Sabtu, 7 Disember 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Miera Leyana Akui Gagal Kekalkan Hubungan Cinta

Posted: 06 Dec 2013 01:53 AM PST


Miera Leyana
PETALING JAYA: Pelakon Miera Leyana mengakui dia hanya mampu mengekalkan sesebuah hubungan percintaan tidak sampai enam bulan kerana masalah kesibukan kerjaya.
Miera atau nama sebenarnya Miera Leyana Kasmi, 20, berkata, aktor Shahrizal Jaszle merupakan bekas kekasih yang paling lama di mana perhubungan mereka mampu bertahan sehingga hampir setahun (putus cinta pada awal tahun 2012).
"Saya rasa, hubungan cinta saya dengan Shahrizal adalah yang paling lama. Kalau tidak, setakat ini, beberapa lelaki yang menjalinkan percintaan dengan saya hanya mampu bertahan tidak sampai enam bulan pun.
"Nak buat macam mana, mereka tidak tahan dengan cara kerja saya yang tidak tentu masa," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun tambah Miera, dia mengambil hal itu sebagai perkara positif dengan menyifatkan kegagalannya dalam bercinta mungkin kerana belum bertemu dengan lelaki sesuai.
Dalam perkembangan lain, Miera dan Shahrizal bakal muncul dengan filem terbaharuRentaz, arahan Mamat Khalid pada tahun depan.
Shahrizal Jaszle
Miera berkata, dia berharap tiada pihak yang akan membuat spekulasi berhubung kisah cinta lama mereka memandangkan kedua-dua mereka sudah pun mempunyai haluan hidup masing-masing.
"Memang kami mula bercinta sejak bekerjasama dalam filem Rentaz, tetapi semua itu perkara lama dan harap-harap tiada siapa yang mengungkit semula kisah silam kami.
"Lagipun kami tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama kerana kami profesional dalam kerja dan pastinya akan mengikut acara-acara promosi filem tersebut," ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines