Ahad, 14 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Nora Danish Kasihankan Rusdi Ramli

Posted: 13 Apr 2013 06:36 PM PDT

Alkisah.. Filem Mencari Cinta lakonan Nora Danish dengan Rusdi Ramli yang dikatakan mempunyai babak  berpelukan tanpa berbaju telah menjadi satu kontroversi besar kepada pelakon Rusdi Ramli.

Bagi Nora, dia berasa kasihan kepada Rusdi kerana kontroversi itu terjadi kepada Rusdi. Nora mengakui dia sudah terbiasa dengan babak dan kontroversi seperti itu.
"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.

"Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang memperbesarkan isu ini.

"Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu,

"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun.

"Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya.

"Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen. -Nora, mStar.
Kata-kata Nora ni, aduh tak tahu nak cakap apa. korang je lah yang sambungkan niat hamba nak berkata.. keh keh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines