Khamis, 26 Februari 2015

Melacur Dalam Semak


SUNGAI PETANI – Seorang ibu muda yang mengaku janda antara yang ditahan di lokasi pelacuran dekat kawasan semak di Taman Kampian, Jalan Sekerat, jam 11 pagi semalam.

Turut ditahan dua wanita dan seorang lelaki yang berperwatakan seperti perempuan di port pelacuran yang hanya dilengkapi dengan khemah serta alatan lain dipercayai untuk aktiviti pelacuran.

Bagaimanapun, hasil soal selidik mendapati wanita berusia 22 tahun itu masih berstatus isteri orang dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Pemeriksaan ke sekitar lokasi pula mendapati ia seakan-akan lokasi perkhemahan dalam semak namun dipenuhi alatan kondom digunakan untuk pelacuran.

Kesemua mereka yang ditahan anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah (PAD) Kuala Muda itu dibawa ke pejabat untuk soal siasat selain memanggil waris untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Alwi Osman berkata, dua perempuan ditahan mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 iaitu melacur manakala seorang lagi wanita bukan Islam dilepaskan selepas diberi khidmat moral.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak melebihi enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala seorang lelaki berperwatakan perempuan ditahan mengikut Seksyen 26 iaitu mana-mana lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika bersalah, boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM1,000 denda atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau berkata, operasi diketuai Pegawai Penguatkuasa MPSPK, Anil Aris manakala PAD diketuai Zaiferi Zainul Abidin. -SH

Anak Dirogol Si Kudung


KOTA BHARU - Haruan makan anak. Itu perumpamaan buat seorang lelaki kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil terima padah setelah dihukum penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.

“Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri,” katanya.

Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.

Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014.

Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.

Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.

Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan. -SH

Isnin, 23 Februari 2015

7 Pasangan Dicekup Khalwat


JOHOR BAHRU - Tujuh pasangan ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) dalam serbuan Ops Limau di beberapa hotel sekitar Taman Ungku Tun Aminah Skudai, di sini, kelmarin.

Ops yang bermula jam 11 malam dan berakhir 3.30 pagi itu diketuai Pegawai Penguatkuasa Jaij, Khairudin Mat Ali bersama lima anggota.

Pelbagai alasan diberikan semua pasangan terbabit bagi mengelak diri masing-masing dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 kerana berkhalwat.

Begitu juga dengan seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa tidak berdua-duaan di dalam bilik hotel bersama seorang gadis berumur 21 tahun.

Lelaki yang bekerja sebagai juruselenggara itu memberitahu anggota dan pegawai operasi bahawa dia hadir untuk bertemu gadis terbabit hanya untuk seketika.

Malah, ketika kad pengenalan diminta untuk proses dokumentasi, lelaki itu mengakui tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Manakala, gadis berkenaan yang mengakui kehadiran teman lelakinya itu mendakwa dia menginap di hotel berkenaan kerana cuba melarikan diri daripada lelaki itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Dalam operasi sama, pihak penguatkuasa JAIJ turut menahan pasangan warga asing kerana didapati berdua-duaan di dalam bilik hotel.

Meskipun lelaki warganegara Bangladesh berusia 36 tahun yang bekerja sebagai tukang sapu itu mendakwa sedang mendapatkan khidmat urutan badan daripada wanita Indonesia berumur 40 tahun, mereka juga ditahan kerana khalwat.

Sementara itu, sepasang lelaki dan wanita masing-masing berusia 23 dan 24 tahun terdiam kaku  apabila diberitahu oleh anggota ops mereka terpaksa ditahan kerana berkhalwat.

Lelaki yang bekerja di Masai itu mendakwa tidak melakukan perkara tidak bermoral bersama pasangannya, sebaliknya cuma hanya mahu bermalam bersama kerana akan menghantar wanita berkenaan pulang ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Kedua-dua mereka ditemui berpakaian lengkap sebaik sahaja memberi kerjasama daripada pihak penguatkuasa dengan membuka pintu hotel yang diinap.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaij, Mohd Zamri Kambari, mengesahkan penahanan tujuh pasangan terbabit sepanjang Ops Limau dilakukan pihaknya. -SH

Rabu, 18 Februari 2015

23 Diisytihar Kongsi Gelap


Putrajaya: Sebanyak 23 buah pertubuhan kongsi gelap di Malaysia diisytiharkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan Nombor Pewartaan P.U.(A) 34/2015.

Pertubuhan itu Geng 3821, Geng Ngo Sek Kee, Geng Gee Hor Sia, Geng Chong Woh, Geng Gee Long San, Geng Gee It Leng, Geng Gee Hon San, Geng Guat Sam Sia, Geng It Tiam Ang, Geng Lian Heng Siah, Geng Ang Mor Low, Geng Sio Or Leng, Geng Loong Foo Thong, Geng 969 (Kow Lak Kow), Geng 32 Sar Jee, Geng Chaun San, Geng Fong Hong San, Geng Jin Jee Tong, Geng Gee Lam Kok, Geng Hong Fah, Knight Of Right Keepers’ @ ‘‘Kappa Rho Kappa’ (KRK’), Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertubuhan itu menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah dan memeras ugut.

“Pertubuhan ini juga menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan juga terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

“Sehubungan itu, tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan kongsi gelap terbabit sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Isnin, 16 Februari 2015

Dicekup Bogel Dengan Suami Orang



JOHOR BAHRU - Sepasang kekasih dicekup dalam keadaan tidak berpakaian oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) sempena Ops Mawar Merah, di sini kelmarin.

Dalam serbuan petang Sabtu itu, lelaki berstatus suami orang dari Larkin dicekup dengan kekasihnya dari Kota Tinggi dalam keadaan hanya berlapik kain cadar sebaik pintu bilik mereka diketuk penguat kuasa.

Difahamkan lelaki berusia 28 tahun bekerja sebagai buruh itu telah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya berusia 22 tahun sejak setahun yang lalu.

Dalam serbuan lain, di Taman Bukit Mewah, di sini pasangan berusia 22 tahun  dan 23 tahun dari Terengganu turut ditahan.

Hasil soal siasat mendapati lelaki berkenaan bekerja di Singapura manakala wanita berkenaan baru tiba dari Terengganu jam 8 malam, Khamis lalu.

Mereka mendakwa telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan Mac ini memaklumkan bertemu bagi membincangkan masalah keluarga yang tidak merestui hubungan tersebut.

Ketika serbuan lelaki yang lengkap berpakaian sebaliknya wanita berkenaan mengenakan baju kelawar tanpa pakaian dalam.

Pasangan tersebut antara 72 individu berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun, termasuk empat warga asing yang dicekup di sekitar hotel bajet di bandaraya ini.

Menurut Penolong Penguatkuasa Jaij,  Hafiz Abd Rahman berkata,  operasi tersebut digerakkan sempena hari kekasih yang dirai setiap 14 Februari.

“Semua yang ditahan itu diambil tindakan mengikut Seksyen 27(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 dan Seksyen 29 enakmen sama kerana kesalahan berkhalwat serta berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

“Kita turut menyiasat empat warga asing yang dijumpai bersama pasangan yang beragama Islam dan akan menyerahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya. -SH

Ahad, 8 Februari 2015

Orang Asli Pahang Mangsa Seks PATI


CAMERON HIGHLANDS 7 Feb. – Belum pun selesai isu penerokaan haram dan kebanjiran pendatang tanpa asing tanpa izin (PATI) di tanah tinggi Cameron Highlands, kini timbul pula isu baharu apabila gadis Orang Asli di sini didakwa dijadikan mangsa seks golongan itu.

Presiden Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), R. Ramakrishnan ketika mendedahkan perkara itu mendakwa, meskipun banyak aduan telah dibuat mengenainya, sehingga kini langkah penguatkuasaan masih tidak dilaksanakan.

Lebih buruk, kata beliau, ada antara gadis Orang Asli yang menjadi mangsa seks PATI telah mengandung.
Katanya, ada yang telah menggugurkan kandungan untuk mengelak dikesan ahli keluarga serta masyarakat.
“Memang kita nampak kelibat PATI semakin kurang di bandar ini sejak operasi dibuat, tetapi mereka telah beralih ke perkampungan Orang Asli dan banyak masalah sosial berlaku di kawasan itu.

“Contohnya di Pos Terisu, PATI beri wang kepada gadis Orang Asli di sana dan jadikan mereka seolah-olah pelacur. Perbuatan itu semakin menjadi-menjadi. Bukan tidak ada aduan, tetapi tidak ada pihak yang ambil serius,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengi­ringi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali melawat kawasan pe­nerokaan haram di sekitar kawasan Kuala Terla dan Berinchang di sini hari ini.

Sementara itu, Mustafar berkata, SPRM akan mencari kaedah terbaik dalam mendidik masyarakat di tanah tinggi itu supaya lebih proaktif menyalurkan maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang berlaku di kawasan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu amat penting dalam memastikan semua masalah yang berlaku di sana ter­utamanya isu penerokaan haram dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Jelas beliau, pihaknya juga berharap, dengan adanya pejabat SPRM yang akan dibuka hujung bulan ini di kawasan tersebut, masyarakat setempat akan lebih mudah menyalurkan maklumat berhubung salah laku yang terjadi itu.

“SPRM akan mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung isu kemusnahan alam sekitar di sini khususnya berkaitan dengan aspek rasuah, penyelewengan kuasa dan tadbir urus yang dilaporkan berlaku.

“Selain itu, penduduk juga perlu melihat perkara ini sebagai keper­luan dan tindakan yang perlu dibe­rikan perhatian serius kerana Came­ron Highlands adalah tempat tinggal dan tempat mencari rezeki yang jika dibiarkan akan mengakibatkan kemusnahan berterusan,” katanya dalam sidang akhbar sempena lawatannya ke kawasan tersebut. -UM


Sabtu, 7 Februari 2015

Cerahkan Faraj Anda



Girls, wanna be the first to get this awesome feminine product for FREE? Find out here.

Nak jaga kebersihan feminin untuk mengekalkan kesihatan dan keyakinan anda? Sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini.!

Dapatkan Lactacyd percuma dengan promosi eksklusif




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan