Isnin, 15 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Faezah Elai Mahu Berlakon Semula (Gambar)

Posted: 14 Apr 2013 10:50 PM PDT

Pelakon Faezah Elai yang melahirkan anak sulung pada awal Februari 2013 yang lalu kini berhasrat mahu kembali berlakon semula setelah melahirkan anaknya, Dealova Heyrinna. Malah suaminya, Heykal memberi lampu hijau untuk Faezah kembali berlakon semula.

Sebenarnya sudah 8 bulan Faezah menyepi dari industri lakonan sejak Jun 2012 yang lalu dengan mengambil sepenuh perhatian terhadap kandungannya, menurut portal Utusan semalam.

"Memang saya terlalu rindukan dunia lakonan. Sekalipun bercuti panjang, saya tetap menonton drama, filem tempatan dan antarabangsa bagi mengubati kerinduan. Alhamdulillah impian saya itu tercapai. Insya-Allah saya akan kembali berlakon drama pada minggu depan," kata Faezah
Namun Faezah berazam dan berjanji tidak akan mengabaikan tugas sebagai seorang isteri dan ibu selain dapat membahagikan masa terhadap keluarganya.

Adira Dating Siap Ada BodyGuard

Posted: 14 Apr 2013 10:00 PM PDT

Semalam portal Kosmo! ada menceritakan yang Adira AF telah pergi dating dengan kekasihnya siap dikawal oleh dua orang pengawal pribadi. Pengawal pribadi memihak Adira atau pun kekasihnya itu.

Editor Kosmo! itu menambah lagi yang dia ternampak Adira bermanja-manja, bermesraan, siap membelai rambut, sentuhan pipi dan sebagainya. Tidak dapat dipastikan siapa lelaki itu, kalau dia anak sultan, kerabat diraja atau orang kenamaan pastinya mampu membiyai dua pengawal pribadi itu.

Ntah benar ke tidak berita ini. Haha. Adira dah punya kekasih lah jawapannya.

Gambar Tiz Zaqyah Duta Nur Kasih Prune Essence

Posted: 14 Apr 2013 09:00 PM PDT


Kecantikan dan kelawaan pelakon Tizz Zaqyah memang mencairkan ramai lelaki diluar sana. Maka dengan anugerah semula jadi ini dan bakatnya yang terserlah di drama/filem Nur Kasih, maka Tiz dipilih menjadi duta produk kesihatan, Nur Kasih Prune Essence.

Produk ni bagus sebenarnya untuk kesihatan, memetik daripada Facebook produk ni:
Nur Kasih Prune Essence is created for you. It is high in Antioxidant, Vitamin C and Fibre. Take one every day to achieve radiant complexion and beauty appearance...
Cuba dan alaminya sendiri.

Gambar dibawah ketika satu majlis pelancaran produk ini di MIHAS 2013.













Misha Omar Tangguh Kahwin Sehingga 2014

Posted: 14 Apr 2013 08:00 PM PDT


Penyanyi Misha Omar dikatakan akan menagguhkan sekali lagi buat kali ke-2 tarikh perkahwinannya pada tahun 2014 dengan tunangnya Firos Ezzwan yang ditunangkan pada bulan Februari 2012. Kali pertama cadangan mereka pada bulan September 2012 yang lalu.

Kenyataan Misha yang memetik di portal Murai itu lagi menambah dia dan Firos terpaksa menangguhkan tarikh itu kerana kesibukan kerjaya masing-masing
"Tahun ini saya sangat sibuk, bayangkan jadual saya penuh sehingga Ogos, tapi tak akan nak kawhin bulan puasa pula kan?

"Jadi jangan tanya mengenai kahwin dahulu buat masa ini.

"Sebenarnya kami sudah tangguh sekali dan sepatutnya September tahun lalu.Tapi waktu itu tunang saya belum habis peperiksaan sebelum mendapat lesen untuk mengendalikan pesawat Airbus.

"Jadi insyAllah, kami akan membuat keputusan untuk berkahwin pada tahun hadapan iaitu 2014," -Misha
Dan ditambah lagi yang Misha akan mengambil cuti 2 bulan paling kurang untuk membuat persiapan di majlis yang bermakna itu nanti.

Gambar Tudung Siti Nurhaliza v5

Posted: 14 Apr 2013 06:19 PM PDT


Pagi yang indah ini pastinya kita akan serikannya dengan gambar yang indah-indah sahaja ok. Kasih semangat untuk korang bekerja dan juga duduk di rumah mahupun IPT.

Gambar terbaharu Datuk Siti Nurhaliza bertudung yang dikatakan telah dimakeup oleh jurusolek terkenal. Dengan matanya yang melintik serta bajunya yang biru kemudaan dan tudungnya yang berbelit-belit unik. -Instagram Siti Nurhaliza




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines