Sabtu, 9 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Mamat (Sepah) Enggan Bersama Fida Ibrahim Dalam MLM 2013

Posted: 08 Nov 2013 03:53 AM PST


Mamat
PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim pernah meminta bekas kekasihnya Mamat (Sepah) untuk bergandingan bersama dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM 2013).
Bagaimanapun Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, berkata, dia menolak ajakan Fida itu kerana menganggap kedua-dua mereka tiada keserasian dalam membuat persembahan lawak.
"Fida pernah mengajak saya bergandingan dalam MLM. Tetapi saya tolak dengan cara baik.
"Walaupun orang di sekeliling saya memberitahu gandingan kami mungkin boleh menambahkan kontroversi tetapi saya rasa itu bukan caranya.
"Saya lebih mementingkan kualiti berbanding mencari kontroversi tanpa sebab," katanya kepada mStar Online.
Fida
Tambah Mamat, penolakan itu juga bukan disebabkan dia risau sekiranya memori kenangan cinta lama mungkin akan kembali sebaliknya apa yang telah berlaku hanya dianggap sekadar pengalaman hidup.
Dalam pada itu Mamat memberitahu, dia lebih serasi bergandingan dengan Munir dan Arin dengan membentuk kumpulan Kucai untuk berentap di MLM 2013.
Dalam pada itu, Fida turut berentap dalam pertandingan lawak itu bergandingan bersama Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota dengan menubuhkan kumpulan bernama Santan.
"Saya dapati Munir dan Arin mempunyai kelebihan. Munir mempunyai wajah yang mampu membuatkan orang ketawa, manakala Arin pula mempunyai karakter yang suka berjalan kengkang.
"Kelebihan yang mereka ada membuatkan saya terfikir untuk menarik mereka menyertai MLM 2013," ujarnya.

Nad Zainal enggan dilabel 'artis bermasalah'

Posted: 08 Nov 2013 03:52 AM PST

  • Nad ZainalNad Zainal

LUMRAH bergelar anak seni, pastinya tidak dapat lari dari gosip dan kontroversi.

Pernah dituduh bersekedudukan dengan teman lelakinya itu, bintang Sunsilk Impian ini, juga dilabelkan sebagai artis yang sombong kerana kurang mesra melayani peminatnya.

Menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan itu, Farah Nadia Zainal Abidin, 23, atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal, menegaskan dia bukanlah manusia yang mudah lupa diri, sementelah mahu bersikap sombong dengan peminat yang selama ini banyak memberi sokongan kepadanya. 

"Ini semua salah faham. Mungkin bila bersuara saya agak kasar dan lantang, tetapi tidak bermakna saya tidak menghormati peminat.

"Sejak belajar teater di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) lagi, saya dah biasa bercakap lantang dan itu normal bagi pelajar teater seperti saya.

"Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang mengenai perkara tersebut, tambahan pula dengan rupa paras saya yang garang membuatkan ramai yang berfikir saya sukar didekati," kata Nad.

Enggan dilabel sebagai artis yang bermasalah, Kata Nad, dia sedaya upaya untuk menjauhi segala kontroversi. Namun sebagai manusia biasa, ada kalanya dia tidak mampu menepis semua dugaan yang datang.

"Memang kita tak boleh nak elak gosip yang datang. Apatah lagi untuk menghentikan mulut orang.

"Tetapi saya percaya 'diam' itu lebih baik dan saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya. 


Bukan masa 'berdua'

Tidak pernah merahsiakan hubungan cinta yang terjalin, aktres yang semakin mencipta nama ini bagaimanapun masih belum sedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Bukannya tidak serius bersama Azwan Kombos, sebaliknya dia menyerahkan urusan itu kepada Ilahi.

Malah, pelakon yang terkenal menerusi drama Kampung Girl ini, memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu (kahwin) buat masa ini.

"Saya selalu ditanya bila lagi nak kahwin? Sebagai hamba-Nya kita hanya merancang selebihnya ALLAH SWT menentukan.

"Tapi bagi saya buat masa ini saya dan dia belum terfikir untuk ke alam berumah tangga, lagi pun usia saya masih muda untuk memikirkan perkara tersebut.

"Bagi saya buat masa ini, karier lakonan menjadi fokus utama, kerana ia adalah impian saya sejak dari dulu," katanya.

Kata Nad lagi, dia bersyukur mempunyai teman lelaki yang begitu memahami dan sentiasa memberi galakkan untuknya bergerak aktif dalam bidang yang diminatinya kini.

Yuna Serasi Bikin Muzik Di Amerika Syarikat

Posted: 08 Nov 2013 03:51 AM PST


PETALING JAYA: Penyanyi Yuna mengakui semakin serasi bekerja di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengembangkan karier seni muziknya sejak menetap di negara itu pada tahun 2012.
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, yang kini di bawah syarikat rakaman milik komposer David Foster iaitu Verve Records berkata, keserasian itu wujud memandangkan dia sering bekerjasama dengan penggiat-penggiat muzik di sana yang penuh dengan inspirasi karya baharu.
"Bekerja di AS sangat menyeronokkan terutamanya apabila berada dalam lingkungan penggiat muzik yang tidak henti-henti berkarya.
"Sudah tentu saya seronok berada dalam industri muzik Malaysia tetapi AS mempunyai inspirasi muzik yang luas dan pelbagai, terlalu ramai pemuzik berbakat yang saya bekerjasama.
"Keadaan itu membuatkan saya rasa lebih selesa dan aktiviti harian saya hanya tertumpu sepenuhnya dengan muzik," katanya.
Tambah Yuna, kerana itu juga dia berjaya menghasilkan album terbaharu berjudulNocturnal yang memberi input muzik berbeza berbanding hasil karya-karyanya sebelum ini.
Dalam pada itu, Yuna turut berkata, album Nocturnal yang sudah pun dipasarkan di Malaysia pada kali ini menonjolkan sisi kematangan dalam penyampaian muziknya.
"Nocturnal menunjukkan sisi kematangan saya bagi setiap lagu yang dibawakan. Rasa macam diri saya seorang yang berbeza pada album sebelum ini.
"Mungkin kerana saya mendalami pelbagai muzik di sini (AS) ia juga meluaskan pengetahuan muzik saya. Dan melalui itu juga saya gabungkan kesemua elemen muzik dalam lagu yang dicipta sehinggakan ia menghasilkan sebuah karya yang sukar untuk mengklasifikasikan ia sebagai genre apa," tuturnya.
Nocturnal memuatkan sebanyak 14 buah lagu yang antaranya seperti Falling, Mountains, Rescue, Lights and camera, Lovely Intermission, Someone Who can, I Want You Back, Come Back, Colors, I Wanna Go dan Escape.
Lagu-lagu pada album tersebut turut mendapat sentuhan Yuna sendiri sebagai penulis lirik dan komposer selain bekerjasama dengan ramai penerbit terkenal di Amerika Syarikat.
Membawa konsep pop organik, R&B Soul dan akustik, penyanyi itu juga turut melancarkan single pertama dari album tersebut berjudul Falling yang diterbitkan oleh komposer, Robin Hannibal.
Yuna telah mendapat pelbagai pengiktirafan di negara tersebut apabila majalah Rolling Stone menggelarnya 'bintang yang bakal menyinar' selain The New York Timesmenyifatkan karyanya sangat segar dan memberi pembaharuan kepada landskap muzik di negara berkenan.
Yuna juga bakal mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat selepas album tersebut dilancarkan dan tarikh persembahan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bella Dally Pernah Rasa Malu Lemah Pengetahuan Am

Posted: 08 Nov 2013 03:50 AM PST


Bella Dally
PETALING JAYA: Pelakon Bella Dally pernah berasa malu kerana gagal menjawab soalan berkaitan pengetahuan am ketika ditemu ramah oleh pihak media pada awal pembabitannya dalam industri hiburan.
Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 22, berkata, keadaan itu berlaku kerana dia kurang membaca serta memiliki ilmu pengetahuan am yang baik menyebabkan dia terpaksa belajar untuk peka terhadap isu-isu semasa.
"Ketika di awal pembabitan saya sebagai artis, saya ditanya mengenai isu-isu semasa, diakui saya kurang berpengetahuan mengenai sesebuah perkara.
"Dan apabila ditanya soalan yang saya kurang tahu, maka jawapan yang diberikan pun pendek, kosong dan tiada isi. Rasa malu pula dibuatnya kerana bagi saya sebagai artis kita kena tahu serba-serbi," katanya kepada mStar Online.
Tambah Bella sejak itu, dia mula akan membaca akhbar setiap hari selain menelaah buku-buku ilmiah sebagai persediaan diri.
Bella juga menyifatkan seseorang pelakon mesti memiliki kebijaksanaan dalam ilmu pengetahuan am kerana ia memudahkan diri dalam melakukan kerja-kerja seni harian.
"Kita berdepan dengan pelbagai pertanyaan daripada pihak media. Malah para artis juga berdepan dengan pelbagai kempen di mana kita perlu tahu perkara yang dilakukan.
"Membaca juga sekali gus dapat memberikan kematangan dalam pemikiran kita. Jika tidak, macam mana peminat ingin menjadikan artis mereka sebagai idola?" ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bella baharu saja selesai penggambaran drama +1 untuk siaran TV9 dan drama Kalimah Jiwa untuk TV3.

Duet Bersama Siti Nurhaliza Berjaya Kembangkan Muzik MonoloQue

Posted: 08 Nov 2013 03:50 AM PST


Logue bersama Siti Nurhaliza
KUALA LUMPUR: Kumpulan MonoloQue mengakui kolaborasi bersama penyanyi Datuk Siti Nurhaliza telah membantu mereka untuk memperkenalkan muzik yang diperjuangkan kepada pendengar lebih besar.
Vokalis utama kumpulan itu, Khairil Annuar Ridzwan Alias atau Loque berkata, duet mereka menerusi lagu patriotik berjudul Tanahairku Tanahairmu Jua itu mendapat perhatian ramai walaupun genre diketengahkan agak berbeza daripada karya sedia ada.
"Muzik yang kami perjuangkan mempunyai bunyi yang berbeza dan masih belum ramai yang mengenalinya dan harus saya akui kolaborasi tersebut sedikit sebanyak membantu kami memperkenalkan perjuangan muzik MonoloQue kepada pendengar lebih besar.
"Gabungan muzik kami dan suara merdu Siti menjadikan lagu berkenaan satu eksperimen menarik dan berjaya," katanya kepada mStar Online.
MonoloQue ditemui pada majlis pelancaran EP terbaharu mereka berjudul Inderalokayang diadakan di Restoran Rebung di sini, Khamis.
Dalam perkembangan berkaitan, Loque berkata, pengalaman merakamkan lagu berkenaan bersama Siti sebagai peluang keemasan buat mereka dan menyifatkan penyanyi terkenal itu seorang yang merendah diri.
Jelas Loque, Siti juga turut menyumbangkan idea semasa proses rakaman lagu tersebut dan kagum dengan sisi lain penyanyi itu yang berani mencuba kelainan.
"Kami memberikan kredit kepada Siti dalam susunan semula lagu tersebut dan idea yang diberikan semasa proses rakaman membantu kami memperbaiki struktur lagu berkenaan," katanya.
Kumpulan Mololoque
Sementara itu, bercakap mengenai Inderaloka, Loque berkata, ia bukan karya penuh kumpulan itu sebaliknya sebagai pengenalan kepada album kedua mereka yang bakal menyusul tidak lama lagi.
Jelas Loque, EP berkenaan adalah sebagai kesinambungan transisi muzik mereka daripada album pertama dan yang terbaharu nanti.
"Saya menggelar album mini ini sebagai jambatan yang menghubungkan karya pertama dahulu dan album terbaharu kami nanti.
"Beberapa elemen lama dari karya terdahulu dimasukkan dengan gabungan bunyi baharu sebelum kami beranjak kepada bahan baharu," katanya.
Dalam pada itu, Loque berkata, penerimaan peminat terhadap muzik mereka semakin berkembang walaupun ada berpendapat ia tidak digemari oleh pendengar arus perdana.
Jelasnya, mereka berasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan muzik baharu kepada peminat dengan tidak meniru atau mengulang formula yang pernah digunakan sebelum ini.
"Benda yang baharu memang sukar untuk diterima dengan meluas pada peringkat awal namun ia bukan alasan untuk terus mencuba dan mempercayai apa yang anda perjuangkan.
"Alhamdulillah penerimaan terhadap MonoloQue semakin berkembang dan ramai mula menyedari akan muzik kami perjuangkan," ujarnya.
Selain Tanahairku Tanahairmu Jua EP tersebut turut memuatkan tiga lagi lagu iaituInderaloka (Yang Ku Perlu) Mawar Putih Tanda Perpisahan dan Hari Raya Ini Dalam Sejarah.

Fauzi Nawawi Tangguh Tayang Filem 'Pak Pung'

Posted: 08 Nov 2013 03:49 AM PST


Fauzi Nawawi tidak mahu mengambil risiko dengan menayangkan filem pertama arahannya ekoran kelembapan penjualan tiket filem tempatan tahun ini.
PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah filem Fauzi Nawawi terpaksa menunda tayangan filem pertamanya berjudul Pak Pung pada tahun hadapan kerana bimbang ia gagal mendapat sambutan daripada penonton.
Fauzi, 40, berkata, keputusan itu dibuat kerana pasaran filem tempatan yang agak lembap ketika ini dan tidak mahu mengambil risiko untuk menayangkan filem itu.
"Filem berkenaan telah siap 100 peratus dan sepatutnya ia ditayangkan pada tahun ini tetapi dengan keadaan pasaran filem tempatan yang lembap membuatkan saya tidak berani mengambil risiko kerana bimbang ia tidak akan mendapat sambutan," katanya kepada mStar Online.
Filem yang menelan kos sebanyak RM2 juta terbitan 9 Country Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Izreen Azmidar, Siti Saleha, Marsha Milan Londoh, Syawal, Jasmin Hamid, Datuk Eizlan Yusof, Saiful Apek, Lisdawati selain penampilan istimewa model popular, Amber Chia.
Dalam perkembangan sama, Fauzi berkata, dia lebih berhati-hati agar filem berkenaan tidak tersebar di Internet seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 selain memastikan salinan asal filem itu sentiasa ada padanya.
Jelas Fauzi, kejadian yang menimpa karya arahan Syamsul Yusof itu memberikan pengajaran kepada pembikin filem baharu sepertinya untuk lebih berhati-hati.
"Saya sedar jika simpan filem ini terlalu lama ia akan mengundang masalah seperti mana berlaku kepada KL Gangster 2 tetapi buat masa ini salinan asal belum diserahkan kepada mana-mana pihak.
"Ia hanya akan dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF) apabila kami sudah bersedia untuk menayangkan filem ini," katanya.

Yuna bakal muncul dalam Jimmy Kimmel Live!

Posted: 08 Nov 2013 03:48 AM PST

  • YunaYuna tampil bersama band, Palawan di majlis pradengar Nocturnal, semalam. 

PENYANYI terkenal Yunalis Zarai yang sedang melebarkan sayapnya ke Amerika Syarikat (AS) dikhabarkan bakal muncul dalam program bual bicara terkenal, Jimmy Kimmel Live!.

Perkara itu dikhabarkan Yuna sendiri ketika ditemui pada majlis Yuna-'Nocturnal' Listening Party yang berlangsung di Google Malaysia, semalam.

"Ada lah 'talk show'. Biasanya, apabila keluar album baru...ada lah dalam perancangan (untuk muncul) di Jimmy Kimmel, Januari ini.

"Dalam rangka promosi. Jadi, memang cara mereka di sana," katanya kepada media.

Album terbaru Yuna, Nocturnal baru saja dilancarkan di Malaysia selepas dilancarkan di AS.

Berkongsi sedikit tentang album tersebut, Yuna akui ianya istimewa.

"Istimewanya Nocturnal ini adalah pendengar dapat dengar kematangan dalam lagu ini berbanding album sebelum Nocturnal.

"Album ini berdasarkan pengalaman saya di AS dan saya banyak bertemu dengan orang yang memberi inspirasi," katanya.

Yuna berharap agar peminatnya dapat menikmati pengalamannya itu melalui album Nocturnal.

"Saya juga lihat banyak benda di luar sana yang saya nak kongsi dengan peminat-peminat menerusi lagu-lagu saya.

"Saya harap peminat dapat 'enjoy' semua itu (pengalaman) dalam lagu-lagu saya," katanya.

Pendekatan orang muda

Posted: 08 Nov 2013 03:47 AM PST

  • Pendekatan orang muda

SELAMA tiga tahun bersiaran, Majalah Islam musim baharu yang kini sudah memasuki musim kesembilan muncul dengan pengisian yang lebih segar, padat dan penuh berinformasi sejak Awal Muharram lalu. Disiarkan menerusi saluran TV AL Hijrah (saluran 114), Majalah Islam masih lagi bersiaran selama sejam pada setiap Rabu, jam 10 malam.

"Kali ini, penerbit (Fitri Musa) mahukan sesuatu yang berlainan. Pendekatannya adalah lebih kepada orang muda.

"Saya berkemungkinan dipilih untuk menjadi pengacara bagi musim ini adalah kerana kejayaan saya dalam membawa karakter  Lan & Li.

"Ia seterusnya membuatkan mereka melihat kebolehan saya dan cuba untuk menggilap lagi bakat saya itu," katanya.

Malah, katanya, dia berani untuk menerima tawaran itu setelah penerbit menjelaskan hala tuju sebenar program itu.

"Ia akan bersifat lebih santai dengan wajah baharu yang diperkenalkan.

"Ia  sekali gus membuatkan saya berani untuk menggalas tanggungjawab itu," katanya.

Bagaimanapun, dalam masa sama,  dia mengakui agak teruja mengemudikan sesuatu rancangan baharu yang bersifat lebih berat.

"Kupasan dalam Majalah Islam adalah berdasarkan pemerhatian daripada seorang wartawan penyiaran tetapi ia diterjemahkan melalui perspektif seorang pengacara.

"Pengalaman saya yang bermula dari bawah iaitu sebagai seorang wartawan membuatkan saya bersedia untuk menggalas isu-isu berat itu," katanya.

Lebih mudah, santai

Walaupun baharu saja bergelar pengacara, namun Fazlan tidak merasakan ia adalah satu bidang yang sukar buat dirinya.

Malah, program ini juga memerlukan pengalamannya sebagai wartawan penyiaran kerana untuk isu-isu tertentu dia sendiri akan turut ke lapangan.

"Selain menjadi pengacara, saya juga akan bertindak sebagai wartawan penyiaran dalam program ini.

"Saya masih lagi menjadi wartawan kerana ia  memudahkan saya untuk membuat kupasan berkenaan satu-satu topi yang dibawa.

"Ini akan  membuatkan saya lebih faham dengan topik yang saya bawa," katanya.

Menurutnya, dia bukanlah pengacara yang hanya mendapat skrip dan menyampaikannya semata-mata sebaliknya dia juga akan mengkaji topik tersebut.

"Apabila saya sudah faham dengan topik itu, barulah saya boleh sampaikannya dalam cara yang mudah dan santai agar penonton mudah faham," jelasnya.

Walaupun mengakui  sedikit gemuruh, namun Fazlan berkata, dia cuba mengatasinya.

"Gemuruh itu tetap ada. Lagi-lagi ini adalah benda yang  baru. Sesiapa pun jika buat benda baharu pasti akan rasa gemuruh.

"Walaupun ini adalah penampilan pertama saya yang lebih bersifat serius, namun saya akan mencubanya dengan sebaik mungkin.

"Fokus saya kini adalah untuk menarik perhatian orang muda agar lebih berminat untuk menonton rancangan ini," jelasnya.

Ketika ditanya tentang Majalah Islam, Fazlan memberitahu bahawa program ini adalah sesuatu yang bagus dan sangat berinformasi.

"Saya bercakap bukan kerana saya bekerja untuknya. Tetapi saya bercakap dari pandangan seorang penonton.

"Majalah Islam cuba untuk memupuk rasa kesedaran dalam hati setiap penonton kerana itu adalah matlamat program ini supaya sedar dengan tanggungjawab masing-masing," katanya yang juga bertindak sebagai Penolong Penerbit bagi program Assalamualaikum.

Tambahnya lagi, dia akan berusaha membawa program itu supaya lebih menarik berbanding yang dibawakan oleh pengacara-pengacara terdahulu.

"Agak menarik kerana saya ada 'tenaga' orang muda dan orang baharu.

"Walaupun orang baharu, saya ada mentor yang cukup berpengalaman dalam bidang ini dengan isu-isu yang cuba diketengahkan.

"Bagi saya ia adalah kombinasi terbaik dalam mewakili wajah baharu Majalah Islam," katanya sambil memberitahu bahawa dia juga perlu menghadiri sesi  uji bakat yang dijalankan.

Masih belajar

Jelas anak kedua dari lima beradik ini, walaupun dia mempunyai tiga ruang lingkup kerjaya yang berbeza, namun dia cuba memberikan yang terbaik untuk kesemuanya.

"Saya suka mencuba sebarang perkara asalkan ia baru dan saya rasa benda ni berlaku dengan sangat pantas. Bermula sebagai wartawan, menjadi penolong penerbit dan kini meluaskan lagi sayap dengan menceburkan diri dalam bidang pengacaraan.

"Saya rasa orang nampak peluang saya dan percaya untuk saya menggalas satu tanggungjawab yang besar dan saya terimanya dengan penuh kesyukuran," katanya sambil memberitahu dia bersedia untuk menerima tawaran menjadi pengacara di produksi lain sekiranya tidak bertembung dengan jadualnya.

Namun begitu, dia berkata, semua ini adalah satu proses pembelajaran buat dirinya supaya lebih maju ke hadapan.

Siapa bakal mara ke final?

Posted: 08 Nov 2013 03:45 AM PST

  • Siapa bakal mara ke final?

BUKAN mudah bagi pelajar AF2013 untuk mencapai ke tahap semi final tanpa dorongan Inspirer mereka Datuk Siti Nurhaliza dan tenaga pengajar yang lain.

Selepas menyaksikan penyingkiran enam peserta sebelum ini, hanya tinggal enam lagi pelajar yang akan bertanding dalam konsert separuh akhir AF2013, yang berlangsung Sabtu ini.

Selain satu-satunya duo yang masih bertahan, Azhael yang dianggotai Mohd Azhar dan Hal Husaini, lima lagi pelajar solo,  Faizul, Indah, Amira, Aishah serta Nabila, juga dijangka memberikan persaingan sengit untuk mara ke peringkat akhir.

Konsert kesembilan ini bakal menyaksikan kesemua pelajar menjalankan dua tugasan berbeza iaitu menyampaikan lagu rock dan persembahan secara solo.

Azhael (duo) bakal mendendangkan lagu Lelaki Ini nyanyian Anuar Zain dan Kembali Merindu dari Slam.

Manakala, lagu Tak mungkin Kerna Sayang dendangan penyanyi asal Alyah dan Opera Hidup nyanyian  Wings menjadi taruhan Amira.

Faizul pula mempertaruhkan lagu, Hilang Naluri nyanyian Once dan Bayangan Gurauan dendangan kumpulan Mega.

Tak terkecuali, Indah dengan lagu Fireworks (Katty Perry) dan Segalanya Kuterima (Ilusi)

Manakala, Aisyah lagu Matahariku (Agnes Monica) dan Suratan Takdir (Gersang) serta Nabila dengan lagu Tentang Rasa (Astrid) dan Permata Biru (Ella)

Jika berdasarkan kedudukan undi, kelebihan untuk terus mara ke peringkat akhir berpihak kepada Nabila (22 peratus), Faizul (21 peratus) dan Azhael (17 peratus)

Bagaimanapun, sistem penjurian yang berdasarkan 100 peratus kepada undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), boleh merubah kedudukan mereka dalam sekelip mata.

Janji Azhael, Faizul

Menurut Azhael, mereka tidak terkejut dengan undian mereka yang menurun, sebaliknya, mereka hanya mahu menggalas tugasan dan cabaran supaya dapat dinilai sekali gus mendapat kenaikan undian untuk ke konsert akhir nanti.

"Kami akan memberikan persembahan all out untuk kekal di konsert final nanti.

"Apa saja genre lagu yang diberikan, kami anggap ia sebagai satu cabaran yang perlu digalas dan untuk minggu ini kami akan memberikan lebih karakter," katanya.

Bagi Faizul pula, ini adalah cabaran terbesar apabila dia terpaksa membawakan lagu rock yang mempunyai stail penyanyi sendiri mengikut caranya.

"Saya akan berusaha lebih untuk menerapkan karakter dalam lagu dan persembahan, walaupun agak tertekan kerana tak cukup masa untuk berlatih," katanya.

Pesona Aishah, Indah & Amira

Tiga lagi peserta yang dilihat akan memberikan persaingan sengit dalam AF 2013 ialah Aishah, Indah dan Amira yang rasa-ratanya mempunyai 'tone' dan 'range' suara yang tersendiri.

Menurut Aishah, atau nama sebenarnya, Nor Aishah Aziz, berkata, disebabkan mendapat kritikan pedas daripada juri pada konsert kelapan, kali ini dia akan berusaha untuk menyanyikan lagu dalam irama pop rock dengan lebih baik.

Selain itu, nama Amira atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman  mendapat undian terendah iaitu 14 peratus diumumkan oleh Siti sebagai pelajar yang tersingkir pada konsert minggu lalu, bagaimanapun akan memberikan yang terbaik dalam persembahannya memandangkan pada minggu lalu, dia mempunyai masalah kesihatan dan tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.

Sementara itu, Nur Nabila Mohd Razali, 21, atau Nabila, yang dikritik hebat apabila setiap minggu dikatakan sebagai pelajar lemah dalam penyampaian dan mendapat undian tertinggi sejak konsert minggu kelima, bagaimanapun redha sekiranya tidak berjaya melangkah ke final.

"Saya yakin dapat memberikan yang terbaik pada minggu ini untuk melayakkan saya ke final nanti.

"Ternyata pengundi melihat bakat saya, walaupun saya sering menerima kritikan daripada juri," katanya.

AF2013 mendapat tajaan utama dari Samsung dengan tiga program baharu, Galaxy AF, AF Buzz dan TGI AF yang dikenali sebagai Diari AF sehingga hari ini.

Sharnaaz sukar lupakan Shila?

Posted: 08 Nov 2013 03:44 AM PST

  • SharnaazSharnaaz

SEPERTI mana hebat lakonannya, seperti itu juga hebatnya kontroversi yang melanda jejaka ini.

Pernah menjadi tumpuan menerusi kisah cinta terhalangnya bersama penyanyi Patah Seribu, Shila Amzah, nama Sharnaaz Ahmad, sekali lagi menjadi perhatian apabila diheret sama dalam masalah percintaan Pekin dan Uqasha.

Meskipun isu itu sudah reda, namun hakikatnya pelakon Juvana ini tidak mahu terus dicop sebagai perampas kekasih sahabatnya sendiri.

Akui masih solo sehingga hari ini, kata Sharnaaz, belum ada wanita yang mampu bertakhta di hatinya selepas hubungannya berakhir dengan Shila.

"Ya, saya sunyi dan sepi tanpa wanita di sisi saya. Tetapi saya belum terdesak lagi sehingga sanggup merampas kekasih sahabat sendiri," katanya. 

Jika bekas kekasihnya itu dikatakan sudah berpunya, namun Sharnaz nampaknya masih belum menemui penggantinya. Ketika di tebak pertanyaan, apakah dia masih belum dapat melupakan anak dara ND Lala itu, Sharnaaz lantas memberikan senyuman.

"Walaupun pada mulanya sukar untuk lupakan dia (Shila), tapi saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, Jujur saya akui, cinta dan kerjaya tidak boleh seiring dalam hidup saya.

"Selepas berpisah dengan Shila, tawaran kerja datang tanpa putus. Alhamdulillah... mungkin ada hikmah di sebalik kejadian," katanya yang turut mendoakan hubungan yang terjalin antara Shila dan Johan Ashari.

Sambil berseloroh, Sharnaaz memberitahu, dia kini juga sedang mencari teman yang sesuai dengan dirinya.


Jatuh cinta dengan Siti Saleha

Pernah digandingkan dengan aktres jelita, Siti Saleha dalam cerekarama Ruby di slot Samarinda TV3 tahun lalu, Sharnaaz mengakui dia 'jatuh cinta' dengan wanita kacukan Inggeris-Melayu itu.

"Jujur saya akui telah 'jatuh cinta' dengan Saleha! Tapi jangan salah sangka pula. Saya sangat suka berlakon dengannya kerana Saleha wanita bijak dan tegas.

"Watak bercinta hanya ketika di set penggambaran sahaja untuk menghayati watak dengan baik," ujarnya.

Tegas Sharnaaz, kerjaya dan cinta harus diasingkan supaya tidak menjejaskan penggambaran drama atau filem dengan kisah peribadi.

"Saya suka ambil inisiatif rapat dengan heroin gandingan atas dasar kerja. Keserasian sangat penting untuk menghasilkan cerita yang bagus.

"Itu cara saya bekerja dan harap tiada orang pertikaikan cara saya!," katanya yang akan muncul dengan telemovie terbaru Astro, Dollah Superstar bersama Neelofa dan Awie.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut menerima dua pencalonan, Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi drama Di Bawah Langit Mu dan filem Juvana, dalam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013), yang bakal berlangsung pada 26 November ini.

Diugut tarik semula bantuan

Posted: 08 Nov 2013 03:40 AM PST

  • Diugut tarik semula bantuan Keratan akhbar Sinar Harian yang melaporkan kesusahan hidup Kembang, 5 November lalu.

DUNGUN - "Bila kisah mak cik keluar di Sinar Harian, ramai yang datang hulur sumbangan, tapi ada juga yang datang marah mak cik, mereka ugut nak tarik semua bantuan sebab dia kata mak cik cerita tak betul dalam surat khabar."

Demikian luah Kembang Mohamad, 52, ibu tunggal empat anak yang hidup dalam kesempitan di rumah peninggalan bekas suaminya, dekat sini.

Kisah sedih Kembang bersama dua anaknya, Intan Shafiqah, 11, dan Intan Shahirah, 13, disiarkan akhbar ini 5 November lalu.

Rentetan daripada itu, pelbagai pihak tampil membantu, namun tidak kurang yang 'panas punggung' apabila sanggup memarahi Kembang kerana mendakwa ibu tunggal itu menyembunyikan fakta sebenar dan mendedahkan cerita kesusahannya kepada media sehingga menjejaskan reputasi pihak terbabit.

Kesal dituduh berbohong

Kembang berkata, dia tidak menuduh sesiapa dan menafikan bantuan diterima, cuma apa yang diluahkan hanyalah situasi sebenar yang dihadapi bersama dua anak perempuannya.

Katanya, memang dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, namun wang itu tidak cukup dan bantuan lain seperti wang dana hari raya pula hanya diterima setahun sekali.

"Dua-dua anak mak cik dapat bantuan pakaian sekolah RM200 setahun setiap seorang, tapi bantuan itu mak cik guna beli pakaian sekolah pada awal musim persekolahan dan untuk belanja anak ke sekolah, mak cik hanya bergantung wang bulanan JKM," katanya.

Kembang berkata, memandangkan dia tidak mempunyai pendapatan lain, wang JKM itu juga terpaksa diagihkan untuk membeli keperluan harian seperti beras dan sebagainya.

Menurutnya, walaupun anak perempuannya yang lain sudah berkahwin, mereka juga tidak dapat membantu kerana turut tidak berkemampuan.

"Dua anak mak cik yang masih bersekolah ini tidak berbohong, memang kadangkala mereka tak bawa duit ke sekolah sebab mak cik tak ada duit.

"Takkanlah cerita perkara sebenar pun jadi satu kesalahan. Kenapa sampai begini orang marah mak cik, mungkin mereka tidak memahami dan merasai keperitan mak cik, kalau tak percaya datanglah sendiri tengok keadaan kami," katanya.

Maidam beri perhatian

Bagaimanapun kisah Kembang mendapat perhatian pihak berwajib apabila Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat  Melayu Terengganu (Maidam) melalui Pegawai Eksekutif Cawangan Dungun, Mohd Amizan Abd Rahman mengadakan lawatan ke rumah ibu tunggal itu yang terletak berhampiran Sungai Dungun.

Amizan berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa Kembang sudah mendapat bantuan Maidam tidak tepat dan hasil semakan rekod di pejabatnya, ibu tunggal itu hanya mendapat wang zakat yang diagihkan Maidam setahun sekali.

Menurutnya, sehingga 4 November lalu, tiada sebarang permohonan dibuat oleh mana-mana pihak mewakili Kembang untuk mendapatkan bantuan sara hidup bulanan daripada pihak Maidam seperti didakwa segelintir individu.

"Jika Kembang tidak menyiarkan kisahnya dalam Sinar Harian, Maidam mungkin tidak mendapat sebarang maklumat mengenai kesusahan ibu tunggal ini.

"Selepas meneliti, pihak kami akan berusaha menyalurkan bantuan segera berupa wang tunai antara RM2,000 hingga RM2,500 bagi meringankan sedikit beban Kembang, terutama untuk persediaan menghadapi musim tengkujuh dan persekolahan anak-anaknya hujung tahun nanti," katanya.

Amizan berkata, jika Kembang masih gagal mendapat bantuan bulanan tambahan daripada JKM, pihak Maidam akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan tambahan wang sara hidup berjumlah RM450 sebulan kepada wanita itu.

Bagi bantuan rumah pula beliau berkata, Maidam tiada halangan menyalurkan peruntukan bagi membina kediaman untuk warga miskin seperti Kembang, cuma pihaknya memerlukan kebenaran tuan tanah untuk membina rumah tersebut atau jika pemohon memiliki tanah sendiri,  prosesnya lebih mudah dan cepat.

Selain Maidam, Pejabat Kesihatan Dungun turut mengadakan lawatan ke rumah Kembang dan difahamkan mereka berusaha menyalurkan subsidi bekalan air bersih dan kemudahan tandas di rumah Kembang.

Pemuda Umno sedia bantu

Ketua Pemuda Umno Bahagian Dungun, Mohd Asri Mohamad berkata, beliau mewakili sayap parti bersedia menanggung perbelanjaan bagi menyediakan keperluan persekolahan anak Kembang sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

"Pemuda Umno bahagian sedia menanggung mana-mana keperluan sekolah mereka yang tidak cukup, terutama peralatan sekolah.

"Dengan bantuan ini, kita harap dua beradik ini dapat menumpukan perhatian pada pelajaran mereka," katanya.

Tauhu dalam bekas tong cat

Posted: 08 Nov 2013 03:22 AM PST

  • Tauhu dalam tong cat Bekas tong cat yang digunakan pekerja kilang untuk merendam tauhu dan soya.

GOMBAK - Bekas tong cat digunakan oleh sebuah kilang pembuat tauhu di Greenwood untuk mengisi soya sebelum dimasukkan dalam mesin pengisar selain merendam tauhu yang telah siap diproses.

Selain itu, air sisa pemprosesan dilihat bertakung di atas lantai dan disalirkan terus ke dalam longkang sebelum mengalir ke sungai berhampiran.

Disebabkan tiada tempat penyimpanan barang, bahan mentahnya pula diletakkan di luar kilang kurang 30 meter dari bangsal kuda.

Kilang yang beroperasi lebih tiga tahun itu didapati tiada lesen perniagaan dan difahamkan mengedarkan produknya di beberapa pasar sekitar kawasan ini  termasuk pasar borong Selayang.

Di peringkat awal, operasinya hanya kecil-kecilan, namun kebelakangan ini kilang tersebut dilihat semakin ketara.

Pemiliknya, seorang warga tempatan menggunakan khidmat lapan pekerja warga asing terdiri daripada warga Indonesia dan Myanmar yang tidak dapat dipastikan sama ada mempunyai permit pekerjaan secara sah atau sebaliknya.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Majlis Perbandaran Selayang, Dr Razif Zainol Abidin, kilang yang beroperasi di atas tanah pertanian itu telah diperiksa sebanyak tiga kali dalam tempoh dua tahun selepas menerima aduan orang awam yang mempertikaikan tahap kebersihannya.

Katanya, MPS tidak berkompromi dengan kilang tersebut selepas banyak kesalahan dilakukan yang bukan hanya mencemar alam, tetapi dikhuatiri menjejaskan kesihatan orang awam yang membeli tauhu yang diprosesnya.

"Tindakan adalah di bawah Undang-undang Kecil 62, Undang-undang Kecil Pelesenan Establismen Makanan (MPS) 2007, Seksyen 762 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Seksyen 3 Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian.

"Kesalahan adalah kerana meletakkan bahan mentah di atas lantai, melepaskan sisa buangan terus ke dalam longkang dan terdapat pembiakan lipas, lalat serta tikus melalui penemuan najis dan bau," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebagai menghalang kilang meneruskan operasi, beberapa peralatan telah disita terdiri daripada acuan tauhu yang diperbuat daripada kayu, mesin pengisar, mesin pemotong dan juga tauhu mentah.

RM60,000 menanti kaki pancing

Posted: 08 Nov 2013 03:20 AM PST

  • RM60,000 menanti kaki pancingBeberapa pemancing mempamer kemahiran masing-masing menjelang pertandingan di Pantai Morib, Ahad ini.

BANTING - Hadiah bernilai hampir  RM60,000 menanti peserta dengan Pertandingan Memancing GP Selangor 2013 Siri Kesembilan anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) sempena Bulan Melawat Kuala Langat yang dikendalikan Wakjali Event  Management di Pantai Morib, Ahad ini.

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, juara pertandingan akan menerima RM30,000 kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000 diikuti pemenang keempat hingga ke-10 menerima RM500 dan ke-11 hingga 30 menerima RM400 beserta hamper.

Katanya, ini kali kedua Pantai Morib dipilih sebagai venue pertandingan memancing GP Selangor walaupun tangkapan pada edisi pertama tahun lalu kurang memberangsangkan namun keadaan dijangka berbeza kali ini.

"Ini berikutan keadaan air yang berarus khususnya selepas fenomena air pasang keling yang dijangka pada Selasa dengan ketinggian air pada hari pertandingan ialah 3.8 meter.

"Bagi mengisi masa senggang pada Sabtu, penganjur juga akan menganjurkan Cabaran Malam Minggu pada Sabtu (malam) bermula jam 9 hingga 12 malam," katanya.

Kaunter pendaftaran 24 jam akan mula dibuka di lokasi pertandingan bermula jam 12 tengah hari Sabtu ini dengan yuran penyertaan RM25 sahaja dengan 150 kemeja-T disediakan untuk peserta yang mendaftar awal.

Sementara itu, tinjauan di lokasi memancing menyaksikan beberapa pemancing mencuba pelbagai cara dan umpan bagi menawan ikan Pantai Morib sebagai persediaan pertandingan kali ini.

Mereka berminat boleh menghubungi 013-3588206, 012-6823479 dan 013-3838655 atau lawati laman web www.wakjali.com.

Suspek pecah rumah parah dibelasah jiran

Posted: 08 Nov 2013 03:18 AM PST

  • Suspek parah dibelasah jiranSuspek parah di kepala selepas bergelut dengan jiran mangsa.

KUALA LIPIS - Suspek yang memecah masuk rumah penduduk di Kampung Berchang, di sini pagi kelmarin dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Sebelum ini, suspek yang juga warga asing berusia 30an menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis akibat parah di kepala dan badan ketika bergelut dengan jiran mangsa.

Difahamkan, semasa memecah masuk rumah mangsa, suspek bersama dua lagi rakan memakai baju dan seluar dalam serta mengikat tangkal di bahagian pinggang bagi melindungi diri.

Sinar Harian semalam melaporkan kejadian rompakan di rumah kedai milik Kamarudin Yusof, 42, di Kampung Berchang.

Dalam kejadian jam 3 pagi Rabu lalu, tiga suspek dipercayai warga asing bertindak memecah masuk rumah kedai yang didiami empat sekeluarga dalam satu kejadian rompakan bersenjata.

Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, suspek dipercayai memotong bahagian besi tingkap sebelum memecah masuk rumah dan mencederakan mangsa menggunakan kayu dan parang.

Menurutnya, suspek yang tidak sempat menggeledah rumah mangsa bertindak melarikan diri setelah bunyi bising dari arah halaman rumah.

Beliau berkata, seorang daripada suspek bergelut dengan jiran mangsa yang datang membantu dan dalam pergelutan itu suspek serta jiran mangsa mengalami kecederaan.

"Dua lagi suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan polis menggunakan khidmat anjing pengesan (K9) untuk mengesan suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan.

Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan.

Ron kagumi suara Amy

Posted: 08 Nov 2013 03:13 AM PST



GAMAT seketika studio Suria FM apabila dua legenda rock, Amy Search dan pemain gitar utama kumpulan Guns N' Roses, Ronald Jay Blumenthal bertemu buat julung-julung kalinya.
Setelah kedua-duanya tampil menerusi segmen Ceria Pagi Di Suria kendalian Halim Othman dan Adibah Noor pada pukul 9.30 pagi, kedua-dua legenda berkenaan menjalani pula sesi rakaman untuk segmen Suria Rock bersama Bob Ringgo.
Dalam sesi rakaman tersebut, Amy mendendangkan salah satu lagu hitnya, Pawana sambil diiringi petikan gitar oleh Ron atau lebih dikenali dengan nama pentas Ron 'Bumblefoot' Thal.
"Amy mempunyai suara yang sangat bagus dan saya agak teruja dan kagum ketika dia mendendangkan lagu Pawana. Tidak hairanlah dia dilabelkan sebagai antara penyanyi rock legenda di negara ini.
"Begitu juga dengan lagu Pawana kerana muziknya yang cukup menarik dan ringkas. Malah, saya sudah berlatih sejak beberapa minggu lalu sebelum datang ke negara ini," ujarnya memulakan perbualan.
Berkongsi cerita mengenai tujuannya berkunjung ke Malaysia, pemuzik yang dilihat selesa tampil dengan gaya cukup ringkas itu memberitahu, dia memenuhi undangan daripada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia untuk menjayakan beberapa aktiviti yang diaturkan.
Berada di Malaysia dari 3 hingga 7 November lalu, Ron yang datang bersendirian tanpa ahli Guns N' Roses yang lain terbabit dengan aktiviti seperti bengkel muzik, sesi bertemu peminat dan membuat persembahan bersama pemuzik tradisional tempatan yang berlangsung di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
"Ini merupakan kali kedua saya datang ke Malaysia setelah kali terakhir ke sini pada bulan Mac lalu sempena konsert Guns N' Roses. Secara jujur- nya, saya sangat menyukai Malaysia dan berpeluang untuk datang ke negara ini memang tidak harus dilepaskan begitu saja.
"Selain keadaan cuaca yang agak panas serta masakan yang sedap, saya turut mengagumi kehidupan masyarakat di negara ini serta penerimaan golongan muda terhadap muzik rock," ujar pemain gitar berpengalaman itu.

BERSEMPENA kemunculan di konti Suria FM, Amy mengalunkan lagu Pawana sambil diiringi petika gitar Ron dan gitaris band rock, Deja Voodoo Spells, Rithan Vijay.


Menurutnya, sepanjang berada di Kuala Lumpur dia telah dibawa menikmati pelbagai makanan di beberapa buah restoran di Jalan Alor, Bukit Bintang dan menyifatkan Malaysia beruntung kerana kaya dengan pelbagai variasi makanan yang enak.
Ketika ditanya mengenai projek terbaharu Guns N' Roses pula, ujar pemuzik yang berasal dari New York itu, buat masa ini mereka sedang sibuk menghasilkan lagu-lagu baharu.
Ujarnya, dia menjangkakan bahawa tahun 2014 bakal menjadi musim yang agak sibuk buat band berkenaan. Selain merancang untuk menghasilkan album terbaharu, mereka bakal terbabit dengan persembahan siri jelajah di seluruh dunia.
"Sekarang ini setiap ahli band mempunyai komitmen masing-masing tetapi kalau ada masa, kami akan berkumpul bersama-sama untuk berbincang mengenai lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album baharu nanti," ujarnya yang menyatakan, Chinese Democracy merupakan album terakhir dihasilkan mereka pada tahun 2008.
Sos cili
Siapa sangka, di sebalik kariernya sebagai seorang pemuzik serta peranan utamanya selaku gitaris utama Guns N' Roses, Ron turut menceburi bidang baharu iaitu pengeluaran cili sos.
Menurut Ron, selama ini dia memang menggemari masakan pedas dan akhirnya timbul idea untuk mengeluarkan sos cili sendiri setelah dia berkenalan dengan seorang pengeluar sos cili.

AMY dan Ron sempat bergambar kenangan di konti Suria FM bersama Halim dan Adibah.


"Sebenarnya sudah lama saya mempunyai impian untuk menghasilkan sos cili jenama sendiri setelah menikmati pelbagai jenis sos di merata-rata tempat.
Menerusi perkenalan dengan seorang rakan yang menjalankan perniagaan sos cili, akhirnya impian ini terlaksana.
"Menerusi kolaborasi dengan rakan saya itu, akhirnya muncul jenama sos cili yang diberi nama Bumblefoot Hot Sauce dan ia telah dilancarkan pada bulan Januari lalu," jelasnya.
Kata Ron, di bawah jenama Bumblefoot Hot Sauce, terdapat enam jenis perisa yang dihasilkan iaitu Bumblicious, Bumblef**ked, Normal, Abnormal, Uncool dan Bumblebabe.
Menurutnya, sesuatu yang cukup menarik tentang keenam-enam sos cili tersebut adalah apabila ia dihasilkan dengan menggunakan resipinya sendiri.
"Setakat ini sambutan yang diterima daripada orang ramai cukup menggalakkan dan mereka suka dengan kesemua perisa. Daripada keenam-enam perisa yang dihasilkan, Abnormal paling mendapat sambutan ramai kerana rasa pedasnya yang sangat enak," ujarnya.
Satu pengiktirafan
Sementara itu, Amy Search atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana dapat bersemuka dengan gitaris daripada band yang terkenal di seluruh dunia itu.
Menurut Amy, ia merupakan kali pertama dia dapat berjumpa secara langsung dengan Ron.
Ini memandangkan sebelum ini dia tidak berkesempatan kerana membuat persembahan di tempat lain ketika kehadiran Guns N' Roses dahulu.
"Pastinya ia merupakan suatu kena- ngan yang cukup manis buat diri saya sepanjang bergelar penyanyi. Semua orang sedia maklum, Guns N' Roses merupakan satu nama yang cukup besar dan memang rasa bertuah dapat bertemu salah seorang anggotanya secara bersemuka.
"Sepanjang pertemuan tersebut, pelbagai perkara yang kami bualkan mengenai muzik rock. Apa yang saya perhatikan, Ron merupakan seorang individu yang sangat merendah diri, meskipun namanya cukup terkenal dan popular," ujarnya.
Selain itu, Amy mengakui agak teruja meraih undangan untuk membuat penampilan istimewa bersama Ron pada persembahan pemain gitar tersebut dalam satu acara kolaborasi bersama pemuzik tradisional tempatan, Dewangga Sakti di Balai Seni Visual Negara pada 6 November lalu.
"Sebelum ini, saya ada menerima surat daripada pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia yang menyatakan mereka mencari seorang penyanyi rock Malaysia untuk membuat persembahan bersama Ron dan akhir- nya, nama saya telah dipilih.
"Dalam persembahan tersebut saya cuma menyampaikan sebuah sahaja lagu iaitu Pawana dan diiringi petikan gitar Ron.
"Biarpun sekadar penampilan istimewa dan mempersembahkan sebuah lagu, namun saya anggap ia sebagai suatu pengiktirafan istimewa buat diri saya," jelasnya.


Kekecewaan Soffi Jikan

Posted: 08 Nov 2013 03:12 AM PST

PELAKON penuh karakter ini mempunyai prinsip yang jitu tentang pembangunan filem tempatan.


PELAKON Soffi Jikan memang terkenal dengan watak antagonis dalam kebanyakan filem yang dilakonkannya. Namun, baru-baru ini Soffi dikatakan telah meluahkan hasratnya ingin berhenti daripada bidang lakonan.
Melalui temu ramah ketika bertemu pelakon ini, ternyata Soffi sangat kecewa dengan industri yang diceburinya kini. Penjelasan panjang lebar Soffi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap industri seni yang dikatakan 'semakin tenat' ini.
Jujur meluahkan rasa yang terbuku di hatinya, Soffi turut menjelaskan isu berhenti daripada bidang lakonan seperti yang didakwa oleh rakan artis, Khir Rahman melalui temu bual pihak media bersamanya ketika tayangan filem Balada Pencinta.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Soffi ketika bertemu pada majlis doa selamat Showbiz Productions di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kosmo!: Ada ura-ura yang mengatakan anda ingin berhenti daripada bidang lakonan. Boleh komen?
SOFFI: Memang betul, namun bukan secara harfiah tetapi secara spiritual. Ini kerana hampir kesemua jiwa raga saya sudah remuk terhadap industri hiburan dan juga lakonan.
Saya sebenarnya tidak bercita-cita ingin berlakon. Namun, saya mungkin ditakdirkan untuk menyelamatkan industri kita yang 'semakin tenat' ini.
Mengapa sehingga begitu perasaan anda?
Ini kerana salah satunya ialah betapa mudahnya filem tempatan kita dipandang remeh. Saya rasa mungkin industri masih bekerja 20 jam sehari dan kebajikan serta masa depan kami seolah-olah tiada. Saya akui sudah banyak filem pecah panggung yang saya buat, namun masih tidak kelihatan masa depan saya.
Itu tentang saya yang tidak banyak mengambil tawaran kerana menjaga kualiti. Bagaimana pula dengan penggiat seni yang bekerja setiap hari pula? Cara pengiraan pembayaran kepada pelakon amat menyedihkan. Kutipan filem juga tidak berbaloi dengan bajet yang dikeluarkan. Jadi, mungkin selepas ini, kita berbalik kepada zaman yang hanya mengeluarkan bajet beberapa ratus ribu untuk menghasilkan sebuah filem.
SOFFI JIKAN turut melakukan kerja-kerja di belakang tabir dan mengarah filem dokumentari.


Apa maksud anda dengan tidak punya masa depan?
Dalam kata sebenar, jika kita bekerja dengan kuantiti yang diperlukan oleh penerbit di Malaysia, memang seperti tiada masa berehat. Filem yang saya berlakon, sudah sampai ke Eropah dan beberapa negara luar dan saya rasakan saya sudah mencapai tahap antarabangsa. Kita diangkat ke luar negara tetapi apa gunanya jika industri kita masih dalam kedaifan.
Adakah ini bermaksud anda ingin menarik diri daripada industri?
Bukan juga. Saya bekerja kerana Tuhan. Suratan takdir dan jodoh yang Tuhan berikan, saya terima. Pandangan saya adalah lebih baik saya menumpukan untuk membuka produksi sendiri dan menghasilkan sendiri serta berdikari. Saya juga ingin melihat mampukah kita mengubah. Saya percaya itu cabaran terakhir buat diri saya.
Ini kerana, dahulu saya bermula dari belakang tabir dan saya beralih ke bidang lakonan kerana sudah tidak lalu menghadapi dunia tersebut. Saya fikir, jika saya mula berlakon, bermula dengan sehelai sepinggang, maka dapatlah saya bertahan.
Bagaimanapun, nampaknya tanggapan saya salah.
Selain berlakon, ada kerja lain yang anda buat?
Memang ada. Saya ada membuat kerja belakang tabir dan mengarahkan beberapa dokumentari, klip video, drama bersiri serta video korporat.
Kebanyakannya saya bekerja dengan syarikat lain. Saya juga bakal menguruskan sebuah produksi yang masih dalam proses menerusi syarikat I-Man Film Sdn Bhd.
Saya akan bekerja dengan penerbit-penerbit yang akan menjaga kepentingan dan ada visi untuk mengangkat industri.
Adakah mungkin selepas punya syarikat sendiri kelak, anda akan menetapkan syarat untuk menjaga kebajikan pekerja?
Sebenarnya, kami hanya boleh bekerja 12 jam sehari dan ini sudah pun dibangkitkan dalam Profima. Namun, jika ingin buat overtime, ia harus dikira dalam gaji.
Namun, apa yang berlaku sekarang, kebanyakan penerbit membayar gaji pekerja mengikut gaji hari.
Walaupun bekerja sehingga 20 jam atau 50 babak dalam sehari, bebanan itu masih tidak berbaloi dengan apa yang dibayar.
Adakah anda ini seorang yang meminta bayaran yang tinggi?
Semestinya. Ini kerana sepatutnya bayaran artis di Malaysia ini sudah mampu mencecah enam angka. Namun, jarang kita menerima bayaran sebegitu. Produksi kecil atau besar, saya pernah bekerja dengan semua penerbit di Malaysia.
Itu mampu menunjukkan sama ada saya memilih atau tidak.


Kejutan tipikal penyingkiran Amira

Posted: 08 Nov 2013 03:11 AM PST


KEJUTAN tipikal Akademi Fantasia terjadi pada minggu lalu apabila Amira (kiri) yang pada mulanya diumumkan terkeluar, dipanggil semula dan tiada penyingkiran berlaku.


SEPERTI sudah dijangka, Akademi Fantasia 2013 (AF2013) menggunakan kejutan yang kelihatan hambar apabila pelajar yang sepatutnya disingkir, Nadia Amira Othman kerana mendapat undian terendah, sebaliknya tidak dilepaskan oleh pihak AF.
Peserta berusia 20 tahun berasal dari Johor itu menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian Ning Baizura pada sesi yang pertama sebelum menyanyikan lagu Elegi Sepi pada pusingan battle bersama Aishah.
Persembahan 'biasa-biasa' yang dipersembahkan oleh Amira mungkin menjadi punca mengapa dia hanya mendapat undian sebanyak 14 peratus, sekali gus undian terendah yang membolehkan dia tersingkir pada malam itu.
Walaupun Inspirer untuk minggu lalu yang juga penyanyi legenda negara, Datuk Siti Nurhaliza sudah mengumumkan Amira tersingkir, pengacara konsert itu, Zizan Razak telah memanggil semula pelajar itu.
Ini secara tidak langsung menggamatkan suasana di Auditorium Cempaka Sari, Putrajaya dengan sorakan peminat Amira.
Berbalik kepada konsert yang berlangsung pada malam itu, persembahan para pelajar menunjukkan sedikit peningkatan berbanding minggu sebelumnya.
Dimulakan dengan penuh cemerlang peserta duo, Azhael yang menyanyikan lagu dari seberang, Harus Terpisah (Cakra Khan), diteruskan dengan pelajar yang mendapat sokongan paling padu, Nabila yang mendendangkan lagu klasik, Gelombang (Salamiah Hassan).
AMIRA hanya mendapat undian 14 peratus, menjadi sebab utama dia tersingkir pada minggu lalu, namun nasib menyebelahinya apabila tiada penyingkiran pada minggu lalu.


Kedua-dua pasukan dipuji baik oleh juri yang terdiri daripada Edry Abdul Halim, Roslan Aziz dan seorang pengkritik terkenal yang dijemput khas, Fauziah Datuk Ahmad Daud.
Konsert diteruskan dengan penuh rancak oleh Indah yang menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) dan Aishah melantunkan lagu Inggeris, Price Tag (Jessie J) sebelum pelajar dari Sabah, Faizul meneruskan persembahan dengan nyanyian lagu sentimental, Sandiwara Cinta (Repvblik).
Persembahan solo diakhiri dengan Amira sebelum hiburan diteruskan dengan pusingan battle yang sengit antara dua pelajar.
Pada pusingan tersebut dapat dilihat peserta bersaing rapat sesama mereka yang mana Azhael menentang Faizul menyanyikan lagu Nakal (Gigi), Aishah berpadu vokal bersama Amira untuk lagu Elegi Sepi (Azharina) dan Indah bersama Nabila mendendangkan lagu Sangkar Cinta (Ziana Zain).
Persembahan penuh bertenaga pelajar dapat dirasakan dalam segenap auditorium dan hampir kesemua pelajar mendapat pujian daripada juri terutama sekali Nabila dan Azhael.
Siti yang menunjukkan senyuman sebagai tanda berpuas hati berkata: "Para pelajar menunjukkan peningkatan yang baik dari segi persembahan dan komen mengenai nyanyian juga mempunyai kemajuan tetapi masih boleh diperbaiki.
"Mengenai pemilihan lagu yang dibuat untuk minggu ini, ia bukan mudah kerana ini melibatkan kesemua pihak dan pada mata juri mungkin tugasan (lagu) yang diberi kepada para pelajar tidak sesuai dengan suara mereka."

AZHAEL menganggap Faizul (tengah) sebagai peserta paling perlu diberi perhatian kerana kehebatannya.


Siti merupakan Inspirer ketiga AF- 2013 selepas Faizal Tahir dan Melly Goeslaw.
Tambah Siti, lagu yang diberi pada minggu ini merupakan cabaran pada mereka dan untuk konsert separuh akhir, pemilihan lagu 100 peratus di tangan beliau.
"Saya agak terkejut dengan gimik (tiada penyingkiran) yang dilakukan oleh pihak akademi kerana saya sama sekali tidak menduga. Bagaimanapun, minggu kesembilan nanti sudah pasti seorang pelajar bakal tersingkir," ucap Siti.
Sementara itu, pelajar yang mendapat pujian juri pada malam itu ialah Azhael yang merupakan duo pertama dalam sejarah AF, dianggotai oleh Mohd. Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi, masing-masing berusia 25 tahun.
"Banyak kelemahan yang masih perlu kami perbaiki kerana kami mengakui masih gugup setiap kali melakukan persembahan di pentas AF ini.
"Pada kami, persembahan yang baik ditunjukkan oleh peserta dari Sabah, Faizul.
"Ini sekali gus menjadikan dia pencabar terdekat yang harus diberi perhatian," ulas Azhar mewakili Azhael.
Persaingan dijangka semakin sengit menerusi konsert separuh akhir yang bakal berlangsung di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad ini bermula pukul 9 malam.


Saintis sahkan Arafat diracun

Posted: 08 Nov 2013 03:05 AM PST

BOCHUD (kiri) dan Mangin bergambar dengan dokumen yang menunjukkan laporan siasatan terhadap polonium yang ditemui pada tulang dan pakaian Arafat.


LAUSANNE, Switzerland - Seorang saintis Switzerland, Profesor Francois Bochud dari Institut Radiofizik Lausanne menyatakan, terdapat bahan polonium dalam kuantiti yang tinggi pada tulang bekas pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Menurut Bochud, bahan beracun itu juga ditemui pada barang-barang peribadi milik Arafat sekali gus menunjukkan terdapat pihak ketiga yang menyebabkan kematiannya pada tahun 2004.
"Ia menunjukkan terdapat pihak ketiga yang terlibat (yang menyebabkan kematian Arafat)," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya memberikan sokongan pada tahap sederhana tentang idea bahawa Arafat telah diracun dengan bahan radioaktif itu
"Hasil kajian kami menyokong teori beliau diracun," tambahnya.
Menurut Pengarah Pusat Forensik Hospital Universiti Lausanne, Patrice Mangin, bahan beracun itu tidak menyerap masuk ke dalam badan Arafat secara semula jadi.
Ekoran pendedahan itu, balu Arafat, Suha menyatakan, beliau yakin terdapat orang yang dekat dengan bekas pemimpin tersebut yang meracunnya.
Beliau menganggap kematian Arafat adalah disebabkan pembunuhan politik.
Kadar kandungan polonium itu adalah 20 kali lebih tinggi daripada yang digunakan untuk tujuan penyelidikan.
Selepas pendedahan itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin menyatakan, tiada keraguan lagi bahawa Arafat telah mati diracun.
Pegawai itu, Wasel Abu Yusef berkata, pihaknya meminta satu jawatankuasa antarabangsa menyiasat tentang pembunuhan itu.
Arafat meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis pada tahun 2004.
Punca kematiannya menjadi misteri dan masih belum disahkan.
Pada tahun lalu, sebuah makmal di sini menemui kesan polonium-210 pada pakaian pemimpin itu yang diserahkan oleh balunya, Soha.
Lebih banyak sampel telah diambil pada jenazahnya di Tebing Barat.
Polonium-210 merupakan bahan radio aktif beracun yang sukar dikesan menggunakan alat pengesan radio aktif kerana susunan zarahnya.
Kurang satu gram serbuk polonium-210 berwarna perak boleh menyebabkan kegagalan organ yang membawa kepada kematian.
Racun tersebut biasanya dicampur ke dalam minuman dan makanan dengan tujuan untuk membunuh mangsa.
Dalam pada itu, ramai penduduk Palestin percaya Israel telah meracun Arafat tetapi dinafikan oleh regim Zionis.
"Kami tidak pernah membuat keputusan untuk memudaratkan Arafat secara fizikal," kata Menteri Tenaga Israel, Silvan Shalom yang berkhidmat sebagai Menteri Luar pada tahun 2004 ketika diwawancara Radio Israel.
"Pada pendapat saya, tuduhan ini telah digembar-gemburkan. Namun, jika benar beliau (Arafat) diracun, ia bukan kerja Israel," kata Shalom.
"Mungkin ada orang dalam yang mempunyai niat atau kepentingan untuk membunuhnya," tambah menteri berkenaan.


Asid senjata baharu kumpulan samseng remaja

Posted: 08 Nov 2013 03:04 AM PST



KESESAKAN lalu lintas pagi Jumaat itu adalah satu rutin wajib untuk ditempuhi setiap pengguna jalan raya di timur Jakarta. Di dalam sebuah bas awam yang sarat membawa penumpang, kelihatan seorang pelajar sekolah berusia 15 tahun. Matanya tertancap kepada satu pemandangan yang membuatkan jantungnya berdebar-debar.
Tyo al-Farabi dapat melihat jelas kumpulan besar pelajar sekolah musuhnya membanjiri jalan raya tersebut. Curiga Tyo terusik, nalurinya tahu bahawa pada bila-bila masa bakal tercetus pergaduhan jalanan sesama pelajar itu.
Gelisah Tyo bertambah apabila seorang remaja, Ridwan Nur memanjat tangga bas yang dinaikinya. Ridwan atau nama gelarannya, Tompel tidak pernah bertemu Tyo, begitu juga sebaliknya. Namun ketegangan dalaman dua individu itu ketara pada wajah masing-masing.
Pada jarak pemisah kira-kira satu meter, Tyo menganalisis luaran Tompel. Sekali imbas, Tompel hanya pelajar sekolah biasa. Botol air berisi cecair jernih dalam pegangannya juga tidak mencurigakan.
Entah kenapa, Tyo tidak mempercayai imej normal Tompel. Saat Tyo memalingkan wajahnya, rasa panas bagai dibakar terasa di leher dan belakang badannya. Dalam kepanikan itu, Tyo melihat wanita yang berdiri di sebelahnya menutup wajah menahan pedih.
Tyo, wanita di sebelahnya dan 13 lagi penumpang bas tersebut menjadi mangsa simbahan asid daripada botol yang dipegang Tompel. Asid hidroklorik menjadi senjata keganasan Tompel gara-gara kebenciannya terhadap pelajar sekolah lain seperti Tyo.
Tyo yang kini beransur pulih ketika ditemui di rumahnya di Tebet, selatan Jakarta, Indonesia menyingkap: "Nasib baik saya berpaling kalau tidak nasib saya akan sama seperti wanita di sebelah saya. Dengar khabar dia mungkin buta."

GEAR motor yang dipasang pada hujung tali pinggang karate menjadi senjata paling popular dalam kalangan samseng sekolah di Indonesia.


Tindakan Tompel itu telah mengheretnya ke muka pengadilan. Kini remaja itu sedang menunggu perbicaraan dan sekiranya didapati bersalah, Tompel bakal berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Senjata
Ironinya, insiden simbahan asid melibatkan samseng sekolah di Indonesia bukan merupakan satu perkara baharu. Tahun ini, serangan menggunakan bahan kimia berbahaya itu sudah mencatatkan tiga kes. Pada 11 Oktober lalu, empat pelajar dari Kolej Teknikal Muhammidiyah (SMK), Jakarta Tengah melecur di bahagian leher selepas diserang 10 pelajar bermotosikal dengan larutan asid.
Selang dua hari kemudian (13 Oktober 2013) di Ciamis, Jawa Barat, empat pelajar peringkat menengah rendah yang berdiri di luar kawasan sekolah mereka dilaporkan terkena letupan bom molotov bercampur larutan asid yang dibaling penyerang bermotosikal. Letupan itu menyebabkan dua daripada pelajar berkenaan berada dalam keadaan kritikal.
Pergaduhan dalam kelompok besar melibatkan pelajar sekolah yang berbeza di Indonesia terbentuk sejak awal 1990-an. Dalam Bahasa Indonesia, ia dipanggil tawuran (pergaduhan) pelajar dan telah menjadi budaya rasmi bagi kebanyakan sekolah.
Sebelum dan usai waktu pembelajaran, pelajar-pelajar sekolah menengah akan berkumpul beramai-ramai bagi melakukan serangan ke atas kumpulan daripada sekolah musuh masing-masing. Jalan raya dan bas menjadi medan pertempuran sehingga mengheret orang awam menjadi mangsa.

USAHA kumpulan pelajar yang menolak gerakan samseng sekolah masih belum cukup mematahkan tradisi yang wujud sejak 1990-an itu.


Pemukul bola besbol berpaku dan parang ialah senjata pilihan ketika bergaduh. Bagaimanapun penggunaan asid dalam tiga insiden yang dilaporkan baru-baru ini telah mewujudkan ancaman keselamatan awam yang menakutkan.
"Saya tidak menggunakan asid ketika bergaduh. Namun pelajar lain berani menggunakannya kerana ia sukar dikesan pihak polis," dedah Jambrong, lelaki berusia 19 tahun yang juga lepasan Sekolah Tinggi Muhammidiyah.
Tambahnya, menyembunyikan pedang samurai atau parang di dalam beg mudah dicurigai polis. Berbeza dengan asid yang senang untuk diperoleh melalui kedai perkakas.
"Malah anda boleh dapatkan asid dari makmal sekolah dan simpan di dalam botol plastik. Tiada siapa akan mengesyaki anda," ujar Jambrong.
Bagaimanapun beliau memberitahu, senjata paling popular dalam kalangan samseng pelajar ialah gear motor yang diikat pada hujung tali pinggang karate.
"Ia digunakan untuk melibas musuh di kepala dan boleh mendatangkan kecederaan teruk.
"Tiada peraturan atau kod dalam tawuran. Segalanya berpandukan naluri dan keberanian. Jika anda yakin untuk membunuh, teruskan. Saya pernah tercedera beberapa kali," kongsi belia berkenaan.
Alumni
Keganasan dalam kalangan pelajar sekolah di Indonesia merupakan isu serius. Berdasarkan laporan media, pada tahun 2001, terdapat 339 orang pelajar terlibat dalam pergaduhan di seluruh republik tersebut yang mengakibatkan 82 kematian. Angka kematian itu menunjukkan peningkatan berbanding 37 mangsa pada tahun 1999.
Statistik bagi tahun 2013 masih belum diperoleh tetapi pihak berkuasa dan pelajar sendiri memberitahu pergaduhan dan jumlah kematian semakin berkurang di Jakarta.
"Ketika berlawan, perkara terpenting adalah untuk tidak jatuh selepas dipukul. Jika anda jatuh dan terdapat ramai musuh berdekatan, anda mungkin terbunuh," ujar Jambrong.

PIHAK polis Indonesia sering dikecam masyarakat kerana tindakannya yang tidak tegas ke atas pelajar yang terlibat dalam gengsterisme.


Biarpun berjanji untuk tidak terlibat lagi dengan kumpulan samseng, lelaki yang tamat sekolah pada tahun lalu itu masih menghabiskan masa di luar kawasan sekolahnya bagi merekrut pelajar-pelajar muda selepas kelas tamat menjelang tengah hari.
Kehadirannya menarik minat kumpulan remaja muda tersebut. Penumpang-penumpang bas yang melintasi sekolah itu memberi reaksi gelisah setiap kali terlihat kelibat Jambrong yang sering duduk di atas motosikalnya.
Kehebatan Jambrong dan rakan seangkatannya dijadikan inspirasi kumpulan samseng baharu untuk menumpaskan lebih ramai pelajar sekolah musuh. Peranan beliau selaku alumni samseng sekolah secara tidak langsung diguna pakai sebagai tradisi penurunan kuasa kepada pelajar baharu.
"Api kebencian terhadap sekolah lain sebenarnya diwarisi daripada bekas pelajar. Semangat itu diturunkan kepada pelajar baharu pada minggu pertama dan kedua setiap kali sesi persekolahan dibuka," dedah Profesor Kriminologi Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Indonesia, Adrianus Meliala.
Sifat meniru
Subjek gangsterisme mula didedahkan kepada pelajar sekolah pada permulaan persekolahan di Indonesia iaitu pada bulan Jun dan Julai. Ketika itu berlakunya proses kemasukan pelajar baharu.
"Pelajar sekolah menengah di Indonesia mudah terpengaruh terhadap nilai keakuran berbanding remaja di negara lain. Ia sebahagian daripada budaya orang Timur.
"Tompel misalnya telah terlibat dengan tawuran sejak umur 16 tahun ketika disuruh pelajar senior untuk bergaduh. Ia seperti satu ujian kesetiaan," ujar Adrianus.
Tambah Adrianus, serangan simbahan asid yang berlaku baru-baru ini agak memeranjatkan memandangkan sekolah dan para pelajar ketika itu sibuk dengan persiapan peperiksaan pertengahan semester.
Jelasnya, penggunaan asid tidak sesuai untuk dikaitkan terhadap spesifikasi psikologi seseorang tetapi lebih kepada kebolehcapaian pelajar kepada bekalan bahan kimia tersebut.
"Tompel memberitahu bahawa dia tidak tahu kenapa dia menggunakan asid. Saya khuatir ia didorong sifat ingin meniru. Semakin banyak kes begini dilaporkan, maka bertambahlah keinginan pelajar untuk mencuba tindakan yang sama," begitu teori yang dibuat beliau.
Sejak beberapa tahun lalu, sekolah-sekolah di Indonesia telah diarahkan agar mengetatkan undang-undang dan menggantung para pelajar yang didapati menyertai pergaduhan berkumpulan.
Timbalan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut mengumumkan pengenalan waktu ulang kaji di rumah antara pukul 7 hingga 9 malam. Sepanjang tempoh itu, mereka yang bergelar pelajar sekolah tidak boleh keluar dari rumah masing-masing.
Bagaimanapun para pengkritik mengatakan penguatkuasaan yang akan dijalankan di Jakarta pada bulan ini tidak mampu menyekat pergaduhan pelajar yang selalunya berlaku pada waktu siang.


Haiwan comel diancam kepupusan

Posted: 08 Nov 2013 03:03 AM PST


PIHAK kerajaan Britain menyokong pemusnahan badger dengan mendakwa haiwan tersebut menyebarkan penyakit tibi kepada lembu ternakan.


WARNA jaluran hitam putih di badan mereka sememangnya menawan hati setiap manusia yang memandang, tetapi aktivis-aktivis haiwan di Britain berjaga sepanjang malam untuk menyelamatkan haiwan ini daripada dibunuh.
Penghapusan mamalia tersebut mendapat sokongan pihak kerajaan dengan mendakwa haiwan itu berpenyakit.
Dalam pada itu, pada pukul 10 malam satu tembakan kedengaran dan memecahkan suasana sunyi di kawasan luar bandar Gloucestershire, barat daya England.
"Oh tidak," bisik seorang aktivis haiwan berusia 30-an, Louise yang meredah malam bersama beberapa aktivis lain menuju ke arah bunyi tembakan.
Ia adalah kejadian yang sama berlaku pada setiap malam sejak akhir Ogos lalu apabila beribu-ribu badger dibunuh di kawasan Gloucestershire dan wilayah jiran, Somerset.
Pemusnahan haiwan itu bertujuan untuk menangani penyebaran penyakit batuk kering (tibi) yang menjangkiti lembu. Haiwan comel itu didakwa menjadi punca penyebaran tersebut.
Kerajaan mengatakan penyakit tibi telah menyebabkan petani terpaksa menyembelih sebanyak 300,00 ekor lembu sejak 2003 dengan melibatkan perbelanjaan awam sebanyak £500 juta (RM2.5 bilion).
Ditentang
Bagaimanapun, tindakan tersebut telah ditentang oleh aktivis yang berpendapat membunuh haiwan berbulu itu adalah satu tindakan kejam dan tidak mendatangkan impak yang besar dalam memerangi virus berkenaan.
Pemain gitar kumpulan Queen, Brian May merupakan salah seorang aktivis yang terlibat menentang pembunuhan badger di negara itu.
Menurut Louise, di Gloucestershire seramai 500 sukarelawan mengambil bahagian dalam rondaan pada waktu malam untuk mengawasi pemburuan haiwan ini.
"Mereka yang bekerja sebagai guru, doktor haiwan, doktor, bomba dan hakim turut menyertai misi ini. Ia sangat menakjubkan," katanya kepada AFP sambil mengumpulkan kira-kira 30 aktivis haiwan sebelum memulakan operasi malam itu.

HAIWAN berbulu hitam putih ini kebiasaannya aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.


Tambahnya, mereka turut berdepan cabaran daripada para petani yang mensabotaj usaha mengawal pembunuhan haiwan tersebut.
"Sesetengah petani cuba menghentikan usaha kami. Bagaimanapun, kami telah melaporkannya kepada pihak polis," katanya yang enggan memberikan nama penuh.
Waktu malam
Dengan mengenakan jaket keselamatan yang memantulkan cahaya, aktivis mula berpecah kepada empat kumpulan.
Pemburuaan haiwan itu biasanya dilakukan pada waktu malam kerana pada waktu tersebut badger keluar dari lubangnya dan lebih aktif.
Penembak akan menarik perhatian badger dengan memberikannya kacang, namun haiwan itu hanya boleh ditembak pada jarak 30 meter daripada lubangnya.
Ia bagi mengelak daripada haiwan berkenaan terjatuh semula ke dalam lubang dan mati secara perlahan-lahan.
Para aktivis cuba menghalang haiwan pemalu itu agar kekal dalam habitatnya.
"Kami menjerit, melambaikan tangan dan meniup wisel bagi mengelakkan penembak membunuh haiwan ini," kata seorang wanita berusia 50-an yang bernama Helen.
Kira-kira 708 ekor badger telah dibunuh di Gloucestershire sejak beberapa bulan yang lalu.
Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada populasi penduduk tempatan.
Ia juga kurang daripada 70 peratus berbanding jumlah badger yang disasarkan untuk ditembak iaitu satu jumlah yang dianggarkan dapat membantu mengurangkan penyebaran penyakit tibi.
Sementara itu, pembunuhan haiwan tersebut dikatakan akan berakhir tidak lama lagi, tetapi pihak kerajaan seakan-akan mahu melanjutkan program tersebut.
Menteri Persekitaran, Owen Paterson berkata, kaedah lain mungkin digunakan untuk memusnahkan badger.
"Pihak berkuasa juga melihat kemungkinan menggunakan gas beracun untuk memusnahkan haiwan berkenaan," katanya.


Kepentingan penjagaan mata

Posted: 08 Nov 2013 03:01 AM PST



SELEPAS dua minggu melahirkan bayi pertama pada Ramadan lalu, penglihatan Siti Sarah Abidin, 25, tiba-tiba terjejas apabila kelihatan tompok-tompok hitam di sebelah mata kanannya.
Terkejut dan bimbang dengan perubahan itu, Siti Sarah segera berjumpa dengan pakar untuk pemeriksaan mata.
Menurutnya, doktor memberitahu bahawa dia disahkan mengalami retinopati diabetes yang menyebabkan saluran darah retina dalam matanya pecah, sekali gus membentuk tompokan hitam pada penglihatannya.
"Ia merupakan sejenis penyakit kerosakan retina yang disebabkan diabetes.
RETINA ialah selaput di belakang biji mata yang peka terhadap rangsangan cahaya.


"Penglihatan saya mula terjejas apabila terdapat kesan tompokan hitam dan imej yang terbentuk sangat kabur," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Retinopati diabetes adalah sejenis penyakit kerosakan retina mata yang menyebabkan daya penglihatan merosot akibat penyakit diabetes.
Mengulas lanjut mengenai punca penyakit itu, Siti Sarah memberitahu, dia sememangnya menghidap diabetes sejak kanak-kanak dan ia merupakan satu penyakit keturunan.
"Penyakit keturunan ini telah menyebabkan saya dan ibu mengalami masalah kesihatan mata yang sama. Seperti saya, penglihatan ibu juga terjejas dengan kesan tompokan tetapi ia melibatkan kedua-dua belah matanya," ujar beliau.
Siti Sarah memaklumkan, kini penglihatan ibunya telah kembali normal selepas mendapatkan rawatan laser.
"Doktor juga telah memberikan rawatan laser yang sama kepada saya bagi mengecut dan menghilangkan saluran darah yang mudah pecah.
"Sehingga kini saya telah menjalani empat sesi rawatan laser dan alhamdullilah, penglihatan saya beransur normal,"katanya.
Dalam pada itu, Siti Sarah memaklumkan dia terpaksa membelanjakan lebih RM5,000 untuk memulihkan kembali penglihatannya.

DIABETES boleh dikawal dengan gaya pemakanan yang betul.


" Sebanyak RM1, 000 dibelanjakan untuk satu sesi rawatan laser dan kira-kira RM4,000 telah digunakan bagi memulihkan mata dan membeli ubat-ubatan yang diperlukan," jelasnya.
Beliau berkata, dia sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah penglihatan dan hanya memakai cermin mata untuk membaca.
Acap kali kita diperingatkan mengenai bahaya penyakit kencing manis atau diabetes yang boleh mengundang penyakit jantung, namun jarang dikaitkan dengan punca menjadi buta.


Mengenang masa lalu

Posted: 08 Nov 2013 02:58 AM PST


MENYAMBUT tahun baru sepatutnya membawa perubahan signifikan pada diri individu kerana kita tidak tahu bila ajal akan mengundang.


SELAMAT Tahun Baru Hijrah. Kita meninggalkan tahun 1434 hijrah dan menyambut kedatangan tahun baru hijrah 1435. Secara amnya, ia hanya perubahan nombor yang tidak membawa makna besar.
Masa datang dan pergi tetapi apa yang pasti, masa tidak akan kembali. Setiap saat yang ditinggalkan semakin jauh meninggalkan kita. Hari esok juga masih misteri pada setiap manusia.
Kematian juga tidak mengira waktu. Sesaat yang baru berlalu masih segar dalam ingatan tetapi sesaat kemudian, mungkin nama kita bakal tersimpan dalam kenangan.
Begitulah roda kehidupan yang sentiasa bergerak selari dengan perubahan masa. Semalam pasti tidak sama dengan hari ini. Misalnya, semalam anak perempuan saya belum mencapai akil baligh tetapi hari ini dia sudah menjadi anak yang perlu menanggung sendiri dosa dan pahala.
MasyaAllah, Subhanallah, Allahuakbar. Bayangkan jika semalam anak itu tidak menutup auratnya dengan sempurna kerana belum akil baligh, secara tiba-tiba dia perlu bertanggungjawab melaksanakan perintah wajib tersebut pada hari ini. Mampukah beliau?
Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak diberatkan solat lima waktu sehari semalam, juga kerana belum mengecap akil baligh dengan tiba-tiba perlu melaksanakan amalan wajib yang menjadi teras utama agama Islam. Mampukah beliau?
Lantas, mampukah seorang bapa mengajak anak lelaki yang baru menginjak dewasa bersama-sama menunaikan solat subuh di masjid? Pasti anjakan rutin itu menjadi sukar.
Ia akan bertambah sukar jika bapanya juga tidak diajar semasa waktu kecilnya dan sehingga menyambut tahun baru hijrah 1435, dia masih belum mengenal tangga masjid untuk solat berjemaah.
Siapakah yang perlu dipersalahkan? Mampukah kita sebagai ibu bapa yang diamanahkan Allah SWT membentuk anak daripada sehelai kain putih kepada pelbagai warna yang berbeza-beza mencapai damai di hati?
MasyaAllah, saya terkenang bagaimana baginda Rasulullah SAW berpesan melalui hadis yang direkodkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud: "Ajarlah anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur sepuluh tahun."
Hakikatnya, menyambut tahun baru hijrah sepatutnya membawa perubahan signifikan bagi membentuk hati yang damai. Ia satu perasaan yang boleh memandu kita ke syurga Firdaus. Ia benar-benar hijrah yang perlu dikejar.
Maknanya, bagi mereka yang mahu berfikir, kedatangan tahun baru boleh dilihat daripada pandangan sisi. Masa berbaki bagi menyambut kedatangan saat-saat kematian berkurang lagi setahun menandakan kehidupan kita semakin suntuk.
Saya fikir adalah sangat relevan bagi setiap orang memikirkan masa lampau yang telah dilalui untuk memulakan hijrah (perubahan) sempena kedatangan tahun baru.
Misalnya, setiap kali berseorangan terutamanya ketika satu pertiga malam masih bersisa dan mengenang kisah semalam, saya tidak dapat mendustakan nikmat masa yang telah dikurniakan Allah.

SETIAP mukmin harus bersyukur dan terus mendekati Yang Maha Esa di atas segala rahmat yang diberi-Nya.


Dia masih memberi ruang masa untuk kita berfikir dan merenung masa yang akan hadir. Banyak pertanyaan, jika ditanya, tidak mampu dijawab dengan lega dan memberikan rasa damai di hati.
Barangkali ramai yang berpura-pura tidak mahu berfikir dan membiarkan hari-hari berlalu seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Misalnya jika ada yang bertanya: "Adakah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-Quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan memberi pinjaman (sedekah) kepada Allah SWT? Adakah tuan bangun malam bertahajud dan bermunajat? Adakah tuan berpuasa sunat? Sudah hilangkah rasa cemburu di hati melihat rakan sejawat dinaikkan pangkat?"
Tahun depan usia saya genap 50 tahun. Jika ditakdirkan saya dijemput pulang pada atau sebelum tahun 2015, maka jawapan kepada kesemua soalan di atas adalah seperti berikut: "Tidak, saya tidak terfikir pun untuk solat berjemaah di masjid. Tidak, saya tidak mengenal huruf, tidak tahu membaca al-Quran dan saya tidak terfikir untuk membaca terjemahannya. Tidak, pendapatan saya tidak mencukupi dan pinjaman kad kredit tidak pernah sifar. Pinjaman Bank Rakyat dan koperasi kakitangan masih berbaki, maka tidak perlulah saya bersedekah (memberi pinjaman kepada Allah SWT).
"Saya tidak tahu pun wujudnya puasa dan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis sangat mencabar. Tidak, saya tidak mampu bangun malam kerana saya berjawatan tinggi dan perlukan tidur yang mencukupi untuk bekerja di siang hari. Saya juga tidak mahu jawatan tertinggi yang mampu dicapai dipegang rakan sejawat yang juga lawan kepada saya. Saya mahu menjadi yang terbaik."
Kehidupan dunia sentiasa mempesona dan melalaikan. Malah ia seringkali menjarakkan kita dengan Allah SWT. Kita sering terlupa bahawa pada suatu ketika, ia akan ditinggalkan dan kita akan berdepan kehidupan yang kekal abadi.
Masa berlalu pantas. Allah SWT telah berpesan kepada hamba-Nya melalui ayat 114, surah al-Mu'minun yang bermaksud: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)."
Jumpa lagi minggu hadapan. Kami mohon keampunan-Mu ya Allah.


Jualan buku harga runtuh UP&D

Posted: 08 Nov 2013 02:55 AM PST

KAKITANGAN UP&D mesra melayan pelanggan yang membeli bahan bacaan yang ditawarkan di kedai buku itu.


JIKA anda tergolong dalam kategori 'ulat buku', jangan ketinggalan mengunjungi Kedai Buku Utusan Publica- tions & Distributors Sdn. Bhd. (UP&D) yang kini beroperasi di Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Menawarkan lebih 1,000 judul buku pada harga yang amat berpatutan, pengunjung pastinya rambang mata untuk membuat pilihan.
Bayangkan, dengan RM1 anda boleh memiliki sebuah buku cerita kanak-kanak yang menarik. Selain itu, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan yang mempunyai 2,196 muka surat cuma berharga RM5.
Ketua Pegawai Operasinya, Mohd. Zin Mahmud berkata, kedai buku itu merupakan yang kedua dibuka secara rasmi. Sebelum ini, pihaknya beroperasi di Pejabat Urusan UP&D yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur.
"Sekitar tahun 1980-an, kami pernah membuka kedai buku di Kompleks Pertama tetapi ia kemudian ditutup atas sebab-sebab tertentu.
"Justeru, pembukaan kedai di Jalan Chan Sow Lin ini diharap menyemarakkan lagi aktiviti penjualan buku-buku terbitan dan edaran UP&D serta anak syarikat, Tintarona Publications Sdn. Bhd.," katanya kepada Kosmo!.

KEDAI Buku UP&D menawarkan lebih 1,000 judul buku pada harga berpatutan.


Karya popular
Sempena pembukaan kedai buku itu, UP&D tampil dengan promosi jualan harga runtuh yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus untuk koleksi buku terpilih.
Sejak dibuka secara rasmi pada 13 September lalu, lebih 1,500 naskhah buku telah berjaya dijual.
"Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selain pengunjung luar, kakitangan Kumpulan Utusan sendiri tidak melepaskan peluang mendapatkan koleksi buku yang digemari termasuk karya-karya yang sudah tiada lagi di pasaran.
"Antara karya terlaris ialah Cuit: Dilema Melayu Moden nukilan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan dan buku 366 Cerita Rakyat Malaysia yang merupakan kompilasi cerita-cerita warisan tanah air," jelas Mohd. Zin.
Tidak ketinggalan, novel Bukan Terlarang karya Nur Hazma dan Menggamit Syurga Firdaus tulisan Kamsiah Abu yang turut mencatat jualan yang tinggi.
Bagi peminat sastera pula, novel Deru Angin karangan Hafizah Iszahanid; Rimba Jiwa (Sri Rahayu Mohd. Yusop) dan Waris Pejuang (Ruhaini Matdarin) yang memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan juga seharusnya tidak dilepaskan.
MOHD. ZIN memegang Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan yang dijual pada harga cuma RM5 di Kedai Buku UP&D.


Antara genre buku lain yang dijual termasuk koleksi resipi hidangan dan kemahiran menjahit, motivasi, biografi, buku-buku berkonsep Islam dan akademik.
Menariknya, buku berjudul Saga yang memenangi hadiah pertama Sayembara Novel Gapena pada tahun 1976, hasil karya Abdul Talib Mohd. Hassan juga boleh didapati di sini.
Koleksi buku paling mahal yang ditawarkan di kedai buku itu adalah Ensiklopedia Umum Pelajar Malaysia yang berharga RM350. Sebelum ini ia dijual pada harga RM1,980 dalam set 12 jilid.
UP&D yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Utusan aktif menghasilkan pelbagai genre buku untuk semua lapisan masyarakat di negara ini.
Ditanya mengenai perancangan masa hadapan UP&D, Mohd. Zin memaklumkan, pihaknya akan menganjurkan pelbagai aktiviti interaktif seperti pertandingan melukis dan mewarna kanak-kanak, bengkel penulisan serta sesi bersama penulis dalam tempoh terdekat.
"Aktiviti sebegini mampu mengeratkan hubungan antara pelanggan. Kami juga merancang untuk menyediakan kemudahan kad ahli kepada pelanggan setia UP&D sebagai penghargaan terhadap sokongan yang diberi," ungkapnya mengakhiri bicara.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines