Khamis, 11 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Radhi OAG dan Kekasihnya, Ayu

Posted: 10 Apr 2013 11:52 PM PDT

Inilah dia awek kepada Radhi OAG, namanya Ayu berusia 20 tahun. Kehadiran Ayu dikatakan menyuntik semangat Radhi yang kini sudah bebas dari pusat pemulihan dadah.

Namun tidak menafikan yang mereka akan berkahwin tahun ini dimana Radhi memberi peluang kepada Ayu untuk mengenali dan menerima terlebih dahulu anak tunggal Radhi. -malaysiandigest.com




Gambar Remy Ishak Paling Hensem... Terliur Korang!

Posted: 10 Apr 2013 10:00 PM PDT

Bukanlah gambar kacak sebenarnya, nampak seperti solekaan untuk babak sebuah filem Amukan Azazil yang sudah ditayangkan dipawagam saat ini. Memang agak lucu dan seram juga gambar Remy Ishak waktu ini. Haha. Layan. Tak sangka pula wajah Remy seperti ini. -Instagram Remy Ishak


Tara...




Ziana Zain Duta Safi Rania Diamond!

Posted: 10 Apr 2013 09:00 PM PDT

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan. Pepatah ni dah memang popular dan terkenal apabila seseorang itu memperolehi rezeki atau nasib yang baik dalam hidupnya. Tidak ketinggalan kepada penyanyi dan pelakon, Ziana Zain yang masih lagi menyengat.

Ziana kini terpilih untuk menjadi duta produk kecantikan, Safi Rania untuk edisi 'Diamond' bukan edisi 'Gold' ok. Dengar bunyi seperti berada di kelas yang tinggi dan mewah dalam Safi Rania. Pemadanan dan pemilihan Ziana dikatakan menepati kecantikan pada dirinya dari dahulu sehinggalah sekarang.

Wawancara Bobo si Parody Lagu Sayang

Posted: 10 Apr 2013 08:00 PM PDT

Lagu edisi Parody Shae - Sayang yang menjadi fenomena di dalam laman sosial sejak akhir-akhir ini telah membuatkan seorang yang bernama Bobo telah di wawancara oleh sebuah krew videographi yang ditemuinya di Johor baru-baru ini. Bahkan ianya tela dilakukan oleh Johan dalam malam ABPBH 2012 yang lalu.

Lihat video asalnya memang orang ada yang menyampah dan ada juga yang ketawa sakan. Namun bagi nama Bobo, dia mempunyai bakat tersendiri yang harus korang banggakan, Bobo dalam video interview itu masih nampak cool dan memperlihatkan dirinya yang merendah diri dengan kerianggan di wajahnya. Teruskan dengan bakat anda.

Akhirnya Hubungan Pertunangan Elly Mazlein Terjawab!

Posted: 10 Apr 2013 06:18 PM PDT

Teka teki mengenai hubungan pertunangan pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein dengan pengarah drama, Azmi Hatta dikatakan sudah menemui jawapan yang masih lagi boleh menjadi tanda tanya.

Memetik portal mStar semalam, Azmi menafikan dia dengan Elly sudah putus tunang. Dan menyakinkan media dengan menyatakan hubungan mereka seperti biasa dan tidak ada apa-apa 'angin kuat' dalam pertunangan mereka.
"Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami,"
Yang menjadi tanda tanya majlis pernikahan mereka ditangguh dari tarikh pertunangan mereka pada 29 Mei pada 2011 sehinggalah ke hari ini. Hatta berkata ia kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong. Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan,"
Jadi anda sudah berpuas hati dengan jawapan ini? Elly masih lagi tunangan orang ok.

Natasha Hudson Ditampar dan Ditumbuk!

Posted: 10 Apr 2013 12:26 AM PDT

Dengar khabar yang Natasha Hudson yang sarat mengandung telah ditampar dan ditumbuk dengan kasarnya di sebuah lokasi pengambaraan. Berita yang memetik portal Murai itu lagi dilakukan oleh eorang lelaki dengan tidak diketahui apa kaitan antara mereka berdua.

Sungguh tidak disangka sanggup lelaki itu membuat kasar dengan pelakon yang tengah lagi hamil. Memang tidak masuk dek diakal, orang ramai ketika itu pun bukan mahu tolong, cuma melihat sahaja.

Mana tidaknya itu adalah sebahagian daripada aksi untuk wataknya sebagai Amanda di dalam filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Langgar. Kah kah. Jangan marah ah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines