Rabu, 18 Februari 2015

23 Diisytihar Kongsi Gelap


Putrajaya: Sebanyak 23 buah pertubuhan kongsi gelap di Malaysia diisytiharkan sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 dengan Nombor Pewartaan P.U.(A) 34/2015.

Pertubuhan itu Geng 3821, Geng Ngo Sek Kee, Geng Gee Hor Sia, Geng Chong Woh, Geng Gee Long San, Geng Gee It Leng, Geng Gee Hon San, Geng Guat Sam Sia, Geng It Tiam Ang, Geng Lian Heng Siah, Geng Ang Mor Low, Geng Sio Or Leng, Geng Loong Foo Thong, Geng 969 (Kow Lak Kow), Geng 32 Sar Jee, Geng Chaun San, Geng Fong Hong San, Geng Jin Jee Tong, Geng Gee Lam Kok, Geng Hong Fah, Knight Of Right Keepers’ @ ‘‘Kappa Rho Kappa’ (KRK’), Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertubuhan itu menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di Malaysia seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian, mencuri kereta mewah dan memeras ugut.

“Pertubuhan ini juga menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan juga terdapat kes penyeludupan serta turut memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa kepada kumpulan penculik dari Bahagian Selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

“Sehubungan itu, tiada sesiapa pun boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan kongsi gelap terbabit sebagai pertubuhan berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7 (3)(b) Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines