Isnin, 1 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Lagi Gambar Anak Johan, Ozlyn?

Posted: 31 Mar 2013 10:40 PM PDT

Gambar anak kepada pelawak Johan dan Ozlyn memang agak sukar untuk didapati di mana-mana kat internet ni. Memang jarang sekali mereka mereka memberi nampak kepada umum dengan tidak diketahui sebab-sebab munasabah.

Namun kadang-kadang tertanya-tanya juga, Ozlyn ada memuat naik gambar seorang bayi ke dalam laman sosial Instagramnya. Dan mungkin juga gambar itu anak kepada mereka yang sebelum ini diketahui isteri Johan ini telah selamat melahirkan anak awal Januari 2013 yang lalu.

Wallahualam..




Didie Alias Berlaga Pipi Dengan Pelakon Muda?

Posted: 31 Mar 2013 10:00 PM PDT

Bukan main lagi Didie Alias dengan berlaga pipi dengan seorang pelakon baharu. Memang tidak dinafikan memang ketika ini mereka sedang dalam set lakonan drama/filem, tapi melihatkan 3 keping gambar gaya Didie sepertinya nampak pelik sedikit.

Kita berpandangan positif sahaja la, mungkin sedara dia kot, ke dia anggap lelaki tu sebagai anak dia sendiri. Tak pun memang babak dalam drama/filem itu sendiri yang menampakkan pelakon lelaki ini sangat istimewa wataknya. Keh Keh.

Tahniah Nurul Wahab Hamil 3 Bulan!

Posted: 31 Mar 2013 09:00 PM PDT

Tahniah kepada bekas isteri kepada komposer Ajai, Nurul Wahab kini disahkan mengandung anak sulungnya dengan suami baharunya, Eric Daniel Depp.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Nurul melalui laman blognya nurulwahabdepp.wordpress.com . Boleh baca di link ini sebab terlalu panjang eseinya. Hehe.

"Ya, minggu ini dah tiga bulan, Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua, jangan teruja sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah tiga bulan.

"Aku juga ikut jejak langkah teman aku, Ning Baizura. Caranya itu betul dan Ning juga merupakan kawan yang pertama tahu (tentang kandungan) manakala Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor. " - Nurul. -mStar

3 Bulan Berkenalan, Ezad Terus Nikah. Tahniah!

Posted: 31 Mar 2013 08:00 PM PDT

Tahniah kepada penyanyi bekas vokalis Exist yang pernah popular dengan lagu Jesnita, Ezad Lazim yang selamat dinikahkan dengan pasangannya Nor Azeana yang juga pengurus jualan di Masjid Tunku Abdul Rahman, Sungai Limau, Kulim, Kedah pada 30 Mac yang lalu.

Menurut portal HarianMetro, majlis berlangsung kira-kira jam 10.40 pagi dengan mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM15,000 membabitkan tujuh dulang berbalas sembilan.

Ezad bersyukur kerana urusan yang dirancang berjalan lancar dan mereka disatukan dalam suasana sederhana tetapi meriah dengan kehadiran kira-kira 100 ahli keluarga kedua-dua pihak.

Menurutnya, perkenalan singkat tidak sampai tiga bulan membawa kepada bibit percintaan antara mereka selepas kali pertama bertemu di stesen KL Sentral pada 3 Januari 2013 lalu. -gambar  facebook.com/thephilosophypictures
"Saya bersyukur dan gembira apabila sudah bergelar suami dan berharap dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab baru sebaik mungkin. Saya berdoa perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya," kata Ezad.

Gambar Anak Ayu Raudhah, Zaquan

Posted: 31 Mar 2013 06:04 PM PDT

Pelakon Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi sulungnya pada tarikh 29 Mac 2013 lalu bersamaan dengan kelahiran anak sulung Irma Hasmie.

Disamping itu suami Ayu, Zaquan juga turut berada disamping beliau ketika bersalin dengan kelihatan sungguh teruja menjadi seorang ayah dan sentiasa mengemaskini perkembangan kelahiran anak sulung mereka di laman sosial.

Turut bersama kembar Zaquan, Aidil Zafuan juga bersama dengan mengajar cara mendukung bayi berkenaan. Walaupun lambat untuk dua hari yang berlalu, apa-apa pun tahiniah diatas perkhabaran baik ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines