Khamis, 28 Mac 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Sam miliki kriteria lelaki idaman Syatilla

Posted: 27 Mar 2013 05:30 AM PDT



PEMBABITAN Siti Nur Syatilla Amirol Melvin atau sinonim dengan panggilan Syatilla Melvin dalam bidang lakonan boleh dianggap masih setahun jagung, namun dia dilihat antara segelintir pelakon wanita yang agak pantas menempa populariti dalam industri hiburan tempatan.
Bagaimanapun, ia bukan disebabkan lakonannya yang telah memberikan impak kepada penonton, sebaliknya kisah peribadi pelakon yang dikenali menerusi drama Julia itu lebih menjadi tumpuan ramai setelah timbul gosip mengenai hubungan cintanya dengan Shaheizy Sam.
Gosip mengenai hubungan mereka berdua mula timbul setelah Sam dikatakan menghadiri majlis perkahwinan kakak Syatilla di Parit Buntar pada tahun lalu sehingga menimbulkan pertanyaan ramai peminat.
Biarpun Syatilla dan Sam masing-masing telah membuat penjelasan dan penafian hubungan cinta yang terjalin antara mereka berdua, namun masih ada lagi segelintir pihak yang kurang yakin dan menganggap kedua-duanya memang benar-benar bercinta.
Berkesempatan menemui Syatilla di lokasi penggambaran drama telefilem Wasilah Cinta di Kampung Paya Jaras Dalam, Sungai Buloh, Selangor minggu lalu, pelakon itu menyatakan dia sudah mula bosan apabila diajukan pertanyaan yang sama.
"Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, saya dan Sam tidak menjalinkan sebarang hubungan cinta kerana hubungan kami tidak lebih daripada sekadar teman biasa sahaja.
"Kami sudah berkawan selama tiga tahun dan setakat ini saya selesa berkawan dengan Sam. Ini kerana dia merupakan seorang teman yang baik dan saya turut kagum dengan kejayaan yang diraihnya sepanjang bergelar pelakon," jelasnya mengenai hubungan dengan Sam.
Ketika ditanya mengenai perasaannya terhadap Sam sepanjang tiga tahun mengenali anak kepada pelakon Khaty Fauziah itu, Syatilla mengakui dia begitu menyayangi Sam.
Namun begitu, sayangnya terhadap Sam tidak lebih daripada sayang terhadap seorang teman dan dia tidak mahu sebarang gosip yang timbul itu akan menjejaskan hubungan mereka berdua.
"Sam merupakan seorang lelaki yang sangat kelakar serta begitu mengambil berat terhadap orang di sekelilingnya dan itu merupakan antara kriteria lelaki idaman saya.
"Kalau ditanya tentang jodoh pula semuanya saya serahkan kepada Allah dan buat masa ini, saya mahu lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu memandangkan usia saya masih lagi muda," ujar pelakon yang baru mencecah usia 22 tahun itu.
Menurut Syatilla, dengan penjelasannya itu dia berharap agar tiada lagi yang mengungkit tentang gosip percintaannya dengan Sam kerana sudah banyak penjelasan yang dibuat dan dia mula berasa rimas sekiranya terus ditanya perkara yang sama.
Ujarnya, dia lebih selesa sekiranya orang ramai memperkatakan tentang kerjaya lakonannya berbanding kisah peribadi memandangkan kini dia sedang berusaha untuk mencipta nama agar mampu berdiri sebaris dengan pelakon sedia ada.
"Mengenai kisah peribadi saya, biarlah diri saya sendiri yang tahu dan tidak semuanya yang boleh dikongsikan. Saya tidak mahu dikenali ramai kerana cerita-cerita sensasi," ujarnya.

SAM


Tidak tumpang populariti
Berkenaan dengan gosip percintaan dengan Sam, ada segelintir pihak yang menganggap Syatilla tidak lebih sekadar mahu menumpang populariti pelakon itu, memandangkan dia baru sahaja mula menapak dalam bidang lakonan.
Syatilla bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut, memandangkan selama ini dia berusaha keras untuk mencipta nama sebagai pelakon dan membantu keluarga di kampung.
"Saya sudah lama mengenali Sam dan kalau mahu berbuat demikian sudah lama saya lakukan, namun saya lebih suka sekiranya apa yang diperoleh itu adalah hasil usaha sendiri.
"Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya terus merantau ke Kuala Lumpur dan sudah melakukan pelbagai kerja sehinggalah mendapat peluang berlakon pada tahun lalu.
"Dengan peluang yang diperoleh sudah tentu saya tidak akan sia-siakan sama sekali," jelasnya.
Ujar Syatilla, dia kini sangat bersyukur memandangkan kerjaya lakonannya yang semakin berkembang dengan pelbagai tawaran lakonan, meskipun masih lagi baru berkecimpung dalam bidang seni.
"Setakat ini saya berasa cukup bertuah dengan rezeki lakonan yang tidak putus-putus dan gembira kerana kebanyakan pengarah sudah mula nampak kemampuan dan bakat lakonan saya.

SYATILLA (tengah) semasa penggambaran telefilem, Wasilah Cinta baru-baru ini.


"Meskipun pernah hampir berputus asa menjadi seorang pelakon, akhirnya bidang lakonan sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dan mahu terus berusaha untuk mencipta kejayaan," ujarnya.
Mengenai perkembangan kerjaya lakonannya pula, Syatilla menyatakan, dia bakal melangkah setapak lagi apabila bakal muncul di layar perak menerusi filem sulungnya berjudul Romeo Kota arahan Ahmad Idham.
Kasar
Di sebalik wajah lembut yang dimiliki oleh Syatilla, mungkin ramai yang tidak menyangka pelakon itu sebenarnya berperwatakan kasar dan gemarkan aktiviti lasak.
Pada masa yang sama, dia mengakui ramai pihak yang akan menganggapnya sebagai seorang gadis yang sombong sekiranya tidak mengenali diri dan sikapnya yang sebenar.
"Salah satu sebab saya memiliki perwatakan kasar kerana adik-beradik saya semuanya perempuan. Selain itu, saya juga gemar mengikut ayah konvoi bersama-sama rakannya menaiki motor besar.
"Semasa bersekolah pula saya memiliki ramai kawan-kawan lelaki serta aktif bersukan seperti lumba lari, lompat tinggi dan bola baling," ujar anak kedua daripada lima orang beradik itu.
Menurut Syatilla, sikap kasarnya itu tidak menjadi satu masalah yang besar buat dirinya dan kini dia beransur-ansur mengikis sikap sedemikian agar dilihat sebagai seorang gadis yang lebih sopan dan matang.

Ada Pihak Salah Faham Fazura Enggan Beraksi Mesra

Posted: 27 Mar 2013 05:29 AM PDT

Pendirian Fazura yang enggan beraksi mesra dengan pelakon lelaki membuatkan ada segelintir pihak yang salah faham dengannya.
PETALING JAYA: Pelakon Fazura berkata ada pihak salah faham mengenai pendiriannya yang enggan beraksi terlalu mesra dalam adegan sesebuah drama atau filem sehingga mempersoalkan gandingan terbaharunya dengan Shaheizy Sam.
Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin, 30, sesetengah pihak beranggapan selepas membuat keputusan itu dia tidak boleh bersentuhan dengan lelaki tetapi perkara itu tidak benar sama sekali.
"Selepas membuat kenyataan itu, ramai yang ingat saya tidak mahu bersentuhan langsung dengan lelaki apabila berlakon.
"Tetapi bukan itu maksud saya. Sebaliknya saya hanya tidak mahu beraksi terlebih mesra seperti berpelukan atau berada di atas katil dengan pelakon lelaki.
"Jika bersentuhan sedikit seperti menyentuh tangan, ia masih lagi boleh," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran 'Raikan Cinta' anjuran TV3 di e@Curve, di sini, Selasa.
Fazura dan Shaheizy Sam digandingkan dalam drama Kisah Cinta yang akan disiarkan bermula pukul 9 malam pada 9 April depan di saluran berkenaan.
Fazura (tengah) bersama para pelakon 'Kisah Cinta'.
Dalam pada itu Fazura berkata, dia terkejut apabila tindakannya menolak tawaran watak seksi dan ranjang turut menimbulkan spekulasi kononnya dia ingin menunjuk baik atau sengaja mahu menyindir pelakon-pelakon lain.
"Jika orang anggap saya mahu sindir pelakon-pelakon lain, itu salah kerana apa yang saya lakukan itu adalah prinsip saya yang tidak membabitkan orang lain," ujarnya.
Menerusi drama Kisah Cinta terbitan BZ2121 Production, Fazura mengakui seronok apabila dapat digandingkan bersama Sam di mereka memiliki keserasian apabila berlakon bersama.
Drama itu mengisahkan sebuah cinta yang berputik daripada pertemuan yang tidak diingini di mana Fazura sebagai Azalea mahu menuntut mayat bapanya manakala Shah (Sam) menuntut mayat ibunya.
Konflik tercetus apabila ibu bapa mereka kononnya dikatakan pasangan suami isteri.
Kisah Cinta turut dibarisi pelakon lain seperti Nadia Aqilah, Ungku Ismail, Kuza, Arash Mohd, Nazim othman dan Fazlina Ahmad Daud.

Diana Amir Tidak Gentar Sertai Misi Ke Gaza

Posted: 27 Mar 2013 05:27 AM PDT

Diana tidak berasa gentar akan menjejakkan kaki ke bumi Gaza.
SEPANG: Pelakon Diana Amir tidak berasa gentar untuk menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza, Palestin bagi mengikuti misi kemanusiaan bersama-sama rombongan daripada kumpulan selebriti Usrah Fitrah.
Pemilik nama sebenar Nurdiyana Amir Hashim, 27, ini sebaliknya berkata, dia tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke bumi bergolak itu bagi melihat sendiri keadaan di sana.
"Walaupun pelbagai cerita kita dengar mengenai keadaan di Gaza tetapi saya tidak berasa gentar kerana ingin melihat sendiri kehidupan masyarakat di sana dan menghulurkan apa-apa bantuan sekiranya perlu," jelasnya kepada mStar Online.
Seramai 28 ahli rombongan menyertai misi itu termasuk beberapa orang artis seperti Yatt Hamzah, Siti Nordiana, Zoey Rahman, Heliza, Sufian (Saujana) dan Eenaz Mokhtar.
Kumpulan itu akan berada di Gaza selama dua hari pada lawatan yang bermula Isnin lalu hingga 2 April ini selain membuat lawatan ke Kaherah, Mesir.
Dalam pada itu, Diana berkata, peluang ke Gaza akan digunakan untuk bermuhasabah diri dalam menjadi seorang Muslimah yang lebih baik selepas ini.
"Seperti mana yang kita tahu saya masih baru berhijrah dan masih banyak kekurangan terdapat pada diri saya. Ini adalah peluang saya untuk menimba pengalaman supaya menjadi lebih baik selain berkongsi dengan masyarakat," jelasnya.
Sementara itu, Diana berkata, peluang melawat Mesir juga akan digunakan sebaik-baiknya dan tidak menganggap pemergian mereka ke sana sebagai satu percutian.
Sebaliknya kata Diana, tumpuan adalah lebih kepada untuk melawat tempat-tempat bersejarah penting bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan.
"Banyak tempat-tempat bersejarah yang telah dirancang untuk lawatan ini dan kesempatan ini akan digunakan sebaik-baiknya untuk mendalami sejarah Islam," katanya.

Jadi Artis Beri Peluang Hairie Othman Sokong Pembangkang

Posted: 27 Mar 2013 05:26 AM PDT

Wajah terbaharu Hairie Othman.
SHAH ALAM: Pelakon Hairie Othman menganggap kedudukannya sebagai artis memberikannya peluang cerah untuk bergiat aktif di pentas politik khususnya menyokong pakatan pembangkang.
Malah kata, 42, disebabkan populariti itu, ia berjaya meletakkan kedudukannya sebaris dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertainya.
"Saya tidak pernah menyesal bergelar pelakon kerana daripada situlah saya memperoleh pendapatan untuk menampung kehidupan saya sebelum ini.
"Malah saya lihat ia (menjadi pelakon) telah memberi kelebihan untuk saya bergiat aktif dalam politik dan saya ambil peluang itu," jelasnya.
Hairie berkata demikian ketika menghadiri wacana bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi pada Selasa yang turut menampilkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, Bob Lokman dan Penerbit dan Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba sebagai panel.
Hairie Othman dan Bob Lokman merupakan ahli PAS.
Mengakui pernah mempunyai sejarah silam tersendiri sepanjang bergelar anak seni, Hairie berkata setiap orang diberi peluang untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi perbuatan lama.
Malah katanya hiburan adalah perlu dalam kehidupan manusia biasa namun ia hendaklah berlandaskan dengan cara yang betul selain dapat memberikan faedah kepada masyarakat.
"Seperti di Iran, filem yang dihasilkan masih mengikut landasan agama Islam malah tiada adegan berpegangan tangan antara lelaki dan wanita dan karya mereka mampu menempa kejayaan pada peringkat antarabangsa," jelasnya.
Sementara itu, Hairie turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan penglibatan artis dalam politik disebabkan sudah tidak popular.
Malah kata Hairie, penglibatan seseorang artis dalam politik adalah hak masing-masing dan populariti bukan isu utama.
"Tidak tepat untuk tuduh seseorang artis sudah tidak popular baru nak sertai politik kerana ramai yang berminat cuma tidak tampil ke hadapan," katanya.

Gandingan pertama Izzue, Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia

Posted: 27 Mar 2013 05:24 AM PDT


Gandingan pertama Izzue, Tiz dalam Sebenarnya Saya Isteri Dia
Izzue dan Tiz bakal menemui penonton dalam drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia bermula Jumaat ini. 
BUAT pertama kali pelakon cantik, Tiz Zaqyah dan Pelakon Harapan Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25), Izzue Islam digandingkan dalam drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia.

Pasti ramai yang ternanti-nanti drama ini ke udara ekoran gandingan mantap kedua hero dan heroin ini.

Drama yang ditayangkan di slot drama TV3 Zehra ini bakal menemui penonton bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam.

Karya Zura Asyfar ini mengangkat kisah perkahwinan yang didasari atas rasa terpaksa demi menjaga maruah keluarga.

Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin dengan barisan pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin dengan orang lain, beginilah kisah cinta antara Syaf dan Firash bermula.

Syaf, Farish dan Firash dijemput ke majlis ulang tahun oleh Raina dan Raimy di mana mereka telah merancang sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik.

Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua empat tahun daripadanya.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia malah tiada ahli keluarga, saudara mara atau sahabat handai yang dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul.

Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing dan mereka jarang bertemu. Jika bertemu, Firash sering menyakitkan hati Syaf.

Ditakdirkan Syaf ditugaskan ke Kerteh, Terengganu dan Firash turut menjalani latihan industri di syarikat sama.

Bermulalah kisah cinta mereka yang mula kelihatan dengan kehadiran orang ketiga, Haqimy. Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf.

Namun, Raina muncul kembali dan merosakkan segala-galanya.

Anzalna Nasir semakin selektif

Posted: 27 Mar 2013 05:23 AM PDT


Anzalna Nasir
Anzalna Nasir
WALAUPUN penglibatannya dalam industri seni sudah mencecah dua tahun, namun akui personaliti cantik, Anzalna Nasir, 25, bukan mudah untuk dirinya dikenali.

Malah sehingga ke saat ini, finalis Dewi Remaja 2010/2011 ini merasakan dirinya masih belum mencapai tahap yang membanggakan.

Menurut anak kelahiran Pulau Pinang ini, usia dua tahun yang dilalui masih belum melayakkan dirinya dikenali ramai dan mempunyai kelompok peminat tersendiri.

"Saya tahu, saya bukan popular pun. Ramai lagi masyarakat di luar sana yang belum mengenali saya dan menyedari kehadiran saya dalam industri.

"Lagipun, saya tidak memiliki laman sosial khas ataupun kelab peminat seperti yang dilakukan rakan artis lain untuk peminat mereka.

"Pun begitu, ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus bekerja. Bagi saya, lama-kelamaan, masyarakat akan memandang hasil kerja itu dan saya tidak terdesak untuk mengejar populariti," katanya yang kini muncul menerusi drama slot Samarinda, Bangkitnya Seorang Perempuan, di TV3. Menerusi drama itu, Anzalna turut bekerjasama dengan barisan pelakon hebat, termasuklah Faradhiya, Eina Azman, Haleeda dan Ryzal Jaafar.

Tolak watak antagonis?

Akui lebih selektif bagi mengelakkan dirinya dilabel artis stereotaip, Anzalna kini berjinak-jinak untuk menggalas watak yang berbeza.

Jika selama ini, Anzalna lebih dekat dengan watak antagonis, kini pelakon filem, Sepah The Movie ini memilih untuk watak yang lebih naif.

"Mungkin juga kerana watak jahat, saya tidak berapa dikenali dan penonton hanya melihat saya dari sisi antagonis sahaja.

"Jadi, saya ingin tampil dengan watak-watak berlainan agar penonton boleh menilai sejauh mana tahap lakonan saya.

"Lagipun sebagai pelakon, kita tidak boleh melihat satu watak sahaja dan harus berani mencuba watak lain demi kepuasan penonton," katanya yang turut berhasrat untuk menjulang mana-mana trofi dalam industri hiburan.

Butik online

Tidak terlalu berharap sepenuhnya dalam dunia seni, Anzalna turut menceburi bidang perniagaan yang menjadi minatnya sebelum ini.

Tampil dengan butik perniagaan pakaian wanita, Hermanas 5, Anzalna memberitahu, perniagaan itu baru sahaja dilancarkan pada awal Mac lalu.

"Perniagaan ini diuruskan bersama keluarga. Pada peringkat awal ini, saya hanya menjual menerusi online sahaja.

4 guru taska buat laporan polis nafi dera bayi 18 bulan

Posted: 27 Mar 2013 04:59 AM PDT


Lapor polis nafi kes dera
Duduk dari kiri, Norhashidah, Saratul, Normaliza dan Noryati bersama Shukri serta ibu bapa menunjukkan laporan polis dan keratan Sinar Harian Ahad lalu bagi menafikan dakwaan ke
KERTEH – Empat guru Taska Permata Kemas Kampung Baru Kerteh membuat laporan polis bagi menafikan kes penderaan yang didakwa berlaku di taska berkenaan, melibatkan seorang bayi berusia 18 bulan di bawah jagaan mereka.

Laporan terbabit dibuat Noryati Usop@ Yusof, 35, Norhashidah Abdullah, 29, Saratul Hajar Mohd Zambri, 25, dan Normaliza Mohamad, 25, di Balai Polis Kerteh pada jam 3.59 petang, Ahad lalu.

Mereka membuat laporan polis bagi mempertahankan kebenaran.

Noryati yang mula berkhidmat di taska terbabit sejak 14 tahun lalu berkata, dia dan tiga guru yang lain kesal atas dakwaan berkenaan kerana penjelasan telah dibuat terhadap ibu bapa bayi yang didakwa didera, Asna Hafy Ashraf.

"Pada Khamis lalu jam 9.08 malam, saya menghubungi ibu bayi berkenaan dan menjelaskan mengenai kesan pada badan anaknya adalah kesan gigitan rakan ketika mereka bermain beramai-ramai dan saya sempat meminta maaf.

"Pada hari berkenaan, saya sibuk bersihkan taska kerana seorang kanak-kanak cirit-birit dan kami pada awalnya juga tidak menyedari badan Asna Hafy ada kesan lebam sebab dia memakai baju kecuali kami hanya nampak lebam pada lengannya sahaja," katanya.

Sementara itu, Saratul Hajar berkata, kes berkenaan seperti diputar belitkan dan dakwaan bercanggah dengan apa yang berlaku.

"Asna Hafy sangat manja dengan cikgu-cikgu di sini dan tidak boleh berenggang. Jika boleh dia mahu cikgu beri tumpuan padanya sahaja.

"Bagi mencari kebenaran, kami juga pergi ke klinik swasta yang didakwa telah memeriksa bayi terbabit dan mengesahkan dia didera tetapi doktor beritahu yang dia tidak menyentuhnya Asna Hafy, sebaliknya ibu Asna Hafy waktu itu datang ke klinik dan beritahu anaknya didera. Sebab itu doktor cadangkan buat laporan polis," katanya sebagai menjawab dakwaan kes dera yang disiarkan dalam Sinar Harian pada Ahad lalu.

Berani kerana benar

Sementara itu, pengerusi taska terbabit, Shukri Mohamad berkata, guru berkenaan berani kerana benar disebabkan kes dera yang didakwa tidak berlaku sehingga guru juga sanggup pergi berjumpa dengan doktor.

"Kita menyediakan perkhidmatan terbaik, organisasi yang terurus dan jadual tersusun, malah hubungan antara guru dan ibu bapa di sini juga erat dan tiada masalah.

"Jadi diharapkan selepas ini sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, ibu bapa yang menghantar anak di sini dapat menyalurkan dahulu masalah berkenaan kepada pihak bertanggungjawab (Kemas)," katanya.

Dalam pada itu, seorang ibu yang menghantar dua anaknya di bawah didikan taska itu, Nurul Ain Mohd Din, 29, berkata, sepanjang menggunakan perkhidmatan taska itu sejak tiga tahun lalu tiada sebarang masalah yang timbul.

"Daripada anak sulung hingga anak ketiga, saya hantar mereka belajar di sini dan anak-anak juga nampak gembira dan tidak menangis setiap kali mahu dihantar ke taska," katanya.

Ibu bapa puas hati dengan perkhidmatan disediakan

Mohd Zulhairi Maideen, 28, pula berkata, dia berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di taska itu, selain semua guru sangat mesra.

"Saya tinggalkan anak, Hani Damia, 21 bulan, dalam keadaan tidak risau sebab sebelum anak dihantar ke sini, saya hantar ke taska lain.

"Dahulu, anak dalam tempoh dua bulan tiga kali masuk wad tetapi bila hantar ke sini, anak dijaga dengan baik sebab itu bila dengar berlaku kes dera di sini, saya pun terkejut," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, doktor di Hospital Kemaman yang memeriksa bayi berkenaan mengesahkan bayi itu digigit oleh rakannya yang lain.

Katanya, tidak berlaku penderaan bagi kes tersebut dan dikenal pasti tidak berlaku sebarang unsur jenayah.

Tipu lelaki ajak kahwin

Posted: 27 Mar 2013 04:57 AM PDT


Tipu lelaki ajak kahwin
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
KOTA  BHARU - Seorang remaja perempuan berusia 20 tahun mengaku bersalah di mahkamah majistret di sini semalam, atas tuduhan menipu seorang lelaki berusia 30 sehingga memperdayakan mangsa berkahwin dengannya dan menyerahkan wang RM17,000.

Tertuduh, Noor Ain Kamaruddin yang berasal dari Tanah Merah membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nik Habri Muhammad selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah bagaimanapun menetapkan 26 April untuk menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan pertama, pada bulan Jun 2011, Noor Ain Kamarudin telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Mohd Azwadi Mat Husin dengan menyamar sebagai perempuan lain bernama Nur Shamemey Azmi bagi tujuan memperdayakannya untuk mempercayai kata-katanya.

Oleh itu Noor Ain melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala pertuduhan kedua pula, Noor Ain telah memperdayakan mangsa yang sama untuk berkahwin dengannya dan secara tidak jujur telah mendorong dia menyerahkan wang sejumlah RM17,000 secara berperingkat ke dalam akaun tertuduh.

Oleh yang demikian tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Ketika prosiding, tertuduh merayu kepada mahkamah supaya hukuman terhadapnya diringankan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusoff dan jaminan RM5,000 ditawarkan.

Saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja! – Rita Rudaini

Posted: 27 Mar 2013 04:52 AM PDT


ADI PUTRA tidak ketinggalan digosip dengan Rita Rudaini.


NAMA aktres jelita Rita Rudaini nampaknya semakin hangat. Selain sibuk naik turun mahkamah kerana masalah rumah tangganya bersama suami, Aidil Zafuan Abd. Radzak yang masih belum menemui titik noktahnya, timbul pula isu bahawa suaminya itu pernah melarangnya berlakon dengan aktor kelahiran Singapura.
Banyak spekulasi timbul biarpun selepas dua aktor kelahiran Singapura, Adi Putra dan Aaron Aziz memberi komen masing-masing berhubung isu tersebut.
Sebelum ini Rita pernah berlakon dalam filem Balistik dan drama Sehangat Asmara bersama Adi Putra, selain bergandingan dengan Aaron Aziz menerusi drama Rahsia Hati.
Bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu itu, ikuti temu bual Kosmo! bersama Rita baru-baru ini.
Kosmo!: Bagaimanakah isu Aidil melarang Rita berlakon dengan aktor Singapura ini boleh timbul?
RITA: Sebenarnya isu yang dibangkitkan ini merupakan isu lama bermula awal tahun lalu sebelum rumah tangga saya bergolak lagi. Ketika itu wartawan ada bertanya kepada saya kenapa kurang berlakon dan saya jawab untuk tumpu perhatian pada keluarga. Saya berlakon jika suami izinkan sahaja dan tidak akan berlakon dengan pelakon lelaki yang tidak diizinkan suami.
Jika isu lama kenapa boleh timbul kembali?
Cerita ini ada keluar dalam sebuah blog, kemudian sebuah lagi blog menggunakan artikel yang sama tetapi menambah perasa dan putar belit cerita untuk melariskan blognya. Orang yang baca ingat isu itu berlaku sekarang sedangkan isu itu sudah lama, itu yang menyebabkan saya marah. Jika ingin melariskan blog masing-masing janganlah buat dosa, kalau mahu tahu kisah sebenar teruslah tanya pada saya.
Adakah anda ada baca komen peminat berhubung isu ini?
Ya, saya ada baca komen orang luar mengenai isu ini di internet. Apa yang mengejutkan, mereka lebih tahu tentang hal rumah tangga saya berbanding diri saya sendiri. Jika tidak tahu, jangan beri komen kerana perkara yang kecil akan menjadi besar apabila ramai orang yang cuba masuk campur.

RITA RUDAINI dan Aaron Aziz dalam satu babak drama, Rahsia Hati.


Apakah perasaan anda apabila peminat dan orang luar terlalu lantang bersuara tentang isu ini dan rumah tangga anda?
Terus terang saya sedih. Mereka cukup lantang memberi komen sedangkan yang berada di tempat itu adalah saya. Secara tidak langsung komen yang diberikan memberi kesan kepada saya yang sudah ada masalah rumah tangga.
Mungkinkah isu terbaharu ini memberi kesan kepada kerjaya lakonan anda?
Orang yang kenal saya secara profesional akan hubungi dan bertanya kepada saya. Buat masa ini, kerjaya saya berjalan seperti biasa kerana siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu bagaimana cara saya berkerja. Sekarang saya bebas berlakon dengan sesiapa sahaja.
Maksudnya Rita sudah tidak mengikut cakap suami?
Saya ada alasan kenapa tidak ikut cakap suami sekarang ini. Apa yang saya tahu, saya tidak perlu ikut cakap suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya dengan cara yang betul. Lakonan merupakan periuk nasi saya, jika saya tidak bekerja, siapa yang akan menyara saya dan anak-anak?
Selagi, saya tidak jatuhkan maruah seorang wanita dan cari rezeki yang halal untuk diri saya serta anak-anak, saya akan terus berlakon dengan sesiapa sahaja.
Khabarnya anda sekarang ligat berniaga?
Alhamdulillah, dalam saya sibuk kerja dan akan ke mahkamah pada 3 April serta 6 Mei depan, Allah beri rezeki kepada saya. Saya tidak pernah merancang untuk ceburi perniagaan kecantikan iaitu kolegen. Mulanya sekadar untuk suka-suka sahaja serta berkongsi rahsia kecantikan. Sekarang menjadi serius apabila semakin ramai pelangan memberi respons positif. Perniagaan saya baru sebulan lebih dan dalam proses untuk ke pasaran yang lebih besar.

Wanita Hari Ini lebih segar

Posted: 27 Mar 2013 04:50 AM PDT


NABIHAH (kiri) diberi tanggungjawab menggalas tugasan untuk mengendalikan segmen fesyen dalam salah satu slot program bual bicara Wanita Hari Ini.


TAHUN ini genap 12 tahun program bual bicara Wanita Hari Ini disiarkan di TV3. Program bual bicara yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 12 tengah hari hingga 1 petang itu kini tampil dengan musim baharu.
Menurut Penerbit Eksekutifnya, Siti Hatija Yusof, sempena musim baharu, Wanita Hari Ini memperkenalkan set yang lebih elegan, segmen-segmen baharu dan juga pengacara baharu iaitu Nabihah Rosdi.
"Nabihah merupakan salah seorang peserta Top Host 2010. Selama dua tahun dia bekerja di belakang tabir sebelum kami jadikan dia pengacara Wanita Hari Ini.
"Sengaja kami lakukan begitu kerana mahu dia mempunyai pengalaman yang luas dalam selok-belok dunia kewartawanan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu Wanita Hari Ini di Sri Pentas, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Jelasnya, kepetahan Nabihah dalam mengacara juga menjadi platform gadis lulusan ijazah sarjana muda Bahasa Inggeris (TESL) dari Universiti Teknologi Mara (UITM) dipilih sebagai pengacara Wanita Hari Ini.
Siti Hatija memberitahu, bukan sahaja segmen baharu malah Wanita Hari Ini turut menggabungkan segmen terdahulu untuk menjadikan kandungan program tersebut lebih menarik dan segar.
Ulasnya, setiap hari Isnin, Wanita Hari Ini akan membincangkan topik kecantikan, fesyen dan trend masa kini. Khusus bagi kaum wanita yang prihatin dan menitikberatkan kesihatan, siaran hari Selasa adalah rujukan terbaik.
Beralih dari segmen kesihatan, kata Siti Hatija, segmen hari Rabu pula memaparkan topik bualan hangat dan isu-isu semasa yang membabitkan wanita, remaja dan anak-anak kecil.
"Wanita Hari ini juga memperkenalkan segmen Dari Fail Mahkamah sebagai topik mingguan pada setiap hari Khamis. Wanita Hari Ini ibarat seperti majalah. Kita kena pandai uruskan topik supaya ia menjadi ringan tetapi dalam masa yang sama, lain daripada lain serta menarik.
"Disebabkan itu, segmen Asam Garam Rumah Tangga yang bersiaran pada setiap hari Jumaat dikekalkan kerana ia diminati ramai," ujarnya lagi.
Sementara itu, menurut pengacara baharu, Nabihah, dia bersyukur kerana pengalaman yang ditimba selama dua tahun bekerja di belakang tabir membuatkannya faham mengenai perjalanan dan cara kerja program bual bicara wanita itu.
Mengakui berasa takut dan gementar bila pertama kali muncul sebagai pengacara program, Nabihah juga pernah berasa berbelah bahagi untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program itu.
"Mula-mula hati saya rasa berbelah bahagi sebab saya tidak tahu sama ada dapat pikul tanggungjawab atau tidak mengacarakan program siaran langsung. Bagaimanapun, saya sahut cabaran tersebut," ulasnya.
Selain Nabihah, program Wanita Hari Ini masih mengekalkan barisan pengacara lama iaitu Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida dan Irin Putri.

Pertunjukan udara gegar LIMA ‘13

Posted: 27 Mar 2013 04:49 AM PDT


DEMONSTRASI oleh sebuah pesawat Bombardier milik Maritim Malaysia menarik perhatian pengunjung pada LIMA '13 di Langkawi semalam.


LANGKAWI – Perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-13 (LIMA '13) di sini semalam dimeriahkan lagi dengan pertunjukan memukau daripada Unit Tentera Udara Malaysia dan tim Krisakti.
Acara dimulakan dengan lintasan hormat selama 15 minit oleh 22 pesawat pejuang termasuk helikopter jenis F5E Tiger, Sukhoi, MIG, F18, Hawk dan EC725 Cougar yang dikendalikan oleh juruterbang terlatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sesekali ia diselang-seli dengan gimik letupan untuk memberi kejutan kepada kira-kira 500 pengunjung.
Acara bertambah meriah apabila tim aerobatik Krisakti mengambil tempat melakukan pertunjukan dengan mengendalikan pesawat ringan jenis extra 300L.

Pelajar 17 tahun jadi jutawan

Posted: 27 Mar 2013 04:47 AM PDT

D'ALOISIO menunjukkan aplikasi Summly di London semalam. -REUTERS


LONDON – Seorang pelajar sekolah di sini, Nick D'Aloisio yang berusia 17 tahun menjual satu aplikasi bagi membolehkan teks berita dapat dibaca menerusi telefon bimbit kepada syarikat Yahoo! dalam urus niaga yang dianggarkan sebuah akhbar bernilai sehingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Aplikasi itu akan membolehkan D'Aloisio menjadi salah seorang jutawan termuda di dunia.
Ia dicipta pada November 2012.
Syarikat Yahoo! tidak mendedahkan perjanjian urus niaga itu tetapi akhbar London Evening Standard menyatakan Yahoo! akan membayar antara AS$30 juta (RM92.05) hingga AS$60 juta (RM184.1 juta).
Menurut syarikat itu menerusi satu kenyataan bahawa ia teruja untuk memiliki Summly yang memudahkan maklumat diperoleh dengan pantas, mudah dan ringkas.
Ketika berusia 15 tahun, D'Aloisio mencipta aplikasi Summly di rumahnya di sini.
Syarikat Yahoo! menyatakan, D'Aloisio dan pasukan Summly akan menyertai syarikat itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.
D'Aloisio membuat kenyataan di Twitter dengan menyatakan: "@Summly telah menandatangani satu perjanjian untuk dimiliki Yahoo!
"Teruja untuk memulakan babak baharu Summly!
"Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada saya."
Akhbar London Evening Standard menyatakan, D'Aloisio pada mulanya mencipta aplikasi itu sebagai hobi.
"Saya tidak menyedari ia boleh menghasilkan wang," kata D'Aloisio.
Ketika ditanya tentang pendapatannya yang besar ekoran pembelian syarikatnya, D'Aloisio berkata" "Saya suka kasut. Saya akan membeli sepasang kasut Nike dan saya mungkin memperoleh sebuah komputer baharu.
"Namun, buat masa kini, saya hanya mahu menyimpan wang itu di bank.
"Saya tidak perlu untuk banyak berbelanja."
D'Aloisio belajar kod komputer semasa berumur 12 tahun selepas Stor Aplikasi Apple dilancarkan.
Dia kemudian mencipta beberapa aplikasi termasuk Facemood yang merupakan perkhidmatan yang menganalisis sentimen bagi menentukan mood para pengguna Facebook.
Pelajar itu juga pernah mencipta aplikasi perkhidmatan mencari muzik, SongStumblr.

D'Aloisio turut memberikan nasihat kepada beberapa remaja iaitu: "Jika anda mempunyai idea yang baik atau anda terdapat satu ruang kosong di dalam pasaran, terokailah dan lancarkannya kerana terdapat beberapa pelabur di seluruh dunia kini yang mencari syarikat-syarikat untuk membuat pelaburan."

Tanam sayur-sayuran di kawasan bersalji

Posted: 27 Mar 2013 04:45 AM PDT


ERNST melihat rumah hijau yang mengandungi pelbagai jenis tanaman di Kangerlussaq pada 5 Mac lalu.


KANGERLUSSAQ, Greenland – Ketua tukang masak di restoran Roklubben di sini, Kim Ernst menanam sayur-sayuran di dalam rumah hijau di kawasan yang sejuk.
Kangerlussaq merupakan sebuah kawasan yang diselaputi salji kerana ia terletak antara kawasan Artik dan Lautan Atlantik.
Ernst telah menanam pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba seperti ubi kentang, lada Benggala serta tomato.
Ekoran perubahan cuaca, penduduk tempatan menyatakan bahawa semasa musim panas, pelbagai tanaman boleh ditanam yang sebelum ini tidak pernah terfikir akan diusahakan di kawasan bersalji.

Siapkan 12,000 batang aiskrim

Posted: 27 Mar 2013 04:43 AM PDT



BERNIAGA aiskrim berperisa dalam plastik berbentuk silinder atau lebih dikenali sebagai aiskrim Malaysia bukanlah impian sebenar Raja Rozlinda Raja Abdullah, 48. Sebaliknya, dia membuat aiskrim itu semata-mata memenuhi permintaan anak-anaknya yang amat menyukai aiskrim.
Bermula secara suka-suka tiga tahun lalu, aiskrim Malaysia Raja Rozlinda juga diminati kanak-kanak di sekitar kawasan kediamannya di Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
"Anak-anaklah yang menjadi tukang promosi. Jadi, kanak-kanak lain pun datang membeli dan saya terpaksa buat dalam kuantiti yang banyak supaya dapat dijual," kata ibu kepada empat anak itu.
Raja Rozlina menyediakan 11 perisa aiskrim Malaysia. Antaranya termasuklah asam boi, Milo, bandung, strawberi, anggur, oren dan tebu. Namun, anak-anak Raja Rozlinda lebih meminati aiskrim berperisa asam boi dan Milo. Dengan resipi yang ringkas, Rozlinda menggunakan air masak, gula dan perisa bagi menyediakan bancuhan aiskrim Malaysia. Air yang telah diberi perisa dimasukkan ke dalam plastik aiskrim sebelum dibekukan.
Hakikatnya, aiskrim yang pernah popular sekitar tahun 70 dan 80-an itu masih mempunyai penggemarnya hingga kini.
Dibantu keluarga
Selain diminati oleh kanak-kanak di sekitar taman perumahannya, Raja Rozlinda juga mendapat tempahan untuk acara sukan, hari keluarga dan sebagainya.
Sejak dua tahun lalu, beliau mendapat tempahan daripada sebuah syarikat korporat yang memesan sehingga 12,000 batang aiskrim Malaysia untuk acara tahunan mereka.
"Sebagai seorang wanita bekerja, tidak mungkin saya mampu melakukannya bersendirian, jadi saya meminta bantuan ahli keluarga untuk menyiapkan tempahan," kata pegawai tadbir di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak itu yang menyiapkan tempahan tersebut antara empat hari hingga seminggu.
Anak bongsu Rozlinda, Putera Muhammad Mukhlis Solihin, 8, asyik mencuba setiap aiskrim air tangan ibunya. "Saya suka aiskrim Malaysia. Biasanya saya makan aiskrim ketika cuaca panas," katanya yang akan menggosok gigi selepas makan aiskrim.
Dia gemar menikmati aiskrim Milo dan berperisa coklat. Kerja-kerja memasukkan bancuhan aiskrim biasanya dibantu oleh anak-anak Raja Rozlinda iaitu Muhammad Irfan Syafiq, 19, Puteri Nur Irdina Syazwani, 16, dan Puteri Nur Liyana Amani, 13.
Menyentuh tentang harga, Rozlinda mengakui dua dekad lalu aiskrim Malaysia dijual sekitar 0.5 sen atau 0.10 sen sebatang, kini harga aiskrim tersebut meningkat sehingga 0.40 sen sebatang, manakala aiskrim perisa Milo dan bandung, 0.50 sen sebatang.
Menjadi pencuci mulut ketika waktu berkualiti bersama keluarga, suami Raja Rozlinda, Ruze Ismail, 49, berkata, menikmati aiskrim Malaysia turut mengimbau memori mereka sekitar tahun 70-an.
Diangkat sebagai makanan paling popular dan diminati oleh penduduk seluruh dunia, aiskrim menjadi pilihan bagi individu atau kumpulan sasaran perniagaan. Kini, majlis-majlis seperti kenduri perkahwinan, hari jadi, ulang tahun sesebuah syarikat, perjumpaan dan sebagainya mula menempah aiskrim sebagai sebahagian daripada menu pencuci mulut.

SAMSUDEEN (tiga dari kanan) dan keluarganya menjadikan aiskrim lembut sebagai menu pada majlis ulang tahun anak mereka.


Ulang tahun
Bagi pasangan Mohamed Samsudeen, 29, dan isteri, Hajarah Ismail, 31, yang tinggal di Putrajaya, mereka mahu menyambut hari ulang tahun kelahiran anak mereka, Muhammad Daniel, 2, secara meriah. Memandangkan majlis itu meraikan kanak-kanak, menu pencuci mulut, aiskrim menjadi menu wajib.
Mereka telah menempah aiskrim lembut dalam kon daripada Suka Aiskrim yang dikendalikan oleh Abd. Hakim Hamzah dari Shah Alam. Kehadiran Hakim bersama adiknya, Mohd. Zakiuddin Hamzah, 25, ke kediaman Samsudeen disambut penuh teruja oleh kanak-kanak yang berada di rumah Samsudeen.
Hakim membawa sebuah mesin berbentuk segi empat di atas troli dan sebuah lagi peti. Sebaik tiba di kediaman Samsudeen, Hakim terus membuka peti yang mengandungi cecair berwarna putih dan coklat lalu dimasukkan ke dalam dua bekas berasingan dalam mesin tersebut.
"Cecair aiskrim ini saya sediakan mengikut tempahan. Saya akan tiba dua jam awal sebelum majlis. Cecair tadi saya akan masuk ke dalam mesin ais untuk diproses menjadi krim. Dalam masa setengah jam, airkrim sedia dihidang kepada tetamu," kata Hakim.
Lembut dan berkrim, aiskrim perisa vanila dan coklat yang dihidangkan Hakim menjadi rebutan kanak-kanak yang menunggu lama.
Hakim berkecimpung secara sambilan dalam perniagaan aiskrim selepas melihat potensi perniagaan itu daripada rakannya.
"Pada waktu itu saya tiada modal untuk membeli mesin, tetapi sangat berminat. Jadi saya mencari tawaran yang sesuai dengan bajet ketika itu," katanya.
Tambah Hakim, selepas setahun kini, jadual tempahan aiskrimnya penuh sehingga bulan Julai. Kini, dia memiliki empat buah mesin membuat aiskrim.
"Saya berniaga pada hujung minggu bergantung pada tempahan," kata pendidik itu.
Menempah 300 aiskrim pada majlis hari jadi anaknya, Samsudeen mengakui Suka AisKrim menawarkan harga yang berpatutan dan rasanya enak.

HAKIM sentiasa memastikan mesin aiskrim bersih dan cermat supaya pengendaliannya lancar.


Selain aiskrim kon yang dijual pada harga RM1 satu, Suka AisKrim juga menyediakan aiskrim roti pada harga RM1.50 satu dan aiskrim cawan, RM2 satu.
Selain aiskrim tempatan, pelbagai jenama aiskrim mewah membanjiri pasaran. Antaranya termasuklah Baskin Robins, Tutti Frutti, New Zeland Natural, Haagen Dazs dan aiskrim separa mewah daripada rangkaian restoran makanan segera seperti McFlurry, Walls dan Nestle.
Stickhouse, aiskrim dari Itali membawa konsep aiskrim yang berbeza. "Ia bukan aiskrim biasa tetapi gelato. Aiskrim gelato dibuat tanpa memberi ruang kepada udara. Tanpa udara menjadikan gelato berdensiti padat, kaya berperisa dan mengekalkan kandungan semula jadinya," kata Pengarah Urusan Malaysia, Hu Sau Keong, 35.
Aiskrim Stickhouse menggunakan bahan semula jadi tanpa pewarna tiruan, pengawet, mempunyai kandungan seperti inulin dan ekstrak sayuran.
Menurut Sau Keong, dengan penampilan berbeza, ais tersebut dicucuk pada batang. Ia dijual pada harga antara RM4.90 hingga RM8.90 sebatang. Stickhouse menawarkan aiskrim berperisa sorbet, yogurt dan premium. Kios Stickhouse boleh didapati di pusat beli-belah terpilih seperti di Sunway Pyramid.

Thailand bergelut kehamilan remaja

Posted: 27 Mar 2013 04:41 AM PDT


PENDIDIKAN seks yang diajar di sekolah kebangsaan kurang berkesan menangani kehamilan remaja Thai.


KETIKA Mallika memberitahu keadaan dirinya yang sedang mengandung, ibu bapa Mallika telah menghentikan persekolahannya. Dia kemudian diarah berkahwin dengan lelaki yang telah menyebabkan dia berbadan dua. Usianya ketika itu 17 tahun.
Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak pernah terjadi, dan Mallika menjaga bayi perempuan itu sendirian.
"Saya menyayangi anak saya, tetapi ketika itu saya menyembunyikannya kerana malu," kata Mallika yang kini sudah berusia 23 tahun dan bekerja sebagai penjual pakaian buatan China di pasar minggu di Bangkok, Thailand.
Dia yang tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar Bangkok menambah, pada masa itu, keluarga lelaki berkenaan menawarkan wang bagi menutup mulut selain meminta tidak mengganggu mereka.
Ibu remaja
Situasi yang dihadapi Mallika bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa. Jumlah remaja perempuan mengandung di Thailand merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara selepas Laos, menurut laporan Biro Kesihatan Reproduktif di Kementerian Kesihatan Awam Thailand.
Meskipun, kadar keseluruhan kelahiran di negara Gajah Putih itu jatuh, namun dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan. Daripada 1,000 kelahiran, 54 merupakan ibu remaja berusia antara 15 hingga 19 tahun. Peratusan tersebut lebih tinggi daripada Amerika Syarikat dan 10 kali ganda lebih tinggi daripada Singapura.
Malah, jumlah tersebut naik mendadak. Bilangan kelahiran hidup bagi ibu remaja Thailand berusia antara 15 hingga 18 tahun meningkat kepada 43 peratus antara 2000 hingga 2011, berdasarkan laporan tahunan kesihatan awam Thailand.
Terdapat banyak faktor penyumbang, namun pakar kesihatan menyalahkan faktor budaya sebagai penyumbang utama. Isu-isu berkaitan gender turut merumitkan keadaan.
"Wanita diminta menjaga kesucian diri mereka tetapi lelaki Thai yang melakukan hubungan seks dengan ramai wanita dipandang hebat," kata Visa Benjamano, pesuruhjaya di Majlis Hak Asasi Manusia Kebangsaan Thailand (NHRC).
"Jika lelaki meniduri ramai wanita, imejnya tidak terjejas seperti yang dialami wanita. Wanita secara umumnya lebih takut membincangkan hal berkaitan hubungan seks secara terbuka," kata Benjamano.
Walaupun, pendidikan seks merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah kebangsaan, namun ia kurang berkesan. Menteri Pelajaran mengehadkan masa pelajaran kepada lapan jam setahun meskipun berlaku perubahan sikap golongan remaja terhadap seks.
Satu laporan pada tahun 2011 oleh Tabung Kependudukan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) dan Lembangan Pembangunan Sosial dan Ekonomi Thailand (NESDB) menunjukkan bilangan wanita yang dimasukkan ke hospital berkaitan pengguguran meningkat lebih 16 peratus antara 1994 dan 2009, mencecah 60,000 pada tahun 2009.
Melakukan pengguguran dilarang di Thailand kecuali kes berkaitan rogol atau sumbang mahram, menyelamatkan nyawa, fizikal atau faktor kesihatan wanita dan berumur bawah 15 tahun.
Pengguguran haram
Di bawah undang-undang Thai, hukuman sekiranya melakukan pengguguran haram ialah penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum 10,000 bath (RM1,000). Bagaimanapun, klinik dan pengguguran haram tetap meningkat.
Pada 2010, polis Thai menjumpai 2,000 janin di kawasan kuil Buddha Bangkok dipercayai dihantar oleh klinik-klinik pengguguran haram.
Penemuan itu membuatkan masyarakat Thai berada dalam dilema kerana perbuatan itu berdosa di sisi agama Buddha yang dianut oleh 95 peratus rakyat Thailand.
Berbanding Filipina yang kebanyakan berfahaman Katolik, di Thailand alat atau pil pencegah kehamilan dan kondom mudah didapati dan dijual di kaunter-kaunter kedai.
Namun, apabila remaja perempuan cuba membelinya masyarakat memandang serong terhadapnya.

Metafora melalui daun

Posted: 27 Mar 2013 04:38 AM PDT

NUR LIYANA (kanan) bersama temannya leka memerhatikan salah satu lukisan yang dipamerkan di Galeri G13.


PERTEMBUNGAN dua figura seni halus dari Malaysia dan Indonesia yang mengangkat tema alam semula jadi dalam satu ruang membuka dimensi baharu kepada pencinta seni untuk melihat keunikan metafora melalui lukisan.
Ruang pameran Galeri G13 yang terletak di Kelana Jaya, Selangor dihiasi dengan 24 karya pelukis veteran tempatan, Hamdan Shaarani dan pelukis Indonesia, Nyoman Sujana Kenyem.
Menariknya, kedua-dua pelukis tersebut menggunakan daun sebagai lambang bagi menceritakan tentang jati diri dan kebebasan.
Hamdan menghasilkan 12 karya berkonsepkan refleksi jernih daun di atas air sungai yang mengalir sebagai metafora kepada jati diri seseorang.
"Jika kita lihat, daun yang jatuh di atas permukaan air menunjukkan refleksi tersendiri yang menggambarkan seolah-olah ia hanya mengikut ke mana arah air membawanya pergi.
"Saya cuba menyampaikan tentang keperluan seseorang itu memiliki jati diri untuk hidup dalam acuannya sendiri tanpa perlu mengikut telunjuk orang lain," katanya yang mengagumi pelukis terkemuka negara, Amron Omar.
Hamdan yang juga merupakan seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Perak memberitahu, karyanya tertumpu kepada ilustrasi biasan air kerana sifat air yang tidak kekal dan menggambarkan sikap manusia yang berubah-ubah mengikut keadaan.
Tambahnya, masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan satu-satu karya adalah lima jam sehari dan bergantung kepada mood pada hari tersebut.
"Secara keseluruhannya ia memakan masa hingga tiga atau empat bulan untuk siap sepenuhnya," jelas Hamdan.
Sementara itu, bagi pelukis seberang yang terkenal dengan panggilan Kenyem, dia banyak menggunakan elemen daun sebagai simbol kepada kebebasan.
Karya Kenyem banyak bermain dengan penggunaan warna-warna ceria bagi mencerminkan penyusunan komposisi elemen dalam setiap lukisannya itu dipengaruhi oleh keindahan keadaan persekitaran.
Pelukis yang berasal dari Bali itu cuba menonjolkan permainan warna peralihan waktu siang ke malam dan perubahan satu musim ke musim yang lain.
Menurut Pengarah Galeri G13, Kenny Tan, Kenyem turut menyelitkan figura manusia kerdil dalam setiap karyanya sebagai manifestasi kelahiran semangat baharu dalam persekitaran alam semula jadi.
"Kenyem cuba menerapkan nilai-nilai keseimbangan dalam kehidupan melalui lukisannya yang banyak bercirikan suasana perkampungan.
"Ciri tersebut dilihat lebih dekat dengan ketenangan yang dicari oleh seorang pencinta seni," ujar Kenny.
Gaya pelukis ekspresi karya
Seorang pengunjung, Nur Liyana Mohamad Munir, 23, berkongsi perasaan bertuah kerana berpeluang melihat sendiri koleksi pameran solo pelukis terkenal dari Malaysia dan Indonesia secara serentak.
"Kedua-dua pelukis memiliki gaya tersendiri untuk menterjemahkan tema alam semula jadi dalam karya mereka.
"Kenyem lebih suka bermain dengan komposisi warna, manakala karya Hamdan bersifat realistik dan dilihat seperti gambar sebenar," katanya.
Menurutnya, setiap pengunjung yang datang ke Galeri G13 pasti mempunyai perspektif berbeza tentang maksud sebenar di sebalik lukisan yang dihasilkan mereka.
Pameran tersebut bermula sejak 1 Mac lalu akan berlangsung sehingga 31 Mac dengan galeri dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Dunia bola anak muda

Posted: 27 Mar 2013 04:38 AM PDT


SOLEHIN (duduk paling kiri) bersama-sama peserta Soccer Kids All Stars selepas majlis graduasi bulan lalu.


RASA cinta Muhammad Solehin Md. Nasir, 18, pada sukan bola sepak mula bercambah seawal usia 10 tahun ketika mengikuti rakan-rakan menyertai pasukan bola sepak sekolah.
Siapa sangka, dia yang belajar di Sekolah Kebangsaan Jalan Peel, Cheras, Kuala Lumpur (KL) itu berjaya melepasi saringan sehingga menjadi wakil KL.
Daripada situ, minatnya dalam sukan bola sepak mendalam, malah tatkala ditanya mengenai cita-cita, lantas pemuda berusia 18 tahun itu menjawab, mahu menjadi pemain bola profesional.
"Saya percaya bidang sukan bola sepak mampu pergi lebih jauh untuk menjadi satu kerjaya profesional," katanya ketika ditemui di Bandar Utama, Selangor.
Sebaik tamat sekolah rendah, Muhammad Solehin belajar di sekolah sukan, Sekolah Raja Abdullah, Kepong dan pernah mewakili pasukan bawah 14 tahun dalam Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Menetap di Jalan Cochrane, pemuda yang menggemari lauk sambal ayam itu berpindah ke Sekolah Kebangsaan Cochrane Perkasa, Cheras ketika tingkatan tiga.
Muhammad Solehin kemudian menyertai rancangan realiti, Soccer Kids musim pertama pada tahun 2007 untuk mengembangkan lagi minatnya dalam sukan bola sepak.
Selepas lima tahun kini, dia beraksi semula pada musim baharu, Soccer Kids All Stars yang menghimpunkan semua peserta terpilih daripada musim sebelumnya.
Muhammad Solehin ditemui pada majlis pelancaran kempen Lagi-lagi Bola di Bananana yang menampilkan empat program khas iaitu Bola Kampung, Bola Kampung X dan BoboiBoy (episod khas bola) serta Soccer Kids All Stars.
Semua program tersebut kini sedang bersiaran di TV3.
Para peserta Soccer Kids All Stars kali ini mendapat pendedahan yang lebih banyak apabila dapat menyertai beberapa siri perlawanan persahabatan di dalam negara dan sekitar Asia Tenggara.
Lebih manis apabila siri perlawanan tersebut merupakan antara persediaan mereka ke London untuk siri Road To London bagi menentang pasukan Queens Park Rangers Bawah 16 dan Tottenham Hotspur Bawah 17.
Pada acara yang sama, dia bersama-sama 17 peserta Soccer Kids yang lain menerima trofi dan sijil graduasi yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines