Rabu, 10 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Rogol: Zatul Serah Pada Polis Dakwa Mohd (Mentor)

Posted: 08 Apr 2013 10:28 PM PDT

Zatul serahkan kes kepada pihak polis.
PETALING JAYA: Peserta program realiti Mentor musim keenam, Zatul, menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung kes rogolnya oleh Juara Mentor 4 iaitu Mohd.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 24, berkata, dia telah menceritakan semua perkara kepada pihak polis mengenai insiden berkenaan dan berharap pihak polis dapat selesaikan kes itu secepat mungkin.
"Sekarang ini saya serahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes ini. Saya sudah ceritakan segala-galanya kepada mereka.
"Biarlah dia (Mohd) mahu membuat kenyataan buruk tentang saya atau tidak. Saya enggan mengulas panjang tentang perkara ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, petang Isnin.
Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) itu diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd yang mendakwa dia difitnah oleh Zatul atas tuduhan rogol.
Mohd dalam kenyataan kepada media sebelum ini berkata, dia berhasrat mengambil tindakan mahkamah terhadap Zatul atas fitnah itu kerana kejadian berkenaan benar-benar menjatuhkan namanya.
Mohd
Dalam pada itu tambah Zatul, nama baiknya juga tidak terjejas sekiranya Mohd yang merupakan protege kepada Ziana Zain mengambil pendekatan untuk terus memburukkan namanya kepada pihak media.
"Nama saya tidak terjejas walaupun Mohd mahu burukkan saya. Selebih itu saya enggan komen," jelasnya.
Terdahulu Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 26, yang ditemui mStar Online selepas acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad lalu mendedahkan Zatul pernah mengajaknya berkahwin sebelum ini.
Malah kata Mohd, Zatul juga merupakan peminatnya sehinggalah mereka menjadi rakan artis selepas wanita itu menyertai Mentor 6.
"Sebelum ini Zatul merupakan peminat saya dan kemudian kami menjadi rakan artis. Entah kenapa tiba-tiba dia ajak saya kahwin dan dia dah bersedia dengan semua persiapan majlis perkahwinan. Siap nak bawa jumpa keluarga lagi.
"Alih-alih, pada 5 Februari, saya ditahan reman atas tuduhan merogolnya pula. Mujurlah saya hanya ditahan empat hari sahaja kerana tiada bukti yang kukuh daripada pihak polis," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.

Rozita & Zain Saidin Umum Nikah Lepas Aidilfitri

Posted: 08 Apr 2013 10:27 PM PDT

Rozita dan Zain mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan dalam taman.
KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka selepas sambutan Aidilfitri iaitu pada bulan Ogos depan.
Rozita, 40, berkata, dia dan Zain, 29, akan mengadakan sidang media khas untuk memudahkan mereka serta pihak media berkongsi hal-hal persiapan perkahwinan mereka nanti.
"Selepas Hari Raya nanti kami akan membuat pengumuman perkahwinan kami.
"Cara itu lebih senang agar pihak media dapat berkumpul serentak. Kalau boleh saya tidak mahu mana-mana pihak yang berkecil hati nanti jika tidak diadakan majlis seperti itu," katanya.
Tambah pengacara Primadona (Astro Prima) ini, dia tidak mengidamkan sebarang perkahwinan yang besar-besaran, sebaliknya berharap dia dan Zain dapat menjalani kehidupan sebagai suami isteri dengan penuh tanggungjawab.
Namun kata Rozita, kekasihnya itu pula mengimpikan sebuah perkahwinan berkonsepkan dalam taman.
"Kami akan membuat majlis perkahwinan di Kuala Lumpur sahaja. Bagi saya cukup sahaja majlis perkahwinan yang sederhana.
"Paling penting ialah bagaimana kita mengendalikan kehidupan alam perkahwinan itu nanti," ujarnya.
Sementara itu, ditanya adakah Rozita masih mahu kekal dengan imej seksi selepas menjadi isteri orang nanti, dia belum pasti tentang hal itu.
"Entahlah, kita tengok sahajalah nanti macam mana," seloroh ibu tunggal kepada dua orang anak ini.

Enot Sedia Teruskan Hidup Tanpa Suami

Posted: 08 Apr 2013 10:26 PM PDT

Enot redha dia dan suami tiada persefahaman lagi
KUALA LUMPUR: Pelakon Enot sedia meneruskan hidupnya tanpa suami, Zainul Abidin Mat Noor, 42, selepas merasakan kedua-dua mereka tidak lagi mempunyai keserasian dan persefahaman di dalam rumah tangga.
Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 33, mengakui dia membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap suaminya di Pejabat Agama Kajang awal Mac lalu selepas bertahun-tahun cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.
"Ini sahaja jalan yang ada bagi menyelesaikan masalah kami suami isteri.
"Saya harap, dapat meneruskan kehidupan macam biasa selepas ini dan ingin bina hidup baru bersama anak-anak.
"Hidup mesti diteruskan. Cuma saya tidak boleh menceritakan punca hubungan kami retak," katanya kepada mStar Online.
Tambah Enot, proses tuntutan cerai masih lagi berjalan memandangkan Zainum telah menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan sudah dua kali suaminya itu gagal hadir ke mahkamah.
Enot yang sebelum ini dikenali menerusi drama Mat Despatch dan Zainul telah bernikah pada 21 November 2008 di pejabat Agama Kajang dan tidak dikurniakan cahaya mata.
Ia merupakan perkahwinan kedua Enot selepas bercerai pada tahun 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6, daripada perkahwinan terdahulu.
Sementara itu, Enot berkata, selepas selesai kes penceraiannya itu, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap karier lakonannya bagi menampung kehidupannya dan anak-anak.
"Saya ingin membuat kemunculan semula tahun ini memandangkan tahun lepas tidak banyak kerja lakonan yang saya ambil.
"Bagaimanapun saya harap tidak ada lagi yang bertanyakan saya tentang isu (penceraian) ini. Berilah saya sedikit masa dan ruang untuk diri sendiri," ujarnya.

Nabila Harap Isu Cium Lelaki Tidak Undang Kontroversi

Posted: 08 Apr 2013 10:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Nabila Huda berharap tindakan spontannya mencium pipi kekasihnya, aktor Nas-T dan memeluk beberapa rakan artis lelaki lain ketika dia diumumkan pemenang Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada malam Ahad lalu tidak akan mengundang sebarang kontroversi.
Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 29, berkata, keadaan itu berlaku kerana perasaannya yang terlalu gembira apabila meraih anugerah tersebut dan meminta maaf jika ada pihak yang terasa dengan perbuatannya itu.
"Itu perbuatan spontan saya kerana gembira apabila diumumkan menang Pelakon TV Wanita Popular.
"Malah saya juga memeluk rakan-rakan artis lelaki lain seperti Fizz Fairuz dan Tomok kerana mereka sahabat lama yang tahu susah senang saya dalam industri seni ini.
"Tetapi sekiranya ada yang mahu mengata, saya tidak boleh nak berbuat apa-apa dan tidak kisah kerana saya tidak boleh tutup mulut orang. Ini adalah diri saya," katanya.
Sementara itu, Nabila berkata, dia bersyukur apabila hasil penat lelahnya dihargai peminat menerusi hadiah kemenangan yang diraihnya itu.
Malah, beritahu Nabila, kemenangan itu juga merupakan hadiah buat ayahnya, Amy (Search) yang sering terkena tempias kontroversi berkaitan dirinya.
"Saya memang tidak sangka boleh menang kerana tidak pernah mempromosi diri menerusi Twitter atau mana-mana laman sosial lain. Cuma saya hanya menunjukkan diri saya yang sebenar tanpa hipokrit dalam Twitter dan mungkin kerana itu juga para peminat senang dengan saya.
"Apa-apa pun, kejayaan ini juga membuktikan, walau apa pun kontroversi yang terkena pada diri, kerjaya lakonan saya tidak pernah terjejas kerana saya tidak mempunyai masalah disiplin dan sangat bekerja keras.
"Dan hadiah ini juga adalah untuk ayah, saya mahu membanggakan dirinya yang sering disoal macam-macam apabila saya dilanda kontroversi," ujarnya.

Dina Nyaris Putus Asa Akibat Berat Badan

Posted: 08 Apr 2013 10:22 PM PDT

Dina muncul dengan single terbaharu berjudul Wanita Besi.
PETALING JAYA:Penyampai radio Era FM, Dina Nadzir memberitahu pernah berhasrat untuk melupakan kariernya sebagai penyanyi selepas kecewa dengan diskriminasi masyarakat terhadap berat badannya.
Dina, 28, berkata, dia kecewa apabila berat badannya sentiasa dijadikan isu dan bukan bakat nyanyian yang dimilikinya.
"Sembilan tahun saya bergelar penyanyi dan ada ketikanya saya jadi seorang yang berputus asa kerana diskriminasi masyarakat yang masih tidak boleh menerima bentuk fizikal seperti saya.
"Sebab itu juga saya mengambil keputusan untuk bergelar deejay di Era FM," katanya kepada mStar Online.
Bagaimanapun kata Dina, dia sedar berputus asa bukan jalan terbaik dan tidak mahu mensia-siakan bakat yang ada begitu sahaja.
Dalam pada itu Dina bakal melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan dan berharap ia akan mendapat sambutan daripada peminat.
Malah katanya, single pertama album itu berjudul Wanita Besi telah pun dilancarkan secara eksklusif di Era FM. Album itu bakal memuatkan 13 buah lagu.
"Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi kerana sedar nyanyian adalah minat saya dan tidak mahu sia-siakan bakat yang ada.
"Jadi album ini adalah sebagai satu usaha untuk terus kekal sebagai penyanyi dan saya lega apabila lagu itu diterima dengan baik oleh peminat," jelasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penglibatannya dalam bidang pengacaraan televisyen dan majlis korporat, ia berlaku secara tidak sengaja.
Malah katanya, dia tidak menyedari mempunyai bakat dalam bidang tersebut namun mengakui kerjaya itu sesuai dengan personalitinya.
"Saya sebenarnya tidak sedar boleh menjadi pengacara untuk program televisyen dan majlis korporat kerana tiada bakat ke arah itu tetapi setelah mencuba saya rasa seronok dan semakin selesa," jelasnya.

Jimmy Shanley Sedia Tamatkan Zaman Duda

Posted: 08 Apr 2013 10:21 PM PDT

Jimmy kelihatan ceria selepas kes hak penjagaan anak tunggalnya, Zahra Rania Shanley berakhir dengan baik di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada pagi Selasa.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Jimmy Shanley sudah bersedia untuk menamatkan zaman dudanya selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy pada Oktober tahun lalu.
Jimmy, 33, berkata, walaupun mengharungi proses penceraian yang panjang di mahkamah dia tidak serik untuk berkahwin semula jika bertemu jodoh dalam masa terdekat.
"Tiada sebab mengapa saya perlu serik dengan perkahwinan dan harap-harap Allah menemukan saya dengan jodoh yang sesuai," ujarnya kepada mStar Online.
Jimmy ditemui selepas hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin bagi mendengar keputusan mahkamah berhubung tuntutan hak penjagaan anaknya iaitu Zahrah Rania Shanley yang berusia setahun sembilan bulan.
Mahkamah memutuskan hak penjagaan Zahrah Rania diberikan kepada bekas isteri Jimmy iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, 25.
Pelakon itu bagaimanapun mendapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir.
Dalam pada itu, Jimmy berkata, dia belum menemui pengganti dan masih mencari calon isteri dan berharap dapat menemui pasangan yang sesuai.
"Saya ni 'duda tak laku' dan masih solo. Jika ada jodoh pasti saya akan berkahwin," ujarnya berseloroh.
Jimmy juga berkata, dia tidak pernah menyesal dengan kegagalan rumah tangganya kerana peristiwa pahit itu telah banyak mengajarnya supaya menjadi lebih matang.
Ujarnya, dia bertuah kerana diberi dugaan itu pada usia muda supaya tidak melakukan kesilapan sama pada masa hadapan.
"Saya lebih menghargai kehidupan saya dan menjadi lebih matang. Saya juga sedar apabila sesuatu perkara buruk itu terjadi kita tidak boleh menyalahkan orang lain.
Jimmy dan Nursuhaila hanya sempat bergelar suami isteri selama 20 hari sebelum tinggal berasingan dan bercerai pada Oktober tahun lalu.
"Peristiwa ini juga telah mendekatkan diri saya dengan Allah," katanya.
Tambah Jimmy, dia sudah melakukan yang terbaik buat perkahwinan terdahulunya namun berserah kerana tiada jodoh.
"Saya sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik untuk bekas isteri dan berharap dia akan menemui kebahagiaan dalam kehidupannya," kata Jimmy.
Sementara itu, Jimmy berharap masyarakat mengambil iktibar tentang kisah rumah tangganya.
"Setiap masalah rumah tangga ada jalan penyelesaiannya dan selesaikan baik-baik. Sejujurnya saya berharap ini adalah kali terakhir saya datang ke mahkamah dan tidak mahu kembali lagi ke sini," jelasnya.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh.
Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah sebelum bercerai pada 10 Oktober 2012.
Jimmy sekarang merupakan juruhebah saluran radio UFM yang boleh diikuti di Lembah Klang menerusi frekuensi 101.3 FM

Katy Perry Sukar Lupakan John Mayer

Posted: 08 Apr 2013 10:20 PM PDT


Katy Perry
PENYANYI Katy Perry dikhabarkan sukar untuk melupakan John Mayer sejak kedua-dua mereka putus cinta.
Menurut laporan portal whitegadget, Katy tidak mahu orang sekelingnya menyebut nama John langsung dan berat menerima kenyataan tentang perpisahan mereka.
"Katy masih lagi tidak boleh menerima kenyataan mengenai perpisahannya dengan John sehinggakan dia tidak mampu mengawal diri.
"Dia melepaskan kesedihannya dengan mengambil pemakanan yang tidak sihat, malah dia kini lebih kerap bekerja tanpa mengira masa sebagai mengisi masa luangnya yang kosong itu," kata sumber.
Foto John Mayer dan Katy Perry sebelum mereka berpisah.
Bagaimanapun tambah sumber itu lagi, keadaan Katy semakin pulih dan dia mula menjaga kesihatannya sedikit demi sedikit.
"Walaupun dia semakin pulih, tetapi ada kalanya kelakuan Katy seperti masih teringatkan John," beritahu sumber itu.
Minggu lalu, Katy Perry memutuskan hubungan cintanya dengan John berikutan sifat kasanova penyanyi lagu Your Body Is A Wonderland itu.

Rozita, Zain pilih tema perkahwinan dalam taman

Posted: 08 Apr 2013 10:19 PM PDT

ROZITA dan Zain berharap impian mereka untuk berkahwin tahun ini tercapai.


KISAH percintaan antara aktres jelita Rozita Che Wan, 42, dan pelakon Zain Saidin, 29, bukan lagi rahsia. Rata-rata peminat dan penggiat industri hiburan tempatan seolah-olah memberi restu kepada hubungan mereka berdua meskipun jurang usia yang begitu ketara.
Tidak lagi menyembunyikan kisah cinta bahkan, sebelum ini timbul desas-desus kononnya mereka akan bernikah pada bulan Julai depan menandakan hubungan mereka begitu serius.
Bagaimanapun mereka menafikan akan bernikah pada bulan Julai, sebaliknya pada hujung tahun ini.
Meskipun ini merupakan perkahwinan kedua buat ibu kepada Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezzra, 15, itu, namun disebabkan dia bakal berkahwin dengan Zain yang masih bujang, sudah pasti pelbagai impian perkahwinan sudah dirancang.
"Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana perkahwinan kami akan berlangsung pada hujung tahun. Selepas raya, saya akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan perkahwinan. Ketika itu, boleh tanya apa sahaja.
"Jika tanya sekarang, saya sendiri pun tidak boleh beri jawapan kerana semuanya masih kabur seperti tarikh, lokasi dan tema perkahwinan," katanya yang turut memberitahu sudah banyak pihak datang merisik untuk membuat penajaan pada hari bahagianya itu.
Disoal lagi, adakah perkahwinan antaranya dan Zain pasti akan berlaku pada tahun ini, dalam tawa, Rozita atau mesra disapa dengan nama Che Ta memberitahu, dia pasti akan berkahwin pada tahun ini juga.
"Memanglah saya akan kahwin tahun ini juga sebab tahun depan umur saya sudah bertambah. Kalau boleh lagi cepat lagi bagus, tetapi jadual masing-masing sibuk jadi kami harus merancang dengan teliti," ujarnya.
Sesiapa yang mengenali wanita ini sudah pasti tahu akan selera fesyennya yang gemar menyarung gaun meleret dan dihiasi segala macam aksesori. Ditebak apakah impian tema perkahwinannya nanti, Che Ta memberitahu, sebolehnya dia mahu bersederhana.
"Kalau boleh saya mahu buat majlis akad nikah yang ringkas sahaja, tetapi saya akan berkahwin dengan lelaki bujang, maka tidak bolehlah buat begitu. Pasti keluarga Zain juga mempunyai impian dan perancangan mereka yang tersendiri.
"Sejujurnya, saya suka yang ringkas, tetapi segala tema nampaknya Zain yang terlebih rancang. Zain mahu tema perkahwinan dalam taman, jadi saya ikut sahaja kerana ini pengalaman pertamanya. Saya juga harus menghormatinya dan biarkan dia menikmati proses perkahwinan sama seperti orang lain," jawabnya.
ROZITA banyak menyerahkan soal perancangan perkahwinannya bersama Zain kepada kekasihnya itu.


Sungguhpun perkahwinan yang bakal berlangsung merupakan perkahwinan keduanya, akui Che Ta, dia tetap berasa debaran untuk bergelar raja sehari.
"Tipulah kalau saya kata tidak berdebar dan gementar. Sesiapapun yang ingin berkahwin, tidak kira perkahwinan pertama atau kedua, pasti merasai perasaan yang sama," tuturnya yang akan mengadakan majlis perkahwinannya di Kuala Lumpur bagi memudahkan rakan artis dan pihak media hadir.
Sementara itu, Che Ta yang kini sibuk dengan penggambaran program Master Chef Selebriti musim kedua juga menjawab isu tentang penutupan laman sosial Instagram Zain baru-baru ini berikutan ramai pihak yang mengutuk gambar seksinya.
"Baik sungguh dia (ketawa). Dia ada cakap yang dia sakit hati melihat komen-komen orang yang mengutuk saya sebab dia yang baca. Saya tidak baca komen-komen itu jadi saya tidak rasa apa-apa.
"Apapun itu keputusan dia sendiri bukan saya yang paksa atau suruh. Dia seorang lelaki yang sangat pelindung, itu yang menyebabkan saya suka kepadanya," jawabnya.
Selain itu, pengacara program Primadona itu turut disoal tentang pakaian yang dipilih pada Majlis Anugerah Bintang Popular.
Ramai yang melihat gaun tersebut seksi, namun Rozita menganggap ia tidak seksi.
"Seksikah? Saya rasa biasa sahaja tidaklah terlalu seksi. Apapun inilah diri saya. Bagi saya pakaian rekaan Hatta Dolmat ini cukup cantik," ujarnya yang menyarungkan dua busana pereka tersebut.

ABPBH: Kemenangan Sam, Nabila beri kejutan

Posted: 08 Apr 2013 10:17 PM PDT


Shaheizy Sam
Shaheizy Sam
Nabila Huda
Nabila Huda
Pemenang ABPBH
Pemenang ABPBH
Di luar jangkaan ramai, aktor Shaheizy Sam sekali lagi dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular tahun ini sekali gus mengulangi kejayaan yang sama dalam anugerah berprestij Bintang Popular 2010.
Kejayaannya dengan meraih undian sebanyak 79,656 pada malam kelmarin telah melayakkan bintang itu mengungguli hadiah utama berupa sebuah kereta Nissan Fairlady 370Z Coupe, set barang kemas Habib Jewels, hadiah iringan serta trofi.
Sering menjadi perhatian pengundi, pelakon dan pelawak, Zizan telah menguasai beberapa kategori online sekali gus menjadikannya sebagai pemenang terbanyak menerima anugerah pada malam istimewa itu.

Antara kategori yang diraihnya adalah Gandingan Di layar Serasi, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, Artis Asia Paling Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular.
Sementara itu, penyampai dan pengacara, Fara Fauzana masih mengekalkan kejuaraannya menerusi dua kategori yang pernah disandang tahun lalu iaitu sebagai pemenang Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.
Bagi kategori Pelakon Filem Lelaki dan Wanita Popular, masing-masing diungguli kali kedua buat Shaheizy Sam dan kejayaan pertama bagi Yana Samsuddin.

Dipengaruhi dengan keberkesanan lakonannya menerusi drama bersiri popular, Adam Hawa, aktor, Aaron Aziz telah melayakkan dirinya menerima trofi bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Dalam pada itu, lebih mengejutkan, apabila kategori yang sama buat pelakon wanita kali pertamanya telah mengangkat nama pelakon, Nabila Huda sebagai pemenangnya sekali gus menewaskan aktres hebat, Fasha Sandha.

Kategori buat pendatang baru dalam industri lakonan iaitu Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular pula telah dimiliki oleh pelakon Aiman Hakim Ridza dan bakat dari produksi  Metrowealth (MIG), Wawa Zainal.
Di samping itu, penyanyi Hafiz dan Shila Amzah menepati ramalan apabila kedua-duanya telah memenangi kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular.
Mengalahkan Zizan Razak, pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi tahun ini dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
Mengangkat tema 'Ledakan Geometri', malam Anugerah Bintang Popular 2012 berjaya dijalankan dengan penuh gilang gemilang, Ahad lalu.
Diserikan dengan telatah tiga hos, Fara Fauzana, Zizan Razak dan Johan Raja Lawak penganjuran kali ke-26  yang dijalankan di Stadium Putra Bukit Jalil ini nyata berjaya mencuit hati penonton lebih 10,000 penonton dengan persembahan memukau daripada artis-artis popular tanah air.

Sam anggap satu magis
Teruja digelar sebagai Bintang Paling Popular pada malam itu, pelakon Shaheizy Sam menganggap kemenangannya tahun ini adalah hasil usaha keras peminat yang tidak berputus asa menyokong karier lakonannya.

Menurut Sam, dia amat menghargai sokongan peminat terutamanya buat kelab-kelab penyokongnya yang sanggup mengatur pelbagai strategi untuk memastikan gelaran Pelakon Paling Popular menjadi miliknya.
"Saya memang tidak sangka dengan kemenangan ini tambahan pula di Malaysia banyak bintang-bintang popular yang memiliki penyokong masing-masing yang mungkin telah mengatur strateginya yang tersendiri.
"Bagaimanapun dalam masa yang sama, saya tidak pernah memperkecilkan peminat saya sendiri termasuk keluarga yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan saya malam ini," katanya.
Tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi, Sam turut mengatakan kemenangannya itu sebagai satu magis."Saya bertuah kerana memiliki The Megician Fans. Usaha mereka memang bernilai.

"Alhamdulillah, mungkin ini rezeki saya dan dengan kemenangan ini segala usaha peminat terbayar terutamanya buat mummy saya tidak pernah berputus asa mengisi borang untuk saya setiap hari. Sebagai seorang anak saya amat terharu dengan sokongannya itu," ujarnya.


Bakat atasi kontroversi: Nabila

Buat pelakon yang sering dilanda kontroversi, Nabila Huda, gelaran Pelakon TV Wanita Popular yang berjaya disandangnya itu membuktikan bahawa bakat lakonannya diterima baik oleh masyarakat.

Menurutnya, walaupun penglibatannya dalam industri seni sering dikaitkan pelbagai dengan cerita panas, namun itu bukanlah penghalang buat dirinya memberikan yang terbaik dalam karier lakonannya.

"Ternyata ramai peminat masih dapat menilai dan percaya pada bakat saya dengan baik tanpa menghiraukan perkara lain dan itu membuatkan saya begitu terharu dengan sokongan mereka.

"Secara jujurnya, saya bukanlah seorang yang hipokrit. Apa pun yang berlaku, masih ada peminat yang setia menyokong saya sejak awal pembabitan saya dalam bidang ini," katanya.
Tambah Nabila, kemenangan kali pertama itu bagaimanapun turut dikongsi bersama bapanya, Amy Serach.
"Saya juga mahu mendedikasikan kemenangan ini kepada dia. Saya mahu dia tahu, walaupun saya sering dikaitkan dengan kontroversi, saya tetap menjalankan tugas saya sebagai seorang pelakon dengan baik," jelasnya.


Kerja keras Yana berbaloi

Percaya pada rezeki masing-masing, aktres Yana Samsudin mengatakan kemenangannya pada malam ini berbaloi dengan kerja kerasnya dalam masa beberapa tahun ini.

Menurutnya, persaingan hebat dalam kategori itu membuatkan dia tidak pernah terfikir untuk memenangi anugerah itu.

"Terima kasih buat peminat yang mengundi. Kemenangan ini bukan sahaja atas usaha saya sendiri, namun sokongan peminat turut memberi peranan yang besar.
"Insya-ALLAH selepas ini saya akan sentiasa cuba baiki kelemahan dan terus beri yang terbaik untuk membalas jasa mereka," katanya.

Dalam pada itu, Yana menafikan kemenangan tersebut menjadi alasan buat dirinya menjadi lebih 'demand' memilih tawaran lakonan.

"Bagi saya, dari segi memilih karakter yang bersesuaian memang tidak salah. Apa sahaja tawaran yang datang, seperti biasa saya masih akan pertimbangkan terlebih dahulu," katanya.


Zizan 'raja online'

"Saya hanya menjalankan tugas sebagai seorang artis. Selebihnya adalah sokongan dan galakan daripada peminat."
Itulah penjelasan diberikan pelawak,  Zizan Razak yang memonopoli kategori online malam kelmarin.

Walaupun ramai yang meyakini dirinya bakal memenangi kategori Bintang Paling Popular, namun Zizan memberitahu dia cukup bersyukur dengan rezeki yang ada.
"Saya memang tidak sangka akan menang banyak kategori malam ini. Semua calon-calon yang ada tidak kurang hebatnya.

"Ini semua adalah hasil undian ikhlas daripada peminat dan saya bangga memiliki mereka yang sentiasa berada di belakang saya," ujarnya.


Wawa pernah putus asa
Mengimbas kembali awal kemunculannya dalam industri lakonan, Wawa Zainal akui pernah berputus asa meneruskan kariernya sebagai anak seni.

Menurutnya, kemenangannya dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dianggap sebagai satu titik permulaan buat dirinya untuk terus memperkembangkan bakat lakonannya.
"Kalau boleh selepas ini saya mahu belajar lebih banyak untuk terus berikan yang terbaik kepada peminat.

"Saya akui masih baru dan kemenangan adalah satu penghargaan yang besar buat diri saya dan sekali gus membuktikan masyarakat mula percaya dengan bakat saya," katanya.

Rancakkan pembangunan berprestasi tinggi

Posted: 08 Apr 2013 10:16 PM PDT


Maznah
Maznah gigih menjadikan Danau Lumayan sebagai pemaju tersohor.
Memiliki kediaman yang mampu milik, selesa dan mendamaikan di kawasan bandar menjadi idaman setiap warga kota di mana-mana negara.

Untuk memenuhi cita rasa pengguna, pemaju hartanah, Danau Lumayan tampil untuk membangunkan tanah seluas 41.3 hektar di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur sejak Jun 2000.

Pengerusi Danau Lumayan Sdn Bhd (DLSB), Datuk Dr Maznah Hamid berkata, sehingga kini, Danau Lumayan telah menyiapkan lebih 3,000 unit kediaman apartmen, kondominium dan pembangunan komersial.

Menurutnya, DSLB mempunyai rekod baik dan terbukti menyiapkan dan menyerahkan kesemua unit iaitu 6 bulan lebih awal daripada tarikh penyerahan projek, bersama Sijil Layak Menduduki (CF).

"Ini secara langsung dapat mewujudkan kepercayaan dan keyakinan pihak pembeli yang kebanyakannya terdiri daripada pembeli projek Danau Lumayan sebelum ini.

"Kami menggunakan bahan binaan dan kemasan dalaman berkualiti tinggi, yang setaraf dengan kemasan projek bertaraf tinggi juga eksklusif," ujar anak kelahiran Kedah ini.
Perkembangan projek di sekitar Bandar Tun Razak mendapat sambutan tinggi dan positif daripada pembeli. Ini disebabkan lokasi yang strategik dan potensi nilai hartanah yang semakin meningkat di kawasan tersebut kerana jaraknya hanya 5km dari KLCC.


Sasar jualan RM560 juta

Untuk perancangan tahun ini, DLSB melaksanakan beberapa pembangunan berkonsepkan komersial yang dijangkakan akan memulakan pembinaan pada suku ketiga 2013, iaitu Lot 8 dan juga Lake Avenue.

Pada Ogos 2012, DLSB telah melancarkan projek Kondominium Suasana sebanyak 900 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM280 juta. Pada tahun ini, DLSB akan melancarkan pula 350 unit kediaman dan komersil dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM160 juta.

"Pada tahun hadapan, kami begitu optimis untuk melancarkan projek pembangunan bercampur yang merangkumi servis apartmen, hotel, rumah kedai dengan GDV RM400 juta", tambah beliau dengan penuh yakin.

Beliau menambah, DLSB memiliki kepakaran projek pembangunan serta pembinaan. Tenaga kerja terdiri daripada kalangan mereka yang arif dalam bidang pembinaan dan ini memudahkan perancangan jangka panjang syarikat.

Ditanya mengenai cabaran syarikat dalam menawarkan perkhidmatannya, Maznah berkata, sejak kebelakangan ini harga tanah di sekitar Lembah Klang telah meningkat dengan mendadak.

"Begitu juga dengan kenaikan harga bahan binaan. Ini secara langsung akan memberi kesan kepada kenaikan harga hartanah terutamanya di sekitar bandar besar seperti di Lembah Klang.

"Namun begitu pihak syarikat sedaya upaya cuba agar harga pembangunan dikekalkan rendah serta mampu dimiliki ramai. Usaha sama dengan pihak DBKL dilihat sebagai strategi yang baik dalam usaha syarikat mencapai aspirasi tersebut," ujarnya yang juga penulis buku Motivasi Memburu Kejayaan: 3K.


Kejayaan Securiforce

Maznah yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce berkongsi pengalamannya dalam membangunkan syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan terbesar di negara.

Securiforce yang beroperasi sejak 1981, menawarkan pakej keselamatan yang lengkap dengan menampilkan konsep 'total security'.

Antara jenis perkhidmatan keselamatan seperti pengawal statik, pengawal bersenjata, transit tunai, logistik, pengurusan kargo berteknologi tinggi dan perkhidmatan keselamatan elektronik.

Wanita Besi ini berkata, Securiforce kini mempunyai 65 cawangan di negara ini dan 6,500 kakitangan. Securiforce kini melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistik (ejen penghantaran darat, laut dan udara). Perkhidmatan syarikat tersebut telah berkembang ke rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah. Cawangan Securiforce Logistik dibuka di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Hasil usaha berterusan syarikat, pihak Danau Lumayan kini sedang dipertimbangkan untuk sama-sama membangunkan projek perumahan mampu milik yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Keupayaan Danau Lumayan bukan sahaja dilihat setanding, malah lebih baik daripada sebahagian pemaju tersohor yang wujud di negara ini, terutama di dalam projek perumahan mampu milik.

Harapan Danau Lumayan di masa hadapan adalah untuk membangunkan sebuah bandar baru berteknologi tinggi di pinggiran Kuala Lumpur atau mana-mana bandar besar di dalam negara ini.

Hasrat ini boleh dicapai sekiranya suatu kerjasama erat dapat diadakan bersama pihak kerajaan pusat mahupun negeri dalam membentuk projek pembangunan secara usaha sama. Perancangan ini adalah berbentuk jangka panjang dan usaha ke arah tersebut sedang giat dilaksanakan.

Jual stiker melalui Facebook

Posted: 08 Apr 2013 10:15 PM PDT


Jual stiker melalui Facebook
Nizam dan sebahagian produk jualannya.
Jual stiker melalui Facebook
Nizam (kanan) melayan pelanggan yang membeli secara walk-in di kedainya.
BAGI yang menyukai barangan motosikal dan pakaian yang sukar diperoleh (rare) tetapi berjenama, anda tidak perlu membuang masa mencari di kompleks beli belah.

Kini, dengan hanya duduk di rumah dalam suasana nyaman dan selesa, berhadapan dengan komputer dan melayari laman Facebook, anda boleh membuat pelbagai pilihan item yang mana idaman hati.
Daripada topi, kemeja t, kemeja perlumbaan, aksesori motor, rantai kunci, stiker, cermin mata dan sebagainya yang sukar didapati ditawarkan secara online, lengkap dengan harga dan cara untuk membuat pesanan.

Anda hanya perlu membuka akaun Facebook dan mencari Niezam Sticker Man atau Niezam Motorsports untuk memilih barangan yang dikehendaki.

Bagi Shahrul Nizam Mohd Yatim, 38, atau lebih mesra dengan panggilan Nizam, idea menjual barangan tersebut secara online bermula sejak dua tahun lalu.
Langkah pertama yang dilakukan ialah belajar mengendalikan Facebook melalui seorang rakan kerana ketika itu dia masih tidak mahir menggunakan komputer.

Barangan yang dijual ketika itu ialah stiker yang dihasilkannya sendiri, sementara modal bisnes menggunakan wang simpanan.

"Pada ketika itu memang saya tidak tahu apa apa mengenai Facebook. Tetapi berkat kesabaran dan dorongan daripada rakan-rakan, saya belajar mengendalikan bisnes ini dan berjaya melakukannya.

"Alhamdulillah, cuma beberapa hari sahaja item yang diiklankan hampir habis dijual. Ini membuatkan saya berasa seronok dan sekali gus menaikkan semangat untuk terus meniaga secara siber," katanya.

Isteri bantu urus bisnes

Daripada seorang penghantar barangan (despatch), kini Nizam mampu memperoleh pendapatan lumayan setiap bulan hasil daripada perniagaan yang dijalankannya itu.

Dibantu isterinya, Dalila Sharifuddin, 29, Nizam beroperasi di kedai yang disewanya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara yang menempatkan pelbagai barangan yang unik dan menarik.

Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, permintaan yang diperoleh daripada pelanggan begitu tinggi kerana produk yang dijualnya sukar diperoleh di pasaran biasa.

"Misalnya kemeja-T berjenama, saya mampu menjual sehingga 1,500 helai dalam tempoh dua bulan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan, sesuai dengan kualiti material," katanya.

Dia yang juga dikenali dengan nama Rossi di kalangan rakan-rakannya berkata, penghantaran akan dilakukan setiap hari melalui Poslaju dan barangan akan sampai kepada pelanggan dalam tempoh tiga hari.
"Apa yang penting dalam bisnes online ini ialah kejujuran dan menghargai pelanggan. Biasanya saya akan memberi harga istimewa kepada pelanggan setia atau hadiah misteri kepada pelanggan bertuah," katanya.
Selain melalui siber katanya, pelanggan juga boleh mengunjungi Niezam Shoppe yang terletak di hadapan masjid Kampung SungaiKayu Ara yang dibuka jam 9 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
"Saya berhasrat untuk membesarkan kedai ini agar menempatkan lebih banyak barangan dan pelanggan juga selesa untuk membeli belah. Tetapi buat masa ini saya lebih selesa berniaga secara online," katanya.

Mesra, jujur rahsia kejayaan
Ditanya rahsia sambutan memberangsangkan, Nizam memberitahu, kualiti produk dan layanan mesra menjadi keutamaan selain bersikap jujur kepada pelanggan.

"Bisnes online ini bukan mudah terutama untuk meyakinkan pelanggan tentang produk yang kita jual. Alhamdulillah saya mempunyai pelanggan tetap.
"Pernah satu ketika seorang pelanggan memesan 1,000 keping stiker. Kalau nak tempah sekeping pun saya layan juga kalau sanggup tanggung kos penghantaran," katanya sambil tersenyum.

Nizam juga mengambil berat barangan yang diterima pelanggan kerana sekiranya rosak atau pelanggan tidak berpuas hati, barangan tersebut boleh dipulangkan semula kepadanya untuk diganti semula.
"Setakat ini ramai yang berpuas hati dengan produk yang saya jual kerana mereka takkan dapat di tempat lain," katanya.

Mengenai cabaran menceburi perniagaan online, Nizam berkata, secara keseluruhannya tidak banyak kesulitan kecuali ada pelanggan yang agak cerewet selain mendapat tempahan tidak kira masa.
"Ada masanya jam 4 pagi pun ada pelanggan yang bertanya tentang produk, jadi saya perlu melayan pertanyaan demi pertanyaan.

Tidak beli tidak apa, asalkan mereka puas hati," katanya yang boleh dihubungi melalui talian 0178851146 (SMS/WhatsApp).

Pelajar dicekup berkhalwat

Posted: 08 Apr 2013 10:12 PM PDT


Pelajar dicekup berkhalwat
Dua gadis kolej dicekup penguat kuasa agama ketika berada di bilik hotel bersama teman lelaki masing-masing.
PAK SABAH – Seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, dicekup bersama teman lelakinya di sebuah hotel murah kerana didakwa berkhalwat, pagi kelmarin.

Pasangan terbabit ditahan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Dungun yang mengadakan operasi khas pencegahan jenayah syariah di sekitar bandar ini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Siasatan awal mendapati, teman lelaki berkenaan sanggup datang dari Johor dengan menaiki bas untuk bertemu teman wanitanya dan mendaftar masuk di bilik hotel berkenaan.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di hotel sama kira-kira 10 minit kemudian, seorang gadis kolej bersama pasangannya turut ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan teman lelakinya.

Gadis berusia 20-an itu difahamkan baru sebulan berkenalan dengan teman lelakinya dan dipercayai menyewa bilik hotel berkenaan untuk melakukan perbuatan tidak bermoral.

Bagaimanapun selepas serbuan dibuat, siasatan mendapati kedua-dua pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan muhrim dan mereka dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Masing-masing bakal dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 29 April nanti mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pecah rumah: Dua rakan kena penjara

Posted: 08 Apr 2013 10:09 PM PDT


Dua rakan kena penjara
Ahmad Safwan dan Mohamad Rahim (kanan) dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.
KUALA TERENGGANU - Dua rakan tidak sempat meraikan hasil habuan kegiatan jenayah pecah rumah yang dilakukan mereka selepas ditangkap oleh menantu pemilik rumah ketika cuba melarikan diri.

Ahmad Safwan Salleh, 19, dari Kampung Tok Jiring, di sini, dan Mohamad Rahim Mohd Noor, 20, dari Taman Perumahan Gong Badak 4, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mereka mengaku bersalah melakukan pecah rumah milik Syarifah Ermi Syed Badaruddin di Jalan Gong Badak, melibatkan nilai kerugian RM250, antara jam 8 malam hingga 10 malam pada 22 Mac lalu.

Mereka melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala kedua-duanya tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa telah meninggalkan kediamannya kira-kira jam 4 petang pada 21 Mac lalu untuk ke Kuantan, Pahang.

Bagaimanapun, sebelum itu, mangsa ada meninggalkan pesan kepada menantunya yang bekerja sebagai anggota polis cawangan Suksis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) supaya memantau keselamatan rumah sepanjang ketiadaannya.

Pada jam 10 malam hari sama, menantu mangsa telah ke rumah berkenaan dan ternampak pintu jeriji serta  pintu hadapan utama terbuka.

Dia mengesyaki rumah berkenaan dipecah masuk dan segera menghubungi Balai Polis Gong Badak untuk mendapatkan bantuan tetapi ketika itu juga dia ternampak dua suspek keluar dari pintu utama.

25 pelatih pusat pemulihan dadah ditahan reman

Posted: 08 Apr 2013 10:08 PM PDT


25 pelatih pusat pemulihan dadah ditahan reman
Kesemua 25 pelatih pusat pemulihan dadah terbabit dibawa ke mahkamah, semalam.
KOTA BHARU - Seramai 25 pelatih pusat pemulihan dadah di Wakaf Bharu, Tumpat ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan kes bunuh seorang pelatih pusat berkenaan di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rashid Mustapha terhadap pelatih berusia antara 20 hingga 30 tahun bermula semalam sehingga 14 April ini.

Kesemua pelatih berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang pemuda maut dipercayai dipukul selepas sehari dihantar oleh keluarganya di sebuah pusat rawatan di Wakaf Bharu, Tumpat.

Mangsa, Mohd Alias Ibrahim, 27, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tumpat, selepas dibawa kakitangan di pusat tersebut kira-kira jam 7 malam.

Pengasas pusat rawatan berkenaan, Mohd Zain Abu Bakar,75, berkata dia dimaklumkan oleh penghuni lain mangsa dalam keadaan letih kerana terjatuh dalam tandas.

Mangsa yang berasal dari Tendong, Pasir Mas meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Baru bercinta sebulan

Posted: 08 Apr 2013 10:03 PM PDT



ANGIN cinta antara aktres Nabila Huda dan pelakon serta pengacara Nas-T sudah lama bertiup kencang. Bagaimanapun, sebelum ini, hanya Nabila seorang yang membuka mulut mengenai cinta mereka berdua.
Namun, pada majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu, telah dirakamkan secara langsung momen Nabila memeluk dan mencium pipi Nas-T yang duduk di sebelahnya apabila namanya diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular.
Enggan berselindung atau hipokrit, Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi yang ditemui usai majlis anugerah mengakui dia terkejut ketika diumumkan sebagai pemenang. Tindakan memeluk orang kesayangan adalah respons spontan yang dilakukannya.
"Memang saya terkejut sebab saya sendiri tidak jangka saya akan menang. Jadi, apabila nama saya diumumkan respons spontan saya memeluk orang kesayangan.
"Selain Nas-T, saya juga salam dan peluk rakan-rakan saya yang lain. Bagi saya, itu sekadar pelukan sahabat sebagai cara saya berkongsi kegembiraan," ujar anak sulung rocker terkenal Amy Search ini.
Disoal adakah dia menyedari atau tidak, tingkah lakunya itu disiarkan secara langsung di kaca televisyen dan pastinya mengundang persepsi negatif kepada penonton, Nabila mempunyai jawapannya.
"Saya sentiasa menjadi diri saya sendiri. Saya tidak kisah orang lain ingin bercakap apa tentang diri saya kerana mulut orang saya tidak boleh tutup.
"Buat apa saya ingin hidup hipokrit. Saya senang menjalani kehidupan saya dengan cara saya sendiri. Saya lebih suka jika orang di luar sana juga tahu siapa sebenarnya diri saya.
"Memang saya akui, saya agak gila-gila tetapi saya tidak pernah kacau hidup orang lain," ujarnya yang anggun menggayakan busana Alia Bastamam pada malam tersebut.
Nabila yang sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Johan As'ari mengakui kini hatinya milik Nas-T. Malah ketika bercerita tentang Nas-T yang merupakan sahabat baiknya sejak zaman remaja lagi, senyuman bahagia terpancar di bibirnya.
"Memang saya dan Nas-T berkawan sudah lama. Kami saling mengenali antara satu sama lain sebelum masing-masing jadi pelakon. Cuma bercinta itu baru sebulan, saya sendiri tidak sangka tetapi saya bahagia bila bersamanya.
"Sebelum ini ketika dikaitkan dengan Johan, saya tidak mengaku sebab memang kami tidak bercinta. Bila saya betul-betul bercinta, saya akan mengaku. Buat apa kami sembunyikan hubungan cinta kerana akhirnya orang akan tahu juga," katanya jujur.
Teman sehati sejiwa

SEDANG ingin bercinta. Nabila dan Nas-T yang baru sebulan bercinta tidak menolak untuk berkahwin jika jodoh antara mereka kuat.


Sudah dua tahun hidup bersendirian bersama anaknya, Keisha Laila, 3, sejak bercerai dengan bekas suami, Zaidi Zailani, Nabila mengakui akhirnya dia bertemu dengan teman sehati sejiwanya. Banyak perkara tentang Nas-T yang menarik untuk mencintai pelakon filem Kami itu.
Bukan kerana dipaksa atau terpaksa untuk bercinta, tetapi perasaan antara mereka terbit dengan sendirinya.
"Saya tidak suka berubah kerana lelaki, saya mahu lelaki itu terima saya seadanya. Nas-T merupakan kawan baik saya, jadi dia tahu baik buruk perangai saya. Jadi, dengan dia saya menjadi diri sendiri dan dia terima saya seadanya.
"Dia merupakan sahabat baik dan kekasih, kami saling memahami. Itu yang membuatkan kami serasi kerana kami boleh berbincang apa sahaja bersama. Sebelum ini jika ada masalah, saya akan cerita pada dia, begitu juga sebaliknya," ujar Nabila.
Meskipun baru bercinta sebulan dan Nas-T belum lagi berjumpa dengan bapa Nabila, Amy Search, namun, Nabila tidak menolak andai ada jodoh antara mereka.
"Sudah dua tahun saya hidup solo dan sebelum ini, jika ditakdirkan kami mempunyai jodoh bersama saya tidak menolak kerana bukan senang untuk berjumpa dengan orang yang benar-benar faham diri saya," katanya yang sudah mengenali keluarga Nas-T.
Tambah Nabila, anak perempuan tunggalnya juga menerima kehadiran Nas-T tanpa sebarang masalah. Bahkan, mereka berdua sudah semakin rapat.
"Paling penting orang yang sayang saya harus sayang anak saya juga. Nas-T semakin rapat dengan Keisha dan saya lihat dia boleh menerima kehadiran Nas-T dengan baik. Hubungan kami tidak ada masalah kerana dia cukup tahu tentang masalah dan sejarah hidup saya sebelum ini," kata Nabila.
Artis kontroversi, artis disiplin
Bercakap tentang anugerah Pelakon TV Wanita Popular yang diperolehnya sejak bergelar pelakon pada usia 16 tahun, Nabila cukup terharu dan tidak menyangka yang dia menjadi pilihan peminat.
Walaupun hangat dengan pelbagai kontroversi panas, Nabila berjaya membuktikan bahawa dia seorang pelakon yang berbakat besar dan anugerah yang dimenanginya itu merupakah anugerah khas buat ayahnya.
"Anugerah ini untuk papa (Amy Search). Akhirnya saya telah berjaya membanggakan papa dengan pencapaian dalam kerjaya saya sebagai pelakon. Sebelum ini apa sahaja tindakan saya serta kontroversi yang timbul, kesan negatif itu akan dirasai papa.
"Saya banyak lukakan hatinya, jadi anugerah ini sangat bermakna untuk saya kerana sebagai anak, akhirnya saya berjaya membuktikan kepadanya, saya juga boleh berjaya," jawabnya.
Ulas Nabila, meskipun dirinya dicop sebagai artis kontroversi, tetapi apabila bekerja dia merupakan artis yang berdisiplin.
"Saya mengaku yang saya banyak kontroversi dan cerita yang kurang enak, tetapi saya tetap bangun pagi setiap hari untuk bekerja. Paling penting harus disiplin, jika tidak saya tidak akan berada di sini hari ini," ungkapnya.
Drama Julia lakonan Nabila memberi impak yang besar dalam kerjayanya dan diakui drama itu antara punca dia diundi oleh peminat.
"Terima kasih kepada peminat yang mengundi dan terima kasih kepada penerbit dan pengarah yang memberi saya peluang untuk berlakon dalam drama Julia. Bagi saya, drama Julia memberi impak yang sangat besar kerana drama itu mempunyai skrip yang bagus dan berjaya menonjolkan bakat lakonan saya," tuturnya lagi.
Sungguhpun telah menerima anugerah, Nabila enggan berubah dan tetap menjadi dirinya sendiri. Tiada istilah demand dalam kamus kerjayanya.
"Menang anugerah satu bonus untuk artis, tetapi itu tidak bermakna saya perlu berubah. Saya masih Nabila Huda yang sama. Saya tidak pernah pilih skrip kerana kebetulan setiap skrip drama yang saya peroleh semuanya bagus-bagus. Cuma mungkin tuah saya ada bersama dengan drama Julia.
"Anugerah bukan satu bebanan untuk saya tetapi sebagai sokongan moral untuk saya berusaha dengan lebih keras pada masa hadapan," katanya dengan penuh beremosi.

Mayer cemburukan Katty Perry

Posted: 08 Apr 2013 10:02 PM PDT


KATY PERRY dan John Mayer hanya mampu menjadi pasangan kekasih selama tujuh bulan.


KATY PERRY yang baru putus cinta dengan penyanyi John Mayer selepas tujuh bulan bersama, kini dilaporkan telah kembali mesra dengan bekas suaminya, Russell Brand.
Hal tersebut telah membuat Mayer cemburu.
Menurut laporan Radar Online, Mayer kurang gemar pelantun lagu Last Friday Night itu kembali berhubungan dengan Russell.
Sementara itu, satu sumber lain mendakwa, Perry berbuat demikian kerana tidak tahan dengan sikap buaya darat Mayer.
"Sebenarnya mereka saling mencemburui antara satu sama lain. Mayer begitu cemburukan Perry kerana dia masih baik dengan Russell, sementara Perry tak tahan dengan sikap Mayer yang masih memandang wanita lain biarpun di hadapannya," ujar satu sumber.

Mayat busuk di Kampung Tanduo

Posted: 08 Apr 2013 10:01 PM PDT


ANGGOTA Forensik Polis Diraja Malaysia menggali dan mengeluarkan mayat-mayat pengganas yang ditanam di dalam lubang di Kampung Tanduo semalam.


LAHAD DATU – Bau busuk menyelubungi kawasan sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Tanduo di sini apabila pasukan penyelamat mengeluarkan mayat 15 puak pengganas Sulu yang dikeluarkan dari tiga buah lubang.
Kesemua mayat yang rata-rata sudah reput dan hanya tinggal tulang tersebut dipercayai ditanam di situ selepas mati ditembak dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan pada 1 Mac lalu. Salah satu mayat itu merupakan mayat pengganas wanita.
Mayat itu dipercayai telah ditanam oleh pengganas Sulu yang terselamat dalam pertempuran tersebut.
Mayat itu dikeluarkan oleh pasukan keselamatan dan pegawai unit forensik dengan dikawal oleh anggota yang lengkap bersenjata api. Operasi mencari dan mengesan lubang itu bermula pada pukul 1 petang.
Wartawan Kosmo! yang turut berada di lokasi lubang yang digali mendapati kesemua 15 mayat pengganas itu telah ditanam di dalam tiga buah lubang bersaiz antara empat dan lima meter persegi. Jarak antara setiap lubang itu kira-kira tiga meter.

Jimmy diberi hak bersama anak

Posted: 08 Apr 2013 10:00 PM PDT


Jimmy Shanley


Nursuhaila Eliani


SHAH ALAM – Bekas isteri Jimmy Shanley berjaya mendapat hak jagaan penuh anak tunggal mereka, Zahra Rania manakala selebriti itu pula dibenarkan hak lawatan bermalam Selasa hingga Khamis setiap minggu oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Mawardi Che Man memutuskan demikian selepas menolak bantahan Jimmy, 33, berhubung kelayakan Nursuhaila Eliani Suhaimy untuk menjaga bayi berusia setahun sembilan bulan itu.
Beliau dalam perintah yang dikeluarkan semalam berkata, Jimmy atau nama sebenar Jimmy Shanley Nor Jahan Salleh juga dibenarkan menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha dengan Zahra Rania secara bergilir dengan Nursuhaila, 25, mulai tahun ini.
Plaintif iaitu Nursuhaila yang tidak hadir di mahkamah semalam kerana berada di luar negara memfailkan hadanah (hak jagaan anak) pada 18 Oktober 2011 namun Jimmy bertindak sebagai defendan membantah kelayakan anak pengasas produk kecantikan, Datin Muniroh Kassim untuk menjaga anak mereka.
Empat perkara yang dipertikai oleh Jimmy ialah plaintif didakwa merokok, minum arak, berhibur di kelab dan berjudi melalui dua bukti iaitu khidmat pesanan ringkas (SMS) dan dua salinan rakaman video yang dikemukakan kepada mahkamah semasa sesi perbicaraan.

Air mata keluarga angkat

Posted: 08 Apr 2013 09:59 PM PDT


SEBAHAGIAN kakitangan JKM dan polis membawa bayi dan kanak-kanak yang dijadikan mangsa pemerdagangan orang ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam.


BUKIT MERTAJAM - Suasana di pekarangan Mahkamah Majistret di sini semalam bertukar riuh bercampur suka apabila lebih 100 ahli keluarga angkat menangis kegembiraan sebaik mahkamah mengarahkan mereka diberi hak penjagaan ke atas 28 bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan Februari lalu.
Keluarga angkat tersebut diberi hak penjagaan bersyarat untuk tempoh dua tahun ke atas bayi dan kanak-kanak yang diselamatkan selepas menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Arif Mohamed Shariff berdasarkan arahan mahkamah yang dikeluarkan sebelum ini mengatakan kesemua mangsa berusia antara dua bulan hingga tiga tahun itu akan dijaga oleh keluarga angkat masing-masing.
Namun sepanjang tempoh siasatan polis, mereka diletakkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Johor.

Misteri kubur baharu terjawab, tertanam 31 guni pasir

Posted: 08 Apr 2013 09:57 PM PDT

JALALUDDIN (dua dari kanan) melihat sebahagian daripada bungkusan pasir yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Misteri kewujudan kubur baharu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limau Manis dekat sini sejak beberapa hari lalu yang menjadi tanda tanya penduduk akhirnya terjawab.
Ini apabila pihak polis yang menggali semula kubur tersebut menemui sebanyak 31 guni berisi pasir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman memberitahu, melalui laporan yang dibuat oleh pengadu, kubur baharu berkenaan dipercayai digali kira-kira empat atau lima hari lalu.
Menurutnya, selepas mendapat perintah mahkamah semalam, pihak polis telah menjalankan kerja-kerja menggali semula kubur berkenaan antara pukul 12.30 hingga 1 petang semalam untuk siasatan lanjut.
Katanya, kubur tersebut digali sedalam hampir 1.07 meter, panjangnya 2.13 meter dan lebar hampir satu meter.

Putin diserbu wanita tidak berbaju

Posted: 08 Apr 2013 09:55 PM PDT



PUTIN melihat ke arah seorang anggota kumpulan Femen yang mendedahkan payudaranya di Hanover semalam.


HANOVER, Jerman - Presiden Rusia, Vladimir Putin ketawa apabila beliau melihat gelagat sekumpulan wanita yang mendedahkan payudara mereka sebagai bantahan terhadapnya di Jerman semalam.
Putin kemudian berjenaka dengan menyatakan beliau suka dengan apa yang dilihatnya itu.
Tiga anggota kumpulan daripada pergerakan Femen yang memperjuangkan hak-hak golongan wanita mengganggu lawatan beliau semasa Presiden Rusia itu tiba untuk menyaksikan pameran perdagangan di sini.
Anggota-anggota kumpulan tersebut membuka baju melaungkan slogan menggelar Putin sebagai seorang diktator.
"Mengenai persembahan itu, saya menyukainya," kata Putin pada satu sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
Menurutnya, tindakan wanita-wanita tersebut secara tidak langsung membantu mempromosi pameran perdagangan itu.
Beliau juga mencadangkan supaya pihak keselamatan patut lebih berlembut dengan kumpulan wanita tersebut yang ditahan kerana melakukan perbuatan itu.
"Saya tidak dengar apa yang mereka jeritkan, saya tidak sempat melihat sama ada mereka berambut perang, coklat atau hitam keperangan," kata Putin.
Anggota-anggota kumpulan tersebut membuat protes ekoran penahanan beberapa ahli kumpulan band Pussy Riot.
Anggota-anggota kumpulan band wanita tersebut ditahan kerana membuat persembahan di dalam sebuah gereja di Rusia.

Ahli arkeologi cari artifak di kubu purba

Posted: 08 Apr 2013 09:54 PM PDT


GAMBAR menunjukkan kubu purba Gonur-Tep di gurun Kara Kum pada 2 April lalu.


MARY, Turkmenistan – Sekumpulan ahli arkeologi mencari artifak yang tertanam di sebuah kubu purba di gurun Kara Kum di barat negara ini.
Kubu itu sebeum ini ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi dari
Kesatuan Soviet sebelum empayar komunis itu runtuh.

BENTUK dinding yang terdapat di kubu tersebut.


Ahli-ahli arkeologi Soviet itu menemui kubu tersebut pada abad ke-20 yang tertanam di bawah pasir di gurun tersebut.
Bangunan kubu tersebut yang seluas 30 hektar dipenuhi dengan dinding dan terletak 50 kilometer dari bandar purba Mary.
Kubu Gonur-Tepe itu terletak di sebuah kawasan penempatan manusia yang wujud kira-kira 2,000 Tahun Sebelum Masihi.

PEMANDANGAN dari udara menunjukkan kawasan kubu itu pada 5 Julai 2004.


Setakat ini, kerja-kerja menggali di kawasan tersebut menemui barang-barang kraf tangan yang dihasilkan pada zaman gangsa.
Seorang ahli arkeologi Rusia, Viktor Sarianidi yang berumur 84 tahun berkata, sebuah objek mozek yang cantik telah ditemui pada tahun ini di kawasan itu.

Peluang wanita asah bakat berniaga

Posted: 08 Apr 2013 09:52 PM PDT



SUASANA di rumah banglo di Seksyen 16, Petaling Jaya itu pada pertengahan Mac lalu berbeza jika dibandingkan dengan hari-hari biasa. Suara riuh-rendah yang diselangi dengan hilai tawa golongan wanita menggambarkan mereka bagaikan mengenali antara satu sama lain.
Sambil rancak berbual, mereka sibuk menjalankan perniagaan menjual kain, kraf tangan, pakaian, aksesori dan wangian untuk lelaki mahupun wanita di dalam rumah banglo yang tersergam indah.
Di bahagian patio rumah pula, pengunjung yang hadir asyik menjamu selera hidangan ala Barat seperti lasagna, ayam goreng dan pencuci mulut yang dijual.
Senario itu merupakan situasi normal bagi penjual atau pengunjung di bazar yang dikenali sebagai Souq di Villa 16. Bazar itu menempatkan seramai 17 peniaga yang keseluruhannya terdiri daripada kaum Hawa.
Walaupun keseluruhan peniaga terdiri daripada golongan wanita, namun masih ada kelibat lelaki yang memeriahkan bazar itu.
"Saya meminati barangan kraf tangan yang dijual di sini. Corak dan ukirannya tampak jujur manakala harga yang dijual juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran," ujar seorang pengunjung, Khalid Ibrahim, yang memeriahkan bazar itu bersama keluarganya.
Souq di Villa 16 diilhamkan oleh tiga wanita iaitu Marina Mustafa, 48, Annette Isaac, 38, dan Azlinda Arshad, 42, tahun lalu. Sehingga kini, bazar itu telah tiga kali dianjurkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.
Kebanyakan peniaga yang berniaga di bazar itu terdiri daripada golongan ibu yang menjalankan perniagaan produk jualan mereka dalam talian. Penyertaan mereka menerusi bazar itu merupakan satu bonus untuk mempromosikan barangan kepada orang ramai.

KANAK-KANAK juga boleh belajar teknik jahitan yang bersesuaian dengan mereka di gerai Sekolah Jahit Nawal.


Meriahkan rumah
Pemilik banglo dan juga pengasas Souq di Villa 16, Marina, 48, memberitahu, banglo tersebut merupakan rumah arwah ibu mertuanya yang kembali ke rahmatullah kira-kira lima tahun lalu.
"Beberapa hari selepas itu, bapa mertua saya pula meninggal dunia. Selepas ketiadaan mereka, banglo itu sunyi kerana kami jarang-jarang ke sana.
"Suami memberi cadangan agar mengadakan satu aktiviti bagi memeriahkan kembali rumah itu pada tahun lalu. Sejak itu, timbul idea untuk mengadakan bazar di rumah itu," ujarnya.
Souq merupakan perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud bazar. Bazar yang bermula dari pukul 11 pagi hingga pukul 5 petang itu ternyata menarik pelbagai golongan untuk membeli-belah atau sekadar bertemu rakan-rakan lama.
Zubaidah Abd. Kadir, 38, merupakan peniaga awal yang menggunakan label saphyrafashion and accessories telah menyertai bazar itu sejak kali pertama ia dianjurkan.
Perkenalan dengan Marina telah membuka ruang kepadanya membuka gerai di Souq di Villa 16. Marina merupakan pelanggan tetapnya yang menjual pakaian daripada fabrik yang diimport dari India.
Dia amat meminati barangan dari India seperti pakaian masyarakat Punjabi, sari, gelang dan pelbagai jenis hijab. Disebabkan minatnya itu, dia mengambil keputusan untuk menjual barangan import kepada rakan-rakan sejak lima tahun lalu.
Laman sosial
"Ketika Souq dianjurkan buat julung-julung kali, saya bersama lima rakan lain yang juga peniaga barangan kelengkapan wanita telah bersetuju untuk menyertai bazar ini. Dengan menggunakan laman sosial Facebook, kami telah menghebahkan mengenai bazar itu kepada rakan-rakan terdekat.
"Bagi saya, penyertaan dalam bazar ini merupakan salah satu cara untuk berkongsi minat kepada rakan-rakan mahupun pembeli. Kesibukan dengan dunia kerjaya sehari-hari terubat apabila saya dapat menjual dan berkongsi barangan saya kepada pembeli," ujar perunding kewangan di salah sebuah bank di ibu negara itu.
Selain aktiviti jual beli, Souq di Villa 16 turut mengadakan kutipan derma untuk para pesakit kanser. Bagi bazar edisi ketiga baru-baru ini, pihaknya telah memilih untuk membantu mengumpul dana bagi organisasi Friends Of Y yang membantu seorang pesakit kanser yang tinggal di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Patricia Rocky merupakan salah seorang peniaga yang terlibat dalam bazar tersebut. Dia yang berumur 55 tahun menderita kanser payu dara sejak tahun tiga tahun lalu tidak mengharapkan belas kasihan orang ramai tetapi berusaha untuk mengumpul dana sebanyak RM7,000 untuk rawatan radiasi dan suntikan kalsium.
Sebelum ini, dia merupakan seorang staf yang bertanggungjawab dalam sistem pentadbiran sebuah syarikat swasta. Namun, selepas disahkan menghidap kanser payu dara, dia terpaksa meninggalkan kerjayanya itu kerana kerap bercuti bagi mendapatkan rawatan di hospital.
Kini, Patricia hanya bergantung kepada hasil jualan jeruk selain bantuan kewangan daripada dua orang anaknya. Patricia menjual jeruk ikan dan sayur-sayuran seperti limau dan terung telah menyertai bazar itu kali kedua berturut-turut.

SUASANA banglo ini meriah sepanjang seharian bazar Souq di Villa 16, Petaling Jaya berlangsung.


"Sejak disahkan menghidap kanser, saya telah membelanjakan hampir RM30,000 untuk kos rawatan. Saya dan anak-anak berusaha mengumpul RM7,000 untuk rawatan susulan tujuh bulan akan datang.
"Saya tidak mempunyai pekerjaan. Saya amat berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menerima saya untuk menyertai bazar ini buat kali kedua," ujar Patricia yang menggunakan nama sendiri sebagai label jeruknya.
Antara 17 peniaga yang berniaga di bazar itu, kelihatan seorang remaja memperagakan hasil kreatifnya melalui aksesori wanita seperti gelang, rantai dan subang.
Masih menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), gerai milik Sarah Amelia Mohd. Nor dengan labelnya twenty six by Sarah menjadi tumpuan pengunjung. Dengan batu-batuan yang berwarna-warni, harga yang ditawarkan oleh Sarah melalui produk hasil kreatifnya itu dijual pada harga RM25 hingga RM145.
"Saya belajar membuat gelang, rantai dan subang ini sejak kecil kerana sering ikut ibu, Azlinda Arshad ke bazar-bazar. Sejak itu, timbul minat untuk membuatnya sendiri," ujarnya.
Sarah, salah seorang peserta terawal Souq di Villa 16 sejak kali pertama ia dianjurkan. Beliau juga berkolaborasi dengan label ibunya iaitu Mahani Moleque yang juga menjual aksesori wanita.
Sokongan suami
Sementara itu, seorang suri rumah, Alinna Fitri, 40, turut menyertai bazar itu sebagai salah satu cara untuk mendapatkan pendapatan tambahan untuk keluarganya.
Ibu kepada empat orang cahaya mata itu mahir dalam jahitan manik dan sulaman. Dia juga mendapat sokongan daripada suami untuk melakukan perkara yang diminatinya.
"Penyertaan pertama kali saya dalam Souq di Villa 16 ini juga dapat menarik pelanggan baharu untuk mengenali pakaian daripada label Allinaz Collection. Jahitan manik yang teliti juga menjadi keutamaan saya kepada pelanggan.
"Pada pendapat saya, bazar ini merupakan salah satu cara yang baik untuk melatih golongan wanita bergelar usahawan dalam perkara yang mereka mahir. Bagi suri rumah sepenuh masa seperti saya, bazar ini juga dapat membantu menambah pendapatan keluarga," ujarnya yang ditemani anaknya, Myra Zulkifli, 17, ketika di bazar itu.

Souq di Villa 16 penawar Marina

Posted: 08 Apr 2013 09:51 PM PDT


MARINA beranggapan Souq di Villa 16, Petaling Jaya merupakan medan bagi kaum hawa berbangga dengan produk keluaran mereka.


SEPANJANG bazar Souq di Villa dibuka pada 16 Mac lalu, Marina Mustafa kelihatan sibuk di bahagian patio rumah milik arwah ibu mertuanya itu. Beliau bertungkus-lumus memasak hidangan ala Barat untuk santapan para pengunjung dan peniaga di rumah itu.
Pengunjung-pengunjung yang hadir ke bazar tidak putus-putus berbual dan bertanya khabar. Ketika itu, senyum di bibirnya sentiasa terukir walaupun sibuk.
Beliau turut dibantu oleh sahabatnya, Annette Isaac, 38, dan empat orang anaknya di ruang patio itu.
"Daripada raut wajah dan senyuman ibu, saya lihat dia begitu gembira sepanjang hari ini," ujar anak sulung Marina, Aziff Azuddin, 23, ketika ditemui Kosmo! di bazar itu pada 16 Mac lalu.
Menurut Aziff, walaupun ibunya menghidap kanser tiroid, itu tidak menjadi halangan utama dalam penganjuran bazar yang rata-ratanya dihadiri oleh kaum wanita.
"Ini cara ibu saya menunjukkan kecintaannya terhadap keluarga dan rakan-rakan. Saya sentiasa menyokong ibu," tambah penuntut semester akhir dalam jurusan Kewartawanan, Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Komunikasi dan Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Hidap kanser
Mengimbau kenangan pada tahun 1997, cerita Marina, ketika itu beliau disahkan menghidap kanser tiroid. Pada awalnya anak jati Muar, Johor itu sangat tertekan sehingga setiap kali menunaikan solat, dia pasti akan membaca surah Yasin.
Dalam pada itu, beliau berjanji dengan Allah SWT sekiranya diberi sedikit masa untuk hidup, dia pasti akan menjadi hamba dan manusia yang lebih baik di samping dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Dugaan yang dihadapinya semakin bertambah apabila disahkan pula menghidap kanser paru-paru. Ekoran daripada penyakit yang dihidapinya itu, beliau terpaksa menutup perniagaan restoran Kafe Dania di Petaling Jaya setelah 14 tahun mengusahakannya.
"Alhamdulilah, walaupun sudah 16 tahun bergelumang dengan dua penyakit kanser, saya rasa diri semakin sihat," ujarnya yang mengamalkan minum air serai dan kunyit yang mampu membunuh sel kanser.
Marina yang terkenal dengan program masakan di saluran Astro Awani, Dari Dapur Marina tiga tahun lalu, kini masih dalam rawatan radiasi untuk mengubati penyakitnya itu.
Tutur Marina, idea suaminya, Azuddin Abdul Rahman, 55, untuk menganjurkan Souq di Villa 16 turut disokong oleh anak-anak kerana mampu memeriahkan kembali rumah allahyarham ibu mertuanya.
"Souq di Villa 16 ini merupakan cara saya untuk berkongsi minat bersama rakan-rakan. Pada awalnya, saya hanya menjemput lima peniaga yang terdiri daripada rakan-rakan terdekat. Dengan bantuan mereka menerusi laman Facebook, ramai orang luar tertarik untuk turut sama berniaga di sini untuk edisi ketiga.

TIGA buku masakan hasil nukilan Marina yang telah menjengah pasaran sejak tiga tahun lalu.


"Selain perniagaan, saya juga mahu merapatkan silaturrahim antara pengunjung dan peniaga dalam suasana santai seperti di rumahnya sendiri," ujarnya yang mengenakan bayaran sebanyak RM80 kepada setiap peniaga yang membuka gerai di bazar itu.
Minatnya terhadap bidang masakan tidak mungkin terhenti walaupun tidak lagi mengendalikan restoran. Cara beliau berkongsi resipi bersama orang ramai ialah dengan menulis buku masakan.
Antara buku yang telah menjengah pasaran bermula dengan terbitan buku Memorable Recipes for Malay Occasion empat tahun lalu. Kemudian disusuli dengan Hidangan Sunnah dan Nostalgia bersama Marina Mustafa.
"Dalam tempoh rawatan kanser, keluarga saya memberi dorongan untuk melakukan perkara yang saya suka. Sejak itu, saya mengambil keputusan untuk menulis buku masakan.
"Pada saya buku Memorable Recipes for Malay Occasion merupakan buku yang penuh bermakna untuk saya. Ia merupakan himpunan resipi untuk majlis-majlis masyarakat Melayu seperti akikah, cukur jambul, pertunangan, perkahwinan dan majlis tahlil," ujarnya yang masih mempunyai 20 tumor kecil di dalam paru-parunya.
Banglo yang terletak di Seksyen 16, Petaling Jaya itu turut dijadikan sebagai tempat untuk dia mengajar wanita memasak melalui program Villa Home Cooking.

Peralihan cita rasa batik Indonesia

Posted: 08 Apr 2013 09:50 PM PDT



"MARI dik, pilih-pilih semua kainnya bagus-bagus," teriak seorang penjual wanita yang dicabar pula penjual lain di deretan kedai menjual batik di Jogjakarta, Indonesia. Usaha tersebut demi menangkap minat pembeli yang bersesak-sesak dalam lorong sempit itu.
"Ini berapa ya mbak?" soal seorang teman penulis yang sememangnya warga asal tanah Jogjakarta. Kunjungan penulis bersama beberapa teman ke Pasar Beringharjo pagi itu bertujuan mencari oleh-oleh untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur, terutamanya kain batik yang terlebih awal telah dikirim oleh ibu dan kakak.
Proses tawar-menawar menjadi mudah atas bantuan teman kami, Puthut Ardianto. Dia sememangnya arif tentang harga setiap jenis fabrik di pasar tradisional Jalan Jend A. Yani di kawasan Malioboro itu.
Sebagai orang luar, walaupun kita cuba berbicara dalam dialek Indonesia, rata-rata penjual pasti mudah meneka kita orang Malaysia. Kata Puthut: "Orang di sini kebanyakannya berbahasa Jawa, apabila orang lain bercakap bahasa Melayu, mereka tahu orang itu bukan orang tempatan."
Pencarian batik pada hari itu sangat memuaskan hati kami. Di tangan kami terdapat koleksi batik Jogjakarta daripada jenis parang, truntum dan tidak ketinggalan mega mendung. Kemeja batik dengan sentuhan moden juga banyak dijual di kebanyakan kedai di situ.
Berkelas antarabangsa
Indonesia memang diangkat selaku negara pengeluar batik berkelas antarabangsa. Negara tersebut tidak menyekat ketinggian budaya mereka untuk diolah menjadi batik moden, selari perubahan cita rasa masyarakat.
"Kecenderungan batik penduduk Jogjakarta telah mengalami perubahan sejak beberapa tahun lepas. Permintaan batik klasik mula berkurang dan para pelanggan mula mencari batik tempatan yang melalui modifikasi dari segi corak, warna dan potongan.
"Warna-warna ceria dan terang menjadi pilihan utama. Batik moden mula dipakai majoriti anak-anak muda sekali gus mewujudkan perbezaan ketara antara cita rasa batik mengikut peringkat usia.
"Bagaimanapun harga batik klasik tetap kekal malah, lebih mahal berbanding batik moden. Ini kerana jenis tradisional banyak menggunakan teknik tulis. Batik klasik Jogjakarta juga masih digayakan pada majlis perkahwinan dan keraian istimewa," ujar Puthut, 29, yang menjalankan kerja sampingan sebagai pereka batik moden di bawah label Lemos Pires.

PERSALINAN klasik masih menjadi keutamaan warga Indonesia ketika menghadiri majlis perkahwinan.


Jenis batik
Spesifikasi batik dominan di kota yang masih setia menyanjung sultan itu dapat dipecahkan kepada empat jenis.
Pertamanya ialah batik parang yang terbahagi kepada beberapa bahagian seperti parang rusak atau asli sementara barong merupakan dua jenis batik kumpulan itu yang paling terkenal di Jogjakarta. Parang barong mempunyai ukuran motif yang lebih besar dan signifikan terhadap persalinan kerabat diraja.
Batik truntum pula sarat dengan motif bungaan yang sempurna buat golongan wanita. Selain itu, batik lereng juga antara kebanggaan masyarakat di penempatan yang pernah menjadi pusat pemerintahan Indonesia sebelum berpindah ke Jakarta.
Akhir sekali ialah batik kawung, paling mudah didapati dan sinonim sebagai pakaian orang kebanyakan.
Batik Jogjakarta dengan batik dari daerah lain di Indonesia dapat dibezakan daripada penggunaan warna latar belakang batik. Rona putih menjadi palet teras semua jenis batik di situ dan sebagai perbandingan, batik dari Solo menggunakan warna coklat cair sebagai latar belakang.
Batik galau
Tambah Puthut yang berkhidmat sebagai pensyarah tetap bahasa Inggeris di Universiti Muhammadiyah, bagi memberikan elemen segar dalam variasi batik Jogjakarta, dia telah mencipta batik yang diberi nama batik galau.
Menurut lelaki yang memulakan perusahaan sejak tahun 2009 itu, batik galau hasil usahanya menggabungkan tiga motif batik tempatan yang terdiri daripada truntum, parang dan kawung.
Galau mudah dikenal pasti menerusi susun atur motifnya yang berbentuk pulau. Ia antara pilihan popular pelanggan Puthut untuk dijadikan kemeja bagi kaum Adam dan dres untuk kelompok wanita.
Teknik cop atau tulis kombinasi menjadi percaturan Puthut bagi batik galau. Bagi galau cop, ia boleh dimiliki pada harga bermula 140,000 rupiah (RM44) manakala batik jenis tulis kombinasi dijual pada harga sederhana disebabkan gabungan teknik tulis dan cop yang digunakan.
"Bagi menghasilkan sehelai kemeja lengan panjang, saya perlu menggunakan minimum dua meter kain batik. Mungkin ia kedengaran tidak munasabah tetapi motif batik pada kedua-dua bahagian kemeja yang dipisahkan butang pada bahagian tengah perlu bercantum.
"Kemeja lengan pendek pula selalunya menggunakan satu setengah meter kain tetapi bahagian poket kemeja ditekapkan motif batik yang berbeza. Bagi membentuk identiti tersendiri Lemos Pires, saya juga mengadunkan batik sedia ada bersama material lain," petah Puthut memperincikan jawapan tatkala ditemui bersama kakaknya, Herlina Kristanti, 31, yang juga rakan kongsi di Lemos Pires.
Campuran batik bersama fabrik lain bukanlah kerja mudah. Kesukaran itu dilalui sendiri Puthut yang menyifatkan batik lawasan sebagai batik paling sukar untuk dipadukan. Ia ekoran elemen kepudaran yang terdapat pada batik tersebut.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines