Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Harap jodoh berpanjangan
- Memey Suhaiza Dalam Proses Memakai Tudung
- Natasha Hudson Selamat Lahirkan Anak Perempuan
- Afiq Muiz Tertekan Dituduh Lupa Diri
- Dokumentari Palestin Afdlin
- Bapa maut, anak cedera nahas
- TD pakai celoreng digital
- Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan Bumi
- Bieber didakwa abaikan datuk sendiri
- Ujian roket swasta berjaya
- Oblivion ungguli carta pecah panggung
- Jasa klinik 24 jam sehari
- Kesan sukan ganas terhadap otak
- Inai serlah seri pengantin
- Anjakan industri busana lelaki
- Definisi seorang lelaki metroseksual
- Warna-warni musim bunga
- Pakej berbaloi Domino's
Posted: 23 Apr 2013 04:30 AM PDT
KEMESRAAN yang ditampilkan oleh pelakon Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen dan Qushairi Mohammed Razali atau Qi Razali semasa menjayakan acara Liga Juara Hot FM baru-baru ini seperti mengesahkan kedua-duanya sedang dilamun cinta. Sebelum ini gambar mesra pasangan tersebut yang dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram masing-masing menjadi tatapan peminat sehingga ramai yang mengandaikan sudah terjalin ikatan cinta antara mereka berdua. Ketika diminta mengulas tentang status hubungan mereka sekarang ini, Qi dan Nelydia menyatakan bahawa mereka kini masih belum menjalinkan hubungan percintaan, sebaliknya hanya rapat sebagai seorang teman. Menurut Qi, sebelum ini dia atau Nelydia tidak pernah membuat kenyataan yang mereka kini sedang bercinta. Bagaimanapun, mereka juga tidak menyembunyikan hubungan yang sekarang ini semakin erat dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. "Sebelum ini kami tidak pernah membuat kenyataan tentang status hubungan kami. Ya, kami memang berkawan dan saya akui hubungan dengan Nelydia sekarang bertambah rapat. Saya boleh melabelkan hubungan kami kini berada dalam peringkat proses mengenali hati budi masing-masing," jelas Qi tanpa berselindung. Qi bagaimanapun memberitahu dia tidak mempunyai jawapan apabila ada yang bertanya sudahkah dia melamar pelakon baharu tersebut sebagai kekasih. Sebaliknya, bekas pemain dram grup OAG ini berkata: "Saya tak pernah luahkan perasaan cinta kepadanya sehingga sekarang." Diminta bercerita tentang detik awal perhubungan mereka, Qi memberitahu semuanya bermula apabila mereka sama-sama berlakon dalam drama Friday I'm In Love pada tahun lalu. Ujarnya, selepas membintangi drama berkenaan, mereka mula menjalinkan hubungan sebagai teman biasa. Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu, hubungan dia dengan Nelydia mula menjadi lebih rapat. "Saya berasa cukup selesa sepanjang berkawan dengannya. Walaupun dia baru berusia 19 tahun, namun saya dapati Nelydia seorang gadis yang cukup matang dan berfikiran jauh. Dia juga seorang yang periang," ujarnya yang begitu menyenangi sikap Nelydia. Ditanya tentang jarak usia mereka yang cukup berbeza iaitu sebanyak 16 tahun, Qi yang kini berusia 35 tahun memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan jurang perbezaan tersebut. Malah, katanya dalam nada serius, dia juga tidak menjadikan faktor usia sebagai halangan buat mereka menjalinkan hubungan dengan lebih rapat. Terlanjur bercakap tentang jurang usia, Qi kemudian ditanya tentang perancangannya menamatkan zaman bujang kerana usianya yang sudah melewati angka 30-an. Sambil tersenyum, pelakon yang cukup popular sebagai seorang pengacara itu memberitahu dia memang mempunyai hasrat untuk berkahwin memandangkan usianya yang bukan lagi muda.
Ketika ditanya bila dia akan menamatkan zaman bujangnya memandangkan usia yang semakin bertambah, Qi menjelaskan perancangan untuk berkahwin memang ada, tetapi dia mahu mengenali Nelydia dengan lebih dalam lagi. "Harus saya akui, sejujurnya, saya memang meletakkan harapan yang tinggi agar hubungan saya dan Nelydia menjadi lebih serius memandangkan kami juga sudah bertemu keluarga masing-masing. Bagaimanapun, itu semua terserah kepada jodoh," jelasnya. Sementara itu, diminta mengulas tuduhan segelintir pihak yang menyatakan Nelydia menjadi punca kepada perpisahannya dengan Yuna sebelum ini, Qi menegaskan ia satu tuduhan yang tidak adil. Tegas Qi: "Saya ingin jelaskan bahawa punca utama perpisahan saya dan Yuna adalah disebabkan jarak kami yang berjauhan. Ia tidak berkaitan langsung dengan Nelydia. Dia (Nelydia) bukan orang ketiga yang menyebabkan hubungan saya dan Yuna dahulu putus. "Lagipun hubungan kami (Yuna) sudah tinggal sejarah dan rasanya tidak perlu lagi mengaitkan diri saya dan Yuna kerana masing-masing sudah mencari haluan hidup sendiri." Tarik diri Selain dikenali sebagai seorang pelakon, nama Qi turut menjadi sebutan ramai apabila dia menjadi pengacara sebuah program masakan iaitu Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan di TV3. Bagaimanapun, Qi yang menarik diri daripada mengacarakan rancangan tersebut telah kembali semula bagi menggantikan tempat Iqram Dinzly selaku pengacara untuk musim terbaharu program tersebut. Sebelum ini, Qi pernah membuat kenyataan bahawa tidak mahu lagi terbabit dalam program tersebut sehingga TV3 terpaksa memilih Iqram sebagai pengganti. Menjelaskan keadaan, Qi mengaku dia memang pernah membuat kenyataan demikian. Bagaimanapun, kata Qi, ia hanya bersifat sementara dan apabila pihak produksi memerlukan khidmatnya semula sebagai pengacara program tersebut, dia bersetuju memandangkan tidak terikat dengan komitmen lain. "Saya memang ada menyatakan tidak mahu lagi mengacara JJCM, tetapi bukanlah buat selama-lamanya. Lagipun saya pernah memberitahu kepada pihak produksi yang saya sedia kembali sekiranya khidmat saya diperlukan semula. "Dahulu saya ambil keputusan untuk menarik diri kerana jadual kerjaya saya yang sangat padat dan mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Kini, saya kembali semula kerana melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak produksi," ujarnya yang turut popular sebagai pengacara program Destinasi Bajet. Jelas Qi, sebelum ini, sudah dua kali dia ditawarkan untuk kembali mengacara program JJCM, namun dia terpaksa mengambil masa yang cukup lama sebelum membuat keputusan bersetuju mengemudi semula program tersebut. "Saya ambil keputusan dan bersetuju apabila mereka membuat tawaran kali ketiga, dengan syarat, saya diberi kelonggaran untuk melakukan pekerjaan yang lain," ujarnya yang mengikat kontrak selama dua musim bersama program berkenaan.
Fokus kerjaya Mengalih bicara kepada Nelydia, dia yang hadir serentak bersama Qi pada majlis tersebut melontarkan bicara yang sama tentang hubungannya dengan lelaki itu. Kata Nelydia, hubungannya dengan Qi belum sampai kepada tahap bercinta. Malah, dia sebenarnya berasa kurang selesa apabila ramai pihak yang sering memperkatakan hubungan cintanya dengan Qi. "Saya tidak berani untuk mengulas sejauh mana hubungan dengan Qi kerana apa sahaja boleh berlaku. Walaupun saya tak berani untuk melabelkan bentuk hubungan kami, namun saya tidak mahu menyembunyikan fakta bahawa hubungan yang terjalin antara kami sekarang ini bertambah erat. "Kalau boleh saya tidak mahu orang mengenali saya kerana kisah cinta kerana pada masa ini saya perlu lebih fokus kepada kerjaya lakonan yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran yang diterima," ujarnya penuh sopan. Bagaimanapun, pelakon yang semakin dikenali semenjak membintangi drama Setia Hujung Nyawa itu mengakui dia juga kini sedang mengenali hati budi Qi sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius. Malah, Nelydia yang ditanya tentang kesediaannya berkahwin awal memandangkan Qi mengaku dia berharap agar hubungan mereka mampu melangkah ke tahap tersebut memberitahu, dia menyerahkan segala ketentuan takdir kepada Allah SWT. "Saya tidak mempunyai masalah untuk berkahwin awal kerana soal jodoh ini kerja Tuhan. Bagaimanapun, sejujurnya, buat masa ini, jika berfikir secara realistik, untuk usia saya yang baru mencecah 19 tahun, saya 100 peratus belum bersedia untuk menjadi seorang isteri," katanya tanpa berselindung. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya berhubung perpisahan Qi dan Yuna, pelakon itu enggan ambil kisah kerana sedar dia langsung tidak bersalah. Ujarnya, dia menganggap segala tuduhan tersebut dibuat oleh segelintir peminat yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa hubungan Qi dan Yuna sudah berakhir. Katanya: "Saya melihat isu ini sebagai perkara yang remeh dan saya tidak tertekan dengan tuduhan yang dilemparkan. "Bagaimanapun, saya akui, perasaan saya akan terguris sekiranya ada mana-mana pihak yang mengeji dan mengutuk saya dengan cara yang melampau dan tidak beretika kerana saya juga memiliki perasaan." | |||
Memey Suhaiza Dalam Proses Memakai Tudung Posted: 23 Apr 2013 04:29 AM PDT Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 25, berkata, buat masa ini dia dalam proses percubaan untuk memakai tudung dan mahu perubahan itu datang secara semula jadi tanpa paksaan sesiapa. "Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan. "Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya," jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Memey mengulas mengenai gambarnya yang bertudung litup ketika hadir pada hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim, 9 yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya. Turut hadir ke majlis berkenaan suaminya, Norman Hakim dan bekas isteri, Abby Abadi. Selain Mohamad Danish Hakim Memey turut mempunyai dua orang lagi anak tiri iaitu Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim yang berusia tiga tahun. Malah kata Memey, Norman dan Abby juga turut menyokong dan memberi kata-kata semangat dengan hajatnya itu namun mereka tidak memaksanya untuk terus memakai tudung. "Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan. "Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri. "Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini," katanya. Tambah Memey, dia sedar akan ada pihak menilai dan mempertikaikan tindakannya tidak memakai tudung secara kekal namun menganggap ia sebagai salah satu proses penghijrahannya ke arah kebaikan. Dalam perkembangan lain, Memey yang telah kembali aktif berlakon berkata, dia berasa sangat berat hati apabila terpaksa meninggalkan anaknya, Mohamed Darwisz Hakim yang baru berusia dua bulan di bawah jagaan adiknya ketika keluar bekerja. Memey memberitahu, dia kini mula faham naluri dan perasaan seorang ibu apabila terpaksa berpisah dengan anak walaupun hanya untuk seketika. "Saya menangis masa hari pertama berpisah dengan anak tetapi terpaksa juga kerana tuntutan kerja. Selalunya saya akan pastikan bila semua kerja selesai, saya akan terus balik ke rumah untuk bertemu anak," jelasnya. Memey sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL dan sebuah telefilem, Mencari Cinta. | |||
Natasha Hudson Selamat Lahirkan Anak Perempuan Posted: 23 Apr 2013 04:28 AM PDT Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson menerusi laman sosial Instagram miliknya berkata, dia bersyukur proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dia berserta anaknya itu berada dalam keadaan sihat. "Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang. "Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat," katanya. Tambah Natasha dia juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga serta peminat-peminatnya yang sentiasa mendoakan agar proses kelahirannya berjalan dengan baik. Sementara itu, Natasha sebelum ini berkata, dia dan suaminya, Carleed Khaza telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya. Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun. Natasha bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan perkembangan lanjut mengenai kelahiran anaknya itu. | |||
Afiq Muiz Tertekan Dituduh Lupa Diri Posted: 23 Apr 2013 04:27 AM PDT Afiq, 20, berkata, perkara yang ditimbulkan itu tidak pernah berlaku dan dia memberi jaminan sikapnya tidak pernah berubah sebaliknya sama seperti mula-mula menyertai bidang lakonan. "Saya tidak pernah kena tohmahan sebegini sebelum ini dan ia cukup membuatkan saya tertekan dan sedih kerana jujurnya saya tidak pernah bersikap sedemikian dengan sesiapa juga. "Saya juga tidak pasti siapakah dalang yang cuba menjatuhkan saya dengan cerita mengarut seperti itu? Biarlah Tuhan sahaja yang membalas perbuatan mereka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu melaporkan Afiq dikatakan mula menimbulkan masalah sejak cerita dia bercinta dengan pelakon Eina Azman hebat diperkatakan. Afiq didakwa mengikut sahaja telunjuk Eina sehinggakan menimbulkan masalah kepada pihak lain. Bagaimanapun kata Afiq, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut tetapi ingin memberi fokus terhadap kerjaya yang diceburinya. Dalam pada itu, mengulas tentang Eina, Afiq kecewa apabila nama pelakon itu turut dikaitkan dalam hal berkenaan. "Tak habis-habis nak kaitkan saya dengan Eina. Dia tiada kena mengena dalam hal ini. Dia juga tertekan apabila namanya dikaitkan tambahan pula dia sendiri mempunyai juga masalah," katanya. Sementara itu, mengulas mengenai keputusannya menarik diri daripada syarikat pengurusannya, Afiq berkata, dia mengambil keputusan itu kerana yakin dapat menguruskan karier lakonannya sendiri. "Tidak timbul soal saya lupa diri atau sudah popular dan mula sombong cuma ia untuk kebaikan karier saya dan saya yakin dapat menguruskan sendiri kerjaya tanpa bantuan orang lain. "Saya juga dapat belajar tentang selok-belok pengurusan dan tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain," jelasnya. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:25 AM PDT
PENDERITAAN yang dilalui oleh umat Islam di Palestin akibat kekejaman Israel bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, malah turut mendapat simpati daripada golongan artis di negara ini. Antara artis yang dilihat begitu bersemangat dalam berkempen untuk menyeru masyarakat memberikan bantuan yang sewajarnya adalah pengarah dan pelakon Afdlin Shauki. Dia yang berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Gaza, Palestin pada akhir tahun lalu untuk menyaksikan sendiri keadaan yang sedang berlaku, ternyata ia telah membuka mata buat dirinya untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin. Selain itu, Afdlin juga turut bergiat aktif dalam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Aqsa Syarif yang bertindak untuk mengutip sumbangan yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin. Ikuti temu bual Kosmo! dengan Afdlin berhubung peranannya bersama NGO berkenaan setelah dia dilantik sebagai duta sejak bulan Disember tahun lalu. Kosmo!: Apakah yang membuatkan Afdlin begitu bersemangat dalam kempen membantu rakyat Palestin? AFDLIN: Sepanjang berada seminggu di sana pada tahun lalu, saya dapat melihat kemusnahan teruk yang berlaku akibat serangan yang dilakukan oleh tentera zionis. Apa yang lebih memilukan lagi apabila ramai rakyat Palestin yang kehilangan nyawa, kanak-kanak menjadi yatim piatu dan ahli keluarga yang terpisah. Keadaan itu memberi kesan emosi yang cukup mendalam sehinggalah saya bertekad untuk membantu mereka. Sepanjang menjadi duta kepada Aqsa Syarif, apakah peranan anda bersama NGO tersebut? Sejak saya dilantik sebagai duta sejak Disember tahun lalu, banyak aktiviti yang dilakukan, terutamanya menyertai kempen untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin menerusi Aqsa Syarif. Selain itu, saya juga banyak mendapat undangan untuk memberi ucapan dalam kalangan penuntut universiti dan saya akan menceritakan semua pengalaman yang pernah saya lalui semasa mengunjungi Palestin. Setelah kali pertama menjejakkan kaki ke Palestin, adakah anda merancang untuk ke sana lagi? Perancangan itu memang ada dan kalau tiada halangan saya akan ke sana sekali lagi pada bulan hadapan. Tujuan saya kali ini adalah mahu melengkapkan penerbitan dokumentari yang sedang saya hasilkan tentang situasi yang berlaku di Palestin. Adakah dokumentari tersebut akan dijual kepada stesen televisyen atau dihasilkan dalam bentuk cakera padat digital (DVD)? Saya hanya merancang untuk memuat naik ia dalam laman YouTube kerana saya mahu orang ramai dapat menyaksikan sendiri suasana yang berlaku di sana. Namun, sekiranya ada mana-mana stesen televisyen yang berminat, saya sedia menjualnya. Kemudian hasil yang diterima daripada jualan dokumentari tersebut akan disumbangkan kepada Aqsa Syarif untuk diserahkan kepada rakyat Palestin. Apakah projek-projek lain yang sedang anda usahakan sekarang ini? Sebenarnya saya sedang merangka satu projek iaitu menghasilkan sebuah album khas tentang Palestin. Dalam album tersebut turut membabitkan penglibatan beberapa penyanyi yang lain seperti Datuk Sheila Majid, Faizal Tahir dan Adibah Noor. Setakat ini kesemua penyanyi yang terlibat sudah bersetuju dengan projek ini dan ia akan mula dilakukan pada bulan Jun. Buat masa sekarang kami sedang proses untuk mencipta lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album tersebut. Di manakah anda akan mengundi pada pilihan raya umum (PRU) yang akan berlangsung pada 5 Mei ini? Kalau tiada halangan saya akan mengundi di Parlimen Wangsa Maju. Cuma, saya berharap agar selepas PRU nanti semua rakyat Malaysia akan kembali bersatu tanpa mengira fahaman politik. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:24 AM PDT
KOTA KINABALU - Seorang bapa maut manakala anaknya yang berusia tiga tahun cedera ringan selepas kenderaan yang mereka naiki merempuh belakang sebuah lori seberat 10 tan yang sedang membuat pusingan U di Jalan Kelombong dekat sini semalam. Kemalangan pukul 11.30 pagi itu mengakibatkan Prichard Wong, 38, dari Kampung Kepayan Suok Vatu mati sebaik tiba di Hospital Queen Elizabeth akibat cedera parah di kepala. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, sebelum kejadian, kereta jenis Proton Saga yang dipandu Wong dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Inanam dari Luyang. "Mangsa yang tidak sempat menekan brek merempuh sebuah lori yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di Jalan Kelombong. "Pasukan keselamatan mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan Prichard yang tersepit," katanya di sini semalam. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:23 AM PDT SRI AMAN - Tentera Darat (TD) akan memperkenalkan reka bentuk pakaian tempur baharu yang bercorak digital selain memiliki ciri-ciri lebih praktikal dan selesa dipakai tidak lama lagi. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, versi baharu pakaian seragam anggota TD tersebut mempunyai ciri-ciri seperti antinyamuk, tidak panas selain tidak luntur dan mempunyai jahitan kukuh. Menurut beliau, cadangan pengenalan pakaian seragam baharu anggota TD itu telah dikemukakan kepada Parlimen sebelum Dewan Rakyat dibubarkan. "Kementerian Pertahanan juga telah mengemukakan cadangan peruntukan celoreng digital ini kepada Kementerian Kewangan bagi tujuan kelulusan sebelum tender terbuka dikeluarkan. "Kita jangka dalam tempoh enam bulan akan datang, pakaian tempur (celoreng digital) untuk semua anggota TD di seluruh negara akan diperkenalkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis kesyukuran dan penghargaan kepada wira-wira Lahad Datu serta majlis pemakaian pangkat bagi anggota tentera di Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Pakit, Sri Aman di sini semalam. | |||
Pokok redwood gergasi diklon untuk selamatkan Bumi Posted: 23 Apr 2013 04:18 AM PDT COPEMISH, Michigan - Pokok redwood gergasi akan dipasarkan ke peringkat antarabangsa melalui usaha pengklonan bagi menggalakkan penanaman semula hutan dan menangani perubahan iklim. Sejumlah anak pokok redwood setinggi 45 sentimeter itu dihasilkan di sebuah makmal di sini bagi tujuan tersebut. Semua anak pokok itu dihasilkan melalui proses penyalinan genetik tiga batang pokok gergasi yang ditebang di utara California pada lebih tiga abad lalu. Apa yang menakjubkan, beberapa pucuk baharu masih tumbuh daripada tunggul kayu pokok redwood tersebut. Ini termasuklah sebatang tunggul yang dikenali sebagai Fieldbrook Stump yang berdiameter, 10.7 meter. Pokok redwood itu dipercayai berusia kira-kira 4,000 tahun. Pokok tersebut adalah setinggi bangunan 40 tingkat sebelum ia ditebang. "Ini adalah langkah pertama untuk penghasilan yang lebih banyak," kata Pengasas pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive, David Milarch. Pertubuhan Archangel Ancient Tree Archive yang merupakan sebuah pertubuhan tidak berdasarkan keuntungan telah menerajui projek tersebut dengan melakukan penanaman pokok redwood pada hari Bumi Sedunia di Australia, New Zealand, Britain, Kepulauan Ireland, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat. | |||
Bieber didakwa abaikan datuk sendiri Posted: 23 Apr 2013 04:17 AM PDT LOS ANGELES - Datuk kepada bintang pop remaja, Justin Bieber membidas cucunya itu kerana tidak pernah menghulurkan wang kepadanya, lapor portal hiburan Entertainmentwise semalam. Lelaki itu, George Bieber dikatakan menetap bersama isterinya, Kathy di sebuah kabin usang yang mempunyai dua bilik tidur di Mitchell, Kanada. George berkata, penyanyi lagu Boyfriend itu menyedari tentang keuzurannya tetapi dia tidak menghulurkan pertolongan. "Kekayaan Bieber mungkin bernilai £70 juta (RM325.2 juta) tetapi kami tidak pernah menikmati wangnya," dedah George seperti dipetik akhbar The Sun. Menurut lelaki berusia 61 tahun itu, satu-satunya hadiah yang diterima daripada Bieber, 19, ialah sebuah televisyen. Sementara itu, jurucakap Bieber enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan George. Namun, satu sumber yang rapat dengan Bieber memberitahu akhbar dalam talian MailOnline dakwaan tersebut tidak benar dan berniat jahat. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:16 AM PDT ATLANTIK, Virginia - Sebuah syarikat yang diupah oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) untuk menghantar bekalan perkakasan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berjaya melancarkan sebuah roket kelmarin. Pelancaran itu dilakukan bagi menguji keupayaan roket Antares untuk melakukan penghantaran kargo yang besar ke angkasa lepas. Kira-kira 10 minit selepas pelancaran dilakukan dari Kepulauan Wallops di Pantai Timur Virginia, syarikat Orbital Sciences Corp. mengisytihar ujian tersebut telah berjaya. Roket prototaip itu berjaya sampai ke orbit yang disasarkan. Syarikat dari pinggir Dulles itu dan sebuah lagi firma AS, SpaceX dipilih untuk membawa bekalan kargo ke stesen angkasa, selepas NASA menamatkan program ulang-alik ke angkasa sejak tiga dekad lalu pada 2011. Agensi angkasa lepas itu mula beralih kepada syarikat swasta untuk tugas penghantaran kerana ia mahu memberi tumpuan kepada misi menghantar manusia ke asteroid dan planet Marikh. | |||
Oblivion ungguli carta pecah panggung Posted: 23 Apr 2013 04:15 AM PDT LOS ANGELES - Filem sains fiksyen, Oblivion mengungguli carta filem pecah panggung di Amerika Utara pada hujung minggu lalu apabila meraih kutipan tiket sekitar AS$38.2 juta (RM116.5 juta), menurut industri perfileman kelmarin. Filem dibintangi aktor Tom Cruise itu yang mengisahkan keadaan bumi pada masa hadapan yang telah berubah atmosfera akibat ketamakan manusia. Agensi yang mengumpul jumlah kutipan tiket, Exhibitor Relations berkata, Oblivion berjaya mengetepikan pendahulu carta minggu lepas, filem 42 di tempat kedua. Ia memperoleh kutipan sebanyak AS$18 juta (RM54.9 juta). Berada di tempat ketiga adalah filem animasi The Croods yang meraih kutipan sebanyak AS$9.5 juta (RM29 juta), diikuti siri kelima filem Scary Movie di tempat keempat dengan kutipan AS$6.3 juta (RM19.2 juta). Sementara itu, filem aksi G.I. Joe: Retaliation berada di tempat kelima dengan meraih kutipan sebanyak AS$5.8 juta (RM17.7 juta). | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:14 AM PDT
"ANAK-ANAK kalau sakit tidak kira masa. Klinik 24 jam memudahkan saya mendapatkan rawatan pada bila-bila masa, siang ataupun malam." Begitulah kata Farina Jamaluddin, 45, yang merupakan salah seorang pelanggan Klinik Idzham ketika ditemui Kosmo! di Taman Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ibu kepada lima anak itu bukan sekadar mendapatkan rawatan untuk penyakit seperti demam, batuk atau selesema, malah servis berkhatan untuk anak lelakinya. Melihat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, timbul persoalan siapakah gerangan pemilik Klinik Idzham yang kini mempunyai 10 buah klinik sekitar Lembah Klang, kesemuanya beroperasi 24 jam sehari. Suka duka Kosmo! berjaya menjejak pengasas Klinik Idzham iaitu Dr. Md. Idzham Ibrahim, 67, lantas berkongsi cerita suka duka di sebalik kejayaan yang diraih pada hari ini. Kejayaan tersebut bermula apabila beliau mengambil keputusan 'bersara' setelah berkhidmat lebih 10 tahun di hospital kerajaan. Pada November 1983, ketika berusia 38 tahun, Idzham berjaya membuka klinik pertama di Taman Melawati. Usia tersebut baginya agak lewat untuk menceburi bidang perniagaan, namun bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dengan bantuan tiga jururawat, beliau mengerah segala kudrat dan masa di klinik yang merupakan klinik pertama beroperasi selama 24 jam di Taman Melawati. "Pada tiga tahun terawal hanya saya seorang doktor yang bertugas. Setiap masa saya berada di klinik dan hanya berehat atau tidur apabila tiada pelanggan. "Ketika itu pada waktu siang, saya dibantu pekerja, manakala pada waktu malam saya dibantu oleh isteri. Waktu malam juga masih ada pelanggan terutamanya warga emas yang menghadapi masalah asma. Memberi rawatan kepada pesakit asma merupakan salah satu sebab saya membuka klinik 24 jam di Taman Melawati. "Kesungguhan bekerja dahulu, jika dikenangkan pada hari ini saya tidak tahu di mana datangnya semua kudrat itu. Apa yang pasti, semangat saya kuat untuk memberi khidmat dan bantuan kepada para pesakit," kata bapa kepada empat anak tersebut. Bercerita mengenai modal membuka klinik tersebut, beliau cukup terhutang budi kepada SME Bank (dahulu dikenali sebagai Bank Pembangunan) kerana memberikan pinjaman sekali gus impiannya memiliki klinik sendiri menjadi nyata. Untuk membuka klinik kosnya sangat besar dan beliau memerlukan kira-kira RM200,000 pada waktu tersebut. Bagaimanapun, selain faktor wang, Idzham cukup bertuah apabila isterinya, Che An Nik Omar, 65, banyak membantu dan memberi dorongan. Pada masa yang sama, saudaranya Datuk Syed Manshor Syed Mahmood, pengasas Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. banyak menghulurkan bantuan terutamanya pada awal pembukaan Klinik Idzham. "Saya bersyukur kerana Syed Manshor membantu saya menemuduga jururawat, malah membelikan perabot klinik. Beliau juga menasihatkan saya jika hendak berjaya, perlu membuka lebih banyak klinik kerana sebuah klinik tidak mencukupi," katanya yang sehingga kini masih menawarkan khidmat selama empat jam lima hari seminggu di klinik. Gimnastik dan teater Menyingkap kembali kisah pada zaman kanak-kanaknya, Idzham merupakan seorang yang aktif dalam sukan dan juga banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Antara buku-buku kegemarannya ialah Perry Mason karya Erle Stanley Gardner. Bola sepak merupakan sukan yang digemarinya, malah ketika di tingkatan empat, beliau terpilih mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat negeri, Ketika itu beliau bermain di posisi penyerang. Bukan itu sahaja, siapa menyangka beliau turut menyertai pasukan gimnastik sekolah serta berlakon drama ketika di tingkatan enam. Akibat terlalu aktif dalam aktiviti sukan, guru-guru telah menegur dan menasihatinya agar menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Nasihat tersebut nyata berbekas di hatinya menyebabkan beliau mula tekun menelaah buku. "Pada zaman sekolah, cita-cita saya hendak menjadi juruterbang atau peguam, namun hasrat tersebut dihalang oleh bapa yang mahu saya menjadi seorang doktor. Bapa saya merupakan seorang guru manakala ibu seorang surirumah. "Selepas tamat tingkatan enam saya mulai berminat meneruskan pengajian dalam bidang perubatan lantas India menjadi pilihan. "Ini kerana yuran dan kos pengajian di negara tersebut murah apatah lagi kesemua perbelanjaan di sana atas biaya keluarga tanpa sebarang penajaan," katanya. Cabaran di India Pada tahun 1966, untuk melanjutkan pengajian di India, Idzham terpaksa menaiki kapal laut seorang diri dari Pulau Pinang ke Madras, India. Perjalanan tersebut memakan masa selama seminggu. Pada peringkat awal menaiki kapal laut memang menyeronokkan namun hari kedua beliau mabuk laut dan tidak lalu makan sehingga badan menjadi terlalu lemah. "Pengalaman tersebut masih segar dalam ingatan saya sehingga hari ini. Dari Madras saya menaiki kereta api menuju universiti yang terletak di Bombay. "Tiga tahun awal pengajian, saya terpaksa mengikat perut dan makanan harian saya merupakan capati dan kuah dal. Itulah menu untuk sarapan, makan tengah hari dan malam. "Pada tahun 1969, saya mendapat biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) berjumlah RM200 sebulan. Sejak itu merasa jugalah makan ayam tandoori," kata bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Iskandar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah itu. Nama timangan Sewaktu dalam kandungan, ibunya berhasrat memberikan nama Yusuf kerana wajah Nabi Yusuf yang kacak tetapi bapa saudaranya mendaftarkan nama Md. Idzham Ibrahim. Ketika berusia setahun setengah, badan Idzham diserang kudis. Ibunya merasakan nama tersebut kurang sesuai dan memanggilnya dengan gelaran Yusuf. "Sehingga kini nama saya dalam keluarga melekat sebagai Abang Cop," ujarnya tersenyum. Dalam kesibukan kerjaya, Idzham tetap meluangkan masa untuk bersantai. Beliau merupakan peminat kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Antara lagu yang diminatinya termasuk Jerat Percintaan, malah beliau mempunyai semua koleksi album penyanyi tersebut. Tidak cukup dengan itu, beliau juga sering menonton persembahan penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang itu, malah sanggup membelanjakan sejumlah wang menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza di Albert Hall, London. "Ketika itu, salah seorang anak saya belajar di London dan saya pergi melawatnya. Pada masa sama, saya dan ahli keluarga mengambil kesempatan menyaksikan persembahan Siti Nurhaliza di Albert Hall," katanya yang juga merupakan penyokong pasukan bola sepak, Liverpool. Dalam pada itu, seorang pelanggannya, Maliki Mat Din, 37, yang tinggal di Wangsa Maju turut berpuas hati dengan perkhidmatan doktor-doktor di Klinik Idzham. Dia yang telah menjadi pelanggan tetap sejak tahun 2004 menyukai sikap para doktor bertugas yang berterus-terang tentang penyakit dihidapnya. "Perkhidmatan doktor di sini cukup memuaskan, mereka akan berterus terang tentang penyakit termasuk pernah meminta saya melakukan x-ray di hospital terlebih dulu sebelum rawatan lanjut dijalankan olehnya. "Selain itu, klinik yang beroperasi 24 jam memudahkan saya untuk mendapatkan rawatan pada bila-bila masa," katanya yang bekerja di Indah Water Konsertium. Klinik Idzham merupakan panel syarikat tempatnya bekerja. | |||
Kesan sukan ganas terhadap otak Posted: 23 Apr 2013 04:13 AM PDT KETIKA peninju Ireland, Katie Taylor beraksi buat pertama kali di Olimpik yang berlangsung di timur London pada tahun lalu, John Hardy langsung tidak mahu menontonnya. Sebagai seorang neurosaintis dan ahli biologi molekul, John berpendapat, perlawanan tinju seumpama satu sesi merosakkan otak. "Kita tidak sepatutnya berasa gembira apabila menonton aksi tinju yang boleh merosakkan otak mereka," kata John yang merupakan Pengerusi Penyakit Neurologikal Molekul Biologi, Institut Neurologi di Universiti College London. Penyelidikan John memberi fokus kepada penyakit alzheimer dan lain-lain jenis demensia. Kemodenan neurosains bermakna para saintis mampu mengesan kerosakan otak dan trauma jangka panjang hasil daripada tumbukan yang banyak pada kepala. Berdasarkan kejayaan sains itu, ketika ini merupakan masa yang sesuai untuk meneliti kerosakan otak dalam sukan termasuklah pemain Liga Bola Sepak Kebangsaan Amerika (NFL). Sesetengah pihak percaya, bekas pemain San Diego Charger, Junior Seau membunuh diri tahun lalu selepas beberapa tahun menderita akibat konsusi berganda. Penyelidikan neurologi Minggu lalu, NFL dan General Electric Co. mengumumkan usaha sama dengan pakar-pakar neurologi. Mereka mengumumkan peruntukan sebanyak AS$60 juta (RM182.67 juta) bagi mempercepatkan kajian terhadap kecederaan otak. Kajian bertujuan meningkatkan diagnosis dan rawatan selepas keprihatinan masyarakat meningkat mengenai konkusi berkaitan dengan sukan. Debat mengenai otak telah dibawa ke Rumah Putih. Pada Januari lalu, Presiden Barack Obama mencadangkan perubahan dibuat pada undang-undang NFL bagi mengurangkan tahap impak keganasan. Dalam sukan bola sepak juga, kebimbangan mengenai kecederaan terhadap pemain meningkat, kebarangkalian berlaku semasa mereka menanduk bola. Satu kajian ringkas terhadap pemain bola sepak wanita bulan lalu menemui bukti pengurangan mental disebabkan perbuatan menanduk bola dengan banyak kali. Para penyelidik Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan kajian tersebut menyatakan menanduk bola menyebabkan kecederaan traumatik otak lemah pada lobus frontal. Dalam sukan tinju, pakar kesihatan dan saintis, malah sesetengah atlet sendiri mempunyai kerisauan mengenai keadaan otak selama berdekad-dekad. Bekas juara tinju dunia kelas featherweight berbangsa Ireland, Barry McGuigan pernah menyuarakan perasaan takutnya yang sukan tersebut boleh merosakkan otaknya. Peninju kelas lightweight, Terry Marsh yang didiagnosis menghidap epilepsi turut mengakui tumbukan di kepala boleh memberikan kesan negatif. Tumbukan mabuk Pada tahun 1928, ahli patologi AS, Stanford Martland menulis sebuah kertas kerja bertajuk Punch drunk (Tumbukan mabuk) yang menceritakan penderitaan seorang peninju yang mengalami kecederaan otak akibat saluran darah pecah. Kondisi punch drunk dikenali sebagai ensefalopati traumatik kronik (CTE) atau demensia pulilistika. Ia juga dikenali sebagai demensia peninju. Ia merupakan penyakit neurodegeneratif yang boleh memberi kesan kepada para peninju akibat hentakan di kepala seperti kemurungan, impulsiviti dan kehilangan memori. "Ramai peninju dan pemain bola sepak Amerika pada usia 30-an dan 40-an mengalami kemurungan," kata John. Juara heavyweight AS dan idola dunia tinju, Muhammad Ali mula bergelut dengan percakapan tergagap-gagap dan tangan terketar-ketar. Keadaannya kesihatannya semakin merosot apabila mendapat gangguan neurogeneratif sindrom Parkinson. Bekas juara heavyweight dunia British, Frank Bruno didiagnosis mempunyai keadaan sama dengan teman senegara, Michael Watson. Dia memerlukan enam pembedahan otak dan menderita kerosakan kekal selepas ditumbangkan dalam perlawanan pada tahun 1991. Dalam bahasa sains otak, ia dipanggil hilang kawalan eksekutif. "Ia tidak wujud dalam personaliti sebagai peninju, ia merosakkan korteks frontal. Mereka sudah pun mengalami pengalaman kecederaan otak. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:12 AM PDT PEMAKAIAN henna atau inai sudah menjadi kebiasaan kepada pengantin untuk menambah seri pada hari bahagia mereka. Ia diperbuat daripada daun-daun inai yang dilumatkan bersama beberapa bahan untuk menjadikan warna lebih terang dan tahan lama. "Orang tua ada mengatakan, inai yang merah dan kekal lama melambangkan keharmonian perkahwinan. Ia sebenarnya bertujuan menambah kemeriahan majlis yang dihadiri saudara-mara," ujar pemilik Aarthee's Bridal & Beauty Academy, Kanaga Muniandy, 34, atau lebih dikenali sebagai Kasthuri ketika ditemui Stailo baru-baru ini. Begitupun, semakin ramai memakai inai pada hari-hari biasa kerana ia mampu menjaga kesihatan kuku. Tambah Kasthuri, kuku akan lebih kuat dan cantik dengan menggunakan inai selain menguatkan rambut jika dipakai pada rambut. Proses Bagi menjadikan warna inai terang dan pekat, bahan seperti air limau dan minyak angin diletakkan ketika proses pembuatan. "Ia bermula dengan mengeringkan daun-daun inai selama dua minggu atau lebih. Ia perlu kering secara semula jadi tanpa menggunakan peralatan elektronik. "Selepas itu, inai akan digiling atau dikisar sehingga menjadi serbuk sebelum mencampurkannya dengan bahan-bahan tambahan untuk menjadikan warnanya terang. "Inai yang dihasilkan secara tradisional boleh tahan selama satu bulan atau lebih bergantung kepada kepekatan darah seseorang," jelasnya. Selepas memakai inai, pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada memakai losen atau air secara berlebihan. Ia dikhuatiri akan memudarkan warna dalam tempoh yang singkat. Proses pembuatan secara tradisional mengambil masa yang lama. Kebanyakan pengguna hari ini menggunakan inai yang dibeli secara paket di kedai-kedai runcit kerana ia lebih murah dan cepat digunakan. "Jika ia dipakai pada hari istimewa seperti perkahwinan, pengguna dinasihatkan untuk mengupah orang yang berkelayakan kerana rekaan inai lebih kemas dan rapi," ujarnya. Pemakaian inai untuk majlis pengantin mengambil masa sehingga satu jam bergantung kepada rekaan yang dikehendaki oleh pengantin. "Setiap orang mempunyai cita rasa berbeza. Sebagai contoh, pengantin Melayu suka rekaan yang bercirikan bunga-bungaan dan tidak terlalu sarat. Ia berbeza dengan orang India yang sukakan rekaan kompleks," terang ibu kepada dua anak perempuan itu. Tambahnya, warna inai tidak lagi terhad pada satu warna sahaja kerana ia mempunyai variasi warna seperti biru, hijau dan emas. Selain itu, pengantin juga meletakkan perhiasan tambahan seperti batu-batu permata atau emas bagi menampakkan kelainan. Kasthuri yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam rekaan inai turut mengadakan kursus untuk mereka yang berminat dalam dunia kecantikan dan perkahwinan kaum India. | |||
Anjakan industri busana lelaki Posted: 23 Apr 2013 04:11 AM PDT
MINAT dalam dunia fesyen sejak kecil dijadikan pemangkin bagi Mohamad Fairuz Ramdan Mohd. Yussuf Izzudin, 32, untuk mengukir namanya selaku pereka fesyen di persada seni tanah air hari ini. Permulaan sederhana yang dilalui lelaki kelahiran Edinburgh, Scotland itu tidak dijangka berubah menjadi satu laluan berbeza, jauh daripada apa yang dimahukan dalam hidupnya. "Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai industri fesyen negara kerana ketika itu, saya masih membantu ibu saya menguruskan perniagaan pakaian yang diusahakannya. "Peluang saya terbuka selepas sebuah butik menggunakan koleksi rekaan saya untuk dikeluarkan dalam sebuah akhbar tempatan. Bermula daripada situ, saya dirapati individu daripada Persatuan Pereka Bumiputra (BDA) dan saya bersetuju menyertai mereka. "Penglibatan saya dalam BDA pada awalnya tidak begitu menyerlah sehinggalah diberi peluang menyertai Malaysia International Fashion Alliance (MIFA) 2011," singkap Fairuz ketika ditemui Stailo di kediamannya di Subang Jaya, Selangor. Kemunculan sulung Fairuz di pentas fesyen berprestij negara itu banyak menimbulkan keraguan penganalisis fesyen terhadap keupayaan Fairuz untuk mencipta nama dalam industri. "Mereka menganggap saya gila kerana berani memaparkan koleksi sut lelaki berona terang dan berwarna-warni. Ramai yang merasakan pakaian saya tidak sesuai untuk pasaran Malaysia. "Namun, selepas memasuki tahun 2012, fesyen sut berwarna jejaka mula meledak di peringkat antarabangsa. Ia memberi impak besar kepada penerimaan masyarakat di Malaysia terhadap pakaian berkonsep moden ini. "Orang perlu tahu, sebelum saya mengeluarkan sesuatu rekaan, saya akan membuat penyelidikan dan membaca ramalan fesyen untuk musim akan datang. "Ramalan itu sekadar memberi idea kepada pereka tentang warna, corak dan potongan yang bakal dimainkan kebanyakan rumah fesyen dunia. Namun bagaimana rekaan itu hendak dijelmakan terletak sepenuhnya kepada seseorang pereka," jelas Fairuz. Industri lelaki Secara amnya, negara memang ketandusan pereka fesyen yang memberi tumpuan penuh kepada busana lelaki. Nama sedia ada seperti Bon Zainal diakui sudah berada dalam kelas tersendiri dan legasinya perlu disambung pelapis baharu. Fairuz ternyata muncul tepat pada masanya. Malah, dia sendiri mendapat bimbingan dan dorongan daripada Bon Zainal yang juga Presiden BDA bermula daripada penglibatan awalnya dalam industri sehingga ke hari ini. Tambah Fairuz, masyarakat Malaysia memang masih kurang pendedahan tentang fesyen lelaki. Meskipun beberapa rekaan Fairuz dilihat terlalu 'menjerit' dan berada di luar logik kebudayaan tempatan, ia sebenarnya mampu direalisasikan sekiranya dilihat daripada sudut positif. Buktinya, busana jejaka ciptaan Fairuz di bawah jenama Fairuz Ramdan Bespoke mula dicari golongan selebriti. Pelakon, Fauzi Nawawi merupakan artis pertama yang menyarungkan sut berwarna Fairuz dan trend itu 'menjangkiti' pula aktor lelaki yang lain. Tahun ini menyaksikan kebolehan Fairuz menyambar beberapa nama besar dalam industri seni tanah air. Kolaborasi mantap antara Fairuz dan pelakon berbakat besar, Bront Palare menjadi tarikan fesyen yang masih dibicarakan pemerhati fesyen tempatan. "Bront Palare, Awal Ashaari dan Karl Shafek merupakan wajah rasmi Fairuz Ramdan untuk tahun ini. Ketiga-tiga mereka mempunyai pengikut tersendiri dan mampu menggalas rekaan saya dengan jayanya," ulas Fairuz. Meskipun dibidas dengan komen-komen negatif terhadap rekaannya, Fairuz kekal dengan prinsip bahawa fesyen perlu berevolusi selari peredaran zaman. Ujarnya: "Apabila orang bercakap tentang busana lelaki khususnya sut formal, secara automatik, rekaan berciri konservatif terus terbayang. Golongan pemikir sebegini turut melihat busana moden lelaki sebagai sesuatu yang metroseksual dan tidak maskulin. "Pada hakikatnya, pakaian lelaki zaman ini direka untuk semua jejaka tanpa mengambil kira latar belakang ataupun karakter. Koleksi saya misalnya, masih mengekalkan nilai maskulin walaupun menitikberatkan nilai eksentrik."
Signatur tartan Begitupun, ujar Fairuz, rekaannya masih mengekalkan ciri konservatif dari segi teknikal. Pemodenan busananya lebih terselah pada perincian moden, potongan dan pemilihan kolar. Material seperti kapas tetra, kombinasi bulu biri-biri dan linen menjadi kegemaran Fairuz bagi menghasilkan rekaannya. Pemilihan tiga fabrik tersebut adalah atas dasar Malaysia yang tergolong dalam negara beriklim tropika. Seperti pereka fesyen lain, Fairuz juga mempunyai signatur tersendiri. Cetakan tartan menghiasi hampir setiap busana ciptaan Fairuz. Katanya: "Tartan merupakan corak berpetak yang mempunyai perbezaan kelebaran dan warna. "Ia diinspirasikan daripada pakaian orang di Scotland. Saya aplikasikan cetakan ini bagi membentuk garisan geometri atau simetri." Menyentuh perihal matlamat dalam kerjayanya, Fairuz jujur menyatakan, dia tidak meletakkan sebarang sasaran yang ingin dicapai dalam tempoh tertentu. Dia mahu terus berkarya dan mahu meneroka pasaran antarabangsa. Tambah Fairuz, hasrat untuk mengembangkan labelnya ke luar negara masih dalam perancangan. Ibu kota London sudah tentu menjadi fokus Fairuz untuk merealisasikan impiannya. | |||
Definisi seorang lelaki metroseksual Posted: 23 Apr 2013 04:11 AM PDT SOALAN: SAYA sedang membuat kaji selidik tentang perkembangan istilah-istilah yang digunakan dalam dunia lelaki kontemporari sejak seabad dahulu. Antara yang menarik perhatian saya adalah istilah metroseksual. Ia bukan istilah baharu, tetapi diharapkan saudara sudi menjelaskan serba sedikit latar belakang istilah itu.- HAINAN, Universiti Malaya JAWAPAN: Istilah metroseksual diambil daripada perkataan Yunani iaitu metropolis bermaksud ibu kota dan digabungkan dengan perkataan seksual. Metroseksual begitu unik sehingga dipilih sebagai Perkataan Tahunan 2003 oleh Persatuan Dialek Amerika. Terdapat lebih daripada 70 definisi yang memberikan interpretasi makna metroseksual. Istilah tersebut dikatakan muncul pertama kalinya pada tahun 1994. Ia diperkenalkan oleh Mark Simpson, seorang penulis fesyen. Gelaran metroseksual wujud bagi mewakili lelaki urban yang muncul dalam masyarakat kita. Kecenderungan kaum lelaki untuk lebih berpenampilan daripada aspek gaya kini telah dianggap normal berbanding tiga dekad dahulu sehingga memaksa para ilmuan mencipta gelaran untuk golongan sebegitu. Perbezaan paling ketara adalah dari segi mereka membelanjakan wang. Lelaki lain mungkin lebih gemar membeli alat kelengkapan rumah, kereta mahupun barangan elektronik. Lelaki metroseksual pula lebih suka menghabiskan masa di butik pakaian dan aksesori selain salun kecantikan yang secara konvensionalnya merupakan tempat kegemaran golongan wanita. Antara ciri jejaka metroseksual adalah mereka berpenampilan menarik terutamanya gaya dan peribadi diri. Jejaka metroseksual juga tidak terbatas pada satu-satu usia. Secara ringkasnya, lelaki metroseksual adalah lelaki yang sangat mementingkan kecantikan dan penampilan diri. Kesemuanya harus terbaik untuk dirinya. Mereka dilihat begitu mengambil berat dan menyayangi diri sendiri dan menyenangi gaya hidup metropolitan. Lelaki metroseksual kebiasaannya terdiri daripada kelompok anak muda yang tinggal di ibu kota dan menjawat jawatan tinggi, hidup mewah, mencintai fesyen, melakukan perawatan wajah dan tubuh badan. Wajah mereka dirias rapi dan disapu bedak asas lengkap dengan pelembap bibir. Mereka juga sering digambarkan mempunyai kulit mulus dan lembut hasil daripada penggunaan produk kecantikan berjenama. Mungkin kecenderungan lelaki metroseksual untuk tampil sebegitu akibat desakan kehidupan kontemporari yang saban hari sentiasa memerlukan perubahan dan pembaharuan dalam aliran fesyen serta produk kecantikan. Metroseksual juga sering dikaitkan dengan barangan atau pakaian berjenama kerana lelaki metroseksual selalunya terdiri daripada golongan profesional muda yang begitu menggemari pakaian label antarabangsa. Pertambahan golongan profesional muda yang berpendapatan tinggi juga menyebabkan syarikat produk kecantikan dan pakaian berlumba-lumba mengeluarkan barangan yang mampu memenuhi cita rasa golongan itu. Kini ramai jejaka urban metroseksual di Malaysia tidak lagi malu menonjolkan penampilan mereka kepada umum. Namun perlu diingat, perubahan gaya hidup metroseksual bukanlah secara anatomi tetapi menerusi sikap dan perilaku. Jangan salah anggap, metroseksual bukanlah perlambangan seksualiti seseorang. Ia sekadar usaha luar sedar seseorang lelaki untuk menempatkan diri mereka sebagai individu yang perlu diberi layanan istimewa. Bagi saya, kita perlu menghormati hak orang lain untuk melakukan apa yang terbaik untuk diri mereka tanpa sebarang prasangka dan iri hati. Jika berkemampuan, saya rasa tidak salah untuk sesiapa sahaja berusaha memperbaiki penampilan diri agar lebih berkeyakinan selain dapat menyerlahkan lagi keperibadian mereka. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:10 AM PDT KEDATANGAN musim bunga dirai dengan simbahan rona-rona terang dan polos bersempena Minggu Fesyen Suria KLCC yang diadakan di pusat beli-belah itu, baru-baru ini. Beberapa jenama mempamerkan keindahan busana dan aksesori yang mengambil inspirasi keceriaan dan keindahan flora dengan padanan aksesori tona senada. Jenama dari London, England iaitu Ted Baker mengabungkan rona terang dan cetakan berani dengan menggunakan fabrik ringkas. Gaun Maxi direka dengan penataan cetakan bunga orkid bagi menyerlahkan sisi elegan wanita moden. Koleksi lelaki pula cuba lari daripada imej remaja dengan memberi penekanan kepada ciri maskulin dan berkerjaya. Bagi mereka yang mementingkan keselesaan ketika cuaca panas, Timberland menerusi koleksi baharu musim bunga menyediakan persalinan daripada material seratus peratus kapas organik. Ia dapat menyerap peluh selain mudah untuk dibasuh dan lembut ketika dipakai. Prinsip Timberland yang mendahulukan fabrik bermutu tinggi, banyak menggunakan warna-warna ceria pada beberapa helaian koleksi termasuk baju-T polo untuk jejaka dan seluar khakis rona polos untuk wanita. Usah gusar untuk memilih pakaian formal untuk ke pejabat atau bergaya segak ke acara makan malam, jenama aksesori Braun Buffel dan busana G2000 memberi ilham menerusi beberapa seleksi koleksi musim bunga. Lengkapkan persalinan formal dengan sut jenama G2000 yang bersesuaian dengan bentuk tubuh, tampil berbeza dengan memakai bow-tie rona senada. Buat si gadis, sarungkan tubuh dengan skirt pendek rona gelap untuk tampak elegan dan eksklusif. Kekal cantik walau melangkah keluar untuk bersantai bersama teman dan keluarga. Dres panjang warna ungu gelap untuk wanita mengandung daripada jenama Annee Matthews nampak kasual dengan padanan sandal kegemaran. Biar ringkas namun masih bijak bergaya dengan penataan warna dan potongan ringkas. Anak-anak kecil juga perlu digayakan dengan baju-baju sesuai dengan lingkaran umur mereka. Jenama pakaian kanak-kanak, Poney, mengekalkan ciri-ciri keriangan dan gaya comel melalui pilihan warna lembut dan fabrik ringan. Rona klise anak perempuan seperti merah jambu dan putih tambah menarik dengan rekaan gaun tutu yang comel. Sebanyak 17 jenama mengambil bahagian dalam pertunjukan tersebut, termasuk jenama seperti Nine West, Steve Madden, Jelly Bunny dan Havaianas. Menurut Pengurus Perhubungan Awan dan Komunikasi Suria KLCC, Fartini Zaharuddin, Minggu Fesyen itu bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengunjung agar mereka sentiasa tampil segar, anggun dan mengikut peredaran masa. "Kami berharap para pengunjung dapat mencari sesuatu yang bersesuaian dengan perwatakan dan personaliti mereka melalui 380 jenama tempatan dan antarabangsa yang terdapat di sini," ujarnya kepada media. | |||
Posted: 23 Apr 2013 04:09 AM PDT
KEKANGAN masa akibat jadual kerja atau tugasan harian yang ketat menyebabkan ramai orang memilih untuk menikmati makanan segera. Piza kegemaran ramai, Domino's kembali menawarkan promosi menguntungkan kepada penggemarnya melalui beberapa pilihan yang dinamakan sebagai The New Incredible Meals (NIM). Menurut Pengurus Pemasaran Domino's, Hasfahlinda Hassan, promosi NIM berbaloi kerana pelanggan boleh memilih piza yang berbeza selain boleh menambah beberapa menu lain pada harga rendah. "Harga promosi berpatutan mengikut empat pakej yang terdapat dalam promosi NIM. Ia sesuai untuk dihidangkan dalam kumpulan seramai empat hingga 15 orang," ujarnya ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini. Tambahnya, pelanggan dapat berjimat dengan harga yang ditawarkan iaitu serendah RM10 untuk seorang. Ia lebih berbaloi berbanding membeli secara berasingan tanpa menggunakan tawaran promosi. "Kami mahukan pelanggan berpuas hati melalui promosi hebat ini dengan menghidangkan piza yang berkualiti," kata Hasfahlinda. Selain itu, cara pesanan piza Domino's kini juga semakin mudah hanya melalui panggilan dan penghantaran segera ke alamat yang diberikan. "Satu lagi cara paling mudah ialah menggunakan langganan secara dalam talian. Ia lebih mudah dan ringkas malah tiada kos penghantaran dikenakan kepada mereka," tambah Hasfahlinda. Bagi memudahkan urusan langganan, penggemar Domino's juga boleh membuat tempahan seminggu awal melalui laman web restoran makanan segera itu. "Ia memberi kesan positif sejak dilancarkan kerana pelanggan tidak perlu lagi risau mengenai tempahan makanan untuk acara-acara persendirian atau secara berkumpulan," ujarnya. Pelanggan boleh memilih tiga pakej untuk kumpulan kecil iaitu NIM 1 pada harga RM40 untuk dua piza sederhana, manakala NIM 2 pula untuk lima orang pada harga RM50 mengandungi dua piza sederhana dan tiga menu tambahan. NIM 3 pula memberi pelanggan tiga pilihan piza dan dua menu tambahan. Bagi acara dalam kumpulan yang besar, pelanggan boleh memilih pakej NIM Party Pack yang menawarkan lima keping piza sederhana pada harga RM100, atau pakej NIM Celebration Pack yang berharga RM150 untuk tujuh piza sederhana untuk 15 orang. "Promosi hebat ini hanya ditawarkan di Malaysia dan ia bermula Mac lalu hingga penghujung April," jelas Hasfahlinda. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |