Jumaat, 22 Mac 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Dina Selepas Buat Pembedahan

Posted: 21 Mar 2013 11:10 PM PDT

Beberapa hari yang lalu kalau tidak silap 16 Mac, finalis program realiti, Malaysian Idol dan juga deejay Era FM, Dina telah dimasukkan ke dalam wad untuk menjalani satu pembedahan untuk membuang batu karang pada badannya.

Keadaan Dina nampak semakin stabil setelah melihat beberapa gambar Instagramnya yang dimuatnaiknya sendiri di Hospital Tawakal. Sukurlah kalau dah stabil dan kembali sihat sepenuhnya.

Gambar Terkini, Ashraf, BCL dan Anaknya

Posted: 21 Mar 2013 10:21 PM PDT

Pasangan dari dua buah negara berbeza, Ashraf Sinclair dengan Bunga Citra Lestari kini cukup berbahagia dengan seorang anak tunggal yang kini berusia 2 tahun lebih, Noah.

Boleh dikatakan keluarga bahagia ini kini masih lagi aktif dalam beberapa drama / filem di Indonesia.


Puteri Sarah Nekad Bertudung Penuh!

Posted: 21 Mar 2013 09:14 PM PDT

Di hari yang mulia, hari Jumaat ini kita telah dapat dikhabarkan dengan satu berita baik daripada pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana. Sebelum ini dia telah belajar memakai tudung pada dirinya, namun semalam melalui portal MediaHiburan, dia telah mengesahkan untuk bertudung penuh dan untuk selamanya pada dirinya.

Akhirnya inilah yang dinantikan oleh peminat Puteri Sarah, penampilannya selepas ini sudah berbeza dengan yang dahulu.
"Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya."

Nora Danish Jadi Duta Uniqlo, Cantik Dan Bergaya!

Posted: 21 Mar 2013 09:08 PM PDT

Nora Danish kini diberikan kepercayaan untuk menjadi duta kepada gedung membeli belah pakaian terbesar di Malaysia, Uniqlo. Dengan berwatakkan seperti remaja dan dewasa, Nora Danish masih dianggap sebagai seorang yang bergaya dan anggun bila berpakaian t-shirt dan berseluar.

Apa-apa pun tahniah diatas pelantikkan ini, yang pasti Nora memang sesuai menjadi duta kepada produk Uniqlo.

Najwa Latif Dapat 4A SPM

Posted: 21 Mar 2013 06:30 PM PDT

Tahniah! dengar khabar penyanyi, Najwa Latif mendapat keputusan yang dianggap baik dalam SPM 2012 yang diumukan keputusannya semalam.

Najwa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat dengan aliran sains mengambil sepuluh (10) subjek akhir SPM dengan mendapat 4A sedikit tersasar daripada targetnya untuk mendapat 6A sebelum ini. Lain-lain subjek tidak dapat diketahui apa keputusannya.

Namun Najwa tidak dapat menhadiri untuk mengambil keputusan SPM berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines