Khamis, 18 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Konsert 'Jelajah 3 Permata' Di Enam Negeri

Posted: 16 Apr 2013 10:14 PM PDT

Penyanyi yang bakal menjayakan 'Konsert Jelajah 3 Permata'. Dari kiri; Misha Omar, Adibah Noor dan Jaclyn Victor
PETALING JAYA: Tiga penyanyi iaitu Misha Omar, Adibah Noor dan Jacyln Victor yakin dapat membentuk keserasian pada 'Konsert Jelajah '3 Permata' yang menggandingkan mereka bermula September depan.
Menurut ketiga-tiga penyanyi itu pengalaman mengadakan konsert di Espelanade, Singapura penghujung tahun lalu yang mendapat sambutan hangat peminat membuatkan mereka selesa berada di pentas sama.
"Mencari keserasian itu tiada masalah kerana kami pernah terlibat dalam konsert sama penghujung tahun lalu di Singapura.
"Kami yakin peminat tempatan dapat memberi sokongan pada konsert jelajah ini nanti," kata Jaclyn semasa sidang media konsert berkenaan yang diadakan di The Curve, di sini, Selasa.
Konsert itu bakal menjelajah enam buah negeri iaitu Sarawak (21 September), Sabah (28 September), Johor (12 Oktober), Pahang (19 Oktober), Kedah (26 Oktober) dan Kuala Lumpur (2 November).
Dalam pada itu, Jaclyn berkata, konsert ini bakal menjadi sejarah buatnya kerana dia belum pernah terlibat dalam konsert jelajah solo mahupun bertiga di Malaysia.
"Tidak sabar rasanya untuk menjelajah bersama Adibah dan Misha kerana selain dapat bertemu peminat, ia adalah kali pertama saya dapat terlibat dalam konsert jelajah," katanya.
Selain bakal mempersembahkan lagu-lagu popular masing-masing, mereka juga merancang untuk berduet dalam konsert yang bakal berlangsung selama 90 minit itu.
Sementara itu, wakil penganjur dari Dangerous Events, Faizul Zakaria berkata, pemilihan tiga nama berkenaan adalah bagi memberi ruang kepada peminat tempatan yang terlepas peluang menyaksikan persembahan mantap mereka di Singapura tahun lalu.
"Sebut sahaja nama mereka semua orang kenal kerana kehebatan vokal yang mantap.
"Atas permintaan ramai juga kami sekali lagi menggandingkan ketiga-tiga nama ini dalam satu konsert jelajah," jelasnya.
Bagaimanapun kata Faizul lokasi sebenar konsert di enam buah negeri itu akan dimaklumkan kemudian.
Peminat yang ingin membuat tempahan tiket dan maklumat 'Konsert Jelajah 3 Permata' boleh melayari www.3permata.com.my.

Lihat P.Ramlee Kena 'Boo' Sedarkan Jamal Abdillah

Posted: 16 Apr 2013 10:13 PM PDT

Jamal (kiri) menyerahkan cek bernilai RM2,000 kepada Zed Zaidi sambil diperhatikan Mohamed Juhari (kanan) dan Faridah Ishak.
KUALA LUMPUR: Pengalaman menyaksikan bagaimana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak diterima peminat apabila beliau kena 'boo' dalam satu persembahan pentas benar-benar memberi pengajaran besar kepada bintang pop, Jamal Abdillah.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 54, berkata, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya dan ia turut mengundang rasa takut ketika memikirkan bagaimana peminat menolak karya-karya Allahyarham semasa zaman kejatuhannya pada tahun 1970-an.
"Kejadian itu saya saksikan sendiri ketika saya masih kanak-kanak. Pada waktu itu saya menonton persembahan P. Ramlee dengan beberapa artis lain termasuklah A. Ramlie dan L. Ramli di Kuala Selangor.
"Ketika P.Ramlee muncul, dia kena 'boo'. Peminat sudah tidak boleh terima muzik dia lagi pada waktu itu sedangkan dia adalah satu nama besar dalam industri seni. Ia membuatkan saya rasa takut," katanya kepada mStar Online.
Jamal ditemui pada majlis sidang media kedua, 'Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan' di Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak di sini pada Selasa.
Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Konsert yang akan menghimpunkan lagu-lagu P. Ramlee itu bakal di adakan di Istana Budaya di sini dari 30 Mei sehingga 2 Jun depan. Ia menelan kos hampir RM500,000.
Jamal berkata, peristiwa Allahyarham tidak lagi diminati itu membuatkan dia sedar kejadian yang sama boleh berlaku kepada mana-mana artis termasuklah dirinya suatu hari nanti.
Katanya, dalam menghadapi situasi itu, dia perlu memikirkan banyak perkara agar legasi seni yang ada pada dirinya tidak terus hilang begitu sahaja.
"Saya rasa benda ini akan berulang pada kita yang sudah 'lama' ini. Apa yang perlu, bagaimana kita nak kekalkan momentum diri kita ini agar tidak menjadi seperti itu," ujarnya.
Sementara itu mengenai konsert berkenaan pula kata Jamal, dia sudah memikirkan lapan segmen yang akan ditampilkan yang mana setiap segmen itu mempunyai tema tersendiri.
Antaranya ialah segmen 'romantis' yang akan memaparkan lagu-lagu cinta, 'riwayat ku' – mengisahkan bagaimana P. Ramnee dilupakan, 'jenaka' – menampilkan lagu-lagu mencuit hati dan juga 'barang yang lepas jangan di kenang' – paparan klip video menarik dan lucu mengenai Allahyarham.
Tambah Jamal, dia juga seudah bersedia dengan 30 buah lagu yang dijangka segar dalam fikiran peminat bersama 55 pemuzik orkestra di bawah bimbingan Leornad Yeap sebagai pengarah muzik.
Tiket- tiket serendah RM65 hingga RM455 sudah banyak dijual dan ia menandakan sokongan positif daripada penonton.
"Syukur setakat ini penjualan tiket amat menggalakkan dan saya mengharapkan ia akan terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang meminati lagu-lagu P.Ramlee," katanya yang mengakui tidak mendapat penaja bagi menjayakan persembahan berkenaan.
Terdahulu dalam sidang media tersebut Jamal turut menyampaikan sumbangan perbadi syarikatnya iaitu Bintang Channel Sdn Bhd sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Seniman bagi membaik pulih kubur P.Ramlee di Jalan Ampang, di sini yang rosak akibat dihempap pokok baru-baru ini.
Turut memberi sumbangan ialah pihak Arkib Negara.
Orang ramai yang ingin menempah tiket konsert Jamal bolehlah melayari www.tiket2u.biz atau hubungi talian 03-41478600.

Edry Tidak Berhasrat Hasilkan Filem Ringan

Posted: 16 Apr 2013 10:12 PM PDT

Edry mahu terus membikin filem-filem bergenre yang lebih serius.
PETLAING JAYA: Komposer dan pengarah filem, Edry Abdul Halim tidak berminat untuk menghasilkan filem-filem ringan kerana ingin memberi fokus kepada genre yang lebih serius dalam karyanya.
Edry, 37, berkata, sebagai pengarah dia perlu mengambil risiko walaupun sedar kebanyakan penonton di negara ini masih belum bersedia untuk menerima filem sedemikian.
"Filem berbentuk hiburan ringan saya tidak beberapa minat nak buat kerana ingin memberi fokus kepada konsep dan tema yang lebih serius dalam karya saya.
"Banyak idea ingin diterjemahkan dalam sesebuah filem tetapi apa yang saya ingin buat itu bukan tahap orang hendak tengok sahaja tetapi beberapa risiko perlu diambil," jelasnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Edry berkata, penonton perlu membuka minda mereka untuk menerima filem genre lain selain daripada komedi ringan yang mana penerbitannya terlalu banyak di pasaran.
"Penonton perlu membuka minda untuk menerima genre filem yang lebih daripada sekadar komedi dan perkara itu adalah antara cabaran buat pengarah seperti saya," ujarnya.
Bagaimanapun kata Edry, pendiriannya itu tidak bererti dia merendahkan penerbit atau pengarah yang membuat filem genre ringan sebaliknya ia adalah hak masing-masing.
"Perkara ini sebenarnya berbalik kepada permintaan daripada penonton yang sukakan filem sedemikian namun saya sebagai pengarah filem ingin mengubah landskap itu walaupun bukan mudah dan berpegang pada prinsip," katanya.

Adibah Noor Ragu-Ragu Diajak Sertai Konsert

Posted: 16 Apr 2013 10:12 PM PDT

Adibah Noor
PETALING JAYA: Penyanyi Adibah Noor mengakui terpaksa bersikap skeptikal atau ragu-ragu apabila pihak Dangerous Events menjemputnya untuk mengadakan konsert jelajah bersama Misha Omar dan Jaclyn Victor.
Adibah berkata, perasaan itu timbul kerana dia bimbang konsert yang diberi nama 'Konsert Jelajah 3 Permata' itu gagal menarik penonton untuk membeli tiket menyaksikan persembahan mereka.
"Satu perkara mengenai masyarakat kita adalah mereka tidak suka mengeluarkan wang untuk menyaksikan persembahan artis tempatan kerana mereka sukakan sesuatu yang percuma.
"Itu yang membuatkan saya agak skeptikal apabila pihak penganjur mahu membikin konsert ini," ujarnya ketika ditemui pemberita pada sidang media konsert itu di The Curve, di sini, Selasa.
Konsert jelajah itu bakal berlangsung di enam buah negeri pada tahun ini iaitu Sarawak (21 September), Sabah (28 September), Johor (12 Oktober), Pahang (19 Oktober), Kedah (26 Oktober) dan Kuala Lumpur (2 November).
Dalam pada itu, Adibah berkata, perasaan itu hilang apabila dia yakin dengan perancangan promosi yang telah disusun bagi memastikan persembahan tersebut mendapat sambutan.
Tambah Adibah, barisan artis yang ditampilkan iaitu Misha dan Jaclyn juga mempunyai peminat yang besar dan peluang itu tidak harus disia-siakan.
"Saya percaya pihak penganjur dapat mempromosikan acara ini ditambah dengan barisan artis yang ditampilkan cukup kuat," katanya.
Sementara itu, Adibah yang juga penyampai radio Suria FM memberitahu, walaupun sibuk dengan tugas di stesen radio itu dia yakin dapat memberikan tumpuan kepada projek berkenaan.
"Alhamdulillah ini adalah rezeki dan walaupun jadual sangat pada tetapi pengurusan masa itu penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar," ujarnya.
Selain 'Konsert Jelajah 3 Permata' itu, Adibah juga sedang giat menjalani latihan teater muzikal 'Chow Kit Road' yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada Mei ini.

Shazroul optimis jadi penyanyi

Posted: 16 Apr 2013 10:09 PM PDT


Shazroul
Shazroul
BIARPUN namanya tidaklah segah penyanyi popular lain, namun siapa sangka sebenarnya penyanyi berbakat ini pernah mengharumkan nama negara dengan menempatkan diri sebagai naib johan dalam pertandingan Asian Televisyen Melody Festival di Chi Minh City, Vietnam tahun lalu.

Mula menjinakkan diri dalam bidang nyanyian sejak 2006 dengan menyertai uji bakat pertandingan realiti Akademi Fantasia (AF) musim ke empat, Shazroul Fazlie, 28, tidak pernah putus harapan memperjuangkan bakat yang dimilikinya.

Menurut Shazroul, atas dasar minat dan mahu menyambung legasi neneknya yang suatu ketika dahulu pernah turut serta dalam bidang yang sama, dia optimis meneruskan impiannya bergelar penyanyi yang disegani.

"Selepas keluar dari AF, saya masih teruskan minat dalam bidang nyanyian dengan mengambil kelas vokal bersama penyanyi Hazami.
"Selepas itu pada tahun 2009, saya telah menghasilkan album penuh berjudul Cuma yang mengandungi sembilan lagu. Tapi sambutan yang saya terima tidak begitu baik," ujarnya kepada Zass.

Walaupun begitu, ia bukanlah alasan buat Shazroul untuk berputus asa malah menganggap perkara itu sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk terus berusaha dengan lebih keras.

"Saya akui melibatkan diri dalam bidang nyanyian bukanlah semudah yang dibayangkan. Tapi saya tidak akan berhenti mencuba kerana saya percaya satu hari nanti, bakat saya akan dilihat dan diterima baik oleh masyarakat.
"Selagi termampu, saya akan lakukan yang terbaik untuk teruskan minat saya dalam bidang ini," katanya.

Punya identiti tersendiri

Setiap penyanyi pasti memiliki target mahupun fokus yang tersendiri begitu juga dengan anak jati Kuala Lumpur ini yang mahu mencari identitinya yang tersendiri.

"Saya mahu orang mengenali saya dengan bakat yang tersendiri. Saya tidak mahu di samakan dengan mana-mana penyanyi lain.
"Selain mencari identiti, saya juga mahu mencari material yang berkualiti yang mampu memberi impak yang positif terhadap karier nyanyian saya.
"Kalau diberi peluang, saya berhasrat untuk menyanyikan lagu-lagu hasil sentuhan komposer terkenal seperti Ajai dan Edry Abdul Halim kerana karya mereka senang didengar," katanya.

Bertanyakan mengenai persaingan yang wujud dalam industri nyanyian kini, Shazroul akui dirinya tidak mahu terlalu memikirkan soal itu.

"Kalau mahu cerita mengenai persaingan memang ia wujud, tapi saya tidak mahu memikirkannya. Lebih baik saya fikirkan arah tuju karier saya.

"Setiap penyanyi yang ada dalam industri ini memiliki kelebihan masing-masing termasuklah diri saya sendiri oleh itu, saya perlu menggunakan bakat yang telah dikurniakan ini dengan sebaik mungkin," jelasnya.

'Pencuri Hati'

Bertanyakan mengenai perkembangan karier nyanyiannya, Shazroul memberitahu dia kini sedang sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul 'Pencuri Hati'.

Menurut Shazroul 'Pencuri Hati' adalah merupakan lagu duet dan ciptaan sepenuhnya oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Jejaka Melaya', Adzrin Azhar.
"Kami mula berkenalan pada satu majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri pada 2011. Dari situlah Adzrin mula memberi tawaran untuk berduet dengannya.

"Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang mengharapkan dirinya diterima lelaki pilihan dan lama-lama lelaki itu mula memahami hasratnya.
"Alhamdulillah, sambutan yang kami terima untuk single ini amatlah menggalakkan. Lagu ini juga sudah kerap dimainkan di corong-corong radio," katanya.

Jamal derma RM2,000 baiki pusara P. Ramlee

Posted: 16 Apr 2013 10:08 PM PDT


Jamal derma RM2,000 baiki pusara P. Ramlee
Jamal menyerahkan sumbangan kepada Zed Zaidi untuk membaik pulih pusara P. Ramlee sambil disaksikan Juhari.
PENYANYI Kekasih Awal dan Akhir, Jamal Abdillah menyumbangkan RM2,000 untuk membaik pulih pusara Seniman Negara

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang musnah akibat cuaca, baru-baru ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi, hari ini.

Menurut Jamal, sumbangan kecil itu sebagai tanda penghargaan terhadap seniman agung tersebut ekoran menggunakan lagu-lagu beliau selama ini.

"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau?

"Kebetulan musibah itu (pusara rosak) berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas sidang media kedua Konsert Extravaganza, hari ini.

Sementara itu, Zed Zaidi berkata, Jamal merupakan antara pihak paling awal yang menghubunginya untuk memberi sumbangan.

"Masa buat gotong-royong sebelum ini, Jamal antara orang pertama yang menghubungi saya kata nak bagi sumbangan.

"Ini perlu dicontohi. Kita akan usaha untuk membaiki semula pusara itu," katanya.

Dalam pada itu, pihak Arkib Negara turut menyampaikan sumbangan untuk tujuan sama kepada Zed Zaidi.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Muhamad Juhari Sharaani dan Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak.

Jenama Safi semakin kukuh

Posted: 16 Apr 2013 10:07 PM PDT


Produk Safi
.
Pengeluar produk Safi, Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd yakin jenama itu dapat mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju produk penjagaan kulit muka halal di negara ini dengan pelancaran rangkaian produk terbaru Safi Rania Diamond (SRD).

Pengarah Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, produk penjagaan Safi menjadi produk pilihan pengguna dengan pencuci muka Safi kini berada pada kedudukan nombor satu dalam pasaran tempatan manakala pelembab muka jenama itu di tangga kedua selepas jenama terkemuka antarabangsa.

"Keupayaan jenama Safi dalam menandingi jenama luar adalah membanggakan," katanya selepas melancarkan produk terbaru Safi Rania Diamond, di Subang Jaya, semalam.

Mengulas berhubung perkembangan rangkaian produk penjagaan Safi pada masa akan datang, beliau berkata, selain melancarkan produk baru, Wipro Unza juga akan melancarkan semula produk sedia ada dengan menambah baik formulasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit muka yang terbaik setiap dua hingga tiga tahun.

SRD adalah rangkaian produk perawatan antipenuaan kedua mampu milik Safi selepas Safi Rania Gold, yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah serta merawat, merangsang dan mengaktifkan pembentukan sel kolagen dan elastin kulit dua kali ganda.

"SRD juga direka untuk wanita berusia 40 tahun dan lewat 30 tahun yang mengalami masalah penuaan.

"Bagi menghasilkan produk bermutu ini, kami melakukan proses penyelidikan dan pembangunan selama hampir dua tahun dan membelanjakan wang yang banyak,' katanya.

Menurutnya, produk SRD sudah berada di pasaran sejak minggu lalu dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna.

Ibu maut dirempuh anak sendiri

Posted: 16 Apr 2013 10:03 PM PDT


Maut dirempuh anak sendiri
Orang ramai berkerumun melihat kesan rempuhan dalam kejadian itu.
Maut dirempuh anak sendiri
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas tersepit akibat dirempuh kereta dipandu anaknya.
BUTTERWORTH - Gara-gara gagal mengawal kemarahan terhadap ibu selepas bertengkar, seorang anak nekad merempuh ibunya hingga mati dalam kejadian di Taman Bunga Raya, Jalan Raja Uda di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.10 petang itu, mangsa, Tan Ng Choun, 57, maut selepas cedera parah akibat tersepit di pagar konkrit kerana dirempuh kereta dipandu anak lelakinya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejadian berlaku di hadapan rumah mangsa yang berjarak lebih kurang 50 meter dari rumah anaknya.

"Mangsa sebelum itu mengunjungi rumah anak lelakinya yang berusia 27 tahun yang terletak berdekatan untuk menyelesaikan masalah keluarga mereka membabitkan teman lelaki ibunya.

"Namun selepas gagal mencapai jalan penyelesaian, mangsa pulang ke rumahnya menunggang motosikal sambil diekori anak lelakinya yang memandu kereta," katanya.

Abdul Rahman berkata, sebaik menghampiri pintu pagar rumah, anak lelakinya bertindak merempuh ibunya yang berada di atas motosikal menyebabkan mangsa tersepit.

"Rempuhan kuat itu bukan sahaja menyebabkan dia mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian tetapi turut menyebabkan pagar konkrit di rumahnya runtuh.

"Beberapa jiran yang terkejut melihat kejadian itu kemudiannya cuba membantu mangsa sebelum mereka bertindak menghubungi polis kemudiannya," katanya.
Abdul Rahman berkata, punca pergaduhan dua beranak itu besar kemungkinan disebabkan oleh tidak puas hati anak mangsa terhadap teman lelaki ibunya.

"Sejak kematian suaminya, mangsa menjalin hubungan dengan seorang lelaki tetapi tidak disenangi oleh anak lelakinya itu.

"Mereka dikatakan sering bergaduh berkaitan masalah berkenaan, bagaimanapun polis perlu melakukan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu," katanya.

Abdul Rahman berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian dan kini direman selama seminggu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat mangsa dihantar untuk bedah siasat di Hospital Seberang Jaya sejurus selepas itu.

Kekasih hadiahkan Zizan iPhone 5

Posted: 16 Apr 2013 09:58 PM PDT


ZIZAN mengakui dia menyenangi wanita yang berpenampilan sederhana.


SEKADAR berseloroh ketika memberikan ucapan pada majlis sambutan hari jadi ke-29, Zizan Razak akhirnya mendedahkan dia kini telah jatuh hati kepada seorang gadis yang baru dikenalinya.
Gadis itu, kata Zizan, bukan individu yang berada dalam industri hiburan malah personaliti gadis misteri itu telah menarik minatnya untuk berkenalan dengan lebih rapat.
"Tahun ini, usia saya sudah menjangkau 29 tahun dan saya merancang untuk berkahwin pada usia saya 30 tahun, tetapi soal jodoh kita tidak tahu.
"Individu yang berkenan di hati sudah ada tapi susah nak cakap. Untuk saya katakan dia kekasih hati, sebenarnya masih berbelah bagi lagi sebab saya takut dia tidak faham kerja saya.
"Namun, apa yang boleh saya katakan sekarang, dia bukan berada dalam industri seni, sebaliknya dia sentiasa dekat dengan saya. Susah nak sebut dia kekasih sebab belum sah lagi dia terima saya.
"Sejujurnya saya menyukai dia tapi belum terfikir ke arah selebihnya. Kami masing-masing sibuk dengan kerja dan jarang ada masa untuk berjumpa.
"Pasti, dia pun tidak tahu saya suka akan dia kerana saya tidak pernah meluahkannya," cerita Zizan jujur yang ditemui ketika sambutan hari jadinya yang ke-29 di Restoran D'saji Felda Villa, Kuala Lumpur kelmarin.
Bagaimanapun, sempena hari jadinya itu yang jatuh pada hari Isnin, 15 April lalu, ujar Zizan, dia dihadiahkan sebuah telefon pintar iPhone 5 oleh gadis itu.
Gadis sederhana
Menghuraikan lebih lanjut ciri-ciri utama yang membuka hatinya untuk meminati gadis tersebut, ujar Zizan, gadis itu memiliki peribadi dan penampilan yang serba sederhana.
"Minat itu timbul daripada hati dan saya tertarik melihat penampilannya kerana dia seorang yang sederhana dan kalau letakkan dia di mana-mana pun dia tak kisah.
"Saya bukan seorang yang suka wanita high class atau terlalu stailo. Bagi saya, wanita yang sederhana itu menyenangkan saya," ujarnya yang mahu mengunci mulut untuk berbicara lebih lanjut mengenai latar belakang gadis itu.
Zizan turut menjawab mengenai gosip yang pernah mengaitkannya dengan pelakon jelita, Juliana Evans dan terbaharu, Nora Danish.
"Saya tidak sedar gosip yang mengaitkan saya dengan beberapa orang dalam industri timbul sebelum ini. Saya ikhlas mengenali mereka dan apabila digosipkan, saya rasa memang pelik. Perkara itu main-main saja.
"Malah, baru-baru ini pun saya ada menghubungi Nora memandangkan saya baru tahu dia juga berasal dari Terengganu," dedahnya.
FIGURA ini merancang untuk berkahwin pada tahun depan.


Terkilan
Zizan dalam masa sama turut mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan dia terkilan kerana gagal meraih gelaran Bintang Paling Popular (yang dimenangi oleh Shaheizy Sam), Anugerah Bintang Popular 2012 baru-baru ini.
"Saya terkilan bukan kerana kalah tapi sebab peminat saya yang meletakkan harapan tinggi. Walaupun kita berusaha sebanyak mana pun jika sudah bukan rezeki, pasti kemenangan bukan milik kita.
"Semua mahukan kemenangan tapi kalau tiada kualiti kerja tidak berguna juga. Sam seorang yang berbakat dan saya gembira atas kemenangannya malah saya juga salah seorang peminat dia.
Zizan bakal muncul menerusi filem Bikers Kental pada 23 Mei depan selain tiga buah filem lakonannya iaitu KL Zombi, KL Gangster 2 dan Tokan.
Menafikan dirinya akan berubah walaupun kini semakin popular dan mengecapi kejayaan sepanjang masa, Zizan menegaskan dia masih memerlukan peminat untuk kekal bertahan dalam industri.
"Setiap hari bangun tidur, saya rasa diri ini masih 'hijau' dan perlu belajar lebih banyak. Kalau popular tak membahagiakan orang pun belum tentu akan berjaya," tuturnya.

Hans, Neelofa kunci mulut

Posted: 16 Apr 2013 09:57 PM PDT



SEJAK pelakon muda, Neelofa menjadi pilihan utama Hans Isaac untuk filem arahannya iaitu Lemak Kampung Santan, gosip cinta antara mereka mula bertiup kencang.
Gosip itu semakin panas apabila mereka menjalani penggambaran filem tersebut pada Oktober, 2011. Baik Hans mahupun Neelofa, masing-masing tidak memberi sebarang pengesahan yang sahih tentang status hubungan mereka.
Kenyataan yang sering diberikan mereka: "Kami berkawan rapat dan selesa antara satu sama lain."
Dalam satu temu bual sebelum ini, Hans pernah mengakui berkenalan rapat dengan keluarga Neelofa.
Bagaimanapun, pada sidang media filem Lemak Kampung Santan baru-baru ini, Hans enggan berkongsi kisah peribadi dirinya dengan media.
"Saya tidak mahu gosip cinta dan cerita tentang hubungan kami menjadi cerita yang lebih besar daripada filem saya. Sebab itu saya mengadakan sidang media sekarang meskipun filem saya akan ditayangkan lambat lagi," katanya.
Sungguhpun begitu, Hans mengakui dia tertarik kepada Neelofa saat pertama kali bertemu dengannya pada sesi uji bakat yang dijalankan.
"Sejujurnya saya langsung tidak mengenali siapa Neelofa sebelum bekerja dengannya. Sebelum memilih Neelofa saya telah mempunyai pilihan pelakon wanita yang lain, jauh lebih senior daripadanya.
"Namun, waktu itu Aziz M. Osman mencadangkan kepada saya supaya mengambil Neelofa. Selepas bertemu dengannya buat pertama kali kami terus serasi.
"Benarlah kata Aziz, Neelofa seorang pemikir, bukannya pelakon yang cantik dan kejar glamor semata-mata," tuturnya.
Tambahnya, pada sesi uji bakat, Neelofa telah mengejutkan dirinya kerana berjaya melontarkan skrip seperti pelakon senior meskipun ketika itu dia masih terlalu baru dalam dunia lakonan.
"Saya tertanya-tanya juga, pandai atau tidak dia berlakon? Selepas melihat sendiri bakatnya saya cukup yakin dan terus mengambilnya untuk watak Tiga.
"Sejak berkerja sama, kami berdua mula rapat. Apa yang saya suka tentangnya, dia boleh buat saya ketawa," ujarnya.
GOSIP cinta Hans, Neelofa bukan gimik untuk pancing penonton.


Ditebak mengapa sebelum ini Hans lebih terbuka berkongsi kisah cintanya, jawab Hans, dia telah belajar daripada kesilapan lalu.
"Sebelum ini memang saya bersikap terbuka dengan siapa saya bercinta tetapi dengan sikap terbuka itu saya telah mendapat banyak masalah.
"Saya penat untuk menjawab soalan yang sama berulang kali. Rasanya cukuplah saya dikenali dengan gosip cinta kerana apa yang saya inginkan andai saya tiada lagi di dunia ini ialah pencapaian saya dalam industri seni," balasnya.
Kata Hans, filem yang tidak cukup bagus sahaja akan menggunakan gosip cinta sebagai gimik untuk melariskan filem mereka.
"Selalunya penerbit yang menggunakan gosip cinta sebagai gimik untuk lariskan filem kerana mereka tidak yakin dengan filem sendiri.
"Jujurnya, zaman 80-an banyak produksi filem menggunakan cara tersebut untuk melariskan filem. Hollywood juga tidak terkecuali.
"Sekarang sudah tahun 2013, tidak mungkin saya akan menggunakan cara yang sama untuk memancing penonton ke pawagam," ujarnya.
Jika sudah berkata begitu, sudah pasti Hans sangat yakin dengan kualiti Lemak Kampung Santan yang dihasilkan dengan kos mencecah RM1.7 juta itu.
"Ya, memang saya cukup yakin filem saya berkualiti. Saya mempunyai barisan pelakon yang terbaik dan saya sendiri memastikan setiap babak di pawagam berbaloi untuk ditonton," jelasnya.
Permaisuri
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor mengakui, gosip cinta yang bertebaran tidak dirancang. Bukan itu sahaja, gosip cinta itu tidak mengganggu konsentrasinya ketika berlakon bersama Hans.
"Ketika gosip itu hangat diperkatakan, kami sedang berada pada akhir penggambaran. Terus-terang, saya langsung tidak terganggu dengan gosip itu.
"Saya tidak akan sesekali mencampurkan urusan kerja dengan urusan peribadi. Saya juga kunci mulut tentang kisah peribadi, apa yang saya boleh katakan kami berkawan baik, itu sahaja," balas pelakon berusia 24 tahun itu.
Sambung pelakon kelahiran Kelantan itu, sepanjang penggambaran Lemak Kampung Santan selama 45 hari, dia diberi layanan bak permaisuri oleh Hans.
"Memang cukup berbeza ketika berada di set penggambaran Hans. Semuanya cukup lengkap. Makanan, tempat rehat dan karavan yang lengkap dengan penghawa dingin. Rasa seperti permaisuri (ketawa).
"Kemudahan itu bukan untuk saya seorang sahaja, tetapi untuk semua pelakon yang terlibat, jadi jangan salah faham," tuturnya berseloroh.
Tambahnya, terlibat dalam filem tersebut pada tahun pertama menceburi bidang seni telah mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi kerana dikelilingi oleh pelakon-pelakon yang berkaliber selain skrip filem yang cukup menarik.
"Apabila berlakon dalam filem ini saya dapat rasa diri saya berada setingkat lebih tinggi kerana pelakon sekeliling saya semuanya hebat-hebat.
"Mereka tidak lokek memberikan ilmu untuk saya menjadi pelakon yang lebih baik. Ini antara filem yang saya tidak sabar untuk penonton beri respons kerana saya buat sehabis baik," katanya tentang filem keempat lakonannya itu.
NEELOFA dan Hans memilih untuk tidak membicarakan soal peribadi secara lantang.


Hero
Menerusi filem terbitan Tall Order Production Sdn. Bhd. tersebut, Hans membawakan watak utama sebagai Ridzuan. Pada masa yang sama Hans juga memegang tanggungjawab sebagai penulis skrip serta pengarah.
Walaupun ia turut dibintangi oleh barisan pelakon gred A seperti Harun Salim Bachik, Awie, Natasha Hudson dan Khir Rahman, namun Hans seperti tidak mahu memberi peluang kepada pelakon lain untuk memegang watak utama.
Saat diajukan persoalan tersebut kepadanya, Hans menjawab: "Selepas berfikir panjang, saya tidak melihat ada pelakon yang mampu menggalas watak tersebut.
"Ini kerana watak Ridzuan itu sangat urban seperti diri saya sendiri. Tidak ada pelakon lain yang sesuai untuk watak itu selain diri saya sendiri."
Bercakap mengenai pemilihan pelakon pula, Hans mengatakan dia memilih pelakon yang bersesuai dengan watak, bukannya popular semata-mata.
"Setiap watak yang saya pilih cukup sesuai dengan pelakon. Saya cukup bertuah kerana mendapat pelakon-pelakon yang berjuang untuk industri filem.
"Mereka memberikan yang terbaik. Tidak sukar untuk mengarahkan mereka semua kerana mereka tahu apa yang perlu dilakukan di hadapan kamera," balasnya tentang filem yang diklasifikasikan sebagai PG13 (boleh ditonton oleh kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah tetapi dengan pengawasan ibu bapa) oleh Lembaga Penapisan Filem.
Filem Lemak Kampung Santan yang bakal ditayangkan pada Jun ini bergenre komedi, drama dan misteri mengisahkan seorang pemuda bandar Ridzuan (Hans Isaac) yang jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Tiga (Neelofa).
Ridzuan menyembunyikan identitinya, seorang pereka binaan dan dalam proses membina sebuah resort di Kampung Santan. Projek itu memaksa semua penduduk berpindah.
Bagaimanapun, terdapat misteri di Kampung Santan yang disembunyikan Tiga dan semua penduduk kampung tersebut.

Uqasha mahu tinggalkan MIG

Posted: 16 Apr 2013 09:56 PM PDT

UQASHA sedar dia sudah melanggar kontrak yang tidak membenarkan dia bercinta.


NAMA Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen atau Uqasha tiba-tiba mencuri perhatian peminat apabila gambar dia berpegangan tangan bersama pelakon filem Rock Oo dan Bunohan, Pekin Ibrahim di Phuket, Thailand tersebar di laman sesawang.
Ramai yang membuat andaian mengatakan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu bercinta dengan Pekin. Walaubagaimanapun kedua-dua pelakon itu menafikannya dan memberitahu kepada media yang mereka hanya berkawan rapat.
Belum lagi reda dengan gosip percintaan mereka, terbaharu timbul pula cerita mengenai pihak MIG Talent yang berasa kurang senang dengan pendedahan gambar kemesraan kedua-dua pelakon itu. Ini kerana Uqasha merupakan artis residen MIG Talent.
Memang termaktub dalam kontrak, apabila bergelar artis residen MIG Talent, seseorang pelakon itu dilarang menjalin hubungan cinta. MIG Talent merupakan anak syarikat kepada syarikat Metrowealth International Group (MIG) milik pengarah David Teo.
Disebabkan tekanan yang diberi oleh pihak MIG Talent, pelakon cantik berusia 21 tahun itu dikhabarkan nekad untuk keluar daripada syarikat tersebut selepas tamat kontrak kelak. Begitupun, Uqasha memberitahu, langkah itu bukan diambil disebabkan Pekin semata-mata.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Uqasha seterusnya.
Kosmo!: Sejak bilakah anda menjadi artis residen MIG Talent?
UQASHA: Sejak bulan November tahun lepas.
Bilakah kontrak anda akan tamat?
Kontrak saya akan diperbaharui setahun demi setahun.
Benarkah sebagai artis MIG anda tidak dibenarkan bercinta?
Ya, tetapi memang saya bercadang mahu keluar daripada MIG.
Anda masih berbaki tujuh bulan lagi kontrak bersama MIG. Jadi bagaimana?
Mungkin saya akan meninggalkan MIG selepas kontrak tamat. Saya sebenarnya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana ia akan membuatkan beberapa pihak terasa.
Kenapakah anda mengambil keputusan untuk keluar MIG? Adakah disebabkan Pekin?
Tidak. Saya memang bercadang keluar daripada MIG sebelum kenal Pekin lagi. Tolonglah saya tidak mahu mengulas lagi perkara ini.
Adakah anda dengan Pekin memang benar-benar bercinta?
Saya memang rapat dengan dia selepas sama-sama berlakon dalam filem Paku Pontianak.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya sedang menjalani penggambaran telefilem Mama I Love You untuk tayangan saluran Astro Ceria.
KATA Pekin, gambar dia berpegangan tangan dengan Uqasha sudah membuktikan mereka sedang dilamun cinta. Ia tidak memerlukan pengesahan daripada mulutnya.


SEMENTARA itu, Kosmo! juga mendapatkan maklum balas berhubung perkara ini dengan pelakon Pekin Ibrahim. Malangnya, Pekin yang kini berada di Sydney, Australia kerana terbabit dengan sebuah penggambaran drama enggan mengulas lanjut mengenai MIG. Dia sebaliknya lebih bersikap terbuka memberitahu hubungan cintanya dengan Uqasha sudah terjalin sejak bulan Februari lalu. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Pekin pula.
KOSMO!: Apabila gambar anda berpegangan tangan dengan Uqasha tersebar di laman sesawang, timbul cerita mengatakan pihak MIG Talent tidak berpuas hati kerana kalian telah melanggar perjanjian kontrak?
PEKIN: Maaf, saya enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini. Biarlah isu sebenarnya saya sendiri yang tahu.
Uqasha memberitahu yang dia ingin keluar daripada MIG, adakah ia disebabkan desakan anda?
Tidak. Mungkin itu adalah keputusannya sendiri. Bagi saya jika dia bukan di bawah MIG sekali pun, dia boleh pergi jauh kerana dia ada pesona dan bakat. Saya melihat bakat-bakat pelakon baharu yang ada dan saya dapati Uqasha mempunyai pesona.
Adakah anda tidak kisah Uqasha menumpang populariti anda?
Dia tidak menumpang populariti saya kerana dia ada bakat yang besar. Tidak perlu saya perkenalkan, orang boleh nilai dan nampak bakat dia.
Melihat pada kenyataan anda, sememangnya dilihat anda dan Uqasha mempunyai hubungan cinta. Benarkah?
Gambar yang sudah tersebar memperlihatkan saya dan dia berpegangan tangan. Jadi faham-faham sahajalah apa maksudnya.
Sudah berapa lama hubungan cinta anda dan dia berlangsung?
Sejak bulan Februari ketika kami sama-sama terlibat dalam penggambaran filem Paku Pontianak.
Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap Uqasha?
Keluarga saya okay dengan dia. Cuma saya tidak suka orang menulis buruk tentang dia dan cuba mengungkit sejarah silam dia. Dia ada maruah dan keluarga. Kalau orang cerita buruk tentang saya tidak apa kerana saya lelaki.
Apakah perkembangan terbaharu tentang anda?
Saya kini sedang menjalani penggambaran filem pendek berjudul Tali Nombor Enam dengan Khir Rahman. Lusa (Selasa) saya akan ke Sydney untuk menjalani penggambaran telefilem arahan Erma Fatima. Selain saya, Erra Fazira, Datin Paduka Umi Aida dan juga Nabila Huda turut berlakon bersama.

Pen jutaan ringgit Stewart

Posted: 16 Apr 2013 09:55 PM PDT

ROBERT PATTINSON dan Kristen Stewart.


SEBAGAI seorang kekasih, aktor Robert Pattinson memang tidak kedekut untuk membelanjakan wang yang banyak buat Kristen Stewart. Lebih-lebih lagi, apabila ia berkaitan dengan hadiah ulang tahun.
Menurut satu sumber, Pattinson telah membelanjakan lebih RM8 juta hanya untuk membeli sebatang pen sebagai hadiah ulang tahun ke-23 kekasihnya itu baru-baru ini.
Pen tersebut, bagaimanapun bukan sembarangan pen.
"Hanya terdapat 40 batang pen tersebut di dalam dunia. Dia telah membeli pen itu dengan warna putih keemasan dan dihiasi dengan emas," ujar satu sumber.
Pattinson menghadiahkan pen kepada Stewart kerana mengetahui kekasihnya itu seorang pengumpul pelbagai jenis dan bentuk pen. Justeru, dia melihat pemberian tersebut sebagai sangat sesuai.
Bagaimanapun, menurut sumber yang sama, Pattinson tidak sekadar memberi sebatang pen, sebaliknya turut memberi seutas gelang dan memujuk Stewart untuk kembali tinggal bersamanya selepas mereka berpisah beberapa bulan lalu.

Aksi penyamun dirakam CCTV

Posted: 16 Apr 2013 09:54 PM PDT

SALAH seorang suspek memecahkan cermin kereta dengan sebilah parang sebelum melarikan barang-barang peribadi mangsa.


GOMBAK – Dua penjenayah bersenjatakan parang pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun seorang lelaki telah dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) dan kini tersebar di laman sosial Facebook.
Kejadian pukul 8.39 pagi di Selayang Jaya di sini kelmarin berlaku apabila mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an sedang memanaskan enjin kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di luar rumah sebelum ke tempat kerja.
Secara tiba-tiba, dua lelaki menaiki motosikal dan memakai topi keledar bertutup penuh mendekati mangsa sebelum salah seorangnya memecahkan tingkap pemandu dengan parang.
Lebih memeranjatkan, kejadian berlaku ketika penduduk di taman perumahan itu sedang sibuk keluar untuk ke tempat kerja. Rakaman CCTV yang dipasang di hadapan rumah mangsa itu berdurasi selama 1.05 minit.
Difahamkan, suspek cuba mencederakan mangsa ketika dia mengarahkan lelaki itu menyerahkan barang-barang berharga seperti dompet, telefon bimbit dan kunci kereta sebelum melarikan diri.

Beg DagangHalal.com hanya RM1

Posted: 16 Apr 2013 09:53 PM PDT


DHALIFF dan Nor Atiqah menunjukkan contoh beg produk DagangHalal.com berharga RM1 yang bakal dijual pada Karnival Semarak Syariah pada 26 hingga 28 April ini.


KUALA LUMPUR – Karnival Semarak Syariah anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 26 April ini bakal dimeriahkan dengan jualan beg produk yang mengandungi pelbagai jenis barangan tetapi dengan harga RM1.
Penolong Pengurus Syariah dan Pengurusan Acara DagangAsia Net Sdn. Bhd., Dhaliff G. Anuar berkata, berdasarkan pengalaman Karnival 1Malaysia 1Halal yang dianjurkan pada tahun 2010, jualan beg produk tersebut mendapat sambutan.
"Ini merupakan kali ketujuh kita mengadakan jualan murah seumpama ini dan pengunjung yang membeli beg produk tersebut akan mendapat pelbagai produk menarik di dalamnya.
"Pembelian beg produk RM1 ini sangat berbaloi kerana harga minimum keseluruhan produk tersebut antara RM30 dan maksimum RM50," kata beliau ketika ditemui di pejabat DagangAsia Net Sdn. Bhd. di sini semalam.
Menurut beliau, jualan beg produk RM1 ini akan diadakan di gerai DagangHalal.com dan cara pembeliannya akan dimaklumkan dalam beberapa hari lagi melalui akhbar Kosmo! selaku akhbar rasmi untuk karnival ini.
Bagaimanapun, salah satu syarat untuk membeli beg RM1, pengunjung perlu membawa dua keratan kepala akhbar Kosmo!.

Ikan paus pembunuh dilihat berenang di utara New Zealand

Posted: 16 Apr 2013 09:48 PM PDT


BEBERAPA ekor ikan paus pembunuh berenang di luar pantai Paihia pada Sabtu lalu.


WELLINGTON - Sekumpulan ikan paus pembunuh spesies pseudo orca dilihat berenang di luar pantai Paihia di kawasan Bay of Islands di Pulau Utara, New Zealand pada Sabtu lalu.
Ikan paus tersebut kerap berenang bersama ikan lumba-lumba bottlenose.
Kepulauan itu memang terkenal sebagai destinasi pelancongan dalam kalangan pelancong asing dan tempatan yang mahu melihat ikan lumba-lumba dan paus.

Ke$ha mahu dikenali penyanyi berpakaian paling hodoh

Posted: 16 Apr 2013 09:47 PM PDT


KEI$HA memakai baju berwarna putih dan seluar yang lebar di bahagian kaki semasa menghadiri Anugerah MTV di bandar Culver pada Ahad lalu.


LOS ANGELES – Penyanyi terkenal, Ke$ha mempunyai matlamat semasa dia menghadiri Anugerah MTV di bandar Culver pada Ahad lalu.
Matlamat penyanyi itu adalah untuk menduduki senarai teratas selebriti yang memakai pakaian paling hodoh.
Penyanyi lagu Tik Tok itu memakai baju berwarna putih dan seluar yang lebar di bahagian kaki selain topi berwarna hitam.
Wajahnya turut disolek pucat dan dia memakai gincu bibir berwarna hitam.
Bintang berusia 26 tahun itu menyifatkan penampilannya sebagai kanak-kanak pada era tahun 1970-an.
Ke$ha mendakwa, ibunya amat bangga dengannya apabila dia dikritik kerana memilih pakaian itu.
Menurutnya, falsafah fesyennya ialah berseronok, membuat kesilapan dan sanggup mengambil risiko.

Gajah serang kereta di Afrika Selatan

Posted: 16 Apr 2013 09:45 PM PDT


GAMBAR menunjukkan kereta yang remuk selepas diserang seekor gajah di Taman Negara Kruger di wilayah Limpopo dan Mpumalanga, Afrika Selatan kelmarin.


JOHANNESBURG - Sebuah kereta dimusnahkan oleh seekor gajah di tepi sebatang jalan raya di Taman Negara Kruger di wilayah Limpopo dan Mpumalanga, Afrika Selatan kelmarin.
Satu pasukan perubatan dihantar ke tempat kejadian dengan menggunakan sebuah helikopter bagi membantu pemandu kereta tersebut yang cedera.
Pemandu lelaki itu kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Jurucakap taman tersebut, William Mabasa berkata, pihaknya masih belum mengetahui punca haiwan itu menjadi agresif sehingga ia menyerang kereta tersebut.

Bukan amfibia hodoh

Posted: 16 Apr 2013 09:44 PM PDT



KATAK dan kodok. Kedua-dua amfibia ini pasti tidak termasuk dalam senarai haiwan peliharaan yang menjadi dambaan kanak-kanak mahupun orang dewasa kerana terlalu jauh untuk dimasukkan dalam kategori haiwan yang comel.
Mana tidaknya, ia sering digambarkan sebagai haiwan yang hodoh, jijik dan menggelikan. Namun, realitinya haiwan dua alam berdarah sejuk dan bertulang belakang itu merupakan haiwan yang unik dan istimewa.
Dek selalu dipinggirkan dan tidak mendapat 'publisiti' meluas berbanding haiwan lain, mungkin ramai yang masih khilaf dan tidak dapat membezakan antara katak dan kodok.
Penulis sendiri hanya mengetahui mengenainya setelah meluangkan masa mengunjungi Pameran Katak dan Kodok di Muzium Alam Semula Jadi di Putrajaya baru-baru ini.
Katak mempunyai kulit yang licin dan lembap. Selain itu, ia juga memiliki kaki belakang yang panjang dan kuat untuk melompat lebih jauh serta mempunyai tubuh panjang, langsing dan kecil.
Gemar mendiami kawasan berair, ia juga mempunyai kelenjar parotid yang kecil dan ada sebilangannya tidak kelihatan.
Kodok pula mempunyai kulit menggerutu, berbintil-bintil dan kering. Kaki belakangnya yang pendek dan gemuk digunakan untuk meloncat dan merayap selain memiliki fizikal tubuh yang pendek dan gempal.
Lebih suka mendiami kawasan darat yang lebih kering, kodok mempunyai kelenjar parotid yang jelas kelihatan, besar dan bertoksin.
"Sebelum ini umum mengetahui bahawa ular makan katak, namun tidak ramai tahu bahawa ada katak yang makan ular iaitu dari jenis Bull frog.
"Katak pokok Brazil Izecksohn (Xenohyla truncata) pula merupakan spesies tunggal katak herbivor yang memakan buah koka dan beri arum," kata Nor Zela Suleiman yang bertugas sebagai Kurator Zoologi di Muzium Alam Semula Jadi.

BUKAN ular sahaja yang makan katak, malah katak dari spesies Bull Frog makan ular.


Diversiti katak dan kodok
Mengejutkan bukan? Sebenarnya diet katak dan kodok bergantung kepada fasa hidup, saiz mulut dan habitatnya.
Kebanyakan katak pada peringkat berudu ialah herbivor yang makan dengan menuras partikel-partikel yang terampai di dalam air, alga dan lumut.
Katak dewasa bersifat karnivor iaitu makan serangga, mamalia kecil, moluska atau reptilia yang bersesuaian dengan saiz mulutnya.
"Mangsanya ditangkap menggunakan lidah yang melekit dan ditelan hidup-hidup. Kedua-dua haiwan ini mengesan mangsa menggunakan deria penglihatan, bau, bunyi dan getaran bergantung kepada spesies.
"Mangsa sering kali diserang hendap atau ditangkap ketika lalu berdekatan tempat ia berehat," ujarnya sambil memberitahu katak jantan mempunyai saiz yang lebih kecil daripada betina.
Tambahnya, haiwan yang dianggap menggelikan oleh kebanyakan orang ini tidak menggemari suhu yang terlalu ekstrem sama ada terlalu panas atau sejuk, namun haiwan ini banyak ditemui mendiami hampir keseluruhan habitat dari pinggir pantai hingga ke puncak pergunungan.
Kebanyakan katak dan kodok hidup di lantai hutan atau mengorek lubang bawah tanah. Malah, ada sebahagiannya hinggap di atas pokok pada ketinggian berbeza, hidup di tepi atau di dalam kolam, tasik, sungai dan danau.
Kepelbagaian spesies katak dan kodok sangat tinggi di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap sepanjang tahun.
"Katak bertanduk Borneo (Megophrys Nasuta) bertabur secara meluas di Malaysia.
"Strukturnya persis daun kering dan bergerak dengan cara merayap dan duduk di lantai hutan," katanya sambil meminta penulis mengesan katak spesies tersebut di dalam salah satu bekas kaca yang dipamerkan.
Mata tertarik melihat katak comel berwarna biru yang labelnya tertulis Dendrobates Azureus. Walaupun warnanya menarik, awas ia daripada spesies beracun.
Katak-katak daripada keluarga Dendrobates mempunyai toksin yang boleh membunuh musuhnya apabila tersentuh atau termakan.
Kebiasaannya, keluarga ini mempunyai warna yang terang seperti biru, merah, oren atau kuning sebagai tanda amaran bahawa mereka beracun.
"Katak Azureus sangat beracun di habitat asalnya kerana diet pemakanannya. Ia makan semut yang makan pokok beracun.
"Jadi, racun pokok tersebut dipindahkan kepada semut dan kemudian racun itu hadir dalam badan katak," ujarnya.
Malah, seekor katak beracun Phyllobates terribilis berupaya menghasilkan toksin yang boleh membunuh 10 lelaki dewasa.

SALAH seorang pengunjung mengambil kesempatan merakamkan gambar katak yang dilihatnya.


Kebanyakan katak ini hidup secara terestrial (daratan) di hutan hujan tropika di Brazil, Ecuador dan Lembangan Amazon. Ia mempunyai kelakuan yang sangat kompleks dari segi sosial, kewilayahan, memikat dan penjagaan anak.
Sifat beracun merupakan salah satu daripada strategi mempertahankan diri kedua-dua amfibia tersebut.
Strategi lain yang sering kali digunakan oleh katak dan kodok untuk menyelamatkan diri daripada musuh adalah penyamaran, melompat sejauh mungkin, pura-pura mati, kembungkan badan dan mengeluarkan cecair berbau busuk daripada kelenjar parotidnya.
Sama ada anda percaya atau tidak, orang Matses dan Mayoruna di Amerika Selatan menjilat permukaan badan katak pokok iaitu Phyllomedusa bicolor yang merupakan antara katak pokok paling besar saiznya.
Katak tersebut dijilat bagi memberikan rasa khayal. Ia juga dilaporkan mampu menghasilkan pelbagai kesan rangsangan daripada ubat pelali dan halusinasi.
Pameran untuk pendidikan
Kurator Muzium Alam Semula Jadi, Degor Johia memberitahu, Malaysia menjadi habitat kepada 3.3 peratus daripada keseluruhan spesies anura (katak dan kodok) yang telah direkodkan di dunia.
Saban tahun, ada sahaja penemuan baharu direkodkan terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Setakat ini, 100 spesies daripada 237 spesies di negara ini ditemui di Semenanjung Malaysia, manakala selebihnya terdapat di Sabah dan Sarawak.
"Jika katak hidup dalam kaptiviti, usianya boleh menjangkau sehingga 40 tahun berdasarkan rekod yang pernah dilakukan oleh Zoo San Diego di Amerika Syarikat yang membela katak.
"Purata usia katak yang hidup dalam habitat semula jadinya menjangkau usia 10 hingga 15 tahun," katanya yang mendapat kerjasama pakar katak dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Norhayati Ahmad untuk menjayakan Pameran Katak dan Kodok yang berlangsung selama sebulan.
Menurutnya, sepanjang pameran dijalankan, pelbagai aktiviti akan dirangka dari masa ke masa pada setiap hujung minggu khusus buat pelajar sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah bicara ilmiah yang mendedahkan pengunjung mengenai kepentingan katak dan kodok serta cara penjagaannya sebagai haiwan peliharaan.
KATAK bertanduk Borneo ini sukar dikesan memandangkan badannya persis daun kering dan sering merayap di lantai hutan.


Dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang, ia tidak mengenakan sebarang bayaran masuk buat kanak-kanak manakala orang dewasa hanya perlu membayar RM2 seorang dan RM5 buat warga asing.
Ditanya sama ada kedua-dua haiwan amfibia tersebut sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan, Degor memberitahu, ia dibenarkan tetapi mengikut spesies kerana kebanyakan spesies katak dan kodok dilindungi oleh Jabatan Perhilitan.
Katak dan kodok dalam pameran tersebut diperoleh muzium daripada pelbagai pihak manakala katak awet basah dan kering melalui kerjasama UKM.
Dalam pada itu, Pengetua Krista Kindergarten, Bandar Bukit Raja, Klang, B. Subashini, 33, menyifatkan pameran katak dan kodok yang dianjurkan pihak muzium sangat bagus.
"Ia bukan sahaja sarat dengan informasi, malah pengunjung terutamanya kanak-kanak dapat melihat dengan lebih dekat spesies katak dan kodok yang jarang ditemui di Malaysia.
"Pelajar prasekolah yang datang ke sini begitu teruja dan seronok apabila mereka dapat membezakan antara katak dan kodok," katanya sambil memberitahu mengunjungi muzium lebih baik berbanding taman tema yang memberikan elemen keseronokan sahaja.

Katak dan kodok jadi sumber protein

Posted: 16 Apr 2013 09:43 PM PDT

PERCAYA atau tidak, manusia telah menjadikan katak sebagai sumber protein sejak ribuan tahun lalu.


SEBUT sahaja katak mahupun kodok, rata-rata daripada kita menganggap haiwan pemilik fizikal hodoh dan menggelikan ini tidak menyumbang apa-apa kepada kebaikan kehidupan manusia.
Hakikatnya, haiwan ini menjadi pelengkap kepada ekosistem kehidupan.
Menurut Kurator Zoologi Muzium Alam Semula Jadi, Nor Zela Suleiman, dalam ekosistem, semua haiwan saling berhubung kait.
"Jika katak dan kodok ini semakin kecil jumlahnya, ia akan menjadi tidak seimbang dan kemungkinan jumlah serangga bertambah.
"Bukan sahaja ular kekurangan makanan, malah ia akan menimbulkan masalah lain pula seperti penyakit pembawaan serangga akibat jumlahnya tidak terkawal," katanya yang suka bermain dengan katak seawal usia lima tahun.
Ujarnya, bilangan serangga perosak akan meningkat dan memusnahkan tanaman sekali gus menyebabkan penggunaan racun perosak secara berleluasa hingga menyebabkan lebih banyak hidupan akuatik mati.
"Populasi serangga pembawa penyakit akan meningkat dan ini akan menyebabkan penyakit seperti denggi dan malaria juga akan meningkat.
"Banyak haiwan pemangsa katak dalam rantaian makanan akan berkurangan seperti ular, burung hantu dan lain-lain," katanya.
Agen kawalan biologi
Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa kedua-dua amfibia tersebut penting sebagai agen kawalan biologi.
Ini dapat dilihat pada tahun 1987, negara India telah mengharamkan pengeksportan katak selepas penurunan populasi katak tempatan secara drastik hingga mengakibatkan populasi nyamuk dan jangkitan malaria meningkat.
Petani pula terpaksa menggunakan racun serangga untuk mengawal populasi serangga perosak tanaman.
Kajian mendapati 1,000 ekor Katak Cengkerik Utara (Acris crepitans) makan empat hingga lima juta antropoda yang kebanyakannya ialah serangga setahun. Hasil kajian itu membuktikan bahawa katak juga merupakan agen kawalan biologi yang penting.
Haiwan dua alam itu yang larvanya hidup di dalam persekitaran akuatik dan apabila dewasa hidup di daratan akan mengalami kesan negatif jika kedua-dua persekitaran iaitu akuatik dan daratan mengalami perubahan serta degradasi.
Kehadiran haiwan dua alam berkenaan juga boleh dijadikan indikator biologi terhadap pencemaran dan perubahan ekosistem di habitatnya.
Sumber protein
Mungkin ia sesuatu yang mengejutkan, tetapi manusia telah menjadikan haiwan ini sebagai salah satu sumber protein sejak ribuan tahun yang lalu.
Maka, tidak hairanlah apabila kaki belakang katak menjadi hidangan eksotik yang semakin mendapat permintaan tinggi kini.
Perancis merupakan negara pengimport katak terbesar iaitu sebanyak 2,500 tan hingga 4,000 tan katak diimport ke negara tersebut setiap tahun, manakala Indonesia ialah negara pengeksport katak utama dunia dengan bekalan 5,000 tan katak yang siap diproses ke Perancis, Belgium dan Luxembourg.

KEMEROSOTAN bilangan katak dalam ekosistem akan menyebabkan ular tiada sumber makanan.


Sumber ubat-ubatan
Katak beracun Epipedobates tricolor dari Equador, Brazil mempunyai toksin yang mampu membunuh.
Sungguhpun begitu, toksinnya diekstrak untuk mendapatkan sebatian epibatidine bagi tujuan penghasilan ubat tahan sakit yang lebih efektif daripada morfin.
Kini, populasi amfibia tersebut semakin menyusut di seluruh dunia berikutan terlalu sensitif terhadap perubahan persekitaran hingga diancam kepupusan.
Beberapa sebab utama kepupusan haiwan itu telah dirungkai oleh saintis. Antara sebab-sebabnya termasuklah penebangan hutan dan penambakan kawasan bencah yang boleh memusnahkan keseluruhan habitat semula jadi katak.
Dalam pada itu, pencemaran bahan kimia seperti baja dan racun perosak boleh menyebabkan kecacatan fizikal katak ditambah pula dengan kehadiran penyakit serta parasit bawaan bakteria, virus dan chytrid fungus yang menyebabkan kematian amfibia tersebut secara besar-besaran.
"Dalam masa 100 tahun ini, lima spesies katak pupus sepenuhnya. Lebih 300 spesies sudah diancam kepupusan, manakala 37 spesies sudah tiada dalam habitat liar dan cuma dibiak dalam kaptiviti (kurungan)," katanya.

WeChat versi tempatan

Posted: 16 Apr 2013 09:42 PM PDT


FUNGSI mesej suara memudahkan pengguna menghantar pesanan tanpa perlu menaip.


LEDAKAN penggunaan telefon pintar turut menukar cara orang ramai berhubung dengan gajet tersebut. Bukan setakat khidmat pesanan ringkas (SMS) atau membuat panggilan, aplikasi-aplikasi komunikasi memudahkan perhubungan. Ia juga percuma kepada mereka yang memiliki pelan data internet mobil.
Aplikasi-aplikasi seperti Line, WhatsApp, Viber dan WeChat mempunyai persamaan iaitu dari segi ruang berbual dan penghantaran fail.
Begitupun, kesemua aplikasi itu mempunyai keistimewaan tersendiri dan WeChat berbeza dari segi fungsi Push To Talk.
Jika sebelum ini, setiap mesej perlu ditaip namun menggunakan WeChat, pengguna hanya perlu menekan butang, bercakap dan seterusnya mesej dihantar ke penerima.
"Menghantar SMS ketika memandu amat berbahaya tetapi menggunakan WeChat lebih selamat kerana tidak perlu menaip lagi, hanya bercakap dan mesej dihantar," kata pelakon yang baru memenangi Anugerah Bintang Paling Popular anjuran sebuah akhbar tempatan, Shaheizy Sam.
Dia dan Lisa Surihani ditemui pada majlis pelancaran iklan televisyen versi tempatan berbahasa Melayu di Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, Ba U Shan-Ting.
Iklan televisyen WeChat bahasa Melayu mempunyai tiga versi menarik dengan setiap satunya memberi penekanan yang berbeza.
Dekat kepada masyarakat
Sebelum ini, terdapat empat versi iklan berkenaan yang berbeza bahasa bergantung kepada negara sasaran iaitu Taiwan, Hong Kong, Indonesia dan Thailand.
"Kami perlu dekat kepada masyarakat tempatan dengan cara penerbitan iklan dan pelantikan duta jenama," kata Timbalan Presiden Tencent International Business, Poshu Yeung.
Jalan cerita iklan tersebut menggambarkan keseronokan dan kemudahan pengguna menggunakan WeChat dan mempunyai durasi selama 30 saat.
Setakat bulan lalu, terdapat lebih kurang 300 juta pengguna WeChat di seluruh dunia.
Menurut Yeung, walaupun penduduk Malaysia sekitar 30 juta orang namun rakyat Malaysia merupakan antara yang paling kerap menghantar dan membaca mesej di dunia.
"Saya boleh melihat dua orang sedang berbual sambil membaca mesej yang dihantar," ungkapnya.

DARI kiri: Lisa, Yeung, Shan-Ting dan Shaheizy pada majlis pelancaran iklan komersial WeChat di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Tambahnya lagi, platform aplikasi komunikasi akan menjadi sebuah industri yang amat menguntungkan. Justeru, tindakan pihaknya menjalankan promosi WeChat di
Malaysia sangat tepat pada waktunya.
WeChat juga mempunyai akaun rasmi yang boleh diikuti oleh pengguna. Akaun rasmi itu milik selebriti dan syarikat-syarikat terpilih.
Pemilik akaun rasmi boleh memuat naik kemas kini pada masa nyata dalam apa bentuk sekalipun sama ada bentuk mesej, kata-kata atau pun emosi.
Lisa dan Shaheizy mempunyai akuan rasmi WeChat. Menurut Yeung, pihaknya sangat memilih selebriti dan syarikat untuk menyertai akaun rasmi tersebut. Ia disebabkan mereka mahu memberikan yang terbaik kepada pengguna WeChat.
Ia juga disokong oleh sambungan WiFi, 3G dan 4G serta boleh dimuat turun pada semua sistem operasi seperti iOS, Android, Symbian, BlackBerry selain Windows.
Sehubungan itu, WeChat dapat digunakan oleh semua platform telefon pintar. Bagi pengguna BlackBerry 10 (BB10) pula boleh memuat turunnya dalam tempoh tiga bulan mendatang.
Ia juga mempunyai 17 bahasa berbeza antaranya, bahasa Inggeris, Melayu, Cina, Portugis, Vietnam, Rusia dan Thai.
Ciri-ciri lain yang menarik mengenai WeChat ialah plug-in sosial berdasarkan lokasi iaitu Shake, Look Around dan Drift Bottle.
Ia membolehkan pengguna berkawan dan berbual melangkaui sempadan negara.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines