Selasa, 16 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Alyah Kini Dah Bertudung!

Posted: 15 Apr 2013 10:40 PM PDT


Penyanyi Alyah dikhabarkan memetik portal mStar telah memakai tudung bermula sejak dia menunaikan umrah yang lalu yakni pada 27/3 2013 sehingga 11/4 20013 yang lalu.

Alhamdulillah dah bertambah lagi seorang selebriti kita berubah memakai tudung.

"Alhamdulillah, sejak menunaikan umrah, saya nekad untuk terus berimej sebegini. Perubahan ini juga disebabkan satu insiden yang tidak boleh saya kongsi di sini di mana ia membuatkan hati saya terbuka untuk mengubah imej saya.

"Tambah pula dengan usia yang semakin meningkat, sudah tiba masa untuk saya berubah ke arah kebaikan.
Alyah bersama Rozita, pengendali syarikat pelancongan yang membawanya ke Mekah.

"Saya percaya apa yang dilakukan sekarang ini adalah untuk masa depan sendiri. Sebelum ini saya tercari-cari dan tertanya-tanya dengan pelbagai nasib buruk yang menimpa ke atas diri saya.

"Tetapi apabila difikirkan balik, mungkin ada hikmah atas segala kejadian yang berlaku sebelum ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

"Saya sukakan fesyen dan saya masih lagi Alyah yang dulu. Cuma penampilan sahaja yang berubah.

"Sekarang ini saya kembali membuat pelbagai kajian dan memikirkan fesyen-fesyen bertudung yang sesuai untuk saya," -Alya
h

Gambar Percutian Nabila Huda, Nash di Bali

Posted: 15 Apr 2013 10:00 PM PDT

Gambar dibawah ini adalah gambar yang dikatakan percutian diantara Nabila Huda dengan kekasih hatinya, Nash T seorang artis yang diketahui umum di pulau peranginan terindah, Bali, Indonesia.

Tidak dinafikan lagi pasangan ini pergi ke Bali mengikut sumber pada baru-baru ini. Mungkin sahaja ikut 'trip' secara beramai-ramai.







ABPBH 2012 Tipu?

Posted: 15 Apr 2013 09:00 PM PDT


Walaupun ABPBH 2012 yang lalu sudah lama berlalu, namun ada pula kontroversi baru yang timbul yang didakwa oleh peminat Ady Putra, 1HotLovers ymendakwa ang penganjur tidak tulus dan jujur dalam pengiraan undi.

Mereka mendakwa telah membuat lebih daripada 42,000! hantaran surat pencalonan ABPBH 2013 hanya untuk Ady Putra khas dan am untuk lain-lainya, namun ABPBH 2012 melalui Bpop mengumumkan Ady hanya mengumpul undian sebanyak 24,000 yakni hampir kurang 50 % daripada hantaran yang mereka dakwa.

Oleh sebab itu mereka kemukan bukti serta membidas penganjur di dalam laman sosial masing-masing. Zz



Zizan Razak Dah Ada Calon Makwe

Posted: 15 Apr 2013 08:00 PM PDT


Wah dalam diam Zizan Razak sudah mempunyai bakal kekasih hati. Dia dikhabarkan sedang akrab dengan seorang wanita pilihannya yang buat masa kini belum mahu mendedahkan lagi identiti wanita berkenaan kepada peminat mahupun umum.

Zizan yang memetik akhbar Utusan itu lagi, dia akan mahu berkahwin dengan target kurang dari 30 tahun dari usianya, dan menjadi pendorong apabila rakan baiknya, Johan sudah berumahtangga dan mempunyai anak.

Dan menafikan gosipnya dengan Nora Danish yang dianggap Zizan sebagai kawan biasa je.

SEKADAR GAMBAR HIASAN DENGAN PEMINAT
"Perancangan untuk berkahwin memang ada tetapi dengan siapa itu saya belum boleh beritahu. Apa yang saya boleh katakan saya sedang mengenali hati seseorang.

"Wanita itu seorang yang dekat dengan saya tetapi saya jarang bertemu dengannya kerana faktor kerja," katanya

Fasha Sandha Selamat Melahirkan Anak Sulung

Posted: 15 Apr 2013 11:38 AM PDT


Tahniah kepada Fasha Sandha kerana selamat melahirkan anak sulung berjantina lelaki pada 10 pagi semalam, 15 April 2013. Turut bersama Fasha ketika melahirkan anak adalah keluarga Jejai, Tan Sri dan Puan Sri. -Instagram RajaNora




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines