Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Tiz bahagia bersama Daniel
- Nadiya Nisaa Tidak Tenggelamkan Lakonan Tiz Zaqyah
- Remy, Maya semakin intim
Posted: 08 Mar 2013 05:24 PM PST
AKTRES popular Tiz Zaqyah kini lebih bersikap terbuka bercerita tentang kekasih baharunya, Daniel Haziq berbanding ketika dia bercinta dengan aktor Remy Ishak dahulu. Tidak hanya terbuka bercerita, Tiz juga seringkali memuat naik gambar dia bersama kekasihnya itu di laman sosial instagram miliknya untuk tatapan peminat-peminatnya. Menurut Tiz, kematangannya berada dalam industri membuatkan dirinya memahami situasi berkongsi hal peribadi dengan peminat adalah lebih baik daripada berselindung. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Tiz selanjutnya mengenai kekasihnya itu dan juga pendedahan Tiz mengenai gandingannya bersama bekas kekasihnya, Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi ketika ditemui pada majlis pratonton drama arahan Khabir Bhatia itu di Panggung Cathay Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin. Kosmo!: Kenapakah Tiz kini lebih bersikap terbuka bercerita dan berkongsi gambar mengenai kekasih berbanding percintaan dahulu? TIZ: Kalau kita sorok mengenai perkara ini (percintaan bersama Daniel), lambat laun orang tetap tahu. Lebih baik saya kongsikan kepada peminat. Lagipun, saya lebih selesa berkongsi daripada menyorokkannya. Ada khabar mengatakan anda bersikap begitu (bercerita dan muat naik gambar kekasih) kerana mahu membalas dendam kepada Remy? Benarkah begitu? Tidaklah. Lebih baik kita hormat antara satu sama lain. Setelah berada lama dalam industri seni, saya lebih matang dan tahu perkara peribadi juga harus dikongsikan kepada peminat. Tetapi tidaklah berkongsi perkara yang terlalu peribadi. Bagaimanakah penerimaan kekasih mengenai tindakan Tiz bercerita dan muat naik gambarnya? Dia terkejut kerana instagramnya tiba-tiba ramai pengikut (ketawa). Berapa lamakah hubungan anda dan Daniel berlangsung? Sudah masuk tiga bulan. Bagaimanakah anda berdua boleh bertemu? Dia (Daniel) adalah rakan sekolah menengah saya. Kami berjumpa semula ketika majlis reunion sekolah dan akhirnya rapat. Apakah menyebabkan anda jatuh cinta padanya? Dia seorang yang lemah lembut dan sangat penyabar. Boleh ceritakan mengenai gandingan anda bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Saya dan Remy berbincang untuk cuba menampilkan kelainan daripada segi karakter berbanding ketika kami berlakon bersama dalam drama Nur Kasih. Drama ini sangat bagus dan saya yakin ia dapat menyentuh hati penonton. Bagaimanakah perasaan anda berlakon bersama Remy dalam drama Cinta Jangan Pergi? Khabarnya ketika itu anda berdua baru berpisah? Memang saya akui sukar untuk kami berlakon bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan ketika itu kami sudah berpisah. Tetapi saya cuba bersikap profesional. Akhirnya, saya okey dan tidak ada masalah berlakon bersamanya. Bagaimanakah jika selepas ini anda dan Remy digandingkan lagi untuk filem dan drama lain? Kalau ada tawaran berlakon bersama lagi saya tiada masalah, cuma kalau boleh tak nak selalu sangat, takut penonton bosan. | |
Nadiya Nisaa Tidak Tenggelamkan Lakonan Tiz Zaqyah Posted: 08 Mar 2013 05:22 PM PST Pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2011 ini berkata, watak Elina berperanan menghidupkan suasana ceria dan menyokong watak utama dalam drama tersebut. "Saya diberi karakter sebagai teman baik kepada Lea Soraya dan seorang yang gila-gila. Tidak timbul soal "overshadow" kerana masing-masing ada karakter tersendiri. "Sebelum memulakan penggambaran pengarah telah menjelaskan gambaran apa yang perlu saya lakukan untuk watak itu," katanya. Nadiya yang ditemui selepas pratonton drama Cinta Jangan Pergi yang bakal ditayangkan di TV9 pada 6 April. Lakonannya kelihatan lebih menonjol berbanding pemegang watak utama. Drama 26 episod ini yang turut menampilkan gandingan pasangan popular Remy Ishak dan Tiz Zaqyah ini akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam. Sementara itu, Tizz Zaqyah menganggap cabaran utama dalam drama ini adalah mengikis watak Nur Amina dalam drama Nur Kasih agar tidak dibandingkan dengan wataknya dalam drama ini. "Saya akui memang ada yang akan membandingkan watak saya dengan drama Nur Kasih. Namun dalam drama ini, dari segi karakter saja sudah berbeza. Drama Nur Kasih berkonsepkan agama manakala drama ini berkonsepkan percintaan remaja di kolej," katanya. Dalam pada itu, Pengurus Besar TV3 & TV9, Sharina Nordin berkata drama ini adalah ganjaran istimewa untuk penonton setia TV9 atas sokongan mereka selama ini. "Cinta Jangan Pergi berlatar belakangkan tempat-tempat menarik sekitar Eropah dan Malaysia menjanjikan kelainan hasil gandingan pengarah Kabir Bhatiar dan isterinya, Amirah Mustaffa selaku penulis skrip. Cinta Jangan Pergi mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. | |
Posted: 08 Mar 2013 05:22 PM PST
AKTOR popular Remy Ishak mengakui hubungannya bersama aktres jelita Maya Karin kini semakin intim. Semuanya gara-gara kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti keluar makan dan juga melakukan aktiviti lasak. Begitupun, akui Remy jujur, hubungannya dengan Maya sekadar teman rapat dan belum sampai ke peringkat bercinta. "Saya akui rapat dengan Maya, tetapi kami tidak mempunyai hubungan istimewa. Walau bagaimanapun, untuk masa depan saya tidak tahu hubungan kami macam mana," ungkap Remy sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah mereka kini dalam proses sedang mengenali hati budi. Merupakan satu-satunya sahabat wanita yang paling rapat, ujar Remy, dia menyukai Maya kerana mereka mempunyai minat yang sama iaitu melakukan aktiviti lasak. Dedahnya mengenai peribadi Maya, pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia ke-25 itu bukan sahaja seorang yang cantik tetapi juga bijak, aktif dan juga berpengetahuan. "Dia (Maya) merupakan seorang wanita yang mempunyai sikap yang menyenangkan," luah Remy yang kini dilihat sedikit terbuka bercerita mengenai hubungannya bersama Maya. Mengulas mengenai percutiannya bersama Maya ke Sabah baru-baru ini, ujar Remy, dia pergi atas jemputan daripada Maya sendiri dan juga pihak Yayasan Sabah. Bercuti ke Imbak Canyon, Sabah selama empat hari, ujar Remy, dia ke sana bukan hanya ditemani Maya seorang sebaliknya pihak Yayasan Sabah turut bersama mereka. "Maya menjemput saya ke Sabah bersama pihak Yayasan Sabah bukan semata-mata ingin bercuti sebaliknya mengkaji haiwan dan ekologi di hutan simpan. "Saya setuju kerana sebelum ini saya hanya meredah hutan, tetapi kali ini aktiviti lasak yang saya lakukan dapat menambah pengetahuan saya tentang alam sekitar dan memupuk saya untuk lebih mencintai alam sekitar," ceritanya. Doa buat Tiz Ditebak kenapa sebelum ini dia sukar untuk membuka mulut bercerita mengenai hal peribadi, kata Remy, dia tidak pandai untuk menyuarakan hal peribadi kepada umum. Remy juga berharap peminatnya terima dan menghormati pendiriannya yang lebih suka berahsia tentang peribadi. "Saya tidak nafikan ramai yang salah tafsir tentang diri saya. Puncanya, sebab saya berdiam diri dan tidak suka bercerita tentang peribadi. "Saya bukan garang tapi tidak tahulah sebab saya jenis orang yang tidak suka bercakap tentang hal peribadi," ujarnya menolak anggapan sesetengah pihak mengatakan dia seorang yang panas baran. Terlanjur berbicara tentang peribadi, Remy turut ditanya adakah dia tahu Tiz kini sudah mempunyai kekasih baharu. Ujar Remy, dia tahu mengenai perkara itu (kekasih baharu Tiz) melalui teman-teman mereka dan mendoakan yang terbaik untuk bekas kekasihnya itu. Remy yang ditemui pada majlis pratonton drama Cinta Jangan Pergi di Cineplex Cineleisure, Petaling Jaya, Selangor kelmarin juga disoal mengenai gandingannya bersama bekas kekasih, Tiz Zaqyah, dalam naskhah arahan Khabir Bhatia itu. Dedahnya, dia tidak sanggup menolak karya yang begitu bagus daripada Kabir Bhatia dan tidak mahu membuang masa melayan perasaan sebaliknya menjayakan drama tersebut dengan sempurna. Ditebak adakah maksud dia tidak mahu melayan perasaan tersebut gara-gara gandingannya itu adalah Tiz Zaqyah, tutur Remy, dia gembira menjalani penggambaran untuk drama Cinta Jangan Pergi dan tidak berasa kekok berlakon sebagai pasangan kekasih dalam drama tersebut. Begitupun, Remy mengakui berasa sedikit sebak mengenangkan hubungannya bersama Tiz tatkala mereka berlakon bersama untuk drama tersebut. "Apabila saya baca jalan cerita dan karakter saya dalam drama ini, saya rasa teruja untuk menjayakannya. "Sebabnya, cerita Cinta Jangan Pergi sangat bagus. Lagipun saya senang bekerjasama dengan Khabir Bhatia selepas drama Nur Kasih. Dia seorang pengarah yang menjaga keseluruhan aspek sama ada dari segi jalan cerita dan lakonan setiap pelakonnya. "Jadi, saya tidak mahu ketinggalan berlakon di bawah arahannya. Saya tidak ada masalah berlakon bersama Tiz tetapi saya akui ada rasa sedikit sebak bila mengenangkan kembali. "Namun, saya tidak mahu berfikir langsung mengenai hubungan saya bersama Tiz sebelum ini dan hanya enjoy berlakon dalam drama ini," jelasnya yang menjalani penggambaran drama Cinta Jangan Pergi selama empat bulan termasuk penggambaran di Paris dan London. Selain Remy dan Tiz sebagai teraju utama, Cinta Jangan Pergi juga dilakonkan oleh Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob. Cinta Jangan Pergi mengisahkan tentang dua kekasih Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Kalil (Remy Ishak) yang berjanji sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil dalam perjalanannya yang ingin menemui dan melamar Lea Soraya. Drama bersiri 26 episod itu bakal disiarkan menerusi TV9 setiap hari Sabtu dan Ahad, pukul 8.30 malam bermula 6 April ini. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |