikinan album penyanyi Asmidar, Kali Pertama, Ana memberitahu itulah kali pertama dia mencipta lagu untuk penyanyi lain. Katanya, dia berpuas hati dengan nyanyian Asmidar mendendangkan lagu tersebut dan menganggap karyanya itu cukup sesuai dengan suara penyanyi tersebut. "Lagu ini saya cipta pada 2008 dan ia mengisahkan mengenai kisah dua sahabat yang menyukai satu sama lain namun sukar untuk meluahkannya. "Bagi saya, suara Asmidar memang sesuai dengan lagu itu dan bila pihak Warner Music Malaysia buka peluang, saya cuba pertaruhkan lagu ini untuk dinyanyikan oleh Asmidar. "Saya rasa, Sepasang Sudu sudah jumpa tuannya," katanya. Dalam perkembangan lain, Ana memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya, Jauh ke Syurga yang kini semakin mendapat perhatian peminatnya. | ||
Gempar penemuan bangkai ikan paus Posted: 06 Mar 2013 09:02 PM PST Ikan dianggarkan seberat satu tan dan berukuran kira-kira lima meter itu dipercayai tersasar dari Lautan Hindi dan memasuki ke kawasan Laut Andaman sebelum sesat dan terperangkap di Selat Melaka. Difahamkan, sebelum itu, ikan berkenaan dilihat terapung sekitar jam 4 petang oleh nelayan dan terdampar kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin. Nelayan yang enggan dikenali berkata, pada mulanya dia ternampak satu objek besar seperti longgokan sampah di tepi pantai berkenaan. Bagaimanapun, apabila objek itu dihampiri, dia terkejut setelah mendapatinya seekor ikan yang besar dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini. "Saya dapati ikan paus itu telah pun mati," katanya. Ini merupakan kejadian ketiga bangkai haiwan marin terdampar di kawasan tersebut selepas tsunami pada 26 Disember 2004. Pada 18 September 2006, penduduk Kampung Kepala Jalan terletak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi penemuan itu pernah digemparkan dengan penemuan seekor penyu besar di pantai berkenaan. Selepas itu, seekor bangkai ikan paus dari spesies Bryde's Whale dianggarkan seberat 4,000 kilogram dan berukuran 12 meter ditemui di Kampung Pulau Sayak pada Februari tahun lalu. Penemuan kelmarin, menarik orang ramai mengerumuni kawasan pantai untuk melihat dengan lebih dekat bangkai ikan paus berkenaan. Dipercayai, ikan paus berkenaan mati di laut beberapa hari lalu dan bangkainya dihanyutkan ombak ke pesisiran Pantai Merdeka. Sementara itu, jurucakap Jabatan Perikanan Negeri berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lokasi penemuan berkenaan. Berdasarkan maklumat, sampel darah ikan paus terbabit juga diambil untuk dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) di Rantau Abang, Terengganu. | ||
Sanggup jual diri, mahu hidup mewah Posted: 06 Mar 2013 09:00 PM PST Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini. "Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah. Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral. "Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan. "Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya," katanya. | ||
Pekin, Fezrul rebut cinta Yana Posted: 06 Mar 2013 08:52 PM PST TIGA orang pelakon, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan Yana Samsudin bersatu dalam sebuah filem cinta tiga segi. Tampak seperti klise, namun Cerita Kita punya kekuatan tersendiri. Filem Cerita Kita mengisahkan Kamal yang bekerja sebagai pencuci kereta mengambil keputusan untuk berubah atas nasihat yang diberikan oleh Ika, seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Kemudian konflik bermula dengan kehadiran Malek, seorang lelaki kaya yang juga rakan kepada Kamal turut mempunyai perasaan terhadap Ika sejak kali pertama mereka bertemu. Situasi tersebut menyebabkan Ika terpaksa membuat pilihan, sama ada memilih Kamal yang dikenalinya selama tiga tahun atau Malik yang dilihat mampu menjamin kehidupan masa depannya. Kesudahan filem terbitan Metrowealth Pictures (Metrowealth) yang ke-74 itu akan dapat disaksikan apabila ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac ini. Mengulas lebih lanjut mengenai filem tersebut, pelakon Yana Samsudin selaku teraju utama menjelaskan, dia membawakan watak sebagai Ika iaitu seorang gadis biasa yang tinggal di rumah pangsa dan bekerja di kedai buku. "Pada peringkat permulaan jalan cerita filem ini penonton akan melihat perwatakan Ika, seorang gadis yang periang. Namun, pada pertengahan cerita barulah penonton akan tahu Ika sebenarnya mempunyai keinginan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa. "Tidak dinafikan cerita mengenai percintaan tiga segi sudah banyak dipaparkan dalam drama atau filem, tetapi saya percaya penonton akan melihat kelainan dalam filem ini," ujarnya sewaktu menghadiri sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini. Mengenai gandingannya bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan pula, pelakon itu menganggap ia sebagai satu gandingan yang mantap kerana kedua-dua mereka merupakan pelakon yang sangat bagus. Ujarnya, sebelum ini dia sudah kerap berlakon bersama-sama dengan Fezrul, sebaliknya ini kali pertama dia dapat bergandingan dengan Pekin dalam filem. "Sebenarnya banyak pengalaman yang saya lalui semasa berlakon bersama Pekin. Salah satu yang paling saya ingat ialah babak tampar yang membabitkan kami berdua. "Pengarah filem ini iaitu Pierre Andre meminta Pekin menampar saya. Apabila saya ditampar secara tiba-tiba saya bertindak balas dengan menamparnya pula, sedangkan saya tidak diarahkan berbuat demikian," cerita Yana mengenai pengalaman lucunya semasa menjalani penggambaran. Menurutnya, pengalaman dapat berlakon dengan Pekin merupakan suatu kenangan yang cukup istimewa kerana dia mengakui pelakon itu memang hebat dan berpengalaman luas. "Sewaktu penggambaran berlangsung saya lihat Pekin seorang yang serius dan begitu komited dengan kerja, tetapi dia seorang yang suka berborak dan kami saling berkongsi pengalaman mengenai dunia lakonan," ujarnya.
Empat filem Tidak dinafikan pada masa ini Yana Samsudin merupakan pelakon wanita yang paling aktif berlakon filem. Buktinya, dalam tempoh empat bulan terdapat empat buah filem lakonannya yang akan ditayangkan di pawagam. Antara filem-filem lakonannya yang telah ditayangkan pada tahun ini ialah Minyak Dagu (3 Januari), Wawa Semput (31 Januari), Cerita Kita (7 Mac) serta Dua Kalimah yang bakal menemui penonton pada 4 April ini. Ketika ditanya sama ada dia tidak risau penonton akan muak dengan penampilannya secara kerap di layar perak, pelakon itu beranggapan ia sebagai satu tanda yang positif terhadap karier lakonannya. "Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada semua pihak terutamanya para peminat dan pihak media yang banyak mempromosikan filem-filem lakonan saya. "Mengenai perkara tersebut saya rasa penonton tidak akan berasa muak atau bosan kerana kebanyakan filem yang saya berlakon menampilkan genre yang berbeza," jelasnya. Pengalaman baharu Bagi Pekin Ibrahim pula, kali pertama berlakon dengan syarikat produksi Metrowealth memberikan pengalaman baharu buat dirinya yang sudah sembilan tahun bergelar pelakon. Mengakui ada beberapa pihak yang hairan apabila dia mengikat kontrak dengan syarikat berkenaan, Pekin menjelaskan peluang yang ada untuk mengembangkan lagi kerjaya lakonan tidak harus ditolak. "Saya tidak kisah dan terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja. Lagipun saya ditawarkan berlakon lima buah filem bersama Metrowealth dan mereka memberikan kebebasan kepada saya untuk bekerja dengan produksi lain. "Pada mulanya saya memang terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menerima tawaran tersebut, tetapi setelah puas berfikir rasanya ia mampu memberikan impak yang positif terhadap kerjaya saya," ujarnya. Bercerita tentang pengalaman filem pertamanya bersama Metrowealth itu, dia berkata tidak sukar untuk mencari keserasian bersama Yana dan Fezrul, malah masing-masing telah membawakan watak yang diberikan dengan baik. "Bekerjasama dengan Pierre juga tidak sukar kerana dia telah memberikan kebebasan untuk saya menghidupkan watak sebagai Kamal dengan cara saya sendiri. "Cuma pada mulanya saya berasa agak sukar kerana tiada praproduksi atau latihan awal dilakukan sebelum penggambaran bermula, jadi kami banyak melakukan perbincangan ketika di lokasi penggambaran," ujarnya. Berkenaan dengan wataknya dalam filem Cerita Kita, pelakon itu mengatakan Kamal merupakan seorang lelaki yang hidup miskin, tetapi memang berniat untuk mengubah kehidupannya demi wanita yang dicintainya.
"Permasalahan paling besar yang dilalui oleh Kamal adalah dia sangat takut berterus-terang tentang perasaan cintanya terhadap Ika. Kemudian dia terpaksa pula bersaing dengan rakannya sendiri untuk mendapatkan wanita pujaannya itu," jelasnya tentang watak yang dibawakannya itu. Tidak kejar anugerah Pelakon yang memegang watak Malek dalam Cerita Kita iaitu Fezrul Khan pula mengakui gembira apabila diberi peluang berlakon dalam filem bercorak romantik memandangkan sebelum ini dia lebih dikenali dalam filem bergenre seram. Menurut Fezrul, jalan cerita yang dipaparkan juga sangat menarik kerana ia menggambarkan realiti yang pernah berlaku oleh segelintir orang apabila berada dalam dilema untuk membuat pilihan. "Saya membawakan watak sebagai seorang lelaki kaya dan mungkin orang melihat ia bukanlah watak yang berat. Namun begitu, saya tetap berusaha untuk mendalami karakter Malek supaya ia memberi impak kepada jalan ceritanya. "Selain itu, saya sangat yakin filem ini akan diminati ramai berdasarkan maklum balas positif daripada beberapa orang yang telah berpeluang menontonnya," ujarnya Fezrul yang berharap filem terbaharunya itu mendapat sambutan ramai. Mengenai perkembangan kerjaya lakonannya pula, Fezrul meluahkan rasa gembiranya kerana semakin kerap mendapat peluang berlakon filem dan drama bersiri. Menurutnya, sepanjang pembabitannya sebagai pelakon, dia langsung tidak menaruh harapan yang tinggi untuk merangkul anugerah. Sebaliknya, kerjaya lakonan merupakan punca rezekinya untuk menyara keluarga. "Pembabitan saya sebagai seorang pelakon bermula dari bawah, tidak seperti kebanyakan pelakon lain. Jadi, saya perlu gunakan peluang yang diberikan sebaik-baiknya serta memberikan komitmen terhadap kerja," ujarnya yang sudah berumah tangga pada tahun lalu. Biarpun kini semakin sibuk dengan aktiviti lakonan, Fezrul memberitahu dia turut menjalankan, perniagaan menyewa peralatan penggambaran menerusi syarikatnya MRG Entertainment Sdn. Bhd. "Kebanyakan wang yang diperoleh hasil daripada lakonan saya gunakan untuk membeli peralatan penggambaran seperti kamera dan lampu. Meskipun melibatkan kos yang besar, saya bersyukur kerana perniagaan saya sekarang semakin berkembang," ujarnya. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:51 PM PST
ISU rampas-merampas kekasih biasa terjadi bukan saja dalam kehidupan individu biasa, bahkan juga golongan artis. Suhu panas yang sedang melanda dua bintang muda iaitu Marsha Milan Londoh dan Fathia Latiff kononnya berpunca daripada tindakan Fathia yang mula menjalinkan hubungan dengan bekas teman lelaki Marsha tahun lalu. Pada pertengahan bulan Februari lalu, Fathia telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak berselisih faham atau bergaduh dengan Marsha ekoran tindakan terbabit. Malah Fathia mengakui dia telah berpisah dengan lelaki tersebut. Kosmo! sempat mendapatkan kenyataan balas daripada Marsha yang ditemui ketika tayangan perdana filem Bola Kampung The Movie di GSC Signature The Gardens, Kuala Lumpur hari Rabu lalu. KOSMO!: Benarkah timbul dakwaan bahawa Marsha dan Fathia sebelum ini pernah bergaduh kerana berebut teman lelaki? MARSHA: Saya tidak pernah bergaduh dengan dia, tidak rapat dengan dia dan tidak kenal dia sebagai kawan. Kami juga tidak pernah lepak atau digandingkan bersama sebelum ini. Tuduhan itu tidak masuk akal dan sebab apa sampai kami perlu bergaduh sebenarnya? Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan dan menuduh dia merampas teman lelaki saya. Saya sendiri musykil kenapa perkara ini diperbesar-besarkan. Adakah isu yang timbul kali ini menjejaskan nama dan reputasi anda? Saya cuba lari daripada perkara sebegini, tapi orang sekeliling asyik bercakap mengenai hal peribadi saya sepanjang masa. Saya mahu juga dipandang dari sudut kerjaya saya, tapi sudah lumrah bergelar artis orang akan keluarkan cerita yang tidak patut. Mungkin ada orang ketiga yang cuba melaga-lagakan kami. Saya tidak suka bergaduh dan tidak pernah bergaduh dengan sesiapa pun sebelum ini. Adakah anda ingin berjumpa dengan Fathia untuk menyelesaikan masalah ini? Sudah tentu kalau diberikan peluang saya mahu berjumpa dan berbincang apakah sebenarnya yang berlaku. Hal ini tidak patut diperbesarkan. Saya tidak kisah kalau digandingkan bersama untuk fotografi atau lakonan dengan Fathia. Apapun yang telah berlaku adalah masa silam, dia berhak bercinta dengan sesiapa pun begitu juga saya. Terma rampas-merampas ini tidak logik! Kenyataan anda meletakkan diri anda kini seolah-olah tidak kisah dan mungkin sudah menemui pengganti. Komen anda? Saya sudah setahun hidup solo dan saya bahagia dengan keadaan ini. Tipu kalau saya cakap saya tidak ingin bercinta tapi saya meletakkan situasi sekarang dalam versi positif. Saya mengekspresikan diri saya melalui muzik. Adakah anda memilih untuk berkawan dengan orang dalam industri memandangkan anda sendiri mengakui tidak rapat dengan Fathia? Benar, saya memilih untuk berkawan dalam industri ini. Saya tidak cakap industri ini jahat, tapi sebagai selebriti saya perlu sentiasa berhati-hati. Saya juga ada ramai kawan di luar industri sebenarnya. Sudi sekiranya anda mengulas tentang situasi genting yang sedang berlaku di Lahad Datu, Sabah sekarang? Saya sangat risau dengan situasi yang sedang berlaku di sana sekarang dan tidak menyangka kejadian ini akan berlaku kerana Malaysia aman damai selama ini. Saya mendoakan perang ini akan tamat serta-merta. Boleh anda kongsikan pengalaman berlakon alih suara dalam filem Bola Kampung yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini? Sangat menyeronokkan dan ini pengalaman pertama saya. Pada mulanya saya hanya datang untuk merakamkan lagu runut bunyi filem ini berjudul Rindu bersama Haris, tapi mereka menyarankan saya untuk ujibakat dan akhirnya saya terpilih untuk memegang watak Puteri Amanda. Proses alih suara berjalan agak lama dan setiap sesi memakan masa lebih tiga jam. Selain filem ini, saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Duri Di Hati bersama Amar Asyraf dan Faralyna Idris untuk slot Azalea di TV3. | ||
Anugerah memperingati P. Ramlee Posted: 06 Mar 2013 08:50 PM PST BUAT julung-julung kalinya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersama Kumpulan Utusan dan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. bergabung tenaga dan idea untuk menghasilkan sebuah anugerah yang diberi nama Anugerah Tribute P. Ramlee. Menurut Pengarah Program TV RTM, Suhaimi Jamalim, anugerah yang dijadualkan berlangsung pada bulan Mei 2013 itu diadakan sempena memperingati perjuangan seniman agung Tan Sri P. Ramlee serta mengiktiraf hasil kerja penggiat seni Malaysia. Ujarnya, sebanyak sembilan anugerah akan dipertandingkan berdasarkan 10 buah telefilem yang ditayangkan di RTM1 bermula pada 4 November 2012 hingga 6 Januari 2013 melalui slot Tribute P. Ramlee di RTM1. Pihaknya juga yakin anugerah tersebut bakal menjadi anugerah terbesar dan seterusnya diadakan setiap tahun. "Walaupun anugerah ini pertama kali diadakan, kami akan pastikan penglibatan artis dan pengarah-pengarah lebih meluas untuk tahun-tahun yang akan datang. "Saya juga mahu jadikan ia sebuah anugerah yang besar dan terunggul setiap tahun kerana ia melibatkan seniman agung Malaysia, P. Ramlee," jelasnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Pencalonan Anugerah Tribute P. Ramlee, di Hotel Holiday Villa, Kuala Lumpur. Mengulas lanjut, ujarnya, sembilan anugerah itu mewakili Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Skrip Terbaik, Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik, Videografi Terbaik dan Penampilan Khas Terbaik. Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Suhan Movies, Rosyam Nor, Anugerah Penampilan Khas Terbaik diwujudkan bagi menghargai pelakon-pelakon veteran pada era filem P. Ramlee. "Memang saya memberi kepada setiap pengarah telefilem Tribute P. Ramlee untuk mengambil seorang pelakon veteran bagi menghargai jasa mereka," jelasnya. Mengulas mengenai kriteria 10 telefilem yang dipilih, ujar Rosyam, ia bukan telefilem biasa. Sebaliknya telefilem tersebut dihasilkan oleh pengarah-pengarah hebat dan berpengalaman. Ujar Rosyam, sebagai penerbit untuk 10 buah telefilem tersebut, Rosyam juga meminta pengarah-pengarah tersebut menghasilkan telefilem berkisahkan mengenai lagu-lagu popular P. Ramlee. Antara sepuluh telefilem yang dicalonkan menerusi slot Tribute P. Ramlee adalah Tunggu Sekejap arahan Along Kamaluddin, Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima), Miang Buluh Keladi Birah (Bade Azmi), Di Mana Ku Cari Ganti (Osman Ali) dan Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman) . Selain itu, lima lagi telefilem yang dicalonkan adalah Getaran Jiwa (Michael Ang), Jodoh Kita (Ismail Yaakob), Titisan Kasih (Rashid Sibir), Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah) dan Hanya Dikau (Amie Maziah). Sebuah panel khas juri seramai tujuh orang turut dilantik bagi menilai kualiti setiap telefilem mengikut kategori-kategori yang ditetapkan. Anugerah tersebut turut memberi peluang buat para pembaca membuat undian melalui borang pencalonan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar Kumpulan Utusan dan Majalah URTV. Melalui undian yang paling tepat dan terbanyak, para pembaca turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:49 PM PST SEMPORNA - Empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu ditahan oleh polis di Kampung Sri Jaya, Simunul yang terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam. Kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 50-an itu ditahan dalam operasi dan serbuan yang dilakukan dari pukul 11 pagi hingga pukul 1 petang. Satu sumber berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan luar biasa pada waktu senja dan malam dua hari lalu di kampung tersebut. Bertindak atas maklumat tersebut, sumber itu memberitahu, sepasukan polis menyerbu Kampung Sri Jaya dan menggeledah sebuah rumah di kampung tersebut. "Pemeriksaan di rumah yang digeledah berjaya menahan dua lelaki dipercayai anggota pengganas, namun polis tidak menemui sebarang senjata di dalam rumah atau di kawasan sekitar rumah itu," kata sumber itu. Selepas itu, sumber tersebut memberitahu, polis menahan dua lagi lelaki juga dipercayai daripada kumpulan pengganas di kawasan belukar di kampung berkenaan. | ||
Parti bola HyppTV capai objektif Posted: 06 Mar 2013 08:46 PM PST SHAH ALAM - Parti bola HyppTV sempena perlawanan kalah mati kedua Liga Juara-Juara yang menemukan Manchester United dan Real Madrid dilihat mencapai objektifnya selepas berjaya menarik lebih 2,000 peminat setia bola sepak tempatan awal pagi semalam. Program yang diadakan di Restoran Hakim, Seksyen 7 di sini menyiarkan pertembungan hangat kedua-dua pasukan gergasi Eropah itu menerusi siaran Hyppsports HD di HyppTV saluran 174. Orang ramai mula berkumpul untuk mendapatkan tempat masing-masing seawal pukul 6.30 petang Selasa meskipun siaran langsung perlawanan bola sepak tersebut bermula pukul 3.45 pagi Rabu. Suasana gamat jelas menyelubungi parti bola berkenaan apabila beberapa aktiviti sampingan diadakan seperti Cabaran Super Coke Sprint, permainan foosball, pertandingan PS3 serta cabutan bertuah yang menyediakan hadiah jersi eksklusif yang ditandatangani barisan pemain United dan Real. | ||
Penyanyi Nouri direman kes kematian suami Posted: 06 Mar 2013 08:46 PM PST KUALA LUMPUR - Penyanyi yang popular pada tahun 90-an, Nouri (gambar) semalam ditahan reman bagi membantu siasatan kes kematian suaminya di sebuah kondominium di Ampang Utara di sini. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan penahanan Nouri atau nama sebenarnya Norin Ramli, 39, bersama dua anak saudaranya bermula semalam hingga Ahad ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. "Wanita itu dan dua individu lagi telah ditahan di Ampang pagi tadi (semalam) bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang Isnin lalu, suami penyanyi tersebut, Khairul Azmi Jaafar, 39, ditemui mati dengan tangan dan kakinya terikat. Mangsa yang merupakan ejen jualan langsung dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung. | ||
Ahli perniagaan ternak ikan sturgeon gergasi Posted: 06 Mar 2013 08:45 PM PST BASCOM, Florida - Seorang ahli perniagaan, Mark Zaslavsky menternak sejumlah ikan sturgeon gergasi di sebuah kolam ternakannya di sini, Amerika Syarikat. Zaslavsky, 60, yang berasal dari Ukraine menternak ikan itu untuk tujuan mendapatkan telur-telur haiwan tersebut untuk dijadikan kaviar yang merupakan makanan untuk golongan kaya. Terdapat ikan sturgeon di kolam ternakannya yang mempunyai berat sehingga 181 kilogram. Dia mula mengusahakan ternakan ikan sturgeon itu pada tahun 2001 di ladang Sturgeon Aquafarms. Zaslavsky mempunyai 2,000 pelanggan. Antara pelanggannya ialah beberapa buah restoran Rusia di New York. Ikan tersebut boleh hidup lebih 100 tahun di habitat liar. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:44 PM PST GENEVA, Switzerland - Sebuah kereta sport model terbaharu Koenigsegg Agera SHundra yang berharga AS$1.6 juta (RM4.96 juta) telah ditempah oleh seorang pengumpul kereta di Malaysia, lapor portal kereta WorldCarFans.com semalam. Model kereta itu telah dipamerkan pada Pertunjukan Kereta Antarabangsa Geneva Kali Ke-83 di sini sejak Selasa lalu. Reka bentuk kereta itu dihasilkan oleh seorang artis dari Itali. Kereta tersebut dilengkapi dengan rim gentian karbon. Pengeluaran kereta tersebut dibuat bagi meraikan pengeluaran kereta dari Sweden itu yang ke-100. Ia menggunakan enjin V8 5.0 liter dengan 1,040 kuasa kuda. Badan kereta berkenaan mengandungi jalur emas 24 karat. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:43 PM PST
MANILA - Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan semalam. Menurutnya, para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka. "Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas," kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM. Menurut portal berita ABS-CBNnews.com, Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah. Sebelum ini, media Malaysia memetik Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebagai berkata bahawa Setiausaha Luar Filipina, Alberto Del Rosario bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas. Sementara itu, Jamalul Kiram sekali menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri. Katanya, mereka selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia. Beliau berkata, adiknya dan para pengikutnya tidak akan kembali ke Filipina. Jamalul Kiram menyatakan, beliau tidak akan mengarahkan para pengikutnya itu kembali ke tanah air. Para pengikut Jamalul Kiram menceroboh Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. | ||
Ramai suami isteri bercerai kerana mahu jual rumah di Shanghai Posted: 06 Mar 2013 08:42 PM PST SHANGHAI - Sejumlah pasangan suami isteri di China memutuskan untuk bercerai bagi mengelakkan mereka membayar cukai jualan hartanah baharu. Tindakan itu dibuat kerana pasangan yang telah bercerai tidak akan dikenakan cukai jika mereka menjual rumah berdasarkan peraturan baharu. Pejabat-pejabat pendaftaran pemerintah yang menguruskan perceraian dipenuhi pasangan suami isteri yang ingin berpisah dengan seorang wanita baru bercerai memberitahu agensi berita AFP semalam bahawa dia kini mahu menjual hartanahnya. Pada Jumaat lalu, pihak pemerintah mengeluarkan arahan untuk mengawal harga rumah termasuk cukai 20 peratus bagi keuntungan jualan sesebuah kediaman rumah oleh pemiliknya. Namun, terma itu membolehkan pasangan suami isteri yang bercerai dan memiliki dua kediaman boleh menjual hartanah mereka secara bebas cukai berdasarkan beberapa syarat tertentu. Kelemahan tersebut menyebabkan ramai pasangan suami isteri bercerai untuk menjual hartanah mereka sebelum berkahwin semula selepas itu. Akhbar Shanghai Daily melaporkan bahawa mereka yang bercerai itu termasuk sekurang-kurangnya seorang wanita hamil. Undang-undang baharu hartanah itu turut menyebabkan kadar perceraian di sini meningkat sekali ganda. Harga kediaman di 100 buah bandar utama di China naik pada setiap tahun. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:40 PM PST
SELAMA ini penonton televisyen terutamanya kanak-kanak di negara ini sering kali dihiburkan dengan pelbagai program animasi yang menarik dari luar negara. Siri animasi seperti Mickey Mouse, Tom And Jerry, Doraemon dan Crayon Sin Chan merupakan antara produk animasi luar negara yang begitu digemari kanak-kanak di negara ini. Bagaimanapun, bidang animasi di Malaysia sebenarnya bermula sekitar era 80-an menerusi siri cerita pendek seperti Sang Kancil Dan Buaya, Sang Kancil Menipu Pak Belang dan Arnab Dan Kura-Kura yang disiarkan di saluran TV Pendidikan terbitan Filem Negara Malaysia. Menariknya, cerita animasi yang diterbitkan itu bukan sekadar hiburan semata-mata, malah ia turut sarat dengan pelbagai mesej yang berguna kepada kanak-kanak. Kemudian pada tahun 90-an industri animasi tempatan dilihat semakin berkembang dengan pelbagai siri animasi tempatan yang mula mendapat perhatian penonton seperti Usop Sontorian, Kluang Man dan Anak-Anak Sidek. Seiring dengan peredaran zaman, kualiti produk animasi yang diterbitkan semakin meningkat dan berubah menjadi lebih baik, malah kerajaan menerusi Multimedia Development Corporation (MDeC) juga memang banyak menyokong penggiat animasi tempatan. Biarpun perkembangan produk animasi tempatan agak lewat berbanding di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun, ketika ini sudah banyak syarikat penerbitan produk animasi tempatan yang telah diwujudkan. Salah satu syarikat tempatan yang kini semakin proaktif menerbitkan produk animasi ialah Animasia Studio Sdn. Bhd. (Animasia Studio) yang terletak di Taman Sri Jati, Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan berkata, syarikat yang mula ditubuhkan pada tahun 2005 itu sememangnya memberikan tumpuan kepada penerbitan produk animasi seperti siri televisyen. "Matlamat utama penubuhan syarikat ini adalah untuk menghasilkan pelbagai produk animasi yang menarik dan bermutu, memandangkan industri animasi di Malaysia sekarang semakin berkembang maju. "Sepanjang lapan tahun beroperasi, syarikat ini sudah mempunyai seramai 150 orang animator dan 98 peratus daripadanya merupakan animator tempatan," ujarnya selaku pengasas syarikat tersebut. Menurutnya, setakat ini Animasia sudah menerbitkan banyak siri animasi Bola Kampung, Supa Strikas, Balla Bowl, Chuck Chicken, ABC Monsters, Ask Lara dan Harry & Bunny. Menganggap Animasia Studio masih lagi setahun jagung dalam industri animasi tempatan, Edmund menyatakan, pihaknya melahirkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian yang telah diraih. Ujarnya, setakat ini Animasia Studio merupakan syarikat animasi pertama yang memperoleh sijil ISO certified (ISO 9001:2008) dan mendapat status Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia. "Kebanyakan produk-produk animasi yang kami hasilkan pula turut dipasarkan di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, England dan Sepanyol. "Salah satu produk animasi yang kami terbitkan berjudul Ask Lara pula turut mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila tercalon dalam International Emmy Kids Awards pada bulan lalu," ujarnya tentang perkembangan syarikatnya itu. Apabila ditanya mengenai sejauh mana perkembangan industri animasi di Malaysia, Edmund memberitahu bahawa animasi tempatan sememangnya mampu bersaing dengan animasi luar negara. Jelasnya, pada masa ini Malaysia sebenarnya tidak ketandusan bakat anak tempatan dalam bidang animasi dan ramai yang berkebolehan untuk menghasilkan sesebuah produk yang bagus. Ujar Edmund, pihaknya sangat yakin dalam tempoh beberapa tahun akan datang, Animasia Studio mampu berdiri setanding dengan syarikat animasi antarabangsa. "Kalau kita lihat sudah ada beberapa siri animasi yang dihasilkan syarikat tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa dan diminati ramai penonton. "Paling utama produk yang dihasilkan perlulah bermutu dan berkualiti dan kami yakin syarikat ini mampu bersaing dengan syarikat animasi di luar negara menerusi beberapa perancangan yang akan dilaksanakan nanti," ujarnya. Filem pertama Setelah menerbitkan beberapa siri animasi, kini Animasia Studio bakal tampil dengan filem animasi pertama mereka iaitu Bola Kampung The Movie yang akan ditayangkan pada 21 Mac ini. Pengarahnya, Ah Loong berkata, sebelum ini pihaknya telah menerbitkan siri animasi Bola Kampung yang telah disiarkan di saluran RTM dan TV9 sejak tahun 2006. "Sepanjang ditayangkan di kaca televisyen, Bola Kampung telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton dan pernah dinobatkan sebagai siri animasi nombor satu pada tahun yang sama. "Selain itu, ia turut menjadi animasi pertama yang diterbitkan syarikat tempatan disiarkan ke 16 buah negara seperti Indonesia, Vietnam, Turki, Singapura dan Thailand menerusi saluran Disney Channel Asia pada tahun 2007 apabila dialih suara ke dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan tajuk Football Kids," jelasnya. Menurutnya, berdasarkan sambutan yang diterima, pada tahun 2009 pihak syarikat telah bersetuju untuk menerbitkan dalam versi filem iaitu Bola Kampung The Movie. Mengenai proses penerbitan filem berkenaan, Ah Loong menjelaskan, seramai 100 orang yang terlibat dalam pembikinannya termasuk animator, pemuzik dan penyumbang suara untuk setiap karakter. "Mungkin ramai yang berasakan kami mengambil tempoh yang panjang iaitu selama empat tahun untuk menghasilkannya. Sebenarnya, ia merupakan suatu perkara yang normal kerana penerbitan sesebuah filem animasi memang mengambil masa lama untuk disiapkan. "Lagipun banyak proses yang perlu dilakukan seperti pemilihan skrip yang sesuai, menghasilkan story board dan penciptaan setiap karakter animasi agar nampak kelainan berbanding siri televisyen," ujarnya yang turut mengarahkan siri animasi Bola Kampung. Menurutnya, selain tempoh masa yang panjang untuk menyiapkannya, ia turut melibatkan kos yang sangat besar itu sebanyak RM5 juta dan ia tidak termasuk dalam kos promosi. "Apa yang menarik tentang Bola Kampung ini, ia menjadi filem animasi pertama berbahasa Melayu yang akan ditayangkan dalam bentuk stereoskopik tiga dimensi (3D). Jadi, penonton boleh menyaksikannya sama ada dalam versi 3D atau normal," ujarnya. Elemen tempatan Berkenaan dengan cabaran sepanjang menghasilkan Bola Kampung The Movie, Chua Chong Tee selaku seorang lagi pengarah menyatakan, cabaran paling utama adalah memastikan filem itu mampu setanding dengan produk animasi yang pernah dihasilkan sebelum ini. Jelasnya, mereka juga terpaksa mencari jalan cerita yang menarik sehinggakan skrip yang dihasilkan terpaksa diubah beberapa kali. "Kalau boleh kami tidak mahu terikut-ikut dengan filem animasi seperti di luar negara. Jadi, antara langkah-langkah yang kami lakukan ialah menerapkan lebih banyak elemen tempatan dalam filem ini. "Misalnya, memaparkan tentang budaya dan kehidupan di kampung yang agak jarang diterapkan dalam kebanyakan filem animasi. Menerusi cara ini ia bukan sahaja mampu menarik minat penonton Malaysia, malah penonton di luar negara sekiranya filem ini dipasarkan ke peringkat antarabangsa," ujarnya. Mengenai harapannya terhadap filem ini, Choong Tee sememangnya sangat berharap agar para penonton dapat berbangga dengan produk yang dihasilkan oleh anak tempatan serta akan suka dan terhibur setelah menontonnya di pawagam nanti. "Selain Bola Kampung The Movie, kami sudah merancang untuk menghasilkan beberapa buah filem animasi yang lain pada masa akan datang. Ketika ini kami mahu memberi tumpuan terhadap filem ini terlebih dahulu," jelasnya. Bola Kampung The Movie mengisahkan tentang Amanda, seorang puteri dari dunia permainan maya Kingdom Hill telah dihantar ke Kampung Gong Lechar untuk mencari seorang wira yang digelar Suria Warrior untuk menyelamatkan Kingdom Hill yang sedang diserang virus. Setibanya di Kampung Gong Lechar, Amanda telah kehilangan ingatan dan berkawan dengan wira-wira Bola Kampung seperti Iwan, Azizul, Sabok dan Kumar. Iwan pula menyangka Amanda merupakan sepupunya yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan dan terus memperkenalkan puteri itu kepada rakan-rakannya. Menariknya, filem ini turut menggunakan khidmat beberapa artis popular untuk menjadi penyumbang suara iaitu Ezlynn (Iwan), Afdlin Shauki (Sabok), Marsha Milan (Puteri Amanda), Aznil Nawawi (Lord Vilus), Douglas Lim (Szeto), Harun Salim Bachik (Tok Ayah), Deanna Yusoff (Queen) dan Aizat Amdan (Mat). | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:39 PM PST SEBAGAI penganut agama Hindu, Tashny Sukumaran tidak memakan daging lembu, namun dia tiada masalah untuk memakan daging binatang lain. Ekoran majoriti rakyat Malaysia beragama Islam, laporan media arus perdana mengenai makanan berasaskan haiwan lain yang haram di sisi agama tersebut amat kurang. Bagaimanapun, laman blog membantu mempopularkan pilihan daging berkenaan untuk komuniti Cina dan India yang bukan Islam. Blog-blog makanan bagaimanapun, kini menguasai menu-menu Asia dengan memberi ulasan tentang hidangan terbaharu di internet sekali gus satu pendedahan berharga kepada pengusaha restoran, kata blogger dari Australia, Thang Ngo. Liputan "Ulasan restoran di dada akhbar terbatas kepada beberapa muka surat setiap minggu. Restoran kecil menyukai blogger kerana kebanyakan mereka tidak pernah mendapat liputan di surat khabar," katanya kepada AFP. Blog makanan merupakan fenomena dunia, namun di Asia ia lebih hebat kerana penggemar makanan begitu ghairah dengan sajian serta cerewet tentang rasa selain makanan turut berkaitan dengan tradisi masyarakat. Di Malaysia, keghairahan tentang makanan begitu hebat berbanding negara-negara lain kerana negara itu mempunyai banyak kafe terbuka dan gerai-gerai makanan tepi jalan. Justeru, peluang untuk liputan begitu kurang namun perbahasan atau ulasan di blog memudahkan penggemar makanan untuk mencari hidangan sedap di sesuatu tempat. Blog makanan menarik perhatian ramai, justeru blogger turut mencari peluang menambah pendapatan. Laman web www.ladyironchef.com milik warga Singapura, Brad Lau dikunjungi seramai 1.5 juta orang pada Disember lalu, ia juga menjual iklan di laman web tersebut termasuk yang tiada kaitan dengan makanan. "Blog umpama promosi mulut ke mulut," kata Lionel Lau, pengasas bersama Des Gourmand, sebuah kumpulan restoran di Malaysia. Komuniti blog makanan di Korea Selatan juga tidak kurang hebat. Antaranya, kumpulan yang dikenali sebagai Power Bloggers yang menarik kunjungan puluhan ribu orang setiap hari ke blog-blog mereka. Janice Tan dan suaminya, Tee Tsun Joo membuka premis pertama restoran makanan segera, Ninja Joe, pada tahun 2009. Kini, dia memiliki lima buah restoran sekali gus menjana pendapatan yang lebih tinggi. "Kami tidak menjemput blogger, mereka sendiri yang datang. Tahun lalu, kami dapati lebih 130 ulasan tentang restoran kami," katanya yang tidak pernah membuat sebarang iklan. Kesan negatif Bagaimanapun, adakah kamu masih mempercayai blog makan? Itulah soalan yang sering ditanya seiring peningkatan blogger dan ia semakin terdedah kepada kesan negatif, rungut segelintir pengusaha restoran. Antara isu tersebut termasuk broker mengenakan kadar bayaran tinggi kepada peniaga untuk mendapat liputan media dan ulasan positif. Tony Hong, pelakon dari Korea Selatan yang mempunyai beberapa restoran di sana, mendakwa pada 2011, pihak yang sering membuat liputan mengenai restorannya meminta bayaran sebanyak 120,000 won (RM342) sebulan untuk ulasan positif. "Saya tidak memenuhi permintaan tersebut, selepas itu restoran saya mendapat beberapa komen negatif," kata Tony. Lee Khang Yi, penyunting ruangan makanan The Malay Mail, akhbar yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, berkata, blogger Malaysia mampu memperoleh pendapatan antara RM300 hingga RM1,500 bagi satu ulasan positif dalam entri blog mereka. Blogger di Singapura berkata, pengusaha restoran di negara tersebut sanggup membayar sehingga RM5,000 bagi satu ulasan positif dalam entri blog popular. Pengusaha restoran mengadu tentang blogger meminta makanan percuma atau berdepan ulasan negatif juga semakin meningkat. Meskipun terdapat beberapa aduan, penyunting Time Out Kuala Lumpur, Lim Chee Wah berkata, blog makanan dan media sosial telah membantu perkembangan industri makanan. "Liputan di blog, media tradisional dan sosial mendapat banyak perbahasan di negara ini. Mereka membuat satu trend dengan mewujudkan rangkaian penggemar makanan kerana orang ramai akan mencuba makanan yang dicadangkan," katanya. | ||
Kampung Sungai Peroh kini bercahaya Posted: 06 Mar 2013 08:38 PM PST
SEBELUM tahun 2007, penduduk Kampung Sungai Peroh, Kluang, Johor yang mempunyai populasi lebih kurang 200 orang yang terdiri daripada 23 buah keluarga mendapat sinaran cahaya pada waktu malam dengan bantuan lampu minyak tanah sahaja. Selepas anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) mendirikan Stesen Solar Hibrid (SSH) di kampung yang penduduknya berketurunan Jakun itu, mereka kini sudah boleh dikatakan amat selesa. Tok Batin Kampung Sungai Peroh, Ugeh Ganduh, 90, merupakan individu yang sangat prihatin terhadap keperluan anak-anak buahnya, malah panggilan pada waktu malam oleh penduduk kampung untuk ke hospital turut dilayani tanpa sebarang rungutan. Setakat ini, kata Ugeh, hanya kemudahan bekalan elektrik yang dapat dinikmati hampir sempurna walaupun kadangkala elektrik terputus kerana SSH disambar petir namun, dia dapat menerimanya. Kampung Sungai Peroh terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit yang memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke sana kerana permukaan jalan yang berlubang-lubang. Ugeh masih kuat bekerja mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 57 hektar biarpun usianya hampir mencecah seabad. Dia mula menggalas tanggungjawab sebagai tok batin sejak tahun 1982. SSH Kampung Sungai Peroh sama seperti SSH Sekolah Kebangsaan Ladang Mutiara (SKLM) yang kedudukannya berdekatan dengan kampung tersebut. Sistem solar hibrid merupakan gabungan sumber tenaga diperbaharui iaitu solar dengan tenaga konvensional, bahan api fosil. Ia sesuai untuk diaplikasi di lokasi yang terletak jauh di pedalaman yang tidak mempunyai sistem pengangkutan, perhubungan dan logistik yang baik. Generator diesel Bekalan tenaga keseluruhan menggunakan nisbah 70:30 atau 80:20 dengan sumber tenaga utama daripada solar, manakala generator yang dijana oleh diesel menjadi sokongan dalam sistem keseluruhan. Sistem berjalan secara automatik dengan memberikan bekalan elektrik 24 jam tanpa henti sama dengan sistem talian penghantaran kuasa elektrik. "Sistem Off Grid ini sesuai digunakan di kawasan pedalaman yang terletak berpuluh-puluh kilometer dari jalan besar dan kepadatan penduduk yang tidak ramai," terang Pengarah Urusan TNBES, Shahrir Abdul Latiff ketika ditemui di Kluang, Johor. Sistem operasinya dipanggil Sistem Pemantauan Jarak Jauh (Remote Monitoring System) yang membolehkan SSH beroperasi sendiri dengan penyeliaan manusia secara minimum. Sinaran matahari yang memancar pada waktu siang diserap oleh panel solar fotovolta (PV). Haba yang diserap memberi tenaga getaran pada butiran zarah dalam panel sekali gus menghasilkan tenaga elektrik arus terus (DC). SSH SKLM menggunakan panel solar PV daripada bahan silikon polihabluran (polycrystalline) jenama Sharp yang mempunyai jaminan jangka hayat selama 20 tahun untuk menghasilkan tenaga elektrik dengan kecekapan 100 peratus. Selepas tempoh itu, kecekapan penghasilan elektrik mula menurun sedikit demi sedikit seiring peningkatan usia penggunaan panel solar. "Di SKLM, ada enam susunan panel solar PV yang secara keseluruhan boleh menghasilkan tenaga elektrik berjumlah 40 kilowatt DC," kata Jurutera Pengurusan Projek TNBES, Johari Jalldin, 42. Disebabkan Malaysia berada di garisan Khatulistiwa yang menerima sinaran sang suria secara terus jadi, susunan panel solar tidak perlu terlalu condong seperti negara-negara di hemisfera utara atau selatan. Serap haba Namun begitu, susunan panel solar di SSH SKLM disusun secara sedikit miring pada sudut berukuran lapan darjah bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan. "Panel solar menyerap haba pada kapasiti maksimum selama 3.5 jam dalam tempoh sehari," kata Shahrir yang ditemui di Kluang, Johor awal November lalu. Selebihnya, penyerapan masih berlaku, tetapi tidak 100 peratus. Maka, jika dijumlahkan masa penyerapan maksimum secara keseluruhan dalam sebulan, lebih kurang empat hari panel solar PV dapat mengutip haba daripada pancaran cahaya matahari. Panel-panel diletakkan tinggi sedikit daripada permukaan tanah supaya ruang yang tinggal dapat memberi kesan penyejukan pada panel solar sekali gus dapat meningkatkan kecekapan alat tersebut. Tenaga elektrik DC yang diserap oleh panel ditukar menjadi arus ulang-alik (AC) oleh penyongsang (inverter) melalui Solar Charge Medium (SCM) untuk kegunaan sekolah. Lebihan tenaga elektrik yang tidak digunakan ketika tenaga dijana pada siang hari akan disimpan dalam penyimpanan bateri. Sebanyak 120 unit bateri yang mampu menampung kapasiti penyimpanan elektrik pada tahap maksimum iaitu 540 kilowatt perjam. Jika penyimpanan maksimum dibuat dan tiada penyerapan haba matahari daripada panel solar, bateri-bateri itu mampu memberikan bekalan tenaga selama 10 hari. Buatan Itali, ia merupakan bateri asid berplumbum dan boleh dikitar semula. Jangka hayatnya mampu bertahan paling kurang 10 tahun dan boleh dipanjangkan dengan penyelenggaraan yang baik serta berkala. Bateri juga merupakan bahagian yang paling banyak memakan kos pembinaan iaitu sekitar 30 peratus daripada jumlah keseluruhan. Sebiji bateri berharga kira-kira RM3,000. Sekiranya panel solar PV tidak dapat menjana tenaga elektrik dan simpanan tenaga dalam bateri kehabisan, maka generator akan berfungsi secara automatik. Kapasiti tangki minyak yang direka oleh TNBES bagi membekalkan diesel ke generator direka supaya dapat menampung penggunaan selama tiga bulan. Kesemua tata susunan sistem tersebut dapat dipantau pada skrin yang berada dalam bilik yang menempatkan inverter. Maklumat yang terpapar ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah supaya pengesan dan pembacaan data lebih cepat serta mudah dilakukan. Data-data seperti bacaan nombor penyerapan haba ditunjukkan dalam bentuk digital supaya lebih jelas dan tepat berbanding analog. Gambar rajah yang sama turut dipantau di ibu pejabat TNB terdekat menggunakan teknologi satelit. Maka, jika terdapat kelainan dalam sistem, bantuan awal dapat dihantar dan fungsi itu amat berguna bagi SSH Kampung Peroh dan SKLM kerana kedudukan antara kedua-dua lokasi dengan bandar Kluang lebih kurang 60 kilometer. Setiap tiga bulan, pasukan TNBES akan sampai ke lokasi terbabit bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahan diesel. "Kami melakukan penyelenggaraan dan pemeriksaan pada setiap bahagian sistem seperti panel solar PV, bateri dan generator," terang Jurutera Operasi dan Selenggara TNBES, Mahzanarul Ahza Mahamod, 29. Disebabkan reka bentuk panel solar yang miring, maka daun-daun yang gugur terkena permukaan alat tersebut akan jatuh ke tanah akhirnya. Cuci habuk Habuk-habuk yang terperangkap pula, boleh dicuci dengan air hujan secara beransur-ansur. Apabila TNBES datang melawat, kerja-kerja membersih dengan mengelap permukaan sahaja dibuat supaya kecekapan penyerapan dapat dimaksimum. Suhu dalam bilik penyimpanan bateri dan inverter sentiasa dikekalkan pada bacaan 18 darjah Celsius dengan menggunakan pendingin hawa bagi menyejukkan perkakas yang beroperasi 24 jam. Sama seperti penyelenggaraan bateri kereta yang memerlukan air bateri diisi pada masa-masa tertentu, bateri penyimpanan solar juga begitu. Selain itu, bacaan graviti spesifik (S.G) pada elektrolit diambil bagi mengetahui ketumpatan dan konsentrasi bahan. Dengan menggunakan alat dipanggil hidrometer, sedikit cecair dalam bateri diambil untuk dibuat bacaan. Bacaan itu penting untuk dipantau kerana nilai S.G akan menurun apabila bateri nyahcas. Bacaan S.G elektrolit bateri di SKLM ialah 1.24 kilogram per meter persegi. Selain dapat membekalkan bekalan elektrik 24 jam, SSH juga mampu mengurangkan pencemaran udara yang terhasil daripada generator yang berfungsi terlalu lama. Generator dalam sistem solar hibrid hanya bertindak sebagai sumber sokongan bekalan elektrik apabila sistem solar tidak mampu berfungsi 100 peratus. Penggunaannya terhad dan pada saat-saat terdesak sahaja. TNBES mempunyai kakitangan seramai 100 orang dan 30 daripadanya ialah jurutera. Terdapat sebanyak 42 buah SSH di seluruh Malaysia seperti di stesen kereta kabel di Gunung Machinchang, Pulau Langkawi, Sistem Solar Hibrid di Pulau Tinggi, Mersing dan Sistem Solar Hibrid di Kampung Denai, Rompin. Selain itu, tenaga elektrik diperbaharui minihidro turut dibangunkan oleh TNBES dan terdapat 28 buah di seluruh Malaysia, manakala kos pembinaan SSH SKLM. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:37 PM PST SEORANG wanita sedang berjalan sambil menjunjung sebuah besen di atas kepalanya. Di dalamnya terdapat beberapa ekor haiwan kecil yang comel bertompok-tompok warna hitam, coklat dan putih di sebuah kawasan di Karete, Republik Demokratik Congo. Haiwan berbulu itu adalah tikus belanda yang tergolong dalam kategori rodensia. Antara haiwan lain yang berada dalam kelompok sama ialah tikus, tupai dan landak. Lebih 500 ekor tikus belanda diagih-agihkan kepada penduduk tempatan oleh organisasi bukan berasaskan keuntungan sebagai sebahagian daripada program keselamatan makanan, Pasukan Tindakan Menentang Kelaparan (ACF) pertengahan bulan Februari lalu. Program itu memberi fokus dalam memberi bekalan nutrisi sekali gus mencegah masalah malnutrisi di kawasan-kawasan konflik. Itu merupakan sebuah eksperimen yang memberikan nilai tambah pada tikus belanda, iaitu bukan sekadar haiwan peliharaan. Para saintis menemui dan percaya haiwan itu bakal membantu menamatkan masalah kekurangan bekalan makanan di negara yang berdepan kehancuran akibat peperangan itu. Kebuluran Tikus belanda disimpan sebagai haiwan ternakan mikro di wilayah timur Kivu Utara dan Kivu Selatan, Congo. Kedua-dua wilayah itu berdepan daripada konflik perang selama berdekad-dekad. Konflik tersebut telah menyebabkan berjuta-juta manusia di situ mengalami kebuluran dan berdepan maut setiap hari. Makhluk berbulu itu mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi dan mampu menjadi bekalan makanan yang hebat berbanding ternakan konvensional seperti ayam atau babi. Kenyataan tersebut diakui oleh Pusat untuk Pertanian Tropika Antarabangsa (CIAT) yang merupakan sebuah institut penyelidikan yang berpusat di Colombia. "Ia merupakan sumber protein dan mikronutrisi di negara yang mempunyai kadar matnutrisi tertinggi di dunia," kata pegawai rasmi CIAT. "Bersaiz kecil dan mudah disembunyikan, tikus belanda dengan mudah menyesuaikan diri di zon-zon konflik yang sentiasa berdepan masalah kemiskinan ekstrem dan wilayah tanpa undang-undang. "Kebanyakan negara-negara seperti itu biasanya berlaku aktiviti menjarah haiwan ternakan tempatan," terangnya lagi. Haiwan itu turut mempunyai kelebihan lain, ia boleh diberi makan bahan buangan dapur dan secara relatif memerlukan kos pelaburan yang rendah berbanding ternakan lain. Paling penting, tikus belanda dapat melahirkan anak dengan cepat dengan tikus betina mampu menghasilkan anak kira-kira 10 hingga 15 ekor anak setiap tahun. "Tikus belanda juga berdepan jenis penyakit yang sedikit, tidak seperti babi, ayam atau arnab. Jika berlaku jangkitan penyakit, kadar penghasilan anak yang tinggi atau populasi boleh pulih semula dalam masa yang singkat," ujar pihak itu lagi. Tingkatkan pengeluaran Binatang comel itu dibela sebagai haiwan peliharaan di Eropah, tetapi dijadikan bahan makanan di Amerika Selatan terutamanya di Peru. Rasanya dikatakan boleh menandingi daging babi, ayam atau arnab. Tikus belanda merupakan haiwan natif Amerika Selatan dan sehingga kini masih lagi belum diketahui cara ia sampai ke Congo. Saintis-saintis di CIAT sedang melakukan penyelidikan bagi meningkatkan pengeluaran ternakan itu melalui sebuah projek yang dibiayai oleh kerajaan Jerman. Pada peringkat awal penyelidikan, ia menyasarkan pada babi, ayam dan itik. Kini, ia dikembangkan dengan memasukkan sekali tikus belanda. Kajian terhadap tikus belanda itu dijalankan di empat buah kampung Kivu Selatan bagi mencari cara terbaik meningkatkan kuantiti dan kualiti daging. "Tiada seorangpun saintis di sini yang berfikir bahawa tikus belanda boleh dijadikan pilihan diet ketika projek ini dimulakan. Sekarang, ia menjadi sesuatu yang sangat diperlukan," kata Michael Peters daripada CIAT. Ia sebenarnya lebih daripada sekadar menternak haiwan, ujar ahli sosiologi CIAT, Wanjiku Chiuri. Sebagai contoh, ramai suri rumah menggunakan hasil jualan haiwan ternakan untuk membayar yuran sekolah. Dalam masa yang sama, kanak-kanak dikatakan memberi sumbangan yang signifikan dalam memelihara haiwan ternakan. "Dengan meningkatkan produktiviti ternakan, kanak-kanak tidak lagi perlu menghabiskan masa yang lama untuk mencari makanan. "Sebaliknya, ia dapat meningkatkan peluang mereka untuk hadir dan memberi fokus sepenuhnya di sekolah," katanya lagi. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:36 PM PST PEMAIN industri mobil, HTC melancarkan telefon pintar terbaharu, HTC One dengan rekaan luaran yang lebih unik dan lain daripada lain iaitu rangka tunggal (unibody) sifar renggang. Ia diperbuat daripada aluminium menjadikannya lebih elegan. HTC One turut didatangkan bersama fungsi HTC BlinkFeed, HTC Zoe, HTC BoomSound dan HTC Sense. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HTC Corporation, Peter Chou, pengguna kini hidup dalam zaman informasi dan berita yang sentiasa dikemas kini pada masa nyata. "HTC One mengubah semula pengalaman menggunakan mobil dari peringkat asas mencerminkan realiti kehidupan baharu kini," katanya. Ciri paling ketara dapat dilihat ialah HTC BlinkFeed yang merupakan aliran langsung peribadi pada skrin depan. Ia mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini lama sosial, berita dan imej. HTC BlinkFeed membolehkan pengguna melihat segala maklumat terkini berkaitan dalam sekali pandang tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web berlainan. | ||
Posted: 06 Mar 2013 08:35 PM PST
APAKAH yang akan terjadi kepada Oscar Diggs yang pernah menjadi seorang ahli sihir terhebat dunia apabila dicampakkan ke Land of Oz yang asing baginya? Ikuti pengembaraan Oscar mencari identiti dirinya dalam dunia penuh warna-warni menerusi lakonan mantap James Franco dalam Oz The Great And Powerful. Membuka kalendar baharu bulan Mac ini, Layar Perak menyajikan beberapa santapan menarik lain antaranya filem aksi Snitch yang menceritakan pengorbanan seorang bapa demi menyelamatkan anaknya daripada dipenjarakan selama 30 tahun. Turut serta, sebuah filem aksi hebat lakonan Colin Farrel berjudul Dead Man Down. Colin memegang watak Victor, seorang pembunuh upahan yang mahu membalas dendam atas kisah hitam dalam hidupnya. Ingin saksikan Nicole Kidman melakonkan watak seorang wanita psiko? Filem seram Stoker ada jawapannya. Selain itu, dua buah filem tempatan turut menjengah panggung iaitu Cerita Kita dan Lawak Ke Der 2 serta sebuah filem berbahasa Kantonis berjudul Princess And Seven Kung Fu Masters. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |