Isnin, 8 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Keluarga Yana terima kehadiran Fadzil

Posted: 06 Apr 2013 06:42 PM PDT

YANA SHAMSUDIN mengaku bahawa Fadzil ialah lelaki yang paling rapat dengan dirinya.


SEBELUM ini pelakon drama Bini-Biniku Perkasa, Yana Samsudin pernah menafikan dia bercinta dengan adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari.
Menurutnya, dia dan Fadzil yang juga merupakan pelakon dan penulis skrip di bawah syarikat Metrowealth Sdn. Bhd. itu hanya sekadar teman rapat.
Begitupun, Yana yang ditemui Sensasi Bintang pada majlis pelancaran pesta barangan kemas di Pusat Beli-Belah Mid Valley, baru-baru ini mula terbuka bercerita secara terbuka mengenai hubungan mesranya bersama Fadzil. Dia masih enggan membuka mulut, bagaimanapun ikuti temu bual Yana selanjutnya.
Bagaimana hubungan Yana dengan Fadzil sekarang?
YANA: Saya akui dia ialah lelaki yang rapat dengan saya selepas putus cinta kira-kira tiga tahun dahulu (ketika bersama pelakon Piere Andre). Tetapi, kami hanya kawan dan tidak lebih daripada itu.
Ramai beranggapan anda berdua bercinta kerana si dia sering menemani sehingga disedari ramai wartawan.
Saya sudah mengenali dia empat tahun lalu. Sebelum popular dia sudah mula temankan saya ke mana sahaja. Memang saya mengajaknya untuk temankan saya kerana saya tidak biasa berjalan seorang diri. Tetapi bukan dia seorang sahaja. Kawan-kawan yang lain turut menemani saya.
Bagaimana anda boleh mengenali dia (Fadzil)?
Saya kenal dia menerusi abangnya, Farid. Saya dan Farid adalah antara pelakon yang mula-mula ikat kontrak dengan syarikat Metrowealth. Ketika itu tidak ramai lagi pelakon bawah Metrowealth. Jadi, pelakon-pelakon yang sain kontrak rapat antara satu sama lain malah saya juga rapat dengan keluarga Farid termasuk adiknya, Fadzil.
FADZIL ZAHARI sudah beberapa kali berkunjung ke rumah Yana di Johor Bahru.


Adakah Fadzil juga rapat dengan keluarga anda?
Ya, dia sudah beberapa kali berkunjung ke rumah keluarga saya di Johor Bahru setiap kali ada kerja di sana.
Bagaimana penerimaan keluarga terhadap Fadzil?
Jika berkawan dengan sesiapa saja, saya tidak pernah menyembunyikannya daripada pengetahuan keluarga. Ibu dan bapa saya okay dengan dia.
Beralih pada soalan lain. Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya bakal keluar dengan filem terbaharu iaitu Dua Kalimah dan Adnan Sempit 3.

Raja Ilya Ratu Filem Tamil

Posted: 06 Apr 2013 06:41 PM PDT

Raja Ilya Raja Mohamad
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Raja Ilya Raja Mohamad mengakui namanya lebih dikenali di arena filem dan drama tamil tanah air dan antarabangsa berbanding industri lakonan Melayu tempatan.
Raja Ilya, 27, pernah beberapa kali terlibat dalam filem dan drama Tamil tempatan dan luar negara atau lebih dikenali sebagai Kollywood.
"Saya sedar tidak berapa dikenali dalam industri lakonan drama dan filem Melayu di sini, namun kalau di arena filem Tamil antarabangsa, nama saya boleh dikatakan agak kukuh.
"Populariti saya boleh disamakan dengan Erra Fazira di sana, tapi di sini susah sedikit kerana ramai sangat macam Erra Fazira," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Dahlia, di sini, pada Jumaat.
Pelakon berdarah Melayu-Mulayalam ini fasih berbahasa Tamil dan pernah memebintangi drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli, Agguran dan pelakon utama dalam filem arahan Afdlin Shauki, Appalam.
Dalam perkembangan terbaru, Raja Ilya akan menjalani penggambaran di Madras, India untuk filem komedi Tamil berjudul Biriyani.Katanya, filem tersebut akan diarahkan oleh Venkat Prabhu dan dibintangi oleh Karthi dan Hansika Motwani. Sementara itu, dalam drama Dahlia terbitan Golbal Station ini, Raja Ilya bakal memeggang watak antagonis barnama Haliza yang merupakan kawan baik kepada Dahlia lakonan Dira Abu Zahar.
"Watak saya kali ini sofiskated dan lebih matang dan tiada solekan tebal untuk menampakan akrakter wanita jahat. Dalam drama ini saya nampak macam baik tapi sebenarnya tidak", ujarnya. Di bawah arahan Pali Yahya, drama 40 episod bakal menemui penonton mulai 22 April di saluran Mustika HD (saluran 134).

Saya tidak cukup hebat - Remy Ishak

Posted: 06 Apr 2013 06:40 PM PDT

REMY ISHAK undur diri daripada M.Butterfly atas alasan yang cukup peribadi.


TINDAKAN artis menarik daripada pementasan teater, drama atau filem sebenarnya bukan sesuatu yang pelik. Ia kerap berlaku dan contoh paling dekat hal itu dapat dilihat dengan jelas dalam industri kreatif tanah air. Jika bukan kerana jadual yang bertembung dengan komitmen lain, punca masalah boleh datang akibat salah faham atau bayaran.
Terbaharu, pelakon popular Remy Ishak, 31, menimbulkan masalah kepada pihak produksi kerana menarik diri dalam tempoh tidak sampai dua minggu sebelum pementasan teater M. Butterfly yang dijadualkan bermula 11 April nanti.
Bukan sahaja melibat kerugian ribuan ringgit, tindakan Remy itu menyusahkan pihak penerbitan teater berkenaan bahkan boleh dikecam sebagai tidak profesional.
"Alasan Remy dia dilarang oleh pihak pengurusannya agar terbabit dalam produksi M. Butterfly atas alasan seksual dan politik.
"Saya katakan kepada pihak pengurusan Remy jika unsur-unsur itu melampau masakan produksi itu mendapat kerjasama dan geran pengurangan kos produksi daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), tapi Remy tetap dengan keputusannya," jelas Faisal Mustaffa dari Rumah Anak Teater (RAT) selaku penerbit teater berkenaan.
Pementasan teater oleh RAT Production itu juga menjadi sebahagian daripada MAP Festival yang berlangsung 23 Mac hingga 21 April di Publika.
"Kami kena memaklumkan keadaan sebenar tentang pertukaran pelakon kepada penonton yang telah membuat tempahan tiket.
"Ada penonton yang membeli tiket semata-mata untuk melihat lakonan Remy dan meminta wang mereka dikembalikan. Setakat ini produksi sudah membuat pembayaran balik sekitar RM6,000 kepada pembeli yang membatalkan hasrat mereka untuk menonton M. Butterfly," jelas Faisal yang mengakui kecewa terkilan dengan etika Remy.
Teater M. Butterfly dijadualkan dipentaskan selama empat hari bermula 11 April ini bertempat di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Drama yang diilhamkan oleh opera Madama Butterfly oleh Giacomo Puccini itu memaparkan watak utama, Rene Gallimard yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China.
Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki tetapi dia menyamar sebagai seorang wanita.
Remy sepatutnya memainkan watak Rene Gallimard, selepas menarik diri, peranan yang dimainkan oleh Remy kini dipikul oleh Benjy.
"Tempoh untuk Benjy melakukan latihan memang agak singkat tetapi saya yakin, Benjy akan melakukan tugas itu sebaik mungkin. Lagi pun, Benjy sendiri pernah menonton teater dan filem M. Butterfly di luar negara sebelum ini," tambah Faisal lagi.
Pementasan M. Butterfly karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh pelakon serta aktivis teater Mislina Mustaffa.
"Remy sendiri tidak menandatangani sebarang kontrak tapi dia sendiri sudah melalui proses publisiti untuk teater ini.
"Apa yang boleh saya katakan, saya terkilan kerana sebelum ini Remy sendiri yang menyuarakan hasratnya untuk terlibat dalam teater M. Butterfly," kata Faisal.
Lama berfikir untuk memberikan sebarang kenyataan, Remy yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun meminta maaf kepada peminat kerana telah mengecewakan hasratnya beraksi di pentas M. Butterfly yang terkenal itu. Remy mengakui dia terpaksa menarik diri walaupun sedar ia keputusan berlaku pada saat akhir.
"Pementasan itu sangat menarik, skrip dan konsepnya sangat bagus namun sebelum ini saya tidak pernah berbincang secara terperinci tentang konsep dan jalan cerita bersama pengarah (Mislina). Selepas bersemuka dengan Mislina baru-baru ini, saya agak terkejut dengan perubahan besar yang dilakukan ke atas teks itu.
"Jadi langkah terbaik yang boleh saya lakukan ialah menarik diri. Saya takut cerita yang bagus itu akan hancur disebabkan persembahan saya yang tidak seberapa ini," luah Remy merungkaikan situasinya.
Tidak mahu mengulas panjang agar tidak mengeruhkan keadaan, Remy yakin bahawa tanpa penyertaan dirinya teater M. Butterfly itu akan menempa kejayaan tersendiri.
"Saya mengharapkan yang terbaik untuk produksi teater berkenaan," katanya menutup perbualan.

Drama 'Operasi D6' Banteras Gejala Rasuah

Posted: 06 Apr 2013 06:39 PM PDT


PETALING JAYA: Usaha pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya amalan rasuah diteruskan dengan tayangan 13 episod drama bersiri Operasi D6.
Menerusi episod pengenalannya yang bermula 29 Mac lalu, setiap Jumaat, pukul 9 malam menerusi saluran TV2, penonton di dedahkan dengan pelbagai maklumat mengenai tugasan oleh anggota penyiasatan SPRM yang telus, bebas dan profesional dalam menjalankan tugasan harian diberikan.
Drama Operasi D6 ini dibintangi pelakon hebat masa kini Qazem Noor, Hairie Sazwan dan Aurora Salwa.
Antara episod-episod menarik yang di ketengahkan dalam drama ini termasuklah SPRM melakukan penyiasatan tentang kes perdagangan manusia dilakukan oleh sindiket yang mempergunakan Migration Workers Group (MWG).
Kegiatan ketua sindiket bernama Tiger berjaya dibongkar oleh seorang penulis blog bernama Zack yang pernah turut bersama dalam kumpulan Tiger membawa masuk pendatang dari Indonesia yang kononnya mahu memohon suaka politik tetapi dijual kepada orang ketiga.
Saksikan juga episod-episod mengisahkan seorang VIP Datuk Sri Malik merasuah seorang peguan Iswadi Singh sebanyak RM250,000.00 supaya bahan bukti kes anaknya, Najmi yang didakwa membunuh dihapuskan.
Begitu juga dalam tajuk Rahsia Ombak di mana pegawai SPRM menyamar di pejabat pengurusan pelabuhan bagi mengesan orang dalam yang menerima rasuah untuk melepaskan barang-barang kawalan yand diseludup masuk ke Malaysia.
Akhir sekali dalam tajuk Selamat Tinggal yang mengisahkan seorang pegawai SPRM, Jacinta yang terkorban semasa menjalankan penyiasatan sindiket pengedar pasport haram yang diketuai oleh Dato Padil. Sindiket tersebut akhirnya berjaya ditewaskan.
Pastikan anda meluangkan masa menyaksikan aksi penuh mendebarkan usaha membanteras gejala rasuah ini hanya di TV2.

Jom Ke Panggung Musim Ketiga Lebih Padat

Posted: 06 Apr 2013 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Program Jom Ke Panggung (JKP) merupakan satu-satunya rancangan televisyen tempatan yang memberi fokus secara keseluruhan kepada perkembangan industri filem tempatan bakal bersiaran untuk musim ketiga.
Jelas Pengerusi Filem Nasional (FINAS), Datuk Md Afendi Haji Hamdan, peluang dan kerjasama harus diberikan kepada rancangan-rancangan seumpama ini demi memartabat dan memajukan industri filem tempatan."
"Ini selari dengan hasrat kerajaan memajukan sektor industri filem. Malah program-program televisyen seperti JKP bukti sokongan terhadap dana yang diperuntukkan kerajaan untuk industri perfileman tanahair setiap tahun," katanya.
Berbeza dengan dua musim sebelum ini, JKP 2013 menjanjikan nafas baru; lebih bertenaga dan padat dari segi pengisian informasinya. Atas persetujuan antara RTM dengan Fantasy Films Sdn Bhd, tiga segmen baru bakal diperkenalkan, iaitu Legasi Panggung, Fakta Panggung dan Selidik Panggung.
Pengarah Fantasy Films, Jasman Kammin berkata, Idea segmen Legasi Panggung tercetus atas kesedaran bahawa ramai pelakon, pengarah atau penerbit yang bertumpu kepada industri filem sebagai kerjaya, meneruskan legasi masing-masing dengan memperkenalkan ahli keluarga bagi bersama-sama memartabatkan industri yang di ceburi.
"Pepatah 'Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi' cukup memberi gambaran jelas tentang industri filem kita. Contohnya, keluarga Dato' Yusof Haslam yang legasinya diteruskan oleh anak-anaknya, Shamsul Yusof dan Muhamad Syafiq Yusof. Bagi Dato' Hussein Abu Hassan pula, legasinya adalah Faizal Hussein yang meraih gelaran Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, sementara Shaheizy Sam mewarisi bakat ibu dan kakaknya, dan banyak lagi."
Mengulas lanjut, katanya segmen ini bertumpu kepada bakat, minat dan titik mula penglibatan mereka di dalam industri perfileman.
JKP turut mengekalkan pengacara dua musim terdahulu, Nasarudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Naz, yang berperwatakan ceria dan bersahaja. Keupayaannya selain persembahan mantap, mampu mengikat semua segmen dalam JKP.
Pencapaian JKP Musim 1 dan Musim 2 cemerlang sehingga mencatat hampir satu juta penonton.
Justeru, Fantasy Films Sdn Bhd sekali lagi diberi kepercayaan meneruskan kesinambungan JKP bagi menghasilkan 26 episod seterusnya untuk siaran 2013.
Program ini akan bermula pada 7 April ini, setiap Ahad pukul 10 malam di TV2.

Shila kongsi gambar di New York

Posted: 06 Apr 2013 06:36 PM PDT


Shila kongsi gambar di New York
Shila Amzah
PENYANYI Patah Seribu, Shila Amzah semakin sibuk dengan kerjaya sekembalinya dari Makkah.

Selepas selesai menunaikan ibadah umrah bersama keluarga, Shila terbang pula ke New York pada 30 Mac lalu.

Difahamkan, pemergian Shila ke kota metropolitan itu adalah sempena menjayakan persembahannya di Lincoln Centre.

Ternyata, Shila kelihatan gembira berada di sana dan sempat berkongsi beberapa fotonya melawat di beberapa kawasan menarik.

Malah turut kelihatan ibunya yang setia menemani di sisinya.

Yasmin Hani trauma

Posted: 06 Apr 2013 06:35 PM PDT


Yasmin Hani
Yasmin Hani
BEBERAPA hari lalu, pelakon jelita, Yasmin Hani mengalami pengalaman cemas apabila hampir menjadi mangsa ragut ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran.

Kejadian itu berlaku di Persiaran Surian berdekatan Sunway, pada jam 9.45 pagi.

Menurut Yasmin, ini merupakan kali kedua dia cuba diragut.

"Cermin kereta saya diketuk oleh peragut bermotosikal namun saya sempat menyelamatkan beg tangan yang diletakkan di sebelah kerusi pemandu.

"Sehingga kini saya masih trauma dengan kejadian tersebut," kata Yasmin yang turut menasihatkan ramai wanita di luar sana agar sentiasa berwaspada dengan insiden yang menimpanya.

Pesona Najwa, Lee Hom

Posted: 06 Apr 2013 06:34 PM PDT


Najwa Latiff, Wang Lee Hom
Najwa Latiff dan Wang Lee Hom
PENYANYI Cinta Muka Buku, Najwa Latiff berpeluang berduet dengan penyanyi dan pelakon terkenal dari Taiwan, Wang Lee Hom ketika konsert Music Man 2, baru baru ini.

Ternyata persembahan tersebut memukau bukan sahaja penonton konsert, bahkan di laman YouTube dengan nyanyian mantap mereka.

Menyampaikan lagu dalam Bahasa Mandarin yang berjudul, Ni Bu Zhi Dao De Shi, persembahan Najwa mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Bukan itu sahaja, Lee Hom turut memukau dengan nyanyian Getaran Jiwa dalam Bahasa Melayu begitu lancar dan bersahaja sambil bermain piano.

Sesiapa yang mendengar nyanyian mereka pasti terpikat dan kagum dengan kebolehan dua penyanyi berlainan negara itu.

Lisa, Shaheizy Sam cuit hati peminat

Posted: 06 Apr 2013 06:32 PM PDT


Lisa, Shaheizy Sam cuit hati peminat
Lisa Surihani
SELAIN Instagram, Twitter dan Whatsapps, terdapat aplikasi baru bakal menjadi kegilaan buat pengguna telefon pintar iaitu WeChat.

Seiring dengan itu, dua pelakon popular, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam, terpilih menjadi duta WeChat.

Menerusi iklannya, aksi mereka berdua sangat mencuit hati penonton. Siapa sangka, Sam boleh menari gaya Harlem Shake. Malah ramai peminat memuji penampilan bersahaja mereka.

Bermula Jun tahun lalu, aplikasi itu boleh digunakan untuk sembang secara langsung, suara, video, gambar dan menghantar pesanan ringkas.

Terdapat 17 bahasa lain, selain Bahasa Melayu yang terdapat dalam aplikasi ini termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Portugis, Thai dan Rusia.

Mizz Nina tawan Korea

Posted: 06 Apr 2013 06:31 PM PDT


Mizz Nina dan Jay Park
Mizz Nina dan Jay Park
TERNYATA percubaan Mizz Nina bersama penyanyi rap sensasi dari Korea Selatan, Jay Park berjaya menarik perhatian dunia menerusi lagu Around The World.

Lagu ciptaan, Cha Cha Malone itu menjalani penggambaran di Korea Selatan dan turut diarahkan pengarah terkenal di sana, Nam-il Cho.

Melalui portal online, Mizz Nina menyatakan perasaan gembiranya apabila kolaborasi itu mendapat sambutan hangat daripada peminat.

"Alhamdulillah... baru seminggu dilancarkan tetapi sudah mencapai lebih 300,000 tontonan di YouTube.

"Saya juga sedang mengintai peluang untuk mengadakan siri jelajah sebagai langkah promosi di sana," katanya.

Tambahnya, pihak pengurusannya kini akan cuba untuk memasuki stesen radio bagi memperkenalkan lagi lagu tersebut.

Empat jam tunggu rawatan

Posted: 06 Apr 2013 06:27 PM PDT


Empat jam tunggu rawatan
Ibrahim setia menjaga isterinya yang menderita sakit buah pinggang.
ALOR GAJAH - Seorang suami kesal apabila terpaksa menunggu lebih empat jam untuk mendapatkan rawatan isterinya yang menderita sakit buah pinggang di sebuah hospital, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, Ibrahim Mohamad, 47, membawa isteri, Bismi Hasan, 43, ke hospital terbabit selepas menerima temu janji yang diatur pihak hospital hujung bulan lalu.
Menurutnya, pada 29 Mac lalu isterinya dibenarkan pulang selepas keadaan semakin teruk.

"Selepas menerima temu janji, saya membawa isteri yang dalam keadaan lemah ke hospital terbabit kira-kira 9 pagi semalam.

"Selepas menerima nombor giliran saya terpaksa meminta isteri duduk menunggu di surau berikutan keadaannya yang lemah dan tidak boleh duduk dengan lama atas kerusi," katanya.

Ibrahim berkata, walau bagaimanapun dia hanya dipanggil kira-kira jam 1 petang iaitu lima jam selepas waktu temu janji yang diberikan pihak hospital.

"Saya tidak puas hati dengan sikap kakitangan hospital berkenaan yang langsung tidak mempedulikan perasaan pesakit yang menunggu lama sedangkan saya ada urusan lain hingga terpaksa dibatalkan.

"Selain perlu menunggu lama, isteri juga diarahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Lebih menyedihkan, saya tiada kereta dan hanya menunggang motosikal untuk ke mana-mana," katanya yang tinggal di Taman Lendu Bakti, dekat sini.

Malah katanya, keadaan isterinya semakin kritikal apabila cirit-birit dan muntah akibat penyakit dialami.

"Doktor juga mengesahkan isteri menghidap sakit saraf selain kondisi buah pinggang yang rosak," katanya.

Katanya, dia hanya bekerja sebagai pengawal di sebuah Felcra dengan pendapatan tidak seberapa untuk menjaga isteri dan lima anak berusia antara 12 hingga 20 tahun.

"Isteri ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan namun ia tidak mencukupi bagi kami berikutan isteri memerlukan lampin pakai buang dan makanan khas.

"Saya malu untuk meminta ihsan daripada saudara atau jiran, namun jika terdesak saya terpaksa melakukannya. Lebih membimbangkan lagi isteri akan terjaga sekitar 3 pagi dan mengalami kesejukan melampau hingga tidak dapat melelapkan mata selain makan menggunakan straw," katanya.

Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati

Posted: 06 Apr 2013 06:24 PM PDT


Bayi baru lahir dibuang tepi jejambat, mungkin dipukul hingga mati
Mayat bayi yang ditemui berbungkus dengan kain.
PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.

Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.

Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.

"Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.

"Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

Cerita anak jantan

Posted: 06 Apr 2013 06:20 PM PDT

PASUKAN Langgar yang diwakili oleh Nam Ron, Sein dan Adi Putra itu mahu gengsterisme Langgar tidak difokuskan untuk mencari kelainan tetapi jalan cerita yang bervariasi karakter.


BERMAIN dengan darah, kayu pemukul, pedang samurai, penyepak dan penumbuk, itu antara elemen yang wajib ada dalam sesebuah filem aksi. Menyerap zat gengsterisme, fokus kepada dendam, imej kejantanan, emosi dan pertarungan, semua itu dibulatkan dengan sebuah tragedi dan terhasillah Langgar.
Dalam Langgar, ada kematian sia-sia namun ada juga yang menuntut darah sebagai bayaran. Secara kasar, tiada bezanya buah tangan Syed Hussein Syed Mustafa itu berbanding filem-filem genre aksi atau gangsterisme yang pernah dihasilkan oleh pembikin terdahulu.
Namun, di sebalik judul yang menjadi filem sulungnya itu, bekas anggota kumpulan Ruffedge yang lebih dikenali sebagai Sein itu menambah nilai kreatifnya dengan membawa masuk lelaki-lelaki penuh aura. Nam Ron, Khir Rahman, Hans Isaac dan Zul Huzaimy dipilihnya sebagai penegak kejahatan dan Adi sebagai pembasuh dendam. Antagonis dan protagonis disatukan dan mengalirkan Langgar sebagai sebuah naskhah anak jantan.
Kunci karakter
Terlibat dalam penulisan dan pementasan teater indie bernada garang serta filem-filem pendek yang berbaur protes antaranya Gedebe dan Gadoh. Dia bahkan pernah menyandang gelaran hero filem sejarah perang zaman komunis bertajuk Paloh.
Dalam kalangan pengamal teater kecil, Nam Ron dikenali kerana sifat lantang dan berani. Dalam erti kata yang lain dia antara 'gengster' dalam bidang yang diterokai sejak tahun 1989 itu. Lalu terjebak dalam sebuah filem arus perdana sebagai gangster yang digeruni, pengalaman itu mungkin satu cabaran atau peralihan baharu untuk Nam Ron.
Apatah lagi, kali ini dia bekerja menterjemah pemikiran Sein, pengarah yang baru setahun jagung duduk di kerusi pengarahan.

MASIH dirujuk sebagai bekas anggota Ruffedge, Sein sedar hakikat itu namun dia menegaskan kecenderungannya terhadap pengarahan filem tidak datang secara tiba-tiba.


"Cabaran memang ada setiap kita bekerja dengan mana-mana pengarah. Paling penting ialah proses untuk mendapatkan dan mengunci karakter seperti yang dibayangkan oleh skrip dan kehendak pengarah. Bila semua sudah jelas, hubungan antara karakter dengan karakter yang lain sudah ada dalam kepala, kerja seorang pelakon itu jadi mudah," beritahu Nam Ron yang menyifatkan tugas melakonkan karakter yang besar lebih mudah berbanding melakonkan karakter yang kecil dan lemah.
Kelemahan Nam Ron cuma satu, dia bukannya seorang pelakon filem aksi dan tiada asas seni bela diri.
"Kelemahan utama saya ialah kelemahan motor dalam tubuh, saya ada masalah dengan pergerakan atau menghafal koreografi. Jadi, semasa penggambaran, saya hanya boleh hafal satu hingga tiga pergerakan sahaja," ujar Nam Ron ketawa sambil menyifatkan Langgar sebuah kolaborasi padu.
"Berkerja dengan kawan-kawan itu seronok sebab kami sudah ada keserasian. Kalau berlakon dengan pelakon yang tidak begitu dikenali, kita boleh jadi kekok," tambahnya.
Memuji dengan cara kerja Sein yang dilihatnya berapi-api, kegilaan sebegitu pernah dilaluinya sewaktu berkarya pada usia muda dahulu.
"Saya nampak Sein dah macam psiko sangat dengan kerjanya. Sebab itu saya ambil dia berlakon dalam filem arahan saya, Psiko: Pencuri Hati yang akan tayang mungkin Ogos nanti," cerita Nam Ron.
Manipulasi Adi
Pesona Adi Putra sebagai bintang filem aksi terlihat ketara dalam karakter Jai menerusi filem KL Gangster. Menerusi Langgar, awalnya Adi yang melakonkan watak Nizam diberi sebuah kehidupan yang sempurna. Kemudian, masa depannya dibunuh dan dirampas kejam. Dari situlah seorang lelaki budiman berubah menjadi antagonis.
Menghidupkan semula Adi yang berhati kering dan menjual aksi untuk tatapan peminat, hitam putih Nizam yang menjadi permainannya memperlihatkan kelainan.
"Ikut rumusan saya, manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan. Apa yang membezakan tindakannya itu sama ada ia berlandaskan akal atau nafsu.
"Dalam Langgar, Nizam memilih nafsu. Dalam hendak mencapai matlamatnya, saya tidak nampak sangat sisi hitam Nizam kerana daripada kaca mata luaran, dia masih ada sifat budiman. Itu karakter yang membezakan Nizam berbanding Jai dalam KL Gangster," lentur Adi yang kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri berjudul Teduhan Kasih di Pulau Perhentian, Terengganu.
Menjadi hero yang seakan-akan antihero dalam sebuah filem yang menjadikan pertarungan kepada kunci keseronokan itu, gaya anak jantan sengaja dipersoalkan.
"Secara kasarnya memang filem itu sangat lelaki tapi saya melihat Nizam lebih kepada manipulasi yang berstrategi. Aspek itu tersembunyi, yang ditonjolkan cuma keganasan.
"Saya ambil pendekatan positif. Walaupun dia bertukar menjadi negatif tapi asalnya dia bermula dengan positif. Saya lihat gengsteris Nizam lebih kepada kelicikan. Dalam satu sisi yang lain, Nizam seorang antagonis yang jelas motifnya. Ya, dia ada sifat antihero," tegas Adi yang percaya bahawa sebuah filem masih sebagai ejen hiburan walaupun seringkali dihambat isu tentang moral dan mesej.
Suratan Sein
ADI PUTRA menyifatkan Nizam seorang protagonis yang licik.


Kelayakan Sein untuk bergelar pengarah filem bukan persoalan utama. Diterima sebagai pengarah oleh pelakon yang terdiri dalam kalangan pengkarya seperti Hans, Zul, Khir dan Nam Ron boleh difikirkan sebagai alasan kukuh untuk Sein diberi kepercayaan sebagai pengkarya seni.
Memilih genre aksi sebagai produk sulungnya, Sein juga punya alasan berbuat demikian.
"Saya memang suka filem aksi. Salah sebuah filem yang saya suka ialah Lock, Stock and Two Smoking Barrels oleh Guy Ritchie dan saya terinspirasi dengan filem berkenaan semasa hendak menghasilkan Langgar. Saya sukakan permainan karakter yang difokuskan Guy Ritchie dalam filem itu.
"Secara asasnya juga, filem juga sebahagian daripada jiwa pengarah. Mana-mana pengarah pun sama. Dua tahun lalu saya buat Langgar, mungkin pada masa sekarang ini kecenderungan saya bukan lagi filem aksi," katanya sambil diperakui oleh Nam Ron bahawa karya sebagai cerminan jiwa pengkarya itu sendiri.
Menjurus dan menadahkan kepada elemen maskulin dalam filem aksi perdananya, jelas Sein yang menimba ilmu secara teori dan praktikal hidup di London menjelaskan bahawa sesebuah naskhah itu akan mempamerkan dalaman seorang pengarah.
Jika khalayak masih mengaitkan sejarah Sein yang bermula dengan bergelar pengacara dan menyanyi kemudian menjadi sutradara, sungai hidupnya memang bercabang seni.
"Saya minat menyanyi dan apabila ditawarkan menjadi salah seorang anggota Ruffedge, saya terima. Tetapi selepas itu saya mendalami ilmu lakonan dan pengarahan di London School of Film. Saya belajar pelbagai termasuk erti kehidupan di luar. Melihat budaya dan gelagat yang berbeza," jelasnya yang bukan masuk dunia pengarahan dengan hanya niat yang kosong.
"Sejak kecil lagi saya sudah menyewa video filem dan tonton. Itu kecenderungan saya. Sejak belasan tahun juga saya sudah melihat sesebuah produk lakonan daripada mata pengarah. Cuma masa yang menentukan dan kini saya dapat menjawat tugasan sutradara yang telah lama saya inginkan," senyumnya yang menegaskan bahawa melihat dan memikul tanggungjawab pengarah adalah dua hal yang sangat berbeza.

Penjenamaan semula Ezlisa Loy

Posted: 06 Apr 2013 06:19 PM PDT

EZLISA LOY menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari.


SEJAK di bangku sekolah rendah lagi Ezlisa Loy dan adiknya Ezzrin Loy sudah bergelar pelakon. Pada masa itu kakaknya, Elfira Loy yang ketika ini sedang menempa nama masih belum lagi menceburkan diri dalam dunia hiburan.
Biarpun Ezlisa mendahului kakaknya dalam dunia hiburan, namun pada hari ini populariti dan kuantiti kerja lakonan Elfira lebih dominan.
Namanya juga masih kabur sehinggakan ada peminat yang tersalah memanggil dengan nama Elfira sementelah wajah adik-beradik ini saling tak tumpah.
Sedikitpun tidak berkecil hati, bahkan Ezlisa lebih selesa membuka laluan kerana bidang lakonan sekadar menjadi kerjaya sandaran.
"Saya tidak kisah pun kalau kakak lebih dikenali kerana bergelar pelakon bukanlah impian saya yang sebenar. Saya mahu mengutamakan pelajaran," katanya ketika sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Biarpun Esliza masih belum mengecap populariti, namun setiap lakunya tetap mendapat perhatian. Terkini, si gadis berusia 17 tahun telah berubah penampilan.
Daripada fesyen tidak menutup aurat, Ezlisa tampak selesa mengenakan hijab sejak tiga bulan lalu. Ezlisa kini sudah menjenamakan semula imej dirinya.
Dia yang pada ketika ini sedang mengerjakan ibadat umrah di samping ahli keluarga termasuklah Elfira belum bersedia untuk aktif berlakon, sementelah pada tahun ini Ezlisa bakal menghadapi peperiksaan besar.
Sedang mempersiapkan diri kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal tiba penghujung tahun ini, Ezlisa mengambil pendekatan untuk menjadi seorang pelakon yang selektif.
Biarpun mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang memilih dan cerewet, tetapi tindakan itu difikirkan perlu bagi memberi ruang untuk dia melebihkan waktu belajar.
"Saya tidak mahu mengenepikan pelajaran. Justeru buat masa ini saya hanya memilih tawaran watak-watak tertentu sahaja dan membaca skripnya terlebih dulu. Bukannya kerana cerewet atau memilih, cuma perlu membahagikan masa juga kepada pelajaran.
"Untuk tidak ketinggalan dalam pelajaran, seorang tutor akan datang ke rumah rumah khas untuk mengajar matapelajaran Matematik Tambahan dan Fizik. Lagipun peperiksaan SPM hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi," katanya yang merupakan pelajar aliran sains tulen.
Anak ketiga daripada empat beradik itu juga menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari kerana minat yang mendalam dalam bidang masakan.
"Kalau dahulu saya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor atau doktor gigi, tetapi saya sedar bahawa minat saya adalah dalam bidang kulinari.
"Saya banyak melayari laman sosial YouTube untuk mempelajari kaedah memasak," kata Ezlisa yang merancang menyambung pengajian di luar negara.
Selain pernah membintangi drama seperti Relung Kasih, Sejadah Kaabah, Qalesha, Debunga Lalang dan Nana Nini Nunu, Ezlisa bakal muncul dalam telemovie berjudul Adik Kami menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 6 April pukul 10 malam.
Adik Kami yang merupakan drama arahan Shuhaimi Lua mengisahkan kisah hidup tiga beradik yang kematian orang tuanya. Pelbagai pengalaman pahit dilalui oleh ketiga-tiga kanak-kanak itu dalam meneruskan hidup.

Jump-p serpihan band 90-an

Posted: 06 Apr 2013 06:18 PM PDT


DARI kiri: Bard, Yan, Oney, Boy Razak dan Lee.


SEMANGAT daripada beberapa grup rock yang popular di era 1980-an dan 1990-an kekal meresap dalam jiwa ahli-ahli kumpulan ini.
Pengalaman mereka bersama kumpulan-kumpulan seperti May, Lipanbara, Handy Black, Scandal, EYE, AXL's dan Doubleline mematangkan kumpulan Jump-p.
Boleh dianggap serpihan daripada grup-grup yang pernah popular itu, Jump-p mula menggabungkan ahli-ahlinya sejak 2003.
"Biarpun masing-masing berada dalam grup berbeza sebelum ini, namun saya berjaya mengumpul kesemua mereka.
"Kami pernah menghasilkan sebuah album pada 2006 berjudul Halusinasi, tetapi gagal menjadi hit," ujar Oney yang juga merupakan vokalis grup tersebut.
Jump-p turut disertai oleh Boy Razak sebagai pemain keybod, Bard (bass), Lee (dram), Yan (gitar), Xul (gitar).
Sambil mengenepikan kegagalan lalu, Jump-p tampil dengan sebuah album terbaharu pada tahun ini yang berjudul Wujud.
Album tersebut mengandungi sepuluh buah lagu termasuklah yang berjudul Wujud, Moga Sempurna, Mitos Saka, Sangkala Awal Sangkala Akhir dan Power Of Nature.
"Benar, trend sekarang penyanyi menghasilkan lagu dalam bentuk single, tetapi kami ada strategi sendiri biarpun sedar bahawa tidak mudah untuk menjual album.
"Album ini boleh dikatakan sebagai usaha untuk menjenamakan Jump-p agar dikenali pendengar. Lagipun pada kami bersama kumpulan sebelum ini adalah zaman orang menghasilkan album penuh," kata Oney yang pernah berduet dengan penyanyi Safura dalam lagu Jangan Menangis Sayang.
Mempertaruhkan lagu-lagu bergenre power metal, Jump-p memperjuangkan karya seni daripada kombinasi unik antara simfoni muzik rock barat serta melodi dan lirik kemelayuan.
Begitu jelas bahawa grup yang bernaung di bawah syarikat pengurusan SMY Event & Promo benar-benar bercita-cita tinggi untuk menembusi pasaran eropah apabila hal tersebut tersenarai dalam perancangan masa depan mereka.
"Sejurus album ini diedarkan secara alam maya di Facebook (JumpPFanClub) dan pelbagai jaringan laman sosial lain, kami berhasrat meluaskan penerimaan pendengar hingga ke seluruh dunia.
"Ia bukan angan-angan kosong kerana beberapa negara seperti Rusia, Ireland, Mexico dan Finland sudah membuka mata dengan kumpulan kami. Semuanya adalah hasil sumbangan laman sosial di internet.
"Beberapa buah lagu kami akan dialih bahasa ke bahasa Inggeris seperti Wujud, Mitos Saka, Marobbuka dan Garisan Terakhir," kata Oney yang pernah menjadi vokalis kumpulan May untuk album Penaklukan pada 1996 dan Keras (1998).

Pencuri hati, Tegan dan Sara

Posted: 06 Apr 2013 06:16 PM PDT


TEGAN (kiri) dan Sara Quinn keluar dengan sebuah album yang disifatkan lebih pop dan komersial.


DUO dari Kanada, Tegan dan Sara mempertaruhkan lagu Closer yang kental dalam nuansa dansa dan irama.
Lagu yang memenangi anugerah Grup Baru Terbaik pada Anugerah Radio Muzik Kanada itu cukup padu dijadikan sebagai pengenalan album yang diberi judul Heartthrob itu.
Single perdana taruhan mereka ini mengetengahkan penceritaan untuk menjadi lebih intim secara emosional dan fizikal. Juga mungkin cara duo ini menarik perhatian terhadap khalayak yang lebih besar untuk album mereka yang digambarkan penuh perubahan.
Lagu pada trek ketiga iaitu I Was A Fool memberikan khalayak kepada sebuah lagu cinta yang membawa pendengar kepada rasa dan suasana tahun 1980-an.
Untuk duo indie rock yang menubuhkan grup ini pada tahun 1995 itu, album ini mempamerkan gerak dan langkah yang lebih besar buat mereka.
Membuat sedikit transformasi dalam bunyi dan arah seni, album ini mempamerkan kolaborasi kemas antara mereka dan produser, Greg Kurstin. Terdapat juga hasil tangan penerbit Justin Meldal-Johnsen dan Rob Cavallo pada beberapa trek lain.
Tegan dan Sara seperti sudah mempunyai pengaruh yang sangat kuat daripada Roxette serta Cyndi Lauper. Pengaruh pop ketara pada bunyi keyboard dan melodi yang sebenarnya terarah 1980-an tetapi diberi nafas fusion melalui permainan alat muzik dan kesan khas.
Dalam album ini, duo ini menyampaikan rasa kesunyian, penyesalan keinginan terhadap romantisnya percintaan dan secara keseluruhan lirik yang mereka hasilkan sentiasa menarik dan segar.
Jika target Tegan dan Sara kali ini ialah untuk mencuri hati audiens komersial dan pop yang lebih besar, album ini mungkin memenuhi impian mereka itu.
Komen Sofia: Untuk yang sepi tapi mahu mendengar lagu-lagu dalam nada tidak terlalu tertekan, inilah ubatnya.

Priyanka kolaborasi Pitbull

Posted: 06 Apr 2013 06:15 PM PDT


PRIYANKA CHOPRA


SELEPAS berjaya berkerjasama dengan penyanyi Will.I.Am menerusi single antarabangsa pertamanya berjudul In My City, aktres Priyanka Chopra sekali lagi akan bergabung dengan penyanyi terkenal dunia dalam lagu baharunya.
Kali ini, pelakon filem Ra One itu memilih untuk berkerjasama dengan rapper Amerika Syarikat (AS), Pitbull untuk single keduanya yang berjudul Exotic.
Menurut sumber, Priyanka kini dikatakan baru sahaja selesai merakamkan bahagiannya dalam lagu tersebut di Miami, AS sebelum sebahagian lagi akan dihabiskan oleh Pitbull.
Sumber itu memberitahu The Times Of India: "Dia sedang merakamkan bahagiannya dan seterusnya akan disusuli oleh Pitbull sejurus selesai persembahannya ketika Liga Premier India di Kalkota (pada Rabu lalu)."
Exotic merupakan single ketiga Priyanka bersama artis antarabangsa selepas In My City yang terjual sebanyak 130,000 unit dalam minggu pertama diedarkan. Seterusnya, dia juga terlibat bersama band The Chainsmokers untuk lagu Erase.

Tujuh rumah ranap dihempap tiga bongkah batu

Posted: 06 Apr 2013 06:14 PM PDT


ANGGOTA bomba memeriksa rumah yang ranap akibat dihempap bongkah batu besar di Kampung Bukit Kukusan, Tawau semalam.


TAWAU - Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera selepas tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan dekat sini ranap dihempap tiga bongkah batu besar dari kawasan kuari di atas Bukit Kukusan semalam.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau, Albert Jiran Tanjung berkata, kesemua mangsa yang cedera di tangan dan kaki dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Setakat ini identiti mereka belum dikenal pasti.
Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan.
Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian pada pukul 11.43 pagi dan tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan rumah.
Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit lalu menghempap rumah penduduk selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan untuk memecahkan batu di kuari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah memberitahu, syarikat kuari terlibat sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta-merta dan penduduk dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing.

72 orang maut

Posted: 06 Apr 2013 06:11 PM PDT

SEBUAH jentolak digunakan untuk mengalihkan sisa runtuhan bangunan pangsapuri tujuh tingkat yang runtuh pada Khamis lalu.


MUMBAI - Jumlah mangsa yang maut akibat runtuhan sebuah blok bangunan pangsapuri di sini telah meningkat kepada 72 orang, jelas pihak polis ketika jentolak dibawa untuk mencari mereka yang mungkin terselamat.
Bangunan setinggi tujuh tingkat yang dibina secara haram di wilayah Thane, 35 kilometer dari bandar Mumbai itu runtuh pada Khamis.
"Kami mengesahkan bahawa seramai 72 orang telah maut setakat ini. Usaha menyelamat diteruskan kerana mungkin ada mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan," kata seorang pegawai kanan polis.
Kerajaan negeri Maharashtra mengumumkan satu siasatan akan dilakukan, selain menggantung tugas seorang pegawai pentadbir awam dan pegawai polis atas alasan gagal melaksanakan tugas dengan baik.
Kebanyakan mangsa yang terbunuh terdiri daripada pekerja miskin yang menerima gaji harian.

Warga Korea Selatan mula tinggalkan Korea Utara

Posted: 06 Apr 2013 06:11 PM PDT


SEKUMPULAN wartawan mengerumuni beberapa buah kereta untuk menemuramah pekerja yang pulang dari bandar Kaesong, Korea Utara di Jambatan Penyatuan, Paju, Korea Selatan semalam.


SEOUL - Semakin ramai warga Korea Selatan mula meninggalkan Korea Utara dan kilang tempat mereka bekerja, selepas empat hari Pyongyang menutup sempadan dan menghalang keluar masuk orang ramai dan barangan.
Dianggarkan seramai 21 orang warga Korea Selatan pulang dari taman perindustrian Kaesong pagi semalam. Dijangka 100 daripada 600 orang pekerja mengambil langkah sama, jelas Kementerian Penyatuan Korea Selatan.
Seorang pengurus kilang, Han Nam-il memberitahu dia nampak pegawai keselamatan Korea Utara yang lengkap bersenjata ketika melepasi sempadan.
Taman perindustrian itu merupakan sisa terakhir kerjasama antara kedua-dua buah negara tersebut.
Sekatan trafik di sempadan terbabit merupakan antara provokasi Pyongyang kerana berang dengan tindakan Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB) yang mengenakan sekatan ke atasnya berikutan ujian nuklear yang dijalankannya pada 12 Februari lalu.
Minggu lalu, Korea Utara menyatakan ia telah memasuki 'fasa perang' dengan Korea Selatan. Sebelum itu, negara komunis tersebut mengancam melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat.

IKEA hentikan jualan lasagne moose kerana ada daging babi

Posted: 06 Apr 2013 06:10 PM PDT


SELEPAS masalah bebola daging yang dicemari daging kuda, IKEA kini terpaksa menghentikan jualan lasagne moose kerana didakwa mengandungi daging babi.


STOCKHOLM - Pengeluar perabot terbesar dunia, IKEA semalam menyatakan, pihaknya telah menghentikan jualan lasagne moose selepas mendapati produk itu mengandungi daging babi.
Lasagne moose sebanyak 10,000 tan itu dihasilkan oleh pembekal IKEA. Jualannya dihentikan di semua cawangan IKEA di 18 buah negara Eropah selepas ujian yang dilakukan oleh pihak berkuasa Belgium pada bulan lalu mendapati ada unsur daging babi di dalamnya.
"Kami menerima pengesahan pada Jumaat bahawa satu siri produksi makanan itu dicemari hirisan kecil daging babi. Kuantitinya sangat kecil, kira-kira satu peratus," kata jurucakap IKEA, Tina Kardum.
Lasagne yang tercemar itu dikatakan berjumlah 17,000 pek.
Pada Februari, IKEA menghentikan jualan bebola daging kerana mendapati sebahagiannya mengandungi daging kuda.

Manusia atasi ketumpatan air

Posted: 06 Apr 2013 06:07 PM PDT


FRAYNE dibantu plastik khas membuatkan dia seakan-akan terapung atas air.


KISAH kehebatan individu seperti ulama, guru persilatan atau ahli silap mata mampu berjalan atas air sering kita dengar.
Malah, kemampuan itu cukup mengagumkan lantaran ia sering mencabar batas kemampuan manusia.
Kini, terapung atas air dengan bantuan peralatan moden bukanlah sesuatu yang pelik terutama dalam era sains dan teknologi.
Di sebalik keupayaan teknologi itu, masih terdapat beberapa blog dan laman web yang berkongsi ilmu berdiri di atas air.
Antara bahan yang diperlukan ialah air serta kemenyan. Tetapi, ia masih belum terbukti selain lebih menjurus kepada ilmu hitam.
Namun, terdapat beberapa individu boleh berjalan atas air antaranya, seorang lelaki berasal dari Poland iaitu Maciek Kozierski.
Dalam paparan laman web, pemain ski air profesional ini dirakam berdiri di atas air untuk tempoh lebih lima minit.
Kehebatannya mengundang misteri kerana mengikut teori fizik manusia lebih berat berbanding air sekali gus menyebabkan makhluk keturunan Adam tenggelam sebaik berada kawasan air.
Tetapi, kemampuan Kozierski ini hanya helah semata-mata kerana lelaki itu terapung dengan dibantu ikatan payung terjun di bahagian belakang badannya yang membuatkannya seakan-akan terapung atas air.
Begitu juga halnya dengan seorang ahli silap mata Britain, Steven Frayne pada Julai tahun lepas yang menunjukkan kemampuan berjalan kaki di atas air selama beberapa minit sebelum menumpang bot polis.
Perbuatannya itu disaksikan beratus-ratus orang dari Jambatan Westminster, London. Lebih unik, dia tidak menggunakan sebarang bantuan.
Ironi, sebelum lelaki ini membuat persembahan, beberapa hari sebelum itu pelapik plastik terapung dipasang di sungai membuatkan aksi berjalan itu seakan-akan benar.
Misteri
Namun, seorang pengkaji paranormal, Rahim Hanipah berpendapat, terdapat ilmu tertentu membolehkan individu mampu melakukan perbuatan unik tersebut.
"Saya sendiri pernah memancing bersama seorang rakan di Temerloh, Pahang pada tahun lalu. Mulanya saya dan rakan memancing di tebing yang sama.
"Secara kebetulan saya kemudian melihat dia berada di kawasan tebing sungai bersebelahan tanpa disedari," ujarnya.
Berbicara mengenai ilmu mistik, Rahim memberitahu, geliga labah-labah jika dipakai serta dibaca mantera tertentu membolehkan pemakainya berjalan atas air.

RAHIM mendakwa memiliki ilmu terapung atas air tetapi tidak mengamalkannya.


"Tetapi memperolehinya agak sukar kerana terdapat dalam perut labah-labah air yang bersaiz kecil. Setakat ini, saya sendiri tidak pernah menjumpai individu yang mempunyai batu geliga terbabit," terang Rahim.
Lelaki ini sendiri mengakui pernah belajar ilmu terapung atas air.
Namun, dia tidak pernah mempraktikkannya kerana terpaksa membuat amalan yang tidak masuk akal.
"Saya perlu bertapa di hutan tebal selama tujuh hari serta perlu berendam melawan arus dalam jumlah hari yang sama dengan bacaan tertentu.
"Tetapi, saya tidak pernah melakukannya kerana perlu berada di hutan untuk satu tempoh masa yang lama," ujarnya.
Tambahnya, dia juga tidak menolak ada individu bekerjasama dengan hantu air untuk berjalan atas air.
"Semua ini perkara yang tidak berlandaskan Islam. Sekarang zaman moden terdapat banyak jambatan serta kenderaan untuk menyeberangi air.
"Mungkin, dahulu, ada manusia mempelajarinya untuk mudah menuju tempat dikehendaki tetapi kini ilmu ini tidak lagi relevan," tegas Rahim.
Teori sains
Sebenarnya, terdapat teori saintifik menyebabkan manusia boleh berjalan atas air.
Cecair non-Newtonian atau tepung jagung yang ditabur dalam skala yang besar di sebuah kolam bersaiz sederhana boleh menyebabkan benda atau makhluk yang berada di atasnya tidak tenggelam.
Eksperimen ini telah dilakukan para pelajar Sekolah Tinggi Arthurs, Trenton, Michigan, AS pada tahun lalu.
Caranya, mereka mencampurkan 500 kilogram tepung di sebuah kolam bersaiz kecil sebelum 10 orang pelajar berlari menari dan melompat di kolam tersebut tanpa terjatuh kerana tepung itu cukup mampat berbanding air.
Hakikatnya, terdapat lebih 1,200 haiwan atau serangga seperti labah-labah air, burung dan ikan lumba-lumba boleh berjalan di atas air.

Jambatan tanpa sungai

Posted: 06 Apr 2013 06:06 PM PDT

VIADUCT Sungai Deka, Terengganu menjadi laluan kepada haiwan-haiwan untuk bergerak ke hutan berhampiran.


KONFLIK manusia dan haiwan tidak pernah surut. Saban hari, pasti ada sahaja haiwan terkorban atas nama pembangunan. Pada Januari 2011, seekor gajah betina mati dilanggar oleh sebuah lori simen ketika mamalia itu cuba melintas Lebuh Raya Timur Barat, dekat Tasik Banding, Grik, Perak.
Itu merupakan kes pertama yang melibatkan gajah dilanggar di jalan raya. Bukan sahaja gajah, kucing batu, musang, tapir dan beruang turut maut di atas jalan raya.
Dalam banyak situasi, sudah tentu haiwan dipersalahkan walaupun hakikatnya jalan-jalan dibina berhampiran kawasan hutan tebal yang merupakan habitat semula jadi sejak bumi ini dicipta Allah.
Bagi menjawab kritikan berterusan daripada para pencinta alam dan ahli akademik, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengusulkan laluan khas haiwan yang dikenali sebagai viaduct.
Menurut Pegawai Hidupan Liar Perhilitan, Wan Shaharuddin Wan Noordin, viaduct mula dibina pada 2006 semasa projek pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Gua Musang-Tasik Kenyir.
"Ini berikutan lokasi di Sungai Deka, Terengganu dikenal pasti sebagai lokasi laluan bagi haiwan-haiwan di ambang kepupusan seperti gajah, tapir dan beruang.
"Viaduct berperanan melindungi haiwan ini daripada memasuki sistem lebuh raya yang akhirnya boleh menyebabkan haiwan dan manusia mati," cerita Shaharuddin.
Tambahnya, pembinaan laluan ini melibatkan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Perhilitan.
Wan Shaharudin berpendapat, kadar kemalangan antara haiwan dan kenderaan akan meningkat jika viaduct tidak dibina.
"Haiwan-haiwan liar suka melalui jalan yang sama tetapi mereka tidak faham risiko berjalan di atas lebuh raya.

GAJAH merupakan haiwan yang paling sedikit dilanggar oleh kenderaan di jalan raya.


"Jadi, pembinaan viaduct mengurangkan risiko kecederaan terhadap haiwan yang melintasi kawasan hutan berhampiran jalan raya," katanya.
Cerita Shaharuddin, pembinaan viaduct pertama ialah di Sungai Deka, Terengganu. Panjang viaduct itu hanya 0.63 kilometer tetapi projek itu menelan belanja sebanyak RM30 juta berikutan kos pembinaan yang mahal.
"Setelah dibina, kes melibatkan kecederaan dan kematian haiwan liar tidak terjadi lagi," ujarnya.
Laluan khas haiwan ini hanya mengambil masa setahun untuk disiapkan.
Ketua Pusat Santuari Gajah, Terengganu, Ahmad Kamsul Alias turut bersetuju dengan pandangan Shaharuddin.
"Sebelum pembinaan lebuh raya kawasan tersebut merupakan kawasan hutan tebal yang menjadi habitat dan laluan mereka.
"Jadi, kaedah alternatif yang bijak ialah viaduct," terang Ahmad Kamsul.
Tambahnya, pada peringkat awal pembinaan laluan khas ini, haiwan-haiwan seperti gajah, kijang dan tapir jarang menggunakan laluan ini.
"Untuk menarik haiwan tersebut, pihak Perhilitan menanam pokok-pokok hutan dan rumput untuk membuatkan lokasi itu seperti hutan semula jadi.
Jenut
Katanya, pokok mengkirai dan rumput jenis napier merupakan antara tumbuhan yang ditanam di kawasan laluan ini.
"Tanaman ini merupakan makanan utama gajah dan kijang," jelasnya.
Ahmad Kamsul memberitahu, selain tanaman pokok, jenut atau lopak garam turut dibuat sebagai penarik untuk haiwan itu. Garam yang digunakan sama seperti digunakan dalam masakan.
"Faktor tarikan ini mendorong haiwan menggunakan laluan ini tanpa perlu menyeberangi jalan raya untuk ke hutan berhampiran," katanya.
Terdapat lebih 10 jenut dibina untuk tujuan tersebut.
Terang Ahmad Kamsul, pagar elektrik sepanjang 20 kilometer turut dipasang di sepanjang jalan untuk memastikan haiwan liar tidak melintas melalui jalan raya.
"Uniknya, tiada haiwan yang mati terkena renjatan elektrik setakat ini.
"Ini kerana haiwan seakan-akan mengetahui bahaya sekiranya menuju ke pagar elektrik tersebut," ujarnya.
Jelasnya, kamera khas turut dipasang bagi merekod pergerakan haiwan-haiwan yang menggunakan laluan ini.
Menara tinjau
Ini berperanan untuk merekod pergerakan haiwan tersebut dan keberkesanan laluan haiwan ini.
Sementara itu, sebuah viaduct masih dalam proses pembinaan, iaitu di Sungai Yu, Merapoh, Pahang.
Pembinaannya dibuat bersama projek pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) untuk Seksyen 3F menghubungkan Kampung Rusa, Merapoh ke Kampung
VIADUCT Sungai Yu, Merapoh masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Oktober ini.


Sungai Yu, Pahang.
Projek ini dijangka siap pada Oktober tahun ini.
Bagi pengguna Lebuh Raya Merapoh-Gua Musang, pastinya mereka boleh melihat proses pembinaan jalan yang sedang dilakukan di sekitar Sungai Yu.
Menurut Pengurus (Pembinaan) Seksyen 3F, Kamaruddin Hassan, mungkin ramai yang pelik apabila melihat tiang-tiang jambatan yang didirikan walaupun kawasan tersebut tidak mempunyai sungai atau jurang yang dalam.
"Sebenarnya, pihak JKR mengambil kira faktor alam semula jadi apabila merangka sesuatu pembinaan jalan raya.
"Bagi Seksyen 3F, khususnya di kawasan Sungai Yu, kita dapati haiwan liar seperti gajah, harimau dan tapir sering melintas di jalan raya," jelasnya.
Kata Kamaruddin, hal ini kerana kawasan tersebut di Banjaran Titiwangsa yang kaya dengan khazanah hutan tebal yang belum terusik dengan kerakusan manusia.
"Terdapat tiga jambatan yang dibina khusus untuk viaduct dan panjang keseluruhan jambatan ini ialah 1.9 kilometer.
"Kosnya menelan belanja sebanyak RM62 juta," ujarnya.
Menurut Kamaruddin, menara tinjau juga akan dibina pada bahagian hujung jambatan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan sendiri haiwan-haiwan liar secara dekat.
"Pengguna boleh melihat sendiri haiwan liar yang jarang dijumpai seperti beruang, kancil dan musang yang diancam kepupusan.
"Ini juga sangat baik dari sudut pendidikan dan pengetahuan mengenai hidupan liar," jelasnya.
Tiada bayaran dikenakan malah pihak JKR juga akan membina tempat meletakkan kenderaan berdekatan menara tersebut.
Dua menara akan dibina iaitu di dua lokasi yang berbeza.
Katanya lagi, viaduct ini merupakan yang terpanjang di Asia T enggara dan antara terpanjang di dunia apabila ia siap kelak.
Laluan khas ini banyak dibina di Kanada, Jerman, Amerika Syarikat dan Belanda.
Sisi uniknya ialah boleh dibina di bahagian atas atau bawah jalan.
Tambahnya, kawasan ini berpotensi menjadi kawasan pelancongan kerana viaduct di samping lokasinya yang terletak berhampiran dengan gua batu kapur dan kawasan rekreasi Sungai Yu

Bisnes gaharu Suku Batek

Posted: 06 Apr 2013 06:04 PM PDT


RATA-RATA anak muda yang sebaya Faizal akan memasuki hutan mencari gaharu.


AGAK pelik apabila sebuah kampung yang dilawati sunyi seperti tidak berpenghuni sehingga terbayang cerita dongeng sebuah kampung yang diserang burung garuda.
Begitulah gambaran awal yang dialami kru Jurnal apabila berkunjung ke perkampungan Orang Asli Kampung Balai, dekat Felda Aring 10, Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Perkampungan ini berusia lebih 50 tahun. Sungguhpun sudah separuh abad, hanya kelihatan enam orang lelaki suku kaum Batek berteduh di bawah bangsal beratap nipah sambil menghisap rokok daun.
Rumah mereka hanya bersaiz kecil serta tidak menggunakan simen manakala dinding hanya dilatari buluh dan atapnya pula daun nipah.
Salah seorang lelaki itu, Faizal Yusup, 20, berkata, mereka sedang menunggu rakan-rakan dari kampung berhampiran untuk masuk ke Taman Negara Kuala Koh, Gua Musang.
"Kami semua akan masuk ke hutan selama sebulan atau dua bulan untuk mencari kayu gaharu.
"Ahli keluarga, termasuklah kaum ibu dan anak-anak kecil akan turut serta ke hutan," ujarnya.
Kebiasaan sekitar 200 orang akan menjelajahi hutan untuk mencari gaharu untuk dijual kepada orang tengah.
Harga sekilogram gaharu boleh mencecah RM15,000 bagi gred A.
"Untuk gred B, RM10,000 dan gred C pula RM8,000 untuk satu kilogram.
"Setiap satu pokok gaharu yang dijumpai boleh mencecah sehingga satu tan.
"Setelah dijual setiap orang akan memperolehi pendapatan mencecah RM5,000," terang Faizal.
Purata wang sebanyak itu menyerupai gaji seorang eksekutif swasta.
Setiap tahun, mereka akan masuk hutan sebanyak lima atau enam kali.
Menurut Faizal, sudah menjadi rutin penduduk kampung itu untuk memasuki hutan setelah satu atau dua bulan tinggal di rumah.

BESAR impian Zainal untuk melihat anaknya menjadi seorang doktor.


Minyak wangi
"Saya hanya bersekolah sehingga darjah enam dan sekarang saya turut masuk ke hutan untuk mencari kayu gaharu," cerita Faizal.
Jelas Faizal, apabila ke hutan, mereka akan membawa bekalan makanan yang mencukupi untuk tempoh dua bulan atau sebulan.
"Kita akan membawa beras dan lauk kering seperti ikan masin untuk dijadikan juadah.
"Tempat tinggal sementara kami pula ialah khemah atau bangsal sementara ," jelasnya.
Jelas Faizal, aktiviti yang dilakukan semasa di hutan adalah sama seperti di kampung, kaum wanita akan memasak serta menjaga anak-anak manakala kaum lelaki akan pergi mencari gaharu
"Bukan mudah mencari gaharu kerana tidak semua pokok yang dijumpai boleh diambil batangnya dan dijual kerana hanya gaharu yang matang dan berkualiti sahaja akan dipilih.
"Batang pokok gaharu akan ditakik untuk melihat kualitinya," ujar Faizal.
Katanya, peralatan yang digunakan semasa menakik batang pokok tersebut ialah kapak atau parang.
"Kayu gaharu ini tinggi nilainya kerana berbau sangat wangi dan digunakan sebagai bahan utama menghasilkan minyak wangi.
"Selain itu, tumbuhan ini juga didakwa mampu mengubat penyakit," jelas Faizal.
Sementara itu, menurut Zainal Tebu, 45, mencari kayu gaharu menjadi punca pendapatan utama penduduk kampungnya.
"Jika kami tinggal di rumah, bagaimana kami dapat menyara keluarga kami kerana itulah satu-satunya punca pendapatan utama," keluhnya ketika ditemu bual.
Ketika ditanya tentang impiannya, Zainal yang merupakan bapa kepada empat orang anak mahu melihat anak-anaknya berjaya dan mengubah nasib keluarga.
"Saya mahu anak sulung saya belajar ke peringkat tertinggi dan menjadi doktor," ujarnya penuh dengan harapan.
Menurutnya, anak sulungnya yang baru berusia lima tahun itu berminat untuk menjadi seorang doktor.
"Biar mereka keluar dari kepompong ini," katanya. berfalsafah.

Zombie mata satu

Posted: 06 Apr 2013 06:03 PM PDT

MAMPUKAH anda membuat perbuatan seperti ini?


IMEJ lelaki seperti lanun dengan salah satu matanya ditutupi dengan kain hitam sering kita lihat dalam drama atau filem.
Namun, bagi seorang lelaki, Billy Owen, dia kehilangan mata kanan serta sebahagian kecil bahagian mukanya hanya kerana penyakit resdung yang serius.
Lelaki yang berasal dari Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) itu pernah bekerja sebagai mekanik motosikal berkuasa tinggi.
Masanya sebelum ini sering dihabiskan dengan mengikuti konvoi motosikal selain minum sehingga mabuk di kelab-kelab malam walaupun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Tetapi, satu pembedahan di sebuah hospital pada 2009 tiba-tiba mengubah dirinya.
Mulanya, lelaki malang ini mengalami simptom resdung biasa seperti pening kepala, batuk dan kesakitan di telinga.
"Saya sering pening. Doktor hanya mengatakan saya menghidap sakit resdung biasa dan diberikan ubat cair kahak untuk mengubatinya.
"Tetapi, isteri saya sering mendesak berjumpa dengan pakar," cerita Owen.
Pada 13 Februari 2009, selepas pemeriksaan rapi, seorang doktor mengesahkan Owen menghidapi penyakit sinonasal undifferentiated carcinoma (SNUC) - sejenis kanser pelik yang menyerang rongga pernafasan.
Hanya, 10 peratus penghidap penyakit ini sahaja yang hidup itupun kerana ia dikesan sejak awal.
Jadi zombie
Terang Owen, dalam kesnya, keadaannya telah sampai peringkat serius sehingga sebahagian struktur mukanya termasuk biji mata kanannya, tulang dan saraf perlu dibuang kerana telah rosak sama sekali.
Selepas pembedahan, deria bau Owen juga tidak berfungsi seperti biasa kecuali dengan aroma bangkai, gas dan jeruk.
Terdapat juga lubang besar pada bahagian biji mata serta muka di bahagian kanan kepalanya yang membolehkan Owen memasukkan jari ke lubang tersebut dan mengeluarkannya melalui mulut.

OWEN (tengah) kini bekerja sebagai zombie jadian di sebuah rumah hantu di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Lelaki ini mulanya berasa malu dan rendah diri tetapi kerana keluarganya, tanggapan itu dibuang jauh.
Dia tidak lagi menjadi seorang mekanik motosikal tetapi menjadi zombie.
"Saya tidak boleh memandu kerana pandangan dua mata berbeza dengan satu mata," ujarnya.
Dia kini menjalani hidup lebih bahagia dengan isteri serta seorang anak lelakinya.
"Peristiwa ini memberi keinsafan kepada saya. Sebelum ini, hidup tidak keruan dan tidak bertanggungjawab kepada keluarga tetapi kini tidak lagi.
"Betul, kesakitan dan penyakit mampu mengubah peribadi manusia," jelas Owen.
Owen kini bekerja sebagai zombie di rumah hantu The Goretorium, Las Vegas.
"Apabila anda melihat salah satu matanya yang hilang pasti mengejutkan kerana sebahagian mukanya berlubang.
"Tetapi itulah satu-satunya Owen si lelaki mata satu," kata seorang rakannya sambil tersenyum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines