Sabtu, 13 April 2013

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Datuk Lee Chong Wei sambut anak pertama, Kingston (1 Gambar)

Posted: 12 Apr 2013 07:59 PM PDT

chongyey

Datuk Lee Chong Wei dan isterinya, Datin Wong Mew Choo telah selamat menerima cahayamata pertama pada jam 1.36 petang semalam di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Selangor.

Bayi lelaki seberat 3.4 kilogram itu diberi nama sebagai Kingston. Chong Wei berharap agar kelahiran anak sulungnya ini akan memberi tuah kepadanya bagi mengejar gelaran juara di kejohanan badminton dunia.

Salih Yaacob ditipu RM500 ribu dalam skim pelaburan wang

Posted: 11 Apr 2013 04:13 AM PDT

salihyakob

Banyak betul duit Pakcik Salih Yaacob ni kan? Patut boleh kahwin ramai. Huhu! Salih telah mengalami kerugian sebanyak RM500 ribu dek kerana skim pelaburan wang yang disertainya. Tak pasti syarikat apa yang terlibat kerana ia tidak dinyatakan di sini. Namun begitu, menurut Malaysian Digest, Salih ditipu sehingga mencecah sejumlah itu menerusi pihak yang berbeza.

Salih Yaacob redha dengan apa yang berlaku dan sudi memaafkan pihak yang terlibat itu. Kalau kita maafkan orang, rezeki datang berlipat ganda ye.

Sumber dipetik: Media Hiburan Online

Elly Mazlein masih lagi tunangan Azmi Hatta

Posted: 10 Apr 2013 11:08 PM PDT

Baru-baru ini terdapat gosip panas mengatakan hubungan Elly Mazlein dengan tunangnya, Azmi Hatta mengalami berantakan.

Menurut Azmi, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan tiada masalah serius timbul di antara mereka seperti di dakwa gosip. Kelewatan perkahwinan adalah disebabkan masing-masing yang sibuk dengan kerjaya.

Sebagai nota, Elly dan Azmi bertunang pada 29 Mei 2011 dalam suatu majlis di Bukit Kiara, Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines