Rabu, 6 November 2013

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA

LIGA BOLASEPAK MALAYSIA


Dollah nafi khabar angin ganti Rajagobal

Posted: 04 Nov 2013 06:52 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kuantan: Jurulatih Pahang Dollah Salleh menafikan khabar angin beliau bakal menggantikan Datuk K Rajagobal mengendalikan skuad Harimau Malaya.

Bekas pemain kebangsaan yang baru menyambut hari kelahiran ke-51 pada 23 Oktober lalu berkata, beliau tidak tahu menahu kononnya namanya disebut-sebut untuk mengantikan Rajagobal.



"Saya tidak tahu bagaimana timbul khabar angin saya akan mengendalikan skuad Harimau Malaya. Apa yang ingin saya jelaskan bahawa saya belum membuat sebarang keputusan musim depan.

"Sama ada akan kekal bersama Pahang musim depan atau tidak, saya hanya ingin meraikan kejuaraan bersama Pahang yang menanti selama 21 tahun untuk merampas kembali piala berprestij ini," katanya semalam.


Dollah yang pernah membawa MPPJ Selanggor menjulang Piala Malaysia pada 2008 tidak mahu memberikan komen berhubung kedudukannya musim depan.


Ketika ini, beliau mahu bersama keluarga, pengurusan dan semua pemain meraikan detik bersejarah menjuarai trofi berprestij itu.

Difahamkan, Dollah yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Pahang pada 1992 turut disebut-sebut bakal melatih sebuah pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan.


Namun, segalanya akan terjawab bulan ini sama ada beliau akan kekal di Pahang atau beralih angin ke pasukan baru.

Pada aksi final kelmarin, Pahang muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga selepas 1983 dan 1992, hasil jaringan penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti pada minit ke-58.

Norfarhan nafi sertai Johor DT

Posted: 04 Nov 2013 06:50 PM PST

Sumber: Harian Metro

Kota Bharu: Pemain sayap Kelantan Norfarhan Muhammad menafikan khabar angin sudah menerima tawaran untuk bersama pasukan Johor Darul Takzim (DT) pada saingan Liga M musim depan.

Pemain kelahiran Terengganu berusia 29 tahun itu berkata, kontraknya bersama The Red Warriors hanya tamat hujung bulan ini dan belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana pasukan.



Dia mengaku bertemu Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa semalam untuk berbincang berhubung perkara itu.

"Saya belum buat keputusan menyertai pasukan lain dan akan tunggu hingga tamat kontrak hujung bulan ini sebelum buat keputusan ke mana arah tuju saya.

"Saya akui mendapat tawaran daripada beberapa pasukan lain, tengoklah dalam seminggu dua saya akan buat keputusan," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam.

Selain Norfarhan, dua pemain lain Azizi Mat Rose dan Mohd Shakir Saari turut dikaitkan akan berhijrah ke Johor DT manakala Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam sah menyertai pasukan Harimau Selatan itu.

Sementara itu, Azizi turut mengaku mendapat tawaran menyertai Johor DT namun belum membuat sebarang kata putus.

Hogoh Pahang hogoh

Posted: 04 Nov 2013 06:45 PM PST

Sumber: Harian Metro
Kuantan: Biarpun tiada sambutan besar-besaran diadakan, skuad Pahang yang muncul juara Piala Malaysia musim ini tetap diraikan dalam kalangan peminat sepanjang perjalanan pulang dari Shah Alam ke Kuantan, semalam.
Selepas meraikan kejayaan bersama penyokong di Bentong, skuad kendalian Dollah Salleh itu disambut pula peminat setia di Temerloh sebelum berakhir di Kuantan.
Ternyata, penantian 21 tahun rakyat Pahang untuk merampas piala berprestij itu sejak kali terakhir dimenangi pada 1992 mendapat sambutan meriah.



Difahamkan, sepatutnya skuad Pahang diraikan secara besar-besaran tetapi ditangguhkan kerana kerajaan negeri Pahang dikatakan bercadang berbuat demikian.
Bagaimanapun, tarikhnya belum lagi diputuskan tetapi kerajaan negeri tetap berbangga dengan pencapaian dipersembahkan pemain.

Pada aksi final kelmarin, Pahang meleburkan impian Kelantan untuk muncul juara apabila mencatat kemenangan 1-0.

Sementara itu keputusan untuk mengarak Piala Malaysia dalam siri jelajah ke seluruh Pahang akan dibuat Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) selepas mendapat tarikh dan kaedah yang sesuai.
Pengurus skuad Tok Gajah Datuk Che Nasir Salleh berkata, perkara berhubung tempat, kaedah yang akan digunakan dan tarikh itu akan dibincangkan selepas mendapat perkenan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah terlebih dahulu.
"Seperti mana yang dikehendaki oleh Tengku Muda (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah), trofi Piala Malaysia ini akan diarak ke setiap daerah di seluruh negeri Pahang," katanya.
Namun katanya, keputusan itu masih belum dibuat memandangkan perlawanan akhir saingan Piala Malaysia baru tamat kelmarin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines