Rabu, 6 November 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Iktiraf bakat pelukis muda

Posted: 05 Nov 2013 05:07 PM PST

HANED (belakang enam dari kanan) bergambar bersama para pemenang Cabaran Seni Pelancongan.


POTRET pengarah dan penerbit filem terkenal, Allahyarham Yasmin Ahmad menjadi subjek utama dalam lukisan karya pelukis muda, Nazmi Ismail, 25 yang bertajuk Beautiful Mind.
Pemilihan itu berikutan filem-filem yang diarahkan oleh Yasmin mengangkat nilai-nilai perpaduan masyarakat Malaysia yang hidup harmoni di bawah satu pemuafakatan.
"Semasa hayatnya, kebanyakan filem yang dihasilkan berteraskan konsep kesepaduan masyarakat berbilang kaum. Ia bertepatan dengan tema yang cuba saya sampaikan," ujarnya ketika ditemui usai penyampaian hadiah cabaran Seni Pelancongan (1MCAT) di Auditorium Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Karya Nazmi diangkat sebagai penerima tempat ketiga kategori terbuka bersama tiga pelukis muda yang lain dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan itu.
Seorang lagi pemenang tempat ketiga kategori terbuka, Muhammad Syahrin Mohd. Nazri, 25, telah menghasilkan lukisan bertajuk The Passion Is Under Construction yang dilukis di atas medium kepingan aluminium.
"Lukisan ini menonjolkan idea futuristik berdasarkan penggunaan bahan-bahan yang berada dalam kehidupan seharian. Saya mengibaratkan ia sebagai pengantaraan hidup kita yang sentiasa diselubungi kerja," ujarnya.
Pertandingan yang memasuki edisi ketiga itu mengangkat karya-karya yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis muda dalam dua kategori iaitu pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dan terbuka.
Kurang aspek teknikal
Kriteria pemenang dinilai menerusi keaslian hasil, mesej positif, penekanan unsur kontemporari, penggunaan material dan persembahan keseluruhan.
"Ramai bakat muda di negara kita mempunyai kemampuan lukisan yang baik tetapi mereka masih kurang dalam beberapa aspek teknikal.
"Terdapat beberapa lukisan yang tidak bersesuaian dengan tema pertandingan ini, menyebabkan kami sepakat untuk tidak meletakkan lukisan di tempat pertama untuk kedua-dua kategori," ujar salah seorang juri, Bibi Chew.
Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Haned Masjak berkata, pertandingan tersebut dapat dijadikan platform untuk mengiktiraf bakat pelukis-pelukis dan penggiat seni tempatan.
"Melalui pertandingan ini, ia akan menarik lebih ramai golongan muda menceburi bidang seni lukis, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai lokasi utama seni," ujarnya.


Kheng Leng juara cabaran Energizer

Posted: 05 Nov 2013 05:05 PM PST


CHENG (empat dari kanan) bergambar dengan pemenang-pemenang pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.


'TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'. Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menceritakan betapa bertuahnya seorang pegawai pemasaran apabila dia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000 baru-baru ini.
Ang Kheng Leng, 31, yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang selepas mengalahkan 12 peserta lain pada pertandingan akhir Energizer Power Seal Mission 500K yang diadakan di Berjaya Time Square, Kuala Lumpur.
Kheng Leng yang merupakan penyandang juara pada pertandingan sama tahun lalu menerima hadiah yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Jenama Energizer Malaysia, Dunstan Cheng.
Mengulas mengenai kemenangan itu, Kheng Leng berkata, dia berasa cukup bertuah dan tidak menyangka akan muncul sebagai juara sekali lagi selepas kejayaan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 pada pertandingan lalu.
"Saya merancang menggunakan wang kemenangan untuk melancong bersama keluarga di samping membelikan hadiah istimewa kepada mereka.
"Tanpa sokongan mereka saya mungkin tidak sampai ke tahap ini," katanya.
Tambah Khee Leng, pertandingan akhir pada tahun ini lebih sengit dan menguji kekuatan mental serta fizikal setiap peserta yang perlu melepasi 10 halangan dan permainan.
"Paling mencabar ialah permainan Power Obstacle yang memaksa peserta membawa replika bateri Energizer Max sambil melepaskan diri daripada halangan bertali yang direntang di hadapan mereka.
"Saya terpaksa melepasi setiap tali dengan berhati-hati kerana sebarang kesilapan menyebabkan peserta terpaksa mengulanginya dari awal sekali gus terdedah kepada risiko penyingkiran," katanya.
Pertandingan itu berlangsung selama 10 minggu pada 15 Julai hingga 20 September lalu yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM500,000.
Orang ramai boleh menyertai pertandingan itu dengan menghantar penyertaan berserta bukti pembelian produk Energizer atau bermain permainan video di laman sosial Facebook Energizer.
Pada pertandingan akhir itu, seramai 13 peserta dari Malaysia dan Singapura terpilih untuk melepasi 10 halangan yang ditetapkan dalam 10 pusingan penyingkiran.
Peserta yang tersingkir pada setiap pusingan berpeluang memenangi hadiah antara RM1,500 hingga RM7,000 setiap seorang.
Peserta terakhir berpeluang merebut salah satu daripada puluhan sampul mengandungi nilai hadiah wang kemenangan yang diletakkan dalam sebuah bilik khas.
Sementara itu, Dunstan berkata, penganjuran pertandingan yang memasuki edisi kedua itu menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 4,000 penyertaan daripada orang ramai termasuk dari Singapura.
Ujarnya, ia juga sebagai tanda penghargaan jenama itu kepada pelanggan-pelanggan setianya selama ini.
"Antara halangan yang ditetapkan ialah Power Seal, Light up Power, Power Pyramid dan Power Up Big Ben.
"Biarpun tampak mudah dan menghiburkan, namun ia tetap mencabar mental dan fizikal di samping menguji pengetahuan peserta tentang bateri Energizer.
"Pada masa yang sama, kami juga mahu mempromosikan bateri terbaharu Energizer Operation Power Seal dengan teknologi power seal yang bebas merkuri selain mampu bertahan sehingga 10 tahun," jelasnya.


Hafiz Perjelas Gambar Mesra Bersama Adira

Posted: 04 Nov 2013 05:19 PM PST


Hafiz
PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja.
Hafiz atau nama sebenarnya Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 23, berkata, foto tersebut diambil ketika bertemu di sebuah majlis perkahwinan rakan mereka pada minggu lalu.
"Itu gambar biasa sahaja. Kami tiada apa-apa hubungan pun, hanya sekadar rakan sekerja. Harap mana-mana pihak tidak salah anggap berdasarkan foto yang dimuat naik itu," katanya kepada mStar Online.
Hafiz berkata demikian ketika diminta mengulas sekeping gambar mesranya dengan Adira yang dimuat naik melalui Instagram milik Adira. Foto tersebut turut memaparkan dua lagi rakan di samping mereka.
Dalam pada itu Hafiz meminta mana-mana pihak tidak mengaitkannya lagi dengan Adira kerana bimbang khabar angin tersebut melukakan hati kekasih penyanyi wanita itu.
Foto hafiz bermesra dengan Adira yang dimuatkan di Instagram milik penyanyi wanita itu.
"Memanglah dahulu saya dan dia (Adira) bercinta. Tapi itu tiga tahun lepas dan sekarang ini kami hanya kawan.
"Rasanya tak manis jika kami dikaitkan lagi. Nanti apa pula kata pasangannya yang mungkin terluka dengan gosip sebegini," ujarnya.
Sementara itu, Hafiz berkata dia akan berduet dengan penyanyi Indonesia Datuk Rossa menerusi lagu terbaharu berjudul Salahkah, ciptaan Charly Van Houten (Setia Band).
Penyanyi yang popular dengan lagu Bahagiamu Deritaku itu telah pun bertolak ke Jakarta pada Isnin (semalam) untuk mengadakan sesi rakaman sekali gus penggambaran klip video di sana.
"Jika sebelum ini saya berduet dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Muara Hati kini saya dapat berduet pula dengan Rossa. Kerjasama ini adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya.
"Saya harap lagu ini akan membuatkan para pendengar berpuas hati. Tambah pula komposer yang mencipta lagu ini bukan calang-calang orang," tuturnya.

Saya pakai duit sendiri! – Nora Danish

Posted: 04 Nov 2013 05:19 PM PST

BEBERAPA blog cuba memanipulasi kenyataan Nora dan Nedim mengenai hubungan mereka selepas dikecam dalam laman Instagram masing-masing.


BUKAN kekecohan baharu, tetapi kisah 'cinta' Nora Danish dengan Nedim Nazri kini menjadi semakin hangat.
Keintiman mereka yang kebanyakannya dipamerkan menerusi akaun Instagram milik masing-masing mencetuskan pelbagai persepsi daripada semua pengikut, pembenci, malah pemerhati bebas yang menanti perkembangan terkini hubungan baik mereka.
Terkini, kisah Nora dan Nedim menghabiskan masa lebih seminggu di kota London dalam kembara yang disifatkan sebagai percutian sekali gus menguruskan bisnes di sana menarik perhatian umum.
Ia menjadi panas apabila Nora dan Nedim memuat naik aktiviti mereka di sana selain beberapa keping gambar yang agak intim seperti berpegangan tangan, kedua-duanya juga telah mengeluarkan kenyataan tentang hubungan mereka dalam bentuk sarkarstik.
Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp menjawab persoalan yang dikemukakan Kosmo! kepadanya dengan berhemah.
Kosmo!: Ada dua perkara yang diperlukan daripada anda, jika sudi ditemu bual. Pertama, tentang dua pencalonan serentak dalam Anugerah Skrin pada malam Jumaat lalu iaitu untuk kategori Pelakon Drama Terbaik dan Pelakon Filem Terbaik. Kedua, tentang kisah anda dan Nedim.
NORA: Persoalan tentang Nedim itu lemah sikit (ketawa). Kalau boleh, saya minta jasa baik untuk tidak menjawab persoalan tersebut atau berkaitan peribadi lagi terutama tentang kerja dia dan hal-hal berkaitan politik sebab ada pihak mula memanipulasi jawapan saya dan menjadikan ia satu agenda lain pula. Jujurnya, saya lihat sekarang hubungan kami sudah mula diheret dalam kancah politik pula.
Tapi mungkin sebab anda berdua orang terkenal dan ia menjadi bualan bila kalian terbuka mengenai hubungan dengan memuat naik gambar-gambar dalam Instagram masing-masing. Terkini, hangat juga mengenai percutian kalian di London. Komen sikit?
Sebenarnya, kalau nak tanya pasal saya, saya tak ada masalah kerana saya faham dunia selebriti, tapi bukan dia. Pada saya, hal peribadi dia, orang lain tak perlu ikut campur. Tentang percutian pula, memang kami tak kisah berkongsi gambar bersama.
Kosmo! ada menerima kiriman jumlah harga tiket penerbangan anda ke London yang mencecah RM25,000. Ia satu jumlah yang besar dan ia mula mencetuskan banyak persoalan tentang perbelanjaan tersebut. Bagaimana anda boleh katakan tentang hal ini?
Saya kira pengirim itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim. Saya bekerja keras dan punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa.
Susah menjadi Nora Danish sekarang?
Agaklah (ketawa). Susah sebab saya single (solo) pun saya kena, sudah ada kawan pun susah. Pening. Malah, saya tak sorok tentang dengan siapa saya berkawan dengan memuat naik di Instagram, pun orang mahu mencari benda yang boleh dijadikan hal lain pula.
Bercakap tentang Instagram, hubungan baik kalian dikecam teruk oleh haters (pembenci) akhir-akhir ini. Bagaimana kalian menanganinya?
Saya salahkan sosial media yang semakin meluas sebab dulu orang hanya mengutuk dalam blog-blog sahaja, tetapi kini secara depan-depan di dalam akaun milik kita pun mereka lakukan (ketawa). Haters (pembenci) suka cakap perkara yang mereka rasa tahu, tapi sebenarnya tak tahu apa. Saya juga sudah kaji tentang pembenci saya, yang kebanyakannya terdiri daripada budak-budak, jadi saya abaikan sahaja mereka. Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya.
Jadi macam mana caranya anda mahu mengawal perkara-perkara negatif ini?
Saya belajar untuk kurang memberi jawapan jika ditanya tentang hubungan atau kisah peribadi kami, berbanding kisah karier saya. Saya kira, jika saya mahu berkongsi sesuatu pun, saya akan kongsi menerusi Instagram. Jika saya muat naik sesuatu di situ, maka adalah, jika tiada, tak perlu dikorek lagi.
Oh ya, ada yang mendakwa anda tidak hadir ke malam pencalonan Top 5 Anugerah Skrin baru-baru ini kerana mengelak ditanya tentang percutian dengan Nedim. Betul ke?
Tak, saya tidak hadir bukan sebab mengelak, tapi sebab saya demam dan masih jet lag akibat perubahan zon waktu.
Jadi, apakah perasaan anda apabila dicalonkan untuk dua kategori utama serentak?
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur terhadap kedua-dua pencalonan yang diberikan. Ini merupakan kali pertama saya tercalon dalam anugerah tersebut.
Saya kira kekuatan saya sehingga tercalon terletak kepada kedua-dua jalan cerita dan karakter yang saya bawa. Alhamdulillah, kita tengoklah, kalau ada rezeki, adalah.


Bukan radio 'pancing duit'!

Posted: 04 Nov 2013 05:18 PM PST

  • Bukan radio 'pancing duit'!

HAMPIR lapan tahun beroperasi, stesen radio, SuriaFM, kini berjaya disenaraikan dalam kelompok empat stesen radio komersial berbahasa Melayu paling popular.
Walaupun diperkenalkan pada 26 Disember 2005, SuriaFM mula beroperasi di seluruh negeri pada 24 November 2007.

Bersiaran selama 24 jam, Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah lagu-lagu yang terkini.

Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Indonesia, radio ini menyasarkan golongan pendengar di antara 25 hingga 34 tahun.

Sehingga kini radio di bawah kelolaan Rimakmur Sdn Bhd, ini berjaya mengekalkan status stesen radio popular di Malaysia dengan catatan 2.23 juta pendengar di sepanjang tahun.

Paling membanggakan, pendengar SuriaFM secara digital telah meningkat sebanyak 160 peratus dari 176,000 kepada 457,000 pendengar pada tahun ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai kejayaan demi kejayaan stesen radio ini, Zass mendapatkan Pengurus Program Suria FM, Adiwati Zainuddin, untuk berkongsi cerita di sepanjang tahun ini.

Sehingga kini, bagaimana dengan sambutan dan penerimaan pendengar terhadap SuriaFM?

Alhamdulillah, sambutan yang kami terima dari pendengar SuriaFM sangat menggalakkan.
Kami amat berterima kasih kepada semua pendengar baru yang memilih SuriaFM sebagai radio pilihan.
Buat semua pendengar SuriaFM yang masih setia selama beberapa tahun ini, jutaan terima kasih kerana sokongan ini dan diharapkan ia akan berterusan.

Boleh ceritakan sedikit mengenai kejayaan SuriaFM di sepanjang tahun ini...

Sehingga kini, SuriaFM telah mencatatkan kenaikan yang tidak dijangkakan. Malah, pendengar pendengar setia SuriaFM, kini meningkat sehingga 457,000 pendengar di sepanjang tahun ini.

Bukan di Lembah Klang sahaja, kawasan selatan termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Johor juga turut mencatatkan peningkatan tinggi sebanyak 461,000 berbanding sebelum ini hanya 61,000. Ia adalah satu peningkatan yang sangat membanggakan.

Bagaimana pula dengan segmen? Apakah yang paling menarik dan paling tinggi rating?

Apa yang kami kenal pasti, segmen di Suria FM telah menjadi kegemaran semua pendengar. Bukan sahaja segmen, Ceria Pagi yang dikendalikan oleh pasangan penyampai, Halim Othman dan Adibah Noor, malah segmen Suria Cinta, DJ Lin juga mencatat jumlah masa tertinggi pendengar berbanding stesen radio berbahasa Melayu lain.

Namun, tidak kurang juga dengan segmen-segmen lain yang pastinya memberikan keceriaan dan kelainan kepada pendengar. Kami bahagikan segmen ini kepada tiga kumpulan iaitu hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu dan Ahad. Setiap segmen akan dikendalikan DJ yang berbeza mengikut cara mereka yang tersendiri.

Alhamdulillah, setakat ini kami telah mencapai target pendengar yang kami tetapkan. Kami juga kini menerima peningkatan dari kalangan pendengar berpendapatan tinggi.

Radio manakah yang menjadi pencabar utama Suria FM?

Kami percaya bahawa Suria FM berada di dalam kelas tersendiri dan tiada persaingan secara langsung. Oleh itu, setiap stesen radio secara umumnya merupakan pesaing terhadap stesen radio lain sama ada secara langsung atau tidak.

Untuk mengelakkan daripada tercipta kontroversi di kalangan DJ ataupun terlepas cakap semasa 'on air', adakah SuriaFM mempunyai garis panduan dalam perkara ini?

Mana-mana stesen radio pasti mempunyai garis panduan. Suria FM juga telah mengambil langkah dengan mewajibkan semua penyampai radio kami untuk menghadiri latihan pematuhan ataupun 'compliance training'. Setiap daripada penyampai ini juga diberikan 'Code of Conduct for Broadcasting' di mana mereka perlu baca dan fahaminya terlebih dahulu.

Mengenai peraduan yang memberi imbuhan wang, adakah ini salah satu cara untuk menarik minat pendengar untuk terus bersama SuriaFM?

Ini adalah salah satu cara bagi kami untuk mengucapkan terima kasih kepada para pendengar. Kalau boleh, kami nak hadiahkan wang pada setiap orang tapi mustahil untuk melakukannya. Jadi, inilah peluang kami untuk memberikan hadiah kepada pendengar bertuah sekali gus menceriakan mereka.

Pernah didakwa menipu pendengar dalam peraduan Ketawa & Ceria, adakah ia memberi impak buruk kepada Suria FM?

SuriaFM mengekalkan tahap integriti yang tinggi dengan semua orang, sama ada kakitangan kami, klien atau pendengar.

Apabila Suria FM mengamalkan tahap integriti yang tinggi, kami berharap perkara sebegitu tidak akan berulang lagi.

Bagaimanapun, SuriaFM akan sentiasa memastikan mesej kami adalah jelas dan mudah difahami pendengar kita. Kami sentiasa terbuka untuk sebarang pertanyaan jika ada mana-mana pendengar yang ada masalah kekeliruan.

Apa pula pandangan anda bila Suria FM dilabel radio 'pancing duit'?

Tidak sama sekali, kerana SuriaFM lebih dikenali sebagai stesen yang menceriakan dunia anda. Apa yang kami berikan kepada pendengar bertuah adalah salah satu cara kami menghargai mereka.

Akhir sekali, apa harapan anda untuk Suria FM?

Kami amat berharap, kami sentiasa berada di tahap teratas dan sentiasa berdiri sebagai stesen radio yang mampu menceriakan pendengar sama seperti slogan yang kami gunakan, Suria FM, Menceriakan Duniamu.

Kejayaan ini akan terus menjadi semangat kepada kami untuk menampilkan yang terbaik dan mencapai kejayaan demi kejayaan setiap tahun.

'Dari Sinar Mata' dan 'Karma Abah' Tayangan Sempena Awal Muharam

Posted: 04 Nov 2013 05:17 PM PST


Siti Saleha dan Shah Jazle bakal bergandingan dalam telemovie berjudul Dari Sinar Mata.
PETALING JAYA: Sempena sambutan Maal Hijrah, TV3 bakal menyiarkan dua telemovie istimewa iaitu Dari Sinar Mata dan Karma Abah pada 6 November dan 9 November ini, pada pukul 10 malam.
Drama dari Sinar Mata mengisahkan pasangan suami isteri Syamil dan Syara yang baru mendirikan rumahtangga. Syamil pula anak tunggal kepada Mak Som dan semenjak berkhawin Mak Som lalu tinggal dengan mereka. Mak Som selalu mendesak supaya mereka mendapat cucu dengan segera.
Bosan dengan leteran Mak Som, Syara dan ibunya berpakat menipu dengan mengatakan Syara mengandung. Mak Som tertalu gembira lalu memberitahu Syamil tapi Syamil amat marah dengan penipuan itu lalu menyuruh Syara dan ibunya bertanggung jawab dengan dan akhirnya mereka berpakat mengatakan Syara keguguran.
Syara akhirnya mengandung dan berita gembira itu lalu disampaikan oleh Mak Som kepada Syamil yang sedang berkerja luar. Syamil menyambut berita gembira itu tetapi mengalami kemalangan kerana cuba mengelak dari terlanggar seorang yang berkaki tempang lalu meninggal.
Telemovie ini dibintangi oleh Siti Saleha, Shah Jazle, Jasmine Hamid, Kismah Johar dan Mak Engku.
Sementara itu, Cerekarama Karma Abah mengisahkan seorang wanita bernama Zaleha yang merupakan isteri rajin mencari duit untuk membantu keluarga dan berdikari.
Suaminya, Nasir merupakan tukang kebun di sekolah merupakan seorang yang pemalas dan tidak mahu berkerja keras. Nasir berkenalan dengan Liza yang berkerja di kantin sekolah. Nasir menawarkan Liza untuk menyewa di rumah milik isterinya di sebelah rumah mereka.
Nafsu menguasai segalanya apabila Nasir tergamak melakukan perkara sumbang dengan Liza. Zaleha yang telah menangkap perbuatan maksiat itu dengan berat hati merelakan dirinya dimadukan.Tanpa rasa bersalah Nasir malah mengawini Liza yang cuma berhasrat untuk mengikis harta Nasir.
Kekayaan Zaleha dan Nasir sebenarnya merupakan hasil titik peluh Zaleha sendiri yang melakukan pelbagai kerja untuk menyenangkan hidup keluarga mereka hingga mampu membeli sebidang tanah untuk berkebun.
Liza berjaya membolot harta Zaleha dengan menukarkan kepada namanya lalu berpindah ke bandar dan memulakan perniagaan tetapi telah menjadi mangsa penipuan.
Drama ini dibintangi oleh Faizal Hussein, Eja, Cha Cha Maembong, Aedy Ashraff, Sweet Farhana, Fathil Dani.
Drama "Aku Bukan Malaikat" lakonan Umie Aida akan diulang siar.
Dalam pada itu, atas permintaan ramai beberapa telemovie popular yang lalu akan di ulang siar, bermula 4 sehingga 7 November ini antaranya Senario Misteri Malam Raya, Kalut, Qarina, OMG Raya, Malaikat Di Pintu, Saya Terhebat dan Aku Bukan Malaikat.

Enggan Sertai Muzik-Muzik Jadi Trend Penyanyi Senior

Posted: 04 Nov 2013 05:16 PM PST


Muhamad Sufian Che Isa
PETALING JAYA: Keputusan tidak mencalonkan diri untuk saringan separuh akhir Muzik-Muzik (MM) mula menjadi trend di kalangan penyanyi senior.
Pengurus Hiburan Primeworks Studios Sdn Bhd, Muhamad Sufian Che Isa menyifatkan keengganan penyanyi-penyanyi senior mencalonkan diri mungkin kerana bimbang ia boleh menjejaskan karier sekiranya mereka kalah dengan penyanyi yang lebih muda.
"Saya tak pasti apakah punca penyanyi senior enggan menghantar lagu. Pada saya, para penyanyi senior ini tidak perlu bimbang dengan kekalahan kerana mereka bertanggungjawab kepada si penciptanya.
"Jika enggan mencalonkan lagu yang dinyanyian, ia dilihat sebagai tidak adil. Perlu diingat MM bukan mempertaruhkan penyanyi, tetapi pencipta lagu tersebut," katanya.
Sufian ditemui pada pengumuman 30 buah lagu yang berentap ke separuh akhir Muzik Muzik 28 di The Terrace, The Curve, di sini pada Isnin.
Barisan penyanyi yang dicalonkan dalam MM28.
Tambah Sufian, dia berharap trend penyanyi senior enggan menyertai MM akan berubah pada tahun depan dan kembali memeriahkan industri muzik kita menerusi pertandingan itu.
Saringan separuh akhir MM28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam menampilkan sebanyak 30 buah lagu sebelum layak berentap ke Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28).
Ia akan dipertandingkan dalam tiga bahagian di mana bahagian pertama akan berlangsung pada 8 November, 15 November dan 22 November dimana ketiga-tiga bahagian tersebut akan berlangsung pada pukul 9 malam.
Pada bahagian pertama, seramai 11 penyanyi disenaraikan iaitu Aizat dan Noh Salleh, Hazama dan the Penglipurlara, Akim Ahmad, Loka, Nomad, Mila dan Nubhan, Asfan, Fiq dan Mel Sakura, Bunkface, Black serta Alyah dan Ben.
Bahagian kedua terdiri daripada Azlan & The Typewriter, Forteen, Adira, Najwa Latiff dan Sleeq, Ramlah Ram dan Caprice, Hyper Act, Awi Rafael dan ALtimet, Salam Musik, Alyah dan Amir Jahari.
Manakala untuk bahagian ketiga, penyanyi-penyanyi yang bertanding pula ialah Hafiz, jaclyn Victor, Stacy, Akim, Estranged, Yuna dan Aizat dan Hujan.
Berikut ini senarai 30 lagu yang akan ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-28:
BAHAGIAN 1 (8 November 2012)
1. In Love With You
Artis : Aizat Amdan & Noh Salleh
Komposer : Noh Salleh
Penulis lirik : Noh Salleh
2. Penglipurlara
Artis : Hazama & The Penglipurlara
Komposer : Omar K
Penulis lirik : Zell
3. Menunggu
Artis : Akim Ahmad
Komposer : Akim Ahmad
Penulis lirik : Akim Ahmad
4. Jangan pergi
Artis : Loka
Komposer : Andrianshah
Penulis lirik : Daniel Loka
5. Tetap Menantimu
Artis : Nomad
Komposer : Akid
Penulis lirik : Poji
6. Cinta Kasih
Artis : Mila & Nubhan
Komposer : Zaidi
Penulis lirik : Zaidi
7. Tak Cuba Kembali
Artis : Asfan
Komposer : Asfan
Penulis lirik : Asfan
8. Setia Hujung Nyawa
Artis : Fiq & Mel Sakura
Komposer : Faz Alberto
Penulis lirik : Faz Alberto
9. Agenda Jahiliah
Artis : Bunkface
Komposer : Sam Bunkface
Penulis lirik : Sam Bunkface
10. Takkan Terpisah
Artis : Black
Komposer : Kuncidemak
Penulis lirik : Kuncidemak
11. Permata
Artis : Alyah menampilkan Ben
Komposer : Zuriani
Penulis lirik : Alyah
BAHAGIAN 2 (9 November 2012)
1. Tanda Tanya
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer : Light & Bakri
Penulis lirik : Dark
2. Kita
Artis : Forteen
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis lirik : Edry Abdul Halim
3. Dewi Cinta
Artis : Adira
Komposer : Mohd Atlas & Aiman
Penulis lirik : Mohd Atlas & Aiman
4. Sahabat
Artis : Najwa Latif menampilkan Sleew dan Shamkamarul
Komposer : Najwa Latif
Penulis lirik : Ika Latif
5. Adamu
Artis : Najwa Latif
Komposer : Najwa Latif
Penulis lirik : Ika Latif
6. 5 Minit
Artis : Ramlah Ram menampilkan Caprice
Komposer : ID Mifzal
Penulis lirik : B.A.M Ariz
7. Hanya Aku
Artis : Hyper Act
Komposer : Hyper Act
Penulis lirik : Frozen
8. Kalau Aku Kaya
Artis : Awi Rafael & Altimet
Komposer : Omar K & Audi Mok
Penulis lirik : Altimet
9. Aku Pelat
Artis : Salam Musik
Komposer : DJ Fuzz
Penulis lirik : Salam, Eyzabahra & Jaytan
10. Kau Yang Terindah
Artis : Alyah
Komposer : Citra
Penulis lirik : Erma Fatima
11. Penghibur Jalanan
Artis : Amir Jahari
Komposer : Amir Jahari
Penulis lirik : Amir Jahari
BAHAGIAN 3 (22 November 2012)
1. Bahagiamu Deritaku
Artis : Hafiz
Komposer : Ly
Penulis lirik : Baiduri
2. Ikut Rentakku
Artis : Jaclyn Victor
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis lirik : Edry Abd Halim
3. Bosan
Artis : Stacy
Komposer : Audi Mok
Penulis lirik : Omar K
4. Kembali
Artis : Akim & Stacy
Komposer : Akim Ahmad
Penulis lirik : Akim Ahmad
5. Anugerah Hidup
Artis : Estranged
Komposer : Estranged
Penulis lirik : Rachael L. Gimbang
6. Dwihati
Artis : Yuna & Aizat
Komposer : Anas
Penulis lirik : Aizat & Noh Salleh
7. Rumah Kita
Artis : Hujan
Komposer : Noh Salleh
Penulis lirik : Noh Salleh
8. Jagalah Diri
Artis : Jaclyn Victor
Komposer : Edry Abd Halim
Penulis lirik : Edry Abd Halim

Video Parodi 'Gwiyomi' Nora Danish Yang Terbaik - Hari

Posted: 04 Nov 2013 05:15 PM PST


PETALING JAYA: Selebriti Korea yang terkenal dengan gaya Gwiyomi, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya.
Hari, 23, berkata, dia berharap dapat melakukan gaya gwiyomi bersama Nora jika diberi kesempatan dan peluang bertemu pelakon tersebut.
"Saya suka parodi yang dilakukan oleh pelakon Nora Danish dan dia sangat comel.
"Kalau diberi peluang berjumpa dia, saya mahu melakukan gaya gwiyomi bersama-sama dengannya," katanya ketika ditemui pada sidang media ramah mesra bersama Hari, di Restoran Kulcat, Taman Tun Dr Ismail, di sini, Isnin.
Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi yang dilakukan oleh Nora Danish adalah yang terbaik pernah ditontonnya.
Tambahnya, dia terharu apabila gaya Gwiyomi yang diperkenalkan mendapat perhatian ramai dan diminati oleh masyarakat negara ini.
"Saya tidak sangka ianya menjadi fenomena di negara ini dan ramai yang meniru gaya tersebut termasuk beberapa selebriti terkenal," ujarnya.
Kata Hari, dia bakal berkolaborasi dengan kumpulan Kpop terkenal G Dragon untuk single terbaharunya.
Hari berada di Malaysia dalam rangka bertemu dan ramah mesra bersama peminat-peminatnya di beberapa negara Asia.
Dia bakal berada di Sungai Wang, Bukit Bintang pada Selasa, pukul 6 petang bagi bertemu peminat.

Hijrah Shamsul, Nora

Posted: 04 Nov 2013 05:14 PM PST

  • Hijrah Shamsul, Nora Shamsul dan Nora muncul dalam rancangan bual bicara baru berjudul Hijrah Munawwarah yang ditayangkan di saluran TV Alhijrah.

Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah hari paling bermakna bagi umat Islam kerana memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada 622 Masihi.
Ia menandakan tahun baru dan segala amalan pada tahun ini akan dihisab dan amalan seterusnya akan dikira dalam buku baru.

Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada umat Islam dan tidak terkecuali melibatkan beberapa selebriti.

Sejak akhir-akhir ini menyaksikan beberapa selebriti yang dahulunya mengaku alpa, tetapi kini hati mereka semakin mendekati Islam.

Antara artis yang telah berhijrah ialah Nora dan Shamsul Ghau Ghau.

Ternyata, perubahan mereka bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya ia lahir daripada kesedaran sendiri dan kedua-dua penggiat seni itu bakal muncul dalam sebuah rancangan bual bicara baru berjudul Hijrah Munawwarah yang ditayangkan di saluran TV Alhijrah.
Rancangan 13 episod yang mula bersiaran pada 25 Oktober lalu itu menampilkan Shamsul sebagai pengacara bersama tetamu jemputan pada setiap minggu untuk berkongsi kisah penghijrahan mereka.

Akui Shamsul, dia kini lebih selesa dengan program berbentuk keagamaan apatah lagi setelah terpilih mengacarakan program tersebut.

"Apabila mereka tawarkan untuk jadi pengacara program ini, saya terus rebut peluang tanpa fikir panjang kerana rancangan ini berkisarkan penghijrahan seseorang dan bagaimana melaluinya.

"Selain sebagai rezeki, kandungan program ini juga bagus, maka ini adalah peluang keemasan buat saya," jelasnya.

Manakala bagi Nora pula tawaran dari penerbit, Iswati Ishak, untuk dia berkongsi kisah hijrah dalam hidup sememangnya tidak disia-siakan.

"Saya berbesar hati untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai penghijrahan saya. Benda baik, elok kalau kita kongsi bersama.

"Lagipun saya selesa dengan pendekatan yang dibawa Shamsul, mungkin sebab dia juga orang seni seperti saya," ujar Nora mengenai program itu.

Selain Nora, barisan selebriti seperti Nazrey Johani, Catriona Ross, Adam Corrie Lee dan Ustaz Ebit Lew merupakan antara tetamu jemputan dalam setiap episod berasingan.

Justeru sempena sambutan Maal Hijrah kali ini, mari kita ikuti cerita penghijrahan penyanyi Nora dan  Shamsul.


Tanda kesyukuran - Nora

Lima tahun lalu, sempena sambutan ulang tahun yang ke-35, Nora atau pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini mengambil keputusan untuk tampil dengan imej barunya, bertudung.

Penyanyi kelahiran Cik Siti Wan Kembang itu menyifatkan, penghijrahannya melalui satu fasa baru dalam kehidupannya.

"Hijrah itu adalah suatu perubahan. Pada usia tertentu, sudah pasti kita mahu sesuatu perubahan ke arah lebih baik dalam diri kita.

"Tidak kiralah perubahan itu kecil atau besar, asalkan kita menjadi lebih baik," katanya yang anggap detik hijrah itu sebagai tanda syukur kepada nikmat ALLAH SWT.

"Saya bersyukur apabila lihat anak-anak di depan mata. Tetapi pada ketika itu, saya sekadar mengucapkannya di bibir sahaja.

"Apabila saya fikirkan semula, saya tertanya-tanya adakah itu cara untuk bersyukur? Bertitik tolak daripada perasaan itu pada lima tahun lalu, saya tekad mahu berubah.

"Lalu, pada usia 35 tahun saya buat keputusan untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT," jelasnya.

Ceritanya lagi, pada peringkat awal penghijrahannya, dia terpaksa berdepan dengan cabaran dan penerimaan masyarakat yang agak skeptikal namun itu semua dapat diatasinya.

"Pada peringkat permulaan berhijrah, saya akui agak tertekan apatah lagi ada 'bisikan' seperti menyuruh saya membuat konsert terlebih dahulu, tunggu umur 40 tahun atau selepas tunaikan haji barulah menutup aurat.

"Namun, saya tekad ingin berhijrah kerana apabila sudah mendapat hidayah, janganlah kita berpaling kerana mungkin hidayah itu akan ditarik balik.

"Tetapi kini, cabaran itu hanya lebih kepada bagaimana mahu menyesuaikan diri lebih-lebih lagi saya terlibat dalam industri hiburan," katanya.

Ujarnya, sebagai seorang artis bertudung, had dan batasan perlu diletakkan agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

"Saya banyak rujuk pada ustaz dan membaca buku-buku agama mengenai apa yang boleh dan tidak.

"Kita masih lagi boleh menyanyi atau menyampaikan sesuatu yang baik, tetapi perlu menjaga setiap kelakuan, penampilan, percakapan dan apa yang kita sampaikan.

"Jika saya rasa perjuangan saya betul, maka saya akan teruskan. Kita juga jangan sesekali menegakkan benang yang basah. Jika kita melakukan kesilapan, tak salah jika kita mengakuinya," katanya.


Siri kartun animasi

Melihat kepada tanggungjawabnya sebagai anak seni, Nora sambil dibantu suaminya yang juga komposer, Johan Nawawi dan anak-anaknya menghasilkan siri kartun animasi bertajuk Ummi...Ceritalah Pada Kami! yang kini sudah masuk musim kedua.

"Penghasilan kartun animasi ini adalah salah satu tanggungjawab kami dalam mendidik kanak-kanak dengan cara Islam.

"Saya boleh menyanyi dan suami pula boleh buat lagu untuk rancangan itu," jelasnya.

Kata ibu kepada empat anak ini, idea untuk menghasilkan siri kartun animasi itu tercetus atas kesedaran untuk menghidangkan program bermanfaat untuk tontonan kanak-kanak dan keluarga yang bukan sahaja menghiburkan malah memberikan pengajaran.

"Sebagai seorang ibu, saya terpanggil untuk menghasilkan sesuatu bermanfaat di samping menghiburkan kanak-kanak.

"Penerbitan siri animasi ini adalah jawapan terbaik untuk menarik perhatian mereka kerana ia paling dekat dan relevan dengan golongan cilik," katanya.

Siri kartun animasi  itu akan ditayang semula pada Januari depan di TV9 pada Khamis jam 8.30 pagi dan Sabtu pada jam 6 petang.


Tinggal di depan rumah Allah

Tidak seperti Nora, pengalaman Shamsul agak berbeza. Ramai beranggapan pelakon dan pelawak ini mula berhijrah setelah pulang mengerjakan ibadah haji, tahun lalu.

Hakikatnya, bapa kepada tiga anak ini berubah mendekatkan diri kepada ALLAH SWT secara beransur-ansur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Seperti kita ketahui, pengertian hijrah sebenar adalah perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah. Tetapi untuk kita di zaman ini, hijrah membawa erti luas.

"Berubah daripada yang baik menjadi jahat juga sesuatu penghijrahan. Tetapi pastinya kita mahu berhijrah daripada tidak baik menjadi lebih bagus," katanya.

Jelasnya lagi, titik tolak penghijrahannya bermula setelah berpindah dari Cheras ke Bangi sementelah lagi rumah itu pula letaknya betul-betul di hadapan sebuah masjid.

"Rumah di depan masjid, tetapi saya tidak pernah pergi ke masjid untuk solat berjemaah.

"Tetapi, saban waktu surah Ar-Rahman sering diperdengarkan dari corong pembesar suara masjid sehingga satu hari saya terdetik untuk mencari maksud akan surah itu.

"Selepas mengetahui maksudnya mengenai kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT, hati saya terdetik untuk mengikut ajaran yang diperintahkannya," katanya.

Pemilik nama sebenar Shamsul Azahar Aliddin ini berkata, cabaran terbesar perlu dihadapinya adalah bagaimana dia mahu memperbetulkan keluarganya terlebih dahulu terutama mengajar isterinya menutup aurat.

"Saya ambil pendekatan Rasulullah SAW, kita jangan terlalu pandang jauh hendak mengajar orang terutamanya akhlak sebaliknya betulkan diri kita dahulu. Apabila akhlak kita bagus, maka orang sekeliling kita juga akan bagus seperti anak-anak, keluarga, jiran-jiran dan lain-lain.

"Berat untuk saya menyatakan hasrat berubah kepada isteri sendiri apatah lagi untuk mengajak dia menutup aurat dan bertudung sebab sebenarnya untuk membentuk dan memberi dakwah pada isteri bukanlah senang. Tapi lama-kelamaan isteri menerimanya dengan sikap terbuka dan ALLAH SWT telah kabul permintaan saya," katanya berhasrat bergelar pendakwah suatu hari nanti.


Tidak tinggal dunia seni
Tambah Shamsul, penghijrahannya itu bukanlah bererti dia akan meninggalkan dunia hiburan sebaliknya akan terus menerima tawaran berlakon dan nyanyian jika bersesuaian.

"Tiada masalah untuk melakukan sesuatu yang mengikut perintah ALLAH, tetapi saya  cuba elak hal bercanggah. Saya ada juga terima tawaran untuk mengendalikan majlis keagamaan.

"Aktiviti lakonan masih ada, tetapi aktiviti itu semakin kurang kerana turut memberi tumpuan kepada mencari ilmu dan menghabiskan masa bersama anak-anak," katanya.

Dalam pada itu, pada awal hijrah, dia ada terfikir kemungkinan untuk berundur dari dunia seni.

"Saya ada bertanya kepada ustaz tentang hasrat untuk berundur daripada dunia hiburan, tetapi dia kata kalau saya berhenti, anak-anak nak makan apa?

"Apabila difikirkan, saya masih ada tanggungjawab kepada keluarga dan masyarakat. Saya kena mempamerkan lakonan yang boleh memberi kebaikan dan menjauhi kemungkaran," katanya yang bakal muncul dengan telefilem Lelaki Buaya terbitan TV3
di samping Shah Jazle dan Jasmin Hamid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan