Rabu, 3 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Hanis Zalikha Yang Manis

Posted: 02 Apr 2013 10:40 PM PDT

Pelakon filem Gangster Celop, Hanis Zalikha memang nampak manis orangnya. Namun jarang sekali kita dapat melihat lakonannya dalam banyak-banyak filem kerana dirinya masih lagi baharu dalam dunia seni.

Kini dia sedang menjadi selebriti dibawah naugan Astro. Dan jika anda ingin follow perkembangan infor dan gambar terkini Hanis, ikuti di laman blognya. http://inibelogsaya.blogspot.com/


Lagi Gambar Anak Harith Iskander V2

Posted: 02 Apr 2013 10:03 PM PDT

Zander Xayne tak usah ceritalah anak kepada Harith Iskander ni. Memang paling comel dan bambam sekali persis ayahnya. Banyak aktiviti Zander seperti berenang, makan dan lain-lain telah diabadikan oleh Harith dalam laman sosial Instagramnya. Jum layan. IG Harith

Edry KRU Nafi Suntik Botok Pada Wajah

Posted: 02 Apr 2013 08:53 PM PDT

Edry Halim KRU menafikan yang dia menggunakan suntikan botok untuk wajahnya memandangkan ada sedikit kelainan pada wajahnya pada masa kini. Wajahnya kelihatan sedikit muda dan tampan berbanding beberapa tahun yang lalu.

Memetik daripada portal mStar semalam, Edry sepertinya malas mahu melayan gosip yang sedang melanda dirinya kini. Dan menguatkan fakta yang perubahan pada wajahnya kerana kerap bersenam dan aktif dengan aktiviti luar. betul ke?
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu,"

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan,

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," kata Edry

Gambar Intan Ladyana Yang Manis!

Posted: 02 Apr 2013 08:00 PM PDT

Memang tak dinafikan yang pelakon Intan Ladyana merupakan salah seorang pelakon manis yang sentiasa memikat hati penonton apabila melihat kelibatnya dalam drama mahupun filem.

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik dalam laman Instagramnya menunjukkan dia seorang yang periang dan sangat comel. Dan siapalah jejaka bertuah yang berdamping dengannya sekarang ni kan. Masih lagi menjadi satu misteri~..

Video Kelahiran Anak Sulung Irma Hasmie

Posted: 02 Apr 2013 06:36 PM PDT


Irma Hasmie yang selamat melahirkan anak sulungnya disamping dengan suaminya, Redza Syah Azmeer pada 29 Mac jam 9 pagi yang lalu dengan diberi nama Redza Syah Irfhan kini telah diabadikan dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh di laman sosial YouTube.

Video yang berdurasi sekitar 30 saat itu adalah hasil kerjaya sebuah syarikat video editing tempatan, Awan Studio Malaysia, yang boleh dikatakan sudah menjadi trend nak rakam video sama seperti majlis perkahwinan. Takpelakan, mungkin dah sangat teruja nak menimang anak sulung, mestilah dikenakan dengan sebuah kenangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines