Rabu, 4 Disember 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Aida akui kongsi gambar peribadi dengan Adi Putra

Posted: 03 Dec 2013 04:30 PM PST

Kita balik kepada kes Adi Putra berskandal dengan isteri orang. Menurut laporan berita yang dikeluarkan akhbar Sinar Harian, Aida atau nama penuhnya Nooraida Abdul Mutalib mengakui bahawa dia pernah berkongsi gambar peribadi dengan Adi Putra melalui aplikasi WhatsApp. Dia menjelaskan lagi, perkenalan mereka bermula melalui laman Instagram yang berlarutan ke InstaMessage dan kemudian terus ke WhatsApp.

Menurut Aida

“Dalam Instagram, ada gambar saya, suami dan anak. Walaupun Adi tahu status saya sebagai isteri orang, namun dia masih mahu berhubung dengan saya.

“Saya anggap mungkin dia main-main saja atau sekadar nak test market. Menerusi WhatsApp pula, Adi ada mengatakan dia sedang mencari calon isteri dan nak anak sendiri. Sebagai peminat fanatik, saya berasa teruja. Itulah sebab mengapa saya masih melayannya dan terus terjebak dalam perhubungan ini,”

Berita penuh selepas ini.

Kami agak musykil dengan kenyataan Aida di atas, kerana sepanjang pemerhatian kami, Aida mempunyai kurang daripada 2 gambar bersama suaminya di laman Insta sejak tahun lalu dan hanya beberapa minggu kebelakangan ini baru dilihat dia kerap memuat naik gambar bersama suami.

Menurut Aida lagi

"Adi pula pandai memujuk dan romantik orangnya, jadi saya terjebak untuk melayan. Saya akui, bukan alim dan tak kuat iman. Adi pula nampaknya lebih berminat berbual perkara amat peribadi, selain bertukar gambar yang sangat peribadi,”

Hmm apa pun kami harap perkara ini dapat diselesaikan segera bagi mengelakkan berlakunya fitnah dikemudian hari.

Original article: Aida akui kongsi gambar peribadi dengan Adi Putra

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

Fizo Omar dan Mawar berbulan madu di Dubai (5 Gambar)

Posted: 03 Dec 2013 03:30 PM PST

Macam seronok je tengok pasangan baru kahwin Fizo Omar & Mawar ni. Mereka telah selamat menjadi pasangan suami isteri pada 10 November yang lalu. Gambar terbaru di mana Fizo telah memuat naik beberapa keping gambar mereka berbulan madu di Dubai. Tengok saje gambar berlatar belakangkan Al-Burj itu. Romantik? Gambar penuh selepas ini.

Original article: Fizo Omar dan Mawar berbulan madu di Dubai (5 Gambar)

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

Majlis Pertunangan Shawal AF5 dan Azura (5 Gambar)

Posted: 02 Dec 2013 08:14 PM PST

Masih ingat tak pada peserta Akademi Fantasia musim ke-5, Shawal yang ketika itu agak popular membawa rentak Agogo dalam nyanyiannya? Shawal telah selamat bertunang dengan pilihan hati, Azura pada hari Sabtu yang lepas. Berita ini dikongsi bersama oleh adiknya melalui laman Facebook baru-baru ini.

Sebagai makluman, Shawal merupakan bekas finalist pelajar Akademi Fantasia musim ke-5 yang turut disertai oleh Dafi, Mila, Aswad, Ebi dan juga Heliza Helmi. Gambar penuh selepas ini.

Original article: Majlis Pertunangan Shawal AF5 dan Azura (5 Gambar)

©2013 Media Malaya. All Rights Reserved.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines