Jumaat, 5 September 2014

Dirogol dan Diliwat Pondan Dua Kali


KANGAR - Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.

Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.

“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.

Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.

Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.

“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau.

Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. -SH

Pelajar Tahfiz Diliwat Guru



IPOH – Harapkan pegar, pegar makan padi.  Pelajar sepatutnya ke sekolah menuntut ilmu dengan bimbingan guru namun  berlaku sebaliknya.

Guru yang diharap mencurah ilmu menjadikan pelajar tempat melampias nafsu.

Itu yang berlaku kepada  seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Taiping mendakwa diliwat seorang daripada guru dalam tiga kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Dalam tiga kejadian berasingan itu, seorang guru berusia 23 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji itu terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah bilik tidur dan asrama pusat tahfiz berkenaan pada jam 1.30 pagi, 6.30 pagi dan 3.30 petang.

Dalam kejadian pertama, Julai lalu, guru berkenaan dikatakan telah menahan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke surau, sebelum dibawa ke bilik tidurnya.

Sumber memberitahu Sinar Harian, guru berkenaan mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum melakukan aktiviti luar tabii sebelum menyerahkan RM80 sebagai wang sogokan agar merahsiakan hal itu.

“Kejadian kedua dan ketiga berlaku pada Ogos lalu dan mangsa cuba melawan, namun diugut pukul.

"Pelajar berkenaan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping,  Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan yang dibuat, 1 September lalu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, tiada kecederaan akibat diliwat dikesan pada mangsa.

“Buat masa ini, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. -SH


Isnin, 1 September 2014

Pasangan Lesbian Dicekup


Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.

Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjang.


Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.


Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.

Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi.-HM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan