Rabu, 10 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Cahaya Malika Dengan Ayahnya, Mawi

Posted: 09 Apr 2013 10:00 PM PDT

Dah nak berusia setahun dah anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malika. Keriangan jelas terpampang di pangkuan ayahnya.

Mawi pun dah hampir sepi tanpa khabar berita, harap penyanyi ni boleh lah meletupkan diri lagi di masa hadapan.


Perceraian Enot dan Zainul

Posted: 09 Apr 2013 09:00 PM PDT

Kawan baik kepada pelawak, Didie Alias, Enot (Alliza Abdullah) difahamkan semalam melalui portal Utusan telah membuat permohonan perceraian dengan suaminya, Zainul Abidin di Pejabat Agama Kajang.

Perceraian ini sebenarnya sudah bermula pada awal bulan Mac lalu namun tertangguh hampir dua kali kerana kegagalan Zainul untuk hadir.

Sebab Enot bertindak membuat permohonan berkenaan tidak dinyatakan kerana ianya terlalu pribadi dan tidak manis didengar oleh peminatnya.
"Tidak manis untuk saya bercerita hal dalam kain sendiri, lebih baik ia menjadi rahsia kami sahaja.

"Cukup kalau saya katakan, sudah tiada persefahaman antara kami. Sebab itu saya telah membuat permohonan untuk bercerai dengan suami, baru-baru ini," kata Enot.
Mereka sebelum ini pernah dilihat bersama ketika mengikuti program Sehati Berdansa (adakah ianya satu lagi badi?) selain daripada Enot mempunyai dua anak hasil pernikahan pertamanya, Andriana Balqis, 12 tahun dan Ariana Qaseh Qistina, 6 tahun.

Gambar Ulang Tahun Lisa Surihani ke-27

Posted: 09 Apr 2013 08:00 PM PDT

Kini usia pelakon, Lisa Surihani dah mencecah 27 tahun selepas tarikh 23 Mac yang lalu. Kisah ulang tahunnya kini sungguh bermakna dengan suami tersayang, Yusry KRU.

Baru-baru ini dua merpati ini telah mengadakan majlis sambutan kecil-kecilan bertemakan alam magik. Nampak juga mereka sepertinya meraikannya sebelum masuk tidur dengan berpakaian tidur. Sweet juga ek, surprise kot.






Fizz, Almy Kini Bertaut Kembali!

Posted: 09 Apr 2013 06:18 PM PDT

Akhirnya selepas berakhirnya episod hitam bertunang dengan isteri orang, Azlyn Maissiela pada bulan Feb yang lalu, kini Fizz Fairuz dikhabarkan telah menghubungi kembali Almy Nadia dan paling mengembirakan hubungan sebagai teman rapat semula namun tidak mahu mengambil risiko untuk lebih serius dalam hubungan kerana mahu menjaga hati Almy yang masih terluka.
"Saya dan Almy masih lagi kawan dan kami sering keluar bersama. Tetapi kami beri ruang sedikit untuk masing-masing memulihkan keadaan gara-gara kesilapan saya dahulu.

"Lagipun saya tidak mahu terburu-buru, takut Almy kecewa lagi. Saya perlu menjaga hati dia dan keluarganya," -Fizz. -mStar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines