Isnin, 22 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Asyraf Muslim, Dayana Masih Berusaha Menimang Zuriat

Posted: 21 Apr 2013 10:40 PM PDT


Pelakon dan juga pakar prubatan tradisional, Asyraf Muslim yang difahamkan berkahwin pada 30 Ogos 2011 di Makkah yang lalu bersama pasangan pilihannya Dr. Noor Dayana Lokman kini redo dengan ketentuan Allah kerana masih lagi berusaha untuk mendapatkan zuriat pertama mereka.

Namun begitulah bahagianya kedua-dua pasangan ini, mereka tetap bersama suka dan duka dan selalu berdoa dan istiqamah dalam menempuhi ujian Allah. Difahamkan juga Dayana merupakan Doktor yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur.

"Memang kami teringin untuk bergelar ibu bapa, namun rezeki masih belum menyebelahi kami. Pun begitu, saya tidak pernah berhenti daripada berdoa setiap hari. Malah, kami turut menjalani beberapa kaedah rawatan termasuk perubatan Islam dan moden. Kami percaya, ia hanyalah ujian dari-Nya untuk menduga tahap kesabaran kami.

"Pun begitu, saya bersyukur kerana rumah tangga kami masih tetap utuh dan ia bukanlah alasan untuk kita beralih arah,

"Saya bertuah memiliki Dayana dan dia banyak mengubah hidup saya ke tahap yang lebih baik. Sepanjang tempoh perkahwinan ini, Alhamdulillah, hubungan kami berjalan dengan sempurna dan dia sangat memahami saya. Walaupun sibuk bekerja, isteri saya sentiasa menguruskan kelengkapan saya termasuk makan minum, pakaian dan keselesaan. Inilah nikmatnya bila berumah tangga, semua perkara isteri akan uruskan.

"Saya tiada menghalang isteri bekerja kerana memang cita-citanya untuk bergelar doktor. Lagipun, sayanglah dia belajar lama-lama jika saya tak bagi bekerja," -Asyraf petikan Sinarharian
walapun bekerja dalam sektor swasta, pilihan Asyraf adalah BN

Johan Bertemu dengan Bobo!

Posted: 21 Apr 2013 10:00 PM PDT

Gelagat Bobo yang mendendangkan lagu Sayang dengan gayanya sendiri manakala gaya Johan juga dengan lagu Sayang di malam ABPBH 2012 yang lalu telah mengabungkan kedua-dua insan ini di dalam studio Era FM baru-baru ini.

Mereka juga ditemani oleh Deejay Era FM yang lain. Mereka bergilir melakukan aksi parodi bermula lagu, Teman Pengganti, Sayang & Bosan. Yang akhirnya mereka bersama-sama berparodi. Video ini bukanlah official, ianya dirakam hanya untuk suka-suka oleh mereka yang terlibat dengan kadar videw yang agak membrangsangkan di YouTube.


Apa Peliknya Gambar Yuna Zarai Ni...

Posted: 21 Apr 2013 09:00 PM PDT


Profile Instagram Yuna Zarai sebenarnya 'private'. Namun dalam keadaan seperti itu  follower-nya mencecah 100,000 lebih.

Dan yang pasti memang pengikutnya yang ramai dari Malaysia sehinggalah ke Amerika Syarikat. Namun dalam tidak disangka, ada sekeping gambar terbaharunya yang menunjukkan gambar Yuna sedang posing di taman bunga, taman bunga mana yang itu tidak pasti.

Namun yang menjadi persoalan kenapa sekarang dia dah berani dedahkan lehernya, dahulu tutup habis. Bukan nak kongkong, tapi rasanya peminatnya pun akui perubahan ini keatas Yuna. Adakah Yuna mendapat kejutan budaya??



Shaheizy Sam Buka Kafe @ Restoran

Posted: 21 Apr 2013 07:21 PM PDT

Wah pelakon dan penyanyi Shaheizy Sam dikhabarkan buat pertama kali telah membuka sebuah kafe aka restoran kedai makan. Langkah ini bukanlah biasa sebagai seorang selebriti yang mahu beralih arah sampingan dengan perniagaan, ramai juga artis yang berbuat demikian dengan wang mereka sendiri.

Menurut portal Utusan semalam, nama kafe nya itu adalah Best Time Family Cafe & Grill yang terletak di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Hasil usaha 'partner' diantara ahli keluarganya.
"Saya sebenarnya sudah lama berminat untuk membuka sebuah kedai makan dan akhirnya impian itu tercapai juga. Kedai ini saya buka bersama dengan kakak, Zizie Ezette dan seorang ibu saudara kami.

"Menu di sini ada macam-macam termasuk makanan tempatan tetapi istimewanya ialah masakan grill yang merupakan resipi saya sendiri," -Sam

Gambar Aishah Sinclair ke Gaza

Posted: 21 Apr 2013 06:15 PM PDT


Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
"Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,

"Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,

"Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,

"Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,

"Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu," ujar Aishah
gambar dari Instagram Aishah Sinclair











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines