Selasa, 31 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Izreen Azmida Nasihat Johan As'ari Henti Mainkan Perasaan Wanita

Posted: 29 Dec 2013 10:42 PM PST


Izreen Azmida
PETALING JAYA: Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita.
Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.
"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.
"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Johan As'ari
Ezreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.
Tambah Ezreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.
"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.
"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.
Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

Julia Ziegler Tidak Halalkan Wang Ditipu Pengurus Artis

Posted: 29 Dec 2013 10:41 PM PST


Julia Ziegler
PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.
Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.
"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.
"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.
Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.
"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.
"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal," katanya.
Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.
Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.
Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.
Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.
Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
"Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.
"Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan," katanya.

SOROTAN 2013: Mati Itu Janji, Hilang Sukar Diganti

Posted: 29 Dec 2013 10:40 PM PST


PETALING JAYA: Ketika dunia hiburan terus berkembang dengan lambakan golongan artis, mereka yang terlebih dahulu mencipta nama tetap terus dikenang sehingga ke akhir hayat.
Benar kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama dan jasa.
Dunia hiburan sepanjang tahun tidak terlepas daripada kisah-kisa artis yang pergi meninggalkan kita.
Malah kehilangan mereka benar-benar memberi kesan sehingga menusuk ke sanubari. Tetapi apakan daya, ajal maut dan jodoh pertemuan itu adalah ketentuan Tuhan.
Semoga mereka mendapat rahmat daripada Yang Maha Esa dan terus aman di sana. Hanya karya-karya sahaja ditinggalkan untuk dikenang oleh generasi hari ini. Al-Fatihah.
Datuk Yahya Sulong (6 Februari 2013)
Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahya Sulong, 84, meninggal dunia pukul 6.45 petang Rabu pada 6 Februari 2013 di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua dan menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.
Yahya Sulong
Semasa hayatnya, Yahya dan isteri Datin Alisah Ali tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengharapkan bantuan daripada Baitulmal dan wang pencen salah seorang isteri Yahya yang berjumlah RM 800 sebulan.
Dua bulan selepas pemergian Yahya, isterinya Alisah turut meninggal dunia iaitu pada 12 April 2013 akibat penyakit kanser paru-paru.
Antara filem lakonan Yahya pada era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.
Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.
Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.
Kuswadinata (16 Februari 2013)
Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia pukul 5.07 petang Sabtu pada 16 Februari 2013 di Hospital Ampang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.
Kuswadinata atau nama sebenar Kuswadi Bujang, 75, menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga.
Hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun, Allahyarham dikurniakan empat cahaya mata.
Kuswadinata
Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 telah membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.
Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.
Datin Azizah Mohamad (27 April 2013)
Penyanyi kumpulan Orkes Nirwana, Datin Azizah Mohamad, 66, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira pukul 11.26 malam, Jumaat pada 27 April 2013.
Allahyarham meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim tahap akhir yang dihidapinya sejak setahun lalu selain beberapa penyakit lain seperti darah tinggi dan kencing manis.
Beliau meninggal dunia di sisi suaminya, penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A. Rahman Hassan dan anaknya iaitu pelakon dan pengarah Khir Rahman.
Allahyarham yang aktif menyanyi sekitar tahun 60-an dan 70-an pernah popular dengan lagu seperti Syurga Idaman, Pergilah Kandaku dan Dikaulah Harapanku.
S.Shamsuddin (4 Jun 2013)
Pelakon komedi dari Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia pukul 10.30 pagi Selasa pada 4 Jun 2013 di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas bersarapan pagi bersama isterinya Putih Ismoon.
Pelakon komedi era P.Ramlee ini pernah membintangi lebih 25 buah filem. Antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.
Latifah Omar meninggal dunia (9 Jun 2013)
Seniwati Latifah Omar meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada pukul 6.19 petang pada 9 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk usus.
Sebelum meninggal, Allahyarham terlebih dahulu membeli kain kafan serta menyediakan sejumlah wang sebagai persediaan untuk urusan pengebumiannya.
Latifah Omar
Allahyarham meninggalkan empat orang anak termasuk seorang anak angkat hasil daripada tiga perkahwinan dan mempunyai sembilan orang cucu.
Semasa hayatnya, Allahyarham sering digandingkan dengan pelakon Nordin Ahmad membintangi 23 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lentengdan Laila Majnun.
Allahyarham terkenal dengan tahi lalatnya di pipi.
Umie Kalthum (24 Julai 2013)
Seniwati veteran iaitu Datin Umi Kalthum, 81, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah salah seorang anaknya di Ukay Prima, Taman Melawati pada 24 Julai 2013.
Umie Kalthum
Kejadian itu disedari oleh salah seorang cucu Allahyarham yang hendak mengejutkannya untuk bangun sahur kira-kira pukul 4 pagi namun beliau sudah tidak bergerak.
Allahyarham sempat meninggalkan sekeping nota yang mempunyai lima syarat jika dia meninggal dunia termasuklah menjadikan kain ihramnya sebagai kain kapan.
Semasa hayatnya Umi Kalthum atau nama sebenarnya Patimah Bahudin telah berlakon lebih 20 buah filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Raden Mas, Laila Majnun, Menanti Hari Esok dan Syukur 21.
Hasil dua perkahwinan iaitu bersama Jaafar untuk perkahwinan pertama dan Datuk S Roomai Noor bagi perkahwinan kedua, beliau meninggalkan lapan orang anak, 22 orang cucu dan seorang cicit.
Rosnah Mohd Noor (4 Ogos 2013)
Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia kira-kira pukul 2.55 petang Ahad pada 4 Ogos 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payu dara di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Rosnah Mohd Noor
Sebelum itu, pada 27 Februari 2013 Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983),Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.
Beliau juga sudah berpisah dengan seorang usahawan iaitu perkahwinan keduanya kira-kira dua tahun lalu.
Pelakon Maimon Mutalib (7 September 2013)
Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang Sabtu pada 18 September 2013 di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam akibat penyakit kanser payu dara tahap keempat yang dialaminya sejak 2012.
Maimun Mutalib
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika beliau tiba di rumah selepas dibenarkan keluar daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Maimon atau nama sebenarnya Maimon Abdul Mutalib merupakan ibu tunggal kepada lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.
Antara filem-filem popular lakonannya ialah Qabil Khushry Qabil Igam, Chermin, CUCI, Pensil, Appalam, Semerah Cinta Stilleto, Otai, Sumpahan Kum Kum, Chantek, dan Budak Pailang.
Allahyarham juga cukup popular dengan penampilan watak yang pelbagai menerusi ratusan drama di televisyen.
Noreen Noor (22 Oktober 2013)
Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa pada 22 Oktober 2013 di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.
Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.
Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa danPelumba Malam.
Allahyarham meninggalkan dua orang cahaya mata.
Ahmad Busu (10 November 2013)
Pelakon dan pelawak Ahmad Busu, 60, yang popular pada tahun 80-an meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad, 10 November 2013 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor.
Sebelum meninggal, Allahyarham sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak-saudara dan rakan-rakan rapatnya di Taiping, Perak.
Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada 1978.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Seri Mohamad, 54, dan empat orang anak iaitu Nur Hamizah, 24, Mohd Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis yang berusia 5 tahun.
Azean Irdawaty (17 Disember 2013)
Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63, tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya, Selangor, kira-kira pukul 8.30 malam Selasa pada 17 Disember 2013 di sisi suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.
Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.
Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia pertama (FFM1) menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada FFM3.
Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.
Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Iesya Toh Pamer Kemewahan Untuk Motivasi Diri

Posted: 29 Dec 2013 10:38 PM PST


Iesya Toh
PETALING JAYA: Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh menganggap tindakannya mempamerkan barangan berjenama di laman Instagram adalah sekadar untuk berkongsi tentang fesyen dengan pengikut-pengikut di laman sosial tersebut.
Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sunny Toh, 29, berkata, dia tiada niat untuk bersikap bangga diri atau menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimiliki sekarang.
"Saya hanya berkongsi tentang fesyen dengan pengikut-pengikut saya di laman tersebut, lagi pula laman Instagram direka adalah untuk gambar, jadi tidak salah rasanya untuk saya berkongsi gambar-gambar tertentu.
"Bagi saya, ia juga sebagai motivasi untuk saya sendiri agar bekerja lebih keras untuk memiliki barang-barang seperti itu," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Iesya berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan di ruangan pojok yang mengatakan bahawa dia terlalu menunjuk-nunjuk dengan kemewahan yang dimilikinya.
Malah menurut laporan tersebut, malah ada pihak yang tidak berpuas hati dan cuba menjatuhkan wanita ini daripada industri.
Sementara itu, Iesya berkata, terpulang kepada individu untuk melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif atau negatif.
"Pada saya bukan hanya saya seorang sahaja yang berbuat begitu, malah ramai lagi rakan artis dan orang lain yang sering memuat naik gambar dengan barangan jenama mereka.
"Sebagai selebriti saya faham ada sahaja orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan, namun kuasa untuk menjatuhkan seseorang itu bukan ditangan mereka sebaliknya ditangan Allah," ujarnya.

Izara Aisyah beri tempoh 7 tahun

Posted: 29 Dec 2013 10:37 PM PST

  • Izara AisyahIzara Aisyah

PELAKON jelita, Izara Aisyah memberi tempoh tujuh tahun lagi kepada kekasihnya untuk mendirikan rumah tangga.

Izara kini berusia 21 tahun.

Berkongsi cerita, Izara memberitahu kekasihnya  mengenakan beberapa syarat kepadanya sebelum mereka berkahwin.

"Dia memahami kerja dan kesibukan saya, namun dia tidak mahu saya aktif berlakon dan kerap keluar televisyen selepas berkahwin nanti.

"Dia juga sudah beritahu agar tidak berlakon adegan berpelukan dan perlu balik rumah awal sebelum dia pulang kerja," ujarnya berkongsi cerita, dipetik sebuah portal hiburan.

Katanya lagi, teman lelakinya itu berhajat untuk mendirikan rumah tangga dengannya dalam tempoh tiga tahun lagi, namun dia merasakan ia masih terlalu awal.

"... tiga tahun masih terlalu awal bagi saya dan banyak lagi yang saya belum capai dalam industri ini.

"Apa-apa pun bergantung kepada jodoh yang ditetapkan ALLAH, kami hanya mampu merancang sahaja," katanya yang enggan mendedahkan identiti lelaki itu.

Kutub menyongsang pada 2015?

Posted: 29 Dec 2013 10:35 PM PST

  • Kutub menyongsang pada 2015?Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, 'Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba." Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Al-A'raf, Ayat 187)


Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH." Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

AFC Fried Chicken mahu jadi francaisor

Posted: 29 Dec 2013 10:33 PM PST

  • AFC Fried Chicken mahu jadi francaisorChicken Chop antara menu masakan barat yang sering menjadi hidangan kegemaran pelanggan restoran AFC Fried Chicken.

SEBUT mengenai makanan segera, sudah pasti ramai terbayangkan keenakan burger McDonalds, ayam goreng KFC atau piza Domino's.

Bahkan restoran seperti ini turut dijadikan destinasi buat keluarga mahupun rakan-rakan berkumpul, berkongsi cerita atau sebagai lokasi perbincangan tanpa mengira waktu.

Melihat trend itu, dan didorong minat yang mendalam terhadap dunia kulinari, Anua Abdul Aziz berazam mencipta kelainan dengan membuka restoran pertamanya AFC Fried Chicken Restoran di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada November 2012.

"Saya tidak pandai memasak apatah lagi memiliki kebolehan istimewa pada awal pembabitan dalam dunia kulinari. Tetapi saya suka menonton rancangan masakan. Tidak kiralah sama ada ia program rancangan tempatan mahupun luar negara.

"Kerana minat yang begitu mendalam, saya mula memikirkan untuk memiliki restoran sendiri, dan menjadikan resipi ayam goreng sebagai menu utama di samping memberi sedikit sentuhan kelainan kerana tidak mahu meniru konsep restoran segera sedia," kata Anua yang juga Pengarah Urusan Restoran AFC Fried Chicken.

Bermula dengan modal sekitar RM150,000, Anua membuka restoran pertamanya di Shah Alam selepas membuat kajian mengenai menu dan konsep selama tiga bulan.

"Di AFC Fried Chicken, kami bukan sahaja menawarkan hidangan ayam goreng sebagai menu utama, tetapi pelanggan juga boleh menikmati hidangan Barat mahupun tempatan serta makanan sampingan lain.

"Istimewanya, semua menu di sini adalah hasil ciptaan resipi kami sendiri termasuk tepung ayam goreng. Itulah yang membezakan restoran kami dengan yang lain selain menerapkan konsep restoran terbuka yang lebih santai," katanya.

Bakal buka cawangan di Pantai Timur

Baru menapak dalam industri itu selama setahun, AFC Fried Chicken kini mempunyai dua cawangan baharu iaitu di pasar raya Giant Kuala Selangor dan pasar raya Giant di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

"AFC Fried Chicken menyasarkan tiga lagi pembukaan cawangan pada 2014. InsyaALLAH, cawangan keempat dijangka dibuka di Kuala Terengganu, pada Januari ini.

"Kami juga sedang mengenal pasti beberapa lokasi sesuai bagi pembukaan dua lagi cawangan," katanya.

Enggan terikat dengan perniagaan berkonsepkan restoran semata-mata, Anua turut berhasrat membuka kios selain memulakan perniagaan berkonsepkan kafeteria bergerak dengan menjadikan menu ayam goreng sebagai hidangan utama.

Mahu jadi francaisor

AFC Fried Chicken juga merancang menjadi francaisor utama kepada perniagaan makanan segeranya selepas syarikat itu memenuhi syarat iaitu perlu beroperasi lebih dua tahun enam bulan dan memiliki sekurang-kurangnya dua cawangan.

Bagi memastikan perniagaannya berkembang, AFC Fried Chicken akan menawarkan program francais kepada usahawan tempatan yang berminat menjadi rakan kongsi rangkaian mereka.

"Kami ingin membuka peluang buat usahawan tempatan memulakan perniagaan mereka menggunakan jenama dan konsep AFC Fried Chicken dengan hanya bermodalkan RM150,000.

"Kami sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mereka yang berminat. Latihan dan bimbingan juga akan diberikan selain mereka boleh memilih untuk membuka restoran atau kios di lokasi pilihan sendiri," katanya.

Cabaran tidak lunturkan semangat

Anua seperti usahawan lain turut menghadapi pelbagai masalah terutama aspek kewangan yang memerlukan beliau mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menampung kos promosi.

Halangan dan cabaran itu bagaimanapun tidak pernah melunturkan semangat Anua dalam memastikan perniagaannya terus berkekalan.

"AFC Fried Chicken pernah terlibat dengan rancangan promosi makanan di sebuah stesen televisyen swasta dan selepas itu, sambutannya amat menggalakkan sehingga kami tidak menang tangan melayan pelanggan.

"Selain menggunakan media untuk promosi, kami juga bergerak sendiri termasuk menyebarkan risalah," katanya.

Remaja beri alasan bapa lumpuh

Posted: 29 Dec 2013 10:30 PM PST

  • Remaja beri alasan bapa lumpuhPenguatkuasa (kanan) menyoal wanita yang diserbu dalam sebuah bilik bersama kekasihnya.

SUNGAI PETANI - Seorang gadis berusia 16 tahun sanggup menggunakan alasan bapanya sakit lumpuh ketika diminta menghubungi waris akibat dicekup bersama teman lelaki di sebuah taman rekreasi, di sini, kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.

Seorang lagi gadis berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan berbalut selimut kerana didapati tanpa seurat benang ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah tumpangan di sekitar bandar ini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Itu antara situasi yang berlaku ketika operasi cegah maksiat dilakukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda yang bermula tengah malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Rondaan di kawasan panas

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi berkata, operasi dijalankan 16 anggota penguatkuasa itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Pejabat Agama Daerah Kulim.

Menurutnya, rondaan dilakukan di kawasan 'panas' selain tempat rekreasi dan rumah tumpangan sekitar Sungai Petani.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, tinjauan ke lokasi panas dekat sebuah taman rekreasi menemui beberapa pasangan kekasih yang berkelakuan tidak sopan termasuk duduk berdua-duaan dalam keadaan gelap.

Menurutnya, alasan yang digunakan seorang gadis berusia 16 tahun dengan mengatakan bapanya terlantar akibat lumpuh semata-mata bertujuan mahu meraih simpati penguatkuasa selain mahu 'melepaskan diri' dari dikenakan tindakan.

"Perempuan itu yang dicekup bersama kekasihnya berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan di sebuah kerusi dalam taman rekreasi terbabit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, alasan itu hanyalah rekaan semata-mata kerana bapa yang dimaklumkan lumpuh pada mulanya telah tampil bagi memberi keterangan setelah dihubungi pejabat agama.

Menurut Zaiferi, selain pasangan terbabit, dua lagi pasangan turut dikenakan tindakan sama apabila mereka diberi amaran dan saman ketika ditemui dalam keadaan mencurigakan dekat Jeti Semeling.

"Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam.

"Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan," katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 10 pasangan kekasih yang ditemui turut diberi amaran oleh penguatkuasa agama.

Memadu kasih di rumah tumpangan

Sementara itu, katanya, operasi diteruskan ke rumah tumpangan sekitar pusat bandar yang turut menjadi tumpuan pasangan kekasih melampiaskan nafsu.

Katanya, serbuan ke atas sebuah bilik pada jam 2.45 pagi semalam mendapati pasangan kekasih masing-masing berusia 23 tahun sedang bermadu kasih dalam bilik berkenaan.

"Difahamkan, kedua-duanya baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis keramaian yang diadakan pada malam tadi (semalam) sebelum salah seorangnya berasa sakit kepala dan letih.

"Keadaan itu dijadikan alasan mereka yang menetap di Pulau Pinang kerana tidak dapat pulang dan bermalam di rumah tumpangan terbabit," katanya.

Menurut Zaiferi, serbuan ke atas bilik berikutnya mendapati seorang gadis berusia 18 tahun menutupi keseluruhan badannya dengan kain selimut kerana dipercayai berada dalam keadaan bogel.

"Pasangan kepada kekasih berusia 23 tahun ini dikatakan bekerja sebagai nelayan dan menetap di sempadan  Pulau Pinang juga memberi alasan baru pulang dari majlis keramaian sama," katanya.

Hasil siasatan selanjutnya mendapati sebuah bilik yang dihuni pasangan kekasih remaja turut diserbu.

"Kami menunggu hampir 10 minit sebelum pintu dibuka setelah amaran keras diberikan beberapa kali," katanya.

Menurutnya, apabila disiasat, seorang wanita berusia 22 tahun berasal dari Tikam Batu berada di dalamnya, turut ditemui, kekasihnya berusia 29 tahun dikatakan berasal dari Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan lanjut dalam bilik pasangan berkenaan turut menemui berus serta ubat gigi yang baru dibeli dalam beg plastik dipercayai digunakan pasangan terbabit.

Menurutnya, laporan polis berhubung ketiga-tiga pasangan dibuat di Balai Polis Sungai Petani sebelum kesemuanya dibawa ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Pantau anak, bawa sijil nikah

Sementara itu, Radzi menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau pergerakan anak-anak terutama remaja agar tidak terjebak dalam perbuatan maksiat.

Beliau berkata, bagi pasangan yang sudah bernikah, mereka diminta agar sentiasa membawa sijil pernikahan bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

"Ketika serbuan dilakukan, turut menjumpai pasangan berkahwin yang menghuni rumah tumpangan, bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi apabila kedua-duanya tidak membawa sijil nikah," katanya.

Menurutnya, keadaan  lebih rumit apabila penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan sebelum membuat carian atau pemeriksaan pendaftaran perkahwinan di pejabat agama terlibat.

Ayam mata satu

Posted: 29 Dec 2013 10:25 PM PST

  • Ayam mata satuAnak ayam bermata satu milik Mohd Nordin.

BACHOK – Seorang penggemar ayam serama terkejut apabila mendapati anak ayam serama miliknya menetas dengan hanya memiliki sebelah mata.

Mohd Nordin Mohd Noor, 43, berkata, kejadian itu disedarinya selepas ia menetas beberapa bulan lalu.

"Ini kali pertama saya jumpa sendiri ayam bermata satu. Saya letakkan ayam tersebut bersama anak ayam serama lain dan tiada penjagaan istimewa untuknya.

"Ia juga anak ayam yang paling manja dan sentiasa sihat. Bila saya buka sangkar, anak ayam mata satu ini paling cepat keluar mendekati saya, " katanya yang menggemari hobi membela ayam tersebut sejak 35 tahun lalu.

Menurutnya, bermula dengan hobi, dia kemudiannya membela ayam serama secara komersial sejak 2010.

"Membela ayam serama memerlukan modal yang besar sehingga mencecah RM40,000.

"Ini antara faktor harga ayam serama mahal dan boleh mencecah hingga RM5,000 seekor dan paling murah sekitar RM100 seekor. Ia dikelaskan kepada beberapa kategori tertentu seperti serama anak (A dan B), serama muda (A dan B) dan serama induk (betina)," katanya.

Mohd Nordin berkata, permintaan terhadap ayam serama semakin meningkat terutama dari Indonesia kerana mereka mulai obses terhadap haiwan tersebut sejak akhir- akhir ini.

"Saya ada terima tempahan peminat ayam serama dari luar negara termasuk Indonesia dan Thailand. Ada juga dari Arab Saudi dan Amerika tetapi sebahagiannya tak dapat dipenuhi berikutan masalah penghantaran," katanya.

Ekspektasi Emma, Zizan, Hafiz

Posted: 29 Dec 2013 10:20 PM PST



MENDAKAP mesra kenangan 2013 yang hampir melabuhkan tirai, Kosmo! memilih tiga bintang paling popular tahun ini. Emma Maembong, nama yang mula dikenali selepas membintangi drama rantaian Kau Yang Terindah hujung tahun 2012 dan mendapat perhatian sepanjang tahun 2013.
Selain introduksi nama keluarga yang unik, Emma turut dihantui kontroversi beberapa kisah silamnya termasuk spekulasi cinta bersama pelawak tersohor, Zizan Razak.
Begitu juga Zizan, namanya tidak pernah lekang daripada bibir peminat sepanjang tahun 2013. Deretan kejayaan dan anugerah diraih tidak melunturkan api sensasi yang melingkari kariernya.
Kecemerlangan bidang nyanyian, kejayaan mengadakan konsert sulung pertama tahun ini dan tahun paling banyak merangkul anugerah membuktikan Hafiz Suip penyanyi paling progresif 2013.
Ikuti perkongsian tawa dan tangis sepanjang tahun 2013 dan jangkaan perkembangan tahun mendatang Emma, Zizan dan Hafiz.
Emma menggapai mimpi
Menoleh kembali setahun ke belakang, Emma Maembong atau empunya nama penuh Fatimah Rohani Ismail, 21, langsung tidak terduga akan berada pada tahap ini.
Bahang populariti adakalanya memusnahkan masa privasinya dan mengundang pelbagai cerita tidak enak. Kisah peribadi dikorek dan dijadikan bahan ulasan, kelemahan dijadikan sasaran, pantang peluang ada saja ingin menghentam.
"Betulkah saya menjadi tumpuan? Apabila difikirkan semula, Emma sebenarnya masih Emma yang dulu dan seperti orang lain mahukan kehidupan yang sederhana.
"Alhamdulillah, kalau dibandingkan dengan masa silam Emma rasa ini satu mimpi yang langsung tidak pernah terduga. Emma percaya keberadaan dalam industri ini untuk mencari rezeki, walau ada yang cuba menjatuhkan Emma anggap itu sekadar cabaran
HAFIZ, Emma dan Zizan mahu meraih lebih banyak kejayaan pada tahun 2014 yang bakal menjengah tidak lama lagi.


"Diserang kontroversi tidak mematahkan semangat sebaliknya Emma cuba berfikir positif, reda dan selesaikan masalah sebaik mungkin," ulasnya serius.
Permulaan kerjaya Emma lewat tahun 2012 dipacu dengan fotografi sulungnya bersama Kosmo!, ketika itu khalayak mula memandang pesona seorang Emma Maembong.
"Impian Emma membantu keluarga telah terlaksana, orang ramai sudah semakin mengenali nama keluarga Maembong dan Emma sudah membuktikan tidak semestinya tiada pelajaran tidak boleh berjaya.
"Tahun 2014 mengundang debaran buat Emma, ibaratnya Emma baru saja mendapat lesen untuk berlakon dan kalau mahu pecut laju-laju takut terbabas pula," kiasnya yang menyasarkan untuk terjun dalam bidang pengacaraan dan berlakon teater.
Zizan pasang azam
Juara Maharaja Lawak Mega 2012, bintang filem KL Gangster 2 dan Bikers Kental, pengacara rancangan Melodi dan Akademi Fantasia 2013, melancarkan single kedua Infiniti Cinta bersama Kaka Azraff selain trofi pelbagai anugerah tersusun indah bukti Zizan Razak wajah terlaris 2013.
Mengulas fenomena menjadi kegilaan ramai sejak Raja Lawak musim pertama hingga kini, pemilik syarikat pengurusan artis Wire Fame Entertainment itu masih mencari resipi baharu saban tahun.
"2013 berjalan lancar, sedar tak sedar sudah masuk bulan Disember dan jadual kerja memang padat tapi berbaloi. Saya juga terkejut banyak anugerah dirangkul tahun ini dan terharu masih ada peminat yang tidak putus-putus menyokong saya.
"Untuk meletakkan diri sebagai selebriti paling laris sebenarnya bergantung pada rezeki dan penyampaian. Saya masih mencari-cari sesuatu yang baharu untuk dipentaskan.
"Yang penting ikhlas dan belajar daripada kesilapan. Ramai lagi yang laris cuma kurang menonjol tapi saya sentiasa menanamkan prinsip saya bekerja dan mencari ilmu, kalau letak sebagai tempat cari glamor susahlah," jelasnya yang tidak lekang dihujani pertanyaan spekulasi hubungan dengan Emma.
Berlakon, menyanyi, mengacara dan menjadi usahawan. Apa lagi yang Zizan Razak mahukan dalam kerjaya?
"Saya tidak pernah meletakkan gred dalam karier dan sejujurnya saya selalu melihat diri lemah serta selalu berusaha.
"Kadangkala saya takut dengan pujian dan saya sendiri tidak tahu dimanakah kedudukan saya sekarang. Yang penting pandai bawa diri dan sentiasa mencari kelemahan dan kekuatan kita.
"Tahun 2014 saya harapkan semakin banyak kejayaan saya tempa dan tidak dinafikan industri kita perlukan lebih banyak bakat," tutur Zizan yang sedang mencanai bakat di pentas teater.

TIGA figura ini memiliki pesona bintang yang tersendiri.


Hafiz tidak leka
Kitar hayat penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip dalam industri hiburan tanah air baru sahaja bermula. Langkahnya diatur menyelusuri setiap liku yang ditempuh semakin laju tatkala bakat yang dipertaruhkan mudah diterima serta sering diberikan pengiktirafan.
Biarpun kejayaan yang ditempa sepanjang tempoh tersebut begitu besar maknanya buat anak muda kelahiran Bumi Kenyalang ini, namun begitu, akuinya, masih banyak yang perlu dipelajari bagi memperbaiki diri dalam perjuangan melentur karier ke peringkat yang lebih tinggi.
"Alhamdulillah, rezeki yang saya terima setakat ini berkat hasil usaha bersama pihak pengurusan dan juga para peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan terhadap saya.
"Apa yang telah saya kecapi sepanjang tahun 2013 membawa erti yang cukup besar terhadap perkembangan karier ke peringkat yang lebih tinggi," ujar Hafiz yang menggungguli Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM 20) yang berlangsung baru-baru ini.
Tahun 2013 sekali lagi menyaksikan Hafiz memonopoli penganjuran anugerah-anugerah berprestij dalam dan luar negara antaranya Anugerah Planet Muzik, Anugerah Bintang Popular serta Shout! Awards.
Bersyukur dengan setiap pengiktirafan yang diterima, Hafiz memberitahu, jangkaan dan harapan para peminat turut meningkat seiring dengan lambakan anugerah yang diterimanya sejak kebelakangan ini.
"Walaupun sering menerima anugerah, saya perlu sedar itu bukan tiket untuk bersenang-lenang. Apa yang pasti ia menjadi tanda aras untuk saya lebih kuat berusaha dalam memberikan yang terbaik kepada peminat," katanya yang banyak menerima nasihat daripada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.


Aiman reda jika tiada jodoh dengan Fathia

Posted: 29 Dec 2013 10:19 PM PST

FIGURA tinggi lampai ini bakal muncul dengan single keduanya yang berjudul, Buatmu Cinta.


HUBUNGAN mesra yang terjalin antara pasangan pelakon muda, Nur Fathia Latif dan Aiman Hakim Ridza bukan lagi rahsia, meskipun masing-masing tidak mengaku sebagai pasangan kekasih.
Mula rapat ketika sama-sama membintangi drama bersiri Diandra, Aiman atau Fathia tidak pernah mendedahkan secara terbuka status sebenar mereka kepada umum, sama ada masing-masing sedang melalui fasa percintaan atau sebaliknya.
Bertemu dengan Aiman pada majlis pelancaran Drama Festival KL baru-baru ini, pelakon itu sekadar menyatakan, hubungannya masih lagi kekal sebagai teman rapat.
Menurutnya, istilah percintaan itu adalah sesuatu yang agak klise dan beranggapan tiada gunanya jika dia menggambarkan dirinya dan Fathia sebagai pasangan bercinta.
Kosmo!: Adakah hubungan Aiman dan Fathia sekarang ini sudah memasuki alam percintaan atau kekal berkawan seperti biasa?
AIMAN: Sehingga kini hubungan kami masih rapat seperti biasa, tetapi ia tidak bermakna yang kami ini bercinta. Rasanya tiada faedah kalau saya nyatakan yang Fathia merupakan kekasih saya.
Sama ada kami ini bercinta atau tidak, buat masa ini masanya masih lagi belum sesuai kerana cinta akan hadir sekiranya kami ada jodoh dan ditakdirkan berkahwin suatu hari nanti.
Apakah yang membuatkan Aiman begitu berat untuk memperkatakan status sebenar hubungan kamu berdua?
Pertama sekali, saya dan Fathia ada keluarga dan kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing. Apa yang boleh saya jelaskan yang kami masih lagi dalam proses untuk kenal dengan lebih rapat lagi.
Mungkin ada yang sukar untuk menerima penjelasan yang dibuat ini, tetapi saya berpendirian sebegini kerana belajar daripada pengalaman kisah saya yang lalu dan menjadikan saya lebih berhati-hati.
AIMAN mengakui Fathia merupakan gadis pertama yang dibawa berjumpa keluarganya.


Bagaimanakah penerimaan Aiman sekiranya Fathia dikaitkan mempunyai hubungan dengan lelaki lain?
Dalam hal ini, saya tidak ada hak untuk memberikan sebarang komen sekiranya ia benar-benar berlaku. Ini kerana dia bukanlah milik saya selagi belum berkahwin. Saya juga reda sekiranya memang tiada jodoh antara kami nanti.
Bagaimanakah penerimaan keluarga terhadap hubungan rapat kalian berdua?
Sebenarnya, saya dan Fathia sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing dan mereka tidak menghalang hubungan kami. Saya akui, Fathia merupakan gadis pertama yang saya bawa berjumpa dengan keluarga.
Kalau boleh, dalam hubungan yang terjalin ini saya tidak mahu meminggirkan keluarga. Jadi, sebab itu saya bawa Fathia berjumpa dengan mereka.
Adakah anda mempunyai sebarang sasaran untuk mendirikan rumah tangga?
Usia saya baru sahaja mencecah 24 tahun dan buat masa ini tiada sebarang sasaran yang diletakkan. Saya hanya akan berkahwin sekiranya sudah betul-betul kuat dan bersedia serta mampu menjaga diri sendiri.
Selain berlakon, adakah anda masih lagi aktif dalam bidang nyanyian?
Setakat ini tawaran berlakon yang diterima agak banyak, terutamanya sepanjang tahun 2013, tetapi saya akan muncul dengan single kedua saya bertajuk Buatmu Cinta.


Pesta tangkap ikan di Tasik Chagan, China

Posted: 29 Dec 2013 10:14 PM PST

SEBAHAGIAN ikan yang ditangkap oleh orang ramai di Tasik Chagan, wilayah Jilin pada Sabtu lalu.


CHANGCHUN - Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu.
Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu.
Suhu di kawasan itu ialah - 22 darjah Celsius.
Ikan pertama yang dapat ditangkap dianggap bertuah dan dijual pada harga kira-kira AS$47,000 (RM154,545).
Suasana di kawasan tasik itu seperti sebuah pesta apabila ribuan orang yang mengambil bahagian untuk menangkap ikan.
Tasik itu mempunyai 70 spesies ikan.
Orang ramai yang menangkap ikan itu memakai topi yang diperbuat daripada bulu haiwan dan baju kulit kambing.


53 sudu melekat pada tubuh Elchiyev

Posted: 29 Dec 2013 10:12 PM PST


SEBANYAK 53 sudu melekat pada tubuh Elchiyev di Tbilisi, Georgia kelmarin.


TBILISI - Seorang lelaki warga Georgia, Etibar Elchiyev mencipta rekod dunia apabila sebanyak 53 sudu melekat pada tubuhnya di sini kelmarin.
Elchiyev memecahkan rekod Guinness World Records yang diciptanya pada tahun 2011 selepas 50 sudu melekat pada tubuhnya ketika itu.
Dia yang merupakan pengajar sukan tinju tendang dikenali dengan nama jolokan lelaki magnet.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang berasa ragu-ragu sama ada badan lelaki tersebut boleh bertindak seperti magnet. Walaupun terdapat dakwaan yang meragukan, dia menegaskan bahawa tubuhnya itu boleh bertindak sama seperti magnet.
Menurut Elchiyev, dia hanya mengetahui badannya boleh bertindak seperti magnet sejak beberapa tahun lalu.


Demonstrasi rawatan guna lintah di India

Posted: 29 Dec 2013 10:12 PM PST


TIGA ekor lintah diletakkan pada kaki gadis tersebut.


AHMEDABAD - Seorang pengamal perubatan purba ayurvedic di India, Vyasadeva Mahanta menggunakan lintah dalam rawatan ke atas pesakitnya.
Mahanta menunjukkan demonstrasi penggunaan beberapa ekor lintah yang menyedut darah pesakit di Kampus Sekolah Antarabangsa SGVP di pinggir bandar ini kelmarin.
Rawatan yang menggunakan lintah telah diamalkan sejak tahun 800 Sebelum Masihi.
Penggunaan lintah itu mampu merangsang pembentukan semula kulit, menangani masalah kekejangan otot, tromboflebitis atau keradangan pada urat darah dan osteoartritis. Sejumlah pelajar turut menyaksikan demonstrasi yang dibuat Mahanta itu.


Menu tradisi dari Terengganu

Posted: 29 Dec 2013 10:09 PM PST



SATU per satu kaki lembu dibelek dengan teliti seorang wanita berusia 50 tahun di Kampung Kubang Parit, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tanpa mengendahkan waktu berlalu, ibu kepada lima orang anak ini tekun melihat kaki-kaki lembu yang bakal direbus untuk dijadikan makanan yang sinonim dengan masyarakat negeri ini.
Sekilas pandang, riak wajah Mek Wook Endut kelihatan tenang meskipun penghasilan makanan tradisi yang dikenali sebagai rojak kateh itu menuntut waktu yang panjang dalam menuai hasil pendapatan bagi wanita ini.
Mek Wook memberitahu, dia akan membeli kaki-kaki lembu tersebut daripada peniaga atau pengusaha lembu tempatan.
"Pada kebiasaan, saya akan menggunakan kaki lembu luar negara kerana saiznya yang lebih besar berbanding lembu tempatan.
"Bagaimanapun, kaki lembu tempatan tetap digunakan dalam pembuatan rojak ini sekiranya stok kaki lembu import tiada," katanya.
Wanita yang sudah mencecah dua dekad mengusahakan perniagaan rojak kateh ini menambah, peniaga-peniaga pada kebiasaannya akan menjual empat batang kaki lembu pada harga RM30.
" Ia lebih mahal berbanding sedekad lalu yang dijual pada harga RM10 sahaja," keluhnya.
Dalam pada itu, Mek Wook memberitahu, kateh dalam loghat Pantai Timur membawa maksud kaki.
"Justeru, rojak kateh diperbuat daripada bahagian-bahagian kaki lembu termasuk tulang rawan yang merupakan tisu perantara pada sendi haiwan itu.
MOHD. FAIZAL sentiasa memantau kaki-kaki lembu yang direbus agar tidak menjadi lembik.


"Ia turut menggunakan urat yang tebal menghubungkan otot dengan tulang kaki lembu," ujarnya.
Selain kaki lembu, dia menambah, kaki kerbau turut digunakan dalam pembikinan rojak kateh ini.
Mek Wook berkata, pembuatan rojak kateh memerlukan tahap kesabaran dan tenaga yang tinggi memandangkan ia memakan masa yang banyak.
"Seawal subuh, saya akan memulakan proses membuat rojak ini dengan menyediakan kuah.
"Ia tidak memerlukan banyak ramuan tetapi hanya cili kering, gula dan cuka," ujarnya.
Mutu kuah
Menjelas lanjut, dia berkata, cili kering dikisar dan dimasak selama 30 minit.
Menurutnya, cili berkenaan perlu dimasak dengan teliti bagi memastikan mutu kuah yang terhasil, di samping mengelakkan ia cepat basi.
Selepas itu, Mek Wook memaklumkan, gula akan dimasukkan dan dimasak bersama cili berkenaan selama 30 minit lagi.
"Cuka akan dimasukkan kemudian iaitu ketika proses membungkus rojak kelak," jelasnya.
Sementara itu, anak bongsu Mek Wook, Mohd. Faizal Awang, 25, memberitahu, dia akan membantu ibunya merebus kaki-kaki lembu yang digunakan dalam pembuatan hidangan tersebut.
"Rebusan kaki-kaki lembu ini hanya menggunakan air biasa.

MEK WOOK menyediakan kayu api untuk merebus kaki-kaki lembu yang diperoleh daripada peniaga tempatan.


"Bagaimanapun, ia mengambil masa yang agak lama iaitu kira-kira empat hingga enam jam, bergantung kepada saiz kaki-kaki lembu ini," ujarnya.
Tambahnya, proses merebus kaki-kaki lembu tua boleh mengambil masa sehingga enam jam kerana ia lebih keras.
Elak pembaziran
Kata Mohd. Faizal, keadaan kaki lembu yang sedang direbus juga harus dipantau dari semasa ke semasa bagi mengelakkan ia terlebih masak sehingga tidak boleh digunakan untuk membuat rojak berkenaan.
"Semasa merebus, kami hanya menggunakan kayu api bagi mengelak pembaziran. Bagi kami, penggunaan dapur gas tidak berbaloi memandangkan ia memakan masa yang begitu panjang untuk merebus kaki-kaki lembu ini.
"Saya akan memindahkan kaki-kaki lembu yang telah disiap direbus daripada tong besi yang menjadi medium rebusan ke dalam sebuah raga," ujarnya.
Mohd. Faizal, yang kelihatan berpeluh akibat mengendalikan bara api rebusan menambah, kaki-kaki lembu yang telah direbus akan disejukkan selama satu jam sebelum Mek Wook memisahkan urat-urat dari tulang.
Dalam pada itu, Mek Wook berkata, dia akan menggunakan pisau tajam untuk memisahkan urat-urat pada bahagian kaki lembu berkenaan.
"Saya turut akan mengasingkan lemak daripada urat-urat ini untuk memastikan kualiti rojak kateh tidak terjejas," jelasnya.
Mek Wook memberitahu, proses memasak yang panjang itu juga menyebabkan kuku kaki lembu dapat ditanggalkan dengan mudah dan hanya perlu diumpil dengan pisau bagi membolehkan urat pada bahagian itu diambil.
"Selepas selesai proses pengasingan urat, ia akan dipotong kecil dan dibersihkan sebanyak empat hingga lima kali," ujarnya.
Dia menambah, selepas itu, urat-urat berkenaan akan dibungkus bersama kuah rojak sebelum diedarkan kepada para peniaga di Pasar Besar Kedai Payang.
Menurutnya, seekor lembu ataupun empat batang kaki lembu mampu menghasilkan kira-kira 100 bungkus rojak kateh.
"Saya akan menjual rojak kateh pada harga RM1 dan menghantar dalam 50 hingga 60 bungkus kepada peniaga, bergantung kepada permintaan mereka iaitu sama ada sehari atau seminggu.
"Namun, ada juga sesetengah pembeli yang akan mendapatkan rojak ini apabila menganjurkan majlis di rumah mereka. Ini sekali gus meningkatkan lagi pendapatan kami," katanya.
URAT lembu dicampur bersama kuah sebelum dijual.


Makanan pilihan pengunjung
Seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Mohd. Nasir Mahmud, 47, memberitahu, permintaan rojak kateh juga agak tinggi semasa musim cuti persekolahan.
"Kadangkala saya mampu menjual sehingga 200 bungkus sehari. Ia lebih banyak apabila berlangsungnya majlis-majlis keraian.
"Rojak kateh bukan sahaja diminati penduduk setempat tetapi juga pelancong luar yang datang ke sini," ujarnya.
Mohd. Nasir memberitahu, dia menjual rojak itu pada harga RM1 sebungkus dan ada kalanya, terdapat pelanggan yang membeli sehingga lebih 10 bungkus.
Seorang lagi peniaga, Nafikah Mohammad, 70, memberitahu, cara pembuatan rojak kateh memainkan peranan penting kerana ia boleh menentukan ketahanan rojak kateh.
"Terdapat rojak kateh yang mampu bertahan sehingga seminggu. Justeru, adalah penting bagi para penguasa memberi tumpuan terhadap pembuatan hidangan ini," katanya.


Peninju ubah masa depan negara

Posted: 29 Dec 2013 10:08 PM PST


NI OO (kanan) berjaya menewaskan pesaingnya dari Filipina pada peringkat akhir tinju wanita kelas 57 kilogram.


TEGAP, gagah dan tumbukan tangan kiri yang padu, pemenang pingat emas acara tinju dari Myanmar, Nwe Ni Oo berjaya merubah imej wanita di negara konservatif itu.
Linangan air mata peninju berusia 19 tahun itu pada majlis penyampaian pingat Sukan SEA 2013 di Naypyidaw baru-baru ini telah menyentuh hati ramai pihak. Dia memenangi pingat emas setelah berjaya menewaskan pesaingnya dari Filipina pada peringkat akhir tinju wanita kelas 57 kilogram.
"Ia suatu yang mengujakan kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersaing dengan warga asing. Saya gembira dapat berlawan di hadapan penyokong tempatan," katanya.
Kejayaan remaja yang dilihat membuka jalan kepada atlet wanita lain untuk mewakili Myanmar di kejohanan-kejohanan sukan serantau. Sebelum ini, sejak tahun 2001, Myanmar gagal memenangi pingat emas ekoran kekurangan sokongan kewangan semasa era pemerintahan junta dan sokongan awam.
Keluar daripada bayangan pemerintahan tentera, Myanmar berbangga dengan reputasinya sebagai sebuah negara yang mempunyai kesaksamaan jantina dalam sebuah rantau yang dibelenggu dengan keganasan terhadap wanita.
Anak tempatan yang juga merupakan pemenang Anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi dan wanita lain di negara berkenaan diberi hak sama rata di bawah undang-undang baharu, menikmati status sosial lebih tinggi berbanding wanita di India dan China.
Namun demikian, kaum wanita masih perlu mengharungi cabaran besar di negara miskin itu.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), dua pertiga daripada wanita di Myanmar tergolong dalam tenaga buruh kurang mahir dengan upah rendah, sementara hanya 18 peratus mendapat pendidikan peringkat menengah dan tinggi sekali gus menghalang prospek masa depan mereka.
Myanmar yang berpegang teguh pada ajaran Buddha dan tradisi menuntut kaum Hawa untuk berpakaian sopan, terutamanya di kawasan-kawasan desa.
Rentetan itu, pihak penganjur Sukan SEA ke-27 di negara itu mengecualikan acara gimnastik dan bola tampar pantai atas kepercayaan disebabkan pakaian yang dikenakan oleh atlet sukan tersebut terlalu seksi.
Pujian
Atlet wanita telah menerima pujian di atas pencapaian yang diperoleh dalam acara sukan yang mereka ceburi, daripada sukan tradisional Myanmar seperti Chinlone mahupun bola sepak.
Namun, pasukan tinju wanita telah mendapat pujian khas apabila memperoleh satu emas, satu perak dan dua gangsa bagi membantu pungutan pingat keseluruhan Myanmar.
Walaupun beraksi penuh bersemangat ketika di gelanggang, Ni Oo merupakan seorang yang sangat merendah diri ketika di luar.
Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia menceburi bidang sukan untuk menjamin masa depan yang lebih baik untuk keluarganya yang tinggal di selatan negara itu.

TANGISAN NI OO pada majlis penyampaian pingat Sukan SEA 2013 menyentuh hati banyak pihak.


"Keluarga sentiasa memberikan sokongan moral kepada saya terutamanya, bapa yang berharap saya menjadi peninju terbaik," kata remaja berbadan kecil ini kepada AFP.
Kemenangannya dianggap luar biasa memandangkan dia hanya bergiat dalam sukan itu tiga tahun lalu dan mempunyai berat dua kilogram lebih ringan untuk kategorinya di acara sukan serantau itu.
Bagi pemerhati, kemenangan atlet-atlet wanita dalam Sukan SEA kali ini membawa erti yang lebih bermakna daripada sekadar pungutan pingat.
Kesaksamaan
Menurut aktivis kesaksamaan jantina, May Sabe Phyu, sukan boleh meningkatkan lagi peranan wanita di negara tersebut.
"Apabila wanita memenangi pingat, ia menunjukkan kita juga mampu mencapai kejayaan seperti kaum lelaki," katanya sambil menambah dia mahu melihat keseimbangan yang lebih baik dalam pentadbiran kerajaan.
Pendapatnya juga telah dibentangkan dalam satu taklimat ringkas oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyatakan, masih banyak yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat mewujudkan kesaksamaan gender, antaranya menambah penglibatan wanita dalam masyarakat dan menangani halangan norma-norma budaya.
Dalam pada itu, semasa bercakap dalam satu forum wanita di Yangon baru-baru ini, Suu Kyi berkata, ketika era pemerintahan junta, wanita dibebankan dengan tanggungjawab menjaga keluarga,
"Setelah menjadi sebuah negara terbuka, kaum wanita berazam untuk sama-sama membantu membangunkan negara ini.
"Kami mahu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan mengambil peranan yang lebih penting," katanya.
Bagi atlet tempatan, Sukan SEA merupakan peluang bagi kegemilangan peribadi dan memainkan peranan dalam perubahan politik, ekonomi dan sosial.
Kejohanan yang berlangsung sehingga 22 Disember lalu itu membuka ruang baharu bagi peninju-peninju wanita tempatan sekali gus melahirkan lebih ramai bakat baharu.
"Wanita Myanmar sangat tradisional dan kebanyakannya tidak pandai bertinju. Saya berasa besar hati kerana diberi peluang membantu wanita bertinju dan bersaing dalam sukan lain," kata Aung San Oo, bekas peninju yang telah melatih Ni Oo dalam kejohanan tersebut.

Novel tema cinta, kekeluargaan emosi

Posted: 29 Dec 2013 10:07 PM PST

PENGGEMAR bacaan ilmiah dan fiksyen tidak melepaskan peluang menambah koleksi buku yang ditawarkan pada harga murah di Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KALI pertama bertentang mata dengan novelis muda yang berselindung di sebalik nama Ayumi Syafiqah, fikiran diburu perasaan sangsi. Adakah benar gadis pendiam tersebut penulis asal novel Tak Mampu Menjaga Cintamu?
Perwatakan gadis berusia 20 tahun itu disifatkan terlalu pemalu dan tidak banyak berbicara di luar topik yang dibincangkan. Dia seperti menjaga setiap tutur perkataannya.
Ketika ditebak soalan, bagaimana dia menghasilkan naskhah cinta yang sarat dengan emosi dalam masa singkat iaitu selama sebulan setengah? Ayumi Syafiqah tidak mengambil masa lama untuk menjawab persoalan tersebut.
"Saya suka menulis kerana boleh menjadi orang lain ketika menulis. Saya menyelami emosi setiap watak yang digambarkan dalam cerita.
"Selain itu, menulis juga membuatkan saya boleh lari seketika daripada dunia realiti terutama ketika sedang menghadapi masalah peribadi atau pelajaran," ujarnya ketika ditemui pada Ekspo Buku 1Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ayumi Syafiqah atau nama sebenarnya Ummi Syafiqah Zaki merupakan pelajar tahun kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sistem Maklumat di Universiti Teknologi Mara Puncak Perdana di Shah Alam, Selangor.
Ilham
Setakat ini, gadis yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu itu berjaya menghasilkan tiga novel iaitu Kau Pemilik Hatiku, Status Hati: Dia Milikku dan Tak Mampu Menjaga Cintamu. Kesemua novel tersebut sudah berada di pasaran dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pembaca setia novel tanah air.
AYUMI SYAFIQAH mengakui tidak melalui alam percintaan tetapi gemar menjadikan lagu sebagai ilham ketika menulis novel cinta.


Ayumi Syafiqah kerap mendapat ilham untuk dijadikan plot dalam novelnya melalui penghayatan lagu dan ada juga yang diinspirasikan daripada drama bersiri Inggeris.
Menurutnya, novel Tak Mampu Menjaga Cintamu mengetengahkan tema cinta dan kekeluargaan. Kisah yang diolah banyak bermain emosi dan air mata, ia jauh berbeza dengan dua novelnya sebelum ini yang lebih kepada kisah santai.
Namun, naskhah tersebut bukan sekadar kisah cinta Uda dan Dara tetapi mengangkat tema kasih sayang kekeluargaan dan kepercayaan teguh dalam hidup berpasangan.
Dikecewakan
Novel berkenaan mengisahkan tentang gadis bernama Anatasya yang pernah dikecewakan lelaki yang sangat disayanginya. Ekoran cinta yang mendalam, dia gagal melihat siapa sebenarnya lelaki bernama Naqiu.
Teguran dan amaran daripada rakan baiknya tidak diendahkan sehingga Anatasya sanggup menuduh mereka sengaja ingin memutuskan hubungannya dengan lelaki hidung belang tersebut.
Tidak lama menjalin cinta, akhirnya Anatasya dan Naqiu telah terlanjur. Selepas kejadian itu, Naqiu pergi meninggalkan Anatasya menangisi nasibnya.
Ketika itu, segala-galanya sudah terlambat kerana Naqiu cuma berniat mempermainkannya. Beberapa tahun kemudian, Anatasya semakin matang meneruskan hidup.
Dia menanam tembok kebencian yang tinggi terhadap kaum lelaki disebabkan peristiwa hitam yang masih berbekas hingga kini. Namun, dalam satu insiden, dia bertemu Naqiu untuk kali kedua.
Apakah yang terjadi seterusnya? Pembaca perlu mendapatkan novel terbitan Love Novel Enterprise tersebut bagi mengetahui pengakhiran dilema yang dilalui oleh watak utama iaitu Anatasya.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines