Sabtu, 13 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Bukan sebab putus cinta

Posted: 11 Apr 2013 09:30 PM PDT

PUTERI SARAH mengakui dia kini tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya, Ammar.


KETIKA melangkah masuk ke Studio Utusan baru-baru ini untuk mengadakan sesi fotografi khas bersama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, ternyata dia kelihatan cukup ayu dengan penampilan baharunya itu.
Bukan itu sahaja, gaya dan aksinya di depan lensa kamera juga begitu menawan dengan pose yang menarik, sesuai dengan statusnya sebagai pelakon dan model.
"Tidak semestinya wanita yang berhijab tidak boleh bergaya atau kelihatan lebih moden.
"Bagi saya, setiap wanita yang berhijab tidak perlu takut untuk tampil cantik, asalkan perlu menutup aurat," ujarnya memulakan bicara.
Berkongsi tentang perubahan yang berlaku terhadap dirinya itu, Sarah menyatakan niatnya untuk berhijab sudah lama terpendam di hati. Namun begitu, ia akhirnya terlaksana kira-kira dua bulan lalu.
Menganggap keputusan yang dibuatnya itu merupakan satu langkah yang cukup tepat, Sarah yang kelihatan cukup ceria sepanjang sesi fotografi menyatakan dia begitu gembira dengan dirinya sekarang.
"Secara kebetulan saya banyak berlakon dalam drama yang memerlukan saya tampil berhijab pada tahun lalu. Apabila mengenakan hijab semasa menjalani penggambaran, saya dapat rasakan keadaan yang cukup tenang dalam diri saya.
"Lama-kelamaan telah timbul kesedaran dalam diri untuk berhijab dan dilakukan secara berperingkat. Kemudian saya telah berhijab sepenuhnya pada bulan Februari lalu," jelasnya.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu berpunca daripada hubungan percintaannya yang telah putus dengan Ammar Alfian.
Tegasnya, segala keputusan yang dibuat itu langsung tidak dipengaruhi dengan perkara tersebut, malah mengakui hidupnya kini lebih tenang dan gembira tanpa kekasih.
"Saya tahu memang ramai yang menyangka saya berhijab kerana putus cinta. Namun begitu, perkara tersebut tidaklah benar kerana saya bertudung atas kerelaan hati sendiri.
PERCINTAANNYA yang gagal disemai bersama Ammar, tegas Puteri Sarah, bukan merupakan punca dia kini berhijab.


"Biarlah apa yang orang nak cakap tentang penampilan saya kerana yang paling penting saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan keluarga juga gembira dengan perubahan ini," ujarnya.
Ketika ditanya tentang kenyataan yang dibuat oleh bekas kekasihnya itu menerusi laman sosial Twitter tentang sindiran terhadap dirinya yang sudah berhijab, Sarah menyatakan dia langsung tidak tahu mengenainya.
Jelasnya, dia sendiri mendapat tahu perkara tersebut apabila membaca laporan sebuah portal baru-baru ini. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu berpanjangan.
"Saya tidak kisah sama ada kenyataannya itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Sekarang ini saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya dan biarlah saya terus dengan kehidupan baharu sekarang ini," ujarnya.
Menurut Sarah, semenjak hubungan percintaannya dengan Ammar putus pada Disember tahun lalu, dia sudah tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya itu.
Tiada pengganti
Memandangkan statusnya yang kini sudah solo setelah hubungan cintanya putus di tengah jalan, Sarah turut ditebak sama ada dia sudah menemui pengganti yang mengisi kekosongan hatinya.
Menjawab tentang persoalan tersebut, pelakon itu secara terus terang masih belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai, malah dia sendiri tidak mahu terburu-buru untuk kembali bercinta.
"Sekarang saya rasa selesa kerana tidak lagi rasa terkongkong dan bebas untuk melakukan apa sahaja yang saya suka. Kini, hidup saya tidak lagi terikat dan terlalu tertumpu kepada cinta seperti sebelum ini.
"Semua yang berlaku dalam kehidupan saya akan menjadi pengajaran yang paling bermakna. Kalau boleh saya mahu melupakan segala kenangan silam dan ingin membuka lembaran baharu dalam kehidupan saya," jelasnya.
Berkenaan dengan pengganti pula, dia menyatakan semuanya terserah pada jodoh dan buat masa ini dia lebih selesa bergelar solo. Sekiranya sudah tiba masanya, dia akan tetap berumah tangga dan berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.
"Sebelum ini saya bercinta dalam tempoh yang agak lama iaitu selama lima tahun, tetapi jodoh saya dan Ammar tidak ada. Jadi, saya berasa percintaan kami agak sia-sia dan seperti membuang masa memandangkan usia saya sudah 28 tahun.
"Pada masa akan datang kalau saya sudah berjumpa dengan lelaki yang sesuai, saya akan terus berkahwin tanpa bercinta lama-lama dan rasanya itu langkah yang paling sesuai," jelasnya yang tidak meletakkan sebarang tempoh tertentu untuk mendirikan rumah tangga.
FIGURA cantik ini bercita-cita mahu memiliki kerjaya tetap pada masa hadapan.


Berlakon
Biarpun kini sudah tampil berhijab, Sarah menyatakan ia langsung tidak menghalang dirinya meneruskan aktiviti lakonan dan kini tawaran yang diterimanya semakin banyak.
"Ada orang yang menyangka kalau saya berhijab tentu penerbit atau pengarah tidak panggil saya berlakon lagi. Ternyata sangkaan itu meleset kerana kini tawaran yang diterima mencurah-curah sehingga saya terpaksa lebih selektif.
"Selain itu, rezeki saya juga bertambah murah kerana telah dilantik menjadi duta dua produk iaitu Malady Couture untuk tudung dan produk kecantikan Clayrissa," jelasnya.
Namun begitu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya mahu mengurangkan aktiviti lakonan dan lebih banyak menerima tawaran berlakon telefilem berbanding drama bersiri.
Ujarnya, langkah tersebut dilakukan sebagai salah satu cara untuk dia bersara terus daripada bidang seni kerana berkeinginan untuk mencari kerjaya tetap.
"Saya akui lakonan bukanlah menjadi keutamaan dalam kehidupan saya dan tidak kisah kalau tiada lagi tawaran berlakon. Lagipun saya mempunyai ijazah dan lebih baik saya gunakannya untuk menceburi bidang kerjaya yang lain pula.
"Dulu saya pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Perancis, tetapi saya tolak semata-mata kerana mahu berlakon. Jadi, saya tidak mahu ulangi kesilapan yang sama," ujar pemegang Diploma Pengurusan Hotel dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam Selangor ini.
Selain mahu mempunyai kerjaya tetap, pelakon itu memberitahu dia mempunyai rancangan untuk membuka sebuah butik pakaian Muslimah bersama ibu dan seorang rakannya.

Noniswara Temui Artis Perosak Rumah Tangganya

Posted: 11 Apr 2013 09:29 PM PDT

Noniswara mengakui telah bersemuka dengan wanita yang menjadi pihak ketiga dalam rumah tangganya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Noniswara mendedahkan telah bersemuka dengan seorang artis wanita yang dikatakan menjadi penyebab keretakan rumah tangganya dengan Datuk Rosman Ridzwan sehingga dia membuat keputusan untuk bercerai.
Noniswara atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 43, berkata, dia terpaksa bertemu dengan wanita tersebut bagi mendapatkan penjelasan tetap menemui jalan buntu.
"Sebelum bertemu dengan wanita berkenaan saya ada bercakap dan berbalas SMS dengannya bagi membincangkan perkara yang melanda dalam rumah tangga saya sehingga ia membawa kepada kehancuran.
"Bagaimanapun dia tidak mengakui perbuatan dan kesilapan yang telah dilakukan," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis.
Pada perbicaraan tersebut, Noniswara memberitahu mahkamah suaminya enggan hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kes penceraian mereka dan gagal dihubungi bagi menyerahkan surat saman berkaitan permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.
Nonis bersama peguam syarie, Datuk Amli Embong ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur untuk perbicaraan kes penceraiannya.
Dalam pada itu, Noniswara berkata, dia tidak berhasrat untuk mendedahkan siapakah artis wanita berkenaan kerana yakin segelintir pihak sudah tahu siapakah dalang yang menyebabkan keruntuhan rumah tangganya yang dibina selama empat tahun itu.
"Rasa-rasanya tidak perlu saya sebut siapa wanita berkenaan kerana rasanya semua orang sudah tahu. Tidak perlu saya memburukkan keadaan sekarang," jelasnya.
Tambah Noniswara, sebelum ini dia tidak berhasrat untuk bercerai selepas mengetahui kehadiran orang ketiga itu dan berharap suaminya akan kembali ke pangkal jalan.
Namun apabila masalah itu berlarutan sehingga beberapa bulan, dia mendapati tiada penyelesaian yang mampu menyelamatkan perkahwinan mereka selain membuat keputusan untuk bercerai.
"Saya hadir ke mahkamah kerana sudah bersedia untuk kembali hidup sendiri," katanya.
Sementara itu, Noniswara berkata, dia berharap proses penceraiannya dengan Rosman akan berakhir dengan baik kerana dia tidak mahu kes itu berpanjangan.
Malah dia juga tidak mahu kisah buruk mengenai perkahwinan mereka terbongkar dan menjadi paparan orang ramai sekiranya kes berkenaan tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Nonis dan Rosman telah mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos 2009.
Pelakon yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Misha Enggan Kongsi 'Angin Syurga' Dikeluarkan Dari Muzik-Muzik

Posted: 11 Apr 2013 09:29 PM PDT

Misha Omar
KUALA LUMPUR: Penyanyi Misha Omar menjelaskan lagu baharunya iaitu Angin Syurga ditarik keluar daripada pencalonan program Muzik-Muzik (TV3) atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.
Misha atau nama sebenarnya Samihah Omar, 31, berkata, penarikan lagu itu daripada program popular tersebut atas persetujuan semua pihak termasuklah dia sendiri dan syarikat rakaman Sony Music Malaysia.
"Lagu Angin Syurga ditarik balik atas persetujuan semua. Jadi saya harap agar semua pihak tidak memperbesarkan isu ini.
"Buat para peminat, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi Twitter kerana kecewa saya tidak dapat berentap ke AJL (Anugerah Juara Lagu) nanti, tetapi jujur saya katakan, saya tidak kecewa pun kerana penarikan itu.
"Cuma saya tidak dapat berkongsi hal sebenar apa yang telah berlaku dan saya ingin menegaskan ia tiada kena mengena dengan mana-mana pihak," katanya.
Misha ditemui pada majlis pelancaran teater Nyonya & The Gang di Istana Budaya, di sini, Khamis.
Tambah Misha penarikan lagu itu juga tiada kaitan langsung dengan hal-hal politik.
Sementara itu, mengenai hal perkahwinannya yang masih lagi tertangguh, dia dan tunangnya, juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31, nekad akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan
Katanya, antara faktor yang menyebabkan rancangan perkahwinannya itu tertangguh kerana kesibukan jadual kerjaya masing-masing.
"Sepatutnya kami berkahwin pada September 2012, tetapi ia tidak terlaksana kerana terlalu sibuk sehingga tiada masa membuat persiapan dan tahun ini kami masih lagi sibuk. Jadi, saya berharap agar kami berdua akan dapat disatukan pada tahun hadapan," ujarnya.

Pengarah Selit Dialog Seksual Dalam 'Nyonya & The Gang'

Posted: 11 Apr 2013 09:28 PM PDT

Para pelakon teater 'Nyonya & The Gang'. Dari kiri; Amy Mastura, Mardiana Alwi, Taiyuddin Bakar, Misha Omar dan Fara Fauzana.
KUALA LUMPUR: Teater Nyonya & The Gang yang akan dipentaskan pada Jun depan akan mempunyai unsur-unsur seksual menerusi dialog-dialog dua maksud (double meaning) yang akan ditampilkan.
Bagaimanapun pengarahnya, Siti Rohayah Attan berkata, pihaknya tidak akan melebih-lebih teater yang menggunakan bahasa Indonesia itu kerana mahu ia dapat ditonton oleh semua lapisan masyarakat.
"Teater ini terlalu artistik sebenarnya dan unsur seksual yang dimaksudkan ialah dialog bualan di antara nyonya-nyonya yang menggunakan pergerakan tubuh badan mereka.
"Namun saya tidak akan terlalu melebih-lebihkan perkara itu. Lagipun ada juga dialog dua maksud yang berunsur sinis," katanya pada sidang akhbar Nyonya & The Gang di Istana Budaya, di sini, Rabu.
Nyonya & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu pementasan.
Naskah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi manakala The Gang pula adalah karya baru yang ditulis oleh Rohayah.
Barisan pelakon yang akan terbabit dalam teater ini ialah Mardiana Alwi, Misha Omar, Rozita Che Wan, Amy Mastura, Taiyuddin Bakar dan Fara Fauzana.
Siti Rohayah mengakui, pemilihan artis-artis popular dalam teater tersebut adalah untuk menarik perhatian penonton serta penaja.
"Bajet untuk membikin teater bukannya sedikit, ia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM800,000.
"Dan syarikat penerbitan kami (CTRA Production) memerlukan bantuan penaja bagi menjayakan teater ini.
"Sebab itu pihak kami menawarkan artis-artis popular menyertainya. Bagaimanapun penekanan kualiti lakonan tetap diutamakan," ujarnya.
Teater Nyonya & The Gang bakal dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun depan.
Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com atau hubungi 017-8716060 dan 012-2977220 untuk keterangan lanjut.

Nazim Othman Serius Mahu Jadi Penyanyi

Posted: 11 Apr 2013 09:27 PM PDT

Nazim bakal melancarkan single pertamanya dalam masa terdekat.
PETALING JAYA: Pelakon dan model, Nazim Othman yakin dapat menjadi seorang penyanyi yang baik selepas dia membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang muzik.
Nazim, 29, berkata, walaupun menyedari persaingan yang hebat dalam industri muzik namun dia optimis mampu bersaing dengan bakat sedia ada.
"Saya sedar persaingan banyak tetapi kita perlu mempunyai keyakinan yang tinggi dan buat yang terbaik tidak kira dalam apa bidang," jelasnya kepada mStar Online.
Tambahnya, perancangan untuk bergelar penyanyi sudah lama dibuat malah 'single' pertamanya sedang dalam proses akhir untuk disiapkan.
"Single pertama sudah hampir siap namun tidak pasti bila ia akan dilancarkan kerana jadual saya agak ketat buat masa ini," katanya.
Lagu yang masih belum diberi tajuk itu akan menampilkan konsep pop.
Dalam pada itu, bercakap mengenai karier lakonannya, Nazim berkata, dia berharap dapat diberi peluang untuk memegang watak berlainan berbanding yang sering diterimanya supaya dapat mempelbagaikan korektornya sebagai pelakon.
Jelas Nazim, dia sudah terlalu kerap menggalas peranan lelaki 'urban' dalam drama lakonannya sebelum ini dan mahu mencuba watak lelaki 'kampung' atau pun orang 'miskin'.
"Malangnya sehingga hari ini tiada watak sedemikian yang pernah diberikan dan saya tidak pasti apakah puncanya.
"Kalau nak kata wajah saya tidak sesuai, saya yakin bantuan daripada unit solekan dan pakaian dapat mengubah personaliti seseorang untuk sesuatu watak itu," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nazim kini sedang sibuk menyiapkan drama terbaharunya berjudul Epilog Cinta Kirana yang bakal menemui penonton menerusi slot Samarinda di TV3.
Selain Nazim drama bersiri arahan Azmi Hatta itu turut menampilkan pelakon seperti Tasha Shilla, Raja Ilya, Alif Aziz dan Arash Mohamad.

Psy Muncul Dengan 'Gentleman'

Posted: 11 Apr 2013 09:26 PM PDT


Psy akan muncul dengan single terbaharu berjudul Gentleman pada 13 April ini.
SELEPAS meraih populariti di seluruh dunia dengan lagu tarian kuda, Gangnam Style, penyanyi Korea Selatan, Psy bakal menggegarkan kembali industri muzik dengan 'single' terbaharunya, Gentleman.
Lagu berkenaan yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 13 April ini di 119 buah negara dijangka akan mendapat sambutan hangat daripada para peminatnya.
Bersempena dengan pelancaran lagu itu, Psy akan mengadakan sebuah konsert di Seoul pada tarikh sama dan akan mempersembahkan lagu Gentleman buat kali pertama.
Malah konsert yang dijangka dihadiri seramai 50,000 peminat itu akan disiarkan ke seluruh dunia menerusi laman sosial, YouTube.
Psy menjadi fenomena di seluruh dunia apabila lagu berkenaan menjadi kegilaan ramai dan klip videonya mendapat tontonan sebanyak 1.5 bilion di YouTube sejak dilancarkan pada Julai tahun lalu.
Ia menjadikan lagu tersebut sebagai klip video yang paling banyak ditonton dalam sejarah laman sosial berkenaan.
Gangnam Style juga berjaya menduduki kedudukan nombor 1 dalam carta Billboard Hot 100 Singles di Amerika Syarikat.
Dia turut mengekalkan ciri-ciri tradisional masyarakat Korea dalam muzik video terbaharunya bagi single berkenaan.

JJCM kembali lagi

Posted: 11 Apr 2013 09:25 PM PDT


JJCM kembali lagi
Episode 14, Qi bersama artis jemputan Nelydia Senrose
PROGRAM berkonsepkan santai dan penuh dengan informasi mengenai lokasi menarik untuk menjamu selera di seluruh negara, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kini memasuki musim kedua dan mula bersiaran pada 7 April lalu.

Lebih menarik, JJCM musim baru menampilkan kembali hos sebelum ini iaitu Qi Razali, di samping pengisian beberapa slot baru menerusi segmen Siapa Punya, Siapa Itu? Singgah dan Lain Macam.

Penerbit Eksekutif program, Che Rozaini Ahmad berkata, selama tempoh 14 tahun bersiaran menemui penonton setia TV3 jelas membuktikan penerimaan baik di kalangan penonton terhadap program JJCM yang tips berguna kepada penonton.

Selain itu, pemilihan hos baru turut menjadi tarikan kali ini kerana JJCM membawa semula khidmat Qi Razali bagi memberi variasi dan kelainan kepada penampilan musim baru kali ini.

"Gelagat Qi yang bersahaja dalam menunjukkan bakat memasak di dapur pasti menarik perhatian penonton untuk mencuba pelbagai resipi istimewa setiap restoran dikunjungi. Qi yang sememangnya kaki makan dan ia pasti membangkitkan selera setiap mata yang menonton," katanya.

Perkenal segmen baru

Dalam masa sama, JJCM musim terbaru turut menyelitkan destinasi selera seperti warung dan gerai menerusi segmen ketiga, Singgah. Kata Che Rozaini, perkara menarik mengenai segmen tersebut kerana pihak produksi JJCM akan mengunjungi warung dan gerai yang jarang diketahui ramai.

Selain itu, dalam terakhir, Lain Macam pula JJCM akan memaparkan kedai makanan yang unik yang lain daripada kebiasaan seperti konsep dan dekorasi restoran serta makanan.

"Antara segmen yang menjadi tumpuan penonton ialah segmen Siapa Punya? yang memberi peluang kepada peminat rancangan JJCM untuk mencadangkan tempat-tempat makan yang menarik menerusi laman sosial rasmi Facebook JJCM.

"Kami juga masih mengekalkan segmen bersama artis dan personaliti jemputan iaitu segmen Siapa Itu? untuk menemani Qi Razali menikmati juadah yang lazat dan memeriahkan JJCM ini.

"Penonton boleh saksikan gelagat artis atau selebriti popular yang akan memeriahkan program JJCM musim ini seperti Nelydia Senrose, Ila Damia, Suki, Monoloque, Yana Samsudin, Taiyuddin Bakar, Adira, Shuib Sepahtu dan ramai lagi," katanya.

Selain menonton di kaca televisyen pada setiap Ahad, jam 12 tengah hari, penonton juga boleh melayari laman Facebook iaitu Jalan Jalan Cari Makan dan 'keek' video JJCMTV3 atau melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Bukan picisan, Velvet mahu bukti kemampuan

Posted: 11 Apr 2013 09:24 PM PDT


Velvet
Velvet
SUDAH lama industri hiburan tanah air tidak menerima kemunculan kumpulan atau band yang kesemua ahlinya terdiri daripada wanita. Jika terdahulu, kumpulan seperti Elite dan Candy pernah menjadi perhatian peminat muzik tempatan, kini fenomena seperti itu boleh dikatakan telah terkubur.

Melihatkan keadaan itu tiga gadis, Iqa, 27, (basis dan vokal), Shana, 24, (gitaris) dan Mira, 21, (gitaris) yang memiliki minat sama dalam muzik rock sepakat membawa bakat mereka untuk diketengahkan dengan harapan kemunculan mereka bakal memeriahkan lagi industri muzik tempatan.

Menggelarkan diri sebagai Velvet, kumpulan di bawah naungan KRU Music ini akui telah bersedia menerima segala kritikan daripada masyarakat terhadap kemunculan mereka.

"Memandangkan kami satu-satunya band perempuan yang muncul dalam industri buat masa ini, jadi kami seharusnya bersedia dengan segala respons yang akan diberikan.

"Kalau takut, kami tidak akan masuk dalam industri ini. Apa yang penting, kami cuba yang terbaik untuk buktikan kemampuan  dalam memperjuangkan kami," kata Iqa.

Menyentuh penubuhan awal band ini, Iqa yang juga merupakan bekas peserta program Mentor ke lima ini memberitahu, perkenalan antaranya bersama Mira dan Shana bermula daripada laman sosial MySpace dan Facebook.

"Sebelum bergabung, kami aktif dengan band masing-masing. Kalau nak diikutkan, sebelum ini latar belakang muzik kami berbeza.

"Selepas mengenali, kami sepakat menubuhkan band bersama dengan genre pop rock komersial dan menggelarkan kumpulan kami dengan nama Thunder Girls sejak tahun lalu," jelasnya.

Kerja keras

Mengulas lebih lanjut mengenai fokus dan pembabitan band ini menerusi aliran arus perdana, Shana menegaskan, kehadiran mereka bukanlah untuk membawa muzik yang diperjuangkan semata-mata.

"Selain cuba menonjolkan muzik dan penampilan lebih segar, kami juga mahu membuka mata masyarakat bahawa kaum wanita juga memiliki bakat dalam muzik rock. Kami tidak mahu dipandang rendah dan akan menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin," ujarnya.

Tambah Shana lagi, mereka akui persaingan daripada band yang sedia ada turut memberi cabaran hebat buat mereka untuk terus dikenali.

"Kami positif dengan persaingan yang ada dalam industri ini. Dengan adanya persaingan seperti ini, kami akan bekerja lebih keras dan ia adalah perkara yang baik. Tapi kami tidak mahu terlalu memikirkan soal itu dan apa yang penting adalah kami ingin belajar lebih banyak untuk terus maju dalam industri ini," katanya.

Terluka dapat sambutan

Bercerita mengenai single pertama mereka yang mendapat sentuhan sepenuhnya daripada komposer, Edry Abdul Halim berjudul Luka, Mira memberitahu, lagu tersebut mengisahkan perasaan seorang wanita yang cuba mengenali seorang lelaki yang sudah memiliki kekasih.

"Single ini memaparkan muzik yang boleh dikatakan agak berat namun ia masih sesuai dengan konsep diketengahkan Velvet dan paling penting ianya juga mampu memenuhi selera pendengar.

"Alhamdulillah, sekarang single ini sudah pun mula dimainkan di corong-corong radio tempatan dan rata-rata respons yang kami terima amat baik. Kami harap masyarakat akan terus menerima kemunculan kami selepas ini," katanya.

Maut tersusuk buluh bendera parti

Posted: 11 Apr 2013 09:21 PM PDT


Maut tersusuk buluh bendera parti
Nor Fatihah (kanan) yang menunggu di Hospital Mersing tidak dapat menahan kesedihan selepas suaminya itu disahkan meninggal dunia.
Sofian Iskandar Suharto
Sofian Iskandar Suharto
ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.

Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari.

Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.

"Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan.

"Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.

"Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak," katanya.

Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.

"Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.

"Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya," katanya.

"Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya," katanya.

Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak.

Menyorok bawah meja elak dicekup

Posted: 11 Apr 2013 09:20 PM PDT


Menyorok bawah meja elak dicekup
Wanita yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran menyorok bawah meja mengelak daripada ditahan anggota dan pegawai Imigresen.
TELUK INTAN - Tindakan seorang wanita dipercayai menawarkan khidmat seks yang cuba menyorok di bawah meja untuk mengelak dikesan penguatkuasa tidak berhasil apabila ditahan dalam serbuan di sebuah motel, di Jalan Pasar di sini, petang Selasa lalu.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, serbuan dalam Ops Sayang melibatkan 24 anggota dan pegawai Imigresen Cawangan Teluk Intan serta Depot Tahanan Imigresen Langkap, bermula kira-kira jam 1 petang dan berakhir sejam kemudian di dua serbuan berasingan.

Menurutnya, seramai lapan wanita yang disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di dua motel di sini ditahan berusia antara 27 hingga 39 tahun bagi pemeriksaan pihak Imigresen.

"Mereka disyaki menjalankan kegiatan pelacuran kerana berpakaian seksi dipercayai menunggu pelanggan datang.

"Risikan mendapati, kelab ini turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran RM30-RM50 bagi satu sesi malah pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke satu lokasi lain namun dikenakan caj lebih," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita itu dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, pihaknya juga meminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memeriksa kesemua wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan.

"Hasil pemeriksaan MyKad oleh JPN mendapati empat daripada mereka adalah warganegara manakala selebihnya menggunakan kad pengenalan palsu.

"Empat wanita yang memiliki MyKad palsu ini adalah warga Indonesia dan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah," katanya.

Katanya, JPN turut mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh warga Indonesia terbabit.

"Malahan, Jabatan Imigresen menahan empat wanita warga Indonesia di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 kerana melakukan pelbagai kesalahan dan kini mereka ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut," katanya.

Mawi disaran pindah rumah

Posted: 11 Apr 2013 09:14 PM PDT

MAWI kini mahu perketatkan kawalan keselamatan pada waktu malam dan siang di kawasan kediamannya.


KES pecah rumah membabitkan golongan artis bukan perkara baharu. Kejadian yang tidak diingini tersebut pernah membabitkan pelawak terkenal Nabil Ahmad, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi, Wardina Safiyyah dan baru-baru ini Erra Fazira.
Kes hampir sama berlaku kepada juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, pada petang hari Selasa lalu.
Rumah miliknya berdekatan Bangi Golf Resort, Selangor ketika itu didiami bersama isteri, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34, anaknya, Cahaya Malaika, 1, ibu mertua, nenek dan adik iparnya, Ain.
Ketika kejadian bagaimanapun Mawi berada di Sarawak atas urusan perniagaan manakala Ekin pula berada di Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya, kejadian itu kononnya ada kaitan dengan alam ghaib.
Ia ekoran tindakan seorang buruh Indonesia berusia 40-an yang merupakan pekerja kontrak kawasan pembinaan berdekatan rumah Mawi tiba-tiba menjerit-jerit.
Sikap peliknya itu dikatakan kerana mahu menghalau sepasang orang bunian yang didakwanya sudah memasuki rumah Mawi pada petang itu.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelantun lagu Aduh Saleha ketika dihubungi semalam.
Kosmo!: Cerita pecah rumah yang dilaporkan kononnya ada kena-mengena dengan orang bunian, mungkin Mawi boleh komen lebih lanjut?
MAWI: Menurut cerita daripada keluarga saya dan penyelia tapak pembinaan berdekatan rumah saya, lelaki itu sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda aneh beberapa hari sebelum kejadian. Sebelum ini, lelaki itu pernah bekerja di tapak pembinaan sama sebelum pulang ke Indonesia dan kembali semula ke sini. Dia banyak kali meracau, murung dan mendakwa dapat melihat orang bunian sehinggalah pada petang Selasa lalu dia mahu menghalau sepasang orang bunian yang mengikutnya dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur daripada memasuki kawasan rumah saya sehingga memaksa dia membaling batu kerana gagal memanjat pintu pagar rumah saya.
Bagaimanakah kejadian itu disedari oleh orang ramai?
Lelaki itu menjerit-jerit dari luar rumah untuk menghalau pasangan orang bunian itu keluar. Katanya lelaki bunian telah keluar tapi perempuan bunian masih berada di dalam rumah. Kebetulan ada polis bantuan di belakang rumah saya dan mereka terdengar bunyi bising, kemudian datang menahan lelaki itu.
Sebelum ini Mawi sekeluarga pernah dirompak pada bulan Mac tahun lepas dan kali ini kejadian hampir sama berlaku lagi, pernahkah terlintas untuk berpindah ke kawasan kediaman lain?
Trauma, fobia dan panik itu semakin kuat terasa selepas kejadian baru-baru ini dan untuk saya berpindah rasanya belum terfikir lagi. Keluarga saya ada juga menyarankan kami untuk berpindah.
Berapakah anggaran jumlah kerugian Mawi?
Lelaki itu sebenarnya telah memecahkan cermin tingkap rumah, pasu bunga dan lampu. Mujurlah dia tidak membawa senjata tajam ketika itu. Anggaran kerugian lebih kurang RM10,000 tetapi penyelia lelaki itu berjanji akan membayar balik ganti rugi yang disebabkan oleh pekerjanya itu.
Mungkinkah tindakan lelaki itu antara modus operandi untuk sekali lagi merompak rumah Mawi?
Saya tidak pasti tapi apabila merujuk kepada penyelianya, lelaki itu sudah menunjukkan tanda-tanda yang pelik ketika hari pertama kembali bekerja. Kalau dia berniat untuk merompak rasanya dia tidak perlu bertindak sedemikian dan siang hari bukan waktu sesuai.
Adakah Mawi percaya kepada perkara tahyul dan cerita orang bunian sebegini?
Saya percaya pada alam ghaib tapi untuk percaya kepada perkara tahyul agak susah.
Pengajaran daripada kejadian kali ini?
Saya perlu lebih berjaga-jaga dan perlu memperketatkan kawalan keselamatan kawasan kediaman saya. Biasanya kawasan itu ada pengawal keselamatan pada waktu malam sahaja. Mungkin selepas ini kawalan keselamatan perlu dilaksanakan pada waktu siang hari juga.
Baru-baru ini juga terdengar kes penipuan melibatkan jual beli kereta milik Ekin oleh pihak tidak bertanggungjawab. Mungkin Mawi boleh ulas kes itu?
Saya serahkan kes itu kepada pihak polis dan tidak perlu saya cakap apa-apa selagi kes belum selesai. Kes itu berlaku pada hujung tahun lalu dan sehingga kini ia masih dalam proses siasatan.

Enot digantung tidak bertali

Posted: 11 Apr 2013 09:14 PM PDT

ENOT yang pernah menyatakan hasrat untuk bersara tidak jadi berbuat demikian demi kelangsungan hidupnya selepas dia dalam proses penceraian buat kali kedua.


IBARAT digantung tidak bertali, pelakon dan pelawak terkenal Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 34, sukar untuk menyatakan status terkini dirinya.
Ini kerana proses penceraian dengan suami keduanya, Zainul Abidin Mat Noor, 42, belum bertemu titik noktah.
Pada awal bulan Mac lalu, Enot nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya itu di Jabatan Agama Islam Kajang, Selangor.
Namun, proses penceraian mereka masih berlangsung memandangkan Zainul menghilangkan diri sejak sebulan lalu dan dia sudah dua kali gagal hadir ke mahkamah.
Enot dan Zainul mendirikan rumah tangga pada 21 November 2008 selepas mula berkenalan di set penggambaran drama komedi Odah Drebar.
Sebelum itu, Enot pernah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dan bercerai pada tahun 2007 setelah dikurniakan dua orang anak iaitu Andriana Balqis, 12, dan Ariana Qaseh Qistina, 6.
Sebak ketika dia diajukan soalan mengenai status rumah tangganya yang kini sedang bergolak, Enot dengan berat hati menjawab pertanyaan yang diajukan Kosmo! ketika dia ditemui pada majlis pelancaran program MasterChef Selebriti di The Bee, Publika, baru-baru ini.
Ikuti temu bual lanjut bersama pelakon yang pernah popular dengan siri Mat Despatch itu.
Kosmo!: Benarkah dakwaan bahawa Enot kini dalam proses perceraian bersama suami kedua anda?
ENOT: Saya tidak kata ya dan tidak kata tidak. Saya meminta untuk diberikan ruang kepada diri saya dan sedikit privasi buat masa sekarang untuk menyelesaikan segala kekusutan. Selepas semua perkara dalam keadaan terkawal, barulah saya akan maklumkan lebih lanjut.
Mungkin boleh berkongsi sedikit punca keretakan rumah tangga Enot sehingga mengambil keputusan untuk memfailkan kes perceraian di mahkamah?
Saya minta maaf, buat masa ini hati saya kecewa teramat sangat dan adalah lebih baik saya bercakap mengenai perkara ini apabila semuanya sudah selesai. Lagipun, tidak elok jika saya sebagai seorang wanita berbicara tentang perkara ini secara terlalu terbuka.
Apakah status terkini Enot?
Dia tinggalkan saya dan saya terima apa sahaja keputusan dia. Saya reda dan tidak mampu keluarkan sepatah pun perkataan buat masa sekarang. Buat kedua kalinya, saya rasa sangat pedih dan kecewa dalam alam perkahwinan. Alhamdulillah, saya dianugerahkan kawan-kawan yang sentiasa ada bersama. Didie Alias umpamanya sanggup menemani saya sepanjang masa tanpa mengira waktu walaupun pukul 3 pagi.
Bagaimanakah kehidupan Enot sekarang dan apakah perancangan pada masa akan datang memandangkan krisis rumah tangga sekali lagi menghambat kehidupan anda?
Anak-anak berada dengan saya sekarang dan saya berdoa supaya selepas ini orang ramai atau peminat lebih menerima kehadiran saya dalam industri. Saya tidak jadi untuk bersara dan saya mahu membuat kemunculan semula menerusi Masterchef Selebriti ini. Saya mahu teruskan kerjaya dalam bidang ini dan berharap agar produksi memanggil saya semula untuk berlakon malah bersedia untuk menggalas apa jua peranan.
Anda terlibat sama dalam program MasterChef Selebriti musim kedua, mungkin sudi kongsikan pengalaman menarik sepanjang bersama rancangan ini?
Saya turun hampir 10 kilogram sepanjang tiga minggu penggambaran rancangan ini. Bayangkan apabila penggambaran dijalankan di luar studio seharian, sesudah tamat penggambaran masing-masing penat sampai terlupa makan dan terus tertidur.
Siapakah individu yang paling rapat dengan anda sepanjang program ini?
Saya paling rapat dengan Syanie sepanjang MasterChef Selebriti dan memang dari dulu lagi sebenarnya. Ibaratnya Syanie menggantikan Didie Alias kalau dalam rancangan ini. Saya manja dengan dia dan cerita apa saja yang tidak puas hati. Lagipun, saya tidak boleh merasa masakan saya disebabkan lidah saya yang melecur hampir setahun lalu akibat terkena air panas. Saya masih boleh mengagak kuantiti bahan masakan, cuma tidak yakin.
Bagaimanakah pula dengan kerjaya anda sebagai penyampai radio internet Bapakku.FM?
Saya diberikan cuti terlebih dahulu sepanjang terbabit dengan program MasterChef Selebriti walaupun biasanya jadual saya di konti bermula pukul 12 tengah hari ke atas. Tapi adakalanya saya berkomunikasi dengan peminat saya melalui panggilan telefon langsung dari lokasi penggambaran rancangan ini.

500,000 terputus bekalan air

Posted: 11 Apr 2013 09:13 PM PDT

BONGKAH penapis air yang roboh menimpa saluran paip air sehingga pecah di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak malam kelmarin.


KUALA LUMPUR - Setengah juta penduduk di ibu negara dan Gombak dijangka mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran paip pecah yang berlaku di tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak dekat sini kelmarin.
Pengarah Eksekutif Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Yusof Saroji berkata, saluran paip berukur lilit 200 sentimeter yang mendapat bekalan air dari kawasan tadahan air di Kolam Air Dusun Kubung di Selayang dan membekalkan air sehingga ke Wangsa Maju itu pecah pada pukul 10 malam.
"Hujan lebat malam tadi (kelmarin) menyebabkan arus sungai di Batu Caves deras dan menghakis tanah di kawasan tebing sungai tersebut.
"Hakisan itu turut menyebabkan bongkah penapis roboh menimpa saluran paip itu lalu menyebabkan saluran itu pecah," kata beliau pada sidang akhbar di lokasi kejadian semalam.
Menurut Yusof, kerja-kerja baik pulih dijangka siap hari ini tetapi bekalan air hanya akan pulih secara berperingkat-peringkat dalam tempoh seminggu.
Paip itu membekalkan bekalan air kepada 89,760 akaun domestik dan akaun pukal di lebih 80 kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Ampang.

Kos haji naik, tambang kekal

Posted: 11 Apr 2013 09:12 PM PDT


GAMBAR menunjukkan jemaah haji berkumpul di Mina untuk melakukan ibadah melontar jamrah.


JEDDAH - Bayaran haji kekal RM9,980 walaupun kos sebenar mengerjakan ibadah haji pada tahun ini dijangka meningkat.
Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Ismee Ismail menganggarkan tahun ini TH akan membiayai RM5,575 bagi seorang jemaah muasassah berbanding RM5,100 pada tahun lepas bagi membolehkan bayaran haji kekal pada RM9,980 seperti tahun sebelumnya.
Ismee yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata, pembangunan semasa projek perluasan kawasan sekitar Masjidil Haram di kota Mekah menyaksikan pihak TH terpaksa menyewa beberapa bangunan baharu, sekali gus meningkatkan kos sebenar haji.
Katanya, selaras dengan pelaksanaan projek berkenaan, beberapa bangunan, termasuk yang disewa oleh TH untuk jemaah pada musim haji yang lalu sudah dirobohkan, menjadikan bangunan yang ditawarkan buat jemaah pada musim haji nanti semakin berkurangan dan lazimnya pengurangan itu akan mengakibatkan kos bagi menyewa bangunan baharu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengambil bahagian dalam perbincangan antara TH dan Kementerian Haji Arab Saudi di sini pada Rabu lalu.

Setiap anggota One Direction dapat RM23.4j

Posted: 11 Apr 2013 09:10 PM PDT


ANGGOTA-ANGGOTA One Direction terdiri daripada Horan (kiri) yang berdiri di sebelah Malik, Tomlinson, Payne dan Styles.


LONDON - Setiap anggota kumpulan nyanyian terkenal, One Direction dari Britain dilaporkan memperoleh pendapatan sebanyak £5 juta (RM23.4 juta) pada tahun lalu, lapor portal berita BBC semalam.
Semua anggota kumpulan berada di tangga ke-15 dalam senarai penyanyi-penyanyi terkaya Britain yang berusia di bawah 30 tahun.
Senarai tersebut dikeluarkan oleh akhbar The Sunday Times dan akan disiarkan pada 21 April ini.
Kumpulan One Direction dianggotai oleh Zayn Malik, Niall Horan, Harry Styles, Louis Tomlinson dan Liam Payne.
Album pertama kumpulan itu, Up All Night pernah menduduki tangga pertama di 16 buah negara.
Sementara itu, penyanyi terkenal, Adele, 24, mengungguli senarai berkenaan dengan memiliki kekayaan sebanyak £30 juta (RM140.2 juta).
Berada di tangga kedua ialah penyanyi Cheryl Cole apabila kekayaannya dianggarkan sebanyak £14 juta (RM65.4 juta).

Polis Dubai guna kereta Lamborghini

Posted: 11 Apr 2013 09:09 PM PDT


Polis Dubai semalam menyiarkan gambar sebuah kereta sport Lamborghini Aventador yang digunakan untuk rondaan dan mencegah jenayah.


DUBAI - Polis Dubai di Emiriah Arab Bersatu menggunakan sebuah kereta Lamborghini Aventador yang berharga hampir AS$550,000 (RM1.66 juta), lapor agensi berita AP semalam.
Kereta sport buatan Itali itu yang boleh mencecah kelajuan sehingga 349 kilometer sejam dicat dengan warna hijau dan putih.
Harga petrol di Dubai adalah lebih murah berbanding harga minuman.
Kelmarin, ibu pejabat polis Dubai menyiarkan gambar kereta tersebut di depan pusat beli-belah terbesar di dunia, Dubai Mall.
Pihak berkuasa di negara ini berdepan masalah kemalangan jalan raya yang melibatkan kematian disebabkan kenderaan dipandu laju.
Menurut laporan media tempatan, seramai 33 orang mati akibat nahas jalan raya di Dubai dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kereta sport itu juga digunakan polis Itali, Panama dan United Kingdom.

AS tempatkan radar canggih

Posted: 11 Apr 2013 09:08 PM PDT

GAMBAR fail menunjukkan radar SBX (dalam bulatan) milik tentera Amerika Syarikat.


WASHINGTON - Sebuah radar berkuasa tinggi milik tentera Amerika Syarikat (AS) kini berada di laut untuk mengesan pelancaran peluru berpandu Korea Utara, menurut seorang pegawai kanan pertahanan AS.
Radar SBX itu mirip sebiji bola golf gergasi itu boleh mengesan peluru berpandu yang dilancarkan rejim Pyongyang.
Radar terapung itu terletak di atas platform yang sama seperti pelantar minyak.
Lokasi radar tersebut tidak didedahkan.
Ketinggian radar itu ialah 85 meter dan ia boleh mengesan peluru berpandu pada jarak 2,000 kilometer.
Tentera AS dan Korea Selatan kini dalam keadaan berjaga-jaga dan menjangkakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu miliknya sebelum 15 April ini iaitu sempena sambutan hari kelahiran bekas pengasas negara itu, Kim Il-sung.
Korea Utara yang merupakan sebuah negara komunis sebelum ini turut meminta semua warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana mendakwa perang nuklear akan berlaku.
Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.
Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un berusia dalam lingkungan 30-an telah melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
Beberapa pesawat kalis radar milik AS turut ditempatkan di Korea Selatan bagi menghadapi serangan dari Korea Utara.
Tentera Korea Selatan turut menempatkan pelancar peluru berpandu Patriot di beberapa kawasan di Seoul sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi serangan dari Korea Utara.

45 maut akibat pertempuran di Syria

Posted: 11 Apr 2013 09:07 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan beberapa buah bangunan kediaman musnah akibat serangan tentera Syria di Marjeh, Aleppo.- AP


BEIRUT - Seramai lima orang kanak-kanak merupakan antara 45 mangsa yang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Syria di dua buah bandar di wilayah Daraa, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia semalam.
"Jumlah mangsa yang terkorban ekoran terkena tembakan, serangan, hukuman dan pertembungan antara tentera penentang dan tentera Syria pada Rabu lalu di bandar Al-Sanamein dan Ghabagheb telah meningkat kepada 45 orang," kata kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi.
Kumpulan tersebut juga menyatakan, seramai 4,300 mangsa terbunuh sejak musim panas lalu.
Ia menyatakan, beberapa jet pejuang tentera Syria sengaja menyerang kedai roti, kilang roti dan beberapa buah hospital di wilayah utara negara tersebut.
"Sasaran serangan udara itu dilakukan bertujuan untuk menimbulkan rasa gentar terhadap orang awam, terutama dalam kawasan kawalan kumpulan penentang," kata seorang aktivis daripada kumpulan tersebut, Ole Solvang yang berpangkalan di New York kepada agensi berita AP.
Pertempuran antara kumpulan penentang yang terdiri daripada penduduk tempatan dengan tentera Syria bermula sejak Mac 2011.
Kumpulan penentang itu mahu Presiden Syria, Bashar Al-Assad digulingkan kerana beliau dianggap gagal membawa pembaharuan dan kebebasan hak asasi manusia.

Suami cari isteri yang hilang dua tahun lalu

Posted: 11 Apr 2013 09:06 PM PDT


SEORANG wanita melihat Guanjung bermain alat muzik di dalam 'rumah bergerak' miliknya di Taiyuan semalam.


TAIYUAN - Seorang suami, Li Guanjung mencari isterinya yang hilang semasa mereka mengembara ke Beijing, China dua tahun lalu.
Guanjung, 57, mengubah suai sebuah motosikal roda tiga miliknya menjadi 'rumah bergerak' dalam usahanya untuk mencari isterinya yang mengalami masalah mental itu.
Lelaki tersebut yang sebelum ini menjadi petani turut bertukar kerjaya sebagai seniman jalanan untuk memperoleh pendapatan semasa dia mencari isterinya.

Fosil embrio dinosaur berusia 190 juta tahun ditemui

Posted: 11 Apr 2013 09:04 PM PDT


GAMBAR yang disiarkan Universiti Toronto, Kanada semalam menunjukkan anggota sukarelawan dan pekerja bekerja di lokasi penemuan fosil embrio dekat Lufeng, Yunan.


LOS ANGELES - Sebanyak 90 fosil embrio dinosaur yang berusia 190 juta tahun ditemui dekat bandar Lufeng, wilayah Yunan, China, kata beberapa saintis kelmarin.
Sebuah artikel yang ditulis saintis itu dalam jurnal Nature menyatakan, pakar-pakar paleontologi telah menemui lebih 200 tulang dari dalam telur dinosaur semasa membuat penggalian di kawasan tersebut.
Tulang-tulang itu milik dinosaur Lufengosaurus yang mempunyai leher panjang dan hidup semasa zaman awal Jurasik.
Dinosaur itu boleh mencecah ketinggian sehingga lapan meter.
Analisis yang dibuat ke atas tulang paling panjang yang ditemui itu menunjukkan haiwan tersebut membesar dengan cepat semasa masih berada di dalam telur.

Edwin lupakan 'nostalgia' lama

Posted: 11 Apr 2013 09:02 PM PDT



LEBIH tiga dekad lalu iaitu sekitar tahun 1979, ketika masih di alam persekolahan, Edwin memulakan episod baharu hidupnya dengan mencuba marijuana secara suka-suka.
Tiada paksaan dan tiada sesiapa yang mengajarnya, cuma perasaan ingin tahu jiwa remajanya meronta-ronta untuk merasai kononnya 'kenikmatan' yang mampu diberikan oleh marijuana.
"Tidak dinafikan pada mulanya, ia memang menyeronokkan, namun selepas empat hingga lima tahun kemudian, kesakitan akibat pengambilan marijuana bermula.
"Saya mula membenci diri sendiri kerana terpaksa bergantung dengan dadah tersebut," katanya yang kini berusia 50 tahun.
Dia mengambil dadah tersebut bukan untuk keseronokan lagi, tetapi mahu menghilangkan kesakitan dan menjadi normal semula.
"Sekali terjebak memang sukar untuk pulih seperti sediakala. Mujur ahli keluarga terutamanya ibu banyak membantu saya untuk keluar daripada kancah najis dadah.
"Tanpa sokongan mereka, mungkin saya tidak dapat hidup dengan tenang, aman dan bahagia seperti hari ini," ujar bapa kepada empat orang anak yang benar-benar insaf dengan keterlanjurannya itu akibat terlalu mengikut kata hati.
Menurutnya, dadah telah menjejaskan kerja dan menghancurkan kehidupannya.
Pemulihan diri
Edwin kemudiannya telah diperkenalkan dengan program Medication-Assisted Treatment (MAT) oleh Dr. P. Balaeswaran, seorang doktor di Klinik Tenaga Baru, Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur pada tahun 2002.
Dua tahun kemudian, barulah Edwin tekad meninggalkan episod gelap kehidupannya. Dia mengikuti program MAT dengan menjalani rawatan terapi penggantian dadah di sebuah klinik swasta.
Dia yang tidak pernah memasuki mana-mana pusat pemulihan dadah, pernah mencuba untuk berhenti menagih tanpa bantuan sesiapa, namun hanya bertahan selama enam bulan.

KAUNSELING amat penting dalam pengukuhan mental penagih dadah yang mahu meninggalkan dunia gelap mereka.


"Program MAT berjaya memulihkan diri saya. Sungguhpun begitu ia perlu diiringi dengan kaunseling bagi memantapkan ketahanan mental diri.
"Dos dadah gantian yang diberikan juga sudah semakin kecil. Mengikuti program MAT sahaja tidak memadai, perlu disokong dengan program kaunseling selain menerapkannya dengan elemen spiritual," katanya yang kini bekerja sebagai vendor akhbar.
Sokongan keluarga
Ujarnya, ramai penagih menagih semula berikutan kurang atau tiadanya sokongan daripada ahli keluarga semasa rawatan.
Proses pemulihan mengambil masa dan ia tidak berlaku sekelip mata sahaja. Sokongan berterusan diperlukan bagi membantu para penagih kembali pulih.
Walaupun seseorang penagih itu sudah berhenti, pandangan serong masyarakat sekeliling masih ada. Oleh itu, penting untuk para penagih di luar sana menguatkan diri dan berfikiran positif supaya tidak kembali menagih.
"Saya sendiri pernah mengalaminya. Walaupun telah berhenti menagih, ibu pernah menanyakan keadaan diri saya yang kelihatan lain macam dan mata kelihatan merah.
"Walhal, mata saya merah kerana dimasuki habuk ketika menunggang motosikal. Kita harus bersikap positif. Pertanyaan ibu itu menunjukkan dia amat mengambil berat keadaan diri saya," ujarnya yang kini aktif bermain muzik di gereja.
Kenangan lama
Bagi memastikan dirinya konsisten mendapatkan rawatan dan tidak mahu pisang berbuah dua kali, Edwin tidak lagi bercampur dengan rakan-rakan 'seperjuangannya' dahulu. Dia khuatir 'benteng' yang dibina teguh sekian lama runtuh sekelip mata.
Tempat-tempat yang mengembalikan nostalgia lama turut dielak untuk dikunjungi. Baginya, ia satu risiko kerana kenangan bersama rakan-rakannya dahulu sangat kuat.
"Ia umpama cinta pertama, sukar untuk dilupakan walaupun kita sudah beralih arah.
"Sebagai contoh, apabila berada dalam ketagihan, jika diminta membuat pilihan antara wanita cantik dan heroin, seseorang penagih itu akan memilih heroin," katanya yang berhabis RM50 sehari untuk dadah suatu ketika dalu.
Dek kerana itulah, ada yang sanggup membuang keluarga dan melakukan sesuatu di luar batasan fikiran gara-gara pengaruh dadah.
Dalam pada itu, Presiden Persatuan Perubatan Penagihan Malaysia (AMAM), Dr. Steven Chow memberitahu penagihan dadah telah dilabel sebagai kebejatan moral oleh masyarakat.
Sungguhpun begitu, dalam terma perubatan ia dilabel sebagai keadaan kesihatan yang kronik.
"Pengambilan dadah secara berterusan akan menyebabkan perubahan kepada struktur dan fungsi otak sekali gus mencetuskan ketagihan yang kuat.
"Oleh yang demikian, rawatan perubatan merupakan satu langkah penting dalam pemulihan," katanya pada taklimat media mengenai MAT di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

DADAH hanya memberikan 'keseronokan' sementara yang menghancurkan masa depan seseorang individu yang terjebak dalam kancah najis dadah.


Kempen Jiwa Baru
Bagaimanapun, persepsi negatif yang dikaitkan dengan penagihan dadah sering menghalang penagih untuk mendapatkan rawatan.
"Kita perlu memberi tumpuan dan menyusun semula kaedah rawatan. Ia perlu digabungkan dengan kaunseling supaya pesakit tidak terasa tersisih dan menyebabkan mereka menagih semula.
"Di Malaysia, MAT menggunakan buprenorphine-naloxone menunjukkan kadar pembendungan ketagihan melebihi 80 peratus dengan pengawasan perubatan," ujarnya.
Dalam usaha untuk mengurangkan stigma negatif masyarakat satu kempen dipanggil Jiwa Baru telah dilancarkan pada tahun 2008. Kempen itu turut mempunyai objektif membanteras pergantungan kepada dadah melalui rawatan yang tepat.
Sejajar dengan itu, Jiwa Baru menyediakan satu talian khas iaitu 1300-80-7777 bagi membantu golongan berkaitan mendapatkan rawatan di klinik-klinik berdekatan.
Pada tahun 2012, Malaysia mempunyai 707 doktor terlatih dalam merawat ketagihan dadah berbanding 300 orang pada tahun 2006.
Penggunaan buprenorphine-naloxone dalam program MAT merupakan kejayaan farmakoterapi untuk merawat penagihan dadah.
Pada dasarnya ubat tersebut dicipta untuk melegakan ketagihan dan kesan sampingan akibat penyalahgunaan dadah. Ia juga dapat mengurangkan risiko kemurungan serta kematian akibat dos yang berlebihan.
Ubat tersebut lebih selamat berbanding agonis opiod seperti heroin dan metadon pada dos yang lebih tinggi.
"Program MAT merupakan cara selamat lagi berkesan untuk mengatasi penagihan dadah.
"Di samping mendapat manfaat daripada farmakoterapi, fleksibiliti penyesuaian rawatan dan penjagaan psikososial meningkatkan kemungkinan untuk pesakit kekal dalam rawatan," kata Pakar Perubatan Penagihan di Northern Sydney Local Health Network, Dr. Mark Hardy.
Ujarnya, menahan diri secara berterusan di bawah pengawasan perubatan bukan sahaja dapat memperbaiki kualiti hidup dengan ketara, bahkan meningkatkan kejayaan dalam integrasi semula bersama masyarakat.

Malam Amal Tahajjud Cinta

Posted: 11 Apr 2013 09:01 PM PDT


FAREEDA turut mempersembahkan barisan koleksi tudung baharu rekaannya.


SUASANA ruang legar Grand Ballroom, Grand Hyatt Kuala Lumpur pada malam tanggal 3 April lalu umpama majlis anugerah bintang popular memandangkan ramai hadirin bergaya sakan untuk tampil anggun bagi menjayakan majlis Makan Malam Amal Tahajjud Cinta.
Diwarnai dengan pelbagai rona pakaian ceria, Malam Amal Tahajjud Cinta dianjurkan secara eksklusif oleh Fareeda dan Yayasan Aids Malaysia.
Ia diadakan bagi meraih dana untuk Yayasan Aids Malaysia serta sebuah lagi pertubuhan kebajikan, Yayasan Ihtimam Malaysia.
Ramai yang hadir memberikan sokongan pada majlis tersebut termasuk beberapa selebriti tanah air seperti Lisdawati, Wan Sharmila dan Riz Amin.
Menurut Pengerusi Malam Amal Tahajjud Cinta, Yazlan Yahya, kehadiran tetamu pada malam tersebut membawa pengertian yang amat besar kepada usaha meringankan beban orang yang hidup dengan HIV di negara ini.
"Dana yang terkumpul akan digunakan sebaiknya bagi memberikan kesempatan kepada mereka yang hidup dengan HIV menikmati kehidupan yang normal, berkeluarga dan membina kerjaya sekali gus menyumbang kepada masyarakat.
"Sehubungan dengan itu, saya ingin menguar-uarkan kepada orang ramai bahawa stigma serta diskriminasi berkaitan AIDS dan HIV tiada tempat dalam masyarakat kita," katanya.
Komitmen Fareeda
Dalam pada itu, Pengarah Urusan Fareeda, Aminuddin Basirron berterima kasih kepada Yayasan Aids Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia kerana memberikan peluang kepada Fareeda menyertai inisiatif Malam Amal Tahajjud Cinta.

SITI NURHALIZA begitu bersemangat menghiburkan hadirin menerusi tujuh buah lagu.


"Penglibatan Fareeda dalam program malam amal ini merupakan usaha ikhlas bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
"Kami melihat perjuangan untuk membantu meringankan beban orang yang hidup dengan HIV dan AIDS sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama oleh anggota masyarakat," ujarnya.
Tambahnya, penglibatan dalam kerja-kerja amal telah membuka mata pihaknya tentang erti sebenar di sebalik HIV dan AIDS seperti cabaran yang terpaksa ditempuhi mereka. Ia menguatkan lagi iltizam Fareeda untuk terus menghulurkan bantuan.
Pertunjukan fesyen
Pada malam itu, hadirin dipersembahkan dengan tayangan video mengenai Yayasan Aids Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia disusuli dengan alunan muzik instrumental oleh Mohram yang terkenal dengan tiupan seruling dan rebana Melayu.
Sambil menjamu selera, hadirin dihidangkan dengan pertunjukan fesyen menampilkan koleksi terbaharu tudung Fareeda yang turut mengetengahkan konsep tudung labuh, sesuai untuk mengerjakan umrah.
Antara koleksinya ialah Zaynab V Shape, Zaynab saiz L bunga di badan, Zaynab Sabreena Warna Putih, Zaynab Sabreena warna hitam dan Selendang Suraiya Zaynab.
Usai melihat peragaan tudung yang digayakan oleh para finalis Pencarian Model Tudung Fareeda 2012, para tetamu pada malam itu dihiburkan dengan nyanyian oleh Bob Yusof yang merupakan salah seorang Selebriti Sokongan Riben Merah.
Selepas itu, pertunjukan fesyen kedua tudung Fareeda menampilan pula koleksi Suzanna 3 layer printed, Sofiya 3 layer tone, Sara 3 layer plain dan selendang Mawar Tone.
Acara lelong
Timbalan Pengerusi Malam Amal Tahajjud Cinta yang juga Selebriti Sokongan Riben Merah Yayasan Aids Malaysia, Fahrin Ahmad yang segak berjubah putih kemudian mengambil tempat bersama Bob Yusof memulakan acara lelongan tudung.
Lelongan pertama merupakan tudung rona hitam merah yang pernah dipakai oleh Datuk Siti Nurhaliza Tarudin ketika majlis sidang media Malam Amal Tahajjud Cinta yang ditatah dengan batu Swarovski.
Dibuka untuk bidaan pada harga RM500, hadirin yang rata-ratanya wanita saling membida bagi memastikan tudung tersebut menjadi milik mereka.
Akhirnya, tudung tersebut dimenangi Noaryati Ahmad, 34, dari Bangi, Selangor selepas berjaya membida pada harga RM1,100.
"Saya mahu memiliki tudung tersebut memandangkan ia pernah dipakai oleh Siti Nurhaliza dan pada masa yang sama, saya turut meminati koleksi tudung Fareeda," ujarnya.

SEORANG petugas mengikat reben merah di pergelangan tangan seorang tetamu sebagai tanda sokongan kepada kempen Yayasan Aids Malaysia.


Persembahan Siti Nurhaliza
Malam Amal Tahajjud Cinta sampai ke kemuncaknya apabila tepat pukul 10.15 malam, penyanyi kesayangan ramai, Siti Nurhaliza muncul di atas pentas untuk membuat persembahan.
Menyarung busana gaun labuh rona biru, penampilan Siti Nurhaliza pada malam itu begitu memukau, apatah lagi saat dirinya mula mendendangkan lagu.
Berpadu suara dengan iringan muzik instrumental dari Mohram dan susunannya oleh Aubrey Suwito, Siti Nurhaliza begitu bertenaga membawakan tujuh buah lagu antaranya Lagu Rindu, InsyaAllah, Kepadamu Kekasih, Ayat-ayat Cinta, Nirmala dan Padamu Ku Bersujud.
Pusingan kedua lelongan tudung Siti Nurhaliza menyaksikan tudung rona biru hitam itu dibuka untuk bidaan pada harga RM1,500.
Walaupun agak mahal, namun peminat penyanyi nombor satu negara itu iaitu Fauziah Syeikh Omar sanggup meletakkan harga tertinggi RM2,800 untuk menewaskan pembida lain.
Selain itu, lukisan potret Siti Nurhaliza hasil karya pelukis tersohor Abdul Rahman Sulaiman berjaya dibida oleh S. Svasann daripada KP Marketing Sdn. Bhd. pada harga RM2,500.

Lelaki sebagai ketua keluarga

Posted: 11 Apr 2013 09:01 PM PDT


ISTERI harus menghormati suami sebagai ketua keluarga walaupun mungkin suami berpendapatan lebih rendah daripadanya. - Gambar hiasan


DALAM kepesatan pembangunan negara tatkala wanita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki, ada pendapat mengatakan carta organisasi sebuah rumah tangga tidak memerlukan si suami lagi sebagai ketua.
Alasan yang diberikan kerana rata-rata para isteri hari ini bekerja dan mampu membiayai diri sendiri. Malah, ada kes, suami pula dibiayai sebahagian keperluannya oleh si isteri. Lantaran itu, masih sesuaikah si suami menjadi ketua keluarga?
Jawapannya ialah ya, si suami masih dan tetap sesuai menjadi ketua keluarga hingga ke akhirat.
Tidak kiralah suami itu mempunyai latar belakang pendidikan dan pendapatan lebih rendah atau pekerja bawahan kepada isterinya, dia tetap menjadi ketua keluarga.
Suami wajib dihormati, ditaati dan si isteri perlu meminta izinnya untuk melakukan apa juga tindakan dalam kehidupan harian kecuali perkara berkaitan kewajipan melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Perintah Allah dan Rasul
Dalam satu firman Allah yang bermaksud: 'Kaum lelaki itu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) berbanding kaum wanita.' - Surah al-Nisa, ayat 34.
Di dalam satu hadis lain pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.' - Hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.
Dua dalil tersebut adalah antara beberapa dalil yang menunjukkan dan membuktikan keperluan seorang isteri mentaati suaminya selagi tidak melanggar hukum dan kehendak syarak.
Setiap perkara yang ditetapkan Allah mempunyai alasan tersendiri. Begitu juga pemilihan lelaki sebagai ketua keluarga dalam sebuah rumah tangga.
Penyumbang nafkah keluarga
Suami mempunyai tanggungjawab utama iaitu memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak.
Zaman sekarang sudah ramai isteri yang bekerja dan menanggung diri sendiri, malah ramai juga yang menanggung suami.
Saya akui kebenaran tersebut, namun hukum asal tetap mengatakan suami yang wajib memberikan nafkah.
Jika berbeza daripada ketetapan asal, anda diberikan jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Paling utama, syariat menetapkan suami wajib membiayai keperluan keluarga mengikut kemampuannya selepas berusaha tahap maksimum.
Firman Allah yang bermaksud: 'Orang yang mampu memberi nafkah hendaklah menurut kemampuannya dan sesiapa yang disempitkan rezekinya, maka dia hendaklah memberi nafkah daripada apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu). Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.' - Surah al-Talaq ayat 7.
LELAKI sebagai ketua keluarga perlu mendidik isteri dan anak-anak ke jalan diredai Allah. - Gambar hiasan


Mendidik ke jalan diredai Allah
Suami juga berperanan dan bertanggungjawab memastikan setiap ahli keluarga berada di landasan betul sesuai dengan firman Allah bermaksud:
'Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarnya ialah manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras lagi kasar (layanannya); mereka tidak pernah derhaka kepada Allah dalam setiap perkara yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.' - Surah al-Tahrim ayat 6.
Perintah Allah tersebut meletakkan peranan dan tugas berat suami sebagai ketua keluarga.
Suami yang gagal menjalankan peranan dan tanggungjawab itu, bukan saja membawa ahli keluarganya ke jalan yang tidak diredai Allah, malah dirinya turut terjebak sama.
Kenapa? Ini kerana suami yang gagal mendidik isteri dan anak-anak melaksanakan setiap perintah dan meninggalkan setiap larangan Allah dan Rasul-Nya, akan turut sama menerima dosa yang dibuat oleh mereka.
Jika isteri dan anak-anak tidak menutup aurat seperti kehendak syarak, dosa mendedahkan aurat itu turut ditanggung oleh suami.
Tidak cukup dengan dosa sendiri, kaum lelaki berstatus suami dan ayah turut membawa dosa isteri dan anak-anak mereka ke akhirat.
Lantaran itu, status sebagai ketua keluarga bukan satu kemegahan sebaliknya satu tanggungjawab dan amanah besar kepada seorang lelaki.

Re-Gen hilangkan kesan regangan

Posted: 11 Apr 2013 09:00 PM PDT

RUSNANI (kiri) menunjukkan cara-cara mengurut yang betul bagi ibu yang baru lepas bersalin.


KESAN regangan pada kulit yang wujud semasa dan selepas kehamilan atau parut akibat kecederaan antara masalah yang boleh mencacatkan kecantikan seseorang, khususnya wanita.
Namun, ia tidak lagi menjadi kebimbangan kerana minyak penjagaan kulit, Re-Gen diperkenalkan di pasaran sebagai satu pilihan alternatif dan bermutu dalam menghilangkan semua masalah tanpa kesan negatif.
"Produk ini memberi anda peluang memulihkan semula kecantikan semula jadi kulit. Diuji secara dermatologi, Re-Gen mengandungi bahan aktif cecair PCL yang menggalak pemulihan kulit dengan mengurangkan bahan pengoksidaan pada kulit," kata Pengarah Urusan, Pemilik jenama Re-Gen, Linco Care Ltd, Seena Seka.
Produk yang dihasilkan di England dan digunakan sejak tahun 2008 itu disokong oleh rakan niaga tempatan, DKSH Malaysia.
Kandungan seperti Vitamin A dan E yang melawan penuaan kulit dengan campuran minyak lavender, calendula, chamomile dan rosemary antara bahan-bahan yang dirumus khas dalam minyak Re-Gen.
Pengurus Pemasaran Penjagaan Kesihatan Pengguna DKSH Malaysia, Carolyn Loo memberitahu, minyak tersebut berbau wangi dan lembut pada kulit. Ia juga memiliki sijil halal dan sesuai pada semua peringkat umur.
"Ia tidak memberi kesan berminyak dan para pengguna wanita boleh menggunakan terus pada wajah tanpa perlu risau sebagai sebahagian daripada rejim penjagaan kulit," tambah Carolyn.
Selain itu, bagi mereka yang menghadapi masalah penurunan berat badan, minyak Re-Gen juga mampu mengurangkan kewujudan kesan pada kulit regang.
Melembapkan kulit
Model, pelakon dan usahawan, Dynas Mokhtar memberitahu, kesan regangan pada tubuhnya mula muncul ketika pertama kali mengandung pada bulan keenam.
"Saya cuba gunakan minyak kelapa dara, tetapi ia membuatkan kulit saya gatal. Kini saya rasa lega menemui minyak Re-Gen kerana ia berjaya menghilangkan kesan regangan yang masih wujud itu," kata Dynas.
Dynas mengakui menggunakannya pada muka, tangan dan kaki selain bahagian perut kerana membantu melembapkan kulit.
Seorang lagi wanita, fasilitator program drama di Akademi The Actors Studio, Kimmy Kiew, 36, juga memilih menggunakan minyak Re-Gen sejak lapan bulan disahkan hamil.
"Semasa trisemester ketiga, saya merasa lega kerana kulit saya tidak merengsa dan kini, kesan regangan saya pun sudah mula hilang dan hampir tidak kelihatan," katanya yang baru sebulan lebih melahirkan anak pertama.
Dalam pada itu, majlis pelancaran turut diserikan dengan demonstrasi teknik mengurut perut wanita oleh Jururawat Am, Bidan dan Pakar Terapi Urut, Rusnani Mohamed.
"Teknik ini boleh membantu minyak meresap jauh ke dalam kulit bagi mendapatkan lebih banyak kebaikan. Otot lebih selesa, kulit lebih licin dan kesan parut atau regang juga hilang," kata Rusnani.
Minyak Re-Gen dijual pada harga RM29.90 bagi botol 75 milileter (ml) dan RM45.90 bagi botol 125 ml.

Seri Pacific raikan kanak-kanak istimewa

Posted: 11 Apr 2013 08:59 PM PDT


PELAJAR istimewa dari SK Kampung Nyior di Dungun, Terengganu gembira dan terhibur dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh Hotel Seri Pacific.


HOTEL Seri Pacific Kuala Lumpur baru-baru ini menyambut kehadiran 18 kanak-kanak istimewa dari sekolah kebajikan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Nyior, Paka, Dungun, Terengganu.
Merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat hotel, pihak pengurusan yang terlibat mahu menyediakan satu pengalaman makan malam di hotel lima bintang kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa dan guru-guru.
Selain dihidangkan makanan seperti ayam madu panggang, daging gulai kawah, ikan merah asam manis dan sup ayam berempah, kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 16 tahun itu juga diraikan dengan persembahan tarian, silap mata dan hiburan.
Kanak-kanak tersebut yang dalam satu lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur kelihatan teruja dan seronok dengan sesi makan malam yang disediakan oleh pihak Hotel Seri Pacific.
"Kami sangat berpuas hati dan gembira apabila dapat memberi layanan istimewa kepada mereka," kata Pengarah Pemasaran dan Jualan, Zakariya Muda.
Bagi wakil guru, Faridah Zainal, 34 pula, keistimewaan dan peluang yang diberikan kepada kanak-kanak tersebut dilihat sebagai satu pendedahan sihat di samping memberikan pelbagai pengalaman yang sangat bermakna.
"Saya suka KLCC dan mahu datang lagi pada masa hadapan," kata seorang kanak-kanak, Lee Jia Wen, 16.
Suraya Omar, 35, ibu kepada Sufaizal Fauzi, 10, berharap agar keseronokan seperti itu diteruskan lagi pada masa hadapan khususnya kepada kanak-kanak istimewa seperti anaknya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines