Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia |
Gambar Siti Nurhaliza di LegoLand Posted: 03 Apr 2013 09:00 PM PDT Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada membuat lawatan bersama peminat produk barangan kosmetik SimplySiti ke Legoland Malaysia. Ini bersempena mereka yang bertuah kepada pengguna yang membeli produk SimplySiti dengan niat untuk menderma. Dan lebih 100 pemenang ini dibawa ke Legoland dekat Johor itu bermula jam 6 pagi dari Kuala Lumpur. Selain itu juga Datuk Siti Nurhaliza memberikan cek bernilai RM57,000 kepada Yayasan IJN hasil kutipan menerusi kempen SimplySiti di Hati 2012. |
Posted: 03 Apr 2013 08:00 PM PDT Penyanyi yang popular diera 80-an, Raja Ema pastinya ada yang masih lagi mengingati beliau. Usianya kini yang mencecah 44 tahun bakal kembali setelah menyepi 24 tahun daripada persada anak seni dengan melancarkan single terbaru mengikut laporan Kosmo!. "Biarlah kemunculan saya nanti ada kelainan. Setiap penyanyi ada cara masing-masing untuk membuat comeback. Saya lebih selesa lagu itu nanti bercerita tentang perjalanan hidup saya bergelar anak seni. Tetapi, ia masih dalam peringkat perbincangan dan mungkin akan diselit juga dengan kisah percintaan" Selain daripada itu Raja Ema juga mendapat tawaran berlakon daripada kawan karibnya, Erma Fatima dalam drama Bukan Untuk Aku dan Slot Samarinda TV3 - Cinta Khirana (10 April ini). Keputusan mahu berlakon semula kerana anaknya Putera Amar, 19, dan Putera Alqasha, 17, sudah meningkat usia dan ada kehidupan sendiri. "Budak-budak lelaki bila sudah besar, bukan mahu pedulikan kita sangat. Mereka ada kehidupan sendiri. Jadi, saya berasa sunyi dan rindu pula pada lakonan,"-Raja Ema |
Isteri Taja MUH Selamat Melahirkan Anak Posted: 03 Apr 2013 06:34 PM PDT Mungkin nama Taja Mustapha masih asing lagi ditelinga korang tapi sebenarnya dia adalah salah seorang nadi utama dalam kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sebagai gitaris kumpulan. Selain kelahiran anak Irma Hasmie beberapa hari lalu, dikhabarkan isteri Taja, Kimmy yang juga pengurus MUH telah selamat melahirkan anak perempuan mereka berdua pada jam 8 pagi 2 April yang lalu. Berita ini disampaikan sendiri oleh isterinya melalui laman sosial Facebook. Tahniah! |
You are subscribed to email updates from Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |