Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia |
- Iqram Dinzly Merajuk
- Gambar Aliah Lee Terkini
- Ibu Doakan Naira Mikayla Jadi Anak Solehah
- Umrah dan Mimpi Kisah Cinta Linda, Beego
- Bila Sehaheizy Sam Memasak
Posted: 06 Mar 2013 10:14 PM PST Kasihan pula melihat Iqram Dinzly yang dikatakan merajuk akibat dek ditukarkan tempatnya sebagai pengacara melalui program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kepada Qi Razali. Namun bukanlah Qi yang mahu merampas kerjaya Iqram itu, namun itu semua adalah rancangan pihak penerbitan program tv itu yang inginkan Qi kembali bersama-sama JJCM "Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit" |
Posted: 06 Mar 2013 09:00 PM PST Nor Aliah Lee merupakan bekas isteri kepada produser, Aziz M. Osman. Namun Nor Aliah Lee telah membina rumahtangganya semula dengan seorang lelaki pilihan bernama Mohammad Zekri awal tahun 2010 yang lalu. Difaham kan dahulu Aliah pernah mengalami dua kali keguguran untuk mendapatkan zuriat pertama mereka, dan kini masih lagi berharap agar dapat dikurniakan anak hasil daripada perkahwinan mereka. Apa-apa pun semoga berbahagia. |
Ibu Doakan Naira Mikayla Jadi Anak Solehah Posted: 06 Mar 2013 08:17 PM PST Sudah menjangkau anak masuk 4 bulan usia anak Nabil, Naira Mikayla ni. Kalau nak diikutkan Ahmad Nabil sepertinya tiada laman sosial Instagram untuk memuat naik gambar anaknya melainkan Instagram isterinya. Melalui Instagram isteri Nabil ni, banyak photo anak Nabil dapat dilihat, nampaklah sihat-sihat sahaja Naira. Ibunya sempat memberi satu ucapan khas melalui memo/nota kepada anak ini supaya menjadi anak yang solehah kelak. Amin, -gambar Instagram Isteri Nabil |
Umrah dan Mimpi Kisah Cinta Linda, Beego Posted: 06 Mar 2013 06:56 PM PST Beego dan Linda Hashim akan mendirikan rumahtangga atau bernikah pada 7 Jun 2013 ini bertempat di masjid kawasan Wangsa maju. Dan 8 Jun pula adalah resepsi mereka di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dekat Ampang. Mengikut portal Murai, perkenalan Linda dengan Beego bermula ketika Linda menunaikan umrah di Makkah pada April 2011 dimana Beego menelefon Linda ketika Linda berada dihadapan Kaabah. "Saya terkejut apabila ketika berada di hadapan Kaabah, tiba-tiba saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada nombor Malaysia yang tidak dikenali.Lain pula kisahnya di dengan Beego, dimana dia menelefon Linda kerana terjaga dari bermimipi pelakon jelita itu. "Saya sebenarnya sudah lama menaruh harapan cinta kepada Linda tetapi belum pernah secara serius memberitahunya. Namun saya terkejut apabila mimpikan dia dan bila bangun pagi saya terus membuat panggilan kepada Linda untuk bertanyakan khabar.Dan tanpa membuang masa mereka bertunang pada Oktober 2012. Sweet kan? |
Posted: 06 Mar 2013 05:24 PM PST Memang jarang melihat selebriti lelaki memasak, tip top Shaheizy Sam sebenarnya pandai juga memasak. Bahan-bahan yang disediakan seperti gambar dibawah dan akhirnya siap menjadi satu hidangan digambar yang seterusnya. Gambar yang dimuatnaik dalam laman sosial itu menunjukkan yang Sam berada di rumahnya kemungkinan untuk makan malam bersama keluarganya. |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |