Jumaat, 26 April 2013

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik

Halaman Blog Gambar-Gambar Menarik Dan Pelik


Yana Samsudin Ambil Keputusan Cuti Sebulan

Posted: 24 Apr 2013 11:17 PM PDT

Yana ambil cuti selama sebulan bagi memberi tumpuan kepada kehidupan peribadi dan sosial.
SUBANG JAYA: Pelakon Yana Samsudin mengambil keputusan untuk bercuti selama sebulan daripada sebarang aktiviti lakonan kerana tidak pernah berbuat demikian sebelum ini.
Yana, 29, berkata, kesibukannya di lokasi penggambaran telah menyebabkan kehidupan peribadi dan sosialnya berada dalam keadaan tidak seimbang.
"Sebelum ini setiap bulan saya ada penggambaran dan tidak dapat bersosial sama ada bersama teman atau pun menghadiri majlis-majlis hiburan yang diadakan.
"Sekarang ini saya ambil cuti selama sebulan dan mahu berehat sebentar daripada penggambaran filem. Saya juga mahu berikan tumpuan kepada kehidupan peribadi yang agak lama tidak diberi perhatian," jelasnya kepada mStar Online.
Pelakon ini akan bercuti bermula Mei sehingga Jun depan.
Malah kata Yana, pihak pengurusannya iaitu syarikat produksi Metrowealth turut membenarkannya mengambil cuti panjang untuk berehat.
Dalam pada itu, Yana berkata, peluang bercuti selama sebulan itu akan digunakan untuk bercuti ke luar negara selain menghabiskan masa di kampung halamannya di Yong Peng, Johor.
Tambah Yana, dia juga akan kembali ke kampung untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei depan dan ingin merasai kehangatan suasana berkempen di negeri itu.
"Insya-Allah saya akan bercuti ke Jakarta sebelum balik ke kampung untuk bersama keluarga dan mengambil peluang untuk mengundi," katanya.
Sementara itu, Yana berkata, dia akan muncul dengan filem terbaharunya pada Ogos depan berjudul Adnan Sempit 3 bergandingan dengan Shaheizy Sam.
Setakat bulan April, Yana telah muncul dengan empat buah filem iaitu Minyak Dagu, Wawa Semput, Cerita Kita dan Dua Kalimah.

Cha Cha Maembong Tidak Cemburu Populariti Kakak

Posted: 24 Apr 2013 11:16 PM PDT

Cha Cha Maembong
PETALING JAYA: Pelakon baru Cha Cha Maembong tidak hirau apabila nama kakaknya, Emma Maembong lebih popular berbandingnya walaupun dia yang terlebih awal 'terjun' dalam dunia lakonan.
Cha Cha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 17, berkata, dia juga tidak cemburukan Emma malah gembira dengan kejayaan kakaknya yang baru setahun dalam industri seni tempatan.
"Tak mungkin saya nak cemburukan dia (Emma). Sebaliknya saya berbangga memiliki seorang kakak yang berjaya dan popular atas usaha gigihnya sebagai pelakon.
"Lagipun dia kakak saya dan saya pun masih muda, banyak benda yang masih perlu belajar dan perjalanan dalam bidang ini juga masih jauh lagi. Dia juga membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan karier lakonan saya," katanya.
Beritahu Cha Cha, dia mula menyertai kerja-kerja seni seawal berusia lima tahun sebagai model untuk iklan-iklan di televisyen, kemudian berhenti pada usia 12 tahun dan kini kembali semula bergiat aktif di bidang lakonan sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, Cha Cha turut bersyukur masalah pelat yang dihadapinya bukanlah satu halangan untuk aktif dalam kerja-kerja lakonan.
Emma Maembong
Malah pelakon kacukan Melayu dan Scotland ini gembira apabila pihak produksi tidak menganggap ia satu masalah tetapi dia sendiri sedang berusaha memperbaiki sebutannya agar lebih jelas ketika berlakon.
"Mula-mula saya risau juga memikirkan adakah pihak produksi terbuka dengan masalah pelat saya. Lebih-lebih lagi saya sukar menyebut huruf 'R'.
"Bagaimanapun saya cuba memperbaiki kelemahan itu agar tidak memburukkan lakonan yang dibawakan," seloroh pelakon yang popular dengan drama Mimpi Cinderella dan Setia Hujung Nyawa ini.
Dalam perkembangan lain, Cha Cha bakal muncul menerusi drama terbaharu terbitan Wall's Cornetto (Unilever (Malaysia) Holdings Sdn. Bhd) iaitu Cornetto Uda & Dara.
Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sehingga memperoleh kejayaan masing-masing.
"Seronok juga berlakon dalam drama ini. Memandangkan saya masih baru dalam industri ini, banyak tunjuk ajar yang diberikan oleh mentor-mentor saya seperti Yasmin Hani dan Tony Eusoff," tuturnya.
Selain Cha Cha Cornetto Uda & Dara dibarisi pelakon iaitu Dafi, Alif Hadi, Jed, Radhi Khalid, Mustapha Kamal, Namron, Yasmin Hani, Azhar Sulaiman, Shaq, Alam, dan Normah Damanhuri.
Drama ini bakal disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) mulai 1 Mei depan setiap Rabu, pukul 9 malam.
Siaran ulangannya pula ialah pada hari Sabtu, pukul 5 petang.

Linda Rafar Pernah Terasa Sudah Hilang Peminat

Posted: 24 Apr 2013 11:15 PM PDT

Linda Rafar.
SHAH ALAM: Penyanyi Linda Rafar pernah merasakan sudah hilang peminat gara-gara tidak lagi aktif dalam dunia seni sehingga membuatkan dia tidak begitu menjaga penampilan diri berbanding semasa di kemuncak kemasyhuran.
Namun, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 32, berkata, gara-gara tidak menitik beratkan soal imej dia ditegur peminat yang telah melihatnya di beberapa tempat.
"Sejak akhir-akhir ini ramai yang menghantar mesej menerusi laman sosial Twitter dan Instagram tanda sokongan dan ingin melihat saya muncul dengan lagu-lagu baru. Malah ada yang menyedari saya berada di sesebuah lokasi, lalu mereka tegur.
"Dulu memang rasa macam dah tak ada peminat tetapi apabila mereka mengatakan ingin melihat saya tampil dengan lagu baharu, rasa bersemangat pula.
"Dan hal itu membuatkan saya kembali menjaga penampilan diri agar tidak nampak selekeh. Nanti apa pula orang kata," selorohnya.
Tambah Linda, populariti yang agak tenggelam tidak pernah melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian yang diminatinya.
Baginya, nama 'Linda Rafar' sudah kurang menjadi sebutan memandangkan keadaan industri muzik tempatan yang semakin dipenuhi bakat-bakat baru. Bagaimanapun dia tetap gembira kerana masih lagi mampu bertahan di bidang itu.
"Ramai yang anggap saya dah tak menyanyi lagi tetapi saya masih memenuhi undangan nyanyian bagi majlis-majlis korporat sejak dulu lagi.
"Cuma daripada segi publisiti, nama saya tidak lagi menjadi sebutan di media, tidak apa, yang penting saya masih bertahan dalam bidang ini," katanya.
Tambah Linda yang pernah popular menerusi lagu Hak Milik Kekal bersama Diana Rafar, pada tahun 2005, dia bakal muncul dengan lagu terbaharu tidak lama lagi berjudul Cun Melecun berduet dengan adiknya itu.
Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh komposer terkenal, Edry Abdul Halim.
"Nak kata ini kemunculan semula daripada saya dan Diana, tidak juga kerana kami tidak pernah bersara seperti sesetengah pihak fikirkan.
"Ia hanyalah sebuah naskhah baru daripada kami buat para peminat yang sudah lama menunggu lagu baharu kami," tuturnya.

Takut Malu, Hafiz Suip Enggan Kongsi Kisah Peribadi

Posted: 24 Apr 2013 11:14 PM PDT

Hafiz mengakui belum bersedia untuk berumah tangga dan mahu memberi fokus kepada kerjayanya terlebih dahulu.
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz enggan lagi bercakap soal peribadi terutama kisah percintaannya kepada umum kerana bimbang ia akan dijadikan isu sehingga menyebabkan namanya tercalar.
Pemilik nama penuh Mohd Hafiz Mohd Suip, 23, ini berkata, walaupun bergelar selebriti, sebagai manusia biasa yang inginkan privasi dia berhak untuk menyimpan perkara itu tanpa perlu dikongsi dengan orang lain.
"Bukan semua perkara saya boleh kongsi dengan peminat dan biarlah cerita mengenai peribadi dan hubungan cinta saya simpan buat diri sendiri.
"Jika terjadi apa-apa pada hubungan tersebut seperti putus di tengah jalan tidaklah saya malu nanti," katanya kepada mStar Online.
Hafiz sebelum ini mengakui dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita yang dikenali hampir setahun lalu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai jodoh, Hafiz berkata, masih terlalu awal untuknya bercakap mengenai perkara itu kerana faktor usianya yang masih muda.
Malah dia mahu mengukuhkan terlebih dahulu kerjayanya sebagai penyanyi bagi memastikan masa depannya lebih terjamin.
"Saya ingin mengumpul kesenangan terlebih dahulu dan barulah boleh bercakap mengenai kahwin kerana tanggungjawab sebagai seorang suami adalah besar dan bukan mudah.
"Tambahan pula usia saya masih muda dan tidak terlalu memikirkan soal kahwin buat masa ini," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, dia kini sedang sibuk membuat latihan bagi konsert pertamanya di Dewan Filharmonik Petronas dekat sini pada 1 Jun depan.
Jelas Hafiz, dia bakal menyampaikan sembilan buah lagu pada malam tersebut dan mengakui gementar untuk membuat persembahan di pentas berprestij itu.
"Ini adalah peluang keemasan saya sebagai seorang penyanyi. Walaupun gementar tetapi pada masa sama saya cukup teruja dan terharu diberi peluang untuk membuat persembahan di sana," katanya.

FDAM Mohon Maaf, Akan Pulangkan Wang Aaron Aziz

Posted: 24 Apr 2013 11:13 PM PDT

Aaron Aziz
PETALING JAYA: Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM) akan memulangkan semula lebihan wang daripada pembayaran RM1,500 yang dibuat oleh pelakon Aaron Aziz untuk menjadi ahli persatuan itu selepas timbul salah faham berhubung taraf kerakyatannya di negara ini.
Presiden FDAM, Othman Hafsham, 72, berkata, jumlah amaun itu sepatutnya dibayar bagi mereka yang bukan warganegara Malaysia.
"Saya mewakili pihak FDAM memohon maaf atas kesilapan mengenai hal pembayaran yuran Aaron. Orang yang menjaga hal-hal itu mungkin tidak peka dengan status Aaron yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara ini.
"Diharap Aaron dapat hadir ke pejabat kami untuk menerima semula baki wang yuran berkenaan.
"Bagaimanapun, saya cuba menghubungi Aaron sejak pagi tadi (Rabu), tetapi tidak berjawab," katanya yang dihubungi mStar Online pada Rabu.
Othman Hafsham
Beritahu Othman, sepatutnya, bagi warganegara Malaysia, yuran ahli yang dikenakan hanyalah RM300 sahaja manakala yang bukan warganegara perlu membayar RM1,000.
Menerusi laman Instagram milik Aaron pada Selasa lalu, dia memaparkan sekeping resit pembayaran selepas mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut yang dilakukan pada 14 April lalu.
Aaron juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan bayaran yang tinggi dikenakan terhadapnya.
Malah, Aaron juga terkilan apabila pihak FDAM tidak meneliti statusnya sebagai penduduk tetap negara ini selain menuduhnya sebagai pekerja asing yang tidak tahu peraturan selepas mendapat peluang mengarah filem Romeo Kota, terbitan Excellent Pictures tanpa menjadi ahli persatuan itu.
Resit pembayaran yang dibuat Aaron kepada FDAM.
Terdahulu, pihak FDAM mendakwa Aaron belum mendaftar sebagai ahli sewaktu memulakan pengarahannya sehingga menyebabkan pihak penguat kuasa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan FDAM menyerbu lokasi penggambaran filem itu pada 3 April lalu.
Sementara itu, penerbit Excellent Picture iaitu Ahmad Idham mengakui tentang kedudukan Aaron yang tidak menjadi ahli persatuan berkenaan ketika menawarkannya mengarah filem berkenaan.
Kata Idham, dia turut memohon maaf kerana tidak peka dengan perkara tersebut kerana beranggapan Aaron hanya boleh mendaftar selepas dia diberi peluang mengarah sebuah filem bagi tujuan rujukan pihak FDAM.
"Memang saya tahu Aaron bukan ahli FDAM sebelum ini dan saya mengambil dia sebagai pengarah atas penilaian saya terhadapnya yang begitu efisien dalam kerja.
Ahmad Idham
"Lagipun biasanya sebelum ini pihak FDAM mahu melihat profil pengarah yang mana mereka haruslah berpengalaman mengarahkan sekurang-kurangnya sebuah karya sebelum diberi kad ahli FDAM. .
"Maka saya menganggap Aaron juga akan mendaftar selepas menyiapkan penggambaran Romeo Kota. Tapi tak sangka pula ketika di set penggambaran, kami diserbu tanpa sebarang notis," ujarnya.
Tambah Idham, dia berharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi kerana ia sedikit sebanyak boleh mengganggu kerja-kerja produksi dan meminta mana-mana pihak persatuan seni negara ini peka sebelum bertindak.

Yassin peserta pertama tersingkir

Posted: 24 Apr 2013 11:12 PM PDT


Yassin Yahya
Yassin Yahya
Baru sahaja dua hari berada di pentas Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2), bekas ahli kumpulan Senario, Yassin terpaksa akur menjadi peserta pertama yang disingkirkan.

Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya, 35, akui kecewa dengan penyingkiran tersebut.

"Memang saya sedih bila menjadi peserta pertama yang tersingkir, lagipun ia baru sahaja bermula dan masih banyak perkara yang ingin saya belajar.

"Sebelum ini, memang saya tak pandai memasak, setakat masak air, maggi dan nasi, boleh la.. Tapi, sejak menyertai MSM 2, saya belajar sesuatu yang baru.

"Insya-ALL AH, selepas ini, saya akan terus memasak dan cuba memperbaiki kelemahan serta mempelajari teknik yang betul," katanya mendapat sokongan keluarga dan isteri untuk menyertai MSM 2.

Yassin disingkirkan daripada dapur MSM 2 setelah hidangannya, Ikan Goreng Berat Sebelah, gagal memikat hati juri.

Bagaimanapun, Yassin yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM500.

Amy Search: Kalau itu pilihan Nabila

Posted: 24 Apr 2013 11:12 PM PDT


Nabila Huda
Nabila Huda dan Nas-T.
"Kalau betul Nas-T adalah pilihan Nabila, saya berharap hubungan mereka kekal dan mereka saling memahami diri masing-masing," kata Amy Search.

Mengulas lanjut mengenai kisah percintaan anak perempuannya itu, legenda Rock tanah air ini memberitahu, pada awalnya dia sendiri tidak tahu mengenai hubungan tersebut.

"Saya memang tidak tahu mengenai perkara ini dan saya dapat tahu pun setelah membaca akhbar sebab Nabila tidak pernah cerita pada saya. Saya juga memang tidak kenal Nas-T.

"Tapi sebagai bapa, apa yang saya harapkan, Nabila bahagia dan dapat mengekalkan hubungan itu dengan baik," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular, kelmarin.

Tambah Amy, walaupun kisah percintaan Nabila sudah tersebar luas, namun sehingga hari ini dia masih belum diperkenalkan dengan kekasih anak perempuannya itu.

"Saya belum pernah bertemu dengan Nas-T. Tapi saya tidak kisah asalkan mereka berdua bahagia.

"Manusia tidak ada yang sempurna dan mereka perlu mengenali hati budi dan saling menerima buruk baik diri masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Amy turut melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian Nabila yang memenangi anugerah Pelakon Drama Wanita Popular.

"Sudah tentu kami sekeluarga gembira dan bangga dengan pencapaiannya. Saya yakin kemenangan itu adalah hasil usaha kerasnya.

"Dia pandai berdikari dan sebelum ini juga dia tidak pernah menggunakan tiket 'anak Amy Search' untuk mencapai kejayaan dalam bidang ini ,"katanya.

Mizz Nina harap hamil tahun ini

Posted: 24 Apr 2013 11:11 PM PDT


Mizz Nina harap hamil tahun ini
Mizz Nina dan suaminya, Noh Salleh. 
SETELAH mendirikan rumah tangga hampir dua tahun, pasangan selebriti, Mizz Nina dan Noh Salleh masih belum dikurniakan cahaya mata.

Akui merancang keluarga demi perjalanannya karier seninya sebelum ini, kini Mizz Nina sudah bersedia untuk mempunyai anak sendiri.

Menurutnya, jika ditakdirkan hamil pada tahun ini, dia menerima.

"Ya. Saya memang dah rancang. Sebenarnya ia dah 'start'. Kalau ia berlaku, ia berlaku. Saya terima.

"Harap-harap saya hamil tahun ini dan melahirkan tahun depan," katanya kepada Sinar Harian Online, ketika ditemui pada sidang media konsert sulungnya.

Mizz Nina bernikah dengan Noh Salleh pada 1 Julai 2011.

Dalam perkembangan lain, Mizz Nina juga berharap untuk mengadakan persembahan di Korea Selatan bagi mempromosikan lagu kolaborasinya dengan penyanyi, Jay Park, Around The World.

"Kami lancarkan video di YouTube. Setakat ini, peminat K-Pop memberi sokongan dan bercakap tentang lagu itu di media.

"Saya harap, saya berpeluang untuk mengadakan 'trip' ke Korea dalam masa terdekat untuk mempromosikan lagu itu. Mungkin pemasaran dan promosi akan dilakukan selepas konsert," katanya.

Ekoran lagu Around The World yang dilancarkan baru-baru ini, Mizz Nina dikatakan menggunakan suara mesin.

Namun, penyanyi berusia 33 tahun ini menafikan perkara tersebut.

"Saya rasa orang yang bercakap negatif ini, mereka tak puas hati dengan kehidupan mereka. Jadi, mereka memilih untuk komen terhadap orang lain.

"Bercakap tentang suara mesin ini, mereka tak faham, apa muzik itu? Mana ada mesin. Sekarang semuanya dah canggih... ada banyak 'filter', sama ada kita nak suara itu nampak original atau tidak," katanya.

Tambahnya, "jadi, untuk orang yang buat komen negatif pada saya , saya hindari mereka. Mereka terlalu 'judgemental'. Saya memang tak mengambil komen-komen itu dengan serius."

Mizz Nina bakal mengadakan konsert pertamanya, Around The World Concert pada 18 Mei ini dengan penampilan khas, Jay Park, Noh Salleh dan Teh Tarik Crew.

Norman suka lihat Memey bertudung

Posted: 24 Apr 2013 11:01 PM PDT


NORMAN mahu Memey memakai tudung kerana Allah, bukan atas desakan sesiapa.


PADA hari Ahad lalu pelakon Memey Suhaiza membuat kemunculan di khalayak ramai dengan tampil bertudung litup ketika menghadiri acara hari sukan anak tirinya, Mohamed Danish Hakim.
Beberapa keping gambarnya bertudung turut dimuat naik ke laman Instagram miliknya, sehingga ramai peminat yang menyangka bahawa isteri kepada pelakon Norman Hakim itu sudah mengikut jejak langkah beberapa artis yang kini sudah bertudung.
Bagaimanapun, Memey yang dihubungi Kosmo! baru-baru ini memberitahu, dia tidak mahu peminat salah sangka apabila menganggap dirinya kini sudah bertudung.
Sebaliknya, pelakon yang baru dikurniakan cahaya mata, Mohamed Darwisz Hakim itu menyatakan sehingga kini dia masih lagi belum bertudung sepenuhnya, tetapi masih dalam proses percubaan untuk memakai tudung.
Kosmo!: Bagaimanakah kehidupan Memey selepas bergelar ibu?
MEMEY: Ia merupakan satu perasaan yang sukar untuk diperkatakan, tetapi apabila dikurniakan cahaya mata sudah tentu ia menjadi pelengkap kepada kehidupan saya sebagai seorang isteri.
Setelah tamat berpantang pada awal April lalu, adakah anda sudah kembali berlakon?
Buat masa ini saya sedang menjalani penggambaran drama bersiri Roda-Roda KL. Namun begitu, setiap kali ke lokasi penggambaran, saya selalu berasa berat hati untuk berpisah seketika dengan anak kerana terlalu rindu. Sebenarnya, selepas melahirkan anak sudah banyak tawaran berlakon yang diterima, tetapi dalam tempoh sekarang ini saya terima tawaran yang memerlukan saya berlakon di sekitar Kuala Lumpur sahaja.
Bagaimanakah pula dengan anak apabila anda menjalani penggambaran?
Tanggungjawab menjaga anak saya serahkan segalanya kepada adik saya yang selama ini memang bekerja dengan saya. Cuma, saya telah memintanya supaya menjaga Darwisz di rumah sahaja.
Adakah suami tidak kisah apabila anda kembali aktif berlakon setelah memiliki cahaya mata?
Saya sangat beruntung kerana suami tidak pernah menghalang saya aktif berlakon semula. Dia cukup memahami minat saya yang mendalam terhadap dunia lakonan, namun dia tetap meletakkan syarat supaya kepentingan keluarga perlu lebih diutamakan berbanding kerjaya.
Baru-baru ini terdapat beberapa keping gambar yang memaparkan anda bertudung sewaktu muncul di khalayak ramai. Adakah sekarang ini anda sudah bertudung sepenuhnya?
Ketika ini saya masih lagi belum bertudung dan lakonan saya dalam Roda-Roda KL juga tidak menampilkan saya memakai tudung. Apa yang boleh dikatakan, saya masih lagi dalam proses belajar lagi. Kalau boleh saya tidak mahu peminat keliru dengan penampilan saya itu dan begitu mengharapkan doa daripada peminat agar pintu hati saya terbuka sepenuhnya untuk bertudung.
Apakah pandangan suami apabila melihat anda sudah mula berjinak-jinak untuk memakai tudung?
Sudah tentu suami merupakan orang yang paling gembira dan memberitahu dia memang suka lihat saya bertudung. Bagaimanapun, dia tidak memaksa saya dan berpesan supaya setiap perubahan yang dilakukannya itu mestilah niat kerana Allah tanpa paksaan daripada sesiapa.

Wanita Kelantan serbu kedai emas

Posted: 24 Apr 2013 11:00 PM PDT


ORANG ramai mengunjungi sebuah kedai emas untuk membeli barangan kemas di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Di sebalik kehangatan kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di sini, orang ramai khususnya kaum wanita Kelantan tidak melepaskan peluang membeli barangan kemas berikutan harga emas turun sejak minggu lepas.
Harga emas jenis 916 yang menjadi pilihan ramai turun kepada RM380 bagi 2.7 gram berbanding RM420 untuk 2.7 gram sebelumnya.
Harga emas di pasaran dunia yang dicatatkan semalam ialah RM140 satu gram.
Tinjauan di sekitar bandar Kota Bharu seawal pukul 9 pagi semalam mendapati pengunjung mula membanjiri kedai-kedai emas, malah ada yang sanggup beratur sebelum waktu perniagaan bermula.
Pekerja sebuah kedai emas di Jalan Post Office Lama di sini, Wan Ahmad Salihan Wan Mohd Zaki berkata, orang ramai mula menyerbu kedai milik keluarganya itu selepas berita harga emas turun disiarkan akhbar pada minggu lepas.
Susulan itu, Wan Ahmad Salihan berkata, operasi kedai itu yang ditutup pukul 5.30 petang setiap hari kini dilanjutkan sehingga pukul 7 malam.
Antara yang menjadi pilihan pelanggan ialah rantai, gelang dan loket selain barangan kemas yang ditempah mengikut kehendak mereka.

KL dilanda banjir kilat

Posted: 24 Apr 2013 10:59 PM PDT


BEBERAPA kenderaan gagal meneruskan perjalanan apabila Jalan Maarof di Bangsar, Kuala Lumpur dilanda banjir kilat semalam.


KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan dan jalan raya utama di sekitar ibu negara ditenggelami air ekoran hujan lebat selama lebih sejam petang semalam.
Antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir kilat yang bermula pada kira-kira pukul 5 petang termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Segambut, Jalan Maarof serta Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya Pantai Baru.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, hujan lebat turut menyebabkan beberapa pokok tumbang sehingga menghempap dua kenderaan di Plaza Perabot, Jalan Klang Lama.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Peragut jadi 'beg tinju'

Posted: 24 Apr 2013 10:58 PM PDT


ANGGOTA polis menahan seorang peragut selepas dibelasah penduduk di Ampang, Selangor kelmarin.


AMPANG – Seorang peragut ditimpa malang apabila bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, dia cedera selepas menjadi 'karung tinju' sekumpulan penduduk yang menangkapnya dalam kejadian di Pangsapuri Permai Court di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11.30 malam itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 30-an tersebut dikatakan telah meragut beg tangan seorang wanita warga China sebelum jeritan mangsa didengari sekumpulan lelaki yang sedang bermain karom di bawah pangsapuri tersebut.
Difahamkan, mangsa dibelasah kerana dia cuba melawan untuk melepaskan diri setelah dikepung kira-kira 15 penduduk. Dia kemudian meminta maaf dan mohon dilepaskan.
Bagaimanapun permintaannya tidak diendahkan sebelum diserahkan kepada polis.
Mengimbau semula kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Fei, 48, berkata, dia bersama seorang lagi rakan senegaranya sedang berjalan kaki menggunakan laluan alternatif untuk pulang ke rumah dari tempat kerja.
"Tiba-tiba peragut datang dari belakang dan terus merentap beg tangan yang saya pegang.

Penyamun parah dibelasah orang ramai

Posted: 24 Apr 2013 10:56 PM PDT


SEORANG lelaki parah selepas dibelasah orang ramai di Seremban semalam.


SEREMBAN - Malang menimpa seorang lelaki apabila dia bukan sahaja gagal mendapatkan hasil samun malah, ditinggalkan rakan apabila melihat dirinya teruk dibelasah oleh orang awam dalam kejadian di Biz Avenue di Seremban 2 dekat sini semalam.
Kejadian pukul 3 petang itu berlaku apabila suspek bersama seorang lagi rakannya yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z cuba menyamun rantai leher seorang lelaki berusia 34 tahun.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang enggan menurut arahan cuba melawan menyebabkan suspek terus menetak kepala lelaki itu sebanyak dua kali sebelum cuba melarikan diri.

Harga rumah dijangka naik 10 hingga 15 peratus

Posted: 24 Apr 2013 10:53 PM PDT


PERMINTAAN tinggi dijangka diterima bagi projek perumahan yang dibangunkan berdekatan dengan kawasan projek prasarana. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Harga hartanah kediaman di negara ini dijangka terus meningkat 10 hingga 15 peratus tahun ini, demikian menurut firma perkhidmatan hartanah, C H Williams Talhar and Wong Sdn. Bhd.
Pengarah Urusannya, Foo Gee Jen berkata, jualan bagi pembangunan perumahan baharu dijangka kekal tahun ini dipacu daripada permintaan tinggi bagi hartanah kediaman dalam negara.
"Bahagian permintaan tinggi terletak berhampiran dengan projek prasarana utama seperti Transit Aliran Massa, Transit Aliran Ringan dan laluan komuter,
"Trend pembetulan secara besar-besaran akan dilihat pada tahun ini. Harga rumah rata-ratanya kekal tidak berubah tetapi harga dijangka berdepan dengan tekanan daripada peningkatan harga bahan mentah," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Laporan Pasaran Hartanah 2013 di sini semalam.
Gee Jen menerangkan, pasaran kediaman bertanah dijangka terus bertahan dengan pertumbuhan stabil walaupun kemungkinan hanya sedikit unit akan dilancarkan.

Bangunan runtuh, 100 terbunuh

Posted: 24 Apr 2013 10:45 PM PDT

PEKERJA penyelamat dan orang ramai mencari mangsa yang terselamat selepas sebuah bangunan runtuh di Savar, Bangladesh semalam.


SAVAR - Tidak kurang 100 orang terbunuh dengan ramai lagi mangsa dikhuatiri mati selepas sebuah bangunan runtuh di Bangladesh semalam, menurut sumber rasmi.
Bangunan lapan tingkat tersebut, Plaza Rana, menempatkan beberapa premis perniagaan termasuk sebuah pasar raya dan kilang pakaian.
Seorang pegawai berkata, hanya tingkat bawah bangunan itu yang menempatkan sebuah bank masih berada dalam keadaan sempurna.
Bangunan itu terletak di bandar ini, 30 kilometer dari ibu kota Bangladesh, Dhaka.
"Setakat ini, kami telah menjumpai 15 mayat dengan ramai lagi dikhuatiri mati," kata Pengarah Jabatan Bomba, Mejar Zehadul Islam kepada agensi berita AFP.
Menurutnya, pasukan tentera turut dipanggil bagi membantu usaha menyelamatkan mangsa.
Sekitar 2,000 orang berada di dalam bangunan tersebut ketika ia runtuh pada pukul 9 pagi (waktu tempatan).
Ketua polis tempatan, M. Asaduzzaman pula memberitahu, situasi kini genting dengan sekurang-kurangnya 150 dibimbangi masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kesihatan, Litu Ahmed berkata, sekurang-kurangnya 35 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital manakala 150 orang lagi menerima rawatan pesakit luar.
Kejadian bangunan runtuh kerap berlaku di Bangladesh ekoran sikap pemaju yang tidak mempedulikan peraturan pembinaan bangunan bertingkat.

Harga petrol di Indonesia naik 40%

Posted: 24 Apr 2013 10:44 PM PDT


KENDERAAN berbaris untuk mengisi petrol di stesen minyak milik negara, Pertamina di Jakarta semalam.


JAKARTA - Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.
Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.
Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.
Kenaikan itu akan mula berkuat kuasa pada bulan depan.
Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.
Pemerintah Indonesia berharap dapat mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.
Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.
"Masalahnya, jika harga minyak naik, harga barangan lain seperti daging dan gandum akan turut meningkat," kata seorang penjual mi di sini.
Subsidi minyak menjadi masalah kepada banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak global.
Harga minyak mentah bagi penghantaran Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03) setong.

Rokok elektronik bukan penyelesaian ketagihan

Posted: 24 Apr 2013 10:43 PM PDT

KEPEKATAN nikotin tanpa piawaian dalam rokok elektronik boleh menyempitkan saluran darah sehingga mengakibatkan strok.


SUDAH bertahun Khairul Hanafi Othman, 32, cuba mencari solusi untuk menghentikan ketagihan merokok yang dialaminya sejak 11 tahun lalu. Masalah ketagihan merokok berlarutan sehinggalah tahun lalu, anak kelahiran Temerloh, Pahang itu mendapat perkhabaran mengenai kesihatan anak keduanya, Nur Salina yang berusia empat tahun menghidap penyakit lelah.
"Ketika menerima berita itu, saya merasa sangat bersalah kerana menjadi faktor utama kepada penyakit dialami Nur Salina," luah Khairul Hanafi yang bekerja dalam sektor awam ketika ditemui oleh Kosmo! baru-baru ini.
Masalah seperti anak Khairul Hanafi sering berlaku kepada kebanyakan perokok pasif. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perokok pasif tidak merokok, tetapi terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam masa dua hari untuk tempoh seminggu.
Perokok pasif mempunyai risiko 30 peratus lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dan 25 peratus lebih tinggi mendapat penyakit jantung. Kanak-kanak adalah lebih mudah mendapat asma akibat asap rokok. Selain itu, pertumbuhan paru-paru mereka akan terganggu dan menyebabkan otak menjadi lembab.
Selepas berkahwin, Khairul Hanafi pernah berhenti terus daripada merokok, tetapi hanya bertahan selama tiga bulan. Dia tidak mampu menahan diri dengan bau asap rokok daripada orang sekelilingnya.
"Sejak akhir tahun lepas saya mencuba sekali lagi, namun kali ini tidak seperti dahulu iaitu berhenti serta-merta," ujarnya.
Sebagai langkah permulaan, dia menggunakan rokok elektronik yang dibelinya pada harga RM250 di sebuah pusat beli-belah sekitar ibu kota.
"Seorang rakan memperkenalkan rokok tersebut kepada saya dan mengatakan ia mampu membantu perokok tegar untuk berhenti secara berkala," tambah Khairul.
Alat rokok elektronik terdiri daripada tiga komponen iaitu alat pengewapan (atomizer) yang lazimnya diklasifikasikan sebagai alat elektronik, bateri dan katrij boleh ganti mengandungi cecair nikotin.
Walaupun mula menunjukkan perubahan positif dari segi pengambilan rokok tembakau, Khairul Hanafi dirundung dengan masalah baharu apabila anak penyakit lelah anaknya bertambah kronik.
"Selepas bertemu dengan doktor, barulah saya mengetahui bahawa rokok elektronik itu juga menjadi punca kepada masalah lelah Nur Salina," jelasnya.
PENJUALAN rokok elektronik semakin berleluasa di sekitar ibu kota apabila pembeli boleh mendapatkannya dengan mudah dan murah.


Sakit dada
Berada dalam yang hampir sama dengan Khairul Hanafi, Amir Hidayat Sulaiman, 38, berhenti menggunakan rokok elektronik sejak dua bulan lepas. Niat untuk berhenti merokok tidak kesampaian apabila masih merokok dalam kuantiti yang banyak.
Dia beralih menggunakan rokok elektronik selepas percubaan mengambil gula getah nikotin selama empat bulan menemui jalan buntu.
"Saya mengambil rokok elektronik kerana terikut-ikut dengan kawan sepejabat yang juga penjual rokok itu," ujar Amir Hidayat ketika diwawancara Kosmo! di sebuah restoran makanan segera di KL Sentral.
Eksekutif muda di syarikat hartanah itu berkata, tiada perbezaan dari sudut kesihatan jika dibandingkan dengan rokok tembakau. Amir Hidayat masih lagi mengalami sakit dada sama seperti ketika dia mengambil rokok tembakau.
Menurut Amir Hidayat, salah satu puncanya adalah pengambilan nikotin yang disedut daripada rokok elektronik.
Terdapat pelbagai jenis perisa dan aroma cecair nikotin untuk rokok elektronik yang dijual di pasaran. Pengguna rokok elektronik, terutamanya golongan muda, sering tertipu dengan cecair nikotin yang dibeli pada harga murah di pasar-pasar malam atau secara individu.
Dipasaran rokok elektronik biasanya dijual pada harga antara RM100 hingga RM500. Rokok elektronik yang murah biasanya dibawa dari China manakala rokok elektronik mahal dari Amerika Syarikat.
Harga untuk sebotol nikotin yang boleh bertahan antara seminggu hingga dua minggu pula sekitar RM10 hingga RM15.
Kepekatan nikotin
Pengarah Institut Perubatan Pernafasan Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Abdul Muttalif berkata, nikotin yang terdapat dalam rokok elektronik adalah sama dengan rokok tembakau.
"Namun begitu, kepekatan nikotin dalam cecair rokok elektronik tidak dapat ditentukan dengan pasti kerana kajian telah menunjukkan kepekatannya tidak mengikut seperti yang dilabelkan," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.
Andaian bahawa rokok elektronik dapat membantu mengurangkan ketagihan perokok adalah tersasar sama sekali. Tambah Abdul Razak, mereka sepatutnya berjumpa dengan doktor berkelayakan dan mempunyai semangat motivasi yang tinggi untuk berhenti merokok.
"Proses untuk berhenti merokok adalah sangat kompleks. Perokok tidak hanya diberikan ubat-ubatan kerana pada masa sama, mereka perlu melalui beberapa peringkat sebelum dapat berhenti dengan baik.

ASAP nikotin memberi kesan lebih kuat terhadap perokok pasif cilik sehingga menyebabkan mereka menghidap lelah.


"Antaranya mereka akan diberikan kaunseling, pengetahuan mengenai tabiat dan kandungan rokok selain membuat lawatan lanjut sepanjang proses itu," jelas Abdul Razak.
Mereka akan dibekalkan ubat-ubatan seperti varenicline yang membantu mengurangkan masalah ketagihan.
"Ubat-ubatan yang diberikan boleh membantu perokok antara 40 peratus hingga 50 peratus jika mengikut prosedur yang ditetapkan oleh doktor.
"Mereka mampu berhenti merokok dalam masa enam bulan atau lebih sekiranya bersungguh-sungguh. Malah, hampir 40 peratus pesakit telah berjaya berhenti secara tetap setakat ini," kata Abdul Razak.
Kementerian Kesihatan Malaysia sememangnya menawarkan Perkhidmatan Berhenti Merokok di semua hospital kerajaan dan klinik-klinik kesihatan bagi rawatan ketagihan nikotin.
Mengulas mengenai kaedah berhenti merokok, Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr. Chong Chee Kheong, berkata, perokok pada kebiasaannya akan diberi ubat-ubat Nicotine Replacement Theraphy (NRT) yang dapat membantu masalah ketagihan mereka.
"Ubat-ubat NRT bertindak dengan cara mengurangkan kesan sampingan yang dialami perokok akibat pemberhentian merokok.
"Pemberian ubat tersebut dilakukan secara berperingkat sehingga individu tersebut bebas daripada ketagihan nikotin," jelasnya.
Ubat-ubatan NRT yang sah terjual di Malaysia adalah selamat digunakan kerana ia menjalani ujian klinikal bagi mengenal pasti keselamatan dan keberkesanannya. Penggunaan ubat tersebut juga mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tukar sampah jadi tenaga elektrik

Posted: 24 Apr 2013 10:42 PM PDT


SEORANG pekerja memeriksa telaga gas yang dibina di atas tapak pembuangan sampah.


TERESITA MABIGNAY, 50, sedang menyeterika baju menggunakan tenaga elektrik percuma yang terletak di kawasan pelupusan timbunan sampah.
Teresita tinggal berdekatan dengan pusat pelupusan sampah terbesar di Manila, Filipina yang menjadi pusat pelupusan pertama di negara itu yang berupaya menukarkan gas metana kepada sumber tenaga elektrik.
Para saintis mendakwa proses penguraian sampah untuk menghasilkan gas metana menjadi salah satu penyebab kesan rumah hijau yang mengakibatkan pemanasan global.
Namun, apabila gas metana tersebut diuraikan menggunakan teknologi moden, ia berubah menjadi tenaga elektrik sekali gus menghalang gasnya merebak di atmosfera.
Ini kerana, gas metana tersebut diperangkap menggunakan paip yang ditanam di bawah tapak pelupusan berkenaan, sama seperti terowong yang mengekstrak gas daripada tanah atau laut.
Gas metana itu kemudian disedut daripada punca tenaga yang terletak di bawah tapak pembuangan dan dipam ke dalam mesin janaan bagi menghasilkan tenaga elektrik.
Beberapa tahun lalu, Teresita dan masyarakat setinggan di kawasan pelupusan sampah Payatas diberi kebenaran masuk ke dewan bekalan tenaga yang dibina di kawasan berkenaan.
"Kemudahan ini mengurangkan perbelanjaan bayaran bil elektrik dan membolehkan kami menggunakan wang simpanan untuk membeli makanan," kata Teresita.
Suami Teresita turut mendapat pekerjaan sebagai pegawai keselamatan di tapak tersebut dengan gaji sebanyak 8,370 peso (RM618) sebulan.
Syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan iaitu Tenaga Hijau Pangea Filipina (Pangea) dianggap bermurah hati kerana membenarkan masyarakat memanfaatkan sumber tenaga tersebut yang nilainya boleh mencecah ribuan ringgit.
Memulihara alam sekitar
Presiden Pangea, Jennifer Ferman Campos berkata, pihaknya berasa gembira kerana berjaya memulihara alam sekitar melalui cara tersendiri yang mampu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Beribu-ribu projek tenaga yang boleh diperbaharui di negara membangun telah didaftarkan di bawah Mekanisme Pembangunan Bersih Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2005, termasuk ladang angin, stesen solar dan empangan hidro.
Menurut laman web www.cdmpipeline.org, selepas projek menukarkan sisa buangan menjadi tenaga dijalankan oleh empat orang perintis Pangea di Filipina, semakin banyak projek seumpama itu dijalankan.
Bagaimanapun, harga pasaran bagi setiap tan gas rumah hijau mula jatuh mendadak pada tahun 2010 disebabkan krisis ekonomi di Eropah yang menjadi sumber terbesar pendapatan syarikat pengusaha.
Ekoran itu, kapasiti Pangea berkembang daripada 200 kilowatt (kW) kepada 1,000 kW sekali gus memaksa mereka mencari pasaran lain termasuk menjualnya kepada pihak pembekal tenaga elektrik di Manila.
Sebelum ini, elektrik yang dijana di Payatas hanya digunakan untuk operasi kuasa di tapak pelupusan dan bagi kegunaan komuniti setinggan berdekatan melalui projek seterika dan lampu jalan kejiranan.

JENTERA pemungut digunakan bagi mengumpul bahan kitar semula di tapak pelupusan sementara di Payatas.


Projek ditentang
Menurut Jennifer, jumlah gas rumah hijau yang berjaya 'diselamatkan' di Payatas kini bersamaan dengan gas yang dihasilkan oleh 18,000 kereta di jalan raya Manila.
Katanya, projek itu mempunyai pelbagai faedah alam sekitar yang lain termasuklah pengurangan pencemaran udara secara langsung terhadap penduduk sekitar.
Namun, Greenpeace dan beberapa kumpulan alam sekitar lain menentang projek penukaran sisa buangan kepada tenaga.
Mereka berpendapat, syarikat berkenaan yang menerima insentif kewangan daripada PBB telah menyumbang kepada peningkatan aktiviti pembuangan sampah.
"Satu-satunya cara untuk menangani isu penghasilan gas metana daripada sisa buangan adalah dengan menghentikan pembuangan sampah ke tapak pelupusan dahulu.
"Projek janaan tenaga melalui sisa buangan hanya akan menggalakkan aktiviti pembuangan sampah berbanding menghapuskannya kerana kamu terpaksa mencipta sisa bagi menggerakkan kemudahan tersebut," ujar pengurus program Greenpeace Filipina, Beau Baconguis.
Tambah Beau, kerajaan Filipina tidak berwawasan dalam mengurangkan sampah sarap dan pada masa sama seramai 12 juta penduduk Manila menghasilkan purata antara 6,000 hingga 8,000 tan sampah setiap hari.
Sementara itu, kerajaan tempatan di negara tersebut telah mula melaksanakan program kitar semula dan pengenalan pelbagai dasar baharu bagi mengurangkan pembuangan sampah sarap.
Ia dikatakan berjaya menurunkan jumlah pelupusan sampah daripada 1,800 tan metrik sehari kepada 1,200 tan metrik sehari.

Informasi terkini industri elektrik dan komputer

Posted: 24 Apr 2013 10:41 PM PDT



TAHUKAH anda, meter elektrik yang menunjukkan kadar penggunaan elektrik di rumah anda menggunakan sistem meter elektronik?
Meter tersebut merupakan pengganti kepada sistem meter elektromekanikal yang digunakan sejak penggunaan elektrik mula diperkenalkan di Malaysia.
Pertukaran meter elektromekanikal kepada elektronik mula diperkenal sejak tahun 2004. Walaupun meter elektronik menunjukkan bacaan meter yang lebih jitu, masih terdapat kediaman yang masih menggunakan sistem lama itu.
Pengurus Pembangunan Perniagaan Vendor Krizik (Malaysia) Sdn. Bhd., Mohd. Nizam Razali, memberitahu, meter elektronik di kediaman mahupun kilang-kilang mempunyai jangka hayat lebih daripada 15 tahun.
"Selepas jangka hayat itu, meter elektronik masih menunjukkan bacaan yang tepat dan jitu tanpa sebarang kesalahan. Ia juga dapat mengelakkan penipuan dalam pengiraan bil elektrik bagi kediaman.
"Selain itu, analisis pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap meter elektromekanikal, bacaannya kurang tepat 20 hingga 30 peratus selepas jangka hayat 10 hingga 15 tahun," ujarnya ketika ditemui Kosmo! pada pameran ASEAN Elenex 2013 (AE 2013) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Krizik (Malaysia) Sdn. Bhd. (Krizik) merupakan salah sebuah syarikat yang menyertai pameran yang diadakan dua tahun sekali itu. AE 2013 disertai oleh 450 syarikat dari 30 buah negara yang mempamerkan inovasi dalam industri tenaga, elektrik dan sistem komputer.
Penyertaan syarikat tersebut dalam AE 2013 ternyata memberi informasi yang lengkap mengenai penggunaan meter elektrik di Malaysia. Krizik turut membawa sampel meter elektronik yang digunakan di rumah dan kilang-kilang.

PENGATURCARAAN komputer merupakan perkara asas dalam industri elektrik dalam mahupun luar negara.


"Krizik merupakan salah satu daripada empat vendor yang membekalkan meter elektronik kepada pihak TNB di Lembah Klang dan negeri-negeri Pantai Timur. Sehingga kini, hanya satu juta rakyat Malaysia yang telah menukar meter elektromekanikal kepada elektronik," jelas Mohd Nizam.
Tambahnya lagi, sekiranya dahulu dengan hanya meletakkan magnet pada meter elektromekanikal, penghuni kediaman boleh menipu bacaan penggunaan elektrik di rumah mereka. Namun, dengan meter elektronik, terdapat fungsi merekod setiap penggunaan elektrik yang tepat setiap masa.
Pameran yang dihoskan oleh pihak TNB itu tidak hanya tertumpu kepada AE 2013 sahaja. Pameran perindustrian automasi 2013 (IA 2013) turut menjadi acara utama sepanjang empat hari majlis itu berlangsung.
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee turut hadir merasmikan majlis pelancaran AE 2013.
Dalam ucapan perasmiannya, Took Gee menyatakan bahawa pameran tersebut merupakan peluang terbaik untuk syarikat yang terlibat dalam industri kejuruteraan elektrik, penjanaan kuasa dan komputer untuk memperluaskan rangkaian serta bertukar-tukar idea atau pendapat.
Antara syarikat utama dalam industri elektrik dan teknologi komputer yang terlibat dalam pameran tersebut ialah ABB Malaysia, Alpha Automation, Komponen Elektrik Axis, TNB, Penghantaran dan Pembahagian Toshiba, United U-Li Corporation serta VSD Automation.
Tidak hanya menarik pengunjung dari dalam negara, AE 2013 turut menarik minat syarikat dari luar negara untuk melihat inovasi terbaharu di pameran itu.
Seorang pengurus industri kejuruteraan dari Taiwan, Min Han Tsai memberitahu, percutiannya di Kuala Lumpur ternyata membawa tuah kepadanya apabila turut berpeluang berkunjung ke pameran tersebut.
Menurut Han Tsai, tiada pameran spesifik di Taiwan yang menekankan hal ehwal industri elektrik di negara asalnya itu.
"Pameran ini memberi informasi yang jelas mengenai industri elektrik. Selain itu, kelengkapan elektrik yang dipamerkan juga boleh dikira terkini dalam pasaran dunia.
"Kelengkapan yang dipamerkan terutamanya daripada TNB juga memberi inspirasi kepada saya untuk mengekperimentasikan sistem yang digunakan di dalam projek elektrik saya apabila pulang ke Taiwan kelak," ujarnya.

TOOK GEE (depan) sempat berkunjung ke kios-kios di AE 2013 selepas majlis perasmian pameran tersebut baru-baru ini.


Dengan penganjuran pameran AE 2013, ia merupakan sahutan kepada seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober tahun lalu. Seruan itu ialah mencapai objektif tenaga nasional sebanyak 5.5 peratus dalam sumber keperluan tenaga negara pada tahun 2015, lima tahun sebelum sasaran asal iaitu pada tahun 2020.
Sementara itu, seorang jurutera muda dari syarikat Toki Solution Sdn. Bhd., Muhammad Azlan Kamaruddin, 23, memberitahu, kunjungannya ke pameran itu bersama rakan sepejabatnya untuk melihat sistem komponen elektronik yang terbaharu di pasaran.
Selain itu, dia juga bertanggungjawab untuk membuat kajian mengenai pembekal kelengkapan elektronik seperti sistem pengawalan dan panel sesentuh untuk diaplikasikan dalam produk syarikatnya.
"Pasaran bagi kelengkapan elektronik di Malaysia banyak membekalkan barangan yang dapat menghasilkan produk yang berspesifikasi sederhana.
"Di pameran ini, saya dapat lihat barangan yang dipamerkan mempunyai kriteria untuk menghasilkan produk yang mempunyai spesifikasi yang tinggi dalam produk keluaran syarikat kami," ujarnya.
Selain daripada produk elektrik, pameran itu juga memberi peluang kepada pengunjung atau syarikat untuk mencari servis penyelenggaraan yang bersesuaian untuk diaplikasikan dengan perkhidmatan syarikat yang mengendalikan sistem elektrik.

Bahaya e-mel penggodam

Posted: 24 Apr 2013 10:40 PM PDT


PERIKSA dulu kesahihan e-mel yang diterima sama ada dengan membuat panggilan terus atau melakukan carian di internet.


RATA-RATA pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun e-mel untuk berkomunikasi di dunia siber.
Secara purata pada hari ini, seseorang itu mempunyai dua akaun e-mel, satu untuk kegunaan peribadi, manakala lagi satu untuk kegunaan pejabat.
Namun begitu, selaku pengguna e-mel kita berhadapan dengan pelbagai risiko antaranya:
- Pendedahan maklumat peribadi atau korporat secara tidak sengaja
- Serangan virus terhadap sistem komputer
- Memberikan maklumat kepada penggodam dengan maklumat yang cukup bagi menceroboh sistem rangkaian korporat
Malangnya, ramai yang beranggapan mereka celik komputer dan tidak terdedah kepada risiko di atas. Ada juga yang berpendapat mereka bukan orang yang penting dan mustahil boleh menjadi golongan sasaran.
Pada hakikatnya, pengguna daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam tentang sistem komputer turut menjadi mangsa.
Jika anda bekerja untuk organisasi yang menyimpan rekod pelanggan, anda tidak terkecuali daripada menjadi sasaran penjenayah siber yang ingin mendapatkan akses bagi memecah masuk rangkaian korporat.
Antara umpan yang sering digunakan dalam e-mel kepada pengguna adalah seperti tawaran wang tunai, diskaun, hadiah cabutan loteri dan juga amaran tentang akaun kad kredit atau perbankan dalam talian milik pengguna.
Bagaimanapun, pengguna secara tidak sengaja mungkin akan memberikan maklumat seperti kata pengguna, kata laluan, nombor akaun, nombor CVV kad kredit dan maklumat pelanggan.
Jangan buka langsung
Selain itu, pengguna juga seharusnya lebih berhati-hati apabila menerima e-mel yang mengandungi pautan laman web.
Gerakkan tetikus di atas pautan tersebut bagi melihat alamat sebenar laman web tersebut bagi mengelakkan daripada memasuki laman web palsu atau yang mengandungi perangkap.

PENGGODAM sentiasa mengambil peluang atas setiap kelalaian pengguna internet.


Pastikan juga anda tidak hanya berpandukan semata-mata kepada logo atau alamat untuk mengesahkan kesahihan e-mel yang diterima.
Logo boleh ditiru dan alamat laman web boleh diletakkan ke dalam e-mel dengan mudah bagi meraih keyakinan pengguna.
Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi melalui e-mel. Dalam banyak kes, mangsa menerima e-mel elektronik yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta pengguna memberikan maklumat peribadi mereka sebagai langkah untuk mengelakkan sistem perbankan mereka digantung.
Pihak institusi kewangan tidak akan meminta maklumat peribadi pengguna. Jika tidak pasti, hubungi pihak institusi kewangan dengan mendapatkan nombor daripada sumber lain (contohnya di bahagian belakang kad ATM dan kad kredit, bukannya daripada e-mel itu sendiri).
Satu lagi kaedah untuk mengesahkan alamat atau nombor telefon yang tertera pada e-mel betul atau tidak adalah dengan membuat carian di internet.
Pengguna seharusnya lebih berhati-hati apabila menerima e-mel yang mempunyai lampiran fail. Pastikan anda tidak memuat turun atau membuka lampiran yang mengandungi fail berformat *.EXE.
Fail jenis itu sering kali digunakan oleh penggodam bagi mendapatkan akses jarak jauh kepada sistem komputer mangsanya.
Paling penting, sekiranya berasa sangsi dengan kesahiha e-emel, pastikan anda tidak membuka langsung lampiran yang disertakan.
Penggodam juga boleh membuat penyamaran format fail dengan menghantarkan fail dengan format berbeza, tetapi sebaik dibuka oleh mangsa, ia memberi kesan yang sama.

Harapan pesakit buah pinggang

Posted: 24 Apr 2013 10:39 PM PDT


KOLAGEN buah pinggang tikus mampu menghasilkan buah pinggang manusia.


GAMBAR yang dikeluarkan pada 12 April lalu menunjukkan perancah kolagen buah pinggang tikus selepas dipisahkan daripada sel-sel yang ada.
Kemudiannya, sel buah pinggang neonatal dan endotelial ditanam semula.
Ia bertujuan untuk menghasilkan buah pinggang buatan manusia yang mampu berfungsi seperti buah pinggang asal.
Seterusnya, ia dipindahkan kepada tikus untuk menapis sistem tubuh dan menjadi air kencing.
Ia bakal memberi harapan dalam bidang kejuruteraan bio terutamanya buah pinggang manusia sekali gus dapat mengurangkan atau menghapuskan keperluan pemindahan buah pinggang.

Pembersihan sampah di dasar laut

Posted: 24 Apr 2013 10:39 PM PDT

PROGRAM pembersihan dasar laut itu disifatkan mencabar kerana perlu berdepan keadaan laut yang bergelora.


SIKAP sesetengah masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam laut sebenarnya mengancam habitat laut selain mencemarkan keindahan dasar laut.
Namun malangnya, masih ramai yang tidak menyedari perkara itu. Melihat senario tersebut, tidak mustahil pada satu hari nanti laut akan menjadi tempat untuk kita melupuskan sampah dan pelbagai sisa lain.
Mahu mendidik masyarakat mencintai alam semula jadi, Astro mengambil inisiatif menganjurkan program Astro Kasih Beautiful Malaysia. Program itu merupakan sebahagian tanggungjawab korporat sosial dalam menjalankan aktiviti berbentuk pemuliharaan alam sekitar.
Justeru, seramai 134 penyelam dari seluruh dunia termasuk Perancis, Australia, New Zealand, Belanda, Switzerland, Hong Kong, Amerika Syarikat dan Malaysia mengambil bahagian dalam program berkenaan.
Mereka telah melakukan kerja-kerja pembersihan sampah dasar laut di 224 buah lokasi sekitar Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.
Cuaca tidak menentu
Lebih menarik, kerja-kerja pembersihan sampah berkenaan yang dilakukan lebih 168 jam tanpa henti itu turut melakar sejarah tersendiri apabila tercatat dalam Guinness World Records sebagai projek pembersihan dasar laut terpanjang di dunia iaitu sejauh 26 kilometer. Ia merupakan rekod pertama di dunia.
Seorang penyelam, Jolyn Gasper, 36, berkata, dia teruja kerana dapat menyertai program tersebut buat pertama kali.
"Ia satu pengalaman yang mencabar kerana terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu," katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Tambah kakitangan swasta itu, sepanjang melakukan kerja-kerja pembersihan sampah itu, dia tidak menyangka terdapat pelbagai jenis sampah.
"Kami berjaya memungut kayu reput, botol, plastik, kertas, tin dan besi. Apa yang pasti, sampah sarap itu bukan sahaja akan menjejaskan pembiakan hidupan laut tetapi merosakkan terumbu karang," ujarnya.

PROGRAM pembersihan dasar laut diharapkan dapat mendidik masyarakat mencintai alam.


Pengalaman berharga
Pendapat Jolyn turut disokong kakitangan Astro, Norhisham Nordin, 42, yang menyifatkan sepanjang melakukan aktiviti-aktiviti menyelam, ia sangat mencabar.
"Bayangkan, ketika itu ribut dan laut bergelora. Jadi, kerja-kerja tersebut sukar dilakukan namun ia tidak menghalang kami untuk meneruskannya,"katanya.
Dalam pada itu, Norhisham rasa berbangga kerana dapat mengambil bahagian dan tidak akan melupakan pengalaman yang berharga tersebut.
"Saya juga amat gembira kerana dapat bertemu dan berkongsi pengalaman dengan penyelam tempatan dan antarabangsa," ujarnya lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan pula berkata, penganjuran program tersebut bertujuan untuk menunjukkan tanda komitmen kepada alam sekitar.
"Hasil daripada program ini, lebih daripada tiga tan sampah berjaya dikumpul termasuk botol, beg plastik, tali pancing, jala dan tayar.
"Ini satu perkara yang membanggakan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk memelihara kehidupan laut," katanya.
Terdahulu, Rohana menerima sijil daripada wakil Guinness World Records, Kirsty Bennet.
Bennet memberitahu, Astro Kasih dan pasukan penyelam sukarelawannya telah mencatatkan rekod dunia baharu dalam kerja-kerja pembersihan dasar laut yang terpanjang.
"Program ini sekali gus dapat menambah kesedaran dan menggalakkan penglibatan orang ramai secara langsung dalam pemuliharaan marin," katanya.

Iron Man hampir tumpas

Posted: 24 Apr 2013 10:38 PM PDT

MARVEL'S IRON MAN 3


PENGGEMAR siri komik Marvel Iron Man pastinya menanti-nantikan kemunculan filem aksi penuh mendebarkan Iron Man 3 pada minggu ini.
Filem francais ketiga lakonan mantap Robert Downey Jr. itu menyajikan lebih drama dan air mata berbanding filem terdahulu.
Mampukah Tony Stark melawan gerak hati yang sentiasa mempersoalkan kecanggihan teknologi yang diciptanya sehingga mengabaikan kesejagatan dunia? Saksikan Iron Man 3 di pawagam berhampiran.
Layar Perak turut membawa penonton menyaksikan adegan asmara antara Nora Danish dan Rusdi Ramli menerusi filem romantik Mencari Cinta yang telah mengundang kontroversi awal sebelum ditayangkan.
Turut mengisi slot menarik di pawagam pada minggu ini ialah himpunan filem pelbagai genre dari negara ikonik romantik, Perancis sempena Festival Filem Perancis.
Antara yang menarik perhatian ialah What's In A Name, The Horseman On The Roof, Jet Lag, Popular, The Snows Of Kilimanjaro, The Chef dan A Screaming Man.
Mencari Cinta
Tarikh tayangan: 25 April 2013
Durasi: 1 jam 38 minit
Genre: Romantik
Pengarah: Shirin Khuzaimi
Pelakon: Nora Danish, Riezman Khuzaimi, Connie Ahmad
Sinopsis: Pada mulanya, Myra Tan Sri Johan akan berkahwin dengan Malek, lelaki pilihan sendiri tetapi akhirnya ditinggalkan oleh Malik yang mencintai orang lain. Kejadian itu membawa banyak masalah kepada Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani kerana semua persiapan sudah siap dan jemputan telah dihantar. Pada masa sama, seorang budak kampung bernama Razlan Ariffin yang taat dan sopan kepada ibu bapanya dan memiliki sebuah ladang, baru sahaja putus tunang dengan Mila yang ingin melanjutkan pelajarannya. Razlan menerima hakikat bahawa dia dan Mila sudah tidak mempunyai perasaan sayang. Nasib menemukan Razlan dengan Myra apabila kedua-dua belah keluarga merancang untuk menyatukan mereka berdua. Adakah Razlan yang dibesarkan oleh ibu bapa tradisional serasi dengan Myra yang merupakan anak orang kaya dengan gaya hidup moden? Bolehkah mereka jatuh cinta antara satu sama lain?
Marvel's Iron Man 3
Tarikh tayangan: 26 April 2013
Durasi: 2 jam 10 minit
Genre: Aksi, pengembaraan, sains fiksyen
Pengarah: Shane Black
Pelakon: Robert Downey Jr., Gwyneth Paltrow, Don Cheadle, Ben Kingsley, Guy Pearce, Rebecca Hall, James Badge Dale, Jon Favreau
Sinopsis: Susulan peristiwa yang berlaku daripada filem Iron Man 2, Tony Stark kini berdepan dengan musuh yang tidak mengenal erti putus asa. Apabila Tony mendapat tahu bahara dunia peribadinya telah dimusnahkan oleh musuh tersebut, dia mengambil keputusan untuk mencari petualang itu dan membalas dendam. Perjalanannya bagaimanapun, berdepan dengan ujian yang menguji kesabarannya. Tony akhirnya dibiarkan terselamat bersama alatan canggihnya, bergantung harap pada kepintaran dan nalurinya untuk mempertahankan individu yang berada di sampingnya. Ketika bertempur, Tony berdepan persoalan yang selama ini sering menghantui kehidupannya; adakah manusia mencipta sut berteknologi tinggi atau teknologi membina manusia?
The Snows Of Kilimanjaro
Tarikh tayangan:
25 April 2013
Durasi: 1 jam 57 minit
Genre: Romantik
Pengarah: Robert Guediguian
Pelakon: Ariane Ascaride, Jean-Pierre Darroussin, Gerard Meylan
Sinopsis: Walaupun kehilangan kerja, Michel hidup bahagia bersama Marie-Claire, anak-anak dan cucu-cucu. Mereka mempunyai kawan rapat dan berbangga dengan kesatuan serta perjuangan politik mereka. Kebahagiaan tersebut berakhir apabila mereka dirompak dan dipukul oleh dua perompak. Keadaan menjadi lebih teruk apabila mereka mendapati salah seorang daripada perompak tersebut merupakan rakan sekerja Michel yang telah dipecat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines