Sabtu, 30 November 2013

MummyNemo

MummyNemo


Luahan Hati Stacy Yang Dikatakan Meniru Imej Seseorang

Posted: 29 Nov 2013 06:00 PM PST

KEKERAPANNYA tampil dengan imej pelik menyebabkan Stacy mula dikritik segelintir peminat. Sebelum ini, dia dikatakan meniru imej penyanyi popular Miley Cyrus ketika tampil membuat persembahan pada acara Anugerah Planet Muzik 2013. Terbaharu, ketika membuat persembahan menerusi lagu Bosan semasa saingan separuh akhir Muzik Muzik ketiga pada minggu lalu, penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah [...]

Anggota PGA Terkandas Di Gunung Kinabalu[Gambar]

Posted: 29 Nov 2013 04:52 PM PST

Sekumpulan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berada dalam operasi latihan khas di Gunung Kinabalu telah terkandas selama tiga hari selepas salah seorang anggotanya mengalami ‘penyakit gunung’. Mereka dipercayai terkandas kira-kira 3,200 meter di sepanjang laluan sempit gunung di antara Masilou ke Timpohon dalam kawasan Taman Kinabalu sejak Rabu. Dilaporkan bahawa mangsa yang dikenali sebagai [...]

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2013

Posted: 29 Nov 2013 02:36 PM PST

 Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd berjudul Mawar Putih Tanda Perpisahan diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini pada malam Jumaat. Diterajui oleh pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Nad Zainal dan Ruminah Sidek, karya arahan Bade Azmi itu menewaskan drama lain seperti Aku Bukan Malaikat, Di [...]

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Sharnaaz: Tak nak ambil tahu hubungan Shila, Johan

Posted: 28 Nov 2013 08:22 PM PST

  • SharnaazSharnaaz

"HUBUNGAN saya dan dia dah lama berakhir dan apa jua yang berlaku dalam kehidupannya, saya tak mahu ambil tahu!". Itulah antara kata-kata tegas yang diucapkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, mengenai hubungan Shila dan Johan.

Menurut pelakon drama Ruby, ini, dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah penyanyi itu walau buruk mahupun baik.

"Jangan kaitkan saya dalam hal dia lagi! Saya rimas dengan situasi ini dan ini adalah punca mengapa saya mahu bersara dalam industri.

"Banyak gosip dan andaian yang bukan-bukan sehingga melukakan hati keluarga saya terutamanya ibu. Ini adalah amaran keras saya terhadap sesiapa yang cuba berbuat demikian.

"Sebelum ini, kenyataan ibu bapa Shila di media dan televisyen juga banyak menggores perasaan saya dengan pelbagai tuduhan. Jadi, hentikan semua ini dan biarkan hidup
saya lebih tenang," katanya yang bakal muncul dalam drama terbaharu, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Johan: Anggap Shila sebagai adik

Posted: 28 Nov 2013 08:21 PM PST

  • Johan Asari

MENERUSI laporan akhbar tempatan (bukan Sinar Harian), Johan mengakui sedang bercinta dan bakal berkahwin dengan bintang yang diberi jolokan, Pamela Anderson Malaysia itu.

Pelakon filem, Balada Pencinta, itu juga mendedahkan, dia nekad menyunting Lana pada hari ketiga perkenalan kerana desakan perasaan yang menggambarkan Lana adalah wanita yang dicarinya selama ini.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Shila sebelum ini, Johan berkata, dia hanya menganggap penyanyi itu sebagai adik.

"Seperti yang saya terangkan sebelum ini, hubungan saya dan Shila hanya seperti adik dan abang sahaja. Malah, ibu Shila yang saya anggap seperti ibu saya sendiri juga turut memberi restu.

"Shila gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan perjalanannya masih jauh. Shila sangat bertuah kerana keluarga sentiasa berada di belakangnya," katanya yang turut mendoakan kebahagiaan Shila di masa hadapan.

Kolaborasi dua negara, Stacy dan SM*SH

Posted: 28 Nov 2013 08:19 PM PST

  • Kolaborasi dua negara, Stacy dan SM*SH

STACY atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam yang popular dengan lagu-lagu berentak 'fast beat' kini muncul dengan lagu terbaharu hasil kolaborasi bersama kumpulan top dari Indonesia iaitu SM*SH.

Mempertaruhkan lagu 'Hello', ciptaan komposer Audi Mok dan Inu Numata, kolaborasi artis dari dua negara ini pastinya akan menarik perhatian ramai peminat di Malaysia dan Seberang.

Selain memiliki imej hampir sama, Stacy dan SM*SH, juga turut memperjuangkan 'muzik dance' yang menjadi kegilaan ramai anak muda zaman kini.

Menurut wakil AVP Music & Talent Department, Prakesh Swaminathan, gandingan Stacy dan SM*SH sangat Kolaborasi dua negara bertepatan memandangkan mereka mempunyai banyak persamaan.

"Imej Stacy yang sentiasa mengikut fesyen terkini dan mempunyai stail rambut ala-ala Miley Cyrus ini mempunyai karakter yang amat bertenaga dan merupakan penyanyi paling sesuai untuk digandingkan bersama SM*SH kerana mereka berdua membawa perwatakan atau imej yang sama semasa persembahan iaitu hebat dengan tarian bertenaga," katanya yang turut yakin gandingan itu akan mendapat
sokongan peminat.

Turut muncul dengan video klip lagu tersebut, Prakesh berkata, konsep yang dipaparkan dalam video itu juga mengambil kira rentak lagu dan juga imej 'muzik dance' Stacy dan SM*SH.

"Kita tahu stacy sangat disukai dan telah dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti 'Aku Stacy', 'Gagap' dan 'Bosan'.

Malah setiap video yang dihasilkan mempunyai kualiti tersendiri.

"Malah Stacy sekali lagi membuktikan kehebatannya menerusi video klip ini. Lebih menyerlah bila ia turut melibatkan kumpulan hot dari seberang, SM*SH yang sememangnya terkenal dengan tarian yang
cukup hebat dan bertenaga," katanya.

Bakal muncul dengan album khas tidak lama lagi, SM*SH dan juga Stacy juga bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan persembahan cukup hebat dan bertenaga pada hujung Disember ini.

Shila Amzah kecewa lagi?

Posted: 28 Nov 2013 08:16 PM PST

  • Shila Amzah kecewa lagi?

"Ku semai kasih di halaman kontang, jemu aku membaja tunasnya layu jua...." Lirik lagu kumpulan Scan ini, mungkin lebih dekat untuk membayangkan perasaan penyanyi cantik, Shila Amzah.

Mana tidaknya, hubungan teman mesra yang mendapat restu ibu bapa ini akhirnya kecundang di tengah jalan apabila pelakon, Johan Asaari, memilih pelakon seksi, Lana Nordin sebagai permaisuri hidupnya.

Walaupun Shila dan Johan tidak pernah mengaku sedang melalui fasa-fasa bahagia,  namun mereka dilihat mesra dan sering tampil bersama dalam majlis-majlis hiburan.

Malah, baru-baru ini, Shila dan Johan turut bersama-sama menghadiri majlis perkahwinan pelakon kacak, Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim.

Entah di mana silapnya, ini merupakan kekecewaan kedua Shila apabila hubungan cintanya bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad, berakhir kerana gagal mendapat restu orang tua.

Keputusan Johan nyata memberi tamparan hebat kepada Shila, malah menerusi akaun mikro, Twitter, Shila turut menulis beberapa bait yang menggambarkan perasaannya.

Antaranya, Shila turut menulis, "Pilih.. Jaga hati.. dan fikiran.. Pilih yang terbaik.. Jangan biar diri kecundang dek perasaan.. Biar terus mara ke depan ikut kewarasan..".

Usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada pelantun lagu, Masih Aku Cinta ini, tidak berhasil apabila talian telefon tidak aktif.

Pun begitu, Shila sangat terbuka berkongsi perasaannya bersama pengikut di Twitter dan Instagram dan memberitahu dia menerima segala ketentuan takdir buatnya.

"Tak apa, jodoh ALLAH yang tentukan, Sha terima siapa pun jodoh Sha. Doakan yang terbaik lagipun ALLAH tahu dan ada hikmah semuanya," katanya yang menjawab respons peminat.

Selain itu, Shila juga turut berjanji, tidak akan mengulangi perbuatan yang mengaibkan dirinya dan keluarga seperti sebelum ini.

‘Masak dari hati, masak dengan iman’

Posted: 28 Nov 2013 08:13 PM PST

  • 'Masak dari hati, masak dengan iman'

PENAMPILAN cukup bersahaja. Malah, keletahnya sangat selamba! Dua tagline yang selalu disebut-sebutnya ialah 'Suka-suka hati' dan 'Masak dari hati, masak dengan iman', benar-benar menawan hati.

Tetapi, itulah yang menarik perhatian penonton untuk melihat aksinya memasak dalam rancangan masakan Hidangan Barakah, yang disiarkan pada Ramadan tahun lalu di stesen TV Al Hijrah saluran 114.

Dek kerana itu juga, empunya nama, Chef Ammar Al Ali ini,  terus diberi tanggungjawab mengendalikan rancangan masakannya sendiri yang berjudul Chef Ammar.

Masih lagi mengekalkan gaya sama, ternyata program masakan Chef Ammar berjaya menaikkan rating stesen TV berkenaan.

Sudah memasuki musim ketiga sejak Aidiladha lalu, rancangan ini yang disiarkan setiap Ahad, jam 11 pagi ternyata menggamit hati penonton untuk terus melekat depan kaca televisyen.

Selain daripada aksinya itu, apakah yang membuatkan program masakan itu begitu menarik?

Rata-rata maklum balas yang diterima daripada penonton rancangan berkenaan memberitahu, kelainan program yang ditampilkan adalah kekuatan utamanya.

Meskipun ia hanyalah satu program masakan  Arab Mediterranean tetapi ia telah diberi nafas baharu dengan memaparkan jenis-jenis masakan mengikut cara Islamik.

Jelas Chef Ammar, suntikan elemen itu dibuat supaya masyarakat tidak lagi dimomokkan dengan kebosanan ketika menghadiri ceramah agama.

"Bayangkan anda diberi dua pilihan. Satu ceramah agama dan satu lagi ke program masakan. Mana satu yang anda pilih? Semestinya anda akan pilih ke program masakan bukan? Kenapa? Kerana ia lebih seronok," katanya kepada Sinar Harian ketika bertemu di studio masakannya di USJ, kelmarin.

Katanya, program berkenaan ibarat misi serampang dua mata iaitu memasak sambil berdakwah.

"Gabungan elemen Islamik seperti doa, bacaan zikir dan al-Quran dalam program ini adalah penyeri agar ia lebih menyeronokkan. Seperti tagline saya 'masak dari hati, masak dengan iman', maksudnya hati gembira boleh memberi keputusan yang bagus.

"Begitu juga dengan masakan, jika kita memasak dari hati gembira, pasti makanan yang dihasilkan cukup sedap. Apatah lagi memasak itu adalah jiwa," katanya sambil berseloroh.

Tambahnya lagi, Hidangan Barakah adalah  program masakan pertama seumpamanya di negara ini yang dimulakan dengan doa, bacaan zikir dan al-Quran.

"Idea itu kemudiannya  dibawa pada program masakan saya sendiri, Chef Ammar dan ternyata ia mendapat sambutan daripada penonton," katanya.

Melalui program masakannya, Chef Ammar, ternyata dia tidak lokek untuk berkongsi rahsia masakan terutamanya mengenai masakan Arab Mediterranean kepada  penonton.

"Saya kongsi semua rahsia masakan bersama penonton. Ibu (Se Ham Al Najar) pernah berpesan kepada saya agar berkongsi ilmu. Walaupun rahsia masakan itu didedahkan, rasa masakan yang dihasilkan tetap berbeza mengikut cita rasa individu," katanya yang meminati bidang kulinari sejak kecil.

Tidak terhad kepada resipi sahaja, Chef Ammar turut berkongsi pelbagai tip ketika berada di dapur seperti pembahagian masa, cara penjimatan, penggunaan makanan sunah dan cara memilih, memotong dan mencuci bahan masakan.

"Selain menitikberatkan soal kesihatan, peraturan utama memasak adalah terletak pada pembahagian masa di dapur.

"Masakan yang ambil masa lama perlu dilakukan terlebih dahulu, manakala masakan yang dapat siap cepat boleh dibuat di waktu akhir.

"Memasak adalah satu perkara mudah. Ia tidak mendatangkan beban khasnya kepada mereka yang berkerjaya," katanya.

Secara tidak langsung, katanya, program masakan yang dikendalikannya itu mampu mendidik orang ramai khususnya dalam bidang kulinari.

"Itulah tujuan utama saya, mendidik orang ramai lebih-lebih lagi dengan menggunakan bahan masakan yang terdiri daripada makanan sunah seperti buah delima, anggur, kurma, rehan dan daun selasih yang ada disebut di dalam al-Quran.

"Kalau mengenai penjimatan pula, contohnya seperti menggunakan lebihan minyak bagi masakan daging atau ayam yang boleh diguna pakai semula untuk memasak nasi," jelasnya.

Kurang mengenali masakan Arab

Ketika bertemu di studio masakannya, Chef Ammar menghidangkan tetamunya dengan Nasi Kabsa berlauk daging kambing.

Katanya, Nasi Kabsa adalah salah satu masakan Arab selain daripada Nasi Mandy yang menjadi sebutan oleh masyarakat tempatan.

"Masakan Arab dapat ditakrifkan sebagai pelbagai masakan serantau di Dunia Arab atau Timur Tengah yang menjangkau dari Maghribi, Tunisia, Yaman, Somalia, Sepanyol, Morroco, Turki, Lubnan, Afghanistan, Iran dan negara serantaunya yang lain.

"Nasi Mandy adalah salah satunya. Ia berasal dari Yaman. Masakan Arab lain seperti Nasi Kuskus (Magribi, Tunisia), Nasi Kebuli (Yaman), Nasi Bukhari (Uzbezkistan) dan Nasi Kabsa (Arab Saudi).

"Setiap masakan Arab itu bercirikan sesebuah negara kerana lazimnya ia dijadikan makanan ruji bagi negara tersebut," katanya.

Tambahnya, setiap masakan Arab terletak pada ramuan rempahnya, selain penggunaan beras istimewa serta berlaukkan daging kambing atau ayam panggang yang lembut.

Pada masa sama, Chef Ammar mengeluarkan rempah asli bagi masakan Arab yang diciptanya sendiri yang hanya boleh didapati di kedai Arab terpilih.

"Setakat ini, ada tiga rempah yang dihasilkan iaitu rempah Mandy, Kabsah dan Bukhari bermula dari harga RM18 hingga RM22. Insya-ALLAH, setiap dua bulan saya akan cuba untuk keluarkan produk rempah baharu," katanya yang juga menyukai masakan Melayu.

Studio masakan

Bapa tiga anak ini adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan pernah bekerja sebagai chef di beberapa hotel di negara ini. Untuk lebih dekat dengan peminatnya, Chef Ammar membuka studio masakannya sendiri di USJ dan membuka kelas masakan pada setiap Sabtu dan Ahad.

"Kelas masakan ini untuk mengajar cara masakan berdasarkan Islamik dan berkongsi pelbagai resipi masakan. Terdapat dua sesi pengajaran iaitu sebelah pagi dan petang dan setiap sesi pengajaran terhad kepada 10 peserta.

"Saya tidak mahu menyusahkan orang,  dengan mengambil masa mereka terlalu banyak sehingga ada di kalangan peserta gelisah apabila mengikuti kelas saya nanti.

"Cukuplah beberapa jam dalam kelas berkenaan dan impaknya memberi kesan kepada peserta," katanya yang fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Ketika ditanya adakah dia berhasrat untuk membuka sebuah restoran, Chef Ammar sambil menggeleng kepala memberitahu:

"Restoran memerlukan 200 peratus perhatian daripada saya. Saya khuatir tidak dapat melakukannya. Kasihan apabila pelanggan datang ke restoran berhasrat untuk jumpa saya, tapi saya tiada pula.

"Jadi, biarlah saya dengan cara begini. Jika mereka nak merasa masakan saya, saya alu-alukan kedatangan mereka ke studio saya," jelasnya sambil memberitahu dia lebih suka isterinya yang merupakan warga tempatan memasak ketika berada di rumah.

Izzat peserta pertama tersingkir

Posted: 28 Nov 2013 08:12 PM PST

  • Izzat Fathi Hisham

SETELAH dua minggu bersiaran, akhirnya Izzat atau nama sebenarnya Izzat Fathi Hisham dari Pantai Remis, Perak menjadi peserta pertama yang tersingkir menerusi program pencarian pendakwah muda, Pencetus Ummah.

Penyingkiran Izzat diumumkan oleh pengacara program itu, Dr Ridhuan Tee Abdullah yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis), Kajang.

Pakar Motivasi itu terpaksa meninggalkan Pencetus Ummah setelah mendapat undian terendah berbanding 11 saingannya yang lain.

Sebelum itu, anak muda berusia 24 tahun itu berada di tangga tiga terbawah bersama dua peserta lain iaitu Fidz atau Mohd Hafidz Mohd Zawawi dan Salman atau nama sebenarnya Salman Maslori menerusi persembahan mereka di minggu pertama program itu.

Jumlah pemarkahan dibuat berdasarkan 100 peratus keputusan juri namun nasib tiga peserta terbawah ditentukan oleh undian penonton.

Pencetus Ummah adalah sebuah program realiti Islamik terbaru yang menggunakan pendekatan baru dalam berdakwah.

Bertemakan Duniaku Dakwahku, program ini bertujuan untuk meneruskan legasi membentuk masyarakat terutama anak muda ke arah perilaku yang lebih baik dan berakhlak mulia.

Demi mencapai perkara itu, setiap peserta program juga diberi tunjuk ajar oleh fasilitator atau mimbar berkebolehan iaitu Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, Ustaz Zulkefli Hamat dan Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak.
Barisan juri tetap pula ialah Datuk Abu Hassan dan Abby Fana manakala Imam Muda Asyraf menjadi juri undangan pada malam tadi.

Dengan penyingkiran Izzat, kini tinggal 11 bintang bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Syazwan Zulkifly Mengaku Silap Timbulkan Masalah

Posted: 28 Nov 2013 08:10 PM PST


Syazwan Zulkifly
PETALING JAYA: Pelakon Syazwan Zulkifly menjelaskan kegagalannya menjayakan sebuah drama terbitan Primeworks Studio baru-baru ini adalah disebabkan kesilapannya dalam menyusun jadual kerja.
Syazwan, 26, berkata, dia terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir apabila menyedari tarikh penggambaran tersebut bertindan dengan penggambaran drama yang sedang dijalankan di luar negara.
"Saya tidak mempunyai pengurus peribadi, jadi jadual kerja, saya atur sendiri dan hanya ingat di kepala, bila saya sedar tarikh penggambaran tersebut bertindih dengan tarikh penggambaran telefilem Suamiku Encik Perfect 10 di London.
"Saya mengaku ia terjadi kerana kesilapan saya dan saya sudah minta maaf kepada pihak produksi tersebut. Saya tahu sukar untuk mencari pengganti pada saat-saat akhir," katanya kepada mStar Online.
Syazwan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang salah faham di antara dia dengan pihak produksi apabila dia dikatakan menarik diri pada saat-saat akhir penggambaran drama Terukir Di Bintang terbitan Primeworks, anak syarikat TV3.
Syazwan dikatakan menarik diri semata-mata untuk menjayakan penggambaran di London dengan sebuah produksi lain.
"Saya tidak boleh tarik diri untuk ke London kerana penggambaran sudah dilakukan separuh di Malaysia. Lagi pula drama Terukir Di Bintang itu belum mula penggambaran," katanya.
Bagaimanapun, Syazwan berkata, dia kesal dengan perkara tersebut dan sudah meminta maaf dengan pihak yang terlibat.
"Saya kesal sangat kesal dengan kesilapan itu, namun Alhamdulillah semuanya sudah selesai," katanya.

'Fizz Fairuz Tarik Diri, Bukan Kami Singkir' - TV3

Posted: 28 Nov 2013 08:09 PM PST


Fizz Fairuz
PETALING JAYA: TV3 menepis dakwaan stesen televisyen itu telah menyingkirkan pelakon Fizz Fairuz dalam Liga Lawak Superstar sebaliknya pelakon itu yang memohon untuk menarik diri.
TV3 dalam satu kenyataan yang di e-mel kepada mStar Online pada Khamis berkata, Fizz berbuat demikian kerana dia tidak dapat memberi komitmen sepenuh masa kepada program tersebut.
"Semasa pihak kami memberi tawaran kepada Fizz untuk menyertai LLS, segala informasi mengenai program termasuklah tarikh jadual program telah diterangkan oleh pihak produksi kepadanya dengan jelas.
"Jadi, apabila dia bersetuju menjadi salah seorang peserta LLS, pihak kami menganggap beliau sudah bersedia memberi 100 peratus komitmen terhadap program ini daripada mula sehingga berakhirnya LLS musim pertama," kata kenyataan media tersebut.
Pada siaran langsung LLS Ahad lalu, pihak TV3 mengumumkan Fizz yang merupakan ahli kumpulan Apa Kasih Toq (AKT) bersama dengan Kamal Adli dan Didie Alias telah menarik diri daripada menyertai program tersebut kerana mempunyai masalah tertentu.
Bagaimanapun pada hari sama, Fizz mengeluarkan status di Twitter miliknya mengatakan dia sebenarnya disingkirkan oleh pihak stesen televisyen itu.
mStar Online pada Khamis kemudian melaporkan Kamal terkilan apabila mendapati tindakan Fizz itu disebabkan dia mahu ke United Kingdom bersama syarikat mutiara, Rafflesia bagi menyaksikan perlawanan Liga Inggeris antara kelab Cardiff City menentang Manchester United (MU) pada 24 November lalu.
Turut menyertai rombongan itu ialah Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly.
Sementara itu, menurut kenyataan TV3, menurut perjanjiannya jika salah seorang peserta dalam sesebuah kumpulan tidak dapat memberi komitmen pada jadual yang diberikan, kesemua ahli kumpulan hendaklah menarik diri daripada program tersebut.
Bagaimanapun dalam kes ini pihak TV3 boleh bertolak ansur dengan memberi peluang kepada Didie dan Kamal meneruskan perjuangan dengan mencari ahli baharu menggantikan Fizz dan mereka memilih Syafiq Kyle.
"Untuk bersikap adil, pihak kami memberi peluang kepada Didie dan Kamal untuk meneruskan perjuangan mereka dan turut diberi pilihan sama ada mereka mahu terus kekal berdua atau mereka boleh memilih ahli baru daripada kalangan peserta yang sudah tersingkir awal.
"Selepas membuat perbincangan, Didie dan Kamal membuat keputusan untuk mengambil Syafiq Kyle sebagai pengganti kerana merasakan pelakon itu mempunyai potensi dalam membantu kumpulan AKT meneruskan pertandingan hingga ke peringkat akhir," katanya.

Azad terima 13 jahitan di kaki

Posted: 28 Nov 2013 08:08 PM PST

  • Azad JasminAzad Jasmin

GARA-gara sekotak rokok, pelakon Azad Jasmin terpaksa menahan sakit dan menerima 13 jahitan di bahagian kaki setelah terjatuh ke dalam longkang.

Jelas Azad, kejadian tersebut berlaku di depan sebuah kedai serba guna di Puchong selepas dia membeli sekotak rokok, minggu lalu.

"Saya pun tak tahu macam mana perkara ini boleh jadi, sebab masa saya berjalan ke kereta selepas beli rokok, saya terjatuh dalam longkang.

"Nasib baik kejadian tersebut disedari sekumpulan orang awam, dan mereka terus datang membantu saya. Kebetulan ada klinik sebelah kedai tersebut dan mereka bawa saya ke situ," jelasnya sambil ketawa kerana terkenang kembali insiden tersebut.

Azad berkata, lebih malang lagi, ketika menerima rawatan, dia dimarahi pula oleh doktor di klinik terbabit.

"Dia tanya saya macam mana boleh jatuh dan bila dia tahu saya jatuh kerana beli rokok, dia terus marah saya.

"Malah dia turut jelaskan saya bahaya rokok dan ketika diberi jahitan, dia tidak bius saya. Tetapi bila dengar dia bercerita, saya terus lupa kesakitan dijahit itu," katanya.

SH : Bergaul dengan kaum India

Sementara itu, bercerita mengenai wataknya dalam filem Kolumpo, Azad berkata dia membawakan watak utama sebagai Rahul, pemuda dari Mumbai, India yang datang ke Malaysia kerana ditawarkan bekerja sebagai pereka grafik.

Ujar Azad, demi menghidupkan watak tersebut, dia secara sukarela tinggal dan bergaul dengan orang India selama sebulan.

"Ini kali pertama saya memegang watak utama dan memerlukan saya bertutur dalam bahasa Tamil. Selama sebulan saya tinggal dengan orang India, di Sungai Penchala.

"Ada di kalangan mereka memang berasal dari negara India. Sepanjang tempoh itu saya belajar cara bercakap, cara makan, pergerakan badan", katanya.

Kolumpo diarahkan oleh Sheikh Munasar, Bront Palarae dan Rozi Izma. Filem yang bakal ditayangkan mulai 5 Disember ini, memaparkan tiga cerita berbeza dengan berlatar belakangkan kehidupan di Kuala Lumpur.

Selain Azad, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Ruminah Sidek, Nell Ng, Mano Maniam, Soffi Jikan, Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Along Eyzandy, Radhi Khalid dan Emely Poon.

Sharnaaz Dilarang Bersara, Buat Keputusan Tergesa-Gesa

Posted: 28 Nov 2013 08:07 PM PST


Sharnaaz Ahmad
KUALA LUMPUR: Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata, keputusannya untuk bersara dalam dunia lakonan mendapat bantahan ramai terutamanya pengarah dan penerbit drama tempatan.
Menurut Sharnaaz, antara individu yang menghubunginya termasuklah pengarah Shirin Khuzaimi, Michael Ang, Bade Azmi dan penerbit Sheila Rusly yang menasihatinya agar berfikir dahulu sebelum membuat keputusan meninggalkan industri seni tempatan.
"Selepas membuat kenyataan ingin bersara, saya tidak sangka ramai yang memberi pelbagai respons dan ramai juga penggiat seni menghubungi saya dan memberi pelbagai nasihat.
"Mereka kata industri seni kita sedang tenat dan memerlukan pelakon yang mempunyai ideologi dan pembawaan tersendiri. Dan kerana itu, mereka meminta saya untuk fikir betul-betul sebelum membuat keputusan," katanya.
Sharnaaz ditemui pada pratonton drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Hotel Best Western Premier Dua Sentral di sini pada Khamis.
Pada Isnin lalu, Sharnaaz menerusi laporan sebuah akhbar menyatakan ingin bersara daripada dunia lakonan dan kembali semula bekerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas selepas berlakon Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Keputusan itu dibuat selepas dia berasa tertekan dengan pelbagai kontroversi yang membabitkannya selama ini.
Bagaimanapun tambah Sharnaaz, dia mengakui kenyataannya itu bersifat tergesa-gesa kerana dia lupa bahawa jadual lakonannya sudah pun disusun sehingga Jun tahun depan.
"Saya lupa pula yang saya dah berjanji secara lisan dengan beberapa syarikat produksi untuk bekerjasama dalam beberapa drama.
"Memandangkan saya sudah berjanji, maka saya akan siapkan kesemua kerja dan kemudian baru berfikir semula dengan niat mahu bersara itu. Tetapi jujurnya, saya memang dah nekad," ujarnya.

Gafim Mahu Ambil Alih Anjur FFM25 Sepenuhnya

Posted: 28 Nov 2013 08:04 PM PST


Jurey Latiff
KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) akan berusaha untuk mendapatkan peluang bagi mengendalikan sepenuhnya Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM26) daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Presiden gabungan itu, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya bersedia memikul tanggungjawab dalam menganjurkan semula anugerah berprestij tersebut yang sebelum ini dikendalikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
"Kita sudah menghantar surat kepada kementerian pada Oktober lalu untuk mendapatkan hak penganjuran FFM26, namun sehingga kini belum menerima apa-apa maklum balas.
"Jika kami dapat hak penganjuran tersebut ia secara tidak langsung dapat mengurangkan beban Finas yang mana acara itu bukan di bawah tanggungjawab agensi tersebut," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat agung Gafim 2013, di sini, Khamis.
Bagaimanapun, tambah Jurey, pihaknya memerlukan masa dan peruntukkan yang mencukupi dalam membuat persediaan penganjuran tersebut.
"Saya difahamkan FFM26 yang sepatutnya dilakukan pada Februari tahun depan ditunda ke bulan Ogos (2014). Kalau boleh jika kami diberi peluang tersebut kami memerlukan masa dan bajet yang mencukupi.
"Setidak-tidaknya kami dapat merancang lapan bulan daripada sekarang agar acara tersebut dapat dianjurkan dengan sempurna dan berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, dalam mesyuarat tersebut juga semua ahli Gafim membincangkan hal dalam memperkasakan peranan gabungan itu untuk menjadi satu suara yang mewakili persatuan.
Jelasnya, setiap persatuan yang berada dalam Gafim mempunyai peranan dan objektif masing-masing.
"Gafim bukan suara sebuah persatuan sebaliknya gabungan suara daripada 11 persatuan di bawahnya.
"Setiap persatuan mempunyai peranan yang tersendiri dan fungsi yang berbeza-beza dalam mengerakkan industri seni tanah air. Oleh itu tidak timbul isu dalam mempertikaikan fungsi gabungan dalam Gafim," katanya.
11 persatuan yang bernaung di bawah Gafim ialah Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanah air (Papita), Persatuan Artis Cina Malaysia (Amca) dan Persatuan Pengarah Filem Malsyia (Fdam).
Turut bernaung ialah Persatuan Penyair Kebangsaan Malaysia (Penyair), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (Miewa), Persatuan Syarikat Pos Produksi & Animasi Malaysia (Postam) dan Persatuan Penulis Kreatif Malaysia (CGM).
Gafim juga turut mempunyai persatuan baharu iaitu Persatuan Dayak Filem Sarawak.

Pengusaha restoran Bumiputera teraniaya

Posted: 28 Nov 2013 07:58 PM PST

  • Pengusaha restoran teraniayaIthnin (kiri) dan Adli menunjukkan gambar beberapa kedai yang berniaga di tepi bangunan, namun tiada tindakan diambil MBMB.

BANDARAYA MELAKA - Pengusaha sebuah restoran Bumiputera di bandar ini meminta jasa baik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan segera permohonan lesen perniagaannya.

Ithnin Ahmad, 66, yang mengusahakan Restoran Barkat Roti John Asli dan Ayam Golek mendakwa sukar mendapat lesen sehingga dia dikompaun penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu pada 25 Oktober lalu, biarpun proses rayuan dilakukan 7 Oktober lalu.

Menurutnya, pada 24 April lalu, menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Perlesenan MBMB menolak rayuan dan mengarahkannya memecah struktur binaan kekal di bahagian belakang, selain menolak papan iklan di dinding bangunan.

Dia yang 35 tahun berniaga roti john sudah membelanjakan RM200,000 mengubahsuai restoran itu selepas berpindah dari Cheng untuk mengembangkan perniagaan.

Malah, katanya, dia turut diminta mengaku kesalahan dan merobohkan bahagian yang ditambah sebelum dibenarkan memperoleh lesen perniagaan sementara.

"Lesen perniagaan ini dipohon lebih kurang sebulan sebelum memulakan perniagaan Mei lalu tetapi ditolak.

"Bukan saya membelakangkan undang-undang tetapi saya masih dalam proses rayuan. Pada masa sama saya juga terpaksa meneruskan perniagaan kerana perlu membayar sewa dua unit kedai sebanyak RM2,500 selain gaji pekerja,"

"Saya merayu sekali lagi kepada Datuk Bandar, Datuk Zainal Abu tetapi masih belum mendapat maklum balas," katanya semasa ditemui kedai berkenaan di Taman Bachang Utama, di sini, semalam.

Ithnin berkata, struktur binaan kekal di bahagian belakang untuk mencuci pinggan mangkuk dan segala kotoran ditapis menerusi dua penapis yang disalurkan ke Indah Water tanpa mengganggu aliran longkang.

Menurutnya, tong gas dan tangki penapis air turut diletakkan di bahagian belakang sebagai langkah keselamatan dan bertujuan menjaga tahap kebersihan restoran.

Sementara itu, anaknya, Mohd Adli turut berasa terkilan terhadap segelintir pegawai MBMB tidak menyokong inspirasi Ketua Menteri untuk membantu peniaga Bumiputera.

"Sepatutnya mereka bantu beri cadangan kepada peniaga kecil bagaimana untuk baiki perniagaan, bukan mengarah pecah itu ini tanpa fikirkan ia semua adalah modal," katanya.

"Akibat masalah ini, peniaga akan teraniaya," katanya.

Butiran diri diperguna sindiket

Posted: 28 Nov 2013 07:56 PM PST

  • Butiran diri diperguna sindiketZatamah memeriksa penggunaan namanya di laman sosial yang turut mengundang caci maki orang ramai disebabkan sindiket penipuan itu.

KUANTAN – Dipergunakan sindiket penipuan rumah sewa, nama seorang kakitangan awam, Zatamah Yahya, 52 melonjak secara tiba-tiba di internet terutamanya di laman web sewa beli seperti Ibilik.com dan Majalah.com.

Hasil enjin pencarian "Zaharah Yahya" menerusi Google mendapati nama itu menjadi perbualan hangat dan caci hamun orang ramai kerana didakwa menjadi dalang satu sindiket penipuan rumah sewa di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, pemilik nama berkenaan yang kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan menafikan sekerasnya dakwaan itu danmengaku butir-butir peribadinya telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Zaharah berkata, dia sudah menyedari tentang kes berkenaan sejak Jun lalu apabila salah seorang mangsa yang ditipu berjaya menghubunginya selepas pihak menabur janji lesap begitu sahaja.
"Saya terkejut apabila beberapa mangsa menelefon saya menerusi talian pejabat dan mereka meminta penjelasan tentang bayaran deposit rumah sewa yang telah dijelaskan.

"Saya tidak tahu menahu tentang perkara itu dan apabila diselidik di internet, ada pihak menggunakan nama dan nombor kad pengenalan saya.

"Saya syak nama dan maklumat diri diambil menerusi blog JKM serta dengan menggunakan maklumat itu ramai yang sudah menjadi mangsa.

"Ada yang kerugian hampir mencecah RM2,000, dan paling kurang RM100 serta mereka dikaburi dengan gambar rumah yang ditunjukkan menerusi e-mal serta tanpa ragu-ragu terus membuat pemindahan wang deposit.

"Apabila dihubungi semula sudah tidak dapat dikesan dan selepas itu barulah mangsa selidik serta berjaya mendapatkan nombor saya menerusi laman web JKM.

"Pihak tidak bertanggungjawab telah menggunakan nama dan butiran diri menyebabkan orang di luar sana mudah percaya tanpa berfikir panjang mereka sebenarnya sudah terperangkap," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis mengenai kes itu sejak lima bulan lalu tetapi sehingga kini aktiviti penipuan menggunakan namanya didapati masih aktif.

"Nama baik saya tercemar kerana kes ini, orang lain yang kaut untung dengan menipu tetapi saya menerima akibatnya termasuk dimaki hamun di laman sosial.

"Walaupun sudah lama membuat laporan polis, kes ini didapati masih aktif sekarang dan jika dilihat menerusi laman sosial kes terbaru masih menggunakan nama saya ialah pada Oktober serta November.

"Walaupun menggunakan butiran diri saya, pihak berkenaan menggunakan akuan di atas nama sebuah syarikat bagi urusan pembayaran wang deposit.

"Saya hairan kenapa akuan berkenaan masih aktif dan tidak dibekukan bagi mengelak lebih ramai tertipu.

"Penipuan ini agak teliti kerana turut disertakan dengan surat perjanjian dan saya amat berharap ia ditumpaskan segera supaya dapat membersihkan nama saya, sekali gus mengelak lebih ramai tertipu," katanya.

Amuk sebab bapa berleter

Posted: 28 Nov 2013 07:49 PM PST

  • Amuk sebab bapa berleterTertuduh (kiri) keluar dari mahkamah untuk dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman.

KOTA BHARU - Amukan seorang buruh terhadap bapa yang meleterinya, 8 November lalu, mengundang padah apabila dihukum penjara dua tahun enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad selepas tertuduh bukan sahaja khianat dan pukul, malah mengaku bersalah mengugut untuk membakar rumah serta membunuh bapanya itu.

Kesalahan dilakukan Mohd Haswandi Mohd Reduan, 28, terhadap Mat Reduan Ab Kadir, 49, di alamat Padang Demit Kubang Kerian di sini, pada jam 10 malam.

Ketika merayu, Mohd Haswandi memberitahui mahkamah, tindakannya itu berpunca daripada bapa yang berleter supaya membuat simpanan duit gajinya untuk masa depan.

"Masa itu saya baru balik kerja, saya belum makan nasi tetapi dia sudah berleter. Saya tidak sengaja tuan. Mohon hukuman saya diringankan," katanya.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusuf memohon supaya hukuman setimpal dan berat dikenakan terhadap tertuduh kerana kesalahan serius yang dilakukannya lebih-lebih lagi melibatkan bapanya sendiri.

"Perbuatan tertuduh menyebabkan kerugian kepada bapanya dan mohon mahkamah mengambil kira faktor usia mangsa yang sudah tua, tetapi, tertuduh masih tergamak buat begitu," katanya.

Pada tuduhan pertama, tertuduh dikenakan hukuman penjara dua tahun kerana mengugut untuk membakar rumah dan membunuh mangsa serta mengacu parang terhadap bapanya itu.

Kedua, dia dihukum penjara setahun akibat khianat dengan memecahkan cermin kereta Mercedez menggunakan besi absorber motosikal kerana niat menyebabkan kerugian dan kebinasaan kepada harta itu.

Manakala tuduhan ketiga, tertuduh dihukum penjara enam bulan selepas mengaku mendatangkan kecederaan kepada mangsa dengan memukul kakinya menggunakan kayu.

Berdasarkan fakta, kejadian berpunca daripada tertuduh memarahi adiknya yang didakwa bising kerana meminta air ketika ibu bapa mereka sedang makan.

Nik Habri mengarahkan semua hukuman itu berkuat kuasa serentak daripada tarikh dia ditahan, sehari selepas kejadian.

Lagenda semut Kok Kiak

Posted: 28 Nov 2013 07:47 PM PST

  • Lagenda semut Kok KiakPenduduk menunjukkan busut yang masih terdapat di kampung Kok Kiak.

MACHANG - Kedudukannya yang dikelilingi bukit dan sungai, nama yang unik dan suasana kampung yang mendamaikan, menjadikan Kampung Kok Kiak, dekat sini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Melalui jalan kecil di tepi sawah padi dan parit tali air melahirkan suasana harmoni dan menyamankan, terutamanya bagi mereka yang sering berdepan kesibukan kota dan kesesakan lalu lintas.

Pada awal pembukaannya sekitar tahun 1880-an, kawasan kampung itu dikatakan dipenuhi busut semut dan haiwan itu akan keluar memenuhi kawasan kampung mulai waktu Maghrib.


Semut penuhi ruang kampung

Pengerusi Gerakan Daya Wawasan (GDW) kampung, Amran Fauzi berkata, dahulu orang kampung jarang pakai selipar tetapi penduduk di sini berbeza sedikit.

"Kalau tak pakai selipar untuk ke madrasah atau keluar rumah selepas waktu Maghrib, memang tak boleh berjalan. Semut yang dipanggil 'Kok Kiak' itu memenuhi setiap ruang kampung.

"Kok Kiak ini bukan semut biasa tetapi mempunyai badan yang besar dan penyengat. Kalau ia gigit, sengatnya akan melekat di tempat yang digigit.

"Memang sakit dan adakalanya berdarah. Mungkin sebab itu mereka namakan kampung ini Kok Kiak," ceritanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Keturunan diraja

Amran berkata, kampung itu dibuka sekumpulan keluarga diraja dan keturunannya masih kekal di situ biarpun penduduk semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Katanya, kampung kecil yang terletak berdekatan Kampung Baka itu mempunyai kira-kira 370 penduduk dengan 100 keluarga dan kebanyakan penduduk terdiri dari kalangan warga emas serta anak-anak yang masih belajar.

Tambahnya, ramai penduduk mula keluar kampung apabila tamat pengajian sekolah menengah bagi menyambung pengajian dan juga mencari pekerjaan di kota.

"Kebanyakan penduduk di sini masih menjalankan kerja-kerja pertanian seperti menanam padi dan sayuran, selain menoreh getah dan sebahagian kecilnya bekerja makan gaji.

"Dulu jalan masuk ke kampung ini hanyalah denai kecil dan jika berlaku sesuatu kecemasan, penduduk terpaksa mengusung orang sakit dengan kain pelikat ke klinik atau ke hospital.

"Sekitar tahun 1978, jalan kampung yang hanya mampu memuatkan sebuah kereta mula dibina dan menjadi perhubungan utama penduduk sehingga kini," katanya.


Jambatan runtuh

Isteri bekas ketua kampung, Azizah Yaakob berkata, suaminya, Pauzi Manaf mula mengusahakan jalan berturap apabila dilantik memegang jawatan tersebut.

Katanya, selain itu, penduduk juga dihubungkan dengan kampung berdekatan melalui jambatan namun malangnya, jambatan yang menghubungkan Kampung Kok Kiak ke Ayer Merah runtuh dan tidak boleh digunakan lagi sejak 1998.

Manakala tambahnya, jambatan yang menghubungkan penduduk ke Kampung Baka juga uzur dan memerlukan penambahbaikan demi kemudahan penduduk.

Jelasnya, selain Kok Kiak, Kampung Padang Pak Yam yang mempunyai penduduk kira-kira 20 keluarga juga turut berkongsi kemudahan sama.

"Kami harap jalan dan jambatan yang menjadi perhubungan utama ini ditambah baik memandangkan penduduk bertambah setiap tahun. Kehidupan di sini serba sederhana namun suasananya damai dan hubungan antara penduduk agak rapat.

"Sekitar 1986 kampung ini pernah muncul sebagai pemenang tempat ketiga bagi pertandingan GDW di peringkat negeri dan menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan bagi penuntut universiti.

"Kampung ini juga pernah terkenal dengan bomoh-bomoh hebat dan pelbagai permainan tradisional dan kebudayaan seperti seni mempertahankan diri dan Puteri.

"Malah seorang tok guru silat yang dikenali dengan nama Tok Ayah Kob sering membuat persembahan silat pada setiap sambutan Hari Keputeraan Raja di Kota Bharu sekitar tahun 1950-an," katanya.

Zayn Malik (One Direction) Usaha Pikat Hati Tunang

Posted: 28 Nov 2013 07:45 PM PST


Zayn Malik
PENYANYI One Direction iaitu Zayn Malik yang sudah bertunang dengan Perrie Edward dan menjalinkan hubungan hampir setahun lalu mengakui masih lagi berusaha memikat hati wanita tersebut.
Ahli kumpulan popular One Direction ini berkata, sebagai kekasih dia mahu tunangnya itu berasa bangga apabila memilihnya sebagai pasangan.
"Saya sentiasa mencuba untuk memikat hati dia, bagi saya ia adalah satu latihan.
"Saya tidak mahu berasa selesa dengan hubungan kami sekarang," ujarnya seperti dipetikeonline.com.
Pasangan ini masih belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka.

Kerlipan bintang Nad, Azhan, Izreen dan Izzue

Posted: 28 Nov 2013 07:41 PM PST



BAGI setiap pelakon, menerima pengiktirafan terbaik daripada majlis-majlis anugerah yang berprestij merupakan salah satu impian dalam usaha untuk menggapai puncak karier masing-masing.
Tidak keterlaluan memasang angan-angan, pengiktirafan sebegini ternyata mampu menjadi pembakar semangat serta persaingan sihat dalam kalangan penggiat industri seni tanah air.
Ia juga turut membuktikan bahawa industri perfileman dan drama televisyen tempatan tidak pernah ketandusan bakat yang sarat dengan pelbagai emosi, jiwa dan personaliti.
Bagi Nad Zainal, Azhan Rani, Izreen Azminda dan Izzue Islam, debaran dan kehangatan malam acara Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) kian terasa.
Walaupun mengaku persaingan pada kali ini ternyata lebih sengit, isu menang atau kalah bukanlah menjadi subjek utama pada malam ini.
Nad kerja keras
Dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi telemovie Mawar Putih Tanda Perpisahan, pelakon Farah Nadia Zainal Abidin, 23, atau lebih mesra disapa Nad Zainal berkata, pencalonan yang diterimanya pada tahun ini lebih bermakna berbanding tahun lepas.
Katanya, bukan sahaja dapat bersaing dengan pelakon-pelakon senior yang berpengalaman, malah dia juga turut berpeluang berlakon dengan idolanya, Ro- syam Nor.
"Jika tahun lepas saya tercalon dalam kategori Artis Harapan Pantene tetapi tahun ini saya diberi peluang untuk bertanding bersama pelakon-pelakon yang jauh lebih berpengalaman daripada saya.
"Paling istimewa, saya berpeluang untuk berlakon bersama pelakon pujaan saya iaitu Rosyam Nor. Masih segar dalam ingatan, dia pernah berjanji kepada saya untuk membawa saya sehingga ke tahap Top 5 ketika sedang menjalani pengambaran telemovie tersebut.
"Nampaknya, mulut dia benar- benar masin!" tutur gadis genit itu sambil tertawa.
Debaran anak kelahiran Selangor ini tidak terhenti usai keputusan anugerah dibacakan. Ini kerana dia turut diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara gilang-gemilang itu bersama Awal Ashaari dan Faizal Ismail.
"Ini merupakan kali pertama saya diberi peluang untuk meng- acarakan majlis anugerah secara langsung. Walaupun gugup, saya tetap akan berkerja keras dalam memberikan yang terbaik kepada para penonton," ujarnya.
Dalam pada itu, Nad juga memberitahu bahawa dia tidak menolak jika diberikan kepercayaan untuk menjadi pengacara pada masa akan datang.
"Pada pendapat saya, tidak salah untuk mencuba. Lagipun, saya sebenarnya gemar bercakap. Mungkin program hiburan santai sesuai dengan karakter saya ini," ujarnya.
Harap pembaharuan
Sinar populariti Azhan Rani mungkin tidak bergemerlapan secerah bintang pelakon-pelakon yang lain. Malah, pelakon berusia 37 tahun ini turut menggelar dirinya sebagai 'underdog' dalam kalangan pelakon-pelakon tempatan.
Bagaimanapun, itu tidak bererti bakat yang ada pada Azhan tidak pernah diendahkan oleh sesetengah pihak. Buktinya, ASK 2013 sekali lagi meletakkannya sebaris dengan artis-artis popular yang lain menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama.
"Saya menerima dua pencalonan pada tahun ini dengan hati yang terbuka. Kesemua pelakon yang bertanding sekali merupakan para pelakon yang saya hormati terutama bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik," ujarnya yang mengagumi bakat lakonan Faizal Hussein, Wan Hanifi Su dan Rosyam Nor.
Azhan turut memberitahu, setiap kali berada di set pengambaran, fokus seratus peratus perlu diberikan untuk menghayati watak yang dibawa agar penghasilan sesebuah drama dapat berjalan dengan baik.
"Saya lebih gemar jika seseorang pengarah itu dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri saya. Justeru, saya dapat mengukur kebolehan diri untuk masa yang akan datang," ujarnya positif.
Azhan turut berharap agar penganjuran ASK pada tahun-tahun akan datang hadir dengan format baharu yang lebih segar seiring dengan perkembangan industri filem tempatan.
"Jika pihak ASK dapat menyertakan bersama info mengenai penerima anugerah, mungkin peminat dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang mengapa pemilihan tersebut dilakukan," ujarnya yang tercalon menerusi dua buah drama iaitu Neraka Abah dan Fatihah Untuk Abah.
Izreen tidak memilih
Kira-kira lapan tahun yang lalu, nama Izreen Azminda, 30, jarang disebut-sebut oleh peminat drama Melayu tempatan, sedangkan pemenang tempat ketiga pertandingan Pencarian Dewi Remaja ini sering kali muncul di kaca televi- syen menerusi drama-drama terbitan produksi tempatan.
Namun, segala-galanya berubah selepas dia muncul menerusi drama bersiri Juvana.
"Saya akui penglibatan dalam Juvana sedikit sebanyak membuka ruang kepada penonton untuk mengenali Izreen Azminda dengan lebih dekat lagi.
"Sejak daripada itu, saya percaya dengan kekuatan cerita dan skrip yang mampu membuka ruang yang lebih besar untuk para pelakon menonjolkan bakat dan kebolehan yang mereka ada," ujar ibu kepada Muhammad Adrian Umar Muhamad Riza itu penuh yakin.
Sering positif dengan dengan perjalanan kariernya, Izreen tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi untuk pencalonannya pada ASK 2013.
"Saya tidak mengharapkan sebarang kemenangan kerana pelakon-pelakon lain yang turut sama tersenarai mempunyai kelebihan yang tersendiri.
"Dipilih sebagai calon Top 5 sudah cukup memadai bagi saya," ujarnya yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama menerusi drama Perempuan Itu Ibuku.
Perlu banyak belajar
Bagi Izzue Islam, 23, dia berasa sungguh terkejut saat menerima perkhabaran tentang pencalonannya dalam kategori Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem 29 Februari.
Bagaimanapun, dia percaya pemilihannya buat pertama kali untuk ASK 2013 adalah berdasarkan apa yang telah dipersembahkan menerusi lakonannya.
"Saya sedikit terkejut ketika diberitahu tentang pencalonan ini tetapi pada masa yang sama saya turut berasa gembira kerana orang telah mula nampak kebolehan saya," ujar Izzue yang sering terbuka dengan sebarang peluang yang melibatkan bidang seni.
Izzue turut memberitahu, dia sering mengimpikan untuk memainkan watak-watak berat serta beremosi seperti peranan lelaki gila atau individu yang dijangkiti penyakit-penyakit berbahaya.
"Melalui watak-watak berat seperti itu, saya mampu memperbaiki diri dan belajar sesuatu yang baharu.
"Ia juga dapat mengelakkan diri daripada dilabel sebagai pelakon yang tidak versatil," ujarnya yang turut memenangi anugerah Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem 29 Februari pada Festival Filem Malaysia ke-25.


Cabaran makyung Sofea, Vanida

Posted: 28 Nov 2013 07:40 PM PST


TULANG belakang tenaga lakonan pementasan teater Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang (dari kiri), Sofia Jane, Rosnan Ahmad dan Vanida Imran.


TIADA galang gantinya, teater makyung sering didokong oleh penggiat teater tersohor, Rosnan Ahmad sejak tahun 2006 lagi. Kini Rosnan sekali lagi menggalas watak makyung untuk teater Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang yang bakal mengambil tempat di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga 2 Disember.
Tidak keseorangan, teater yang mendapat sentuhan pengarah Fatimah Abdullah itu turut menampilkan dua pelakon hebat iaitu Datin Sofia Jane dan Vanida Imran.
Umpama menjadi tarikan penonton ke panggung menyaksikan makyung, ungkap Sofia, barangkali ramai yang masih belum mengenali makyung, namun disebabkan ingin menyaksikan Vanida menyanyi di pentas teater misalnya, ia secara tidak langsung membuka ruang kepada seseorang penonton itu mengenali sejarah makyung.
Sofia juga mengakui naskhah yang ditulis untuk pentas teater lebih dekat dengan masyarakat berbanding yang ditulis untuk drama atau filem. Sebagai pelakon, dia juga harus berusaha mencari dan melakukan naskhah yang mencabar seperti makyung.
"Sebagai pelakon, saya harus berusaha mencari dan melakukan naskhah seperti ini. Sebab ia adalah naskhah yang sangat bagus. Makyung adalah warisan negara kita.
"Tanggungjawab saya dan Vanida adalah untuk menguar-uarkan dan menarik golongan yang tidak mengenali makyung untuk menyukai seni tersebut. Seterusnya menganggap ia satu seni kebanggaan buat masyarakat Malaysia.
"Mungkin orang yang tidak kenal makyung mahu tengok Vanida menyanyi dan kemudian akan terus tertarik dengan seni makyung," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.
Mengulas lanjut, tutur Sofia, dia sudah mengenali sejarah makyung melalui pembacaan buku-buku dan juga persembahan makyung yang ditonton bersama Vanida.
Berkongsi mengenai cabaran berlakon dalam teater tersebut, kata Sofia, dia perlu bercakap dalam dialek Kelantan.
"Walaupun suami saya berasal dari Kelantan, bukan mudah untuk saya belajar dan bercakap dalam dialek tersebut. Selama tiga minggu lebih saya berusaha untuk belajar dan memantapkan dialek serta tarian makyung," jelasnya.
Sementara itu, bagi Vanida pula, cabaran yang harus dipikulnya bukan sedikit apabila dia perlu menyanyi dalam dialek Kelantan dalam teater tersebut.
Bagaimanapun, dia menyahut cabaran tersebut dan tidak terlalu bergantung kepada skrip kerana kata Vanida, makyung dimainkan dengan cara improvisasi.
"Selain perlu bercakap dalam dialek Kelantan, ucapan yang dilontarkan dalam makyung juga ada caranya. Saya juga kena menyanyi dalam dialek tersebut dengan penggunaan muzik gamelan dan gong.
"Memang skrip ada diberikan tetapi ketika pementasan saya perlu melontarkan dialog secara improvisasi," luahnya yang teruja menjayakan pementasan itu.
Makyung Kesaktian Anak Raja Gondang mengisahkan pengembaraan Anak Raja Gondang yang akhirnya sampai ke Negeri Hampa Beranyut.
Sebelum memulakan pengembaraan, baginda berpesan kepada bondanya, Puteri Gak Petera mengenai petanda selasih yang ditanam di dalam pasu tiang seri istana.
Kata baginda, jika pohon selasih itu layu di sebelah kiri bermakna dia dalam kesusahan dan sekiranya segar, maka dia dalam kesenangan.
Selepas itu, bermulalah pengembaraan Anak Raja Gondang dan baginda telah bertemu dengan tujuh orang puteri ketika sedang bersiram di Kolam Banjaran.
Anak Raja Gondang, seterusnya telah jatuh hati dengan Puteri Bongsu yang sudah bertunang. Tiket bagi menyaksikan pementasan tersebut dijual pada harga RM253, RM103, RM73, RM53 dan RM33.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web AirAsiaRedTic.com atau di kaunter BoxOffice, Istana Budaya.


Que tak hadir ASK 2013

Posted: 28 Nov 2013 07:39 PM PST

QUE dan Linda kini sedang berada di alam kebahagiaan rumah tangga yang telah mereka bina selama ini.


PENGLIBATAN selebriti dalam bidang perniagaan bukanlah sesuatu yang asing. Lebih-lebih lagi jika perniagaan yang diusahakan bermula secara kecil-kecilan untuk mengisi masa senggang.
Ada antara mereka yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan makanan dan tidak kurang juga beberapa artis popular yang hadir dengan butik dan pakaian rekaan sendiri.
Namuni, lain pula kisahnya dengan pelakon terkenal, Que Haidar. Aktor yang kini sedang berjinak-jinak dengan perkhidmatan pengaturcaraan majlis itu mengakui tidak dapat menghadiri Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang akan berlangsung pada hujung bulan ini kerana terikat dengan jadual perniagaan baharunya.
Ikuti temu bual dengannya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Alta Moda - Lord's Taylor 2013 di pekarangan pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.
Kosmo!: Benarkah Que tidak dapat menghadiri ASK 2013?
QUE: Ya, saya tidak dapat menghadiri ASK 2013 kerana tuntutan kerja. Saya sekarang sedang berjinak-jinak dalam bidang pengaturcaraan majlis dan kebetulan, tarikh ASK 2013 bertembung dengan acara yang bakal saya aturkan nanti.
Sejak bilakah Que menceburi bidang pengaturcaraan majlis?
Sebenarnya, ia berlaku secara tidak sengaja. Ketika merancang majlis cukur jambul anak saya tahun lalu dengan Linda, rakan-rakan ada bertanya adakah saya boleh merancang untuk majlis yang ingin mereka adakan. Seronok melakukan kerja-kerja merancang majlis, saya pun bersetuju.
Jadi sejak insiden itu, adakah khidmat Que dalam bidang atur cara majlis mendapat perhatian?
Tidak dinafikan, sejak majlis cukur jambul itu saya mendapat banyak permintaan untuk menguruskan majlis-majlis kecil seperti majlis hari jadi. Dalam hal ini, rakan-rakan yang banyak membantu dalam mempromosikan khidmat saya ini.
Selain daripada perkhidmatan pengaturcaraan majlis, apakah yang Que dan Linda tawarkan?
Saya turut melakukan kerja-kerja hiasan dalaman. Perkara ini juga terjadi secara tidak sengaja setelah saya selesai mengubah suai rumah saya baru-baru ini. Kawan-kawan yang datang ke rumah suka dengan cara saya dan Linda menghias rumah lalu meminta saya untuk berbuat perkara yang sama untuk rumah mereka. Jika ada kelapangan, Linda juga turut mengusahakan perniagaan menjual kek cawan secara kecil-kecilan.
Tiada perancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang ini?
Saya dan isteri melakukan kerja-kerja ini sebagai memenuhi masa lapang. Jika ada kelapangan saya akan buat, jika sibuk saya terpaksa tolak. Buat masa ini, tidak terfikir untuk memperluaskan perniagaan.
Apakah perkembangan terbaharu Que?
Saya akan memulakan pengambaran filem Rock 3 pada penghujung tahun ini tetapi saya masih menunggu skrip daripada pengarahnya, Mamat Khalid.
Selain itu, saya masih lagi mengajar kelas lakonan di Kolej Sunway dan Linda juga sibuk dengan studio tariannya. Bagaimanapun, banyak masa kami luangkan untuk anak-anak kerana mereka masih kecil dan memerlukan banyak perhatian.


Tiga pembuli dihukum ke sekolah juvana

Posted: 28 Nov 2013 07:36 PM PST

KERATAN Kosmo! 26 Oktober 2013.


BUKIT MERTAJAM - Tindakan tiga pelajar membuli rakan dari sekolah yang sama berbalas apabila Mahkamah Majistret di sini memerintahkan mereka dimasukkan ke Sekolah Tunas Bakti, Teluk Air Tawar di Butterworth selama tiga tahun berkuat kuasa serta-merta.
Majistret Nurzafirah Mohamed Ali membuat keputusan itu setelah pelajar lelaki berusia 15 tahun dari sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya itu mengekalkan pengakuan bersalah sejak kali pertama mereka dihadapkan ke mahkamah sama pada 25 Oktober lalu.
Mereka dituduh membuli seorang rakan sekolah pada 4 Mac lalu kira-kira pukul 2.25 petang.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 34 kanun yang sama kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Kesalahan tersebut memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliza Md. Zain. Kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Masyarakat sebelum ini digemparkan dengan rakaman sekumpulan pelajar sekolah membuli seorang pelajar lain dan ia tersebar di laman sosial YouTube sehingga menjadi perbualan hangat.
Rakaman berdurasi 1 minit 32 saat menggunakan telefon bimbit itu memaparkan seorang remaja berpakaian seragam sekolah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya dalam sebuah kelas.


Habib Jewels buka 2 cawangan

Posted: 28 Nov 2013 07:30 PM PST


MEER (kiri) sedang membantu Rozita memilih barangan kemas 
untuk majlis perkahwinannya di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Habib Jewels bercadang untuk membuka dua lagi cawangan baharunya di Seremban, Negeri Sembilan dan Kuantan, Pahang dalam masa terdekat ini sebagai usaha mengukuhkan kedudukan dan meluaskan rangkaiannya ke seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Meer Habib berkata, sehingga kini, syarikat telah memiliki 31 cawangan di seluruh negara dan pihaknya sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan.
"Kami masih berada di sini kerana kepercayaan serta kesetiaan para pelanggan kami sejak 55 tahun yang lalu.
"Pada masa yang sama, bagi menghargai kesetiaan mereka, kami akan sentiasa mengutamakan kepuasan, keselesaan dan kemudahan buat pelanggan ketika membeli-belah di cawangan kami," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu Habib Jewels yang ke-31 di The Curve, Mutiara Damansara di sini semalam.
Turut hadir ialah pelakon terkenal, Rozita Che Wan yang akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan, Zain Saidin bulan depan.


Belanda mula bimbang rokok elektronik

Posted: 28 Nov 2013 07:28 PM PST


REUTERS
SEORANG lelaki menghisap rokok elektronik di Paris, Perancis pada 5 Mac lalu.


AMSTERDAM - Kementerian Kesihatan Belanda semalam menyatakan terdapat kemungkinan risiko kesihatan akibat penggunaan rokok elektronik.
Penemuan itu dibuat berhubung satu analisis ke atas penyelidikan saintifik yang dibuat sekumpulan penyelidik Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Belanda.
Pihak institut itu bimbang mengenai kekurangan bukti berhubung dengan kemungkinan terdapat risiko kesihatan terhadap pengguna rokok elektronik.
Akibat kebimbangan itu, pihak institut tersebut meminta wanita hamil tidak menghisap rokok itu atau di dihisap dekat dengan kanak-kanak.
Beberapa pakar kesihatan menyatakan, rokok elektronik yang dilengkapi dengan bateri dan tiub mengandungi nikotin akan membantu berjuta-juta penduduk berhenti merokok.
Namun, Timbalan Menteri Kesihatan Belanda, Martin Van Rijn yang memberitahu tentang hasil analisis itu mendedahkan, rokok elektronik juga adalah seperti rokok biasa kerana ia mengandungi nikotin.
Rijn berkata, kandungan itu akan menyebabkan perokok akan menjadi ketagih.
Menurutnya, tidak ada bukti seperti didakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok bahawa rokok elektronik akan dapat membantu perokok berhenti merokok.


Doktor lumpuh guna kerusi roda semasa bedah pesakit

Posted: 28 Nov 2013 07:26 PM PST

YOUTUBE
RUMMEL membaca dokumen sambil duduk di atas kerusi roda.


O'FALLON, Missouri - Seorang doktor bedah, Ted Rum- mel di Amerika Syarikat yang lumpuh separuh badan telah mencipta keajaiban dengan kembali bertugas melakukan pembedahan di sebuah hospital dengan menggunakan sebuah kerusi roda khas.
Rummel yang merupakan seorang pakar bedah ortopedik, mula lumpuh dari paras pinggang pada tahun 2010 selepas dia menjalani pembedahan.
Dia menjalani pembedahan itu selepas satu ketumbuhan yang wujud pada tulang belakangnya selama 11 bulan itu pecah.
Doktor itu boleh melakukan pembedahan di lutut dan lengan semasa duduk di atas kerusi roda.
Dia juga menggunakan kerusi roda khas ketika melakukan pembedahan bahu pesakit.
Kerusi roda itu boleh ditingkatkan ketinggiannya sehingga doktor itu kelihatan seperti sedang berdiri.
Namun, Rummel pernah menganggap yang dia tiada lagi kehidupan selepas tidak lagi boleh berjalan setelah menjala- ni pembedahan.
Namun, setahun kemudian, dia membuat keputusan untuk kembali bertugas selepas pembedahan itu.
Keputusan itu dibuat disebabkan jiwanya sebagai seorang doktor bedah yang berdedikasi.
Pembedahan pertama yang dilakukannya itu diawasi oleh seorang lagi doktor bedah.
Kehadiran doktor bedah itu adalah bertujuan untuk memberi pertolongan kepada Rum- mel jika dia memerlukan bantuan ketika membuat pembedahan.
Namun, Rummel berjaya melakukan pembedahan tersebut.
"Ia merupakan pengalaman yang amat menakjubkan (melakukan pembedahan dengan menggunakan kerusi roda).
"Apabila saya mampu melakukan pembedahan itu, saya kembali medapatkan kehidupan saya semula. Ia sungguh istimewa," katanya kepada akhbar Enquirer baru-baru ini.
Rummel juga mengucapkan terima kasih kepada isterinya yang banyak membantu dalam kehidupannya ketika dia menjadi lumpuh.


Melayari internet secara positif

Posted: 28 Nov 2013 07:23 PM PST

KANAK-KANAK perlu didedahkan dan diajar tentang cara-cara menangani risiko keselamatan semasa melayari internet.


ANAK matanya laju mengejar setiap perkataan dipaparkan di skrin komputer peribadi yang berubah-ubah mengikut pergerakan tetikus di tangan, sementara bibirnya ligat membaca setiap mesej dihantar oleh rakan-rakan sekolah dan teman baharu yang dikenali menerusi laman sosial Facebook.
Tiba-tiba tangannya terhenti dan matanya tertumpu pada gambar-gambar kumpulan penyanyi terkenal dari Britain, One Direction. Rupa-rupanya itu bahan yang dicari-cari oleh remaja berusia 16 tahun, Nur Zulaikha Zulkifli di laman Facebook miliknya.
Anak tunggal tersebut amat meminati kumpulan itu dan kerap melayari internet semata-mata untuk mengikuti perkembangan mereka.
"Kebiasaannya, saya akan melayari Facebook selama tiga atau empat jam sehari selepas pulang dari sekolah.
"Namun, saya tidak bersembang atau kerap menghantar komen di Facebook kerana tujuan saya membuka akaun hanya untuk melihat gambar-gambar terbaharu kumpulan One Direction," jelasnya sambil memaklumkan akaun tersebut telah dibuka sejak tiga tahun lalu.
Nur Zulaikha antara jutaan pengguna Facebook di negara ini yang terdedah dengan risiko keselamatan di alam maya terutama dalam kalangan remaja.
Antara bentuk jenayah siber yang semakin menular termasuklah penipuan wang, spam, penggodaman akaun peribadi, menghendap dan buli.
Penggunaan internet di negara ini semakin meluas, namun hanya segelintir rakyat Malaysia yang menyedari risiko melayarinya menyebabkan kes-kes jenayah siber dilaporkan semakin meningkat.
Baru-baru ini, syarikat telekomunikasi, DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, telah berkongsi hasil kajian Keselamatan Internet yang bertujuan mengukur tahap kesedaran dan pengetahuan kanak-kanak tentang keselamatan melayari internet.
Menurut Pengarah Strategi dan Pegawai Perhubungan Korporat DiGi, Christian Thrane, sebanyak 460 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia terlibat dalam sesi soal jawab secara lisan dan bertulis yang diadakan pada 26 April hingga 12 Oktober lalu.
"Ini adalah kajian keselamatan terbesar yang pernah dilakukan di Malaysia dengan melibatkan 9,651 pelajar di bawah program CyberSAFE DiGi.
"Program ini merupakan sebuah bengkel pendidikan bagi meningkatkan kesedaran keselamatan kanak-kanak di alam siber, di samping meningkatkan kemahiran golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa ke arah suasana melayari internet yang positif dan selamat," katanya.
Buli
Hasil kajian itu mendapati sebanyak 27 peratus pelajar mengakui pernah dibuli semasa melayari internet, manakala 13 peratus masih dibuli. Selain itu, didapati 49 peratus daripada responden mengetahui beberapa rakan mereka yang pernah dibuli dalam internet.
Antara bentuk buli tersebut termasuk menerima mesej tidak bermoral, diejek dengan nama panggilan tidak sopan dan pencerobohan akaun laman sosial.
Dalam pada itu, sebanyak enam peratus mengakui mereka merahsiakan perkara-perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tambah Thrane, sebanyak 88 peratus pelajar bersetuju pengetahuan tentang penjagaan keselamatan diri semasa melayari internet adalah sangat penting.
"Walaupun lebih daripada separuh menyedari kepentingan menjaga keselamatan, namun seramai 38 peratus daripada mereka tidak tahu cara melakukannya," jelasnya.
Kajian tersebut juga mendapati empat daripada 10 ibu bapa tidak pernah memberitahu anak-anak tentang keperluan menjaga keselamatan semasa melayari internet.
Pendedahan
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Shamsuddin Hassan berkata, kebanyakan kanak-kanak di negara ini tahu tentang risiko keselamatan semasa melayari, namun mereka tidak tahu cara menangani dan tidak diberi pendedahan secukupnya.
"Mereka harus diajar supaya tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk setiap akaun sosial atau peribadi kerana ia akan memudahkan urusan penceroboh untuk menggodam akaun pemilik.
"Kanak-kanak harus diajar untuk meletakkan kata laluan yang lebih panjang dan tidak mudah dijangka oleh orang luar. Ini adalah antara perkara-perkara asas yang perlu diajar sebelum memberikan mereka telefon pintar.
Tambahnya, ibu bapa perlu lebih kerap memantau aktiviti anak-anak dalam talian dan tahu menggunakan penetapan yang disediakan di komputer rumah atau riba.
"Ibu bapa boleh menutup kemudahan akses internet selepas waktu perdana iaitu pukul 10.30 malam.
"Ia bagi mengelakkan anak-anak terus melayari laman-laman web sehingga melepasi waktu tidur mereka. Penetapan komputer adalah cara pengawalan yang paling mudah untuk dilakukan," katanya.
Dalam pada itu, Nur Zulaikha memberitahu. bagi mengelakkan dirinya terjebak dengan jenayah siber, dia sentiasa mengambil langkah berwaspada ketika berinteraksi dengan kenalan di laman sosial.
"Ibu sentiasa mengawasi perkembangan saya di Facebook dan tidak membenarkan saya meletakkan gambar sebenar di profil.
"Saya juga tidak menyatakan alamat rumah, nombor telefon atau apa-apa butir peribadi di laman sosial. Selain itu, saya tidak berkongsi akaun atau kata laluan dengan orang lain," katanya.
Memantau
Ibu kepada dua orang anak, Sarah Ismail, 50, pula hanya membenarkan anak bongsunya, Muhd. Ainol Syazwan Mohd. Yaakob, 12, melayari internet sekiranya ditemani kakaknya.
"Kakaknya belajar di Universiti Teknologi Mara Sri Iskandar, Perak dan pulang ke rumah pada cuti semester atau hari-hari tertentu sahaja.
"Jadi, dia amat jarang melayari internet kecuali jika kakaknya pulang dan kakaknya akan memantau laman-laman yang dilayarinya," jelasnya.
Sarah memberitahu, tindakan itu ekoran dia tidak begitu mahir dalam pengendalian komputer, apatah lagi untuk mengawal tingkah laku anaknya dalam dunia siber.


Warga pendidik menjiwai kehidupan masyarakat desa

Posted: 28 Nov 2013 07:22 PM PST


PARA peserta asyik menikmati makanan tengah hari di salah satu restoran yang diusahakan penduduk.


TERLETAK di pinggir tebing Sungai Johor, kira-kira 40 kilometer dari bandar Kota Tinggi, Kampung Johor Lama mempunyai pelbagai tarikan tersendiri.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan jika ia menjadi pilihan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bagi menjayakan program Semaian Kasih Perpaduan yang telah berlangsung pada 18 hingga 21 Oktober lalu.
Seramai 250 siswa siswi IPGM dari IPG Kampus Bahasa Melayu, Kampus Bahasa Antarabangsa, Kampus Perempuan Melayu,Kampus Pendidikan Islam, Kampus Raja Melewar, Kampus Temenggung Ibrahim dan Kampus Tun Hussein Onn berserta warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berkampung di sana untuk beramah mesra dengan para penduduk yang kebanyakannya nelayan.

AKTIVITI air memberi satu pengalaman bermakna buat semua peserta.


Program anjuran bersama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) itu merupakan program ketiga yang diusahakan di bawah konsep sama iaitu menjana Program Sekretariat Rukun Negara.
Inisiatif berkenaan bertujuan menanam sifat cintakan negara dan perpaduan dalam kalangan siswa siswi IPGM.
Kerjasama JPNIN-IPGM telah bermula sejak tiga tahun lalu bermula dengan Program Semarak Rukun Negara diikuti Program Jom Ke Desa (2011) dan Program Semaian Kasih Perpaduan ini.
Kesemua peserta telah diterima sebagai anak angkat oleh 44 penduduk kampung yang mengambil bahagian, sekali gus berpeluang merasai pengalaman hidup di desa.

SEORANG peserta wanita menunjukkan keberanian memegang anak buaya.


Kenali dunia luar
Menurut Rektor IPGM, Sulaiman Wak, aktiviti yang disusun dan dijalankan sepanjang program berlangsung berasaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.
"Ia membolehkan para peserta yang terdiri daripada guru pelatih pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan sebilangan kecil kaum Iban, Bidayuh serta Kadazan menyerap falsafah Rukun Negara dalam kehidupan mereka.
"Kami sangat berterima kasih kepada JPNIN kerana melalui program ini ia memberi pengalaman berharga kepada siswa, siswi dan para guru untuk mengenali dunia luar. Selain itu, ia juga boleh dianggap sebagai persediaan awal untuk mereka jika ditempatkan di kawasan luar bandar selepas tamat pengajian kelak," kata Sulaiman.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPNIN, Datuk Azman Amin Hassan pula melahirkan rasa bangga di atas kejayaan program tersebut.
"Kami menaruh kepercayaan yang tinggi kepada IPGM untuk menerapkan elemen integrasi nasional ke dalam program Semaian Kasih Perpaduan ini.

AKTIVITI untuk kanak-kanak seperti pertandingan melukis dan mewarna turut memeriahkan suasana sepanjang program ini berlangsung.


"Saya berpendapat semua bakal guru perlu menghayati prinsip Rukun Negara dalam usaha memupuk perpaduan dengan pelbagai kaum dan masyarakat kerana mereka merupakan agen perubahan yang utama," ujar beliau.
Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak, menangkap ikan di laut, aktiviti air dan ceramah mengenai kerjaya guru.
Salah seorang peserta, Muhammad Khairul Ridha Sharifuddin memberitahu, program anak angkat memberi pengalaman dan ruang untuk hidup bersama masyarakat di kampung.
"Saya rasa amat teruja kerana dapat merasai kehidupan nelayan di kampung ini. Bapa angkat saya, Abu Bakar Abd. Aziz yang bekerja sebagai nelayan turut mempunyai sebuah warung makan.
"Sewaktu mengikutnya ke laut untuk menangkap ikan, baru saya sedar kesusahan dan cabaran hidup yang terpaksa mereka lalui. Apabila menikmati hasil tangkapan yang dimasak sendiri oleh keluarga angkat, saya rasa amat bersyukur.
"Pengalaman sebegini amat berharga dan tidak akan saya lupakan sehingga ke akhir hayat," kata Muhammad Khairul Ridha yang merupakan Naib Yang Dipertua Pelajar 1, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, IPG Kampus Ilmu Khas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan