Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik |
- Kisah cinta Maya bersama Remy
- Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia
- Nurul Wahab Mengandung Tiga Bulan
- Michelle Yeoh Mahu Terus Aktif Dalam Lakonan
- Hani, Atilia, Daphne kongsi minat
- Doa Nora buat Fasha
- Fazurina nikah semula
- Padah mahu curi kabel
- ‘Kelabu mata’ nampak duit
- Penduduk tangkap ular sawa sepanjang tiga meter
- Pusat hiburan diserbu, GRO dicekup
- Juruteknik khalwat
- Dapur gas meletup
- Jins Shamsudin lupa, SM Salim menangis
- Korban masa Azlan
- Pelan selamatkan Istana Budaya
- Selamat datang ke rimba, Guns N' Roses
- Aura Nasha belum terusik
- Sanjay Dutt dihukum penjara
- Naik taraf MIEC untuk LIMA '15
- Tanah runtuh timbus 83 pekerja lombong
- Tahi lembu jadi pewangi
- Sekolah tahfiz flat Kampung Baru
- Baju buluh tahan busuk
- Esiah baca karakter melalui bunga
Posted: 31 Mar 2013 05:02 AM PDT Semuanya, gara-gara keakraban kedua selebriti ini ketika menjayakan pementasan Natrah. Tidak kurang juga ada yang mengatakan kedua pelakon ini kerap berjumpa dan bercuti bersama. Apatah lagi ketika itu, Maya mengalami pergolakan rumah tangga sehingga ada pihak meletakkan Remy sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Maya. Namun semua gosip itu beredar bagai angin lalu, apatah lagi Remy ketika itu dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan heroinnya dalam drama Nur Kasih, Tiz Zaqyah. Bagaimanapun, selepas hubungan Remy dan Tiz berakhir tahun lalu, Maya dan Remy dilihat mula akrab kembali apabila gambar percutian mereka di Hutan Simpan Imbak Canyon dan Maliau Basin di Sabah dimuat naik ke internet. Tidak melatah dengan gosip percintaan yang kembali bertebaran, Maya berkata, ada kalanya dia terasa tercuit hati dan terharu apabila peminat seolah-olah memberi restu 'hubungannya' bersama Remy. "Bagi saya, orang yang mengatakan saya bercinta dengan Remy adalah orang yang menyayangi saya kerana mereka mahu melihat saya bahagia. "Malah saya juga tidak berasa marah atau sakit hati apabila perkara ini dibangkitkan, sebaliknya merasa situasi ini agak comel. "Namun, jawapan saya tetap saya seperti beberapa bulan yang lalu atau tiga tahun yang lalu, bahawa saya dan Remy hanya berkawan baik, sama seperti hubungan saya dengan Bront (Palarae) dan Farid (Kamil)," ujarnya kepada Zass. Maya berkata, kadang kala timbul juga rasa bosan apabila gosip cintanya dengan Remy bagaikan tiada kesudahan. Meskipun ada antara selebriti yang awalnya tidak mengaku bercinta dan akhirnya terkantoi, kes dia dan Remy pula berlainan. Akui terkilan Menyentuh pula mengenai ketidakhadirannya pada malam anugerah Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 2 Mac lalu, Maya berkata, dia mengakui berasa terkilan. "Saya sebenarnya amat bersyukur atas kemenangan trofi Pelakon Wanita Terbaik itu dan kali kedua menerima anugerah tersebut daripada penganjuran FFM, saya tidak dapat hadir. Sama seperti kali pertama menerima anugerah tersebut pada FFM21. "Biasanya jika tidak ada urusan, saya tak pernah ketinggalan menjayakan majlis anugerah. Memang agak terkilan tapi nak buat macam mana kerana saya telah buat perancangan untuk bercuti semenjak November lagi dan segala urusan termasuk tiket penerbangan telah di buat dari awal," katanya yang ke London untuk berjumpa adiknya dan kemudian ke Berlin untuk berjumpa mak ciknya ketika FFM berlangsung. Maya berkata, baginya kemenangannya itu adalah 'kemenangan istimewa berganda' kerana ketika awal diumumkan akan membawakan watak Izzah, ramai yang tidak bersetuju dan mempertikaikan kebolehannya. "Ucapan terima kasih teristimewa saya tujukan kepada penerbit, Sharad Sharan dan pengarah, Osman Ali yang memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak Izzah dan anugerah itu membuktikan saya berjaya mengatasi cabaran daripada pihak yang menentang sebelum ini," jelasnya. Masih selektif Berkongsi mengenai perkembangan seninya, Maya berkata, sebelum bercuti dia sempat menyudahkan penggambaran filem Misi Sejoli dan dua minggu lagi, dia akan terbang ke Sarawak untuk memulakan penggambaran Nota. "Misi Sejoli adalah naskhah komedi dan Nota adalah filem seram yang diarahkan oleh pengarah dari Jepun. Ia merupakan filem usaha sama produksi dari Malaysia dan Jepun," katanya. Maya berkata, sehingga kini dia masih selektif memilih tawaran dan biasanya lebih suka memilih filem yang mempunyai nilai artistik. | |||
Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia Posted: 31 Mar 2013 05:01 AM PDT Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000. Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu. "Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang. "Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami," kata Dazrin pada sidang media di sini. Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir. Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu. Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan. Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As'ari. | |||
Nurul Wahab Mengandung Tiga Bulan Posted: 31 Mar 2013 05:00 AM PDT Nurul yang membuat pengumuman itu menerusi laman blog miliknya iaitu nurulwahabdepp.wordpress.com berkata, dia dan suaminya mendapat tahu akan khabar gembira itu pada 2 Februari lalu, namun enggan menghebohkannya sehinggalah kandungan sudah berusia tiga bulan. "Ya, minggu ini dah tiga bulan, Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua, jangan teruja sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah tiga bulan. "Aku juga ikut jejak langkah teman aku, Ning Baizura. Caranya itu betul dan Ning juga merupakan kawan yang pertama tahu (tentang kandungan) manakala Ayu orang yang kedua kerana dia berada di sekolahnya di Johor. Tambah Nurul, ketika mendapat tahu bahawa dirinya kini sedang mengandung, masing-masing gembira sehingga mengeluarkan air mata tanda syukur. "Kata doktor semalam (Jumaat) yang memeriksa kandungan aku, 'you can tell the world if you wish to..' Eric pantas mencelah : 'Ya. She can't wait and plan to announce tomorrow (Sabtu)'. "Sememangnya pada tanggal 30 Mac aku nak khabarkan buat semua. Kandungan dah makin membesar. Perut aku makin nampak. Aku tak mahu juga rimas dengan pertanyaan semua nanti jika masih berahsia," tuturnya. Nurul dan Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Penyanyi itu juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, 15, hasil hubungan dengan suami pertama, penyanyi dan komposer, Ajai. Bagaimanapun kata Nurul, dia juga berasa malu apabila membuat pengumuman mengenai kandungannya itu lebih-lebih lagi selepas 15 tahun tidak mengandung, malah dia terasa seolah-olah belum pernah mengalami proses kelahiran anak. Dalam pada itu, Nurul turut mengakui dia gemar memakan kekacang sejak mengandung, sedangkan makanan itu telah dilarang doktor memandangkan dia mempunyai penyakit SVT (supraventrikular takikardi), sejenis penyakit jantung yang dialaminya sejak remaja. | |||
Michelle Yeoh Mahu Terus Aktif Dalam Lakonan Posted: 31 Mar 2013 04:59 AM PDT Beliau secara berjenaka berkata, dengan pelbagai kejayaan yang telah dicapai dalam industri, ia bukan petanda untuknya bersara. "Saya memperoleh banyak kejayaan sepanjang hidup ini, dan berharap ia bukan berupa mesej 'untuk pulang sekarang', tetapi saya mengambilnya sebagai insentif untuk melakukan lebih baik. "Kalau boleh saya mahu mencapai kejayaanlebih lagi," katanya kepada pemberita pada malam Jumaat. Beliau berada di sini sempena Anugerah Festival Filem Antarabangsa dan Asean 2013 (AIFFA) selama tiga hari yang akan berakhir pada Sabtu (hari ini). Yeoh dilahirkan pada 6 Ogos di Ipoh. Beliau mula terkenal apabila melakukan aksi ngeri sendiri dalam filem-filem aksi Hong Kong pada awal 1990-an. Beliau terus menempa nama di peringkat antarabangsa menerusi filem James Bond bertajuk Tomorrow Never Dies. Beliau terus mendapat penghormatan apabila dipilih memegang watak pemimpin prodemokrasi Burma, Aung San Suu Kyi dalam filem The Lady. Mengenai filem terbaharunya, Yeoh berkata ia diarahkan pengarah kelahiran Korea-Amerika, Gina Kim yang kini pada peringkat postproduksi yang beliau harap dapat ditayangkan musim panas ini. Beliau juga akan melancarkan program pencarian bakat baharu bagi mencari bintang Asia. "Kami dalam proses merancang dan akan mengumumkannya nanti," katanya. | |||
Hani, Atilia, Daphne kongsi minat Posted: 31 Mar 2013 04:55 AM PDT Melihatkan kelebihan itu, tidak hairanlah ramai di kalangan masyarakat di negara ini mula menceburi bidang perniagaan bagi meningkatkan taraf kehidupan masing-masing. Golongan artis juga tidak ketinggalan terlibat menjalani bidang perniagaan seperti pakaian, makanan, produk kesihatan dan sebagainya. Bermula dengan minat yang mendalam terhadap fesyen pakaian wanita terkini, tiga selebriti Daphne Iking, Atilia dan Yasmin Hani kini mulai serius memperkenalkan perniagaan online mereka dengan mempertaruhkan jenama tersendiri iaitu 'Baajookoo'. Berkesempatan menemui tiga selebriti yang menggelari diri mereka sebagai Geng Celepets (CLPT) di satu majlis minum petang yang diadakan di Restoran Serai, Kl Live Khamis lalu, Sinar Harian sempat menemu bual mengenai perkembangan perniagaan dan perjalanan karier mereka. Menurut Atilia, Baajookoo mula ditubuhkan sejak September tahun lalu dan perniagaan ini terhasil daripada hubungan rapat mereka. "Sebenarnya kami memang rapat dan selalu meluangkan masa bersama dan perniagaan ini mula ditubuhkan atas persahabatan kami. "Alhamdulillah sejak perniagaan ini dijalankan, sambutan dan sokongan yang saya terima daripada orang ramai amatlah memberangsangkan," katanya. Jelas Atilia, setakat ini Baajookoo memiliki lebih daripada 10 koleksi rekaan pakaian dan aksesori dengan gaya moden, kasual dan santai. "Setiap rekaan produk yang kami tawarkan adalah datang daripada idea kami sendiri dan sesuai untuk digayakan semua wanita yang sukakan gaya yang lebih santai dan sederhana. "Selain daripada itu, harga yang kami tawarkan juga amat berpatutan dan mampu dibeli iaitu di antara RM35 hingga RM140," jelasnya. Tambah Daphne, sejak enam bulan beroperasi, Baajookoo turut membuat jualan di beberapa buah bazar di sekitar Kuala Lumpur. "Kami juga bakal berkolaborasi dengan sebuah jenama fesyen terkenal antarabangsa. Bagaimanapun buat masa ini kami tidak boleh mengulas lanjut mengenainya dan semua itu akan dimaklumkan pada majlis pelancaran yang dijangka akan di jalankan pada 18 April depan," ujarnya. Menyentuh mengenai pembukaan butik, Hani memberitahu setakat ini mereka selesa menjalankan perniagaan tersebut menerusi online. "Dalam masa yang terdekat ini kami belum ada sebarang perancangan untuk membuka butik. Maklumlah usia Baajookoo masih lagi muda. "Biarlah kami stabilkan terlebih dahulu kedudukan perniagaan ini. Jika semuanya sudah kukuh barulah kami akan memikirkan soal ini," katanya. Koleksi "Baajookoo" boleh didapati di laman web rasmi www.baajookoo.com.my juga di laman web Fashion Valley dan mudah.my. Tak mahu berlakon sampai tua: Hani Lumrah buat semua anak seni, pasti merasai naik turun menjalani karier dalam industri. Sebagai persediaan untuk menempuhi cabaran itu, Hani memberitahu dia kini mula berjinak-jinak melibatkan diri sebagai penerbit. "Pada awalnya saya memang tidak terfikir tapi selepas ditanya suami sama ada di usia tua nanti saya mahu melakonkan watak orang tua, barulah saya sedar mengenainya. "Lainlah di Hollywood, bagi mereka usia bukanlah satu masalah besar buat pelakon di sana," katanya. Akui sebelum ini kurang berminat untuk bekerja di belakang tabir, pelakon dan model ini berkata minatnya semakin bercambah bila menimba ilmu bersama suaminya. "Sekarang saya mula belajar dengan syarikat produksi miliki suami saya iaitu Blue Black Production. Saya akui tidak mudah untuk lakukannya tapi ia sebagai persediaan awal untuk masa depan saya," katanya yang kini sedang mengacarakan program' Dumex Chef Cilik 5 Power Nutri' di saluran Astro Ria bersama Datuk Fazley Yaakob. Atilia tumpang tuah Shiela Majid Teruja dengan sambutan yang diterima menerusi pelancaran album Indah yang dijalankan di Indonesia baru-baru ini, Atilia memberitahu akan memberi fokus terhadap kariernya di sana. Atilia berkata, respons positif daripada peminat muzik Jazz di sebarang terhadap albumnya itu sedikit sebanyak dapat memberi semangat baru buat dirinya untuk terus memperjuangkan bakat yang ada. "Alhamdulillah, walaupun rezeki saya kurang di negara sendiri, di sana karier saya berjaya meraih perhatian masyarakat di sana. "Tak sangka ramai yang datang ketika pelancaran album saya di sana. Malah dua lagu duet bersama Maliq & D'Essentials dan kumpulan Sore membantu menarik minat mereka," katanya. Lebih membanggakan, apabila dia digelar 'The Next Sheila Majid' oleh masyarakat di sana. "Saya anggap gelaran ini satu penghormatan yang besar buat karier saya memandangkan Datuk Sheila Majid bukanlah penyanyi calang-calang malah bakatnya tiada tandingan," ujarnya yang bakal tampil dengan album ketiga. Daphne dikritik dek Harlem Shake Nama Daphne Iking mula menjadi perhatian gara-gara video parodi Harlem Shake yang dimuat naik di Youtube. Bermula sekadar suka-suka, Daphne tidak menyangka video tersebut mengundang kritikan negatif daripada segelintir pihak. "Video itu terhasil adalah daripada idea suami saya dan kami lakukannya sekadar suka-suka kerana suami saya mahu menguji kamera yang baru dibelinya. "Tidak sangka pula video ini mendatangkan kritikan yang tidak menyenangkan terhadap keluarga saya," katanya. Bagaimanapun Daphne akui dia dan suaminya tidak mahu terlalu memikirkan soal itu. "Tak semua komen yang kami terima negatif. Sebaliknya saya pernah mendapat pujian dari Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya dalam satu pertemuan baru-baru ini," katanya sambil ketawa kecil. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:53 AM PDT Nora turut meluahkan perasaan gembira dan mengharapkan yang terbaik buat Fasha dan bayinya. "Terus terang saya gembira kerana selepas ini Rayqal ada kawan baru," tutur Nora. Walaupun pernah bermasam muka dengan Fasha sebelum ini, Nora menyatakan dia tidak mahu perkara lepas diungkit kembali. "Fasha ibarat kakak saya sendiri, saya harap semuanya berjalan lancar," katanya. Ternyata, hubungan Fasha dan Nora kini semakin baik. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:51 AM PDT Melalui kenyataan ibu Fazurina, Zuraidah Abu Bakar, pihak mahkamah mendapati perkahwinan Fazurina sebelum ini tidak sah kerana telah memberi maklumat palsu. "Perkahwinan keduanya berjalan dengan sempurna berwalikan adik kandung sendiri berbanding bapa saudaranya sebelum ini. "Bahkan, Fazurina memberitahu bahawa dia adalah anak tunggal selain menggunakan bapa saudaranya sebagai wali sedangkan maklumat tersebut adalah palsu," kata Zuraidah. Bagaimanapun, Zuraidah menegaskan dia belum terfikir untuk memaafkan kesilapan Fazurina yang membelakangi keluarganya untuk mengahwini lelaki pilihannya itu. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:48 AM PDT Menurut sumber, mangsa melakukan kerja itu sendirian. Mangsa berusia 38 tahun itu ditemui orang awam dalam lubang sedalam dua meter. Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dikejar ke lokasi kejadian. "Penutup lubang terbuka separuh dan mangsa berpakaian lengkap ketika ditemui," katanya. Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:46 AM PDT Ketua Polis Daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku jam 2 petang, Jumaat lalu apabila mangsa, 62, dan isteri, 60, serta anak lelakinya, 31, memandu ke ladang Felcra Jenalih, kira-kira 17 kilometer dari pekan Lanchang untuk membayar gaji pekerja. Menurutnya, mangsa sebelum itu membawa RM50,000 dan mengagihkan RM14,000 kepada beberapa pekerjanya sekitar ladang di Lanchang, kemudian membawa RM36,000 untuk diagihkan kepada beberapa pekerja lain pula. "Ketika mangsa sedang agihkan gaji kepada empat pekerja terbabit di sebuah rumah kongsi, keempat-empat mereka yang baru dua bulan bekerja bertindak menyerang mangsa sekeluarga dengan batang besi dan kayu. "Mereka juga merampas beg sandang mengandungi RM36,000 daripada anak lelaki mangsa," katanya pada sidang media semalam. Abdul Aziz berkata, kesemua suspek berkenaan tidak merancang untuk melakukan samun tetapi mereka 'kelabu mata' apabila melihat kontraktor terbabit membawa sejumlah wang yang banyak di hadapan mereka. Beliau berkata, kontraktor terbabit yang mengalami kecederaan di dahi itu menerima lima jahitan, manakala isterinya patah tangan kanan akibat dipukul dengan batang besi dan kayu tetapi anak kontraktor itu hanya alami lebam-lebam di badan berikutan kejadian berkenaan. "Keempat-empat suspek kemudian melarikan diri dengan berjalan kaki mengikut laluan tikus sejauh dua kilometer hingga ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT). "Polis percaya suspek yang terlibat menghubungi rakannya dan melarikan diri melalui lebuh raya dengan menaiki sebuah kenderaan lain," katanya. Abdul Aziz berkata, polis percaya bahawa kesemua suspek berkenaan tidak merancang melakukan samun berikutan pasport dan pakaian mereka ditinggalkan dalam rumah kongsi tersebut. | |||
Penduduk tangkap ular sawa sepanjang tiga meter Posted: 31 Mar 2013 04:45 AM PDT Ular itu ditemui menyusur di sebatang jalan di kawasan perumahan itu sebelum ditangkap penduduk yang mendapatkan bantuan orang ramai. Penduduk, Nor Rahman Osman, 50, dari Kampung Charuk Bemban berkata, ular itu cuba melawan, tetapi berjaya ditangkap orang ramai. Menurutnya, kehadiran ular sawa di kawasan taman itu kemungkinan untuk mencari makanan ataupun mencari pasangan. "Bagaimanapun, kawasan taman itu hampir dengan kawasan kebun dan semak samun. Jadi, tidak mustahil haiwan ini berkeliaran di kawasan ini," katanya kepada Sinar Harian. Nor Rahman yang juga seorang penangkap ular turut mengingatkan agar tidak mencederakan haiwan yang berbahaya ini. Jelasnya, ular sawa tidak begitu agresif berbanding ular yang berbisa, tetapi harus berjaga-jaga. "Walaupun ular sawa tidak mempunyai bisa, belitannya mampu mengancam keselamatan kita. "Disebabkan itu, usaha menumpaskan haiwan ini perlu dilakukan oleh lebih dari seorang. Sekurang-kurangnya, rakan dapat membantu jika terjadi perkara tidak dingini," katanya. Katanya, ular itu akan dibuang ke dalam hutan ataupun diserahkan kepada pihak bertanggungjawab. | |||
Pusat hiburan diserbu, GRO dicekup Posted: 31 Mar 2013 04:43 AM PDT Ketika serbuan, wanita warga Vietnam itu baru sehari tiba di negara ini, leka berkaraoke dengan beberapa lelaki di pusat hiburan di Taman Merdeka Permai, dekat sini. Dia antara 21 GRO warga Vietnam yang ditahan dalam operasi dua jam di premis berkenaan membabitkan 13 pegawai penguatkuasa jabatan dan dua pegawai operasi dan unit risikan. Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, risikan di premis itu dijalankan seminggu sebelum serbuan dilakukan atas maklumat awam. Menurutnya, ketika serbuan, 21 wanita Vietnam berusia 17 dan 32 tahun itu leka melayan pelanggan dalam 18 bilik karaoke. "Tiga lelaki rakyat tempatan dipercayai majikan serta 'penjaga' kepada warga asing itu turut ditahan bagi membantu siasatan," katanya kepada media di ibu pejabat Jabatan Imigresen negeri, di sini semalam. Kamalludin berkata, ini serbuan kedua di pusat karaoke berkenaan apabila operasi serupa tiga bulan lalu turut membawa kepada penahanan lapan GRO Vietnam. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:42 AM PDT Wanita terbabit bertindak sedemikian kepada anggota dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) kerana bimbang ketua jabatannya mengetahui kejadian berkenaan. "Tolong encik jangan ambil tindakan, teruk saya jika ketua tahu kejadian ini," katanya. Dalam serbuan itu, wanita terbabit bersama pasangannya berusia masing-masing 30 dan 33 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.10 pagi ketika berdua-dua dalam bilik di rumah rumah terbabit. Juruteknik yang berasal dari Batu Pahat itu mendakwa teman lelakinya hanya datang singgah sebentar ke biliknya sebelum pulang ke kampung halaman. Menurutnya, teman lelakinya itu menunggu ibunya memasukkan wang ke dalam akuan bank bagi tujuan pulang ke kampung di Batu Pahat. Manakala, pasangannya yang juga bekerja sebagai juruteknik sebuah kilang elektronik di Kuala Lumpur mengakui tiba di Tangkak, kelmarin, namun terpaksa tinggal sementara di rumah terbabit kerana tidak memiliki wang mencukupi untuk pulang ke kampung. Bagaimanapun, Sinar Harian diberitahu wanita terbabit yang baru menyewa bilik itu hampir sebulan lalu dilihat kerap membawa teman lelakinya datang ke bilik terbabit pada waktu malam. Sementara itu, Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, sepasukan anggota PPADL memeriksa bilik di rumah berkenaan berdasarkan aduan awam. Katanya, wanita terbabit yang dipercayai penyewa rumah berkenaan membuka pintu selepas anggota dan pegawai penguatkuasaan mengetuk pintu dan memberi salam. "Penguatkuasa hanya menunggu kira-kira lima minit sebelum wanita itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan. "Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang wanita memakai baju-T dan berseluar pendek bersama pasangannya juga memakai baju-T dengan berseluar pendek bersembunyi di belakang pintu," katanya. Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri. "Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing. "Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:39 AM PDT Kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika mangsa berusia 60-an itu mahu menghidupkan api dapur tanpa menyedari ruang dapur tersebut dipenuhi gas. Sebaik api dinyalakan, berlaku letupan yang turut menyebabkan pintu serta tingkap di ruang terbabit pecah. Komander Operasi Kanan, Penguasa Bomba Robert James berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian letupan dan bertindak atas maklumat itu, satu jentera dihantar ke lokasi kejadian. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati injap silinder gas tersebut tertanggal dan gas kemudiannya terkumpul di ruang dapur itu disebabkan ketiadaan sistem pengudaraan yang baik. "Mangsa melecur di bahagian kaki dan tangan akibat letupan itu. Tiga lagi ahli keluarganya yang turut berada di rumah berkenaan selamat kerana berada di ruang tamu. "Kejadian tidak menyebabkan kebakaran tetapi bomba memantau dan memastikan tiada sisa gas," katanya. Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Kuala Lumpur oleh ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan. Robert mengingatkan orang ramai supaya lebih peka sekiranya terhidu bau ganjil kerana gas memasak mempunyai bau agak kuat. | |||
Jins Shamsudin lupa, SM Salim menangis Posted: 31 Mar 2013 04:32 AM PDT TATKALA umur sudah mencecah angka emas, ingatan adalah segala-galanya. Bukan wang ringgit yang mereka cari sebaliknya perhatian sebagai tanda ingatan. Itu yang ketara kelihatan di wajah dua Tan Sri yang sudah menabur jasa dan keringat dalam dunia seni masing-masing. Tan Sri Jins Shamsudin ialah anak kelahiran Perak yang sebati dalam dunia lakonan. Begitu juga dengan Tan Sri SM Salim yang sehingga kini menjadi penghibur jiwa dengan suaranya yang tersendiri. Kini mereka sedang meniti hari tua bersama keluarga dengan keadaan kesihatan yang seiring usia. Jins hilang memori Jins masih berdiri tegap manakala pakaiannya kemas melekat pada tubuhnya. Berkemeja dan berseluar panjang, lelaki yang berumur 78 tahun itu tersenyum tatkala disapa tetamu yang hadir ke rumah. Dahulu, riuh rumah Jins dengan suaranya mengalu-alukan kedatangan tetamu namun kini hanya tetamu menyapa namanya. Tiada balasan selain senyuman dan jemputan masuk. Dia jelas sudah hilang memori terhadap nama-nama yang pernah rapat dengan dirinya. Mewakili Yayasan 1 Malaysia, nama-nama besar seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk DJ Dave, Datuk M. Daud Kilau, Nancie Foo dan Nash, mereka meluangkan waktu bertemu dengan seseorang yang sesuai digelar guru. Mereka juga menjadi wakil bagi menghulurkan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada insan seni yang mereka hormati sejajar dengan penubuhan Yayasan itu sejak 11 November 2012.
Walaupun nama para tetamunya sudah luput daripada ingatan Jins, mereka tetap bergurau seperti biasa dan mendengar kata-kata yang hanya sekali sekala keluar daripada mulut aktor yang sinonim dengan watak ejen perisik Jefri Zain. Selebihnya sang isteri, Puan Sri Halijah Abdullah, 54, kini menjadi suara Jins lantaran beliau diserang penyakit Alzheimer. Sekali sekala, anaknya, Hang Nadim menambah fakta sekiranya Jins yang terdiam, memandang dengan pandangan kosong. "Dia tidak cam walaupun muka sendiri di kaca televisyen. Katanya nama orang yang di dalam televisyen itu lain dengan dirinya. Tempoh hari, Noorkumalasari datang pun dia tidak ingat sedangkan itu kegemaran dia," ujar Halijah tentang suaminya. Disoal tentang tahap kesihatan Jins, Halijah tersenyum sambil memanjat syukur. Penghulu keluarga mereka itu sedang diuji Allah. Cuma sebulan sekali, Jins dibawa ke Temerloh, Pahang untuk urutan di bahagian tangan. "Aktivitinya pagi-pagi kami akan berjalan di sekitar kawasan rumah selama 15 minit. Bawa naik bukit dan kena cahaya matahari pagi. Kemudian dia akan tengok televisyen atau berbaring. Jins juga gemar membaca surat khabar dan akan mengambil masa sejam untuk membaca semua berita. Sekali sekala Nadim akan bawa dia menonton wayang. Dia tonton tapi dalam pandangan yang kosong," tambah Halijah. Kesibukan dan terlampau fokus kepada kerja menjadi penyumbang kepada kehilangan memori Jins kepada peristiwa silam. Yang diingati adalah zaman Jalan Ampas dan Finas, selebihnya memorinya terendam bersama waktu berlalu. "P. Ramlee itu guru saya," tiba-tiba Jins bersuara sekali gus membuat semua memandangnya. Dia kemudian menyambung renungan entah ke mana. Jins pernah melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School pada tahun 1970-1972 dan menerima diploma dengan kelas pertama. Pada tahun 1999, dia menerima Ijazah Kehormat Sarjana Persuratan daripada Universiti Sains Malaysia. Pada 24 Mac 2010 pula, Jins menerima Ijazah doktor falsafah (PhD) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) sempena konvokesyen ke-23. "Begitulah dia, cakapnya memang sedikit dan memang sejak azali begitu. Dia tidak mahu bercakap kalau bukan hal yang mustahak. Dia lebih gemar membaca. Dulu kalau diajak bercuti pun dia enggan. Saya bersyukur dengan kesihatannya. Melihat pada satu sudut, walaupun diserang Alzheimer tetapi sekurang-kurangnya kami sudah dapat dia kembali. Dulu selalunya dia tiada di rumah," senyum Halijah sebelum tetamu beredar langkah. Mahu menyanyi Sedikit berbeza dengan Jins, SM Salim menyambut tetamunya dengan air mata. Air mata SM Salim jatuh tatkala sampul surat berserta cek sampai di tangannya. SM Salim tidak putus-putus mengucapkan terima kasih atas kunjungan rakan seperjuangannya tatkala dia kini berkerusi roda. Tidak lama dia menyimpan emosi itu kerana tidak mahu semua yang hadir hanyut dalam tangisan. Dia tersenyum menyambung lawak jenaka. Ujar Datuk DJ Dave, SM Salim tidak pernah gagal membuat semua yang dekat dengan dirinya ketawa dan sikap itulah sebenarnya yang membuatkan penyanyi berusia 84 tahun itu terus sihat dan kelihatan segar. "Saya ni sihat-sihat orang tua. Tangan dan kaki susah sedikit nak digerakkan. Jadi kalau mahu makan, kena pakai sudu," kata Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang mencipta tapak dalam dunia seni sebagai penyampai radio. "Saya sangat berbesar hati dengan rombongan ini. Saya fikir orang tidak ingat dan saya tidak sangka akan dapat duit banyak. Ingatkan semua dah tak peduli," katanya yang terharu dengan rombongan Yayasan Artis 1 Malaysia yang hadir ke rumahnya di Sering Ukay, Ampang, Kuala Lumpur. Didampingi nama-nama yang sama-sama berjuang atas nama seni, SM Salim sempat meluahkan rasa. Keinginannya untuk menyanyi semula disuarakan. "Saya sebenarnya gian mahu menyanyi. Magisnya bila menyanyi sahaja keadaan saya terus jadi baik. Aktiviti saya sekarang kalau duduk sendiri, saya akan pasang balik lagu-lagu saya dan dengar di mana salah saya menyanyi dalam rakaman tersebut," luahnya yang ketara kedengaran rindu dengan dunia nyanyian pentas dan rakaman. Sudah darah anak seni, segala yang terjadi dalam cabang dunianya menjadi perhatian dan tatapan. Dari atas kerusi roda, SM Salim menjadi pemerhati. Ujarnya penuh ikhlas akan kekhilafan yang dilakukan penyanyi sekarang yang jelas di matanya. "Penyanyi sekarang banyak nyanyi tidak betul. Lirik tidak kena dan begitu juga suara. Kalaulah bukan kerana cetak rompak dulu, sekarang kita sudah kaya raya. Filem pun sama juga pergerakannya," luah hati seorang biduan yang sudah berangkai ratusan lagu-lagunya dalam rakaman. "Saya kalau menyanyi sambil duduk, nyanyian saya bagus. Tetapi kalau berdiri tidak bagus," jujurnya yang ketara memang mahu menyanyi dan menghibur semula. Sebelum tetamu berundur pulang, dia memberi hadiah istimewa walau sekejap cuma. Bait-bait lagu Pasir Roboh dinyanyikan seketika. Sesekali dia berhenti sebelum menyambung nyanyian. Jelas dia rindu, serindu pencinta suaranya. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:31 AM PDT
KEPUTUSAN untuk seorang anak band membawa imej solo bukan sesuatu mudah. Namun situasi itu sudah ditempuhi pejuang muzik terdahulu. Penyanyi terkenal termasuk Amy, Awie, Ramli Sarip dan Hattan juga pernah keluar daripada kumpulan masing-masing untuk bergerak solo. Tidak terkecuali dengan Azlan yang suatu masa dahulu menjadi vokalis Meet Uncle Hussein. Dia kini bergerak sendiri bersama kumpulan The Typewriter. Bukan mudah membawa hala tuju dan bereksperimen terhadap khalayak yang baharu namun kelainan pasti menghadiahkan kepuasan yang dicari. Mungkin itulah resipi kejayaan yang ditempa Azlan kini. Perlahan-lahan tetapi pasti. Badi nama Tidak dapat dipadam dalam sejarah bahawa Azlan pernah menjadi vokalis bagi sebuah grup yang menjuarai Anugerah Juara Lagu 2008 melalui lagu berjudul Lagu Untukmu. Seperti badi yang terbiasa kena pada anak-anak grup, atas nama ketidakserasian, Azlan atau nama sebenarnya Norazlan Roslee keluar daripada grup yang mengajarnya sepak terajang kehidupan seninya. Pada awalnya, perhatian terhadap dirinya sekadar suam kuku, tapi lama-kelamaan dia acap mencuri perhatian. Dia membina grup pemuzik sendiri, menjadikan tembok baharu bagi dia mendaki istana muzik dengan tentera baharu. Bersama pemuzik yang digelarkan The Typewriter, mereka mengorak langkah mencari ruang baharu dengan muzik yang ternyata berbeza daripada dahulu. Awalnya jalan sukar itu harus ditempuh Azlan bagi bangkit dengan sebuah penjenamaan baharu. Bukan mudah walau khalayak sudah masak dengan ketinggian dan kualiti vokalnya. "Mula-mula dulu memang susah. Pendengar lambat terima perubahan muzik. Nak kata lagu yang menaikkan nama Azlan & The Typewriter ialah Idola. Tetapi setelah kemenangan di Anugerah Juara Lagu 27, lagu itu agak meningkat," ujar si pemegang tampuk tempat kedua yang kalah di tangan melodi Yuna dengan lagu Terukir Di Bintang ini. Namun jalan yang hampir sama pernah dilalui Azlan sewaktu menjadi vokalis band terdahulu. Kira-kira 10 tahun lalu, Azlan berjuang dengan muziknya daripada satu gig ke gig yang lain. Waktu itu, hanya segelintir pengunjung kelab tegar mengenalinya. Setara dengan kesungguhan dan ketahanan yang dibawa dalam jati dirinya, nama Azlan sudah jadi salah satu sebutan bagi vokalis lelaki dengan suara yang cukup mengagumkan. Walaupun namanya semakin bersinar namun Azlan masih seperti dirinya yang tunduk ke bumi dan menghormati khalayak.
Muzik pintar "Kalau sebut penerimaan umum, kita sebenarnya ada perancangan pemasaran. Mungkin Azlan & The Typewriter nampak perlahan di kaca televisyen tetapi kita banyak juga dapat tawaran persembahan di luar. Jujurnya sukar juga muncul di televisyen sebab selalunya kami akan bikin persembahan dengan cara chaos. Kalau di luar lebih bebas," gelaknya tentang komentar kelibat mereka agak jarang dilihat secara umum. Selepas memikat para pendengar sekarang dengan lagu Idola dan Tanda Tanya, grup ini bakal keluar dengan single baharu kelak. Ujar Azlan, lagu kali ini akan diberikan suntikan komersial tapi masih bereksperimen. "Kita masukkan elemen komersial kerana kita sudah buat penyelidikan tentang single pertama dulu iaitu Kelibat Si Pari-Pari. Lagu itu terlalu jauh untuk pendengar sekarang. Mungkin tahun 2020 baru boleh diterima. Tetapi sebenarnya kami mahu mendidik pendengar terutamanya budak kecil dan muda," pandang jauh Azlan dalam senario muzik diluahkan. Langkah yang berlainan serta berpandangan jauh sudah tentunya relatif dengan risiko. Azlan sedar bahawa risiko besar menanti masa depan dan perjalanannya dalam menadahkan lagu-lagu yang diberikan nafas advance buat khalayak. Tetapi itulah namanya hidup. "Kita kena bergerak, tidak boleh duduk sahaja di takuk lama dan jangan takut risiko," katanya. Lagu-lagu dengan sentuhan eksperimen itu juga memerlukan pengorbanan yang sudah tentunya berkaitan dengan masa. "Saya boleh katakan bahawa kami sedang berkorban dengan masa. Khalayak tidak perlu terima awal muzik kami kalau mereka tidak boleh terima dan rasakannya. Muzik kami memakan masa tetapi itulah perjuangan Azlan & The Typewriter," senyum ayah kepada seorang puteri itu. Berlawan dengan masa dan faham akan erti penerimaan khalayak, tegas Azlan, grupnya punya arah tuju yang jelas. "Jauh lagi jalan kami. Jujurnya kami tidak sasarkan lagu-lagu kami diterima oleh orang yang berusia. Kami lebih tumpukan kepada budak-budak sekolah yang sedang membesar. Nanti mereka akan membesar dan bergerak dengan persembahan muzik kami, itu yang kami mahu," jelasnya tentang revolusi muzik yang sedang mereka jalani.
"Muzik cerdikkan otak. Muzik sekarang membuatkan khalayak perlu berfikir. Ini disebut muzik pintar dan orang Eropah sudah melakukannya terlebih dahulu," luah Azlan tentang perjalanan muzik dan lagunya yang mungkin masih janggal di telinga umum terutamanya marhaen. Dengan formasi grup yang terkini, Azlan yakin misi dan visinya dalam bergelar anak band akan terlaksana. Dia kini ditemani Andy (gitaris), Kee (gita kedua), Zack (dram) dan Man (bass) dalam setiap langkah studio dan persembahannya. "Kami makin fokus dan setiap anggota memberikan input ke dalam naskhah serta persembahan. Hubungan kimia berjalan dengan baik. Kami malah makin matang dalam bermuzik. Apa yang paling penting ialah komunikasi kerana itulah punca untuk mengelak perbalahan," ujarnya yang banyak belajar daripada masa lalu. | |||
Pelan selamatkan Istana Budaya Posted: 31 Mar 2013 04:29 AM PDT BANGUNAN beratap limas rona biru yang tersergam di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu tampak kebal. Bukan sahaja fizikalnya ampuh malah pengisian bangunan yang dikenali sebagai Istana Budaya itu bukan calang-calang. Namun sejak kebelakangan ini, institusi yang selama ini menjadi ikon kesenian berprestij negara itu semakin dipertikaikan terutama dalam aspek pemilihan kandungan. Bermula dengan pengunduran Muzikal Ombak Rindu yang sepatutnya masuk panggung pada Februari lalu, satu demi satu program berskala mega bertindak menarik diri daripada Panggung Sari. Tamat fasa pertama tahun 2013, Upin dan Ipin menjadi produksi terbaharu yang secara rasminya sudah mengemukakan kata putus untuk tidak akan menemui penonton di Istana Budaya dalam waktu terdekat. "Kita sudah ada pengganti Upin & Ipin. Lawak Ke Der 3 dijanjikan masuk ke Istana Budaya pada pertengahan April nanti. Tapi, kita faham tarikh dan masa terlalu singkat untuk persediaan dari segi fizikal dan kewangan, lalu Lawak Ke Der 3 juga tidak akan dipentaskan dalam waktu terdekat. "Cuma apa yang melegakan kami ialah setiap produksi yang menarik diri biasanya akan memberi kata putus awal. Mereka lebih bertanggungjawab dengan memaklumkan sebarang perubahan daripada jadual asal sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan awal," kata Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Juhari Shaarani ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini. Sehingga hujung minggu lalu, meja pengurusan Istana Budaya sudah mengesahkan pengunduran tiga pementasan besar iaitu Muzikal Ombak Rindu, Upin & Ipin, Lawak Ke Der 3 dan Tirai Merah. "Tirai Merah sepatutnya dipentaskan pada Jun nanti dengan pelakon Tiz Zaqyah dan Adi Putra sebagai tunjang utama. Sayangnya Tirai Merah juga tidak dapat dipentaskan tahun ini. "Pementasan yang masih bertahan untuk dipentaskan ialah teater Chow Kit Road (Mei). Tapi sampai sekarang produksi itu berdepan masalah penajaan," jelas Juhari yang mesra disapa Abang Joe dalam kalangan petugas media. "Pihak kami juga sudah menerima dan meluluskan permohonan produksi teater Nyonya daripada CTRA Production yang diterajui Siti Rohayah Atan. Teater Nyonya menjadi bidan terjun menggantikan Upin & Ipin yang tidak dapat diteruskan oleh produksi berkenaan. Harap teater Nyonya yang dijadualkan pada Jun ini tidak akan berdepan masalah," jelas Juhari lagi. Ketawa sebelum menguraikan punca kepada pertukaran jadual, penundaan serta pengunduran produksi besar daripada meneruskan pementasan, kata Juhari: "Ini antara kekalutan dalam industri seni. Ini baharu di Istana Budaya. Ia antara kesan politik semasa. Penerbit dan penaja takut untuk memberi komitmen kepada pementasan teater." Sebagai sebuah agensi kerajaan, Juhari juga akur bahawa sikap tidak menetapkan bayaran yang mahal sebagai pendahuluan kepada mana-mana syarikat yang menempah tarikh program di Istana Budaya mungkin antara faktor yang menyebabkan mudahnya berlaku penundaan atau pembatalan program di situ. "Kami hanya mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sebagai wang deposit. Cuma saya lebih kesal apabila pembatalan program itu datangnya daripada syarikat yang mempunyai profil yang kukuh dalam pementasan teater. Tapi bila masalah itu berkaitan penajaan dan kewangan, memang tak boleh dielak," tambah Juhari. Sambil memberitahu bahawa Istana Budaya juga diaudit Jabatan Audit Negara berhubung pengaliran wang keluar dan masuk. "Nasib baik kami tidak dipersalahkan atas kegagalan beberapa produksi yang masih hutang pembayaran wang gara-gara persembahan tidak mendapat sambutan," katanya. Produksi yang dimaksudkan itu termasuklah Keno Production yang mementaskan Semerah Padi pada 2011 dan Creative Partnership Sdn. Bhd. (Terima Kasih Cinta) juga pada tahun sama. "Apa yang berlaku tahun ini sebenarnya pernah berlaku pada dua tahun lepas. Tahun lepas juga, kami pernah berehat tanpa program selama sebulan. Sebab itulah Istana Budaya kena ada pelan B. Macam penganjuran Konsert Gegar 5 Legenda yang diterbitkan bagi menggantikan Muzikal Ombak Rindu. Sesuatu agak mengejutkan juga apabila konsert lima vokalis handalan itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. "Untuk tiga malam persembahan, Konsert Gegar 5 Legenda berjaya mencatat kutipan tiket sebanyak RM160,000. Itu satu kejayaan memandangkan tiket konsert tidaklah mahal," katanya.
Konsert bertakhta Bercerita lanjut memikirkan kelestarian program-program eksklusif untuk tahun ini, Juhari tidak menyangkal bahawa program berbentuk konsert ternyata mempunyai pengikut dan tarikan yang hebat. "Kami jarang berdepan masalah membabitkan penganjuran konsert. Jualan tiket juga tidak mendatangkan sebarang masalah. Dalam jadual Istana Budaya sekarang ada tiga buah konsert besar menunggu termasuklah Wings, Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir," jelas Juhari sambil mengimbau semula penjualan tiket untuk sebuah konsert Datuk Siti Nurhaliza yang habis hanya dalam tempoh dua hari sahaja. Untuk Rockestra Wings yang akan dipentaskan pada selama empat hari mulai 26 April nanti, tiket-tiket bermula daripada harga RM66 masih dijual. Biarpun tiada penajaan daripada mana-mana syarikat gergasi namun konsert itu masih berkemampuan menjanjikan yang terbaik untuk peminat rock tanah air. Selain anggota Wings yang terdiri daripada Awie, Joe, Black dan Eddie, kali ini Wings turut menampilkan dua gitaris handalan iaitu Ian Antono dari Indonesia dan Hillary Ang sebagai pemuzik undangan. Lega namun dalam masa, Juhari sebenarnya bimbang. Dia tidak mahu Istana Budaya dilihat lebih berjaya sebagai pentas untuk konsert semata-mata. Harapannya, kecintaan produksi teater untuk kembali mementaskan sebuah karya besar di Istana Budaya akan kembali pulih menjelang selesai pilihan raya akan datang. | |||
Selamat datang ke rimba, Guns N' Roses Posted: 31 Mar 2013 04:28 AM PDT GRUP Guns N' Roses merupakan sebuah kugiran paling berpengaruh tatkala ia masih dianggotai Axl Rose, Slash, Izzy Stradlin, Duff McKagan dan Steven Adler. Selama tujuh tahun formasi ini bertahan, setiap cerita liar kelima-lima mereka ini terpahat di dalam kisah legenda rock n' roll di Los Angeles. Kini, Guns N' Roses (GnR) bagaikan sebuah nama francais tersohor dalam perniagaan muzik rock berikutan katalog lagunya yang masih laris. Daripada lima formasi asal, hanya tinggal Axl Rose yang mahu mempertahankan ideologi muzik Guns N' Roses. Memasuki era baharu, GnR menghadapi krisis pertukaran ahli, rakaman album dan perniagaan. Melihat sebagai satu peluang, Axl membeli hak cipta penuh nama GnR. Dia kemudian mengambil alih pentadbiran kugiran ini dengan memegang sepenuhnya pentadbiran dan pengurusan. Detik turut menyaksikan perbalahan dengan pengurus, ahli asal serta pengurusan syarikat rakaman. Axl yang terkenal dengan sikap panas baran dan berkepala angin mahu semua ahli mengikut perancangannya maka daripada sinilah GnR memasuki fasa baharu. Guns N' Roses kini dianggotai Richard Fortus, Ron 'Bumblefoot' Thal, DJ Ashba, Tommy Stinson, Chris Pitman, Frank Ferrer dan Dizzy Reed. Barisan ini merupakan pemuzik profesional yang diyakini mampu meneruskan ideologi muzik fasa baharu GnR. Seperti kejutan kontroversi perlumbaan F1 membabitkan kumpulan Red Bull, ramai juga peminat-peminat meramalkan bakal ada kontroversi tersendiri daripada pasukan GnR. Ia ditokok dengan perangai besar kepala Axl yang suka melewat-lewat masa persembahan. Nyata ramalan ini meleset kerana, Axl tiba tepat pada masa, dan konsert bermula jam 8.15 malam setelah selesai persembahan kumpulan pembuka Estranged dan Twilight Action Girl. Lagu Chinese Democracy dimulakan bersama petikan liar DJ Ashba bersama gitar Les Paul yang benar-benar memanah telinga dan mempesona mata. Apabila ketukan dram Frank masuk, lantas Axl dan anggota yang selebihnya memasuki pentas bersama iringan bunga api dan kesan khas yang memancing perhatian semua penonton. Jelas kelihatan aura bintang rock Axl masih lagi utuh dengan pemakaian kostum klasik seorang rocker. Topi koboi yang dipadankan bersama bandana merah di kepala, jaket kulit hitam, jean lusuh koyak bertampal bersama kain sapu tangan yang terselit di belakang poket denim. Tidak cukup dengan itu Axl turut menyarung kasut koboi tumit tinggi serta aksesori tambahan seperti gelang, cincin dan rantai. Persembahan selama 150 minit itu berlangsung tanpa sebarang kecacatan. Pemilihan 28 buah lagu cukup memuaskan cita rasa semua peminat di Malaysia. Hanya empat lagu dari album terbaharu yang dimainkan dengan selebihnya adalah lagu kegemaran ramai sewaktu GnR berada di puncak. Vokal serta aksi pentas Axl, tidak perlu dipertikaikan lagi kerana ia berada di tahap yang tinggi. Axl yang memiliki vokal lapan nada oktaf mempamerkan kualiti yang cukup mengagumkan ketika menyanyikan lagu bernada tinggi seperti Knocking On Heaven's Door, Welcome to the jungle, Estranged, This I Love dan sudah pasti lagu wajib kegemaran ramai November Rain. Baru sahaja mencecah umur 51, stamina Axl masih terjaga walau kadang kelihatan dia akan mundar-mandir ke belakang pentas untuk menyedut oksigen. Rata-rata peminat setia pasti boleh mengenali pemain piano tinggi lampai Dizzy Reed. Hanya dia sahaja satu-satunya alumni GnR dari era Use Your Illusion yang setia bersama Axl. Tidak kalah dengan pesonanya yang istimewa, Dizzy turut tidak segan silu mempamerkan bakat semula jadi bermain piano. Berbekalkan lagu utama Led Zeppelin, Dizzy menyihir penonton dengan gaya tersendiri lagu No Quarter versi kumpulan Tool. Aksi Ron pasti akan diingati ramai kerana kesungguhan dan ketelitian dia dalam permainan gitarnya. Sudah menjadi tradisi rasmi Ron untuk memainkan lagu kebangsaan setiap negara yang mereka kunjungi. Maka sebelum memainkan lagu balada fenomena Don't Cry, Ron dengan selamba memainkan melodi Negaraku secara instrumental. Ini membuatkan ramai peminat naik histeria menyanyi penuh perasaan serta menjerit puas tanda setuju kepada tindakan Ron yang cukup istimewa. Daripada sudut pandangan visual, ketiga-tiga pemain gitar GnR memiliki aura personaliti yang tersendiri. Mungkin setiap dari mereka tidak mampu menyaingi impak visual pemain asal seperti Slash, Izzy dan Gilby tetapi daripada kemampuan teknikal, adalah setara. Richard Fortus yang gayanya kelihatan persis Izzy mantap bersama gitar Fender Telecaster dan Gibson Hollowbody 335. Richard yang selasa di posisi gitar 'rhythm' banyak memenuhkan ruangan dengan bunyi yang kemas serta terjaga rapi. DJ Ashba yang jelas mengambil posisi Slash, tampil sedikit berbeza dengan mengenakan topi kecil. Dia cenderung melakukan gitar solo yang kedengaran sedikit lain dari petikan yang asli. Setia bersama gitar Gibson Les Paul custom, DJ Ashba nampaknya mencuba sedaya upaya mencipta identiti tersendiri daripada terlalu kerap dibandingkan permainannya dengan gaya Slash. Lagu saduran tersohor Knocking on Heaven's Door dinyanyikan Axl dengan penuh perasaan dan emosi. Axl sendiri secara peribadi menghadiahkan lagu ini kepada mendiang ayah pembantu peribadinya, Beta Lebies yang setia menguruskan kerjaya Axl daripada awal sehinggalah kini. Beta mendapat berita kematian ayahnya pada Sabtu, sehari sebelum mereka berkonsert. Lagu wajib Paradise City, menjadi penutup terbaik kepada setiap konsert GnR walau di mana sahaja mereka berada. Tidak ketinggalan di tapak helipad Sepang ini, Axl serta pemuzik upahannya melabuhkan tirai bersama lagu penutup album Appetite For Destruction dengan penuh intensiti. Kepuasan jelas sekali terpancar kepada semua peminat tegar GnR kerana displin, dedikasi serta kasih yang tak berbelah bagi dari semua anggota dan kru kumpulan ini. | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:27 AM PDT
BERMULA dengan filem Kad Cinta pada tahun 1995 dan mungkin kali terakhir menerusi drama Supermak dua tahun lalu, kelibat Nasha Aziz menerusi naskhah popular sejak akhir-akhir ini sukar dipintas. Sikap selektif Nasha ternyata sementara sebaliknya dia kekal meletakkan seluruh jiwa terhadap setiap langkah seninya. Sementelah kestabilan karier serta kematangan usia menjadikan Nasha persis tidak terusik auranya biar dikelilingi puluhan muka baharu. Buat peminat yang merindui keletah supermodel itu, Nasha menjanjikan sesuatu yang istimewa. Kata Nasha, biarlah dia jarang-jarang muncul di televisyen atau layar lebar asalkan produk yang disertainya itu memberikan impak, bukan sekadar tangkap muat. Berbangga dan penting lagi gembira dengan pengalaman yang dilalui, akui Nasha, dia seronok kerana diberi peluang berlakon menerusi Maskara. "Saya sukakan drama itu ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada wanita lain supaya terus kuat jika berdepan masalah," katanya yang melakonkan watak seorang ibu tunggal, Liza. Wanita berumur 30-an itu berjuang untuk mempertahankan hak wanita demi membesarkan anak dan mencari sesuatu yang lebih harmoni dalam hidupnya. Bagi Nasha, jalan cerita dan konsep yang diketengahkan dalam drama arahan Nizam Zakaria itu sangat menarik. Maskara bukan sekadar komedi atau drama biasa yang mengangkat kisah wanita, tapi ia lebih daripada itu. Maskara bakal menemui penonton menerusi slot Tayangan Perdana setiap Khamis 10 malam di TV1 menjelang pertengahan April ini. Selain Nasha, drama yang menampilkan perjalanan hidup empat wanita dalam mengharungi kehidupan di kota metropolitan menyaksikan Lisa Surihani sebagai Lynn, Anzalna Nasir (Hani) dan Andrea Abdullah (Sue). Kisah jelitawan berumur 42 tahun itu tidak lengkap tanpa dihiasi cerita cintanya dengan jejaka bernama Nur Iman Tang. Lelaki berketurunan Cina itu sering dilihat bersama Nasha bahkan pada satu ketika pernah tersiar cerita kononnya Nasha dan Iman telah sama-sama ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Bertanyakan soalan yang masih belum terungkai itu, cepat-cepat Nasha mengalihkan perhatian. Katanya: "Jangan buat spekulasi awal. Selagi belum ada sebarang ikatan, tiada apa yang istimewa. Kenapa saya tidak boleh ada teman atau kawan sedangkan orang lain boleh? "Kami masih berkawan dan setiap teman harus keluar bersama atau bersembang. Saya rasa saya perlu menjaga hubungan atau persahabatan ini." | |||
Posted: 31 Mar 2013 04:27 AM PDT AKTOR filem Munna Bhai MBBS, Sanjay Dutt dikenakan hukuman penjara selama lima tahun oleh sebuah mahkamah di Mumbai, India setelah didapati bersalah akibat jenayah berat. Dia yang dihadapkan ke Mahkamah Agung India dijatuhkan hukuman itu kerana memiliki sejumlah senjata api. Dia dikehendaki melapor diri dalam tempoh empat minggu bermula minggu lepas. Sanjay didakwa mengikut Akta Senjata Api kerana memiliki sepucuk pistol 9mm dan raifal AK-56. Kes tersebut tertangguh sejak 18 tahun lalu dan dia pernah menjalani hukuman penjara pada 2007. "Saya sengsara hampir 20 tahun dan pernah berada dalam penjara selama 18 bulan (pada 2007). Jika mereka mahu saya sengsara lagi, saya kena kuat. "Sebenarnya saya kecewa kerana isteri, tiga orang anak dan ahli keluarga saya turut menerima hukuman itu bersama-sama. "Namun, saya menghormati sistem perundangan dan menerima hukuman itu walaupun dengan air mata. Saya akan habiskan semua filem secepat mungkin. Saya menghargai jasa semua orang dalam industri, media dan penyokong," kata Sanjay sebak. Sanjay dikatakan memiliki senjata tersebut daripada pengganas yang melakukan serangan bom terburuk di India pada 1993 yang mengorbankan 257 nyawa. Dia kini sedang menjalani penggambaran filem Sher, Zanjeer dan Policegirl. | |||
Naik taraf MIEC untuk LIMA '15 Posted: 31 Mar 2013 04:23 AM PDT LANGKAWI - Kerajaan akan menaik taraf ruang Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini dan kawasan sekitarnya bagi memberi nafas baharu penganjuran Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi pada 2015 (LIMA '15). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu perlu memandangkan peningkatan yang begitu ketara daripada segi pempamer, pedagang dan kehadiran pengunjung yang meningkat setiap kali acara dwitahunan itu diadakan. Katanya, LIMA '15 juga akan diadakan pada Mac bertepatan dengan musim cuti sekolah. "Tahun ini, kita telah membelanjakan sebanyak RM25 juta untuk menaik taraf MIEC. Tahun depan, kita akan menaik taraf ruang pameran, ruang tinjau dan kawasan hadapan MIEC bagi memberi keselesaan kepada pedagang serta pengunjung. "Tahun ini, kita terpaksa melakukan majlis perasmian di luar MIEC kerana kehadiran wakil pempamer bertambah hingga tidak muat untuk menempatkan kesemua mereka di dalam bilik-bilik persidangan," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penutup LIMA '13 di sini semalam. Turut hadir Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ismail Ahmad. | |||
Tanah runtuh timbus 83 pekerja lombong Posted: 31 Mar 2013 03:51 AM PDT BEIJING - Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Tibet pada Jumaat lalu menimbus 83 orang pekerja di sebuah lombong emas. Tanah sebanyak dua juta meter kubik dikatakan runtuh dan menimbus kem pekerja malang terbabit melibatkan kawasan seluas tiga hingga empat kilometer persegi di wilayah Maizhokunggar, timur Lhasa, lapor agensi berita Xinhua. Kira-kira 1,000 anggota polis, bomba dan doktor, bersama 200 buah jentera, peralatan menyelamat serta 15 ekor anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian,. Setakat ini, pasukan penyelamat baru menemui satu mangsa yang terperangkap. Masng merupakan pekerja syarikat China National Gold Group Corporation yang majoritinya berbangsa Han. Presiden China yang baharu, Xi Jinping dan Perdana Menteri China, Li Keqiang mengarahkan supaya operasi menyelamat dilakukan sebaik mungkin. Tanah runtuh itu berlaku sekitar pukul 6 pagi waktu tempatan. Kawasan berbukit di Tibet sememangnya terdedah kepada masalah tanah runtuh berikutan aktiviti perlombongan yang berleluasa. | |||
Posted: 31 Mar 2013 03:49 AM PDT BAYANGKAN, sisa buangan daripada lembu, boleh menjadi pewangi udara. Secara logiknya, mana mungkin najis haiwan herbivor ini boleh menjadikan udara di sekeliling kita menjadi nyaman dan segar. Biasanya, tahi lembu yang berbau busuk ini lebih banyak digunakan sebagai baja organik oleh petani-petani di negara ini. Bagi negara India pula, mereka menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar. Tahi lembu juga dijadikan ketulan mampat yang digunakan untuk membina rumah. Namun, kajian yang dilakukan oleh dua orang pelajar daripada Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki berjaya menghasilkan pewangi udara daripada tahi lembu. Dua pelajar ini akan mewakili Indonesia ke pertandingan The International Environment Project Olympiad (INEPO) yang akan berlangsung pada Mei ini di Istanbul, Turki. Mereka merupakan peserta pertandingan Projek Sains Olympiad Indonesia yang berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Pertandingan disertai oleh hampir 1,000 orang peserta di seluruh Indonesia. Syarat untuk menyertai pertandingan ini ialah, para peserta perlu menggunakan bahan yang mudah didapati di semua negara dan tidak bermusim. Jadi, kedua-dua pelajar itu telah memilih tahi lembu sebagai bahan asas penyelidikan mereka. Pewangi yang dicipta oleh dua pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Muhammadiyah ini sangat mesra alam dan berbau seperti herba. Menurut Nailul, haruman yang dihasilkan mereka mempunyai bau semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan. "Haruman ini mempunyai bau tumbuhan tulen yang menjadi makanan lembu dan bukan kerana bantuan bahan kimia untuk menjadikannya wangi," ujarnya. Nailul dan Rintya melakukan kajian dari aspek pemasaran untuk mengetahui potensi produk yang mereka hasilkan itu boleh dipasarkan. Proses Rintya berkata pewangi tahi lembu ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana kosnya adalah sangat murah, iaitu RM6.70 untuk setiap pek 225 mililiter. "Selain harganya yang murah, pewangi ini juga tidak mengandungi bahan kimia seperti benzo acetat yang berbahaya untuk manusia," jelas Rintya. Proses untuk menghasilkan pewangi ini dimulakan dengan mengumpul tahi lembu untuk proses penapaian. Tahi lembu berkenaan diambil dari ladang lembu yang terletak di Rempit Kabupaten, Jawa Timur. Tahi lembu yang dikumpulkan akan ditapai selama tiga hari. Air yang terhasil daripada proses penapaian ini akan diambil dan dicampurkan dengan air kelapa. Air yang sudah bercampur berkenaan akan diekstrak melalui proses penyulingan secara berperingkat selama tujuh hari. Proses tersebut dilakukan untuk membuang bahan kotor yang terdapat dalam sisa buangan lembu ini. Hasil daripada proses ini, air tersebut berbau seperti rumput segar. Nailul memberitahu bahawa mereka akan mendaftarkan ciptaan mereka ini di bawah Hak Harta Intelek (IPR) kerana tiada lagi produk yang sama didaftarkan. "Jadi, kita ada peluang yang besar untuk mendapatkan hak cipta," jelas Nailul. | |||
Sekolah tahfiz flat Kampung Baru Posted: 31 Mar 2013 03:47 AM PDT
MUNGKIN ramai tidak menyedari Kampung Baru, Kuala Lumpur kini berusia lebih 100 tahun. Uniknya kampung yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu merupakan satu-satunya ikon penempatan utama masyarakat Melayu. Malah, perkampungan ini sarat dengan keunikan tersendiri terutama tradisi memasak dan mengagih bubur lambuk oleh Masjid Jamek, Kampung Baru sepanjang bulan Ramadan. Mengunjungi kampung ini ibarat anda pulang ke kampung halaman. Walaupun dikelilingi pencakar langit namun pandangan mata pasti hinggap ke rumah tradisional. Bagi penghuni Blok A, Flat PKNS, Kampung Baru, Jalan Raja Muda Musa, Kuala Lumpur, mereka tegar melakukan urusan seperti biasa. Flat lebih 20 tingkat ini sama seperti flat-flat lain cuma sering kelihatan kelibat kanak-kanak, remaja dan lelaki dewasa memakai jubah putih lengkap berserban. Alunan suara mereka membaca kitab suci al-Quran di tingkat 4 dan 18 flat tersebut jelas kedengaran memberikan satu persepsi berbeza di kawasan ini. Sebenarnya terdapat sebuah sekolah pondok tahfiz beroperasi di bangunan itu sejak 1995. Individu yang menjadi nadi penggeraknya ialah Ustaz Fadzil Ahmad. Kru Jurnal Khamis lalu berkesempatan menemubual lelaki berjanggut lebat yang yang mahir berbahasa Arab itu. Mengimbau kembali kisah lama, Fadzil yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah menghabiskan masa lebih 10 tahun merantau demi mendalami ilmu agama. "Sebaik sahaja habis sekolah menengah saya mendalami ilmu agama Islam di Selatan Thailand, Bangladesh, Pakistan dan Yemen. Saya tidak ditaja oleh mana-mana pihak. "Cuma di Yemen saya mendapat tajaan penuh sehingga menamatkan pengajian dalam bidang fiqh. Teringat pesanan guru meminta saya mempraktikkan perkara yang sama di negara sendiri," cerita Fadzil. Niatnya, cuma satu iaitu untuk berdakwah. Tambahnya, ilmu yang dipelajari sekiranya tidak disebarkan hanya sia-sia. Menariknya, para pelajar yang belajar di Madrasah Al-Yamani yang diasaskannya di Kampung Baru ini tidak dikenakan sebarang bayaran malah kos penginapan serta makanan semua ditanggungnya. Penyebaran ilmu Kebanyakan pelajarnya terdiri daripada golongan miskin, anak yatim dan mangsa peperangan. Bukan itu sahaja, majoriti pelajar Fadzil berasal dari Bangladesh, Vietnam, Filipina dan Selatan Thailand. "Memang ramai yang pelik kerana zaman moden kini tiada istilah percuma tetapi syukur rezeki yang Allah SWT berikan saya mampu bertahan. "Sebenarnya, ramai yang menyumbang wang sama seperti individu persendirian, korporat dan masyarakat sekeliling. Selain itu, kami juga membuat jualan amal untuk mengumpul dana," cerita Fadzil. Beliau juga ditanya mengapa pusat penyebaran ilmu yang diasaskannya terletak di flat. Tegasnya, bagi seseorang yang menuntut ilmu, soal lokasi bukan persoalan utama tetapi kesungguhan untuk mempelajarinya dan menyebarkan kepada orang lain. "Tempat hanya sekadar wasilah tetapi mereka yang harus fokus. "Jika persekitaran dan teknologi moden serta canggih kesungguhan belajar tidak terlalu ketara kerana dibuai zon selesa," katanya berfalsafah. Terang Fadzil, beliau bersyukur dengan penerimaan masyarakat sekeliling. "Kami sering dijemput untuk mengetuai bacaan tahlil, doa selamat selain menjadi imam surau serta masjid sekitar Kampung Baru. "Pelajar-pelajar juga aktif membantu dalam majlis perkahwinan dan gotong-royong anjuran komuniti flat," ujarnya. Salah satu perbezaan ketara komuniti flat sejak kewujudan madrasah ini ialah pemakaian penduduk flat yang terdiri daripada golongan wanita tidak begitu menjolok mata selain perkara sumbang tidak dilakukan secara terbuka. "Kini sudah berkurangan mungkin kerana segan dengan pelajar pondok dan tahfiz," kata Fadzil tersenyum. Lelaki ini menyewa dua rumah di tingkat 4 untuk 37 orang penuntut tahfiz manakala tiga rumah lagi di tingkat 18 untuk penginapan serta lokasi pelajar dewasa mengikuti pengajian pondok. Umur para pelajar sekitar tujuh hingga 40 tahun. Tempoh pengajian bagi pengajian pondok selama tujuh tahun manakala bagi tahfiz pula selama tiga tahun. Bermain bola Kebiasaannya, penuntut yang mendapat keputusan cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang pengajian Islam di universiti sekitar Yemen dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak universiti. Lelaki berusia 46 tahun ini bersyukur kerana terdapat enam orang pembantu yang membantunya menyelia madrasah. "Para pelajar sendiri tidak dibenarkan keluar dari flat walaupun untuk berada di tingkat bawah. Selain itu jadual dipenuhi dengan sesi pengajian bermula selepas sarapan pagi hingga 11.45 malam. "Malah, mereka tidak dibekalkan dengan komputer atau televisyen selain tidak boleh membawa telefon bimbit. Bukan untuk meminggirkan kepentingan teknologi cuma berharap mereka fokus dengan pelajaran. "Tetapi, setiap Ahad mereka bercuti dan kesempatan itu boleh digunakan untuk menelefon keluarga. Cuti jangka masa panjang pula pada awal Ramadan sehingga Hari Raya Aidilfitri," jelas Fadzil. Tambahnya, kebanyakan pelajar sekolah pondok dan tahfiz akan bermain bola sepak di padang berhampiran setiap Ahad. Bagi Ahmad Yusuf, 25, yang berasal dari Ho Chi Minh, Vietnam, dia menuntut di madrasah itu sejak dua tahun lalu. Ahmad agak mahir berbicara bahasa Melayu walaupun pekat telor Vietnam sehingga tersasul mendakwa umurnya sudah 50 tahun. "Saya bersyukur kerana dapat belajar di sini kerana di Vietnam kurang pusat pengajian Islam. "Suasana di sini agak meriah kerana terdapat ramai rakan-rakan dari negara lain seperti Thailand, Kemboja, Bangladesh dan Filipina," terangnya. Pendapat Ahmad turut dikongsi Abdul Karim Abdul Rahman, 24, yang berasal dari Kepulauan Moro di Filipina. "Di negara saya sendiri agak kurang sekolah tahfiz dan sekolah pondok secara formal. Kebanyakan kami belajar ilmu agama secara persendirian. "Madrasah ini lengkap dengan sistem pembelajaran dan pengajian yang sempurna termasuk buku-buku terkini. "Waktu yang diisi dengan padat membuatkan kami agak sibuk. "Kesibukan itu sendiri sebenarnya agak baik untuk menghalang kita melakukan perbuatan yang tidak berfaedah," katanya. Bagi Omar Ashabk, 17, yang berasal dari Kazakhstan, dia bangga negara ini subur dengan pusat-pusat pengajian Islam. "Di Malaysia terlalu banyak institusi berkaitan pengajian agama Islam termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. "Pentingnya individu itu sendiri yang ingin belajar. Kami di Kazakhstan masih baru untuk mengenal Islam lebih mendalam kerana tekanan semasa penjajahan Soviet dahulu," katanya. Omar juga ingin membuka pusat tahfiz di negaranya sebaik sahaja tamat pengajian kelak. Ahmad Uwais Qarni, 16, yang berasal dari Bachok, Kelantan telah empat tahun belajar tahfiz di madrasah ini. "Seronok kerana persekitarannya cukup berbeza iaitu belajar di dalam flat sehingga sering dipanggil ustaz oleh penduduk sekeliling," katanya sambil tersenyum. | |||
Posted: 31 Mar 2013 03:45 AM PDT MIANG pokok buluh boleh menyebabkan kegatalan jika tidak kena cara memegangnya. Namun, tumbuhan yang banyak terdapat di negara ini sebenarnya mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi yang bermanfaat untuk manusia. Malah, buluh yang sama keluarga dengan rumput itu turut enak jika rebungnya dimasak gulai. Bagi orang Melayu di Negeri Sembilan, Perak dan Pahang, hari raya pasti tidak lengkap tanpa lemang. Bukan itu sahaja tarikan tersendiri tumbuhan ini. Buluh digunakan secara meluas untuk pembinaan jambatan, rumah selain akar dan daunnya didakwa berkhasiat untuk merawat beberapa penyakit. Ironi, buluh digunakan secara meluas sebagai bahan utama Jambatan Sinchuan, China yang kini berusia lebih 1,000 tahun. Selain itu, kediaman yang diperbuat daripada buluh tidak mudah roboh atau musnah apabila dirempuh gempa bumi kerana sifat elastiknya. Kini, terdapat lebih 1 billion penduduk di seluruh dunia menggunakannya untuk membina rumah. Namun, bagi dua adik-beradik, Shazila dan Shahiza Ghazi, mereka memaksimumkan buluh dengan cara tersendiri dengan diterjemahkan dalam bentuk produk fabrik seperti pakaian, tuala, alas lantai serta tudung. Malah, syarikat milik mereka iaitu Bamboo Malaysia Sdn. Bhd. yang ditubuhkan pada 2009 menjadi tempat dua wanita ini bereksperimen dengan buluh sehingga dijadikan pakaian dalam lelaki dan juga wanita. Bertempat di Plaza Mont Kiara, kedua-dua wanita ini teruja menceritakan erti buluh kepada kru Jurnal. Menurut Shazila yang tampil menarik memakai baju-T berwarna merah yang bahannya diperbuat daripada 70 peratus buluh. Idea itu mula dijana dalam bentuk komersial oleh ayahnya, seorang bekas senator, Datuk Ghazi Ramli. "Ayah menubuhkan Yayasan Inovasi Alam Sekitar Global (GIEF) pada 2010 yang memberi tumpuan kepada pembangunan kreativiti dan inovasi berasaskan buluh. "Menerusi GIEF, beliau mewujudkan Dunia Bambu yang menekankan kepada penggunaan buluh untuk produk makanan, perlindungan, pakaian, hiburan dan pengangkutan," cerita Shazila dengan nada teruja. Tambahnya, dia dan adiknya, Shahiza memperkembangkan idea ayah mereka pula dalam bentuk produk tekstil dan cenderamata. Baju buluh Salah satu keunikan 'idea' mereka ialah baju-T berasaskan buluh. "Baju berasaskan buluh teksturnya agak lembut, selesa dipakai selain mudah dibasuh. Selain itu, anda tidak perlu menggunakan pelembut kain kerana pakaian itu sememangnya lembut dan ringan. "Malah, baju ini juga tidak perlu digosok dengan seterika kerana sifatnya yang elastik," ujarnya. Shazila juga mendakwa baju itu tidak akan berbau hapak walaupun lencun terkena peluh berhari-hari. Adiknya, Shahiza tampil mencelah dengan mendakwa dia menggunakan baju itu selama tiga hari dan nyata masih berbau harum kerana disembur dengan minyak wangi. "Saya sebenarnya malas untuk menggosok baju menggunakan seterika jadi ini satu perkara yang agak praktikal," katanya. Tambah Shahiza, buluh bercirikan anti bakteria, lembut serta teguh. "Sebenarnya, produk tekstil berasaskan buluh telah digunakan secara meluas di China, Australia, Taiwan, Korea dan Jepun. "Mereka menganggap pakaian sedemikian lebih menjaga alam sekitar selain selesa digunakan," ujarnya. Cuma kos untuk produk berkaitan buluh 20 peratus lebih mahal berbanding kapas. Malah, jenis buluh yang sesuai digunakan ialah moso yang hanya terdapat di China, Korea Selatan dan Jepun. Pakai sendiri Shazila memberitahu, sambutan rakyat negara ini masih belum meluas kerana tidak banyak produk berkaitan buluh terdapat di pasaran. Setakat ini, produk mereka hanya dijual secara online atau pameran dan ekspo tertentu. Namun, pelbagai cerita lucu dan komen yang mereka terima daripada pelanggan. "Ramai yang bertanyakan adakah memakai baju atau tuala buluh akan menyebabkan kegatalan dan miang pada tubuh badan. "Selain itu, ada pelanggan yang bertanya sama ada mereka tidak menemui cebisan buluh baju, tudung dan sapu tangan serta tuala," katanya sambil ketawa. Cerita Shazila lagi, ada juga pelanggan lelaki yang segan untuk membeli seluar dalam. "Biasanya kami hanya meletakkan kotak seluar dalam lelaki di rak pameran. Sekiranya mereka ingin membelinya baru kami akan memberikan bersama isi. "Cuma mereka akan berasa malu-malu untuk bertanya apa perbezaan berbanding seluar dalam berasaskan kapas dan getah," ujarnya. Wanita yang masih bujang ini juga bersyukur kerana keluarga, saudara-mara dan rakan-rakannya banyak membantu melariskan jualan produknya. "Tidaklah sampai memaksa mereka membelinya cuma ingin mempromosikannya tanpa sebarang paksaan," katanya. Harga bagi setiap produk antara RM5.90 hingga RM600. | |||
Esiah baca karakter melalui bunga Posted: 31 Mar 2013 03:45 AM PDT SEDIH hati Esiah Kaimun melihat satu persatu kelopak bunga jatuh berguguran memenuhi halaman di rumahnya. Mungkin terlalu sayangkan bunga-bunga kering itu terbuang begitu sahaja, wanita berumur 61 tahun itu mendapat ilham untuk mengusahakan kraf bunga tekap pada 1999. Ketika itu, Esiah baru sahaja kembali ke kampung halamannya di Kampung Lang Tengah, Banting, Selangor setelah berpisah dengan bekas suaminya. Kesedihan akibat jodoh yang tidak panjang bersama bekas suaminya tidak membuatkan Esiah hanya berpeluk tubuh merenung nasib tetapi sebaliknya dia menggunakan masa lapangnya dengan berbakti kepada tanah dan menanam aneka pokok bunga pelbagai warna. "Rasa sayang pula apabila melihat bunga-bunga dan daun-daun kering bertaburan di halaman rumah. Hendak menjaga pokok bunga bukan mudah tetapi apabila ia layu dan kering, terpaksa dibuang begitu sahaja. Ketika itulah terdetik di hati saya untuk mengeringkan bunga-bunga itu kerana saya percaya pasti ada pulangannya nanti. "Saya ambil kesemua bunga yang gugur itu dan mengeringkannya di dalam buku sebagaimana yang pernah dilakukan semasa alam persekolahan dahulu. Tetapi seiring dengan teknologi, kini bunga-bunga itu boleh dikeringkan menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk mempercepatkan proses pengeringan. "Setelah kering, saya menggunakan kreativiti sendiri dengan menyusun bunga-bunga dan daun-daun pokok sehingga terhasilnya kraf bunga tekap," ujarnya yang menyertai satu pameran anjuran Tourism Selangor di Beijing, China pada tahun lalu. Ibu kepada tiga orang anak itu memberitahu, awalnya, hasil bunga tekapnya itu dihantar ke Jabatan Pertanian Daerah Kuala Langat. Melihatkan kepada hasil kraf ciptaannya yang berpotensi tinggi untuk dimajukan, Esiah kemudiannya dihantar menjalani kursus di Kalumpang, Tanjung Malim, Perak bagi memperkukuhkan lagi kemahirannya. Daya imaginasi Bermula dari situlah hidup Esiah kembali bersinar apabila hasil rekaan bunga tekapnya semakin berkembang malah produknya itu pernah dipasarkan ke luar negara. "Menghasilkan bunga tekap sebagai kerja kraf memerlukan kesabaran, komitmen, kemahiran dan minat yang mendalam. "Ia bukan sesuatu yang mudah kerana banyak menggunakan kreativiti dan imaginasi yang tinggi. Oleh itu, saya mengamalkan beberapa petua untuk menggerakkan daya imaginasi dengan menjaga pemakanan contohnya tidak memakan daging, ayam dan makanan laut. "Saya hanya menggunakan bunga-bunga dan daun seperti orkid, padi, rumput, bunga kertas, bunga raya, bunga ixora dan ranting kayu yang diperoleh di sekitar rumah. Sebenarnya sebelum mulai serius menghasilkan bunga tekap ini, saya terlebih dahulu membuat beberapa kajian mengenai bunga," jelasnya yang menjalankan penyelidikan selama dua tahun. Tambah Esiah, dia juga melakukan terapi minda melalui bunga untuk membaca karakter seseorang. "Jika mereka berada di dalam tekanan, saya akan menyarankan mereka untuk menghasilkan sendiri bunga tekap dan dari situ, saya dapat membaca karakter sebenar mereka. "Selain itu, pelanggan juga boleh memilih pilihan bunga tekap sedia ada yang paling diminatinya untuk saya melakukan terapi minda ke atas mereka," beritahunya yang menggunakan bunga yang dikeringkan, gam polisterin dan kertas sebagai bahan untuk menghasilkan kraf bunga tekap. Hasil kreativitinya pernah mendapat pengiktirafan apabila Esiah pernah muncul johan dalam pertandingan bunga tekap di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) di Melaka. Selain itu, kraf bunga tekapnya turut dipilih sebagai cenderamata terbaik pada Himpunan Sejuta Belia 2012 di Putrajaya. Tuturnya, bagi menghasilkan satu rekaan bunga tekap, seseorang itu perlu mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit bagaimanapun ada juga rekaan mengambil masa sehingga berhari-hari untuk disiapkan. "Selalunya saya memperoleh idea untuk menghasilkan rekaan bunga tekap ketika sedang berkebun dan idea itu akan dicurahkan terus di atas kertas. Hasil produk kraf Esiah yang terdiri daripada penanda buku dan bingkai gambar dijual daripada harga serendah RM3 sehingga mencecah puluhan ribu ringgit mengikut kesukaran untuk menyiapkannya. "Kini saya semakin sibuk dengan jualan bunga tekap dalam ekspo-ekspo jualan selain menjadi tenaga pengajar kemahiran kraf bunga tekap kepada asnaf zakat di Pusat Zakat Selangor dan Kolej Komuniti Kuala Langat," tambahnya sambil memberitahu kelopak bunga yang digunakan mestilah betul-betul kering untuk mengelakkannya ditumbuhi kulat. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |