Rabu, 11 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Nikah esok, Che Ta akui berdebar

Posted: 10 Dec 2013 05:09 AM PST

  • Umum tarikh kahwin?

TARIKH 11 Disember (esok), akan menjadi saksi penyatuan dua hati antara dua selebriti Zain Saidin dan Rozita Che Wan. Pasangan yang sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta ini dijangka diijabkabulkan di Gazebo Setia City Convention Centre, Setia Alam sekitar jam 7.30 malam.

Biarpun perkahwinan bersama Zain ini merupakan perkahwinan keduanya, Rozita atau mesra di sapa Che Ta mengakui debaran perkahwinan kedua ini lebih terasa.

Katanya, semua persiapan tela dilakukan dan dia hanya menanti majlis berinai yang akan diadakan di Ndah Mahligai Shah Alam pada jam 8 malam ini.

"Sejujurnya saya sangat berdebar, berbanding perkahwinan sebelum ini. Saya harap semuanya akan berjalan dengan lancar esok (hari ini).

"Alhamdulillah hari ini (semalam), saya hanya berehat-rehat di Ascott Kuala Lumpur yang menaja lokasi penginapan (complimentary) buat saya selama 7 hari 6 malam.

"Memang rasa teruja sebaik mendaftar masuk tadi, apabila setiap sudut bilik dihiaskan dengan bunga kegemaran saya iaitu lily dan turut ada gambar saya dan Zain," katanya kepada Zass.

Che Ta berkata, ke semua ahli keluarganya sudah berada di Kuala Lumpur dan mereka akan berkumpul di Ascott pagi esok sebelum ke majlis berinai.

Tak ambil hati

Sementara itu, dalam kemeriahan dan debaran perkahwinan Che Ta dan Zain, majlis pasangan ini turut di cemuh dan ada sesetengah pihak menganggap kedua-dua selebriti ini cuba menunjuk-nunjuk persiapan perkahwinan mereka yang mendapat tajaan sebanyak RM13 juta.

Bagaimanapun ujar Che Ta, dia dan Zain tidak mengambil hati dengan kata-kata orang lain dan menganggap ia adalah rezeki mereka.

"Soal tajaan itu, pada saya, masing-masing ada pandang. Tapi pada saya, saya sangat berterima kasih pada penaja yang sudi menaja majlis perkahwinan kami dari baju, katering, lokasi, spa dan sebagainya.

"Saya tidak ambil hati dengan apa yang orang hendak katakan," katanya yang akan kembali bekerja selepas pulang dari bulan madu, " katanya.

Tindakan Sharnaaz bersebab – Nelydia

Posted: 10 Dec 2013 05:08 AM PST

NELYDIA menafikan tohmahan yang mendakwa dirinya kini bersikap sombong.


Kosmo!: Patutlah tidak dapat hubungi anda. Qi beritahu telefon anda rosak?
NELYDIA: Ya. Telefon lama saya memang ada masalah sedikit. Saya rasa ia berpunca daripada bateri. Sebab bila cas telefon okay. Tetapi kemudian telefon saya akan mati semula. Sudah dua minggu jadi macam itu.
Boleh anda komen mengenai berita yang mengatakan anda kini sudah sombong selepas nama semakin popular?
Saya tidak salahkan mereka yang menulis. Sebab mungkin mereka tidak dapat hubungi saya. Terus terang, saya tidak pernah terdetik mahu buat hal. Sebabnya, dalam industri kita kena bekerjasama dan saya gembira sangat kalau dapat bekerjasama dan menjayakan sesi fotografi dengan media. Mungkin sekarang susah sikit sebab saya kena fokus penggambaran drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Pihak produksi kena habiskan penggambaran kerana mengejar waktu tayangan. Saya minta maaf sangat-sangat bagi yang terasa.
Bilakah anda menerima tawaran membintangi drama tersebut?
Sebelum ini saya lapang sahaja menerima mana-mana sesi fotografi. Namun sejak sebulan yang lepas iaitu pada 1 November lalu saya mula sibuk menjalani penggambaran drama itu.
HUBUNGAN cinta Qi dan Nelydia masih tetap utuh meskipun dilanda kontroversi.


Bagaimana pula dengan isu Qi tulis di Twitter yang seolah-olah merujuk kepada anda dan Sharnaaz?
Semuanya sudah selesai. Ia cuma salah faham sebab Qi tidak bertanya saya terlebih dulu. Dia terus memberi reaksi di Twitter. Tindakan Sharnaaz itu semuanya disebabkan drama terbaharu lakonan kami. Kapsyen yang ditulispun merujuk pada dialog yang digunakan dalam drama tersebut.
Bagaimana pula pandangan anda terhadap reaksi Qi itu?
Sejujurnya Qi seorang kekasih yang sangat terbuka. Dia sangat menyokong dan mahu saya buat yang terbaik dalam lakonan. Mungkin dia terkena tempias orang dan terus memberi reaksi.
Apakah pandangan anda mengenai tindakan Sharnaaz yang memuat naik gambar-gambar termasuk yang memaparkan Sharnaaz mendukung anda?
Sharnaaz sekadar ingin mempromosikan drama tersebut. Saya tidak salah dan marahkan Sharnaaz sebab dia menjalankan kerja yang betul.
Apakah nasihat Qi terhadap anda memandangkan dia orang lama dalam industri?
Dia sentiasa menasihati saya. Dia beritahu kena hormat orang dan sentiasa jaga hati orang. Dia tahu saya darah muda, jadi dia selalu minta saya bertolak ansur. Dia banyak meredakan saya.


Ikhwan (Hot FM) Tetap Kahwin Tahun Depan

Posted: 10 Dec 2013 05:06 AM PST


Ikhwan Hot FM
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM, Ikhwan merancang mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dengan tunangnya yang dikenali sebagai Natasha Nadia.
Ikhwan atau nama sebenarnya Mohd Khairul Ikhwan, 30, berkata, sudah tiba masanya untuk dia mengubah fasa kehidupan dengan mengakhiri zaman bujang bersama wanita yang dicintai.
"Setakat ini saya belum memilih tarikh sesuai, tetapi macam mana sekali pun kami akan berkahwin juga pada tahun depan.
"Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami," katanya kepada mStar Online.
Ikhwan ditemui pada majlis pelancaran drama terbaharu portal Tonton berjudul Dan Calonnya Adalah... di restoran Score, The Roof 1 First Avenue, di sini pada Isnin.
Bagaimanapun tambah Ikhwan, dia enggan mengambil sikap terburu-terburu dan terlalu beria-ia dengan persiapan majlis perkahwinan kerana bimbang jika jodohnya dengan Natasha tidak menjadi.
"Saya ambil pendekatan untuk tidak terlalu beria-ia dalam membuat persiapan. Maklumlah sebelum ini saya pernah putus tunang, risau jika pisang berbuah dua kali," ujarnya.
Sementara itu, Ikhwan juga sibuk dengan perniagaannya di bazar Uptown Damansara di sini yang menjual barang-barang wanita seperti beg tangan, baju, aksesori dan kasut.
"Alhamdulillah perniagaan ini mendapat respons yang baik. Jika sebelum ini tunang saya yang menguruskan perniagaan ini, sekarang saya mengambil pekerja luar pula kerana tunang saya itu mendapat kerja berkaitan dengan penjualan insurans.
"Apa-apa pun saya sentiasa ada di kedai, selepas tamat tugas di radio saya akan terus ke Uptown buka kedai kira-kira pukul 9 malam sehingga ke pukul 2 pagi," ujarnya.
Mengenai Dan Calonnya Adalah..., Ikhwan melakonkan watak sebagai Sulaiman, lelaki yang ingin mencari pasangan cinta daripada sebuah agensi cari jodoh.
Beritahu Ikhwan, walaupun hanya satu babak sahaja peranannya dalam drama tersebut, ia sedikit sebanyak membuatkan dia seronok untuk terlibat dalam kerja-kerja lakonan.
"Saya seronok sangat bila dapat tawaran berlakon walaupun satu babak. Maklumlah dengan kerja sebagai penyampai radio, saya tidak mempunyai masa untuk berlakon.
"Jadi apabila dapat berlakon dalam drama ini, rasa teruja pula," tuturnya.
Selain Ikhwan, Dan Calonnya Adalah... turut melibatkan pelakon Faralyna Idris, Anding, Shazliana, Maria Tunku Sabri dan Dafi.
Drama 28 episod itu akan mula ditayangkan pada 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12 tengah hari di laman web www.tonton.com.my/dancalonnya.

Iamneeta Sangkal Tumpang Populariti Najwa Latif

Posted: 10 Dec 2013 05:05 AM PST


Iamneeta
PETALING JAYA: Kumpulan Iamneeta (disebut I am neeta) menegaskan tujuan mereka memilih Najwa Latif berduet menerusi single lagu terbaharu Kau Pergi Jua bukan untuk menumpang populariti penyanyi itu.
Vokalisnya Neeta Manisha (Neeta), 19, berkata, kumpulannya tidak pernah mengharapkan populariti sebaliknya ia sekadar gandingan antara teman artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman sama iaitu NAR Records.
"Sejak daripada dulu lagi kami tidak pernah mengharapkan populariti dalam industri muzik tempatan.
"Dalam hal ini juga, memandangkan Najwa merupakan rakan artis di bawah naungan NAR, maka kami bergandingan bersama. Sesuai dengan lagu yang ditujukan buat para remaja terutamanya," katanya kepada mStar Online.
Selain Neeta, kumpulan dari Sungai Petani, Kedah ini turut dianggotai Anas Zakwan atau Anas, 20, (pemain gitar bass) dan Patrick Anohada atau Patrick, 27, (pemain gitar utama).
Najwa Latif
Tambah Neeta, kumpulannya juga lebih senang apabila masyarakat kurang mengenali Iamneeta memandangkan ketiga-tiga mereka masih lagi dalam pengajian dan sukar untuk mereka memberi fokus sepenuhnya di bidang nyanyian.
"Sebenarnya kami bukan penyanyi sepenuh masa dan kerana itu kami lebih senang jika masyarakat meminati muzik yang dibawakan berbanding kumpulan kami.
"Tambah pula masing-masing masih belajar, sukar untuk kami memberi komitmen sepenuhnya. Maka kami hanya menyampaikan lagu-lagu buat penggemar-penggemar muzik kami menerusi radio dan klip video di YouTube," ujarnya.
Iamneeta yang berpaksikan genre alternatif pop rock ini pernah muncul dengan laguTuhan Tolong Aku, Terima Kasih dan Marry Me.
Dalam perkembangan lain, kumpulan tersebut juga bakal muncul dengan klip video laguJatuh Cinta pada Januari tahun depan.

Qi: Semua salah faham selesai

Posted: 10 Dec 2013 05:04 AM PST

  • Qi: Semua salah faham selesaiGambar babak yang menimbulkan rasa kurang senang Qi Razali. - Sumber Instagram Sharnaaz Ahmad

ADAT apabila bila berpasangan, tentu cemburu apabila melihat orang lain mesra dengan kekasih sendiri.

Apatah lagi jika melihat kekasih sendiri berpelukan dengan individu lain.

Itulah yang dialami oleh pelakon dan pengacara, Qi Razali.

Qi bagaimanapun kemudiannya memohon maaf di atas sindirannya di laman sosial dan mengakui ia tidak balas yang beremosi.

Kata Qi, "ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai."

Pelakon Sharnaaz Ahmad sebelum ini memuatnaik gambar mesra yang merupakan babak dalam drama yang dibintanginya dengan Nelydia Senrose, kekasih Qi.

Namun gambar itu hanya dimuatnaik bagi tujuan promosi.

Biarkan begitu Sharnaaz telah memohon maaf sekiranya perbutannya itu mengundang rasa kurang senang di pihak Qi.

Gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagramnya itu adalah dari babak drama "Bukan Kerana Aku Tak Cinta".

Evolusi Joe Flizzow

Posted: 10 Dec 2013 05:02 AM PST

  • Joe FlizzowJoe Flizzow

NAMA Joe Flizzow sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mula memperjuangkan muzik hip hop menerusi kumpulan Too Phat bersama Malique pada 1999, Joe terus kekal bertahan, biarpun ramai penyanyi baharu yang memperjuangkan muzik sama muncul dalam industri.

Biarpun sering mendapat kritikan kerana lebih terarah pada lagu hip hop berbahasa Inggeris, Joe atau nama sebenarnya, Johan Ishak, 35, membuktikan dia masih mampu menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan baik.

Namun perjuangan sebagai anak seni tidak terhenti dek kerana kritikan yang sering diterima. Joe mengorak langkah melancarkan album terbaru dalam bahasa Melayu buat pertama kalinya seperti yang dikatakan sebelum ini.

Mengakui sering dikritik, apatah lagi ada sesetengah pihak menganggapnya merosakkan bahasa Melayu, Joe berkata, ia tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk terus berkarya.

"Saya dituduh merosakkan bahasa Melayu kerana mencampuradukkan berbagai bahasa dalam lagu saya. Namun jika diteliti dengan baik lagu-lagu bergenre hip hop dan rap menggunakan bahasa sedemikian kerana ia adalah identiti sebenar hip hop.

"Havoc menggunakan bahasa jalanan dan pasar yang cuba saya ketengahkan kerana bahasa ini merupakan bahasa perbualan seharian masyarakat kita.

"Kejayaan Havoc membuktikan saya mampu mendendangkan lagu dalam bahasa Melayu sekali gus menolak tanggapan mereka terhadap saya.

"Saya mengambil risiko ini kerana cuba membuktikan kepada semua yang saya mampu lakukan. Bahasa Melayu memudahkan orang ramai tidak kira tua atau muda memahami apa yang saya ingin sampaikan," katanya pada majlis pelancaran album berjudul Havoc, di Lust KL, baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa dia memilih untuk menggunakan bahasa Melayu dalam album kali ini, Joe berkata, album ini sudah dirancang semenjak empat tahun lepas lagi.

"Saya bangga menggunakan bahasa ibunda saya sendiri dan saya tidak rasa malu berkarya, jadi kita sudah lihat hasilnya. Saya cuma membawa sesuatu yang baru untuk genre ini," ujarnya.

Album Havoc turut menampilkan kolaborasi dengan raja rock, Amy Search menerusi lagu Takbir Cinta, penyanyi Indonesia, Datuk Rossa menerusi lagu Katakan, dan beberapa artis tempatan seperti Altimet, DJ SoonaOne dan ramai lagi.

Album yang memuatkan 14 buah lagu itu mempertaruhkan antaranya lagu Ucapan Terakhir Presiden, Iller-Iller, Untukmu, Baek, Satu Kali, Lu Lari, Kongsi, Aku Tak Kenalmu, Apa Khabar, Air Mata dan Apa Benar.

Joe turut melahirkan hasrat mengadakan jelajah bersama rakan-rakan di bawah label Kartel Records bagi  mempromosikan albumnya dan bertemu peminat.

Qi akui sudah tengok foto Sharnaaz dukung Nelydia

Posted: 10 Dec 2013 05:02 AM PST

QI mengakui tidak cemburu dengan gosip hubungan antara Nelydia dan Sharnaaz.


BARU-BARU ini timbul lagi konflik yang melibatkan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kali ini, pelakon watak Lan Todak itu memuat naik gambar-gambar kemesraannya dengan pelakon jelita, Nelydia Senrose di Instagramnya @sharnaazahmad.
Salah satu gambar ada tertera kapsyen seperti #jebatfoo #hannamastura #bukankeranaakutakcinta tak payah pening pening, dah depan mata :) @nelydiasenrose
Tindakan Sharnaaz itu telah menimbulkan rasa cemburu kekasih Nelydia iaitu pengacara popular Qi Razali tanpa menyedari maksud Sharnaaz itu merujuk pada drama terbaharu lakonan Sharnaaz bersama Nelydia yang berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Selepas itu Qi telah menulis di Twitter yang seolah-olah dituju kepada Sharnaaz dan Nelydia: "Good Luck to both of you dan menerima hakikat dengan reda".
Sebelum itu, Qi juga menulis: "Because a picture and a caption can kill you sometimes."
Kosmo! cuba menghubungi Qi. Pengacara dan juga pelakon itu telah membalas kiriman WhatsApp di telefon bimbitnya dengan cara berhemah sekali.
Kosmo!: Boleh komen mengenai status Twitter Qi yang dikatakan berbaur cemburu melihat gambar-gambar kemesraan Sharnaaz dengan kekasih anda?
QI: Ia cuma salah faham dan saya cepat memberi tindak balas selepas melihat gambar-gambar tersebut. Saya salah tetapi biasalah kalau sudah sayang mesti ada rasa cemburu. Perkara macam ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Terus terang saya cakap semua sudah selesai.
Adakah anda seorang yang mudah cemburu?
Tidak langsung. Cuma terkejutlah sedikit. Tetapi bila sudah jelas semuanya okay.
Hubungan anda dengan kekasih (Nelydia) sekarang macam mana?
Macam biasa. Merancang untuk hadapan.
FOTO Sharnaaz mendukung Nelydia yang mengundang kontroversi.


Hubungan dengan Sharnaaz pula?
Biasa saja. Tidak berubah atau dingin.
Ada media yang merungut sejak Nelydia popular sukar hendak buat sesi fotografi dengannya. Mereka menganggap Nelydia sudah sombong. Komen anda?
Saya tidak rasa dia berubah. Cuma, masa dia sekarang sudah kurang dan telefon tidak selalu dengan dia. Saya juga selalu nasihatkan, kalau masa kerja tidak elok main telefon. Tetapi kalau tinggalkan mesej saya yakin dia akan balas. Jadi, kita juga kena saling memahami.
Sebagai orang lama dalam industri, adakah anda beri nasihat kepada dia. Bagaimana berurusan dengan media dan juga orang dalam industri hiburan?
Setakat ini saya rasa dia okay dan pandai melayan sesiapapun. Tidak kira media atau sesiapa. Dia seorang yang sangat merendah diri sebenarnya. Kalau tidak dapat hubungi, dia memang tengah kerja.
Qi, anda sudah tengok gambar terbaharu di IG Sharnaaz yang dia mendukung Nelydia itu? Anda rasa Sharnaaz cuba buat provokasi dengan memuat naik gambar tersebut?
Saya tidak rasa macam itu. Semua itukan berlakon. Saya juga pernah singgah ke set penggambaran drama itu dan berjumpa dengan semua. Semua pelakon seperti kawan.
Maaf, Qi boleh bertanya lagi mengenai Nelydia. Kenapa Kosmo! tidak dapat menghubunginya?
Oh, telefon yang lama itu rosak.


Propaganza kembali

Posted: 10 Dec 2013 04:58 AM PST

  • MarshaMarsha

SETELAH mendapat sambutan hangat daripada penonton, rancangan yang padat menyajikan berita dunia hiburan serta gosip terkini artis di Malaysia ini, Propaganza kembali untuk musim yang ketiga.

Bersiaran jam 12 tengah hari, Propaganza juga memperkenalkan seorang lagi hos lelaki, Johan Raja Lawak yang menggantikan tempat pengacara terdahulu, Reza Mohamed.

Penerbit rancangan berkenaan, Wan Atiya Wan Ibrahim berkata, dengan mengambil Johan dan mengubah segmen yang ada, rating rancangan itu semakin meningkat.

"Apa yang pasti pemilihan pasangan baharu iaitu Johan memiliki beberapa kriteria penting dalam menarik perhatian ramai dan sesuai dengan rancangan berkenaan yang bercorak hiburan di hujung minggu," katanya.

Menurut Wan Atiya, terdapat beberapa tarikan terbaru yang dilakukan dalam musim ke-3 Propaganza kali ini.

"Menariknya bagi musim baharu ini, kedua-dua pengacara melakukan aktiviti-aktiviti menarik sesuai untuk hiburan para penonton dengan paparan keunikan di Klang Valley.

"Menariknya juga  pada setiap episod akan ada segmen 'up close and personal' dengan beberapa orang selebriti popular tanah air," katanya Wan Atiya berkata, ada segmen yang ditukar nama iaitu segmen Apa Cer memaparkan artis lama yang kita ingin tahu perkembangannya.

"Manakala,  segmen kegemaran ramai iaitu Stailista masih dikekalkan yang akan dikelolakan oleh Detektif Stailista, Ayie Ali untuk menyiasat fesyen selebriti tanah air, sama ada Stailista atau Opss," katanya.

Propaganza lebih gamat!

Sementara itu, Marsha yang masih kekal sebagai pengacara Propaganza berkata, dia terharu apabila masih mendapat kepercayaan untuk mengemudi rancangan ini bersama Johan.

"Biarpun bertindak sebagai pengacara program hiburan dan gosip, saya sangat suka melakukan tugas ini.

"Malah di samping Johan pula, saya rasa lebih meriah dan rancangan itu tidak kaku. Saya akan tergelak setiap kali Johan buka mulut," katanya yang turut berbangga rating program itu meningkat.

Dalam pada itu, Johan yang turut ditemui pada set penggambaran Propaganza turut mengakui dia bukan kaki gosip. Namun, disebabkan rezekinya ada dan dia terima dengan hati terbuka.

Katanya, walaupun dia mengacarakan rancangan gosip itu tidak semestinya mendorong dirinya agar terjebak menjadi pengantara dan bercerita keburukan orang lain kepada masyarakat.

"Saya sebenarnya bukan jenis yang suka bergosip. Jadi bila mengacara Propaganza, saya lepaskan cerita berbentuk gosip begini kepada Marsha.

"Saya tak nak bercerita tentang keburukan orang. Nanti orang akan bercerita tentang keburukan kita pula," katanya yang hanya menceriakan suasana dalam pengacaraan tersebut.

Syafiq Kyle Mahu Lari Dari Imej 'Tanah Kubur'

Posted: 10 Dec 2013 04:56 AM PST


Sebagai pelakon baharu, Syafiq mahu mencuba pelbagai watak dan bukannya tertumpu kepada sesuatu peranan sahaja.
PETALING JAYA: Pelakon baharu Syafiq Kyle tidak mahu terus dikenali sebagai pelakon drama berbentuk keagamaan apabila dia sering terlibat dalam drama bersiri Tanah Kubur.
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, 21, bagaimanapun berkata, dia bukan malu dikaitkan dengan drama itu tetapi bimbang dengan watak stereotaip apabila sering kali berlakon sebagai lelaki baik sahaja.
"Ia sesuatu yang baik apabila orang label saya artis islamik tetapi sebagai pelakon saya tidak mahu terikat dengan satu peranan sahaja sebaliknya mahu lebih versatil.
"Bagaimanapun saya tidak terburu-buru untuk mengejar semua watak kerana masih baru dalam bidang ini dan banyak perkara perlu diperbaiki," katanya kepada mStar Online.
Syafiq ditemui selepas diumumkan memenangi tempat kedua program Liga Lawak Superstar (LLS) terbitan TV3 musim pertama bersama kumpulannya, Apa Kasih Toq yang turut dianggotai oleh Didie Alias dan Kamal Adli.
Apa Kasih Toq berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 pada pertandingan yang diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) pada malam Ahad lalu.
Dalam pada itu, Syafiq berkata, walaupun merangkul tempat kedua program LLS namun dia masih belum layak untuk menggelar dirinya sebagai pelawak.
Malah dia juga tidak bercadang untuk melibatkan diri secara serius dalam bidang itu kerana mengakui bukan mudah untuk menjadi seorang pelawak.
"Sebenarnya saya sedikit tertekan kerana pengalaman dalam bidang komedi sangat kurang namun peluang yang diberikan harus saya rebut kerana menerusi program seperti LLS saya boleh menimba pengalaman.
"Selepas menyertai LLS pandangan saya terhadap pelawak di negara ini sangat tinggi kerana saya sedar bukan calang-calang orang boleh berdiri di atas pentas dan buat lawak," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Syafiq berkata, dia bakal muncul dalam dua drama iaituSenafas Cinta untuk siaran RTM dan baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama kedua bersama TV3 berjudul Tuan Rumah Pembantu Rumah.
Syafiq juga bakal memasuki set drama Tanah Kubur saluran Astro Oasis untuk musim kesepuluh dan kesebelas dalam masa terdekat ini.
Selain Tanah Kubur, Syafiq pernah berlakon drama bercorak islamik lain iaitu Tasbih Putihbersama Johan As'ari bagi saluran yang sama.
Dia juga pernah muncul untuk sebuah telefilem komedi untuk siaran Aidiladha lalu di TV3 iaitu Kampungku dan Aidiladha serta drama bersiri Kampung Girl bergandingan dengan Akim Ahmad dan Nad Zainal.

Malinja sasar kuasai pasaran tempatan

Posted: 10 Dec 2013 04:53 AM PST

  • Malinja sasar kuasai pasaran tempatanSeth bersama produk keluaran syarikatnya yang semakin meningkat permintaannya.

SELEPAS 12 tahun mengusahakan perniagaan membuat roti pita dan inti daging serta ayam secara kecil-kecilan, jenama Malinja Doner Kebab mampu memiliki kilang sendiri dengan dilengkapi mesin moden serba canggih.

Pengarah Urusan Malinja Doner Kebab dan Bakery Sdn Bhd, Seth A Rahim Buang berkata,  kejayaan ini adalah hasil titik peluh bersama arwah isteri, Hamidah Abd Rahman yang telah banyak berkorban dan bersungguh-sungguh dalam memajukan perniagaan ini.

"Saya dan arwah isteri berasal dari Johor. Kami mula mengusahakan pembuatan roti kebab dari rumah sahaja. Setelah arwah isteri memohon bantuan dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) di bawah bantuan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kami tidak lagi menoleh ke belakang.

"Alhamdulillah, akhirnya pada 2008, saya ditawarkan oleh Mara ke Kompleks Industri Makanan Mara (KIMAR) di Gombak, Selangor. Di sini kami mempunyai kemudahan infrastruktur yang sangat baik untuk menghasilkan produk bermutu tinggi," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, pihak Mara telah menyediakan mesin pemprosesan berkualiti tinggi yang diimport dari Itali untuk kegunaan kilangnya bagi meningkatkan hasil pengeluaran roti pita.

"Sebelum ada mesin ini, kami hanya mampu membuat roti pita dalam kuantiti yang kecil dan selepas penggunaan mesin ini secara total, kami kini mampu menghasilkan 3,250 sehingga 6,500 keping roti pita sehari. Bagi penyediaan inti ayam dan daging, pemprosesannya masih lagi beroperasi di Johor," katanya.

Seth menyasarkan untuk meningkatkan jualan sebanyak lima peratus tahun ini disokong dengan permintaan tinggi bagi produk keluaran syarikatnya.

Katanya, produknya dijual hanya kepada pemborong dan peniaga kebab di sekitar Lembah Klang. Bukan itu sahaja, produknya juga boleh didapati di pasar raya Mydin.

Ketika ditanya berhubung perancangan tahun depan, Seth berkata, syarikatnya berhasrat menjadi pengeluar utama makanan halal dan produk sejuk beku, sekali gus menguasai pasaran tempatan dan luar negara pada masa akan datang.

Balasan rogol rakan adik

Posted: 10 Dec 2013 04:43 AM PST

  • Balasan rogol rakan adikTertuduh keluar dari mahkamah sambil tunduk dan menangis selepas mendengar hukuman terhadapnya.

KOTA BHARU - Angkara gagal kawal nafsu dan bertindak merogol sahabat adik sendiri, seorang buruh dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh mahkamah sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap Mohd Khairul Anuar Sulaiman, 22, selepas tertuduh mengaku bersalah merogol mangsa berusia 13 tahun empat bulan di hutan dusun Kampung Kubang Laka, Melor, pada jam 4.30 petang, 7 Oktober 2010.

Pada jam 2 petang sebelum itu, mangsa ke rumah seorang kawan untuk menyiapkan kerja sekolah dan ketika itu, abang rakannya itu, iaitu tertuduh ada di rumah.

Apabila mahu pulang pada jam 4.30 petang, tertuduh tiada tetapi mangsa terserempak pula dengan lelaki terbabit di kawasan hutan bersemak.

Lelaki itu tiba-tiba menahan dan menariknya masuk ke hutan serta mengugut dengan berkata 'nak hidup atau mati' sebelum mangsa menjawab 'nak mati', menyebabkan lehernya dicekik tertuduh.

Mangsa diheret jauh ke dalam hutan sebelum tiba di sebuah dusun dan dirogol. Dia sempat mengadu belakangnya gatal sebelum diheret pula ke sebuah pokok dan dirogol lagi.

Pada prosiding itu, peguam bela, Ahmad Subairi Salleh memohon hukuman ringan dikenakan kerana tertuduh telah menukar pengakuannya walaupun kes dalam perbicaraan.

"Tertuduh datang daripada keluarga miskin dan memikul tanggungjawab ketua keluarga untuk  menyara ibu serta dua adiknya yang masih bersekolah selepas bapa mereka meninggal dunia pada 2008.

"Umurnya yang muda juga memberi peluang kepadanya membaiki kesilapan lalu dan meneruskan hidup yang lebih baik pada masa depan," katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari dan menyifatkan hujahan itu hanya mengutamakan diri tertuduh dan tidak langsung mengambil kira kepentingan awam terutamanya mangsa.

"Sebagai abang kepada kawan adiknya, tertuduh sepatutnya melindungi mangsa tetapi malangnya dia dirogol. Kejadian ini membabitkan maruah gadis sunti, lebih-lebih lagi usianya masih muda.

"Tertuduh mungkin boleh memperbaiki masa depannya, namun bagaimana pula mangsa dengan perjalanan hidup yang masih panjang dan perlu diharungi dalam keadaan begitu," katanya.

Safee Sali kahwin lagi

Posted: 10 Dec 2013 04:42 AM PST

  • safee

SHAH ALAM - Desas-desus pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang dikaitkan dengan seorang wanita warga Indonesia akhirnya benar.

Nama Mohd Safee terus menjadi bualan pengunjung media sosial yang akan mengakhiri zaman solonya buat kali kedua bersama wanita pujaannya, Sasha.

Perkara itu terbukti apabila beberapa keping gambar kad kahwinnya turut tersebar di media sosial.

Mohd Safee, 29, akan mengadakan majlis resepsinya pada 28 Disember, ini.

Sebelum ini, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabrina Yusoff pada 2007 dan bercerai pada 2012.

Dalam perkahwinan itu, beliau  telah dikurniakan dua orang cahaya mata.

Usia 60 tahun tak halang Wan Maimunah nikah lagi

Posted: 10 Dec 2013 04:41 AM PST


  • Wan MaimunahWan Maimunah

MENCECAH usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi.

Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.

""Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH," katanya dipetik dari sebuah portal.

""Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," tambahnya lagi.

Wan Maimunah bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas Maghrib.

Sementara majlis resepsi ringkas akan diadakan di Pasir Gudang pada keesokan harinya.

Menurut Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

""Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

""Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya.

Wan Maimunah pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Puaka Tebing Biru, Anak Mami The Movie, Jimi Asmara dan Wanita Bertudung Hitam.

Pelakon berasal dari Johor Bharu ini merupakan pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 - 1996/1997.

Dia menceburi bidang lakonan sejak 1972 dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya. Selain watak komedi, Wan Maimunah juga lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di mata peminatnya.

Aldo Gumara Yakin Untuk Jadi Artis Di Malaysia

Posted: 10 Dec 2013 04:39 AM PST


Aldo Gumara
PETALING JAYA: Kefasihan bercakap dalam bahasa Malaysia membuatkan pelakon baharu kelahiran Indonesia, Aldo Gumara yakin untuk membina nama sebagai seorang pelakon dalam industri lakonan tempatan.
Aldo, 29, berkata, dia sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2006 kerana mengikuti pengajian bidang fotografi di Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) dan keserasiannya dengan budaya negara ini membuatkan dia ingin memulakan tapak kerjaya seninya di sini.
"Saya sayangkan negara saya, Indonesia. tetapi memandangkan saya sudah serasi dengan budaya dan suasana negara ini, saya ingin memulakan kerjaya lakonan di industri tempatan.
"Saya juga yakin, dengan kebolehan fasih bertutur dalam bahasa Malaysia memudahkan diri untuk mendapat tempat. Cuma sekarang ini saya perlu mengasah bakat lakonan untuk mendapat kepercayaan para penerbit," katanya.
Tambah Aldo, dia mula menyertai bidang seni sejak terbabit dalam filem Awan Dania The Movie pada awal tahun 2012. namun, aktiviti lakonan terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi memberi fokus pada pengajiannya.
Bagaimanapun, kata anak kelahiran Medan, Indonesia ini, sepanjang pengajiannya juga, dia turut melibatkan diri dalam dunia peragaan dan sehingga kini dia banyak terlibat sebagai model barangan sukan selain memperagakan pakaian di pentas pertunjukan fesyen.
Dalam perkembangan lain, Aldo kini muncul dengan drama bersiri terbaharu berjudul Dan Calonnya Adalah... bersama barisan pelakon lain iaitu Ikhwan (Hot FM) Faralyna Idris, Anding, Shazliana, Maria Tunku Sabri dan Dafi.
Drama 28 episod itu akan mula ditayangkan pada 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12 tengah hari di laman web www.tonton.com.my/dancalonnya.

Fattah jawab komen negatif

Posted: 10 Dec 2013 04:37 AM PST



SEKALI imbas air muka pelakon drama rantaian Playboy Itu Suami Aku, Fattah Amin saling tak tumpah seperti pelakon muda yang sedang meniti hari menuju gerbang perkahwinan bersama Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin.
Sambil berseloroh ketika sesi fotografi berlangsung di kondominium PV 13 Setapak, Kuala Lumpur minggu lalu, Fattah atau empunya nama sebenar Abdul Fattah Mohd. Amin, 23, mengakui akan hakikat itu.
"Sudah ramai yang terkeliru antara saya dan Zain malah ada yang bertanya adakah saya mempunyai pertalian darah dengannya? Jawab saya mudah, saya tiada darah kacukan, kedua-dua ibu bapa saya Melayu tulen," jelasnya bersulam tawa.
Fotografi bersama pemenang pertandingan Hero Remaja 2012 itu berlangsung dalam suasana beriring hujan lebat di luar premis tempat lokasi penggambaran sebenar drama rantaian yang sedang hangat ditayangkan di slot Akasia TV3, Playboy Itu Suami Aku.
Penatkah soal penulis? Kerana hampir setiap syot Fattah gagal memberikan aura yang dikehendaki jurufoto Nooradzrene Mohd. Noor.
"Kalau ikutkan memang penat sebab hari-hari ada penggambaran, tambahan watak utama lagi. Sepanjang tempoh dua bulan saya tidak mendapat rehat secukupnya.
"Tapi selagi ada masa dan diberikan peluang, waktu ini saya anggap rezeki," jawabnya.
FATTAH pernah disalah anggap sebagai Zain Saidin ekoran muka hampir seiras.


Kayu
Ujar Fattah, tidak mudah berdepan kritikan dan komen negatif sepanjang menjalani penggambaran drama pada ketika drama itu sendiri sedang ditayangkan di kaca televisyen.
Tapi, pelakon kelahiran Kuala Lumpur itu mengambil cas-cas negatif dan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya sebagai satu cabaran serta motivasi untuk memperbaiki bahagian yang terkurang.
"Pada awal episod, saya akui saya tidak mampu menjayakan karakter lelaki playboy, tapi saya mengambil kegagalan itu sebagai satu cabaran kerana itu lahir daripada diri saya sendiri.
"Saya tidak membiarkan perkara itu tapi cuba memperbaiki berdasarkan kritikan penonton dan maklum balas orang ramai.
"Walaupun lakonan saya diistilahkan kayu atau tidak bagus oleh sesetengah pihak, saya masih ada pengarah untuk memandu dan mencorakkan karakter Adrian.
"Saya hanya boleh komen lakonan saya saja, kalau ada kekurangan saya mengaku memang kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri," ujarnya yang membuat rujukan karakter daripada bacaan novel asal itu sendiri.
Mengulas faktor kegagalan menjayakan watak yang kemungkinan besar puncanya akibat kurangnya kajian terhadap watak, jelas Fattah, kurangnya pengalaman dalam bidang lakonan adalah alasan utamanya.
"Saya ada membuat homework untuk watak itu dan tahu jalan ceritanya menghala ke arah mana tapi apabila masuk ke set penggambaran semuanya berubah.
"Perlu jaga karakter, pergerakan, dialog dan suara serentak dalam satu masa. Jadi saya menjadi gugup! Mungkin kerana saya masih baharu dalam bidang ini dan kurang pengalaman untuk mengatasi perasaan itu.
"Bagaimanapun, saya enggan menjadikan perkara itu alasan. Saya anggap itu sebagai satu cabaran untuk buat lebih baik pada masa akan datang," tambahnya.
Pertama kali berlakon bersama Nur Risteena yang mendukung peranan Afina dalam drama itu, kata Fattah perbincangan bersama pengarah sebelum memulakan setiap babak penting untuk membina hubungan kimia bersama.

LANGKAH Fattah bermula selepas dinobatkan sebagai pemenang Hero Remaja 2012.


Playboy
Ditanya adakah Fattah seorang jejaka playboy, jawabnya karakter itu cuma dimainkan dalam filem. Hakikatnya, Fattah seorang romantik dan akan setia bersama seorang gadis pada satu-satu masa.
"Definisi playboy adalah seorang lelaki yang ada stail dan gaya, kaki perempuan dan sering melontarkan ayat-ayat manis untuk memikat hati wanita.
"Saya sendiri bukan playboy! Saya tiada komitmen dengan sesiapa pun buat masa sekarang dan tidak akan menjalinkan hubungan dengan ramai perempuan serentak.
"Kalau betul-betul serius saya akan terus melamar, memang sekarang ada berkawan dengan seseorang tapi belum sampai ke tahap untuk berkahwin lagi. Saya masih muda dan perlu membina kerjaya sebelum serius dalam perhubungan," katanya.


Setanding dengan lukisan tangan

Posted: 10 Dec 2013 04:19 AM PST



RUANG pejabat Reacomp Marketing yang terletak di aras 14, Wisma Mirama, Jalan Wisma Putra pada pagi itu sedikit hening. Kelihatan beberapa orang kakitangannya sibuk melakukan tugas di meja masing-masing.
Mohd. Nawiyah Kassim, 50, tidak terkecuali. Sejak dari tadi dia tekun menyiapkan lukisan bertemakan sejarah bangsa Melayu itu.
Lakaran lukisan yang menggambarkan kedatangan Islam di Melaka satu ketika dahulu itu sudah disiapkan terlebih dulu, kini tinggal proses mewarnakannya sahaja.
Menariknya, tanpa sebarang kertas, pen, pensel, berus atau tiub-tiub warna yang lazim digunakan seseorang pelukis, lelaki yang mesra dengan panggilan Nawi itu selesa menggunakan papan kekunci komputer dan tablet grafik khas untuk mencipta karya-karyanya.
"Inilah keunikan teknologi lukisan digital. Seseorang pelukis tidak lagi perlu bimbang melakukan kesilapan apatah lagi terbeban dengan kos tinggi untuk membeli pelbagai peralatan lukisan.
"Hanya berbekalkan bakat, kreativiti dan penguasaan menggunakan perisian tertentu, mereka mampu menghasilkan karya seni bernilai tinggi setanding dengan lukisan biasa," katanya yang berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka.
Meminati seni lukisan sejak dari sekolah rendah, Nawi berkata, dia mula didedahkan dengan konsep lukisan digital selepas melawat satu pameran yang diadakan di ibu negara, 13 tahun lalu.
Katanya, ketika itu dia sangat kagum dan teruja melihat seorang pelukis dari luar negara melukis panorama bandar raya Kuala Lumpur menggunakan komputer.
"Saya tidak pernah bayangkan komputer juga mampu hasilkan sebuah lukisan yang indah dan sempurna. Hati saya membuak-membuak untuk mempelajarinya namun disebabkan kekangan teknologi dan kewangan ketika itu menyebabkan hasrat itu terpaksa dipendamkan seketika," ujar pelukis kulit buku novelis terkenal tanah air, Khadijah Hashim.

MOHD. NAWIAH (tengah) menunjukkan saiz lukisan yang berbeza-beza yang dilukis secara digital.


Teknologi baharu
Bagaimanapun, peluang itu hadir beberapa tahun kemudian selepas dia menyertai sebuah agensi periklanan di Kuala Lumpur.
Di syarikat itu dia mula terdedah dalam bidang grafik dan animasi termasuk penggunaan gajet dan perisian komputer berteknologi tinggi.
Pada 2011, Nawi mula menyertai Reacomp Marketing. Ia merupakan syarikat tempatan yang menawarkan pelbagai koleksi lukisan, rekaan buku dan kaligrafi bermutu tinggi di negara ini. Di bawah jenama Kancil Art Gallery (KAG), sebuah galeri dalam talian, Nawi mula mengasah bakatnya dalam teknologi lukisan digital.
Tambah anak kelima daripada 10 beradik itu, pada peringkat awal dia agak kekok melukis di komputer menggunakan gajet seperti tablet dan pen digital di samping perlu menguasai perisian Adobe Photoshop.
"Bayangkan selama lebih tiga dekad terlibat dalam bidang ini, saya sudah terbiasa dengan kertas, pensel, pen serta bermain dengan warna-warna daripada cat air, cat minyak dan sebagainya.
"Tidak hairanlah, tempoh masa sebulan dua juga diperlukan untuk mahir dan membiasakan diri. Lagi pun, pelbagai tip yang diperoleh di internet banyak membantu saya berlatih sekali gus menghasilkan hasil seni bernilai tinggi seperti pelukis-pelukis profesional," ujarnya yang gemar menghasilkan lukisan potret, sejarah dan panorama.
Pengurus KAG, Mohd. Yunus Yusof, 50, memberitahu, galeri itu ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat mengetengahkan bakat-bakat pelukis tempatan di samping mempelopori teknologi lukisan digital sebagai salah satu cabang seni yang semakin diminati pada hari ini.
Katanya, biarpun teknologi ini masih baharu di negara ini, namun mempunyai pasaran luas dan mampu dijadikan hasil seni yang menarik dan ekslusif seperti lukisan minyak.
"Lukisan minyak sememangnya cantik dan sesuai dijadikan hiasan rumah atau pejabat, namun kosnya yang mahal sehingga mencecah puluhan ribu menyebabkan tidak ramai yang mampu memilikinya.
"Bagaimanapun, dengan teknologi ini, sesiapa sahaja mampu memilikinya dengan kos serendah RM1,000 sehingga RM10,000 sebuah. Apa yang penting ia boleh diulang cetak dalam jumlah yang besar sekali gus memenuhi permintaan semua peringkat masyarakat," ujarnya.
Mohd. Yunus yang juga seorang berpengalaman luas dalam bidang seni lukisan memberitahu, biarpun menggabungkan kombinasi antara manusia dan komputer, namun penghasilan lukisan digital tetap mememerlukan ketelitian mendalam di samping pelukis yang berbakat.

MEOR KAMARUDIN (kanan) bersama Mohd. Nawiah (tengah) berbincang mengenai lukisan digital di Wisma Mirama, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.


Karya agung
Jelasnya, pihaknya tidak berkrompomi dengan soal kualiti sesebuah lukisan digital yang dihasilkan sehingga adakalanya ia sukar dibezakan berbanding lukisan minyak biasa.
"Justeru, tidak hairanlah ada dalam kalangan pelanggan kami terdiri daripada orang istana, ahli politik dan sebagainya kagum dengan kehalusan dan keunikan hasil seni yang ditonjolkan dalam setiap karya.
"Setakat ini kami mempunyai beberapa siri lukisan digital seperti siri karya agung, raja dan sultan, sejarah Melayu, artis, korporat, politik dan sebagainya," katanya.
Pada satu pameran yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini, mereka mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada peminat-peminat seni tempatan.
Tambah beliau, ketika ini KAG mempunyai beberapa pelukis yang berpengalaman luas dalam bidang grafik, ilustrasi dan seni lukis.
"Selain lukisan digital, kami juga menawarkan lukisan minyak dan kolaj di samping menyediakan reka bentuk buku seperti buku teks, jurnal, buku manual, laporan tahunan syarikat, sepanduk, kalendar di samping kaligrafi jawi, Arab serta lukisan mural," jelasnya.
Sementara itu, seorang kakitangan KAG, Meor Kamaruddin Meor Ismail, 51, mengakui penggunaan komputer sedikit sebanyak menjimatkan masa dan kos.
"Peralatan untuk melukis seperti berus, pen serta warna-warna cat air atau cat minyak bukan murah, adakalanya mencecah ratusan ringgit.
"Pada masa yang sama, tempoh untuk menyiapkan juga semakin singkat kerana pelukis boleh berkarya di mana-mana sahaja asalkan mempunyai komputer dan tablet grafik bagi tujuan itu," katanya yang berasal dari Parit, Perak.
Berpengalaman luas dalam bidang ilustrasi dan karikatur kanak-kanak serta penghasilan buku teks, Meor Kamaruddin memberitahu, sebelum ini dia sering berhadapan dengan masalah sekiranya ada antara karyanya ditolak oleh pihak penerbitan.
"Lazimnya, ia melibatkan perubahan-perubahan kecil sahaja, namun disebabkan ia dilakukan secara manual, saya perlu menghasilkan dan menghantar karya yang sama berulang kali sehingga memuaskan hati penerbit.

LUKISAN digital yang dihasilkan boleh dicetak berulang-ulang.


"Bagaimanapun, melalui teknologi digital, saya hanya perlu mengubah suainya di komputer. Apa yang lebih penting ialah saya tidak perlu risau sekiranya ia dicuri, hilang atau rosak kerana karya asal masih tersimpan di dalam memori komputer," jelasnya.
Bapa kepada empat orang anak itu berkata, biarpun didedahkan teknologi lukisan digital pada usia yang agak lewat namun dia tetap berpuas hati kerana karya yang dihasilkan bernilai tinggi dan sukar dibezakan berbanding lukisan biasa.
"Biarpun dihasilkan menggunakan komputer, ia bukan karya picisan kerana pelukis-pelukis di galeri ini sememangnya berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.
"Lagi pun, melalui teknologi ini kami boleh berkarya dengan lebih kreatif di samping meneroka segala teknik baharu yang ditawarkan dalam perisian berkenaan," katanya.


Dilema ibu bekerjaya selepas memiliki anak

Posted: 10 Dec 2013 04:18 AM PST


SESETENGAH ibu sanggup meninggalkan pekerjaan untuk memberi perhatian kepada anak mereka. - Gambar hiasan


SETIAP wanita bekerja yang bakal melahirkan anak, sering berhadapan dilema untuk menempatkan si manja apabila kembali bertugas selepas tamat tempoh berpantang. Di Malaysia, terdapat beberapa pilihan untuk kaum Hawa yang bekerjaya tetapi ia bukanlah semudah yang disangka.
Antaranya, mereka mungkin memilih untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan keluarga. Namun bukan semua wanita berkeluarga mampu meninggalkan pekerjaan mereka bagi menampung keperluan keluarga.
Pilihan lain bagi kebanyakan wanita bekerjaya ialah meminta bantuan keluarga untuk menjaga anak semasa bekerja, mendapatkan pembantu rumah kepada yang mampu atau menghantar anak kepada pengasuh ataupun pusat penjagaan kanak-kanak.
Walau apa jua pilihan yang diambil, sudah tentu ada kebaikan atau kelemahannya. Ramai ibu yang khuatir untuk meninggalkan anak di bawah jagaan mereka yang bukan ahli keluarga kerana terlalu banyak kemalangan atau kes penderaan ke atas kanak-kanak dilaporkan media sejak kebelakangan ini.
Ani Fadhilah Arrif, 23, memilih untuk berhenti kerja setelah melahirkan anak sulungnya. Menurut Ani, beliau lebih selesa menjadi suri rumah sepenuh masa dan menetap di rumah mertua bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anaknya.
"Zafri ialah anak sulung saya dan suami, Syafiq Othman, 29. Kami memang tiada pengalaman menjaga bayi. Kami sepakat menetap di rumah mertua supaya mereka boleh bantu saya menjaga anak semasa Syafiq keluar bekerja," katanya.
Lepas pantang
Ani berpendapat, tindakannya itu adalah satu keputusan yang tepat, selain dapat menimba pengalaman menjaga anak. Dia juga pernah mengalami alahan yang teruk ketika mengandung.
"Sejak lepas pantang sehingga sekarang, saya ada mencari kerja, tapi terpaksa lepaskan semuanya kerana masa kerja tidak sesuai," katanya.
Tambah Ani, kini beliau tidak menghadapi masalah menjaga anak.
Bagi seorang ibu muda, Roslina Anuar, 29, beliau dan suami pada mulanya bercadang untuk menghantar anak mereka ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak. Ketika itu dia mula diselubungi perasaan takut dan bersalah walaupun belum melahirkan anak.
"Sejak mendapat tahu saya mengandung, kami membuat keputusan untuk menghantar anak ke pusat asuhan atas faktor usia ibu bapa dan mereka tinggal jauh dari rumah kami," katanya yang bekerja dan tinggal di Ampang, Selangor.
KAJIAN membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi mereka. - Gambar hiasan


Namun sebaik anak sulung dilahirkan, Roslina dan suaminya, Jumadi Boyot, 29, mengubah fikiran dan meminta bantuan ibu Roslina yang tinggal di Kuantan, Pahang untuk mengasuh anak sulung mereka.
"Sedih tu memang sedih, tapi kami terpaksa, demi mencari rezeki. Perasaan rindu kala berjauhan hanya Allah yang tahu hingga kadangkala saya menitiskan air mata kerana terlalu rindu. Hanya gambar dan video keletah anak sebagai penawar," kata Roslina dengan nada sebak.
Bagi mengurangkan beban ibunya, setelah anak sulung mereka Husna berusia tiga tahun, Roslina menghantar anak keduanya, Hanis untuk dijaga ibunya dan mengambil Husna untuk dihantar ke rumah pengasuh di Ampang.
"Pada mulanya kami ingin menghantar Hanis dan Husna ke taska, namun Hanis menghidap kudis buta," katanya.
Keadaan itu memaksa Roslina sekali lagi meminta ibunya mengasuh Hanis manakala anak sulungnya Husna dibawa ke Kuala Lumpur.
Lain pula cerita Mashitah Mamat, 30, yang kini mengandung tujuh bulan anak sulung. Menurut Mashitah, beliau belum mengambil sebarang keputusan namun telah bersedia daripada segi mental.
"Saya tak pasti kerana pengasuh yang paling dekat dengan rumah saya sudah menjaga dua bayi lain, saya rasa terlalu ramai untuk seorang pengasuh menjaga lebih daripada dua bayi pada satu-satu masa," katanya.
Mashitah yang agak risau dengan keputusan yang bakal diambil itu berkata, beliau bersedia untuk berhenti kerja jika tidak sanggup berjauhan dengan anaknya. "Saya bercadang untuk meminta bantuan ibu di kampung menjaga anak. Rumah emak jaraknya satu jam perjalanan dari rumah saya. Jika saya terlalu sedih dan tidak dapat tumpu pada kerja kerana risaukan anak, saya mungkin akan berhenti kerja sementara menunggu anak membesar untuk masuk tadika," kata Mashitah sambil mengusap perutnya yang kian membesar.
Taska berdaftar
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Noraini Mohd. Hashim ketika dihubungi memberitahu, ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memantau pengasuh dan taska yang mereka pilih.
"Pertama, ibu bapa bekerja yang ada anak tetapi tiada pengasuh, hantarlah ke taska yang berdaftar di bawah JKM. Senarai taska yang berdaftar boleh didapati di laman web JKM," katanya.
Taska menawarkan alternatif dalam penjagaan anak. Apabila taska itu berdaftar, bermakna JKM telah semak seluruh aspek termasuk kemahiran pengasuh, keselamatan premis, kebersihan premis dan kebersihan dapur dan tandas.
"Kami juga menyarankan ibu bapa supaya kerap memeriksa keadaan fizikal, emosi dan tingkah laku anak yang dihantar kepada pengasuh dan taska," katanya.
Menurut Noraini, ibu bapa seharusnya peka tentang apa jua perubahan anak masing-masing dan tidak bersikap lepas tangan setelah anak dihantar kepada pengasuh atau pusat asuhan.
Apa jua pilihan yang dibuat oleh ibu bapa, pilihan itu sepatutnya mengutamakan kebajikan anak.
"Ibu bapa yang bertanggungjawab harus peka dan tahu setiap perubahan anak mereka dan tidak bergantung kepada pengasuh atau pusat asuhan semata-mata," ujarnya.
Banyak kajian membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan menanam nilai-nilai murni dalam diri mereka.


Diupah 50 sen untuk gunting rambut

Posted: 10 Dec 2013 04:16 AM PST



BARU sekejap melabuhkan punggung, Bambang Sutrisno Soteto ditembak soalan klise: "Awak orang Malaysia ke Indonesia?" Tertawa kecil lelaki 32 tahun itu dan serentak menjawab: "Saya orang Malaysia, lahir, bersekolah dan membesar di negara ini." Barangkali orang terkeliru dengan nama Bambang yang kedengaran Indonesia, itu punca soalan sedemikian dikitar hampir setiap orang.
Kemeja berkotak dan seluar panjang celoreng merangkul kemas tubuh Bambang. Sengaja dibiarkan misai dan jambang sedikit meliar pada wajah, agar terserlah pesona maskulin. Rambut dirapi semula jadi, sesuai dengan kerjaya Bambang sebagai pendandan rambut profesional.
Memasuki usia tujuh tahun, salon Hairkunst di The Curve, Mutiara Damansara, Selangor itu masih beroperasi secara teratur. Bezanya, bilangan pelanggan yang hadir kian bertambah. Itu belum lagi dicampur cawangan salon tersebut di Mont Kiara.
Hairkunst kendalian Bambang merupakan antara salon terawal di Malaysia yang menggunakan konsep servis berasaskan janji temu sepenuhnya. Tiada istilah datang, gunting dan balik sesuka hati di Hairkunst, pelanggan perlu menghubungi salon terlebih dulu sebelum datang.
Tujuh tahun yang lalu juga, Bambang tidak mempunyai ramai kenalan di Malaysia, apatah lagi ketika itu dia baru pulang ke tanah air selepas bermukim di bumi Eropah kira-kira enam tahun. Entah dari mana datang kekuatan diri anak jati Kuala Lumpur itu untuk membuka salon berkonsep sedemikian, tambahan pula lokasi Hairkunst di The Curve sedikit tersembunyi daripada bangunan utama.
"Saya buka Hairkunst pada tahun 2007. Memang tak kenal ramai orang dan untuk promosi, saya edar baucar di sekitar The Curve. Waktu itu saya hanya dibantu adik dan pelanggan yang datang kebanyakannya orang asing.
BERGURU dengan pendandan profesional Jerman selama tiga tahun, kepakaran Bambang tentang rambut dapat dilihat menerusi hasil kerjanya.


"Alhamdulillah, selepas tiga bulan beroperasi, saya dihubungi pihak astro dan ditawarkan sebagai pendandan rambut untuk rancangan realiti Akademi Fantasia musim ke-6.
"Sejak itu, saya banyak menerima kerja dandanan untuk program televisyen dan fotografi majalah. Dalam masa dua tahun, baru saya dapat mengukuhkan nama dan jenama Hairkunst dalam kalangan orang tempatan," teruja terbias pada wajah Bambang saat mengimbau memori permulaannya ketika ditemui Stailo.
Asrama
Anak kedua daripada lima adik-beradik itu mula menggunting rambut pada usia 14 tahun, ketika menuntut di Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.
Kehidupan berasrama menyulitkan kebanyakan pelajar lelaki sepertinya untuk memotong rambut di kedai mamak atau salon. Duit belanja juga satu hal, penjimatan wang untuk kegunaan sekolah sahaja sudah menyekat keperluan menggunting rambut. Sudahnya, Bambang menawar diri menjadi tukang gunting untuk kawan-kawannya.
Tanpa kepakaran dan pengetahuan asas, Bambang bermula dengan menipiskan bahagian tepi rambut, menggunting sekadar perlu dan akhirnya berani bereksperimen menggunakan pewarna rambut.
"Kawan saya yang minta saya warnakan rambutnya, alih-alih dengan saya sekali dimarah cikgu," berderai tawa Bambang mengenang kisah lucu tersebut.
Berbekalkan gunting dan sikat biasa, Bambang menerima upah bernilai 50 sen untuk setiap rambut kawan yang digunting. Nilai itu kecil, namun hari ini dia menerima ganjaran berlipat kali ganda menerusi khidmat dandanannya. Bambang amat berterima kasih kepada pengalaman remajanya.
Menjengah fasa awal 20 tahun, Bambang dihantar ibu bapanya ke Mannheim, Jerman bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana kejuruteraan kimia. Seperti anak perantau lain, Bambang juga berhajat mencari duit poket untuk kelangsungan hidupnya di negara orang.
Sedang berjalan-jalan, Bambang ternampak iklan kerja kosong sebagai pembancuh kopi di sebuah salon. Tanpa berfikir panjang, Bambang mengisi posisi itu dan menunggu kesempatan terbaik sebelum menyuarakan hasrat untuk mendalami dunia dandanan rambut.

SALON Hairkunst di The Curve dibuka secara rasmi pada tahun 2007 dan masih mengekalkan konsep servis berasaskan janji temu.


Hanya selepas lima bulan menyediakan minuman buat pelanggan di salon Mod's Hair, Bambang dijadikan perantis kepada pemilik salon tersebut, Christina Wegschneider. Minat dan kecintaannya terhadap rambut mengungguli ambisinya meskipun dibayar dengan separuh gaji.
"Pernah sekali, saya sedang memotong rambut seorang pelanggan dan dia merungut kepada rakannya di sebelah mengatakan saya tidak pandai bekerja.
"Mungkin mereka tidak tahu bahawa saya boleh bertutur dan memahami bahasa Jerman. Sedikit terguris dengan kenyataan itu, saya meminta bos (Christina) mengambil alih dan memberitahu apa yang terjadi," imbas Bambang dan memberitahu majikannya tidak putus-putus memberi semangat kepadanya.
Hari graduasi Bambang di Universiti Fachochschule Mannheimm berlangsung serentak dengan penamatan sesi pembelajarannya di Mod's Hair. Belum mahu pulang ke Malaysia, Bambang yang ketika itu menerima tawaran bekerja di sebuah salon di London terpaksa membohongi keluarganya bahawa dia mendapat pekerjaan dalam bidang kelulusan pendidikannya.
Rahsia besar Bambang itu akhirnya terlerai selepas dia ke Vienna, Austria untuk belajar sambil bekerja di sebuah akademi dan salon rambut bagi tempoh tiga tahun. Bambang menyampaikan sendiri berita itu kepada ibu bapanya. Mengamuk bapanya hingga menyebabkan dua anak-beranak itu saling tidak berkomunikasi selama enam bulan.
BUHA
Lebih 10 tahun berada dalam industri dandanan rambut, Bambang bangkit mengubah industri rambut tanah air. Bersama beberapa pendandan rambut bumiputera, Bambang menubuhkan Persatuan Pendandan Rambut Bumiputera (BUHA) Selangor dan Kuala Lumpur.
BAMBANG mula menggunting rambut ketika berumur 14 tahun.


Selaku presiden, Bambang berhasrat untuk mengembangkan potensi pendandan rambut Melayu dan bumiputera agar lebih berdaya saing. Persepsi masyarakat terhadap keupayaan salon Melayu memberikan perkhidmatan berkelas profesional jarang positif, malah kerap diperlekehkan.
Menerusi kursus setiap bulan, kelompok bumiputera yang masih baharu atau telah bertaraf profesional dapat berkongsi kepakaran masing-masing, sekali gus meningkatkan kemahiran dandanan untuk diaplikasikan di salon masing-masing.
"Visi BUHA adalah membuka sebuah akademi dandanan rambut untuk kumpulan bumiputera yang akan dilatih sendiri pemilik salon dan pendandan rambut profesional bumiputera.
"Jangan pilih bidang dandanan sebagai suka-suka jika ingin berjaya. Kalau anda bersungguh-sungguh dan sedia belajar, percayalah bahawa bidang ini boleh memberikan pulangan yang menguntungkan," berkobar-kobar Bambang meraih sokongan golongan bumiputera khususnya anak-anak muda.


Bonjour Garden pilih konsep dalam taman

Posted: 10 Dec 2013 04:12 AM PST

SUASANA ceria di kafe membolehkan pelanggan meluangkan masa untuk menjamu selera secara santai dan selesa.


UNGKAPAN Timur Bertemu Barat bukan baharu. Ia juga tidak asing, bukan sahaja dalam aplikasi teknologi dan perniagaan tetapi juga dalam masakan dan pengeluaran makanan. Apabila pakar kulinari Jepun yang memenangi beberapa anugerah kerana kejayaannya menerapkan cita rasa Eropah dalam inovasi masakannya, ia sememangnya layak diberi perhatian.
Bonjour Garden sebuah restoran terbaharu di Intermark Mall, Kuala Lumpur memberi peluang kepada warga kota kosmopolitan menikmati cita rasa Timur bertemu Barat. Ia merupakan cawangan kelima yang dibuka selepas memulakan perniagaan di Kota Damansara pada 2011.
Dilancarkan oleh Ketua Chef merangkap Pengarah Urusan, Yukichi Matsubara, Bonjour Garden merupakan bakeri dan restoran berkonsep gaya hidup dalam taman serta inspirasi masakan ala Perancis.
Keprihatinan warga urban terhadap pemakanan sihat, menyebabkan Bonjour Garden terpanggil untuk menyediakan makanan sihat dan kreatif. Suasana ceria di kafe membolehkan pelanggan meluangkan masa untuk menjamu selera secara santai dan selesa.
Menyenaraikan lebih 100 jenis makanan meliputi pelbagai makanan konfeksi, pastri dan sajian utama yang pasti menambat selera pelanggan. Bonjour Garden Intermark beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam.
CHEF Matsubara menunjukkan makanan Perancis yang disediakan di Bonjour Garden.


Chef Matsubara menjelaskan, Bonjour Garden diilhamkan oleh sentimen pasaran yang menyaksikan persaingan kemunculan restoran. Memilih konsep taman terapeutik yang memberikan nafas segar dalam hutan konkrit, Matsubara percaya Bonjour Garden satu tempat makan yang merehatkan minda.
"Golongan profesional di bandar raya Kuala Lumpur bersantai sambil meneguk secawan mocha dan menikmati kelazatan croissant bersama rakan-rakan sudah menjadi satu trend," kata beliau.
Menu utama
Lima menu utama di restoran tersebut dikenali sebagai 5C iaitu caramel cheese raisin (roti mentega gulung), ciabatta (roti keras), croissant, campagne (roti levain) dan cranberry cheese (roti levain).
"Sekiranya makanan tidak disediakan dengan sempurna, maka hidangan itu tidak akan 'meninggalkan' dapur," jelas Matsubara mengenai falsafah dan komitmen peribadinya terhadap Bonjour Garden.
Pakar kulinari kelahiran Kobe, Jepun itu mendapat latihan dalam teknik klasik Perancis dan mengasah kemahirannya di Tokyo dengan bekerja di Kimuraya Bakery.
Chef Matsubara turut menulis buku bertajuk Latest Style of Boulanger Desserts dan menyertai program televisyen Jepun untuk tayangan antarabangsa, Chojin Chef, Bakery Skills. Pada tahun 2004, beliau memenangi pingat emas dalam Cabaran Kulinari Kismis California, pertandingan yang menarik penyertaan pakar bakeri profesional dari seluruh dunia.
Produk di restoran tersebut disediakan oleh kakitangan bakeri sendiri dan dibuat setiap hari menggunakan bahan terbaik dan mengikut resipi tradisional dengan cara moden.
"Kami menggunakan bahan semula jadi tanpa pengawet, yang bermutu paling tinggi dan sihat dalam pembuatan makanan konfeksi kami. Sebagai contoh, kami menggunakan Tepung Torigoe yang termasyhur dari rantau Kyushu di Jepun dan yis asli buatan sendiri yang dibuat daripada Kismis California untuk 'menaikkan' roti. Ini memberikan aroma dan rasa yang tersendiri," katanya.

SALAH satu sandwic istimewa yang boleh didapati di Bonjour Garden.


Mentega yang digunakan di Bonjour Garden juga bergred Appellation d'Origine Protégée (AOP) yang dikeluarkan di Poitou-Charentes, Perancis.
"Keadaan tanah dan iklimnya memberikan rasa lemak mentega dengan cirinya yang tersendiri. Bagi kami, kreativiti bukan sahaja terletak pada rasa, kandungan dan persembahan, tetapi juga inovasi yang penting dalam eksplorasi paduan bahan dan rasa berlainan untuk mencipta kelazatan yang menarik sepanjang masa," tambah Matsubara.
Bonjour Garden Intermark, Kota Damansara dan Bukit Jelutong, Shah Alam adalah bakeri dan restoran manakala dua lagi cawangan iaitu Mutiara Tropicana dan Valencia Sierramas pula berbentuk kios untuk pesanan bawa pulang.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/bonjourgarden atau hubungi talian 03-6140-7603.


Paddle Pop raikan 150 kanak-kanak istimewa

Posted: 10 Dec 2013 04:09 AM PST


THILA (kiri) dan Tan diapit oleh Ollie (maskot Legoland Malaysia Resort), model Lego Paddle Pop (tengah) dan maskot Paddle Pop.


SEMPENA Hari Kanak-kanak Sedunia baru-baru ini, Wall's Paddle Pop dan Legoland Malaysia Resort telah bekerjasama menganjurkan karnival istimewa membabitkan kira-kira 150 kanak-kanak di Taman Rimba Kiara, Kuala Lumpur.
Didatangkan dari enam buah rumah kebajikan di Lembah Klang iaitu Yayasan Sunbeams Home, Good Samaritan Home, Rumah Bakti Nur Syaheera, Shelter Home for Children, Pusat Jagaan Siddhartan dan Rumah Juara, kanak-kanak tersebut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti permainan yang menyeronokkan.
Antaranya, Velcro Olympics, permainan sukan mini dan permainan yang bertemakan blok-blok Lego. Acara kemuncak penganjuran karnival itu ialah penampilan model Lego Paddle Pop yang diperbuat daripada 53,928 buah blok Lego.
Ternyata kanak-kanak berkenaan teruja dengan kehadiran blok itu, terutamanya apabila mengetahui mereka merupakan kumpulan pertama di Malaysia yang berpeluang mendekati model berketinggian 1.6 meter dan seberat 77 kilogram itu.
Menurut Ketua Kategori Aiskrim Wall's Unilever (M) Sdn. Bhd., Shawn Tan, jenama Paddle Pop sering menggalakkan kanak-kanak mengimbangi antara pendidikan dan waktu bermain.
"Sehubungan itu, karnival ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan bermain di luar dan menyediakan pengalaman Legoland Malaysia Resort kepada kanak-kanak istimewa yang hadir pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Tan menambah, penyediaan ruang bermain yang mengujakan di luar juga dapat mengalakkan pembangunan fizikal kanak-kanak dengan memberi mereka peluang untuk meneroka persekitaran mereka, di samping bersenam, mendapat kawan baharu dan membina keyakinan diri.

PELBAGAI aktiviti termasuk sukaneka disediakan untuk kanak-kanak.


Pengalaman unik
Sementara itu, Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort, M. Thila berkata, aktiviti yang diadakan juga merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak menikmati pengalaman unik Legoland di luar taman tema bersepadu yang terletak di Nusajaya, Johor itu.
"Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam projek ini kerana taman-taman kami seperti Taman Tema Legoland dan Taman Air Legoland direka khusus untuk keluarga dan kanak-kanak dengan tumpuan diberikan terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan," ujarnya.
Dalam pada itu, Tan memaklumkan bahawa model Lego Paddle Pop akan mengunjungi 30 buah rumah anak yatim serta 100 buah taman awam dan permainan di Semenanjung Malaysia menerusi satu pameran bergerak selama lima minggu yang telah dimulakan pada 20 November lalu sehingga 29 Disember ini.
"Antara lokasi terpilih ialah Zoo Negara dan Taman Tema Kidzania di Selangor serta Taman Burung Melaka. Sebagai kejutan untuk kanak-kanak sepanjang musim cuti sekolah ini, model tersebut akan mengadakan kunjungan mengejut di taman-taman permainan di kawasan kejiranan dan blok-blok apartmen.
"Kami berharap dapat membawakan keseronokan dan kegembiraan kepada kanak-kanak di seluruh negara menerusi kepelbagaian aktiviti yang dirancang oleh Paddle Pop. Kanak-kanak perlu merasai keseronokan berada di luar rumah dan berehat seketika daripada kesibukan jadual harian," kata beliau.
Selain dapat mendekati model Lego Paddle Pop berkenaan, Tan menambah, kanak-kanak juga berpeluang bermain permainan dan memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.
Bagi mendapatkan senarai penuh kemunculan model Lego Paddle Pop, sila layari laman web www.paddlepop.com.my.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines