Khamis, 31 Oktober 2013

MummyNemo

MummyNemo


Kerana Terlalu Cinta Isteri, Lelaki Berbual Dan Sikat Mayat Isteri Selama 36 Hari

Posted: 31 Oct 2013 01:00 AM PDT

Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya. Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu. Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan [...]

Gambar Mesra Shila Amzah Dan Johan As’ari

Posted: 31 Oct 2013 12:30 AM PDT

Sebelum ini sama ada penyanyi, Shila Amzah mahu pun pelakon Johan As`ari telah beberapa kali berkeras menafikan hubungan cinta mereka, malah mereka berdua akui hanya berkawan dan tidak lebih dari itu Namun, sejak akhir-akhir ini, Sering kita lihat di laman sosial Instagram milik Shila Amzah atau Johan As`ari, kedua-duanya rancak memuat naik gambar mesra mereka [...]

Pengawal Keselamatan Dengan KP Palsu Dari Sabah Merompak Kedai Emas

Posted: 31 Oct 2013 12:04 AM PDT

Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis. Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan. [...]

Kecewa Tiada Pasangan, Lelaki Potong Kemaluannya Hingga Putus

Posted: 30 Oct 2013 07:01 PM PDT

Gara-gara kecewa kerana tidak mempunyai pasangan, seorang lelaki memotong sehingga putus kemaluannya sebelum terpaksa menahan kesakitan sambil berbasikal ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Masalahnya, lelaki terbabit bergegas ke situ dengan harapan doktor dapat menyelamatkan kemaluannya tetapi organ berkenaan tidak dibawa bersama. Dalam kesakitan doktor meminta lelaki terbabit kembali ke rumahnya untuk mengambil anggota sulit berkenaan [...]

Minyak Kitar Semula Boeh Sebabkan Penyakit Kanser

Posted: 30 Oct 2013 06:28 PM PDT

 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser. Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga [...]

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Maya akui kebenaran gosip

Posted: 30 Oct 2013 04:43 AM PDT



SEJAK kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama, diam tak diam sudah lebih tiga tahun personaliti terkenal tanah air, Maya Karin berstatus solo.
Setelah digosipkan dengan beberapa artis lelaki ternama, aktres yang genap berusia 34 tahun itu tetap keras menafikan bahawa tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara dia dengan mana-mana artis tempatan.
Bagaimanapun, pelakon filem Ombak Rindu itu memberitahu yang dia sedang bercinta dengan seseorang.
"Gosip yang diperkatakan itu benar, saya sedang bercinta dengan seseorang.
"Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan peminat, tetapi buat masa ini saya tidak dapat memberitahu dengan siapa saya bercinta," ujar aktres berdarah kacukan itu lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran Peraduan Fuelled By Fans, Powered By Petronas anjuran Petronas Dagangan Bhd. di Hotel Westin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Katanya lagi, keinginan untuk berkahwin itu sentiasa ada namun tiada tahun yang spesifik kerana semua itu ketentuan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang.
Selain itu, ada sesetengah pihak yang beranggapan Maya akan menolak mentah-mentah sebarang percubaan lelaki Malaysia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengannya.
Ketika ditanya mengenai hal tersebut, Maya tanpa ragu menafikan dakwaan itu.
Ini kerana dia sendiri tidak kisah jika ditakdirkan mempunyai jodoh dengan lelaki tempatan.
"Saya jenis tidak memilih tetapi saya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tersendiri seperti wanita yang lain.
"Namun ciri-ciri tersebut tidak mempunyai bangsa yang khusus serta saya juga tidak mengambil kira warganegara sesorang itu sebelum menjalinkan hubungan kerana saya seorang yang terbuka," tambah aktres jelita tersebut.
Katanya lagi, tiada kekurangan pada lelaki Melayu kerana semua orang tanpa mengira bangsa mempunyai kelemahan masing-masing.
"Saya bukan jenis yang akan kategorikan seseorang itu dalam golongan tertentu kerana semua terserah pada cita rasa individu itu sendiri," jawab penyanyi yang terkenal dengan lagu Erti Cinta itu lagi.
FIGURA jelita ini memberikan pandangan yang bernas tentang isu kontrak selebriti bersama syarikat rakaman
mahupun produksi.


Muzikal
Berbalik kepada perkembangan terkininya, Maya bercerita dia sedang giat menjalani latihan persediaan sebelum berlangsungnya teater yang dinanti-nantikan oleh peminat lakonan pementasan yang berjudul, SuperMokh yang bakal dipentaskan pada bulan hadapan.
Bakal membawa watak isteri pemain bola sepak legenda negara, Datuk Mokhtar Dahari iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, Maya nyata teruja dengan pementasan tersebut.
"Saya ada melakukan ulang kaji sedikit sebanyak untuk watak Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, isteri kepada pemain bola sepak legenda negara, Datuk Mokhtar Dahari.
"Saya ada membaca kisah pasangan itu di internet selain sempat bertemu empat mata bersama Tengku Zarina dalam tempoh beberapa jam dan kami sempat berbual panjang mengenai cerita yang boleh dikongsi dan informasi tentang perkahwinan beliau dahulu," jelasnya yang akan berganding dengan Awie yang membawa watak SuperMokh.
Maya turut memberitahu Tengku Zarina merupakan seorang wanita yang cukup tabah dan dia juga mempunyai hubungan cukup romantis dengan bekas pemain bola sepak Selangor itu.
"Peluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi muzikal sesuatu yang sukar untuk ditolak kerana kali terakhir saya membuat muzikal adalah pada zaman remaja berbelas tahun lepas.
"Tambah pula teater ini diarahkan oleh Hans Isaac yang memang kita mengerti dia seorang pengarah yang cukup arif dan kebiasaannya pementasan teater di bawah kelolaan dia akan menjadi spektakular," ucap Maya yang turut menyukai kisah kehidupan Mokhtar Dahari kerana generasi muda sekarang semakin melupakan legenda negara itu.
Pelakon yang terkenal dengan watak Johanna dalam filem Anak Halal itu turut menjelaskan dia tidak dapat meniru secara terperinci perwatakan Tengku Zarina kerana produksi Hans Isaac ini bukan untuk layar lebar.
"Perbualan kami berjalan dengan sangat santai dan saya akan mengikut sedikit perwatakan dia kerana ini merupakan muzikal teater dari sebuah produksi yang besar," tambah Maya yang juga merupakan bekas pengacara rancangan Nona.
Penyanyi yang bakal mengeluarkan album terbaharu itu turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia tidak mahu berlakon dalam produksi drama bersiri.
"Saya menerima pelbagai tawaran kerja tanpa mendatangkan masalah. Namun, untuk berlakon dalam produksi drama bersiri yang memakan masa tiga hingga empat bulan lamanya akan membuatkan saya terikat dan tidak dapat menerima projek lain dalam tempoh tersebut," tambah Maya yang hanya pernah muncul dalam drama bersiri Waris Jari Hantu beberapa tahun lepas.
AKTRES jelita ini bakal muncul menerusi teater arahan Hans Isaac, SuperMokh.


Sementara itu, bercakap tentang kariernya sebagai penyanyi, pemilik album Bukan Qalamaya itu telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul Bintang Syurga memberitahu, perancangan untuk mempromosikan single tersebut sudah dibuat sementara menanti kelahiran album baharu.
"Lagu itu telah diputarkan di corong-corong radio, tetapi pihak syarikat rakaman dan saya sedar yang kami perlu berusaha lebih keras untuk membuat lagu itu lebih mendapat perhatian peminat," ujarnya lagi.
Ketika ditanya tentang isu kontrak selebriti bersama syarikat rakaman mahupun produksi, Maya tegas mengatakan bahawa penulis kontrak berhak menulis terma dan syarat yang dimahukan.
"Sebarang keputusan terserah kepada mereka (selebriti) untuk menerima atau menolak terma dan syarat yang terkandung di dalam kontrak tersebut sebelum mereka menandatangani sesuatu perjanjian.
"Mereka juga perlu peka secara terperinci dengan isi kandungan tawaran kontrak tersebut dan bila keputusan sudah dibuat, mereka tidak boleh mengeluh kerana persetujuan melibatkan kedua-dua belah pihak," katanya yang sangat berhati-hati sebelum menandatangani kontrak dengan pihak produksi mahupun rakaman.
Melancong
Satu perkara yang memang diketahui umum, Maya merupakan antara artis yang terkenal dengan hobi bercuti secara backpacking.
Ketika disoal mengenai dengan siapa selalu dia bercuti, sambil tersenyum dia menjawab, kebiasaannya Maya akan keluar bercuti bersama ahli keluarga secara bergilir.
"Mungkin sebelum ini saya pergi bersama ayah, kemudian bersama ibu, dan seterusnya bersama adik-adik saya," jawabnya lagi yang merancang untuk bercuti ke negara Latin seperti Mexico dan Sepanyol selepas ini.


Konsert Siti Nurhaliza Catat Sejarah Paling Berjaya Di Istana Budaya

Posted: 30 Oct 2013 04:42 AM PDT


Konsert Lantera Timur oleh Siti Nurhaliza telah berjaya mencipta sejarah Istana Budaya.
PETALING JAYA: Konsert solo tradisional pertama nyanyian, Datuk Siti Nurhaliza iaituLantera Timur mencatat sejarah sejak penubuhan Istana Budaya apabila ia mampu mengutip jualan tiket RM1 juta.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, ia merupakan persembahan solo paling berjaya berbanding acara-acara lain yang diadakan di pusat kebudayaan itu dengan penjualan tiket tertinggi.
"Sebelum ini belum ada lagi persembahan solo daripada mana-mana artis yang mampu mencatatkan penjualan tiket mencecah RM1 juta dan Siti telah memecahkan rekod tersebut.
"Angka itu mampu meningkat lebih lagi namun persembahan pada malam terakhir pada 24 September lalu bagaimanapun sebahagiannya dibuka kepada tetamu khas," katanya kepada mStar Online.
Konsert tradisional Siti Nurhaliza itu diadakan pada 20 hingga 22 September dan 24 September 2013.
Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani.
Dalam pada itu menurut Mohamed Juhari, Konsert Wings Opera Hidup yang diadakan pada tahun 2011 pula mengungguli persembahan artis berkumpulan dengan jumlah sama.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Juhari berkata, teater Maduku Kalut yang dipentaskan pada 27 September hingga 1 Oktober lalu turut membuat kejutan apabila pementasan itu berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM90,000 walaupun ia hanya diadakan di Lambang Sari.
Katanya, tiket sepanjang lima hari persembahan itu habis dijual dan pertama kali dalam sejarah Istana Budaya sebuah teater indie mendapat sambutan hangat daripada penonton.
"Ini menunjukkan perkembangan positif apabila penonton mula berminat untuk menonton teater di Istana Budaya dan penerimaan baik terhadap Maduku Kalut adalah bukti yang cukup baik.
"Pihak Istana budaya juga menyasarkan akan memperbanyakkan lagi teater indie dalam kalendar persembahan Istana Budaya pada masa hadapan," katanya.
Barisan pelakon teater Maduku Kalut.
Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, sehingga Oktober 2013, pihak Istana Budaya telah berjaya mengutip RM6 juta dan menjangkakan angka itu akan meningkat kepada RM10 juta menjelang akhir tahun ini.
Jelas Mohamed Juhari, kutipan itu cukup memberangsangkan memandangkan tahun ini Istana Budaya tidak mementaskan sebarang persembahan daripada produksi luar negara.
"Jumlah itu banyak kerana ia bergantung kepada persembahan tempatan sahaja tetapi pihak kami harap dengan berbaki tiga bulan lagi ia akan mencecah RM10 juta," jelasnya.

Tomok, Ag Coco Beri Nafas Baharu 'Idola Kecil 6'

Posted: 30 Oct 2013 04:40 AM PDT


Dari kiri; Fuzzwayne (guru tari), Fadlita (guru vokal), Tomok (juri tetap), AG Coco (pengarah muzik).
PETALING JAYA: Penyanyi Tomok dan komposer AG (Coco) diberi tanggungjawab dalam mengalas tugas sebagai juri tetap dan tenaga pengajar dalam program realiti kanak-kanak Idola Kecil musim ke enam.
Penerbitnya, Kamarul Zariman Abd Rahman, 30, berkata, pemilihan kedua-dua selebriti muda ini adalah bagi memberi nafas baharu dan segar dalam membentuk ikon kanak-kanak.
"Tomok dan AG merupakan pemuzik yang masih muda dan banyak idea-idea baru dalam membentuk bintang muda yang kita cari.
"Kita mahu hasil pencarian dan penghasilan produk yang lebih segar berbanding musim-musim sebelum ini," katanya pada sidang media Idola Kecil 6, di e@Curve Damansara, di sini, Selasa.
Tambahnya, Tomok dan AG Coco bertanggungjawab dalam menilai dan membimbing peserta sepanjang program berlangsung.
Selain itu, turut terlibat sebagai tenaga pengajar ialah guru vokal Fadlita Mohd Taib dan guru tari Fuzzwayne daripada kumpulan Elecoldxhot.
Peserta Idola Kecil 6
Tambahnya, 11 orang peserta terbaik telah dipilih dari tiga lokasi iaitu di Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
"Walaupun kali ini kami menjelajah ke tiga lokasi sahaja, namun kami berpuas hati kerana para peserta yang hadir menampilkan vokal yang berkualiti.
"Malah ada beberapa peserta kanak-kanak ini yang mempunyai bakat bermain alat muzik serta menari menjadikan ia sebagai bonus kepada mereka untuk berada dalam industri hiburan tempatan," katanya.
Peserta yang terpilih iaitu Abdul Razzaq Muqri Abdul Qahhar, 12, Aby Norlila Kamaruddin, 12, Aida Syazlina Azmi, 11, Ammierul Daneal Eddy, 12, dan Danial Cheur, 12.
Turut terpilih Muhammad Aliff, 12, Nur Afreena Saiful, 12, Nor Allleya Edwan, 10, Nur Emilia, Natasha, 11, Razin Aiman, 12, dan Shafiqah Amira, 12.
Sementara itu, Alif Satar masih lagi kekal sebagai pengacara berikutan keserasiannya dalam mengendalikan program kanak-kanak ini.
Idola Kecil 6 akan mula disiarkan di TV9 menerusi episod pengenalan pada Sabtu, 9 November depan.

Suria FM Catat 2.23 Juta Pendengar

Posted: 30 Oct 2013 04:40 AM PDT


Suria Cinta kendalian Deejay Lin antara rancangan paling lama didengar bagi kesemua saluran radio berbahasa Malaysia.
PETALING JAYA: Saluran radio Suria FM mencatatkan 2.23 juta pendengar dan menduduki tempat keempat bagi stesen berbahasa Malaysia di negara ini selepas Era FM, Sinar FM dan Hot FM menerusi bancian dibuat Nielsen.
Suria FM dalam satu kenyataannya kepada mStar Online di sini pada Selasa berkata, kaji selidik oleh agensi penarafan itu dilakukan dari tempoh 2 September sehingga 27 September 2013.
Berdasarkan kaji selidik itu, pendengar Suria FM secara digital telah meningkat sebanyak 160 peratus dari 176,000 orang kepada 457,000 orang pada tahun ini.
Selain itu, Suria FM juga turut mencatatkan kenaikan sebanyak 12 peratus pendengar berpendapatan isi rumah di antara RM4,000 hingga RM5,000.
Stesen itu juga menerima peningkatan di kalangan kumpulan pekerja kolar putih sebanyak 13 peratus. .
Halim Othman (kiri) dan Adibah Noor antara deejay popular Suria FM.
Kenyataan itu menyebut, pendengar eksklusif yang merupakan peminat setia Suria FM telah meningkat sebanyak 19 peratus menjadi 457,000 orang dari setahun ke setahun.
Bagi kawasan Selatan yang meliputi negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, Suria FM telah mencatatkan kenaikan jumlah pendengar sebanyak 61,000 orang menjadi 461,000 orang pada tahun ini.
Di samping itu, sehingga September 2013, laman web www.suriafm.com.my telah mencatatkan peningkatan sebanyak 52,513 orang apabila 151,441 orang telah melayarinya berbanding 98,928 orang pada Jun 2013.
Pendengar juga telah meluangkan masa selama 8 jam 52 minit untuk mendengarkan Suria FM dalam masa seminggu.
Segmen Suria Cinta, kendalian deejay Lin yang ke udara dari 10 malam hingga 2 pagi mencatatkan jumlah masa mendengar tertinggi di kalangan semua stesen radio berbahasa Malaysia iaitu sebanyak 3 jam 28 minit.

Rossa Impikan Lelaki Lebih Tinggi

Posted: 30 Oct 2013 04:39 AM PDT


Rossa
SEJAK bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 14 Julai 2009, penyanyi Datuk Rossa masih belum memiliki pengganti bekas suaminya itu.
Menurut laporan portal Kapanlagi, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani berkata, walaupun dia ada menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun dia masih belum menemui pasangan yang bersesuaian.
"Saya belum ada calon suami. Doakan saja ya. Hanya 'Yang Di Atas' saja tahu jodoh yang paling tepat buat kita. Yang penting orangnya baik. Indonesia atau Malaysia, mana-mana pun sama sahaja," katanya.
Tambah Rossa, dia berharap lelaki yang akan menjadi suaminya kelak mempunyai postur badan yang lebih tinggi daripadanya.
"Yang penting lelaki itu janganlah pendek lagi daripada saya tetapi perlu seagama dan mesra dengan keluarga masing-masing. Kriteria ini sama sahaja dengan keinginan wanita-wanita lain" selorohnya.
Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu belum meletakkan tempoh masa tertentu untuk berkahwin semula.

30 tahun lari secara mengundur

Posted: 30 Oct 2013 04:35 AM PDT

  • 30 tahun lari secara mengundurSudah 30 tahun lelaki ini berlari secara mengundur di Pulau Pinang. Gambar kecil: Md Kassim

GEORGETOWN - Jangan terkejut sekiranya ketika memandu anda tiba-tiba ternampak seorang lelaki berlari secara mengundur.

Ini kerana sudah 30 tahun lelaki dari Kampung Rawa itu berlari dengan teknik sedemikian.

Uniknya, Md Kassim Mydin yang berusia 62 tahun itu mengamalkan larian mengundur ketika berjoging setiap hari di sekitar kawasan pulau negeri ini.

Lebih menarik apabila pesara kerajaan itu mampu melintas jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan hanya dengan berlari secara mengundur.

Menurutnya, dia mula aktif berlari sejak usia muda lagi dan mula berlari menggunakan teknik berkenaan sejak awal usia 30an.

"Sebenarnya berlari secara normal dengan langkah ke hadapan sudah biasa dilihat, malah berjalan ke belakang juga pernah ada di Ipoh satu ketika dahulu, tapi untuk berlari secara mengundur memang saya tidak pernah jumpa lagi sesiapa yang boleh buat sedemikian di
sini.

"Pada saya terdapat kelebihan dengan melakukan larian sebegini iaitu saya dapat menguatkan otot tulang belakang, dan memang tidak dinafikan stamina yang kuat diperlukan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Md Kassim akan berlari sesudah Subuh dan kawasan tumpuannya termasuk di Jalan Scotland, Jalan Gottlieb, Kebun Bunga dan Taman Belia.

Menurutnya, walaupun sehingga usia 60 tahun dan masih kuat berlari, dia tidak pernah menyertai pertandingan larian.

"Di Pulau Pinang banyak aktiviti larian, tapi saya lebih selesa melakukannya bersendirian, lagipun nanti orang lari ke hadapan, hanya saya yang ke belakang," katanya.

Disebabkan minatnya, Md Kassim bukan hanya berlari mengundur semata-mata, namun sukakan cabaran berlari di jalan yang dipenuhi dengan kenderaan.

Ketika berkunjung ke Bandung Indonesia dan Bangi di Kuala Lumpur, dia turut berlari secara mengundur di jalan raya yang sesak di situ.

"Selain kepuasan, apa yang saya dapat ialah keyakinan kerana berani melakukan sesuatu yang lain daripada lain, apa pun saya yakin dengan kuasa ALLAH," katanya.

'Dah bayar tapi bil tertunggak'

Posted: 30 Oct 2013 04:30 AM PDT

  • 'Dah bayar tapi bil tertunggak'Ummi Natrah menunjukkan sebahagian resit yang dikeluarkan agen terbabit sebagai bukti mereka sudah membuat pembayaran melalui agen itu.

BANDAR BERA - Pengguna yang membuat pembayaran bil menerusi syarikat agen, di sini terkilan dengan perkhidmatan yang disediakan berikutan gagal melangsaikan bayaran mereka.

Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Ummi Natrah, 29, berkata, setiap bulan dia akan membuat pembayaran bil telefon tanpa menangguhkannya kerana bimbang bil tertunggak.

Menurutnya, sejak dua tahun lalu, masalah ini tidak pernah berlaku sehingga dia menerima penyata bil baru-baru ini, apabila tertera jumlah tunggakan sehingga dua bulan.

"Bil sudah dibayar atas nama suami saya melalui agen itu pada 23 September dan 18 Oktober lalu, tetapi dalam bil penyata yang baru jumlah itu masih tertunggak.

"Begitu juga dengan bil didaftarkan atas nama saya masih menunjukkan jumlah tertunggak dalam bil yang diterima baru-baru ini. Malah saya turut terima SMS daripada syarikat telekomunikasi berkenaan meminta membuat pembayaran segera," katanya.

Ummi Natrah berkata, ramai lagi pengguna lain turut mengalami masalah sama.

Katanya, setiap kali mahu menyelesaikan masalah ini dengan pemilik dan pengurus agen itu, kedai itu tutup sehingga menyukarkannya untuk mengetahui perkara sebenar.

"Saya ada hubungi pemilik tetapi diminta berhubung terus dengan pengurus. Malangnya pengurus itu tidak mahu bertanggungjawab dan menyerahkan perkara ini kepada pekerjanya untuk diselesaikan.

"Sedangkan pekerja terbabit pula sudah berhenti kerja. Difahamkan, pekerja itu sudah dua bulan berhenti kerana tidak mahu terlibat dengan masalah seperti ini," katanya.

Seorang lagi pengguna, Hizan berkata, hasrat mendaftar bil baru terbantut apabila dimaklumkan agen berkenaan bahawa dia masih mempunyai baki tertunggak sebanyak RM337.25 untuk talian yang sudah ditamatkan perkhidmatan pada 2011.

Katanya, dalam resit pembayaran bertarikh 13 Disember 2011, dia sudah menjelaskan bil terakhir akaun talian itu dan resit masih disimpan sehingga kini.

"Saya tidak faham kenapa syarikat agen itu tidak menjelaskan pembayaran sedangkan mereka dilantik secara sah.

"Dalam tempoh dua tahun ini memang tiada masalah, tetapi apabila perkara ini berlaku, ia benar-benar menyusahkan dan secara tidak langsung memburukkan rekod pembayaran," katanya.

Buat masa ini katanya, mereka yang teraniaya akan membuat laporan ke Persatuan Pengguna Daerah Bera untuk tindakan susulan dan hanya akan membuat laporan polis sekiranya pihak agen tidak melangsaikan semua bayaran yang dibayar.

Bubuh arak dalam masakan

Posted: 30 Oct 2013 04:26 AM PDT

  • Bubuh arak dalam masakanDua jenis arak yang dipercayai digunakan chef sebuah hotel di Jerantut.

KUANTAN - Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

"Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

"Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal," katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

"Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

"Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal.

Selidik dulu - Ramli M.S

Posted: 30 Oct 2013 04:21 AM PDT


AIM 20 yang bakal berlangsung pada 14 Disember ini tidak akan mencetuskan sebarang keputusan yang mengejutkan.


ISU memplagiat lagu bukanlah perkara baharu dalam industri muzik tempatan mahupun antarabangsa. Namun, baru-baru ini isu tersebut berbangkit semula apabila lagu Botingkek-tingkek nyanyian W.A.R.I.S feat Juzzthin yang pernah didakwa sebagai plagiat tercalon dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20).
Mengungkit kisah tentang lagu tersebut, ia didakwa meniru muzik dan lagu berjudul Racks On Racks nyanyian YC bersama Nelly, B.o.B., Trae The Truth, Yo Gotti, Cyhi Da Prynce, Dose & Ace Hood yang dihasilkan pada tahun 2011.
Malah, judulnya juga hampir menyamai lagu tersebut yang kelihatan seperti dialih bahasa.
Ketika sidang akhbar AIM 20 yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Ramli M.S, selaku ketua juri ditebak persoalan tentang penghakiman lagu dalam kategori yang menerima paling kurang penyertaan itu.
Mungkin lagu tersebut kedengaran hampir serupa jika didengar sambil lalu, bagaimanapun, ia akan diselidik secara teknikal mengikut undang-undang muzik dunia.
"Saya baru tahu mengenai perkara ini. Keputusan belum dikeluarkan dan ini baru tahap pencalonan. Saya akan selidik semula perkara ini. Jika ia melanggar peraturan iaitu lagu tersebut ditiru melebihi empat tiang muzik, maka lagu tersebut akan dikeluarkan.
"Saya akan berbincang kerana baru kini saya mendapat aduan tentang perkara ini. Jika aduan itu betul dan memang ada isu ciplak, kami akan menjalankan penjurian semula terhadap lagu tersebut," tegas Ramli yang memandang serius tentang perkara tersebut.

FORTEEN tercalon menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di dalam Lagu (berkumpulan) melalui lagu Kita.


Tambahnya tentang isu tersebut, dari segi teknikal, walaupun mungkin kurang satu tiang muzik, maka pihaknya tidak berhak mendakwa ia lagu ciplak.
Meskipun kedengaran agak sama dari segi muziknya, ia masih perlu dinilai sebanyak empat tiang muzik atau nada.
Selain itu, antara lagu lain yang didakwa diplagiat merupakan lagu nyanyian Amran Ismail yang berjudul Ini Janjiku. Lagu tersebut dikatakan meniru kumpulan K-Pop Indonesia iaitu Smash melalui lagu yang berjudul I Heart You.
Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Amran dengan mengatakan dia telah mendapat ilham lagu tersebut ketika terlibat dalam penggambaran drama.
Nasyid harus sederhana
Selain itu, ketika ditebak persoalan mengenai kumpulan nasyid yang mengungguli pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan), tutur Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim, kumpulan nasyid memenuhi kriteria yang ditetapkan.
"Ini kerana kriteria utama yang kami lihat dalam kategori tersebut ialah nyanyian dan vokal harmoni.
"Kami tidak boleh nafikan kumpulan nasyid memang memenuhi kriteria tersebut. Kami memang ada terima pencalonan kumpulan lain juga, namun, dari segi permarkahan lebih memihak kepada kumpulan nasyid," jelas Rosmin tentang perkara tersebut.
Namun, selaku ketua juri, Ramli sempat menyelitkan nasihat kepada kumpulan nasyid bahawa walaupun zaman mungkin berubah, irama dan konsep nasyid harus sederhana.
"Walaupun kini telah moden yang menggunakan peralatan bertali, namun, ia harus secara sederhana. Mereka tidak boleh memasukkan unsur muzik seperti rock kerana ia tidak sesuai.
"Ketika membuat penilaian, kami juga banyak berbincang. Akhirnya kami perlu akur kerana konsep muzik telah berubah mengikut peredaran zaman. Bagaimanapun, saya melihat nasyid itu merujuk kepada agama, maka ia harus sederhana," nasihat Ramli mengakhiri temu ramah.
AIM 20 dijadual berlangsung pada 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9 malam.


Fida tak kahwin Shah tahun lalu

Posted: 30 Oct 2013 04:20 AM PDT

FIDA menafikan dia telah berkahwin dengan pengurusnya sendiri iaitu Shah. Fida juga mohon pihak yang mendakwa dia berkahwin di Thailand, tampil dengan bukti pernikahannya.


SATU demi satu kontroversi menghimpit penyanyi dan juga pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida. Bermula dengan isu gambar tidak memakai tudung, isu percintaan, isu memakai bajut ketat dan juga lari dari set penggambaran telefilem Kampungku dan Aidiladha yang berlangsung di Kedah sekitar bulan September lalu.
Terkini, Fida sekali lagi terpalit kontroversi apabila didakwa mengikut jejak langkah pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkahwin secara senyap.
Fida didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Shah di Selatan Thailand tahun lalu. Namun dia cuba menyorokkan hakikat tersebut dengan mencipta isu percintaan dengan pelakon komedi Zalif Sidek.
Atas sebab itu juga, setiap kali muncul dalam majlis-majlis hiburan, Fida didapati mengenakan inai di kukunya. Alasan Fida mengenakan inai sejak setahun yang lalu ialah untuk menaikkan seri pada kukunya.
Tidak cukup dengan itu, Fida juga didakwa 'gila publisiti' kerana sering kali dilihat cuba menyertai program-program realiti seperti Akademi Fantasia 2013 dan terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2013.
Adakah benar semua dakwaan yang menghimpit pelakon filem Adik Manja The Return itu dan apakah motif di sebalik penyertaannya dalam semua program realiti popular?
Fida melanjutkan perbualannya bersama Kosmo! ketika ditemui pada majlis sidang akhbar memperkenalkan barisan pelawak yang menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Kosmo!: Adakah benar anda telah berkahwin secara senyap di Selatan Thailand dengan pengurus sendiri?
FIDA: Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya.
Bagaimana pula dengan dakwaan inai yang sering menghiasi jari?
Saya memang suka pakai inai sejak dulu lagi. Sebabnya, kita (orang Islam) tidak boleh pakai pewarna kuku, jadi saya pakai inai untuk cantikkan kuku.
Kenapa anda sering sahaja dihimpit kontroversi?
Di Malaysia, orang lebih suka mengetahui tentang kontroversi berbanding perkara lain. Ia juga sudah jadi perencah tambahan dalam kerjaya seorang pelakon atau penyanyi.
FIDA kini mencuba nasib untuk menjadi seorang pelawak apabila menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013.


Bagi anda, yang mana satukah kontroversi paling berat yang pernah dihadapi?
Paling teruk adalah isu saya lari dari set penggambaran di Kedah. Saya hadapi pelbagai fitnah sehingga terpaksa membuat dua laporan polis di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jika dia masih tidak berhenti memberi kenyataan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.
Apakah kesan daripada kontroversi yang sering melanda anda?
Sebenarnya saya terasa sangat apabila ramai rakan media yang cuba menjarakkan diri daripada saya sejak kes di Kedah itu. Saya juga risau dengan kata-kata orang terhadap ibu dan keluarga saya. Saya masih boleh menerimanya, tetapi bagaimana dengan keluarga saya?
Boleh beritahu kenapa anda sering menyertai program-program realiti seperti Akademi Fantasia 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013? Adakah anda gila publisiti?
Saya tidak gilakan publisiti. Cuma, saya suka cuba sesuatu benda yang baharu. Walaupun lawak bukan bidang saya, saya mahu mencabar diri.
Saya difahamkan, anda ada berjumpa dengan Mamat Sepah dan menyatakan hasrat untuk menyertai kumpulannya dalam Maharaja Lawak Mega, tetapi permintaan anda itu telah ditolak Mamat? Benarkah?
Jep Sepahtu sendiri yang beritahu saya, Mamat ada menyertai Maharaja Lawak Mega. Dia kata sesuai sangat kalau saya dan Mamat sama-sama bergandingan dalam program itu kerana kami sebelum ini pernah bersama, tetapi Mamat tolak kerana dia sudah mempunyai ahli sendiri. Bila difikir-fikir balik, elok juga sebab orang tidak akan fikir kembali kontroversi kami dahulu. Selepas itu, saya dipanggil oleh Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota untuk menyertai kumpulan mereka.
Adakah anda yakin pandai melawak?
Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam sebuah sitkom Warna Raya 2013. Dalam sitkom tersebut saya pegang watak isteri, jururawat dan juga orang Indonesia. Datuk Ali Mamak ada menonton sitkom tersebut dan tertarik lalu menjemput saya menyertai kumpulannya. Saya pun tidak tahu boleh buat lawak atau tidak, tetapi apabila orang sudah beri kepercayaan dan juga melalui pengalaman saya bergaul dengan pelawak-pelawak, ia boleh beri saya inspirasi untuk melawak.
Boleh kongsikan mengenai perkembangan aktiviti seni anda buat masa ini?
Selain menyertai Maharaja Lawak Mega 2013, saya juga akan mengeluarkan single terbaharu berjudul Rintihan Kalbu daripada komposer Manusia Putih.


Zizan kini usahawan burger

Posted: 30 Oct 2013 04:17 AM PDT


SEBAGAI seorang penggemar burger, Zizan seronok dengan bisnes baharunya membuka restoran Burgerbyte Grill & Soul di Damansara Perdana, Petaling Jaya,


SUDAH lama dia mengimpikan untuk memiliki perniagaan sendiri, namun ekoran daripada keterbatasan waktu menyebabkan dia menangguhkan impian tersebut.
Pada pertengahan tahun ini, impian penerima anugerah Artis Komedi Lelaki Popular, Razizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak itu akhirnya terlaksana.
Bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd. Rahim, mereka mengusahakan perniagaan restoran Burgerbyte Grill&Soul.
"Memandangkan saya sudah lama berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, tetapi tidak ada masa kerana sibuk dengan tugas, kini semuanya telah menjadi nyata dengan tertubuhnya bisnes burger ini," jelas Zizan ketika ditemui pada majlis pelancaran Burgerbyte di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu.
Bercerita tentang idea untuk membuka bisnes tersebut, Zizan memberitahu, Rostam mempunyai pengalaman mengusahakan restoran iaitu Tam's Place yang memudahkan mereka bekerjasama menggerakkan bisnes tersebut.
Walaubagaimanapun, kedua-duanya sepakat untuk tampil dengan konsep restoran yang berbeza daripada kebiasaan konsep masakan panas yang diusahakan kebanyakan premis.
Sewaktu sibuk mencari idea, mereka tertarik dengan cerita tentang kehebatan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul, Kuala Lumpur.
ZIZAN menunjukkan bakat menyediakan burger di restorannya.


Mengagumi hidangan Burgerbyte yang ringkas dan lazat termasuk konsep restorannya yang santai dan selesa, Zizan dan Rostam terpanggil untuk turut serta dengan membuka cawangan Burgerbyte atau menjadi francaisi kepada jenama produk Burgerbyte Sdn. Bhd.
"Saya memang seorang penggemar burger. Burger sudah sinonim dengan saya. Kerana itu saya memilih bisnes ini dan pada saya ia senang, mudah serta cepat. Apa yang penting, burger itu sedap", jelas Zizan.
Beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 1 pagi, restoran tersebut turut menawarkan 64 jenis menu daripada masakan Barat dan Asia.
Sementara itu, sebelum majlis pelancaran berlangsung, satu majlis tahlil bersama anak yatim telah diadakan bagi mendapat keberkatan.
Turut diadakan pertandingan makan burger bagi mengisi ruang sepanjang majlis berlangsung.
Dalam acara itu, seorang peminat telah berjaya mengalahkan sembilan peserta lain dan membolehkan dia membawa pulang hadiah telefon pintar Samsung Galaxy S3.


Jadi janda selepas tiga jam nikah

Posted: 30 Oct 2013 04:10 AM PDT

TINGGAL KENANGAN... Cincin perkahwinan yang diberikan oleh pengantin lelaki kepada Sasha.


BALIK PULAU – Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu.
Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau.
"Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu.
"Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga," ujarnya menahan sebak.


USM, USIM rangkul emas di London

Posted: 30 Oct 2013 04:07 AM PDT


MUSTAFA (tengah), bersama pelajar USIM( dari kiri), Mohammad Saifullah, Mohamad Wafi, Mohamed Sabri, Zulfawwaz, Mohamad Syafiq, dan Mohd. Akmal menunjukkan anugerah yang dimenangi di Nilai, Negeri Sembilan semalam.


GEORGE TOWN – Hasil penyelidikan empat pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila menggondol anugerah pada Pertunjukan Rekaan British di London baru-baru ini.
Kajian penyelesaian semula jadi mesra alam moringa oleifera seeds (MOS) oleh Meor Muhammad Hafiz Shah Budin dan Muhammad Razif Abd. Razak menggondol kemenangan berganda apabila menerima Anugerah Berlian dan Pingat Emas.
Penyelidikan menggunakan tumbuhan moringa oleifera atau nama tempatannya buah merungai berjaya menjimatkan kos operasi rawatan air bersih.


Kintan sambut hari jadi ke-105

Posted: 30 Oct 2013 04:06 AM PDT


SHAHRUL ZAMAN (depan, kanan) berbual dengan Kintan pada majlis sambutan hari kelahiran ke-105 lelaki itu di Dewan Batu 20, Bagan Datoh semalam.


BAGAN DATOH – Seorang lelaki yang dipercayai antara orang tertua di negara ini menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-105 bersama sembilan anak, 100 cucu dan 60 cicitnya di sini semalam.
Lelaki tersebut, Kintan Mat yang berasal dari Kampung Tebuk Haji Wahab, Batu 20, Bagan Pasir di sini turut diraikan oleh kira-kira 500 ahli keluarga lain dalam majlis tersebut yang diadakan di Dewan Batu 20.
Kintan yang dilahirkan pada tahun 1908 dan berkerusi roda menitiskan air mata melihat semua ahli keluarganya daripada tiga generasi dapat berkumpul bagi meraikan hari jadinya.


AS didakwa miliki fasiliti mengintip di KL

Posted: 30 Oct 2013 04:05 AM PDT

GAMBAR fail menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.


SYDNEY - Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mencuri dengar perbualan telefon dan memantau rangkaian komunikasi dengan menggunakan fasiliti pengintipan elektronik di kedutaan dan konsulat AS yang terdapat di Asia Timur dan Asia Tenggara, lapor akhbar Sydney Morning Herald semalam.
Pendedahan itu dibuat berdasarkan maklumat yang dibocorkan oleh bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA), Edrward Snowden yang juga warga AS.
Satu senarai peta rahsia turut mendedahkan 90 fasiliti tersebut yang terdapat di seluruh dunia termasuk kemudahan pengintipan komunikasi yang terdapat di Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Bertarikh 13 Ogos 2010, peta itu menunjukkan tiada fasiliti berkenaan di lokasi di Australia, New Zealand, Britain, Jepun dan Singapura yang merupakan sekutu rapat AS.
Australia mengetahui sepenuhnya berhubung pengintipan elektronik AS ke atas negara-negara rantau di Asia Tenggara dan rakan perniagaannya.
Negara itu juga telah mengakses sebahagian besar data yang dikumpulkan oleh AS.
Menurut peta itu yang disiarkan oleh majalah Jerman, Der Spiegel semalam, operasi pengintipan itu dilakukan secara bersama oleh Agensi Perisikan Pusat dan NSA menerusi unit yang dikenali sebagai Perkhidmatan Pengumpulan Khas (SCS).
Peta tersebut yang pada mulanya disiarkan secara penuh di laman web Der Spiegel tetapi kemudian diganti dengan versi yang ditapis telah menyenaraikan fasiliti SCS di 90 buah lokasi di seluruh dunia termasuk 74 premis dan 14 fasiliti yang dikawal dari jauh.
Ia juga memaparkan dua pusat sokongan teknikal SCS.
Peta tersebut mendedahkan AS memiliki fasiliti pengintipan komunikasi di Jakarta, Kuala Lumpur, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.
Kedutaan AS di Bangkok juga merangkumi pasukan sokongan teknikal dan digunakan untuk mengendalikan premis pengintipan di Konsulat AS di bandar Chiang Mai.
Di Asia Timur, usaha pengintipan AS tertumpu kepada China dengan fasiliti tersebut dibina di Kedutaan AS di Beijing dan Konsulat AS di Shanghai dan Chengdu.
Sebuah fasiliti serupa berada di pejabat diplomatik tidak rasmi AS di Taipei.
Peta itu mengesahkan bahawa operasi pengintipan komunikasi AS melangkaui ke seluruh dunia dengan fasiliti seumpamanya berada di bandar raya utama di setiap benua.
Terdapat lapan fasiliti itu di Asia Selatan termasuk di Kedutaan AS di New Delhi dan Islamabad.
Rantau Asia Barat dan Afrika Utara pula dilitupi oleh tidak kurang daripada 24 fasiliti pengintipan manakala rantau Sahara mempunyai sembilan fasiliti serupa.
Sebelum ini program pengintipan NSA, X-Keyscore telah dibocorkan oleh Snowden.
Program itu merupakan sistem komputer yang digunakan oleh NSA dan rakan perisikannya, FVEY bagi mencari dan menganalisis data internet di seluruh dunia.
Menurut dokumen yang disiarkan oleh akhbar Britain, Guardian, X-Keyscore membolehkan NSA memantau hampir segala aktiviti pengguna internet termasuk e-mel, enjin pencarian internet dan penggunaan laman sosial.
Beberapa sumber perisikan Australia mengesahkan kepada agensi media Fairfax baru-baru ini bahawa fasiliti itu digunakan untuk mengumpulkan maklumat risikan diplomatik, politik dan ekonomi selain keganasan serta keselamatan.
Operasi pengintipan di fasiliti-fasiliti tersebut berlaku di sebuah bilik bangunan kedutaan melibatkan perbuatan mencuri dengar mana-mana perbualan telefon yang disasarkan.


Model wanita bergambar dalam laut

Posted: 30 Oct 2013 04:04 AM PDT


Seorang penyelam membantu seorang wanita menyedut oksigen semasa dia menjadi model pada pertandingan bergambar di dalam laut di bandar Eilat, Israel.- REUTERS


EILAT, Israel - Sekumpulan jurugambar amatur dan profesional berhimpun di sebuah bandar peranginan tepi pantai di sini untuk menyertai pertandingan merakamkan gambar di dalam laut.
Lebih 80 jurugambar menyertai pertandingan tersebut yang diadakan pada 20 hingga 26 Oktober lalu dalam pelbagai kategori.
Beberapa model wanita turut menyelam dengan memakai pelbagai fesyen pakaian dan membuat aksi tanpa memakai tangki oksigen semasa gambar mereka dirakamkan.
Dasar laut di bandar ini mengandungi bangkai sebuah kapal perang yang karam pada kedalaman 18.28 meter.
Kos untuk merakamkan gambar di dalam laut dengan menggunakan kamera kalis air boleh mencecah sehingga AS$40,000 (RM125,821).
Hadiah utama imej terbaik yang dirakamkan pada pertandingan itu telah dimenangi oleh Mark Fuller dari Israel yang merakamkan gambar seekor ikan lut sinar.
Dia memenangi wang tunai sebanyak AS$10,000 (RM31,455).


China pamer armada kapal selam nuklear

Posted: 30 Oct 2013 04:03 AM PDT


GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan barisan anggota tentera laut berdiri di atas badan sebuah kapal selam berkuasa nuklear milik tentera laut China di sebuah lokasi yang tidak didedahkan.


BEIJING - China mempamerkan armada kapal selam nuklearnya, lapor media pemerintah negara berkenaan semalam.
Media pemerintah melaporkan langkah tersebut penting untuk membuktikan bahawa China berupaya melancarkan serangan ketika ketegangan serantau semakin memuncak.
Menurut akhbar Global Times, kapal selam berkuasa nuklear China yang pertama dilancarkan pada tahun 1970-an.
"China memiliki keupayaan melancarkan serangan nuklear sekunder," menurut akhbar berkenaan di laman editorialnya semalam.
"Sebahagian negara tidak menimbang faktor ini dengan serius apabila menggubal dasar mereka mengenai China," tambahnya.
Laporan media itu memberi tumpuan pada kapal selam nuklear lama iaitu kelas Xia berbanding armada kelas Jin yang lebih baharu.
Kapal selam nuklear pertama China ditamatkan perkhidmatannya baru-baru ini selepas beroperasi lebih 40 tahun.
Pameran kuasa ketenteraan itu dibuat ketika hubungan negara itu dengan Jepun semakin dingin berhubung tuntutan bertindih Kepulauan Senkaku yang dituntut oleh China.
Beijing menggelarkan gugusan pulau itu sebagai Diaoyu.


Cacat penglihatan bukan halangan

Posted: 30 Oct 2013 03:59 AM PDT



HIDUP dalam kegelapan dengan membayangkan warna-warna kehidupan tentunya bukan suatu yang mudah bagi individu yang cacat penglihatan.
Namun bagi Tokoh Membaca Istimewa, Norhashimah Hashim, 49, ia merupakan cabaran yang perlu diatasi sejak lahir.
Sungguhpun mempunyai tahap penglihatan terhad, sejak kecil lagi guru pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik di Alor Setar, Kedah ini menjadikan buku sebagai sahabatnya.
Jika kanak-kanak normal lain ketika itu leka bermain dengan kawan-kawan seusia, bagi beliau tiada barang mainan yang lebih mengasyikkan selain buku.
"Saya lebih banyak terdedah dengan bahan bacaan. Ia mungkin disebabkan sejak berumur enam tahun telah tinggal di asrama bersama abang saya, Zahari, yang juga cacat penglihatan.
"Kami telah dihantar ke Sekolah Rendah Pendidikan Khas St. Nicholas, Pulau Pinang memandangkan tidak banyak sekolah pendidikan khas yang wujud berhampiran kediaman kami pada ketika itu," katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.
Anak kelahiran Simpang Empat, Alor Setar yang tinggal di asrama sehingga berumur 12 tahun itu berkata, di sekolah tersebut para pelajar didedahkan kepentingan perpustakaan dan dari situl timbul minatnya untuk membaca.
"Lebih seronok apabila terdapat bahan bacaan berbentuk Braille yang memudahkan kami memahami jalan cerita buku yang dibaca," katanya tersenyum.
Norhashimah kemudiannya menyambung pelajaran ke peringkat menengah di SMK Sultanah Asma di Alor Setar, Kedah sebelum bertukar ke Sekolah Kolej Sultan Abdul Hamid ketika berusia 15 tahun.
"Apabila masuk ke sekolah menengah, cabarannya berbeza kerana terpaksa bersaing dengan pelajar-pelajar normal terutamanya dalam aspek pelajaran.
"Di sini bahan-bahan bacaan untuk pelajar cacat penglihatan adalah terhad berbanding buku-buku biasa," ujarnya.

NOVEL Lambaian Kinabalu pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 2001.


Rakan-rakan
Masalah kekurangan bahan bacaan dan rujukan masih dirasai ketika Norhashimah melangkah kaki ke Universiti Malaya (UM). Keadaan itu telah memaksa beliau meminta bantuan rakan-rakan untuk membacakan buku ketika mengulangkaji pelajaran.
"Masa itu belum ada teknologi seperti sekarang iaitu alat bantuan bacaan menerusi audio yang memudahkan kami untuk mendengar isi kandungan buku-buku rujukan. Kehadiran rakan-rakan banyak membantu sepanjang pengajian saya di sana.
"Sewaktu di universiti saya juga menghadapi kesukaran untuk menghafal jalan ke kelas kerana jalan yang dibawa oleh rakan-rakan sentiasa berbeza," maklumnya.
Sungguhpun demikian, segala kesukaran yang dihadapi pemegang Ijazah Sastera dan Sains Sosial UM itu tidak dijadikan sebagai satu bebanan, malah beliau menganggap semua itu sebagai cabaran yang perlu diatasi untuk berjaya.
Norhashimah, yang menjadikan ilmu sebagai tunjang dalam kehidupannya, kemudian menyambung pengajian peringkat kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI) di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
"Setelah tamat pengajian, saya terus dapat tawaran untuk mengajar di SMK Tunku Abdul Malik sehingga sekarang," katanya sambil berkongsi pengalaman sebagai telefonis selama tiga tahun di sebuah syarikat swasta ketika menjadi ahli Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia pada tahun 1995.
Menariknya, dalam kesibukan menjalani kehidupan harian, wanita ini tidak pernah lekang daripada buku.
Bidang penulisan
Berkongsi pengalaman penglibatan dalam bidang penulisan, anak kedua daripada lapan beradik ini memberitahu, sebelum menyertai Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (Asasi) pada tahun 1988, beliau telah menulis skrip drama dan cerpen untuk dihantar ke stesen-stesen radio.
"Saya terlibat di bidang penulisan setelah tamat pengajian di UM. Ketika itu saya sering terfikir apakah yang patut dibuat bagi mengisi masa terluang," ujarnya.

SMK Tunku Abdul Malik (kiri) dan Universiti Malaya merupakan antara lokasi yang membentuk karakter Norhashimah agar terus berjaya dalam kehidupan.


Meminati hasil karya penulis, Ramlee Awang Murshid, Norhashimah memberitahu, sejak di peringkat awal lagi beliau akan mengambil inisiatif dengan menyertai bengkel-bengkel dan seminar berkaitan bagi memantapkan lagi kemahiran penulisannya.
Segala usaha yang disemai telah membuahkan hasil apabila novel sulungnya yang berjudul Masih Ada Sinar diterbitkan pada tahun 1993. Ini diikuti oleh Sebuah Pelayaran yang juga pernah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan penulisan anjuran Asasi.
"Jika terbitan pertama telah membuatkan saya teruja, apatah lagi ketika novel kedua yang mendapat anugerah. Ia terus membakar semangat saya untuk menghasilkan karya-karya yang menarik dan berkualiti," katanya.
Lebih menggembirakan apabila novel Sebuah Pelayaran turut diadaptasikan sebagai sebuah drama yang disiarkan di sebuah stesen televisyen tempatan.
Kini, Norhashimah telah berjaya menghasilkan lebih 20 cerpen dan 10 buah novel. Novel lain yang ditulis oleh beliau berjudul Hadiah Yang Tidak Ternilai, Antara Mak dan Nama, Lambaian Hijrah, Melewati Siang Meniti Malam, Lambaian Kinabalu dan Hujan Emas Di Negeri Orang.
Beliau memberitahu, novel Melewati Siang Meniti Malam itu diterbitkan pada tahun 1995 di bawah siri tamu istimewa Kumpulan Utusan yang merupakan kumpulan novel hasil nukilan penulis-penulis cacat penglihatan tempatan.
"Sebagai draf awal penulisan, saya menggunakan bahasa Braille melalui sebuah mesin khas dan kemudian akan menggunakan mesin taip untuk menaip semua draf sebelum dihantar kepada penerbit.
"Dengan teknologi yang semakin moden hari ini, saya boleh menggunakan komputer riba dengan perisian khas untuk menghasilkan karya. Proses ini jauh lebih pantas berbanding kaedah sebelum," ujarnya.
Mengimbau kenangan ketika dinobatkan sebagai Tokoh Membaca Istimewa pada Jun lalu oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Norhashimah berasa terharu dengan pengiktirafan yang diberikan.
"Sungguhpun telah dimaklumkan mengenai anugerah tersebut, namun saya tidak percaya terutamanya apabila mereka mengatakan pengiktirafan itu agak sama seperti yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

NORHASHIMAH menggunakan komputer riba dengan perisian khas untuk menghasilkan karyanya.


"Bila anugerah ini diterima, saya rasa amat bersyukur dan gembira. Saya berharap ia dapat menyuntik semangat rakan-rakan yang senasib untuk berjaya sungguhpun kemampuan kami terbatas," katanya.
Selain Tun Dr. Mahathir, PNM sebelum ini telah melantik dua tokoh sebagai Ikon Membaca Kebangsaan iaitu Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan pelakon antarabangsa kelahiran tempatan, Tan Sri Michelle Yeoh.
Selain menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar, Norhashimah turut menjadi guru perantara kepada para pelajar pendidikan khas di SMK Tunku Abdul Malik dengan guru-guru di sekolah berkenaan.
Beliau akan menaip semula bahan-bahan mengajar dan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru itu dalam teks khas untuk diberikan kepada para pelajarnya yang kini berada di tingkatan empat, lima dan enam sekolah itu.
Bagi dirinya, pelajaran anak didiknya merupakan fokus utama dalam memastikan mereka berjaya.
Ketika ditanya mengenai prinsip kehidupannya, Norhashimah menjawab, cekal dengan segala halangan hidup yang dihadapi dan berusaha untuk mencapai segala hajat.
"Cacat penglihatan tidak membuatkan saya serba kekurangan, malah saya sentiasa bersyukur dengan setiap anugerah yang dikurniakan Ilahi," katanya menamatkan bicara.


Pencarian bakat Nan Grow 3 Super kids

Posted: 30 Oct 2013 03:57 AM PDT

SELEBRITI terkenal, Adibah bertindak sebagai pegawai pencari bakat peraduan Nestle Nan Grow 3 Super kids.


ANAK merupakan anugerah Allah paling bermakna buat pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. Hakikatnya, kehadiran cahaya mata dalam kehidupan suami isteri mampu mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka.
Melihat anak-anak membesar dengan cergas dan sihat di hadapan mata, sudah pasti menjadi detik yang membahagiakan buat golongan ibu bapa.
Malah, pada zaman teknologi yang serba canggih ini, setiap momen istimewa bersama insan-insan tersayang mudah dirakam sebagai kenangan masa hadapan.
Apatah lagi jika si cilik bijak bergaya di hadapan kamera atau mempunyai keletah tersendiri yang penuh menghiburkan.
Bagi mereka yang mempunyai anak berjiwa seni, rajin ke dapur atau gemarkan cabaran, inilah masanya untuk anda berkongsi bakat si comel bersama jenama susu tepung formula terkemuka, Nestle Nan Grow 3.
Ini kerana bermula 1 Oktober lalu, satu program pencarian bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids telah dilancarkan di seluruh negara.
Buat pertama kali, ibu bapa yang mempunyai anak-anak berumur di antara tiga hingga enam tahun berpeluang untuk menghantar penyertaan si kecil mereka secara dalam talian, sekali gus merebut enam hadiah istimewa yang ditawarkan.
AKSI chef kecil ketika di dapur mungkin membawa tuah pada anak anda.


Apa yang penting, penyertaan tersebut mampu memberi pengalaman berharga buat si kecil dalam meniti kehidupan.
Melalui peraduan Nestle Nan Grow 3 Super kids ini, semua pemenang bertuah berpeluang untuk melalui sendiri pelbagai pengalaman yang menakjubkan. Peraduan ini menawarkan enam tempat untuk Super kids atau kanak-kanak super yang gemarkan cabaran, berkeyakinan dan penuh tekad.
"Kami percaya bahawa usus yang sihat adalah asas yang penting buat sistem imun yang kuat. Dengan pemakanan yang betul dan khasiat yang mencukupi, setiap Super kids mampu memenuhi potensi mereka.
"Peraduan ini menjadi bukti bahawa si kecil akan peluang untuk mengembangkan minat mereka dan berfikir tanpa sempadan tanpa mengira usia mereka" kata Pengurus Perniagaan Negara, Nutrisi Ibu dan Bayi Nestle Malaysia, Chandan Ghosh.
Sepanjang peraduan ini, selebriti terkenal tanah air, Adibah Noor bertindak sebagai pegawai pencari bakat Nestle Nan Grow 3 Super kids. Adibah akan turun padang bersama para pemenang bertuah untuk mencari yang terbaik dalam kalangan terbaik.
Oleh itu, jangan ketinggalan menyaksikan video pencarian bakat Super kids bersama Adibah di laman sosial Facebook dan sertai keriangan bersama-sama peserta yang lain.
Sekiranya si kecil anda gemar mengembara, minat seni atau suka membantu ibu di dapur, layari www.facebook/FirstSolidFoods dan klik pautan Nan Grow 3 Super kids. Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Oktober 2013.


Mudah dengan set Pphali-Pphali

Posted: 30 Oct 2013 03:56 AM PDT

PENGENALAN dua set bawa pulang Pphali-Pphali memudahkan pengguna menikmatinya pada bila-bila masa dan lokasi.


DUBU-DUBU, rangkaian restoran yang terkenal dengan sajian asli Korea, baru-baru ini melancarkan set bawa pulang makanan Pphali-Pphali yang khusus bagi mereka yang kesuntukan masa untuk mencari sesuatu hidangan yang lengkap tanpa berkompromi tentang rasa.
Pphali-Pphali, bermaksud 'cepat-cepat' dalam bahasa Korea, adalah sajian makanan lazat, berkhasiat dan lengkap.
Pengarah Eksekutif CR Dubu Malaysia, Wong Kah Yong berkata, ketika ini terdapat dua set bawa pulang makanan Pphali-Pphali yang ditawarkan kepada para pelanggan Dubu Dubu.
Katanya, set yang pertama iaitu Korean Spicy Wings, yang didatangkan dengan dua ketul kepak ayam dan dua ketul drumet bersalut sos lazat, kimchi (sayur jeruk Korea), satu hidangan sampingan dan nasi istimewa Dubu-Dubu yang ditawarkan pada harga RM14.90.
"Set kedua ialah Honey Garlic Bulgogi yang didatangkan dengan pilihan daging lembu atau ayam panggang, kimchi, telur goreng dan nasi istimewa Dubu-Dubu yang dijual pada harga RM16.90," katanya pada majlis pelancaran set Pphali-Pphali di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Kah Yong, pihaknya yakin kedua-dua menu terbaharu Dubu-Dubu itu akan mendapat sambutan menggalakkan ekoran maklum balas pelanggan yang positif setakat ini.
"Biarpun ada yang baru mencuba untuk kali pertama, namun mereka menyukainya kerana makanan disediakan segar, di samping rasanya yang lazat.
"Apa yang lebih penting, dengan set bawa pulang Pphali-Pphali ini mereka berpeluang menikmati sajian asli Korea pada harga yang berpatutan, pada bila-bila masa dan di mana sahaja," ujarnya.
Jelasnya, pihaknya amat menitikberatkan kualiti sesebuah hidangan termasuk pemilihan bahan-bahan yang segar dan asli bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.
"Di Dubu-Dubu kami sentiasa memastikan bahan penting untuk sajian asli Korea seperti tofu, pes kacang, cili dan bawang putih dengan gabungan daging dan sayuran segar untuk menyediakan sajian asli, lazat dan sukar dilupakan," katanya.
Rangkaian restoran Dubu-Dubu kini mempunyai lima cawangan di ibu negara iaitu di Mid Valley, One Utama, Berjaya Times Square, Centro Mall dan Sunway Pyramid.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines