Sabtu, 31 Januari 2015

Pelajar Tahun 6 Dirogol Datuk


SELANDAR - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba merahsiakan dia dirogol akhirnya terbongkar apabila dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapat rawatan lanjut semalam.

Difahamkan sebelum kejadian mangsa yang bakal menghadapi  peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini mengadu mengalami sakit perut ketika di sekolah sebelum pihak sekolah membawanya untuk mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Selandar.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu kelmarin.

Menurutnya dalam laporan itu, mangsa yang berusia 12 mendakwa dirogol seorang lelaki berusia 63 tahun yang dikenali sebagai datuk tiri mangsa.

“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesahkan mangsa disahkan mengandung 7 bulan,” katanya.

Hasil daripada laporan itu polis menahan seorang warga emas di kediamannya di Selandar pada hari sama laporan diterima. -SH

Jumaat, 23 Januari 2015

Rogol Isteri Kawan


PUTRAJAYA - Seorang pekerja rencam akan meringkuk dan menghabiskan hidupnya dalam penjara sehingga usia tua atas dua tuduhan merogol dan meliwat isteri kawannya.

Azhar Che San, 43, gagal dalam rayuan terakhirnya apabila Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan untuk mengurangkan hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan yang dijatuhi oleh Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Zawawi Mohd Salleh yang mempengerusikan panel tiga anggota berkata walaupun perayu (Azhar) akan dibebaskan dari penjara semasa usia 81 tahun, mahkamah tidak mempunyai kecenderungan untuk mengurangkan hukuman penjara disebabkan fakta kes.

Beliau berkata hukuman penjara 38 tahun dan 24 kali sebatan adalah setimpal dengan jenayah yang telah dilakukannya.

Panel Mahkamah Agung yang turut bersidang iaitu Hakim Ong Lam Kiat dan Datuk P. Nalini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan setiap satu bagi dua pertuduhan merogol seorang wanita berumur 46 tahun dan penjara 20 tahun dan lapan sebatan kerana meliwat mangsa.  

Pada 17 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Taiping, Perak, memerintahkan Azhar menjalani dahulu hukuman penjara 18 tahun bagi pertuduhan pertama dan mula menjalani hukuman bagi pertuduhan kedua dan ketiga selepas selesai menjalani hukuman penjara yang pertama.

Hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak.

Azhar mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan di Mahkamah Sesyen di Taiping dan dijatuhi hukuman penjara sejumlah 54 tahun bagi ketiga-tiga pertuduhan dan 36 sebatan tetapi Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman kepada 38 tahun dan 24 sebatan.

Mengikut fakta kes, pada 4 Mei, tahun lepas pukul 6 petang, Azhar pergi ke rumah mangsa dan memberitahunya bahawa suami (mangsa) sakit dan mahu membawanya bertemu dengan suaminya.

Sebaliknya, dia membawa mangsa ke sebuah pondok dalam hutan di daerah Larut Matang di Perak sebelum merogol dan meliwatnya.  

Fakta kes itu juga menyatakan bahawa mangsa, yang menderita kesakitan, melawan dan cuba melarikan diri ke kawasan bukit tetapi terjatuh. Dia kemudian  berulang kali dipukul, ditendang dan ditolak jatuh dari bukit. Dia kemudian dicekik dan ditarik rambut.

Tertuduh kemudian menarik mangsa kembali ke pondok itu dan menyuruhnya  minum minuman dalam tin yang disyaki alkohol. Dia kemudian merogolnya sekali lagi.  

Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, ia (Mahkamah Rayuan) dapat menghantar mesej jelas kepada orang ramai bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang melakukan jenayah seksual.

Peguam Varpal Singh berhujah bahawa jika hukuman penjara dikekalkan, anak guamnya mungkin tidak berpeluang keluar penjara.  - Bernama

Lepas Rogol Tinggal Mangsa Tepi Jalan


KUALA TERENGGANU - Tindakan berani seorang remaja perempuan berjumpa dengan kenalan lelaki yang hanya dikenali melalui telefon berakhir detik hitam apabila dia dirogol, dalam kejadian Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 14 tahun itu bernasib baik apabila diselamatkan seorang lelaki yang menjumpainya ketika dia ditinggalkan di tepi jalan di Merchang, Marang oleh suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, lebih kurang jam 6.30 petang di Kampung Gong Tok Nasek, mangsa didatangi seorang lelaki yang hanya dikenali melalui telefon dan gadis itu bersetuju mengikut lelaki terbabit.

“Lelaki berkenaan membawa mangsa ke sebuah rumah dan telah menyerahkan mangsa kepada seorang lagi lelaki tidak dikenali yang sedia menunggu di rumah itu.

“Lelaki kedua itu setuju untuk menghantar mangsa pulang, namun dia hanya meninggalkan mangsa di tepi jalan dan mangsa mendakwa tidak mengetahui lokasi tersebut,” katanya.

Wan Abd Aziz berkata, dalam keadaan terpinga-pinga, mangsa terserempak dengan seorang lagi lelaki tidak dikenali, sebelum dibawa ke sebuah rumah di Merchang, Marang dan ditinggalkan di dalam rumah tersebut bersendirian.

“Beberapa minit kemudian, datang tiga lagi lelaki tidak dikenali dan dipercayai salah seorang daripada mereka merupakan tuan rumah,” katanya.

Jelasnya, mangsa yang ditinggalkan di dalam salah sebuah bilik di rumah itu kemudian dihampiri salah seorang daripada mereka, sebelum memaksa mangsa melakukan hubungan seks.

“Namun, mangsa cuba melawan, menyebabkan suspek bertindak lebih kasar dengan mengambil sebilah pisau dan mengacukan ke lehernya sebelum merogol mangsa.

“Selepas dirogol, mangsa dibawa keluar dari rumah itu oleh suspek dan ditinggalkan di tepi jalan di lokasi yang agak sunyi,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila terserempak dengan seorang lelaki ketika sedang berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya.

“Lelaki itu membawa mangsa pulang ke rumahnya terlebih dahulu untuk diberi makan kerana keadaannya yang begitu letih dan tidak bermaya.

“Beberapa jam kemudian, barulah mangsa dihantar pulang oleh bapa saudara lelaki tersebut,” katanya.

Di rumah, selepas menceritakan kejadian itu kepada keluarganya, mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk rawatan.

Keputusan perubatan mengesahkan mangsa dirogol dan suspek masih diburu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - SH


Ahad, 11 Januari 2015

Video Gambar Aksi Gadis Melayu Di Konsert KPOP

Gadis Melayu berpeluk bercium dengan Artis KPOP atas pentas semasa konsert KPOP.














VIDEO Gadis Melayu Berpeluk Dan Dercium 
Dengan Artis KPOP








Jumaat, 9 Januari 2015

Mangsa Khalwat Dirogol



SABAK BERNAM 8 Jan. - Hasrat sepasang kekasih yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di sini yang mahu memadu kasih di dalam sebuah kereta, bukan saja tidak kesampaian malah pasangan perempuan itu dirogol seorang lelaki lain.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam Ahad lalu apabila kedua-dua pelajar itu meletakkan kereta mereka di satu kawasan gelap di sini.

Ketika sedang leka bercumbu dan dalam keadaan separuh bogel, mereka didatangi oleh suspek berusia 23 tahun yang memandu kereta jenis Honda.

Suspek telah mengarahkan kedua-duanya berbogel dan merakamkan gambar mereka selain turut merampas telefon bimbit.

Disebabkan panik dan ketakutan, kedua-dua pelajar yang berusia 20 tahun itu hanya menurut arahan suspek.

Suspek kemudian mengugut mahu menyebarkan gambar lucah terbabit dan mengarahkan pelajar perempuan itu berjumpa semula dengannya di kedai makan.

Mangsa yang takut gambar lucah dia bersama teman lelaki tersebar kemudian memberikan alamat rumah sewanya kepada suspek sebelum lelaki itu datang menjemputnya kemudian.

Suspek seterusnya membawa mangsa ke sebuah kedai makan di Kuala Selangor dan kemudian ke sebuah hotel di Sekinchan pada kira-kira pukul 2.30 pagi.

Dia kemudian mengarahkan mangsa mengurut badannya sebelum bertindak merogolnya di dalam bilik hotel berkenaan.

Mangsa selepas itu dihantar pulang ke rumah sewanya oleh suspek dan dipulangkan telefon bimbit.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamad Khalid Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam sehari selepas kejadian manakala suspek ditahan pada 6 Januari lalu di rumahnya di Sungai Air Tawar.

“Polis menahan reman suspek sehingga 13 Januari ini dan kes disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” ujarnya

Selasa, 6 Januari 2015

Tanda Pada Sikap Isteri Curang


Biasanya tiada siapa pun yang akan mengaku curang... kecuali kalau dah kantoi ketika dalam pelukan seseorang. Walau bagaimanapun, ciri-ciri atau tanda pada sikap pelaku curang khasnya wanita boleh dikesan. Antaranya;

1.Dia selalu berasa emosi dengan anda/perkara kecil pun anda menjadi pergaduhan
2.Dia membeli seluardalam/bra atau baju baru
3.Dia memulakan membuat E-mail baru tanpa pengetahuan anda
4.Dia sering keluar bersama rakan-rakan wanita untuk beberapa jam
5.Dia mempunyai pil pencegahan keluarga/pil perancang
6.Dia mula menyimpan nombor telefon dan telefon yang di akaunkan kepada nama syarikat/tanpa pengetahuan anda
7.Dia kehilangan cincin perkahwinan/cincin perkahwinan berpindah dari kiri ke kanan atau sebaliknya
8.Dia memadamkan mesej atau daftar setiap panggilan/ memadamkan setiap mesej di peti e-mail
9.Dia sering mencurigai anda contoh:memeriksa email atau telefon anda seperti mana yang dia lakukan dibelakang anda
10.Dia akan mengatakan “macam mana kalau saya sudah mati”
11.Dia mengeluarkan barangan mainan anak-anak daripada kereta
12.Dia mendapat calar kecil dibahagian leher atau belakang
13.Dia berhenti melakukan hubungan badan buat tempoh yang lama
14.Dia tidak ingin anda melihat tubuhnya dalam tempoh seminggu atau lebih/kerana mungkin ada kesan tanda merah ditubuhnya(love bite)
15.Dia memulakan pergaduhan dan pergi keluar untuk membeli belah
16.Dia membenarkan anda keluar dan anda boleh balik rumah pada lewat petang
17.Dia mengambil cuti kerja tanpa pengetahuan anda
18.Dia menunjukan reaksi kurang selesa dengan anda
19.Dia mengambil lebih banyak masa dengan komputer atau handset daripada anda/termasuk apabila anda sudah tidur
20.Dia keluar rumah bila tengah malam/semasa anda tiada dirumah
21.Dia menyimpan barangan kecil yang anda tidak pernah belikan atau yang dia pernah beli dan tunjukan kepada anda
22.Dia lebih banyak mendiamkan diri dan termenung bila anda perhatikan dan memarahi anda bila menegurnya
23.Apabila suami menyambut telefon milik isteri yang tertera nama wanita tetapi talian ditutup oleh pendail.
24.Dia mengatakan ada yang tidak kena pada dirinya/tidak berasa sehat dan masuk tidur(perbuatan yang kerap)
25.Dia menyambut telefon dan berpura-pura rakan wanita yang menghubungi kemudian bercerita dengan nada suara yang lembut
26.Dia mula membandingkan anda dengan orang lain
27.Dia sering menceritakan rakan sekerjanya (lelaki) kepada anda
28.Akhir-akhir ini anda sukar membawanya untuk keluar makan tengahari sewaktu rehat/alasan sibuk
29.Dia melarang anda membuka email atau facebook nya dengan alasan terlalu peribadi
30.Keadaan suasana rumah tidak teratur/barang-barang tidak berkemas/tidak mengemas rumah
31.Dia kurang berminat aktiviti bersama anak-anak/beriadah dan sebagainya
32.Dia akan menolak pelawaan jika anda membawanya ke pusat membeli-belah/tempat biasa kamu pergi bersama dengan beberapa alasan
33.Dia akan membawa beberapa helai seluar dalam di dalam beg tangan
34.Dia keluar rumah harum semerbak bagai bidadari namun pulang kerumah seperti pekerja binaan banggunan(contoh)
35.Dia sering bertanya adakah anda ada teman wanita/curiga
36.Dia sering bertanyakan alamat-alamat tempat tinggal kawan anda/untuk kemudahan untuknya dating dengan kekasihnya
37.Dia mula berminat dengan muzik-muzik yang memang anda tahu dia tidak meminati muzik itu
38.Dia mula berminat mengenai bola sepak tetapi berlainan kelab dengan anda/sebagai contoh: anda meminati manchester united dan isteri anda dengan tiba-tiba meminati pasukan chelsea( ada kemungkinan )
39.Dia tidak ingin anda membasuh baju-baju/pakaian miliknya
40.Anda menghidu wangian lain di pakaian isteri selain wangian miliknya atau milik anda
41.Dia akan memarahi/sangat marah sentuhan daripada anda dan dia mengatakan anda miang dan dia tidak selesa
42.Dia mula bekerja lebih masa namun tiada bayaran masuk kedalam akaun gajinya/anda diminta merekodkan tarikh tersebut tanpa pengetahuannya dan cuba bertanya bila waktu dia buat kerja lebih masa (anda berpura-pura lupa)
43.Anda terserempak dia dirumah dimana hari yang sepatutnya dia bekerja
44.Dia sering hilang tumpuan ketika berbicara dengan anda
45.Dia akan mengubah setiap perangai orang dirumah dengan tiba-tiba
46.Dia akan menunjukan minat kepada benda pelik-pelik yang selama ini anda tidak tahu
47.Dia akan mengeluarkan loghat yang lain ketika berkata-kata/maksud:cara dia bercakap
48.Dengan secara tidak sengaja dia memanggil anda “sayang” & “darling” padahal selama ini dia memanggil anda abah, abang atau nama/termasuk ketika membuat hubungan badan
49.Anda terjumpa CD lagu penyanyi lelaki dalam simpanannya
50.Ada beberapa kesan lipstik melekat pada tisu muka di dalam beg tangan/dalam jumlah lebih dari 3/dia akan menyapu bekas lipstik untuk membuat ciuman
51.Anda merasa curiga dan menyergahnya di depan pintu rumah/apabila isteri balik dalam keadaan mencurigakan dan tangan si isteri akan bergetar-getar ketakutan apabila anda memegang tangannya
52.Apabila isteri anda pulang kerumah anda memeluk dan cuba menghidu bau badan isteri/periksa kalau ada bau yang pelik atau wangian lain sebelum si isteri pergi mandi/jika dia marah? confirm ada jantan lain
53.Dia akan tidur berasingan/ membelakangkan anda / tidak memeluk anda seperti biasa
54.Dia tidak melayani anda dengan baik tetapi sering menyanyikan lagu-lagu cinta
55.Pada hujung minggu dia asyik membawa anda bertengkar namun bila hari esok dimana hari bekerja dia kelihatan ceria dan semangat pergi ke tempat kerja
56.Dia asyik bercakap tidak mahu anak lagi/tidak mahu mengandung
57.Apabila dia tahu mengandung dia cepat-cepat ingin gugurkan kandungan/dengan alasan belum bersedia mahu anak lagi
58.Anda merasa pelik isteri datang haid pada hari yang bukan sepatutnya/kemungkinan dia menggurkan anak itu dan tidak mahu anda tahu milik siapa anak itu.(mungkin si isteri tidak dapat memastikan siapa ayah bayi itu anda atau kekasihnya)
59.Dia akan tergesa-gesa menutup komputer dirumah apabila mengetahui anda tiba-tiba pulang
60.Dia mula mengubah suai dirinya dengan baju baru dan mencantikan diri namun masih melayan anda dengan buruk
61.Anda memeriksa hutang kad kredit isteri berlambak namun barangan yang dibawa pulang tidak sama nilai dengan yang ada
62.Anda memeriksa beg tangan/dompet isteri dan terjumpa bil pembelian dari kedai/shoping mall dimana tarikh dan masa dimana isteri patut pergi bekerja,kerja lebih masa atau kerja dihujung minggu./anda di nasihatkan merekod hari dimana isteri anda kerja lebih masa
63.Anda terjumpa BIL/CEK “HOTEL/RUMAH PENGINAPAN” dalam beg tangan , dompet atau dimana sahaja termasuk dalam pakaian
64.Anda terjumpa kepingan kertas atau bil pembelian yang tertera “no telefon, email atau alamat /walau nama wanita sekalipun di atas kertas itu Anda mestilah siasat perkara itu
65.Ketika dia asyik bermain komputer tidak salah jika anda cuba mematikan suis elektrik utama.Lihat reaksinya, adakah dia akan panik? jika ada masa dan peluang anda boleh menyerbu komputer itu dan periksa apa yang dilawati oleh si isteri
66.Dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda
67.Dia akan menyimpan set pakaian yang cantik-cantik , barang kemas yang berasingan daripada pakaian dan barang kemasnya yang lain
68.Dia akan menyusun set pakaian, alat solekan, barang kemas , kasut dan lain-lain lagi termasuk beg tangan , jam atau seluar dalam mengikut kedudukan yang teratur mengikut hari apa yang dia akan gunakan.Mengenai ini anda harus memerhatikan susunan tersebut dengan teliti dan merekod kan setiap susunan tersebut.Jika anda dapati salah satu pakaian itu tiada dalam susunan dan anda tidak melihat pakaian tersebut digunakan oleh isteri anda mahupun telah di cuci memang sah pakaian atau benda itu dia gunakan untuk berjumpa seseorang.Biasanya, perempuan ini sangat cerewet tentang harta benda miliknya dan jika di pinjam dia akan memberitahu anda atau melenting seorang diri.
69.Dia akan segera mencuci seluar dalam apabila pulang dari kerja atau baru pulang dari keluar rumah yang pada biasanya memang jarang orang mencuci seluar dalam setibanya pulang ke rumah.(datang haid 100% dikecualikan)
70.Dia akan berhubung melalui sms atau telefon didalam tandas dan tahap bunyi telefon akan di padamkan
71.Dia akan menghubungi kekasihnya apabila anak-anak atau anda sudah nyenyak tidur(anda mungkin tengah berdengkur).Jika dia terdesak kerana anda belum tidur dia akan memberi *Ehem* semua suami tentu paham kan.(nafkah batin lah)
72.Dia akan mula bersubahat dengan rakan wanita kononnya meminta izin untuk membawa dirinya keluar
73. Reaksi marah atau takut jelas kelihatan pada wajahnya apabila anda menceritakan tentang kes lelaki dipukul atau dibunuh kerana main dengan bini orang.
74. Nama teman skandalnya dalam handfone nya akan ditukar dengan nama perempuan. Contohnya jika nama skandalnya Husni dia akan setkan nama Husni sebagai ani.

Semua tanda-tanda diatas ada pada isteri anda? Sabar-sabar jangan cepat melatah... semua tanda-tanda tersebut hanyalah ramalan semata-mata.. :)

Dengan Siapa Mungkin Isteri Anda Curang


Seperti mana yang kita ketahui, di dada akhbar banyak kes-kes curang dikalangan isteri orang. Persoalannya dengan siapa mereka bermadu kasih? Dan dimana bermula atau tempat kecurangan mereka? Dibawah adalah jawapannya berdasarkan kes-kes di Malaysia.

1.Melalui rakan sekerja.
Ini lebih memudahkan kepada si isteri kerana,rakan sekerja telah mengenalinya dan memahami situasi dirinya bila waktu yang paling sesuai membuat temujanji ataupun membuat panggilan telefon dan sms.

Kenapa harus rakan sekerja dan penyebab?

  • Jika isteri sering menceritakan hal peribadi terlalu kerap kepada rakan sekerja (lelaki) dan tidak mustahil rakan sekerjanya itu akan mengambil kesempatan terhadap dirinya.



  • Bujang dan bergaya dan isteri anda jatuh hati.



  • Rakan sekerjanya lebih mengambil perhatian terhadap dirinya dari anda.



  • Bila anda berjauhan terutama sekali anda bertugas jauh dan terlalu lama.(3 minggu atau lebih)



  • Bila isteri anda melakukan kursus atau kerja dalam atau luar negeri(untuk ketegori ini, anda perlu menyemak jadual kerja isteri dan nama lelaki yang sering ditugaskan bersama .Jika ada, anda haruslah menyiasat perkara tersebut).



  • Kawan daripada rakan sekerja.



  • Pegawai atasan ataupun bos.



  • Bila suami/isteri salah seorang berkerja dengan jadual shit, atau kedua-duanya bekerja dengan jadual shift.



  • Orang yang bekerjaya (ahli perniagaan)



  • Isteri yang bekerja di kelab malam atau pusat karaoke


2.Dengan kekasih lama.(mungkin tidak mustahil jika anda pernah mengetahui isteri anda pernah menyayangi kekasih lamanya dulu)

3.Kenalan baru di tempat awam .(contoh gym, perpustakaan,komplex membeli belah, stesen bas atau dimana-mana sahaja)

4. Teman siber melalui facebook, twitter, wechat, whatsapp, skype dan sebagainya

5. Jika hidup berpoligami namun layanan yang diberikan tidak adil dengan isteri-isteri yang lain

Sabtu, 3 Januari 2015

7 Remaja Dicekup Malam Tahun Baharu


ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.

Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.

Difahamkan, mereka juga  membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.

Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.

"Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.

"Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya.

Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah.

"Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.

"Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya.

Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.

Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan. -SH


Isteri Orang Dicekup Malam Tahun Baharu


”Kami datang hanya untuk berseronok sempena malam tahun baharu,” kata seorang remaja yang ditahan bersama pasangannya ketika serbuan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) di sebuah hotel bajet di Jawi dalam Operasi Mencegah Maksiat Sempena Tahun Baharu 2015 semalam.

Remaja berkenaan yang juga merupakan penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) sanggup datang dari Melaka semata-mata untuk bertemu dengan kekasihnya di sini.

Akhirnya, niat remaja ini untuk berhibur bagi menyambut tahun baharu tidak kesampaian apabila bilik hotel bajet yang disewa di Berapit diserbu dalam operasi ini.

Gadis yang berusia awal 20-an ini merupakan antara 18 individu ditahan dalam operasi yang diadakan.




Enggan buka pintu bilik

Ketua Unit Operasi dan Penguatkuasaan JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, operasi yang bermula pada jam 2.30 pagi dan berakhir jam 6 pagi semalam melibatkan pemeriksaan di beberapa hotel bajet di daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Dalam operasi ini, pihak kami turut mendapat bantuan daripada anggota dari Cawangan Pencegahan Khas Angkatan Tentera Malaysia dan ketika operasi dijalankan ada juga beberapa pasangan yang enggan membuka pintu bilik dan memberikan kerjasama yang sepatutnya.

“Kebanyakan pasangan yang diperiksa memberikan pelbagai alasan untuk mengelakkan dicekup anggota penguatkuasa namun, tidak berhasil kerana gagal menunjukkan sijil pernikahan,” katanya kepada Sinar Harian.


Isteri orang antara ditahan

Dalam pada itu, serbuan yang dijalankan juga berjaya menahan seorang wanita yang merupakan isteri orang, kakitangan kerajaan, kakitangan swasta dan bekas pelajar yang masih bujang serta seorang duda.

“Secara tidak langsung dengan adanya operasi ini mampu mengekang gejala maksiat dalam kalangan masyarakat.

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Utara untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pulau Pinang 1996,” katanya.

Katanya, jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines