Selasa, 30 April 2013

MummyNemo

MummyNemo


3 Cara Isteri Semakin Sayang Pada Anda

Posted: 30 Apr 2013 01:00 AM PDT

Cara pertama : Menjadi seorang pendengar yang baik Isteri akan mula pandang serong atau mula berjauhan dengan anda jika anda tidak mampu untuk jadi pendengar dia yang setia. Wanita memang sentiasa suka cakap banyak. Ada sahaja cerita yang mereka ingin sampaikan sama ada mengenai hal keluarga, kerja atau hal peribadi. Jika anda tidak dengar, dia [...]

Tips Pengantin: Cara Melakukan Seks Di Malam Pertama

Posted: 30 Apr 2013 12:00 AM PDT

Tips ini sangat sesuai digunakan pada malam pertama. Pada malam pertama, lebih-lebih lagi untuk melakukan persetubuhan dengan pasangan isteri yang masih dara merupakan suatu cabaran yang terpaksa ditempuh dengan sabar oleh pasangan pengantin. Persetubuhan yang dimaksudkan untuk memecah dara perlu dilakukan dengan lemah lembut dan bertimbangrasa. Ini akan menolong meminimakan rasa kesakitan isteri sewaktu dara [...]

Harga Emas Terus Menjunam Jatuh

Posted: 29 Apr 2013 11:00 PM PDT

 Sekarang adalah masa sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April lalu. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, sekarang dengan harga merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua terutama pembeli baru yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta. Pada 15 April [...]

Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia 2013: Lee Chong Wei Tarik Diri

Posted: 29 Apr 2013 10:00 PM PDT

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengesahkan pemain perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, tidak akan menyertai Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Malaysia yang bermula di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, esok. Setiausaha BAM Ng Chin Chai berkata Chong Wei menghubungi beliau pagi tadi untuk memaklumkan penarikan diri daripada kejohanan tersebut ekoran [...]

Gambar Kekasih Fouziah Gous Dan Bakal Berkahwin

Posted: 29 Apr 2013 09:00 PM PDT

JIKA sebelum ini dia menafikan gosip yang mengatakan dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar VIP, kali ini pelakon Fouziah Gous mendedahkan status sebenar dirinya yang kini sudah pun bergelar kekasih kepada seseorang. Bukan itu sahaja, pelakon cantik itu turut memberitahu dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa yang terdekat. "Sebelum ini kami hanya [...]

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Natasha Hudson

Posted: 29 Apr 2013 10:40 PM PDT

Akhirnya pelakon Natasha Hudson memetik portal Murai semalam yang dia sudah memberikan wajah sebenar anak keduanya melalui laman sosial Instagram dengan memberi nama Naeema Taqiyyah.

Naeema yang lahir pada 22 April tahun ini merupakan anak hasil daripada perkahwinan yang ke-2 Natasha dengan Khalid Kamal pada April tahun lalu.

Zul Arifin Dengan Kekasihnya, Gayatri Su-Lin

Posted: 29 Apr 2013 10:00 PM PDT


Baru-baru ni Zul Arifin ada pergi sebuah majlis. Majlis tu tak pasti majlis apa, macam sepertinya majlis untuk orang India. Namun yang menjadi persoalan, kedatangan Zul bukan seorang diri tapi ditemani kekasihnya, Gayatri Su-Lin seorang pengarah drama/filem.

Memang kacak sungguh Zul ni, siap berpakaian rasmi orang India.


bersama Amisha Patel

Norman KRU vs Faizal Tahir

Posted: 29 Apr 2013 11:14 PM PDT


Inilah ragam politik negara kita. Bila artis bersuara di laman sosial, ada juga sebilangan artis yang menemplak dengan membalasnya terutama laman sosial service Twitter.

Terbaru isu Norman KRU yang mengandaikan jika PAS memerintah melalui laman Twitter, industri hiburan akan merundum jatuh dan tidak seperti yang dijangkakan naik memandangkan studio bernilai jutaan ringgit itu hampir tidak lama lagi siap.

Namun kenyataan ini dibidas oleh Faizal Tahir juga memlalui laman sosial Twitter, dengan mengandaikan rezeki itu semua datang dari Allah, sebagai orang Islam anda harus mempercayai Qada dan Qadar Allah. -gambar Forum Cari


Fouziah Gous Berhasrat Kahwin Tahun ini!

Posted: 29 Apr 2013 07:25 PM PDT


Inilah artis contoh, tak payah main sorok-sorok sembunyikan siapa kekasih hati sebenar. Fouziah Gous yang berani memuatnaik gambar dia dengan seorang jejaka mengakui jejaka berkenaan adalah kekasih hatinya. Malah berhasrat ingin bernikah secepat yang mungkin yakni kemungkinan tahun ini.
"Sebelum ini kami hanya kawan dan turut menjalankan perniagaan sarang burung bersama tapi tanpa disedari hubungan itu berlanjutan sehingga ke tahap ini.

"Ciri-ciri suami yang saya bayangkan memang ada pada dirinya. Insya-ALLAH, jika semua berjalan dengan baik kami akan berkahwin dalam tahun ini juga," -Fouziah. -Sinarharian

Ammar Tuduh Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof!

Posted: 29 Apr 2013 06:18 PM PDT

Kecoh semalam apabila bekas kekasih Puteri Sarah, Ammar Alfian menuduh Puteri Sarah ada menjalinkan hubungan mesra dengan anak jutawan Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof.

Tidak diketahui kenapa Ammar bertindak sedemikian menyebarkan gosip yang tidak tahu kesahihan empunya tuan badan, Puteri Sarah. Namun salah satu sebab penting penyebaran gosip ini melalui sumber adalah kerana Puteri sering memburukan Amar ketika sidang media dan di set pengambaraan.
"Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.

"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. Saya dah lali dengan perangai dia kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.

"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa," -Ammar.
Dan ini pula komen Puteri melalui portal GUA..
"Saya dah 'move on'. Dia pun dah ada teman wanita. Saya dah malas nak fikir mengenai perkara yang keluar dari mulut dia tentang saya

"Saya dah penat dengan semua ini. Dia ada bukti ke nak tuduh saya bercinta dengan Shamsul? Apa yang dia buat ni merupakan satu tindakan yang tidak matang

"Apa yang lepas tu, lepas. Saya tak mahu cakap panjang lebar kerana perkara ini tak akan selesai," -kata Puteri

Media Malaya

Media Malaya

Link to Media Malaya

Super Sedih: Anjing bernama Wiley sebak pemergian nenek tuannya

Posted: 29 Apr 2013 06:30 PM PDT

Menurut tuan punya video ini, ketika mereka melawati kubur nenek mereka, anjing mereka yang bernama Wiley ini telah baring di atas kubur nenek mereka dalam keadaan sebak. Agak ramai juga komentar jahat yang melontarkan beberapa fakta sendiri seperti anjing itu nazak dan ada pula mengatakan anjing itu melakukan “reverse sneezing”. Namun menurut tuannya, Wiley tidak pernah berkelakuan seperti ini sebelum ini. Video penuh selepas ini.

Puteri Sarah bercinta dengan Syamsul Yusof, kata bekas kekasih

Posted: 29 Apr 2013 05:30 PM PDT

Melalui laporan akhbar di mStar Online semalam, bekas kekasih Puteri Sarah Liyana telah mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular iaitu Syamsul Yusof.

Kenyataannya dipetik, berkata, Ammar (bekas teman lelaki Puteri Sarah) berasa pelik kenapa bekas teman wanitanya itu merahsiakan hubungan percintaan dengan Syamsul sedangkan hubungan mereka sudah terjalin sejak Oktober 2013 malah meminta media bertanyakan Datuk Yusof Haslam berkenaan percintaan anaknya itu.

Bagi pihak Puteri Liyana pula, dia berkata hubungannya dengan Ammar yang terjalin hampir lima tahun itu merupakan suatu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.

Ammar menjelaskan lagi, sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok bekas teman wanitanya itu memburukkan sesiapa termasuk dirinya.

Sumber dipetik: mStar Online

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Ammar Alfian Dedah Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof

Posted: 29 Apr 2013 04:37 AM PDT

Ammar Alfian
PETALING JAYA: Pelakon dan model Ammar Alfian Aziz mendedahkan bekas kekasihnya Puteri Sarah Liyana sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem popular Syamsul Yusof.
Bagaimanapun Ammar, 26, berkata, dia berasa pelik kenapa Puteri Sarah, 28, merahsiakan hubungan itu selain mendakwa dirinya masih solo sedangkan mereka sudah menjalinkan cinta sejak Oktober tahun lalu.
"Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus pada Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak.
"Tanyalah Datuk Yusof Haslam (bapa Syamsul) tentang hubungan mereka dan lihatlah apa jawapannya.
"Saya mendedahkan perkara ini kerana saya sudah bosan apabila dia (Puteri Sarah) sering memburukkan nama saya di media serta krew-krew produksi lain. Adakah itu sikap dia sekarang ini?," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Puteri Sarah dalam sebuah akhbar pada Ahad mendakwa hubungan cintanya dengan Ammar selama hampir lima tahun merupakan satu pembaziran dan dia tidak menyesal dengan perpisahan itu.
Laporan berkenaan turut menyebut Puteri Sarah dilaporkan sedang mengenali isi hati pengarah filem popular selepas mereka digandingkan dalam sebuah drama bersama tetapi ia dinafikan oleh Puteri Sarah.
Syamsul (kiri) dan Puteri Sarah
Beritahu Ammar pula, sepatutnya selepas bertukar imej dengan bertudung, Puteri Sarah tidak wajar menceritakan perihal peribadi selain memburuk-burukkan perhubungan mereka dahulu.
"Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi Islam yang lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya.
"Bagaimanapun saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya.
"Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa. Saya sebelum ini sanggup bekerja keras dan menyimpan duit untuk berkahwin dengannya, tetapi lain pula jadinya.
"Dia tidak nampak apa yang telah saya buat untuknya," ujar Ammar.
Dalam perkembangan lain, Ammar mengakui dia kini sudah pun menjalinkan hubungan cinta baru dengan seorang model yang dikenali dengan nama Shella.
Katanya, dia tidak mahu memandang perkara-perkara yang lepas kerana ingin membina kehidupan dengan wanita yang disayanginya itu selain mahu memberikan tumpuan terhadap kerjanya.
"Benar saya sudah pun mempunyai kekasih baru selepas hubungan saya dan Sarah putus. Hubungan kami masih lagi baru.
"Saya juga akan memulakan kerja-kerja 'modelling' untuk pakaian dalam jenama Renoma tidak lama lagi," katanya.
Selain itu, bakat Ammar bakal disaksikan di TV1 menerusi program Lambaian Pulau di tidak lama lagi.
Dalam pada itu usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Puteri Sarah dan Syamsul tidak kesampaian kerana panggilan telefon tidak dijawab.
Bagaimanapun Yusof Haslam pula mengambil pendekatan enggan memberi sebarang komen mengenai perkara berkenaan.
"Saya membuat keputusan untuk tidak mengulas perkara itu," katanya ringkas.

Fouziah Gous kahwin tahun ini?

Posted: 29 Apr 2013 04:36 AM PDT


Fouziah Gous
Fouziah Gous bersama kekasihnya
JIKA sebelum ini dia menafikan gosip yang mengatakan dirinya sedang menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bergelar VIP, kali ini pelakon Fouziah Gous mendedahkan status sebenar dirinya yang kini sudah pun bergelar kekasih kepada seseorang.
Bukan itu sahaja, pelakon cantik itu turut memberitahu dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa yang terdekat.
"Sebelum ini kami hanya kawan dan turut menjalankan perniagaan sarang burung bersama tapi tanpa disedari hubungan itu berlanjutan sehingga ke tahap ini.

"Ciri-ciri suami yang saya bayangkan memang ada pada dirinya. Insya-ALLAH, jika semua berjalan dengan baik kami akan berkahwin dalam tahun ini juga," ujarnya.

Hazama Terkejut Dituduh Menyinggung Hati Izara Aishah

Posted: 29 Apr 2013 04:35 AM PDT

Hazama
PETALING JAYA: Penyanyi Hazama terkejut dituduh menyinggung perasaan pelakon Izara Aishah sehingga wanita itu membuat keputusan untuk tidak mahu berlakon dengannya bagi mana-mana drama mahupun telefilem.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 29, berkata, khabar angin itu membuatkan dia berasa pelik kerana mereka masing-masing tidak pernah bertegur sapa.
"Rasa nak tergelak apabila membaca khabar angin tentang saya dan Izara. Ya, saya kenal dia sebagai pelakon, tetapi kami tidak pernah bertegur, berbual mahupun berkawan. Bekerjasama dalam satu produksi apatah lagi.
"Cuma saya dapat tahu yang dia pernah menolak tawaran berlakon telefilem Addy Valentino kerana ada saya dan saya tak tahu apakah sebabnya. Tetapi hal itu berlaku pada tahun lepas. Mengapa baru sekarang ia dibangkitkan?
"Bagaimanapun, sekiranya benar gosip mengatakan dia tidak mahu terima mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan saya, ia tidak ada masalah. Saya hormat keputusan itu dan pada masa sama akan tertanya-tanya dalam diri saya apakah puncanya," kata Hazama yang dihubungi mStar Online, di sini pada Ahad.
Izara Aishah
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Izara pernah menolak tawaran menjayakan sebuah telefilem kerana enggan bergandingan dengan Hazama gara-gara penyanyi itu pernah menyinggung perasaannya.
Hazama dikatakan terlepas cakap dan membuatkan Izara kurang senang dengan kelantangan mulut penyanyi itu sehingga membuatkan dia menolak mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan Hazama dalam satu produksi.
Dalam pada itu Hazama yang mula menjinakkan diri di bidang lakonan itu berkata, dia enggan mengambil peduli terhadap gosip yang dianggap remeh itu kerana ia tidak memberikan faedah kepadanya.
"Saya tak tahu siapa yang bawa mulut bercakap tentang perkara ini, lebih baik saya buat tak tahu sahaja.
"Lagipun ia sebuah gosip yang tidak sesuai dengan usia saya yang hampir menginjak 30 tahun ini," selorohnya.
Tambah Hazama sebagai seorang lelaki yang dirasakannya tidak sempurna, dia sering mengelakkan diri daripada mendekati wanita-wanita cantik kerana bimbang dipandang serong oleh segelintir pihak.
"Saya bukannya seorang lelaki yang suka merapatkan diri dengan wanita-wanita cantik. Saya tahu, mungkin ada perangai buruk saya yang orang kurang berkenan, saya tak pasti.
"Mungkin juga saya terlalu lantang membuatkan orang tidak senang, itu pun saya tak pasti. Cuma yang pasti, saya jarang melepak dengan artis daripada bidang lakonan. Dan gosip ini satu benda yang mengarut," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Hazama bakal muncul dengan album baharunya berjudul Penglipur Lara dengan menampilkan sebanyak sembilan buah lagu berkonsepkan Pop Melayu.
Dengan kerjasama komposer Omar K dan Audi Mok, antara lagu yang dimuatkan dalam album itu ialah Semalam, Akhir Cerita, Ulik Mayang serta sebuah lagu ciptaannya sendiri iaitu Dengarlah.

Noniswara Kesal Dituduh Sewel Gara-Gara Kes Cerai

Posted: 29 Apr 2013 04:35 AM PDT

Noniswara mahu menyelesaikan kes penceraiannya secepat mungkin.
PETALING JAYA: Dramatis Noniswara kecewa apabila ada pihak melemparkan kata-kata negatif kononnya dia enggan berpisah dengan suaminya selepas menarik balik permohonan cerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah dekat sini pada 18 April lalu.
Nonis atau nama sebenarnya, Monis Wara Baharudin, 43, berkata, keputusannya itu mengundang persepsi tidak benar sesetengah pihak yang beranggapan dia seperti mahu berbaik-baik dengan suaminya, Datuk Rosman Ridzwan.
"Saya menarik balik tuntutan itu kerana tidak mendapat kerjasama suami untuk bercerai secara baik di mahkamah apabila dia enggan menerima surat saman atau hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes kami.
"Ramai menyangka saya tidak jadi bercerai dan mula melemparkan kata-kata negatif dengan mengatakan saya perempuan 'ting tong', 'sewel' dan 'gila talak'," jelasnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.
Tambah Nonis, dia dan peguamnya, Datuk Amli Embong telah berbincang untuk menuntut penceraian secara fasakh terhadap Rosman bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka yang berlarutan hampir setahun.
"Saya mahu bercerai secara baik dan enggan kisah 'dalam kain' dibongkar di mahkamah tetapi dia enggan memberikan kerjasama dan mengelak daripada menyelesaikan masalah.
Maznah dikaitkan dengan keretakan rumah tangga dramatis itu dengan suaminya.
"Ini jalan yang terpaksa dipilih (tuntutan fasakh)," katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai laporan sebuah akhbar pada Ahad yang mengaitkan pelakon Maznah Zulkifli sebagai orang ketiga kepada keretakan rumah tangganya, Nonis enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Jelasnya, apa yang lebih penting sekarang dia dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan segera dan tidak mahu memikirkan soal lain buat ketika ini.
"Saya tidak mahu mengulas kerana tidak mahu ia menjadi bertambah buruk tambahan pula ia bukan urusan saya. Apa yang penting sekarang kes penceraian saya dapat diselesaikan dengan baik.
"Dengan wanita mana dia (suami) mempunyai hubungan ia tiada kaitan dengan saya," katanya.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Sharnaaz Ahmad Anggap Twitter Boleh Musnahkan Hidup

Posted: 29 Apr 2013 04:34 AM PDT

Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Selepas kontroversi kisah cinta Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad tidak direstui keluarga berakhir, pelakon lelaki itu mengambil langkah tidak lagi aktif menggunakan mana-mana laman sosial Internet.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 28, berkata, dia menyifatkan laman sosial terutamanya seperti Twitter boleh memusnahkan kehidupan seseorang tanpa disedari kerana ia mampu mewujudkan salah faham, pergaduhan dan rasa kecil hati terhadap mana-mana pihak.
"Sekarang ini saya sudah kurangkan penggunaan Twitter di mana saya tidak lagi berkongsi hal-hal peribadi di laman itu, hanya sekadar mempromosikan kerja-kerja saya sahaja.
"Apa yang dilalui sebelum ini saya sudah belajar. Bagi saya, masyarakat sudah menyalahgunakan Twitter dengan menceritakan setiap hal yang berlaku dalam hidup ke laman itu.
"Ia sekali gus memberikan sudut pandangan yang berbeza-beza daripada pihak yang membacanya," kata Sharnaaz kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Tambah Sharnaaz, dia juga tidak mahu berkongsi sebarang cerita mengenai kisah kehidupan peribadinya kepada umum.
Malah ditanya adakah dia menemui pengganti lain selepas Shila, Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu
"Cukuplah, dengan kejadian sebelum ini. Bercakap pun salah, berdiam pun salah.
"Langkah terbaik ialah saya tak mahu cakap fasal hal peribadi lagi. Nanti tempiasnya akan terkena kepada keluarga saya. Kasihanlah mereka," ujarnya yang sedang menjalani penggambaran drama Mira untuk saluran Astro Ria.
Sementara itu, bersempena Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Sharnaaz berkata dia akan pulang ke kampung halamannya di Pulau Pinang untuk mengundi.
"Ini merupakan kali kedua saya mengundi di DUN (Dewan Undangan Negeri) Datuk Keramat, bawah parlimen Jelutong. Ini adalah satu kewajipan kita sebagai rakyat," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan muncul dengan filem Gila Baby arahan Khabir Bhatia dan Mukhlis di TV2.

Yana Samsudin cuti sebulan

Posted: 29 Apr 2013 04:33 AM PDT


Yana Samsudin
Yana Samsudin
AKTRES yang tidak asing lagi dalam lakonan layar perak, Yana Samsudin, memaklumkan dia bakal bercuti selama sebulan untuk berehat.

Menurutnya, keputusan itu di ambil selepas menyedari jadual kariernya yang padat dan telah memberi kesan terhadap kehidupan peribadinya.

"Dalam masa beberapa tahun ini memang saya terlalu sibuk dengan bidang lakonan sehinggakan tidak ada masa untuk diluangkan bersama keluarga, diri sendiri dan teman-teman lain.

"Dalam masa cuti inilah saya boleh menghadiri majlis-majlis tertentu dan beri perhatian terhadap kehidupan saya," katanya.

Yana berkata, peluang bercuti selama sebulan itu akan digunakan untuk bercuti ke luar negara selain menghabiskan masa di kampung halamannya di Yong Peng, Johor.

Daus ceburi bidang perniagaan

Posted: 29 Apr 2013 04:32 AM PDT


Daus
Daus
SEBAGAI persediaan untuk masa hadapan, penyanyi Daus yang merupakan bekas peserta program Akademi Fantasia musim ke-8 kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan menjual pakaian wanita dan kek menerusi label Dania Wardrobe & cake House.

Menurut Daus, perancangan untuk memulakan perniagaan seperti itu sudah lama dirancang tambahan pula sebelum ini dia juga merupakan graduan dalam jurusan perniagaan di Politeknik Kuching, Sarawak.

"Jika dilihat pergerakan karier nyanyian, saya akui ianya sedikit perlahan dan sebab itulah saya buat keputusan untuk wujudkan perniagaan ini.

"Segala ilmu selok-belok perniagaan yang ada saya cuba guna untuk majukan lagi perniagaan ini. Lagi pun jika difikirkan, sampai bila saya bertahan untuk menjadi artis dan harap usaha ini berhasil," katanya.

Ziana Zain tidak lagi amalkan suntikan kolagen

Posted: 29 Apr 2013 04:30 AM PDT

Ziana Zain
Ziana Zain
Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond
Ziana Zain dilantik menjadi duta produk Safi Rania Diamond
MELIHAT raut wajahnya, pasti tiada siapa menyangka usia penyanyi kesayangan ramai ini sudah mencecah ke angka 45 tahun.
Berketerampilan menarik juga antara faktor pelantun lagu Madah Berhelah ini sentiasa kelihatan awet muda.

Di sebalik semua itu, ibu kepada empat cahaya mata ini mengakui dia sebenarnya seorang yang sangat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri.

Atas dasar mahu tampak menawan sentiasa, isteri kepada Armin Zaharin Mohd Zamberi ini pernah membuat pengakuan mengambil suntikan kolagen pada wajahnya suatu ketika dahulu.

Namun, setelah sedar akan kesannya, insan seni yang dikenali sebagai Ziana Zain ini akhirnya membuat keputusan untuk tidak lagi mengamalkan suntikan kolagen tersebut.

"Saya antara wanita yang sangat mengambil berat mengenai kecantikan, apabila usia meningkat, kulit wajah dan bentuk badan kita turut menerima kesan.

"Ketika itu saya mulai risau dan tidak dapat menerima perubahan yang berlaku terhadap diri, jadi saya mencuba pelbagai inisiatif untuk memastikan diri kekal cantik seperti kini," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran duta produk kecantikan Safi Rania Diamond baru-baru ini.

Jelas Ziana, pengambilan suntikan kolagen memang memberi kesan ketara kepada kulit wajahnya.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui kesan jangka panjangnya, saya jadi bimbang dan terus meninggalkannya.

"Walaupun ia mampu membuatkan kulit kita lebih cantik, tegang dan bermaya tetapi jika diambil secara berlebihan ia boleh mengakibatkan penyakit buah pinggang," katanya selesa mengamalkan petua tradisional dalam memelihara kecantikan.

 Tidak salah mencuba

Berkongsi mengenai pelantikannya sebagai duta produk Safi Rania Diamond pula, akui Ziana, produk itu telah memberi nafas baru dari aspek penjagaan kulit wajah kepadanya.

"Apabila dilamar oleh Sari Rania Diamond, memang saya teruja, saya fikir apa salahnya mencuba.

"Lagipun saya memang suka mengkaji perkara atau produk baru yang berkaitan dengan kecantikan," katanya mengambil masa tiga bulan mencuba produk itu sebelum berpuas hati dengan kesannya.

Dalam pada itu, jelas Ziana apa yang penting, produk yang digunakan haruslah memberi kesan untuk jangka masa yang panjang.

"Saya jarang bertukar-tukar produk, biasanya produk yang saya gunakan dalam tempoh yang lama, namun jika merasakan tiada sebarang perubahan pada kulit wajah, saya hanya menukar selepas setahun," kata pengusaha produk kecantikan B.Lift ini.

Di aju pertanyaan, tidakkah penglibatannya sebagai duta Safi Rania Diamond bercanggah dengan produk miliknya itu, kata Ziana, ia tidak memberi sebarang masalah kepadanya.
"Produk Sari Rania Diamond di aplikasi secara luaran, manakala B Lift pula adalah untuk kesihatan dari dalaman," katanya telah mengikat kontrak menjadi duta produk ini selama dua tahun.

 Jangan tua sebelum usia

Dalam pada itu, Ziana sempat berpesan kepada wanita di luar sana supaya peka dengan kecantikan diri.
"Semua ini bukan untuk orang lain, sebaliknya diri kita sendiri. Apabila kekal cantik dengan menggunakan produk yang sesuai, pastinya kita berasa lebih yakin dan selesa untuk tampil di depan khalayak," ujar Ziana jangan terlalu obses terhadap
kecantikan sehingga membahayakan diri sendiri.

Tambah Ziana, jika dahulu dia sukar menerima hakikat melihat perubahan dirinya seiring dengan usia, namun kini dia berbangga kerana mampu kelihatan cantik meskipun umurnya semakin meningkat.

"Bagi saya, biarlah kita menikmati usia tua dengan seadanya, apabila fasa kulit dan badan kita berjalan secara normal, kita akan berasa lebih sihat.

"Hakikatnya, kita tidak boleh mengembalikan kulit wajah dan badan kita semasa masa muda, jadi hanya rawat ia mengikut peredaran masa dengan betul sahaja," katanya asalkan jangan tua sebelum usia.

 Gembira penerimaan suami

Selain Ziana, suaminya Armin turut terlibat dalam pembikinan komersial produk ini.

Menurut Ziana, meskipun bimbang pada awalnya, namun dia gembira apabila suaminya itu menerima lamaran membintangi komersial itu dengan terbuka.

"Ini kali pertama dia terlibat dengan pembikinan iklan yang memerlukan dia bercakap.

"Mula-mula memang risau dia tidak setuju, tetapi bila dia kata 'ok', memang saya terkejut dan gembira sangat," katanya.

Akui Ziana juga, komersial tersebut turut memberi makna kepadanya.

"Sama seperti komersial ini, Armin akan melihat saya setiap hari ketika saya menyambut kepulangannya di rumah.

"Biasanya ketika itulah dia melihat perubahan saya, sama ada bentuk badan, wajah dan sebagainya," katanya mendapat sokongan Armin berkenaan kecantikan diri.

Tambah Ziana, dia juga bertuah kerana Armin tidak pernah memberi tekanan kepadanya meskipun perubahan demi perubahan dialami dari segi bentuk badan dan kulit wajah.

"Selepas saya mengandung, saya mula risau dengan kenaikan berat badan yang mendadak, namun Armin seorang yang rilek dan dia sentiasa memberi kata-kata semangat kepada saya yang saya boleh lakukannya," katanya.

Ziana paling layak

Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Diva Pop itu, pengurus kumpulan produk Safi, Mahsuri Sulaiman berkata, pihaknya telah membuat kaji selidik untuk mendapatkan selebriti paling layak menjadi duta produk ini.
"Dalam kajian yang dijalankan rata-rata respons memihak kepada Ziana, jadi kami sepakat memilih dia," ujar Mahsuri Safi Rania Diamond melengkapkan kembara cantik setiap wanita.

Dalam pada itu, jelas Mahsuri, produk ini disediakan khusus untuk wanita berusia 40-an.

"Formula Nano Diamond DNA technology bukan sahaja mengurangkan kedutan dan garisan halus pada wajah tetapi ia juga merawat, merangsang, mengaktifkan dan menjana pembentukan sel kolagen dan elastin kulit pada kadar dua kali ganda bermula dengan olesan yang pertama," jelasnya Safi Rania Diamond adalah rangkaian produk anti penuaan kedua Safi selepas rangkaian produk anti penuaan Safi Rania Gold dengan rumusan Nano Emas 24k.

Tegas Mahsuri, dia berharap pilihan produk premium ini memperkayakan lagi rejim kecantikan antipenuaan wanita di negara ini.

"Rangkaian premium ini turut dilengkapi dengan lima produk teras yang berfungsi khusus untuk mengembalikan pesona keremajaan kulit," katanya lagi.

Lima rangkaian produk tersebut ialah Skrub Krim Mikrodermabrasion Safi Rania Diamond, Booster Peremajaan Sel Safi Rania Diamond, Serum Rawatan Intensif Safi Rania Diamond, Krim Antipenuaan SPF27PA Safi Rania Diamond dan Krim Regenerasi
Sel Safi Rania Diamond.


Profil
Nama sebenar: Siti Roziana Binti Mohammad Zain
Tarikh Lahir: 2 Mei 1968
 Asal : Kampung Simpang Merlimau, Melaka
Kerjaya: Penyanyi, pelakon, model, duta produk
Karier awal: Pramugari
Tinggi: 5' 3" (1.60 m)
Anak : Muhammad Airil, Siti NurQaseh, Muhammad Aiman dan Muhammad Amar.
Suami: Armin Zaharin Mohd Zamberi
Duta: SlimWorld , Tilam Vono, Nutrimetics, Omega, Avon, Antabax
Drama: Serunding, Cermin Pada Bulan, 4 Diva Sekampung, Tetamu Allah dan Nur Kasih Di Jabal Rahmah
Program realiti: Mentor musim keempat (Mentor 4)
Filem: Sembilu 1 dan 2, Maria Mariana, Merah, Pontianak Menjerit dan Qabil Khushry Qabil Igam, Magika

Wings Rockestra menyengat

Posted: 29 Apr 2013 04:20 AM PDT


KUMPULAN Wings harus menerima pujian yang hebat kerana mampu merealisasikan Wings Rockestra dengan piawaian yang cukup baik.


TIGA bulan persiapan menjelang Konsert Wings Rockestra yang telah membuka tirai persembahan bermula malam Jumaat lalu hingga Selasa ini (30 April), Wings bagaimanapun belum cukup puas dengan pencapaian yang diraih hari ini.
Tempoh 28 tahun menggalas peranan sebagai sebuah band yang memperjuangkan muzik-muzik rock, Wings menyasarkan untuk beraksi di konsert solo berskala besar di stadium pula.
"Sudah pasti impian setiap penyanyi untuk mengadakan konsert sendiri dan Wings mengimpikan untuk membuat konsert di dalam stadium selepas ini.
"Diberikan kepercayaan untuk membuat persembahan di pentas berprestij umpama Istana Budaya menerusi Wings Rockestra sebenarnya sudah cukup membuatkan kami teruja dan berbangga," ujar vokalis Wings, Awie yang ditemui sejurus selepas tamat persembahan pada malam previu khas bersama media, 25 April lalu di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Tambah Awie, dia juga mengimpikan untuk membuat persembahan bersama band dari Amerika Syarikat selepas ini sekiranya diberi peluang.
"Kami sebelum ini pernah mengadakan persembahan bersama band dari United Kingdom, Brunei dan Singapura. Sekarang menjadi cita-cita kami pula untuk beraksi bersama band dari Amerika Syarikat," katanya yang memasang hajat untuk berkongsi pentas bersama Metallica dan Motley Crew.
Wings Rockestra yang turut diiringi oleh 43 orang pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer berlangsung selama dua setengah jam dan menampilkan untaian lagu yang sebelum ini jarang dipersembah atau diperdengarkan di radio.
Ujar gitaris Wings yang merupakan penggerak utama Wings Rockestra, Joe, pemilihan lagu dibuat berdasarkan kesesuaian rentak lagu untuk digabungkan dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan.
"Lagu orkestra lebih kepada rentak klasikal dan kami memilih lagu-lagu yang sesuai untuk memberikan mood tersebut sepanjang persembahan berlangsung.
"Cabaran kali ini adalah melaksanakan muzik tanpa ada pertukaran saat akhir dan harus 'bermain' sama seperti latihan tanpa berlanggar dengan pemuzik orkestra," tambah Joe.
Wings Rockestra membuka persembahan dengan lagu Amok disusuli 19 buah lagu berikutnya seperti Bujang Senang, Suara Kita, Anugerah, Alam Barzakh, Julang Timur Tengah, Ranjang Mawar dan lagu yang paling digemari Awie iaitu Harapan dan Dari Tuhan.
Masih menyelitkan lagu-lagu malar segar Wings antaranya Misteri Mimpi Syakila, Taman Rashidah Utama dan Opera Hidup, konsert penuh nostalgik itu ditutup dengan lagu Sejati yang membuatkan audiens meremang bulu roma dengan gubahan muzik lagu tersebut.
Mencuri tumpuan segmen Ilusi Intonasi yang menampilkan tiga pemain gitar legenda iaitu gitaris kumpulan Search, Hillary Ang, gitaris band terkemuka Indonesia, God Bless, Ian Antono dan Joe Wings sendiri.
Kata Awie secara tidak langsung dia telah mengimbau kembali langkah sulung Wings sekitar tahun 1987 apabila berjaya menyampaikan lagu-lagu yang jarang diperdengarkan kepada peminat.
"Peminat selalu minta lagu yang selalu mereka dengar dan ini peluang untuk kami mempersembahkan lagu-lagu yang jarang dan tidak sempat dimainkan sebelum ini. Alhamdulillah semua berjalan lancar," simpul Awie.
Apapun, syabas diucapkan kepada Wings atas kejayaan konsert solo kedua mereka Wings Rockestra selepas melakar kejayaan sama pada Konsert Wings Opera Hidup dua tahun lalu!

Berhenti sekolah, Chacha akan duduki SPM

Posted: 29 Apr 2013 04:10 AM PDT




SELAMA ini peminat lebih mengenali Emma Maembong sebagai seorang pelakon muda yang semakin meningkat naik, namun dia juga mempunyai seorang adik iaitu Chacha Maembong yang turut berlakon.
Sebenarnya, Chacha atau nama sebenarnya terlebih dahulu berkecimpung dalam lakonan sejak empat tahun lalu, berbanding kakaknya yang hanya mula berlakon sejak tahun lepas.
Menariknya, nama Emma pula kini lebih dikenali ramai sehingga ada yang menganggap bahawa dirinya seakan-akan tenggelam dengan populariti yang diraih oleh kakaknya itu.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Chacha yang ditemui semasa majlis pelancaran drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara menyatakan dia tidak kisah apabila ada pihak yang cuba membandingkan mereka berdua.
Malah, Chacha turut memberitahu, walaupun tidak menamatkan persekolahannya, dia telah mendaftar sebagai calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.
Kosmo!: Ceritakan tentang watak Chacha dalam drama Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara ini?
CHACHA: Saya telah diberikan watak sebagai gadis bernama Aisha, seorang blogger yang cukup aktif dan pada masa yang sama menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat perhubungan awam.
Selain tertarik dengan jalan cerita yang dipaparkan, saya teruja untuk membintangi drama ini kerana ia menggandingkan beberapa pelakon popular dan baharu serta memberikan pengalaman yang cukup menarik buat diri saya.
Bercerita tentang popular, Emma kini dilihat lebih popular berbanding anda sekarang ini. Apakah pandangan anda mengenai perkara tersebut?
Sebagai adik saya sudah tentu berasa cukup bangga dengan pencapaian yang diraih oleh Emma sekarang. Walaupun saya lebih awal berlakon, tetapi rezeki nampaknya lebih berpihak kepada kakak saya.
Adakah anda tidak cemburu apabila Emma lebih menyerlah?
Rasanya saya tidak perlu rasa cemburu apabila Emma lebih menyerlah dan popular. Sebagai adik-beradik sudah tentu kami saling menyokong kerjaya masing-masing dan tidak kisah siapa antara kami yang lebih popular.
Pembabitan kami berdua dalam dunia lakonan ini bukanlah semata-mata mahu mengejar populariti, sebaliknya ia lebih kepada minat yang mendalam. Jadi, sepatutnya kami tidak boleh menanamkan perasaan cemburu dalam diri.
Adakah anda dan Emma pernah ditawarkan berlakon dalam sebuah drama yang sama?
Tawaran berlakon bersama-sama memang pernah kami peroleh, cuma jadual yang bertentangan menyebabkan kami terpaksa menolaknya. Lagipun saya tidak kisah sekiranya ditawarkan berlakon berdua.
Sebelum ini Emma ada membuat kenyataan bahawa dia mengambil keputusan berhenti sekolah dan belajar sendiri di rumah. Adakah anda turut mengambil langkah yang sama?
Tidak dinafikan saya turut mengikut jejak langkah Emma dan ia lebih memudahkan saya mengembangkan karier lakonan. Bagaimanapun, saya tetap memberi tumpuan kepada pelajaran dan sudah mendaftar sebagai calon persendirian untuk mengambil peperiksaan SPM tahun ini.

Hilang kerana berehat

Posted: 29 Apr 2013 04:10 AM PDT



PERNAH beberapa kali pemilik nama Wan Sharmila Wan Muhamed atau mesra disapa Lala tersilap percaturan merangka langkah dalam industri hiburan.
Cerita berpakaian seksi dalam dua acara besar industri hiburan sebelum ini sesekali mengingatkan semula akan kewujudan Lala sebagai seorang pelakon yang cuba mencari sensasi.
Bagaimanapun, kisah itu berlalu sekadar satu percikan yang menjadi rencah dalam kehidupan seorang artis. Kemudian, nama Wan Sharmila kembali perlahan namun tidak terus hilang.
Melihat akan kecenderungan dan perubahan fasa yang dialami pelakon berusia 32 tahun itu, dia akur dan sedar akan proses dunia lakonan yang kini bukan lagi berpihak kepadanya.
"Mungkin sekarang trend nama-nama baharu dalam industri sedang meningkat naik, kelompok pelakon seperti saya sekadar mengintai peluang kalau-kalau ada yang berkehendak," getus Lala menghela nafas berat.
Bukan merajuk atau mempertikaikan atmosfera dunia hiburan tapi Lala ujarnya akur akan permainan politik dan turun naik bidang yang digalasnya.
Lala dibedah
Kehilangannya dalam dunia hiburan beberapa bulan lalu mengundang pertanyaan banyak pihak. Ada yang mendakwa janda kepada pemilik Radius One, Fazli Baharom itu telah berkahwin senyap-senyap.
Lala bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan katanya dia baru pulih selepas menjalani pembedahan pada bahagian pinggangnya sekitar bulan Ogos tahun lalu.
"Tapi saya tidak mahu berkongsi jenis penyakit saya kerana bimbang orang lain fikir penyakit itu serius. Alhamdulillah saya sudah kembali sihat untuk menjalankan tugasan seperti biasa," maklum Lala.
Berdepan dengan suasana menjelang detik pembedahan sepanjang dirawat selama sebulan di hospital, kata Lala dia hanya teringat ajal dan air matanya tidak henti-henti mengalir.
"Perasaan itu hanya Allah saja yang tahu, gemuruh saya tidak dapat diluahkan dengan perkataan. Sekarang saya tahu bagaimana perasaan apabila dikelilingi doktor sebelum dibedah.
"Apatah lagi sebelum masuk ke bilik pembedahan saya dinasihatkan oleh beberapa rakan artis agar mengambil wuduk dan banyakkan selawat. Perasaan takut itu semakin bertambah," cerita Lala bersungguh-sungguh.
Kini, Lala memberitahu dia terpaksa mengurangkan makanan pedas dan pengambilan minuman kopi secara berlebihan kerana bimbang akan kadar kesihatan dan impak pembedahan itu.

WAN SHARMILA memilih untuk menjalani karier yang tidak terlalu pantas naik, sebaliknya dia senang melalui perjalanan kariernya perlahan-lahan.


Eropah
Kehilangan seketika Lala disokong dengan percutian ke beberapa buah negara Eropah sekitar awal bulan Mac lalu. Cerita Lala, perjalanan yang dirancang saat-saat akhir itu mencabar adrenalinnya.
"Percutian ke Eropah ini ibarat percutian kawan-kawan saat akhir, kebetulan saya sedikit lapang dan tengah mencari ruang untuk berehat sekejap.
"Selama 10 hari berada di sana rasa seperti tidak mahu pulang ke Malaysia. Walaupun kami ke sana cuma bertiga, tapi pengalaman bawa diri sendiri di tempat orang sangat menyeronokkan!
"Bukan berbelanja sakan pun di sana, tapi saya lebih suka melawat tempat-tempat orang dan melihat perbezaan budaya masyarakat di sana dengan kita," kata Lala.
Singkap Lala lagi, dia ibarat terpukau dengan keajaiban Barcelona dan menyifatkan lokasi percutian itu telah membuatkannya 'jatuh cinta pandang pertama'.
Selain Barcelona, Lala sempat berkunjung ke Madrid sepanjang berada di Sepanyol serta meluangkan sedikit waktu menjenguk lokasi percutian menarik di kepulauan Grenada, Amsterdam dan Portugal.
Filem tanda aras
Bakal muncul dengan beberapa projek terbaharu antaranya sebuah telefilem Wira bersama pelakon Syed Aiman yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi, Lala mengakui minatnya kini lebih tertumpu dalam dunia pengacaraan.
"Kalau ditanya mengenai telefilem, ia ibarat kita makan nasi. Sampaikan saya sendiri terlupa jumlah telefilem lakonan saya.
"Mungkin juga saya jenis seorang yang suka bercakap maka apabila ditawarkan untuk menjadi pengacara, saya dipermudahkan jalannya dan sekarang bidang itu menjadi minat saya," kata Lala.
Kongsi Lala lagi, keseronokannya mengacara berganda apabila diberikan kesempatan untuk berkolaborasi dengan Fizz Fairuz dalam program gameshow terbitan RTM, Seiring Sejalan yang akan bersiaran tidak lama lagi.
Sementara itu, Lala mengakui teruja menantikan sambutan filem seram pertamanya, Bisikan Syaitan yang akan menemui penonton pada 2 Mei ini.
"Sudah masuk dua tahun filem ini menunggu untuk masuk pawagam dan saya mencurahkan segala keringat yang saya mampu untuk melakonkan watak Kamilia.
"Kamilia merupakan mangsa kepada abangnya, Kamil (Fizz Fairuz) yang telah membuat perjanjian dengan ilmu hitam," ujarnya mengenai filem arahan Faizul A. Rashid itu.
Filem Bisikan Syaitan turut dibintangi oleh Fizz Fairuz, Nabila Huda dan Azam Pitt.
Apabila kisah cinta beralih menjadi pokok bicara, Lala tersipu-sipu malu. Ditanya adakah hatinya kini sudah dimiliki mana-mana jejaka, Lala menjawab dengan lontaran senyum.
"Perancangan untuk kahwin ada, tapi orangnya masih belum ada. Mungkin orang sekeliling nampak saya jenis tidak kisah tapi sebenarnya hati wanita mana tidak terdetik untuk berumah tangga, bahagia dan memiliki cahaya mata sendiri.
"Barangkali faktor usia membuatkan saya malas untuk mencari pasangan dan saya pun bukan seorang yang suka merapati seseorang kalau saya menyukainya," terang Lala.

Tanam 25,000 pokok karas

Posted: 29 Apr 2013 04:08 AM PDT


ZAKARIA menanam pokok karas sambil diperhatikan Azlam (kiri) dan Jalaluddin (tengah) di UPSI, Tanjung Malim, Perak semalam.


TANJUNG MALIM – Sebanyak 25,000 pokok jenis karas atau lebih dikenali sebagai pokok gaharu akan ditanam di kawasan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini melalui inisiatif Program Penghijauan Bumi yang dianjurkan oleh Tesco Store (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco) dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).
Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Zakaria Kasa berkata, pokok karas merupakan antara spesies yang terkenal sebagai bahan untuk minyak wangi itu akan ditanam secara berperingkat dalam tempoh setahun di Kampus Sultan Azlan Shah di sini.
"Komitmen Tesco menaja benih pokok karas dan kesediaan MTIB menyediakan kepakaran sangat dihargai memandangkan UPSI sendiri sedang menuju ke arah kampus yang bakal ada persekitaran hijau.
"UPSI juga menyediakan kira-kira 10 hektar tanah bagi tujuan ini dan saya percaya lebih ramai warga universiti menyedari kepentingan alam sekitar," katanya selepas merasmikan program berkenaan di sini semalam.

Karnival Semarak Syariah capai objektif

Posted: 29 Apr 2013 04:07 AM PDT


SEBAHAGIAN peserta Larian Semarak Syariah mula berlari sebaik dilepaskan pada hari terakhir Karnival Semarak Syariah di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Karnival Semarak Syariah secara rasmi melabuhkan tirainya semalam sekali gus mencapai objektifnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai akta-akta jenayah syariah terutama masalah akidah selain menyebar ilmu agama.
Penolong Pengarah Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Nik Suhaila Nik Muhammad berkata, dengan anggaran hampir 5,000 pengunjung yang datang sejak karnival bermula tiga hari lalu, pihaknya optimis dapat mendedahkan kesalahan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Akta 559) dan memahami jenis-jenis masalah akidah.
"Yang paling penting, masyarakat perlu tahu yang mereka harus memainkan peranan untuk menghalang jenayah syariah daripada terus berlaku.
"Selain itu, kita juga berharap masyarakt dapat membanteras gejala maksiat dan menerapkan di dalam fikiran bahawa betapa kejinya melakukan jenayah syariah di dalam Islam," katanya di sini.

FAMA tawar perniagaan francais

Posted: 29 Apr 2013 04:06 AM PDT


BADRULDDIN (kiri) menerangkan sesuatu mengenai anak pokok durian kepada seorang pengunjung, Mohd. Zamri Hashim (kanan) di Kompleks Pasar Tani Guar Chempedak, Yan kelmarin.


YAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengalu-alukan usahawan khususnya siswazah dan belia untuk menyertai francais KopieSatu sebagai usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.
Pengerusinya, Tan Sri Badrulddin Amiruldin berkata, walaupun ia merupakan projek perintis tetapi permintaan terhadap produk itu amat tinggi dan kopi yang dihasilkan FAMA setanding dengan produk kopi berjenama lain.
Jelasnya, sehingga kini terdapat 16 cawangan KopieSatu di seluruh negara yang menawarkan pelbagai jenis kopi yang diproses sendiri oleh FAMA.
"Mereka yang berminat boleh menyertai dengan membuka kedai, kios dan karavan dengan modal antara RM30,000 hingga RM100,000," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Karnival Mini Pasar Tani di Kompleks Pasar Tani Guar Chempedak di sini kelmarin.

Vergnaud berusaha tambah bilangan cheetah

Posted: 29 Apr 2013 04:05 AM PDT


VERGNAUD bergambar bersama seekor cheetah di kawasan persendirian miliknya di Inverdoom, Afrika Selatan pada 22 Mac lalu.


JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Seorang pemilik sebuah hutan simpan persendirian di Inverdoom 200 kilometer dari timur Cape Town memelihara beberapa ekor cheetah untuk menambahkan bilangan haiwan itu.
Pemilik hutan itu, Damien Vergnaud memelihara sejumlah haiwan tersebut di kawasan seluas 100 hektar.
"Kami berharap akan dapat membebaskan tiga ekor cheetah ke kawasan habitat liar," katanya.
Bilangan haiwan itu yang boleh berlari sehingga 120 kilometer sejam kini berjumlah 10,000 ekor yang hidup liar.
Terdapat sejumlah kecil haiwan itu hidup di Iran.
Pada awal abad ke-20, terdapat kira-kira 100,000 ekor cheetah di Afrika, Asia Barat dan di beberapa buah negara di Asia.
Menurut pakar-pakar, haiwan itu mungkin akan pupus menjelang tahun 2030 jika tiada usaha dibuat untuk menambahkan bilangan cheetah.
Cheetah gagal menandingi kekuatan singa dan harimau bintang semasa memburu haiwan untuk dijadikan makanan di dalam hutan.
Haiwan-haiwan yang telah mati diburu cheetah akan dicuri oleh singa dan binatang lain.
Terdapat kes cheetah akan terbunuh semasa perebutan makanan itu berlaku.

Isnin, 29 April 2013

MummyNemo

MummyNemo


Kakak Mamat Sepah Cedera Parah Dalam Kemalangan

Posted: 29 Apr 2013 06:56 AM PDT

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Tenggara, Anita Murad, 36, yang juga kakak kepada pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Mamat Sepah cedera dalam satu kemalangan jalan raya di kilometer 33.6 Jalan Kulaijaya-Kota Tinggi di sini. Dalam nahas kira-kira pukul 6.15 petang itu, mangsa bersama dua rakannya iaitu Setiausaha Pergerakan puteri UMNO Bahagian Tenggara, Nor Alohan [...]

Pulau Tuba Akan Dibangunkan Sebagai Pusat Pelancongan

Posted: 28 Apr 2013 08:00 PM PDT

Pulau Tuba yang merupakan satu daripada 99 pulau di kepulauan Langkawi, akan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang berteraskan pendidikan dan alam semulajadi bagi menjana pendapatan penduduknya. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, penubuhan pusat pelancongan di pulau itu akan memberi pendedahan ilmu kepada para pelancong dan pelajar mengenai alam [...]

Lee Chong Wei Muncul Juara Kejohanan Siri Terbuka India 2013

Posted: 28 Apr 2013 07:43 AM PDT

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara Kejohanan Siri Super Terbuka India 2013 apabila menewaskan pilihan keenam kejohanan, Kenichi Tago dari Jepun. Dalam gelanggang akhir itu, Chong Wei berjuang penuh bergaya selama 63 minit untuk menundukkan Tago dengan kiraan mata 21-15, 18-21, 21-17-

28 Pelajar SMK Seri Pantai,Kuala Kedah Dikejarkan Ke Hospital Terhidu Gas Beracun

Posted: 28 Apr 2013 07:29 AM PDT

 Kejadian terhidu gas beracun yang berlaku di Sekolah Menengah Seri Pantai di Kuala Kedah dekat sini pada Selasa lepas, berulang lagi dan kali ini ia melibatkan 28 orang pelajar. Insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi semasa perhimpunan apabila beberapa pelajar berasa pening dan loya sebelum ada yang pengsan. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah [...]

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Gossip Artis Malaysia | Berita Artis Malaysia

Link to Gossip Artis Malaysia | Gambar Artis Malaysia | Berita Artis

Gambar Anak Ahmad Nabil Setengah Tahun

Posted: 28 Apr 2013 10:45 PM PDT


Dah masuk usia setengah tahun dah anak pelawak Ahmad Nabil dengan isterinya. Naira Mikayla kelihatan sungguh comel dan bambam sedikit. Kuat menyusu agaknya anak Nabil ni.. Kalah ayahnya punya size badan. Hehe. -gambar Instagram Isteri Nabil




Hairul, Hanis Zalikha Bakal Bercinta!

Posted: 28 Apr 2013 10:00 PM PDT

Pelakon yang baru naik namanya melalui Setia Hujung Nyawa, Hairul Azreen kini bakal menemukan kembali cinta barunya dengan seorang blogger terkenal yang bernama Hanis Zalikha. Ini adalah kerana banyak gambar mesra mereka berdua yang dimuatnaik dalam laman sosial menjadi bahan bualan.

Namun tidak menafikan yang Hairul mengenali Hanis sudah lama sejak bangku sekolah lagi dan kini dipertemukan dalam satu industri anak seni. Cuma hanya rapat sebagai kawan kerja sahaja buat masa ini.
"Saya mengenali Hanis sejak dari bangku sekolah lagi, kami mengenali melalui laman sosial Myspace. Sebetulnya hubungan kami berdua agak lama terputus sebelum ditemukan kembali di dalam industri ini.

"Buat masa ini kedua kami masih memberi fokus buat kerjaya sahaja. Apa yang menjadikan kami lebih rapat kini adalah sikap suka membantu Hanis

"Sebetulnya sudah hampir enam ke tujuh bulan saya berpisah, dan hubungan saya dengan Hanis memang baharu sahaja rapat. Namun itu bukan bermakna kami bercinta, kami hanya berkawan buat masa ini dan saya tidak fikir lagi ke arah itu.

"Biar saya berterus-terang, sebenarnya saya berada di tengah-tengah, sama ada saya bercinta atau tidak itu belum tahu lagi. Namun jika ditakdirkan kami tidak bercinta semestinya dia akan kekal menjadi rakan saya". -Hairul. Utusan

Norman Akan Nikah Abby Jika Dapat Kebenaran Memey!

Posted: 28 Apr 2013 09:00 PM PDT

Norman Hakim difahamkan tidak menolak jika Abby Abadi dinikahi semula ini berdasarkan Abby kembali akrab dan menjalinkan hubungan kemesraan dengan isteri Norman, Memey Suhaiza. Berita ini agaknya memberikan satu petanda yang Norman kemungkinan akan bermadu.

Namun jika ditakdirkan bersatu semula itu semua atas kebenaran Memey. Dan kini Norman serah semuanya kepada Allah.
"untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya.

"Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami. Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,

"Saya dan Abby memang menjalinkan hubungan yang baik kerana dia ibu kepada anak-anak saya.

"Namun jika ditakdirkan saya akan berkahwin dengan Abby, ianya berlaku dengan keizinan isteri saya terlebih dahulu," -Norman. Murai

Kereta Pak Nil Dihiasi Nama PM

Posted: 28 Apr 2013 08:00 PM PDT

Semangat betul Pak Nil atau nama sebenarnya, Datuk Aznil Hj Nawawi menyertai konvo untuk PRU13 bagi sokongan tidak berbelah bagi untuk kepimpinan Perdana Menteri, Ybhg. Datuk Seri Najib Razak mengelilingi seluruh semenanjung.

Keretanya berjenama mewah, Toyota Vellfire yang dihiasi nama PM itu jelas membuktikan Pak Nil korbankan masanya untuk membantu jentera BN memenangi 2/3 PRU kali ini. Difahamkan sekarang dalam siri penjelahan ke selatan. -Instagram Pak Nil





Wawa Zainal Lupa Asal Usul Bahasanya?

Posted: 28 Apr 2013 06:02 PM PDT

kalau orang berhijrah kadang kala apa yang di lakukannya turut berubah, namun menjadi satu kebanggaan kalau masih mengekalkan yang asal. Kalau ikut kan orang yang berhijrah atau menetap lama di Kuala Lumpur pastinya bergaya dengan bahasa dan cara bergaul bandar metropolitan.

Wawa Zainal dikatakan telah melupakan bahasa asalnya yakni Sabahan terutama tempat asalnya Lahad Datu setelah mencari rezeki di Semenanjung. Dan boleh dikatakan gadis yang berusia 22 tahun ini sudah tidak lagi berbahasa sabahan. benarkah begitu.? Baca disini..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

Dunia Hiburan