Rabu, 17 April 2013

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Hadiah Iphone 5 kepada Zizan Dari Kaka Atau Emma?

Posted: 16 Apr 2013 10:42 PM PDT

Semalam Zizan Razak telah mengumumkan yang dia telah mengenali hati seseorang. Namun ada lagi khabar berita yang memdakwa ada seseorang memberikannya hadiah berupa sebuah telefon berjenama Iphone 5 bersempena hari jadi Zizan yang ke-29.

Hal ini menjadi kantoi memetik portal MediaHiburan apabila seorang sumber menyatakan yang status BlackBerry milik Zizan tertulis ucapan terima kasih kepada seseorang yang dipanggil sayang kerana memberikan hadiah itu.
"Panggilan sayang itu ditujukan kepada orang yang saya suka. Buat masa sekarang kami masih dalam proses saling mengenali. Perkenalan kami baru juga lebih kurang tiga bulan lalu.

"Cukup untuk saya katakan, dia telah membuka hati dan mata saya untuk memandangnya bukan sahaja luaran tetapi dalaman juga. Kiranya, dia cukup istimewa buat saya." - Zizan
Manakala ada dua wanita yang dikaitkan dengan siapa kekasih Zizan ini iaitu Kaka Azraff dan juga Emma Maembong. Dan ini komen mereka mengenai adakah mereka orang yang dimaksudkan..

Kaka Azraff melalui portal Murai:
"Kalau boleh janganlah gosipkan saya dengan Zizan. Dia adalah individu yang telah banyak membantu saya mengatur langkah dalam bidang seni khususnya nyanyian. Hubungan kami kini boleh dianggap seperti abang dan adik.

"Mungkin kerana saya sering dilihat bersama Zizan kerana saya berada di bawah naungan Wire Fame, iaitu syarikat milik Zizan. Ramai yang tersalah tafsir dengan hubungan rapat kami berdua.

"Sekali lagi ingin saya nyatakan di sini, saya tidak pernah terfikir untuk menjadikan Zizan kekasih saya. Cuma, apa yang ada pada Zizan dari segi perangai ada yang menepati ciri-ciri lelaki idaman saya.

"Sifat kelakar, baik dan ikhlas itu memang antara ciri yang saya cari pada seorang lelaki,"
Ema Maembong melalui portal Utusan:
"Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa'ari dan Kaka.

"Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," . Emma akui masih belum terpaut dengan mana-mana lelaki lagi.
 Jadi siapa kah sebenarnya wanita yang rapat dengan Zizan ni? masih menjadi misteri.. kah kah..

Gambar Anak Sazzy Falak Terkini

Posted: 16 Apr 2013 10:00 PM PDT

Dah besar dah anak kembar Sazzy Falak ni, Lilly dan Tiara Rose dah berusia dua tahun lebih dah. Nampak nak cubit je pipi mereka berdua ni. Gambar yang diambil awal bulan April sehingga minggu ini melalui laman Instagram Sazzy yang lebih 300,000 follower!. Layan..






Jamal Abdillah Tolong Baiki Pusara P. Ramlee

Posted: 16 Apr 2013 09:00 PM PDT

Mana pergi artis kaya raya dan juga peminat yang selalu menjadikan Allahyarham Tan Sri P Ramlee sebagai idola? ni ha nak khabarkan yang Jamal Abdillah merupakan selebriti dan pihak yang awal selain Arkib Negara yang sedikit sebanyak menderma wang untuk membaiki pusara Seniman Negara yang dihempap pokok tumbang beberapa hari yang lalu.

Jamal memberikan replika cek sumbangannya itu kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi semalam. Rasanya Jamal bukan nak menunjunk-nunjuk, namun ikut dari caranya, rasanya dia sangat prihatin dan sanggup memberikan wang yang kadang kala dia juga menyanyikan lagu Allayarham. Apalah sangat wang ringgit dibandingkan dengan jasa P Ramlee yang filemnya masih lagi tak bosan-bosan dilihat sehingga ke hari ini..

Petikan daripada portal SinarHarian.
"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau?

"Kebetulan musibah itu (pusara rosak) berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu,"-Jamal

Gambar Akma AF Mengandung

Posted: 16 Apr 2013 08:00 PM PDT

Dah membesar dah perut kehamilan kandungan penyanyi yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-3, Akma AF. Akma yang berkahwin pada Julai 2012 yang lalu dengan Farih, dan kini mengandung anak sulung mereka berdua. Usia kandungannya kini berusia 6 bulan, dan hanya sekeping foto yang sempat dimuatnaik olehnya. Tahniah. -gambar IG Akma




Gambar Eja dan Keluarga di Australia

Posted: 16 Apr 2013 06:26 PM PDT

Gambar dibawah adalah gambar percutian pelakon, Siti Shahrizah atau Eja dengan anak dan suaminya. Percutian mereka ke Sydney Australia dan memberapa tempat menarik di sana telah dimuatnaik oleh Eja memlalui laman Instagram miliknya baharu-baharu ini. -IG Eja












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines