Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Fara Fauzana & Neelofa Rasai Keindahan Pulau Maldives
- Pergi ke Eropah bersama kekasih
- Pengacara 3R beri inspirasi baharu
- Kumpulan Radio The Star Ditaja Kereta Ford Ranger
- Pelakon 80-an Noreen Noor Meninggal Dunia
- Kahwin rahsia: Apa kata selebriti?
- 'Tolong hentikan!'
- Aida mohon semua pihak bersabar
- Iqram Dinzly impi tamat zaman bujang
- Tiada istilah ‘paksa’
- Balada Pecinta: Titik pertemuan Johan & Saleha
- Peniaga terima wang palsu
- Hairi pilih Fara bukan kerana nafsu
- Cabaran komedi Liga Lawak Superstar
- Amar pulih dalam tempoh 3 bulan
- Nyaris dihempap batu lima tan
- Keistimewaan pulut periuk kera
- Kafe tema tandas pertama di AS dibuka
- Bantu tubuh sihat, ramping
- Cegah kemalangan di taman permainan
- Dulu kaki bola, kini penggubah bunga
- Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden
- Imej santai tetapi berkeyakinan
- Cabaran spontan menanti finalis
- Tesco realisasikan impian pelanggan
Fara Fauzana & Neelofa Rasai Keindahan Pulau Maldives Posted: 22 Oct 2013 05:07 AM PDT MALE ATOLL SELATAN (MALDIVES): Pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa buat pertama kalinya merasai peluang bercuti bersama di sebuah pulau eksklusif di Maldives di sini selama lima hari bermula 18 Oktober lalu. Fara dan Neelofa mendapat peluang itu sebagai memenuhi undangan syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X yang memperkenalkan destinasi terbaharu mereka di pulau berkenaan sejak 28 September lalu. Kedua-dua artis tersebut turut menikmati layanan lima bintang di Holiday Inn Resort, Kandooma di sini yang terletak kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot dari ibu negara pulau berkenaan iaitu Male. Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia benar-benar terpesona dengan keindahan pulau tersebut terutama sekali apabila melihat kejernihan air laut serta pasir pantai yang putih. Katanya, keunikan pulau berkenaan amat berbeza berbanding beberapa pulau peranginan lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini. "Saya benar-benar terpesona dengan keindahan air laut di Maldives ini. Saya seorang yang gemarkan aktiviti pantai dan apabila diberi peluang untuk berada di pulau tercantik ini, ia satu pengalaman yang benar-benar luar biasa," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di sini pada Isnin. Fara berkata, sebagai seorang selebriti dan juga penyampai radio yang sentiasa sibuk, peluang merehatkan fikiran di sebuah pulau yang jarang sekali dapat dikunjungi adalah satu pengalaman cukup bermakna. Fara berkata, sepanjang lima hari percutiannya, dia mampu melupakan segala masalah dan menghilangkan tekanan pejabat ditambah pula minatnya terhadap laut dan juga pantai. "Saya seorang yang meminati panorama lautan serta pantai dan aktiviti ini benar-benar membuatkan saya menjadi lebih tenang," ujarnya. Ujar Fara, sepanjang berada di pulau ini, dia diberi peluang memancing pada waktu malam, 'snorkling' serta melakukan aktiviti-aktiviti pantai. Malah ujarnya, peluang bercuti itu juga digunakan untuk berehat sepenuhnya selepas dia diarahkan bercuti oleh doktor kira-kira dua minggu bermula 9 Oktober lalu akibat masalah suara yang dialaminya. Sementara itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, pula berkata Maldives merupakan salah satu pulau tercantik yang menjadi cita-citanya untuk bercuti sejak sekian lama. Ujar Neelofa, selepas diberi peluang menyertai percutian berkenaan oleh AirAsia X, dia dapat melihat satu pemandangan yang benar-benar berbeza berbanding pualu-pulau lain yang pernah dikunjunginya sebelum ini. "Saya pernah bercuti ke Bali (Indonesia), Phuket, Krabi dan Koh Samui (Thailand) dan kali ini ke destinasi yang agak jauh iaitu Maldives. Saya dapat melihat pulau ini amat cantik. Sebab itulah pulau ini sentiasa menjadi perhatian bagi mereka yang meminati aktiviti laut serta destinasi berbulan madu kerana suasananya juga romantik," katanya. Neelofa memberitahu, dia juga berpeluang menyertai aktiviti selam skuba, serta pakej tajaan seperti menancing serta tinggal di sebuah vila atas air yang tinggi kosnya. Apa yang lebih menarik kata Neelofa, tidak sukar baginya untuk berada di pulau ini kerana majoriti penduduknya adalah Muslim yang tentunya tidak mempunyai masalah bagi mendapatkan makanan halal. "Makanan halal adalah salah satu perkara penting ketika kita bercuti dan Alhamdulillah… Maldives merupakan sebuah negara Islam dan mudah bagi kita yang beragama Islam untuk bercuti," kata Neelofa. Lebih menarik jelas Neelofa dia dapat melihat ikan-ikan yang berbeza saiz dan rupa bentuknya selain berpeluang memberi makan kepada beberapa ikan jerung. Dalam pada itu Ketua Bahagian Pemasaran AirAsia X, Mohd Fairuz Abdul Majid berkata, syarikat penerbangan itu membuka laluan sebanyak empat kali seminggu ke destinasi berkenaan iaitu pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad. Ujarnya, selepas diperkenalkan pada 28 September lalu, sambutan diterima pihaknya agak luar biasa khususnya bagi mereka yang meminati aktiviti-aktiviti pantai. "Kami yakin, destinasi baru ini akan mendapat sambutan ramai kerana Maldives merupakan sebuah pulau yang menjadi kegilaan ramai selain pulau-pulau di Thailand dan Indonesia," ujarnya. Menurut Fairuz, apa yang menjadi masalah apabila orang ramai sering menganggap kos yaag tinggi diperlukan untuk bercuti ke pulau ini sedangkan banyak hotel bajet boleh ditempah serendah RM150 bagi satu malam. Justeru katanya, pihak AirAsia X akan terus mempergiatkan promosi untuk mempopularkan destinasi pelacongan terbaharu ini dalam rangkaian penerbangan jauh syarikat itu. | |||
Pergi ke Eropah bersama kekasih Posted: 22 Oct 2013 05:06 AM PDT
KETIKA ini kewujudan laman- laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter menjadi medan kepada artis untuk berkongsi dengan peminat mengenai aktiviti seharian yang dilakukan. Sewaktu menatap laman Instagram milik pelakon Nazim Othman, terdapat beberapa keping gambar bersama kekasihnya, Bella Dally. Menariknya, lokasi gambar berkenaan adalah di luar negara. Secara kebetulan pula Kosmo! telah mengaturkan sesi fotografi bersama Bella baru-baru ini. Lantas, perkara tersebut terus ditanya kepada diri Bella sendiri berkenaan gambar-gambar berkenaan supaya tidak timbul seba- rang keraguan. "Ya, saya mengaku ada pergi ke Eropah dengan Nazim tetapi bukan kami berdua sahaja. Sebaliknya, ia turut disertai oleh beberapa rakan pelakon yang lain seperti Nabila Huda dan Elfira Loy pada Ogos lalu. "Sebenarnya Nazim ke Eropah bertujuan untuk menjalani penggambaran telemovie dan drama bersiri arahan Erma Fatima, namun saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran dan sekadar mahu bercuti sahaja," akui pelakon berusia 22 tahun itu. Ketika ditanya tentang tujuannya mengikuti kekasih hatinya itu ke Eropah, sedangkan dia langsung tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, pemilik nama sebenar Nabilah Ali Dally itu menjelaskan bahawa semuanya bermula daripada ajakan Erma. Menurut Bella, pengarah berkenaan pernah menyuruh Nazim supaya bertanya sama ada saya ingin turut serta pergi ke Eropah. Kemudian perkara tersebut terus disampaikan pula kepadanya. "Sebenarnya saya sudah lama ingin bercuti ke Eropah tetapi masa selalu tidak mengizinkan. Kami pergi sekitar bulan Ogos lalu dan secara kebetulan pula jadual lakonan saya tidak padat. "Saya memberi persetujuan untuk ikut semata-mata kerana menghormati ajakan daripada kak Erma. Kalau tidak, sudah tentu saya tidak turut serta kerana tidak mahu ganggu kerja orang lain," ujarnya yang mempunyai hubungan baik dengan Erma sejak menyertai program Pilih Kasih 1 dahulu. Menurutnya, sepanjang berada di Eropah, dia ditemani oleh adik Erma iaitu Betty dan sempat pergi ke beberapa buah negara seperti Jerman, Austria, Switzerland, Itali dan Belanda selama dua minggu. Ketika diminta mengulas mengenai hubungan yang terjalin dengan Nazim, pelakon kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu meminta seboleh-bolehnya perkara tersebut tidak terlampau didedahkan kepada umum. Alasan Bella, dia enggan sekiranya kisah cintanya itu lebih diberi perhatian berbanding kerjaya lakonannya. Pada masa sama, dia bukanlah jenis yang suka bercerita mengenai cinta, termasuk kepada ahli keluarga- nya sendiri. "Bagi saya, kisah cinta itu adalah milik peribadi sendiri dan tidak perlu terlampau didedahkan kepada umum. Biarlah setakat orang tahu yang kami ini sedang bercinta, selebihnya biarlah tidak diceritakan. "Selain itu, kami sepakat untuk elak daripada menjalani sesi fotografi berdua tetapi kalau digandingkan dalam lakonan, kami tidak kisah kerana ia berkaitan kerja dan rezeki," ujarnya yang belum pernah berkesempatan bergandingan dengan Nazim sejak mereka bercinta pada tahun lalu. Masih selektif Pembabitan awal Bella Dally dalam dunia lakonan selepas menyertai program Pilih Kasih 1, dia banyak diberikan peranan sebagai watak antagonis dalam drama bersiri atau telemovie. Sehinggakan anak kepada pasangan Weana Quadra dan Ali Abdul Wahid Daly itu pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan lagi membawa watak sedemikian dengan alasan ia mengundang rasa kurang senang kedua ibu bapanya yang selama ini menyokong pembabitannya dalam bidang seni. "Biasanya sebelum menerima sesuatu tawaran saya akan baca skrip yang diberikan terlebih dahulu. Kalau merasakan watak yang diberikan kurang sesuai dan tidak memenuhi keinginan, saya akan berterus terang. "Mungkin ada yang berpanda- ngan bahawa agak kurang wajar kalau saya terus bersikap selektif tetapi saya masih berasa selesa dengan keadaan sekarang ini. "Paling penting saya perlu menjaga hati ibu bapa supaya tidak membawakan watak yang melampau," jelasnya. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk bergelar seorang anak seni, Bella memberitahu, sokongan daripada ibunya yang menyuruh dia mencuba nasib menyertai program Pilih Kasih 1 merupakan pembuka jalan buat dirinya. Menurut anak bongsu daripada dua orang adik-beradik itu, mengambil langkah untuk berhijrah ke Kuala Lumpur seawal usia 18 tahun untuk mengembangkan kerjaya lakonan dilihat sebagai satu langkah yang tepat. "Pada mulanya saya tidak ambil serius sangat, tetapi lama- kelamaan minat terhadap dunia lakonan semakin menebal dan saya sukakan kerjaya ini kerana ia cukup fleksibel. "Namun begitu, saya juga perlu membalas kepercayaan yang diberikan oleh keluarga apabila mereka membenarkan saya aktif dalam bidang lakonan. Itu yang membuatkan saya perlu bersikap sebegini, namun yakin kerjaya saya akan tetap berkembang," ujarnya. Masalah pertuturan Walaupun sudah empat tahun menetap di Kuala Lumpur bersama abangnya yang bekerja sebagai seorang peguam, Bella dilihat masih lagi kurang fasih untuk bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. Jelas pelakon berdarah kacukan Pakistan/Melayu (bapa) dan Filipina/ Eurasian (ibu) itu, masalah pertuturan sememangnya menjadi cabaran paling besar buat dirinya ketika mula-mula berkecimpung dalam bidang lakonan. "Selalunya kalau berada di rumah saya dan ahli keluarga lain akan bertutur dalam bahasa Inggeris atau Melayu Sabah. Itu yang menyebabkan saya agak sukar bertutur dalam bahasa Melayu biasa. "Keadaan memang agak teruk ketika saya mula-mula berlakon dahulu, tetapi saya anggap ia suatu cabaran yang besar. "Bagaimanapun, masalah tersebut akhirnya dapat diatasi dengan baik hasil pertolongan rakan-rakan artis lain," jelasnya. Menurut Bella, satu lagi punca dia masih lagi kurang fasih berbahasa Melayu dengan baik kerana kekerapannya pulang ke kampung halamannya setiap kali selesai menjalani sesebuah penggambaran. "Apabila pulang ke kampung halaman saya akan selalu terikut-ikut dengan gaya pertuturan di rumah, meskipun sudah kembali ke Kuala Lumpur. "Memang perkara sebegini kelihatan agak remeh tetapi saya tetap berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada," ujarnya. | |||
Pengacara 3R beri inspirasi baharu Posted: 22 Oct 2013 05:05 AM PDT
Penampilan musim baharu akhirnya memperkenalkan tiga hos iaitu Nurhidayah Abu Bakar atau Dayah, Amirah Azmi dan Yvonne Lee yang dipilih melalui program realiti Projek 3R. Pengurus Besar, Kumpulan Jenama, TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri, berkata, tiga pengacara ini dipilih daripada program realiti Projek 3R, yang memaparkan persaingan 12 finalis menghadapi pelbagai cabaran dan latihan sebelum bergelar sebagai pengacara 3R. "Penonton yang menyaksikan rancangan musim baru 3R ini, akan lebih proaktif dalam memberi respons kepada isu yang 3R ketengahkan oleh mereka, selain melibatkan diri dalam perbincangan di laman sosial 3R. "Selain itu, pelbagai isu semasa berkenaan wanita yang lebih segar dan relevan akan dikupas dan dikongsi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya golongan remaja," katanya. Tambahnya lagi, dia yakin dengan semangat baru yang diberikan oleh mereka bertiga, 3R dapat menepati cita rasa dan kehendak golongan muda pada zaman yang kian moden ini. Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif Bersama, Red Communication, Lina Tan berkata, dia yakin dengan semangat yang ada dalam tiga pengacara baharu ini mampu memberi kelainan dan tarikan kepada penonton. "Saya juga melihat mereka bertiga mempunyai keserasian dalam mengendalikan tugasan yang diberikan oleh Projek 3R. "Walaupun masih baru, ketiga mereka menunjukkan komitmen yang tinggi dalam bidang ini," katanya. Dayah teruja Bagi Dayah, 24, dia begitu teruja apabila terpilih bagi mengacarakan program realiti Projek 3R. Menurut Dayah, pengalaman mengendalikan rancangan Hijabista sebelum ini memberi sedikit sebanyak ilmu sebagai pengacara. "Alhamdulillah, saya bersyukur apabila dipilih menjadi sebahagian daripada 3R, terasa seperti bermimpi tapi ini telah terbukti dengan apa yang diingini Insya-ALLAH mimpi akan menjadi realiti," katanya. Dalam pada itu, berkongsi mengenai karier selain pengacara, Dayah memberitahu, dia juga memiliki rangkaian fesyen online sendiri iaitu FashionCents. "Saya memang terlalu meminati pelbagai jenis fesyen, atas sebab itu juga saya menceburi bidang fesyen secara online agar ia dapat dikongsi bersama. "Bukan itu saya saya juga gemar menulis lirik lagu, bagi saya dalam kehidupan kita ini, kita perlu mempelajari pelbagai ilmu," katanya. Impian sejak kecil Sementara, bagi Amirah, 22, peluang yang diberikan untuk mengendalikan program itu tidak akan disia-siakan. "Ini adalah impian saya sejak kecil dan saya membesar dengan program tersebut jadi saya tidak akan sia-sia peluang yang diberikan ini. "Walaupun belajar dalam bidang perakaunan yang berlainan dalam pengacara, tapi saya yakin dengan keazaman yang kuat saya mampu mengorak langkah untuk lakukan yang terbaik dalam bidang ini," katanya. Tambah Amirah lagi, dia merupakan seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak dan mencuba dengan cabaran yang baru. "Saya rasa bertuah apabila dipilih menjadi pengacara 3R kepada program yang disayangi ramai. "Inspirasi saya sebagai hos 3R generasi baru ini, adalah untuk menarik perhatian gadis remaja zaman ini kerana dunia yang kita harungi setiap hari sentiasa memberi cabaran secara mengejut dan adakala kita tidak sedia menghadapinya," katanya. Yvonne terima kritikan Yvonne Lee, yang belajar dalam jurusan komunikasi media memberitahu, walaupun masih baharu dalam bidang ini, namun dia tidak menafikan akan menerima kritikan daripada penonton. "Walaupun masih baharu, saya tidak menolak kemungkinan ada yang suka ataupun tidak, tapi bagi saya ia bukan halangan untuk kami melakukan yang terbaik bagi mengacarakan program ini. "Kami juga akan jadikan setiap kritikan yang diterima sebagai motivasi hidup ini untuk terus melakukan yang terbaik," katanya. | |||
Kumpulan Radio The Star Ditaja Kereta Ford Ranger Posted: 22 Oct 2013 05:03 AM PDT PETALING JAYA: Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM dan 988 telah menerima tajaan sebuah kereta jenis Ford Ranger (setiap radio) oleh syarikat Sime Darby Auto Connexion. Timbalan Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Radio Star, Kudsia Kahar berkata, Ford Ranger akan digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi ketiga-tiga radio berkenaan dan ia akan dipanggil sebagai 'Street Cruiser'. "Sebelum ini, Ford Ranger hanya digunakan untuk radio 988 dan selepas melihat prestasi Suria FM dan Red FM yang semakin meningkat naik, pihak Sime Darby dengan senang hati menaja kenderaan ini buat kedua-dua radio tersebut. "Setiap radio akan mempunyai panggilan kenderaan masing-masing iaitu Suria Ford Wheels dan Red Ford Ryders dan kontrak tajaan akan diikat selama setahun," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online. Tambah Kudsia, dia percaya, memiliki kenderaan baharu yang lebih selesa itu dapat memperkuatkan lagi jenama radio masing-masing terutamanya daripada segi promosi. "Bukan hanya memiliki kereta yang besar, malah pelekat yang memaparkan radio masing-masing boleh dilihat sangat jelas walaupun daripada pandangan jauh. "Saya percaya, cara ini sedikit sebanyak dapat menaik taraf kualiti jenama radio kami selain meningkatkan lagi jumlah pendengar," ujarnya. Penyampai radio Suria FM terdiri daripada Halim Othman, Adibah Noor, Reza Mohamed, Seri Nazira, Bob Ringgo, DJ Lin, Wan Ajaib dan Naim Tahak. Bagi Red FM pula, barisan penyampainya ialah JJ, Lil Kev, Papi Zak, Kavin Jay, Mynn Lee manakala penyampai 988 antaranya ialah Mike dan Cassey. | |||
Pelakon 80-an Noreen Noor Meninggal Dunia Posted: 22 Oct 2013 05:02 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor. Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang. "Pada mulanya saya tidak percaya arwah telah tiada tetapi berita tersebut telah disahkan sendiri oleh rakan baiknya iaitu Shiba," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa. Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor. Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini. "Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya. Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu. Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talakpada tahun 1980. Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa danPelumba Malam. Allahyarham meninggalkan dua orang anak. Sementara itu, beberapa rakan artis turut melahirkan rasa terkejut mereka dengan pemergian mengejut Allayharyam Noreen Noor. Masing-masing menyampaikan ucapan takziah di laman twitter mereka. Antaranya ialah: Adibah@Adibah Noor: Walaupun arwah tiada ikatan darah daging dgn saya, namun arwah tetap menjadi bintang pujaan hati. Al-fatihah Noreen Noor Liza Abdullah@Liza_Abdullah: Salam,Al-Fatihah,Insan Seni Noreen Noor telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi,semoga rohnya dicucuri rahmat& ditempatkan dalam kalangan org yang beriman Juliza@JulizaAdzlizan: Innalillah.... 'My singer friend Noreen Noor just passed away this morning due to kidney & heart…' Catriona Ross@Catriona_Ross: Al-Fatihah buat Noreen Noor.Sekali lagi, peringatan tentang mati. | |||
Kahwin rahsia: Apa kata selebriti? Posted: 22 Oct 2013 04:59 AM PDT Namun, tidak semua selebriti memilih untuk berkongsi hari bahagianya dengan peminat dan media, sebaliknya lebih selesa mengadakan perkahwinan secara tertutup dan majlis hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Antara artis Hollywood yang memilih untuk merahsiakan majlis perkahwinan atau mengadakan secara tertutup adalah Justin Timberlake-Jessica Biel, Blake Lively-Ryan Reynolds, Adele, Kate Winslet-Ned RocknRoll, dan ramai lagi. Manakala artis tempatan yang memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka adalah Ashraf Muslim (perkahwinan kedua), Abby Abadi (perkahwinan kedua) Bront Palarae dan terbaru, Wawa Zainal dan Aeril Zafril. Ada antara selebriti berpendapat, soal perkahwinan adalah hal peribadi yang perlu dirahsiakan tetapi ada pula berpendapat, artis adalah hak milik masyarakat, maka segala perkara perlu dikongsi bersama. Justeru Zass mengambil pandangan beberapa selebriti mengenai isu yang diperkatakan mari kita lihat apa kata mereka. "Saya rasa tiada sebab untuk seseorang itu menyembunyikan perkahwinan mereka, mungkin ada sebab tertentu setiap pasangan melakukan sedemikian. Siapa yang tidak inginkan perkahwinan yang berlangsung secara meriah. Tapi dalam hal ini jika perkahwinan itu sah dari segi agama Islam kenapa perlu takut. Saya tidak rasa selebriti tersebut gembira dengan apa yang dilakukan mereka tapi sebagai insan biasa kita hanya perlu mendoakan yang terbaik untuk mereka." - Jehan Miskin "Semua orang mempunyai alasan tersendiri tidak tahu sebab berlakunya perkara sedemikian, mungkin halangan dari keluarga atau kehendak individu itu sendiri. Tetapi dari segi moral sebenarnya jangan sembunyikan perkara yang baik, walaupun pelbagai alasan yang diberikan lambat laun akan diketahui juga. Bila kita sembunyikan perkara sebegini ini akan menjadi satu penipuan banyak pihak akan sakit hati, jangan jadikan perkara ini khuatir pasal populariti berkurangan rasanya tidak sesuai, kerana apa yang boleh saya kongsi apabila berkahwin ALLAH SWT akan murahkan rezeki seseorang itu." - Kamal Adli "Pada pendapat saya, mungkin ada alasan atas sebab apa pasangan tersebut melakukan begitu, bagi saya ia terpulang kepada individu tersebut untuk memberitahu apa tidak, mungkin itu adalah rahsia peribadi mereka yang tidak boleh dikongsi bersama peminat. Dalam perkara ini juga kita perlu pandang pada sudut positif asalkan mereka telah bernikah dengan cara yang baik. ikut pada agama hindari dari berlakunya maksiat." -Bienda "Setiap pasangan pastinya menginginkan kehidupan bahagia dengan mendirikan rumah tangga begitu juga bagi selebriti, mungkin apa yang kita dapat lihat pasangan yang cuba sembunyikan tersebut mereka mempunyai alasan tersendiri melakukan sedemikian, bukan bermaksud untuk melukakan hati sesiapa tapi mungkin itu adalah soal peribadi mereka. Bagi saya kita hanya insan biasa jangan mudah melontarkan kritikan kepada mereka tanpa mengetahui perkara yang sebenar." - Raja Farah "Pada pandangan saya dalam Islam sebuah perkahwinan itu sepatutnya di uar-uarkan. Tujuan majlis kenduri adalah supaya belum menimbulkan fitnah, akan tetapi sembunyikan perkahwinan boleh dilakukan asalkan mempunyai alasan yang sewajarnya. Tapi apa yang boleh saya kongsian perkara tersebut sepatutnya tidak patut berlaku, tambahan pula selebriti sering menjadi perhatian masyarakat mahupun peminat." - Fizo Omar "Kita tidak tahu alasan kenapa mereka melakukan begitu, kita juga tidak perlu tahu kenapa pasangan tersebut melakukan sedemikian. Saya akui, sepatutnya perlu diberitahu kepada umum atas sebab mengelakkan fitnah. Tapi ia bergantung kepada hak masing-masing yang penting pasangan ini tidak melakukan kesalahan yang berlandaskan hukum Islam." - Siti Nordiana | |||
Posted: 22 Oct 2013 04:58 AM PDT Biarpun mengakui sudah bernikah dan mempunyai seorang anak bernama Ahmad Fakharuddin Attar, yang kini berusia dua bulan, isu perkahwinan mereka bagai belum berakhir. Terbaru, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dikatakan akan memanggil Aeril dan Wawa selepas mereka mengaku bernikah dua kali apabila pernikahan kali pertama tidak disusuli dengan dokumen nikah yang sah. Mereka membuat keputusan untuk menikah kali kedua pada 4 Februari tahun ini di sebuah masjid yang terletak di Petaling Jaya. "Kalau boleh saya tidak mahu komen mengenai isu ini (dipanggil Jais). Apatah lagi ia melibatkan badan agama dan difahamkan kes dalam siasatan. "Jadi, saya tak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, bimbang nanti disalah erti dan saya balik yang akan dipersalahkan," ujar Aeril kepada Zass. Menurut Aeril, selepas berita perkahwinannya terbongkar, sudah banyak beban yang terpaksa dipikul dan isu tersebut bagai belum lagi berhenti. "Bila saya beri kenyataan, orang jadikan ia sebagai bahan untuk balas balik. Contoh macam kenyataan Wawa mengenai pemakaian tudung sebelum ini. "Jadi tak gunalah saya bersuara kerana ia bukan meredakan keadaan, tetapi membuatkan keadaan lagi bertambah buruk. "Cuma apa yang saya harapkan isu ini akan reda dalam masa yang singkat. Saya bukannya ditangkap basah. Saya hanya berkahwin dan merahsiakan perkahwinan saya. Salah ke saya mahu mendirikan rumah tangga?" katanya dalam nada kesal. Aeril berkata, dia percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dia bersyukur karier seninya tidak terjejas dengan kontroversi ini. "Alhamdulillah, karier saya masih berjalan seperti biasa, tawaran masih ada seperti biasa. Macam saya cakap tadi, saya bukannya terlibat dengan kes yang tidak elok. "Saya percaya, apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya dan saya akan harunginya dengan tabah," ujarnya. Ditembak mengenai isu kontrak yang kini menjadi perdebatan antara David Teo dan Zed Zaidi, Aeril menjelaskan : "Saya adalah ahli Seniman, bila terlibat dengan masalah seperti ini, salah ke saya merujuk kepada ketua saya?," katanya yang enggan mengulas lanjut sama ada Wawa akan berjumpa dengan David dalam masa terdekat ini atau tidak. | |||
Aida mohon semua pihak bersabar Posted: 22 Oct 2013 04:57 AM PDT Kini, timbul pula cerita baru mengatakan Adi menggunakan seorang individu berpengaruh untuk menggugurkan kes tersebut daripada siasatan. Oleh kerana tiada bukti lanjut mengenai perkara tersebut, Zass mendapatkan isteri Adi, Aida Yusof setelah gagal menghubungi aktor terbabit. "Saya baru sahaja mengetahui perkara tersebut (dakwaan Adi menggunakan individu berpengaruh) hari ini (semalam) kerana tidak membeli akhbar Ahad lalu. "Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan. "Namun, ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan," jelasnya. Aida berkata, dia tidak mengetahui perkembangan kes berkenaan dan info terakhir yang diketahuinya pihak forensik telah selesai melakukan siasatan. "Saya tahu perkara itu dari akhbar dan perkara lain saya tidak dimaklumkan. Tetapi sebaik sahaja kami memperoleh keputusan siasatan, Adi akan mengeluarkan kenyataan akhbar seperti yang dijanjikan," katanya. Ditebak mengenai niat sesetengah pihak yang barangkali cuba memanaskan kes itu, Aida berkata, dia tidak mahu bersangka buruk dan amat menghormati tugas wartawan dan juga polis. | |||
Iqram Dinzly impi tamat zaman bujang Posted: 22 Oct 2013 04:53 AM PDT Berumur 32 tahun merupakan anak kelahiran Perak Darul Ridzuan, dilahirkan pada 29 September 1981. Menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Iqram Dinzly mula menjadi perhatian dan hangat diperkatakan sejak mengacarakan rancangan Jalan-jalan Cari Makan (JJCM), Gemar bercinta dengan wanita berusia dengan menganggap mereka lebih memahami. Suka memasak. Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Fouziah Gous. Iqram dan Fasha Sandha pernah 'berperang' di laman sosial Twitter kerana Fasha tidak berpuas hati dengan Iqram. Mengakui kesal kerana tidak berkahwin pada usia muda. Impian ingin menjadi jutawan yang berilmu dan beriman. | |||
Posted: 22 Oct 2013 04:52 AM PDT Isu ini mula menjadi perhatian ekoran kisah pernikahan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel, dilakukan secara rahsia demi menghormati kontrak bersama syarikat produksi. Walaupun Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG), tampil mendedahkan kontrak yang ditandatangani Wawa, namun Presiden Seniman tetap bertegas dengan pendiriannya. Tetap menggesa MIG agar memansuhkan isi kandungan kontrak di klausa 4.3, Zed turut bertegas untuk membawa perkara ini ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Menurut Zed, undang-undang seperti itu tidak perlu disertakan dalam kontrak kerana ianya boleh mengundang perkara yang sama berulang sekali gus mencabul hak asasi manusia. Selain itu, Zed juga turut merancang untuk membawa perkara ini dalam mesyuarat bersama Persatuan Gabungan Karyawan Malaysia (Gafim) apabila dia mendakwa kontrak yang dibuat lebih memihak kepada golongan penerbit dan produksi manakala artis pula terus dimanipulasikan. Bagaimanapun, tindakan Zed itu mendapat reaksi dari beberapa penggiat seni yang juga pemilik produksi tempatan. Menurut pemilik syarikat produksi terkenal, KRU Studio, Edry Abdul Halim, menyifatkan kontrak yang dibuat adalah perjanjian dan persetujuan dua belah pihak. Katanya, apa jua isi kontrak itu, ia bergantung kepada produksi tersebut yang merupakan 'pelabur' dan pengeluar modal. "Konsepnya sama seperti urusan pinjaman bank. Adakah pemiutang itu yang perlu menetapkan isi perjanjian? "Semuanya bergantung kepada produksi kerana syarikat yang keluarkan modal untuk artis. Perkara sebegini tidak perlu ditimbulkan kerana artis tidak dipaksa untuk menandatangani kontrak. "Jika mereka tidak setuju, mereka tidak perlu tandatangan. Kalau bawa ke muka pengadilan sekalipun, mereka tidak boleh mempertikaikan isi kontrak kerana ia adalah persetujuan bersama," katanya yang mengakui campur tangan banyak pihak boleh menimbulkan kerumitan. Tambah Edry, walaupun 99 peratus kontrak berpihak kepada syarikat, artis baru tidak boleh bertindak sedemikian setelah berjaya mencipta nama. "Saya sarankan, sebelum tandatangan kontrak, rujuk dahulu kepada mereka yang berpengalaman. Jangan terus tandatangan sahaja. "Mereka perlu membaca kesemua isi kandungan agar tidak berlaku masalah di kemudian hari seperti ini. "Sebaiknya, artis baru itu jangan tandatangan kontrak dalam jangka masa yang panjang. Tandatangan untuk setahun dahulu, jika serasi dengan produksi itu, mereka boleh sambung dan sambung lagi," katanya yang enggan mendedahkan kontrak syarikatnya. Pun begitu, Edry memberitahu dalam kontrak KRU Studio, soal disiplin dan tingkah laku artis juga turut diambil kira dan perlu dipatuhi dalam kontrak. Itu hak penerbit: Ahmad Idham " Apa jua isi kontrak itu, ia adalah hak penerbit!," tegas pemilik syarikat produksi Excellent Pictures Sdn Bhd, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung isu kontrak ini. Menurut Idham, sepanjang tempoh bekerjasama dengan artis dalam industri, dia tidak pernah merasakan kontrak yang dibuat bersifat berat sebelah. "Tak ada kontrak yang tak adil. Walaupun tak semua penerbit menyediakan kontrak yang selaras, namun ianya lebih kurang sama. "Pun begitu, kontrak bukanlah Al-Quran yang tidak boleh diubah. Sekiranya artis itu tidak bersetuju dengan kontrak yang ada, mereka boleh berbincang mengenai perkara itu. "Artis juga kena baca dan fahami isi kandungan kontrak. Mereka boleh tandatangan kontrak itu asalkan ia tidak melanggar hak asasi manusia," katanya . Tak larang hubungan: Datin Zaiton Mohd Jiwa Menurut pemilik syarikat produksi, Global Station, Datin Zaiton Mohd Jiwa, dia tidak pernah memaksa golongan artis menandatangani kontrak yang dibuat. Katanya, sebelum menandatangani kontrak, Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Ton ini memberitahu artis perlu mengkaji dan selidik isi kontrak terlebih dahulu. "Kak Ton tak pernah paksa artis bersetuju dengan kontrak yang disediakan. Sekiranya ada terma yang tidak dipersetujui, kita boleh berbincang. "Sekiranya perkara itu boleh diubah, Kak Ton akan pertimbangkan. Namun, dalam kontrak Kak Ton, tak ada larangan dalam perhubungan setiap artis. "Lagipun, Kak Ton tak pernah terfikir nak masukkan perkara sebegini dalam kontrak. Pun begitu, setiap produksi berlainan cara dan kontrak juga berbeza," katanya yang berkali-kali berpesan kepada artis baru agar membaca dan memahami isi kontrak terlebih dahulu. Tambah Kak Ton, sepanjang berada dalam industri, dia telah melalui perkara yang melibatkan disiplin artis. "Kalau boleh, Kak Ton cuba untuk elak daripada memikirkan disiplin artis dan artis bermasalah. "Ia boleh mengganggu perjalanan produksi dan tak bagus untuk 'teamwork'," katanya. | |||
Balada Pecinta: Titik pertemuan Johan & Saleha Posted: 22 Oct 2013 04:18 AM PDT
Namun baru sahaja membenih rasa cinta di hati, Saleha terpaksa memilih untuk berpisah kerana cinta itu tidak mendapat restu keluarganya. Bagaimanapun semua itu bukan benar-benar terjadi sebaliknya ia adalah sebahagian dari perjalanan cerita mereka dalam filem Balada Pencinta. Menurut Saleha, biarpun pertama kali digandingkan dalam filem arahan Khir Rahman itu, namun dia cukup selesa dengan karakter Johan yang banyak membantunya. "Biarpun pertama kali digandingkan dengan Johan, tetap tidak susah buat saya mencari keserasian apatah lagi sebelum memulakan penggambaran, kami akan melakukan sesi latihan terlebih dahulu untuk mendapatkan keserasian itu. "Johan juga banyak memberi dan memberikan komitmen penuh terhadap wataknya sebagai Amir. Dia juga pelakon yang sangat disiplin, tenang dan tidak buat hal sendiri di lokasi. Jadi saya amat selesa apabila digandingkan dengan dia," ujar Saleha ketika ditemui selepas tayangan Balada Pencinta di Cathay Cinneplex, e@Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini. Saleha berkata, dia membawakan watak sebagai Saleha yang sudah kematian bekas kekasih yang mempunyai wajah dan perangai sama seperti Johan. Namun dia sudah ditunangkan dengan pilihan keluarga dan sering dikongkong keluarganya yang juga orang berada. "Pertama kali bekerja dengan abang Khir memberikan pengalaman yang cukup manis buat saya. Abang Khir banyak membantu dan memberi kebebasan, bagaimana cara saya mahu sampaikan watak Aisyah. "Cuma Aisyah banyak bermain dengan emosi kerana dia sering dikongkong keluarga terutama ibunya dan Alhamdulillah saya dapat menghayati perwatakan Aisyah," katanya. Sementara itu, Johan berkata, dia amat mengagumi bakat lakonan Saleha kerana gadis berwajah Pan Asia itu sangat pandai menghayati wataknya. "Ini merupakan filem pertama gandingan dengan Saleha tetapi selepas itu saya digandingkan dengan Saleha dalam filem TUjuh. Pada pengamatan saya, Saleha cukup pandai menghayati wataknya dan saya sendiri nampak kelainan antara wataknya dalam filem ini dan filem Tujuh. "Dalam filem ini kami ada menjayakan beberapa babak bercinta, tetapi ada batasnya kerana dalam filem ini Saleha memakai tudung. Tapi tidak susah untuk kami lakukan, apatah lagi sebelum masuk ke set, kami akan berbincang terlebih dahulu apa yang akan kami buat untuk babak seterusnya," katanya. Selain Johan dan Saleha antara barisan pelakon lain yang turut menjayakan filem terbitan Grand Brilliance adalah Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein. Balada Pencinta akan ditayangkan mulai 24 Oktober ini. Beli gitar kerana Amir Bercerita lebih lanjut mengenai wataknya dalam filem ini, Johan berkata kerana mahu mendalami wataknya sebagai Amir (seorang busker jalanan, yang pernah melalui zaman gelap sebagai salah seorang ahli kumpulan gangster), dia sanggup mencari gitar yang sudah berusia 10 tahun. "Memandangkan Amir di dalam filem ini digambarkan tidak mempunyai apa-apa selain gitar yang sudah berusia 10 tahun yang di pinjam dari kawannya untuk memulakan hidup baru, maka saya mencari sebuah gitar yang sudah berusia 10 tahun untuk dijadikan sebagai prop saya di dalam filem ini. "Alhamdulillah mungkin kerana rezeki, saya jumpa gitar akustik itu di Melaka dan saya terus beli dengan harga RM2000. Gitar itu saya gunakan dalam filem ini dan saya simpan sebagai kenangan. "Biarpun dalam filem ini saya membawakan watak seorang busker, tetapi saya tidak menyanyi kerana saya rasa suara abang Khir lebih sedap dan biarlah dia sahaja yang menyanyi. Jadi saya hanya bermain gitar dan berlakon sahaja kerana bukan senang untuk berlakon sambil bermain gitar," jelasnya. Shila istimewa? Tidak lengkap andai tidak berbicara mengenai penyanyi Shila Amzah apabila bertemu Johan kini, namun pelakon yang semakin terkenal berusia 26 tahun ini menegaskan dia hanya berkawan rapat dengan Shila. "Jujur, saya dengan Shila memang kami rapat. Hanya kawan rapat. Sebelum ini pun saya tak pernah meletak janji pada mana-mana wanita dan saya juga bukan kaki perempuan. Saya pun tak pernah mengaku bercinta dengan mana-mana perempuan sebelum ini. "Kalau boleh, saya nak jujur dengan semua orang. Bila ada spekulasi yang timbul tentang kami, saya rasa syukur sebab ramai yang nak ambil tahu tentang kami. Saya bersyukur dapat kenal Shila. Dia cantik dan baik," katanya. Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya yang meletakkan sasaran untuk bertunang sebelum penghujung tahun ni, Johan berkata buat masa ini belum ada sebarang persiapan untuk proses tersebut dan hanya mampu menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir. "Kita hanya mampu merancang. Saya dah cuba sedaya upaya untuk meletakkan azam untuk bertunang pada penghujung tahun ini. Tapi jika jodoh itu belum sampai, saya terima," jelasnya. Saleha mahu lebih versatil Selepas itu, kehadiran gadis berusia 23 tahun ini dalam drama atau filem hanya bersandarkan watak lemah lembut atau gadis yang baik. Mengakui dia mengimpikan untuk melakonkan banyak watak, ujar adik kepada Sam Bunkface ini dia sebenarnya mahu menjadi pelakon yang versatil. "Saya memang mahukan kelainan dalam setiap watak yang saya bawakan kerana ingin menjadi pelakon yang versatil sekali gus mampu mempelbagaikan watak dalam drama atau filem yang dilakonkan. "Sehingga kini saya masih berasa tidak puas dan mahu memberikan mutu lakonan yang terbaik bagi mengembangkan lagi bakat seni yang ada," katanya. Dalam perkembangan lain, Saleha berkata, dia baru sahaja selesai menjalani dua telefilem iaitu Cerita Sebenar Mengenai Bibah dan Dari Sinar Mata yang akan ditayangkan di TV9. Selain itu, filem-filem lakonannya seperti Mamak Cupcake, Aku Abang Long Rajawali akan ditayangkan tahun depan. | |||
Posted: 22 Oct 2013 04:13 AM PDT
Pengusaha lemang Mat Keroncong, Fauzi Abdul Rahman, 46 berkata, dia menyedari wang itu palsu ketika membayar harga makanan di sebuah restoran di sini kelmarin. Menurutnya, pekerja restoran terbabit curiga dengan wang tersebut lalu meminta dia membayar dengan wang lain. "Mujurlah saya ada wang lain ketika itu dan membayar segala harga makanan yang dipesan," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Dia berkata, kerana menggunakan wang palsu tanpa disedari itu dia nyaris dituduh menipu dan melanggar undang-undang. "Mujurlah peniaga itu faham kerana sebagai peniaga ramai yang 'terkena' dengan wang palsu ini," katanya. Fauzi berkata, dia percaya wang itu diterima ketika berniaga lemang di gerainya di Simpang Tanjung Pasir, Jalan Sungai Lembing sempena sambutan Hari Raya Aidiladha lepas. "Masa itu ramai pelanggan yang singgah membeli jadi saya dan isteri tidak sempat meneliti setiap wang yang dibayar. "Mungkin dalam ramai-ramai itu ada yang mengambil kesempatan menggunakan wang palsu untuk membeli lemang bagi 'menghalalkan' wang baki yang diterima. "Kemungkinan juga pelanggan itu pun tidak menyedari wang itu palsu jadi saya anggap semua ini bukan rezeki," katanya. Dia berkata, sejak menjalankan perniagaan lemang di gerainya, itulah kali pertama dia menerima wang palsu. "Memang susah untuk mengenal pasti sama ada wang itu tulen atau palsu jika tidak diteliti namun bagi yang tahu ada beberapa ciri yang mudah untuk dicamkan," katanya. Fauzi berkata, sepanjang berniaga lemang, jarang pelanggan membayar dengan not RM100 selalunya not RM10 hingga RM50. "Saya terpanggil untuk mendedahkan perkara ini supaya semua peniaga lebih berhati-hati bagi mengelak perkara seperti ini terus berulang. "RM100 cukup besar bagi peniaga kecil jadi amat malang jika hasil titik peluh untuk menyara keluarga dibayar sesetengah individu tidak bertanggung jawab dengan wang palsu," katanya. | |||
Hairi pilih Fara bukan kerana nafsu Posted: 22 Oct 2013 04:11 AM PDT JUARA program realiti Anak Wayang, Mohd Hairi Safwan Aznan atau Hairi mengaku menyukai Fara Afiza Azman yang kini tunangannya kerana wanita itu bukan dilihat dari sudut nafsu lelakinya. Berkenalan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu, Hairi juga mendedahkan, tunangnya yang merupakan anak kepada editor majalah Kuntum, Asma Saad itu juga pada mulanya tidak mengenalinya sebagai seorang pelakon. Ikuti temu bual Hairi bersama Kosmo! selanjutnya ketika ditemui baru-baru ini. Selain itu, Hairi juga menjelaskan tentang gosip yang tersebar baru-baru ini yang mengatakan ada seorang pelakon menaruh perasaan dengki terhadapnya. KOSMO!: Tahniah atas pertunangan anda. Bilakah tarikh majlis perkahwinan anda akan berlangsung? HAIRI: Insya-Allah kami akan berkahwin pada awal Mac tahun depan. Boleh terangkan mengenai pengakuan anda yang mengatakan Fara yang kini tunang anda bukan dilihat dari sudut nafsu? (Ketawa). Saya mula kenal dengan dia (Fara) pada bulan Disember tahun lepas. Ketika itu, dia dan rakan-rakannya dari maktab perguruan menonton teater lakonan saya iaitu Nyonya Cantik. Selepas teater tersebut tamat, saya terlihat seorang wanita yang mengenakan pakaian seksi tetapi hati saya tidak terpikat walaupun wanita itu cantik. Namun, selepas itu saya terpandang pula seorang wanita iaitu Fara. Dia cukup berbeza. Bertudung dan sopan. Secara tiba-tiba hati saya terpikat. Selepas saya memperoleh nombor telefonnya, saya terus bertanya sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki. Bila dia beritahu tiada, saya terus memintanya menganggap diri saya teman lelakinya. Ketika itu juga baru dia beritahu yang sebelum ini dia tidak langsung mengenali saya sebagai pelakon sehingga melihat saya berlakon dalam teater tersebut. Berkenalan dalam tempoh yang singkat dan kemudiannya bertunang, adakah anda yakin dengan pilihan ini? Insya-Allah saya yakin. Dialah calon isteri yang tepat telah diberikan Allah untuk saya. Beralih pada soalan lain, baru-baru ini ada gosip mengatakan anda menjadi mangsa kepada seorang pelakon yang menaruh perasaan hasad dengki terhadap anda? Siapakah pelakon tersebut dan adakah gosip ini benar? (Terkejut). Mana ada sesiapa yang dengki dengan saya. Jadi gosip tersebut tidak benarlah? Tidak. Tiada sesiapa pun yang dengki dengan saya. Nanti orang cakap saya poyo pula. Siapalah yang nak dengki dengan saya. Selain berlakon anda juga berani menyertai pertandingan komedi Liga Lawak Superstar, malah bergandingan dengan pelawak terkenal, Bell Ngasri. Adakah anda yakin mempunyai sisi lawak pada diri anda? Saya tidak cakap saya pelawak. Banyak lagi ilmu yang saya kena belajar. Apa yang penting, saya sering berbincang dengan ahli kumpulan saya iaitu Bell Ngasri dan Idzham Ismail untuk memberikan yang terbaik. Selepas memenangi program Anak Wayang pada tahun 2009, bagaimanakah anda melihat momentum anda dalam bidang lakonan? Saya masih lagi belajar untuk berlakon. Saya juga sentiasa meminta tunjuk ajar daripada pelakon-pelakon senior seperti Eman Manan, Fauziah Nawi dan Kaza. Alhamdulillah, mereka tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Saya kena sentiasa memperbaiki mutu lakonan, sebabnya penonton sentiasa tengok dan menilai lakonan kita. | |||
Cabaran komedi Liga Lawak Superstar Posted: 22 Oct 2013 04:10 AM PDT
SEKALI lagi penerbit Afdlin Shauki menjadi pencetus kepada program baharu lawak yang berjaya menyuntik pembaharuan dan kesegaran dalam mewarnai industri komedi tempatan. Dia yang menjadi orang penting di sebalik kejayaan Super Spontan, kali ini telah membawa kepada penonton program Liga Lawak Superstar (LLS). Program ini tidak mempertaruhkan golongan pelawak, sebaliknya ia disertai oleh 16 pelakon drama yang ditayangkan di TV3. Malah, nama mereka juga tidak asing dalam dunia lakonan. Mereka termasuklah Kamal Adli, Nad Zainal, Iqram Dinzly, Didie Alias, Sheera Iskandar, Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Shafiq Kyle, Akim Ahmad dan Sherry Ibrahim. Bagaimanapun, persembahan pembukaan rancangan LLS yang berlangsung pada malam Ahad lepas boleh dikatakan tidak menjadi kerana ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penonton yang masih kabur terhadap konsep program tersebut. Persembahan itu menjadi hambar disebabkan lawak yang terlalu klise, tidak difahami dan kebanyakan peserta tidak dapat menghasilkan lawak secara spontan. Pembukaan LLS minggu pertama yang telah dipersembahkan oleh Kumpulan A terdiri daripada Derhaka Seorang Cinderella (Amyza Adnan, Hamdan, dan Aman Nassin), Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail dan Hairi Safwan), Apa kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli dan Fizz Fairuz) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek dan Syafiq Kyle). Mereka akan bersaing bagi mendapat markah mingguan yang tertinggi. Markah itu pula akan dikumpul bagi melayakkan kumpulan yang tertinggi untuk ke peringkat final. Berkonsepkan pemarkahan seperti program realiti Mentor, kumpulan dengan markah tertinggi Kumpulan A akan bertemu dengan markah tertinggi Kumpulan B di lantai akhir LLS untuk menentukan juara. Jelas Ulas Afdlin: "Memang benar banyak reaksi yang timbul untuk minggu pertama ini, dan kerana itulah penonton perlu mengikuti persembahan mingguan untuk mendapat gambaran yang jelas bagi rancangan ini. "Mereka secara perlahan-lahan akan memahami konsep program ini dan tertarik dengan elemen baharu yang selalunya hanya ditampilkan di pentas teater. Rancangan ini sangat mudah dan sekadar untuk berseronok sahaja." Tambah Afdlin, LLS adalah sebuah rancangan berkonsepkan game show yang mana setiap kumpulan harus menyelesaikan tugasan yang diberi secara spontan dan cuba untuk membuat peningkatan dalam persembahan komedi masing-masing. Namun, ia sangat baharu bagi peserta-peserta yang dipilih. Mereka yang kebanyakannya tidak semula jadi bersifat lawak seakan sukar untuk membawa sketsa yang diberikan. Hanya beberapa peserta sahaja yang berjaya mencuri tumpuan penonton pada malam tersebut antaranya Fizz Fairuz, Kamal Adli, Didie Alias dan Bell Ngasri. Kesemua peserta juga dilihat berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan lawak tersebut. "Ini adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh kesemua peserta kerana mereka perlu menjadi pelawak, sedangkan kita lihat sebelum ini mereka sering membawa watak serius dalam drama lakonan masing-masing," ulas Afdlin lagi. Katanya, ia masih awal untuk membuat penilaian kerana ini adalah persembahan pertama dan pengenalan bagi rancangan ini. "Kami akan menjadikannya lebih baik dan menyeronokkan tetapi paling penting adalah aksi peserta itu nanti. "Kita tidak boleh menjangka apa akan mereka lakukan untuk minggu- minggu seterusnya selain melihat pada karakter mereka yang sebenar. "Secara jujurnya. saya berpuas hati dengan persembahan pertama minggu ini. "Siapa sangka Fizz Fairuz dan Kamal Adli yang sering membawa watak serius mampu membuat lawak dengan cara sangat semula jadi." Afdlin juga berharap LLS akan memberikan impak tersendiri dan akan menjadi rancangan bermusim yang bakal mewarnai industri komedi di Malaysia. | |||
Amar pulih dalam tempoh 3 bulan Posted: 22 Oct 2013 04:06 AM PDT IPOH - Kecederaan budak lelaki yang terkena tembakan peluru sesat yang terlepas daripada pistol seorang anggota polis di Kampung Belanja Kiri, Parit dekat sini pada minggu lalu dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, yang selamat menjalani pembedahan mengeluarkan peluru yang tersekat di kerongkongnya kelmarin dijangka dibenarkan keluar dari hospital pada lusa atau Khamis ini. "Keadaan Mohd. Amar stabil dan bebas daripada apa-apa risiko. Begitupun pemeriksaan mendapati tembusan peluru di bahagian kerongkong berkenaan telah menyebabkan tulang lehernya retak sedikit. "Mohd. Amar perlu memakai pelindung leher sekurang-kurangnya bagi tempoh dua bulan," kata beliau pada sidang akhbar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam. Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah sebahagian besar pegawai perubatan HRPB yang terlibat dalam pembedahan mengeluarkan peluru di kerongkong yang julung kali dilakukan ialah Pakar Perunding Neorosurgeri, Dr. Cheang Chee Keong; Pakar Perunding Otorinolaryngiology, Dr. Rosalind Simon; Pakar Kanak-Kanak, Dr. Alex Khoo; Ketua Jabatan Pediatrik, Datuk Dr. Amar Singh dan dua pakar Otorinolaryngiology, Dr. Harvinder Singh dan Dr. M. Somasudran. Nolee berkata, keretakan pada leher Mohd. Amar akan terus dipantau dan keputusan sama ada pembedahan susulan perlu diadakan akan dibuat pada Disember ini. Bagaimanapun, beliau memberitahu, pembedahan merupakan pilihan terakhir kerana kebiasaannya keretakan leher pada kanak-kanak tersebut akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh tiga bulan. Sementara itu, Chee Keong berkata, pembedahan mengeluarkan peluru pada kerongkong Mohd. Amar menggunakan tiub yang dimasukkan melalui mulut kanak-kanak itu berlangsung selama dua jam setengah bermula pukul 9.30 pagi kelmarin. | |||
Posted: 22 Oct 2013 04:04 AM PDT BALIK PULAU - Seorang penunggang motosikal nyaris dihempap batu seberat lima tan yang menggelongsor jatuh dari bukit akibat tanah mendap semasa melalui Jalan Tun Sardon ke Paya Terubong, Balik Pulau di sini semalam. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, simen konkrit penghadang yang dibina di lereng bukit berkenaan pecah akibat pergerakan tanah menyebabkan sebatang pokok tumbang ke jalan raya bersama bongkah batu tersebut. Keadaan itu menyebabkan satu laluan terpaksa ditutup selama empat jam bagi mengalihkan bongkah batu itu oleh pekerja Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Saksi kejadian, Azhan Sulaiman, 45 berkata, ketika kejadian dia yang dalam perjalanan dari Balik Pulau ke pusat bandar terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat bongkah batu besar jatuh dari atas bukit. Katanya, dia yang memberhentikan motosikal hanya mampu menjerit dan melambai-lambaikan tangan kepada seorang wanita yang menunggang motosikal dari arah bertentangan daripada dihempap batu berkenaan. | |||
Keistimewaan pulut periuk kera Posted: 22 Oct 2013 04:03 AM PDT
Namun, bagi pasangan Abdullah Kayan, 46, dan isterinya, Norashikin Salimin, 41, yang tinggal di Kampung Tenang, Labis, periuk kera bukan sekadar tumbuhan liar atau tanaman hiasan semata-mata, sebaliknya menjadi sumber rezeki bagi mereka terutama sekali menjelang musim perayaan. Rasa seperti lemang Menurut Abdullah, masyarakat Melayu di beberapa kawasan sekitar Johor dan Pahang menjadikan periuk kera sebagai acuan untuk membuat pulut periuk kera yang sering dijadikan juadah pada pagi hari raya. "Rasa pulut periuk kera tidak banyak beza dengan lemang kerana dua makanan tradisi masyarakat Melayu ini mempunyai banyak persamaan dengan pulut dan santan kelapa sebagai bahan utama untuk membuatnya. "Perbezaannya hanyalah lemang dimasak di dalam buluh dan dimasak dengan cara dibakar beberapa jam lamanya sementara pulut periuk kera pula dikukus dan memerlukan masa sekitar 15 hingga 20 minit untuk dimasak," katanya kepada Sinar Harian. Ini juga telah membuka peluang kepada pasangan suami isteri tersebut untuk membekalkan sama ada periuk kera mahu pun pulut periuk kera yang sudah siap dimasak kepada mana-mana pihak yang berminat menjadikan pulut periuk kera sebagai hidangan sama ada pada musim perayaan ataupun hari biasa. Pada malam raya tahun lepas, Abdullah dan Norashikin bersengkang mata memasak sebanyak 1,500 biji pulut periuk kera ditempah pelanggan yang dijual dengan harga RM1 setiap satu. Bekalan sukar diperoleh Abdullah berkata, bekalan periuk kera semakin sukar diperoleh sekarang dimana dia terpaksa mengupah Orang Asli untuk mendapatkan periuk kera tersebut dari hutan Bekok dengan kadar upah RM50 sehari bagi setiap orang berbanding 30 tahun lalu yang banyak terdapat di sekitar kampungnya sahaja. Bagi Norasikin pula, membuat pulut periuk kera tidaklah begitu sukar dan proses bermula dengan membersihkan periuk kera dengan air, kemudian dibiarkan beberapa ketika sehingga air basuhan tadi kering. "Kemudian, bolehlah masukkan beras pulut yang sudah siap dibasuh sehingga paras tiga perempat penuh, selepas itu masukkan santan kelapa yang sudah dibubuh garam secukup rasa sehingga tenggelam beras pulut tersebut. "Selepas proses tersebut selesai, periuk kera yang telah diisi pulut dan santan itu perlu dikukus selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu ia sedia untuk dihidangkan," katanya yang mempelajari resepi membuat pulut periuk kera daripada arwah neneknya. | |||
Kafe tema tandas pertama di AS dibuka Posted: 22 Oct 2013 03:51 AM PDT LOS ANGELES - Seorang pengusaha restoran dari China menarik perhatian ramai apabila dia membuka sebuah kafe bertema tandas yang pertama di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar New York Daily News. Restoran Magic Restroom Cafe milik YoYo Li yang terletak di selatan California di sini dibuka sejak 11 Oktober lalu. Stesen televisyen tempatan, KTLA 5 melaporkan bahawa kafe berkenaan dilengkapi kerusi menyerupai mangkuk tandas. Makanan di premis berkenaan pula dihidang dalam mangkuk tandas mini. Kafe tersebut turut dihiasi tempat buang air kecil dan tandas di sepanjang dinding serta dekorasi kelengkapan mandian. YoYo Li mengambil keputusan membuka kafe itu di AS selepas menyedari konsep restoran tersebut amat popular di China dan Taiwan. Kafe Magic Restroom menghidangkan menu-menu dari Taiwan termasuk nasi kari 'magic' dan mi sup daging lembu. | |||
Posted: 22 Oct 2013 03:48 AM PDT Produk pakaian dalam wanita, Silke bukan sekadara menyokong postur dan otot tubuh, bahkan ia juga boleh digayakan ke pejabat jika kena dengan padanannya. SEBAGAI seorang figura yang sering menjadi perhatian, wanita yang bekerja sebagai penyampai berita di salah sebuah stesen televisyen swasta ini sentiasa menitikberatkan penampilan dirinya. Pelbagai cara dilakukan termasuk bersenam, mengawal selera makan dan menggunakan beberapa produk kecantikan dalaman dan luaran. Namun, segala usahanya tidak menunjukkan hasil. Apatah lagi selepas mendirikan rumah tangga tahun lalu, dia merasakan bentuk tubuhnya tidak seperti zaman daranya. Atas alasan tersebut, Gina Woon, 30, mencari alternatif bagi meningkatkan keyakinannya ketika menjalankan tugas. Dua bulan lalu, dia diperkenalkan dengan produk pakaian dalam, Silke Herbaline (Silke), yang dipercayai dapat membantunya mendapat bentuk tubuh yang diingini tanpa perlu makan pil atau vitamin tambahan. Meskipun agak ragu-ragu pada peringkat awal, tetapi Woon cukup tertarik dengan jenama tersebut. Selain menekankan aspek fesyen, Woon juga diyakini bahawa pakaian dalam Silke tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan penggunanya. Rangkaian Silke merangkumi 30 jenis coli tiub, pakaian pelangsing badan, bengkung, coli pembentuk, pembentuk badan dan pinggang serta sarung kaki pelangsing. Memberikan kelainan berbanding jenama-jenama lain di pasaran masa kini, produk tersebut disediakan dalam pelbagai warna, rekaan dan tekstur yang menarik. Ukuran "Walaupun baru memakainya, saya sudah dapat merasakan perubahan pada tubuh terutamanya pada bahagian paha," kata Woon yang menggunakan pakaian dalam tiub dan girdel. Tambahnya, produk tersebut sangat selesa dipakai sama ada ketika bekerja atau melakukan aktiviti harian. Malah bagi dirinya, pakaian dalam tersebut tidak memberi sebarang masalah seperti sesak nafas atau mengganggu pergerakan. "Ia disebabkan saiznya yang sesuai dengan bentuk tubuh saya. Konsultan kecantikan akan membuat ukuran dan mendapatkan maklumat kesihatan sebelum diberikan produk bersesuaian. Perkara itu bagi memastikan pengguna mendapat produk yang tepat dengan bentuk tubuh," jelasnya. Produk yang dipilih bukan sahaja perlu sesuai dengan bentuk tubuh, tetapi juga membantu pengguna untuk mengecilkan bahagian tubuh yang dirasakan mempunyai lemak berlebihan. Mungkin ramai yang tidak sedar pemakaian coli yang tidak sepadan boleh menyebabkan tisu payu dara atau lemak tidak mendapat sokongan yang secukupnya. Ia menyebabkan organ tersebut kendur dan melendut. Jika menggunakan coli yang ketat, lemak akan kelihatan membonjol dan menampakkan bentuk payudara yang tidak menarik. Selepas umur 25 tahun, keanjalan otot badan wanita mula berkurangan pada kadar 0.2 sentimeter setahun. Peningkatan usia menjadi faktor utama perubahan elastik tubuh seseorang. Badan melalui proses kemerosotan fungsi secara semula jadi yang menyebabkan geleberan, kepecahan kolagen kulit dan kehilangan kepadatan tulang. Sebab-sebab lain yang menyebabkan keanjalan tubuh wanita berkurangan termasuklah proses kelahiran, kedudukan postur tubuh ketika duduk atau berjalan, waktu makan yang tidak tetap, pengambilan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan dan kurang bersenam. Tidak taksub Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya, Haslina Muhamad, wanita yang berumur antara 20 hingga 40 tahun sentiasa bimbang dengan perubahan yang berlaku terhadap bentuk tubuh mereka. "Perasaan tersebut membuatkan mereka sentiasa menjaga penampilan dan kesihatan tubuh mereka. Salah satu cara untuk menjaga tubuh ialah dengan memakai korset atau bengkung," ujarnya ketika dihubungi oleh Kosmo! baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau berpendapat wanita Malaysia tidak terlalu taksub dengan kecantikan sehingga memudaratkan kesihatan mereka. Bagi Nurul Ain Ab. Jalal, 29, dia menggunakan korset untuk melangsingkan beberapa bahagian tubuhnya yang dirasakan menggeleber. "Saya mempunyai masalah pada bahagian punggung dan paha yang lebar. Disebabkan itu saya memakai korset yang diperkenalkan oleh seorang rakan," ujarnya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini. Tetapi selepas setahun memakainya, tiada sebarang perubahan yang dialami oleh pekerja sektor kerajaan itu. "Lebih teruk lagi, kulit-kulit saya menjadi kemerahan akibat kegatalan memakai korset tersebut. Ia mungkin kerana fabrik produk tersebut yang gagal menyerap peluh. "Pada waktu tengah hari, badan mula berpeluh dan menjadi merah kerana gatal. Rakan-rakan ada menegur, kenapa tiada sebarang perubahan selepas sekian lama memakainya," keluh Nurul Ain. Turun berat Namun, impiannya untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diingini sedikit pun tidak mematahkan semangatnya. Selepas mengetahui mengenai produk Silke melalui butik kecantikan, Herbaline Beauty Spa. dia ditawarkan menggunakan beberapa produk kecantikan daripada jenama yang sama. "Selepas konsultan kecantikan memberi penerangan, bersetuju menggunakan produk tersebut," ujarnya sambil memaklumkan selepas dua minggu menggunakan Silke perubahan mula terasa pada bahagian tubuh yang dianggapnya bermasalah. Lebih mengujakan, berat badannya turun sebanyak lima kilogram. Menurut Nurul Ain, perubahan saiz pahanya turut diakui oleh suaminya. Herbaline Beauty Spa merupakan butik yang menawarkan rawatan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Sehingga kini, butik kecantikan tersebut mempunyai 50 cawangan di seluruh Malaysia dengan sentuhan pakar berpengalaman. Butik tersebut turut memperkenalkan rangkaian pakaian dalam, Silke, yang membantu wanita mendapatkan tubuh ramping dan sihat. Silke direka dengan penuh bergaya mengikut cita rasa fesyen terkini. Malah, ia boleh dipakai terus sebagai pakaian utama. "Sebagai contoh, pakaian pelangsing dada Silke boleh dipakai terus atau dipadankan dengan kardigan. Ia sesuai untuk golongan muda yang ingin tampil bergaya tetapi pada masa sama, mahukan bentuk tubuh ramping," ujar Pengurus Pemasaran Herbaline, Gary Sho, ketika ditemui di Pusat Kecantikan Herbaline, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Silke membawa kelainan menerusi fesyen dan keberkesanannya mencantikkan bentuk badan dengan menggunakan fabrik elastik yang serba maju. "Produk Silke tidak mengembang dalam tempoh yang lama. Ia turut disediakan dengan efek pencahayaan yang mengawal rasa gatal akibat pergeseran dan peluh," jelas Sho. Tambahnya, Silke juga dilengkapi teknologi infra merah yang berupaya untuk meningkatkan metabolisme pengguna. Rangkaian produk Silke, tambah beliau, ditawarkan pada harga RM120 sehingga RM480 sehelai. | |||
Cegah kemalangan di taman permainan Posted: 22 Oct 2013 03:46 AM PDT TAMAN Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara sering menjadi punca keluhan ibu bapa ekoran tahap keselamatan yang meragukan. Meskipun tiada statistik rasmi mengenai kecederaan di TPK, maklumat dari- pada blog kesihatan ortopedik menganggarkan, 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK. Malah, Setiausaha Bahagian Pembangunan Strategik, Kementerian Wilayah Persekutuan, Tiew Hai San sendiri meluahkan kebimbangan terhadap TPK yang dibina sebagai komponen kawasan kediaman tetapi kemudian terbiar tanpa pengawasan dan diselenggara oleh pemaju, pemilik atau operator. Lantas, kementerian meluluskan satu dasar baharu berkaitan TPK bulan lalu untuk tiga wilayah yang dinaungi iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Ia bertujuan membolehkan kanak-kanak bermain dalam persekitaran yang lebih selamat dan kurang risiko kemalangan. Tahap keselamatan Peraturan yang dikenali sebagai Dasar Keselamatan Taman Permainan Kanak-kanak itu akan mentranformasikan TPK selaku komponen kawasan hijau, sekali gus melestari kawasan hijau ketiga-tiga wilayah tersebut. Selain meningkatkan tahap keselamatan dan memanjangkan hayat peralatan permainan di TPK, dasar itu bertujuan memastikan penyelenggaraan TPK Wilayah Persekutuan adalah seragam dan dilakukan secara proaktif setiap enam bulan iaitu mengikut piawaian MS966:2001. Antara peraturan paling penting dalam dasar itu ialah menyediakan permukaan jatuh bersesuaian, menyediakan zon penggunaan yang mencukupi, mengenal pasti dan menghapuskan ciri bahaya TPK serta pengawasan ibu bapa atau penjaga. Menurut Hai San, bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK. Ini kerana permukaan jatuh yang tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh. "Pemaju perlu memastikan lapisan permukaan TPK yang lembut dengan permukaan urai berkedalaman 30 sentimeter tanpa takungan air dan bersih daripada sampah," kata beliau pada Seminar Kebangsaan Pengurusan Kawasan Hijau di Putrajaya baru-baru ini. Antara permukaan yang sesuai termasuklah serat kayu proses, serpihan kayu, pasir, kerikil kekacang atau lapik getah sama ada getah asli, tiruan atau mayang. Beliau juga menggariskan zon penggunaan iaitu radius lebar permukaan jatuh yang mengelilingi peralatan perlulah cukup luas khususnya untuk gelongsor dan buaian. "Gelongsor yang berketinggian 1.82 meter atau kurang mesti mempunyai zon penggunaan selebar 1.82 meter, manakala gelongsor yang lebih tinggi iaitu antara 1.82 meter hingga 2.4 meter mestilah mempunyai zon penggunaan yang sama lebar dengan ketinggian platform gelongsor," jelasnya. Zon penggunaan yang lebih luas juga diperlukan untuk buaian biasa kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 12 tahun. Begitu juga buaian tempat duduk bertutup untuk kanak-kanak kecil. Beliau memberitahu, lebar zon penggunaan untuk kedua-dua bahagian depan dan belakang tempat duduk buaian hendaklah dua kali ganda lebih luas berbanding ketinggian pengikat atau penyangkut buaian, manakala zon penggunaan di bahagian struktur buaian mestilah 1.82 meter. Satu lagi peraturan penting yang ditekankan dalam dasar pembinaan TPK baharu Wilayah Persekutuan adalah menghapuskan ciri bahaya TPK. Kementerian turut mengenal pasti pelbagai ciri bahaya pada peralatan permainan yang berpotensi menyebabkan kemalangan di TPK. Antaranya termasuk unjuran perkakas yang terjojol seperti lebihan skru yang menonjol melebihi dua bulatan bebunga daripada permukaan nat. Ciri bahaya lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam ruang pembukaan yang biasanya terdapat di platform gelongsor. "Kanak-kanak juga boleh terjatuh apabila tersadung di tapak konkrit rosak, akar, tunggul pokok dan batu, malah peralatan yang pecah atau berbucu tajam boleh menyepit dan memenyetkan jari mereka," tambah Hai San. Selesaikan aduan Kementerian mahu memastikan pemilik TPK hanya menyediakan peralatan yang sesuai dengan menggariskan beberapa jenis peralatan yang tidak patut disediakan di TPK seperti buaian berat. Misalnya, buaian berbentuk binatang atau buaian jenis peluncur dengan tempat duduk berganda. Strategi keselamatan yang tidak kurang pentingnya ialah menggalakkan pengawasan ibu bapa memandangkan sekitar 40 peratus kemalangan TPK boleh dielakkan sekiranya ibu bapa mengawasi anak mereka. Beliau berharap ibu bapa memainkan peranan dalam memastikan TPK yang dikunjungi adalah selamat dan mengawasi anak bermain sepanjang masa. "Ibu bapa perlu memastikan anak berpakaian sesuai jika bermain di TPK, pakaian dan aksesori rantai berloket, skirt labuh atau seluar yang terlalu pendek kurang selamat dan memudahkan anak tercedera," tegur beliau. Beliau juga berharap agar ibu bapa tidak membenarkan anak membawa permainan seperti basikal, papan luncur, kasut roda yang boleh menyebabkan kanak-kanak lain terjatuh dan cedera. Strategi keselamatan lain yang perlu dipatuhi oleh pemilik TPK adalah memastikan jarak bersesuaian terhadap susun atur peralatan permainan, menyediakan penghadang dan penghalang platform, papan tanda dan penyelenggaraan TPK secara berterusan serta mengganti TPK lama yang telah tamat jangka hayatnya. Hai San memberi penekanan khusus terhadap penyelenggaraan kerana aspek ini sering diabaikan oleh pemilik TPK sedangkan jika ia dilakukan secara berterusan ia boleh menjamin keselamatan pengguna. "Lagipun aduan awam terhadap aspek ini sangat tinggi, malah sehingga 40 aduan setiap bulan di Kuala Lumpur sahaja. Ini menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membelanjakan sehingga RM4juta setahun bagi menyelesaikan aduan itu," jelas Hai San. Sebagai respon terhadap dasar terbaharu itu, Perbadanan Putrajaya (PPj) menyediakan Pelan Mitigasi Profil Risiko PPj bagi mewujudkan kakitangan terlatih dan bertauliah dalam bidang keselamatan dan penyelenggaraan peralatan TPK. Hai San memberitahu, DBKL dan Perbadanan Labuan (PL) sedang menggubal pelan itu. | |||
Dulu kaki bola, kini penggubah bunga Posted: 22 Oct 2013 03:45 AM PDT
LELAKI yang berusia 37 tahun itu bukan calang-calang orangnya. Cita-citanya tinggi dan semangatnya sentiasa membara. Bahkan, kejayaan yang dikecapi bukan untuk dirinya sahaja. Meskipun banyak ranjau berduri yang dilalui, beliau nekad mahu membantu kaumnya. Prinsip beliau mudah. Semua orang boleh berjaya, yang penting perlu ada kesungguhan. "Saya ingin bantu orang Melayu, hendak mereka tahu yang setiap orang ada peluang untuk berjaya asalkan ada idea asli, kesungguhan yang tinggi dan ruang serta peluang untuk mencuba," luah Mohd. Azmy Osman atau lebih mesra dengan panggilan Azmy meniup kata-kata semangat. Hampir tujuh tahun dalam bidang gubahan dan dekorasi, anak jati Selangor itu memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang. Sentuhan magisnya dapat dilihat pada kebanyakan acara kelolaan Istana Negara. Bahkan, sentuhannya juga menyebabkan beliau memperoleh kepercayaan sebagai penggubah kegemaran di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, Putrajaya. Berganti kerjaya "Dua pihak inilah yang banyak menyokong saya. Sekembalinya dari London, saya menerima jemputan untuk melakukan kerja-kerja gubahan dan dekorasi acara di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Seri Satria. Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih bergelar timbalan. Alhamdulillah sehingga kini sentuhan saya masih menjadi pilihan pihak beliau," ujar Azmy merendah diri. Menurut Azmy, beliau seorang yang sukakan seni dan melihat setiap perkara sebagai cabang seni yang tersendiri. Bola sepak juga seni cuma bezanya ialah tahap ketekunan bagi mencipta nilai seni tersebut. "Seperti bunga, saya memilihnya atas dasar yang mudah. Semua orang menyukai bunga dan ia menjadi perlambangan kepada kedamaian dan keharmonian. "Falsafah saya terhadap bunga juga ringkas. Ia memberikan saya ketenangan dan kedamaian, seolah-olah berada di dalam dunia lain," kongsi Azmy yang amat menggemari bunga teluki (carnation). Tambahnya, masa yang diambil bagi menjelmakan setiap dekorasi yang unik memerlukan penyelidikan dan pembangunan untuk beberapa bulan sebelum acara berlangsung. "Bagi mengelakkan sebarang masalah pada hari majlis berlangsung, saya pastikan bahan yang digunakan sesuai mengikut tema acara. Selepas proses perangkaan, barulah saya mencari bahan-bahan yang diperlukan dan melakukan eksperimen awal. "Gubahan dan dekorasi akhir hanya akan dibuat kurang daripada 24 jam sebelum acara berlangsung. "Bunga boleh bertahan selama lima jam tanpa air tetapi petua untuk kekalkan kesegaran sehingga enam atau tujuh jam ialah jangan sesekali dedahkan bunga-bunga tersebut kepada cahaya matahari secara langsung," tambah Azmy yang menerima bekalan bunga dari India, China, Belanda dan New Zealand. Perjalanan karier Azmy bermula sebagai pemain bola sepak dan beraksi di atas padang. Beliau kemudiannya bertugas sebagai penyunting video sebelum menjadi pemilik butik pengantin. Kini, beliau seorang penggubah bunga dan dekorasi yang disegani. Impian sejak zaman kanak-kanaknya, hanya mahu menjadi atlet bola sepak. Keinginannya itu direalisasikan begitu awal apabila dia terpilih mewakili pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Garis masa remajanya dihabiskan di Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur sehingga usia 17 tahun. Pemain simpanan Prestasi cemerlang Azmy melayakkannya untuk diserap ke dalam skuad utama Kuala Lumpur ketika bakatnya masih hijau. Mengisi posisi pertahanan kanan dan tengah, khidmat Azmy kemudiannya ditagih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk liga amatur. Memasuki usia 20 tahun, dia bermain untuk kelab Sinaran Belia dan PKNS dalam Liga Selangor. "Masa itu juga saya terpilih sebagai pemain simpanan skuad Selangor. Bagaimanapun demi menambah kemajuan, saya berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur dalam liga simpanan (Piala Presiden) selama tiga tahun. Sempatlah saya bermain untuk liga utama iaitu Liga Malaysia. "Tamat kontrak bersama Kuala Lumpur, saya berubah angin ke skuad NS Cempaka, Melaka dan berakhir di Negeri Sembilan," kongsi Azmy yang terpaksa menguburkan kecintaannya dalam arena bola sepak profesional usai mengalami kecederaan buku lali. Peristiwa itu benar-benar menguji kecekalan hatinya. Bagi merawat jiwanya, beliau mencari peluang dalam bidang fotografi iaitu cabang seni yang menjadi hobinya sejak sekian lama. Mengambil upah sebagai jurugambar dan jurugambar video bebas, Azmy mengambil inisiatif menambah pengetahuannya dalam bidang tersebut secara serius. Kursus pendek dalam bidang animasi dan video di The One Academy, Selangor hampir dua tahun memberi laluan kepada Azmy bekerja sebagai penyunting video di sebuah organisasi media tempatan. Dalam tempoh tersebut, Azmy membina kenalan dalam industri andaman dan dandanan. Populariti industri itu dalam tempoh sedekad lalu menyebabkan Azmy nekad membuka sebuah butik perkahwinan. "Waktu itu hanya fikir hendak buat duit, jadi idea-idea rekaan busana, hiasan pelamin dan gubahan bunga semua tidak asli, banyak tiru orang lain," luah Azmy mengimbas kisah lama. Namun, rezeki tidak menyebelahinya apabila perniagaan tersebut gagal bertahan. Berbekalkan wang yang masih berbaki, Azmy ke London untuk mendalami dunia gubahan bunga di sebuah kolej tetapi apa yang mengecewakan ialah beliau hanya diajar prinsip asas. Perkenalan dengan seorang penggubah bunga prolifik di peringkat antarabangsa, Zita Elze mengubah keseluruhan hidup Azmy. Kelananya ke metropolis itu tidak sia-sia saat dia mendaftar diri di Zita Elze Designer Academy, sekolah gubahan dan dekorasi pimpinan Elze. "Elze ialah antara pereka dekorasi terbaik di dunia. Peluang belajar dan bekerja dengannya sangat berharga. Selain guru, dia juga ibarat ibu saya di London. Elze mengajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan rekaan tidak realistik tetapi menawan. Dekorasi di istana "Fokus ialah pelajaran terpenting dalam kelas Elze. Saya pernah hampir putus asa untuk memahami teori yang diajar. Lama-kelamaan saya berjaya menguasainya dan dipanggil untuk kerja dekorasi resepsi perkahwinan berkonsep taman yang ringkas," ujarnya. Kesungguhan Azmy membuka mata Elze. Beliau diberi kepercayaan untuk membantu Elze menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham. Kepercayaan itu jugalah memberi peluang kepadanya bersua muka dengan Ratu Elizabeth II buat julung-julung kalinya. Kreativiti Azmy kemudiannya terus ditagih masyarakat di bumi Eropah. Antara hasil kerja 'gila' Azmy ialah pada majlis peninggalan Kota Perang di London. Gumpalan tar jalan bersatu aneh dengan lalang yang disusun meliar di atas meja, kasut but yang dipakai perajurit-perajurit negara itu pula dibakar bagi menghidupkan efek dramatik yang kemudiannya dilengkapi lingkaran bunga-bungaan. "Orang luar sukakan benda-benda pelik. Pernah sekali untuk majlis berkonsep maskulin, saya susun pisau belit di atas kayu di sepanjang meja, lalu saya tambah cili api sebagai penegasan. Mesejnya ringkas, ketiga-tiga item itu mendukung karakteristik lelaki secara fizikal dan dalaman," katanya yang bakal muncul dalam program dekorasi TV yang dikendalikan sendiri di saluran Alhijrah dan RTM. Pesanan gurunya cukup berbekas di hati Azmy supaya beliau tidak terikat kepada konsep Inggeris, sebaliknya belajar bereksperimen dan tampil dengan sesuatu yang asli. "Baru saya sedar betapa bertuahnya kita kerana mempunyai manggis, rambutan, durian, petai, semalu dan duit-duit serta bunga-bunga tropika yang tidak terdapat di tempat lain. Dari situ saya olah dekorasi menggunakan barangan tempatan," kata anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu. Apa yang penting katanya ialah fokus, kaji majlis yang dijalankan, lakar konsep dan cari bahan yang signifikan. | |||
Kehebatan perkhidmatan bidan di Sweden Posted: 22 Oct 2013 03:44 AM PDT HANYA sekali menjalani ultrabunyi dalam tempoh sembilan bulan dan tidak perlu berjumpa doktor. Itulah gambaran penjagaan ibu-ibu mengandung di Sweden. Walaupun tidak melakukan prosedur seperti negara-negara Barat lain, gaya penjagaan ibu mengandung di negara itu terbukti membawa kebaikan. Organisasi Selamatkan Kanak-Kanak menyatakan, Sweden merupakan negara kedua terbaik di dunia untuk bakal ibu selepas Finland. Menurut Laporan Kesihatan Perinatal Eropah 2010, negara tersebut mencatat kadar kematian terendah selepas Iceland iaitu sebanyak 1.5 kematian daripada 1,000 kelahiran manakala jumlah ibu yang meninggal semasa melahirkan anak ialah 3.1 daripada 100,000 kelahiran. Di Sweden, bidan-bidan diberi kepercayaan untuk menjaga kesihatan ibu mengandung dan janinnya. Ia merupakan satu-satunya rawatan yang boleh didapati oleh kaum wanita dan diberikan secara percuma kepada pesakit bawah faedah kesihatan negeri. "Seorang doktor boleh dipanggil jika bidan mendapati ada sesuatu yang tidak kena kepada ibu yang mengandung," kata seorang bidan di pusat bandar Stockholm, Sofie Laaftman. Bagi mereka yang biasa dengan rawatan perubatan intensif semasa mengandung, cara masyarakat Sweden mungkin dilihat sebagai rawatan asas sahaja. Antara rawatan tersebut ialah ujian darah dan air kencing untuk mengesan kekurangan vitamin atau anomali, pemeriksaan tekanan darah ibu dan denyutan jantung janin serta nasihat pemakanan. Bayi pramatang Ibu yang mengandung normal tanpa sebarang komplikasi akan menjalani rawatan ultrabunyi sekali sahaja dalam tempoh sembilan bulan. "Kehamilan adalah keadaan yang biasa dan ia tidak sakit," kata seorang Profesor Penjagaan Kesihatan dan Sains di Universiti Gothenburg, Marie Berg. Laaftman turut menyokong kenyataan Berg dengan memberitahu kebanyakan wanita ber usia bawah 40 tahun tidak memerlukan rawatan rapi kerana tubuh badan mereka masih sihat dan mampu melahirkan anak. Ia adalah proses semula jadi bagi seorang ibu. Kajian saintifik Kerjasama Cochrane membuat kesimpulan bahawa kebanyakan wanita yang tidak mempunyai komplikasi kehamilan mendapat banyak kelebihan jika menggunakan khidmat seorang bidan berbanding doktor. Penulis kajian itu menyatakan, penjagaan seorang bidan mampu mengurangkan jumlah kelahiran bayi pramatang. Di Sweden, hanya lima peratus kelahiran bayi lahir pramatang. Segelintir ibu mengandung di negara itu yang kurang berinteraksi bersama bidan atau doktor akan mengalami kesukaran semasa melahirkan bayi mereka. Seorang ibu mengandung, Christina Singelman, 31, berkongsi pengalaman kandungan pertamanya apabila dia dibelenggu rasa sunyi kerana kurang bertemu dengan doktor. Singelman berkata, dalam tempoh kandungannya berusia 10 minggu, dia hanya mendapatkan satu rawatan di klinik bagi rawatan ultrabunyi. Bagi Adina Trunk, 33, dia telah berjumpa dengan dua bidan berbeza untuk kedua-dua kandungannya kerana menghadapi masalah yang sama. "Bidan-bidan ini sangat berwibawa, tetapi kaedah itu sendiri telah meletakkan mereka dalam kedudukan yang pasif atau kurang bercakap. "Para ibu mengandung terpaksa mengambil inisiatif untuk bertanya soalan atau berkemungkinan berjumpa dengan pakar lain," katanya. Kelahiran bayi Di samping itu, kelahiran bayi juga turut disambut oleh bidan. Doktor akan terlibat sama jika berlakunya komplikasi semasa kelahiran bayi tersebut atau jika ibu mengandung meminta suntikan epidura. Bidan di Sweden telah diberi kepercayaan penjagaan ibu mengandung sejak abad ke-18 lagi. Peningkatan profesion perubatan moden pada hari ini turut memberi kesan kepada bidan-bidan apabila mereka terpaksa menyerahkan separuh daripada tanggungjawab kepada doktor. Namun, bidan di Sweden tetap berterima kasih kepada sokongan yang telah diberikan oleh doktor sekali gus mewujudkan kesatuan yang kukuh. Sistem itu juga tidak pernah dipersoalkan ekoran rekod prestasi yang kukuh. Jumlah kelahiran bayi secara pembedahan juga rendah di Sweden dengan kira-kira 17 peratus pada 2011 dan hanya 10 peratus wanita melakukan episiotomi. Episiotomi adalah pengguntingan kulit dan otot antara faraj dan dubur untuk melebarkan ruang bagi bayi keluar. | |||
Imej santai tetapi berkeyakinan Posted: 22 Oct 2013 03:41 AM PDT
MEMAKAI sepasang cermin mata gelap, pastinya memberikan pelbagai impak kepada diri si pemakai. Ia menambah keterampilan diri. Antaranya kelihatan lebih berkeyakinan, tampil bergaya dan santai selain memberi nilai tambah kepada personaliti seseorang. Namun, pemilihan cermin mata yang sesuai dengan imej diri sangat penting bagi mewujudkan imej diri yang diingini. Pengedar kaca mata berjenama antarabangsa di Malaysia, Sin Kwang, baru-baru ini memperkenalkan koleksi terbaharu jenama terpilih antarabangsa iaitu Bally, Police, Porche Design dan Charmant Blue Label dalam satu pertunjukan fesyen di Kuala Lumpur. Koleksi cermin mata tersebut adalah antara yang bakal ke pasaran dalam masa terdekat iaitu bermula November ini hingga awal tahun depan. Menjamin kesemua empat jenama cermin mata yang popular dalam arena global akan memberi lebih banyak pilihan untuk bergaya. Pengarah Negara Sin Kwang Optical, Winston Chong mengakui, koleksi baharu itu terdiri daripada pelbagai rekaan segar dan terkini, di samping rekaan yang dikemaskini dan ditambah nilai. Bagi koleksi kaca mata Police, antara jenama kaca mata di pasaran yang terkenal dengan sifat maskulin dan lazimnya diserasikan dengan lelaki sofistikated yang mempamerkan imej berani, koleksi baharu yang diperluas menarik perhatian dalam kalangan wanita. Cermin bayangan biru Ditubuhkan pada tahun 1980 di Itali, jenama Police tampil dengan lebih 360 rekaan dengan 30 model tetapi masih mengekalkan lensa signaturnya iaitu cermin bayangan biru. Lensa biru oleh Police dilihat sebagai satu simbol kebebasan dan gaya underground yang diiktiraf oleh penggemar jenama ini. Koleksi kali ini juga dikemaskini dengan penampilan yang lebih mengujakan menggunakan reka bentuk bingkai yang bersifat eksperimental. Setiap reka bentuk melalui penyelidikan dan pemerhatian terperinci dari segi estetika dan teknikal menekankan fesyen bersifat muda yang menyerlah. Dijual pada harga pasaran sekitar RM600 sehingga RM900, jenama Police oleh Sin Kwang dengan lensa biru polarized antara pilihan yang mampu dimiliki.
Jenama buatan Jepun yang semakin mendapat nama di arena antarabangsa, Charmant Blue Label pula merupakan jenama yang diiktiraf sebagai pakar untuk bingkai cermin mata, khususnya untuk kegunaan seharian. Tarikan utama cermin mata ini ialah harga yang sangat berkemampuan dengan buatan menggunakan logam berkualiti tinggi iaitu titanium iaitu sejenis logam yang sering digunakan dalam bidang perubatan. Jenama itu menerima respons pasaran yang positif terhadap koleksi tahun 2013 yang kini di pasaran. Sifat bingkai yang ringan, anggun dan sesuai untuk semua peringkat umur ini dijual hanya pada harga sekitar RM250 sehingga RM350 merangkumi tiga varian iaitu Sleek Titan, Pressure Mount dan Koleksi Kombinasi yang diyakini akan memenuhi cita rasa dan kepentingan pengguna yang pelbagai. Walaupun tidak memfokuskan kepada koleksi cermin mata gelap atau berfesyen, pilihan bingkai cermin mata harianCharmant Blue Labe yang selesa dijamin antara yang terbaik di pasaran. Rekaan futuristik Mengambil giliran seterusnya di atas pentas peragaan adalah pertunjukan fesyen cermin mata gelap jenama yang terkenal dengan kemewahan namanya itu sendiri, Porsche. Koleksi cermin mata gelap, Porsche Design sememangnya pilihan untuk mereka yang benar-benar berinspirasi dengan aura kemewahan Porcshe itu sendiri. Memberi tumpuan khusus kepada kejuruteraan teknikal dan inovatif bagi melahirkan fungsi, daya tahan dan rekaan futuristik, Porsche Design menampilkan gaya moden unik dan pastinya berbeza daripada yang lain. Menggunakan tema The Urban Modernist, cermin mata Porsche Design membawakan reka bentuk yang tahan lasak, elegan dan tulen. Koleksi yang diilhamkan daripada bentuk seni geometri tampil dalam warna hitam dengan kontra warna burgundy. Kesemua koleksi baharu ini terdiri daripada lapan model cermin mata gelap dengan dua hingga tiga pilihan warna bagi setiap model. Bukan itu sahaja, Porsche Design turut menambah koleksi edisi khas dua lensa untuk satu bingkai yang memberikan pengguna pilihan untuk bergaya dalam dua warna lensa berbeza dalam satu bingkai. Terakhir sekali menjajah pentas pertunjukan adalah jenama Bally yang mempunyai sejarah berusia 160 tahun di Switzerland. Menariknya mengenai koleksinya kali ini ialah elemen ikonik seperti jalur Trainspotting merah dan putih, motif kambing gunung, lencana Bally dan Blok-B. Semuanya memberi tafsiran baharu kepada koleksi serba baru ini. Bagi koleksi kaca mata lelaki, Bally mengetengah rekaan berbentuk aviator klasik dengan tangkai logam berselaput kulit. Koleksi wanita pula mempamerkan imej yang lebih anggun dengan bingkai berbentuk bujur dan keperincian feminisme bagi seluruh aspek fizikal cermin mata tersebut. Koleksi wanita dibahagi kepada dua iaitu fesyen serta sukan dan kasual, sementara koleksi lelaki terdiri daripada Top, pejabat dan kasual. | |||
Cabaran spontan menanti finalis Posted: 22 Oct 2013 03:39 AM PDT
BERMULA awal Januari 2014 menerusi program Safiyya di TV9, 12 finalis Pencarian Model Fareeda musim ke-4 akan muncul dalam rancangan itu mengikut giliran pada setiap minggu. Slot Fareeda yang bersiaran selama beberapa minit dalam program Safiyya itu merupakan satu lagi ujian besar kepada para finalis. Mereka akan diberi cabaran secara spontan dan dinilai berdasarkan keupayaan mereka menjayakan ujian tersebut. "Setiap minggu akan ada cabaran yang berbeza dan setiap finalis tidak akan mengetahui cabaran yang bakal mereka hadapi. "Dengan cara ini, tahap keyakinan dan kebolehan mereka mengawal situasi sebegini dapat dilihat sekali gus memudahkan kami melakukan penilaian tambahan sebelum memilih pemenang," ujar Pengurus Pemasaran dan Jualan Fareeda, Mawar Abdul Karim. Prestasi yang ditunjukkan setiap finalis di kaca TV akan ditambah kepada tiga penilaian awal yang mereka lalui ketika proses saringan di empat lokasi yang berbeza. Tiga penilaian itu merangkumi cabaran sesi fotografi, peragaan di atas pentas dan soal jawab terbuka. Penyertaan Pencarian Model Fareeda musim ke-4 masih dibuka sejak 15 September lalu sehingga 16 November 2013. Mereka yang berminat perlu mematuhi syarat penyertaan sebelum menghantar borang ke alamat yang tertera seperti di dalam borang penyertaan. Borang penyertaan boleh diperoleh dalam akhbar Kosmo! pada setiap hari Selasa, Jumaat dan Ahad. | |||
Tesco realisasikan impian pelanggan Posted: 22 Oct 2013 03:38 AM PDT
IMPIAN seorang peguam untuk membuka sebuah kedai emas hampir menjadi kenyataan apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Pertandingan Sambutan Tergempak yang dianjurkan oleh Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) baru-baru ini. Hazirah Mardhiyyah Abd. Haris, 26, dari Kuala Terengganu muncul sebagai pemenang hadiah utama sekali gus membawa pulang wang tunai bernilai RM30,000. Hazirah Mardhiyyah dan empat peserta bertuah lain dipilih sebagai lima finalis dalam pertandingan yang dianjurkan sempena memperkenalkan wajah baharu lapan minuman bikarbonat syarikat Tesco. Kesemua finalis dipilih berdasarkan slogan dan impian yang ditulis dalam borang penyertaan bagi setiap resit pembelian mana-mana perisa minuman botol bikarbonat 1.5 liter. Lapan minuman yang diberikan nafas baharu itu terdiri daripada air berperisa Ice Cream Soda, Root B, Citrus, Cola, Sarsi, Oren, Lemon Lime dan Isoplus. Pertandingan yang bermula pada 20 Jun sehingga 1 September lalu itu berjaya menarik sebanyak 5,000 penyertaan. Menurut Hazirah Mardhiyyah, kejayaan itu hasil kesungguhannya menelaah risalah-risalah dan melayari internet berkaitan Tesco. "Sebelum pertandingan, saya membuat persiapan selama dua minggu selain menempuh perjalanan jauh dari Terengganu ke Kuala Lumpur untuk menyertai pertandingan akhir ini. "Alhamdulillah, segala pergorbanan itu sangat berbaloi apabila saya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama. Saya anggap, ia rezeki buat bayi dalam kandungan saya yang kini berusia dua bulan," katanya ketika ditemui di Tesco Bandar Manjalara, Kepong, Selangor. Kedai emas Dalam peraduan itu, Hazirah Mardhiyyah telah menyatakan impiannya untuk membuka sebuah kedai emas. "Ketika ini, saya bekerja di syarikat guaman ayah. Bagaimanapun, dengan kemenangan ini saya ingin membuka sebuah kedai emas di Kuala Terengganu," ujarnya. Dalam pertandingan akhir itu, antara aktiviti yang dilakukan para peserta ialah meneka produk keluaran Tesco dan nilai barangan yang diletakkan di dalam sebuah troli. Dalam pada itu, empat finalis lain membawa pulang hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM1,000 setiap seorang. Mereka ialah Zurina Mohd. Nasiha, Liu Kia Yong, Beatrice Rodrigues dan Ayu Rafikah. Sementara itu, Tesco turut memberikan ganjaran bulanan kepada para pelanggan setia iaitu pada Jun, Julai dan Ogos lalu dengan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000. Pemenang-pemenang berpeluang bercuti ke destinasi menarik seperti Legoland, Johor; Pulau Tioman, Pahang dan Pulau Redang, Terengganu. Mereka juga berpeluang melakukan aksi sukan air lasak, payung terjun dan menjadi juruterbang pesawat Cessna 172. Pengarah Komersial Tesco, Jason Godley berkata, setiap individu berhak untuk mengalami pengalaman yang bermakna dalam kehidupan mereka. "Semua orang mempunyai impian masing-masing. Jadi, saya berharap hadiah ini, dapat membantu para pelanggan setia kami merealisasikan impian mereka," katanya. Tambahnya, hadiah-hadiah itu juga merupakan ucapan terima kasih daripada pihak Tesco atas sokongan para pelanggan setia sejak ia dibuka pada tahun 2002. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |