Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali
- Nad bukti diri tidak jahil
- Dugaan Cinta Beri Shila Amzah Semangat
- Artis Baharu Perlu Banyak Buat Kajian - Fauziah Latiff
- Anis Aneesa Tidak Sedar, Bapa Meninggal Dalam Kereta
- Isu Curangi Isteri Buat Fauzi Nawawi Rasa Malu
- 'SuperMokh' Angkat Perjuangan Mokhtar Dahari
- Alyah serik bicara soal cinta!
- Anakku konsep baharu
- Pizza Hut buka 10 cawangan
- Benjy, 4 rakan bebas tuduhan dadah
- Rangka manusia tepi kolam
- Bajet 2014: Cuepacs minta bonus, kenaikan elaun
- Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?
- Rosyam tidak peduli Amani, Syamsul
- Pengakuan Tiga, populariti Alyah
- Giliran Nona tersingkir, AF 2013 terus dipertikai
- Gillian Chung putus cinta
- MASwings terjunam ke kampung
- Tiga pasar raya jual barangan luput tarikh
- Telefon bimbit melengkung pertama di dunia dijual
- Iklim Singapura, KL akan berubah
- Tunai haji sekali sahaja
- Pistol tembusi mulut peserta perarakan
- Hayden bertunang dengan petinju Ukraine
Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mengaku Nikah Dua Kali Posted: 11 Oct 2013 04:12 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Aeril Zafrel akhirnya mengaku hubungannya dengan aktres Wawa Zainal selama ini bukanlah teman biasa tetapi mereka sebenarnya adalah suami-isteri. Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, 25, berkata, dia dan Wawa, 22, telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. "Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab," katanya kepada pemberita dalam satu majlis yang diadakan di sebuah restoran di Neo Damansara, di sini petang Jumaat. Tambah Aeril, mereka bernikah sebanyak dua kali iaitu pada kali kedua , 4 Februari lalu, hampir setahun selepas pernikahan pertama. Katanya, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Terdahulu, akhbar pada Ahad lalu melaporkan Aeril sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, secara senyap. Hasil perkahwinan itu mereka dikatakan telah mendapat anak yang lahir pada 24 Ogos lalu dan diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar. Terdahulu, desas-desus tentang hubungan rapat mereka telah terdengar namun dinafikan Aeril dengan memberitahu hubungan baik tersebut hanya sebagai rakan artis semata-mata manakala Wawa dikatakan pulang ke kampung halamannya di Sabah akibat sakit misteri. | |||
Posted: 11 Oct 2013 04:11 AM PDT
LUMRAH menjadi seorang selebriti apabila kehidupan peribadi tidak lagi menjadi privasi, sebaliknya perlu dikongsi dengan peminat mereka. Perihal mengenai kekasih, bercinta malah berkahwin biarpun pada hakikatnya payah untuk dikongsikan selebriti tersebut. Namun, itulah hakikat yang perlu dihadapi mereka selepas mengambil keputusan untuk melangkah ke dunia glamor. Perkara yang sama turut dialami pelakon kecil molek, Nad Zainal. Biarpun pada mulanya kehadirannya bersih daripada sebarang kontroversi, namun sejak kebelakangan ini nama Nad acap kali disebut-sebut seiring dengan lakonan-lakonannya yang mula mendapat perhatian peminat. Ini terutamanya selepas berlakon dalam drama bersiri Bukan Bidadari dan juga Kampung Girl. Bermula isu diboikot segelintir wartawan kerana sukar memberi kerjasama apabila perihal peribadi dicungkil. Nad kemudiannya berdepan pula dengan isu bersekedudukan dengan teman lelakinya, Azman Kombos selain meninggalkan lokasi penggambaran kerana enggan berlakon bersama bekas kekasih iaitu Amar Ashraf yang kini sudah bergelar suami kepada suri hatinya, Arna Salleh. Mengulas mengenai perkara itu, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, sebagai selebriti yang sedang meningkat naik, soalan ruji mengenai kontroversi yang melanda dirinya perlu dihadapi dan dijawab olehnya. "Sebagai selebriti saya perlu menghadapi segala kontroversi yang melanda. Saya kena menghadapinya untuk memberi jawapan sebenar," jelasnya ketika ditemui pada sesi fotografi di Studio Utusan, Kuala Lumpur bersama pelakon Shah Iskandar dan Ika Nabila untuk drama terbaharu mereka, Seindah Sabarmu bagi siaran TV9 . Menyambung bicara, pelakon berusia 23 tahun itu menegaskan tidak pernah bersekedudukan dengan teman lelakinya. Hakikatnya, Azman sekadar menghantarnya pulang selepas menjalani penggambaran sehingga lewat malam. Atas alasan melihat kelibat Azwan menghantar Nad lewat malam ke rumah, pasangan itu dituduh bersekedudukan. "Padahal, saya bukan tinggal bersendirian. Saya tinggal bersama ibu bapa dan mana mungkin kami boleh bersekedudukan," luahnya yang sudah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun bersama kekasihnya yang baharu bernaung di bawah syarikat pengurusan MIG itu. Jelas mengenai perkara tersebut, Nad kemudiannya memperkatakan tentang isu meninggalkan set lakonan drama bersiri Kampung Girl selepas didapati bekas kekasihnya iaitu Amar Asyraf turut berlakon dalam drama tersebut.
Tidak selesa Kesal kerana tidak bertanya terlebih dahulu barisan pelakon drama tersebut, Nad akui kesilapannya meninggalkan set penggambaran dan telah memohon maaf kepada pengarah mengenai tindakannya itu. Disoal mengenai profesionalisme dirinya sebagai pelakon kerana enggan berlakon di samping bekas kekasih akibat kenangan yang pernah diciptakan mereka selama ini. Ungkap Nad yang merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu, biarlah orang anggap dia tidak profesional asalkan lakonannya tidak nampak kaku kerana tidak selesa berlakon dengan hero drama Setia Hujung Nyawa itu. "Saya mahu berlakon betul-betul. Kalau berlakon dengan dia (Amar), saya tidak boleh fokus. Saya tidak mahu berdepan dengan situasi yang membuatkan diri tidak selesa. "Ia akan memberi kesan kepada mutu lakonan kerana saya akan kaku berlakon di sampingnya," luah Nad yang enggan memperincikan kenapa mengalami perasaan begitu bersama bekas kekasihnya. Perkara yang sama turut dialami Nad apabila berlakon dengan kekasihnya, Azwan Kombos. Kata Nad, dia juga sudah meletakkan syarat tidak mahu berlakon dengan kekasihnya biarpun tawaran banyak mahu menggandingkan mereka. Tegas Nad, dua syarat itu sahaja yang diletakkan atas faktor pendiriannya. Jauh sekali untuk berlagak diva atau mencipta kontroversi. "Selama enam tahun berlakon, saya tidak pernah buat hal dengan produksi, malah pihak produksi juga faham dengan permintaan saya ini. Cuma, silap saya kerana terlepas pandang barisan pelakon untuk drama yang membabitkan Amar itu," bicaranya lagi. Tidak sorok Sudah lama menjalin hubungan cinta, Nad disua pula soalan mengenai perkahwinan. Ujar Nad, dia baru berusia 23 tahun dan belum lagi memikirkan mengenai perkara itu (kahwin). Bagaimanapun, pelakon berasal dari Kajang, Selangor itu meletakkan sasaran untuk berkahwin sebelum usianya menginjak 30 tahun. "Saya juga berserah pada jodoh. Kalau jodoh saya dalam masa terdekat juga saya terima. Namun, harap-harap saya berkahwin sebelum berusia 30 tahun," akuinya. Rentetan kontroversi pelakon Aeril Zafrel yang berkahwin sorok-sorok dengan pelakon Wawa Zainal dan didakwa mempunyai anak turut ditanya kepada Nad.
Ini kerana bukan pasangan itu, malah ramai lagi selebriti yang mengambil tindakan serupa (berkahwin senyap). Bagi Nad, dia akan beritahu jika berkahwin kelak. Sebab apa, dia sedar hakikat peminat di Malaysia yang tidak menyenangi sikap artis yang buat hal dan cuba berselindung. "Lebih elok jika seseorang artis itu memberitahu peminat bahawa dia sudah berkahwin. Jangan fikir kenyataan itu akan menjejaskan periuk nasi mereka. "Lihat sahaja seperti pelakon Fasha Sandha yang mengakui sudah berkahwin. Walaupun sudah berkahwin, dia tetap mendapat banyak tawaran berlakon," jelas Nad. Pandai mengaji Terbaharu, Nad bakal muncul dalam drama bersiri Seindah Sabarmu untuk slot Ratu di TV9. Drama yang menampilkan pelakon Shah Iskandar dan Ika Nabila itu bakal ditayangkan setiap hari Selasa dan Rabu mulai 15 Oktober ini. Bercerita mengenai drama 14 episod itu, ujar Nad, dia membawakan watak seorang ustazah bernama Syafikah yang pandai mengaji dan marhaban. Biarpun wataknya berat kerana perlu mengaji dan marhaban, Nad membukti- kan yang dirinya mampu melakukan tanpa menggunakan suara orang lain. "Saya tidak mahu menggunakan suara orang lain ketika mengaji dan marhaban. Saya mahu lakukannya sendiri. Orang selalu cakap artis jahil agama. "Jadi, saya mahu buktikan yang saya bukan begitu," tegasnya yang sejak kecil dititikberatkan oleh neneknya untuk mengaji dengan berlagu. | |||
Dugaan Cinta Beri Shila Amzah Semangat Posted: 11 Oct 2013 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Shila Amzah mengakui ujian cinta yang menjadi dugaan hidupnya banyak memberi semangat dan kekuatan dalam menempuh arus sebagai anak seni. Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 23, berkata, perkara tersebut juga banyak mengajarnya menghargai erti kebebasan hidup dan menikmati masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat. "Alhamdulillah semua dugaan perit yang terjadi telah membuat saya lebih kuat dan memberi semangat untuk saya menempuhi hari-hari seterusnya. "Apa yang lebih penting ialah menghargai masa bersama keluarga, rakan-rakan dan peminat tanpa perlu mengambil kira tentang individu lain," ujarnya ketika ditemui selepas persembahannya di Penthouse@ The Icon, di sini, Khamis. Shila juga memberitahu banyak mencurahkan segala emosi dan perasaan yang dipendam ke dalam lagu-lagu ciptaannya menerusi album terbaharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. "Ketika saya membuat lagu ini hati saya sedang sedih dan bagi saya lebih baik saya curahkannya segalanya menjadi lagu yang menggambarkan perasaan saya, itu lebih berfaedah," katanya yang sebelum ini pernah bercinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad. Dalam persembahannya, Shila mempersembahkan lagu terbaharu berjudul Sedarciptaannya sendiri serta Maaf, Cinta Hati, Tulus dan Masih Aku Cinta. Dia turut menyampaikan lagu-lagu medley nyanyian penyanyi Adele seperti Set Fire To The Rain dan Rolling In The Deep Rumous Has It. Tambah Shila, persembahan itu sebagai persiapannya dalam perancangan konsert yang lebih besar pada tahun hadapan. Turut hadir rakan artis seperti Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohammad Jiwa, Johan As'ari dan Nazim Othman. | |||
Artis Baharu Perlu Banyak Buat Kajian - Fauziah Latiff Posted: 11 Oct 2013 04:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Fauziah Latiff menasihati agar artis baharu agar memiliki pengetahuan am yang tinggi termasuklah membuat kajian dan mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai hal ehwal semasa dan juga bidang seni. Fauziah, 43, atau lebih mesra dengan panggilan Jee berkata, ia penting sebagai persediaan sebelum mereka berhadapan dengan media atau khalayak supaya dilihat lebih bijak. "Penting bagi seseorang artis baru untuk menyiapkan diri mereka dengan ilmu tentang industri hiburan tanah air. Kalau boleh, ambil tahu serba sedikit tentang artis-artis lama. "Ketika zaman saya dahulu saya akan sentiasa buat research agar saya tahu apa yang ingin cakapkan kepada media. Saya juga bersedia dengan semua soalan kerana bagi saya setiap jawapan dan perkataan yang kita ucapkan itu akan melambangkan diri kita," katanya kepada mStar Online. Tambah Fauziah, ada segelintir artis baharu yang tidak bijak untuk membawa diri dalam industri dan gagal berkomunikasi dan memberi jawapan yang baik kepada media. Sementara itu, ditanya tentang perkembangan terbaharunya, dia berkata lebih selesa dengan kehidupannya sekarang selain tidak pernah memikirkan untuk membuat kemunculan semula. "Saya masih ada dalam industri cuma kurang publisiti atau buat persembahan di khalayak sahaja. Namun untuk aktiviti-aktiviti seni, saya sentiasa ada," katanya. Namun begitu, dia dalam perancangan untuk menghasilkan single baharu yang dijangka dilancarkan pada tahun hadapan. | |||
Anis Aneesa Tidak Sedar, Bapa Meninggal Dalam Kereta Posted: 11 Oct 2013 04:07 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Anis Aneesa tidak dapat melupakan detik-detik terakhir apabila bapanya, Mushidi Desa, 52, meninggal dunia di dalam kereta tanpa disedari ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital Selayang pada 1 September lalu. Anis atau nama sebenarnya Nuranishazwani Mushidi, 27, berkata, sebelum kematian, Allahyarham meminta Anis membawanya ke hospital untuk menambah darah dalam badan kerana masalah penyakit gout yang dihidapi. "Ayah saya memang sudah lima tahun menghidapi penyakit gout tetapi tidaklah begitu serius. Permintaannya untuk ke hospital bagi menambah darah juga adalah perkara normal yang sering dibuat. "Ketika dalam perjalanan saya duduk di hadapan dan ibu yang memandu, dan ketika itu tidak terdetik pun nak menjenguk ke belakang sepanjang perjalanan kami sehingga kami tidak sedar ayah sudah tiada. "Ketika sampai di hospital, badan ayah dah 'kejung' dan jururawat mengesahkan ayah dah meninggal dunia," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis. Tambah Anis, kematian itu membuatkan dia dan ibunya, Sharifah Yunus, 49, benar-benar terkejut malah ibunya juga masih sukar menerima kenyataan kehilangan itu. Bagaimanapun selepas beberapa minggu, kata Anis, dia dan ibunya kembali tenang dan reda atas dugaan yang berlaku. "Memang pada mulanya ibu susah nak terima kenyataan. Iya lah, siapa sangka ayah pergi begitu cepat. Tambah pula kami sebuah keluarga yang sangat rapat dan jaga antara satu sama lain. "Pemergian ayah juga membuatkan saya terpaku, entah susah mahu menggambarkan perasaan itu," ujarnya. Dalam pada itu Anis turut menceritakan detik manis bersama bapanya apabila arwah sentiasa bersama-sama dia setiap kali melakukan aktiviti nyanyian termasuklah sanggup melaburkan sejumlah wang dalam penerbitan lagu serta menganjurkan majlis pelancaran album. "Ayah memang dari dulu minat dunia seni dan kerana itu dia sentiasa memberi sokongan penuh setiap kerja seni saya dan sanggup menemani ke mana sahaja saya pergi. "Malah ayah juga yang mengeluarkan sejumlah wang bagi melancarkan urusan kerja muzik saya. Nampaknya sekarang ini saya perlu terima hakikat yang ayah tidak akan menemani saya lagi," tuturnya. | |||
Isu Curangi Isteri Buat Fauzi Nawawi Rasa Malu Posted: 11 Oct 2013 04:07 AM PDT PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi berasa malu apabila timbul isu kononnya dia mempunyai skandal dengan pelakon yang juga bekas peserta Akademi Fantasia 5 (AF5) iaitu Noni. Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 40, berkata, dia terkejut kerana masih ada isu-isu skandal dikaitkan dengannya termasuklah berlaku curang dengan isteri, Lisdawati. "Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal. "Rasa macam tak logik saya dikaitkan dengan Noni kerana saya hanya pernah bekerjasama menerusi drama Aiman Tempe, Jentera Jenteng Pilihan Raya danKiambang sahaja dengannya. "Dia juga turut terlibat menjayakan promosi produk Aqua Terapi yang diusahakan oleh syarikat saya dan isteri iaitu Perfect Illusion Corporation Sdn Bhd," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Khamis. Sebuah akhbar pada Khamis melaporkan Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin mempunyai skandal dengan Fauzi selepas mereka berkenalan rapat. Bagaimanapun Noni menjelaskan hubungan mereka hanyalah atas dasar kerja selain menjadi anak didik kepada pelakon itu yang banyak membimbingnya mengenai dunia seni hiburan tempatan. Sementara itu, Fauzi berkata, dia berasa pelik daripada mana wartawan yang mengeluarkan berita tersebut mendapat sumber berkenaan dan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya kontroversi tersebut menjejaskan karier dan perniagaannya. "Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. "Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi Lisda sering bersama saya dan Noni apabila membuat promosi produk. "Tetapi apa pula kata teman lelaki Noni apabila isu ini menjadi serius? Saya harap gosip saya berskandal dengan wanita lain tidak lagi diberitakan. Cukup-cukuplah. Anak-anak saya pun dah besar, rasa kurang manis apabila berita ini keluar. Apatah lagi saya dan Lisda merancang untuk menambah anak pada tahun hadapan," tegas Fauzi. Dalam perkembangan lain, Fauzi kini sedang menjalani penggambaran drama Dialah Suamiku bersama-sama dengan nabila Huda dan Dazrin Kamaruddin terbitan Metrowealth International Group (MIG), siaran Astro Prima. | |||
'SuperMokh' Angkat Perjuangan Mokhtar Dahari Posted: 11 Oct 2013 04:05 AM PDT SHAH ALAM: Mohd Reza Mohd Mokhtar iaitu anak sulung kepada legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari berharap kisah hidup bapanya menerusi teater muzikal SuperMokh dapat memberi peluang kepada generasi muda mengenali figura terkenal itu dengan lebih mendalam. Mohd Reza, 32, berkata, kesungguhan dan pengorbanan bapanya diharap dapat menyuntik semangat kepada generasi muda khususnya yang ingin bergelar pemain bola sepak. "Arwah bapa asalnya bukan pemain bola sepak profesional namun komitmen, semangat serta kesungguhannya telah meletakkan dia di kalangan terbaik. "Ramai yang tidak mengetahui kisah sebalik pengorbanannya untuk mencapai tahap tersebut dan berharap teater ini dapat menjadi inspirasi kepada mereka yang datang menonton," katanya ketika ditemui pada sidang media SuperMokh di Pusat Konvensyen Setia City di sini pada Khamis. SuperMokh bakal di pentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 6 hingga 18 November depan. Ia membariskan pelakon seperti Awie yang bakal memegang watak sebagai Mokhtar, Rashidi Ishak, Dina Nazir, Maya Karin, Douglas Lim, Phoon Chi Ho, Oliver Johanan dan Clarence Kuna. Dalam perkembangan sama, Mohd Reza berkata, dia dan keluarganya berbesar hati apabila pihak penerbit mahu menerbitkan teater berdasarkan kisah hidup Mokhtar. Malah kata Reza, dia yakin Awie dapat membawa watak bapanya dengan baik walaupun tidak banyak rujukan visual mengenai Mokhtar. "Saya berbesar hati dan bangga apabila pihak produksi memilih arwah bapa untuk kisah hidupnya dipentaskan dalam sebuah teater muzikal. "Ia pasti menarik kerana bidang sukan dan hiburan digabungkan dan berharap hasilnya akan menghiburkan," katanya. Sementara itu, penerbit dan pengarah teater berkenaan, Hans Isaac berkata, idea untuk menghasilkan teater muzikal tersebut datang daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga peminat setia Mokhtar. Kata Hans, sokongan diberikan baginda dan pihak korporat telah merealisasikan perancangan yang telah dibuat hampir setahun lalu. Katanya lagi, penceritaan hidup Mokhtar akan lebih menekankan kepada kisah yang belum pernah diketahui umum. Hans menjelaskan, walaupun agak sukar untuk menterjemahkan sifat dan peribadi Allahyarham namun pihak produksi bertuah kerana mendapat sokongan daripada keluarga Mokhtar bagi mengenali sisi lainnya. "Selain kisah kejayaannya di padang bola sepak kita akan tumpukan kepada kisah-kisah yang orang tidak pernah tahu mengenai Mokhtar dan itu adalah keistimewaan teater muzikal ini. "Syukur keluarga dan sahabat handainya banyak memberikan input tentang diri Mokhtar yang kami langsung tidak ketahui," jelasnya. Dalam pada itu, Hans berkata, rutin latihan pementasan teater itu dibuat dengan ketat di mana semua pelakon utama dikehendaki menurunkan berat badan supaya sesuai dengan semua watak yang dibawa. Katanya, semua pelakon juga perlu berlari selama 45 minit setiap hari dan melakukan senaman sebelum memulakan latihan. "Dari segi lakonan tiada masalah kerana semuanya berbakat besar tetapi untuk memantapkan jalan cerita dan kisah hidup Mokhtar mereka perlu bersenam," katanya. Tiket untuk menyaksikan teater tersebut sudah mula dijual di www.ticket2u.biz atau boleh menghubungi 03-4147 8600 atau 019-211 1600. Mokhtar dilahirkan pada 13 November 1953 dan meninggal dunia pada 11 Julai 1991 pada usia 38 tahun. Supermokh adalah gelaran yang digunakan untuknya. | |||
Alyah serik bicara soal cinta! Posted: 11 Oct 2013 04:03 AM PDT
Tidak cukup dengan itu, kisahnya yang sering bertukar pengurus dan pembantu peribadi turut mencalar imejnya.Paling ketara, apabila kisah cintanya bersama komposer tersohor, Datuk Ramli MS, mula mendapat perhatian media dan telah mengatasi karier seninya. Bukan saja pernah dikatakan berkahwin secara rahsia dengan duda anak dua itu, Alyah juga dikatakan sanggup memboikot media hanya kerana tidak puas hati dengan pihak media yang menyebarkan berita tentang hasratnya ingin berkahwin dengan bekas pengetua Akademi Fantasia (AF) itu. Bagaimanapun itu kisah dulu! Bagi penyanyi yang juga popular dengan lagu Kau Yang Terindah ini, keutamaannya kini terhadap karier seni. Enggan lagi membicarakan soal cinta mahupun jodoh, Alyah bagaimanapun tidak menafikan hasratnya yang ingin berumah tangga seperti orang lain. "Saya tak mahu lagi ulas tentang soal kahwin. Kalau ada jodoh saya memang nak kahwin," tegas Alyah yang enggan lagi dikaitkan dengan Ramli MS. Jadi Komposer Muncul sebagai komposer sekali gus mengubah tanggapan negatif bahawa penyanyi ini menyepi seketika dari dunia hiburan. Malah ia merupakan percaturan baru Alyah untuk terus berada dalam industri. "Saya tidak menyepi dari dunia hiburan, Insya-ALLAH, selepas ini saya akan belajar untuk mencipta lagu dengan baik," katanya selepas pelancaran single kumpulan baru, Tiga di Hard Rock Café baru-baru ini. Mempertaruh lagu 'Pengakuan', Alyah berkata, dia sangat bangga dapat bekerjasama dengan kumpulan Tiga yang diterajui tiga anak muda berbakat besar, Arween (Mohd Khairul Iqhssan,28) Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan Maya (Maya Hariyanto, 21). "Walaupun dah lama lagu ini terperap, namun dengan nafas baru, saya bersyukur lagu itu sesuai dengan mereka dan sesuai dengan aliran muzik terkini. "Pada mulanya saya tak rasa lagu ini boleh disuntik kembali dengan mode yang lebih segar, kerana lagu 'Pengakuan' yang saya cipta lebih kepada genre 'pop balad'. "Namun, bila dinyanyikan secara harmoni melalui kombinasi empat suara ini maka terciptalah nafas baru bagi lagu ini," katanya yang bersedia untuk berduet dengan kumpulan itu. Sebalik 'Pengakuan' Berkongsi kisah di sebalik penghasilan lagu tersebut, kata Alyah, lagu tersebut diilhamkan sekitar 2005 dan ketika itu dia dan Alfie (salah seorang anggota Tiga) pernah merancang untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik. "Selain Alfie, ada dua lagi ahli kumpulan dari Indonesia, menyertai pertandingan Gangstarz di TV3. Tapi nak dijadikan cerita, hasrat kami tak kesampaian apabila saya seorang saja yang berjaya mara dalam pertandingan itu. "Ketika itu, saya diserap untuk menyertai One Nation Emcees yang turut bersaing dalam pertandingan itu," katanya yang telah lama mengenali Alfie. Kata Alyah, selepas itu dia mula berjinak-jinak dalam dunia penciptaan lagu dan tidak menyangka Alfie datang bertemunya untuk mencipta lagu buat mereka. "Saya masih baru dalam bidang ini dan lagu ini adalah percubaan pertama saya. Ia mungkin tidak sempurna atau sehebat mana, namun ia memberi makna sangat mendalam kepada saya. "Insya-ALLAH saya akan cuba menghasilkan lagu lebih baik selepas ini," kata Alyah yang pernah popular dengan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang. Turut memuji bakat dan usaha kumpulan Tiga, Alyah berkata, dia yakin kumpulan itu mampu pergi lebih jauh. "Melihat semangat mereka, saya yakin mereka bukan saja akan memeriahkan industri muzik tanah air, tetapi juga akan membawa kelainan buat peminat," katanya yang turut yakin lagu 'Pengakuan' itu akan membawa tuah buat kumpulan ini. Kaji fesyen tudung Ramai dalam kalangan selebriti tempatan mula mencebur diri dalam pelbagai bidang perniagaan. Tidak terkecuali, Alyah yang kini bergelar usahawan dan telah memperkenal jenama pakaian dan 'turbannya' sendiri iaitu, Gaya Elliya. Pada masa sama, Alyah kini sedang menyiapkan rekaan beberapa turbannya sekali gus ingin merancang meluaskan pasaran perniagaannya ke beberapa tempat sekitar ibu kota. "Saya suka fesyen tudung 'turban', kerana mudah dipakai. Sekarang, saya sedang buat rekaan 'turban' yang lebih senang untuk disauk dan tidak mengambil masa bagi sesetengah wanita di luar sana untuk mencuba gaya yang menawan tanpa ambil masa lama atau rumit memakainya. "Saya banyak buat kajian dan fikir fesyen bertudung yang sesuai untuk dipakai oleh saya sendiri dan untuk orang ramai," katanya. | |||
Posted: 11 Oct 2013 04:01 AM PDT
Ketua Pegawai Eksekutif Anakku, Jasmine Chew berkata, setakat ini, kedai konsep itu boleh didapati di pusat beli-belah Mid Valley. "Dua cawangan lain di Queensbay Mall, Pulau Pinang dan East Coast Mall, Pahang yang akan dibuka pada Oktober ini. Manakala Johor dan Pavilion, Kuala Lumpur akan dibuka pada Disember nanti," katanya. Menurutnya, Animation World menawarkan pelbagai produk menggunakan pelbagai karakter kartun kegemaran kanak-kanak antaranya Hello Kitty, Mickey Mouse, Angry Bird dan Doraemon. Katanya, kedai konsep itu adalah kedai dengan gabungan pelbagai jenama animasi kartun di bawah satu bumbung dengan kos dekorasi berjumlah RM500,000 bagi setiap kedai. Chew berkata, pelanggan Anakku boleh mendapatkan produk jenama yang mereka dengan harga serendah RM4.90 sehingga RM400 di beberapa cawangan Anakku di seluruh negara. "Konsep baharu itu bertujuan memberikan pelanggan merasakan bahawa mereka sedang memasuki dunia yang berbeza apabila melangkah masuk ke dalam kedai. "Setiap karakter animasi mempunyai identiti serta personaliti tersendiri. Pelanggan boleh melihat, memegang dan beramah mesra dengan semua karakter-karakter berkenaan. Katanya, Anakku turut menyasarkan golongan pembeli yang terdiri daripada dewasa untuk datang mengunjungi Animation World kerana karakter-karakter yang diperkenalkan dikenali di peringkat global. | |||
Posted: 11 Oct 2013 04:00 AM PDT
Pengurus Besar Kanan Pizza Hut, Low Kang Moon berkata, setiap cawangan baharu itu akan memerlukan pelaburan besar RM500,000 hingga RM1 juta mengikut lokasi setiap cawangan. "Buat masa ini, kami mempunyai lebih 300 cawangan yang beroperasi di setiap negeri berbanding pesaing kami yang mempunyai cawangan lebih kurang seratus cawangan sahaja," katanya selepas pelancaran menu terbaru Cheesy Bites Trio Pizza, di Kuala Lumpur, semalam. Sementara itu ketika ditanya berhubung cadangan untuk membuka cawangan di luar negara, Moon berkata, setakat ini, Pizza Hut hanya akan menumpukan pada pembukaan cawangan dalam negara kerana masih banyak potensi perlu diterokai di negara ini. Menurutnya, Pizza Hut turut membelanjakan RM3 juta bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta kempen bagi produk baru itu sehingga Disember ini. "Pelancaran ini adalah fasa pertama manakala fasa kedua akan bermula pada November 2013 dengan menambah perisa lain bagi Piza The Cheesy Bites Trio. "Kami juga menyasarkan produk ini akan menyumbang 25 peratus jumlah jualan kepada sasaran jualan kami bagi tahun ini," katanya. Piza The Cheesy Bites Trio menampilkan dua jenis inti keju, iaitu krim keju dan tiga perisa keju, kemudiannya diberikan sentuhan unik dengan tiga jenis taburan berbeza iaitu bijian panggang, keju parmesan dan chipotle berempah. Produk itu boleh didapati dengan harga RM29.90 bagi saiz biasa dan RM38.90 untuk saiz besar serta hidangan kombo bermula RM32.90 (dua orang) sehingga RM48.90 (empat orang). | |||
Benjy, 4 rakan bebas tuduhan dadah Posted: 11 Oct 2013 03:44 AM PDT
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membebaskan Benjy, 34, dan empat rakannya iaitu Imran Radzi, 32, pasangan suami isteri Asmanizam Mohamed Akhir, 32, dan Norazila Arzami, 27, serta Afifi Hamidi, 27, selepas pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap mereka. Hari ini ditetapkan untuk sebutan kes tetapi Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menyatakan pihaknya mendapat arahan daripada ketua pendakwaan untuk menarik balik pertuduhan terhadap kelima-lima tertuduh. Goh berkata, pertuduhan itu ditarik balik kerana seorang lagi rakan mereka, Zain Amir Zainal Khairi yang didakwa atas pertuduhan sama, telah mengaku bersalah sebelum ini dan dikenakan denda RM4,000. "Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon kelima-lima tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan," katanya. Peguam Amer Hamzah Arshad pula memohon kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan kerana mereka sudah dikira tidak bersalah. Mahkamah membenarkan permohonan Amer Hamzah. Pada 11 September lepas, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama memiliki beg mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 2.99 gram di Oakleaf Park Condo, Blok C, Persiaran Bukit Jaya, Taman Bukit Jaya, Hulu Kelang pada 11.30 pagi 26 Jun lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000, jika sabit kesalahan. Sementara itu, di luar mahkamah Benjy melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan itu selain turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya sepanjang kes itu berjalan. "Kes ini memberi impak kepada saya kerana disebabkan kes ini saya kehilangan kerja... buat masa sekarang saya ingin menjauhkan diri daripada industri hiburan dan ingin mencari kerja lain," katanya. | |||
Posted: 11 Oct 2013 03:41 AM PDT
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, saksi yang terkejut dengan penemuan tersebut terus membuat laporan polis. Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian serta menjumpai beberapa tulang dan satu tengkorak manusia. Katanya, hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian, seluar, kemeja dan tali pinggang hitam berjenama John Master turut dijumpai. "Tiada sebarang senjata dan dokumen pengenalan diri milik mangsa ditemui di tempat kejadian. "Bagaimanapun berdasarkan daripada pemeriksaan tulang dan barang kes, mangsa dipercayai seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun," katanya. kepada pemberita selepas menghadiri gotong-royong dan majlis tahlil Allahyarham Asisten Superintendan Mohd Zabri Abd Hamid, di sini, semalam. Som Sak berkata, rangka manusia itu juga didapati berselerak, dipercayai angkara binatang liar. Katanya, pihaknya percaya rangka tersebut berada di kawasan terbabit sejak kira-kira tiga bulan lalu sebelum ditemui. Beliau berkata, rangka manusia itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk pemeriksaan lanjut. "Kami juga meluaskan pencarian bagi mengenal pasti identiti rangka manusia itu dengan rekod orang hilang sejak Mac hingga Ogos di Perak berdasarkan ciri-ciri ditemui namun tiada padanan. "Kita juga akan memperluaskan pencarian dengan rekod orang hilang dari negeri lain dan berharap dapat menjumpai padanan," katanya. Som Sak berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu siasatan lanjut dilakukan. Beliau meminta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya terus menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor La Paula Abd Muis atau Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tapah, Asisten Superintendan Md Nasri di talian 05-4015222. | |||
Bajet 2014: Cuepacs minta bonus, kenaikan elaun Posted: 11 Oct 2013 03:40 AM PDT
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini. Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini. Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza. Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah. Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini. Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah. "Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. | |||
Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH? Posted: 11 Oct 2013 03:39 AM PDT
Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut. Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut. Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar. Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan. Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu. "Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu. "Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu," katanya. Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial. "Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT. "Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama. "Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya. Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut. Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan. | |||
Rosyam tidak peduli Amani, Syamsul Posted: 11 Oct 2013 03:30 AM PDT
MALAM Selasa lalu, perang Twitter antara aktres Sharifah Amani dan pengarah filem KL Gangster 2 timbul gara-gara aktres itu meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap sistem pengkategorian filem lakonannya Psiko Pencuri Hati oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) yang mendapat klasifikasi PG18. Dalam luahannya, Amani dilihat tidak puas hati apabila filem KL Gangster 2 yang mengandungi pelbagai unsur negatif di dalam filem seperti dadah, pukul, rogol dan mencarut layak mendapat klasifikasi PG13. Luahannya itu mendapat perhatian Syamsul apabila Syamsul membalas adakah dia tidak berpuas hati dan menyifatkan bahasa kasar yang digunakan sebagai kurang ajar. Amani kemudiannya meminta maaf kepada Syamsul andai dia tersinggung dengan luahannya itu dan menjelaskan, kata-katanya tidak bersifat peribadi, cuma dia terganggu dengan diskriminasi yang berlaku. Bagaimanapun, salah seorang pelakon utama filem KL Gangster 2, Rosyam Nor yang ditemui pada majlis sidang media Drama Festival KL di Bangsar baru-baru ini enggan mengambil peduli tentang perang Twitter antara Amani dan Syamsul. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Rosyam. Kosmo!: Adakah Rosyam tahu tentang perang Twitter antara Amani dan Syamsul? ROSYAM: Tidak. Namun, bagi saya itu hanyalah perdebatan terbuka yang biasa antara Amani dan Syamsul. Saya tidak mahu ambil peduli dan masuk campur kerana itu hak mereka. Apabila Amani mempersoalkan klasifikasi PG13 yang diberikan kepada filem KL Gangster 2, apakah komen anda? Apa sahaja klasifikasi yang diberikan kepada filem KL Gangster 2, sebelum filem itu ditayangkan di panggung pun sudah ramai kanak-kanak panggil saya dengan nama Tailong kerana mereka sudah tonton di YouTube terlebih dahulu. Saya tidak mahu komen lebih kerana apa yang lebih penting sekarang adalah mencari dalang di sebalik penyebaran filem KL Gangster 2 sebelum tarikh tayangan. Mungkin anda ada nasihat buat Amani? Bagi saya, dia bebas untuk bersuara, cuma salurannya tidak tepat. Andai dia tidak berpuas hati dengan sistem pengkategorian filem, dia harus mengajukan masalah itu kepada pihak LPF. Adakah anda pernah berhadapan perkara yang sama dengannya? Saya juga pernah berhadapan dengan situasi tersebut. Namun sebagai penerbit, saya harus tahu caranya untuk meluaskan filem tersebut. Contohnya, LPF mempunyai panel rayuan. Jika anda tidak berpuas hati dengan sebarang keputusan LPF, anda boleh merayu disertakan dengan hujah dan kertas kerja yang betul. Jika kena dengan gayanya, LPF akan mempertimbangkan. Sebagai pelakon yang dikenali, adakah wajar untuk mengeluarkan kata-kata yang kurang manis di laman sosial? Twitter sudah menjadi satu trend dan apa sahaja yang terbuku di hati ditulis di Twitter. Saya mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut di Twitter tetapi saya tidak pernah menggunakan bahasa yang kurang elok di Twitter kerana saya seorang yang matang, sesuai dengan usia saya. Bagaimana pula anda menggunakan Twitter? Twitter bagi saya bagus kerana mendekatkan diri dengan peminat dan dapat promosikan filem atau sebarang aktiviti saya sebagai artis. Bagaimanapun, harus berjaga-jaga menggunakan teknologi moden ini kerana apa sahaja yang ditulis dan dimuat naik dalam internet akan kekal sampai bila-bila dan tidak boleh dipadam sampai kita mati. | |||
Pengakuan Tiga, populariti Alyah Posted: 11 Oct 2013 03:28 AM PDT
SETELAH menempuh pelbagai dugaan dan cabaran untuk bergelar selebriti, mereka yang sebelum ini bergerak secara solo, telah memutuskan untuk bergerak secara berkumpulan. Keputusan itu dilakukan kerana percaya dengan menggabungkan keunikan dan keharmonian suara mereka, mereka mampu bertahan lama di dalam industri hiburan tanah air ini. Namun, mereka empat orang anak muda, dengan seorang wanita dan tiga lelaki menggelarkan diri sebagai Tiga. Tiga menjelaskan yang pada awalnya mereka bergerak hanya seramai tiga orang ahli iaitu Arween (Mohd Qhairol Iqhssan, 28), Alfie (Syed Alfrizal, 26) dan Maya (Maya Hariyanto, 21). Namun mereka telah membuat keputusan untuk menambah ahli baharu iaitu Zack (Zack Merican) berusia 20 tahun. Ini kerana bakat yang ada pada Zack iaitu dengan keupayaan untuk rap, melakukan rap-box dan menyanyi itu membolehkan dia diserap masuk di dalam kumpulan tersebut. Untuk memastikan percaturan mereka kali ini menjadi, Tiga telah mempersiapkan diri mereka dengan 'senjata' yang diyakini mampu menembusi pasaran dengan baik. Selain mempertaruh pelbagai genre seperti World Music, pop R&B dan Pop Rock, Tiga telah berjaya 'mencuri' hasil karya penyanyi Alyah untuk dijadikan single pertama mereka. 'Pencurian' tersebut berlaku selepas Tiga bertemu penyanyi yang terkenal dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu beberapa bulan lalu. Mereka tertarik untuk mengambil lagu Pengakuan, sentuhan Alyah untuk dipersembahkan dengan cara Tiga. "Kami bertemu Alyah meminta izin mengambil karyanya untuk dijadikan lagu nyanyian kami. Pengakuan adalah salah satu lagu yang sesuai dengan kami. Pertama, konsep vokal berharmoni itu dapat dikekalkan, kedua kerana muziknya adalah mesra radio dan ketiga kerana lagu Pengakuan itu berentak rancak. "Sebab itu kami rasa ia amat sesuai dengan kami," ujar Arween yang juga memberitahu, pertemuan bersama Alyah untuk membuat keputusan lagu tersebut dijadikan single pertama mereka hanya berlangsung di sebuah taman permainan. Sementara itu, Alyah cukup berbesar hati apabila ada pihak lain yang sedar tentang kredibilitinya mencipta lagu. Dia yang telah menyimpan lagu tersebut selama lapan tahun, akhirnya melepaskan Pengakuan kepada Tiga kerana beranggapan ia memang sesuai dinyanyikan oleh kumpulan tersebut. Katanya: "Saya telah menyimpan lagu ini selama lapan tahun, sewaktu saya masih lagi bersama Fabulous Cat. Namun, pada waktu itu, saya merasakan lagu tersebut belum cukup enak untuk dipersembahkankan. "Bagaimanapun, selepas saya memberinya kepada Tiga, saya dapati ia sesuai dan saya sendiri tidak menyangka kerana saya mampu menghasilkan sebuah lagu yang enak didengar." Disogok tentang persoalan mereka menumpang populariti Alyah, Tiga menafikan hal tersebut, sebaliknya memberitahu, kehebatan Pengakuan telah membuat mereka mengetepikan isu populariti Alyah. Alyah juga saat ditanya soalan yang sama memberitahu: "Saya tidak ada masalah jika mereka menumpang populariti saya tetapi biar ia berlaku dengan cara terhormat. Mereka telah datang bertemu dengan saya dan meminta izin untuk menggunakan lagu ciptaan saya itu dan saya izinkan". Pada masa yang sama, Tiga juga enggan dibandingkan dengan kumpulan Fabulous Cat yang terlebih dahulu muncul dengan konsep yang sama. "Sebelum kami masuk secara serius ke dalam bidang ini, kami telah membuat kajian tentang kelebihan dan kelemahan kami dengan kumpulan kami. Dan dengan ini kami berani mengatakan bahawa Tiga sama sekali tidak sama dengan Fabulous Cat," ujar Arween. | |||
Giliran Nona tersingkir, AF 2013 terus dipertikai Posted: 11 Oct 2013 03:27 AM PDT
MENERUSKAN legasi menjadi Inspirer (pengilham) selepas penyanyi Faizal Tahir, Melly Goeslow juga sama seperti Faizal yang belum berjaya membuktikan kekuatan vokal mahupun persembahan setiap pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013). Persembahan pelajar-pelajar AF 2013 di bawah tanggungjawab Melly pada konsert minggu keempat di Padang A & B, Plaza Angsana, Johor Bahru, Ahad lalu, masih lagi belum mencapai standard AF sebelum-sebelum ini. Sehinggakan, ada yang tertanya-tanya bagaimana pelajar-pelajar tersebut boleh diterima masuk, sedangkan kualiti vokal biasa-biasa sahaja. Terutama sekali Nur Nabila Mohd. Razali dan juga Nadia Amira Othman. Begitupun, ada juga beberapa pelajar yang dilihat mempunyai vokal yang mantap dan juga mempamerkan persembahan bertenaga melalui pujian juri tetap AF 2013 iaitu Roslan Aziz, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani. Mereka yang dipuji ialah Rasmawatie Mohd. Thamrin atau Nona, Nur Aishah Aziz atau Aishah dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah. Juri menganggap Nona mempunyai vokal yang mantap selain memberi persembahan pembuka yang segar menerusi lagu Treasure daripada penyanyi Bruno Mars. Bagaimanapun, persembahan mantap Nona tidak berjaya mencuri hati pengundi khidmat pesanan ringkas (SMS) apabila peserta berasal dari Sabah itu tersingkir pada malam tersebut. Penyingkiran Nona mengejutkan banyak pihak apabila ramai yang membuat andaian Abdul Suhadah Unding atau Suhadah bakal terkeluar melalui undian terendah yang diraihnya. Biarpun, segala pujian mahupun kritikan diberi kepada pelajar-pelajar tersebut, namun keseluruhan konsert minggu keempat itu masih kelihatan hambar. Bagaimanapun, kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan pada bahu Melly seratus peratus kerana komposer dan penyanyi terkenal dari Indonesia itu baru memikul tanggungjawab menjadi Inspirer untuk minggu pertama dan mempunyai dua minggu perjalanan lagi. Melly juga mengakui, tugas sebagai Inspirer bukan melatih pelajar-pelajar kerana mereka mempunyai tenaga pengajar. Sebaliknya, beliau hanya bertanggungjawab menyalurkan pengalamannya sebagai penyanyi kepada mereka. "Ramai yang masih tersalah anggap mengenai tugas Inspirer. Kami bukan melatih pelajar-pelajar tetapi sekadar berkongsi pengalaman dan juga membantu mereka yang mempunyai masalah. "Saya sudah lama merasai asam garam sebagai penyanyi. Jadi, saya ajar mereka bagaimana menangani perasaan gemuruh dan bagaimana untuk menyalurkan perasaan di dalam lagu," jelasnya ketika ditemui sejurus konsert minggu keempat itu berlangsung di Padang A & B, Plaza Angsana, Johor Bahru. Tidak adil Biarpun baru seminggu menjadi Inspirer, Melly memberitahu, kesemua pelajar AF 2013 mempunyai peningkatan yang positif menerusi video yang ditonton ketika Faizal menjadi Inspirer. Begitupun, Melly mengakui tidak mengenali pelajar secara mendalam dan disebabkan itu dia meminta Azhael yang terdiri daripada dua peserta iaitu Mohd. Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi menentukan lagu yang perlu dinyanyikan oleh setiap peserta. Biarpun tindakan Melly itu dilihat tidak adil buat peserta lain kerana ada beberapa suara peserta yang dilihat tidak sesuai dengan lagu yang dipilih tetapi Melly ada jawapannya. "Mungkin ada satu atau dua lagu yang tidak sesuai dinyanyikan oleh peserta tetapi saya yakin apa yang dipilih Azhael sangat sesuai untuk teman mereka," jelasnya yang memberitahu Azhael dipilih kerana meraih undian tertinggi pada konsert minggu ketiga. Nona terkilan Sementara itu, Nona ketika ditemui mengakui terkilan kerana tersingkir pada malam konsert keempat tersebut. Biarpun terkilan, Nona akur kerana undian 100 peratus dibuat melalui peminat. "Memang terkilan tetapi hendak buat macam mana saya tersingkir disebabkan undian," ungkapnya yang tidak dapat menahan kesedihan dengan penyingkirannya pada malam itu. Disoal mengenai perancangannya selepas keluar AF 2013, Nona memberitahu akan bercuti bersama keluarga sebelum merancang untuk menyambung pengajiannya dalam bidang kejururawatan. | |||
Posted: 11 Oct 2013 03:25 AM PDT
PENYANYI terkenal Hong Kong yang juga anggota kumpulan Twin, Gillian Chung dan kekasihnya, lelaki Korea yang hanya dikenali sebagai Mr. K telah secara rasminya putus cinta pada awal bulan ini. Ini bermakna kisah cinta pasangan tersebut tamat selepas ia dijalinkan selama 10 bulan. Gillian yang juga dikenali sebagai Ah Gil menganggotai Twin bersama Charlene Choi yang turut dipanggil Ah Sa. Ujar sumber: "Spekulasi tentang perpisahan Ah Gil (Gillian Chung) dan Mr. K mulai tercetus apabila kedua-dua Ah Gil dan Ah Sa memadamkan nama Mr. K daripada senarai laman sosial Wiebo milik mereka. "Pihak pengurusan Ah Sa yang dihubungi mengatakan Ah Sa dan Ah Gil tidak akan membuat apa-apa penjelasan berkaitan hal tersebut." Menurut sumber itu lagi, Ah Gil masih memperkenalkan Mr. K sebagai teman lelaki mereka sebulan lalu. "Namun, disebabkan kedua-duanya sibuk dengan urusan masing-masing, mereka tidak mempunyai masa untuk keluar bersama menyebabkan perasaan cinta antara mereka semakin berkurangan." | |||
Posted: 11 Oct 2013 03:23 AM PDT KUDAT – Dua orang maut manakala empat lagi cedera parah apabila sebuah pesawat jenis Twin Otter MASwings membawa dua juruterbang dan 14 penumpang terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Sin San di sini semalam. Kejadian pada pukul 2.50 petang itu berlaku ketika pesawat DHC6 9M-MDM, MH3002 tersebut cuba membuat pendaratan kecemasan selepas hilang kawalan akibat angin kencang. Jarak antara lokasi pesawat itu terbabas dengan Lapangan Terbang Kudat ialah satu kilometer. | |||
Tiga pasar raya jual barangan luput tarikh Posted: 11 Oct 2013 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR – Tiga buah pasar raya besar di sekitar Lembah Klang didapati menjual produk makanan luput tarikh dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) baru-baru ini. Pengarah Komunikasi Resolusi Pertikaian dan Pengerahan Sumber FOMCA, T. Saravanan berkata, pihaknya menemui 75 produk tersebut hasil pemeriksaan dari 2 hingga 7 Oktober lalu. "Ia melibatkan makanan sejuk beku, minuman, bakeri dan rempah-ratus. Kita juga menemui pelbagai barangan yang tidak mempunyai label luput tarikh pada bungkusan di tiga buah pasar raya besar terbabit. "Kami kesal dengan sikap sesetengah pasar raya besar kerana tidak mengeluarkan produk yang telah luput tarikh itu dari rak jualan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. | |||
Telefon bimbit melengkung pertama di dunia dijual Posted: 11 Oct 2013 03:19 AM PDT SEOUL - Telefon pintar pertama Samsung yang menampilkan skrin melengkung memasuki pasaran Korea Selatan semalam. Pembekal perkhidmatan wayarles Korea Selatan, SK Telecom memberitahu, gajet Galaxy Round yang mempunyai skrin 14.4 sentimeter dan berbentuk sedikit bulat itu mula dijual pada waktu tengah hari. Ia merupakan telefon bimbit pertama di dunia mempunyai skrin melengkung. Menurut Samsung kelmarin, telefon pintar baharu itu dijual pada harga sekitar AS$1,000 (RM3,191). Ia tidak menyatakan tarikh gajet yang dilengkapi sistem pemprosesan empat teras berkapasiti 2.3 GHz itu berada di pasaran global. Telefon itu dilengkapi dengan sistem Android milik Google. "Paparan Galaxy Round melengkung supaya ia mudah dipegang dan selesa apabila diletakkan di telinga dan pipi ketika bercakap," menurut syarikat SK Telecom dalam satu kenyataan. | |||
Iklim Singapura, KL akan berubah Posted: 11 Oct 2013 03:18 AM PDT WASHINGTON - Dalam tempoh satu dekad akan datang, ibu kota Jamaica, Kingston akan mencatat suhu panas melampau secara berkekalan. Situasi serupa akan menimpa tempat-tempat lain di dunia termasuk bandar raya Singapura pada tahun 2028. Bandar raya Mexico juga mengalami situasi yang sama pada tahun 2031 dan Kaherah pada tahun 2036. Cuaca panas melampau itu seterusnya akan melanda dua bandar di Amerika Syarikat iaitu Phoenix di Arizona dan Honolulu di Hawaii pada tahun 2043 diikuti di seluruh dunia menjelang 2047. Pendedahan tarikh tersebut dibuat berdasarkan satu kajian tentang pemanasan global. Penyelidikan itu meramalkan suhu bandar raya di seluruh dunia akan meningkat seperti yang belum pernah berlaku sebelum ini. Keadaan itu dijangka menimpa bandar-bandar beriklim tropika dalam tempoh tidak sampai satu generasi. "Kertas kajian ini adalah inovatif dan membimbangkan," kata bekas ketua Pentadbiran Oseanik dan Atmosfera Kebangsaan, Jane Lubchenco. Kumpulan saintis berkenaan menggunakan pemerhatian cuaca, model komputer dan data lain untuk mengira tahun yang mencatat suhu panas melebihi suhu paling panas yang pernah direkodkan sejak 150 tahun dahulu. Sebagai contoh, seluruh dunia mencatat suhu paling panas pada tahun 2005. Namun, kajian tersebut yang disiarkan kelmarin dalam jurnal Nature menyatakan, selepas tahun 2047, bumi akan menjadi lebih panas berbanding tahun 2005. "Kami berharap pendedahan ini akan mendorong kerajaan di dunia untuk bertindak mengurangkan pemanasan global sebelum terlambat," kata pengarang bersama kajian tersebut, Ryan Longman. Menurutnya, jika negara-negara dunia dapat mengurangkan pencemaran karbon dioksida dan gas lain, bencana itu akan dapat dilewatkan sehingga tahun 2069. Suhu panas amat melampau itu diramal bermula di bandar Manokwa, Indonesia pada tahun 2020 sebelum melanda Kingston di Jamaica. Dalam tempoh dua dekad akan datang pula, sebanyak 59 bandar raya akan memperoleh cuaca baharu termasuk Singapura, Havana, Kuala Lumpur dan Bandar raya Mexico. Menjelang tahun 2043, sebanyak 147 bandar raya diramal mengalami suhu lebih panas melebihi yang pernah dicatatkan dalam sejarah. Beberapa bandar raya pertama di AS yang dilanda fenomena tersebut ialah Honolulu dan Phoenix diikuti oleh San Diego dan Orlando di Florida pada 2046. Bandar raya New York dan Washington pula akan mengalami iklim baharu itu sekitar tahun 2047 manakala situasi serupa akan menimpa Los Angeles, Detroit, Houston, Chicago, Seattle, Austin serta Dallas tidak lama kemudian. Bandar raya terakhir yang mengalami iklim panas melampau tersebut adalah Anchorage di Alaska. Kajian tersebut melibatkan sejumlah 265 bandar raya di seluruh dunia. | |||
Posted: 11 Oct 2013 03:17 AM PDT
MEKAH - Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh menggesa umat Islam yang pernah mengerjakan haji supaya tidak lagi melakukan ibadah tersebut, lapor Arab News semalam. Beliau berkata demikian supaya jemaah-jemaah haji kali pertama berpeluang melakukan ibadah berkenaan dengan lebih sempurna. Mufti berkenaan turut menasihati bakal haji tersebut supaya mendermakan wang haji mereka kepada golongan yang memerlukan. Bercakap pada satu persidangan anjuran Kementerian Haji di kota suci ini, beliau berkata, ibadah haji wajib bagi setiap orang Islam sekali dalam hidup mereka. "Nabi Muhammad SAW mengerjakan haji sekali seumur hidupnya," kata Sheikh Abdul Aziz. "Umat Islam perlu mengikuti sunah baginda dengan menjadikan haji lebih mudah untuk setiap jemaah," tambahnya. Menurutnya, adalah sudah mencukupi jika seseorang Islam itu melakukan haji sekali dalam hidup mereka. "Mereka tidak perlu mengulanginya terutama pada tahun ini apabila sejumlah besar jemaah tiba dari serata dunia untuk mengerjakan haji," tambah mufti itu. Sekitar dua juta umat Islam dijangka membanjiri kota suci ini untuk mengerjakan ibadah haji pada tahun ini yang bermula pada Ahad ini. Sementara itu, Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Haji, Kolonel Abdullah Al-Harthy berkata, tujuh orang cedera ringan akibat hujan dan angin kencang yang melanda Mina dan Padang Arafah tengah hari kelmarin. "Tempat-tempat suci di sini mengalami hujan sederhana yang menyebabkan sejumlah khemah sementara yang dididirikan di Arafah rosak," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa memberitahu semalam bahawa dua warga Arab Saudi meninggal dunia di Riyadh selepas mereka dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). Kedua-dua lelaki berkenaan yang masing-masing berusia 78 dan 55 tahun turut menghidapi penyakit kronik yang lain. Pihak berkuasa Arab Saudi bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh kematian itu berlaku. Pada masa yang sama, dua lagi kes MERS dicatat dengan jangkitan virus berkenaan meningkat kepada 119 orang sejak penyakit itu pertama kali muncul di Arab Saudi pada September 2012. Virus MERS telah meragut 58 orang di seluruh dunia setakat ini dengan angka kematian terbesar iaitu 51 orang dicatat di Arab Saudi termasuk dua kematian terbaharu itu. Media tempatan semalam memetik Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah Al-Rabia sebagai berkata, pihak berkuasa masih belum mencatatkan sebarang kes MERS dalam kalangan jemaah haji setakat ini. Virus MERS dipercayai menjangkiti manusia daripada haiwan. Penyakit itu mempunyai simptom menyerupai demam selesema tetapi menyebabkan kegagalan ginjal yang boleh membawa kematian. | |||
Pistol tembusi mulut peserta perarakan Posted: 11 Oct 2013 03:16 AM PDT PHUKET - Seorang peserta perarakan Festival Sayur-Sayuran di sini mempamerkan pipinya yang ditembusi beberapa pucuk pistol semalam. Festival itu diadakan selama sembilan hari sejak 5 Oktober lalu. Ia merupakan antara program yang menjadi daya tarikan pelancong asing dan tempatan di sini. Terdapat juga pedang dan batang besi yang ditusuk menembusi pipi para peserta perarakan itu. "Ia bukannya suatu muslihat. Aksi itu adalah betul," kata Pengarah Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di Phuket, Chanchai Doungjit. Ribuan orang berbaris di sepanjang laluan perarakan itu bagi menyaksikan aksi-aksi tersebut. Perarakan itu diadakan bagi membebaskan roh jahat selain membawa kekayaan kepada komuniti tempatan. Festival itu bermula pada tahun 1825 di sini bagi memberikan perghormatan ke atas dewa Cina. | |||
Hayden bertunang dengan petinju Ukraine Posted: 11 Oct 2013 03:15 AM PDT LOS ANGELES - Pelakon terkenal Amerika Syarikat, Hayden Panettiere dan petinju dari Ukraine, Vladimir Klitschko telah bertunang. Pendedahan itu dibuat oleh Hayden sendiri dalam rancangan temu bual di televi- syen yang dihoskan oleh Kelly Ripa. Ripa bertanya mengenai cincin yang disarung di jari Hayden menyebabkan ak- tres tersebut membuat penjelaskan tentang status dirinya. "Saya tidak perlu mengulas lanjut kerana anda semua sudah tahu bila melihatnya (cincin) ini," kata Hayden setinggi 1.57 meter (m) kelmarin. Aktor jelita berusia 24 tahun itu juga mengesahkan tentang soalan bahawa dia telah bertunang. Namun katanya, tarikh majlis perkahwinan mereka masih belum ditetapkan. Klitschko, 37, setinggi 1.98m, merupakan petinju Ukraine yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik pada tahun 1996 dalam kategori heavyweight. Hayden memulakan hubungan dengan petinju itu pada tahun 2009 sebelum berpisah pada tahun 2011 sebelum kedua- duanya menyambung semula cinta mereka. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |