Rabu, 31 Disember 2014

Nyaris Dirogol


SEREMBAN - Seorang gadis berusia 24 tahun berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol dalam kejadian di pekarangan tempat letak kereta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar Nilai, pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Balqis disamun dan dicederakan di bahagian kepala, sebelum dibawa ke kawasan sunyi untuk dirogol.

Menurut sumber, berdasarkan laporan polis yang dibuat, semasa kejadian, mangsa yang menaiki kereta api komuter itu baru sahaja sampai dari KL Sentral kerana bekerja.

Sebaik sahaja masuk ke dalam keretanya, katanya, mangsa dihampiri sebuah kereta Perodua Kancil berwarna putih, sebelum keluar seorang lelaki memakai topi kaledar, memecahkan tingkap cermin pemandu menggunakan tukul besi.

“Difahamkan mangsa cuba melawan, namun penjenayah tersebut terus memukulnya di bahagian muka sehingga menyebabkan mangsa menjadi lemah.

“Lelaki berkenaan turut berjaya mengambil kunci kereta, beg tangan serta sebuah beg berisi komputer riba, sebelum menyerahkan kepada rakannya yang sedang menunggu di sebelah,” katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi bertambah serius apabila suspek cuba merogol dengan membawa kereta mangsa ke tempat sunyi di sebuah kawasan stesen kereta api berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak sempat melakukan apa-apa berikutan terdapat sebuah kereta api melalui kawasan itu dan berhenti di stesen tersebut.

“Suspek dan rakannya kemudian melarikan diri dengan semua barang yang disamun dari mangsa.

“Sejurus selepas kejadian, mangsa membuat laporan di Balai Polis Nilai dengan bantuan bapanya yang tiba sebaik saja mangsa menghubungi ayahnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Roning Abdullah berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sehingga kini masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

Beliau berkata, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan dan beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. SH


Sabtu, 27 Disember 2014

Dicekup Khalwat Dengan Ibu Sendiri


PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berang apabila menjadi sasaran pihak berkuasa agama Perak apabila bilik hotelnya diperiksa pada awal pagi Khamis kerana disyaki berkhalwat.

Sambil mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ketika melakukan pemeriksaan di sebuah hotel di Parit Buntar, beliau menjelaskan, ketika kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, beliau bersama ibunya dan dua anak perempuannya tidur di dua bilik berasingan di hotel berkenaan.

Menamakan pegawai penguatkuasa itu sebagai si bodoh, Wan Saiful mendakwa, pintu bilik hotel diketuk kuat dan salah seorang pegawai memberitahu mahu melakukan pemeriksaan dengan hanya menunjukkan kad kuasa tanpa waran.

“Saya ada beritahu ibu saya sedang tidur dan dia tidak bertudung ketika itu, tetapi salah seorang pegawai berkenaan bertegas nak masuk dan terus buat pemeriksaan.

“Selepas dia masuk dan melihat tiada ‘apa-apa yang menarik perhatian’, dia terus keluar dan tanpa cakap terima kasih atau memohon maaf,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Beliau yang bermalam di situ selepas menghadiri majlis bersama Ahli Parlimen Parit Buntar dan Kluang, masing-masing Dr Mujahid Yusof Rawa dan Liew Chin Tong turut menyuarakan kekesalannya berhubung insiden itu di Facebook (FB) serta Twitter pada pagi Khamis. Pelbagai pihak memberi reaksi berhubung status laman sosialnya itu.

Menerusi laman sosialnya, Wan Saiful berkata: “Selepas menunjukkan kad nama, si bodoh yang mengganggu itu bertegas mahu masuk melihat ke dalam bilik, walaupun saya katakan ibu saya sedang tidur. Sudahlah mengganggu pagi pagi buta. Tiada perkiraan mengenai aurat pula. Ada periksa di hotel-hotel lima bintang? Di rumah-rumah milik orang bergelar hebat-hebat? Entah betul entah tidak dari Pejabat Agama. Yang pastinya memang bodoh dan mengganggu.”

Wan Saiful berkata, beliau kesal dengan tindakan itu yang memperlihatkan seolah-olah pegawai agama berkenaan tidak menghormati privasi yang membabitkan isu aurat.

Tambahnya lagi, turut dipersoalkan ialah mengapa hanya biliknya dan dua yang lain yang diperiksa sedangkan hotel itu mempunyai lebih 50 bilik.

“Pihak hotel beritahu hanya tiga bilik sahaja yang diperiksa dan salah satu daripadanya adalah bilik saya. Kenapa saya yang jadi sasaran?,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya pemeriksaan yang dibuat oleh JAIPk dapat diperbaiki dengan mengikut SOP yang betul, pada masa akan datang.

“Saya bercadang menulis surat rasmi kepada pejabat agama dan lain-lain yang bertanggungjawab tentang hal agama di Perak, untuk menjelaskan apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Mereka tidak boleh 'menyerang' privasi orang lain tanpa prosedur yang betul. Jadi, matlamat saya adalah supaya SOP ini dapat diperbaiki dan diharapkan ia merupakan pandangan dan kritikan yang membina,” kata Wan Saiful. -mStar


Rabu, 17 Disember 2014

Kanak 11 Tahun Dicabul Warga Myanmar


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dicabul oleh lelaki warga Myanmar di sebuah kedai runcit di Kajang ketika keluar membeli telur ayam.
Mangsa, pergi ke sebuah kedai di Jalan Sungai Segamat kira-kira pukul 10.15 pagi Selasa membeli telur ayam untuk ibunya tetapi lelaki tersebut yang juga pekerja di kedai tersebut mencabulnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata lelaki tersebut menarik kanak-kanak perempuan itu sebelum menyentuh alat kemaluannya.

"Kanak-kanak perempuan itu berlari pulang ke rumah dan memberitahu ibunya.

"Ibu mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke sebuah balai polis berdekatan dan membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.

Ab Rashid berkata polis pergi ke kedai runcit tersebut dan mencari suspek tetapi dia berjaya melarikan diri.

"Kami masih memburu suspek. Kami percaya dia masih di kawasan berdekatan. Kami memerlukan sedikit masa untuk menangkapnya," kata Ab Rashid. -mStar

Selasa, 16 Disember 2014

Kanak 2Tahun Diberi Makan Najis



PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan wanita dikejutkan dengan tindakan pembantu rumah warga Indonesianya yang didakwa mungkin memberi makan najis kepada cucu lelakinya berusia dua tahun selepas menyedari bau busuk dari mulut kanak-kanak itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superitendan Tan Ah Chua berkata, ahli perniagaan wanita berusia 48 tahun itu baharu sahaja tiba di rumah teres dua tingkat di USJ pada pukul 8 malam Khamis lalu apabila mengesan bau busuk yang mencurigakan dari cucu lelakinya.

"Dia kesan terdapat bau busuk di sebalik mulut cucu lelakinya.

"Kemudiannya dia mendapati terdapat serpihan menyerupai najis terlekat di antara gigi kanak-kanak itu," katanya pada Isnin.

Tan berkata, wanita itu bertanyakan kepada kanak-kanak berkenaan mengenai serpihan tersebut dan terkejut apabila diberitahu bahawa pembantu rumah yang dipanggil "bibik" telah memberinya makan najis.

"Kanak-kanak itu diberi najis untuk makan di tandas di tingkat atas.

"Wanita turut berkata bahawa cucunya itu telah muntah kerana baunya seperti najis," katanya.

Tan berkata, polis sedang menahan pembantu rumah itu, yang telah dihantar kembali ke agensinya, untuk membantu siasatan.

Menurutnya, pembantu rumah telah bekerja dengan keluarga tersebut selama tiga bulan.

Kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan kanak-kanak di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000. -Mstar



Sabtu, 13 Disember 2014

Bahana Bogel Di Skype


Kuching: Akibat dorongan nafsu, seorang kakitangan kerajaan menempah bala apabila tindakannya berbogel di depan kamera web laman sembang bukan saja dirakam kenalan wanitanya, malah turut diugut supaya membayar RM10,000 sebagai cagaran untuk memadamkan bukti rakaman itu.

Kejadian menimpa mangsa berusia 49 tahun itu ketika bersembang menerusi Facebook pada jam 8 pagi kelmarin sebelum menyambung perbualan itu menggunakan laman sembang Skype.

Sumber berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di sebuah inap desa di bandar ini apabila wanita itu mengarahkannya berbogel di depan kamera web Skype.

“Tanpa mengesyaki sesuatu mencurigakan, mangsa menuruti arahan itu tanpa menyedari perbuatan itu dirakam wanita terbabit. Mangsa baru mengenali suspek yang menggunakan nama ‘Norgen Wang’ sering menghantar mesej selain berbual sebelum hubungan itu berlanjutan kepada perbincangan seks.

“Mungkin terlalu akrab melalui sembang Internet, lelaki terbabit tidak mengesyaki niat jahat wanita itu sehinggalah mendapat tahu aksinya dirakam. -HM


Rabu, 10 Disember 2014

Murid 12 Tahun Dinodai Dalam Surau


Ampang: Pistol diacukan ke kepala sebelum seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipaksa melakukan seks oral oleh seorang lelaki dan lebih keji perbuatan terkutuk itu dilakukan dalam sebuah surau di Ampang, di sini.

Mangsa yang trauma dengan kejadian itu menceritakan kepada keluarganya sebelum dibawa membuat laporan di Balai Polis Ampang, kelmarin,

Menurut sumber, kanak-kanak itu datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira jam 12 tengah hari, Rabu lalu.

“Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

“Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

“Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. -HM


Ahad, 30 November 2014

Mak Nyah Lari Lintang Pukang


ALOR SETAR - Tiga mak nyah lari bertempiaran selepas diserbu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Ops Bersih di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, seramai 30 anggota menyertai operasi itu.

"Kesemua tahanan disoal siasat dan dibebaskan dengan ikat jamin.

“Kita akan tunggu keluarga atau waris mereka datang memberi jaminan dan seterusnya akan didakwa di mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, mak nyah dikenali sebagai Rosalinda, 47, memberikan alasan kakinya patah dan merayu untuk dilepaskan ketika serbuan dilakukan.

"Saya buat kerja ni untuk dapatkan wang," katanya.


Seorang lagi mak nyah digelar Emy, 24, dilaporkan pernah dicekup sebelum ini.

“Saya hanya nak dapatkan duit lebih, tetapi kadang-kadang tak banyak. Mereka hanya bayar RM10 hingga RM30 sahaja,” katanya.

Lebih memeranjatkan operasi itu turut menahan seorang mak nyah remaja berusia 15 tahun.

Dia berkata, pekerjaan ini adalah sumber pendapatan tetapnya.

Bentuk badannya yang persis gadis mengakui mula terlibat dengan aktiviti sumbang itu secara serius selepas di bawa rakannya ke kawasan tersebut.

“Saya bekerja tak sampai setahun di kawasan ini. Saya terpaksa lakukan kerja ini sebab tiada sumber pendapatan lain,” katanya. -SH


Sabtu, 29 November 2014

Dendam Kekasih Wechat



Kuala Lumpur: Gara-gara ingin memutuskan hubungan cinta, seorang remaja terpaksa menanggung malu apabila gambar bogelnya di muat naik ke laman sosial Facebook oleh bekas teman lelakinya.

Mangsa menyedari kejadian berkenaan ketika melayari laman sosial berkenaan apabila melihat lebih 20 gambarnya tanpa seurat benang menjadi tatapan umum.

Difahamkan, mangsa yang berusia 17 tahun sering berkongsi gambarnya dengan teman lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu itu melalui laman sosial terbabit.

Menurut sumber, mangsa belum pernah bersua muka dengan teman lelaki alam mayanya itu tetapi kerap bersembang dan berkongsi gambar melalui aplikasi WeChat sepanjang perhubungan mereka.

“Bagaimanapun apabila mangsa cuba memutuskan hubungan cinta alam maya itu, suspek menyebarkan gambar bogelnya. Suspek dikatakan turut menghubungi seorang ahli keluarga mangsa melalui aplikasi WeChat dan mengaku menyebarkan gambar mangsa di laman sosial,” katanya.

Menurutnya, suspek mengaku bertindak sedemikian untuk mengaibkan mangsa kerana memutuskan hubungan cinta mereka dan mangsa membuat laporan di balai polis Pudu, di sini. -HM

Selasa, 25 November 2014

Penjawat Awam Terima Bonus 18 Disember


SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor bakal menikmati bonus sebanyak setengah bulan gaji pada 18 Disember depan.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, pemberian bonus akhir tahun itu dilakukan bagi membantu penjawat awam bagi menghadapi persediaan untuk persekolahan  anak-anak.

"Sebuah kerajaan yang efisyen dan kuat adalah hasil daripada sinergi dan usaha sama pentadbiran awam.

"Pemberian bonus ini dilakukan atas sumbangan mereka (penjawat awam) dalam melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri secara profesional dan berintegriti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Belanjawan Selangor 2015 yang berlangsung di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, pemberian bonus tersebut dibuat bagi menghargai sumbangan penjawat awam yang mengurus dan membantu menyelaras pelbagai sektor pentadbiran dan pembangunan di negeri tersebut. -SH

Jumaat, 21 November 2014

Remaja perempuan dirogol lima lelaki


Kuala Lumpur: Seorang remaja perempuan terpaksa melalui detik hitam apabila dirogol oleh lima lelaki yang dipercayai rakan teman lelakinya sendiri selepas melarikan diri dari pihak polis dalam kejadian di Lombong Buaya, Kampung Sri Aman, Puchong 12 November lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa berusia 16 tahun berkenaan dikatakan mengikuti teman lelakinya seorang warganegara Myanmar yang dikenali sebagai Mohd Hisham keluar makan di Kampung Sri Aman.

Sebaik selesai makan, mereka pulang ke rumah dan diekori oleh lima suspek menaiki tiga motosikal sebelum terserempak dengan kereta peronda polis yang cuba menahan mereka untuk membuat pemeriksaan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, ketika cuba ditahan, mereka berjaya meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis dan sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika ditempat kejadian, mangsa diraba oleh rakan teman lelakinya yang bernama "Pendek" menyebabkan mangsa berang dan bertindak menumbuk muka sehingga hidung suspek berdarah.

"Suspek menjadi marah dan bertindak merogol pengadu secara bergilir-gilir. Teman lelaki mangsa ada melihat kejadian terbabit tetapi tidak berani untuk membantu disebabkan takut kerana suspek ramai.
"Empat suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi masih diburu,"katanya ketika dihubungi. -HM

Rabu, 19 November 2014

Pelajar Tingkatan 1 Dirogol 3 kali


KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tiga tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan satu di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Mohamad Khairul Azwan, 24, mengaku tidak salah didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Jalan Kubang Kacang, Kampung Parit, Limbat, di sini, pada 21, 22 dan 24 September lalu.

Kejadian pertama berlaku pada jam 8 pagi, kedua berlaku pada jam 3.30 petang, manakala kejadian keempat berlaku pada jam 8 malam.

Ketua-tiga tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan tertuduh yang tidak mempunyai peguam itu merayu mahkamah membenarkan dia diikat jamin.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan kes untuk sebutan semula pada 21 Disember depan. -SH



Rabu, 12 November 2014

Ilmu Pengasih: Cara Puaskan Isteri



Seringkali para suami terlupa bahawa isteri juga perlu digoda. Jika dahulu anda bersusah payah menggoda isteri anda sehingga ke jinjang pelamin, jadi apa salahnya jika anda tetap istiqomah melakukannya. Di sini diperturunkan beberapa tips untuk anda.

Selepas bertengkar
Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggangnya dan berikan ciuman seikhlas hati. Pasti isteri anda tidak menolak dan hubungan seks boleh diteruskan dengan cara yang selembut mungkin.

Bahagia
Sama seperti kemarahan dan kesedihan, kebahagiaan menjadikan seseorang wanita itu tidak menolak untuk melakukan hubungan seks. Justeru tidak hairanlah seorang wanita yang baru menerima bonus, atau kenaikan pangkat atau apa saja yang menggembirakan hatinya di pejabat memberikannya satu perasaan ghairah dan mood yang amat positif untuk melakukan hubungan seks dengan anda.

Stres
Ada wanita yang apabila terlalu stres akan mempunyai semangat untuk melakukan hubungan seks. Pernah seorang rakan memberitahu bahawa dalam satu hari dia mengalami pelbagai dugaan, kertas cadangannya ditolak, kereta mengalami kerosakan dan peliknya pada waktu malam dia mahukan hubungan seks. Kajian menunjukkan bahawa stres atau tekanan meningkatkan rangsangan keintiman wanita. Oleh itu para suami, jika isteri anda stres namun tidak bercadang melakukan hubungan seks, anda boleh menawarkan untuk melakukan urutan aroma terapi kepada isteri dan pastinya keghairahan isteri meningkat.

Cemburu
Isteri memang mudah terbakar jika mendengar suami ada wanita lain, oleh itu jangan pelik jika dalam keadaan sedemikian keinginannya untuk bersama semakin meningkat.

Waktu subur
Wanita sangat mudah terangsang semasa tempoh suburnya (waktu pelepasan telur) oleh itu dua minggu selepas haid adalah saat paling baik untuk melakukan hubungan seks. Pastikan anda tidak terlepas saat tersebut.

Selepas menghadiri majlis
Wanita mudah terangsang dalam situasi romantis, tak perlulah anda hairan apabila selesai majlis, mendengar alunan muzik romantis, berdua-duaan sudah cukup untuk menggodanya untuk bersama anda.

Menonton filem romantis
Kebanyakan wanita menyukai filem romantis dan ia salah satu cara untuk anda membangkitkan mood isteri untuk berhubung intim.

Tinggal-tinggalkan
Berpisah beberapa hari dengan isteri anda membuatkan dia akan merindui anda. Luahan kata-kata rindu berbaur romantis menerusi telefon cukup untuk membangkitkan rasa ghairah isteri untuk bersama anda selepas pulang nanti, cubalah.

Bersendirian
semakin lama wanita tidak melakukan hubungan intim sebenarnya dia pasti akan merinduinya. Tidak salah anda membiarkannya bersendirian jika itu yang dimahukannya, namun sebaik sahaja isteri anda mahukannya jangan lepaskannya, kerjasama daripada kedua belah pihak pasti akan mendatangkan kepuasan maksimum buat anda berdua.

Kreatif
 Sesekali cuba buat kejutan dengan memberikan ciuman ketika isteri masak di dapur. Hadiahkan dia sekuntum bunga ros atau coklat, paling tidak ajak dia untuk ke makan malam yang indah bersama anda, pasti ada kelainannya selain menggoda di bilik tidur.

Dan banyak lagi!!!!!!

Namun adakah itu sudah cukup? Adakah anda ingin tahu RAHSIA yang lebih SULIT dari itu? Rahsia bagaimana untuk menambat nafsu suami anda agar suami anda benar-benar puas dan hanya merindui anda seorang sahaja. Jika anda ingin memikat suami, pikatlah perutnya... Jika anda ingin menambat suami, tambatlah selera syahwatnya.




Isteri Tidak Puas Seks


Seringkali terpampang di dada-dada akhbar tentang kes-kes ketidakpuasan seks oleh para isteri yang dahagakan tuntutan batin dari suaminya. Ini menyebabkan wujudnya pelbagai gejala seperti kes-kes kemurungan, kecurangan, keretakan rumahtangga dan juga penceraian. Antara penyebab terbesarnya adalah disebabkan oleh perhubungan seks hambar yang dipersembahkan oleh suami itu sendiri. Ini menyebabkan si isteri menjadi bosan dan terkapai-kapai dalam mencari kepuasan.

Kebanyakan isteri menginginkan seorang suami yang pandai beraksi di ranjang dan berupaya memenuhi keinginan seksnya. Ini bermakna, tuntutan nafkah batin sama juga pentingnya seperti tuntutan nafkah zahir. Tanggungjawab suami bukan sahaja menyediakan kediaman yang selesa, makan minum yang cukup dan sebagainya, malah keinginan nafsu syahwat isteri juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.

Apabila keinginan si isteri gagal dipuaskan seperti mana yang diharapkan, berkemungkinan besar ianya akan di simpan sahaja tanpa berterus terang terhadap suami demi menjaga hati.

Bukan salah suami kerana kurangnya kemahiran melayan nafsu sahwat isteri yang tercinta. Ianya kerana disebabkan kurangnya maklumat atau pendedahan tentang cara-cara dan teknik yang dapat memuaskan isteri di ranjang. Sifat malu juga menjadi penghalang utama di antara kedua suami dan isteri untuk berbincang soal seks yang akhirnya dibiarkan berlarutan sehingga menjadi bebanan batin yang sukar untuk dijelaskan.

Walaupun si suami sering melakukan hubungan intim bersama isteri, ini tidak bermakna si isteri benar-benar puas 100% setiap kali bersama. Kepuasan syahwat seorang wanita hanya dapat dicapai jika pasangannya mampu memberikan rangsangan yang secukupnya sehingga mencapai kepuasan secara fizikal, emosi dan mental. Jika isteri kurang terangsang atau pun kurang ghairah dengan hubungan seks tersebut, maka hanya suami sahaja yang puas sedangkan dirinya tidak.

Jadi, jika anda benar-benar mahu puaskan isteri anda ketika di ranjang, anda perlulah mempelajari cara-cara dan teknik yang betul supaya isteri anda mampu mencapai 100% kenikmatan setiap kali bersama anda. Yang pastinya akan membuatkan anda akan 'dirindui' oleh isteri anda setiap masa. Anda boleh memukau isteri anda dengan aksi-aksi yang tidak dijangka namun amat mengujakannya.

Suami yang hebat bukan sahaja dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya, bahkan berupaya menjadi seorang 'pelayar' yang terbaik. Anda mungkin tidak pernah mempelajarinya di kursus perkahwinan yang pernah anda hadiri, namun anda boleh menguasai kemahiran ini asalkan anda mahu untuk belajar. Anda tidak perlu keluar dari rumah pun kerana saya sudah menyediakan satu panduan yang sangat-sangat mudah dan efisyen untuk anda ikuti.

Setelah bertahun mendirikan rumahtangga, ramai di antara kita sering mengabaikan kepuasan isteri di ranjang. Bukan salah anda jika anda tergolong dalam golongan ini kerana banyak perkara yang perlu anda ambil perhatian seperti kerjaya anda dan sebaginya.

Tanggungjawab-tanggungjawab ini membuatkan anda keletihan dan tidak sempat untuk memikirkan tentang hubungan intim yang mampu memberikan kepuasan 100% kepada isteri. Jika anda sudah mula terfikir akan perkara ini, ini bermakna anda amat prihatin dengan isteri anda. Tahniah diucapkan!

Sebenarnya anda mampu memuaskan isteri dengan pelbagai cara. Bukan sahaja anda memuaskannya di bilik tidur sahaja, malah anda boleh memuaskannya dengan cara merangsang seluruh deria syahwatnya seperti deria penglihatan, deria bau, deria pendengaran dan juga deria sentuhan. Selain itu jangan abaikan tentang perasaannya kerana isteri anda juga sama seperti anda.

Persoalannya bagaimana? Dapatkan ebook:



Rahsia Menambat Nafsu Isteri - Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi


Rahsia Puaskan Nafsu Isteri



Pembongkaran Ekslusif Rahsia Memuaskan Isteri Dengan Teknik Dan Kaedah Sulit Yang Tidak Pernah Difikirkan Oleh Kebanyakan Suami

Tahukah anda sebenarnya...

Anda tidak perlu menjadi kacak semata-mata untuk disayangi kerana kepakaran anda di ranjang akan menjadikan anda sentiasa tampan dan hebat di mata isteri anda. Anda boleh membawa kembali keghairahan seperti malam pertama walaupun anda berdua sudah 40 tahun berumahtangga.

Jika hubungan anda dan isteri berjalan dengan baik, tahniah diucapkan. Namun ada juga pasangan suami isteri yang tidak menemui kebahagiaan dalam perkahwinan mereka. Hal ini menyebabkan hubungan mereka menjadi semakin tegang dan mereka mengalami gejala-gejala keretakan rumahtangga.



Antara penyebab kes-kes keretakan rumahtangga di Malaysia adalah disebabkan oleh:
  • Kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan
  • Kurang Mendengar, Terlampau Banyak Bercakap
  • Tidak Bijak Mengurus Kewangan Keluarga Dan Diri Sendiri
  • Mudah Mendekati Larangan Agama
  • Tidak Ambil Berat Solat 5 Waktu
  • Gagal Bertindak Cepat Selesaikan Konflik
  • Masalah 'bilik tidur' dan kurang kepuasan


Secara jujurnya, adakah anda rasakan yang isteri anda benar-benar menikmati kepuasan yang diharapkan? Simpan persoalan ini di dalam fikiran anda sehingga ke akhir laman web ini.


Apa yang anda selalu lakukan untuk isteri?

Memberikan penghargaan kepadanya dengan ucapan' "Terima kasih sayang".
Bersikap romantis
Meluangkan waktu anda bersamanya
Memberikan nasihat
Berkomunikasi dan menjadi pendengar yang setia
Tetap bersamanya dalam susah dan senang
Memberinya nafkah dan segala keperluan asas
Menjaga keharmonian rumahtangga
Sentiasa mengalah dan bersabar dengan kerenahnya



Adakah anda rasakan ianya memadai?

YA?

TIDAK?


Jika TIDAK, mahukah anda tahu satu RAHSIA SULIT bagaimana untuk membahagiakan isteri dengan cara yang amat-amat disukainya?

YA?

TIDAK?


Perlu diingatkan bahawa apa yang ingin saya kongsikan ini langsung tiada kaitan dengan ilmu guna-guna, ilmu pengasih dan segala macam ilmu-ilmu yang dilarang. Jika anda beranggapan begitu, sila ubah tanggapan tersebut. Laman web ini hanya untuk anda yang ingin mempelajari teknik-teknik sulit untuk menambat hati isteri agar isteri lebih menyayangi dan 'merindui' anda setiap masa, insyaAllah.





Rahsia Menambat Nafsu Isteri - Ebook terbaik buat para suami yang ingin memuaskan isteri dengan cara yang sensasi


Sabtu, 1 November 2014

Dirogol 7 Pelajar


TEMERLOH 31 Okt. – Seramai tujuh orang pelajar sebuah institut kemahiran di sini ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis secara bergilir-gilir pada 14 Oktober lalu.
Difahamkan dalam kejadian bermula pukul 1 pagi itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan dibawa ke premis pengajian ber­kenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai dikatakan diajak oleh seorang suspek untuk keluar minum di kawasan berhampiran.
Mangsa kemudiannya dikata­kan dibawa suspek ke premis ber­kenaan sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki berumur antara 18 hingga 21 tahun.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, polis yang menerima laporan semalam telah berjaya mengesan tujuh suspek di sekitar Temerloh dan Mentakab.
Katanya, kesemua suspek te­lah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Kesek­saan.
“Pada masa ini siasatan masih giat dilakukan dan siasatan akan dilakukan secara menyeluruh bagi menyelesaikan kes ini,” katanya. -Sumber

Rabu, 22 Oktober 2014

Awek Jual Baju Kepala Butuh?


Seorang gadis bertudung menjual Tshirt ale-uto (KEPALA BUTUH)!


Mari-mari...! dapatkan baju ale uto.... MEMANG KEPALA BUTUH LAAA...
Jual baju ke jual maruah?







Jumaat, 17 Oktober 2014

Separuh Bogel Di Port Dickson


PORT DICKSON – Tindakan empat wanita warga asing berehat di Pantai Saujana Batu 4, di sini dalam keadaan separuh bogel, tengah hari kelmarin, menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.




Pengunjung yang enggan dikenali berkata, dia terkejut dengan perlakuan melampau wanita terbabit.

"Mereka pada awalnya hanya berbikini dan berenang di pantai. Selepas setengah jam kemudian, mereka naik semula ke pantai dan berjemur dengan hanya memakai seluar dalam sahaja.

"Tiga dari mereka berusia sekitar 20 hingga 30 tahun, sementara seorang lagi lebih berusia sekitar 50-an. Mungkin mereka anak beranak," katanya.

Sementara itu, penjaga tandas awam Pantai Saujana Batu 4, Latif Ahmad, 61, berkata, dia didatangi oleh empat wanita warga Eropah lengkap berpakaian sekitar jam 12 tengah hari yang ingin menyewa payung.

"Mungkin mereka menginap di salah sebuah hotel sekitar Batu 4 berikutan mereka hanya berjalan kaki ke pantai ini.

"Disebabkan saya tidak faham bahasa Inggeris, saya hanya berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dan dengan bantuan orang awam lain, dia dimaklumkan wanita berkenaan ingin menyewa payung dan meminjam kerusi," katanya.

Tambah Latif, dia tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah diberitahu wartawan.

“Jarak antara tandas ini dan lokasi kejadian agak jauh, ditambah pula tempat ini dihalang oleh tandas," katanya.

Katanya, sekitar jam 4 petang, wanita berkenaan memulangkan semula kerusi dan sempat bertanya bagaimana hendak ke restoran segera di Port Dickson," jelasnya.

Latif berkata, sejak dia bertugas sebagai penjaga tandas hampir dua tahun lalu, ini kali pertama dia mendengar berita mengenai kejadian seperti itu.

“Memanglah tidak ramai pengunjung yang datang ke pantai ini semalam (kelmarin) kecuali pada hujung minggu atau cuti umum, memang pantai ini padat dengan pengunjung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Datuk Ab Khalid Mat berkata, walaupun kes itu terpencil, namun pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

“Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan dan melanggar etika Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

“Oleh itu, orang ramai diminta bekerjasama dalam hal ini. Sekiranya perkara sama berlaku, orang ramai diminta segera menghubungi MPPD atau pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharuddin Mustapha berkata, sehingga jam 6 petang semalam, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/minah-saleh-berkelakuan-tidak-senonoh-1.325043


Jumaat, 5 September 2014

Dirogol dan Diliwat Pondan Dua Kali


KANGAR - Seorang pondan berusia 30 tahun ditahan reman selama seminggu mulai semalam bagi membantu siasatan atas dakwaan meliwat seorang lelaki awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad pondan tersebut dipercayai meliwat mangsa yang berumur 23 tahun di butik pengantin miliknya di Arau.

Katanya mangsa mendakwa dia telah diliwat suspek sebanyak dua kali di premis perniagaan suspek.

“Mangsa yang mengenali suspek melalui media sosial pergi berjumpa suspek di premisnya selepas pukul 12 malam, apabila sampai ke butik pondan tersebut, mangsa mendakwa telah diserang suspek selain dicederakan di bahagian kepala sebelum diliwat sebanyak dua kali.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan di kepala kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau kira-kira pada pukul 4 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi.

Ku Yaacob berkata suspek juga mengugut akan mencederakan keluarganya selain akan menyebarkan rakaman kelakuan luar tabii itu termasuk memuat turun gambar mereka ke dalam laman sosial Facebook.

Jelasnya ugutan itu diterima mangsa melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) selepas beberapa jam kejadian.

“Suspek akan disoal siasat sementara menunggu laporan perubatan untuk tindakan pihak polis seterusnya,” kata beliau.

Ujar beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. -SH

Pelajar Tahfiz Diliwat Guru



IPOH – Harapkan pegar, pegar makan padi.  Pelajar sepatutnya ke sekolah menuntut ilmu dengan bimbingan guru namun  berlaku sebaliknya.

Guru yang diharap mencurah ilmu menjadikan pelajar tempat melampias nafsu.

Itu yang berlaku kepada  seorang pelajar sebuah pusat tahfiz di Taiping mendakwa diliwat seorang daripada guru dalam tiga kejadian berasingan pada Julai dan Ogos lalu.

Dalam tiga kejadian berasingan itu, seorang guru berusia 23 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan keji itu terhadap pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah bilik tidur dan asrama pusat tahfiz berkenaan pada jam 1.30 pagi, 6.30 pagi dan 3.30 petang.

Dalam kejadian pertama, Julai lalu, guru berkenaan dikatakan telah menahan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke surau, sebelum dibawa ke bilik tidurnya.

Sumber memberitahu Sinar Harian, guru berkenaan mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum melakukan aktiviti luar tabii sebelum menyerahkan RM80 sebagai wang sogokan agar merahsiakan hal itu.

“Kejadian kedua dan ketiga berlaku pada Ogos lalu dan mangsa cuba melawan, namun diugut pukul.

"Pelajar berkenaan membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping,  Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah mengesahkan menerima laporan yang dibuat, 1 September lalu dan berdasarkan pemeriksaan awal doktor, tiada kecederaan akibat diliwat dikesan pada mangsa.

“Buat masa ini, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. -SH


Isnin, 1 September 2014

Pasangan Lesbian Dicekup


Johor Bahru: Dua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) berusia awal 20an disyaki pasangan lesbian ditangkap pihak berkuasa selepas penemuan alat perangsang seks bentuk kemaluan lelaki dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Johor Jaya Johor, awal pagi tadi.

Dalam serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kira-kira 2 pagi itu, dua penuntut terbabit yang menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini mendakwa alat berkenaan baru dibeli secara dalam talian (online).

Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi 'merasainya'.

Namun akibat ketakutan dan risau selepas disoal oleh pegawai peguatkuasa, salah seorang daripadanya mengakui, dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kakaknya yang juga berperanan sebagai 'suami' atas ranjang.


Mereka ditahan di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau keduanya sekali.


Dalam operasi yang turut dijalankan di sekitar Ulu Tiram, Taman Desa Cemerlang itu, tujuh pasangan lain berjaya ditangkap termasuk guru tahfiz, pengurus sebuah syarikat swasta, jururawat dan anggota tentera.

Operasi yang bermula sejak 11 malam itu selesai kira-kira 3.30 pagi tadi.-HM

Jumaat, 29 Ogos 2014

Perogol Bawah Umur Didakwa


KOTA BHARU - Seorang pembuat mozek mengaku tidak salah atas tuduhan merogol kekasihnya yang masih di bawah umur di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Asraf Ibrahim, 21, didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Kampung Lubok Jambu, Mulong, di sini, pada jam 2 pagi, 28 April 2014.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga  20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin memohon kes ditangguhkan untuk pengurusan dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan sebutan semula pada 17 September depan dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Tertuduh diwakili peguam bela, Mohd Faizal Abd Rahman.


Dalam perkembangan lain, seorang pemandu bot pelancong, Muhammad Ramzie Zulkifli, 21, juga mengaku tidak salah merogol kekasihnya yang berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di hadapan Balai Polis Cherang Ruku, Pasir Puteh, antara jam 10 malam dan 12 tengah malam, 15 Ogos 2014.

Mahkamah menetapkan sebutan semula pada 29 September depan.

Tertuduh tidak dibenarkan jaminan dan tertuduh juga tidak diwakili peguam.-SH

............

Seorang remaja berusia 18 tahun dan seorang pembuat batik berusia 21 tahun menjadi individu keenam dan ketujuh berdepan tuduhan terbabit kejadian rogol beramai-ramai di Ketereh, 20 Mei lalu.

Kedua-dua tertuduh yang beralamat di Taman Binjai Manis, Ketereh, di sini, bagaimanapun mengaku tidak salah atas tuduhan itu di mahkamah sesyen, di sini, semalam.


Remaja 18 tahun itu didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun, manakala pembuat batik, Mohamad Faiz Azahan didakwa merogol kedua-dua mangsa berusia 17 tahun dan 15 tahun dalam kejadian sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan rogol itu di sebuah rumah kosong di Kampung Hutan Pasir, Ketereh, di sini, antara jam 7.30 dan 11 malam, 20 Mei 2014.

Kejadian rogol tersebut dilakukan dengan kehadiran orang lain. Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2)(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Hilwani Mat Rifin memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas mereka.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus kemudian menetapkan 17 September depan sebagai tarikh sebutan semula dan tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin. Mereka diwakili peguam bela, Ahmad Zubairi Salleh.

Pada 11 Jun 2014, empat individu iaitu Muhmed Azroel Hassan, 23; Che Azuan Che Hassan, 32, dan dua remaja berusia 17 tahun dihadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol mangsa sama pada kejadian sama.

Salah seorang daripada tertuduh berusia 17 tahun itu mengaku merogol mangsa berusia 15 tahun.

Kemudian, pada 9 Julai 2014,  seorang lagi remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima berdepan tuduhan merogol remaja yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis bagaimanapun dalam satu kenyataan media selepas itu berkata, hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 orang yang dilaporkan sebelumnya. -SH



Pelajar Tingkatan 3 Hamil, Kekasih Pula Meninggal


KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui ‘ayah’ kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

“Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

“Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

“Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia,” katanya. -SH




Khamis, 28 Ogos 2014

Kes Buli Pukul: 4 Remaja Ditahan


Muar: Polis menahan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 15 tahun semalam bagi membantu siasatan video pukul dan buli seorang remaja lelaki di Air Hitam, di sini, yang viral di media sosial.

Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, tangkapan dilakukan bermula petang semalam selepas pihaknya berjaya mengenal pasti individu terbabit di dalam video itu.

Katanya, semua empat remaja itu ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

"Selain itu, kami merampas sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter, dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam video itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tadi.

Katanya, semua empat remaja itu ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

"Selain itu, kami merampas sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter, dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam video itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tadi.

VIDEO







Isnin, 25 Ogos 2014

2 Kali Ditangkap Khalwat


KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik, walaupun sebelum ini iaitu pada 20 Februari lalu, mereka pernah ditangkap khalwat di dalam kereta, namun sepasang kekasih ini dilihat masih belum insaf apabila mengulangi perbuatan sama selepas ditangkap dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang dalam sebuah kereta, 30 April lalu.

Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral mereka menerima pembalasan apabila masing-masing dijatuhi hukuman penjara tiga minggu serta denda RM4,700 dan sembilan bulan penjara lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Namun, difahamkan, kedua-dua mereka, Alwafi Embong, 27, yang bekerja sebagai mekanik dan pasangannya, Zamiratul Akma Mohamad, 25, seorang penasihat kecantikan terpaksa memilih untuk meringkuk di penjara selama sembilan bulan tiga minggu kerana gagal membayar denda.

Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan iaitu khalwat dan cuba melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi pertuduhan pertama, Alwafi yang berasal dari Tok Jiring di sini, dan Zamiratul yang berasal dari Kuala Telemong, Hulu Terengganu didakwa mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melakukan khalwat.

Alwafi ditemui sedang tidur di tempat duduk belakang sebuah kereta, manakala pasangannya tidur di tempat duduk penumpang hadapan ketika serbuan dilakukan sepasukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu jam 3.45 pagi pada 20 Februari lalu, di kawasan parkir KFC Batu Buruk di sini.

Ketika kejadian, pasukan penguat kuasa yang menerima maklumat awam mendapati sebuah kereta diletakkan di kawasan parkir itu dalam keadaan mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua mereka yang tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram, berada di dalam kenderaan tersebut.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh yang sudah bernikah empat hari lalu (21 Ogos 2014) masing-masing dikenakan hukuman denda RM2,400 atau empat bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan kedua, pasangan berkenaan ditemui dalam keadaan berbogel di tempat duduk belakang sebuah kereta, di hadapan sebuah rumah di Tok Jiring, kira-kira jam 1.50 pagi pada 30 April lalu.

Siasatan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri atau mahram dan didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001, iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua mereka masing-masing dikenakan hukuman tiga minggu penjara dan denda RM2,300 atau tambahan lima bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala tertuduh tidak diwakili peguam syarie. -SH



Sabtu, 23 Ogos 2014

Penjagaan Kesihatan Dalaman Faraj


Dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:
1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.
2. Mencegah dari keputihan
3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.
4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.

Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.

POSISI MERUANG
1. Duduk di atas toilet bowl
2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah
3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl

CARA MERUANG.
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Jika saya...saya gunakan Barra Gel NR.
2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha
, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.
3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.

Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.

Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.

Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.

Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.

Selamat mencuba!

Murid Tahun 1 Dirogol


Kuala Lumpur: Kesakitan pada kemaluan seorang kanak- kanak berusia tujuh tahun terungkai selepas pemeriksaan doktor mengesahkan dia menjadi mangsa rogol di ibu kota, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan kebiasaannya dihantar ke rumah pengasuh selepas pulang dari sekolah ketika ibu bapanya bekerja.

Sumber polis berkata, kira-kira jam 10 malam kelmarin, mangsa mengadu sakit ketika membuang air kepada ibunya.

“Ibu kanak-kanak itu pada mulanya tidak menyangka buruk, namun selepas mangsa beberapa kali mengadu sakit, dia dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan kemaluan mangsa bengkak selain ada pendarahan.


“Mangsa dipercayai menjadi mangsa rogol dan ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya. -HM


Khamis, 21 Ogos 2014

Pelajar Tingkatan 3 Dirogol Ketika Pulang


RANTAU PANJANG – Perjalanan pulang seorang pelajar perempuan tingkatan tiga bertukar ngeri apabila diculik dan dirogol oleh seorang lelaki tidak dikenali, jam 1.15 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa menaiki motosikal sendirian dihimpit oleh kereta proton Waja berwarna putih dan Proton Wira merah marun, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, mangsa ditarik ke tempat duduk belakang dan mendapati terdapat empat lelaki dalam lingkungan 20-an berada di dalam kereta tersebut.

“Salah seorang daripadanya memegang dan memukul mangsa manakala suspek lain merogolnya.

“Mangsa ditinggalkan di tepi jalan dekat Bunut Susu Tendong iaitu hampir 10 kilometer daripada tempat diculik sebelum ditemui orang awam,” katanya.

Haliludin berkata, berbekalkan gambaran mangsa, usaha mengesan kesemua suspek giat dijalankan dan kes ini disiasat mengikut seksyen 365/376 Kanun Keseksaan.

Beliau memohon kerjasama semua pihak, untuk mengesan kereta Proton Waja berwarna putih dan Proton Wira merah berkenaan dan melaporkan kepada balai polis terdekat. -SH



Rabu, 20 Ogos 2014

Ibu Mabuk Dirogol Anak


Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan tiga ditahan selepas disyaki merogol ibu kandungnya di sebuah rumah di Taman OUG, Sri Petaling, jam 2 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, remaja berkenaan dikatakan merogol ibunya selepas wanita berusia 44 tahun itu tersilap masuk ke bilik tidur anak lelakinya ketika pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pelajar itu ditahan petang semalam sejurus wanita berkenaan tampil membuat laporan polis.

"Wanita itu tidar sedar masuk ke bilik anaknya dan lebih kurang dua atau tiga jam kemudian dia tersedar dan melihat anak lelakinya dalam keadaan bogel berada di atas tubuhnya. Difahamkan, pelajar itu sedang melihat gambar lucah dalam telefon bimbitnya sebelum secara kebetulan didatangi ibunya yang sedang mabuk," katanya.


Katanya, polis menahan pelajar berkenaan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan iaitu melakukan sumbang mahram. -HM

Jumaat, 15 Ogos 2014

Takut Gambar Bogelnya Tersebar


KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

“Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

“Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya,” katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

“Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

“Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya,” katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek. -SH


Pembantu Rumah Dirogol Perompak



Kuala Lumpur: Diacu parang dan dipaksa menyerahkan wang milik majikannya sebelum diperkosa dan dipukul. Itu nasib menimpa seorang pembantu rumah selepas seorang lelaki menceroboh sebuah rumah di Sri Petaling, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa berusia 26 tahun ketika itu berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi majikannya terkejut apabila tiba-tiba muncul seorang lelaki dan mengacukan parang sebelum mengarahkannya supaya tidak melawan.


Menurut sumber, suspek kemudian meminta mangsa menunjukkan tempat simpanan wang majikannya, namun wanita itu memberitahu dia tidak tahu menyebabkan lelaki itu mengugut ingin membunuhnya.

“Malah suspek turut mengarahkan mangsa membuka pakaiannya sebelum merogolnya. Selepas memperkosa mangsa, suspek sekali lagi mengarahkan wanita itu menunjukkan tempat simpanan wang milik majikannya, namun dia enggan menyebabkan lelaki itu mengamuk dan terus menumbuk muka dan membelasahnya,” katanya.


Sumber berkata, dalam kesakitan mangsa tetap memberitahu kepada suspek dia tidak tahu tempat simpanan wang itu, namun lelaki itu tidak mempercayainya dan terus mendesak mangsa.


“Mangsa kemudian menyelamatkan diri dengan melarikan diri dan bersembunyi di dalam tandas.

“Suspek kemudian bertindak menggeledah kediaman itu dan membawa lari sejumlah wang. Mangsa yang ketakutan hanya keluar dari tandas apabila terdengar suara majikannya,” katanya.


Dia kemudian menceritakan kejadian itu kepada majikan sebelum mereka tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -HM


Rabu, 13 Ogos 2014

Pelajar Tahun 6 Hamil 9 Bulan



SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. -SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan