Isnin, 8 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Stacy Utamakan Anak Angkat Daripada Calon Suami!

Posted: 07 Apr 2013 10:50 PM PDT

Penyanyi Stacy yang yang memetik portal mStar semalam yang dia tidak akan berkahwin atau rela membujang dengan mana-mana jejaka melainkan jejaka itu mahu menerima anak angkat Stacy, Bella Valentina berusia 1 tahun lebih.

"Jika tidak boleh terima tidak mengapa kerana saya boleh hidup berdikari dengan anak saya. Tiada masalah,

"Walaupun bukan saya yang melahirkannya tetapi saya adalah ibunya yang menjaga dia semenjak kecil dan tidak pernah sekali pun saya menganggap dia sebagai orang luar,

"Seronok bergelar ibu kerana setiap perkara yang saya lakukan mempunyai matlamat dan hidup saya lebih terisi dengan kehadirannya.

"Malah setiap kali ingin keluar bekerja mesti rasa berat nak tinggalkan Bella," -Stacy.

Gambar Anak Camelia

Posted: 07 Apr 2013 10:00 PM PDT

Penyanyi, Camelia mempunyai seorang anak perempuan yang difahamkan kini sudah berusia 2 tahun lebih sejak berita kelahirannya pada 2010 lalu tersebar. Namun kelibat anaknya serta suaminya jarang dipaparkan kepada media atas sebab-sebab tertentu.

Namun baru-baru ini Camelia sempat berkongsikan gambar anaknya itu yang sudah tersebar di beberapa buah laman hiburan setelah sekian lama menjadi penantian peminatnya.




4 Selebriti Muslimah Menjadi Undian

Posted: 07 Apr 2013 09:00 PM PDT

Empat gadis pilihan muslimah selebriti tempatan paling mendapat perhatian ramai. Mereka ada Heliza Helmi, Shila Amzah, Diana Amir, dan Yatt Hamzah.

Lihat keempat-empat selebriti ni memang sejuk mata memandang. Shila adalah selebriti yang latest diantara mereka memakai hijab pada dirinya, tahniah juga atas kemenangan di ABPBH 2012 walaupun tidak dapat datang, mungkin berada di China untuk menguruskan kerjayanya.

Ok sudah tiba masanya untuk mengundi pula. Nak PRU-13 ni kena lah pergi mengundi ok!


Sayang Edisi Prodi Oleh Johan

Posted: 07 Apr 2013 08:00 PM PDT


Pengacaraan yang terbaik malam ABPBH 2012 adalah dari Johan berbanding Zizan dan Fara Fauzana. Memang kelakar dan sungguh mencuit hati gaya Johan ni. Kalau dia yang menang Bintang Popular alangkah baiknya. Namun tiada rezeki untuk menang satu pun anugerah, apa boleh buat. Jangan berkecil hati dan hampa, kami setia denganmu, teruskan lawakmu.

Tapi ini yang paling korang suka pastinya, video adaptasi daripada video asal penyanyi lagu korok 'sayang' yang popular di laman sosial Facebook telah digayakan semula oleh Johan semalam. Habis kelakar la. Haha.

Ini yang terbest dari Johan!!

Gambar Selebriti di ABPBH 2012

Posted: 07 Apr 2013 06:19 PM PDT

Malam ABPBH 2012 yang lalu telah memperlihatkan serba sedikit kejutan dan tidak kurangnya yang sudah ada bayangan kemenangan yang dapat dihidu. Zizan rasanya memenangai 5-6 anugerah, namun rezekinya tidak kesampaian pada kategori utama. Takpe la, boleh mencuba lagi tahun hadapan k.

Namun fesyen mereka yang hadir juga telah menjadi tatapan umum. Paling bergaya Didie Alias dengan kostumnya yang begitu pelik dan unik. Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang terawal datang. Dan gaun Neelofa yang dikatakan berharga RM20,000.

Lain-lain saksikan sendiri kat bawah ini. -gambar Murai.com.my
















Shaheizy Sam : Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Posted: 07 Apr 2013 10:20 AM PDT

Masa yang ditunggu telah tiba. Debaran kian sudah terasa, siapakah yang bakal mengondol hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan oleh selebriti tempatan di dalam ABPBH 2012 kali ini.

Yang pasti akan menunggu pemenang yang membawa Nissan 370z berharga hampir RM350,000 dengan barang kemas Habib Jewels bernilai RM150,000 bagi kategori utama, Artis Paling Popular 2012. Pengacara malam ini adalah Zizan Razak, Johan dengan Fara Fauzana. Keputusan pemenang akan di bold (updates)... Live at http://abpbh.com.my/ di Stadium Putra Bukit Jalil.




Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias (fesyen agak pelik)
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

-9.45PM : Rehat dengan lagu-

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

-10.05PM : Rehat dengan lagu-

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

-10.27PM : Rehat dengan lagu-

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Zizan Razak
5. Shaheizy Sam

-10.55PM : Rehat dengan lagu-

Anugerah Khas Pencapaian Hayat ABPBH 2012
-Kumpulan Rock SEARCH

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

-11.27PM : Rehat dengan lagu-

Bintang Paling Popular ABPBH 2012
Shaheizy Sam!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines