Jumaat, 12 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Azmi Hatta Nafi Putus Tunang Dengan Elly Mazlein

Posted: 10 Apr 2013 10:12 PM PDT

Elly Mazlein
SHAH ALAM: Pengarah drama Azmi Hatta menafikan pertunangannya dengan aktres Elly Mazlein telah berakhir ekoran hubungan itu dikatakan berantakan.
Azmi, 37, berkata, hubungan mereka masih berjalan seperti biasa dan turut menolak sebarang masalah serius timbul di antara mereka.
"Kami masih bersama dan tiada masalah kritikal yang berlaku dalam hubungan kami," ujarnya ketika ditemui di set penggambaran drama bersiri Epilog Cinta arahannya dekat sini, Rabu.
Elly dan Azmi, 37, telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei pada 2011 dalam satu majlis di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, dekat sini.
Pasangan yang berkenalan sejak 2009 itu sepatutnya bernikah pada Februari tahun lalu, namun ia masih lagi tertangguh sehingga sekarang.
Dalam pada itu, Azmi berkata, kelewatan mereka melangsungkan perkahwinan adalah disebabkan kesibukan kedua-dua mereka dengan kerjaya masing-masing.
Azmi berkata hubunganya dengan Elly masih berjalan seperti biasa.
Malah katanya, dia tidak mahu menjadi penghalang kepada kerjaya Elly yang sedang berada di tahap selesa sekarang.
"Kami masing-masing sibuk dan Elly ada cita-cita yang perlu dia capai dan tidak mahu menghalang melainkan menyokong.
"Soal bila kami akan bersatu, Insya Allah doakan," ujarnya.
Tambah Azmi, dia juga menyedari tanggungjawab untuk memimpin sebuah keluarga adalah besar dan mahu melengkapkan diri terlebih dahulu.
"Saya mempunyai tanggungjawab besar kepada anak-anak dengan perkahwinan terdahulu dan mahu benar-benar bersedia dengan perkahwinan seterusnya.
"Saya bukan seorang yang sempurna dan masih memperbaiki kelemahan kerana ikatan yang bakal kami bina adalah besar," katanya.
Sementara itu, Azmi berkata, walaupun tidak tertekan dengan khabar angin yang melanda hubungan mereka namun ia sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda tanya di kalangan ahli keluarga.
"Saya ada bawa Elly balik ke kampung untuk menjelaskan situasi sebenar dikalangan ahli keluarga terdekat tentang kekeliruan yang berlaku dan semua memahami," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Azmi berkata dia kini sedang sibuk menyiapkan drama Epilog Cinta yang memulakan penggambaran pada pertengahan Mac lalu untuk siaran slot Samarinda di TV3.
Ia dibarisi pelakon seperti Tasha Shilla, Nazim Othman, Raja Ilya, Alif Aziz dan Arash Mohamad.

Tasha Shilla Selesa Berkawan Dengan Mahali Jasuli

Posted: 10 Apr 2013 10:11 PM PDT

Tasha berkata hubungannya dengan Mahali masih belum ditahap serius namun selesa berkawan dengannya.
SHAH ALAM: Pelakon Tasha Shilla mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi pemain bola kebangsaan iaitu Mahali Jasuli sejak lima bulan lalu.
Tasha bagaimanapun berkata, hubungan itu masih belum ditahap serius namun selesa berkawan dengan Mahali.
"Saya selesa berkawan dengan dia kerana Mahali seorang lelaki yang jujur, kelakar selain baik hati dan pemalu.
"Bagaimanapun hubungan kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain," jelasnya ketika ditemui di set penggambaran drama Epilog Cinta di sini, Rabu.
Hubungan mereka berdua mula hangat diperkatakan selepas Mahali membuat pengakuan bahawa dia sangat meminati lakonan Tasha menerusi rancangan "Meletop" yang disiarkan di Astro Ria.
Dalam pada itu, Tasha berkata, masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Malah kata Tasha, dia tidak mahu kisahnya dengan Mahali terlalu digembar-gemburkan kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk di kemudian hari.
"Saya sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka bercakap mengenai soal cinta kerana masih terlalu awal untuk ke arah itu.
"Buat masa sekarang kami berkawan dan jika hendak cerita lanjut pun tiada apa yang boleh saya kongsikan," jelasnya.
Bagaimanapun Tasha tidak menafikan dia ada keluar bersama Mahali sejak berkenalan.
Dalam perkembangan lain, Tasha berkata selain sibuk di lokasi drama bersiri Epilog Cinta dia juga akan terlibat sebagai pengacara karpet merah Anugerah Blockbuster yang akan diadakan pada Mei depan.
Tasha memberitahu selepas acara itu dia akan berangkat ke Paris untuk bercuti bersama-sama peminat.
Lawatan itu turut disertai oleh pelakon Fathia dan Fizo Omar.

Aishah Mahu Artis Ikut Lunas Islam

Posted: 10 Apr 2013 10:09 PM PDT

Aishah sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya.
BAHAU: Penyanyi Aishah mahu dunia seni dapat digerakkan mengikut lunas-lunas seperti yang dipraktikkan dalam Islam.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 48, berkata, sekiranya dia memenangi kerusi Parlimen Jempol dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) kali ini, dia akan menggunakan kuasa yang ada untuk tujuan berkenaan.
"Dunia hiburan punya pengaruh yang besar dan kita dapat sampaikan mesej dakwah itu melalui dunia seni," katanya kepada mStar Online di sini.
Aishah ditemui pada majlis pengumuman calon PAS untuk kerusi Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sembilan di Muasassah Darul Syarif, Jalan Batu Kikir, di sini malam Rabu.
Pengumuman dilakukan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang turut disaksikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.
Hadir sama beberapa pemimpin PAS negeri. Aishah yang popular dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang berkata, dia mahu melihat lebih ramai golongan artis memiliki ilmu agama dan menggunakan populariti yang ada untuk menyebarkannya kepada orang ramai.
Malah katanya, jika hiburan itu dihasilkan sehingga berjaya mendekatkannya dengan Islam, ia akan menjadi sesuatu yang lebih baik.
Dalam pada itu Aishah berkata dia sudah bersedia untuk berkempen dan meminta para peminat dapat menyokong perjuangannya.
"Saya minta sokongan dan saya minta tunjuk ajar daripada semua. Sama-samalah kita bekerja untuk usaha ini (memenangi pilihan raya)," katanya yang kelihatan agak penat menyertai politik.

Suami Noniswara Enggan Hadir Ke Mahkamah Selesai Kes Cerai

Posted: 10 Apr 2013 10:09 PM PDT

Noniswara keliru dengan tindakan suaminya yang enggan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes penceraian mereka.
KUALA LUMPUR: Dramatis Noniswara memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis, suaminya, Datuk Rosman Ridzwan enggan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes penceraian mereka.
Nonis atau nama sebenarnya, Noniswara Baharudin, 43, berkata, pihaknya juga gagal untuk menyerahkan surat saman permohonan cerai yang dibuatnya kepada suaminya bagi membolehkan mereka bercerai secara baik.
"Saya dan peguam telah mencuba pelbagai cara untuk menyerahkan surat berkenaan namun gagal malah dia pernah memberitahu tidak mahu hadir ke mahkamah," jelasnya.
Tambah Noniswara, dia juga keliru dengan tindakan suaminya itu kerana Rosman sebagai defendan dalam kes berkenaan bersetuju dengan permohonan cerai yang dibuat sebelum ini.
Hakim Syarie, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin bagaimanapun memberitahu plaintif supaya berusaha untuk menyerahkan surat saman berkenaan kepada defendan kerana permohonan cerai secara talak itu perlu dibuat di dalam kamar mahkamah.
Nonis diwakili peguam syarie, Datuk Amli Embong.
Muhammad Jimmy menangguhkan kes yang dibicarakan dibawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik) pada 18 April ini untuk sebutan semula.
Nonis yang hadir berbaju kurung hijau dan bertudung hitam ditemani peguamnya, Datuk Amli Embong.
Sementara itu, Amli ketika ditemui diluar mahkamah berkata, pihaknya telah mengambil masa selama dua bulan untuk bertemu dengan defendan bagi menyerahkan surat saman berkenaan namun gagal.
Amli berkata, pihaknya mungkin akan membuat permohonan lain bagi meneruskan proses penceraian defendan masih gagal hadir ke mahkamah pada perbicaraan seterusnya.
"Masalahnya defendan enggan hadir ke mahkamah dan jika lafaz cerai dibuat di luar mahkamah pun dia tetap kena hadir.
Mungkin kita akan buat permohonan lain mengikut kesesuaian kes jika masalah ini berterusan," katanya.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

S.M. Salim Terima Anugerah Biduan Negara

Posted: 10 Apr 2013 10:08 PM PDT

S.M. Slaim terharu apabila dirinya diberi penghargaan.
KUALA LUMPUR: Seniman negara, Tan Sri S.M. Salim diberi penghormatan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan menerima Anugerah Biduan Negara pada malam penghargaan penyanyi veteran itu di Hotel Double Tree, di sini, malam Rabu. S.M. Salim menerima selempang, pingat, trofi, wang cek bernilai RM30,000 dan sijil penghargaan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berkata, penghargaan itu diberikan bagi menghargai jasa dan penglibatan seniman itu membawakan lagu-lagu asli yang sudah 56 tahun dalam industri seni tempatan.
"Terlalu banyak sumbangan yang dibuat S.M. Salim sepanjang penglibatannya dalam industri seni negara.
"Anugerah ini sebagai tanda penghargaan buatnya dan berharap agar penghargaan yang diberikan kepada S.M. Salim dapat menyuntik semangat kepada karyawan muda dalam memartabatkan seni warisan dan budaya bangsa.
Rais Yatim menyampaikan sijil penghargaan kepada SM Salim.
"Ianya sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan industri kreatif sebagai salah satu industri yang membantu menjana pembangunan ekonomi negara," katanya.
S.M. Salim berkata, beliau tidak pernah mengharapkan sebarang anugerah daripada mana-mana pihak tetapi bersyukur dengan penerimaan Anugerah Biduan Negara itu.
"Saya menyanyi bukan untuk mendapatkan penghargaan. Orang ingat saya pun sudah lebih daripada cukup.
SM Salim bersama Kassim Masdor yang turut menerima Anugerah Seniman Tamu Negara.
"Terima kasih kerana memberi penghargaan ini," ujarnya sebak.
Sementara itu, pejuang irama Malaysia kelahiran Singapura, Kassim Masdor turut menerima anugerah Seniman Tamu Negara daripada KPKK.
Majlis penghargaan ini turut dihadiri Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I, Datuk Joseph Salang, Timbalan Menteri II, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Ketua Setiausaha, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Negara) dengan disaksikan lebih 300 tetamu.

Syura Bakal Aktif Menyanyi Semula

Posted: 10 Apr 2013 10:06 PM PDT

Syura mahu kekal sebagai penyanyi etnik kreatif.
PETALING JAYA: Selepas hampir lapan tahun menyepi di bidang nyanyian, penyanyi Syura kembali menggegarkan persada seni muzik tempatan bermula tahun ini.
Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 29, berkata, keputusan itu dibuat selepas dia dan suaminya, Mohd. Fadhly Mohd. Yassin, 32, yang bekerja sebagai guru sekolah rendah di Johor Bahru (JB) berpindah ke Kuala Lumpur (KL) pada akhir tahun lalu.
"Sebenarnya saya yang minta suami untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpindah ke KL, saja nak ambil angin baru selepas lapan tahun di JB.
"Tetapi tak sangka pula perancangan untuk berpindah ke KL berjalan dengan mudah apabila permohonan suami membuat pertukaran sekolah diluluskan begitu cepat.
"Jadi apabila menetap di KL, lebih memudahkan untuk saya menjalani kerja-kerja nyanyian di sini, selain anak-anak pun dah besar," katanya.
Tambah Syura, kerana perpindahan serta ingin memberi fokus pada nyanyian juga, dia telah menjual perniagaan pengurusan majlis perkahwinan bernama Bridal House di JB.
"Nak menangis juga pada mulanya apabila perniagaan yang kita bina selama empat tahun itu dijual pada orang lain pula. Tetapi nak buat macam mana, saya kena buat pilihan," ujarnya.
Mengenai perancangan kemunculan semula, penyanyi yang pernah popular dengan lagu Nazam Berkasih itu berkata dia masih lagi mahu mengekalkan konsep etnik kreatif sebagai single lagu pertamanya memandangkan muzik itu sudah semakin hilang.
Bagaimanapun, dia perlu berbincang dengan syarikat rakaman naungannya, Fantasia Music City (FMC) mengenai perancangan nyanyiannya itu.
"Mesti terkejut bukan saya masih lagi berada di bawah FMC. Tetapi sebenarnya kontrak saya dengan pihak syarikat rakaman itu belum tamat. Kami mengikat perjanjian di mana saya perlu mempunyai tujuh buah album.
"Dan sekarang ini, masih lagi ada tiga album yang belum diterbitkan. Tengoklah macam mana, saya pun belum berjumpa dengan pihak FMC lagi untuk berbincang dengan mereka," tuturnya.
Syura kini mempunyai tiga orang anak iaitu Nurul Dania Irdani, 6, Nurul Qaisara Sofea, 4 dan Muhammad Irfan Aryan, setahun enam bulan.
Sementara itu, kata Syura, dia akan menyertai pertandingan MasterChef Selebriti 2 bersama 18 artis popular lain.
Antara barisan peserta yang menyertai program pertandingan realiti tersebut ialah Sharifah Shahora, Kenchana Devi, Radhi OAG, Syanie Hisham, Aliza Abdullah (Enot), Lydiawati, Keroz Nazri, Syura, Sabhi Saddi, Michael Ang, Datuk Aznil Nawawi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan.
MasterChef Selebriti 2 akan bersiaran setiap hari Sabtu hingga Selasa pukul 9 malam bermula 20 April ini menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104).

Rihanna Bermesra Dengan lelaki Lain Pula

Posted: 10 Apr 2013 10:05 PM PDT


Rihanna bermesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali pada perlawanan bola keranjang Los Angeles Lakers Ahad lalu.
SELEPAS perkhabaran mengenai keretakan hubungan cinta dengan Chris Brown, Rihanna dikatakan sudah keluar dengan lelaki lain pula.
Menurut laporan portal Dailymail, penyanyi kelahiran Barbados itu dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki yang tidak dikenali pada perlawanan bola keranjang Los Angeles Lakers Ahad lalu.
Rihanna sesekali seperti berbincang mengenali perlawanan tersebut dan kemudian bergurau senda dengan lelaki itu seperti sepasang kekasih yang baru menjalinkan hubungan cinta.
Pada hari itu, Rihanna berpenampilan kasual tetapi seksi mengenakan baju tidak berlengan.
Bukan Rihanna sahaja yang dilihat mesra dengan lelaki lain, Chris juga bermesra dengan wanita berambut perang di sebuah acara parti liar beberapa hari lalu.

Pelakon lama, pengarah baru

Posted: 10 Apr 2013 10:03 PM PDT


Pelakon lama, pengarah baru
Pelakon lama, pengarah baru
SELEPAS mempertaruhkan drama adaptasi popular Adam Hawa dan Sehangat Asmara, Global Station Sdn Bhd kini bakal tampil dengan buah tangan terbarunya berjudul Dahlia yang turut bakal menemui penonton di saluran Astro Mustika HD bermula 22 April ini.
Drama yang bakal mencetuskan fenomena baru kepada penonton tempatan ini telah mendapat sentuhan segar dari pengarah baru, Pali Yahya.

Selain menampilkan jalan cerita lebih dramatik, barisan pelakon yang terlibat menjayakan drama ini seperti Dira Abu Zahar, Hans Isaac, Faizal Hussein dan Raja Ilya pastinya memberi pengalaman baru buat penonton setianya.

Penerbitnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa mengatakan, jalan cerita Dahlia adalah gabungan idea daripada pihak Global Station dan penulis skrip dan bukannya daripada kisah adaptasi novel seperti drama yang pernah diterbitkan sebelum ini.
"Drama ini secara keseluruhannya mengisahkan mengenai kebangkitan seorang wanita bergelar isteri selepas dikecewakan suami yang curang dengan teman rapatnya sendiri.
"Kali ini, kami berhasrat untuk berhenti seketika daripada menghasilkan produk daripada adaptasi novel kerana mahu beri sedikit kelainan kepada penonton," katanya.
Dalam pada itu, Zaiton turut memberitahu, kepercayaan yang diberikan kepada pengarah yang baru pertama kali menghasilkan drama adalah kerana mahu melihat satu pembaharuan dan hasil yang lebih segar dan versatil.
"Sebenarnya, Pali Yahya bukanlah orang asing dalam bidang pengarahan cuma kali ini dia akan bergerak sendiri mengarahkan drama Dahlia.
"Kami percaya dengan kredibilitinya dan saya sendiri kagum dengan semangatnya untuk menghasilkan drama ini," katanya lagi.
Sepakat pilih pelakon

Menyentuh mengenai pelakon, keempat-empat pelakon utama yang terlibat dalam drama ini dikatakan terpilih berdasarkan kesesuaian watak drama tersebut.
"Alhamdulillah, selepas mengadakan perbincangan bersama Astro, kami mencapai kata sepakat memilih pelakon yang ada.
"Pada masa sama, pelakon yang kami pilih juga tidak mempunyai masalah untuk terlibat sama dalam pembikinan drama ini," katanya.

Zaiton turut mengatakan selain bersesuaian dengan watak, pemilihan pelakon juga dilakukan atas sebab kehebatan mereka dalam menguasai watak dengan baik.
"Hans Isaac dan Dira adalah pelakon hebat, tetapi kedua-duanya sudah lama tidak muncul dalam lakonan drama dan atas alasan itu juga kami memilih mereka.
"Saya berpuas hati dengan komitmen yang mereka berikan. Keserasian lakonan mereka juga pasti memberi impak yang baik buat drama ini," jelasnya.

Selamat tinggal cinta!

Posted: 10 Apr 2013 10:01 PM PDT


Selena Gomez
Gomez kembali tawan dunia.
SELENA Gomez! Nama yang cukup popular di Hollywood. Bukan saja menerusi karier seninya, bahkan kisah cintanya bersama penyanyi terkenal, Justin Bieber turut menjadi perhatian.

Meskipun hubungan cinta mereka sudah berakhir, namun ia seakan masih 'berhantu' buatnya. Mana tidaknya, sehingga hari ini dia masih belum mampu membuang nama Bieber dari hidupnya.

Setiap kali berdepan dengan media, Gomez sentiasa diasak mengenai bekas kekasihnya itu yang dikatakan masih menaruh hati kepadanya.

Pernah memberi beberapa peluang kepada pelantun Baby itu, bagi Gomez, tiada lagi tempat buat Bieber yang sering berkelakuan curang terhadapnya.

Menurut Gomez, dia tidak akan kembali lagi ke pangkuan Bieber, malah pintu hatinya sudah tertutup rapat.

"Ini keputusan terbaik. Tidak mungkin kami bersama lagi," katanya.

Selain pernah didakwa memiliki anak bersama seorang remaja wanita di California, Bieber juga pernah dikatakan menjalinkan hubungan bersama model pakaian, Barbara Palvin.

Malah kedua-dua kontroversi hebat ini turut menjadi punca keretakan hubungannya dengan Gomez.


Menang Kids Choice Award

Nekad mahu melupakan sejarah cintanya bersama Bieber, Gomez kini semakin rancak mengatur karier seninya. Ternyata, nasib menyebelahinya apabila diiktiraf Favorite TV Actres menerusi Kids Choice Award, baru-baru ini.

Mengakui teruja dengan kejayaannya kali ini, Gomez berharap dia dapat melakukan yang terbaik sama ada dalam bidang lakonan mahupun nyanyian.

"Ia sangat hebat. Ia betul-betul berlaku dan terima kasih kepada peminat menyokong kerjaya saya selama ini," kata Gomez.

Anak kelahiran Grand Prairie, Texas itu memulakan kerjayanya sebagai pelakon dalam rancangan kanak-kanak Barney & Friends sejak kecil lagi.

Dari usia yang sangat muda, Gomez mula mengatur langkah dalam kerjayanya sehingga memegang beberapa watak utama dalam filem seperti Another Cinderella Story, Wizards of Waverly Place: The Movie dan Princess Protection Program.

Selain itu, Gomez turut menandatangani kontrak bersama Hollywood Records, dengan menubuhkan kumpulan pop, Selena Gomez & The Scene.

Mereka kemudiannya mengeluarkan beberapa album, Kiss & Tell (2009), A Year Without Rain (2010) dan When The Sun Goes Down (2011).

Antara lagu yang mendapat rating tertinggi adalah Naturally, Who Says dan Love You Like A Love Song.


Inspirasi dari Taylor Swift

Musim panas tahun ini, Gomez akan melancarkan album solo dan single pertama, Come & Get It, sekali gus bakal mengubat rindu peminatnya.

Malah bintang Monte Carlo turut mendedahkan kawan karibnya, Taylor Swift, turut mempengaruhinya untuk mengeluarkan album terbaru.

"Taylor inspirasi saya, bukan sahaja dalam muzik, tetapi segala-galanya.

"Dia merupakan sahabat yang menakjubkan untuk saya," kata Gomez.

Hubungan antara kedua-dua seleberiti itu juga kelihatan semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama sekiranya punya masa terluang.

Ternyata, perpisahan Gomez dengan  Justin Bieber tidak menghalangnya  meneruskan karier bahkan seakan membuka lembaran baru buat dia yang kini semakin semangat membina karier.

Makan buah jadi amalan Sari Yanti

Posted: 10 Apr 2013 10:00 PM PDT


Sari Yanti
Sari Yanti
PELAKON yang mula dikenali menerusi drama Kisah Kaisara ini sememangnya bertuah kerana memiliki kecantikan semula jadi.

Meskipun sudah berumah tangga dan mempunyai dua anak, namun bentuk badan dan raut wajahnya masih seperti anak dara.

Menariknya, walaupun umurnya sudah mencecah ke angka 30 tahun, tetapi ramai yang menyangka pelakon Impak Maksima ini masih di awal 20-an.

Selepas beberapa tahun dalam industri, empunya nama Sari Yanti Mohamad Nazari, ini agak menyepi dari bidang seni selepas melahirkan anak keduanya, Basit Al Haq, 1.


Apa pun, jom kita kongsi petua dan amalan Sari dalam ruangan Cantik & Sihat kali ini.

Bentuk badan anda masih tidak berubah meskipun sudah mempunyai dua anak, boleh kongsikan amalan anda untuk mendapat tubuh sebegini?

Sebenarnya, saya tidak mengamalkan apa-apa rahsia untuk mendapatkan bentuk badan ideal, cuma saya seorang yang gemar memakan buah-buahan. Rasanya, kalau tak makan nasi pun tak menjadi masalah sebab saya boleh makan buah tanpa mengira masa.

Jadi anda memang tidak mengamalkan petua lain selain mengambil buah sahaja?

Buah ibarat makanan ruji saya, saya akan makan lima jenis buah setiap hari. Paling tidak pun sebiji mangga sudah cukup untuk saya.
Sebab itulah dalam peti ais di rumah saya sentiasa penuh dengan buah. Untuk mengamalkan petua lain bagi saya tidak perlu memandangkan buah sudah cukup khasiat dan zatnya.

Adakah anda turut mengambil suplemen atau makanan tambahan lain?
Saya bukan seorang yang berdisiplin untuk mengambil suplemen, tetapi saya ada memakan multivitamin sebagai makanan tambahan. Ia sekadar untuk mengekalkan stamina sahaja. Apa pun, paling penting adalah menjaga pemakanan kita.


Beralih kepada senaman pula, agaknya apa senaman yang menjadi rutin anda?

Jujur saya katakan, saya bukanlah seorang yang suka dan sering bersenam kerana saya seorang yang agak sibuk. Namun, bagi mengeluarkan peluh, saya akan gantikan dengan aktiviti turun naik tangga dan jika ada kelapangan, setiap hujung minggu saya akan berenang bersama anak- anak.

Boleh terangkan cara anda menjaga kesihatan rambut dan kulit wajah?

Saya cukup bertuah kerana tidak mengalami masalah yang melibatkan rambut atau kulit wajah. Bagaimanapun itu tidak bermakna saya tidak perlu mengambil berat tentangnya. Biasanya saya hanya melakukan rutin harian yang asas sahaja. Saya akan mencuci rambut dan muka  di rumah sahaja. Saya tidak pernah melakukan 'facial' mahupun ke salun rambut.


Sedikit mengenai pandangan anda mengenai kecantikan.

Cantik itu subjektif, pada saya ia bermula dari hati. Jika hati kita bersih dan niat kita baik, pasti kecantikan semula jadi akan terpancar dari wajah kita. Pun begitu, kecantikan luaran perlu dijaga juga, barulah seimbang.


Pesanan anda buat peminat.

Untuk cantik dan sihat, perlulah amalkan pemakanan yang berkhasiat. Jaga berat badan dan dapatkan bekalan buah-buahan yang mencukupi untuk badan kita sebagai menu wajib dalam sajian harian.

Pearl Mini sasar golongan belia

Posted: 10 Apr 2013 09:58 PM PDT


Pearl Mini sasar golongan belia
Dua orang model memegang telefon pintar Pearl Mini selepas pelancarannya di Subang Jaya, semalam.
Syarikat teknologi peranti mudah alih Asia, Ninetology Marketing Sdn Bhd (Ninetology), optimis mencapai jualan 100,000 unit bagi telefon pintar model terbarunya Pearl Mini yang disasarkan kepada belia, dalam tempoh 45 hari selepas pelancarannya, semalam.

Ninetology juga yakin akan meningkatkan penguasaan pasaran kepada 12 peratus menjelang hujung tahun ini bagi segmen telefon pintar berbanding 5.2 peratus sehingga Februari lalu.

Pelancaran telefon itu serentak dengan kerjasama strategik antara Ninetology dan penyedia perkhidmatan telefon prabayar Tune Talk serta Qualcomm, peneraju teknologi mudah alih masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ninetology, Sean Ng berkata, kerjasama dengan dua syarikat itu adalah sebahagian misi syarikat tahun ini bagi memenuhi permintaan pasaran belia yang besar.

"Pasaran mudah alih di Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan menggalakkan sejak sedekad lalu di mana kadar langganan golongan belia melebihi 100 peratus pada semua peringkat umur.

"Telefon pintar kini mula mengambil tempat dalam menggantikan telefon di kalangan pelajar kolej dan golongan profesional muda," katanya selepas majlis pelancaran Pearl Mini dan menandatangani perjanjian strategik itu di Subang Jaya.

Pearl Mini boleh dibeli pada harga RM399, manakala belia yang layak mendapat rebat RM200 di bawah skim Telefon Pintar Belia 1Malaysia boleh membelinya pada harga RM199.

Tahun ini, Ninetology bakal melancarkan lapan model telefon baru termasuk siri yang dipertingkatkan selain membuka beberapa kedai bagi mengukuhkan operasinya di pasaran tempatan.

Syarikat itu turut menyasarkan perolehan RM120 juta sehingga hujung tahun ini berbanding RM43.5 juta tahun lalu serta menjangkakan pertumbuhan 15 peratus menjelang 2014.

Cedera dibelasah orang kampung

Posted: 10 Apr 2013 09:55 PM PDT


Cedera dibelasah orang kampung
Suspek dibawa ke Hospital Besut oleh anggota polis untuk rawatan.
BESUT - Seorang lelaki  berusia 21 tahun cedera dibelasah orang ramai selepas ditangkap ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah kilang padi di Kampung Pondok Paku dekat Jabi malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek cedera di bahagian muka dan kaki akibat dipukul penduduk kampung ketika usaha menangkapnya dilakukan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, suspek yang beralamat di Kampung Tok Dor itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut bersama dua lagi rakannya.

Bagaimanapun katanya, dua lagi rakannya yang telah dikenal pasti berjaya meloloskan diri dan gagal dikesan.

"Suspek bertindak mencuri kabel pendawaian elektrik di kilang padi yang telah enam bulan tidak beroperasi," katanya.

Kamaruddin berkata, pemilik kilang tersebut membuat aduan mengalami kerugian kira-kira RM350,000 apabila pendawaian di situ dicuri termasuk dalam kejadian yang berlaku sebelum ini.

Katanya, penduduk kampung kemudiannya menyerahkan suspek kepada polis sebelum dia dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan.

Menurutnya, suspek kemudiannya ditahan untuk membantu siasatan, manakala saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine (pil kuda).

"Polis turut merampas empat gulung wayar bercampur-campur pelbagai warna dan satu alat pengepit dipercayai digunakan untuk perbuatan itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Alasan Pierre pilih Mikail

Posted: 10 Apr 2013 09:28 PM PDT



BAKAT seni yang mengalir dalam darah keluarga aktor dan pengarah Pierre Andre bukan satu perkara baharu. Ibunya, Khatijah Tan merupakan seorang pelakon terkenal, terbaharu, adiknya Mikail Andre pula terjun ke dunia lakonan.
Barangkali akan ada yang berkata, disebabkan kedudukan Pierre sebagai pengarah, dia bebas memilih sesiapa sahaja termasuk adiknya sendiri untuk memegang watak utama dalam filem ke-11 arahannya, Perempuan Muka Surat Tujuh.
Menjawab persoalan tersebut, Pierre, 28, menegaskan, pemilihan dilakukan berdasarkan bakat serta kesesuaian watak - bukan atas dasar ikatan kekeluargaan.
"Sebelum memilih Mika (panggilan untuk Mikail), saya telah terfikir beberapa nama pelakon, tetapi selepas menilai dengan teliti Mika mempunyai karakter yang saya inginkan dalam watak utama itu.
"Walaupun dia masih muda, tetapi apabila berlakon, ekspresi wajahnya terutama matanya yang mempunyai karakter tersendiri menarik minat saya untuk memilih dia," kata Pierre yang ditemui pada majlis doa selamat filem tersebut di pejabat Metrowealth, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tegas Pierre, sebelum ini dia juga pernah melalui perkara yang sama ketika mula-mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dan memegang status pengarah buat kali pertama.
"Ketika mula berlakon dan mengarah, orang akan kata, patutlah saya boleh dapat peluang mengarah sebab saya anak Khatijah Tan. Kiranya, saya tumpang nama ibu untuk berdiri dalam bidang seni.
"Sebenarnya tidak, jika saya tidak ada bakat dan kreativiti, mana ada orang ingin laburkan duit kepada saya untuk buat filem.
"Sama juga halnya dengan Mika, jika dia tidak berbakat, meskipun dia adik saya, saya tidak akan ambil dia berlakon walaupun untuk watak sampingan apatah lagi untuk watak utama," ujarnya serius.
Tidak hanya bersesuaian dengan watak, kata Pierre, keserasian antara mereka memudahkan lagi penggambaran filem yang bermula pada 4 April lalu.
"Saya tahu sangat perangai, apa kelebihan dan kekurangannya. Jadi, dia mudah saya bentuk dan bekerjasama untuk filem ini," ujarnya yang akan menamatkan zaman bujang pada bulan Jun tahun ini.
SAMA-SAMA orang baharu. Nina dan Mikail pertama kali mencuba nasib sebagai pelakon filem.


Cabaran
Selain Mika yang diberi watak utama sebagai Putra, heroin filem ini juga merupakan wajah baharu iaitu Nina Iskandar yang merupakan seorang pelakon dari Brunei.
Sedar tanggungjawab yang digalasnya amat besar kerana mempertaruhkan semua wajah baharu, Pierre yakin penonton hari ini lebih bijak menilai filem bukan berdasarkan populariti semata-mata.
"Bukan tidak boleh ambil pelakon yang sudah popular, tetapi asyik-asyik wajah yang sama sahaja di pawagam. Jadi, saya ambil inisiatif untuk memperkenalkan pelakon baharu.
"Bagi saya, kejayaan sesebuah filem bukan terletak kepada populariti pelakon sahaja, tetapi apa yang penting ialah bakat lakonan yang dipersembahkan kepada penonton," katanya.
Ulasnya lagi, pelakon baharu mudah dibentuk di set penggambaran berbanding pelakon yang telah mempunyai pengalaman.
"Sebagai pengarah, pelakon baharu lebih mudah dibentuk kerana pelakon yang berpengalaman mereka sudah mempunyai identiti dan corak lakonan yang tersendiri.
"Kadangkala bagus tetapi ada kalanya menyukarkan proses penggambaran kerana lakonan yang diberikan mengikut acuan mereka sendiri bukannya pengarah," tuturnya.
Bercakap lebih lanjut tentang naskhah Perempuan Muka Surat Tujuh yang ditulisnya sendiri, skrip filem itu sebenarnya sudah lama ditulis untuk sebuah filem pendek.
Bagaimanapun, untuk penggambaran filem, skripnya telah diolah untuk dipanjangkan sesuai dengan durasi filem.
Minat berlakon - Mikail
Melihat raut wajahnya yang ada iras seperti Pierre, perbezaan yang wujud pada Mikail ialah dia kelihatan sedikit garang dan matang walaupun baru berusia 21 tahun. Namun, minatnya dalam dunia seni tidak boleh disangkal sementelah sejak di sekolah menengah lagi, dia sudah aktif berteater.
"Saya memang minat berlakon. Selepas habis SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), saya ikut abang kerja di belakang tabir untuk beberapa buah filem sebelum saya menyuarakan hasrat untuk berlakon.
"Mulanya saya hanya diberi watak yang kecil sahaja, cukup untuk merasa bagaimana beraksi di hadapan kamera. Selepas berjaya meyakinkan abang, saya diberi peranan yang lebih besar sebagai pelakon pembantu sebelum diberi watak utama," kata Mika yang telah berlakon dalam filem Hantu Dalam Botol Kicap, 1 Lawan 1, Dua Kalimah, Longkai dan Chantek.
PIERRE ANDRE yang bakal berkahwin pada bulan Jun ini masih mahu terus aktif sebagai pengarah pada masa akan datang.


Memiliki abang dan ibu yang bekerja dalam bidang seni merupakan batu loncatan untuknya lebih mudah dikenali ramai tetapi, Mika enggan dirinya terlalu bergantung kepada reputasi abangnya dan ibunya untuk membina kerjaya sebagai pelakon.
"Abang dan bonda (Khatijah Tan) merupakan idola saya dalam bidang lakonan. Mereka banyak memberi saya inspirasi terutama bonda yang tidak jemu memberikan saya tunjuk ajar.
"Buat masa sekarang, mereka berdua masih menjadi orang rujukan utama dalam segala hal kerana saya masih baharu, tetapi jika boleh saya mahu membina kerjaya dengan bakat serta kebolehan saya sendiri," ungkapnya.
Disoal tidakkah dia teringin untuk bergelar pengarah dan penulis skrip seperti abangnya suatu hari nanti, sambil tersenyum, Mikail berkata belum tiba masanya untuk dia memikul tanggungjawab seberat itu.
"Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu saya akan ikut jejak langkah abang tetapi apa yang saya tahu, abang saya lebih bijak kerana dia mampu melakukan dua tiga kerja dalam satu masa yang sama.
"Malah, minat saya pula lebih terarah kepada bidang lakonan berbanding menjadi penulis skrip atau pengarah. Jadi lebih baik saya berlakon sahaja buat masa sekarang," tuturnya jujur.

Mahali, lelaki paling rapat - Tasha Shila

Posted: 10 Apr 2013 09:27 PM PDT

TASHA pertama kali bersua dengan Mahali pada majlis hari jadinya yang ke-27 pada 25 Januari lepas.


KISAH cinta antara selebriti dengan pemain bola bukan lagi kisah baharu. Malah, ada antara selebriti tersebut mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak.
Begitupun, ada juga sesetengah selebriti yang berkahwin dengan pemain bola sepak tidak dapat mempertahankan bahtera perkahwinan dan berakhir dengan perceraian.
Antara selebriti yang berkahwin dengan pemain bola sepak termasuklah pelakon Ayu Raudhah dengan Zaquan Adha, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta penyanyi dan pelakon, Haleeda dengan Azman Adnan.
Tidak ketinggalan Zack Haikal dengan penyanyi, Zetty. Begitu juga Azman Adnan dengan Asfarina Muhamad atau As Feminin, Salwa Abdul Rahman dan Subadron Azi serta Shahril Arshad dan Noraini Morat.
Sementara, Safiq Rahim pula pernah digosip bercinta dengan seorang pelakon dan pengarah muda, Nurul Ain Nordin.
Terkini, pelakon sensasi, Tasha Shilla pula dikaitkan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli.
Tasha, 27, dan Mahali, 24, mula dikaitkan mempunyai hubungan selepas kedua-duanya saling mengucapkan sayang - baik melalui perkataan mahupun simbol, ketika berhubung menerusi Twitter masing-masing baru-baru ini.
Sehubungan itu, kelmarin, Mahali membuat kenyataan media bahawa dia kini dalam proses mengenali hati budi Tasha.
Cemburu
Tasha ketika dihubungi Kosmo! semalam lantas memberikan kenyataan pertamanya tentang isu tersebut.
Akui Tasha, Mahali merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini.
Menolak hubungan rapatnya dengan Mahali bakal membuatkan ada hati yang cemburu, luah Tasha, dia berhak berkawan dengan sesiapa sahaja.
Ini kerana bagi Tasha, hubungannya bersama Datuk J yang digembar-gembur selama ini hanyalah gosip semata-mata.
Mengulas kenyataan terbuka Mahali tentang hubungan mereka itu, ujar Tasha: "Seperti apa yang disebut Mahali (kami dalam proses mengenali hati budi), saya juga akui memang kami sedang berkawan.
"Dia juga merupakan antara lelaki yang paling rapat kerana saya memang jenis suka berkawan.
"Hubungan rapat saya dengan dia tidak akan membuatkan hati sesiapa yang tersinggung kerana gosip dengan Datuk J sebelum ini adalah tidak benar."
Perkataan sayang

UCAPAN sayang antara Tasha dan Mahali menerusi Twitter baru-baru ini menjadi pencetus kepada pendedahan tentang hubungan rapat antara mereka berdua kepada pengetahuan umum.


Begitupun, jelas Tasha, dia baru mengenali Mahali selama lima bulan dan terlalu awal untuk mereka memasuki fasa bercinta.
Pelakon drama bersiri Cinta Bertamu di Abu Dhabi berharap agar hubungan rapatnya dengan Mahali tidak diperbesar-besarkan.
"Kami masing-masing masih muda dan ingin mengejar karier," jelasnya.
Bercerita tentang bagaimana dia mengenali Mahali, ujar Tasha, dia mendapat tahu melalui surat khabar bahawa pemuda kelahiran Selangor itu menyukai lakonannya.
Selepas itu, seorang peminat Tasha menjemput Mahali ke majlis sambutan hari jadi yang ke-27 pada 25 Januari lalu dan mereka mula berkenalan dan berkawan.
Tasha turut ditebak tentang persolan kenapa dia dan Mahali masing-masing mengungkap perkataan sayang di Twitter jika hubungan mereka hanya sekadar kawan?
Jawabnya, sudah sememangnya dirinya merupakan seorang yang suka mengungkap perkataan sayang kepada peminat-peminatnya termasuk Mahali.
"Memang di Twitter, saya akan panggil semua peminat-peminat dengan perkataan sayang. Itu tanda penghargaan saya kepada peminat. Mahali juga salah seorang peminat saya. Sebab itulah itu saya memanggil dia sebagai sayang.
"Saya memang menghargai dan gembira apabila mendapat tahu seorang pemain bola sepak berbakat seperti Mahali meminati lakonan saya," tutur Tasha yang turut mengakui dirinya juga meminati Mahali kerana bakat pemain bola sepak kebangsaan itu ketika beraksi di padang.
Terlanjur bercerita mengenai persahabatan yang terjalin, Tasha turut ditanya adakah dia pernah keluar berdua bersama Mahali.
Bagaimanapun, pemilik nama sebenar Natashasheila Abd. Razak itu enggan mengulas lanjut dan hanya menyebut perkataan no comment.
Tambah Shilla, komitmennya terhadap lakonan dan komitmen Mahali di padang bola sepak juga membataskan mereka untuk kerap menghubungi antara satu sama lain.

Noniswara pasrah cerai lagi

Posted: 10 Apr 2013 09:26 PM PDT

SAAT bahagia. Noniswara bernikah dengan Rosman empat tahun lalu. Kini, mereka sedang dalam proses perceraian di mahkamah.


RUMAH tangga pelakon Noniswara Baharudin, 43, dengan Datuk Rosman Ridzwan, 54, yang bakal memasuki usia empat tahun pada 1 Ogos depan sudah tidak mampu diselamatkan dikatakan akibat orang ketiga.
Mereka berdua sudah tidak tinggal sebumbung sejak tujuh bulan yang lalu menyebabkan pelakon itu tekad memfailkan kes perceraian terhadap suaminya di mahkamah syariah pada Februari lalu.
Perbicaraan kes perceraian itu telah pun berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebelum ini.
Pada hari ini, 11 April perbicaraan itu diadakan di lokasi yang sama bagi menentukan status terkini mereka.
Pelakon itu tidak mempunyai anak bersama Rosman, tetapi mempunyai tiga orang anak hasil daripada perkahwinan terdahulunya.
Rosman pula mempunyai lima orang anak daripada perkahwinan sebelum ini.
Noniswara yang ditemui baru-baru ini mengakui masih bersedih dengan apa yang berlaku dan cuba untuk mencari kehidupan yang baharu. Ikuti temu bual Noniswara bersama Kosmo!
Kosmo!: Bagaimanakah dengan kehidupan Noniswara sekarang selepas kes perceraian anda di mahkamah?
Kes penceraian saya masih berjalan di mahkamah, kehidupan saya seperti biasa sahaja. Saya masih sibuk dengan penggambaran lakonan.
Apakah perasaan anda apabila perkahwinan kedua juga gagal di tengah jalan?
Jujur saya katakan, tiga bulan pertama masalah ini berlaku, saya hanya menangis. Memang saya sedih, siapa yang tidak sayangkan perkahwinan. Alhamdulillah, sekarang saya sudah menerima hakikat dan reda dengan segala yang berlaku. Sekarang saya kena gembira supaya hati saya tidak bersedih lagi.
Sebelum memfailkan kes perceraian, adakah anda berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga anda?
Memang saya berusaha untuk selamatkan rumah tangga, tetapi apa yang saya boleh buat jika jodoh saya sampai di sini sahaja.
NONISWARA berharap kes perceraiannya dengan Rosman berjalan lancar supaya dia dapat memulakan kehidupan baharu.


Adakah anda kenal orang ketiga yang dikatakan punca kemelut dalam hubungan antara anda dan Rosman?
Saya tidak mahu komen tentang orang ketiga itu. Apapun, saya sentiasa maafkan suami dan orang ketiga itu. Tidak perlulah saya beri komen siapakah yang bersalah. Sekarang, saya hanya mahu sebuah kehidupan yang baharu.
Selepas apa yang berlaku, adakah anda serik untuk berkahwin lagi?
Saya tidak boleh kata serik kerana perkahwinan itu satu ibadat. Cuma, buat masa ini saya belum fikirkan tentang perkara itu kerana masih berstatus isteri orang dan masalah saya juga belum selesai lagi.
Andai ditakdirkan anda bertemu jodoh sekali lagi, apakah kriteria lelaki pilihan anda?
Saya akan elak lelaki yang curang dan tidak setia. Sudah pasti saya mahukan seorang lelaki yang setia, baik dan taat pada agama supaya boleh membimbing saya. Sebelum itu harus kenal mengenali terlebih dahulu. Hal jodoh ini, saya serahkan kepada takdir.

Ella gegar Pesta Air Port Dickson 2013

Posted: 10 Apr 2013 09:25 PM PDT

ELLA


RATU Rock Negara, Ella bakal memeriahkan Pesta Air Malaysia Port Dickson 2013 yang bakal berlangsung di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan selama tiga hari bermula esok, 12 April.
Penampilan artis-artis popular sudah semestinya yang ditunggu-tunggu sempena pesta berkenaan.
Justeru, kehadiran Ella merupakan satu daya tarikan yang hebat pada acara kali ini.
Selain Ella, barisan artis lain yang bakal membuat penampilan termasuklah Nubhan AF, Lena AF, Ayu OIAM, Ani Maiyuni dan kumpulan The Vella.
Penghibur serba boleh, Roslan Shah dan Sharifah Shahora akan bertindak selaku juruacara majlis, dibantu oleh personaliti yang semakin popular, Kiah Propa.
Pesta anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia, Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson itu dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 pengunjung.
Menurut Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid, jumlah pengunjung yang besar itu mampu dicapai ekoran pengiktirafan terhadap Port Dickson sebagai Bandar Pantai Peranginan Negara.
"Pada tahun ini, Port Dickson telah dipilih sebagai lokasi pembukaan untuk Festival Air Malaysia. Ia merupakan platform untuk merancakkan promosi Tahun Melawat Malaysia yang akan dilancarkan pada tahun depan," katanya.
Tambahnya, jumlah sasaran pengunjung itu bakal dicapai berdasarkan kejayaan Pesta Air Malaysia Port Dickson 2012 dengan kehadiran lebih daripada 150,000 pengunjung.
Beliau memberitahu, pelbagai program dan aktiviti menarik seperti sukan tradisional dan moden, selain persembahan artis terkenal tanah air akan diadakan semasa pesta itu berlansung.
"Acara sukan pula ialah bola sepak pantai tadika, bola sepak pantai (terbuka), tarik tali, futsal pantai, pertandingan jet ski, cabaran pesta pancing dan banyak lagi.
"Bagi memeriahkan lagi pesta tersebut turut diadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tadika, cabaran memasak pantai, karaoke, battle of the band, sukaneka pantai dan pertunjukan raja ular," katanya.
Ujarnya lagi, orang ramai yang berminat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan gerai jualan boleh menghubungi 019-614 0275 (Joy) atau 012-284 6811 (Aley) untuk keterangan lanjut.

Diburu lagi

Posted: 10 Apr 2013 09:23 PM PDT

Kereta Nissan Fairlady Nissan 350Z yang dicuri di Segambut Sabtu lalu ditemui semula di Skudai, Johor semalam.


KUALA LUMPUR – Kecuaian penjaga sebuah premis pusat servis kenderaan mengawal premis itu membolehkan seorang ejen penghantaran kastam melarikan sebuah kereta mewah jenis Nissan Fairlady 350Z yang merupakan hadiah pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2012, Shaheizy Sam baru-baru ini.
Ejen tersebut, Mohd. Azri Mohd. Kassim, 32, dikatakan telah mencuri kereta berwarna hitam itu dengan menggunakan modus operandi mudah iaitu menyamar sebagai pelanggan kononnya mahu melihat dan mengambil gambar sebelum melarikannya sebaik ternampak kunci kenderaan itu berada di dalamnya.
Mohd. Azri dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada 25 Oktober tahun lalu atas tuduhan mencuri sebuah kereta Porsche Panamera 4 berharga hampir RM1 juta dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang di sini 14 hari sebelum itu.
Kes itu masih berjalan.
Mengulas lanjut mengenai kejadian terbaharu di Segambut di sini pada pukul 10.45 pagi Sabtu lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, imej Mohd. Azri kelihatan pada rakaman televisyen litar tertutup premis berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
"Polis telah menemui semula sebuah kereta mewah bernilai RM400,000 berkenaan di Taman Skudai, Johor pada pukul 1 pagi tadi (semalam).

Rugi RM300,000

Posted: 10 Apr 2013 09:21 PM PDT


ANGGOTA polis mengawasi premis pengirim wang yang dirompak empat lelaki bersenjata parang dan pistol di Seremban semalam.


SEREMBAN - Sebuah syarikat pengiriman wang kerugian RM300,000 selepas dirompak empat lelaki bersenjata parang dan pistol dalam kejadian di Jalan Dato Sheikh Ahmad di sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 4.20 petang itu, kumpulan penjenayah terbabit datang ke syarikat tersebut dengan menunggang tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran premis.
Jurucakap polis berkata, empat suspek yang membawa beberapa bilah parang dan sepucuk pistol kemudian meluru ke dalam premis yang ketika itu tiada pelanggan dan mengacu pistol ke arah seorang pengawal keselamatan.
"Ketika kejadian, tiga lagi suspek mengarahkan empat pekerja yang sedang bertugas supaya diam dan meminta mereka mengisi wang berjumlah RM300,00 ke dalam sebuah beg.

Beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir

Posted: 10 Apr 2013 09:18 PM PDT


BANYAK kenderaan di Jalan Kia Peng tenggelam akibat banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hujan lebat selama lima jam yang melanda Lembah Klang petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat.
Antara kawasan yang ditenggelami air ialah Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Lebuh Raya Persekutuan, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Kia Peng, Jalan Kuching dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujan lebat yang bermula pukul 5.30 petang hingga pukul 9.30 malam itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.
"Beberapa buah kereta di satu tempat letak kenderaan di Jalan Kia Peng ditenggelami air," kata beliau ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pihaknya turut menerima satu laporan membabitkan pokok tumbang di tempat letak kereta Masjid Negara. Anggota bomba serta petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dihantar melakukan kerja-kerja mengalihkan pokok berkenaan.

Rakyat Malaysia mengundi 5 Mei

Posted: 10 Apr 2013 09:17 PM PDT


ABDUL AZIZ (kiri) dan Wan Ahmad bergambar sebelum memulakan Mesyuarat Khas SPR di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ditetapkan pada 20 April ini, manakala hari pengundian pada 5 Mei.
Pengumuman itu bermakna tempoh berkempen pada pilihan raya umum kali ini adalah selama 15 hari, lebih panjang berbanding 13 hari sewaktu PRU-12 tahun 2008.
Bagi kaedah pengundian awal melibatkan petugas-petugas media, anggota keselamatan dan pengundi yang berada di luar negara, tarikh untuk mereka mengundi ditetapkan pada 30 April.
Pengundian awal mula diperkenalkan pada PRU-13 bagi menggantikan undi pos.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tarikh 20 April dan 5 Mei dipilih ekoran ramalan cuaca baik di seluruh negara pada kedua-dua hari tersebut selain tiada sebarang hari perayaan.
"Kita sama-sama berdoa ramalan cuaca yang positif itu menjadi realiti pada dua tarikh penting itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR di sini semalam.
Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.
Ahli panel Mesyuarat Khas SPR lain yang hadir ialah Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar; Datuk Mohammad Ramji Alli; Datuk Dr. P. Manogran; Datuk Christopher Wan Soo Kee; Datuk Md. Yusop Mansor dan Abdul Aziz Khalidin.
Sebelum Dewan Rakyat dibubarkan pada 3 April lalu, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Maju Sabah (SAPP) (dua) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mempunyai satu kerusi.
Lapan lagi kerusi disandang ahli Parlimen Bebas.
Abdul Aziz menjelaskan, SPR menetapkan tempoh berkempen lebih panjang iaitu selama 15 hari bagi memberi peluang kepada jentera kempen parti-parti politik untuk membuat persediaan serta manfaat untuk pengundi membuat keputusan sebelum memilih calon mereka.
Katanya, SPR juga bertekad menjadikan pilihan raya umum ini yang terbaik dalam sejarah.
Katanya, bagi kelancaran operasi, SPR memperuntukkan RM400 juta untuk mengendalikan PRU-13 dengan melibatkan 234,905 petugas pilihan raya.

Pelajar pekak mengamuk di kolej AS

Posted: 10 Apr 2013 09:13 PM PDT

HELIKOPTER digunakan untuk membawa mangsa serangan Quick ke Hospital Memorial Hermann di Houston, Texas.


CYPRESS, Texas - Seorang pelajar pekak berusia 20 tahun, Dylan Quick menikam 14 orang di kampus Kolej Lone Star Community di sini dalam kejadian yang bermula pukul 11.15 pagi kelmarin.
Pihak berkuasa menyatakan, Quick yang kemudian ditangkap menghadapi tiga dakwaan melakukan serangan di kolej Amerika Syarikat (AS) itu.
Kebanyakan mangsa serangan cedera di muka dan leher. Setakat ini, tiada kematian dalam kejadian itu.
Pihak berkuasa berkata, Quick memberitahu, dia pernah berangan-angan sejak beberapa tahun lalu untuk menikam orang ramai sehingga mati dengan menggunakan pisau lipat.
Quick kemudian ditangkap oleh beberapa rakan pelajarnya selepas mereka bergelut dengannya sebelum ketibaan polis.
Empat orang pelajar yang menangkap Quick ialah Steven Maida, Erik Bertrand, Ryan Ballard dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai James.
Mereka mengejar pelajar tersebut sebelum bertindak menjatuhkan dan menangkapnya.
Kebanyakan mangsa pelajar itu ialah wanita.
Ketika kejadian, ramai pelajar melarikan diri daripada mengelak menjadi mangsa Quick.
Mangsa-mangsa yang cedera kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat.
Motif Quick menikam mangsa itu masih belum diketahui.

Bangkai harimau kumbang dipijak penduduk di Nepal

Posted: 10 Apr 2013 09:12 PM PDT


SEKUMPULAN orang mengusung bangkai haiwan itu.


GOTHATAR, Nepal - Sekumpulan penduduk yang berang memijak bangkai seekor harimau bintang yang mati ditembak polis di sini semalam.
Mereka memijak bangkai tersebut kerana haiwan tersebut sebelum ini berkeliaran sehingga menyebabkan penduduk hidup dalam ketakutan.
Menurut laporan, seramai 15 orang cedera termasuk tiga anggota polis dan dua pegawai dari Jabatan Perhutanan selepas diserang haiwan itu.
Bangkai haiwan itu juga diarak penduduk yang gembira dengan kematian harimau tersebut.

Korea Utara rancang lancar peluru berpandu

Posted: 10 Apr 2013 09:11 PM PDT


BEBERAPA buah kenderaan berperisai milik tentera Amerika Syarikat digunakan dalam latihan ketenteraan dengan askar-askar Korea Selatan di Yeoncheon, di sempadan Korea Utara semalam.


SEOUL - Korea Selatan semalam menyatakan terdapat kemungkinan besar tentera Korea Utara akan melancarkan sebuah peluru berpandu jarak sederhana pada bila-bila masa.
Beberapa kenderaan pengangkut peluru berpandu dilihat berada di wilayah Hamgyong Selatan di sepanjang pantai timur Korea Utara yang mungkin akan dilancarkan.
Ketua Pemerintah Tentera Amerika Syarikat (AS) di Pasifik, Laksamana Samuel Locklear menyatakan, pihaknya percaya Korea Utara telah memindahkan sejumlah peluru berpandu Musudan ke pantai timurnya.
Peluru berpandu Musudan itu mampu bergerak sejauh 3,500 kilometer dan sekali gus mengancam Pulau Guam yang mempunyai pangkalan tentera AS di Lautan Pasifik.
Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-se memberitahu Parlimen, Korea Utara mungkin melancarkan sebuah perluru berpandu Musudan selepas meneliti maklumat perisikan yang diperoleh pihaknya dan AS.
Para pengendali syarikat pelancongan China juga telah menghentikan lawatan ke Korea Utara selepas ketegangan meningkat di Semenanjung Korea.
Kelmarin, Korea Utara meminta warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana perang nuklear semakin hampir.
Ancaman itu dibuat selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.
Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara melakukan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.

Rangka tulang gajah purba ditemui

Posted: 10 Apr 2013 09:09 PM PDT


SEKUMPULAN ahli arkeologi memeriksa rangka tulang gajah itu.


BANDAR RAYA MEXICO - Rangka tulang seekor gajah purba ditemui oleh sekumpulan ahli arkeologi tertanam di Milpa Alta di sini pada awal bulan ini.
Menurut beberapa pegawai Institut Kebangsaan Antropologi dan Sejarah Mexico, rangka gajah tersebut dianggarkan berusia lebih 10,000 tahun.
Ketika masih hidup, gajah tersebut mungkin seberat 10 tan dan setinggi tiga meter.

Lohan marah ditanya tentang masalah ketagihannya

Posted: 10 Apr 2013 09:08 PM PDT


LOHAN dikerumuni jurugambar semasa dia tiba untuk diwawancara oleh Letterman di New York kelmarin.


NEW YORK - Aktres bermasalah, Lindsay Lohan kelihatan marah apabila dia ditanya oleh pengacara terkenal, David Letterman berhubung masalah ketagihan yang dihadapinya, lapor akhbar The Sun semalam.
Lohan muncul dalam rancangan perbualan popular, Late Show With David Letterman ketika dia ditanya soalan tersebut kelmarin.
Lohan kelihatan tidak selesa dan terkejut dengan beberapa pertanyaan berhubung program pemulihan yang akan diikutinya pada awal bulan depan.
Aktres itu yang berusia 26 tahun diarah oleh hakim sebuah mahkamah untuk menjalani hukuman mengikuti program pemulihan selama 90 hari.
Dia diarah untuk memasuki sebuah pusat pemulihan sebagai sebahagian daripada satu perjanjian kes jenayah selepas aktres itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Lohan sebelum ini terkenal dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines