Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Gagal Dalam Pelajaran, Emma Maembong Enggan Remaja Jadikan Contoh
- Teka Ketawa Artis, Dapat RM100,000
- Kanak-kanak maut dirempuh kereta unit pengiring polis
- Tiada masa miliki anak
- Konsert Mizz Nina undang Jay Park
- Yasmin nafi hamil
- Pondan didakwa menyamar doktor
- Amirbahar hadapi hukuman mati
- Jumpa bayi perempuan dalam beg plastik
- Wanita maut jatuh dari tingkat 5 pasar raya
- Kumpulan PAC selamat pulang
- Suspek bom Maraton Boston ditembak mati
- Musharraf ditangkap polis
- Bekas Presiden AS rai anggota pasukan sorak
- Pakar kaji punca Kimura boleh hidup sehingga 116 tahun
- TIga kenderaan jatuh ke dalam lubang di jalan raya
- Realistik atau sekadar kempen populis?
- Nissan X-Trail semakin sporty
- Motosikal untuk rakyat
- Menu warisan Negeri Sembilan
- Ketenangan Kota Dublin
- Pelancong London dilanda kesejukan
- Sejarah China di Dataran Tiananmen
- Teruja berkayak kali pertama
- Nasi kandar di One World
Gagal Dalam Pelajaran, Emma Maembong Enggan Remaja Jadikan Contoh Posted: 20 Apr 2013 05:17 AM PDT Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 21, berkata, tujuan dia mendedahkan sekadar menuntut sehingga di tingkatan dua itu hanyalah untuk menaikkan semangat golongan berkenaan. "Memang ada sesetengah orang berpendapat remaja yang tidak habis sekolah mempunyai masa depan yang gelap ataupun tiada masa depan. "Tetapi bagi saya, selagi ada usaha, walaupun kita tidak belajar tinggi, kita mampu menjadi golongan yang lebih hebat daripada orang yang berpendidikan tinggi jika kita sanggup berusaha. "Saya harap, bagi yang mampu bersekolah, jangan pula mengambil mudah untuk tidak belajar kerana pendidikan itu amat penting buat diri dan kehidupan kita. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin," katanya kepada mStar Online. Emma terpaksa menamatkan alam persekolahan ketika berusia 15 tahun kerana perlu menjaga adik lelakinya bernama Ahmad selepas ibu dan bapanya berpisah. Disebabkan berada dalam kehidupan yang susah itu, dia hanya mampu mengikut jejak langkah bapanya iaitu pelukis terkenal negara, Ismail Embong. Bagaimanapun kata Emma, bagi melihat kemampuan diri di bidang lain, dia menceburi industri lakonan menerusi pembabitan drama sulungnya, Kau Yang Terindah arahan Erma Fatima pada awal tahun lalu. "Sejujurnya saya tidak malu menceritakan apa yang telah dilalui pada masa dulu. "Dan saya faham, sebagai selebriti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat agar apa yang saya alami ini dapat menjadikan ia sebagai contoh untuk orang lain," kata Emma yang dibesarkan oleh bapanya selepas perceraian keluarga. Tambah Emma lagi, dia mahu mereka yang mempunyai nasib serupa agar tidak berputus asa sebaliknya terus berjuang serta berani mengambil segala peluang untuk menjadi seorang manusia berguna. "Selepas saya membuat pendedahan itu ramai pihak yang memberikan saya respons positif dan bersimpati dengan nasib saya tetapi tidak kurang juga yang mengkritik. Tetapi semuanya saya terima dengan hati terbuka," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Emma baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Kampung Girl selain dilantik menjadi duta kepada produk Silky Girl. | ||||
Teka Ketawa Artis, Dapat RM100,000 Posted: 20 Apr 2013 05:17 AM PDT Surai FM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Jumaat berkata, pendengar boleh merebut hadiah itu dengan meneka ketawa lima orang selebriti yang disiarkan saluran itu. "Dari semasa ke semasa, klu akan diberikan oleh para juri bagi memudahkan pendengar meneka siapakah pemilik lima rakaman ketawa suara selebriti itu. "Kempen 'Seratus Ribu Suria' ini diadakan bertujuan menghargai para pendengar setia Suria FM," kata kenyataan itu. Untuk menyertai kempen ini, pendengar perlu menjadi individu pertama menghubungi talian Suria FM selepas isyarat memanggil disiarkan dengan meneka ketawa selebriti mengikut turutan yang betul. Pemanggil yang berjaya memberi jawapan yang tepat akan mendapat RM500 dan jumlah itu akan digandakan sehingga RM100,000 jika jawapan yang diberikan itu salah. Dalam pada itu, bagi yang telah mendaftar sebagai VIP Suria FM, mereka juga akan mendapat bonus sekiranya jawapan itu betul. | ||||
Kanak-kanak maut dirempuh kereta unit pengiring polis Posted: 20 Apr 2013 05:12 AM PDT Mangsa, Mohd Akmal Daniel, 11, dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas bermain hoki di sekolahnya sebagai persediaan untuk bertanding di peringkat negeri. Bapanya, Che Azmi Che Ani, 37, berkata, anaknya memang aktif bersukan dan kebiasaannya dia minta untuk pergi sendiri ke sekolah pada waktu petang. "Melainkan sesi persekolahan pada waktu pagi, saya yang hantar dan ambilnya dari sekolah. "Akmal selalu sebut dia nak ke Melaka sebab ada pertandingan hoki di sana bersama 10 rakannya yang terlibat. "Jadi, setiap petang dia perlu ke sekolah untuk menjalani latihan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Sepupunya, Nor Mardiana Mohd Noor, 27, berkata, dia tidak menyangka kerana baru sahaja berjumpa dengan mangsa sebelum kejadian. "Saya terkejut apabila dikhabarkan dengan berita kemalangan ini kerana baru sahaja bertemu dengannya waktu makan tengah hari sambil bergurau dengannya. "Biasanya, saya akan memeluknya sebelum ke sekolah memandang dia seorang kanak-kanak yang manja tetapi, pada hari kejadian saya terasa berat untuk berbuat demikian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Abdul Rahman Mohd Nordin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang apabila pemandu unit kenderaan unit pengiring polis dari arah Beseri ke Kangar tidak sempat mengelak mangsa yang sedang melintas jalan menaiki basikal. Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT
SETELAH 20 tahun berada dalam industri seni, penyanyi yang juga aktres Hong Kong popular, Karen Mok akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menghasilkan sebuah album jazz. Album jazz pertama Karen yang berjudul Somewhere I Belong itu juga merupakan album Inggeris pertama penyanyi berusia 42 tahun itu. Sebelum ini, Karen telah muncul dengan 15 album berbahasa Cina yang berentak balada, tarian dan rancak. Melalui usia dan pengalamannya dalam dunia nyanyian, penyanyi kekal jelita itu tidak gentar untuk mencuba irama jazz yang belum pernah diterokai lagi menerusi album-albumnya sebelum ini. Menurut Karen, minatnya dalam muzik jazz bermula sebelum dia menceburi dunia hiburan lagi. Ketika itu, dia merupakan seorang pelajar universiti di United Kingdom. "Ketika saya berjalan di Charing Cross Road, London, terdapat sebuah kedai yang menjual buku-buku dan cakera padat (CD). "Terdapat timbunan CD yang benar-benar murah. Jadi, saya ambil sebuah CD yang mengandungi nama-nama penyanyi yang tidak saya kenali iaitu Ella Fitzgerald dan Louis Armstrong." "Bila mendengarnya, saya terus kata wow! Jadi, ini yang dikatakan rentak jazz. Saya mula jatuh cinta pada irama jazz dan cuba menyelami irama itu dengan lebih mendalam," ungkapnya ketika ditemui pada majlis sesi bertemu peminat di Hotel Double Tree Hilton, Kuala Lumpur baru-baru ini. Melalui albumnya, Somewhere I Belong, Karen memuatkan sebanyak 12 buah lagu berentak jazz. Paling mencuri perhatian adalah lagu While My Guitar Gently Weeps yang merupakan lagu asal George Harrison dari kumpulan The Beatles. Selain suara Karen yang merdu, apa yang membuatkan lagu versi itu unik adalah penggunaan alat muzik tradisional Cina yang dikenali sebagai guzheng (muzik yang berteraskan kepada bunyi gitar dan bass).
Keanu Reeves Selain album Inggeris pertamanya, Karen juga bakal bergandingan dengan pelakon popular Hollywood iaitu Keanu Reeves dalam sebuah filem aksi berjudul Man Of Tai Chi. Filem arahan Keanu Reeves itu juga bakal membuka lembaran buat aktres berdarah Cina, Wales, Iran dan Jerman itu ke pasaran Barat. Kongsi Karen, dalam filem tersebut dia membawa peranan sebagai seorang polis Hong Kong. "Filem Man Of Tai Chi akan ditayangkan pada pertengahan tahun ini dan ia berkisah mengenai sebuah kelab pertarungan bawah tanah di China," jelasnya. Biarpun Karen menggunakan bahasa Kantonis dalam produksi tersebut, ujarnya, dia optimistis terhadap bintang siri filem Matrix itu kerana mengetahui adegan terbaik buat dirinya. Anak tiri Di luar lapangan seninya, Karen telah berkahwin dengan seorang lelaki Jerman bernama Johannes pada Oktober, 2011. Melalui hari yang begitu sibuk sebagai seorang penyanyi dan juga pelakon, ujar Karen, bagaimanapun dia akan cuba menghubungi atau membuat panggilan video kepada suaminya jika berjauhan. "Kini, saya rasa sudah mempunyai kehidupan yang seimbang. Saya sedar sebelum ini saya seorang wanita yang gigih bekerja dan tidak mempunyai masa untuk hal lain tetapi setelah berkahwin saya patut membahagikan masa untuk keluarga dan juga kerjaya. "Saya harus memastikan mempunyai cukup masa untuk diri sendiri, suami dan juga keluarga," ujarnya yang mempunyai tiga orang anak tiri melalui perkahwinan suaminya sebelum ini. Jika ada sesetengah wanita yang berasa sukar untuk rapat dan berkomunikasi dengan anak tiri mereka tetapi tidak bagi Karen. Karen menyayangi anak-anak tirinya dan menganggap mereka seperti anaknya sendiri. "Sebenarnya tidak sukar untuk rapat dan berkomunikasi dengan mereka kerana mereka sudah dewasa," ujar Karen. Ditebak sama ada dia bersedia untuk menimang cahaya matanya sendiri, Karen menyatakan dia terlalu sibuk untuk mempunyai anak. "Saya tidak berkeinginan untuk menjadi ibu. Saya benar-benar sibuk. Lagipun, saya sangat gembira dengan kehidupan yang saya kecapi kini," jelasnya yang menganggap tahun 2013 merupakan tahun yang paling sibuk buat dirinya. | ||||
Konsert Mizz Nina undang Jay Park Posted: 20 Apr 2013 05:00 AM PDT
PENYANYI wanita hip hop, Mizz Nina mendedahkan konsert pertamanya yang bakal berlangsung pada 18 Mei ini di KL Live, Kuala Lumpur, akan disertai penyanyi popular dari Korea iaitu Jay Park. Bakal menyanyikan single terbaharunya bersama Jay Park berjudul Around The World, ulas Mizz Nina, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu juga akan membuat kejutan pada konsert yang menampilkan tema yang sama iaitu Around The World Concert With Mizz Nina. Begitupun, Mizz Nina tidak dapat memberitahu apakah kejutan yang bakal dilakukan Jay Park pada malam konsert yang berlangsung selama sejam bermula pukul 8.30 malam itu. Ditebak berapakah nilai yang dilaburkan untuk membawa Jay Park ke konsertnya pada malam itu, anak kepada Pengerusi Kumpulan Ambank, Tan Sri Azman Hashim itu lebih selesa untuk tidak mendedahkan mengenainya. "Perbelanjaan konsert ini masih berterusan buat masa ini. Tetapi saya gembira kerana Jay Park turut sama menyanyi pada konsert pertama saya ini. Tidak sukar sebenarnya membawa Jay Park. Selepas saya menyuarakan hasrat untuk berkolaborasi, dia bersetuju. "Memang sudah lama saya mengimpikan untuk mengadakan konsert yang menceritakan perjalanan hidup saya sejak mula menceburkan diri dalam bidang muzik," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar pengumuman konsert Around The World Concert With Mizz Nina di The Bee, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selain Jay Park, Mizz Nina turut mengundang suaminya, Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan) dan juga kumpulan Teh Tarik Crew untuk bersama-sama menjayakan konsert pada malam itu. Memilih KL Live untuk konsert pertamanya, ulas Mizz Nina, dia tidak mahu mengambil risiko kerana ia merupakan konsert pertamanya. "Saya sanggup ambil risiko untuk mengadakan konsert di tempat yang kecil berbanding tempat yang besar. Lagipun, saya selesa buat konsert di sana," ujarnya mengenai KL Live yang mampu memuatkan lebih 3,000 orang itu. Mizz Nina turut ditanya andai kemunculan Jay Park di pentas nanti bakal membuatnya tenggelam berikutan populariti Jay Park di Malaysia.
Ujar Mizz Nina, dia tidak takut dibayangi Jay Park kerana dia akan memgadakan persembahan yang bagus di hadapan peminat-peminatnya nanti. Pada majlis sidang akhbar itu juga, Mizz Nina turut memaparkan klip video Around The World Mizz Nina yang menampilkan Jay Park yang dihasilkan di Korea Selatan itu. Jelasnya, sejak dilancarkan pada 25 Mac lalu, klip video itu mendapat sambutan hangat peminat tempatan mahupun luar negara. Sehingga kini, ia telah mencecah 692,889 tontonan di YouTube. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyaksikan konsert Mizz Nina bersama Jay Park, Noh Hujan dan juga Teh Tarik Crew itu, anda boleh membeli tiket-tiket yang dijual pada harga RM70 dan RM100 di http://redtix.airasia.com/Events/mizznina atau kunjungi outlet Rock Corner dan Victoria Music yang berhampiran. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:59 AM PDT
KHAMIS lalu, Kosmo! berpeluang ke majlis pelancaran perniagaan pakaian online, Baajookoo, milik tiga selebriti jelita yang bersahabat baik menggelarkan diri mereka Geng Celepets iaitu Daphne Iking, Atilia dan Yasmin Hani. Kosmo! bagaimanapun dikejutkan dengan berita gembira mengenai kehamilan sulung Yasmin Hani yang dikatakan baru berusia dua minggu - disampaikan terus ke telinga daripada sumber yang benar-benar rapat dengan pengacara dan pelakon jelita tersebut. Terlanjur menerima berita baik itu, Kosmo! lantas bersua dengan suami Yasmin Hani iaitu Shahrin atau nama sebenarnya Sha'arin Mohd. dan bertanya sendiri kepadanya bagi mengesahan tentang kehamilan tersebut.
Terkejut dengan pertanyaan Kosmo!, Shahrin bagaimanapun tidak menafikan atau mengiyakan mengenai perkara tersebut (Yasmin Hani mengandung). Yasmin Hani dan Shahrin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober, 2011 di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ikuti temu bual Kosmo! bersama bekas pemain drum kumpulan Blackrose itu selanjutnya: Kosmo!: Tahniah Shahrin, khabarnya Hani sudah mengandung? SHAHRIN: Mana awak tahu perkara ini? Perkara ini (Yasmin Hani mengandung) belum confirm lagi. Kenapakah anda kata belum disahkan lagi sedangkan saya tahu berita kehamilan ini pun daripada seorang sumber yang rapat dengan Yasmin Hani sendiri? Ada sebab-sebabnya. Nanti kami akan buat pengumuman. Kenapa tidak beritahu sahaja Yasmin Hani sudah mengandung? Saya rasa baik awak tanya Hani sendiri mengenai perkara ini. | ||||
Pondan didakwa menyamar doktor Posted: 20 Apr 2013 04:57 AM PDT
MELAKA – Seorang pondan berdepan hukuman penjara tujuh tahun atau denda selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan menyamar sebagai doktor sejak Januari lalu. Hasni Jamal Aripin, 26, atau dikenali dengan gelaran Dr. Ika bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif. Mengikut pertuduhan, Hasni didakwa menipu Norman Mohd. Norawai, 41, dengan menyamar sebagai Doktor Norzulaikha Jamaluddin dan menyerahkan dokumen sijil Perakuan Amalan Tahunan yang diketahui tertuduh sebagai palsu. Perbuatan itu mendorong Norman menyerahkan RM8,280 sebagai gaji dan dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdaya tertuduh. Kesalahan itu didakwa berlaku antara 15 Januari hingga 11 April lalu di Dr. Norman Clinic Sdn. Bhd., No. 28, Jalan MJ1, Teman Merdeka Jaya, Batu Berendam di sini. Klinik itu dimiliki oleh Norman. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:56 AM PDT
KUALA LUMPUR – Anak saudara kepada Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, Datu Amirbahar Hushin Kiram semalam didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, Sabah atas pertuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi ahli kumpulan pengganas. Datu Amirbahar, (gambar) bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dia yang dianggap sebagai Menteri Pertahanan Kerajaan Kesultanan Sulu juga didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas di bawah Seksyen 130KA kanun sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Amirbahar, 49, dari Jolo, selatan Filipina didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu antara 9 Februari dan 23 Mac lalu. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang ditangkap pada 23 Mac lepas ketika pertuduhan dibacakan dalam bahasa Suluk di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Rajalingam a/l S.S.Maniam yang bersidang sebagai Majistret. Pendakwaan diketuai Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara, Putrajaya dan Timbalan Pendakwa Raya Lahad Datu, Shukor Abu Bakar. | ||||
Jumpa bayi perempuan dalam beg plastik Posted: 20 Apr 2013 04:54 AM PDT
AMPANG – Nyawa seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ternyata masih panjang apabila dia ditemui masih hidup selepas dibuang oleh pihak tidak berperikemanusiaan di tepi sebuah rumah dekat Kampung Melayu Ampang di sini semalam. Bayi seberat 3.23 kilogram tersebut ditemui di dalam satu plastik hitam oleh seorang lelaki berusia 63 tahun pada pukul 7.30 pagi dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, lelaki itu curiga selepas terdengar bunyi tangisan bayi ketika melalui kawasan tersebut. "Sebaik dibuka, dia terkejut apabila menemui bayi perempuan yang masih hidup dan tidak dibalut dengan sebarang kain. Seluruh badan bayi itu juga ada kesan darah," katanya ketika dihubungi. | ||||
Wanita maut jatuh dari tingkat 5 pasar raya Posted: 20 Apr 2013 04:53 AM PDT SIBU – Orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah Wisma Sanyan di sini semalam gempar apabila terdengar dentuman kuat seorang wanita terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut. Seorang pengunjung yang enggan dikenali memberitahu, semasa kejadian pada pukul 11 pagi, dia nampak bagaimana mangsa tiba-tiba terjatuh dari tingkat lima pasar raya itu sebelum badannya menghempap meja yang diletakkan di ruang legar bangunan tersebut. Mangsa yang berusia 51 tahun itu mengalami kecederaan teruk di kepala dan patah kaki kiri. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Sibu oleh pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, selepas dua jam dirawat mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 1 petang di hospital itu. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:52 AM PDT SUBANG – Selepas 66 hari bertarung nyawa dalam Ops Daulat menentang pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah akhirnya tugas sekumpulan 160 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berakhir dan selamat pulang di sini semalam. Mereka yang diterbangkan khas menaiki pesawat AirAsia dari Tawau selama kira-kira dua jam dan tiba pukul 6.50 petang di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Sejurus tiba, anggota Pasukan Atur Gerak Cepat (PAC) itu yang beragama Islam melakukan sujud syukur sebagai tanda selamat pulang. Kepulangan wira-wira negara itu disambut Panglima 10 Briged Para, Brigedier Jeneral Datuk Tengku Ahmad Noor Tuan Chik sebelum dibawa ke Kem Terendak, Melaka bagi menghadiri satu majlis khas meraikan kepulangan mereka. Menurut Tengku Ahmad Noor, anggota ATM itu merupakan kumpulan pertama ditugaskan ke Lahad Datu pada 13 Februari lalu. "Kumpulan pertama ATM ini telah berjaya membunuh seramai 18 pengganas Sulu di Lahad Datu dan ia merupakan satu kejayaan besar," ujarnya ketika ditemui di sini semalam. | ||||
Suspek bom Maraton Boston ditembak mati Posted: 20 Apr 2013 04:50 AM PDT
WATERTOWN, Massachusetts - Polis Amerika Syarikat (AS) menembak mati seorang suspek kes letupan bom Maraton Boston semalam. Dia ditembak dalam kejadian berbalas tembakan yang berlaku di sini yang terletak di pinggir Boston. Seorang pegawai agensi Keselamatan Kebangsaan memberitahu, suspek yang mati selepas ditembak itu ialah Dzhokar A. Tsarnaev yang berusia 19 tahun. Bagaimanapun, seorang lagi suspek yang juga abangnya, Tamerland Tsarneav, 26, berjaya melarikan diri. Menurut beberapa pegawai, kedua beradik itu telah tinggal di Amerika Syarikat selama beberapa tahun. Kedua-dua suspek itu diburu selepas mereka menembak mati seorang anggota polis Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di Cambridge, Massachusetts menakala seorang lagi anggota polis cedera. Mereka kemudian melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta. Namun, beberapa buah kereta polis mengejar kenderaan kedua-dua suspek itu. Mereka sebelum ini diburu selepas disyaki meletakkan dua butir bom buatan sendiri semasa pertandingan Maraton Boston berlangsung di Boston pada Isnin lalu. Dalam kejadian itu, seramai tiga orang terbunuh dan 180 lagi mangsa cedera apabila dua butir bom itu meletup dekat garisan penamat. Beberapa pegawai polis berkata, dua suspek itu menyerang polis dengan bahan letupan dan senjata api sebelum Dzhokar ditembak, ditangkap dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, dia meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital. Sebelum ini, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyiarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua suspek tersebut bagi meminta orang ramai untuk mengenali mereka. Beberapa orang awam kemudian memberikan maklumat kepada FBI. Menurut kenyataan pejabat Peguam Daerah Middlesex, selepas lima jam FBI menyiarkan gambar itu, anggota polis tersebut mati ditembak di kampus MIT. Bapa saudara kedua-dua suspek itu, Ruslan Tsarni dari Kampung Montgomery, Maryland menyatakan kepada agensi berita AP, dua beradik tersebut datang dari wilayah dekat Chechnya, Rusia. Bapa kedua-dua suspek itu, Anzor Tsarnaev yang bercakap menerusi telefon dari bandar Makhachkala, Rusia memberitahu, Dzhokhar merupakan seorang pelajar tahun dua kursus perubatan di AS. Menurutnya, Dzhokhar adalah seorang pemuda yang bijak. "Kami menjangkakan dia akan datang bercuti di sini," kata bapanya. Menurut White House, Presiden AS, Barack Obama diberikan taklimat tentang perkembangan itu oleh seorang pembantunya, Lisa Monaco. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:49 AM PDT
ISLAMABAD - Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf (gambar) ditahan di ibu pejabat polis di sini semalam. Dia ditahan selepas sebuah mahkamah majistret mengarahkan dia diletakkan dalam tahanan di rumahnya. Jurucakap Musharraf, Mohammed Amjad berkata, beberapa anggota polis mengiringi bekas Presiden itu dengan menaiki sebuah kenderaan yang bergerak dari rumahnya ke ibu pejabat tersebut. Menurutnya, Musharraf ditahan reman di sebuah rumah tetamu di ibu pejabat tersebut selama dua hari. Mohammed berkata, Musharraf ditahan di ibu pejabat polis kerana seorang pegawai kanan polis gagal untuk mengeluarkan dokumen yang diperlukan bagi mematuhi arahan majistret sebelum ini supaya dia ditahan di rumah. Musharraf yang pernah memimpin tentera Pakistan ditahan berhubung kes pemecatan beberapa hakim kanan semasa dia menjadi Presiden. Dia merupakan bekas ketua tentera negara ini yang pertama ditahan oleh polis. Musharraf ditangkap sehari selepas melarikan diri dengan sebuah kenderaan dari sebuah mahkamah di sini bagi mengelak ditangkap polis. Dia meninggalkan Mahkamah Tinggi Islamabad kelmarin dengan menaiki kenderaan tersebut yang dipandu laju. Bekas Presiden itu kemudian tinggal di dalam rumahnya di pinggir bandar ini selepas seorang hakim menolak untuk melanjutkan lagi tempoh ikat jaminnya sebelum mengarahkannya ditangkap. Terdapat beberapa laporan yang bercanggah berhubung cara Musharraf ditangkap. Polis menyatakan, pihaknya menangkap bekas Presiden itu di rumahnya dan menyerahkannya kepada seorang majistret di sini semalam. Bagaimanapun, Mohammed mendakwa, Musharraf menyerahkan diri di hadapan majistret. Dia menggulingkan Nawaz Sharif untuk menjadi Presiden dalam rampasan kuasa aman pada tahun 1999. Musharraf menang pilihan raya Presiden pada tahun 2002. Dia meletak jawatan pada 18 Ogos 2008 ketika Pakistan mengalami kemelut politik yang meruncing termasuk pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benazir Bhutto pada tahun 2007. | ||||
Bekas Presiden AS rai anggota pasukan sorak Posted: 20 Apr 2013 04:49 AM PDT HOUSTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H. W. Bush memberikan sekuntum bunga ros kepada setiap anggota pasukan sorak yang baharu di sini kelmarin. Seramai 34 orang wanita dipilih untuk pasukan sorak Houston Texans itu. Mereka dipilih selepas 900 wanita membuat permohonan untuk menjadi anggota pasukan sorak. Pasukan Houston Texans itu bertanding dalam Liga Bola Sepak Kebangsaan. Bush yang berusia 88 tahun itu duduk di atas kerusi roda dan memakai stoking bendera AS semasa dia menyampaikan bunga tersebut. Beliau pernah menjadi Presiden AS dari tahun 1989 hingga 1993. Ketika beliau memerintah, AS terlibat dalam Perang Teluk bagi membebaskan Kuwait yang ditakluk Iraq pada tahun 1990. Beliau merupakan bapa kepada seorang lagi bekas Presiden AS, George W. Bush. | ||||
Pakar kaji punca Kimura boleh hidup sehingga 116 tahun Posted: 20 Apr 2013 04:47 AM PDT
KYOTANGO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116 semalam. Beliau meninggal dunia ketika pakar-pakar kesihatan melakukan kajian bagi mengetahui punca dia dan sebilangan penduduk di sini dapat hidup bagi tempoh yang terlalu lama. Jumlah penduduk di bandar ini ialah 60,000 orang. Seorang pegawai pentadbiran bandar ini memberitahu, dia tidak merokok dan akan berhenti makan apabila berasa hampir kenyang. Menurut laporan media, dia minum minuman keras dengan kadar yang sederhana. Pegangan hidup Kimura ialah tidak kuat makan dan hidup dalam tempoh yang lama. Pakar-pakar di sini telah melancarkan satu projek penyelidikan dalam usaha untuk mengetahui punca dia masih hidup. "Kami mahu mengkaji tabiat pemakanan bukan sahaja melibatkan Kimura tetapi 50 lagi warga emas yang berusia lebih 100 tahun di bandar ini," kata pegawai itu. Menurutnya, Kyotango terletak d Kyoto. Beliau berkata, bandar ini terletak dekat Laut Jepun dan banjaran gunung yang kaya dengan makanan laut dan produk tenusu. "Kami amat berminat untuk mengetahui makanan tempatan yang mereka makan," katanya. Pegawai itu berkata, pihaknya mahu mengetahui sama ada makanan tersebut menjadi faktor yang menyebabkan golongan tua di sini hidup dalam tempoh yang lama. Beliau berkata, pihak pentadbiran bandar ini juga merancang untuk mengeluarkan buku resipi berdasarkan kajian itu. Menurutnya, buku tersebut kemudian akan didedahkan pada satu simposium tentang rahsia umur panjang pada November depan. "Kami mahu penduduk mengetahui rahsia umur panjang tetapi ia juga bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar ini yang mempunyai ramai penduduk lanjut usia," katanya. | ||||
TIga kenderaan jatuh ke dalam lubang di jalan raya Posted: 20 Apr 2013 04:46 AM PDT CHICAGO - Tiga buah kenderaan terjatuh ke dalam sebuah lubang yang terbentuk di atas permukaan sebatang jalan raya di kawasan kediaman Deering Selatan di sini kelmarin. Ketika kejadian, tiga orang pemandu kenderaan itu tidak menyangka terdapat lubang tersebut yang terbentuk dengan tiba-tiba. Seorang pemandu sebuah pikap dimasukkan ke hospital selepas kenderaan yang dipandunya memasuki lubang tersebut yang sedalam 4.57 meter. Punca lubang tersebut terbentuk masih belum diketahui. Bagaimanapun, hujan lebat dan banjir berlaku pada malam sebelum lubang itu terbentuk. | ||||
Realistik atau sekadar kempen populis? Posted: 20 Apr 2013 04:44 AM PDT
ISU penurunan harga kereta sebenarnya sudah lama. Jika diimbas kembali pada tahun 2006, kerajaan sudah pun melakukannya buat pertama kali. Isu turunkan harga atau lebih senang penghapusan cukai sebenarnya merupakan agenda ekonomi global atau yang selalu kita dengar sebagai globalisasi. Matlamat utama globalisasi ekonomi adalah untuk menghapuskan sebarang halangan bagi kemasukan produk atau perkhidmatan ke sesebuah negara. Halangan ekonomi tidak terhad kepada cukai sahaja. Ia turut hadir dalam pelbagai bentuk seperti kuota import, standard atau birokrasi. Harus tahu bahawa halangan adalah perkara biasa dalam pelaksanaan ekonomi globalisasi. Sekiranya di Malaysia perlindungan diberi kepada industri automotif, di negara lain berbeza pula industri yang ingin dilindunginya. Melindungi industri Di peringkat negara-negara ASEAN, ada satu perjanjian bebas yang dikenali sebagai Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Objektif utama AFTA adalah untuk mewujudkan suasana kompetitif dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke negara ASEAN. Negara-negara ASEAN yang terlibat sudah pun mematuhi apa yang patut dipersetujui melalui perjanjian tersebut sementara Malaysia telah memohon penangguhan dalam sektor automotif. Sebab itu ada orang kita yang pulang melancong dari Indonesia mengadu harga kereta di sana lebih murah. Mereka yang ke luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom atau Jepun juga biasanya akan merungut benda yang sama. Tidak perlu contoh jauh sebenarnya, jika disemak harga kereta di Pulau Langkawi pun rakyat sudah boleh lihat perbezaan struktur cukai yang dikenakan. Hakikatnya, kerajaan mengenakan cukai yang lebih kerana mengikut pendapat mereka, industri automotif tempatan perlu dilindungi. Selain itu, cukai kenderaan merupakan hasil pendapatan negara. Walau bagaimanapun, kerajaan tetap harus menurunkan cukai dalam masa beberapa tahun lagi bagi mematuhi perjanjian AFTA sepenuhnya. Dalam sektor automotif, Thailand dilihat lebih ke hadapan dalam menarik pelabur asing hingga digelar sebagai Detroit of the Asia. Ini boleh dilihat dengan kehadiran pengeluar utama dunia seperti Ford dan Toyota yang menjadikan negara itu sebagai pangkalan penting dalam mengeksport model-model mereka. Liberalisasi harga Namun, matlamat utama AFTA ialah untuk berkongsi kekayaan, jika semuanya tertumpu kepada Thailand sahaja maka itu adalah suatu yang tidak seimbang. Mujur, Honda menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk mengeksport kereta penumpang seperti Honda City dan Honda Accord ke Thailand. Ironinya, Malaysia adalah peneraju industri automotif dengan pengenalan Proton, Perodua dan Modenas. Malangnya sekarang Thailand lebih mendahului. Tidak dinafikan kos murah antara faktor kenapa pelabur asing suka ke Thailand. Tidak duduk diam, kerajaan dikatakan telah menyemak semula Dasar Automotif Nasional dan khabarnya tumpuan akan diberikan kepada industri kenderaan cekap tenaga. Ini boleh dilihat dengan cukai kenderaan hibrid yang rendah serta program pemasangan Honda Jazz Hybrid di Melaka. Kerajaan juga dilihat sudah lebih berkompromi dalam isu harga kereta. Kita boleh lihat bagaimana segmen kereta bandar diliberalkan. Harga Nissan Almera misalnya bermula daripada RM66,000. Itu sebenarnya sudah memasuki lingkungan harga kereta nasional. Kia juga agresif, lihat bagaimana mereka meletakkan harga produk-produk mereka. Jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kereta Jepun. Harus tahu, Forte ialah antara pesaing utama Proton Inspira. Untuk pilihan raya ke-13, Pakatan Pembangkang telah membuat hantaran bulu tangkis dengan janjinya untuk menurunkan cukai sebanyak 100 peratus dengan kadar 20 peratus setiap tahun selama lima tahun. Sedikit lambat untuk menyambut bola tangkis tersebut, kerajaan mengumumkan penurunan cukai sebanyak 20 hingga 30 peratus secara beransur-ansur. Tidak kira apa pun keputusannya, hasil akhirnya nanti sama ada 100 peratus atau 30 peratus yang turun, rakyat tetap akan menikmati penurunan cukai kereta. Nampak dan rasa seperti seronok, tetapi apa yang sebaliknya bakal berlaku ialah kereta yang anda miliki sekarang ini akan mempunyai nilai hangus. Nilai kereta anda akan jatuh akibat daripada penurunan harga kereta baharu. Senarionya mudah. Jika sebuah Honda Jazz baharu kelak berharga RM70,000 tidak mungkin Honda Jazz yang sudah anda guna selama tiga tahun dengan harga belian lebih mahal mempunyai nilai yang sama. Secara automatiknya nilai Honda Jazz anda akan turut jatuh. Bayangkan jika baki pinjaman bank masih lagi ada RM70,000 sedangkan nilai semasa sekitar RM60,000. Secara langsungnya, baki pinjaman lebih tinggi daripada nilai semasa dan anda harus menunggu hingga nilai pinjaman berkurangan atau pun pandu sampai reput sahaja! Semak kembali syarat pinjaman Menikmati harga kereta yang murah memang indah. Namun kesannya harus difikirkan juga. Walau bagaimanapun, contoh yang saya nyatakan itu hanyalah kesan sementara atau untuk satu kitaran sahaja. Selepas cukai habis diturunkan mengikut apa yang dijanjikan oleh kerajaan dan hutang pula telah dilangsaikan, barulah anda boleh menikmati harga baharu kereta dengan senyuman. Namun begitu, untuk mengekang kesan melampau akibat penurunan harga secara mendadak, kerajaan boleh mengambil model negara jiran seperti Indonesia atau Thailand. Di sana, walaupun harga kereta murah, tetapi akses kepada kereta adalah sukar. Di negara kita, jumlah pinjaman adalah 90 peratus, kadar faedah pinjaman bank rendah dan tempoh pinjaman pula panjang. Jadi dengan akses sedemikian tidak hairanlah ramai sungguh yang membeli kereta baharu. Faktanya pula ramai juga yang bankrap dek kerana gagal membayar pinjaman kereta. Di negara jiran, rakyatnya tidak menikmati kemudahan tersebut walaupun harga kereta murah. Apa yang boleh kerajaan lakukan adalah dengan menyemak kembali syarat pinjaman. Misalnya mengurangkan jumlah pinjaman kepada 80 hingga 70 peratus. Selain mengurangkan tempoh pinjaman dari sembilan tahun kepada tujuh atau enam tahun sahaja. Lebih rigid, kereta kedua atau ketiga dihadkan jumlah pinjamannya sebanyak 50 peratus sahaja. Ada satu cara lagi ialah dengan mengekalkan harga sedia ada, tetapi dengan penambahan nilai. Misalnya Proton Preve CFE yang berharga RM73,000 dibesarkan lagi pakej standardnya seperti penambahan beg udara, kit badan, insurans, servis percuma dan waranti yang lebih lama tanpa sebarang penambahan harga. Cara-cara tersebut boleh dibuat dalam tempoh sehingga pasaran stabil. Ia juga dilihat dapat mengekang kebanjiran pembelian baharu. Pada masa yang sama memelihara harga kereta semasa dan industri kereta terpakai. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:43 AM PDT EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan model Nissan X-Trail 2.0 yang lebih segar dan sporty. SUV ini menawarkan rakyat Malaysia sebuah kenderaan penumpang yang mewah dan kemampuan menyusuri laluan off-road. Nissan X-Trail baharu yang diimport sepenuhnya ini menawarkan keselesaan premium yang sewajarnya ada pada sebuah SUV. Penampilannya sporty menerusi gril dan bampar hadapan, lampu utama baharu, rekaan lampu cerah, lampu belakang LED serta lampu brek. ETCM turut meningkatkan keselesaan premium Nissan X-Trail baharu dengan tona dalaman gelap bagi menambah baik ambien kabin. Stereng, brek parkir dan tuil gearnya kini dibalut kulit. Di samping rekaan meter visi dengan gegelung krom, sistem audio baharu bersama skrin sentuh navigasi multimedia 6 inci, kamera undur dan fungsi pemanas/penyejuk pada ruang penyimpanan barang hadapan. Ketika X-Trail terus memberikan praktikaliti inovatif bersama kehalusan mengagumkan dan penjimatan bahan api, Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, "Dengan pengenalan semua perubahan terkini ini, Nissan X- Trail akan terus berpegang sifatnya yang fleksibel, sekali gus menjanjikan pemiliknya dengan kelasakan di jalan biasa dan laluan off-road. X-Trail telah dibandingkan dengan kenderaan segmen D kerana prestasi mengagumkan, keselesaan dan memberikan pengalaman yang mewah." Nissan X-Trail mengekalkan ruang kargo yang terbaik dalam kelasnya. Papan bagasi yang boleh dibuka dan dibasuh, ruang penyimpanan barang dengan bilah boleh ubah dan kapasiti VDA sehingga 603 liter sememangnya diterima baik oleh para pemilik X-Trail. Jentera itu ditawarkan pada harga di atas jalan RM149,530 bersama pengenalan warna baharu, putih solid. Sempena pengenalan Nissan X-Trail 2.0 baharu, ETCM akan mengadakan kempen promosi dikenali sebagai 'Which Road X-Cites You?' dan 'X-travaganza'. Kempen Which Road X-Cites You?" turut membawa tiga lagi model Nissan yang berkongsi sifat sama - Pengembaraan. Kempen ini mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati pengalaman (X-Perience) Nissan X-Trail, meneroka (X-Plore) Nissan Navara dan teruja (X-CITED) dengan Nissan X-Gear! Untuk tempoh terhad, promosi 'X-travaganza' pula menawarkan rebat menarik sehingga RM10,000 (dalam bentuk nilai) dan pelbagai hadiah untuk model-model Nissan terpilih. Maklumat lanjut mengenai Nissan X-Trail 2.0 baharu, kempen atau promosi "X-travaganza", sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan ETCM di talian Toll percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:42 AM PDT SESI tunggang uji minggu ini membabitkan Modenas Kriss MR1 yang menjengah pasaran pada akhir tahun 2011. MR1 mendokong maksud Motosikal Rakyat 1. Produk Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) itu dilihat sebagai pelaksanaan satu tanggungjawab sosial untuk menawarkan produk mampu milik berkualiti kepada para pengguna. Sejak diperkenalkan sehingga 31 Januari 2013, jumlah jualan produk buatan Malaysia itu telah mencecah paras 32,000 unit. Baru-baru ini, saya berpeluang menunggang uji Kriss MR1. Sesi ujian diadakan di sekitar ibu negara dan Selangor. Untuk menghidupkannya, anda boleh memilih sama ada menggunakan butang penghidup elektrik atau penendang kaki. Saya mendapati kedudukan penendang kaki MR1 terkeluar sedikit sehingga bersentuhan dengan betis kaki kanan. MR1 memberi tindak balas kuasa yang amat bersesuaian dengan kapasiti enjinnya iaitu jenis empat lejang silinder tunggal SOHC. Jimat minyak Sistem karburator SPACO AV18-P dan kotak gear empat kelajuan dengan sistem putaran (rotary) didatangkan sebagai pelengkap kepada rangkaian kuasa MR1. Sistem operasi gearnya lancar, cuma pedal belakang sedikit lembut sewaktu menurunkan gear. Kadar kekerasannya berbeza dengan pedal gear hadapan. MR1 dilengkapi sebuah tangki petrol berukuran 4.3 liter. Jika mengisi penuh tangki itu dengan RON95, belanja yang diperlukan adalah sebanyak RM8.20. Saya mengadakan tiga siri ujian untuk mengukur aspek penjimatan petrol. Setiap ujian membabitkan nilai pengisian sebanyak RM5 (2.63 liter). Jarak diperoleh pada sesi tunggangan pertama adalah sejauh 96 kilometer (km). Kadar kelajuan pada ketika itu antara 100km sejam (km/j) hingga 120km/j. Kelajuan tunggangan dikurangkan kepada 80km/j hingga 100km/j bagi sesi kedua. Catatan diperoleh ialah 130km sebelum jarum petunjuk minyak jatuh di bawah paras E (kosong). Tunggangan ketiga yang lebih santai dan berjaya merekod jarak perjalanan sejauh 142km dengan purata kelajuan antara 60-100km/j. Tugas memperlahankan dan memberhentikan MR1 diserahkan kepada brek jenis gelendong pada kedua-dua roda. Saya mendapati pelana tebal MR1 menawarkan keselesaan pada bahagian punggung dan pinggang sepanjang sesi tunggang uji diadakan. Motosikal seberat 98 kilogram itu sememangnya cukup mudah untuk mengharung kesesakan lalu lintas. Kestabilan tunggangan dibantu oleh fork hadapa n dan suspensi kembar belakang. Kedua-dua komponen itu tidaklah terlalu keras atau lembut. Bagaimanapun, gegaran masih boleh dirasai apabila terpaksa menyusuri laluan tidak rata atau berlubang. Biarpun jarak perjalanan pada meter jentera tunggang uji sudah mencecah paras 3,300km, saya menyedari bahawa tiada sebarang bunyi atau getaran daripada mana-mana bahagian cover set. Menyentuh soal pencahayaan ketika tunggangan malam, suluhan lampu utamanya boleh disifatkan sebagai memuaskan. Prestasi kedua-dua lampu isyarat membelok dan lampu brek belakang juga cukup cerah. Modenas MR1 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru putih, merah putih dan oren putih. Harga jualan asas ialah RM2,948 seunit. Harga itu tidak termasuk insurans, cukai jalan dan lain-lain caj. Jaminan yang diberikan adalah selama satu tahun atau jarak perbatuan 10,000km (mana-mana tiba dulu). | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:41 AM PDT
PERJALANAN selama lebih sejam dari ibu negara ke pekan Tanjung Ipoh yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dilatari dengan pemandangan indah sawah padi dan reka bentuk rumah tradisional masyarakat setempat. Lokasinya yang terletak di laluan alternatif ke lebuh raya Pantai Timur menjadi kawasan persinggahan orang ramai mencuba makanan eksotik di Tanjung Ipoh. Tanjung Ipoh cukup terkenal dengan pelbagai jenis pilihan hidangan salai seperti daging lembu, itik, ayam, keli dan puyuh yang membuka selera jika dimasak bersama gulai lemak cili padi. Pengguna jalan raya yang sering berulang-alik dari selatan Selangor ke Pantai Timur atau menuju ke selatan tanah air pasti sudah biasa mendengar tentang keenakan pilihan daging lembu salai di Tanjung Ipoh. Resipi turun-temurun diwarisi sejak zaman nenek moyang dalam menyediakan daging salai tahan lama menjadi rahsia perniagaan Mohd. Shafie Jahaluddin, 33. Dia mempunyai berpengalaman 12 tahun menjual hidangan eksotik tersebut. "Penggemar daging salai pasti singgah membeli daging salai di Tanjung Ipoh kerana ia sukar ditemui di tempat lain. "Saya menggunakan resipi tradisi keluarga untuk memastikan daging salai yang disediakan tahan lama dan mengekalkan aromanya walaupun disimpan selama tiga atau empat bulan dalam peti sejuk," katanya yang mengakui persaingan perniagaan daging salai di Tanjung Ipoh agak tinggi. Katanya, pelanggan gemar membeli daging salai untuk masakan seperti masak lemak cili padi, kari, rendang dan gulai tempoyak. Menariknya, permintaan terhadap daging itik salai juga menggalakkan kerana ramai pelanggan beranggapan hidangan kaki itik mampu menghilangkan sakit lutut. Mengawet makanan Mengikut sejarah, penyediaan daging salai sebenarnya sudah diamalkan sejak zaman prasejarah bagi tujuan mengawet makanan kaya protein itu agar boleh disimpan untuk tempoh lama. Kini, hidangan unik itu turut popular dalam kalangan kaum India dan Cina. Selain daging salai, telur masin juga banyak terdapat di Tanjung Ipoh dan penyediaan berbeza dengan telur masin biasa. Pengusaha telur masin, Kamarul Anuar Abdullah, 26, menjelaskan, telur itik yang dijadikan telur masin direndam dalam air garam selama seminggu sebelum dijual kepada pelanggan. Lazimnya, telur itik yang mahu dijadikan telur masin disalut tanah liat dan sekam padi bakar. Sejak mengusahakan perniagaan itu setahun lalu, dia sering mendapat tempatan untuk majlis perkahwinan. Pelanggan dari Kuala Lumpur dan selatan tanah air juga ramai yang datang membelinya. "Telur masin yang dijeruk tidak terlalu masin dan selalu dihidangkan sebagai pembuka selera. "Ada pelanggan yang menghidap hipertensi dan diabetes juga suka makan telur masin dari Tanjung Ipoh kerana dipercayai tidak menjejaskan kesihatan mereka," katanya yang menghasilkan kira-kira 300 biji telur masin seminggu. Telur masin yang dihidangkan dalam masakan perlu direbus selama lima minit sebelum dihidang. Pencinta makanan pula pasti tidak melepaskan peluang berkunjung ke Restoran Warisan yang terletak bertentangan dengan pintu gerbang masuk ke Istana Besar Seri Menanti . Reka bentuk restoran tersebut yang mengekalkan ciri tradisional rumah Minangkabau dan bersebelahan bendang sawah padi menyuntik suasana kampung tatkala menjamu selera. Restoran Warisan menawarkan lebih 100 jenis hidangan asli masakan tradisional ala Minang yang terkenal dengan rasa pedas luar biasa. Seorang pekerja di restoran itu, Siti Aisyah Latif, 28, berkata, hidangan lazim yang menjadi kemestian pengunjung ialah sambal tempoyak daun kayu, daging dan ayam salai masak lemak serta keli berlada. Rasa pedas "Lauk yang dihidangkan di sini sememangnya pedas-pedas belaka kerana ia sinonim dengan selera masyarakat setempat. "Kami sering menerima kunjungan pelanggan dari Pahang, Kuala Lumpur dan Melaka pada hujung minggu yang ingin menikmati masakan tradisional Negeri Sembilan," jelasnya Setiap malam Ahad, restoran berkenaan mengadakan persembahan 'Bongai' yang mendendangkan lagu dalam loghat nogori oleh penyanyi veteran kebudayaan Negeri Sembilan. "Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan artis kebudayaan menggunakan alat muzik tradisional seperti gong dan kerincing ketika membuat persembahan," ujar Siti Aisyah. Walaupun pembangunan mula mengintai tapak di Tanjung Ipoh, masih banyak rumah yang bercirikan reka bentuk Minangkabau. Reka bentuk rumah tradisional yang memanjang dan bumbung sedikit melengkung di bahagian hujung menambahkan keindahan pemandangan landskap di kampung halaman. Kebiasaannya, rekaan rumah tradisional tersebut terdiri daripada rumah ibu, ruang tengah dan dapur yang lengkap dengan serambi di bahagian hadapan rumah. Bukan itu sahaja, orang ramai boleh meluangkan masa melawat istana lama iaitu Istana Besar Seri Menanti yang dibina pada tahun 1902. Istana lama yang diperbuat daripada kayu itu pernah menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dijadikan muzium. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:40 AM PDT
PENERBANGAN dari Malaysia ke Ireland memakan masa selama 25 jam. Dalam tempoh itu, dua transit disinggahi iaitu Singapura dan Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Kepenatan berada di awan bagaikan hilang sekelip mata sebaik kaki menjejak Lapangan Terbang Antarabangsa Dublin, Ireland. Ketika itu bulan Februari, suhu di Dublin melewati paras beku. Perkara pertama yang menarik perhatian saya ialah kecantikan wanita Ireland. Sejak kecil, saya sering mendengar cerita orang mengenai kecantikan rupa paras warga Ireland tidak kira lelaki mahupun wanita. Saya kemudiannya dijemput seorang rakan rakyat Malaysia, Kamarulzaman Abdul yang kini bekerja di Dublin. Sepanjang 20 minit perjalanan dari lapangan terbang ke ibu kota Dublin, saya masih tidak percaya telah berada di bumi Ireland. Kurang dilawati Ireland merupakan negara yang kurang dilawati rakyat Malaysia. Ini kerana, kedudukan geografinya jauh di ufuk barat daya Malaysia. Tambahan pula, cuaca sejuk sepanjang tahun antara faktor kurangnya rakyat Malaysia melancong ke negara itu. Apabila Kamarulzaman mempelawa saya untuk bertandang ke salah satu bandar tertua di benua Eropah itu, saya tidak teragak-agak menerimanya. Iklim sejuk juga merupakan faktor saya memilih negara tersebut sebagai destinasi untuk berlibur. Pusat beli-belah Grafton Street merupakan tempat pertama saya lawati di Dublin. Kawasan tersebut merupakan pusat beli-belah untuk pejalan yang kaki paling popular di tengah-tengah kota Dublin. Pusat beli-belah itu terletak antara St. Stephen's Green dan Kolej Trinity. Sepanjang jalan tersebut, saya dapat melihat deretan bangunan lama yang dikategorikan sebagai zon Architectural Conservation. Namakan apa sahaja jenama antarabangsa yang terkenal dunia, logo dan cap dagangannya pasti terpampang di sepanjang jalan itu. Tiang besi Lebih kurang satu kilometer dari Grafton Sreet, mata saya tertumpu kepada tiang besi yang dikenali sebagai The Spire of Dublin. Ia terletak di seberang jambatan Sungai Liffey. Ia kelihatan seperti tiang bendera dengan ketinggian 120 meter dan berdiameter tiga meter. Ia dibina di tengah-tengah O'Connell Street di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar Dublin. Diperbuat sepenuhnya daripada keluli tahan karat yang berbentuk abstrak membuatkan The Spire menjadi salah satu mercu tanda di kota Dublin. Pada waktu malam pula, kota Dublin agak sunyi dan tidak sibuk seperti bandar-bandar besar lain di dunia. Hanya sepanjang Temple Bar Street menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk berhibur pada waktu malam. Kota Belfast Selain ibu kota Ireland, saya juga berkesempatan berkunjung ke Kota Belfast di bahagian Utara Ireland yang mengambil masa lebih kurang dua jam dari Dublin dengan menaiki kereta. Bagi saya, istimewa kota itu ialah ia merupakan pangkalan asal kapal Titanic dibina pada tahun 1912 di County Antrim. Di samping itu, saya juga berasa amat bertuah kerana berkesempatan menikmati panorama cantik Kota Belfast. Tidak banyak tempat yang dapat saya lawati di Kota Belfast kerana cuaca hujan dan sejuk. Waktu perniagaan kebanyakan kedai di kota itu hanya dibuka sehingga 6 petang. Pada hujung minggu di Dublin, saya dibawa ke Kildare Village Factory Outlet. Di situ, pelbagai barangan berjenama dijual jauh lebih murah berbanding harga di tanah air. Saya menghabiskan masa sepanjang hari membeli-belah termasuk membeli cenderamata sebagai kenangan. Menunggang basikal Istimewanya ketika berada di benua Eropah, aktiviti berbasikal di bandar-bandar sudah menjadi kelaziman penduduknya. Kota Dublin juga tidak terkecuali apabila kemudahan menyewa basikal mudah didapati. Walaupun menunggang basikal di tengah-tengah kesibukan kota, saya tetap berasa selamat. Selain itu, menunggang basikal dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk meneroka tarikan pelancongan di kota tersebut. Selain kadar sewa yang murah, kemudahan tempat letak basikal juga mudah didapati. Berbasikal merupakan satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Cuaca sejuk yang sentiasa menjadi peneman setia membuatkan saya tidak mudah penat ketika menunggang basikal. Seperti kebanyakan negara-negara Eropah yang lain, Ireland juga mempunyai terusan dan sungai yang cantik dan bersih. Saya tidak melepaskan peluang untuk menghabiskan masa melihat kecantikan sungai dan terusan di dalam kota tersebut. Beberapa hari sebelum pulang ke Malaysia, saya juga berpeluang menghadiri sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh pihak Malaysian Student Department, Dublin. Sambutan perayaan itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Ireland, kakitangan Kedutaan Malaysia dan para pelajar Malaysia yang menetap di Dublin. Sambutan itu berlangsung meriah malah para pelajar tersebut turut membuat pelbagai persembahan. Bagi saya, Ireland merupakan satu destinasi pelancongan yang sangat tenang jika dibandingkan dengan kebanyakan negara-negara Eropah lain. Ireland merupakan sebuah kota yang bersih dan saya berpeluang melihat bangsa kulit putih yang ramai berbanding negara-negara Eropah lain. | ||||
Pelancong London dilanda kesejukan Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT
MINGGU terakhir bulan Mac tahun ini menyaksikan suhu kekal sejuk sehingga waktu siang mencecah negatif darjah Celsius. Suhu sejuk membeku ini amat dirasai ramai pengunjung dari negara panas yang datang ke kota raya London. Ada juga ketikanya, suhu menjunam ke bawah paras beku, serendah negatif 3 darjah Celsius pada waktu siang, diselubungi angin sejuk yang bertiup sederhana. "Saya datang ke London untuk bercuti. Saya dapat merasakan kesejukan yang melampau. Ia satu kejutan untuk saya dan kawan-kawan kerana kami datang dari Mexico yang berhawa panas," kata pelancong yang mahu dikenali sebagi Jenny, 30-an, ketika ditemui tidak jauh dari Istana Buckingham. Musim bunga sepatutnya bermula pada awal bulan Mac apabila musim sejuk melabuhkan tirai pada hujung Februari lalu di Britain dan kebanyakan negara lain di benua Eropah. Bagaimanapun tahun ini suhu beku hadir lebih lama yang pernah dialami sejak lebih lima dekad. Kali terakhir cuaca sejuk sebegini lama dikatakan pada tahun 1963. Seorang wanita Inggeris yang ditemui di Muzium Britain berkata, kali ini salji turun lebih lama sehingga bulan Mac. Menurut laporan London Evening Standard, ramai dalam kalangan warga Britain memilih menyambut perayaan Easter tahun ini di negara cuaca panas seperti Mesir, Turki, Tunisia, Sepanyol dan Kepulauan Caribbean. Easter ialah antara perayaan utama dalam kalendar penganut Kristian. Minggu menyambutnya dinamakan minggu suci dan Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday. Bagi pengunjung yang berada di London, mereka tiba dengan persediaan untuk menghadapi musim sejuk yang panjang. Bagi mereka yang sudah biasa dengan musim sejuk kerana bermastautin di Britain dan negara-negara yang mengalami empat musim, turut merasai tempias kesejukan suhu negatif kali ini. Berhelai-helai pakaian tebal dipakai untuk mengelakkan rasa sejuk dan keadaan berangin ini. Seorang pengunjung dari Denmark yang bercuti di London selama enam hari bersama keluarganya berkata, di Denmark suhunya jauh lebih rendah berbanding London. Berpakaian tebal "Saya memang sudah biasa dengan cuaca sebegini tetapi tidak menyangka akan menyambut Easter dalam cuaca sejuk juga. Terpaksalah kami bercuti dengan berbekalkan pakaian tebal seperti ini," katanya. "Saya akan pergi bercuti ke Maghribi, cuaca terlalu sejuk di sini," kata seorang lelaki Inggeris ketika ditanya mengenai suhu sejuk melampau ini di stesen kereta api bawah tanah Oxford Circus. Lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu baru saja selesai membeli-belah di deretan gedung terkemuka seperti Selfridges, H&M, Marks & Spencer, Hamleys dan Top Shop yang kebetulan ketika ini mengadakan jualan murah musim bunga bersempena sambutan Easter. Penulis juga menemui beberapa orang rakyat Malaysia yang bercuti di kota raya London. "Sejuk, memang sejuk sungguh. Tapi kami telah dinasihatkan untuk membawa pakaian termal dan tebal supaya dapat bertahan dalam cuaca sejuk," kata Noorshazeele Zakaria, 25, yang lengkap berstokin panjang dan sarung tangan tebal. Hazman Sapawi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, beliau berkunjung ke London pada tahun 2012 dalam tempoh waktu yang sama. "Saya sudah bersedia dengan pakaian tebal untuk musim sejuk, tetapi terpaksa menyarung pakaian yang lebih tebal lagi kali ini," katanya. Akhbar di kota raya London juga melaporkan agensi ramalan kaji cuaca menjangkakan musim dingin kini akan berpanjangan sehingga sebulan lagi. | ||||
Sejarah China di Dataran Tiananmen Posted: 20 Apr 2013 04:39 AM PDT MEMORI berdarah di Dataran Tiananmen sentiasa menjadi kenangan seluruh penduduk di Beijing, China. Kejadian perhimpunan politik yang bertukar menjadi pembunuhan beramai-ramai disiarkan di kaca televisyen pada tahun 1989. Kejadian yang bermula dengan demonstrasi oleh pelajar prodemokrasi pada musim panas tahun tersebut telah dicemari dengan keganasan yang dicetuskan oleh tentera China. Itulah peristiwa yang berlaku lebih dua dekad lalu. Kini, Dataran Tiananmen menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi pelancong yang bercuti di Beijing. Sejarah China Kawasan yang berkeluasan 440,000 meter persegi itu terletak di tengah-tengah bandar Beijing. Ia juga merupakan dataran ketiga terbesar di dunia selepas Dataran Merdeka di Jakarta, Indonesia dan Dataran Bunga Matahari di Palmas, Brazil. Nama kawasan itu diberi sempena sebuah pagar yang terletak di utara dataran tersebut iaitu Pagar Tiananmen. Selain itu, dataran tersebut juga menyimpan kisah-kisah besar dalam lipatan sejarah negara China. Selain dataran yang luas terbentang, Menara Tiananmen merupakan signatur penting di kawasan tersebut. Menara yang dibina pada tahun 1417 iaitu ketika pemerintahan Dinasti Ming (1368 hingga 1644) itu merupakan pintu masuk ke Kota Larangan. Paling penting, pada era tersebut, menara itu menjadi tempat penabalan maharaja dan maharani. Dengan lakaran potret pemimpin komunis awal 1900-an, Mao Zedong yang tergantung di tengah-tengah menara itu, ia menjadi simbol pemodenan kepada rakyat China. Sehingga tahun 1911 iaitu berakhirnya legasi kerajaan feudal di China, tiada sesiapa pun dibenarkan untuk memasuki menara tersebut kecuali keluarga diraja dan golongan bangsawan. Tarikan lain Monumen People's Heroes juga merupakan antara tarikan lain pelancong ke dataran berkenaan. Monumen yang diperbuat daripada batu granit itu terletak di tengah-tengah dataran. Ia dibina pada tahun 1952 dan merupakan monumen terbesar dalam sejarah negara China. Monumen ukiran arca pemimpin China itu dipagari dengan dengan dua baris pagar yang diperbuat daripada marmar putih. Bahagian barat dataran tersebut pula terdapat Dewan Besar Rakyat yang dibina pada tahun 1959. Dewan itu merupakan kawasan bagi Kongres Rakyat Kebangsaan China bersidang. Selain itu, ia juga merupakan tempat bagi aktiviti politik dan diplomatik di negara berkenaan. Dewan berkenaan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Dewan Sentral, Great Auditorium dan Dewan Bankuet. Menariknya, di bahagian Dewan Sentral, bahagian lantai diperbuat daripada marmar manakala di siling dewan tergantung lampu kristal. Dalam pada itu, Great Auditorium yang terletak di belakang Dewan Sentral mampu menampung sehingga 10,000 pengunjung dalam satu-satu masa. Dewan Bankuet pula dapat menempatkan 5,000 pengunjung. Tidak sah sekiranya pelancong tidak mengunjungi Muzium Negara China yang terletak di bahagian timur Dataran Tiananmen. Muzium itu dibuka kepada umum pada tahun 2003 dan ia merupakan kombinasi Muzium Sejarah China dan Muzium Revolusi China. Muzium Revolusi China mempamerkan pelbagai objek, gambar, buku dan model yang menunjukkan pembangunan negara China. Sementara itu, Muzium Sejarah China pula mempamerkan pelbagai peninggalan budaya yang menggambarkan sejarah kebudayaan di China sejak 1,7 juta tahun lalu sehingga maharaja China meninggalkan takhta pada tahun 1921. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:37 AM PDT
SERAMAI 44 anak Orang Asli memulakan cabaran berkayak sejauh 30 kilometer menyusuri Sungai Johor bermula dari jeti Kampung Orang Asli (KOA) Sayong Pinang ke jeti Lanchara D'Malayos Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi, baru-baru ini. Program julung-julung kali diadakan itu adalah anjuran Persatuan Persatuan Belia Persisiran Sungai Johor dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi yang turut disertai pegawai belia dan ahli kelab persatuan kayak Kota Tinggi. Aktiviti tersebut diadakan sempena program Transformasi Belia Negeri Johor 2013 yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan, menguji ketahanan dan kecerdasan fizikal para peserta. Para peserta kelihatan teruja menyertai cabaran berkayak di sungai tersebut yang merupakan satu pengalaman baharu kepada mereka. "Kebanyakan peserta baru pertama kali berkayak, jadi aspek keselamatan amat dititikberatkan. Kami turut mengambil langkah keselamatan dengan membawa anggota bomba dan penyelamat untuk memantau perjalanan aktiviti ini," kata Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, Mohd. Shafik Saprawi. Selain itu, para peserta diwajibkan memakai jaket keselamatan dan diberi latihan membina keyakinan dalam air terlebih dulu sebelum diberi peluang berkayak. Program berkenaan dirasmikan oleh calon BN Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki. Seorang peserta, Norhidayu Ayub, 25, yang baru kali pertama berkayak tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja untuk menyertai cabaran tersebut. "Ini merupakan pengalaman baharu dan saya rasa sangat seronok menyertainya. Sepanjang program ini, saya dapat mempelajari cara mendayung dan mengawal kayak dengan betul selain penerapan semangat kerjasama berpasukan," kata ibu kepada dua orang anak itu. Rakannya, Mahadi Abd. Ghani, 20, mengakui cabaran berkayak bukan sahaja menguji kekuatan fizikal malah para peserta perlu memberi sepenuh perhatian ketika berkayak. "Saya sudah biasa mengharungi sungai ini menggunakan bot gentian kaca namun berkayak tidak semudah seperti yang disangkakan. Ia memerlukan daya ketahanan mental yang tinggi selain kecergasan fizikal," kata anak sulung daripada tujuh beradik itu. | ||||
Posted: 20 Apr 2013 04:36 AM PDT NASI kandar yang popular di Pulau Pinang mula diperkenalkan oleh komuniti India Muslim di sana. Nama hidangan tersebut berasal daripada dua bekas nasi dan lauk yang digantung menggunakan kayu yang dipanggil kandar. Walaupun gaya hidangannya sudah berubah, namanya masih kekal digunakan sehingga kini, malah mudah dijumpai di kebanyakan restoran Mamak di seluruh negara. Kini, resipi nasi kandar sudah diperbaharui dengan pelbagai hidangan sampingan yang menarik seperti variasi pilihan kari mengikut selera pelanggan. Bagi penggemar resipi autentik nasi kandar, anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati hidangan tersebut di Cinnamon Coffee House. Restoran di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor itu menyediakan sembilan jenis lauk bagi nasi kandar.
Antaranya ialah acar rampai, sup ayam berempah, sambal udang, ayam beriani, rendang kambing, telur ikan goreng, kari kepala ikan dan sayur campuran kunyit. Tatkala menjamu selera dengan menu rendang yang dihidangkan, pengunjung pasti terimbau kenangan pada pagi Lebaran kerana sajian yang disediakan pasti memenuhi cita rasa pelanggan. Selain itu, kuih-muih tradisional seperti kuih lapis, pulut panggang, pulut tai tai, talam keladi dan potongan buah-buahan turut dihidangkan menjadi pelengkap hidangan makan malam. Pasti belum ramai yang pernah merasa keenakan pulut tai tai kerana ia jarang ditemui. Di Cinnamon Coffee House pengunjung berpeluang merasa sendiri kelazatan pulut berwarna kebiruan itu kerana rasanya yang berlemak dan manis.
Konsep hidangan adalah ala buffet pada harga RM47 bagi kanak-kanak yang berusia antara 4 hingga 12 tahun, manakala RM93 bagi orang dewasa. Hidangan mula disajikan kepada pengunjung dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam pada setiap hari. Pengunjung boleh menghubungi Cinnamon Coffee House di talian 03-7681 1157 untuk membuat tempahan awal. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |