Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- 'Saya masih sayang dia'
- Zizan Razak Sudah Jatuh Cinta, Tolak Wanita Seksi
- Kunjungan Ke Mekah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung
- AR Badul Harap Artis Veteran Berkempen Di Kedah Tidak Dipersoalkan
- Johor Dipilih Penganjuran Anugerah Blockbuster Tahun Ini
- Sudah sampai masa saya berhijab - Alyah
- Bogel urut pelanggan
- Dira tidak hilang
- S.M Salim pernah dibayar RM5!
- Penduduk di China diminta makan ayam
- Penduduk sambut kelahiran pengasas Korea Utara
- Otak diperiksa dalam temu duga juruterbang tentera China
- Doktor falsafah wanita yang melukis
- Tiga jelitawan pewaris seni Ismail Maembong
- Asia di pentas peragaan antarabangsa
- Farniaa yang anggun
- Regim baharu Olay
- Untuk jejaka arif bergaya
- Sedekad bakti As-Siddiq
- Kampus USM bebas rokok
Posted: 15 Apr 2013 10:00 PM PDT Kini semuanya terjawab apabila pengarah drama Epilog Cinta Khirana, itu menegaskan mereka masih bersama dan menafikan dakwaan pertunangan mereka telah berakhir. "Saya masih sayangkan dia dan dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Cuma sekarang kami jarang bertemu memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya tambahan pula saya terpaksa menjalani penggambaran di merata tempat. "Saya sendiri tidak tahu bagaimana khabar angin yang mengatakan pertunangan kami telah terputus ini mula timbul. Mungkin ia berpunca daripada masa yang kami ambil terlalu lama untuk mendirikan rumah tangga bersama," jelasnya ketika ditemui pada penggambaran drama Epilog Cinta Khirana bertempat di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini. Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang. "Memang kami merancang untuk berkahwin tapi ia tidaklah semudah yang dibayangkan. Buat masa ini kami sedang berusaha memantapkan diri masing-masing sebelum menempuhi kehidupan berumah tangga yang mungkin lebih besar dugaannya. "Selain daripada itu, saya juga ada tanggungjawab yang perlu dijalankan terhadap dua orang anak saya. Elly pula ada keluarga. Saya tak mahu abaikan mana-mana pihak termasuk diri Elly", katanya. Tambah Azmi, gosip yang tersebar terhadap hubungan pertunangannya itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap dirinya. "Secara jujurnya, saya memang tidak selesa dengan situasi ini di mana ada pihak yang cuba reka cerita terhadap hubungan kami. "Sebagai pengarah, saya perlu berhadapan dengan pelbagai pihak dan begitu juga dengan Elly yang sudah tentu terpaksa berhadapan dengan peminatnya," ujarnya. Dalam pada itu, Azmi masih enggan memberitahu tarikh yang telah dipilih untuk mengadakan perkahwinan mereka. "Insya-ALLAH. Tarikhnya saya belum boleh kongsikan lagi tapi ia akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Kalau boleh kami mahu tarikh yang dipilih itu masa yang tepat. "Bukannya mahu terus rahsiakan tentang perkahwinan kami, tapi perkara ini saya perlu berbincang terlebih dahulu dengan Elly," jawabnya. | ||
Zizan Razak Sudah Jatuh Cinta, Tolak Wanita Seksi Posted: 15 Apr 2013 09:59 PM PDT Zizan atau nama sebenarnya Razizan Razak, 29, bagaimanapun berkata, dia masih lagi belum bersedia memberitahu wanita tersebut tentang perasaan hatinya itu. "Saya memang berkenan dengan seorang wanita yang cukup rapat dengan saya. "Tetapi dia belum tahu lagi isi hati saya terhadapnya dan saya belum bersedia untuk memberitahunya," kata Zizan. Zizan ditemui pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke 29 anjuran kelab peminat pelawak itu di Restoran Felda Villa di sini, Isnin. Tambah Zizan, pada sambutan hari lahirnya itu, wanita tersebut turut menghadiahkannya sebuah telefon bimbit IPhone 5. Mengenai sambutan kelahiran Zizan, pelakon itu berkata , ini merupakan sambutan yang paling menyeronokkan buat dirinya apabila para peminatnya menerusi 'Zizan Twitter Family' sanggup meluangkan masa untuk menggembirakannya. "Saya tahu mereka (peminat) akan menyambut hari jadi saya, tetapi tak sangka semeriah ini. "Alhamdulillah, saya bersyukur mempunyai para peminat yang sanggup bersusah senang melayari perjalanan karier ini," ujarnya. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis hari lahir Zizan ialan Awal Ashaari, Johan As'ari, Emma Maembong, Caca Maembong dan Kaka. Dalam perkembangan lain, Zizan bakal muncul dalam filem Bikers Kental, KL Zombie, KL Gangster 2 dan Tokan. | ||
Kunjungan Ke Mekah Buka Hati Alyah Untuk Bertudung Posted: 15 Apr 2013 09:58 PM PDT Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 32, berkata, hasrat memakai tudung telah lama dipendamkan namun selepas satu kejadian berlaku ketika menunaikan umrah, dia mula terdetik untuk terus bertudung. "Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya. "Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan. "Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin. Tambah Alyah, memandangkan para peminat sebelum ini mengenalinya menerusi fesyen-fesyen yang digayakan, dia juga tetap akan tampil dengan gaya menarik walaupun bertudung litup. "Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah. "Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya," tuturnya. Ditanya apakah komen kekasihnya Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS berhubung perubahannya itu, kata Alyah, konduktor muzik terkenal itu memberi sokongan sepenuhnya dengan penampilan baru itu. "Alhamdulillah dia cakap 'baguslah, ia baik untuk awak'," selorohnya. Tambah Alyah, hubungannya dengan Ramli masih lagi dalam proses perkenalan dan mereka belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini. | ||
AR Badul Harap Artis Veteran Berkempen Di Kedah Tidak Dipersoalkan Posted: 15 Apr 2013 09:57 PM PDT Badul berkata, artis-artis berkenaan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada BN tetapi apa yang mereka lakukan adalah kerja sukarela yang lahir pada diri masing-masing. "Kami bukannya mahu dibalas dengan tawaran kerja pada masa akan datang tetapi ia adalah satu usaha murni daripada hati kami sendiri. Kami harap kerjaya sukarela kami ini tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada mStar Online. Kira-kira 10 orang artis veteran termasuklah Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustafa Maarof, Norlia Ghani, Shira Iskandar, Aznah Hamid, Kismah Johar dan Hail Amir akan menyertai program Ziarah Syukur Ke Kedah bagi membantu BN berkempen sempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Ia akan bermula dari tarikh 23 hingga 27 April ini membabitkan daerah Kuala Nerang, Kulim, Alor Merah dan Pendang. Beberapa aktiviti bersama penduduk kampung akan diadakan termasuklah menjayakan sembahyang hajat, forum Bicara Seni dan menziarahi beberapa rumah kebajikan dalam acara itu. Badul berkata, dia juga menganggap penglibatan artis-artis dalam aktiviti berkenaan seperti satu 'peperangan' minda kerana mereka mungkin akan berdepan dengan pelbagai risiko termasuklah kehadiran itu tidak disukai oleh pihak-pihak tertentu. "Kami sudah bersedia dengan risiko yang bakal dilalui. Bagi kami, semua ini adalah demi negara kita sekarang. "Insya-Allah, mudah-mudahan kehadiran kami akan diterima baik oleh penduduk kampung di sana," ujarnya. | ||
Johor Dipilih Penganjuran Anugerah Blockbuster Tahun Ini Posted: 15 Apr 2013 09:56 PM PDT Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha Nalliah berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada penduduk di luar Lembah Klang merasai kehangatan acara itu. "Kami pada mulanya sukar mencari lokasi di Kuala Lumpur dan selepas perbincangan dibuat kami bersetuju untuk mengadakan acara itu di Johor," katanya pada sidang media Anugerah Blockbuster di Hotel Western Premier di sini, Isnin. Acara itu dijadualkan berlangsung pada 15 Jun depan pada pukul 9 malam. Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Radio Era. Dalam pada itu, Pansha berkata, pihaknya dan Astro akan memastikan penganjuran Anugerah Blockbuster 2012 akan lebih berjaya berbanding tahun lalu. "Tahun lalu kita menghadapi masalah masa apabila ia dibuat dalam masa yang singkat. Jadi tahun ini promosi dapat disusun dengan lebih kemas," katanya. Bakal mengangkat tema 'hipster', Pansha bagaimanapun berkata, senarai pengacara, persembahan dan sebagainya akan diumumkan dalam sidang media seterusnya. Filem yang layak bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2012 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2012 sehinggalah 31 Disember 2012. Sebanyak 15 kategori yang melibatkan 49 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai. Bagi yang ingin mengundi, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster iaitu di www.anugerahblockbuster.com.my dan menerusi keratan akhbar. Undian pusingan awal akan dibuka bermula 19 April 2013 sehingga 10 Mei 2013. Sepuluh calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan dengan kaedah serupa. Antara filem-filem yang layak bertanding termasuklah Chow Kit, Ngorat, Istanbul Aku Datang, Adnan Sempit 2, 29 Februari, Apa Celop Toqq, Mael Lambong, Untuk Tiga Hari, Jiwa Taiko, Kahwin Lima, dan Zaiton Ceritaku . Berikut adalah 15 kategori yang dipertandingkan: 1. Anugerah Filem Terhebat 2. Anugerah Tuan Direktor Terhebat 3. Anugerah Direktor Baru Terhebat 4. Anugerah Filem Aksi Terhebat 5. Anugerah Filem Kelakar Terhebat 6. Anugerah Filem Takut Terhebat 7. Anugerah Drama Muzikal Terhebat 8. Anugerah Hero Terhebat 9. Anugerah Heroin Terhebat 10.Anugerah Watak Penyangak Terhebat 11.Anugerah Lagu Filem Terhebat 12.Anugerah Hero Baru terhebat 13.Anugerah Heroin Baru terhebat 14. Anugerah PFM 15. Anugerah Astro First Terhebat | ||
Sudah sampai masa saya berhijab - Alyah Posted: 15 Apr 2013 09:55 PM PDT ARTIS dan hijab bukan perkara baharu dalam industri tempatan. Bermula tahun lepas, seorang demi seorang selebriti wanita yang kita dengar telah berubah penampilan. Tidak ketinggalan, seorang artis yang dahulunya pernah dikenali dengan fesyen pelik ala Lady Gaga, iaitu Alyah atau nama sebenarnya, Noor Hasliah Abu Hasan. Bagaimanapun, setelah pulang dari mengerjakan ibadah umrah sejak empat hari lalu, Alyah memuat naik foto dirinya berhijab ke dalam laman Instagram miliknya. Justeru, semestinya ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat yang rata-rata suka dengan perubahan yang ditunjukkannya. Kosmo! telah pun menghubungi dan bertanya tuan punya badan sendiri tentang perkara ini. Kosmo!: Banyak orang mahu tahu adakah Alyah benar-benar sudah berhijab kerana anda banyak memuat naik gambar anda bertudung dalam Instagram? ALYAH: Ya, memang betul saya sudah berhijab sepenuhnya seperti yang kelihatan dalam laman tersebut. Bila anda terlintas untuk mengambil keputusan tersebut? Sebenarnya, saya baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah empat hari lepas. Dua minggu di sana, tiap-tiap hari saya memakai hijab. Memang sangat selesa dan sejak itu, hati saya terbuka untuk mengambil keputusan berhijab. Mungkin juga disebabkan faktor usia saya yang semakin meningkat. Justeru, saya rasa 32 tahun ini ialah waktu yang sesuai untuk saya mengambil keputusan itu. Sebenarnya, saya tidak mahu terlalu bercerita tentang hal ini. Biarlah ia menjadi urusan antara saya dan Tuhan. Sebelum ini, ada sesiapa memberi galakan atau pernah menyuruh anda berhijab. Mungkin ahli keluarga atau sesiapa sahaja? Tiada pula, kerana keluarga saya tidak pernah memaksa atau menyuruh saya berkaitan hal seperti ini. Ini memang keputusan saya sendiri untuk berhijab. Sebelum ini, anda memang dikenali dengan artis yang gemar berfesyen pelik, jadi mungkin selepas berhijab, anda akan kurang berfesyen atau sebaliknya? Jika mahu diikutkan, saya memang telah perlahan-lahan meninggalkan imej pelik serta rambut saya juga telah diwarnakan hitam semula. Saya kini berfesyen mengikut usia saya. Bagaimanapun, memang saya akui, saya seorang yang gemar berfesyen. Setelah berhijab, saya akan banyak membuat rujukan tentang fesyen berhijab ini. Masih boleh berfesyen, namun perlulah mengikut kesesuaian. Konsep muzik bagaimana pula, mungkin terfikir untuk membuat lagu-lagu kerohanian, atau masih mengekalkan konsep seperti sebelum ini? Saya masih lagi akan membawa konsep seperti sebelum ini iaitu Pop. Untuk bertukar kepada konsep lain, rasanya tidak. Apa pula respons peminat tentang perubahan yang dilihat? Alhamdulillah, ramai yang menyokong saya 100 peratus. Namun, apa yang pasti, saya berubah bukan untuk peminat atau sesiapa sahaja, tapi kerana diri sendiri dan Allah. Boleh cerita tentang perkembangan anda kini? Saya kini sedang sibuk dengan promosi single yang berjudul Permata bersama band Idola Kecil 5. Selain itu, saya juga bakal keluar dengan sebuah lagi single baharu yang masih dalam proses rakaman. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:53 PM PDT Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, tukang urut warga asing terbabit dipercayai menawarkan perkhidmatan urut daripada badan ke badan dan juga seks jika dikehendaki pelanggan. Menurutnya, beberapa anggota penguat kuasa menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki premis berkenaan, sebelum menahan semua warga asing terbabit dalam serbuan kira-kira jam 10 malam. "Semua tukang urut lingkungan 20 hingga 32 tahun itu dipercayai melanggar syarat pas lawatan sosial, ditahan. "Dua lelaki warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis itu juga ditahan kerana mengambil pekerja warga asing tanpa pas sah," katanya. Beliau berkata, Operasi Sayang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Mohd Zamry Mohd Nor bersama sembilan orang anggota penguat kuasa itu dijalankan atas maklumat dan aduan orang awam. "Operasi sama juga dijalankan secara berterusan bagi menangani isu sosial di kawasan ibu kota secara bersepadu. "Kami memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen perniagaan premis berkenaan jika disabitkan kesalahan sebagai pengajaran kepada yang lain," katanya. Semua warga asing yang ditahan itu dibawa ke Depoh Tahanan Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kementerian Dalam Negeri Jalan Duta untuk tindakan lanjut. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:48 PM PDT
WANITA yang bernama Dira Abu Zahar ini pernah dilanda kontroversi hebat mengenai dirinya yang pernah dilabel sebagai wanita kaki gaduh. Ini kerana, Dira atau nama sebenarnya, Khaidhirah Abu Zahar pernah menggegarkan industri seni tempatan dengan kontroversi pergaduhannya bersama seorang wanita di sebuah kelab hiburan kira-kira dua tahun lalu. Ekoran kejadian tersebut, Dira yang sebelum ini menjadi hos program hiburan terkenal, Melodi telah disingkirkan dari terus menjadi pengacara program tersebut. Masa berlalu dan wanita ini dilihat menyepi daripada sebarang aktiviti lakonan sejak dua tahun lalu. Walaupun begitu, wanita ini tidak pernah takut untuk tampil di khalayak dengan menghadiri acara atau majlis yang diadakan. Namun, apa yang menyebabkan dia menyepi dari dunia lakonan yang diminatinya itu. Ketika bertemu dengan Dira pada majlis pelancaran drama Dahlia yang bertempat di Restoran Serai, KL Life Centre, Kuala Lumpur, dia masih seperti dahulu, ceria dan sentiasa tersenyum ketika menjawab segala persoalan yang ditujukan kepadanya. Berhenti Persoalan demi persoalan diajukan kepada wanita kelahiran Merlimau, Melaka ini, namun segala persoalan dijawab dengan tenang. Ternyata Dira merupakan seorang yang tidak mudah melatah apabila soalan yang berunsur peribadi dilemparkan kepadanya oleh pihak media. Mengakui dirinya sepi dari tampil di kaca televisyen sejak hampir dua tahun lalu, Dira menjelaskan bahawa dia tidak pernah kecewa dengan situasi yang telah terjadi. Sebagai seorang manusia biasa, dia sedar bahawa kadangkala roda kehidupan seseorang itu boleh berada di puncak dan berada di bawah pada sekelip mata. Jelasnya lagi, biar hampir dua tahun seperti terpinggir, ia tidak mematahkan semangatnya untuk meninggalkan bidang seni. "Saya tidak pernah membuat kenyataan ingin berhenti daripada industri ini kerana jika berhenti, ke mana lagi ingin saya pergi. Ini adalah dunia saya. Sejujurnya saya tidak kisah kalau hanya berada di belakang kamera. "Ini kerana, saya mula menapak dalam industri ini dengan melakukan kerja-kerja di belakang tabir bersama produksi. Jika khalayak tidak melihat saya di hadapan kamera, sebenarnya saya sedang bekerja di belakang kamera," jelas Dira yang mengakui banyak melakukan kerja-kerja di sebalik tabir sepanjang tidak menerima tawaran berlakon. Bagaimanapun, jelas Dira lagi, dia sedikit pun tidak berkecil hati. Ini kerana selain berlakon, dia menyimpan impian untuk menjadi seorang penerbit, pengarah mahupun seorang penulis skrip. Oleh kerana itu, dia sering membantu suaminya ketika mempunyai penggambaran dan tidak ingin melepaskan peluang mempelajari selok belok tentang produksi dan belakang tabir penerbitan sesebuah filem mahupun drama.
Tidak terkilan Mungkin kebetulan atau sebaliknya, kehilangan Dira masih dikaitkan dengan kontroversi pergaduhannya yang menyebabkan wanita ini. Bagaimanapun, ternyata andaian tersebut tersasar sama sekali. Jelas Dira, dia tidak pernah menyembunyikan diri kerana kes yang melibatkan dirinya itu. "Sejujurnya, selepas kes tersebut, saya lebih senang berdiam diri. Takkan saya perlu pergi kepada semua orang dan memperbetulkan apa yang mereka fikir tentang saya? "Memang saya tahu, jika saya tiada terlibat dalam kes itu pun, ada juga orang yang akan bercakap tentang saya, tidak kiralah sama ada baik atau buruk. Saya tidak berasa terkilan dan tidak mahu terlalu ambil serius kerana saya tahu saya tidak melakukan kesalahan. Jadi untuk apa saya bersembunyi daripada masyarakat. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang," ujarnya tegas. Namun, tambahnya lagi, apa yang pasti, jika masih punya rezeki dalam bidang pengacaraan, dia mahu menumpukan tawaran lebih kepada program berbentuk travelog serta dokumentari, bukan lagi yang berbentuk hiburan. Jadual padat Sementara itu, beritahu Dira, tugasnya menjadi isteri kepada Mohd. Helmi Mohd. Yusof, ibu kepada Puteri Tengku Anggun Deandra, menjadi seorang pelajar serta mempunyai karier dalam bidang seni membuatkan jadual dirinya agak padat. Jelasnya: "Antara sebab lain saya kurang mengambil tawaran lakonan ialah kerana saya juga sibuk dengan jadual belajar saya. Saya ambil tawaran berlakon dalam drama Dahlia ini juga adalah kerana cuti semester. "Selain itu, sebelum ini, saya juga ada terlibat dengan beberapa penggambaran filem dan juga membantu produksi suami saya yang membuat filem berjudul Bikerz Kental yang bakal keluar hujung Mei ini. Ini kerja-kerja yang saya lakukan selain menghadiri kelas. Hakikatnya, jadual saya sememangnya agak padat dengan perkara yang saya suka untuk lakukan." | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:47 PM PDT SELEPAS 56 tahun berjuang membawa lagu-lagu asli, penyanyi veteran Tan Sri S.M Salim diberi penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan menerima Anugerah Biduan Negara baru-baru ini. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur baru-baru ini. S.M Salim menerima selempang, pingat, trofi, wang cek bernilai RM30,000 dan sijil penghargaan. S.M. Salim yang terharu dengan penerimaan anugerah itu berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah daripada mana-mana pihak tetapi bersyukur jasanya dikenang. "Saya menyanyi bukan untuk mendapatkan penghargaan. Orang ingat saya pun sudah lebih daripada cukup. Terima kasih kerana memberi penghargaan ini," ujarnya sebak. Penyanyi berusia 85 tahun itu turut meluahkan rasa kecewanya kerana lagu-lagu asli kurang dimainkan di corong radio. Jika berterusan begitu, beliau cukup bimbang andai lagu asli akan hilang ditelan zaman. "Lagu saya kurang dimainkan di radio, jika ada pun pada waktu tengah malam sahaja itupun jarang-jarang. Apa kebencian dan salah saya dengan RTM sehingga lagu saya jarang-jarang diputarkan. Saya buka radio, tunggu juga bila lagu saya akan dimainkan," katanya. Selain itu, S.M Salim juga kecewa kerana tidak ramai pelapis lagu asli dalam kalangan penyanyi muda pada hari ini. Bahkan, beliau turut sakit telinga apabila mendengar penyanyi muda menyanyikan lagu asli dengan lenggok dan nada yang salah. "Ada yang cuba menyanyi lagu asli tetapi saya dengar mereka nyanyi salah. Apa salahnya datang bertanya kepada saya jika tidak tahu. Walaupun saya uzur, saya tidak kisah andai mereka datang menuntut ilmu. "Jika perkara ini dibiarkan saya bimbang, lagu-lagu asli akan hilang begitu sahaja. Sesuatu harus dilakukan untuk menghangatkan kembali lagu asli. Saya tahu pertandingan lagu asli pernah diadakan tetapi setakat keluar di radio dan jarang-jarang dapat peluang untuk bersiaran di televisyen pun tidak guna juga. "Seharusnya lagu asli mendapatkan sokongan daripada semua pihak tidak kira kerajaan atau swasta kerana akhinya itu sahaja budaya kita yang tinggal," balasnya. S.M Salim yang telah melahirkan 13 buah album dan pernah menjadi juruhebah radio di Radio Melaya pada tahun 1940-an berkata, beliau menyimpan hasrat untuk menerbitkan album terbaharu, bagaimanapun tiada ada pihak yang sudi membantunya. "Saya sudah tua dan uzur, siapa yang nak panggil saya rakam album? Kalau saya mahu buat album, saya mahu rakam dengan iringan orkestra, bukannya dengan band biasa barulah bunyinya lebih sedap," ujarnya. Bercakap tentang pengalamannya menyanyi dan berlakon, terselit cerita menarik. Terangnya, beliau pernah dibayar menyanyi dengan nilai RM5 sahaja selain lakonan juga dilakukan kerana terpaksa. "Saya dibayar RM5 sehari ketika mula-mula menyanyi. Saya juga pernah menyanyi sambil diacukan senapang oleh tentera Jepun. Teruk pengalaman saya untuk bergelar penyanyi tidak semudah penyanyi hari ini. "Tentang lakonan pula, saya lakukan kerana terpaksa bukan kerana saya suka. Waktu itu, jumlah pelakon tidak ramai, sayalah yang menyanyi, saya juga yang berlakon. Sudah menjadi satu kelaziman waktu itu, penyanyi juga berlakon dan lakukan kerja-kerja belakang tabir kerana kekurangan tenaga kerja," ceritanya lagi. Sementara itu, pejuang komposer, pemuzik dan pelakon yang berasal dari Singapura, Kassim Masdor, 75, turut menerima anugerah Seniman Tamu Negara daripada KPKK. Beliau yang merupakan anak didik Tan Sri P. Ramlee cukup terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. "Saya akui kerajaan Malaysia lebih banyak memberi penghargaan kepada penyanyi veteran daripada Singapura. Saya tidak sangka saya turut tersenarai untuk menerima anugerah ini," katanya yang kini mengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). Terkenal sebagai perintis band popular Pancha Sitara yang ditubuhkan oleh P. Ramlee, Kassim memberitahu dia diajar bermain muzik oleh P. Ramlee sejak berusia 10 tahun ketika bekerja sebagai budak suruhan sewaktu di studio Jalan Ampas, Singapura. "Kerja saya hari-hari adalah mengejutkan P. Ramlee bangun tidur untuk penggambaran filem. Lama kelamaan, P. Ramlee sayangkan saya dan mengajar saya muzik sehingga saya pandai. Akhirnya, saya menjadi orang kanannya ke mana sahaja beliau pergi," tuturnya yang bakal menerbitkan buku biografi mengenai perjalanan kerjaya seninya. Antara lagu terkenal yang dicipta oleh Kassim ialah Sapu Tangan Tanda Mata (Saloma), Bahtera Merdeka dan Budi Setahun Segunung Intan (Ahmad Jais), Selamat Hari Raya (Fazidah Joned) dan Malaysia Baru (Aziz Jaafar). Dalam majlis penghargaan tersebut penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Zainal Abidin dan Nora turut hadir membuat persembahan sebagai penyeri majlis. | ||
Penduduk di China diminta makan ayam Posted: 15 Apr 2013 09:42 PM PDT
BEIJING - Akhbar milik pemerintah China semalam menggesa orang ramai untuk memakan ayam bagi membantu memulihkan industri ternakan itu yang mengalami kerugian sebanyak 10 bilion yuan (RM4.86 bilion) dalam tempoh seminggu ekoran virus selesema burung H7N9 mula menjangkiti manusia. Setakat ini. sebanyak 61 orang dijangkiti dengan virus tersebut manakala 14 lagi meninggal dunia sejak virus maut itu ditemui buat pertama kali ditemui pada manusia. "Orang ramai sepatutnya menghapuskan kebimbangan mereka (untuk memakan ayam) bagi mengelak ia menjadi bencana untuk industri ternakan," kata akhbar Global Times dalam ruangan rencan pengarangnya. Menurut rencana itu, tidak memakan ayam kerana bimbangkan virus tersebut merupakan perbuatan yang tidak adil untuk para petani. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, virus tersebut tidak akan aktif pada suhu melebihi 70 darjah Celsius. Pertubuhan itu menyatakan, ekoran itu adalah selamat untuk memakan daging ayam yang dimasak. Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun semalam menjalani pemulihan selepas dia dijangkiti virus tersebut. Dia kini dirawat di Hospital Ditan, Beijing. Anak kepada pasangan peniaga ternakan itu dimasukkan ke Hospital Ditan selepas dia menunjukkan simptom selesema seperti demam, batuk, sakit tekak dan sakit kepala pada pagi Khamis lalu, lapor agensi berita Xinhua pada Sabtu lepas. | ||
Penduduk sambut kelahiran pengasas Korea Utara Posted: 15 Apr 2013 09:40 PM PDT SEOUL - Penduduk Korea Utara di Pyongyang semalam menyambut ulang tahun ke-101 kelahiran pengasas negara komunis itu, Kim Il-sung. Il-sung merupakan datuk kepada pemimpin komunis negara itu kini, Kim Jong-un. Sambutan itu diadakan walaupun tidak terdapat tanda-tanda bahawa ketegangan di Semenanjung Korea akan berakhir. Sejumlah askar, pekerja dan pelajar meletakkan bunga di depan patung Il-sung dan anaknya, Kim Jong-il yang merupakan bapa Jong-un di Pyongyang pada sambutan tersebut. Korea Utara sebelum ini mengancam untuk menyerang Amerika Syarikat (AS), Korea Selatan dan Jepun dengan melakukan serangan nuklear. Ancaman serangan itu dibuat setelah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan barang mewah ke Korea Utara kerana negara tersebut melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu. Pihak pentadbiran AS merancang untuk berunding tetapi dengan syarat Korea Utara tidak melaksanakan cita-citanya untuk mengeluarkan senjata nuklear. Korea Utara menyatakan, senjata nuklear merupakan hartanya yang amat berharga dan berjanji untuk tidak meninggalkan cita-cita tersebut. Kementerian Pertahanan Korea Selatan menyatakan, negaranya akan terus berjaga-jaga kerana Korea Utara dijangka melancarkan peluru berpandu pada bila-bila masa. | ||
Otak diperiksa dalam temu duga juruterbang tentera China Posted: 15 Apr 2013 09:39 PM PDT WUHAN, China - Seramai 500 orang termasuk lulusan sekolah tinggi dan universiti menjalani ujian elektroensefalogram semasa mereka menghadiri pemilihan untuk menjadi juruterbang tentera China di sini pada 12 April lalu. Ujian tersebut diadakan bagi mengetahui graf tentang aktiviti elektrik pada otak. Aktiviti elektrik itu dicatatkan dengan menggunakan elektrod yang diletakkan pada permukaan kulit kepala. Ujian tersebut digunakan untuk mendiagnosis kepincangan neurologi, neuropsikiatri dan dalam penyelidikan neurofisiologi. Selain ujian itu, mereka turut menjalani beberapa ujian fizikal dan latar belakang politik mereka. | ||
Doktor falsafah wanita yang melukis Posted: 15 Apr 2013 09:36 PM PDT
WANITA memang sinonim dengan jiwa yang feminin dan penuh kelembutan. Selain tangkas di dapur, wanita juga berjaya mengawal keseimbangan antara komitmen terhadap kerjaya dan perhatian ke atas keluarga. Kini, timbul satu lagi cabang baharu yang diceburi wanita untuk menunjukkan sisi mereka yang cenderung kepada kesenian terutama dalam bidang seni lukisan. Mengimbas perkembangan seni feminis di Barat, bakat pelukis wanita seperti Helen Frankenthaler, Grace Hartigan dan Bridget Riley mula mendapat perhatian sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Sehingga penghujung 1960-an, karya yang dihasilkan sukar dibezakan dengan karya pelukis lelaki kerana mereka telah berusaha keras bersaing dalam dunia seni arus perdana yang didominasi oleh kaum Adam. Menurut kajian oleh seorang penyelidik, Yuen Chee Ling dari Universiti Sains Malaysia pada 2007, pelukis wanita di Malaysia mula dipelopori oleh Rosalind Foo pada abad ke-20. Kemudian muncul nama-nama baharu dalam arena seni lukis wanita iaitu Georgette Chen, Liu Siat Mui, Hamidah Suhaimi dan Norma Abbas. Kajian berkenaan menghuraikan perasaan, pemikiran dan psikologi dalaman pelukis untuk penelitian estetik wanita dengan sensitiviti mereka sebagai seorang wanita. Monsun seni Ruzaika Bekas pensyarah fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM), Prof. Madya Dr. Ruzaika Omar Basaree, 65, mula mengesan minatnya dalam seni lukisan selepas melihat bapanya menghasilkan seni khat kaligrafi sejak kecil. Berbekalkan minat tersebut, Ruzaika bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan setelah tamat persekolahan pada 1967. Pada tahun 1968, Ruzaika menghantar permohonan masuk ke Institut Teknologi Mara yang pada ketika itu ada menawarkan jurusan Kajian Seni Lukis dan Seni Reka bagi meneruskan minat dalam bidang tersebut. Melangkau hampir empat dekad pembabitannya dalam seni lukisan, perjalanan Ruzaika sebagai seorang pelukis juga telah melalui beberapa perubahan terhadap kecenderungan seni. Monsun seni wanita yang murah dengan senyuman ini bermula pada tahun pertama pengajiannya dengan penghasilan lukisan Barat kerana dipengaruhi oleh pensyarah yang rata-rata baru pulang daripada melanjutkan pengajian dari luar negara. Namun, Ruzaika kemudian beralih kepada penghasilan asemblaj kerawang dan lukisan mengunakan mix media (bahantara campuran) ketika menetap di Dungun, Terengganu sekitar 1975 hingga 1982. "Saya tertarik dengan seni kerawang yang banyak ditemui di Terengganu kerana seni tradisionalnya lebih mencerminkan identiti kita. "Kemudian, pada era 1980-an, saya mula tertarik kepada seni Islam yang banyak bermain dengan susunan corak yang bersimetri," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran pameran Pelukis Wanita dan Kontemporarinya (PWK) yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) sejak 2 April lalu hingga 19 April ini. Prinsip asas lukisan yang banyak menggunakan elemen pengulangan dan permainan warna jelas dilihat melalui lukisan Ruzaika di pameran tersebut. Uniknya, idea menghasilkan karya itu timbul selepas kunjungannya ke sebuah masjid lama di Beijing, China pada bulan November tahun lalu. Karya yang dipamerkan di PWK itu diinspirasikan daripada motif bunga pada corak kasut yang dijual kepada pengunjung wanita yang mahu masuk ke dalam masjid di sana. Lukisannya dihasilkan menggunakan bahan campuran yang diterjemahkan di atas kanvas. Menurut Ruzaika, usai menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah di UiTM, dia kini dalam perancangan untuk menyertai UM sebagai pendidik. Ruzaika merupakan salah seorang daripada 16 pelukis wanita tempatan yang menjayakan majlis jualan dan PWK. Kesemua mereka telah mempamerkan sebanyak 62 karya yang menampilkan pelbagai jenis tema dan keunikan tersendiri. Selain Ruzaika, beberapa pelukis wanita yang terlibat ialah Raja Datin Zuraida Raja Mansur, Dr. Nor Azlin Hamidon, Dr. Mariani Md. Nor dan Rube Jamal. Seni kaligrafi atas kanvas Sebuah seni khat yang diabadikan di atas sekeping simen menjadi penyebab utama Nor Azlin, 42, menghasilkan karya beraliran seperti itu sehingga ke hari ini. Cintanya pada seni khat kaligrafi Islam bertitik mula selepas melihat perhiasan kaligrafi atas sekeping simen yang digantung di rumah datuknya sewaktu kecil. Nor Azlin mengakui masih menyimpan perhiasan tersebut kerana terkenang kepada nilai sentimental yang ada pada perhiasan itu. Nor Azlin yang menamatkan pengajian ijazah pertama dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya pada tahun 1995 tidak membantutkan minatnya terhadap seni khat kerana telah memasang impian untuk menyambung minatnya itu selepas tamat pengajian. Katanya, dia meneruskan ijazah sarjana dalam jurusan Sejarah Seni di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika, Universiti London disebabkan cintanya yang mendalam ke atas cabang seni berkenaan. Bakat Nor Azlin mula dikesan sejak di bangku sekolah iaitu ketika berada di tingkatan tiga pada tahun 1986. Dua tahun berikutnya, dia berjaya merangkul gelaran johan pada pertandingan Manifestasi Seni Khat Kebangsaan sewaktu berumur 17 tahun. "Saya menghasilkan karya bermotifkan khat disebabkan elemen spiritual yang ada padanya dan percaya ia dapat menyampaikan mesej yang baik kepada orang awam. "Sesebuah karya itu ada mesej tersirat dan tersendiri yang mahu disampaikan oleh pengkarya kepada masyarakat," jelas pensyarah Akademi Pengajian Melayu UM itu. Baginya, pameran seni yang menghimpunkan pelukis wanita tanah air berkenaan meletakkan pengkarya wanita setaraf dengan pengkarya lelaki. Penerimaan masyarakat terhadap seni lukisan juga dilihat semakin meningkat sekali gus membakar semangat beliau untuk bergiat lebih aktif kerana mampu menjadi satu bentuk pelaburan masa depan. Kontemporari si pelukis lelaki Sementara itu, seorang ahli jawatankuasa PWK, Ahmed Ghazi Ibrahim berkata, pameran tersebut menampilkan pelukis profesional dan amatur dari dalam serta luar negara bagi menonjolkan bakat pelukis wanita. Menurutnya, kebanyakan pelukis menggunakan akrilik, cat minyak dan bahantara campuran untuk melukis mengikut kecenderungan masing-masing. "Tema lukisan yang dipamerkan juga berbeza. Ada pelukis yang menghasilkan karya abstrak, realistik, imaginasi dan figuratif. "Beberapa orang pelukis luar negara yang terlibat termasuklah dari Pakistan, Iran dan Amerika Syarikat," katanya. Jelas beliau, perkataan kontemporari pada pameran tersebut merujuk kepada beberapa orang pelukis lelaki yang turut terlibat mempamerkan sebanyak 33 lukisan. Pelukis lelaki yang terlibat ialah Datuk Hashim Yaacob, Datuk M. Nasir, S. Amin Shahab, Usop Kopratasa, Suzlee Ibrahim, Ahmed Ghazi, Tajuddin Ismail dan Sani Sudin. | ||
Tiga jelitawan pewaris seni Ismail Maembong Posted: 15 Apr 2013 09:35 PM PDT KE MANA tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Demikian peribahasa yang sesuai menggambarkan bakat seni yang dikurniakan kepada tiga orang daripada 11 orang anak Ismail Embong, 65, iaitu Rabbiati Adawiyah Ismail, 38, Siti Nor Ashikin Ismail, 29 dan Fatimah Rohani Ismail, 21. Ismail Embong atau Maembong merupakan seorang pelukis prolifik dan pakar rujuk seni negara yang telah berkecimpung dalam lapangan seni sejak lebih tiga dekad. Pelukis terkenal berkenaan yang berkahwin dengan wanita berketurunan Inggeris, Yatimah Zainab menerima pendidikan dalam bidang seni di Kolej Seni dan Rekaan, England pada awal tahun 1970 dan mula bergiat aktif dalam dunia lukisan pada pertengahan 1980-an. Maembong berjaya mempamerkan usaha kerasnya selama 12 tahun menghasilkan lukisan Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada Pameran Sulalatus Salatin di Balai Seni Visual Negara pada pertengahan tahun lalu. Anaknya, Rabbiati Adawiyah yang selesa dipanggil Yaya mengenal berus lukisan ketika membesar dengan menemani Maembong melukis di rumah sejak kecil. Melukis kerana rindu Bagaimanapun, Yaya hanya mula melukis selepas tinggal berjauhan dengan bapanya kerana sudah bekerja dan berdikari sewaktu berumur awal 20-an. Pada ketika itu, Yaya menghasilkan lukisan potret keluarganya bila dia merindui bapanya yang selalu menjadi tempat untuk bermanja dan berkongsi cerita. Katanya, dia aktif melukis secara serius sejak 10 tahun lalu dan karyanya telah dipamerkan di lebih 10 pameran dalam negara selama tempoh itu. "Setakat ini kira-kira 20 buah lukisan yang saya pernah hasilkan berjaya dijual pada pameran yang disertai. "Kebanyakan lukisan tersebut bertemakan figura manusia, seni abstrak dan diinspirasikan daripada imaginasi," katanya yang sering melukis selepas mendapat ilham melalui visual yang dilihat menerusi mimpi. Yaya pernah menghasilkan sebuah lukisan suasana persekitaran yang ranap dihanyutkan oleh ombak besar selepas bermimpi tentangnya. Secara kebetulan, tidak lama kemudian berlaku bencana tsunami pada tahun 2006 dan pada ketika itu ibunya, Yatimah terus menghubungi Yaya untuk memberitahu mengenai apa yang berlaku. Tambah Yaya, dia hanya mengetahui tentang lukisan yang dihasilkannya itu merupakan gambaran tsunami. Ditanya tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakannya, Yaya terus memberitahu, pengalaman menyertai pameran lukisan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). "Saya tidak boleh lupa perasaan berpeluang menyertai ayah mengadakan pameran lukisan sempena Perhimpunan Agung Umno di PWTC. "Saya rasa bertuah apabila terdapat beberapa orang pemimpin terkemuka negara melihat hasil karya yang saya hasilkan," katanya. Dia yang kini bergiat aktif dalam beberapa cabang seni lain memberitahu pernah berlakon dalam beberapa drama seperti Anak Bertuah (RTM), Nanininu (RTM) dan Diandra yang bakal disiarkan di TV3. Cari idea ketika bercuti Siti Nor Ashikin atau Shikin pula suka mengikut bapanya menjelajah ke seluruh pelosok negeri terutamanya di kawasan perkampungan bagi menghasilkan lukisan yang baik. Kata Shikin, bapanya membawa mereka adik-beradik menaiki bas kebudayaan mini yang kelihatan seperti sebuah studio bergerak ketika melawat beberapa buah kampung di Kedah, Rantau Panjang di Kelantan dan di Pulau Pinang. Shikin mempunyai kecenderungan melukis menggunakan bahan yang jarang digunakan seperti menghasilkan lukisan menggunakan tali mop. Sikapnya yang tidak boleh duduk diam untuk tempoh yang lama mendorongnya menghasilkan lukisan daripada apa sahaja bahan yang dilihat menarik. Ketiga-tiga beradik itu mempamerkan hasil karya mereka di pameran Pelukis Wanita dan Kontemporarinya yang diadakan di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya (UM) bermula 2 hingga 19 April ini. Bagaimanapun, Fatimah Rohani (Emma Maembong) yang juga salah pelakon yang sedang meningkat naik kebelakangan ini hanya mewakilkan sebanyak lima buah lukisannya untuk pameran tersebut. Emma tidak berkesempatan hadir semasa acara perasmian kerana terlibat dengan persiapan penganjuran majlis anugerah hiburan yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. | ||
Asia di pentas peragaan antarabangsa Posted: 15 Apr 2013 09:33 PM PDT
NAMA Thakoon Panichgul, 39, mula dikenali dalam persada fesyen antarabangsa apabila Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama menyarungkan busana kimono Radzimir pada tahun 2008. Busana paras lutut itu sangat cantik dengan kombinasi rona hitam dan merah serta cetakan flora. "Pada awal pembabitan, saya tidak mendapat sebarang pekerjaan di rumah fesyen kerana tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang pereka. "Oleh itu, saya mula berusaha untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan diri," ujar Thakoon ketika diwawancara oleh media antarabangsa. Mengimbas kembali perjalanan kerjayanya, Thakoon beranggapan tidak mampu bertahan lama kerana kerjaya itu memerlukan kekentalan yang tinggi. "Setiap hari selepas bangun tidur, saya hanya berfikir membeli fabrik untuk dijahit keesokan harinya," kata Thakoon. Bagaimanapun, pada hari ini busana pereka kelahiran wilayah Nakhon Phanom, Thailand itu telah menjadi pilihan ramai selebriti terkenal. Antaranya, Demi Moore, Charlize Theron dan Sarah Jessica Parker. Dia berpindah bersama keluarga ketika berusia 11 tahun ke bandar Omaha, Nebraska, AS. Ketika itu, dia menghadapi kesukaran menguasai bahasa Inggeris. Begitupun, dia minat membaca majalah-majalah fesyen terutamanya Vogue. Menceburi dunia Fesyen Selepas menamatkan pelajaran dan menggenggam ijazah perniagaan dari Universiti Boston, Thakoon berpindah ke New York untuk mencuba nasib dalam dunia fesyen. Dia bermula sebagai penulis fesyen dan pada masa sama belajar membuat rekaan sendiri. Pada tahun 2001, Thakoon melanjutkan pelajaran dalam bidang itu di institusi fesyen terkenal, Parsons School of Design. Tiga tahun kemudian, Thakoon mengeluarkan koleksi sedia pakai pertamanya yang mendapat respons positif daripada media dan penggiat fesyen. Tuah menyebelahi Thakoon apabila ketua editor majalah Vogue Amerika, Anna Wintour turut melahirkan rasa kagum dengan rekaan kreatifnya. "Ketika mempamerkan lakaran koleksi musim luruh pada tahun 2004 kepada media, beberapa staf majalah Vogue menemui saya. Mereka meminta saya membawa lakaran tersebut kepada Anna. "Ketika bertemu Anna, dia tidak bercakap langsung dengan saya. Hanya 'Hi' dan 'Bye', tumpuannya terarah kepada penerangan saya selama hampir 15 minit. Walaupun gugup, saya fokus kepada butiran-butiran dan perincian koleksi itu," imbas Thakoon. Perubahan hidup Pertemuan tersebut mengubah hidup Thakoon secara total. Malah, Anna turut mencadangkan kepada syarikat pakaian kasual, Gap, untuk mengeluarkan koleksi edisi terhad jenama tersebut. Walaupun sudah mencipta nama di peringkat antarabangsa, dia tidak pernah melupakan kepayahan ibunya membesarkan dia dan abangnya. "Ibu saya bekerja sebagai tukang jahit di sebuah syarikat bulu yang membuat baju kot. Dia berkhidmat lebih 20 tahun semata-mata mencari rezeki membesarkan kami dua beradik. Kerjaya tersebut langsung tidak glamor tetapi saya tetap berbangga dengan ibu," jelas Thakoon. Berbicara mengenai penglibatan orang Asia dalam industri fesyen, Thakoon melihat situasi tersebut sebagai satu persaingan sihat. "Pada saya, orang Asia sudah lama berada dalam industri fesyen antarabangsa. Jika anda pergi ke rumah fesyen di New York, London, Paris atau Milan, mereka bekerja di belakang tabir. Ada yang menjadi tukang jahit dan membuat corak. Mereka membantu industri tersebut berkembang setapak ke hadapan. "Ketika saya baru menapak dahulu, pereka Derek Lam melancarkan koleksinya. Saya berpendapat, jika seorang berbangsa Asia berjaya menempa nama, saya juga boleh melakukan perkara sama, " katanya. Seorang lagi pereka fesyen kelahiran Asia, Prabal Gurung, 39, turut berkongsi bibit kejayaan yang hampir sama dengan Thakoon. Busana Prabal turut membaluti Michelle. Prabal yang dilahirkan di Singapura dan membesar di Kathmandu, Nepal telah menceburi dunia fesyen sejak empat tahun lalu. Bantu masyarakat Penglibatannya bukan sekadar mengejar impian semata-mata malah membantu masyarakat setempat memperoleh pekerjaan. "Industri ini menyumbang pendapatan yang tinggi kepada ekonomi sesebuah negara selain membuka peluang pekerjaan. "Sebanyak 98 peratus koleksi rekaan saya dicipta di New York. Justeru, ia membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat," ujarnya ketika ditemu bual oleh majalah Times beberapa tahun lepas. Tambah Prabal, biarpun harga busananya mencecah puluhan ribu dollar, nilai itu perlu dilihat secara menyeluruh tanpa melihat pada luaran sahaja. "Ia bermula dengan pemilihan fabrik yang dibawa dari Paris atau Itali. Kebanyakan material itu dihasilkan dengan cara tradisi untuk mengekalkan warisan dan keasliannya. Selain itu, ia turut melibatkan kajian selama berbulan-bulan dan kerja-kerja pembuatan daripada tukang jahit berpengalaman lebih 40 tahun. Kesemua itu memelihara dan menjaga adibusana negara," jelasnya. Sewaktu mahu mengeluarkan koleksi pertamanya, Prabal bercadang memulakan perniagaan secara keci-kecilan dan sederhana. "Saya mahu orang mengenali jenama saya melalui rekaan-rekaan busana yang cantik," jelasnya. Minggu Fesyen New York pada Februari 2009 menjadi lokasi untuk melancarkan jenama menggunakan namanya. Sebelum itu, Prabal mengembangkan bakatnya bersama pereka, Cynthia Rowley selama dua tahun setelah menamatkan pelajaran di Parson. Seterusnya, dia dilantik sebagai Pengarah Rekaan jenama Bill Blass dan berkhidmat selama lima tahun. Usaha Prabal dalam kerjaya tersebut tidak sia-sia apabila mendapat pengiktirafan daripada beberapa organisasi fesyen antarabangsa. Salah satu momen terbaik Prabal ketika mendapat anugerah Swarovski Council of Fashion Designers of America (CFDA) untuk kategori pakaian wanita pada tahun 2011. Tahun ini, Prabal berkolaborasi bersama pusat beli-belah Target untuk keluaran edisi terhad yang berada pasaran Februari lalu. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:32 PM PDT
PERKEMBANGAN positif fesyen muslimah sejak akhir-akhir ini membawa perubahan kepada tata gaya dan cara pembawaan diri seseorang wanita bertudung. Jika dahulu, pemilihan busana terhad kepada baju tradisional seperti baju kurung atau jubah warna polos. Ini kerana tidak ramai yang berani untuk tampil bergaya moden. Kebanjiran butik-butik pakaian muslimah juga dilihat kurang mengambil berat tentang perkara-perkara asas yang dituntut syariat Islam. Ada juga busana yang menutup aurat wanita tetapi rekaannya terlalu sendat hingga jelas kelihatan bentuk tubuh mereka. "Syariat agama perlu diletakkan sebagai perkara utama. Mereka perlu memahami batas-batas pakaian seorang wanita muslimah," ujar pemilik jenama Farniaa, Hamshiah Hadzir, 35, ketika ditemui Stailo baru-baru ini. Tambah anak kelahiran Sungkai, Perak itu, ketika memilih busana, orang ramai dinasihatkan untuk mencari rekaan yang sedikit longgar dan tidak mengikut bentuk badan. "Disebabkan itu, kebanyakan baju-baju yang terdapat dalam jenama kami mempunyai ukuran longgar tetapi masih selesa untuk dipakai ke aktiviti kasual," jelasnya. Pemilihan warna amat penting bagi menampakkan keceriaan kepada pesona wanita muslimah. Selain itu, mereka boleh bergaya dengan memilih kontra rona antara baju dan skirt. "Tudung pula mesti ada warna-warna asas seperti hitam yang boleh dipakai pada anak tudung atau selendang," ujar Hamshiah. Busana muslimah keluaran Farniaa mempunyai empat rekaan dengan beberapa pilihan warna menarik. Ia tambah selesa apabila menggunakan kain kapas sebagai fabrik utama. "Fabrik daripada kain kapas sangat bersesuaian dengan cuaca negara kita. Selain itu, ia menjadikan rekaan nampak cantik dan menarik," kata Hamshiah. Tidak perlu risau dengan harga kerana busana muslimah Farniaa berbaloi dengan wang yang dilaburkan. Satu set baju yang merangkumi baju dan skirt berharga tidak lebih RM200. "Boleh dikatakan harga baju-baju jenama Farniaa berpatutan di samping mempunyai kualiti yang baik," jelas Farniaa. Busana Farniaa boleh dikunjungi di tingkat satu di Pusat Beli-belah Subang Parade, Subang Jaya, Selangor atau menerusi penjualan dalam talian, www.farniaa.com. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:31 PM PDT
PRODUK dibeli mencecah ratusan ringgit tetapi kulit wajah tetap tiada perubahan. Itulah antara hasil tinjauan yang dilakukan syarikat produk penjagaan wajah, Olay dalam laman sosial Facebook. Dalam tinjauan tersebut juga mendapati seramai 63 juta wanita di Amerika Syarikat (AS) mengabaikan produk kecantikan yang dibeli selepas tidak mendapat keputusan memberangsangkan. Sehubungan itu, para saintis Olay telah mengaplikasikan penemuan terbaharu dalam bidang Cellular Bioenergetics untuk memahami proses penuaan kulit dan penjagaannya. Ia memberikan penyelesaian kepada wanita yang kecewa dengan produk penjagaan kulit antipenuaan. Menurut Saintis Senior Olay, David Khoo, melalui kajian itu, mereka menemui Teori Kelemahan Kulit yang menyatakan bahawa bahan antipenuaan kurang responsif kepada kulit tua ekoran kurangnya tenaga dalam sel. "Ia disebabkan sel tidak mempunyai metabolisme yang baik untuk bertindak balas terhadap rawatan antipenuaan. Maka, tanggapan mengenai produk tidak berkesan adalah tidak benar sama sekali," ujar David yang merujuk kepada kenyataan Saintis Kecantikan Kanan P&G, Mary Johnson. Melawan kelemahan kulit Tambahnya, kaedah efektif untuk melawan kelemahan kulit adalah dengan meningkatkan keupayaan sel bagi menghasilkan tenaga dan keupayaan menangani tekanan. Diperkayakan dengan Skin Energizing Technology, Olay Regenerist Generasi Baharu terbukti berjaya mengatasi keadaan kulit lemah tidak bermaya, melembapkan kulit dan mengatasi proses penuaan dengan lebih pantas. Ia mengandungi gabungan tiga bahan antipenuaan berkuasa tinggi iaitu Niacinamide yang membantu mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan kadar pengelupasan semula jadi permukaan kulit. Selain itu, Palonitoyl Pentapeptide - 4 membantu mengurangkan garis halus dan kedutan manakala Olivem dapat meningkatkan penyerapan bahan antipenuaan ke dalam kulit. Tidak hanya memberi fokus kepada kulit wajah, produk baharu Olay turut mengeluarkan item istimewa untuk mata yang cantik. Lingkaran hitam dan kesembapan mata sering menjadi masalah kepada sesetengah wanita. Selain itu, tekstur bulu mata yang jarang dan tidak rapi mengakibatkan penampilan seseorang terjejas. Regenerist Micro Sculpting Eye & Lash Duo menggabungkan dua kebaikan secara terus iaitu untuk merawat bawah mata dan kesihatan bulu mata. Menurut Pengurus Latihan dan Keupayaan Serantau Olay, Susan Park, produk tersebut didatangkan dalam satu bungkusan yang mengandungi kedua-dua produk berkenaan. "Pengguna hanya perlu memasang kedua-duanya ketika mengaplikasikan ke bahagian yang bermasalah," ujarnya ketika menunjukkan demonstrasi penggunaan produk-produk Olay kepada media, baru-baru ini. Ujarnya, produk pertama digunakan sebagai krim merawat bawah mata. Ia mampu mengurangkan garisan halus dan membaiki tekstur kulit sekitar mata. Produk kedua mengandungi Glycerin bertindak sebagai serum dan membantu merapikan bulu mata sehingga ke akarnya. Ia boleh mengurangkan kerosakan selain menebalkan bulu mata. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:31 PM PDT
SEMPENA meraikan ulang tahun ke-40, Pepe Jeans London menampilkan koleksi terbaharu musim bunga khas untuk kaum Adam. Koleksi terbaharu itu diilham berdasarkan busana pakaian moden Amerika Syarikat dengan reka bentuk estetik. Ia memberi tumpuan kepada ketelitian perincian dan kekemasan untuk jejaka yang arif bergaya. Ia ditampilkan melalui empat pilihan berbeza. Buat mereka yang meminati gaya lasak, koleksi Active pasti menepati cita rasa anda. Seluar kargo tirus bertema pemburuan menjadi pilihan utama. Gaya ini dilengkapkan dengan pilihan kasut derbi bertumit getah berwarna khaki dan mustard. Koleksi Portobello pula menggabungkan fesyen jalanan dengan serapan moden seperti corak jalur, jaket berhud dan baju-T grafik. Seluar jean dengan pilihan warna pelbagai digayakan bersama kasut kapas lusuh atau dicelup warna. Imej lelaki dewasa Bersesuaian dengan cuaca tempatan, koleksi Beach direka bersahaja dalam corak vintaj ala Aloha. Cetakan kesan air dan variasi warna cerah menjadi perlambangan kepada imej lelaki dewasa. Bagi memudahkan pergerakan, sarungkan kaki anda dengan kasut mokasin bertali yang selesa dengan corak vintaj luncur ombak Hawaii atau kasut kanvas pantai dalam dua tona warna. Koleksi Essentials memberikan pilihan pakaian yang mudah disuaipadankan seperti baju Oxford, blazer kapas dan seluar chino berpotongan ketat sebagai pelengkap gaya formal terkini. Lupakan pakaian konvensional ke pejabat dan hadir dengan peribadi baharu melalui koleksi ini. Selain empat pilihan utama, Pepe Jeans London turut menampilkan koleksi Andy Warhol dengan penataan segar menerusi warna-warna terang dan corak yang menonjol. Antara item yang boleh dimiliki seperti seluar jean berpotongan ketat dalam rona pudar dengan kemasan buatan tangan gaya koyak dan tampal. Meriahkan gerobok fesyen anda dengan warna-warna terang biru Perancis, hijau kebiruan dan kuning. Ia digabungkan dengan rona pudar merah jambu, biru dan denim lusuh biru nila dalam corak Warhol yang ikonik. Ilham pelukis terkenal itu diadaptasikan melalui corak seperti bunga, simbol dolar dan grafik sup terkemuka, Campbell. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:29 PM PDT
BAGI penduduk sekitar Taiping, Perak khususnya di kawasan Bukit Gantang, kelibat sukarelawan sebuah pertubuhan kebajikan tempatan, As-Siddiq bukanlah sesuatu yang asing. Rutin mereka adalah menjelajah ke kampung-kampung, menjengah dari pintu ke pintu, mencari individu yang memerlukan bantuan serta perhatian sama ada miskin atau cacat anggota. Tanpa mengira kaum dan agama, semua yang mengalami kesulitan dibantu oleh anggota sukarelawan terbabit. Pelbagai bentuk sumbangan dihulurkan melibatkan wang tunai, perkakasan rumah, bahkan ada yang menerima rumah yang dibina sendiri Pengerusi Pertubuhan As-Siddiq, Habidi Zain. Selain itu, ratusan penduduk berpendapatan rendah dan golongan kurang upaya turut menerima sumbangan barangan makanan untuk sebulan secara tetap daripada sukarelawan terbabit. Apa yang pasti, sukarelawan As-Siddiq yang genap 10 tahun penubuhannya pada hari ini bertekad meneruskan komitmen mereka meringankan beban ditanggung penduduk terlibat. Menurut Habidi, sukarelawan As-Siddiq bukan sahaja dianggotai individu Melayu, tetapi turut disertai masyarakat Cina dan India. Katanya, penglibatan golongan belia dalam beberapa aktiviti yang dilaksanakan sukarelawan As-Siddiq sebelum ini membuktikan komitmen pertubuhan itu sentiasa disokong dan didokong semua lapisan masyarakat. "Banyak program kemasyarakatan yang dianjurkan sebelum ini mendapat kerjasama kelompok belia dan ia menyemarakkan semangat kami untuk terus berbakti," kata Pengerusi Eksekutif Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung itu kepada Kosmo!. Habidi memberitahu, sukarelawan As-Siddiq bergerak aktif menggunakan dana persendirian dan menyumbang mengikut kemampuan masing-masing. Selain menjelajah ke pelosok kampung dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan, sukarelawan As-Siddiq sebagai sebuah pertubuhan berdaftar turut aktif menganjurkan acara-acara lain seperti sukaneka dan klinik kesihatan yang memberi manfaat langsung kepada masyarakat setempat. Bersihkan makam Pada September 2012, Habidi bersama kira-kira 30 belia berusia 20 hingga 30-an memilih menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 dengan bergotong-royong memulihara makam Datuk Seri Amar Diraja Alang Idin Tok Pandak Jamaludin. Ujarnya, sebagai individu yang bertanggungjawab membuka Bukit Gantang, tokoh itu membangunkan mukim berkenaan yang pernah menjadi pusat bandar Taiping berteraskan perniagaan bijih timah. "Agenda ekonomi dan sosial Alang Idin kemudian diteruskan menantu lelakinya, Long Jaafar dan cucunya, Ngah Ibrahim. "Sumbangan pembesar yang meninggal dunia pada 20 April 1818 ketika berusia 117 tahun itu amat besar dan kesannya dapat dirasai masyarakat sehingga hari ini," katanya. Selain itu, Habidi yang juga Pengarah Urusan Ujimaju Fly Travel & Tours berkata, bantuan berupa satu kampit beras kepada penduduk Melayu, Cina dan India yang giat dilaksanakan sejak empat tahun lalu akan diteruskan dari semasa ke semasa. "Melalui acara-acara penyerahan beras ini, saya dapat memperkenalkan para sukarelawan kita kepada masyarakat dan sebagai individu korporat, inilah cara terbaik saya membantu semula masyarakat yang memerlukan," katanya. Sumbangan beras Pada satu majlis di Kuala Sepetang, Taiping baru-baru ini, rata-rata penerima sumbangan tidak dapat menyembunyikan rasa terharu, malah sebahagian besar tanpa rasa segan mengalirkan air mata ketika menerima bantuan berkenaan. Warga emas, Leong Mun Fatt, 62, berkata, beliau tidak pernah menyangka kesusahan hidup dialaminya akan mendapat perhatian pihak luar lebih-lebih lagi pertubuhan seperti As-Siddiq. "Keprihatinan mereka menjengah dan membantu saya serta penduduk miskin lain di sini telah mengubah tanggapan kami bahawa As-Siddiq bukan sahaja membela nasib orang Melayu, tetapi juga kaum lain," katanya. Bagi seorang warga emas, T. Ramanathan, 65, majlis sumbangan tersebut jelas memperlihatkan keterbukaan As-Siddiq dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. "Banyak atau sedikit pemberian As-Siddiq, kami sememangnya amat berterima kasih bahkan berharap ia diteruskan selepas ini," katanya. | ||
Posted: 15 Apr 2013 09:29 PM PDT SITUASI terpaksa menyedut asap rokok daripada perokok pasti memeritkan bagi mereka yang tidak merokok. Ini kerana kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok adalah lebih bahaya jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok aktif. Justeru, Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif dengan mengisytiharkan kawasan kampusnya bebas rokok pada 1 Januari lepas. Pendekatan itu sejajar dengan status USM sebagai universiti Apex. Seiring itu, USM bukan sahaja bebas daripada pencemaran asap malah pengiklanan, promosi, penjualan dan sebarang penajaan membabitkan syarikat rokok. Naib Canselornya, Profesor Datuk Omar Osman berkata, pendekatan itu dapat memastikan warga USM menjauhi rokok sekali gus dapat mengelakkan implikasi buruk tembakau. "USM akan memberikan komitmen dan sokongan kepada semua pihak untuk menjayakan matlamat ini termasuk menggunakan segala kepakaran yang ada," ujarnya pada sidang akhbar selepas menandatangan memorandum perjanjian (MoA) di USM, baru-baru ini. MOA berkenaan dimeterai USM bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rakan kolaborasi strategik bagi melaksanakan program tersebut. MySihat diwakili oleh Pengerusinya, Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Yahya Baba. Menurut Omar, kempen bebas merokok itu dimulakan dengan sokongan geran MySihat berjumlah RM500,000 untuk tempoh tiga tahun sehingga 2015. Program bina upaya Katanya, geran itu bagi membiayai program bina upaya dan promosi kesihatan khususnya kawalan tembakau untuk pelajar USM, penyediaan bahan promosi dan advokasi serta Majlis Pelancaran USM Bebas Tembakau. "Lebih 80 peratus daripada keseluruhan pembiayaan adalah untuk program bina upaya melibatkan 1,500 pelajar USM yang terpilih sebagai sukarelawan bagi program antimerokok dan bebas tembakau. "Mereka akan melalui kursus intensif promosi kesihatan, bengkel inisiatif bebas tembakau seterusnya melaksanakan projek komuniti di luar kampus berhubung bahaya asap rokok," ujarnya. Tambah beliau, kakitangan dan para pelajar USM yang didapati menghisap rokok secara terbuka akan diminta mengikuti sesi bengkel tersebut yang lebih bersifat mendidik dan bukan menghukum. USM sebelum ini telah menggerakkan kempen antimerokok menerusi Pusat Sejahtera dan Persatuan Green Lung. Pusat Sejahtera USM telah mewujudkan Klinik Berhenti Merokok sejak 2002 dan menyediakan kemudahan seperti khidmat kaunseling serta terapi gentian nikotin. Persatuan Green Lung pula merupakan usaha para pelajar Pusat Pengajian Sains Farmasi yang bergiat aktif membantu USM menerusi kempen serta tinjauan kawasan dalam kampus supaya tiada kesan-kesan merokok. Persatuan tersebut turut bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain untuk memastikan usaha yang dilakukan mencapai matlamat iaitu menjadikan kawasan IPT masing-masing bebas tembakau. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Induk Projek USM Bebas Tembakau, Profesor Rahmat Awang berkata, data rasmi dunia menunjukkan seorang perokok meninggal dunia bagi setiap lima saat manakala di Malaysia satu kematian setiap jam. Tegasnya, setiap batang rokok mengandungi 7,000 bahan kimia dan 5,000 daripadanya adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. "Statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan, bagi dua perokok yang menghisap rokok selama 40 tahun, seorang daripadanya akan mati. Jika empat perokok menghisap rokok selama 20 tahun pula, seorang daripada mereka akan mati. "Lebih membimbangkan, statistik itu menunjukkan peningkatan saban tahun apabila sebahagian besar perokok mula merokok ketika berusia sembilan tahun," katanya. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |